Anda di halaman 1dari 5

Ikatan dan Simpulan Tali

Sepuluh Jenis Simpulan Asas

Ahli – ahli Penyelamat hendaklah membiasakan dengan ikatan – ikatan dan lilitan tali
berikut, dan sentiasa mengamalkannya. Mereka mestilah belajar bagaimana membuat dan
menggunakan ikatan dan lilitan dengan cepat dan cekap. Ikatan – ikatan mestilah sentiasa
diikat dengan kemas.

( 1 ) Thumb Knot ( Simpulan Mati )

Ini adalah satu simpulan yang mudah diikat di hujung sesuatu tali untuk menahan tali dari
tercabut dari ” Block Pulley ” atau untuk kegunaan sementara mengikut hujung tali supaya
tidak terburai. Simpulan ini dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan simpulkan hujung
melalui hujung lain.

( 2 ) Reef Knot ( Simpulan Buka Sila )

Ianya adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yang bersama ukuran saiznya. Ini
boleh dibentuk seperti simpulan mati dengan diikat kerana menyusung iaitu kiri keatas kanan
dan kanan keatas kiri. Ianya dengan cepat dapat dilucutkan dan merupakan satu ikatan yang
berguna untuk maksud umum. Ianya hendaklah digunakan bagi semua saiz apabila terdapat
yang tetap.
( 3 ) Clove Hitch ( Simpulan Manuk / Manggis ).

Ini merupakan asas bagi berbagai – bagai menambatkan ikatan – ikatan dan boleh digunakan
pada hujung atau ditengah – tengah tali. Apabila diikat di penghujung tali, ianya akan
menjadi satu ikatan sauh yang kuat dan juga mudah dilucutkan.

( 4 ) Sheet Bend ( Bunga Geti )

Ada dua jenis ikatan Bunga Geti, iaitu Bunga Geti Tungal dan Bunga Geti Berganda. Kedua
– duanya adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yang berlainan besar. Ianya
mempunayai faedah supaya mereka tidak akan terlucut apabila tali – tali basah.
( 5 ) Bowline ( Tindih Kasih )

Ikatan tindih kasih merupakan satu lubang gelung yang tidak terlucut dihujung seutas tali dan
sangat berguna bagi ikatan penyauh. Ianya boleh digunakan bagi tujuan menurunkan atau
menaikkan dan sebagai tali pandu keselamatan kepada seseorang. Seseorang yang pengsan
kadangkala boleh ditarik keluar dari bangunan
dengan menggunakan kedua hujung tali dengan ikatan tindih kasih di bawah ketiak dan di
dadanya. Mangsa itu hendaklah diterlentangkan dan penyelamat masukkan kepalanya melalui
ikatan tali itu dan merangkak serta tarik keluar dari bangunan.

( 6 ) Figure Of Eight Knot (Simpul Angka Lapan)

 Kegunaanya adalah sama seperti simpul mati, akan tetapi ianya lebih mudah dibuka
berbanding simpul mati.
( 7 ) Half Hitch (Setengah Belit)

Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat

( 8 ) Round Turn and Half Hitch (1 lengkar 2 setengah belit)

 Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja
menyelamat.Perbezaannya ianya boleh diubah-ubah dan mudah dibuka.

( 9 ) Timber Hitch (Simpul Balak)

Ianya digunakan untuk mengangkat atau menurunkan kayu, papan, atau peralatan.
( 10 ) Chair Knot (Simpul Kerusi)

Ianya digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa dari tempat tinggi atau kawasan
rendah.Ianya hanya digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri.

Anda mungkin juga menyukai