Anda di halaman 1dari 10

“Saya ingat nak mula buat bisnes.

Apakah cara memulakan


perniagaan yang bagus pada masa sekarang ni ya?”
Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru nak buat
bisnes. Ya lah, dah tengok kawan-kawan buat bisnes, kita pun nak cuba
samalah.
Terdapat beberapa petua dan cara untuk memulakan perniagaan
sendiri.
Berikut adalah 9 cara memulakan perniagaan walaupun anda masih
baru.
Tapi sebelum itu…
Perlukah Buat Bisnes Tanpa Modal?
Tidak dinafikan, bergantung dengan satu pekerjaan dan pendapatan
pada hari ini tidak lagi menjanjikan keselesaan dalam kehidupan.
Apatah lagi yang mempunyai tanggungan keluarga dan komitmen
bulanan yang besar.
Maka ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk
menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tapi bagaimana cara hendak memulakan perniagaan?
Itulah soalan yang sering berlegar di fikiran mereka yang ‘kosong’
tentang bisnes.
Pernah tak ternampak iklan sama ada di surat khabar, kaca televisyen
mahu pun menerusi flyers yang mengatakan anda boleh mulakan
bisnes tanpa modal?
Rata-rata orang percaya cara memulakan perniagaan pasti memerlukan
duit, iaitu modal.
Atas ‘kepercayaan’ itu, ramai yang menangguhkan niat memulakan
perniagaan dengan alasan tiada modal untuk bermula.
Sebenarnya, anda masih boleh memulakan perniagaan anda
walaupun tanpa modal.
9 Cara Memulakan Perniagaan

1. Buat bisnes secara part-time, teruskan kerja makan gaji seperti


biasa
Anda tak perlu buat keputusan tergesa-gesa dengan berhenti kerja
hanya kerana hendak berniaga.
Gaji daripada pekerjaan yang anda lakukan sekarang boleh digunakan
untuk melunaskan komitmen setiap bulan di samping digunakan sedikit
untuk menjayakan perniagaan.
Kaedah ini juga dapat mengelakkan anda untuk membuat pinjaman
institusi kewangan.
Untuk mereka yang memilih kaedah ini, pastikan anda pandai
membahagikan masa di antara kerja hakiki dan bisnes part-time ini.
2. Rumah Sebagai Operasi Perniagaan

Memandangkan anda masih baru dalam berbisnes, apatah lagi mungkin


kekurangan modal awal, maka mulakan operasi anda dari rumah.
Apabila bisnes mula berkembang, barulah anda cari lot kedai atau sewa
pejabat bangunan untuk meneruskan operasi.
Malah ramai usahawan hari ini menjadikan kedai kopi seperti Starbucks
sebagai pejabat atau ‘coworking space’ kerana lebih jimat dan mudah.
Ia memudahkan operasi serta menjimatkan ruang untuk aktiviti bisnes
anda seperti berjumpa klien dan menyiapkan tugasan.
3. Perniagaan berasaskan kemahiran anda
‘Love what you do’ atau ‘do what you love’ –
Pernah dengar tak pepatah sebegini?
Dalam hidup kita pasti mempunyai sesuatu perkara yang paling kita
suka lakukannya.
Anda perlu kenalpasti apakah kemahiran dan kegemaran yang anda
manfaatkan sebagai perniagaan untuk membantu orang lain yang
memerlukannya.
Contohnya, anda pandai berbahasa Mandarin dan sering memuatnaik
video berkaitan perbualan seharian di laman Youtube.
Apa kata gunakan kemahiran itu untuk tujuan mendidik anak-anak kecil
pula?
Apatah lagi hari ini ramai ibu bapa mementingkan penguasaan bahasa
ketiga selepas Bahasa Inggeris.
Anda boleh menggunakan saluran Youtube untuk memuatnaik video
ringkas dengan penggunaan effect yang boleh menarik minat kanak-
kanak.
Daripada situ, anda boleh buka kelas mengajar Bahasa Mandarin secara
online atau offline.
Pendek kata, sekiranya anda ada skill yang diperlukan oleh orang,
jadikannya sebagai perniagaan anda.
>> Nak tahu cara daftar Sdn. Bhd.? Klik Sini Untuk Baca Artikelnya
4. Jual barangan terpakai

Contohnya, anda mungkin gemar membeli-belah pakaian atau koleksi


buku yang tidak digunakan lagi.
Hari ini terdapat pelbagai aplikasi online seperti Mudah.com, Carousell
dan Shopee untuk menjual semula barangan terpakai.
Ini merupakan cara memulakan perniagaan paling mudah untuk anda
yang baru hendak menjinakkan diri untuk berniaga.
5. Buat Sistem Barter
Jika anda mahu berniaga berasaskan makanan, anda masih boleh
menggunakan kelengkapan sedia ada di rumah. 
Jika perniagaan semakin berkembang, barulah anda boleh membeli
kuali, periuk atau sebagainya dengan saiz lebih besar.
Atau boleh buat sistem pertukaran barang di mana anda tawarkan
servis yang pemiliknya perlukan.
Sebagai contoh, anda hendak tawarkan khidmat potong rumput, dan
ada jiran anda yang sudah berusia mempunyai mesin pemotong rumput
yang tidak lagi digunakan.
Apa kata anda tawarkan khidmat secara percuma kepada pemiliknya
dan sebagai pertukaran anda simpan dan gunakan mesin potong
rumput miliknya.
6. Jadi Ejen Dropship Atau Produk
Kaedah ini juga menjadi pilihan ramai orang yang baru menceburkan
diri dalam perniagaan.
Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu simpan stok dan tak perlu
lakukan penghantaran produk kerana ia dilakukan oleh vendor.
Menariknya anda akan perolehi keuntungan hingga 40% untuk setiap
produk.
7. Berjimat!
Kan baru mula berniaga, maka elakkan menunjuk-nunjuk dan berlagak
seolah anda sudah raih untung berjuta-juta ringgit.
Untuk permulaan, ikat perut di awal memulakan perniagaan.
8. Mula Berniaga di Bazar Ramadhan

Ada juga yang menggunakan kesempatan berniaga di bulan


Ramadhan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.
Tak kisahlah makanan, baju atau persiapan raya, boleh dikatakan
semuanya laku pada musim ini.
Keuntungan yang anda perolehi sepanjang berniaga pada bulan ini
boleh dijadikan modal untuk berniaga selepas bulan puasa dan raya.
9. Daftar Perniagaan Dengan SSM
Bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan, syarat mendaftar
kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pastinya menjadi
kewajipan.
Ada orang bersemangat apabila mendaftar perniagaan mereka dan
mahu berniaga dengan lebih baik untuk menambah pendapatan.

Tahukah anda?
Setiap perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar perlu
mempunyai pengiraan akaun yang betul.
Antara kelebihan pengiraan akaun yang betul:
– dapat mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat
– mengelakkan penyelewengan,
– merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa dan
– merancang strategi pengurusan risiko.

Anda mungkin juga menyukai