Anda di halaman 1dari 7

1

PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS )


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK
35600 SUNGKAI, PERAK.

Kertas kerja
PROGRAM
BANYAK
MEMBACA
2013
PSS BESTARI MENJANA KECEMERLANGAN

PROGRAM KEMPEN MEMBACA


ANJURAN PUSAT SUMBER
2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK
KERTAS KERJA PROGRAM BANYAK MEMBACA
PSS, SMK TROLAK
2013

1. PENDAHULUAN

Program Kempen Banyak Membaca adalah satu program yang dirancang khusus di bawah
Program Kecemerlangan Pusat Sumber SMK Trolak. Antara tujuannya ialah untuk memupuk dan
menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar SMK Trolak. Selain itu program ini
juga bertujuan untuk menarik minat para pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah sebagai
pusat rujukan bagi mencari dan menambah ilmu pengetahuan sedia ada. Program ini melibatkan
semua pelajar tingkatan satu hingga lima yang dilaksanakan selama lapan bulan.

2. MATLAMAT PROJEK

Dalam tempoh lapan bulan Kempen Banyak Membaca ini dirancang dan dilaksanakan, adalah
diharapkan dapat mencapai matlamatnya iaitu:-

1. Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca bahan
bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar.
2. Menarik minat para pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah untuk membuat rujukan
bagi mencari dan menambah ilmu pengetahuan sedia ada.
3. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
4. Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup
5. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi
mengisi masa terluang untuk menpertingkat pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan.

3. OBJEKTIF PROJEK

Adalah diharapkan di akhir Program Kempen Banyak Membaca ini dilaksanakan akan dapat :
1. Memupuk minat membaca yang tinggi di kalangan pelajar SMK Trolak.
3
2. Menjadikan aktiviti membaca bahan rujukan sebagai sumber utama menambahkan ilmu
pengetahuan.
3. Menarik minat para pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah.
4. Menghidupkan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
5. Mempertingkatkan pengetahuan para pelajar dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SMK Trolak Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

5.. TEMPOH : MAC HINGGA OKTOBER 2013

6. TEMPAT : SMK TROLAK

7. PELAKSANAA PROGRAM
Aktiviti ini dilaksanakan oleh GPM dan guru-guru PSS SMK Trolak

8. KEWANGAN
Anggaran belanjawan aktiviti Program Kempen Membaca adalah seperti berikut;

SUMBER KEWANGAN JUMLAH


Wang PCG (PSS) RM 619.00
JUMLAH RM 619.00
BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN JUMLAH

1. Banner RM 120.00
2. Hadiah :
2.1 Hadiah Perasmi RM 40.00
2.3 Hadiah Pertandingan RM 414.00
3. Sijil RM 45.00

JUMLAH RM 619.00
4

9. PELAKSANAAN

Pelaksanaan program adalah seperti di bawah :

a) Projek Nilam ( Banyak Membaca )


Pemenang : 3 orang setiap bulan (Tingkatan 1 – 5)
Penyelaras : En. Ahmad Rizlan Bin Ahmad Masri
Tempoh : Mac – September
*Jadual pelaksanaan NILAM setiap kelas di PSS disediakan dan ditampal di setiap
kelas.

b) Menterjemahkan Tulisan Jawi


Pemenang : 3 orang (Menengah rendah), 3 orang ( Menengah atas)
Penyelaras : En. Abdul Raof B. Sanib
Tempoh / masa : April

c) Pertandingan Mencari Maklumat ( Papan Kenyataan Panitia )


Pemenang : 3 orang (Tingkatan 1 – 5)
Penyelaras : En Hasanudin Bin Hj Shaari
Tempoh : Mei

d) Kuiz (Pameran Bertema)


Pemenang : 3 orang (Tingkatan 1 – 5)
Penyelaras : En. Shamsul Bin Ismail
Tempoh : Mac - Oktober

g) Peminjam Terbanyak Setiap Bulan


Pemenang : 3 orang setiap bulan (Tingkatan 1 – 5)
Penyelaras : Pn Raja Nainah Bt Raja Man
Tempoh : Mac – Oktober
5
10. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Shaharuddin Bin Mohd Daud


Pengetua, SMK Trolak.
Pengerusi : Tn Hj Noor Azmi Bin Razali
PK Pentadbiran, SMK Trolak.
Naib Pengerusi I : En. Mohd Salim bin Ishkandar
PK Hal Ehwal Murid, SMK Trolak.
Naib Pengerusi II : En. Kamarudzaman Bin Bokhri
PK Ko Kurikulum, SMK Trolak.
Penyelaras Program : Pn. Raja Nainah Bt Raja Man
Setiausaha : En Ahmad Rizlan Bin Ahmad Masri
Bendahari : Pn. Hamimah Bt Ismail
Ahli Jawatankuasa :
Pengacara : En. Amir Bin Masut
Banner : En. Hasanuddin Bin Hj Shaari
Gimik Pelancaran : En. Ahmad Adzhari bin Idris
Persembahan Pelajar : Pn. Norita Bt Ismail
: En Shamsul bin Ismail

11. PENUTUP

Adalah diharapkan, Program Kempen Membaca akan berjaya mencapai matlamatnya. Selain itu
diharapkan para pelajar dapat menjadikan Program Kempen Membaca sebagai ruang terbaik
untuk memupuk minat membaca dan seterusnya menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Semoga juga semua aktiviti yang dirancang sepanjang Program Kempen Membaca dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar
SMK Trolak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... .............................................................
(EN AHMAD RIZLAN B. AHMAD MASRI) ( TN HJ NOOR AZMI B. RAZALI )
Setiausaha Penolong Kanan.
6
Disahkan oleh,

......................................................................
( EN. SHAHARUDDIN BT MOHD DAUD)
Pengetua,
SMK Trolak, 35600 Sungkai, Perak.
7

Anda mungkin juga menyukai