Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun
asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama
dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah
dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and
Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada
Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan
permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun
1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa
beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara
pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang
sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905),
China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya
diperkenalkan ke Eropah.
Kawasan Permainan
Dimenesi
Permukaan Permainan
Bola
Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang
mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya.
Warna : Seragam dan cerah
Ukur lilit : 65-67 cm
Berat : 260-280 gram
2
Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm
Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi
yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di
gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual
pertandingan mesti menukar jersinya.
Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain:
Bermain tanpa kasut
Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian
pemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor
yang sama.
Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain
dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama
bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul.
1. Kemahiran servis
Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga
bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.
Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan
bagi mendapatkan mata.Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan
kencang ke kawasan pihak lawan.
Latihan servis patut dilakukan pada permulaan,petengahan dan akhir sesi latihan untuk
menyesuaikan diri pemain dengan suasana permainan sebenar.
3. Dalam latihan
ini,servis dilakukan secara berpasangan dan bola dipukul melepasi jaring.Servis
bermula pada jarak 3m,6m dan 9m (Rajah 5.4 )
4. Untuk latihan ini,tali direntang 1 meter di atas jaring.Servis dilakukan secara
berpasangan dan bola mesti melepasi ruang antara paras atas jaring dan tali 1
meter tersebut (Rajah 5.5 )
5. Pemain melakukan servis dan menghantar bola ke gelanggang lawan yang telah
dipetakkan dan dinomborkan 1-6.Pemain melakukan servis sercara
berseorangan mengikut giliran dan menghantar bola ke petak-petak tersebut
mengikut turutan nombor dari 1 hingga 6 (Rajah 5.6 )
6. Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yang ditetapkan ,iaitu di
tempat rakannya berdiri.Rakan pasangan ditugaskan mengutip bola dan bertukar
peranan setiap lima servis.Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat servis
(Rajah 5.7)
7. Latihan servis ini dilakukan mengikut kumpulan dengan bilangan pemain antara
empat atau enam orang.Pemain melakukan servis secara serentak tetapi
mengikut giliran daripada seorang ke seorang pemain.Bola yang masuk ke
gelanggang pihak lawan termasuk bola yang menyentuh jaring adalah
dikira.Masa tiga minit diberi dan bilangan servis yang berjaya dikira.Ulang latihan
sebanyak dua kali.
8. Latihan ini dilakukan tanpa giliran ,pemain melakukan servis sebanyak mungkin
dalam tempoh tiga minit.Dua orang pemain ditugaskan untuk mengira bilangan
bola yang berjaya dihantar ke gelanggang pihak lawan.Manakala dua orang
pemain pula ditugaskan untuk mengutip bola.
Latihan Membuat Mengumpan
2. Perseorangan
.Pemain melambung bola
ke atas dengan postur hantaran atas dan menyambut bola selepas ia melantun
daripada lantai.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah 5.9 ).
3. Berpasangan .Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B.
Pemain B akan terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap oleh pemain
A.Kedua-dua pemain membuat lambungan dan tangkapan secara berglir-gilir
dengan postur hantaran atas.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah 5.10).
4. Berpasangan
.Perlakuan yang sama seperti latihan 3 tetapi bola dilambung dan ditangkap
oleh pemain B hanya selepas bola melantun daripada lantai.Lakukan latihan
tersebut secara bergilir-gilir
sebanyak 10 kali
(Rajah 5.11 ).
5. Berpasangan
.Pemain A melambung bola kepada pemain B.Pemain B membuat hantaran
atas tanpa menangkapnya.Cuba perhatikan bahawa bola tidak
terjatuh.Perlakuan ini diulang sebanyak 10 kali sebelum kedua-dua pemain
bertukar peranan (Rajah 5.12 ).
6. Berpasangan
.Latihan dimulakan dengan pemain A melambung bola .Pemain B membuat
hantaran terus kepada A dan hantaran dibuat berulang-ulang dengan hantaran
dipastikan tinggi.Teruskan latihan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih (Rajah
5.13 ).
7. Berpasangan
.Pemain A
melambung bola ke hadapan pemain B .Pemain bergerak pantas ke bawah
bola untuk menerimanya,tangkap dan tolak bola kepada pemain A.Ulang
sebanyak 10 kali dan tukar peranan antara kedua-dua pemain.
8. Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiri dan ke kanan
antara kedua-dua pemain (Rajah 5.14 ).
9. Berpasangan. Ulang latihan 7 dan 8
.Dalam latihan ini,penerima terus
menghantarkan bola
tanpa menangkapkan terlebih
dahulu.
Latihan Membuat Menyanga
2. Berpasangan .
Pemain A bersedia dalam
kedudukan melutut dan kedua-dua tangan dalam kedudukan menerima bola
,terletak di antara dua kaki.Pemain A mengayunkan tangan ke atas untuk
memukul bola yang dilepaskan oleh pemain B dari paras tertinggi.Titik
sentuhan bola ialah sebelum tangan selari dengan lantai (Rajah 5.16 ).
3. Berpasangan .Pemain A melambung bola tinggi supaya ia melantun kira-kira
satu meter di hadapan pemain B.Pemain B merendahkan badan dalam postur
hantaran bawah dan memukul bola kepada A.Ini diulang sebanyak 10 kali dan
kemudian bertukar peranan antara kedua-dua pemain (Rajah 5.17).
6.
Berpasangan.Pemain A dan B membuat hantaran bawah bertubi-tubi supaya bola
tidak terjatuh.Bilangan hantaran yang dapat dilakukan dikira sebelum bola
terjatuh (Rajah 5.20 )
7. Berpasangan .Dalam latihan ini,anda boleh gunakan bola tampar atau bola
jaring atau bola keranjang.Pemain akan menerima bola dengan kedua-dua
tangan,menghantarnya dengan hantaran bawah dan terus merendahkan
badan untuk menggulingkan bola.Perlakuan ini diulang sehingga isyarat
diberikan oleh jurulatih (Rajah 5.21).
8. Berpasangan
.Pemain
menerima bola dengan kedua-dua tangan ,diikuti dengan tangan kanan,tangan
kiri dan kemudian dengan dua belah tangan sekali lagi.Ini diulang secara
bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh jurulatih.
9. Berpasangan. Pemain menerima bola dengan memukulnya ke atas di
hadapan diri sendiri,diikuti dengan pukulan ke arah rakan latihan,iaitu pemain
A.Ini diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh
jurulatih.
10. Berpasangan.Pemain membuat hantaran bawah semasa bergerak ke
hadapan ,belakang,dan sisi.Pemain melambung bola secara bergilir-gilir.
Merejam Bola
5.
Mengadang bola yang dihantar dari sebelah jaring. Pemain A berdiri di hadapan
jaring dengan postur mengadang. Pemain B menghantar bola ke atas jaring
untuk ditangkap oleh pemain A. Pemain A menangkap bola dan
menghantarnya kepada pemain B sebelum menjejak kaki di gelanggang.
Ulang tiga kali dan tukar peranan dengan rakan.
6. Mengadang bola secara berpasangan. Tiga pemain berdiri di atas kerusi
sambil memegang bola. Bola-bola dihulur melepasi aras atas jaring. Dua
pemain melompat serentak untuk menyentuh bola tanpa menyentuh jaring.
Kedua-dua pemain membuat tiga lompatan dan selepas itu bertukar peranan
selepas tiga lompatan.
7. Mengadang dalam kumpulan empat orang. Empat pemain atau dua
pasangan berhadapan dengan dua orang dalam satu gelanggang. Semua
pemain bergerak ke jaring dan membuat lompatan melompat sambil
menyentuh rakan atau pasangan masing-masing. Ulang beberapa kali sambil
bergerak ke sisi.
8. Mengadang seorang-berdua-bertiga
a) Ketiga-tiga pemain X1,X2 dan X3 melompat setempat dan serentak
untuk mengadang.
b) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X1. Ketiga-tiga pemain melompat
serentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X1.
c) Pemain X2 bergerak ke kedudukan asal dan ketiga-tiga pemain
melompat serentak.
d) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X3 dan ketiga-tiga pemain
melompat serentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X3.
e) Pemain-pemain X1, X2 dan X3 bergerak ke tengah dan melompat
serentak.
f) Pemain X1 dan X3 bergerak ke tempat asal dan melompat serentak
bersama pemain X2.
9. Ulang latihan 8 dengan menggunakan tiga biji bola. Tiga orang pemain
berdiri di atas bangku sambil memegang bola.
10. Jurulatih melambung bola kea rah perejam untuk membuat rejaman dari
sebelah gelanggang. Dua orang pemain cuba mengadang bola dari sebelah
gelanggang lain.
Butiran Mengajar
Merejam Bersedia
Berlari dan melonjak menggunakan kedua belah
kaki
Hayun tangan,lentik badan,mata pandang bola
untuk merejam(bola dilambung oleh ‘feeder’)
Hayun tangan ikut lajak
Mengumpan Bersedia
Rendahkan badan,lutut dibengkokkan ,jari
dibuka,siku dibengkokkan atas hadapan
dahi,kedudukan kedua-dua lengan membentuk
segi tiga.
Kaki diluruskan ikut lajak
Selepas kontek dengan bola,tangan diluruskan
ikut lajak.