Anda di halaman 1dari 53

Rahsia Bisnes Gaya Pos

1
PENAFIAN / DISCLAIMER

Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan


menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak
boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau
perakuan sekuriti.

Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk
setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada
semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan


informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu
bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di
dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga,
kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang


terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang
serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas
apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang
berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara
langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar


seberapa banyak tentang gayapos dan perkara yang dibincangkan, dan
menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan belian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

Ribuan terima kasih.

2
KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

Prakata 4
Buat Duit Secara Sambilan Di Rumah 6
BAB 1 Apa Itu Bisnes Gayapos 8
BAB 2 Rahsia Kehebatan Gayapos 11
BAB 3 Bagaimana Memulakan Gayapos 15
BAB 4 Rahsia Iklan Berkesan 22
BAB 5 Teknik Menulis Salesletter 27
BAB 6 Tips Untuk Berjaya dalam Bisnes gayapos 34
Bonus 39
Penutup 53

3
PRAKATA

Dengan terbitnya buku ini, diharap akan menambahkan lagi


pengetahuan kita semua mengenai peluang – peluang bisnes sambilan di
rumah yang mampu memberikan keuntungan ribuan ringgit sebulan. Saya
juga mengharapkan agar kita semua menyedari bahawa peluang perniagaan
adalah sentiasa ada asalkan kita tahu teknik dan cara melakukannya serta
pantas merebut peluang. Sama ada berjaya atau tidak, itu juga bergantung
kepada teknik serta cara bagaimana kita menjalankannya. Oleh itu, dengan
terbitnya buku ini saya ingin mengatakan bahawa anda akan mempelajari
teknik dan cara yang betul untuk memulakan perniagaan sambilan di rumah
agar anda akan berjaya dan kaya!

Saya akan menghuraikan langkah demi langkah bagaimana anda


boleh memulakan bisnes ini dan berikan anda panduan yang efektif untuk
mengaut ribuan ringgit keuntungan sebulan. Saya akan berikan anda
panduan – panduan yang praktikal serta mudah diikuti secara santai. Walau
bagaimanapun, anda haruslah mempraktikkan segala panduan yang saya
berikan untuk melihat hasilnya. Mengetahui tanpa mempraktikkannya
merupakan satu kerugian besar bagi anda. Bayangkan jika Thomas Edison
tidak mempraktikkan ilmu beliau dalam sains dan teknologi, sudah tentu kita
sekarang masih lagi menggunakan lampu pelita di waktu malam .

Panduan Gayapos ini khas saya tujukan untuk anda yang sedang
mencari ilham bagaimana untuk memulakan bisnes sambilan di rumah,
dengan kos yang amat rendah dan keuntungan yang tiada hadnya. Mungkin
pendapatan anda sekarang masih belum mampu membawa kesenangan
kepada anda dan keluarga anda ataupun anda mempunyai impian yang
masih lagi tidak kesampaian kerana wang menjadi penghalang, maka
tindakan anda untuk terus membaca buku ini adalah antara tindakan yang
paling bijak. Anda akan dibimbing langkah demi langkah untuk memulakan
perniagaan anda sendiri disamping mendapat ilmu – ilmu sampingan yang tak
ternilai harganya.

4
Pembaca yang dihormati,

Peluang memulakan bisnes sambilan di rumah sudah pun terbuka.


Maka, rebutlah peluang yang sudah terbentang luas itu. Jika anda terfikir
bahawa untuk memulakan bisnes sambilan ini memerlukan modal yang
besar, buangkanlah fikiran tersebut sejauh – jauhnya kerana anda akan
mendapati kos untuk memulakan bisnes ini hanyalah kurang dari RM500
sahaja. Kenape? Tak pecaye? Percayalah…

Buku ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri disamping


rujukan – rujukan yang banyak memberi pengetahuan kepada saya. Diharap
agar buku ini serba sedikit memberikan anda panduan serta membuka minda
anda untuk memulakan perniagaan sambilan anda sendiri seterusnya
menjadikan anda seorang yang berjaya dan kaya. Impian anda menjadi
JUTAWAN bukanlah satu fantasi tetapi akan menjadi satu REALITI.

5
Buat Duit Secara Sambilan Di Rumah

Pernahkah anda terfikir alangkah bestnya, kalau setiap hari duduk di


rumah tengok TV, bangun lewat (jangan selalu diamalkan), berseronok
bersama keluarga tersayang setiap masa dan tanpa perlu tension dengan
traffic jam setiap hari untuk pergi ke tempat kerja tetapi tetap mendapat duit,
bukan sebulan sekali tetapi setiap hari. Ataupun situasinya begini; anda baru
sahaja pulang dari pejabat, letih dan agak tension (selepas dimarahi oleh
bos). Apabila anda memeriksa peti surat anda, tiba – tiba anda mendapati
peti surat anda penuh dengan surat - surat. Secara perlahan anda membuka
satu persatu surat tersebut. Selepas semua surat dibuka, anda tersenyum
lebar (walaupun letih dan tension) kerana anda baru sahaja mendapat wang
pos dan cek yang bernilai RM1000 untuk hari itu. Akhirnya, segala keletihan
dan ketensionan anda hilang secara tiba – tiba kerana hari itu anda telah
mendapat duit sebanyak RM1000, tanpa perlu bercakap atau bertemu
dengan seseorang. Itulah pendapatan anda sebagai usahawan gayapos!

Situasi diatas bukanlah rekaan semata – mata, tetapi ianya boleh


berlaku kepada anda. Ianya tidak mustahil dan untuk menjadikannya realiti
tidaklah sesusah yang anda fikirkan. Ianya tidaklah memerlukan anda bekerja
8 jam sehari, tetapi cukuplah sekadar 2 hingga 3 jam sehari. Jika anda
memikirkan anda terlalu sibuk dipejabat dengan bekerja 8-5 setiap hari,
jangan lupa pula anda masih mempunyai 5-8 untuk menjalankan bisnes
sambilan anda. Jika perniagaan sambilan anda telah berjaya, anda juga
mempunyai pilihan untuk menjalankannya secara sepenuh masa.

Buat duit dari rumah kini bukanlah mustahil dan sesiapa pun boleh
melakukannya asalkan betul strategi dan tekniknya. Namun perlu diingat,
perniagaan jenis ini pun masih memerlukan usaha yang gigih, tidak berputus
asa dan bijak merebut peluang yang ada, sama seperti jika anda
mengusahakan perniagaan fizikal (cthnya kedai runcit, kedai kopi, kedai
pakaian dll). Cuma bezanya, anda tidak perlu memiliki bangunan yang besar
ataupun menggaji pekerja yang banyak, cukup sekadar komputer sahaja.

6
Perniagaan sambilan ini bukanlah skim cepat kaya, MLM, surat
berantai ataupun pelaburan di internet yang hasilnya belum tentu lagi
berbaloi. Banyak yang sudah menjadi mangsa penipuan dan menanggung
kerugian yang dahsyat. Hakikatnya, perniagaan ini merupakan perniagaan
yang sah disisi undang – undang kerana konsepnya adalah sama seperti
anda mendirikan perniagaan fizikal biasa cuma yang berbeza ialah medium
pengantara antara penjual dan pembeli adalah melalui surat - menyurat
sahaja.

Baiklah, saya berharap anda kini teruja untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai bisnes gayapos ini. Teruskan bersama saya sehingga akhir buku
ini kerana anda akan diajar langkah demi langkah untuk membina perniagaan
gayapos anda yang pertama dari rumah.

7
BAB 1
Apa Itu Bisnes Gayapos

Pernahkah anda melihat iklan – iklan menjual produk atau


perkhidmatan di majalah, akhbar mingguan mahupun suratkhabar? Biasanya
iklan – iklan ini ditulis dengan ringkas dan sedikit penerangan tentang
perkhidmatan atau produk yang dijual. Teknik pengiklanan dan jualan
sebeginilah yang dinamakan Bisnes Gayapos.

Dalam bisnes gayapos, penjual akan menggunakan akhbar – akhbar,


majalah dan katalog sebagai medium untuk mengiklankan produk mereka.
Melalui iklan – iklan di majalah, akhbar dan katalog ini, produk mereka akan
diketahui oleh ramai orang. Daripada semua orang yang melihat iklan ini,
mungkin 5% - 10% yang berminat dan memesan produk tersebut. Biasanya
bayaran adalah melalui Wang Pos, Kiriman Wang ataupun Cek.

Bisnes gayapos merupakan satu urusniaga antara penjual dan pembeli


yang dijalankan melalui surat menyurat (melalui pos) termasuklah sistem
bayaran dan khidmat pelanggan. Segala urusan dilakukan tanpa perlu
bercakap atau bersemuka dengan bakal pelanggan. Sungguh mudah dan
selesa.

Di Malaysia, ramai yang sudah menceburi bisnes gayapos dan


berjaya. Antaranya ialah Hamidan Salihan, pengasas Dynamic Mail
Enterprise. Setiap bulan pendapatan beliau mencecah 5 angka dan sekarang
jika anda membeli akhbar Bacaria, anda akan lihat iklan beliau di satu
mukasurat penuh. Maka, bukanlah mustahil untuk beliau menjana
pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Manakala di USA dan negara Eropah
lain, bisnes ini telah lama bertapak dan menurut kajian lebih 90 juta
pelanggan membeli lebih 50 juta barangan melalui pos setiap tahun di seluruh
dunia.

8
Kenapa gayapos? Ada banyak sebab kenapa ramai orang suka
membeli melalui pos:

a. Keadaan sekeliling yang bertambah rumit; kesesakan lalulintas,


parking berbayar, persekitaran kotor, bising
b. Harga minyak melambung
c. Membazir masa dan wang
d. Produk yang ditawarkan tidak terdapat di kedai berhampiran

Oleh itu, bisnes gayapos ini mempunyai masa depan yang cerah dan
sangat berpotensi sebagai salah satu model perniagaan yang amat
menguntungkan. Jika anda mula menceburkan diri dalam bisnes ini, masa
depan anda adalah cerah asalkan anda gigih dan bersemangat tinggi!

Selain daripada mempunyai masa depan yang cerah, bisnes ini amat
mudah dan murah untuk dimulakan. Anda tidak perlu memiliki simpanan
beribu – ribu ringgit di bank untuk memulakan bisnes ini. Anda juga tidak
perlu mempunyai sambungan internet (kecuali anda menggunakan internet
untuk mengiklankan produk anda) dan anda boleh jimat bil talian internet
anda. Semua orang boleh memulakannya asalkan ada kemahuan dan
kesungguhan. Apapun, kelebihan bisnes ini akan saya huraikan di bab yang
seterusnya.

Anda boleh lihat carta dibawah bagaimana model bisnes gayapos ini
beroperasi:

PENJUAL

Ada produk untuk dijual

IKLAN

Penjual mengiklankan produk mereka di akhbar -


akhbar

9
PELANGGAN BERMINAT

Mereka akan menghantar nama & alamat mereka


kepada penjual untuk mendapat maklumat lanjut

PENJUAL

Penjual menghantar maklumat lengkap mengenai


produk & borang pesanan

PELANGGAN

Pelanggan menghantar borang pesanan beserta


dengan bayaran (Wang Pos/Cek)

PENJUAL

Hantar produk yang dipesan kepada pelanggan


dan simpan 100% KEUNTUNGAN!

10
BAB 2
Rahsia Kehebatan Gayapos

Inilah bahagian yang anda perlu tahu agar anda lebih bersemangat
lagi untuk memulakan bisnes gayapos anda yang pertama. Saya akan
bongkarkan segala kelebihan bisnes ini satu per satu dan anda akan kagum
bagaimana bisnes yang simple ini mampu menghasilkan pendapatan yang
luarbiasa!

Murah dan Mudah


Tahukah anda bahawa anda boleh memulakan bisnes gayapos
pertama anda dengan modal permulaan serendah RM200 sahaja? Tak
percaya? Tidak, saya bukanlah seorang yang suka bercakap tanpa bukti,
tetapi saya sendiri sudahpun memulakan bisnes gayapos saya dengan modal
serendah RM200 sahaja. Ok, saya tunjukkan buktinya:

Kos pendaftaran syarikat RM70.00


Kos pengiklanan (1 keluaran) RM70.00
Sewa Peti Pos (P.O Box) RM50.00 setahun
Kos Produk (CD/sampul surat/setem) RM10.00
JUMLAH RM200.00

Dengan modal serendah RM200 sahaja, anda mampu menjana


pendapatan berlipat kali ganda! Apa yang perlu anda buat ialah teruskan
menempah iklan agar produk anda akan lebih dikenali. Apabila sudah
dikenali, maka ramailah pelanggan yang akan membeli!

Selain murah, ia juga amat mudah untuk dimulakan. Pastikan anda


ada produk yang baik kemudian iklankan produk anda di akhbar – akhbar
mingguan, majalah ataupun katalog. Jangan lupa sediakan salesletter
termasuk borang pesanan untuk dikirim kepada bakal pelanggan anda
apabila mereka menghantar keterangan diri mereka. Kemudian anda hanya
perlu tunggu surat daripada bakal pelanggan anda yang mengandungi borang

11
pesanan dan bayaran sebelum anda hantarkan produk anda kepada mereka.
Mudahkan?

Bisnes Secara Sambilan


Setiap hari anda bangun awal pagi dan pulang lewat petang untuk
bekerja di pejabat. Anda habiskan 9 jam sehari di pejabat semata – mata
untuk menerima gaji pada hujung bulan. Peluang anda bersama keluarga
tersayang amatlah terhad dan kadang – kadang tidak sempat untuk makan
malam bersama mereka gara – gara tugasan di pejabat.

Tetapi cuba anda bayangkan situasi berikut.

Daripada kelam kabut untuk pergi ke tempat kerja, anda duduk di


rumah sambil membaca suratkhabar. Tidak lama kemudian, posmen pun
datang dengan membawa puluhan surat untuk anda. Anda pun membuka
satu persatu surat tersebut. Kini, anda tersenyum riang kerana anda baru
sahaja menerima puluhan wang pos bernilai RM1500. Anda berasa gembira
kerana anda telah mendapat RM1500 untuk hari itu tanpa perlu bercakap
atau bersemuka dengan sesiapa!

Baiklah, apa yang saya ingin sampaikan ialah anda boleh


menjalankan bisnes gayapos secara sambilan di rumah. Anda memerlukan 1
-2 jam sehari sahaja untuk meyediakan surat – surat yang ingin dikirimkan
kepada bakal pelanggan. Manakala, waktu yang selebihnya anda boleh
gunakan untuk menonton TV, bersiar – siar dengan keluarga ataupun
melancong. Jika anda masih bekerja di pejabat dari 9 – 5 petang, jangan lupa
anda masih mempunyai 5 – 9 malam untuk menguruskan bisnes gayapos
anda. Oleh itu, anda berpeluang menjana dua pendapatan pada satu masa;
pendapatan melalui kerja tetap anda dan melalui bisnes gayapos.

Tidak Perlu Menyimpan Stok


Sebagai usahawan gayapos, anda tidak perlu menyimpan stok yang
banyak dirumah atau memerlukan gudang terutamanya jika anda menjual
produk informasi seperti buku ataupun CD Rom. Anda hanya perlu sediakan

12
produk apabila terdapat pesanan dari pelanggan. Jika anda menjual produk
fizikal seperti barangan kecantikan, peralatan elektrik ataupun barangan
kesihatan, anda hanya perlu pesan barangan ini dari pembekal dengan
kuantiti yang sedikit sahaja bergantung kepada permintaan. Ataupun anda
boleh menjadi ejen kepada pembekal, iaitu anda hanya perlu menarik
seramai mungkin bakal pelanggan melalui iklan anda dan apabila mendapat
pesanan anda hanya perlu menghubungi pembekal. Segala urusan
pengeposan produk dilakukan oleh pembekal dan anda akan menerima
komisyen.

Simpanan Untuk Masa Hadapan


Oleh sebab bisnes ini dapat dijalankan secara sambilan, maka anda
berpeluang untuk menabung di bank sebagai persediaan di hari tua mahupun
untuk pendidikan anak – anak. Duit gaji yang anda terima bolehlah digunakan
untuk membeli barangan keperluan dan membayar hutang bank, manakala
hasil pendapatan bisnes gayapos bolehlah anda simpan di bank semuanya
atau sebahagian daripadanya. Oleh itu, anda akan mempunyai simpanan
yang konsisten di bank. Sediakan payung sebelum hujan!

Untung Besar
Modal yang rendah, keuntungan yang tinggi! Anda hanya perlu
melaburkan sedikit wang (sekitar RM50 untuk satu siaran) untuk menempah
iklan di akhbar dan mula menjana pendapatan selepas iklan anda disiarkan.
Pendapatan anda tiada hadnya! Tugas anda hanyalah terus menempah iklan
di pelbagai akhbar agar produk anda terus dikenali ramai!

Peti Pos Ibarat Peti Wang


Inilah salah satu kelebihan bisnes gayapos. Anda hanya perlu ke
bank sekali sekala untuk menunaikan cek dan wang pos anda (kecuali anda
menyediakan pembayaran melalui bank-in). Segala pembayaran akan dipos
dan memenuhi peti pos anda…sebab itu saya katakan peti pos anda ibarat
peti wang. Uniknya, anda tidak perlu merayu – rayu untuk meminta bayaran
sebaliknya pembayaran dilakukan terlebih dahulu sebelum anda menghantar
produk. Maknanya, pembayaran untuk produk anda dijamin 100%.

13
Bisnes Terbaik Untuk Si Pemalu
Manusia ni ada bermacam – macam karakter dan salah satunya
ialah pemalu, susah nak bercakap dengan orang (apatah lagi
mempromosikan sesuatu) dan takut untuk bertemu dengan bakal pelanggan.
Ok, jika anda mempunyai karakter sedemikian, jangan susah kerana anda
juga berpeluang menjadi usahawan berjaya melalui bisnes gayapos. Ini
adalah kerana segala urusan jual beli adalah melalui surat – menyurat
ataupun pos, maka tidak perlu bercakap atau bersemuka dengan bakal
pelanggan anda.

Berdasarkan beberapa kelebihan bisnes gayapos ini, tidak mustahil


ramai yang mula menceburinya dan mengaut keuntungan sehingga ribuan
ringgit sebulan. Anda juga boleh!

14
BAB 3
Bagaimana Memulakan Bisnes Gayapos

Inilah bab yang anda harus baca kerana saya akan terangkan
langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan bisnes gayapos dengan
efektif.

Langkah 1: Pendaftaran Perniagaan


Kebanyakan orang lebih yakin untuk membeli melalui syarikat
berbanding melalui individu. Oleh itu, anda perlu daftarkan perniagaan anda
dan pilih nama syarikat yang sesuai agar dipandang professional oleh orang
ramai. Anda juga boleh menggunakan nama anda sendiri ataupun
meletakkan nama trade (cthnya Niaga Jaya Enterprise, Sepakat Setia
Enterprise dll). Namun saya mencadangkan agar anda menggunakan nama
trade untuk lebih kelihatan profesional dan berwibawa. Nama syarikat
amatlah penting kerana ia merupakan reaksi pertama (first impression)
pembaca yang membaca iklan anda. Jadi, pilihlah nama yang baik agar
perniagaan anda dilihat berwibawa! Bayaran pendaftaran syarikat adalah
sekitar RM30 (untuk nama sendiri) dan RM60 (untuk nama trade). Anda boleh
menghubungi mana – mana pejabat pendaftaran syarikat berdekatan untuk
mendaftar.

Langkah 2: Sediakan Akaun Bank


Seperti yang saya katakan, pelanggan lebih yakin apabila membeli
dari syarikat. Untuk memudahkan proses menunaikan cek ataupun wang pos
yang dibayar atas nama syarikat anda, maka anda perlu membuka akaun
bank untuk syarikat anda. Sila hubungi bank – bank yang berdekatan dan
saya amat menggalakkan anda untuk menggunakan Maybank atau CIMB
kerana cawangannya mudah ditemui selain mempunyai urusniaga melalui
internet. Jika tidak, pilihlah bank yang berdekatan dengan anda agar segala
urusan dapat dilakukan dengan cepat dan menjimatkan masa & wang anda.
Mudahkan…sungguh mudah.

15
Langkah 3: Peti Pos
Saya amat menggalakkan anda untuk menyewa peti pos
persendirian melalui pejabat pos yang menyediakan sewaan peti pos (P.O
Box). Ini adalah kerana anda tidak mahu rumah anda dikunjungi oleh
pelanggan setiap hari lagipun anda dapat membezakan surat peribadi dan
surat bisnes. Kadar sewaan yang dikenakan ialah RM50 setahun.

Langkah 4: Produk atau Perkhidmatan


Anda mesti memiliki produk atau perkhidmatan untuk dijual. Produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan haruslah berkualiti dan unik (sebaik-
baiknya untuk mengelakkan kesan persaingan sengit). Ini adalah kerana
kebanyakan orang lebih tertarik dengan produk yang unik dan ‘gila-gila’. Apa
yang lebih penting, produk tersebut tidak terdapat dimana – mana kedai,
maknanya mereka hanya boleh mendapatkan produk tersebut melalui anda
sahaja.

Saya memulakan perniagaan gayapos saya dengan menjual ‘CD 40


Panduan Buat Duit Dari Rumah’. Produk ini menerangkan 40 cara
bagaimana anda boleh membina pendapatan dari rumah tanpa perlu bekerja
9 jam sehari. Produk ini mendapat sambutan yang baik kerana CD ini tidak
diperolehi dimana – mana kedai buku dan tajuk produk ini pun ‘gila-gila’…
siapa tak nak jadi kaya kan.

Anda juga boleh menjual produk lain seperti produk kecantikan,


barangan perhiasan atau apa saja asalkan tidak menyalahi undang – undang.
Jadi, tugas anda hanya perlu kenalpasti apakah produk yang mendapat
sambutan hangat (cthnya alat yang boleh mengurangkan penggunaan petrol
disaat harga petrol melonjak tinggi), iklankan secara berterusan dan kaut
keuntungan tanpa had!

Langkah 5: Salesletter / Surat Jualan


Anda harus menyediakan salesletter atau surat jualan bagi produk
anda. Surat jualan ini akan anda kirimkan kepada bakal pelanggan anda.
Surat jualan inilah yang akan menentukan sama ada pelanggan anda

16
membuat pesanan ataupun tidak. Surat jualan yang berinformasi tinggi
mampu menarik minat bakal pelanggan anda untuk mengisi borang pesanan!
Saya akan tunjukkan panduan bagaimana menulis surat jualan yang efektif di
bab yang lain.

Langkah 6: Iklan
Anda sudahpun mendaftarkan syarikat anda, memiliki akaun bank,
memiliki produk dan surat jualan. Langkah seterusnya ialah iklankan produk
anda!

Anda boleh iklankan produk anda di akhbar – akhbar, majalah


mahupun melalui brosur yang diedarkan. Kos pengiklanan ini biasanya
diantara RM50 – RM100 untuk satu keluaran bergantung kepada akhbar dan
saiz kotak iklan. Disini saya sertakan beberapa buah akhbar yang boleh anda
hubungi untuk mengiklankan produk anda:

Bacaria
Jabatan Iklaneka, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd,
Lot 2, Jln Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
40200 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 5101 3690/774 Fax: 03 5101 3691
(RM52.50 x 1 siaran)

Mingguan Warta Perdana


Jabatan Pengiklanan, Kumpulan KTH Sdn Bhd,
No.49B, Jln SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03 6188 0778 Fax: 03 6184 2370
(RM70 x 1 siaran)

Mingguan Warta Kota


Iklaneka, Mingguan Warta Kota, No. 55,
Jln Anggor, Shanghai Garden, 58100 Kuala Lumpur.
(RM30 x 1 siaran @ RM250 x 12 siaran)

17
Media Terkini
Azom Production House (Media Terkini), 1-1-7, Jln 2/50,
Pusat Dagangan Diamond Square, Off Jln Gombak, 53000 K. Lumpur
Tel: 03 4023 3130
(RM70 x 1 siaran)

Selain akhbar diatas, anda boleh cari sendiri akhbar – akhbar lain
yang menawarkan ruangan iklan dengan harga berpatutan. Buat permulaan,
iklankan produk anda di ruangan iklan yang murah. Apabila bisnes anda
berkembang, anda boleh menempah iklan di akhbar yang lain secara
berperingkat.

Setakat ini, akhbar yang menawarkan ruangan iklan yang termurah


ialah Mingguan Warta Kota iaitu hanya RM250 setahun dan iklan anda
akan dipaparkan setiap bulan (akhbar ini diterbitkan sebulan sekali) ataupun
jika bajet tak mencukupi anda boleh tempah iklan untuk satu keluaran sahaja
serendah RM30 sahaja dan iklan anda akan dilihat oleh ratusan ribu pembaca
selama sebulan.

Iklan yang anda perlu sediakan mestilah ringkas tetapi menarik! Ini
ialah contoh iklan yang boleh anda ikut:
Bagaimana Menjana RM500 Sehari Tanpa Berpeluh?
Saya boleh lakukan, anda juga boleh. Langkah demi langkah ditunjukkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hantarkan nama & sampul surat bersetem ke:
Ideal Solution, P.O Box 100,
Jln Ipoh, 90000 Perak.

Hilangkan Berat Badan Dalam Masa 7 Hari!


Hilangkan berat badan tanpa perlu diet yang ketat dan mengikuti senaman
yang memenatkan. Dijamin dan berkesan! Keterangan lanjut, hantarkan
nama dan sampul surat bersetem ke:
Ideal Solution Enterprise, P.O Box 12, 90000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

18
Anda juga oleh melihat bagaimana syarikat – syarikat lain
mengiklankan produk mereka di akhbar – akhbar dan cuba belajar bagaimana
mencipta iklan yang ‘power’. Tapi jangan risau, saya akan bongkarkan rahsia
bagaimana mencipta iklan yang berkesan di bab lain nanti…sabar le ye.

Langkah 7: Surat Dari Bakal Pelanggan


Biasanya, selepas seminggu iklan anda disiarkan, anda akan mula
menerima surat – surat dari bakal pelanggan anda (mengandungi sampul
surat beralamat sendiri dan bersetem). Mereka mengirimkan surat tersebut
kerana mereka ingin mengetahui lebih lanjut apa yang anda tawarkan kepada
mereka. Disinilah pentingnya anda mempunyai salesletter atau surat jualan
yang ‘power’!

Apabila anda mendapat surat dari bakal pelanggan anda, janganlah


anda berlengah lagi. Poskan dengan segera surat jualan anda beserta borang
pesanan kepada bakal pelanggan anda menggunakan sampul surat bersetem
yang dikirimkan oleh mereka. Tindakan anda yang cepat akan menambahkan
lagi keyakinan bakal pelanggan anda untuk membeli produk anda dan
perniagaan anda akan kelihatan profesional. Inilah salah satu kunci utama
untuk berjaya dalam bisnes gayapos ini, cepat dan tepat!

Langkah 8: Pesanan Pelanggan


Lebih kurang seminggu selepas anda mengepos surat jualan anda,
anda akan menerima surat dari bakal pelanggan anda yang mengandungi
borang pesanan dan wang pos / cek ataupun tunai. Inilah pelanggan anda
yang benar – benar mahu mendapatkan produk anda. Inilah pendapatan
pertama anda sebagai usahawan gayapos.

Selepas mendapat pesanan, anda juga harus cepat mengeposkan


produk anda kepada pelanggan anda. Bungkuskan produk anda dengan
kemas, tuliskan nama dan alamat pelanggan anda dengan terang. Jangan
lupa letakkan nama syarikat anda di bungkusan produk tersebut (sebaik –
baiknya gunakan ‘rubber stamp’) agar perniagaan anda kelihatan profesional.
Alamat dan nama syarikat anda itu juga dapat dijadikan rujukan oleh

19
pelanggan seandainya mereka ingin membeli lagi daripada anda atau
menyebarkan tentang produk / perniagaan anda dikalangan rakan mereka.
Saya amat menggalakkan anda untuk menggunakan khidmat Pos Ekspress
kerana ianya lebih cepat (biasanya memakan masa 3 hari bekerja untuk
produk anda sampai kepada pelanggan), selamat dan kos yang dicaj adalah
berpatutan (bergantung kepada jenis produk yang anda hantar).

Langkah 9: Iklan Secara Berterusan


Apabila anda mula menjana pendapatan, janganlah dibelanjakan
habis kesemua pendapatan yang anda perolehi. Tetapi, jadikan 3/4 daripada
pendapatan tersebut sebagai modal pusingan untuk menempah iklan di
akhbar – akhbar yang lain. Saya berikan contoh, jika perniagaan anda
mendapat keuntungan RM300, gunakan RM200 untuk terus menempah iklan
manakala RM100 bolehlah anda simpan atau belanjakan. Teknik pengiklanan
yang berterusan akan memastikan produk anda terus dikenali ramai dan
‘glamour’. Selain itu, apabila iklan anda kerap kelihatan di akhbar – akhbar,
secara tidak langsung orang ramai menganggap perniagaan anda besar dan
berprestij kerana tidak semua orang mampu mengiklankan produk mereka
secara berterusan (kerana kos pengiklanan yang mahal). Sikap sabar anda
pasti membuahkan hasil yang besar!

Langkah 10: Usaha Berterusan


Mungkin kali pertama anda menceburi bisnes gayapos, keuntungan
anda hanya beberapa ratus sahaja, mungkin RM100 ataupun RM250
sebulan. Tetapi, janganlah anda sedih dan mengalah. Ini terjadi kerana iklan
anda masih baru lagi dan belum ramai yang menyedarinya disamping saiz
iklan anda yang kecil. Mudah – mudahan apabila iklan anda kerap kelihatan
di akhbar – akhbar, bilangan pembaca yang menyedari kewujudan iklan anda
akan bertambah dan mereka semua berpotensi menjadi bakal pelanggan
anda. Pendapatan anda juga akan meningkat.

Oleh itu, saya menasihatkan anda agar tidak mudah berputus asa
tetapi terus berusaha dan sentiasa bersemangat. Gunakan sebahagian dari
keuntungan anda untuk terus menempah iklan. Gunakan pelbagai jenis

20
akhbar untuk mengiklankan produk anda agar bilangan pembaca yang
melihat iklan anda bertambah. Usaha yang gigih sentiasa mendatangkan
hasil. Jangan berputus asa dan berhenti di tengah jalan kerana seperti yang
saya katakan sebelum ini, bisnes gayapos mempunyai masa depan yang
cerah.

Baiklah, saya amat berharap agar dengan 10 langkah mudah yang


saya bincangkan sebentar tadi dapat anda fahami dan lakukan. Tiada bisnes
lain yang semudah ini untuk dimulakan. Siapa pun anda, latar belakang anda,
asalkan anda tahu membaca dan menulis peluang anda untuk berjaya
sebagai usahawan gayapos terbuka luas. Rebutlah peluang yang ada!

21
BAB 4
Rahsia Iklan Berkesan

Iklan yang ingin anda siarkan haruslah mampu menarik minat orang
ramai. Iklan yang berkesan ialah iklan yang apabila kali pertama melihatnya
terus melahirkan perasaan ingin tahu atau teruja seolah – olah anda telah
menemui penyelesaian terhadap apa yang anda inginkan. Iklan ini tidak
semestinya panjang berjela, tetapi ayat yang digunakan cukup ringkas tapi
penuh makna. Baiklah, mari kita bongkar satu persatu teknik dan rahsia iklan
yang berkesan.

Langkah 1: KISS (Keep It Simple & Sweet)-Tajuk Iklan


Maknanya, tajuk iklan anda harus ringkas tetapi bermakna. Gunakan
ayat yang mudah difahami dan menarik. Jangan gunakan ayat yang berjela –
jela kerana ada pelanggan yang tidak suka membaca sesuatu yang berjela –
jela tetapi lebih suka ayat yang ringkas. Lagipun, mungkin ada antara mereka
yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca iklan yang
panjang. Iklan yang panjang juga akan meningkatkan kos pengiklanan kerana
ruang iklan yang diperlukan adalah besar. Bagaimana mencipta tajuk yang
ringkas tetapi menarik? Ok, jawapannya adalah anda perlu buatkan tajuk
anda seolah – olah satu penyelesaian, pembongkaran atau penemuan yang
menakjubkan. Sila lihat contoh tajuk iklan dibawah:

TERBONGKAR! RAHSIA RM500 SEMINGGU TIDAK LAGI MUSTAHIL!


PENYELESAIAN KEPADA MASALAH KEWANGAN ANDA DITEMUI!
RAHSIA LELAKI PERKASA DIBONGKAR
MAHUKAH ANDA MENJADI KAYA DENGAN MUDAH?
SELESAIKAN MASALAH JERAWAT ANDA DALAM MASA 3 HARI!
KURUSKAN BADAN ANDA TANPA BERDIET & BERSENAM
PANDUAN BUAT WANG DARI RUMAH DIBONGKAR
101 TIPS MENCEGAH MASALAH SAKIT KEPALA
50 TIPS HEBAT: BAGAIMANA MEMILIH BAKAL ISTERI
20 CARA JIMAT PETROL ANDA

22
Apakah perasaan anda apabila melihat iklan sedemikian? Terdapat
sedikit perasaan ingin tahu kan? Begitulah perasaan atau impresi pertama
(first impression) pembaca yang membaca iklan anda. Pastikan iklan anda
ada berkaitan dengan apa yang anda ingin jual; contohnya jika anda menjual
buku panduan untuk menguruskan badan, iklan anda akan berbunyi begini:

BAGAIMANA MENGURUSKAN BADAN TANPA DIET & SENAMAN

Apapun, ianya bergantung dengan apa yang anda tawarkan. Ingat,


first impression pembaca adalah sangat penting…jangan biarkan mereka
terlepas pandang akan iklan anda gara – gara iklan yang tidak menarik.

Langkah 2: Sub Tajuk


Sub tajuk berada selepas iklan utama anda ataupun selepas tajuk
iklan anda. Sub tajuk ini akan menambahkan keyakinan orang ramai terhadap
apa yang anda tawarkan. Sila lihat contoh, bagaimana sub tajuk ini
digunakan:

Contoh 1
RM500 SEHARI TIDAK LAGI MUSTAHIL!
Ketahui cara yang terbukti berkesan bagaimana untuk mendapat RM500
sehari tanpa perlu bekerja dari 8-5.

Contoh 2
101 TIPS MENCEGAH SAKIT KEPALA DIBONGKAR!
Kini masalah sakit kepala yang anda sering alami dapat dicegah dengan
mudah dan tanpa sebarang kos.

Contoh 3
TEKNIK MUDAH BERMAIN GITAR
Anda akan mahir bermain gitar dalam masa 3 hari sahaja, telah terbukti
keberkesanannya.

23
Sub tajuk ini merupakan tulisan yang berwarna merah. Sub tajuk ini
merupakan ayat yang menjelaskan apa yang bakal pelanggan anda akan
perolehi melalui produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Lihat contoh 1: Tajuk iklan menjelaskan bahawa untuk mendapat


pendapatan RM500 sehari tidak lagi mustahil. Ayat sokongannya pula
menjelaskan bahawa pelanggan akan diajar atau diberitahu teknik – teknik
yang berkesan bagaimana mendapatkan RM500 sehari. Menarikkan?
Mungkin permulaannya agak sukar untuk mencipta ayat yang menarik,
namun apabila sentiasa dipraktikkan atau sentiasa melihat iklan – iklan lain
yang disiarkan, anda dapati anda semakin kreatif menghasilkan iklan yang
bermutu.

Langkah 3: Percuma
Apa yang percuma? Jangan bingung saudara…apa yang
dimaksudkan percuma ialah maklumat lanjut mengenai produk anda dan
sedikit bonus. Anda boleh tuliskan sebegini selepas tajuk dan sub tajuk:

Untuk maklumat dan bonus PERCUMA, sila tulis kepada:


<Alamat anda>

Biasanya, masyarakat kita amat menyukai sesuatu yang percuma.


Oleh itu, anda haruslah bijak mengambil kesempatan ini. Sediakan satu
maklumat atau bonus yang berkaitan produk atau perkhidmatan anda dan
berikan percuma kepada sesiapa yang berminat untuk membeli produk anda.

Kita rujuk pada Contoh 1:

Anda menjual Panduan Menjana RM500 Sehari, maka bonus yang anda
boleh cipta ialah ‘Motivasi Untuk Menjadi Jutawan’ – dapatkan kisah – kisah
jutawan di Malaysia ataupun luar negara dan jadikan kisah mereka sebagai
satu motivasi. Ok, bagaimana kita nak iklankan semuanya? Lihat contoh
dibawah, berdasarkan contoh 1 tadi:

24
RM500 SEHARI TIDAK LAGI MUSTAHIL!
Ketahui cara yang terbukti berkesan bagaimana untuk mendapat RM500
sehari tanpa perlu bekerja dari 8-5. Untuk maklumat lanjut dan PERCUMA
‘Motivasi untuk Menjadi Jutawan’, sila hantarkan nama dan alamat kepada:
<Alamat Anda>

Sekarang anda nampakkan, iklan yang sebeginilah akan menarik pembaca


untuk menghubungi anda. Oleh itu, saya nasihatkan agar anda banyak
membaca bagi memperoleh seberapa banyak maklumat yang boleh dijadikan
bonus percuma.

Langkah 4: Sampul Surat Bersetem dan Alamat


Inilah bahagian terpenting agar bakal pelanggan anda dapat
menghubungi anda. Tuliskan alamat anda dengan jelas pada bahagian
terakhir iklan anda. Dengan kepesatan dunia teknologi, anda juga boleh
memberi pilihan kepada bakal pelanggan anda untuk menghantar nama dan
alamat mereka melalui SMS.

Sebelum itu, nyatakan dengan jelas bahawa anda memerlukan bakal


pelanggan anda mengirimkan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem
untuk mengirimkan maklumat lanjut & bonus produk anda. Bagaimana jika
setem yang disertakan tidak mencukupi? Takpe, anda boleh tanggung
kosnya, hanya beberapa sen sahaja jika dibanding dengan keuntungan yang
bakal anda nikmati. Ingat, bakal pelanggan anda inilah yang akan
memberikan anda pendapatan hingga 5 angka sebulan. Khidmat pelanggan
sebelum jualan dan selepas jualan yang baik akan meningkatkan lagi
kepercayaan bakal pelanggan / pelanggan anda, dan perniagaan anda akan
menjadi tumpuan.

Baiklah, mari kita lihat contoh iklan yang telah siap berdasarkan 4
langkah yang saya bincangkan tadi:

25
RM500 SEHARI TIDAK LAGI MUSTAHIL!
Ketahui cara yang terbukti berkesan bagaimana untuk mendapat RM500
sehari tanpa perlu bekerja dari 8-5. Untuk maklumat lanjut dan PERCUMA
‘Motivasi untuk Menjadi Jutawan’, sila hantarkan sampul surat beralamat
sendiri dan bersetem ke:
Gayapos Enterprise,
No.11, Jalan Ipoh, 90000 Ipoh, Perak.
Atau SMS nama dan alamat ke: 012-3456789

Ok, sekarang anda boleh cuba membuat iklan anda sendiri


berdasarkan 4 langkah yang saya tunjukkan. Gunakan kreativiti anda dan
selamat berjaya!

26
BAB 5
Teknik Menulis Salesletter

Salesletter ataupun surat jualan merupakan elemen terpenting untuk


menggalakkan orang ramai agar membeli produk atau perkhidmatan anda.
Salesletter yang baik mampu membuatkan pembaca ‘jatuh hati’ dengan
produk anda saat kali pertama dia membacanya.

Salesletter yang baik akan mengandungi beberapa bahagian yang


penting, iaitu 10 bahagian yang wajib anda tahu untuk menghasilkan
salesletter yang berkualiti.

Bahagian 1: Headline / Tajuk Utama


Seperti yang anda biasa lihat di suratkhabar, headline merupakan
unsur penting untuk menarik pembaca untuk terus membaca artikel atau
berita tersebut. Begitu juga dengan salesletter, tajuk atau headline anda
mestilah mampu menarik pembaca untuk terus membaca salesletter anda.
Gunakan headline yang ringkas tetapi penuh makna, gunakan huruf yang
besar dan hitamkan. Ingat, headline anda mestilah bertenaga dan asli, jangan
cuba meniru orang lain. Ok, contohnya saya memasarkan Panduan Menjana
RM500 Sehari, maka headline saya akan berbunyi begini:

PENDAPATAN RM500 SEHARI TIDAK LAGI MUSTAHIL!

Bahagian 2: Sub Heading / Sub Tajuk


Sub heading akan membantu untuk menerangkan headline dengan
lebih terperinci dan bertindak sebagai penyokong. Ini penting untuk
memastikan pembaca untuk terus membaca salesletter anda. Tulisannya
haruslah kecil sedikit, dihitamkan dan ubah jenis ‘font’ agar kelihatan menarik.
Tulislah ayat yang menyokong headline anda, pastikan juga bertenaga dan
menarik (attractive). Contoh:

27
Dengan Menjana Pendapatan RM500 Sehari, Impian Anda Untuk Menjadi

Jutawan Kini Terbuka Luas.

Bahagian 3: Informasi
Dalam bahagian ini, anda harus bijak dan berhati – hati agar para
pembaca tidak bosan dan meninggalkan salesletter anda. Sebaik – baiknya,
mulakan dengan situasi semasa seperti perlunya mendapatkan pendapatan
tambahan kerana kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya. Cuba
bangkitkan masalah – masalah yang dihadapi oleh pembaca agar pembaca
tahu bahawa produk anda mampu menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu,
mereka akan terus membaca salesletter anda. Anda juga boleh memulakan
bahagian ini dengan pertanyaan – pertanyaan yang akan menjurus kepada
keinginan pembaca untuk terus membaca salesletter anda. Contohnya seperti
berikut:

Pernahkah anda terfikir untuk mencari pendapatan tambahan bagi


menampung keperluan semasa? Semakin hari, kos hidup semakin mencabar
dan baru – baru ini kenaikan harga petrol benar – benar dirasai kesannya
oleh semua pihak. Saya juga yakin anda turut merasainya dan timbul didalam
hati anda bagaimana caranya untuk menampung kos hidup yang semakin
tinggi. Anda bekerja 8 jam sehari, namun gaji yang diterima hanyalah cukup –
cukup sahaja.

Bahagian 4: Perkenalkan Produk / Perkhidmatan


Dalam bahagian ini, jangan terburu – buru memperkenalkan produk /
perkhidmatan anda. Perkenalkan secara sedikit demi sedikit, sebaik –
baiknya mulakan dengan penyelesaian kepada persoalan atau situasi di
bahagian Informasi. Kemudian, barulah perkenalkan produk anda. Contoh:

28
Salah satu penyelesaiannya ialah melalui pendapatan tambahan dan punca
pendapatan tambahan tersebut mestilah tidak mengganggu aktiviti harian
anda. Apakah penyelesaian itu? Penyelesaiannya adalah mulakan bisnes
anda sendiri hanya dari rumah! Ingin tahu bagaimana caranya? Izinkan saya
memperkenalkan pakej lengkap panduan bisnes dari rumah:

PANDUAN MENJANA PENDAPATAN RM500 SEHARI


<anda boleh letakkan gambar produk anda disini>

Bahagian 5: Informasi Produk Anda


Selepas memperkenalkan produk anda, anda bolehlah menceritakan
isi kandungan, kebaikan dan keunikan produk anda. Tuliskan dengan jelas
dan huraikan dengan ringkas setiap informasi mengenai produk anda.
Disinilah kekuatan produk anda sebenarnya kerana para pembaca akan cuba
untuk mengetahui apakah yang anda tawarkan kepada mereka dan
mampukah produk anda menyelesaikan masalah mereka. Contoh:

Panduan ini terdiri daripada:

>Dalam format CD Rom – boleh dibuka dimana – mana komputer


>Dalam format MS Word – anda tidak perlu install apa – apa perisian lain,
klik dan anda terus boleh membacanya. Sungguh mudah!
>Mengandungi 40 panduan hebat bagaimana anda boleh menjana RM500
sehari, antaranya:
-Bagaimana menukarkan RM10 kepada RM500
-100 jenis perniagaan yang boleh dimulakan dari meja dapur anda
-RM4000 sehari dengan hanya menonton TV
-3 rahsia mencari wang banyak dirumah
-Rahsia memperolehi RM15000 dalam masa 15 hari
Dan banyak lagi…
>Teknik penyampaian yang praktikal dan santai
>Sarat dengan informasi terkini mengenai panduan menjana wang dari rumah
Bahagian 6: Faedah Melalui Produk Anda

29
Pastinya para bakal pelanggan anda ingin tahu apakah faedah yang
mereka akan dapat apabila membeli produk anda. Oleh itu, nyatakan dengan
jelas dan bertenaga apakah yang mereka akan dapat apabila membeli produk
anda. Pastikan juga faedah yang mereka dapat itu merupakan penyelesaian
kepada apa yang mereka inginkan. Contoh:

Dengan memiliki Panduan ini anda akan:

>Diajar memulakan perniagaan dari rumah


>Mula menjana pendapatan dalam masa 7 hari
>Berpeluang menambah pendapatan keluarga
>Anda berpeluang menjadi Jutawan
>Memiliki sumber pendapatan yang tiada hadnya
>Memiliki lebih masa bersama keluarga disamping berniaga
>Anda akan menjadi seorang yang BERJAYA dan KAYA

Bahagian 7: Meletakkan Harga


Disini anda perlu membuat penilaian terhadap produk anda sebelum
anda meletakkan harga. Tugas anda ialah menyedarkan pembaca bahawa
produk ini ialah sesuatu yang unik, berkesan dan boleh mengubah hidup
mereka. Harga yang anda tawarkan janganlah terlalu murah kerana dengan
harga yang murah, pembaca beranggapan produk anda tidak berkualiti atau
‘indah khabar dari rupa’ sahaja. Jika terlalu mahal pula, pembaca akan
keberatan untuk membeli dan cuba beralih ke arah pesaing anda yang
menawarkan harga yang murah. Biasanya, harga sesuatu produk informasi
adalah lingkungan RM30 – RM50 sahaja, bergantung kepada kualiti produk
tersebut. Namun ada juga yang berharga melebihi RM50 sehingga mencecah
ratusan ringgit, sudah tentu kualitinya ada class! Contoh:

Jika produk saya mampu untuk mengubah kehidupan anda, dari seorang
yang berpendapatan rendah kepada seorang jutawan, berapakah anda fikir

30
harga produk ini? Saya membelanjakan sekitar RM500 bagi membeli bahan
rujukan untuk menyiapkan panduan ini, tidak termasuk kos petrol dan elektrik,
maka wajarlah saya meletakkan harga RM250 untuk Panduan yang hebat ini.
Tetapi, saya amat memahami bahawa harga itu amat mahal bagi anda yang
serius untuk menjana RM500 sehari. Oleh itu, saya tawarkan Panduan ini
dengan harga yang termurah iaitu HANYA RM30 sahaja agar anda mampu
memilikinya.

Bahagian 8: Bonus
Bahagian ini bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi jika dipraktikkan ia
boleh membantu menaikkan jualan anda. Bonus yang dimaksudkan ialah
pemberian percuma untuk pelanggan yang membeli produk anda. Perlu
diingat, bonus anda juga harus ada kualitinya. Anda juga harus menyatakan
nilai bonus tersebut agar pelanggan merasa rugi untuk tidak membeli produk
anda. Janganlah berikan pelanggan anda bonus ‘sampah’ yang langsung
tidak bermakna bagi mereka. Ini akan memperlihatkan anda sebagai seorang
yang tidak profesional. Ada sesetengah kes dimana pelanggan berminat
dengan produk anda kerana inginkan bonus sahaja. Lihat bagaimana bonus
boleh membantu melariskan produk anda. Contoh:

Dengan pembelian Panduan ini, kami akan menawarkan Bonus PERCUMA


yang menarik untuk anda. Pesan sekarang dan anda akan menerima secara
PERCUMA:
Bonus #1:Ebook-101 Tips Mempromosikan Perniagaan Anda (bernilai
RM69.90)
Anda akan diajar 101 langkah yang berkesan untuk mempromosikan
perniagaan anda sehingga perniagaan anda dikenali diseluruh negara.

Bonus #2: Ebook Percuma-Rahsia Jadi Kaya (bernilai RM150)


Ebook ini membongkar rahsia bagaimana anda boleh menjadi jutawan tanpa
mengira latar belakang anda.
Bahagian 9: Jaminan

31
Anda perlu meyakinkan orang ramai bahawa produk anda benar –
benar berkesan dan anda sanggup berdiri 100% dibelakang produk anda.
Oleh itu, anda perlu berikan jaminan kepada pelanggan anda iaitu wang
mereka akan dikembalikan sepenuhnya jika produk anda tidak memenuhi
keperluan mereka. Dengan adanya jaminan ini, para pelanggan akan lebih
yakin untuk membeli daripada anda dan percaya bahawa apa yang anda
tawarkan adalah produk berkualiti. Contoh:

JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN DALAM TEMPOH 30 HARI


Jika anda tidak berpuas hati dengan Panduan ini, sila pulangkan semuanya
kepada saya dan saya akan kembalikan wang anda 100%, tanpa soalan dan
proses yang rumit. Inilah jaminan saya dan anda boleh simpan semua Bonus
sebagai penghargaan kerana sudi mencuba Panduan ini.

Bahagian 10: Borang Pesanan


Akhir sekali, sediakan borang pesanan untuk pelanggan anda.
Borang pesanan anda harus mengandungi:
1. Nama dan harga produk
2. Nama pelanggan
3. Alamat dan no. tel pelanggan
4. Alamat email (untuk tujuan promosi melalui internet)
5. Pilihan pembayaran (P.O / M.O / Cek / Deposit Tunai)
6. Alamat anda (rujukan pelanggan untuk memesan)

Borang pesanan hendaklah mempunyai ruangan yang mencukupi


dan ditulis dengan jelas untuk memudahkan bakal pelanggan anda. Biarkan
pelanggan anda memesan dalam keadaan yang tenang dan selesa. Contoh:

Borang Pesanan: Panduan Menjana Pendapatan RM500 Sehari

32
Disini saya sertakan Wang Pos / Cek / Deposit Tunai (akaun
Maybank:1234567890) bernilai RM30 sahaja untuk pembelian Panduan
Menjana Pendapatan RM500 Sehari.
Nama :___________________________________________
Alamat :___________________________________________
___________________________________________
Tel :___________________________________________
Email :___________________________________________
Tandatangan:_______________________________________
______________________________________________________________
Hantarkan borang ini ke:
Gayapos Enterprise,
No. 11, Jln Ipoh, 90000 Ipoh, Perak

Baiklah, dengan memahami kesemua 10 bahagian yang


dibincangkan sebelum ini, saya yakin anda kini sudah mampu mencipta
salesletter anda sendiri. Gunakan kreativiti anda dan selalulah membaca atau
memperhatikan salesletter orang lain untuk mendapatkan lebih idea. Selamat
berjaya!

BAB 6

33
Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes Gayapos

Anda sudahpun didedahkan dengan pengenalan kepada bisnes


gayapos ataupun dalam bahasa Malaysianya, gayapos. Anda juga telah
mengetahui bagaimana memulakan bisnes gayapos pertama anda. Anda
juga diberi bimbingan bagaimana untuk menulis iklan dan mencipta
salesletter atau surat jualan ‘maut’. Oleh itu, saya percaya anda kini sudah
bersedia untuk membebaskan diri dari belenggu kewangan dengan
memulakan bisnes gayapos anda yang pertama.

Walau bagaimanapun, jangan biarkan kegagalan menghalang niat


murni anda. Seperti perniagaan lain, bisnes ini juga boleh gagal seandainya
anda memulakannya tanpa sebarang perancangan dan teknik yang betul.
Oleh itu, untuk mengelakkan kegagalan diperingkat awal, saya ingin
berkongsi dengan anda beberapa tips penting untuk berjaya dalam bisnes
gayapos ini.

Tips 1 – Lakukan
Saya seringkali mendengar sahabat – sahabat saya memberi idea
yang canggih untuk mendapatkan pendapatan tambahan, kebanyakan masuk
akal. Tapi, apabila saya bertanya ‘Engkau dah buat ke bisnes tu?’, mereka
menggelengkan kepala. Alangkah ruginya memiliki idea yang baik namun
tidak dilaksanakan. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, jangan berlengah.
Contohnya, anda sudah memiliki idea dan panduan untuk memulakan bisnes
gayapos anda. Jadi, mulakan sekarang…dirikan empayar bisnes gayapos
anda sekarang. Kenapa perlu tunggu 2 – 3 tahun lagi atau memberi macam –
macam alasan? Anda tidak akan kemana – mana jika terus bersikap ‘tunggu
dan lihat’ sedangkan orang lain telahpun menikmati kejayaan yang luar biasa.
Oleh itu, jika anda memiliki idea atau cara yang baik untuk menambah
pendapatan anda, LAKUKAN! Bak kata Prof. Dr. Fadzillah Kamsah, “Orang
Lain Sibuk Buat Duit, Kita Sibuk Buat Alasan”.

Tips 2 – Sikap

34
Berani Untuk Gagal! Itulah sikap yang perlu ada pada diri anda.
Apabila anda gagal, bermakna anda mula mempelajari sesuatu perkara dan
takkan mengulanginya. Ubahkan sikap negatif kepada sikap positif. Lihat
sesuatu itu dari aspek positif, contohnya; seorang dari pelanggan anda
memberi komen bahawa produk anda tidak memuaskan. Jika anda berfikiran
negatif, anda berfikir begini: ‘Takpelah, memang aku ni takde bakat nak
berniaga lagipun mungkin bukan rezeki aku’. Anda kemudiannya mengaku
kalah dan berputus asa. Tetapi jika anda bersikap positif, anda berfikir
sebegini: ‘Ok, aku terima komen mamat tu. Aku akan baiki lagi produk ni
sampai seluruh dunia tahu produk ni lah produk terbaik’. Anda perbaiki lagi
produk anda dan terus berusaha menjualnya. Hasilnya, jualan anda menjadi
banyak kerana produk anda telah di ‘upgrade’kan.

Lihat betapa besarnya kuasa sikap yang positif. Ianya mampu


mengubah kehidupan anda dan memacu anda untuk lebih berjaya lagi dalam
bisnes gayapos ini.

Tips 3 – Iklan Yang Murah


Sebagai orang baru dalam bisnes ini, saya amat menggalakkan
anda untuk mula mengiklankan produk anda di ruangan iklan yang murah. Ini
adalah untuk menjimatkan kos pengiklanan. Risiko anda menggunakan iklan
yang mahal ialah, kemungkinan kos operasi anda melebihi pendapatan anda
dan ini mendatangkan kerugian. Oleh itu, mulakan dengan iklan yang murah
dan apabila mendapat keuntungan besar, maka bolehlah anda mengiklan di
akhbar yang mahal.

Tips 4 – Konsisten
Saya mencadangkan anda menggunakan iklan yang murah agar
anda dapat lebih konsisten dalam mengiklankan produk anda kerana kos
yang sederhana. Contohnya, dengan RM250 sahaja, anda mampu
membuatkan iklan anda terpampang selama 12 keluaran di akhbar
Mingguan Warta Kota. Apabila pembaca kerap terlihat iklan anda, akan
timbul satu kepercayaan bahawa anda memiliki perniagaan yang berprestij.
Setiap pembaca juga tidak sama, ada yang memerlukan produk anda pada

35
masa tersebut dan ada juga yang tidak memerlukannya dan ada
kemungkinan mereka memerlukannya bulan depan. Untuk ‘menangkap’
semua pembaca ini, iklan yang konsisten amat diperlukan. Disamping itu,
produk anda akan lebih dikenali ramai.

Tips 5 – Modal Pusingan


Jangan belanjakan semua keuntungan anda. Anda harus
memperuntukan sekurang – kurangnya 75% daripada keuntungan anda untuk
dilaburkan semula bagi menempah iklan. Dengan cara ini, anda dapat
mengiklankan produk anda secara konsisten. Manakala baki 25% lagi
bolehlah anda simpan atau belanjakan. Apabila keuntungan anda sudah
mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, maka anda hanya perlu melabur 25%
daripada keuntungan dan belanjakan 75% lagi!

Tips 6 – Iklan di Pelbagai Akhbar


Dengan mengiklan di pelbagai akhbar, peluang produk anda untuk
dikenali adalah cerah. Bayangkan satu akhbar dibaca oleh ratusan ribu
pembaca di Malaysia, bagaimana pula jika anda mengiklan di 2 atau 3
akhbar? Iklan anda dilihat hampir 1 juta pembaca dan katakan hanya 1%
sahaja yang memesan, jumlah pelanggan anda ialah 10,000! Bayangkan
keuntungan anda…itulah rahsianya mengiklan di pelbagai akhbar.

Tips 7 – Cepat dan Tepat


Anda haruslah cepat dan tepat dalam memenuhi kehendak
pelanggan. Apabila anda menerima borang pesanan dan bayaran dari
pelanggan, kirimkan dengan segera produk anda. Sebaik – baiknya tidak
melebihi 3 hari. Jika anda lambat, maka reputasi anda akan dipersoalkan oleh
pelanggan dan mereka akan menyebarkan berita kepada kawan – kawan
mereka. Begitu juga dengan pertanyaan dari pelanggan anda, hendaklah
dijawab dengan segera. Berikan khidmat pelanggan yang tiada tolok
bandingnya untuk mengeratkan lagi hubungan dengan pelanggan. Pasti
reputasi perniagaan anda akan lebih dikenali.

Tips 8 – Belajar dari Kesilapan

36
Mungkin ada pelanggan yang memberi komen atau kritikan ke atas
perkhidmatan dan produk anda. Jangan jadikan ini sebagai halangan atau
sebab untuk anda berputus asa. Anda juga tidak boleh memarahi pelanggan
tersebut kerana merekalah pengguna kepada produk anda. Apa yang anda
boleh buat ialah, berfikiran positif. Jadikan setiap kritikan sebagai pembakar
semangat untuk terus membaiki mutu produk anda dan teruskan bisnes anda.
Produk yang telah dibaiki mutunya pasti mendapat sambutan. Maka, bermula
dari kritikan tersebut akhirnya anda berjaya menghasilkan produk yang
berkualiti tinggi.

Tips 9 – Kenalkan Diri Anda


Jika anda benar – benar ikhlas berniaga, mengapa anda harus
menyembunyikan identiti anda? Pelanggan akan lebih mempercayai anda
apabila mereka mengenali anda. Oleh itu, letakkan gambar anda dan
bagaimana untuk menghubungi anda. Ceritakan juga serba sedikit latar
belakang anda dan terangkan kepada pelanggan kelebihan anda. Dengan ini,
pelanggan akan mempercayai kredibiliti anda walaupun tidak pernah
berjumpa dengan anda. Tanpa mengenali anda, pelanggan akan was – was
untuk membeli daripada anda. Tak kenal, maka tak beli…

Tips 10 – Dapatkan Testimoni


Apa itu testimoni? Testimoni ialah pengalaman peribadi mereka yang
pernah menggunakan produk anda. Bagaimana pula jika produk saya baru
dilancarkan dan belum ada yang membelinya? Jangan risau, anda boleh
berikan produk anda secara percuma atau dengan harga yang termurah
kepada kenalan anda dan minta mereka memberikan testimoni yang baik
mengenai produk anda selepas mereka mencubanya. Jika boleh, dapatkan
gambar mereka bagi menambahkan keyakinan pelanggan. Dengan testimoni
yang baik, produk anda akan laris bagai pisang goreng panas!

Semoga 10 tips yang saya kongsikan ini mampu memberikan anda


semangat dan panduan untuk berjaya dalam bisnes gayapos ini. Saya tidak
dapat menjamin kejayaan anda tetapi hanya mampu memberikan panduan
sahaja kerana KEJAYAAN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA!

37
BONUS

38
5 Teknik Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Gayapos

Teknik #1

TEKNIK (RAHSIA) MENJUAL BUKU MELALUI POS YANG SANGAT


MENGUNTUNGKAN

Jumlah buku yang dijual melalui pos oleh usahawan pos kecil-kecilan
semakin meningkat jumlahnya setiap tahun. Jumlah jualan setiap tahun bagi
tempoh lima tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus.
Kaedah baru yang digunakan telah menjadikan peningkatan yang luarbiasa
daripada sebelumnya. Salah satu cara yang digunakan untuk menawarkan
banyak koleksi buku ialah dengan menggunakan mini katalog, yakni dengan
memasukkan katalog tersebut di dalam pesanan yang telah dibuat oleh
pelanggan.

Mini katalog biasanya kertas saiz A4 ataupun 8½ inci kali 11 inci yang
kemudian dilipat dua atau pun tiga lalu dimasukkan kedalam sampul surat
yang berisi pesanan buku yang diminta oleh pembeli. Ianya juga boleh
dimasukkan ke dalam majalah ataupun akhbar yang dijual oleh pengedar.

Ataupun ianya juga boleh diedarkan terus kepada pelanggan melalui pos
dengan membuat iklan-iklan terlebih dahulu. Semua kaedah ini memang
sangat menguntungkan untuk dilaksanakan. Mini katalog anda harus
mempunyai 1,2, atau 3 muka surat. Di muka surat pertama anda hanya perlu
menerangkan serba sedikit mengenai buku-buku yang anda tawarkan,
ceritakan tajuk dan faedah yang boleh diperolehi jika membaca dan membeli
buku tersebut.

Di muka surat kedua anda boleh menyenaraikan tajuk buku dan juga
harga-harganya. Seterusnya di muka surat berikutnya, letakkan pula borang
pesanan dan cara-cara untuk membuat bayaran dan pesanan. Sertakan
nama dan alamat surat menyurat. Setiap senarai yang ditawarkan hendaklah

39
disertakan keterangan pendek supaya pembaca boleh memahami dan
mendapat faedah.

Katalog mini anda itu hendaklah dibuat dengan kemas dan bertaip
menggunakan bentuk tulisan dan saiz yang menarik, jika boleh sertakan juga
gambar-gambar grafik yang menarik. Bagi setiap helai adalah lebih baik jika
dicetak dengan warna yang berlainan. Dalam satu penyelidikan yang telah
dibuat tidak lama dahulu mendapati, katalog yang dicetak dengan kertas
bermutu akan dapat menambahkan lagi hasil jualan buku anda.

Syarikat-syarikat besar yang menawarkan katalog yang telah


disediakan oleh mereka sendiri. Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti
berikut : PREMIER PUBLISHERS of Fort Worth, Texas USA dan WILSHIRE
BOOKS di N.Hollywood, CALIFORNIA,USA , atau anda boleh menghubungi
ICEMALL BOOKSTORE di http:/www.icemall.com. Tulis surat kepada mereka
atau menghubungi melalui internet dengan menyatakan keinginan anda untuk
menjadi pengedar mereka.

Teknik #2

CARA PALING MUDAH DAN MURAH MEMULAKAN URUSNIAGA POS

Jika anda masih lagi baru mahu menceburi kerjaya yang boleh
dijalankan di rumah ini anda tidak perlu risau untuk memikirkan bagaimana
untuk mencari idea bagi menerbitkan dan menjual panduan dan bahan
bercetak anda sendiri. Sebenarnya terdapat banyak cara mudah yang boleh
anda temui jikalau anda mahu memikirkannya dengan teliti. Urusniaga pos ini
merupakan satu kerjaya yang menyeronokkan dan mudah untuk dijalankan
kerana ianya tidak memerlukan modal yang banyak, tidak memerlukan satu
sistem perniagaan canggih ala dunia korporat. Malah ianya boleh dilakukan
hanya di rumah tanpa perlu untuk bercakap dan menemui sesiapa pun. Anda
juga tidak perlu untuk memegang sebarang kemahiran dan asas dalam
perniagaan kerana urusniaga ini boleh dipelajari dengan cepat.

40
Disegi modal pula perniagaan ini boleh dimulakan dengan modal
sekecil kurang daripada RM100 sahaja . Anda tidak perlu menyewa kedai dan
lain-lain, malah anda akan menerima wang setiap hari terus di depan pintu
rumah anda. Sama ada ianya hanya sebanyak RM100, RM300. RM500,
RM1000 atau RM2000 SETIAP HARI ianya bergantung kepada bagaimana
anda mengusahakannya. Sesiapa sahaja boleh menceburi perniagaan ini
sama ada yang muda, yang tua, pesara, pelajar, surirumah, ahli profesional
atau mereka yang tinggal di kawasan pendalaman. Sekarang anda akan
diberitahu bagaimana seorang daripada ribuan pembaca ruangan iklan yang
dipaparkan setiap hari akan sentiasa mencari-cari peluang untuk
menambahkan pendapatan.

Cara paling mudah untuk mencari idea ialah dengan ‘ mengumpulkan


nama-nama pengiklan ’ yang anda sering lihat mereka sentiasa mengiklankan
nama syarikat mereka. Anda mungkin boleh memperolehi 20 hingga 50 nama
syarikat-syarikat tersebut. Susun nama-nama syarikat tersebut dan anda
boleh menaipkannya menjadi satu panduan dengan memberi tajuk menarik
contohnya seperti ; 50 PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH .

Atau anda boleh mencari alamat syarikat jualan langsung ataupun nama
individu yang anda kenali yang menjalankan perniagaan jualan langsung.
Kumpulkan nama-nama yang lengkap mengandungi nombor telefon mereka
supaya mereka mudah dihubungi. Jika anda mempunyai senarai nama
sebanyak 20 syarikat atau individu berikan tajuk panduan anda itu seperti ini,
20 PELUANG PERNIAGAAN SAMBILAN MUDAH. Langkah berikutnya anda
hanya perlu membuat pendedahan perniagaan anda melalui iklan-iklan kecil
di akhbar.

Seperti mana anda membaca iklan-iklan di akhbar, begitulah pula anda


perlu memberitahu ramai orang mengenai apa yang anda jalankan dan
lakukan itu. Tidak ada gunanya anda mempunyai produk atau panduan yang
hebat tetapi anda tidak dapat menjualnya pula. Biarpun panduan yang anda
tuliskan itu hanya beberapa helai sahaja isinya tetapi ia tetap merupakan satu

41
maklumat yang penting. Anda jangan lupa bahawa terdapat beribu-ribu orang
yang membaca iklan setiap hari yang mencari peluang-peluang.

Pembaca iklan tidak pernah berkurangan, ianya seperti ikan di lautan


yang tidak akan habis kerana sentiasa bertukar ganti. Anda hanya perlu
mencari produk yang sesuai dan didedahkan kepada mereka dengan
mengenakan sedikit bayaran untuk membelinya daripada anda. Dengan itu
bermakna anda sudahpun menceburi satu perniagaan.

PELAJARI BEBERAPA CARA UNTUK MEMBUAT IKLAN YANG MURAH

Anda boleh membuat iklan yang mudah dan murah dan hanya
memerlukan modal kecil sahaja untuk memulakannya. Malah jika tiada wang
anda boleh meminjam daripada sesiapa yang anda kenali dengan mudah
kerana modalnya sekitar RM100 pada peringkat awal sudah memadai. Di sini
anda akan ditunjukkan kaedah mudah dan cepat untuk memperolehi wang.
Anda boleh membuat iklan begini ;

PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN YANG HEBAT. Keterangan lengkap


sila kirimkan RM2 ataupun RM5 kepada ….(nama dan alamat anda). Untuk
iklan seperti ini tidak semua syarikat akhbar membenarkannya. Oleh itu anda
juga boleh membuat iklan seperti ini: PELUANG PERNIAGAAN DAN
MENAMBAHKAN PENDAPATAN CARA MUDAH DAN MURAH. Untuk
keterangan lanjut sila hantarkan sampul surat 4 x 9 bersetem dan beralamat
sendiri kepada .…( nama dan alamat anda).

Jika anda membuat iklan seperti iklan pertama di atas, pembaca iklan
akan mengirimkan wang terus kepada anda tetapi kaedah ini hanya sesuai
jika produk anda berharga RM5 bagi iklan kecil kerana anda tidak dapat
menerangkan secara luas mengenai kelebihan produk anda. Jika anda
membuat iklan menggunakan cara kedua di atas anda akan menerima lebih
banyak surat pertanyaan dan anda juga perlu membuat katalog ataupun surat
keterangan ringkas yang menerangkan faedah yang boleh diperolehi jikalau
pembaca memiliki panduan anda itu.

42
Ini akan menjadikan mereka mahu membeli produk ataupun panduan
anda. Berikan harga istimewa, sediakan borang pesanan dan buat cetakan
dengan kemas dan bermutu supaya kelihatan menarik. Anda boleh
meletakkan harga di antara RM10 – RM20 bergantung kepada niat anda.
Sekarang anda akan menuju ke arah kebebasan kewangan……buatlah
langkah selanjutnya dengan teliti supaya usaha anda akan berkesan dan
berdaya maju.

Teknik #3

MEMBINA KEJAYAAN DENGAN MENYEWAKAN SENARAI NAMA


PELANGGAN

Senarai nama pelanggan boleh menjadi satu sumber kekayaan kepada


anda jika tahu menggunakannya. Anda boleh mengumpulkan senarai nama
pelanggan dengan mudah melalui beberapa cara. Mencari wang pada masa
sekarang ini telah menjadi semakin mudah dengan wujudnya beberapa
kaedah dan teknologi baru .

Salah satu cara mudah untuk membina perniagaan dan kekayaan ialah
dengan menyewakan senarai nama pelanggan kepada mereka yang
berminat. Jika anda tidak mempunyai nama-nama pelanggan buat masa ini
anda boleh mula mencarinya dengan cara mengumpulkannya daripada nama
pengiklan-pengiklan di dalam akhbar yang menawarkan peluang pekerjaan
dan perniagaan sambilan.

Cara kedua ialah dengan membuat sendiri iklan-iklan anda dengan


tajuk-tajuk yang difikirkan sesuai. Nama-nama yang sering dikehendaki ialah
bagi mereka yang berminat mencari wang secara sambilan ataupun bagi
mereka yang hanya mahu menambahkan pendapatan secara sambilan di
rumah. Anda boleh membuat iklan dengan modal kecil antara RM20 – RM50
untuk sekali iklan.

43
Di sini anda akan diberi dua cara bagaimana anda boleh memperolehi
wang. Mula-mula sekali kumpulkan nama-nama syarikat dan susun (taipkan)
di atas kertas saiz A4. Katakanlah anda mempunyai 30 nama syarikat yang
menawarkan pekerjaan sambilan ataupun peluang mencari wang di rumah .

Selepas itu anda buat iklan di akhbar-akhbar dengan menawarkan


peluang-peluang tersebut kepada yang berminat. Iklan anda boleh dibuat
seperti: PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN/PEKERJAAN DI RUMAH
YANG HEBAT. Keterangan lanjut sila hantarkan nama dan alamat lengkap
dan RM2 atau RM5 ; kepada : Nama dan alamat lengkap anda. Apabila anda
mendapat surat pembaca yang mengirimkan wang, catatkan dan simpan
nama-nama dan alamat lengkap mereka.

Kirimkan kepada mereka senarai nama-nama syarikat yang sudah


anda taipkan kepada mereka, dengan itu anda telah memberikan maklumat
kepada mereka dan anda memperolehi bayaran RM2-RM5 bagi khidmat anda
itu. Seterusnya kumpulkan nama-nama pembeli anda itu dan taipkan di atas
kertas A4 juga.

Simpan di tempat yang selamat seperti pocket file yang boleh dibeli
dengan harga 50 sen satu. Jika anda kerap membuat iklan sudah tentu anda
boleh memperolehi banyak nama dengan cepat. Lakukan seperti mula-mula
tadi iaitu taipkan dan simpan di dalam fail sebagai ‘master copy’ . Langkah
seterusnya ialah anda perlu membuat satu surat tawaran, katalog yang
menawarkan nama-nama perlanggan kepada mereka yang berminat
khususnya kepada pengendali urusniaga pos ataupun pengiklan-pengiklan.

Katakanlah setiap kali mengiklan anda akan dapat 40-60 nama, jika 20
kali iklan anda dapat 800-1200 nama. Pada masa yang sama anda juga telah
memperolehi bayaran untuk maklumat yang mereka kehendaki iaitu jika 800
nama anda dapat RM1600 – RM2400 jika maklumat yang anda jual berharga
RM2.

44
Jika RM5 mungkin anda boleh dapat RM4000 – RM6000. Ini jika
jumlah pembaca hanya seramai itu. Walau bagaimanapun semuanya
bergantung kepada respon pembaca dan berapa kerap anda membuat iklan
serta bagaimana cara anda membuat iklan sama ada ianya berkesan ataupun
tidak.

Jika dalam seminggu anda membuat iklan di dalam tiga penerbitan dan
anda mendapat 150 nama yang menghantar wang sebanyak RM2, maka
anda sudah mendapat RM300 seminggu. Jika ditolak kos mungkin sebanyak
RM150, anda masih lagi memperolehi untung sebanyak RM150. Ini hanya
dari pembeli anda sahaja, Jika anda menyewakan nama-nama mereka pula
anda boleh mendapat keuntungan lain lagi.

Katakanlah anda mempunyai 100 nama pelanggan. Anda boleh


membuat pakej tawaran seperti ini; Untuk 100 nama anda tawarkan harga
sebanyak RM20 ( 250 nama ) = RM50, RM75 dan 1000 nama anda boleh jual
dengan harga RM120. Jika satu muka surat saiz A4 anda boleh muatkan 20
nama dan alamat . Untuk 100 nama anda hanya perlukan 5 helai kertas
sahaja. Jika ada pembeli nama-nama tersebut anda boleh memilihnya dan
pergi ke kedai fotokopi dan membuat salinan mengikut jumlah yang
dikehendaki.

Kos untuk menyalin (fotokopi) biasanya di antara 5 sen hingga 20 sen


sahaja bagi satu muka surat. Jika 100 nama kos anda hanya 25 sen – RM1
sahaja. Jika 1000 nama kos anda hanya dari RM2.50 hingga RM10 sahaja,
dan anda boleh menjual dari RM20 hingga RM120 untuk 100 – 1000 nama.
Ianya mudah untuk dilakukan jika dirancang dengan betul. Semakin kerap
anda membuat iklan maka semakin kerap dan banyak pula pendapatan anda.

Katakanlah dalam seminggu anda memperolehi 10 orang pembeli


senarai nama yang menyewa sebanyak 500 nama, pendapatan anda dari situ
sahaja sudah RM750. Jika ada yang menyewa 100, 250 atau 1000 nama,
anda boleh kira pendapatan yang bakal diperolehi nanti. Anda belum kira lagi
pendapatan anda dari kaedah yang pertama tadi, iaitu pembeli panduan

45
senarai nama syarikat yang menawarkan kerja dan peluang menambahkan
pendapatan. Bukan mustahil untuk anda memperolehi pendapatan daripada
RM500 hingga kebeberapa ribu ringgit setiap minggu dan bulan.

Anda boleh menjalankan perniagaan ini sepanjang hayat anda dan


mungkin boleh menjadi kaya kerana memang sudah ramai orang yang sudah
menjadi kaya dengan hanya melakukan kerja-kerja seperti ini. Walau
bagaimanapun, kami tidak bertanggung-jawab diatas jumlah wang yang akan
anda terima kerana ianya bergantung kepada cara anda melaksanakan idea
ini. Contoh-contoh yang diberikan adalah mengikut kajian dan fakta yang
pernah berlaku sebelum ini.

Begitupun faktor masa, usaha, kesungguhan, kreativiti juga


memainkan peranan yang penting untuk berjaya dalam perniagaan ini. Kami
sudah memberikan idea terbaik bagaimana anda boleh menjayakan usaha
niaga anda sendiri di rumah. Yang terbaik ialah anda laksanakan sendiri dan
sentiasa membuat penyelidikan. Peluang memang ada yang tinggal hanyalah
usaha berterusan anda.

Teknik #4
BAGAMANA MENJADIKAN SEBARANG HOBI SEBAGAI PERNIAGAAN
SAMBILAN YANG MENGUNTUNGKAN

Jika anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan, cara yang


paling baik ialah melakukan hanya secara sambilan sahaja terlebih dahulu
dan pada masa yang sama anda masih boleh lagi mengekalkan pekerjaan
anda dan memperolehi pendapatan tetap. Jika anda berminat untuk
memperolehi pendapatan berdasarkan harian, anda tidak perlukan modal
wang yang banyak untuk memulakan perniagaan anda itu.

Tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan salah satu


daripada minat/kecenderungan atau hobi anda sendiri untuk dijadikan asas
perniagaan. Dan anda boleh membesarkan perniagaan anda dalam masa
satu hingga tiga tahun bergantung kepada perancangan anda sendiri.

46
Dengan itu anda akan mempunyai persediaan cukup untuk berhenti
kerja dan menjadi ‘ boss ’ sendiri. Tidakkah ini sesuatu yang hebat ? Dengan
menggunakan hobi atau minat anda dimasa lalu mempunyai banyak faedah
dan kelebihannya. Mengapa? Kerana bagi setiap pekerjaan dan perniagaan
yang anda mahu ceburi dan lakukan mestilah ianya merupakan sesuatu yang
anda suka dan minat untuk melakukan sesuatu perkara yang anda percayai,
sesuatu yang mana anda boleh lakukan walaupun tidak pasti pulangannya.

Ia akan memberikan anda stamina/tenaga untuk melihat perniagaan


anda sejak dari awal lagi walaupun agak sukar untuk anda melakukannya.
Kita semua tentu faham dan tahu perasaan kita jika melakukan sesuatu
perkara dan pekerjaan yang kita sendiri tidak suka melakukannya. Tidak ada
cara untuk kita memberikan perhatian 100% mengenainya kerana kita sendiri
tidak yakin dan tidak seronok untuk melakukannya.

Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk melakukan perkara yang


disukai sama ada ianya untuk menjalankan sebarang perkhidmatan ataupun
menjual barangan yang anda pilih untuk melakukannya. Adakah anda gemar
memasak? Mulakan perniagaan anda dengan membuat dan menyediakan
‘newsletter ’ resepi masakan untuk orang lain yang mempunyai minat yang
sama dengan anda itu dan jual resepi anda dalam bentuk panduan
tipis/booklet.

Adakah anda seronok membuat kerja-kerja kraftangan ? Anda boleh


menjualnya secara pos ( tetapi pastikan anda mendapatkan keuntungan yang
sepadan). Adakah anda seronok melakukan kerja-kerja berkaitan dengan
kereta? Buat katalog/flyer yang menerangkan perkhidmatan membaiki
motokar yang anda tawarkan.

Adakah anda seronok menjadi penulis? Tulis satu panduan


kecil/booklet seperti panduan ‘ bagaimana untuk… ’ dan jualkannya melalui
pos atau sistem multi level. Adakah anda suka melakukan dan bekerja di
dalam bidang pemprograman komputer? Tulis satu program dan jadikannya

47
sebagai program shareware berkumpulan ataupun anda boleh
menjualkannya secara pos juga kepada mereka yang berminat.

Ya ! Apa sahaja yang anda suka dan minat untuk melaksanakannya,


dengan mudah boleh diubah menjadi satu bidang perniagaan secara
otomatik. Sesebuah barangan mungkin hanya sesuai dijual di sekitar rumah
dan jiran-jiran anda, sementara banyak barangan lain pula boleh dijual secara
meluas secara pos. Jika anda mahu menjual secara pos apa yang perlu
dilakukan ialah tulis satu iklan mudah yang ditaip.

Mulakan iklan anda itu dengan saiz kecil 1 inci, 2 - 3 inci. Suruh bakal
pelanggan atau pembaca anda mengirimkan setem atau RM1 untuk
mendapatkan maklumat lebih lengkap. Apabila mereka menghantar surat
pertanyaan kepada anda, masukkan katalog keterangan ringkas dan harga
produk yang anda jual itu.

Pastikan anda juga ada menyediakan satu borang kecil untuk mereka
membuat pesanan sama ada barangan atau perkhidmatan anda. Sudah tentu
juga anda boleh menyertakan surat penghargaan anda kepada mereka
dengan menyatakan bahawa anda sangat berbesar hati untuk membuat
urusniaga dengan mereka di masa hadapan.

Adakah anda tahu bagaimana kebanyakan peniaga hilang peluang


perniagaan kerana mereka tidak menyediakan ‘ cover letter ’? Ini perlu untuk
meningkatkan lagi gaya perniagaan. Anda juga perlu mempelajari banyak
perkara lain dengan membuat tinjauan dan pembacaan mengenai
perniagaan-perniagaan di rumah yang lain.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya dahulu saya juga telah


membaca berbagai-bagai buku dan melihat serta menyertai berbagai-bagai
program mencari wang atau menambahkan pendapatan.

Ada juga yang membuat iklan satu muka penuh yang menyatakan
bagaimana mereka boleh memperolehi wang sehingga satu juta dalam masa

48
yang singkat. Pada peringkat permulaan anda boleh menjual barangan atau
perkhidmatan anda dengan harga yang murah sehinggalah anda faham dan
yakin anda boleh menjual barangan yang lebih mahal pula.

Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan serta membaca buku


yang berkaitan perkara yang ingin anda ceburi di mana anda boleh
mendapatkannya di mana-mana perpustakaan ataupun anda boleh pergi ke
kedai buku dan mencari tajuk yang berkaitan untuk memberlinya. Ya ! sudah
tentu ianya mudah dan ini hanyalah baru di peringkat permulaan.

Jika ia berkaitan dengan hobi anda, mungkin anda perlu


memperuntukkan beberapa bulan untuk melaksanakannya sehinggalah anda
boleh berpuashati dengan keuntungan yang bakal diterima kelak.
Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan menghabiskan banyak wang
untuknya. Anda pula hanya perlu menghabiskan wang anda untuk membuat
iklan yang mana ianya akan memberikan keuntungan pula kepada anda
disebabkan oleh hobi anda itu dan kerana anda jadikan ia sebagai satu
cabang perniagaan anda.

Teknik #5
BAGAIMANA ‘MENCETAK WANG’ SECARA SAH

Satu tajuk yang kontroversi.. TIDAK! Bukan seperti yang anda fikirkan…

Terdapat satu jenis produk yang merupakan produk paling sempurna


untuk pemasaran terus atau gayapos. Anda sungguh bertuah kerana anda
boleh belajar membuat produk yang murah, mudah dan dikawal dengan
mudah!

Cetak wang anda setiap hari

Seperti yang anda ketahui, mencetak wang ringgit palsu merupakan


satu kesalahan yang besar. Anda boleh disumbatkan ke dalam penjara jika

49
didapati bersalah melakukan jenayah ini! Hanya kerajaan sahaja yang
dibenarkan mencetak wang sebanyak mana yang mereka mahu.

Walau bagaimanapun, anda boleh membuat sebaliknya, secara sah:


Menukarkan kertas biasa kepada produk maklumat yang boleh dijual. Apakah
dia produk maklumat? Ianya adalah buku, manual, laporan kecil seperti ini
dan sebagainya. Atau juga video, kaset, disket atau CD bermaklumat. Atau
kaset rakaman yang orang boleh dengar tanpa memerlukan kos pengeluaran
yang tinggi.

Apa yang anda perlukan untuk menceburkan diri dalam bisnes ini ialah
maklumat yang diperlukan oleh orang dan satu cara supaya orang lain boleh
mendapatkannya, contohnya kertas fotostat. Hari ini, komputer peribadi dapat
memudahkan lagi tugas anda untuk menyediakan produk maklumat ini, tetapi
anda juga boleh menggunakan mesin taip lama untuk menyediakan produk
tersebut.

Anda jangan terkejut jika saya katakan produk maklumat adalah satu
bisnes yang cukup menguntungkan. Pasaran untuk produk ini cukup luas dan
oleh kerana skopnya begitu luas anda mempunyai pesaing yang kurang. Jadi
peluang untuk anda berjaya dalam bisnes ini adalah cukup cerah. Tanyalah
kepada pakar usahawan internet, produk apakah yang LARIS di internet?
Pasti mereka menjawab produk informasi. Sila rujuk buku “Rahsia Jutawan-
Jutawan Internet Terbongkar” cetakan edisi pertama Jun 2005, karya Irfan
Khairi, jutawan internet Malaysia. Beliau menyatakan hal ini di muka-surat 56.

Kebanyakan produk ini berkisar tentang hobi dan minat di masa


lapang. Contohnya, Patti Carlson menjana berjuta dollar melalui bukunya
yang bertajuk “Bagaimana Bermain Piano Dengan Senang” yang dijualnya
melalui televisen di Amerika Syarikat. Manakala, Robert Laughlin menjual
satu kursus belajar di rumah bertajuk “Bagaimana Memainkan Lagu Pujaan
Anda Dengan Piano - Hanya 3 Jam”. Atau “100 Resepi Lazat Hawaii… Anda

50
Boleh Buat Sendiri Di Rumah” adalah satu buku kecil yang diiklankan dan
dijual melalui iklan kecil di majalah wanita dan tabloid.

Produk maklumat juga menjadi tarikan dalam bisnes dan pekerjaan.


Joe Sabah berjaya menjual ribuan bukunya yang bertajuk “Bagaimana
Mendapat Kerja Yang Anda Idamkan Dan Majikan Menelefon Anda” dengan
menjadi tetamu dalam siaran radio. Ia juga merangkumi topik seperti
kesihatan dan senaman, perlindungan diri dan keluarga, pelancongan,
kecantikan dan fesyen.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

Topik yang perlu anda tulis mestilah sesuatu yang anda tahu atau
mempunyai pengalaman tentangnya. Jika tidak anda boleh membuat kajian
mengenai topik yang anda rasakan mempunyai potensi untuk dijual.

John Smith merupakan seorang penceramah professional yang


mempunyai pengalaman dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan jualan.
Beliau juga mengetahui bagaimana untuk mendapat tempahan yang banyak
daripada orang ramai. Dengan pengalaman yang ada ini, beliau menulis 4
mukasurat laporan istimewa dalam beberapa topik yang dikhususkan untuk
penceramah-penceramah;

Bagaimana Mencari Pasaran Baru Untuk Bisnes Ceramah Anda


Bagaimana Menulis Surat Ringkas Supaya Organisasi Menelefon Anda
Dengan Segera
Bagaimana Menggandakan Pendapatan Anda Dengan Menjual Produk
Ceramah
17 Kesalahan Besar Dilakukan Penceramah Ke atas Brosur Dan Kaset Demo

Bukan itu sahaja tetapi terdapat lebih kurang 20 topik yang beliau
boleh menulis daripada subjek CERAMAH sahaja! Laporan ini beliau jual
dengan harga dari $3 hingga $15 setiap satu. Setiap satu hanya beberapa
mukasurat dan tidak lebih daripada 10 mukasurat sahaja. Beliau juga

51
menjalankan percetakan atas permintaan; bermakna beliau tidak mencetak
dengan banyak atau membuat simpanan stok. Beliau menyimpan salinan asli
pada satu fail dan, apabila ada pesanan ke atas sesuatu topik, beliau pergi
membuat salinan fotostat di kedai fotostat yang berdekatan, memasukan ke
dalam sampul surat dan poskan sahaja. Melalui bisnes kecil ini sahaja yang
disasarkan kepada lebih kurang 2000 penceramah, menghasilkan lebih
kurang $11,000 sebulan! Ada yang memesan satu, dua atau sepuluh. Satu
laporan yang dijual sebanyak $3 hanya bermodal sebanyak 40 sen fotostat
dan 20 sen untuk diposkan. Daripada $11,000, hampir keseluruhannya
adalah keuntungan!

Jika anda mahu memulakan karier dalam bisnes gayapos, anda boleh
mencontohi teknik yang telah dilakukan oleh John Smith. Dengan
menggunakan kertas dan dakwat, beliau mempunyai satu cara paling mudah
“mencetak wangnya sendiri”. Jangan membazirkan masa anda dengan
menunggu sehingga bertahun lamanya untuk menulis produk informasi ini,
kemudian mencetak dengan banyaknya dan kemudian termanggu kerana
tiada siapa yang mahu membelinya.

Berfikir dengan bijak, siapkan beberapa topik daripada subjek yang


anda minati. Sediakan yang salinan asal dan fotostat setiap kali jika ada
pesanan. Bukankah ini cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan yang
lumayan?

52
PENUTUP

Tahniah saya ucapkan kerana anda telah berjaya membaca kesemua


maklumat dan panduan di dalam buku ini. Walaupun maklumat di dalam buku
ini tidaklah begitu sempurna, namun saya percaya anda telahpun mendapat
gambaran apa itu bisnes gayapos dan bagaimana untuk memulakannya.

Namun yang penting ialah tindakan anda. Sekadar membaca buku ini
tidak mungkin akan mengubah nasib anda. Tetapi, jika anda mempraktikkan
segala teknik yang diterangkan peluang anda untuk mengubah kehidupan
adalah cerah.

Sebagai pengakhir bicara, saya berharap anda akan berjaya sebagai


seorang usahawan gayapos. Usaha yang gigih pasti mendatangkan hasil
yang lumayan.

Terima Kasih.

53

Anda mungkin juga menyukai