Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK & SEJARAH SPM


SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB, BOTA

1.0 TAJUK PROGRAM

Kertas Cadangan Bengkel Teknik Menjawab Matematik dan Sejarah SPM SMK Dato’ Abdul
Rahman Yaakub 2020

2.0 PENDAHULUAN

Bengkel Teknik Menjawab Matematik dan Sejarah SPM SMK Dato’ Abdul Rahman
Yaakub akan mengumpulkan seramai 105 orang murid yang terdiri daripada 6 buah kelas
Tingkatan 5 di SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub untuk bengkel teknik menjawab soalan SPM
Matematik dan Sejarah bagi tahun 2020 bagi menghadapi Ujian Selaras 1.

Ini adalah satu usaha guru-guru Matematik dan Sejarah SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub
yang terdiri dripada Guru Cemerlang/Penyemak Kertas Peperiksaan bagi berkongsi ilmu dan
tips tentang teknik menjawab soalan peperiksaan.

Justeru itu, dengan adanya bengkel ini diharapkan para murid diberikan peluang untuk
menguasai teknik menjawab yang sebenar daripada guru-guru sekali gus dapat meningkatkan
lagi potensi serta kesungguhan para pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam Ujian Selaras 1 seterusnya peperiksaan SPM tahun ini.

3.0 MATLAMAT

3.1 Meningkatkan keupayaan murid dalam teknik menjawab yang berkesan dan efektif.

3.2 Meningkatkan cara pengurusan murid itu sendiri.

3.3 Meningkatkan prestasi subjek Matematik dan Sejarah selaras dengan Headcount.

4.0 OBJEKTIF

Selepas program ini, pelajar dapat:

4.1 Didedahkan kepada teknik menjawab soalan Matematik dan Sejarah dengan cara yang
betul untuk meningkatkan pencapaian SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah
di SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub.

4.2 Dibimbing dengan kemahiran belajar yang berkesan melalui perkongsian pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran daripada Guru Cemerlang / Penyemak Kertas Peperiksaan.

4.3 Membina keyakinan dan mengalakkan minat para pelajar untuk belajar bersungguh-
sungguh supaya mencapai ketahap lulus/cemerlang.

5.0 TARIKH PROGRAM

7 Mac 2020 (Sabtu)


6.0 KUMPULAN SASARAN

105 orang murid Tingkatan 5 dari 6 buah kelas Tingkatan 5 bagi SMK Dato’ Abdul Rahman
Yaakub yang perlu dibantu untuk lulus/cemerlang dalam Matematik SPM 2020 khususnya
dalam Ujian Selaras 1 2020.

7.0 TEMPAT

Dewan Ibnu Sina SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub / Bilik Digital / Bilik Sejarah

8.0 TEMPOH PELAKSANAAN

1 hari (Mac 2020)

9.0 PENDEKATAN PELAKSANAAN

9.1 Latihan Dalam Kumpulan

9.2 Bengkel menjawab soalan Matematik dan Sejarah SPM dikendalikan oleh guru-guru
Matematik dan Sejarah SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub.

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Guru-guru Matematik
Pn Anom Hamimi Bt Azumu
Pn Hjh Norida Bt Abas
En Mustafa bin Mohamad Saaid
En Mohd Sani Bin Abd Hamid

Guru-guru Sejarah
Pn Rohaiza Bt Zainal Abidin
Pn Hayati Bt Mohamed
Pn Suhana Bt Bachok
Pn Hjh Roshadah Bt Shaari

11.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran 1

12.0 ANGGARAN KOS

Sila Rujuk Lampiran 2

13.0 PENUTUP

Semoga bengkel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak
yang terlibat. Diharapkan penglibatan dan kerjasama daripada semua guru dan pelajar
Tingkatan 5 SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub dapat melonjakkan pencapaian SPM pada
tahun 2020 di samping meningkatkan keyakinan pelajar ke arah kecemerlangan akademik.
LAMPIRAN 1
TENTATIF JADUAL PELAKSANAAN
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK DAN SEJARAH
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB

Tarikh : 7 Mac 2020 ( Sabtu )


Masa : 8.30 hingga 1.00
Tempat: Dewan Ibnu Sina SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub / Bilik Digital / Bilik Sejarah

TARIKH AKTIVITI / MASA

SLOT 1
8.30 PG – 10.30 PG

MATEMATIK SEJARAH
5 AL FARABI 5 IBNU SINA
5 AL BIRUNI 5 IBNU KHALDUN
5 AL HAITHAM 5 IBNU HAYYAN

REHAT
10.30 PG – 11.00 PG

SLOT 2
11.00 PG – 1.00 TGHR

MATEMATIK SEJARAH
5 IBNU SINA 5 AL FARABI
5 IBNU KHALDUN 5 AL BIRUNI
5 IBNU HAYYAN 5 AL HAITHAM
LAMPIRAN 2

ANGGARAN KOS
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK DAN SEJARAH SPM
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB

Bil. Perkara Harga seunit Bilangan Jumlah Sumber


RM orang RM Kewangan
1 MAKAN + MINUM PAGI 3.00 105 315 PCG
MATEMATIK
& PCG
SEJARAH

Disediakan oleh:

……………………………………………
MOHD SANI BIN ABD HAMID

Anda mungkin juga menyukai