Anda di halaman 1dari 1

Laporan lawatan ke Pusat Pameran dan Kraf Tangan

Pada 30 Jun 2018,Kelab Seni sekolah SJKC Chung Hwa2 telah mengadakan
lawatan sambal belajar ke pusat pameran dan jualan kraf tangan.Rombongan
ini telah disertai oleh 40 orang murid dan 4 orang guru.
Pada 7.00 pagi,semua murid berkumpul di dewan sekolah.Kami bertolak
pada pukul 8.00 pagi.Dalam perjalanan ke pusat pameran dan jualan kraf
tangan,guru pengiring memberikan taklimat.Dalam perjalanan,kami juga
melihat beberapa deretan bangunan di Kawasan industrian.
Selepas beberapa jam kemudian,kami tiba di pekarangan pusat pameran
dan kraf tangan.Pengurus pusat pameran dan kraf tangan menyambut kami
dengan tangan terbuka.
Semasa di pusat pameran dan kraf tangan,kami dapat melihat pelbagai
jenis kraf tangan yang unik dan menarik yang dihasilkan oleh pelbagai etnik
dan kaum di Malayisa. Setiap hasil kraf tangan itu mempunyai nilai seninya
yang tersendiri.Ada rantai manik ,gelang,lampu perhiasan ,beg,alat muzik dan
sebagainya.
Kami juga dapat melihat demonstrasi ukiran kayu, anyaman tikar dan
bakul,tenunan songket, dan membuat labu sayong.Kami tidak melepaskan
peluang untuk belajar membuat kraf tangan tersebut.
Selain itu, kami juga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Pengurus pusat pameran dan kraf tangan juga memberikan kami cenderamata.
Selepas beberapa jam kemudian, kami pulang ke sekolah.Kami tiba di
sekolah dengan selamat.Lawatan ini amat bermakna kerana kami dapat
mengenali dan mempelajari seni warisan.

(LIM QIAN YIN) 2 JULY 2020


Setiausaha Kelab Seni,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa 2

Anda mungkin juga menyukai