Anda di halaman 1dari 5

CARA MENULIS RUJUKAN MENGIKUT GAYA UKM

A. BUKU
1. Nama pengarang (termasuk nama pengarang bersama jika ada).
(noktah)
2. Tahun diterbitkan.(noktah)
3. Tajuk buku (dengan huruf kecil condong, kecuali huruf pertama
dan nama khas).
4. Nama bandar penerbit (bukan nama negara atau negeri) :
(noktah bertindih)
5. Nama penerbit.

CONTOH:

Jamaluddin Md Jahi. 2000. Pengurusan Persekitaran di Malaysia: Isu


dan Cabaran. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed, Zulkifli


Abdul Rahman & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan
Persekitaran dan Kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

B. BUKU YANG MELIBATKAN EDITOR

1. Nama pengarang (termasuk nama pengarang bersama jika ada).


Nama editor atau penyunting diletakkan (pnyt. dalam kurungan).
(noktah)
2. Tahun diterbitkan.(noktah)
3. Tajuk buku (dengan huruf kecil condong, kecuali huruf pertama
dan nama khas).
4. Nama bandar penerbit (bukan nama negara atau negeri) :
(noktah bertindih)
5. Nama penerbit.

CONTOH:

Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor & Abdul Hadi
Harman Shah (pnyt.). 2001. Environmental Management 2000. Bangi: Centre for
Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

C. ARTIKEL DALAM BUKU YANG MELIBATKAN EDITOR

1. Nama penulis.(noktah)
2. Tahun diterbitkan.(noktah)
3. Tajuk makalah/artikel (huruf kecil biasa, kecuali huruf pertama
dan nama khas).
Dlm. Nama Penyunting (pnyt.).(noktah)
4. Nama prosiding (dalam huruf condong, bercampur huruf besar
dan kecil),
5. Nombor jilid; bilangan (jika ada),
6. Nombor halaman. (noktah)
7. Nama bandar penerbit (bukan nama negara atau negeri) :
(noktah bertindih)
8. Nama penerbit.

CONTOH:

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1964. Malaysia, South East Asia and World Politics.
Dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Malaysia: A Survey,. hlm. 356 374. New York:
Frederick A. Praeger.

Shamsuddin Suhor. 2004. Celik Alam Sekitar: Pengurusan di Peringkat Isi Rumah.
Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Azahan Awang
(pnyt.). Alam Sekitar dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia,. hlm. 196-211. Bangi:
Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

D. MAKALAH/ARTIKEL DALAM PROSIDING

1. Nama penulis.(noktah)
2. Tahun diterbitkan.(nomtah)
3. Tajuk makalah/artikel (huruf kecil biasa, kecuali huruf pertama
dan nama khas).
4. Nama prosiding (dalam huruf condong, bercampur huruf besar
dan kecil),(koma)
5. Nombor jilid; bilangan (jika ada), (koma)
6. Nombor halaman. (noktah)

CONTOH:

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Abu Bakar Che Man, Ismail Bahari
dan Abd Rahim Md Nor. 2003. Perlaksanaan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia: isu dan cabaran.
Prosiding Pengurusan Persekitaran 2003, hlm 107–115.

E. JURNAL

1. Nama penulis. (noktah)


2. Tahun diterbitkan. (noktah)
3. Tajuk makalah/artikel (huruf kecil biasa, kecuali huruf pertama
dan nama khas).
4. Nama jurnal (dalam huruf condong, bercampur huruf besar dan
kecil), (koma)
5. Nombor jilid; bilangan (jika ada), (koma)
6. Nombor halaman. (noktah)

CONTOH:

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Bahari, Abd Rahim Md. Nor
& Abu Bakar Che Man. 2005. Sistem pengurusan bersepadu: satu
pengenalan. Malaysian Journal of Environmental Management, 6, 3–
22.

F. SURAT KHABAR

Jenis 1-
Nama akhbar (huruf condong), tahun, tarikh dan halaman.

CONTOH:
Utusan Malaysia, 2019, 10 September:24.

Jenis 2-
Nama pengarang rencana. Tahun. Tajuk rencana, Nama akhbar
(huruf condong), tarikh akhbar.

CONTOH:
Faizal Othman. 2019. Jaga kepentingan umum asas
pemerintahan islam. Utusan Malaysia, 10 September.

G. TESIS/KERTAS PROJEK

1. Nama penulis. (noktah)


2. Tahun diterbitkan. (noktah)
3. Tajuk tesis/kertas projek (huruf kecil biasa, kecuali huruf pertama
dan nama khas).
4. Nama Tesis/Kertas Projek, (koma)
5. Nama jabatan, (koma)
6. Nama Universiti. (noktah)
Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan potensi konflik dalam hubungan Indonesia-
Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Fal, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kadir Arifin. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem
pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya
di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian
Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

H. BAHAN RUJUKAN ELEKTRONIK (ONLINE)

Bahan yang diterbitkan secara elektronik seperti CD-ROM, laman


sesawang, pengkalan data sesawang, jurnal-elektronik dan mel-
elektronik harus mempunyai maklumat berikut,

1. Nama pengarang.
2. Tahun.
3. Tajuk.
4. Nama jurnal/buku (condong)
5. Nombor jilid
6. Nombor keluaran (dalam tanda lurungan)
7. Halaman seluruh makalah.
8. Jenis media
9. Tapak/jejak/fail/alamat sesawang.
10. Tarikh akses (dalam tanda kurungan).

Walau bagaimanapun ubahsuai boleh dilakukan mengikut keperluan


tanpa
menjejaskan kesahilan sumber bahan yang dirujuk.

CONTOH:

Medical Information Group. 1998. Arsenic contamination of drinking water.


http://www.angelfire.com/ak/medinet/arsenic.html [4 Julai 2000]

Kawasaki, J.L. 1996. Computer administered surveys in extension.


Journal of Extension 33(3): 204-210.
http://www.apa.org/journals/webref.html [18 November 1999]

Anda mungkin juga menyukai