Anda di halaman 1dari 22

1

2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori ini pertama kali dikemukakan oleh Gardner (1983) dalam bukunya Frames of

Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan

oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai

kemahiran untuk menyelesaikan masalah, dan menangani masalah sesuai dengan masa

dan tempat, dan menghasilkan output yang efektif (Ariffin & Mohd Meerah, 2004).

“Intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are

valued within one or more cultural setting”

(Gardner 1983)

Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, Gardner (1983) mengemukakan tujuh jenis

kecerdasan iaitu Kecerdasan Linguistik, Logikal, Visual, Kinestetik, Muzikal,

Interpersonal dan Intrapersonal. Selepas itu, beliau menemui dua lagi kecerdasan iaitu

Naturalis dan Existensialis (Razali, Jantan, & Hashim, 2003).

Kecerdasan Linguistik adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan

Perkataan”. Individu dengan kecerdasan ini lebih memahami dunia melalui bahasa dan

perkataan. Mereka gemar membaca dan menulis, mudah mengingat dan gemar menyalin

nota semasa kelas. Mereka boleh melayan, berhujah, mengajar dan memujuk dengan

1
2

2
3

baik melalui perkataan yang diluahkan dari mulut. Kebiasaannya, mereka adalah penulis

jurnal, peguam, dan penglipur lara (Telee, 2000).

Kecerdasan Logikal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan Nombor dan

Logik”. Individu dengan kecerdasan ini pula lebih memahami dunia melalui sebab dan

akibat kerana mereka melihat kepada sesuatu yang logik dan menunjukkan hasil seperti

operasi matematik. Kegemaran mereka adalah menyusun sesuatu secara kemas dan

teratur serta mudah kecewa dengan individu yang tidak tersusun kehidupannya. Mereka

lebih mudah melakukan sesuatu tugasan mengikut arahan langkah demi langkah,

mengumpul maklumat dan menggunakan maklumat itu untuk menyelesaikan masalah.

Kebiasaannya, mereka adalah saintis, akauntan dan pengendali komputer (Kallenbach &

Viens, 2004).

Kecerdasan Visual adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan Gambaran”.

Individu dengan kecerdasan ini lebih memahami dunia melalui gambaran idea dan

peristiwa. Ciri – ciri mereka ialah berkebolehan mengasingkan dan mencantum semula

sesuatu benda serta mengingat sesuatu perkara dalam bentuk gambaran, bijak membaca

peta dan blueprint. Kebiasaannya, mereka adalah arkitek, jurutera mekanikal, juru

terbang dan pelukis (Wong, 2011).

Kecerdasan Kinestetik adalah Kecerdasan Pelbagai dengan “Kekuatan Jasad” di mana

individu yang memiliki kecerdasan ini, memahami dunia melalui sesuatu yang bersifat

fizikal. Ini bermakna, mereka gemar pergerakan fizikal dan pengalaman yang bersifat

sentuhan. Mereka juga boleh mengawal pergerakan badan dengan baik, serta boleh

3
4

4
5

mengendalikan alatan dengan mahir. Mereka kebiasaannya adalah tukang kayu, atlet

dan mekanik (Kasdu, 2004).

Kecerdasan Muzikal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan Muzik”.

Individu dengan kecerdasan ini memahami dunia melalui ritma dan melodi. Ciri – ciri

mereka adalah mudah mengenal pasti melodi – melodi lagu, meminati pelbagai jenis

lagu dan kebiasaannya mereka tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu

perkara jika terdapat bunyi di sekitar mereka. Mereka juga mempunyai pendengaran

yang baik, boleh menyanyi mengikut ton lagu dan dapat mengenal pasti perbezaan genre

lagu. Kerjaya yang sesuai dengan individu ini adalah komposer, penulis lirik dan

penyanyi (Telee, 2000).

Kecerdasan Interpersonal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan

Manusia”. Mereka memahami dunia melalui sudut pandangan orang lain. Individu

dalam kategori ini dicirikan sebagai seorang yang suka berinteraksi dengan orang lain,

boleh berkompromi, boleh bertolak ansur, dan memiliki empati terhadap orang lain.

Mereka juga memaparkan kemahiran kepemimpinan dan melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum. (Kallenbach & Viens, 2004).

Kecerdasan Intrapersonal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan Diri” di

mana individu dalam kategori ini memahami dunia melalui sudut pandangan mereka yang

tersendiri. Mereka juga mempunyai kepercayaan tersendiri tentang sesuatu perkara, lebih

suka bekerja secara bersendirian, dan mampu memotivasikan diri sendiri. Mereka

5
6

6
7

juga tahu kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kerjaya yang bersesuaian dengan

mereka adalah kaunselor, ahli perniagaan dan pakar motivasi (Abdullah, 2009).

Kecerdasan Naturalis adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan Alam”.

Individu dalam kategori ini suka bekerja dan berada di luar bangunan. Mereka

memahami dunia melalui persekitaran mereka. Mereka suka mengkelaskan barang atau

perkara mengikut hirarki dan mereka percaya bahawa alam sekeliling, isu ekologi dan

haiwan adalah penting (Telee, 2000). Kecerdasan ini juga merupakan satu kebolehan

memerhati, memahami dan mengorganisasi alam sekeliling mengikut klasifikasi

kepelbagaiannya (Hajhashemi & Bee Eng, 2012).

Kecerdasan Eksistensialis adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan

Kerohanian”. Individu dalam kategori ini memahami dunia melalui hubungan diri

dengan pencipta. Mereka gemar bertanya tentang persoalan berkenaan tujuan hidup,

tanggungjawab hidup dan ke mana mereka akan pergi setelah mati. Mereka juga adalah

indivdiu yang mempercayai kewujudan Tuhan dan mencari hikmah kehidupan melalui

agama yang dianuti. Mereka kebiasaannya adalah pendakwah, guru agama dan pengkaji

agama (Kallenbach & Viens, 2004). Penerangan mengenai setiap jenis kecerdasan

diringkaskan dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Jenis Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner

BIL KECERDASAN UNSUR KECERDASAN

1 Linguistik · Kebolehan menggunakan kata – kata secara


berkesan dalam lisan dan penulisan.
· Sensitif pada makna perkataan

7
8

8
9

· Mahir memanipulasi perkataan


· Berkomunikasi dengan berkesan

2 Logikal · Kebolehan menaakul dan menyelesaikan masalah


kompleks
· Membuat perkaitan
· Kritis
· Cekap membuat pengiraan dan perbandingan
· Cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor

3 Visual · Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,


ruang, warna dan garisan.
· Termasuk idea visual, ruang secara grafik dan
berfikir dalam tiga dimensi
· Boleh membentuk gambaran dalam minda dan
melukisnya
· Daya imaginasi yang kuat

4 Kinestetik · Menggunakan badan untuk menyatakan idea,


perasaan dan bagi menyelesaikan masalah
termasuk kemahiran fizikal
· Contohnya, koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan
keseimbangan

5 Muzikal · Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi


· Sensitif kepada suara manusia
· Menghargai bunyi di persekitaran seperti kicauan
burung dan deruan angin yang tidak dapat dirasai
oleh orang lain

6 Interpersonal · Kebolehan memahami perasaan, motivasi tabiat


dan hasrat orang lain secara tersirat
· Sensitif terhadap perasaan orang di sekelilingnya

7 Intrapersonal · Kebolehan memahami diri sendiri dari segi


kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan
termasuk membandingkan diri sendiri dengan
orang lain
· Mengetahui bagaimana mengawal perasaan
5,

9
10

10
11

keyakinan diri yang tinggi dan boleh berdikari

8 Naturalis · Kebolehan mengenal pasti semua jenis flora dan


fauna
· Kebolehan mengklasifikasi semua jenis flora dan
fauna
· Kebolehan menghargai semua jenis flora dan fauna
· Boleh melihat hubungan dan pola yang rapat
antara alam tumbuhan/ kehidupan haiwan

9 Existensialis · Kebolehan untuk menjawab persoalan aras tinggi


tentang kewujudan manusia seperti tujuan hidup,
tujuan mati dan bagaimana berada di bumi
· Sensitif terhadap permasalahan manusia di
sekelilingnya.
· Kebiasaannya adalah daripada kalangan mereka
yang taat pada ajaran agama

(Sulaiman & Hassan, 2009)

Menurut Gardner (1983), setiap individu mempunyai semua jenis kecerdasan tetapi pada

darjah atau tahap kekuatan dan tahap kemahiran yang berbeza-beza. Kecerdasan-

kecerdasan ini boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran

(Sulaiman & Hassan, 2009).

Persoalan Kajian 1: Apakah jenis Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar

Kelas bm sk jun?

Jenis Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar bm sk ialah kecerdasan; Naturalis,

Linguistik, Muzikal, Eksistensialis, Interpersonal, Intrapersonal, Visual, Logikal dan

Kinestetik. Daripada dapatan ini menunjukkan bahawa setiap pelajar BPSP UPM

memiliki kesemua jenis Kecerdasan Pelbagai dan dapatan ini juga selari dengan

11
12

penyataan Howard Gardner (1983) iaitu setiap individu berpotensi untuk memiliki

semua jenis Kecerdasan Pelbagai (Othman & Yaakub, 2010). Selain itu, dapatan kajian

ini juga selari dengan dapatan kajian daripada beberapa kajian yang lain yang turut

mencatatkan kewujudan setiap Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan responden kajian

tersebut. Contoh kajian yang dimaksudkan ialah kajian bertajuk How Student Multiple

Intelligences Differ in term of Grade Level, and Gender (Göğebakan, 2003), dan

12
13

13
14

Multiple Intelligence-Based Learning Preferences of Students, Modes of Delivery and

Assessment Tools used in Lourdes College (B.Napiere, 2012).

Tahap Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar kelas bm sk jun 2019 yang paling

tinggi adalah Kecerdasan Intrapersonal, diikuti Kecerdasan Visual dan Kecerdasan

Eksistensialis. Kecerdasan Pelbagai pada tahap sederhana tertinggi pula adalah

Kecerdasan Naturalis diikuti Kecerdasan Linguistik dan Muzikal. Walaupun Kecerdasan

Muzikal adalah pada tahap sederhana, tetapi kecerdasan ini menunjukkan tahap yang

terendah. Berdasarkan dapatan ini, didapati setiap Kecerdasan Pelbagai yang dimiliki

oleh pelajar bm sk jun 2019 adalah daripada tahap sederhana hingga tahap tinggi sahaja

tanpa ada kecerdasan pada tahap rendah. Perbezaan tahap ini adalah bertepatan dengan

kenyataan Howard Gardner (1983) iaitu; setiap individu mempunyai semua jenis

kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar kekuatan dan kemahiran yang berbeza-beza

(Ariffin & Mohd Meerah, 2004). Namun begitu, dapatan kajian ini tidak selari dengan

mana – mana dapatan kajian yang ditemui kerana perbezaan latar belakang responden

dan perbezaan pengalaman yang dilalui responden boleh mempengaruhi perkembangan

Kecerdasan Pelbagai dalam diri individu (Ariffin & Mohd Meerah, 2004). Sebagai

contoh, kajian bertajuk, “Pengesanan Aras Kecerdasan Pelbagai Yang Telah Dikuasai

Oleh Pelajar Tingkatan Enam Dalam Pembelajaran Koperatif”, responden kajian ini

melalui pengalaman pembelajaran koperatif manakala responden kajian ini pula melalui

pengalaman pembelajaran dalam program BPSP di UPM (Lue, Tasir, & Aris, 2008).

14
15

15
16

Persoalan Kajian 3: Apakah tahap Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar

lelaki kelas bm sk jun 19?

Bagi pelajar lelaki, tahap Kecerdasan Pelbagai yang tertinggi adalah Kecerdasan Visual

diikuti Kecerdasan Kinestetik dan tahap kecerdasan terendah adalah Kecerdasan

Muzikal. Jika dibandingkan dengan kajian lampau, dapatan kajian ini tidak selari dengan

kajian – kajian lain disebabkan faktor latar belakang responden dan pengalaman

pembelajaran yang dinyatakan sebelum ini. Dapatan kajian contoh yang menunjukkan

perbezaan ini adalah pola Kecerdasan Pelbagai bagi pelajar lelaki dalam satu kajian

terhadap pelajar fizik, adalah kecerdasan logik matematik (37.96%), kecerdasan muzikal

(27.00%), kecerdasan intrapersonal (10.95%), kecerdasan interpersonal (10.22%),

kecerdasan kinestetik (8.03%), kecerdasan linguistik (3.65%) dan kecerdasan visual

spatial (2.19%) (Nasiron, 2011).

Persoalan Kajian 4: Apakah tahap Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar

perempuan bm sk jun19?

Bagi pelajar perempuan pula, tahap Kecerdasan Pelbagai yang tertinggi adalah

Kecerdasan Intrapersonal, diikuti Kecerdasan Eksistensialis dan tahap kecerdasan

terendah adalah Kecerdasan Muzikal. Dari aspek perbandingan dengan kajian lampau,

dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat persamaan tahap Kecerdasan

Pelbagai dalam kategori jantina yang sama kerana dalam satu kategori ini terdapat

pelbagai latar belakang responden yang melalui pelbagai pengalaman pembelajaran.

Contoh dapatan kajian yang telah ditemui adalah pola Kecerdasan Pelbagai bagi pelajar

16
17

RUJUKAN

Abdullah, S. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.


Wangsa Melawati: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad, J. (1993). Tinjauan tentang Kekangan – Kekangan dalam Pelaksanaan Sains KBSM di
Sekolah – Sekolah Menengah di Negeri Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ariffin, S. R., & Nik Mohamed, N. N. (2011). Faktor Kecerdasan Pelbagai dalam Pembentukan
Profil Remaja. Malaysian Journal of Learning and Instruction , 183-204.

Ariffin, S. R., Mohd Meerah, T., Othman, N., & Mohamed Zin, I. (2004). Analisis Kecerdasan
Pelbagai di Kalangan Pensyarah di Sebuah Institut Pengajian Tinggi. Jurnal Teknologi ,
33-42.

B.Napiere, M. (2012). Modes of Delivery and Assessment Tools used in Lourdes College .
International Journal of Education , 129-138.

Buku Panduan Pendaftaran Kursus. (2009). Fakulti Pengajian Pendidikan.

Gardner, H. (2003). Multiple Intelligences After Twenty Years. Chicago: American Educational
Research Association.

Ghazali, N., & Ariffin, S. R. (2011). Menentukan Kecerdasan Pelbagai Pelajar Sebuah Institusi
Pengajian. CIE-TVT , 421-426.

Göğebakan, D. (2003). How Students Multiple Intelligences Differ in Terms of Grade Level and
Gender. Ankara: METU.

Hajhashemi, K., & Bee Eng, W. (2012, October 30). MI as a Predictor of Student's Performance
in Reading Competency. Retrieved from www.eesenet.org/elt:
http://books.google.com.my/books?
id=4frPzVlNgRYC&printsec=frontcover&dq=MI+as+a+Predictor+of+Students
%E2%80%99+Performance+in+Reading+Competency&hl=en&sa=X&ei=qT2PUJiZM8fhr
AeU8oDQBA&ved=0CC4Q6AEwAA#v=onepage&q=MI%20as%20a%20Predictor%20of
%20Students%E2%80

17
18

18
19

19
20
Sangat Tidak Tidak Agak Menggambarkan Sangat
Menggambarkan Menggambarkan Menggambarkan saya Menggambarkan
saya saya saya saya

1 2 3 4 5

Bil Item Skala

1 2 3 4 5

1 Saya suka mengkategorikan tumbuhan mengikut ciri

2 Isu ekologi penting bagi saya

3 Klasifikasi membantu saya melihat data baru secara logik

4 Saya suka bekerja di taman

5 Saya percaya memelihara taman negara kita adalah penting

6 Menyusun barang mengikut hirarki adalah logik bagi saya

7 Haiwan adalah penting dalam hidup saya

8 Rumah saya mempunyai sistem kitar semula di satu tempat

9 Saya suka belajar biologi/ botani dan/atau zoology

10 Saya dapat membezakan sesuatu maksud yang hampir sama

11 Saya mudah tertarik dengan corak

12 Saya fokus dalam suasana bising dan berbunyi

13 Bergerak mengikut rentak muzik adalah mudah bagi saya

14 Saya suka mencipta muzik

15 Saya merespon kepada irama puisi

16 Saya mengingat sesuatu perkara dalam bentuk rima

17 Sukar bagi saya untuk fokus jika ada bunyi bising di


belakang

18 Mendengar bunyi alam boleh menjadi sesuatu yang


menenangkan

19 Muzik lebih dekat dengan saya berbanding lakonan drama

20 Mengingati lirik lagu mudah bagi saya

21 Saya dikenali dengan sikap kemas dan tersusun

22 Arahan langkah demi langkah adalah sesuatu yang sangat


membantu saya

23 Penyelesaian masalah adalah mudah bagi saya

24 Saya cepat kecewa dengan orang yang tidak teratur

20
21
25 Saya boleh menyelesaikan pengiraan dengan cepat di dalam
minda

21
22

22

Anda mungkin juga menyukai