Anda di halaman 1dari 1

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Kampong Jawa


Jalan Raja Nong
41000 Klang

Kepada:
Yang Dipertua PIBG
SMK Kampong Jawa
Jalan Raja Nong
41000 Klang 18 JULAI 2018.

Melalui dan salinan:


Pengetua
SMK Kampong Jawa
Jalan Raja Nong
41000 Klang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI PENCETAK BILIK DISIPLIN

Dengan segala hormatnya perkara di atas saya rujuki.

2. Pihak Unit Disiplin SMK Kampong Jawa ingin memohon sumbangan tunai sebanyak
RM790 untuk membeli 1 set pencetak baru berjenama Canon Pixma G2000 (RM550) dan 2 set
dakwat pencetak (RM240) bagi kegunaan Bilik Disiplin SMK Kampong Jawa.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pencetak yang dibeli 2 tahun lepas sudah rosak dan tidak
dapat dibaiki lagi.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah

……………………………………………
(PUZIAH BINTI TUBAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Kampong Jawa

Anda mungkin juga menyukai