Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI MENULIS HURUF “S”

I. AKTIVITI : Menulis Huruf ‘S’


II. CARA BERMAIN : Individu atau kumpulan kecil
III. BAHAN : Doh, kertas kosong, pinggan kertas, pensel
IV. HASIL PEMBELAJARAN:
 Murid dapat mengenal pasti bentuk huruf ‘S’
 Murid dapat menulis huruf ‘S’
 Murid dapat mengembangkan kemahiran motor halus
 Murid dapat mengembangkan kemahiran koordinasi mata dan tangan

V. CARA PELAKSANAAN:

1. Setiap murid diberikan sehelai kertas dan dalam kertas tersebut tedapat huruf “S” besar
dan “s” kecil yang mempunyai garis putus-putus.

2. Guru akan meminta murid menyambungkan garis putus-putus tersebut dengan


menggunakan pensel.

3. Seterusnya guru akan mengedarkan doh yang berwarna warni kepada murid.

4. Murid dikehendaki membentuk doh tersebut menjadi huruf “S” besar dan “s” kecil
mengikut garisan huruf “S” dan “s” yang telah ditulis di atas kertas itu tadi.

5. Kemudian, setelah selesai menghasilkan huruf “S” dan “s” ini, murid akan diminta
meletakkannya di dalam pinggan kertas.

6. Guru akan menilai hasil kerja akhir yang diletakkan di dalam pinggan kertas ini dan akan
dipamerkan di sudut pameran sebagai hasil aktiviti murid.

Anda mungkin juga menyukai