Anda di halaman 1dari 28

4.

0 PROGRAM DISIPLIN PONTENG

PROGRAM
PONTENG
BIDANG DISIPLIN - PONTENG

AKTIVITI
BIL TAJUK
1 Mengenal Diri
2 Diari Hidup
3 Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah
4 Luahan Rasa
5 Sentuhan Kendiri
6 Paparan Slaid
7 Lawatan
8 Graf Prestasi Diri
9 Ceritaku
10 Riadah dan Apresiasi
4.1 PANDUAN PELAKSANAAN

4.1.1 PENDAHULUAN

Ponteng sekolah atau ponteng kelas merupakan satu kelakuan yang tidak diingini
yang berlaku dalam sistem persekolahan hari ini.Perlakuan ini juga, pasti akan
membawa masalah-masalah disiplin yang lain jika tidak dibendung dan
dikawal.Masalah ini juga, jika dibiarkan berterusan akan menganggu
pelaksanaan rancangan program pendidikan negara. Maka adalah diakui bahawa
tugas menyelesaikan masalah ponteng terpaksa melalui satu proses yang amat
rumit.Program-program sokongan perlu diadakan sebagai usaha pencegahan
dan pemulihan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Oleh itu, program kaunseling
berfokus yang dikendalikan oleh GKSM merupakan satu usaha murni bagi
membantu menyelesaikan masalah ini dan merealitikan usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi mengatasi masalah disiplin.

4.1.2 MATLAMAT

Bagi membantu dan menyelesaikan masalah disiplin yang semakin meruncing


dalam konteks pendidikan.

4.1.3 OBJEKTIF

4.1.1. Untuk mengatasi masalah disiplin dan punca salah laku yang lain
4.1.2. Untuk meningkatkan prestasi akademik

4.1.3. Untuk mengawal gejala sosial di kalangan remaja sekolah

4.1.4. Untuk mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan melancarkan


perancangan perjalanan sekolah

4.1.5. Untuk meringankan peranan pengurusan dan pembelajaran di


sekolah

4.1.4 RASIONAL

Punca permasalahan disiplin murid-murid berpunca daripada masalah ponteng.

4.1.5 SASARAN

Pelajar yang ponteng:

4.1.5.1 Ponteng kelas

4.1.5.2 Ponteng sekolah

4.1.5.3 Ponteng perhimpunan

4.1.5.4 Ponteng aktiviti ko-kurikulum

4.1.6 PELAKSANAAN

4.1.1. Mengenal Diri

4.1.2. Diari Hidup

4.1.3. Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah

4.1.4. Luahan Rasa

4.1.5. Sentuhan Kendiri


4.1.6. Paparan Slaid

4.1.7. Lawatan

4.1.8. Graf Prestasi Akademik

4.1.9. Ceritaku

4.1.10. Riadah Dan Apresiasi

4.1.7 PENILAIAN

4.1.7.1 GRAF KEHADIRAN

 
 

 
20
 

 
JUMLAH HARI

15
 

 
10
 

 
5
 

                 
0
JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT

4.1.7.2 GRAF PRESTASI DIRI

JADUAL PRESTASI AKADEMIK

UJIAN / MATA
BM BI MT SN SEJ MP MP MP MP MP MP
PELAJARAN

TOV          

OTR 1          

OTR 2          

ETR          

GRAF PRESTASI AKADEMIK


100  
 
90
 
80
 
70
 
MARKAH (%)

60
 
50
 
40
 
30
 
20
 
10
         
0
TOV OTR 1 OTR 2 ETR
4.1.8 PENUTUP

Diharapkan agar modul berfokus masalah ponteng dapat memberi


implikasi atau impak yang positif ke arah mengurangkan masalah disiplin
dan meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar
pada hari ini.
4.2 PROSES KERJA

BIL PROSES KERJA PERSONALIA CATATAN


1. Menyediakan kertas kerja GBKSM 2 minggu ( JAN)
modul ponteng

2. Mengadakan mesyuarat Pentadbir / Semua Guru 2 jam


bersama

3. Mengesan murid Guru Tingkatan / Disiplin 40 minit


ponteng

4. Menyenaraikan murid Unit Disiplin / GBKSM 1 jam


ponteng

5. Mengadakan temujanji GBKSM 40 minit


dengan murid ponteng

6. Melaksanakan modul GBKSM Setiap bulan 1


mengikut urutan modul

7. Mendapatkan prestasi Guru Tingkatan / 2 minggu


akademik murid ponteng SU Peperiksaan

8. Mencatatkan peningkatan
kehadiran dan prestasi GBKSM 1 minggu
akademik

9. Membuat analisa
kehadiran dan prestasi GBKSM 1 minggu
akademik

10. Membuat graf penilaian


dan laporan GBKSM 2 minggu

11. Membuat kajian tentang GBKSM 2 minggu


keberkesanan modul (Laporan dihantar
kepada
Pentadbir, Unit
Disiplin & PPD)

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN


4.3 CARTA ALIRAN KERJA
PROGRAM SIFAR PONTENG

MULA

Menyediakan Kertas Kerja

Mengadakan Mesyuarat

Mengesan Murid Ponteng

Menyenaraikan Murid Ponteng


Mengadakan Temujanji

Melaksanakan Modul

Mendapatkan Prestasi Akademik

Mencatat Kehadiran

Membuat Analisa Dan Graf

Membuat Kajian Keberkesanan


Program

4.0 PENUTUP
MODUL

Modul dilaksanakan

sepanjangPONTENG
4.4 PROGRAM tahun SIFAR

4.4.1 AKTIVITI 1

Bidang : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Mengenal Diri)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. memberi maklumat peribadi/resume


2. mengenal kekuatan dan kelemahan diri

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Borang maklumat peribadi

LANGKAH :

1. GBKSM mendapat senarai nama murid daripada unit disiplin dan guru
tingkatan

2. GBKSM membuat temuduga dengan murid-murid dalam senarai nama


ponteng (mengelaskan semua murid berikut berdasarkan
kumpulan/jantina/tingkatan)

3. GBKSM membuat temujanji dengan kumpulan tertentu mengikut jadual


yang telah ditetapkan

4. GBKSM mengedarkan borang maklumat peribadi dan memberi


penerangan tentang cara-cara mengisi borang maklumat peribadi

5. GBKSM mengumpul maklumat peribadi murid dan difailkan

Penilaian : Murid dapat mengenal diri sendiri.

Rumusan :

1. Dengan borang maklumat peribadi yang dikumpulkan kita dapat


mengumpul maklumat dan mengenal latar belakang murid
Falsafah : Tak Kenal MakanTak Cinta

4.4.2 AKTIVITI 2

Bidang : Disiplin
Tajuk : Ponteng (Diari Hidupku)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang jadual aktiviti seharian

2. Merekod aktiviti dalam jadual seharian murid

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Pen dan lampiran 1 dan 2

LANGKAH :

1. GBKSM mengumpul murid yang telah dikenalpasti terlibat lanjutan dari


aktiviti yang telah lepas

2. GBKSM menerangkan tujuan perjumpaan aktiviti kelompok

3. Murid-murid diminta menceritakan aktiviti kehidupan seharian secara


bergilir-gilir

4. Murid-murid diminta mencatat aktiviti dalam jadual “ Sehari Dalam


Hidupku”

i. Hari Persekolahan

ii. Hari Cuti

5. GBKSM mengumpul hasil murid untuk tujuan penilaian

Penilaian :

1. GBKSM mengenalpasti dan menganalisa aktiviti murid-murid untuk


tujuan pembaikan masalah ponteng di kalangan murid.
Rumusan :

1. GBKSM dapat mengenalpasti punca ponteng dan menggunakan


pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid

Falsafah : Hargai Masa Kerana Masa Tidak Akan Berulang-Masa Itu


Emas
LAMPIRAN 1

Aktiviti Hari Persekolahan

Masa Aktiviti
6.00 -7.00 pg

7.00 - 8.00 pg

8.00 - 9.00 pg

9.00 -10.00 pg

10.00 -11.00 pg

11.00 -12.00 tgh

12.00 -1.00 ptg

1.00 - 2.00 ptg

2.00 - 3.00ptg

3.00 - 4.00 ptg

4.00 - 5.00 ptg

5.00 - 6.00 ptg


6.00 - 7.00 mlm

LAMPIRAN 2

Aktiviti Hari Cuti

Masa Aktiviti
6.00 -7.00 pg

7.00 - 8.00 pg

8.00 - 9.00 pg

9.00 -10.00 pg

10.00 -11.00 pg

11.00 -12.00 tgh

12.00 -1.00 ptg

1.00 - 2.00 ptg

2.00 - 3.00ptg

3.00 - 4.00 ptg


4.00 - 5.00 ptg

5.00 - 6.00 ptg

6.00 - 7.00 mlm

4.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengurangkan kes ponteng kelas dan ponteng sekolah

2. meningkatkan jati diri murid-murid

3. meningkatkan hubungan yang baik dengan GBKSM

MASA : Setiap waktu pagi hari persekolahan

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Borang prestasi kehadiran

LANGKAH :

1. Murid-murid berjumpa dengan GBKSM setiap pagi sebelum perhimpunan

2. GBKSM akan menandakan kehadiran

3. GBKSM memberi sentuhan mesra dan nilai murni

4. Kehadiran murid-murid akan membuat melalui graf kehadiran setiap


minggu/bulan
Penilaian :

1. Murid-murid merasakan kehadirannya ke sekolah amat diperlukan


kerana adanya keprihatinan daripada GBKSM

Rumusan :

1. Program ini akan dapat melihat analisa kehadiran murid melalui catatan
kehadiran dan graf peningkatan kehadiran

Falsafah :

1. Masa Depan Itu Di Beli Oleh Masa Depan Sekarang “Samuel Johnson”
4.4.4 AKTIVITI 4

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Luahan Rasa)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengeluarkan isi hatinya

2. Dapat mengetahuai masalah murid

3. Membantu murid mengatasi masalahnya

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Murid ditanya tentang masalah yang dihadapi

2. Murid diminta meluahkan rasahatinya pada kertas A4


3. GBKSM mengutip dan membaca luahan hati murid

Penilaian : GBKSM prihatin terhadap luahan rasa murid

Rumusan :

1. Dapat memberi nasihat dan menggunakan pendekatan yang sesuai


untuk menyelesaikan masalah murid

Falsafah : Tiada Masalah Yang Tidak Dapat Diselesaikan

4.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Kaunseling Individu/sentuhan kendiri)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mempunyai inisiatif diri untuk mengurangkan masalah


ponteng

2. Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi


kehidupannya

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Soal selidik kehadiran murid


LANGKAH :

1. GBKSM membuat temujanji dengan murid

2. GBKSM mengetahui perkembangan kehadiran murid melalui soal selidik


kehadiran murid

3. GBKSM memberi galakan dan sokongan

4. GBKSM membuat pemantauan sepanjang masa

Penilaian : Murid dapat menangani masalah ponteng dengan yakin

Rumusan :

1. Kasih sayang daripada pihak sekolah membantu murid mengarah ke hala


tuju yang positif

Falsafah : Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

4.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Paparan Slaid Masalah Tingkahlaku)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Membuat perbandingan melalui slaid salah laku

2. Menilai salah laku yang baik dan buruk

3. Mendapat iktibar daripada salah laku yang ditayangkan

Masa : 40 minit
Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Slaid salah laku, kertas A4,LCD

Langkah :

1. Murid ponteng dibawa ke dalam bilik kaunseling

2. Murid ditayangkan dengan slaid salah laku

3. GBKSM meminta murid memberikan pendapat tentang slaid salah laku


yang ditayangkan

Penilaian :

1. GBKSM memberi kertas A4 kepada murid untuk mencatat baik dan


buruknya slaid yang ditayangkan

Rumusan :

1. Melalui tayangan slaid tadi, murid dapat membandingkan tingkah laku-


tingkah laku yang baik dan tidak baik dan menilaikannya semula kepada
masalah mereka

Falsafah : Hidup Penuh Dugaan Dan Cabaran

4.4.7 AKTIVITI 7

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Program Lawatan Ke Pusat Pemulihan Akhlak-

universiti)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti lawatan murid dapat:

1. Pendedahan tentang akibat tindakan salah laku murid


2. Kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan

3. Menghargai masa seharian dan masa hadapan

MASA : 1 hari

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Pengangkutan dan sumber kewangan

Langkah :

1. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh lawatan

2. GBKSM memohon kebenaran lawatan daripada pihak PPD

3. GBKSM membuat temujanji program dengan pusat yang dilawati

4. GBKSM membawa murid-murid ponteng ke pusat pemulihan akhak

5. Murid-murid menyaksikan aktiviti dan bersoal jawab dengan penghuni


pusat pemulihan akhlak

6. GBKSM membuat “post moterm” lawatan bersama murid ponteng

Penilaian :

1. Murid-murid dapat menyaksikan dan menginsafi diri bahawa betapa


ruginya ponteng sekolah, membuang masa dan terlibat dengan akiviti
salah laku

Rumusan :

1. GBKSM dapat memberi kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan


dikalangan murid ponteng agar tidak terlibat dengan tindakan salah laku
Falsafah : Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu ( Peribahasa Cina)
4.4.7 AKTIVITI 8

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Prestasi Akademik)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Dapat melihat perbandingan dan membuat analisa


prestasi akademik

2. Dapat idea bagaimana untuk meningkatkan prestasi


akademik

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Markah ujian bulanan

Langkah :

1. GBKSM membuat perbandingan antara 2 markah ujian bulanan

2. GBKSM membuat analisa markah bagi setiap mata pelajaran dengan


melukis graf

3. GBKSM meminta murid memberi sebab berdasarkan graf yang dibuat

4. GBKSM meminta murid memberi cadangan bagaimana untuk


meningkatkan prestasi akademik pada ujian akan datang

Penilaian :

1. Murid sedar bahawa tingkah laku pnteng menyebabkan prestasi


akademik menurun
Rumusan : Kehadiran yang konsisten dapat meningkatkan prestasi
akademik

Falsafah : Kejayaan Tidak Datang Kepada Manusia Yang Leka

4.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Ceritaku)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. menilai pentingnya sayang akan diri dan keluarga

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Cerita pendek, album keluarga

Langkah-Langkah :

1. GBKSM bercerita “cerita pendek” berkaitan kasih sayang dan


menunjukkan album keluarga

2. Murid menyatakan sejauh mana dia menyayangi dirinya dan keluarganya

3. GBKSM menerangkan bagaimana murid boleh menunjukkan kasih sayang


kepada orang-orang yang berkaitan

4. GBKSM mengaitkan perilaku ponteng telah mengugat kasih sayang dan


cita-cita yang diharapkan

Penilaian :

1. Murid lebih menyayangi diri dan keluarganya dan mengurangkan tingkah


laku ponteng
Rumusan :

1. Kasih sayang sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid

Falsafah : Sayangi Diri Anda Dan Keluarga Anda

4.4.10 AKTIVITI 10

Bidang : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Riadah/ Appresiasi )

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Dapat mendekati murid-murid ponteng secara lebih Mesra

2. Dapat mengembirakan hati murid

3. Dapat menghilangkan stres murid

4. Penghargaan

Masa : 2 hari 1 malam

Sasaran : Murid ponteng/ibubapa/komuniti

Bahan : Sumber kewangan, pengangkutan, tajaan

Langkah :

1. GBKSM mendapat senarai nama murid

2. GBKSM menetapkan lokasi riadah

3. GBKSM menguruskan borang pelancongan dan kebenaran ibu bapa

4. GBKSM mencari sumber kewangan dan tajaan

5. merancang aktiviti riadah


6. Penglibatan Ibu Bapa dan komuniti

Penilaian :

1. Murid merasa seronok kerana mereka rasa dihargai dan tidak akan
ponteng lagi

Rumusan :

1. Riadah ini dapat memberi peluang kepada murid-murid lebih mesra dan
berkongsi maklumat dengan GKSM tanpa ada rasa rendah diri untuk
mengatasi masalah yang mereka hadapi

Falsafah :

1. Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding


Kurangya Kebijaksanaan Atau Kemahiran (Flower A. Newhouse)

Anda mungkin juga menyukai