Anda di halaman 1dari 1

Perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.

Diminta semua pelajar dan guru berdiri bagi menyanyikan lagu tersebut.

Semua rakan pelajar dan guru diminta bersedia untuk melafazkan ikrar. Ikrar akan dimulakan
dengan ikrar Rukun Negara, kemudian diikuti ikrar pelajar.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang mulia ini, dijemput pengawas yang bertugas
saudara .................................................................... untuk melafazkan bacaan doa. Dengan ini
majlis mempersilakan.

Selamat sejahtera dan salam perpaduan, salam 1Malaysia.

Yang Berusaha TUAN HAJI MISKIN B. RABOO, Pengetua Sek.Men.Keb Keladi.


Yang Berusaha EN.MAD ISA B. IBRAHIM, Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang Berusaha EN.ROSLAN B. DON, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang Berusaha TUAN HAJI ABD ZULQURNAIN B. HASSAN, Penolong Kanan
Kokurikulum.
Yang Berusaha PUAN NORAINI BT. HASHIM, Guru Kanan Tingkatan 6.
Yang Berusaha Guru-guru Kanan, Guru-guru Cemerlang, Guru-guru, serta para pelajar
sekalian.

Bagi meneruskan acara, dijemput guru bertugas pada minggu ini iaitu ENCIK MOKTAR B.
MAT DAUD untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya TUAN dipersilakan.

Bagi meneruskan acara, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha TUAN HAJI
MISKIN B. RABOO, Pengetua SMK Keladi untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya TUAN dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar
tadi.

Majlis perhimpunan ini diakhiri dengan nyanyian lagu Negeri Kedah dengan iringan muzik.

Mohon semua rakan pelajar dan guru bersedia.

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai