Anda di halaman 1dari 6

Unit 4 Aktiviti 20

Kebolehlihatan di Jalan Raya

Boleh Dilihat dan Lebih Selamat


Aktiviti 20
Bina ayat menggunakan perkataan dan frasa yang berikut.

1. lebih selamat
Amin memakai baju berwarna terang supaya lebih selamat

di jalan raya.

2. pejalan kaki
Perabot jalan boleh menyebabkan pejalan kaki terlindung dan

sukar dilihat.

3. kelihatan
Amir memakai baju yang kelihatan hampir sama dengan warna

pokok hiasan di tepi jalan itu.

4. melintas
Murid-murid menggunakan lintasan belang untuk melintas jalan raya

di hadapan sekolah.

74
Unit 4 Aktiviti 21
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Cuaca dan Waktu


Aktiviti 21
Jawab soalan berdasarkan uji kaji yang telah dijalankan.

1. Bolehkah cuaca mempengaruhi kebolehlihatan?

a) Bolehkah anda melihat pensel atau pemadam


Ya Tidak
melalui gelas yang kosong dengan jelas?

b) Bolehkah anda melihat pensel atau pemadam


Ya Tidak
melalui gelas yang dipenuhi air dengan jelas?

Keputusan : Pensel atau pemadam sukar dilihat melalui gelas yang


dipenuhi air berbanding dengan gelas yang kosong.

Kesimpulan : Pejalan kaki sukar dilihat dengan jelas pada waktu hujan.

2. Bolehkah keadaan pencahayaan dan waktu mempengaruhi kebolehlihatan?

a) Bolehkah anda melihat pensel atau pemadam melalui


Ya Tidak
kepingan plastik lut sinar tidak berwarna dengan jelas?

b) Bolehkah anda melihat pensel atau pemadam melalui Ya Tidak


kepingan plastik lut sinar yang berwarna dengan jelas?

Keputusan : Pensel atau pemadam sukar dilihat melalui kepingan


plastik lut sinar yang berwarna berbanding dengan kepingan
plastik lut sinar tidak berwarna.
Kesimpulan : Pejalan kaki yang berpakaian gelap sukar dilihat pada
waktu malam.

3. Adakah pakaian berwarna gelap atau cerah mempengaruhi kebolehlihatan?

a) Bolehkah anda melihat baju T berwarna putih


Ya Tidak
berlatarbelakangkan papan hitam dengan jelas?

b) Bolehkah anda melihat baju T berwarna gelap


Ya Tidak
berlatarbelakangkan papan hitam dengan jelas?

Keputusan : Baju T yang berwarna putih boleh dilihat dengan jelas


berbanding dengan baju T berwarna gelap.

Kesimpulan : Pejalan kaki terlindung kerana berpadu dengan persekitaran


jalan raya disebabkan oleh pakaian mereka.

78
Unit 4 Aktiviti 22
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Perabot Jalan
Aktiviti 22
Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar yang diberi.

tong sampah lampu jalan

peti surat pasu bunga

82
Unit 4 Aktiviti 23
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Perabot Jalan
Aktiviti 23
Cari dan bulatkan perkataan berkaitan dengan perabot jalan.

E P H T O N G S A M P A H
N E N T I D E L I M L O M
Y T Q U W Z T A H U A Z P
A I U T M X O Y O M X A L
P S S U Q P N T N Z P M A
U U T P K C G S D V O A M
Z R O B H R S K X M J N P
W A F U G L A J U G A D U
O T P K O P M B W F L A J
J U K K B D P P A S B C A
E K E J A L A Q D E N I L
I N E A R C H E N T I Q A
U I P A S U B U N G A Y N

Lengkapkan pernyataan di bawah.


peti surat
1. Kita harus berdiri jauh dari .........................................................
agar tidak terlindung daripada penglihatan pemandu.

pasu bunga
2. Kita mesti berdiri jauh dari ..............................................................
kerana objek ini boleh menghalang diri kita daripada dilihat.

tong sampah
3. Kita harus berdiri jauh dari ......................................................
agar mudah dilihat oleh pemandu kenderaan.

Lampu jalan
4. .......................................................... menerangi jalan raya supaya
pejalan kaki lebih mudah dilihat pada waktu malam.

83
Unit 4 Aktiviti 24
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Perabot Jalan
Aktiviti 24
Bina ayat menggunakan rangkai kata yang berikut. Ayat anda mestilah
berkaitan dengan keselamatan jalan raya.

1. peti surat

Pemandu sukar melihat saya kerana terdapat peti surat yang

menghalang penglihatannya.

2. lampu jalan

Saya berjalan di tempat yang diterangi lampu jalan pada

waktu malam supaya lebih selamat.

3. tong sampah

Saya tidak berdiri berdekatan dengan tong sampah supaya tidak

terlindung.

4. pasu bunga

Saya sukar dilihat jika berdiri berdekatan dengan pasu bunga

kerana saya akan terlindung daripada penglihatan pemandu.

84
Unit 4 Aktiviti 25
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Kebolehlihatan di antara Dua Buah


Kereta yang Diletakkan
Aktiviti 25
Tuliskan kata-kata nasihat dalam belon kata.

“Jangan melintas
di antara kenderaan
yang diletakkan.”

“Saiz yang kecil


menyebabkan kamu
terlindung apabila berada
di antara kenderaan yang
diletakkan.”

87

Anda mungkin juga menyukai