Anda di halaman 1dari 1

ALAT MUZIK TRADISIONAL

ORANG CINA
Pipa
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu;
dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya
mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari
seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada
4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa
digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat
solo atau mengiringi nyanyian.

Erh-Hu
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil,
sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan,
dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu
didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan
sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali
untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

Seruling
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina.
Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang
buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama
digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan
buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik
orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia
pada zaman sebelum merdeka.

Anda mungkin juga menyukai