Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 4 – SURAT RASMI (SURAT ADUAN)

Lok Kawi, Lot C-G-5,


Apartment Kayangan, Alamat pengirim

Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis Daerah Papar,


Peti Surat 177, Alamat penerima

89608 Papar, Sabah Tarikh 11 MEI


2014 .

Tuan, Kata ganti nama penerima

Aduan Keselamatan dan Kebersihan Perumahan Apartment Seri Kayangan Lok


Kawi Height Perkara

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang keselamatan
dan kebersihan kawasan perumahan di Apartment Seri Kayangan Lok Kawi Height.

2. Saya ingin melaporkan bahawa longkang sekitar perumahan tidak disapu dan
dibersihkan oleh tukang pembersih yang bertugas. Perkara ini mendatangkan bau
yang busuk dan meloyakan kepada penduduk sekitar. Pembiakan nyamuk aedes
juga semakin meningkat. Ada penduduk yang telah terkena virus denggi.

3. Sampah sarap dibuang merata-rata tempat. Disebabkan perkara tersebut,


sesetengah sampah-sarap diselongkar oleh anjing, tikus, lipas dan sebagainya.
Tong sampah yang disediakan tidak mencukupi bagi kami.

4. Dari segi keselamatan pula, kes kecurian sering berlaku di kawasan kami. Ini
kerana pengawal yang bertugas pada waktu malam tidak menjalankan tugas.
Mereka tidak meronda kawasan perumahan pada waktu tengah malam. Apa yang
mereka buat ialah tidur pada waktu tengah malam.

5. Begitulah sahaja aduan kami. Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah kami hargai.
Kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak sekiranya tuan dapat mengambil
tindakan segera terhadap aduan ini.
Isi dan
penutup

Sekian.

Yang benar, Pengakuan pengirim

Rahman Tandatangan pengirim

……………………………………………………...
(ABDUL RAHMAN BIN ABDUL HAMID ALWI) Nama penuh pengirim
Jawatankuasa Keselamatan dan Kebersihan,
Apartment Seri Kayangan, Jawatan pengirim

Lok Kawi Height.

Anda mungkin juga menyukai