Anda di halaman 1dari 10

1.

1.2 SK Bota Kiri

1.3 Tajuk : Wheel On The Wall ( WOW )

1.4 Tema : Kualiti guru yang kompeten dan berinovasi

1.5 Pengenalan
i. Latar Belakang Program
Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di sekolah. Guru perlu mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan
sedia ada, serta kemahiran melaksanakan P&P dengan menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir ( KBAT ).
Program WOW ini, merupakan satu penyelesaian terbaik untuk membantu
meningkatkan kualiti guru dalam pelaksanaan PdPC di sekolah .Penggunaan
sumber didapati paling efektif dalam meningkatkan tahap pemikiran kritis dan kreatif
dalam kalangan murid.

Pembelajaran melalui bermain ( Game Base Learning-GBL ) adalah satu


pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak,
kerana ini akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam
sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain, para pelajar akan
dapat menguasai pelbagai perkembangan, antaranya adalah perkembangan dari
segi fizikal, emosi, bahasa, dan sosial. Murid-murid akan dapat menguasai sesuatu
kemahiran yang diajar dengan lebih berkesan.

Melalui Program WOW ini, murid-murid SK Bota Kiri dapat belajar sambil
bermain menggunakan Roda Pembelajaran yang boleh diaplikasikan di dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris dalam bentuk permainan yang santai dan
menyeronokkan. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran yang
boleh diaplikasikan dalam Program WOW ialah manipulatif, fizikal, permainan
bahasa dan sebagainya mengikut kesesuaian matapelajaran. Dua buah Roda
Pembelajaran WOW telah di tempatkan di ruang menunggu SK Bota Kiri untuk
mendapatkan suasana yang lebih santai dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Konsep pungutan mata yang boleh ditebus dalam setiap sesi
pembelajaran WOW juga, dapat melatih murid memupuk semangat yang jitu dan
berdaya saing.

iii. Penglibatan
Program WOW ini difokus kepada penglibatan semua guru Panitia Bahasa
Inggeris dan semua murid Tahap 1 dan Tahap 2.

iii. Objektif Program


Program WOW diwujudkan secara umumnya adalah memfokuskan kepada
bidang keberhasilan kualiti guru dengan memanfaatkan sumber pendidikan bagi
menyelesaikan masalah berkaitan matapelajaran Bahasa Inggeris di SK Bota Kiri
terutama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran seterusnya
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Di samping itu ,
program ini juga membolehkan murid-murid melakukan aktiviti belajar melalui
bermain dengan menggunakan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur
bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas, selamat,
menggembirakan dan bermakna.

1.6 Penyelesaian masalah

Dalam SKPMg2 standard 4, Pembelajaran dan Pemudahcaraan, guru


berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran umtuk
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan.
Bertepatanlah bahawa amalan pembelajaran dan pemudahcaraan
merupakan nadi kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan murid.Ramai
dalam kalangan mereka tidak dapat menjawab soalan kemahiran tinggi ( KBAT )
dengan baik.Kebanyakan mereka hanya mampu menulis jawapan yang bersifat
pengetahuan, tetapi gagal pada soalan yang menggunakan kemahiran berfikir
seperti menganalisis dan mengaplikasi. Menerusi jawapan mereka juga, didapati
pelajar kurang berkeupayaan untuk berfikir secara KBAT.
Oleh itu, Program WOW ini dipilih untuk memberi ruang kepada guru-guru
Bahasa Inggeris SK Bota Kiri, membuat peningkatan dan perubahan dalam
kemenjadian murid melalui penglibatan aktif dan secara berkesan dalam aktiviti
PdPc di dalam bilik darjah.
2.1 Pelaksanaan Program

i) Proses pelaksanaan

Program WOW menggunakan roda bernombor 10, 20, 40, 50, 70 dan 100 yang
akan dipusingkan oleh guru untuk menentukan markah murid. Guru perlu
menyediakan pelbagai aras soalan / aktiviti yang bersesuaian mengikut markah
yang ada di roda, iaitu soalan / aktiviti paling mudah untuk markah 10 dan paling
susah untuk markah 100.

Guru-guru bergilir-gilir membawa murid ke sudut WOW mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Guru perlu telus menentukan giliran menjawab murid mengikut budi-
bicara masing-masing.

Murid yang berjaya menjawab soalan atau membuat tugasan dengan betul akan
menerima stiker markah. Sistem tebus atau ‘redeem’ digunapakai untuk mendorong
murid menjawab soalan sekaligus akan meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran. Murid boleh memilih untuk membuat tebusan hadiah setelah markah
minima diperolehi atau menunggu sehingga berjaya mengumpul markah yang lebih
tinggi.

ii) Impak

Program ini memaksimakan potensi guru kerana perlu kreatif menyediakan aras
soalan / aktiviti mengikut markah yang ada di roda. Program ini juga membantu guru
menaikkan minat murid untuk mengambil bahagian secara aktif dalam bidang
pembelajaran. Murid-murid lebih bermotivasi untuk berusaha menguasai pelajaran
secara berterusan bagi membolehkan mereka menebus hadiah yang disediakan.

iii) Kekuatan dan kekurangan

Program ini boleh dilaksanakan dengan jayanya kerana guru-guru mempunyai


pengalaman dan terlatih. Guru-guru juga sentiasa komited untuk menjalankan aktiviti
yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, guru-guru
memberikan kerjasama yang baik untuk menjalankan program mengikut jadual yang
disediakan.

Walau bagaimanapun, guru-guru perlu membawa murid-murid ke sudut WOW setiap


kali ingin menjalankan aktiviti. Ini mengambil masa yang agak lama. Bilangan murid
yang agak ramai didalam sesetengah kelas juga menyukarkan guru untuk memberi
peluang yang adil bagi setiap murid.
3.1 Gambar dan Penerangan

i) Roda WOW
ii) Stiker yang dibekalkan kepada setiap guru
iii) Guru sedang menjalankan program

iv) Stiker yang ditampal pada buku murid


(v) Barangan dan nilai mata dipamerkan. (WOW REDEMPTION)
Jadual Penggunaan Sudut ‘WOW’ bagi Panitia Bahasa Inggeris

GURU/
AKMAM DAHLIA FARIDAH AZMA ATIKAH
HARI

4M 6M
ISNIN (12.10- (9.10-
1.10) 10.10)

1M
SELASA (8.40-
9.40)

2M 3M
2K
RABU (11.40- (10.40-
(8.10-9.10)
12.40) 11.40)

4K
6K
KHAMIS (10.40-
(9.10-10.10)
11.40)

5M
JUMAAT (10.40-
11.40)
3.2 Persembahan maklumat/data dalam bentuk carta

Rajah 3.2.1
Skor Pencerapan PdPc oleh pihak pentadbir ( Aspek 4.3.1,4.4.1,4.4.2 ) SKPMg2
Standard 4.

pencerapan kali pertama


4.3.1 4.4.1 4.4.2
81.25

81.25

81.25

81.25

81.25

81.25
78.57

78.57

78.57
77.5

77.5
76.56

76.56
75.89

75.89

D ah l i a Akm am Fari d ah Azm a Azi m ah

Berdasarkan carta pencerapan kali pertama, dapat dirumuskan bahawa guru


panitia Bahasa Inggeris memperolehi pencerapan taraf baik dan sederahana. Hal ini
menggambarkan kualiti amalan PdPc guru masih perlu dipertingkatkan bagi aspek
4.31,4.4.1 dan 4.4.2 SKPMg2 Standard 4.
Rajah 3.3.2
Perbandingan Skor Pencerapan PdPc oleh pihak pentadbir bagi ( aspek 4.3.1,
4. 4.1, 4.4.2), SKPMg2 Standard 4, selepas intervensi dilaksanakan.
pencerapan selepas intervensi
4.3.1 4.4.1 4.4.2

90.63

90.63
88.75

88.75
86.61

86.61

86.61
85.94

85.94

85.94
85

85

85
83.93

83.93
D ah l i a Akm am Fari d ah Azm a Azi m ah

Berdasarkan carta pencerapan selepas intervensi, dapat dirumuskan bahawa


markah pencerapan guru panitia Bahasa Inggeris telah meningkat dengan
memperolehi pencerapan taraf baik dan cemerlang selepas menggunakan Program
WOW.

4. 1 Penutup
i. Kesimpulan
Program Wheel On The Wall ( WOW ) telah berjaya menjadi salah satu intervensi
dalam meningkatkan kualiti guru.Program ini memberi kebebasan kepada guru
untuk menyediakan latihan kepada murid, menyediakan soalan KBAT dan
menjadikan guru kreatif dalam menyediakan aktiviti semasa PdP dengan
menggunakan roda yang disediakan dalam membantu murid mengikuti
pembelajaran lebih berkesan dan pengajaran guru mencapai objektif yang
ditetapkan.Pengetahuan dan pelaksanaan yang menyeluruh tentang kaedah
pembelajaran ini, tentunya akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak
terutama pelajar, guru, dan pihak pentadbir terutamanya dalam meningkatkan
pencapaian di sekolah.

Farahdila binti Abu Seman,


Guru Besar SK Bota Kiri

Anda mungkin juga menyukai