Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SEGAMAT.

85009 SEGAMAT
SEGAMAT,JOHOR DARUL TAKZIM.
Kod sek: JBD7065

______________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : PIBG SJKT LADANG SEGAMAT


Tarikh : 21.11.2018

Pengurus,
Perniagaan Maju Jaya Harapan,
No.64, Jalan Perwira,
Taman Chaah Jaya,
85400 Chaah,
Johor.

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI KONTRAKTOR BAGI KERJA – KERJA PENYELENGGARAN DI


SJK(T) LADANG SEGAMAT.

Dengan segala hormatnya perkara di atas rujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang
Segamat telah melantik Syarikat Perniagaan Maju Jaya Harapan sebagai kontraktor yang
akan mengendalikan kerja – kerja penyelenggaran sekolah ini.

3. Skop kerja yang akan dilakukan adalah seperti di bawah:

No Perihal Kerja
1. Membuka dan memasang bumbung serta rabung bangunan baru.
2. Membuka siling lama dan memasang siling gantung baru
3. Menukar wiring lama serta barang- barang elektrik .
4. Menggantikan pagar lama dengan pagar baru di hadapan sekolah
5. Membina pintu gerbang dengan papan tanda nama sekolah
6. Membangunkan satu bilik baru dengan mengikut peraturan yang
ditetapkan.
4. Skop kerja ini akan dilakukan dengan syarat pihak PIBG akan membayar 50%
sebagai wang pendahuluan untuk memulakan kerja penyelengaran dan selepas selesai
kerja akan dibayar penuh.

5. Dengan itu ,pihak kami berharap bahawa pihak tuan dapat melaksanakan kerja-
kerja sepertimana yang tersebut di atas dengan sebaiknya . Segala kerjasama yang
diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, Penerima Kontrak,

______________ _____________ _______________

Anda mungkin juga menyukai