Anda di halaman 1dari 6

PEMAHAMAN 17

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cantik sungguh si bunga raya,


Lima kelopak cantik menawan;
Kalau mahu hidup berjaya,
Usaha dan doa mesti diamalkan.

Kampung Daik aman sentosa,


Hidup muafakat dalam harmoni;
Buatlah baik kepada semua,
Kelak dirimu akan dihormati.

Pohon damak di tengah hutan,


Batangnya sekah dililit rotan;
Sikap tamak perlu dielakkan,
Selalu menderma untuk kebajikan.

Kuih bahulu buat hidangan,


Nasi dihidang di atas pinggan,
Tuntutlah ilmu jauh di perantauan,
Menjadi panduan masa hadapan.
(a) Jenis puisi di atas ialah _______________________________. [1m]

(b) Kita perlu menuntut ilmu jauh di perantauan agar


________________________________________________________________
___________________________. [1m]

(c) Tulis ‘Betul’ pada pernyataan benar dan ‘Salah’ pada pernyataan yang tidak
benar. [2m]

(d) Pada pendapat kamu, apakah ciri-ciri untuk menjadi orang yang berjaya?
[3 m]

________________________________________________________________
PEMAHAMAN 18
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hatiku melonjak kegembiraan apabila ayah membenarkan aku menyertai


lawatan ke Kuala Lumpur.
Menjelang pagi itu, aku dan kawan-kawan telah diberi taklimat. Cikgu
Ros yang cantik bak bidadari itu meminta kami beratur semasa menaiki bas.
"Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak," pesan
Cikgu Upin pula. Aku berfikir sejenak. Mungkin aku akan terjatuh jika tidak
mematuhi arahan guru yang tampan seperti putera raja itu.
Tidak lama kemudian, bas pun sampai. Aku memasukkan beg ke dalam
perut bas lalu menaiki bas itu dengan berhati-hati.
"Wah, istimewanya bas ini, ada tali pinggang keledar!" hatiku berbisik.
Aku berasa lebih selamat.
"Mail, beritahu saya, apakah tindakan kamu jika bas Ini rosak?" Tiba-
tiba, pertanyaan Cikgu Upin menyentap lamunanku yang sedang
membayangkan keindahan kota metropolitan itu. Selepas berfikir seketika,
aku pun menjawab.
"Saya akan menghubungi ibu bapa saya."
Dalam perjalanan, aku sempat menulis seuntai sajak yang berjudul
"Destinasiku".
(a) Perkataan sinonim bagi perkataan ‘membenarkan’ ialah
_____________________. [1m]

(b) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerita di atas. [2m]
______________________________________________________________

(c) Apakah fungsi tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang? [3m]
________________________________________________________________
_____________

PEMAHAMAN 19
Baca surat rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung,
54300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
_________________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuantan,
54400 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. 7 JULAI 2020

Tuan,
Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah

Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah
sekarang. Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan
Jumaat, tetapi sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah
hanya dipungut sekali seminggu sahaja.

2. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjing
dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.

3. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanak
beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.

4. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Mazlan
(MAZLAN ABU BAKAR)

1. Mengapakah surat ini ditulis?


A Untuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.
B Untuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.
C Untuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.
D Untuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.

2. Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksud

A bersenam
B bersembang
C berkumpul
D beristirehat

3. Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?

A Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung


B Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
C Pengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Kuantan
D Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

4. Semua pernyataan berikut benar, kecuali

A Persatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.


B Lori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.
C Masalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.
D Kadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.

Anda mungkin juga menyukai