Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 DATA MENTAH 2

3.0 JADUAL KEKERAPAN 3

4.0 PERWAKILAN GRAF 4

5.0 MIN, MOD DAN MEDIAN BAGI DATA TIDAK TERKUMPUL 5-6

6.0 SISIHAN PIAWAI 7

7.0 KESIMPULAN 8-9

LAMPIRAN

RUJUKAN
1.0 PENDAHULUAN

Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam proses pengajaran pembelajaran


dan istilah ini menggambarkan proses berterusan yang merangkumi pengumpulan,
penginterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat murid supaya dapat
membantu guru membuat keputusan. Secara umumnya, pentaksiran merangkumi
deskripsi kuantitatif dan kualitatif tentang murid. Oleh itu, pentaksiran boleh dianggap
sebagai alat, teknik, prosedur, dan semua aktiviti yang diambil oleh guru secara
formal atau tidak formal. Arends (2004) dalam Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan
Lawrence mengatakan, semua maklumat yang dikumpulkan akan menyediakan
maklum balas untuk membantu menambah baik aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan diri murid.
Pentaksiran bertujuan membuat keputusan dan tindakan instruksional, bimbingan,
pentadbiran, penyelidikan dan sebagai motivasi kepada murid. Data pentaksiran
dapat membantu guru membuat keputusan bimbingan dari segi perkembangan
akademik dan peribadi mahupun kerjaya murid. Melalui pentaksiran yang guru
laksanakan di dalam bilik darjah bukan sahaja dapat membantu murid mengesan
perkembangan diri malahan membantu mereka dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam pembelajaran.
Bagi tugasan kerja kursus EDUP2063 Pentaksiran Dalam Pendidikan kali ini,
saya dikehendaki membina satu set soalan yang lengkap berdasarkan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih oleh saya
sendiri. Berdasarkan keputusan markah tersebut saya juga perlu menyediakan
laporan mengenai keputusan tersebut menggunakan graf yang sesuai, kekerapan,
min, mod, median dan sisihan piawai.

1
2.0 DATA MENTAH

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu


Jumlah murid: 20 orang
Masa: 30 minit
Jumlah soalan: 20 item (19 objektif, 1 subjektif)

BIL NAMA MURID MARKAH UJIAN(%)

1. Ilhan Naqib Bin Omar 65

2. Kamil Hadif 60

3. Muhammad Naail Hariz 55

4. Nur Damia Binti Mahnan 75

5. Dania Qaisara Binti Shamsuddin 75

6. Syahmi Irfan 75

7. Nur Ain Syazwani Binti Hussen 80

8. Eryna Aqila Binti Edie Aswad 80

9. Muhammad Wafiuddin 80

10. Muhammad Thaqief Afiq 85

11. Nur Afeqa Sofea Binti Sabri 85

12. AGMuhammad Taqiuddin 85

13. Harraz Haziq Bin Hazizoul 85

14. Muhamad Faris Irfan 85

15. Abdul Aisy Hafiy 90

16. Iris Qaisara Yasmin 90

17. Puteri Nor Nadrah 70

18. Nur Alia Aresha 70

19. M. Azmie Yusri 65

20. Lee Yit Ming 65

JADUAL 1

2
3.0 JADUAL KEKERAPAN

Skor Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul


(%)
55 1 5 5
60 1 5 10
65 3 15 25
70 2 10 35
75 3 15 50
80 3 15 65
85 5 25 90
90 2 10 100
Jumlah 20 100 100

RAJAH 1

Berdasarkan Rajah 1 di atas, skor murid adalah antara 55 hingga 90 peratus.


Jumlah kekerapan skor murid yang terkumpul ialah 20. Manakala peratus yang
terkumpul ialah 100.

3
4.0 PERWAKILAN GRAF

K
E
K
E
R
A
P
A
N

MARKAH MURID

Rajah 2

Taburan kekerapan skor secara terkumpul dalam bentuk jadual dapat


memudahkan seseorang guru memahami pencapaian muridnya. Graf biasa iaitu
Histogram digunakan untuk merekod skor murid yang terkumpul. Rajah 2
menunjukkan kekerapan murid yang paling tinggi ialah pada markah 85 peratus dan
kekerapan yang paling rendah pula berada pada markah murid 55 dan 60 peratus.

4
5.0 MIN, MOD DAN MEDIAN BAGI DATA TIDAK TERKUMPUL

5.1 Min

Min ialah data yang dapat dikira dengan menjumlahkan semua skor dan
membahagikannya dengan bilangan skor. Contoh bagi kiraan min untuk data yang
diambil adalah seperti dalam Rajah 3 di bawah.

ΣX
Min, X =

55+60+65+65+65+70+70+75+75+75+80+80+80+85+85+85+85+85+90+90= 75.75
20

5.2 Mod

Mod adalah nilai yang paling kerap wujud di dalam set data. Contohnya, bagi set skor
dalam Jadual 2, skor yang paling kerap ialah 85 iaitu sebanyak 5 kali. Oleh itu, mod
bagi set skor itu ialah 85. Apabila satu set skor mempunyai satu mod seperti contoh
pada Jadual 2, maka set skor itu disebut mod. Berdasarkan Jadual 2 di bawah, dapat
saya simpulkan bahawa murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang baik
terhadap subjek Bahasa Melayu kerana markah mereka masih berada pada tahap
yang baik.

Skor tertinggi : 85

BIL NAMA MURID SKOR

1. Ilhan Naqib Bin Omar 65

2. Kamil Hadif 60

3. Muhammad Naail Hariz 55

4. Nur Damia Binti Mahnan 75

5. Dania Qaisara Binti Shamsuddin 75

6. Syahmi Irfan 75

7. Nur Ain Syazwani Binti Hussen 80

5
8. Eryna Aqila Binti Edie Aswad 80

9. Muhammad Wafiuddin 80

10. Muhammad Thaqief Afiq 85

11. Nur Afeqa Sofea Binti Sabri 85

12. AGMuhammad Taqiuddin 85

13. Harraz Haziq Bin Hazizoul 85

14. Muhamad Faris Irfan 85

15. Abdul Aisy Hafiy 90

16. Iris Qaisara Yasmin 90

17. Puteri Nor Nadrah 70

18. Nur Alia Aresha 70

19. N. Azmie Yusri 65

20. Lee Yit Ming 65

JADUAL 2
5.3 Median

Median pula merujuk kepada titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun
secara menaik atau menurun. Jika bilangan data tersebut adalah ganjil, median ialah
nombor yang di tengah. Jika bilangan data adalah genap, median ialah purata dua
nombor yang terletak di tengah-tengah. Langkah berikut adalah digunakan untuk
menentukan median. Menurut keputusan yang diperolehi, dapat saya simpulkan
pencapaian murid berada pada yang agak baik. Hal ini kerana kiraan median yang
seimbang.
Kiraan median bagi soalan Bahasa Melayu:

55,60,65,65,65,70,70,75,75,75,80,80,80,85,85,85,85,85,90,90

Median= 75 + 80 = 77.5
2

6
6.0 SISIHAN PIAWAI

Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor.
Walaupun terdapat julat skor, iaitu hasil skor tertinggi tolak skor terendah dapat
memberikan gambaran kasar tentang sebaran skor murid, namun sisihan piawai
dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang sebaran itu. Hal ini kerana
sisihan piawai mengambil kira skor semua murid. Sebagai guru, kita perlu
mengetahui akan sisihan piawai skor murid. Dalam pengiraan sisihan piawai, Jadual
3 telah dibina terlebih dahulu untuk melihat dengan lebih jelas tentang skor murid.

55 1 -20.75 430.6 430.6


60 1 -15.75 248.1 248.1
65 3 -10.75 115.6 346.8
70 2 -5.75 33.1 66.2
75 3 -0.75 0.6 1.8
80 3 4.25 18.1 54.3
85 5 9.25 85.6 428
90 2 14.25 203.1 406.2

N= 20   1982

JADUAL 3
Kiraan sisihan piawai bagi soalan Bahasa Melayu :

= 1982 = 10
20

7
7.0 KESIMPULAN
Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya
dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Penilaian yang
dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal supaya
kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui inisiatif yang afektif, guru
akan dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan
seterus memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam penilaian mereka di
peringkat pusat dan dalam diri murid dari segala aspek seperti pemikiran dan tingkah
laku yang bermoral.
Selain itu, data pentaksiran juga merupakan satu perkara yang penting kerana
guru mudah menilai perkembangan murid secara menyeluruh dari segi pengetahuan,
kemahiran, nilai dan sikap. Melalui data pentaksiran yang berjaya dikumpulkan
bukan sahaja dapat membantu guru mendapatkan maklumat dengan lebih dalam
mengenai kemajuan murid yang sedang diajar malahan murid itu sendiri dapat
memgetahui tahap penguasaannya dalam subjek yang mereka pelajarinya.
Pelaporan ini dapat meningkatkan tanggungjawab mereka dalam pembelajaran
mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa turut dapat mengetahui kemajuan anak mereka
di dalam kelas dan pencapaian keseluruhan sepanjang tahun yang diduduki.
Dapat saya simpulkan di sini bahawa pentaksiran dalam pendidikan ini sangat
penting dalam membantu guru menjalankan tugas yang bukan sahaja tertumpu
kepada pembelajaran di dalam kelas, tetapi dapat juga memperoleh ilmu dalam
perkara-perkara yang lain. Pengiraan data pentaksiran ini memerlukan kesabaran
dan kemahuan untuk belajar kerana ianya bukan sesuatu yang mudah untuk
digunakan dalam mencari data yang diperlukan. Oleh yang demikian, sebagai guru

8
yang bijak dan bertanggungjawab, kita mestilah menguasai pentaksiran dalam
pendidikan ini supaya mudah untuk menilai dan membantu murid dalam semua
aspek yang perlu diberi perhatian.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel dalam Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku (2016), mengatakan guru pada abad ini perlu melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan daripada pelbagai aspek. Pembelajaran guru tidak terhenti
selepas tamat kursus keguruan sahaja tetapi akan berterusan. Guru harus menjadi
pengkaji dan pengamal supaya mereka dapat menjadi perancang dan pelaksana
yang terbaik untuk murid-muridnya.

9
LAMPIRAN

Ujian Bahasa Melayu Tahun 5


Nama:
Kelas :

1. Aliya mengambil surat itu ________ diserahkan kepada ayahnya yang baru
pulang dari kerja.

A. kerana
B. maka
C. lalu
D. agar

2. En Raju sedang bercucuk tanam di belakang rumah __________, isterinya


sedang memasak di dapur.

A. apabila
B. manakala
C. walaupun
D. sedangkan

3. Cikgu Alias telah menempah dua ______ bas yang digunakan semasa lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur pada minggu lepas.

A. bilah
B. keping
C. pasang
D. buah

4. Mak Timah membawa se______ payung kerana cuaca kelihatan mendung.

A. ikat
B. kaki
C. baris
D. Genggam

5. Mustaqim tidak hadir sekolah hari ini kerana _____ masih demam panas.

A. mereka
B. kamu
C. dia
D. beliau

6. Guru besar sedang memberi ucapan di Majlis Anugerah murid cemerlang,


__________ sedang menasihati murid-murid agar sentiasa berusaha dalam
pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

A. baginda
B. beliau
C. Dia
D. saya

7. Fariz dan Diana _____________kerana sering bergaduh walaupun perkara itu


kecil.

A. Bagai duri dalam daging


B. bagai melepaskan batuk di tangga
C. bagai katak di bawah tempurung
D. bagai anjing dengan kucing

8. Semua nasihat dan teguran yang diberikan Puan Azlina kepada anak tunggalnya
itu _____________ kerana semua nasihatnya itu tidak diendahkan.

A. bagai haruan makan anak


B. bagai mencurah air ke daun keladi
C. bagai kucing kehilangan anak
D. bagai telur di hujung tanduk

9. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi satu situasi cara yang baik untuk meminta tolong
dari rakan anda.

A. Ali, angkat barang aku sekarang.


B. Berikan buku kau sekarang, aku nak guna.
C. Ahmad, bolehkah kamu membantu saya?
D. Anisa sedang menolong rakan baiknya.

Semua murid SK Seri


Kayangan akan mengambil
peperiksaan di dewan sekolah
itu.

10. Pilih ayat tanya yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas.

A. Di manakah semua murid SK Seri Kayangan akan mengambil peperiksaan?


B. Bilakah murid akan mengambil peperiksaan?
C. Mengapakah murid SK Seri kayangan mengambil peperiksaan?
D. Adakah murid-murid SK Seri Kayangan akan mengambil peperiksaan?

11. Semua seluar Faiz sudah menjadi __________ kerana badanya sudah berisi.

A. ketat
B. besar
C. singkat
D. longgar

12. Rafeah yang ringan mulut itu sungguh _________ dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

A. sombong
B. senang
C. ramah
D. kasar

13. “Kalau engkau tidak ada kerja,marilah ikut ________ ke perpustakaan,” kata
Yusra dan Hani kepada Nisa.

A. mereka
B. engkau
C. kalian
D. kami

14. Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu diserahkan kepada
putera __________ .

A. tuanku
B. baginda
C. beta
D. nya

Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.

15. Persahabatan antara Fikri dan Hakim semakin lama semakin renggang.

A. dekat
B. erat
C. padat
D. ketat

16. Pilih ayat yang betul.

I. Oleh sebab semalam hujan lebat, ibu tidak menyiram pokok bunga pagi ini.
II. Kesemua penumpang feri yang karam itu dipercayai telah mangkat.
III. Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
IV. Amboi, cantiknya baju kamu!

A. I dan II
B. I dan III
C. I,II dan III
D. I,III dan IV

17. Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se_______ basikal dan dua
________ kasut sukan berjenama ADIDAS.

A. pasang……biji
B. buah…… pasang
C. biji……buah
D. biji.….. bentuk

18. Ayah membeli se________ rantai dan tiga ______ bunga ros kepada ibu
sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.

A. Buah…… helai
B. biji……tangkai
C. bentuk…… kuntum
D. utas…… kuntum

Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.

19. Saiful ______________ kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)

20. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi pernyataan yang diberikan.

Tujuan beberapa kawasan peranginan di


Cameron Highland ditutup untuk
sementara waktu adalah kerana keadaan
jalan raya yang membahayakan
keselamatan.
Skema Jawapan Ujian Bahasa Melayu Tahun 5
Nama:
Kelas :

1. Aliya mengambil surat itu ________ diserahkan kepada ayahnya yang baru
pulang dari kerja.

A. Kerana
B. Maka
C. Lalu
D. agar

2. En Raju sedang bercucuk tanam di belakang rumah __________, isterinya


sedang memasak di dapur.

A. apabila
B. Manakala
C. Walaupun
D. sedangkan

3. Cikgu Alias telah menempah dua ______ bas yang digunakan semasa lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur pada minggu lepas.

A. Bilah
B. Keping
C. Pasang
D. buah

4. Mak Timah membawa se______ payung kerana cuaca kelihatan mendung.


A. Ikat
B. Kaki
C. Baris
D. Genggam

5. Mustaqim tidak hadir sekolah hari ini kerana _____ masih demam panas.

A. Mereka
B. Kamu
C. Dia
D. beliau

6. Guru besar sedang memberi ucapan di Majlis Anugerah murid cemerlang,


__________ sedang menasihati murid-murid agar sentiasa berusaha dalam
pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

A. Baginda
B. Beliau
C. Dia
D. saya

7. Fariz dan Diana _____________kerana sering bergaduh walaupun perkara itu


kecil.

A. Bagai duri dalam daging


B. bagai melepaskan batuk di tangga
C. bagai katak di bawah tempurung
D. bagai anjing dengan kucing

8. Semua nasihat dan teguran yang diberikan Puan Azlina kepada anak tunggalnya
itu _____________ kerana semua nasihatnya itu tidak diendahkan.

A. bagai haruan makan anak


B. bagai mencurah air ke daun keladi
C. bagai kucing kehilangan anak
D. bagai telur di hujung tanduk

9. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi satu situasi cara yang baik untuk meminta tolong
dari rakan anda.

A. Ali, angkat barang aku sekarang.


B. Berikan buku kau sekarang, aku nak guna.
C. Ahmad, bolehkah kamu membantu saya?
D. Anisa sedang menolong rakan baiknya.

Semua murid SK Seri


Kayangan akan mengambil
peperiksaan di dewan sekolah
itu.

10. Pilih ayat tanya yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas.


A. Di manakah semua murid SK Seri Kayangan akan mengambil peperiksaan?
B. Bilakah murid akan mengambil peperiksaan?
C. Mengapakah murid SK Seri kayangan mengambil peperiksaan?
D. Adakah murid-murid SK Seri Kayangan akan mengambil peperiksaan?

11. Semua seluar Faiz sudah menjadi __________ kerana badanya sudah berisi.

A. ketat
B. Besar
C. Singkat
D. longgar

12. Rafeah yang ringan mulut itu sungguh _________ dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

A. sombong
B. Senang
C. Ramah
D. kasar

13. “Kalau engkau tidak ada kerja,marilah ikut ________ ke perpustakaan,” kata
Yusra dan Hani kepada Nisa.
A. Mereka
B. Engkau
C. Kalian
D. kami

14. Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu diserahkan kepada
putera __________ .

A. Tuanku
B. Baginda
C. Beta
D. nya

15. Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah
ini.

Persahabatan antara Fikri dan Hakim semakin lama semakin renggang.

A. Dekat
B. erat
C. Padat
D. ketat

16. Pilih ayat yang betul.

I. Oleh sebab semalam hujan lebat, ibu tidak menyiram pokok bunga pagi ini.
II. Kesemua penumpang feri yang karam itu dipercayai telah mangkat.
III. Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
IV. Amboi, cantiknya baju kamu!
A. I dan II
B. I dan III
C. I,II dan III
D. I,III dan IV

17. Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se_______ basikal dan dua
________ kasut sukan berjenama ADIDAS.

A. pasang……biji
B. buah…… pasang
C. biji……buah
D. biji.….. bentuk

18. Ayah membeli se________ rantai dan tiga ______ bunga ros kepada ibu
sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.

A. Buah…… helai
B. biji……tangkai
C. bentuk……kuntum
D. utas…… kuntum

19. Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.

Saiful menanggalkan kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)

20.Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi pernyataan yang diberikan.

Tujuan beberapa kawasan peranginan di


Cameron Highland ditutup untuk
sementara waktu adalah kerana keadaan
jalan raya yang membahayakan
keselamatan.

Apakah tujuan kawasan perananginan di Cameron Highland ditutup untuk sementara


waktu?
RUJUKAN

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria, Pentaksiran dalam
Pendidikan (2017) , Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd
Fazira Sabri, Pengukuran Serakan Piawai
https://www.academia.edu/17494317/PENGUKURAN_SERAKAN
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku (2016), Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd
Norsiah Baluan, Konsep Asas Pentaksiran
https://www.academia.edu/17147286/BAB_1_Konsep_Asas_PENTAKSIRAN

Anda mungkin juga menyukai