Anda di halaman 1dari 2

Bab 3 Peranti Input dan Output

Bab 3 Peranti Input dan Output

3.1 Input

Input ialah proses untuk memasukkan data, program, perintah dan respon pengguna ke dalam ingatan.
Terdapat empat jenis input:
 Data – fakta mentah seperti nombor, aksara, perkataan, imej, bunyi dan video yang dimasukkan ke
dalam komputer untuk diproses menjadi maklumat
 Program – suruhan yang mengarah komputer untuk melaksanakan opearasi yang diperlukan untuk
memproses data ke dalam maklumat.
 Perintah – katakunci dan frasa yang dimasukkan untuk mengarah komputer melakukan aktiviti tertentu
 Respon pengguna – data yang dimasukkan oleh pengguna sebagai respon kepada soalan atau mesej
yang dikemukakan.

Input juga merujuk kepada media seperti cakera, pita dan dokumen yang mengandungi kempat-empat input
tersebut di atas.

3.11 Peranti Input


Peranti input merupakan komponen perkakasan yang membolehkan data, program, perintah dan respon
pengguna untuk dimasukkan ke dalam komputer.

Berikut adalah peranti input serta fungsinya:

Peranti Input Penerangan


Papan kekunci Peranti input yang paling biasa
Tetikus, bebola jejak (trackball) Untuk menggerakkan penuding (pointer) dan membuat pilihan
Kayu bedik (joystick) Peranti input untuk permainan
Pen input Mengguna pen untuk input dan membuat pilihan pemprosesan
Skrin sentuh (touch screen) Pengguna menyentuh skrin komputer dengan jari untuk berinteraksi
dengannya
Pad sentuh (touch pad) Peranti empatsegi pada komputer riba yang sensitif kepada sentuhan
jari untuk menggerakkan penuding
Pen cahaya (light pen) Diguna untuk membuat pilihan atau melukis pada skrin
Pendigit (digitizer) Untuk memasukkan atau menyunting lukisan
Tablet grafik Pendigit dengan pilihan pemprosesan khas pada tablet
Pengimbas imej (Image scanner) Menukar teks, grafik atau gambar ke dalam bentuk input digital
Pengimbas Kod Palang (Bar Mengguna suluhan laser untuk membaca kod palang yang terdiri
Code Reader) daripada satu set garisan tegak dan ruang pelbagai lebar.
Pengecaman optik Mengguna sumber cahaya untuk membaca kod, tanda dan aksara
(optical recognition)
Pengecaman aksara dakwat Diguna di bank untuk membaca aksara dakwat magnet pada cek
magnet, MICR (Magnetic Ink
Character Recognition)
Pengecaman tanda optik –OMR Membaca tanda bulat atau empat segi pada kertas kemudian
(Optical Mark Reader) membandingkan dengan jawapan yang betul.
Input bunyi Menukar bunyi ke bentuk data digital
Input suara Menukar suara ke bentuk data digital
Kamera digital Menukar imej objek ke bentuk digital
Input video (video capture card) Menukar video ke dalam bentuk digital
Electronic Whiteboard Menangkap segala yang ditulis/lukis pada papan putih khas

1 torpc/smjkjitsin/06/18/20
Bab 3 Peranti Input dan Output

3.2 Output

Output ialah data yang telah diproses menjadi maklumat yang berguna kepada manusia atau mesin. Dua
hasil output yang biasa ialah dalam bentuk laporan (teks) dan grafik. Output ini boleh dicetak dengan
pencetak untuk menghasilkan salinan keras (hard copy) atau dipapar pada monitor sebagai salinan lembut
(soft copy). Hasil output yang lain ialah bunyi (audio) dan video.

Bentuk-bentuk output:
a. teks
b. grafik
c. audio
d. video

3.22 Peranti-peranti Output


Peranti output adalah peranti yang diguna untuk memaparkan data yang telah diproses atau maklumat
dalam bentuk teks, grafik, audio dan video.

Peranti Output Penerangan


Peranti Paparan :
Monitor Paparan visual seperti TV
Flat panel display (LCD) Paparan visual rata yang diguna pada komputer
bimbit
Pencetak – hentaman (impact):
Matriks bintik (Dot matrix) Mencetak teks dan grafik dengan bintik kecil
Jalur (Band) Mencetak teks sahaja melalui jalur yang berputar
dengan kelajuan yang tinggi
Pencetak – tanpa hentaman (non-impact):
Pancut dakwat (Ink Jet) Menyembur titisan dakwat halus pada kertas untuk
membentuk teks dan grafik; senyap dan murah.
Laser Beroperasi seperti mesin penyalin; menghasilkan
teks dan grafik dengan kualiti tinggi.
Termal (Thermal) Menggunakan kepanasan untuk menghasilkan
output berwarna berkualiti tinggi.
Pemplot (Plotter) Khas untuk lukisan bergaris; Diguna untuk
rekabentuk berbantuan komputer (CAD)
Projektor – LCD & multimedia Memapar imej skrin kepada sekumpulan pengguna
COM (Computer Output Microfilm) Menyimpan imej pada filem
Facsimile (fax) Menghantar dan menerima teks dan grafik menerusi
talian telefon

2 torpc/smjkjitsin/06/18/20

Anda mungkin juga menyukai