Anda di halaman 1dari 79

"We shape our

homes and then


our homes
shape us."
Winston Churchill

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Rahsia #1

Memahami warna
dengan menggunakan
colour wheel

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna ruang akan menentukan sama ada ia akan menjadi atau
tidak menjadi.

Dengan hanya memahami asas warna, anda boleh memilih colour


scheme untuk ruang kediaman anda seperti anda adalah seorang
interior designer untuk rumah anda sendiri.

Jom saya tunjukkan kepada anda roda warna.

Roda warna / colour wheel yang biasanya digunakan

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Roda warna? Apa tu? Kek lapis ke?

Roda warna adalah alat yang dicipta untuk membantu para


profesional untuk memilih warna tanpa perlu buka buku
teks.

Ia adalah roda yang terdiri daripada warna yang kelihatan


cantik bersama.

Model yang biasa digunakan adalah terdiri daripada 12


warna yang dibuat daripada 3 warna utama.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Kategori warna di dalam roda warna

Kategpro-kategori warna

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna Utama (Primary)

Yang menjadi warna-warna asas kepada roda warna. Warna-


warnanya adalah merah, biru dan kuning

Warna Sekunder (Secondary)

Terjadi selepas mencampurkan dua warna utama dengan nisbah yang


sama. Warnanya adalah warna hijau, oren dan ungu.

Warna Tertiari (Tertiary)

Terjadi setelah mencampurkan warna utama dengan warna yang


bersebelahan. Contohnya, mencampurkan hijau dan kuning dengan
nisbah yang sama (50:50) akan menghasilkan warna hijau kekuning-
kuningan yang memenuhkan roda warna anda.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Suhu-suhu warna

Tahukah anda, warna-warna boleh membuatkan anda senyum,


menghilangkan stress dan boleh membantu proses kita untuk tidur.

Warna-warna ini boleh menimbulkan perasan perasaan tertentu.

Pereka dalaman (interior designer) sering menggunakan terma warm


colours dan cool colours. Apa maksudnya? Mari kami terangkan di
bawah

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warm

Cool
Warna-warna warm dan sejuk dalam roda warna

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Panas Sejuk

Warna Oren, Merah, Kuning Biru, Hijau, Ungu

Perlambangan Matahari, panas Air, langit, laut, pantai

Selesa, Semangat, Sejuk, Menenangkan,


Perasaan / mood
Romantik, Kegembiraan Relaks, Menyegarkan

Menjadikan bilik Menjadikan bilik


lebih selesa. kecil lebih besar
Menjadikan bilik Sesuai untuk bilik
yang besar lebih menghilangkan
kecil (seperti stress, berehat dan
Kegunaan
warna gelap) untuk kita menjadi
Sesuai untuk ruang pasif seperti bilik
kita beraktiviti (bilik tidur dan bilik air
main, ruang makan,
ruang tamu untuk
bersembang)

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Rahsia #2

Memahami Psikologi
Di Sebalik Warna

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Pernah tak anda merasakan anda lebih energetik dan aktif
sewaktu berada di dalam ruang yang berwarna merah sedangkan
apabila anda berada di dalam di dalam bilik berwarna biru
cair,anda akan menjadi tenang dan tenteram?

Ini adalah disebabkan oleh warna-warna lah yang mempengaruhi


mood anda apabila anda berada di dalam ruang tersebut

Jom saya nak tunjukkan kepada anda warna-warna dan apa


kesannya kepada mood dan psikologi anda.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Merah

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna merah adalah warna yang orang panggil sebagai
‘warna panas’. Ia boleh menaikkan mood dan semangat anda.

Warna merah juga telah dibuktikan untuk menaikkan tekanan


darah, melajukan pernafasan dan degupan jantung.

Pernah tak bila anda berada dalam ruang berwarna merah, anda
akan jadi lebih bersemangat dan lebih aktif?

Sekiranya warna merah diletakkan di tempat masuk rumah anda,


ia akan memberikan strong impression kepada sesiapa yang
melihatnya

Tetapi

Perlu diingati juga, warna merah juga mempunyai kesan negatif


iaitu ianya menyebabkan anda untuk mudah berasa marah.

Jadi, menggunakan warna merah di bilik tidur atau tempat berehat


adalah tindakan yang kurang bijak. Tetapi tak salah pun.. berpada
pada..

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna merah digunakan di
kawasan ruang tamu..
menarik tak?

Warna merah digabungkan


dengan warna-warna neutral
seperti warna putih,,

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Oren

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna oren adalah warna kegembiraan, matahari dan warna

tropika.

Ia melambangkan semangat, kesoronokan, kreativiti,

keazaman dan juga sebagai daya tarikan dan penaik mood

untuk kita menjadi lebih aktif.

Warna oren juga adalah warna yang menimbulkan mood untuk

anda memulakan dan merancakkan sesi perbincangan dan sesi

sembang santai anda.

Jadi, biasanya warna oren digunakan untuk ruang untuk anda

bersembang seperti ruang tamu dan ruang makan. Takdelah krik-

krik sahaja kan?

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Untuk ruangan ini,
warna hijau dimasukkan
untuk menaikkan
elemen semulajadi

Warna oren dikatakan


sebagai warna untuk
menaikkan mood untuk
bersembang. sesuai
diletakkan di ruang
makan dan ruang tamu

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Kuning

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna kuning sering dikaitkan dengan kegembiraan,
keyakinan dan energy.

Warna ini boleh menambahkan mood ceria di dalam ruang


anda boleh menceriakan ruang yang suram.

Walaupun warna kuning adalah warna yang ceria, warna ini adalah
warna yang tidak sesuai dijadikan sebagai warna utama di dalam
skema warna anda. Ini kerana ada kajian yang menyatakan warna
kuning membuatkan orang cepat marah dan bayi mudah menangis
di ruang yang berwarna kuning.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan warna kuning yang


banyak, anda boleh menggunakan warna kuning untuk
menonjolkan kabinet atau aksesori anda.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna kuning di
ruang tamu
dilengkapi dengan
elemen neutral iaitu
warna coklat

Warna kuning
juga adalah
sebagai
penaik mood
dan sesuai
diletakkan di
ruang tamu

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Hijau

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna hijau adalah warna alam semulajadi. Hijau adalah warna
yang tenang, menyegarkan dan sejuk mata memandang.

Hijau melambangkan keharmonian dan kesegaran.

Cara yang terbaik untuk menggunakan warna hijau adalah dengan


menggabungkan dengan beberapa warna yang lain seperti warna
putih.

Ia sesuai digunakan untuk ruang tamu, bilik tidur dan pejabat.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna hijau lembut
digunakan di bilik tidur untuk
memberikan mood yang
menenangkan

Warna hijau gelap adalah


warna yang elegan

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Biru

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna biru adalah warna yang melambangkan ketenangan.

Warna biru telah dibuktikan untuk menurunkan tekanan darah


dan degupan jantung.

Ia digunakan oleh para interior designer untuk meluaskan ruang


yang sempit.

Untuk ruang yang banyak terkena cahaya dan haba matahari,


warna biru banyak digunakan untuk membuatkan ruang tersebut
kelihatan sejuk.

Berbeza dengan warna merah, warna biru dikatakan boleh


mengurangkan selera untuk anda menurunkan berat badan anda.

Warna biru sesuai digunakan untuk ruang berehat seperti ruang


tamu, bilik air dan bilik tidur

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna navy blue di
bilik tidur
menampakkan
kemewahan di bilik
tidur.. ok kan?

Warna biru cair


untuk mood ala-
ala coastal
begitu

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Ungu

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna ungu gelap, adalah warna yang dramatik dan moden.

Warna ini boleh menonjolkan skema warna anda dan sering


dikaitkan dengan kemewahan dan kreativiti.

Warna ungu juga sesuai digunakan untuk tempat kita berehat dan
bermeditasi seperti bilik tidur.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna ungu
adalah warna
untuk
bermeditasi

Warna ungu
melambangkan
kemewahan

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Pink

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna pink sering dikaitkan dengan warna perempuan. Ia juga
dikaitkan dengan kasih sayang dan kelembutan.

Warnanya yang lembut sesuai untuk bilik untuk anak-anak


anda seperti bilik tidur dan bilik mainan.

Kalau kena caranya, warna pink cantik sekiranya anda bermain


dengan tona pink.

Contohnya, menggabungkan tona pink terang dengan pink lembut


akan menonjolkan kecantikan dan kelembutan warna pink
tersebut. Memang cantik.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Trend sekarang
adalah
menggabungkan
dusty pink dengan
warna kelabu

Lagi contoh
untuk dusty
pink dengan
kelabu.
Nampak
cantik kan?

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Coklat

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna coklat akan menghasilkan perasaan selesa dan
natural di dalam rumah anda.

Tahukah anda, warna coklat tidak berada di dalam carta warna


adalah disebabkan ianya adalah campuran daripada warna
hitam, kuning, kelabu, hijau, merah atau oren.

Oleh itu, warna coklat dikategorikan sebagai warna


neutral.Warna coklat adalah warna bumi dan biasanya kita akan
nampak warna coklat pada tumbuhan dan ia memberikan anda
perasaan selamat dan stabil.

Disebabkan warna coklat adalah warna yang agak gelap, so


untuk menampakkan ruang luas anda lebih selesa dan mewah,
menggunakan warna coklat adalah salah satu caranya.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna coklat
adalah warna
neutral. Jadi,
memasukkan
elemen neutral
sangat mudah
untuk masuk
dengan pelbagai
warna

Warna coklat
juga sesuai
digunakan di
bilik tidur

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Hitam

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Penggunaan warna hitam di dalam ruang anda akan
menampakkan ruang anda nampak lebih menonjol dan
elegant.

Sekiranya warna hitam diletakkan di tempat yang mempunyai


pencahayaan yang baik (tidak kira lampu atau matahari, warna
hitam akan nampak lebih menonjol.

Untuk gaya moden dan kontemporari untuk ruang anda, gunakan


warna hitam untuk perabut yang diletakkan di ruang yang
berwarna cerah. Memang akan menonjol perabut anda

Warna hitam sering juga dikaitkan dengan kemurungan dan


depresi. Jadi, janganlah gunakan warna hitam untuk keseluruhan
ruangan anda.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna hitam digunakan
untuk menonjjolkan dinding

Berpada-pada dalam
menggunakan warna hitam
sebab kalau ianya
berlebihan, ia boleh
mengabikatkan depresi

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Putih

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Putih melambangkan kebersihan dan kesucian.

Dengan tema Scandinavian menjadi semakin popular di kalangan


para penggemar deko, para interior designer menggunakan warna
putih untuk dijadikan warna dinding dan perabut.

Warna putih digunakan untuk mencipta ruang yang nampak lebih


luas dan senyap.

Ia sangat sesuai untuk ruangan yang menjadi tempat untuk kita


melakukan aktiviti yang menggunakan otak seperti ruangan
pejabat dan ruangan membaca.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


warna putih banyak
digunakan dalam konsep
minimalis dan scandinavian

Warna putih membuatkan


ruang anda nampak sangat
lapang

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Rahsia #3

Kaedah Menggunakan
Warna Untuk
Dijadikan Skema
Warna

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


60-30-10 Rule
60-30-10 rule adalah peraturan yang anda patut ikuti untuk
mencipta skema warna anda

60% daripada ruang dipenuhi dengan warna dominan


Dinding, kerusi, sofa, karpet

30% Menjadi warna kedua paling banyak


Langsir, sofa

10% menjadi penyeri


Letakkan bantal, pasu, bunga, frame gambar

10% 30% 60%

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Monochromatic
Skema ini adalah yang paling mudah dengan hanya menggunakan
tona yang berbeza untuk satu jenis warna.

Contohnya, sekiranya anda menggunakan warna coklat pekat


pada dinding anda, gunakan warna coklat cair untuk perabut anda
dan peralatan-peralatan yang lain.

Kaedah ini adalah kaedah yang sangat mudah untuk anda yang
dah buntu nak pilih warna

Tetapi, salah satu kekurangan skema ini adalah anda tidak boleh
menentukan di mana feature wall (dinding utama) anda
disebabkan tiada perbezaan warna yang banyak.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Skema warna hijau chromatic menggunakan dua tona hiau yang berbeza

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna putih dan kelabu di
dalam skema warna
monochromatic

Skema warna
monochromatic
menggunakan dua tona
biru yang berbeza

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Analogous
Skema warna analagous adalah skema yang menggunakan warna
yang bersebelahan sesuatu warna di dalam colour wheel yang kita
bincangkan sebentar tadi.

Skema analogous sangat sesuai disebabkan oleh asal usul warna


tersebut daripada warna yang sama.

Contohnya, warna oren dibuat daripada warna kuning dan merah,


Jadi, warna oren sangat sesuai sekiranya anda padankan dengan
warna kuning atau merah

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Skema warna
analogous biru
dan ungu

Merah dan oren


digunakan
sebagai warna
untuk ruang tamu

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Complimentary

Skema warna complimentary adalah skema warna yang


menggunakan warna yang bertentangan dengan warna yang
terdapat di dalam roda warna.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna yang bertentangan ini membantu menonjolkan atau
menaikkan warna mereka.

Contohnya, warna merah dipadankan dengan warna hijau untuk


menonjolkan kedua-dua warna.

Perbezaan warna yang sangat ketara menghasilkan aura yang


sangat menarik.

Tetapi,Skema warna ini tidak sesuai digunakan untuk ruang


anda sekiranya anda mempunyai ruang yang luas.

Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah


dengan memilih satu warna yang dominan dan satu warna lagi
hanya digunakan sedikit.

Contohnya, anda memilih warna kuning sebagai warna dominan.


Warnakan dinding ruang tamu anda dengan warna kuning
sebagai warna dominan dan warna ungu pada kusyen di ruang
tamu anda

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna kuning dan
ungu adalah warna
yang berada
berlawanan di dalam
roda warna.

Penggunaan
warna biru
dan oren

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Triadic
Skema warna triadic adalah menggunakan tiga warna yang
mempunyai jarak yang sama di dalam roda warna.

Contohnya, menggunakan warna hijau, oren dan ungu untuk


ruangan anda. Sama seperti skema complimentary skema ini
menghasilkan aura yang sangat menarik.

Tetapi,

Anda dinasihati untuk memilih satu warna utama dan


menggunakan dua warna yang lain untuk warna aksesori dan
perabut anda sebagai warna sampingan

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG
Contoh
skema
warna
triadic.

Pink,
Biru
dan
kuning
dalam
ruang
ramu

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Rahsia #4

Pilih Satu Dinding


Sebagai Titik
Tumpuan

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Contoh feature wall - geometri

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Apa itu titik tumpuan (focal point) dalam ruang anda?

Titik tumpuan (focal point) dalam ruang anda adalah satu dinding
yang anda pilih yang akan menjadi tumpuan di dalam ruang anda.

Focal point ini dipanggil sebagai feature wall.Dengan adanya


feature wall, ruang anda akan nampak lebih menarik dan dramatik.

Anda tidak perlu mengupah interior designer untuk mengubah


mood ruang anda.

Dengan hanya mengecat dan sedikit imaginasi, anda boleh


mengubah mood anda dengan hanya menukar rupa feature wall
anda.

Feature wall adalah dinding yang menjadi titk tumpuan ruang anda

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Bayangkan bagaimana anda mahukan ruang itu mahukan mood
bagaimana.

Adakah anda mahukan ruang anda lebih tenang dan romantik?


Gunakan warna biru cair.

Mahukan mood yang tenang dan stabil? Gunakan warna hijau


yang gelap sedikit untuk menghidupkan perasaan berada di alam
semula jadi.

Mahukan suasana yang aktif dan ceria? Gunakan warna-warna


yang membuatkan anda aktif seperti warna merah, oren dan
kuning.

Contoh feature wall

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


5 tips untuk membuat feature wall

Pemilihan warna

Pilih dinding yang mudah dilihat oleh mata apabila anda memasuki
ruang anda. Elakkan dinding berpintu dan bertingkap yang boleh
mengalihkan perhatian anda daripada menikmati feature wall
anda.

Jangan takut bermain dengan warna

Sekiranya dinding anda menggunakan warna-warna neutral (putih,


kelabu, hitam, coklat) atau warna-warna cerah, gunakan warna
yang berlawanan dengan warna ruang anda. Contohnya,
menggunakan warna gelap sebagai warna feature wall di ruang
yang berwarna putih

Corak

Untuk menampakkan feature wall yang lebih menarik, sesetengah


orang menggunakan corak seperti belang-belang, geometri,
bentuk-bentuk bulat, lukisan mural dan sebagainya untuk dijadikan
sebagai corak di atas feature wall yang menjadi titik tumpuan
ruang anda

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Gunakan wallpaper

Menggunakan wallpaper adalah salah satu cara untuk menghias


feature wall anda. Gunakan corak-corak, warna dan tekstur yang
menonjol untuk ditampalkan di ruang anda.

Tonjolkan perabut anda

Sekiranya anda mempunyai perabut seperti sofa di feature wall


anda, gunakan sofa anda sebagai titik rujukan untuk mewarnakan
feature wall anda.

Contohnya, sekiranya sofa anda berwarna cerah, dinding di


belakang sofa boleh diwarnakan dengan warna biru gelap untuk
menonjolkan perabut anda.

Feature wall dalam bilik tidur boleh digunakan untuk menonjolkan lagi katil anda

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Rahsia #5

Ambil Kira Benda


Sedia Ada

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Sebelum memilih skema warna anda, ambil kira benda-benda
yang sedia ada di dalam ruang anda seperti perabut, meja,
sofa, karpet.

Lihat apa warna warna-warna yang terdapat pada benda-benda


sedia ada untuk memilih skema warna yang sesuai.

Contohnya,Sekiranya banyak benda yang bewarna coklat cair,


anda boleh mengambil pendekatan skema warna monotone
dengan menggunakan warna coklat yang lebih gelap sebagai
warna dinding anda.

Ambil kira warna yang sedia ada dalam rumah anda sebelum memilih warna

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Rahsia #6

Pencahayaan

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Sekiranya anda ingin memilih warna untuk rumah anda, anda perlu
faham yang warna anda pilih tidak akan sama pada setiap masa.

Maksudnya, pada waktu pagi, anda akan melihat warna tersebut


lain tetapi bila tiba waktu petang, anda akan lihat warna tersebut
sedikit berbeza.

Pencahayaan dalam ruang anda memainkan peranan yang sangat penting dalam
ruang anda

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Cara kita melihat warna bergantung kepada 2 faktor:

Penyerapan cahaya: Warna hitam menyerap semua warna,


putih memantulkan semua dan warna biru menyerap warna
merah

.Punca cahaya : Cahaya semulajadi (matahari) berubah


mengikut masa dan dimanakah kedudukan bilik berada dengan
matahari. Pencahayaan artificial berubah mengikut jenis lampu
yang anda pakai

Salah satu jenis pencahayaan adalah cahaya semulajadi

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Bagaimana cahaya matahari mempengaruhi warna

Salah satu cara untuk menampakkan ruang yang sempit nampak luas adalah
pencahayaan yang cukup

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Cahaya di dalam bilik yang menghadap ke arah utara adalah
sejuk dan kebiru-biruan. Warna yang gelap akan kelihatan lebih
Ruang arah
menonjol sedangkan warna yang cerah akan tidak akan
utara
kelihatan. Gunakan warna yang gelap untuk ruang yang
mempunyai tingkap atau menghadap ke arah utara

Untuk bilik yang menghadap ke arah selatan, cahaya


Ruang arah matahari dari arah ini membantu warna gelap nampak
Selatan lebih cerah dan warna-warna cerah kelihatan lebih
bersinar

Ruang yang menghadap arah timur adalah merah kekuningan


sebelum tengahari dan menjadi kebiruan sebelah petang. Ruang arah
Warna yang sesuai untuk ruang-ruang ini adalah warna merah, Timur
oren dan kuning.

Ruang yang menghadap ke arah barat pada waktu petang


Ruang arah akan kelihatan cantik dan berwarna kuning kemerah-merahan
Barat dan cahaya matahari di waktu pagi akan menggelapkan
warna dan membuatkan warna cerah tidak kelihatan.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Bagaimana cahaya lampu mempengaruhi warna

Cahaya artficial - lampu

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Lampu pijar (mentol eksperimen)
Mentol ini mengeluarkan cahaya yang berwarna kuning. Lampu
jenis akan menaikkan warna merah, oren dan kuning dan
mematikan warna biru dan hijau

Lampu flourescent
Lampu ini mengeluarkan warna kebiruan yang menaikkan warna
biru dan hijau

Lampu flourescent
Lampu bewarna putih ini seperti warna natural yang membuatkan
semua warna lebih menonjol.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Lampu CFL (Lampu kalimantang padat)
Lampu kalimantang padat boleh menghasilkan warna putih
kekuningan, neutral dan putih kebiruan

Lampu LED
Anda boleh pilih warna kebiruan atau kekuningan untuk menaikkan
warna pilihan anda

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Rahsia #7

Cuba dulu...

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Warna yang anda lihat di rumah anda dan juga rumah orang lain
tidak akan semestinya sama apabila anda beli di kedai.

Perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor-faktor pencahayaan


(cahaya matahari dan lampu) yang dibincangkan tadi.

Untuk mengelakkan anda tidak berpuas hati dengan pemilihan


warna anda, anda boleh membeli dahulu warna sample sebelum
anda membuat keputusan.

Sapukan sample pada dinding dan biarkan seharian untuk mendapatkan gambaran
warna sebenar

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


Sapukan dalam bentuk petak 2 meter x 2 meter dan biarkan warna
tersebut di ruang anda dan lihat bagaimana warnanya kelihatan di
waktu pagi, tengahari, petang dan malam.

Ia pastinya akan menjadi berbeza mengikut waktu

,Lighting adalah faktor yang paling besar ke atas warna, dan warna
yang anda lihat di kedai tidak semestinya sama dengan di kedai.

Sama juga sekiranya anda melihat warna di skrin telefon dan


komputer anda, warna akan kelihatan sangat berbeza kerana
setiap skrin ada setting warna yang tersendiri.

TIPS BONUS: lihat cat anda dari dekat dan dari jauh

Setelah anda berpuas hati, barulah anda boleh membeli cat


daripada kami

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG
Penutup

Alhamdulillah, sudah selesai penulisan buku ini yang mana saya


himpunkan maklumat-maklumat daripada pakar tentang cara-cara
untuk memilih warna di dalam rumah anda.

Saya tahu, ramai orang seperti anda yang ada masalah untuk
memilih warna untuk dalaman rumah anda kerana warna terlalu
banyak, tak berkenan di hati dan sebagainya.

Diharapkan dengan adanya buku ini anda mendapat manfaat dan


boleh mengaplikasikan ilmu ini untuk memilih warna untuk rumah
anda.

7 RAHSIA ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH WARNA RUANG


ANDA ADA MASALAH UNTUK MEMILIH WARNA RUMAH
ANDA? MARI KAMI BANTU ANDA DENGAN 4 LANGKAH
MUDAH
LAYARI WEBSITE KAMI DI:

PILIH PAKEJ ANDA

UPLOAD GAMBAR RUMAH ANDA

DAPATKAN 3 REKOMENDASI WARNA UNTUK RUANGAN ANDA

Dapatkan Konsultasi Warna Saya Sekarang!!


(Dan juga bonus bernilai RM 300)
Join Group Para Pencinta
Deko Seperti Anda

Join Facebook Group Kami


BINA PAINT MARKETING SDN BHD
No. 10, Jalan 9/7, Taman IKS Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Tel: 03 8926 0012
info@binapaint.com.my

Anda mungkin juga menyukai