Anda di halaman 1dari 3

Ulasan pelancaran gimik

Demikian lah tadi gimik pelancaran Majlis Anugerah Kualiti Sekolah SMK Majakir 2021

Sarat mengandung hikmah , tersirat seribu makna


Pencak silat dipersembah, seni silat saujana

Kelat bukan sebarang kelat


Kelat mengkudu banyak khasiatnya
Silat bukan sebarang silat
Silat Melayu kaya falsafahnya

Persembahan pencak silat sebagai


simbolik perjuangan Menuntut kemerdekaan, membebaskan diri dari penjajahan
Simbolik menuntut ilmu pengetahuan, membebaskan diri dari kejahilan

Manakala semburan cat yang berwarna warni


dihembuskan dari alat penyembur
sebagai inovasi kraf batik terkini
agar ilmu seni teruskan subur

dan untuk pengetahuan semua


pendekar cilik yang menyumbang pencak
yang mengatur rentak dan gerak sebentar tadi ialah
Adik Muhamamad Nur Shafik dari kelas 2 Progresif dan Adik Zul Haikal Bin Mat Yasin dari
kelas 1 Inovatif

Manakala Guru Pembimbing : Cikgu Amizah Shuhaibun dan Cikgu Emylyn Irene Mudin
Ulasan Tarian Sembah Tamu

Tersenyum manis di anak dara


Seni dan adat dijaga selalu
Tirai majlis telah dibuka
Dengan Tarian sembah tamu

Dipermulaan majlis tadi kita telah saksikan


Tarian sembah tamu,
Cukup memukau seni tari, yang diatur penuh seni
Sekali pandang tarian ini tampak remeh
Namun jika diteliti setiap gerak geri para penari sebenarnya membawa mesej yang amat
tinggi nilainya.
Manakan tidak, setiap gerak tarian menceritakan nilai dan adat pelbagai kaum, meliputi
Adat berbudi bahasa, Adat menghormati orang tua dan tetamu, serta Adat dalam bersapa
antara satu sama lain.
Seni tari yang menggabungkan tarian kaum melayu, cina, india dan kadazan sebagai
lambang kemajmukan kaum di Malaysia.

Persembahan tarian sembah tamu tadi telah dijayakan oleh para pelajar Pra U Semester 2
Pustem SMK Majakir Papar dan dibimbing oleh Cikgu Zuraidah Zainudin

Ulasan Tayangan Montaj

U ntuk penge tahuan para hadi rin, per sem bahan m ontaj yang cukup menarik
sebentar tadi merupakan hasil ilham kreati f Ustazah Dg.Noraidah Ak.Arsat
Ilmu dan adab datang sekali
Sebagai dinding bekalan diri
Sejahtera Imtiaz Keutamaan Kami
Sebagai tema Majlis Dirai

Adab dahulu
Baru ilmu
Orang beradab pasti berilmu
Orang berilmu belum tentu beradab

Bercakap bersopan santun


Dalam susah tuntun menuntun
Dalam senang santun menyantun
Mulia anak sempurna akhlak
Mulia tua sempurna agama
Mulia bangsa berbudi Bahasa
Mulia majlis tertib aturcara

Anda mungkin juga menyukai