Anda di halaman 1dari 118

RahsiaTaoBao.

com 1

RAHSIA TAOBAO 5.0


PANDUAN IMPORT BARANG DARI CHINA
SECARA ONLINE!

NIGEL ONG
www.RahsiaTaobao.com
RahsiaTaoBao.com 2

PENAFIAN

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin
perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri
anda.

Tidak ada jaminan bahawa segala yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta
penerbitnya dengan ini secara khusus tidak bertanggungjawab dengan apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada
secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

Strategi yang disebut dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan mampu menghasilkan kesan
tertentu kepada semua pihak.

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Nigel Ong.

Edisi Pertama – Jun 2014


Edisi Kedua – Mei 2015
Edisi Ketiga – Jun 2015
Edisi Keempat – Februari 2016
Edisi Kelima – September 2016
Edisi Kenam – April 2017

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga
bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena
dengan artikel atau individu itu sendiri.

Diterbitkan oleh Shuth Network Sdn. Bhd.


RahsiaTaoBao.com 3

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 4

Bab 1 Kenapa Berniaga Secara Online? 6

Bab 2 Kenapa Perniagaan Online Borong? 12

Bab 3 Kenapa Memborong Dari Taobao.com? 16

Bab 4 Jom Taobao! - Panduan Lengkap Memborong Dari Taobao.com 20

Bab 5 Tempah & Kirim 50

Bab 6 Masalah Tempahan? Refund! 85

Bab 7 Urusan Kastam 94

Bab 8 Jom Jual! - Macam Mana Nak Jual Barang-Barang Taobao Ni? 98

Bab 9 Proses Lazim Ketika Menjual Secara Online 106

Akhir Kata 111


RahsiaTaoBao.com 4

PENDAHULUAN
Penulis dan Wealth Coach Robert T Kiyosaki menulis bahawa satu-satunya cara
untuk menjadi seorang jutawan adalah untuk membina aset yang akan menjana
aliran tunai kepada pemiliknya. Aset ini boleh datang dalam pelbagai bentuk –
rumah sewa, saham yang membayar dividen ataupun sebuah perniagaan.

Perniagaan pula adalah sejenis aset yang boleh dikembangkan dengan berterusan,
dan menjana aliran tunai yang lebih banyak. Malahan, Robert sendiri mencadangkan
kepada pembacanya untuk membina sebuah perniagaan dahulu, sebelum
menggunakan keuntungan dari perniagaan tersebut untuk membeli aset-aset lain.

Tergerak dengan saranan beliau itu, saya menceburi bidang perniagaan. Saya
memilih untuk mencuba secara kecil-kecilan dahulu – saya tidak punya modal yang
besar, ataupun pengalaman yang mencukupi untuk terus berniaga secara besar-
besaran.

Laluan saya? Perniagaan secara online, dan memborong barang dari China untuk
dijual kepada pembeli di Malaysia. Nampak senang, tetapi Tuhan saja yang tahu,
bagaimana saya terpaksa menghadapi terlalu banyak masalah. Ditipu supplier, stok
yang tak boleh pakai, tersalah pilih stok yang tak terjual, sampailah kena tegur di
kaunter Poslaju sebab tak pandai membungkus barang untuk dikirim.

Tetapi hasilnya, selepas setahun, saya telah menjana pulangan sebanyak 5 angka!
Wang ini setengahnya saya laburkan balik dalam perniagaan, selebihnya saya simpan
– mungkin nak dibuat downpayment untuk rumah pada masa hadapan. 1 tahun
RahsiaTaoBao.com 5

saja? Saya berani katakan di sini, kalau margin keuntungan anda adalah dalam 300%,
tidak sukar untuk mencapai pulangan 5 angka dalam 1 tahun sahaja.

Rakan-rakan saya yang nampak kejayaan saya yang kecil ini mula bertanya cara untuk
memulakan perniagaan online, dan saya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu yang
saya telah dapati – Saya berpegang kepada kata-kata hikmah Dr. Azizan Osman:
“Sehebat-hebatnya seorang jutawan adalah apabila beliau berjaya melahirkan
seorang lagi jutawan”.

Walaupun saya jauh lagi dari bergelar seorang jutawan, namun atas keyakinan
kepada kata-kata Dr. Azizan Osman di atas, hati saya tergerak untuk menghasilkan
eBook ini. Saya muatkan segala yang saya tahu tentang perniagaan borong secara
kecil-kecilan dari China untuk bacaan anda. Tips, dan pengalaman saya juga telah
saya selitkan untuk pedoman kita bersama. Dalam ebook bonus, Panduan Facebook
Fanpage pula, saya akan berkongsi teknik-teknik mempromosi produk anda di
Facebook, dan Ebook bonus 'Kajian Kes – Sports Armband untuk Smarphone Anda'
pula memuatkan kajian kes sebenar dari salah satu dari perniagaan saya sendiri.

Semoga panduan memborong dari TaoBao ini akan menjadi panduan dan permulaan
anda ke arah menjadi seorang jutawan! Sama-sama kita doakan.

Untuk Kejayaan Anda,


Nigel Ong
RahsiaTaoBao.com 6

BAB 1 : KENAPA PERNIAGAAN ONLINE?


Bangun pagi, gosok gigi, mandi, berpakaian, pakai tali leher, pasang pin pada tudung,
memandu kereta, tersangkut dalam traffic jam, bad mood pada hari isnin dan happy
pada jumaat, kena marah dengan bos, kena gosip/fitnah dengan rakan sekerja, awal
bulan masyuk dapat gaji, hujung bulan terperap dalam rumah makan Maggi tiap-tiap
hari.

Itulah antara asam garam orang yang bekerja makan gaji. Saya yakin anda pun
pernah melalui pengalaman sebegitu. Jujur saya katakan, saya telah bosan dengan
kehidupan sebegini, dan telah mengambil keputusan untuk cuba keluar dari 'rat race'
ini.

Pelan tindakan saya? Mulakan perniagaan. Jaga dan kembangkan perniagaan


sehingga mampu menjana keuntungan untuk saya berhenti dari kerja dan
menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan saya. Atas izin-Nya, saya mula
mengorak langkah menghampiri sasaran ini.

Ramai rakan-rakan saya bertanya, dalam berjuta-juta jenis perniagaan yang ada,
kenapa buat business online? Kepada tak buka gerai jual burger ke, jadi ejen syarikat
jualan langsung, atau cari partner dan buka restoran?

Biasanya ini jawapan yang saya kongsi dengan mereka:

1. Perniagaan Online Hanya Memerlukan Modal yang Sangat Kecil

Jika kita ingin membuka sebuah restoran masakan panas contohnya, anda
RahsiaTaoBao.com 7

memerlukan modal hampir RM200,000. Dari menyewa premis, mengubah suai,


membeli perabot, menggaji pekerja, mencari tukang masak, promosi, lesen
perniagaan sehinggalah wang tambahan untuk menampung kerugian pada awal
perniagaan. Inipun cuma kedai makan biasa. Macam mana kalau anda ingin
membuka kedai yang sedikit mewah?

Kedai makan yang biasa-biasa pun memerlukan modal dalam RM200,000

Derbeza dengan perniagaan online, ia hanya memerlukan modal yang sengat


rendah. Perniagaan online saya yang pertama hanya menggunakan modal dalam
lebih kurang RM500 sahaja! Ya! Dari mendapatkan lesen perniagaan, menempah
stok jualan, sehinggalah membuka fanpage!

Mana satu anda lebih suka? Mana satu anda lebih mampu? Mana satu yang
membuat anda teruja nak cuba berniaga? Mestilah perniagaan online!

2. Perniagaan Online Tidak Menelan Kos Operasi Yang Besar Setiap Bulan

Sebuah restoran akan menelan kos yang tetap setiap bulan, tidak kira jika anda
membuka kedai atau tidak. Sewa kedai, gaji pekerja, bil elektrik dan air tetap perlu
dibayar pada setiap hujung bulan. Ini belum termasuk lagi menampung kerosakkan
pada perabot atau perkakas dalam kedai yang akan memakan keuntungan restoran
anda.
RahsiaTaoBao.com 8

Jangan biarkan kos yang tinggi memusnahkan perniagaan anda!

Kesemua kos ini mampu ditampung oleh sebuah restoran yang mendapat
perniagaan yang tetap. Tetapi macam mana pula jika restoran anda ini baru sahaja
dibuka dan masih belum mempunyai pelanggan yang tetap dan business yang
steady? Kos operasi anda akan melebihi pendapatan, dan hasilnya anda kerugian.
Kerugian yang berterusan akan menyebabkan anda terpaksa menutup perniagaan
dan lingkup.

Perniagaan online? Kos bulanan anda sangatlah rendah. Jika anda berniaga secara
skala kecil, kos bulanannya hampir tiada. Yang saya dapat fikirkan sekarang adalah
bayaran untuk iklan di Facebook atau dapatkan 'likes' di fanpage. Mungkin anda
boleh masukkan bil internet dan elektrik, tapi itupun kita gunakan untuk tujuan lain,
bukan sahaja untuk perniagaan.

Perniagaan mana yang lebih sesuai untuk orang baru? Perniagaan mana yang
menjadikan anda lebih teruja nak berniaga?

3. Perniagaan Online Mempunyai Pengurusan Yang Sangat Senang.

Pengurusan sebuah restoran akan memerlukan anda untuk membayar gaji pekerja,
RahsiaTaoBao.com 9

membayar caruman KWSP, mengurus aduan, menyediakan sistem EPOS untuk


mengurus pembayaran, uniform pekerja, menyelenggara sistem dan perkakas-
perkakas perniagaan seperti dapur dan penyaman udara, dan sebagainya. Kerja-kerja
sebegini boleh menjadi rumit, dan melarikan fokus anda dari cuba memajukan
perniagaan anda.

Perniagaan online adalah lebih mudah. Untuk perniagaan online kecil-kecilan, stok
boleh disimpan di bilik stor rumah. Kedai anda hanyalah dalam bentuk maya yang
tidak perlu disapu dan dimop saban hari. Anda boleh bekerja dengan memakai baju
tidur sahaja tanpa perlu risau imej perniagaan anda tercalar. Sistem pembayaran
hanya memerlukan anda membuka akaun online banking dengan bank pilihan anda.

Mana satu lebih rumit? Mana satu lebih ringkas? Mana satu yang menjadikan
anda lebih teruja nak berniaga?

4. Perniagaan Online Mempunyai Capaian Pasaran yang Lebih Luas

Sebuah restoran hanya akan mampu mendapatkan business dari penduduk sekeliling
mereka. Jika restoran anda berada di Bangi, maka biasanya pelanggan anda akan
datang dari kawasan ini. Tidak mustahil anda mungkin akan mendapat pelanggan
yang sanggup datang jauh dari Johor untuk mencuba Kerabu Mangga dari restoran
anda, tetapi anda perlu mempunyai reputasi yang cukup tinggi untuk mendapat
pelanggan yang sebegitu.
RahsiaTaoBao.com 10

Perniagaan online berpotensi untuk mencapai seluruh dunia!

Perniagaan Online? Kedai anda boleh terletak di mana-mana. Contohnya di Hulu


Perak. Namun, perniagaan anda akan dilawati dan disokong oleh pelanggan dari
seluruh pelusuk Malaysia, malahan dunia! Perniagaan saya yang berpusat di Kuala
Terengganu telah menerima tempahan dari semua negeri-negeri di Malaysia,
malahan saya pernah mengurus beberapa tempahan dari Singapura dan Indonesia!

Perniagaan mana yang lebih luas capaiannya, perniagaan mana yang lebih
berpotensi untuk dibesarkan dengan cepat?

5. Perniagaan Online Tidak Berisiko Besar

Seperti yang saya tuliskan di atas tadi, memulakan sebuah business restoran
memerlukan anda untuk menyediakan modal sebanyak RM200,000. Jarang orang
mempunyai modal sebanyak itu! Jadi biasanya orang akan mencari business partner,
ataupun membuat pinjaman dari bank.

Kita semua tahu, bank ini bukan senang untuk diuruskan. Perniagaan kita untung
atau tidak, kita tetap kena bayar pinjaman tiap-tiap bulan. Itu kalau kita untung.
Macam mana kalau perniagaan kita tidak berjaya, seperti banyak di luar sana itu?
Bank tetap akan minta kita bayar. Masa itu, macam mana? Perniagaan dah lingkup,
hutang keliling pinggang, tak kan nak isytihar muflis?
RahsiaTaoBao.com 11

Perniagaan online? Modalnya sangat rendah. RM500 sahaja! Kalau perniagaan tidak
berjaya pun, kita tidak terlalu sakit. Hilang RM500, boleh dicari balik dengan senang.
Jadi kita tidak terlalu takut untuk mencuba balik untuk berniaga. Saya juga
mempunyai beberapa perniagaan online yang tidak berjaya. Tetapi kerana kosnya
rendah, saya tidak menanggung kerugian yang terlalu besar.

Jadi, secara keseluruhannya, business online adalah business yang paling sesuai
dengan mereka yang tidak ada modal besar, tidak banyak pengalaman berniaga dan
tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggung risiko kerugian yang tinggi.

Anda? Mana satu yang anda lebih suka?


RahsiaTaoBao.com 12

BAB 2 : KENAPA PERNIAGAAN BORONG


ONLINE?
Perniagaan online ada pelbagai jenis model, dari menulis blog, menjual produk
digital seperti lagu atau software, sehinggalah manawarkan servis seperti membina
laman web, atau graphic design. Jadi, banyak cabang-cabang yang boleh dipilih.
Dalam semua itu, saya pilih untuk menjual produk fizikal, secara online.

Ramai juga rakan saya yang bertanya kenapa? Kenapa memilih untuk menjual
produk fizikal? Biasanya ini jawapan saya:

1. Konsep Yang Mudah

Model perniagaan seperti membina blog mempunyai konsep yang agak abstrak
untuk difahami. Anda perlu membina website, menulis entry yang akan menarik
pembaca, dan kemudian cuba menghasilkan pulangan wang dari trafik yang telah
dijana. Anda perlu memikirkan cara untuk meletakkan iklan, atau membenarkan
orang lain untuk menulis guest post, dan sebagainya.

Bila anda mahu menarik iklan, anda perlu menjelaskan kepada pengiklan jumlah
trafik bulanan anda, ciri-ciri pembaca anda seperti umur, jantina, minat dan
sebagainya. Di mana kita mahu mencari data-data ini? Untuk guest post, anda
mungkin perlu membuat tinjauan di banyak blog-blog lain sebelum boleh
mengenakan harga.

Pada mereka yang celik IT, konsep-konsep dan cara melaksanakan tugas seperti di
atas mungkin tidak susah. Tetapi macam mana dengan kita yang kurang sedikit
RahsiaTaoBao.com 13

kemahiran dan pengetahuan dalam dunia perniagaan online ini? Bukan senang nak
memahami proses dan konsep perniagaan online. Besar kemungkinan, anda
mengalah sebaik sahaja anda bermula.

Tetapi jika dalam perniagaan borong, anda hanya perlu membuat tinjauan pasaran,
menempah barang secara online dari TaoBao.com, letak iklan di laman-laman
utama, dan kemudian, tunggu tempahan dari pelanggan! Anda berurusan dengan
benda nyata (barang fizikal) yang lebih mirip kepada perniagaan biasa yang anda
nampak di kedai-kedai. Bezanya hanya kedai anda di alam maya.

Pokoknya, pada saya, perniagaan borong produk fizikal ini lebih sesuai untuk mereka
yang baru bermula.

2. Rakyat Malaysia Semakin Selesa Membeli Secara Online

Saban hari berlalu, semakin ramai rakyat Malaysia tahu yang mereka boleh
mendapatkan barangan yang dimahukan dengan harga yang jauh lebih murah di
kedai-kedai online. Ini kerana perniagaan online tidak mempunyai kos operasi yang
besar, maka penjimatan ini boleh diturunkan kepada pelanggan kita. Atas kesedaran
inilah, perniagaan online di Malaysia semakin hari semakin rancak. Yang membeli
semakin ramai, yang menjual pun semakin ramai. Malahan, yang sudah ada kedai di
bandar pun telah mula berjinak-jinak menjual secara online.

Pengembangan perniagaan online ini didorong oleh beberapa faktor. Yang


pertamanya, seperti yang saya terangkan di atas, orang Malaysia sedar yang harga
barangan lebih murah di kedai-kedai online. Keduanya, semakin ramai rakyat
Malaysia mempunyai komputer atau smartphone yang boleh mengakses internet. Ini
membawa kepada kenaikkan kadar celik IT, dan akhirnya ramai mampu mengakses
RahsiaTaoBao.com 14

dan menggunakan perkhidmatan seperti online banking untuk membeli secara


online.

Yang ketiganya, adalah kerana rakyat Malaysia semakin selesa membeli secara
online. Membeli secara online agak berbeza dari membeli terus di kedai. Ini kerana
produk yang mahu dibeli itu hanya boleh dilihat di skrin – anda tidak boleh pegang,
tengok, belai atau hidu barang tersebut sebelum membeli. Anda juga perlu
menunggu seketika selepas membayar sebelum barang yang ditempah itu sampai ke
tangan anda. Kesemua perbezaan ini hanya boleh diatasi jika terdapat elemen
kepercayaan antara pelanggan dan peniaga. Syukurlah yang kebanyakkan peniaga
online di Malaysia jujur-jujur belaka. Hasilnya, semakin ramai rakyat Malaysia selesa
membeli barangan dan produk secara online sahaja.

Trend sebegini dijangka akan berterusan dengan perkembangan ekonomi negara.


Jadi, kita semua harus melibatkan diri dan cuba memperoleh sesuatu dari
perkembangan ekonomi ini. Macam mana lagi kalau bukan berniaga secara online?

3. Rakyat Malaysia Suka Beli Barang Yang Boleh Nampak, Pegang.

Walaupun orang Malaysia suka membeli secara online, tetapi orang Malaysia ini ada
satu perangai yang special sikit, mereka ini bila membeli, mahu membeli barang
dalam bentuk fizikal – yang boleh di lihat, di pegang, di rasa. Barangan digital
biasanya kurang sedikit mendapat sambutan.

Sebagai contoh, dijika diminta untuk memilih antara membeli buku dengan eBook,
kebanyakkan rakyat Malaysia akan memilih untuk membeli buku, walaupun
harganya sama sahaja. Penjelasan mereka mungkin berbunyi begini:
RahsiaTaoBao.com 15

“Beli barang mesti kena nampak barang tu. Mesti kena boleh
pegang, sentuh”

Kalau ambil buku boleh susun di rak, boleh tunjuk dengan kawan.
Kalau eBook, simpan komputer saja. Buat apa?”

“Baca eBook tak syiok, tak boleh pegang, tak boleh belek”

Jadi, adalah lebih sesuai untuk kita cuba menjual barangan fizikal di Malaysia, kerana
orang-orang kita ini lebih selesa membeli barangan fizikal!

Pokoknya, perniagaan borong online ini sesuai dengan mereka yang baru bermula
kerana konsepnya yang mudah, dan capaian pasaran yang jauh lebih luas berbanding
jika anda cuba menjual produk digital seperti eBook atau software.
RahsiaTaoBao.com 16

BAB 3 : KENAPA MEMBORONG DARI


TAOBAO.COM?
Dalam bab-bab lepas, kita telah berbincang tentang perniagaan online, dan kenapa
kita lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan borong online. Sekarang, kita akan
tengok kenapa saya mencadangkan anda untuk memborong dari TaoBao.com.

Logo Laman TaoBao.com

TaoBao.com adalah sebuah laman web yang bercirikan online shopping dari negara
China. Laman ini mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Amazon.com,
eBay.com, ataupun Lelong.com.my.

TaoBao.com diasaskan oleh kumpulan Alibaba pada tahun 2003. TaoBao memainkan
peranan sebagai 'orang tengah' dalam menghubungkan pengilang, atau pemborong
dengan peruncit atau pengguna. Laman TaoBao.com ini mempunyai lebih kurang
760 juta senarai barangan untuk dijual pada Mac 2013. TaoBao.com juga merupakan
antara 10 laman yang paling kerap dikunjungi di dunia. Pada Mac 2013, jumlah
jualan keseluruhan di TaoBao.com telah mencecah 1 trillion Yuan (RM250 billion).

TaoBao.com bukanlah satu-satunya laman yang kita boleh guna untuk memborong
barangan untuk dijual di Malaysia. Terdapat juga laman-laman lain seperti
Alibaba.com, Aliexpress.com, Tmall.com ataupun BangGoods.com. Tetapi saya
memilih TaoBao.com atas beberapa sebab:
RahsiaTaoBao.com 17

1. Taobao Menjual Dalam Kuantiti Yang Cukup Kecil, Pada Harga Yang Berpatutan.

Laman seperti Alibaba.com menghubungkan pengilang dengan pemborong, dan


hasilnya anda perlu membeli dalam kuanti yang sangat besar (paling kurang pun
kena beli 100-500 unit) untuk setiap barangan yang anda ingin borong.

Laman seperti AliExpress pula menawarkan barangan dalam kuantiti yang sesuai
dengan kita pemborong kecil-kecilan. Tetapi masalahnya, biasanya mereka yang
menjual di AliExpress ini merupakan pengilang yang sama di laman Alibaba.com!
Jadi apabila mereka menjual dengan kuantiti yang sedikit, harga naik! Banyak kali
kerana tidak membuat pengiraan dengan betul, saya telah terbeli stok yang jauh
lebih mahal dari AliExpress.com apabila saya boleh mendapatkannya pada harga
yang jauh lebih rendah dari TaoBao.com! Selain itu, Aliexpress berurusan dalam USD.

TaoBao.com ini pula di tengah-tengah antara Alibaba dan AliExpress. Kuantitinya


tidaklah sebesar Alibaba, dan harganya pula tidak semahal AliExpress. Memang
sesuai dengan keperluan kita sebagai pemborong kecil-kecilan. Selain itu,
TaoBao.com mempunyai satu senjata rahsia yang menyebabkan saya terus jatuh
cinta dengan laman ini. Apa itu? Tengok sebab yang kedua di bawah.

2. TaoBao.com Mempunyai Ramai Ejen Tempahan di Malaysia!

TaoBao.com ini fokusnya adalah pada pasaran borong di China, dan hanya baru-baru
ini mereka mengembangkan capaian pasaran mereka ke rantau ASEAN. Jadi sistem
pembayaran di TaoBao ini kurang mesra pengguna antarabangsa.
RahsiaTaoBao.com 18

Tetapi, ramai pemborong di Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia, malahan


Australia dan New Zealand telah mula memborong dari TaoBao, kerana harganya
yang murah. Tetapi pada masa itu, mereka terpaksa menggunakan ejen
antarabangsa untuk menguruskan tempahan mereka, dan banyak kesusahan timbul.
Dari perbezaan harga akibat perubahan nilai matawang dan sebagainya.

Atas desakkan sebeginilah, mula timbul permintaan di kalangan pemborong


tempatan untuk mencari ejen tempahan di Malaysia. Sejak itu, semakin ramai orang
kita sendiri telah menjalankan perniagaan sebagai ejen tempahan TaoBao.com.
Mereka menguruskan kesemua proses tempahan, dari menempah sehinggalah
kiriman barangan-barangan tersebut ke pintu anda! Harga dan komisen yang
dikenakan pun tidak mahal. Saya sendiri boleh mendapat 30-50% penjimatan
dengan menempah dari TaoBao.com, berbanding dengan menempah dari
AliExpress! Laman seperti AskMeBuy amatlah terkenal di kalangan ejen-ejen
tempahan Taobao.com.

AskMeBuy – ejen TaoBao Malaysia yang popular!

Jadi, jika anda ingin membeli barang dari TaoBao, anda hanya perlu melawat laman
web TaoBao, dan lihat produk-produk yang ingin anda beli. Apabila anda sudah
RahsiaTaoBao.com 19

jumpa dengan produk yang mahu dibeli, jangan terus beli dari website TaoBao
tersebut. Anda hanya perlu ambil screen shot atau link URL dari website tersebut,
kemudian hantarkan kepada ejen anda. Bayar kepada agen, dan tunggu stok sampai!
Tak payah pening, tak payah susah-susah kena bayar kredit kad, tak payah risau
barangan tak sampai sebab kita mungkin buat silap masa mengisi borang, dan
macam macam lagi!

Jadi, pilihlah TaoBao.com kerana anda akan mendapat harga yang murah walaupun
tempahan anda kecil, dan kerana tempahan anda akan diuruskan oleh ejen-ejen
tempahan TaoBao yang mahir dan professional!

3. TaoBao.com Kini Membenarkan anda Menguruskan Tempahan Sendiri, Tanpa


Agen!

Taobao telah mula menyedari bahawa semakin ramai pembeli antarabangsa telah
mula membeli dari sana. Hasilnya, mereka kini menyediakan sistem dimana pembeli
antarabangsa (terutamanya di Asia Tenggara) boleh menempah, kemudian
forwardkan produk yang ditempah ke negara masing-masing. Pokoknya, Taobao kini
cuba menjadi agen tempahan untuk anda.

Sekarang, anda punya pilihan, tempah sendiri atau guna agen. Lagi lengkap!
RahsiaTaoBao.com 20

BAB 4 : JOM TAOBAO! PANDUAN LENGKAP


MEMBORONG DARI TAOBAO.COM!
APA YANG SESUAI DIBORONG DAN DIJUAL?

Sebelum kita membincangkan apa yang sesuai untuk diborong dan dijual, izinkan
saya untuk menyatakan di sini – untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak
dengan perniagaan borong online ini, adalah lebih sesuai untuk fokus kepada 1
produk sahaja. Ini kerana dengan 1 produk sahaja, anda akan mampu mendapatkan
produk tersebut dalam jumlah besar dan merendahkan kos pembelian. Jadi, anda
akan lebih mampu bersaing di pasaran nanti.

Borong 1 produk dan seberapa banyak unit yang boleh, cuba untuk tidak memborong terlalu banyak jenis produk.

Apa? 1 produk saja? Bukankah kalau ambil 1 produk sahaja risiko untuk gagal akan
menjadi lebih tinggi? Memang betul. Sebab itulah saya senaraikan di sini kriteria apa
yang anda harus tengok sebelum mengambil keputusan untuk memborong produk
tersebut.
RahsiaTaoBao.com 21

PRODUK YANG BAIK ADALAH PRODUK YANG...

#1 Kecil Dan Ringan Untuk Dibawa


Semakin besar dan berat produk anda, semakin tinggi kos pengiriman dari pengilang
kepada anda, dan dari anda kepada pelanggan. Kalau kita tambahkan lagi dengan kos
lain seperti pemulangan produk yang rosak dan simpanan, kos-kos ini akan menelan
sebahagian besar keuntungan anda.

Saya sendiri tidak memborong apa-apa yang saya perlu angkat dengan dua belah
tangan, jadi saya sarankan anda supaya berbuat demikan juga.

Salah satu produk borong saya yang amat berjaya – bag in a bag. Kecil, ringan, mudah dipek dan dipos. Keuntungan?
Hampir 200%!

#2 Produk Spesifik, Niche & Khusus


Elakkan dari menjual barangan asas seperti “tudung”, ataupun “tudung lycra”.
Cadangan saya, fokus kepada produk yang betul-betul spesifik seperti “Tudung Lycra
3 lapis dengan Manik Swarovski”. Ini kerana pasaran niche dan khusus sebegini
kurang pesaing. Betul permintaan pun akan kurang sedikit, tetapi, anda tidak perlu
RahsiaTaoBao.com 22

terlalu risau kerana anda tidak memegang stok yang banyak bukan?

#3 Boleh Dijual Dalam Harga RM20 - RM100


Saya yakin yang anda boleh membuat keuntungan yang lebh 'masyuk' jika anda
menjual produk yang harganya melebihi RM100, tetapi anda akan memerlukan
modal yang sangat besar. Cadangan saya, jika anda baru bermula, mulalah dengan
modal yang kecil, dan cari barangan yang murah.

Barangan yang harga jualannya bawah RM20? Juga tidak sesuai. Ini kerana kita akan
beroperasi dalam pasaran niche, khusus yang tidak akan mempunyai permintaan
yang tinggi. Jadi setiap jualan yang dilakukan perlu mempunyai margin keuntungan
yang besar. Barangan di bawah harga jualan RM20 pun biasanya banyak didominasi
pengimport besar-besaran yang boleh menjual dengan harga sangat murah. Kita
tidak akan dapat bersaing dengan mereka.

#4 Mempunyai Permintaan Sepanjang Masa

Spechitam Wayfarer agak trend sensitif. Anda akan lebih selamat jika anda memborong spechitam yang mempunyai
design evergreen seperti aviator di atas ini.
RahsiaTaoBao.com 23

Saya cadangkan anda untuk mencari produk yang akan senantiasa mempunyai
permintaan, sepanjang tahun. Jadi elakkan memborong produk bermusim seperti
barangan hiasan hari raya, atau produk-produk yang sangat bergantung kepada trend
seperti cermin mata hitam wayfarer.

#5 Boleh Dijual Pada Harga Sekurang-Kurangnya Sekali Ganda Modal.


Saya biasanya tidak melayan langsung produk yang tidak boleh dijual pada harga
sekali ganda modal (100% keuntungan). Sebabnya seperti yang saya terangkan pada
#3, jualan kita tidak banyak (kalau kita borong 30 biji, 30 jualan saja yang boleh kita
buat). Jadi, keuntungan haruslah tinggi.

Macam mana kita boleh tahu jika kita boleh menjual pada harga 100% keuntungan?
Senang sahaja. Cari kedai-kedai online di internet, dan bandingkan harga yang
ditawarkan mereka dengan harga modal anda. Jika keuntungan anda di bawah 100%,
lebih baik cari produk lain.

Salah satu produk saya boleh dijual pada keuntungan 300%, iaitu harganya adalah 3
kali ganda harga modal. Jika anda berusaha, saya yakin anda akan berjumpa produk
sebegitu juga.
RahsiaTaoBao.com 24

PRODUK YANG MERBAHAYA ADALAH PRODUK YANG...

#1 Mekanikal, Dan Memerlukan Kualiti Tinggi Dan Jaminan Produk


Elakkan dari memborong produk-produk seperti di atas. Contohnya barangan
elektrikal seperti pengering rambut, atau blender. Kita kena beringat yang produk
kita ini diimport dari China, dan kita semua tahu kualiti pengilangan di China itu
bukanlah setinggi negara-negara lain seperti Jepun atau Jerman. Jadi, pilihlah benda
yang tidak mekanikal.

#2 Boleh Dibeli Di Pasaraya Seperti Giant, Tesco Atau Mydin


Jika anda sedang memikirkan untuk mengimport produk yang ada dijual di pasaraya,
berhenti! Apa yang kita perlukan adalah satu produk niche, khusus yang mempunyai
permintaan yang konsisten dan berpanjangan, dan boleh dijual pada harga 100%
keuntungan. Anda tidak mungkin dapat memborong dan menjual produk pasaraya
seperti stokin pada harga yang kompetitif.
Lagipun, kalau pembeli boleh saja turun ke supermarket, beli dan terus guna, kenapa
kena bayar online, dan tunggu 2-3 hari untuk dapat barang?

Kalau pasaraya ada jual produk anda, saya gerenti anda akan sukar menjualkan produk anda.
RahsiaTaoBao.com 25

#3 Mempunyai 'Powerseller' Yang Ramai, Yang Mampu Menjual Pada Kuantiti Yang
Banyak.
Jika anda sedang memikirkan produk seperti iPhone casing, atau jersi bola, anda
mungkin akan menghadapi masalah. Produk-produk sebegini mempunyai ramai
'PowerSeller' – sukar untuk anda melawan harga yang ditawarkan mereka ini.
Mereka dengan senang sahaja boleh menghancurkan perniagaan anda dengan
menjual pada harga sangat rendah – malahan lebih rendah dari harga modal anda!

Ini kerana 'PowerSeller' memborong dalam jumlah yang sangat besar, dan hasilnya
modal setiap item produk mereka pun sangat rendah. Anda perlu mencari produk
yang tidak mempunyai 'PowerSeller', dan biasanya produk yang niche dan khusus
tidak akan disentuh mereka.

Jersi bola sepak memang penuh dengan powerseller. Tapi pernahkah anda terfikir untuk jual Jersi
ragbi, atau American Football seperti di atas? Niche, tapi permintaan tetap ada.
RahsiaTaoBao.com 26

#4 Barangan Sensitif & Elektronik


Yang ini pun adalah perangkap besar. Standard kualiti pengilangan dari China
tidaklah tinggi, jadi elakkan produk-produk yang sensitif dan memerlukan ketepatan
tinggi seperti barangan elektronik.

Antara produk pertama yang saya cuba borong adalah mini speaker berlampu.
Semua sudah cantik, modal rendah, niche, pasaraya jarang jual, boleh 100%
keuntungan. Saya order 10 biji. Sekali bila tempahan sampai di rumah, ada 4 biji
yang rosak. Apabila dikira balik, dengan 100% keuntungan, jualan 10 biji hanya akan
menjana keuntungan yang sedikit sahaja. Memang marah saya masa itu, tetapi,
apakan daya?

Jadi, elakkan barangan sensitif dan elektronik.

Produk elektronik seperti SD card perlu dielakkan. Selain senang rosak, SD card juga memerlukan ketepatan tinggi
dalam pengilangannya
RahsiaTaoBao.com 27

JOM SHOPPING DI TAOBAO.COM!

Saya berharap anda sudah ada apa yang dihajati untuk diborong. Jadi, jom kita pergi
shopping di TaoBao.com! Penerangan di sini akan dijelaskan mengikut proses, iaiti:

1. Menukar laman Taobao dari Bahasa Mandarin ke English

2. Mendaftar di Taobao

3. Shopping di Taobao

Menukar laman Taobao dari Bahasa Mandarin ke English

Pertama sekali, pastikan komputer anda mempunyai perisian broswer Google


Chrome terpasang, dan telah diupdate ke versi yang terkini. ini kerana TaoBao.com
ini adalah dalam Bahasa Mandarin, dan kecuali anda fasih membaca bahasa
Mandarin, anda akan memerlukan aplikasi terjemahan Google Translate apabila
anda melawat TaoBao.com.

Sekiranya semua telah terpasang, sila ikut langkah-langkah di bawah untuk menukar
bahasa laman tersebut dari Bahasa Mandarin ke English.

1. Sila layari www.taobao.com. Anda akan dibawa ke URL world.taobao.com


Anda akan lihat laman berbentuk sebegini:
RahsiaTaoBao.com 28

2. Sekarang, anda perlu mencari mana-mana ruang kosong di page tersebut, dan
klik pada sebelah kanan mouse anda. Klik pada pilihan 'Translate into English'.
Dan...

3. Jeng Jeng Jeng!! Laman web bertukar menjadi English!


RahsiaTaoBao.com 29

Sekarang, laman TaoBao.com telah bertukar menjadi English, kita bolehlah


mendaftar akaun baru di sana.

Mendaftar di Taobao

1. Masukkan URL www.TaoBao.com. Anda secara automatiknya akan dibawa ke


world.taobao.com.

2. Right click, translate kepada English, dan tekan ‘join free’


RahsiaTaoBao.com 30

3. Pilih English.

4. Jika anda ternampak bar ini, hanya klik, tahan pada butang di sebelah kiri, dan
kemudian slide ke sebelah kanan. Ini adalah salah satu cara Taobao
memastikan anda adalah manusia, dan bukan robot.
RahsiaTaoBao.com 31

5. Isikan nombor telefon dan kod verifikasi anda.

6. Kod akan dihantar ke telefon anda. Masukkan di ruangan yang diminta.


RahsiaTaoBao.com 32

7. Pilih username dan password anda.

8. Anda akan menerima email verifikasi. Klik pada link yang diberi dalam tempoh
24 jam dan pendaftaran anda selesai!
RahsiaTaoBao.com 33

Shopping di Taobao

Sekarang, kita akan masuk ke bahagian yang lebih menarik, iaitu shopping di Taobao.
Di bahagian ini kita akan melihat beberapa perkara seperti:

 Login

 Cara membuat search dalam Bahasa Mandarin, walaupun jika anda tidak
pandai Mandarin!

 Menilai Taobao seller

Login

1. Di Taobao.com, translatekan website menjadi English, dan kemudian klik


‘please log in’.

2. Key in username dan password anda. Jika page anda muncul dalam Bahasa
RahsiaTaoBao.com 34

Mandarin, hanya ulangi proses right click di mana-mana ruang kosong pada
laman, dan klik ‘translate into English’.

3. Dalam sesetengah situasi, anda akan diminta untuk login mengikut captcha ini.
Pastikan anda menilai perkataan Cina yang mempunyai tanda ‘ ‘, dan klik pada
tulisan tersebut di gambar di bawah.
RahsiaTaoBao.com 35
RahsiaTaoBao.com 36

4. Taobao juga boleh menguji anda dengan meminta anda memilih alamat anda
yang sebenar. Pilih alamat anda, dan teruskan.

5. Jika login anda berjaya, anda akan nampak username anda di penjuru atas
screen.
RahsiaTaoBao.com 37

Cari produk di Taobao Dalam Bahasa Mandarin

Untuk mencari produk, saya sarankan anda mencari dalam Bahasa Mandarin.
Mengapa? Kerana jika anda berbuat demikian, anda akan berjumpa jauh lebih
banyak results. Di bahagian ini, saya akan tunjukkan dengan anda bagaimana anda
boleh membuat search di Taobao dengan menggunakan Bahasa Mandarin,
walaupun jika anda tidak pandai baca satu perkataan Mandarin pun!

1. Sila ke FreeShoppingChina. Laman ini adalah milik salah satu syarikat agen
tempahan Taobao, tetapi kita hanya akan menggunakan aplikasi English-
Mandarin translation mereka. Daftar, isikan produk yang anda cari dalam
English, dan tekan ‘Translate & Search’.

1. Perhatikan interface di sebelah atas kiri page. Kita akan menggunakan


translation tools mereka ini.
a. Pilih ‘English’ di ruangan ‘Your Language’
b. Inputkan produk carian anda.
c. Pilih Taobao.com
d. Klik ‘search’
RahsiaTaoBao.com 38

2. Selesai! Perhatikan bagaimana Taobao.com membuat carian dalam Bahasa


Cina untuk anda!

2. Perhatikan juga jika anda membuat search directly dalam Bahasa Mandarin,
anda akan menjumpai lebih banyak produk. Jika anda membuat search dalam
English sahaja? 7 page sahaja!
RahsiaTaoBao.com 39

3. Carian produk anda kadang-kadang akan membawa anda ke laman Tmall.com.


Tmall ini adalah website ‘adik-beradik’ dengan Taobao, bezanya Taobao ini
lebih fokus kepada produk OEM, manaka Tmall lebih kepada produk
berjenama.

4. Tempahan melalui Tmall boleh sahaja dibuat melalui Taobao, dan ejen
penghantaran tiada masalah memproses tempahan melalui Tmall. Jadi tidak
perlu risau, anggap sahaja produk di Tmall seperti produk di Taobao.
RahsiaTaoBao.com 40

Menilai Produk dan Taobao Seller

Di bahagian ini, anda akan dibantu untuk menilai produk dan menilai Taobao Seller.
Ada pelbagai ‘mazhab’ untuk mencari produk, dan semuanya mempunyai kelebihan
dan kenaikkannya yang tersendiri. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana saya
memilih produk dan menilai seorang Taobao Seller.

Sebagai pemborong, kita mahukan produk yang terbaik, dan membeli dari Taobao
Seller yang mempunyai reputasi terbaik. Untuk memastikan semua ini, kita akan
memilih produk mengikut beberapa faktor.

 Barang cantik dan berkualiti

 Harga murah dan boleh jana keuntungan sekurang-kurangnya 100%

 Taobao seller mempunyai reputasi baik

 Taobao seller mendapat banyak feedback yang positif

 Taobao seller dekat dengan Hub (saya akan jelaskan dengan lebih teliti
nanti)

1. Saya biasanya akan membuat search untuk sesuatu produk yang saya
berminat untuk borong. Untuk contoh ini, saya ambil beg sandang kulit lelaki.
(leather messenger bag, atau dalam Mandarin 皮革肩包 男). Luangkan
masa dan tengok produk yang ada. Pastikan produk-produk yang muncul
adalah bersesuaian dengan keyword yang anda guna.
RahsiaTaoBao.com 41

2. Biasanya benda pertama yang saya akan buat adalah menyusun produk-
produk ini mengikut harga. Untuk berbuat demikian, klik pada tab ‘price’.

1. Lagi rendah harga, lagi rendah kos dan modal, lagi tinggi kemungkinan
untuk membuat keuntungan.

2. Produk yang sama biasanya akan dijual oleh ramai Taobao Seller, pada
harga yang berbeza. Jika kita menyusun produk mengikut harga, maka
kita secara automatik akan berjumpa produk yang termurah dahulu.

3. Dengan melihat pada harga dahulu, kita akan mengelakkan dari


ternampak produk yang cantik, tetapi mahal. Ramai orang kadang-
kadang ‘tergoda’ melihat produk yang cantik, dan akhirnya ‘terbeli’.
RahsiaTaoBao.com 42

3. Luangkan masa melihat produk yang ada di galeri. Pada tahap ini, tengok
harga dan gambar produk sahaja. Jika ada yang sesuai dan menarik hati, buka
page produk tersebut di tab baru. Saya sendiri akan membuka dalam 5-6 page
produk yang saya minati supaya senang membuat perbandingan nanti.
RahsiaTaoBao.com 43

4. Kita sekarang akan melihat salah satu dari produk ini. Saya akan menggunakan
produk ini untuk menjelaskan proses saya shopping untuk produk. Saya akan
membuat beberapa perkara apabila membuat penilaian.

1. Membaca penerangan produk. Saiz, kualiti, material yang diguna.

2. Melihat gambar produk secara dekat. Taobao seller yang baik akan
meletakkan gambar close up produk untuk diteliti oleh pembeli. Dalam
kes seller kita ini, beliau telah menerangkan dan menunjukkan produk
beliau dengan sangat baik.
RahsiaTaoBao.com 44

3. Menilai harga produk. Saya biasanya menukarkan harga produk ini


dalam RM, supaya senang membuat perkiraan selepas ini. Berikut
adalah cara mengiranya:

Contoh:
Kadar Tukaran Yuan vs RM: 1 Yuan = RM0.58
Harga Modal Beg = RM37.80 setiap satu.

4. Bolehkah saya jual dengan untuk sekurang-kurangnya 100%? Buat


perkiraan di hati. Boleh saya jual dengan keuntungan sekurang-
kurangnya 100%? Untuk mendapatkan jawapan untuk soalan ini, anda
perlu membuat survey di laman-laman web seperti Mudah.my, atau
Lowyat.net. Selain itu, anda juga boleh membuat perkiraan ikut hati.
Adakah harga keuntungan 100% anda itu logik? Kalau logik, anda
RahsiaTaoBao.com 45

bolehlah menempah produk ini.

Contoh:
Harga modal beg = RM37.80
Campur kos penghantaran dan sampingan = RM42
Keuntungan 100% = RM42.00 x 2 = RM84

Orang jual dekat Mudah.my berapa? RM100-RM300


Orang jual dekat Lowyat.net berapa? RM100-RM300

Logik tak orang beli beg kulit yang cantik RM84? = logik. Tak hairan.
Keputusan, boleh tempah produk ni.

5. Menilai rekod transaksi produk. Anda boleh melihat komen dan rekod
transaksi produk di #1 seperti gambar di bawah. Untuk produk ini, 13
transaksi telah berlaku dengan jayanya, dan 5 daripada customer ini
telah meninggalkan komen. Komen-komen yang ditinggalkan adalah
baik dan meyakinkan.
RahsiaTaoBao.com 46

6. Menilai reputasi Taobao seller itu sendiri (bracket #2 di gambar).


Taobao mempunyai system rating yang menggunakan logo hati,
diamond, crown biru dan crown kuning. Hati adalah rating paling
rendah, dan crown kuning adalah yang paling tinggi. Seller contoh kita
ini mempunyai rating 5 crown biru, maksudnya Seller ini mempunyai
reputasi yang sangat baik.
RahsiaTaoBao.com 47

7. Penghantaran. Di sini saya biasanya melihat pada 2 benda, iaitu lokasi


seller itu sendiri, dan lokasi kiriman. Kita melihat lokasi seller untuk
menentukan kos penghantaran – lagi jauh seller dari hub, lagi mahal kos
penghantaran. Kebanyakkan hub delivery/syarikat courier biasanya
berada di Wilayah Guangdong - jadi pastikan seller berada dekat dengan
wilayah Guangdong.

8. Jika kita melihat gambar contoh di bawah, seller ini berada di Bandar
Hangzhou, Wilayah Zhejiang. Jika kita teliti peta China, Hangzhou ini
RahsiaTaoBao.com 48

tidaklah terlalu jauh dari Guangdong. Jadi, masih boleh diterima. Tetapi
jika seller berada di Wilayah seperti Qinghai, Sichuan, atau Beijing, saya
sarankan anda mencari seller lain.

9. Selain itu, perhati juga ke mana seller ini sanggup mengirim produk
RahsiaTaoBao.com 49

tersebut. Saya mencari seller yang sanggup mengirim ke ‘the country’,


maksudnya mengirim ke serata tempat di Negara China. Anda perlukan
seller yang sanggup mengirim ke hub courier anda – dalam kes kita,
Guangzhou.

10.Walaupun sesetengah seller menawarkan servis kiriman antarabangsa,


tetapi untuk kes kita semua, kita tidak perlu semua itu. Kenapa? Saya
akan perjelaskan kemudian.

5. Ulangi proses shopping dan surveying ini sehingga anda telah mendapat
semua barangan yang dihajati.

6. Jika semuanya sudah OK, dan anda ingin membuat tempahan, anda boleh
copy URL page ini, dan meneruskan pembacaan di bab seterusnya. Jangan
buat tempahan lagi sebelum anda membaca bagaimana anda boleh
menempah!
RahsiaTaoBao.com 50

BAB 5 : TEMPAH & KIRIM!


Dua cara menempah dan mengirim

Apabila anda suda selesai shopping , kini sampailah masa untuk anda menguruskan
tempahan dan kiriman.

Pada eBook Rahsia Taobao ini, saya telah berkongsi dengan anda bagaimana anda
boleh menempah dan menguruskan kiriman menggunakan agen tempahan seperti
AskMeBuy. Selain itu, anda juga boleh menempah dan menguruskan tempahan
secara direct, tanpa menggunakan agen.

Ramai orang kadang-kadang apabila mendengar boleh membuat tempahan secara


sendiri, terus mereka menyatakan yang menempah melalui agen adalah kaedah
lapuk, dan tidak lagi baik. Sebenarnya, kedua-dua kaedah ini mempunyai kebaikkan
dan keburukkan masing-masing.

Jika anda menempah melalui agen, anda akan menyenangkan proses tempahan
anda. Ini kerana agen akan membantu mengurus proses tempahan, dari menempah
dari supplier dari China, mengumpulkan semua tempahan di hub, dan kemudian
mengirim semuanya untuk sampai ke pintu rumah anda di Malaysia. Selain itu, anda
boleh menggunakan khidmat mereka untuk memeriksa kualiti dan status tempahan.
Agen-agen ini juga boleh menjadi orang tengah sekiranya ada apa-apa masalah.
Anda juga boleh bertanya perincian tentang produk tersebut dengan agen sebelum
menempah – agen-agen Taobao ini semuanya pandai membaca Bahasa Mandarin,
jadi anda boleh menggunakan kemahiran mereka.
RahsiaTaoBao.com 51

Kelemahan kaedah agen ini adalah harga. Agen biasanya mengenakan caj mengikut
jumlah harga produk yang diproses melalui sistem tempahan mereka. Hasilnya kos
tempahan anda akan meningkat.

Jika anda menguruskan semua tempahan sendiri, anda akan menjimatkan kos. Jika
anda baru bermula, ini mungkin satu berita baik. Lagi rendah kos, lagi rendah risiko,
lagi banyak untung!

Namun, saya harus nyatakan di sini, anda bertanggungjawab menguruskan


KESEMUA aspek tempahan anda. Dari membayar di Taobao, berurusan dengan
supplier di Aliwangwang (sistem chat seller dan buyer), mengumpulkan produk di
hub, mengumpulkan produk, memilih forwarding agent (courier) China, urusan
kastam di Malaysia.

Jadi, mana satu yang sesuai? Tepuk dada tanya selera.

Saya sendiri? Saya selesa menempah secara sendiri sekarang. Tempahan secara
sendiri boleh dilakukan, tetapi mungkin anda mahu bermula dengan menempah
secara kecil-kecilan dahulu. Bila sudah mahir dan pandai, maka anda bolehlah
menempah sendirian secara besar-besaran.

Bahagian seterusnya akan menerangkan proses bagaimana anda boleh menempah


dengan menggunakan agen, dan menempah sendiri.
RahsiaTaoBao.com 52

KAEDAH 1 - TEMPAH DENGAN EJEN TAOBAO TEMPATAN!

Terdapat beberapa ejen TaoBao tempatan yang saya sendiri pernah guna, tetapi
kebanyakkan dari mereka hanya berkomunikasi dalam Bahasa Cina atau Kantonis.
Saya senaraikan beberapa ejen yang berkomunikasi dalam English:

1. AskMeBuy

2. Ai Bidding

3. Eazyla

Dalam kesemua ejen-ejen di atas, saya akan gunakan contoh dari AskMeBuy. Ini
kerana AskMeBuy mempunyai sistem yang sangat senang untuk digunakan. Selain
itu, website AskMeBuy juga mempunyai opsyen untuk menukar bahasa menjadi BM,
menyenangkan urusan anda. Selain itu, mereka juga senang dihubungi melalui
email, telefon, social media, atau instant messaging seperti Whatsapp.
RahsiaTaoBao.com 53

Mendaftar Sebagai Customer Di AskMeBuy

AskMeBuy kini mewajibkan customer untuk mendaftar dengan laman web mereka
sebelum boleh menempah. Jadi saya sarankan anda berbuat perkara yang sama.

Untuk mendaftar:

1. Layari AskMeBuy.com

2. Di ruangan atas sebelah kanan, anda boleh menukar bahasa. Untuk tujuan
demo, kita akan adjust menjadi BM.
RahsiaTaoBao.com 54

3. Klik ‘Daftar Percuma’

4. Isikan email anda, klik ‘Saya Bukan Robot’, dan klik ‘Mendaftar’.
RahsiaTaoBao.com 55

5. Anda akan menerima email dari AskMeBuy. Sila klik di link yang diberi untuk
confirm pendaftaran anda.

6. Lengkapkan borang pendaftaran anda dan selesai! Anda kini seorang member
AskMeBuy!
RahsiaTaoBao.com 56
RahsiaTaoBao.com 57

Menempah Produk Taobao Anda Di AskMeBuy

1. Layari www.AskMeBuy.com dan login.

2. Klik “Taobao Order”


RahsiaTaoBao.com 58

3. Anda akan dibawa ke laman seperti di bawah. Pastikan anda memilih Logo
Taobao.

4. Sesetengah carian di Taobao mungkin akan membawa anda ke laman


Tmall.com. Anda juga boleh membuat tempahan produk dari Tmall di sini.

5. Copy URL produk Taobao yang anda ingin borong/beli, dan pastekan di
ruangan seperti yang ditunjukkan. Klik ‘Menunjuk’
RahsiaTaoBao.com 59

6. Page produk berkenaan akan muncul di AskMeBuy. Di sini anda akan tentukan
butirannya. Isi mengikut keperluan anda. Apabila selesai, tekan ‘Masuk Ke
Taobao Troli’.

7. Terjemahan di AskMeBuy.com ini kadang-kadang masih belum lengkap. Jika


anda menghadapi masalah untuk memahami apa yang ditulis, anda boleh:

o Right click, dan tukar jadi English

o Copy tulisan Bahasa Cina ini, dan check di Google Translate.

8. Kadang-kadang, harga yang ditunjukkan AskMeBuy berbeza dari yang muncul


di Taobao.com. Perkara ini banyak berlaku ketika musim Sale di Taobao.com.
Jika anda berhadapan dengan situasi ini, tukarkan sahaja harga di ruangan
‘kos’, dan tuliskan di bahagian ‘Kenyataan’ yang harga di Taobao.com lebih
rendah.
RahsiaTaoBao.com 60

9. Jika anda menempah lebih dari satu barang, ulang sahaja proses 1-8 sehingga
semua tempahan telah berjaya dimasukkan.

10. Jika telah selesai membuat tempahan, boleh klik butang ‘Lihat Taobao
Troli Saya’.

11. Anda akan dibawa ke troli anda. Semak produk yang anda tempah.
Pastikan anda tidak terkeliru dengan harga yang ditulis – harga yang ditulis ini
adalah dalam RMB, agak dekat dengan RM. Apabila sudah selesai, klik
‘Mengulas Pesanan’.
RahsiaTaoBao.com 61

12. Anda akan dibawa ke bahagian kedua proses, iaitu mengesahkan


tempahan. Jika anda belum menentukan alamat penghantaran anda, anda
mungkin akan diminta untuk mengisinya di sini.
RahsiaTaoBao.com 62

13. Isikan alamat anda, dan kemudian tekan ‘Meyimpan Alamat’.

14. Anda akan dibawa ke laman dimana perkiraan akan dilakukan untuk
anda. Ambil perhatian bahawa perkiraan di sini adalah untuk penghantaran
dari seller ke Hub AskMeBuy di Guangzhou.
RahsiaTaoBao.com 63

15. Tentukan juga kaedah penghantaran. Jika anda tidak membeli barang
yang terlalu banyak, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan
opsyen ‘Udara/Small Sea Parcel’. Saya akan membincangkan penghantaran ini
dengan lebih teliti di bahagian seterusnya. Klik ‘Hantar Pesanan’

16. Anda akan ditunjukkan mesej ‘Pesan Anda Akan Dihantarkan’. Anda
akan membayar di sini. AskMeBuy menggunakan sistem ‘Prepaid’, dimana kita
‘top-up’ sejumlah amaun dalam akaun kita, dan kita gunakan untuk membayar
tempahan kita. Jika anda tiada kredit dalam akaun, anda perlu tekan ‘Tambah
Nilai’.

17. Anda akan ditunjukkan opsyen tambah nilai. Anda boleh memilih untuk
membuat top-up melalui direct bank in, atau kredit card melalui Paypal. Topup
melalui direct bank in akan memakan masa dalam 24-48 jam, manakala topup
menggunakan credit card adalah secara serta-marta. Selesai topup, boleh klik
‘Lihat Order Ini’
RahsiaTaoBao.com 64

18. Semak semula order anda. Jika semuanya ok, boleh klik ‘Bayar RMxxx
dengan menggunakan baki saya’. Anda akan diminta untuk key in password
login anda.

19. Selesai! Anda akan mendapat notifikasi dari AskMeBuy yang tempahan
anda telah berjaya, dan anda juga akan diberikan sedikit arahan.
RahsiaTaoBao.com 65

Proses Kerja AskMeBuy

Proses AskMeBuy mengirim barangan kepada anda adalah seperti berikut:

#1 – Terima bayaran, AskMeBuy tempah di Taobao.com

Apabila anda telah confirm tempahan di AskMeBuy.com, pihak AskMeBuy akan


berurusan directly dengan pengilang dari China untuk menempah produk tersebut.
Apabila proses ini selesai, anda akan mendapat email dari AskMeBuy seperti di
bawah.
RahsiaTaoBao.com 66

#2 – Produk dikumpulkan di Hub AskMeBuy

Kesemua produk tempahan anda akan dikumpulkan di Hub AskMeBuy di China


(Guangzhou). Di sini, kesemua produk anda akan dikumpul bersama, ditimbang/ukur
dan kos penghantaran akan dibilkan kepada anda.

#3 – Anda Bayar Caj Penghantaran Kali Kedua (Guangzhou ke Malaysia)

Anda akan diminta untuk menjelaskan pembayaran penghantaran kali untuk kedua.
Pembayaran kali kedua ini adalah untuk penghantaran dari China ke Malaysia, ke
pintu hadapan rumah anda.

Anda mempunyai dua pilihan di sini. Anda boleh meminta untuk produk anda
dikirim melalui udara, atau laut. Secara ringkasnya, penghantaran melalui laut
adalah lebih murah berbanding dengan udara.
RahsiaTaoBao.com 67

Apabila anda telah selesai payment, dan product dikirim keluar kepada anda, anda
akan mendapat email notification seperti di bawah.

#4 – Barang Sampai Di Pintu Rumah Anda

Barang akan sampai ke rumah anda. Bergantung pada cara penghantaran, masa yang
diambil untuk barang tersebut sampai akan berbeza. Air Freight biasanya memakan
5-10 hari bekerja, dan Sea Freight mungkin akan mengambil 1 bulan.
RahsiaTaoBao.com 68
RahsiaTaoBao.com 69

Butiran Berkenaan Proses Penghantaran Yang Anda Perlu Tahu!

Memandangkan proses tempahan kita ini melibatkan pasaran antarabangsa, (China


ke Malaysia), jadi proses dan perkara yang mungkin berlaku sangat banyak. Jadi saya
senaraikan di sini beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya anda dapat
menempah dengan hati yang lebih tenang.

1. Formula pengiraan AskMeBuy adalah seperti berikut:

Harga Keseluruhan = [(Harga Produk + Caj Penghantaran China(supplier ke


hub AskMeBuy)) + Caj Servis AskMeBuy] + International Shipping

2. Biasanya selepas tempahan dengan pengilang di China, produk anda akan


mengambil masa dalam 5 hari – 1 minggu untuk sampai ke Hub AskMeBuy di
Guangzhou.

3. Anda akan membayar caj penghantaran sebanyak 2 kali, pertama untuk


penghantaran pengilang dari China ke Hub AskMeBuy di Guangzhou, dan
kedua untuk penghantaran dari Hub AskMeBuy China ke rumah anda di
Malaysia.

4. Anda boleh memilih dua opsyen untuk penghantaran dari China ke Malaysia.
Air Freight (Kapal Terbang) or Sea Freight (Kapal Laut). Air Freight lebih pantas,
tetapi lebih mahal. Sea Freight perlahan, tetapi lebih murah. Jika anda
memerlukan produk anda untuk dikirim ke Sabah dan Sarawak, caj lebih akan
dikenakan.
RahsiaTaoBao.com 70

5. Butiran caj penuh penghantaran AskMeBuy boleh diperhatikan dari laman


web ini.

6. AskMeBuy biasanya menentukan caj penghantaran China ke Malaysia


mengikut berat.

7. Anda mungkin dikenakan bayaran cukai oleh pihak Kastam. Tetapi


kemungkinan untuk perkara ini berlaku adalah amat kecil (0-5%). Pihak
AskMeBuy sendiri menyatakan bahawa 99% dari tempahan mereka tidak
dikenakan cukai kastam. Namun jika anda masih risau, saya boleh cadangkan
anda supaya tidak menempah dalam jumlah yang besar (melebihi 10kg
contohnya). Ini akan memastikan pihak kastam tidak ‘tertarik’ dengan parcel
anda.
RahsiaTaoBao.com 71

KAEDAH 2: TEMPAH SENDIRI


Jika anda memilih untuk membuat tempahan sendiri, saya rasa eloklah saya jelaskan
kepada anda proses kerja untuk tempahan sendiri secara kasar dahulu:

1. Anda pilih produk dan masukkan dalam cart.


2. Anda nyatakan alamat anda di Malaysia.
3. Anda nyatakan anda inginkan Taobao Cargo
4. Anda pilih courier anda.
5. Anda bayar untuk produk-produk ini
6. Anda tunggu semua produk sampai di hub courier anda (Dari seller
kepada hub courier company)
7. Courier timbang dan kira kos penghantaran (dari hub courier ke
Malaysia)
8. Anda bayar.
9. Produk sampai dalam 1-2 minggu.

Berikut adalah tutorial bagaimana anda boleh menempah sendiri:

1. Di mana-mana laman produk yang dikehendaki, masukkan produk tersebut


dalam cart dengan klik butang ‘Add to Shopping Cart’. Jangan lupa tentukan
spesifikasi barangan yang dikehendaki (warna, jenis, jumlah). Ulangi
sehingga semua barangan yang mahu dibeli telah dimasukkan dalam cart.
RahsiaTaoBao.com 72

2. Bila semuanya telah selesai, kita boleh pergi checkout dan bayar. Klik tab
‘cart’, atau butang ‘go cart settlement’

3. Di cart, pastikan semua produk yang mahu dibeli telah ada di cart.
Luangkan masa dan teliti perincian setiap produk – jenis, warna, jumlah
dan harga. Juga check harga akhir untuk memastikan perkiraan anda
adalah betul.
RahsiaTaoBao.com 73

4. Satu borang akan pop-up meminta anda untuk menulis alamat dan sedikit
maklumat. Bahagian borang tidak dapat di terjemah ke English, jadi saya
akan menulis dengan lebih teliti di bahagian ini. Anda perlu membaca
sedikit tulisan Mandarin jadi anda perlu merujuk pada glossari di belakang
eBook untuk memudahkan anda mengisi borang ini. Apabila selesai, tekan
butang oren di bawah.
RahsiaTaoBao.com 74

 #1 Negara – Untuk Malaysia, pilih 马来西亚


 #2 Negeri – Pilih negeri anda, dan kemudian bandar. SIla rujuk
kepada glossary di belakang eBook untuk senarai penuh negeri dan
Bandar dalam Mandarin. Sekiranya Bandar anda tidak ada dalam
senarai di sini, anda pilih lokasi yang terdekat.
 #3 Alamat. Masukkan alamat selebihnya. Tuliskan alamat penuh,
termasuk negeri dan Bandar.
 #4 Poskod.
 #5 Nama penerima.
 #6 Nombor telefon. Pilih Malaysia ‘ 马 来 西 亚 ’ . Kemudian
masukkan nombor.

5. Apabila selesai, klik ‘Rookie Official Cargo’. Anda mungkin rasa pelik
tentang ‘Rookie Official Cargo’, tetapi ia bermaksud menggunakan
RahsiaTaoBao.com 75

International Forwarding Service. Bahasa yang agak pelik ini berpunca dari
terjemahan Google Translate yang masih belum perfect.

6. Anda kemudiannya akan diminta untuk memilih syarikat courier yang akan
menguruskan tempahan anda. Dari ketiga-tiga syarikat ini, saya sarankan
anda memilih DEX+ABX. Ini kerana kita tahu sedia bahawa DEX akan
menguruskan kiriman dari China ke Malaysia, dan ABX pula akan
menguruskan kiriman dari Malaysia ke rumah anda. Jika anda perlu track
parcel, lebih senang begitu. Selesai, tekan butang oren.

7. Jika anda menggunakan 4PX, biasanya 4PX hanya akan mengirim dari China
ke Malaysia. Kiriman dari KLIA ke rumah anda akan diuruskan oleh Airpak
Express. Anda boleh track perjalanan parcel 4PX di aftership.com
RahsiaTaoBao.com 76

8. Anda akan kemudiannya diberi peluang terakhir untuk confirm semua


tempahan anda. Periksa produk anda. Anda boleh meninggalkan message
kepada seller. Biasanya saya meletakkan message seperti minta supaya
produk diperiksa sebelum dikirim, dan meminta supaya produk dibungkus
baik. Anda juga boleh cuba chat dengan seller di button atas (applikasi
Aliwangwang). Jika belon bewarna biru, maksud seller sedang online.
Biasanya seller-seller ini tidak mampu bertutur dalam English, jadi agak
sukar untuk berkomunikasi. Jika semuanya telah OK, tekan butang submit
order.
RahsiaTaoBao.com 77

9. Anda kemudiannya akan dibawa ke laman Alipay. Jika anda customer baru,
anda akan diminta untuk memasukkan pin 6 aksara sebagai password
untuk transaksi masa hadapan.
RahsiaTaoBao.com 78

10. Kemudian, di dashboard, pilih ‘Other regional editions abroad’

11. Masukkan nombor kad kredit anda.


RahsiaTaoBao.com 79

12. Masukkan maklumat kad, dan alamat bil kad kredit anda. Alamat ini
tidak akan diguna untuk apa-apa tujuan kiriman. Klik ‘Confirmation of
payment’

13. Selesai! Untuk sementara waktu. Sekarang Taobao seller akan mengirim
produk ke hub DEX di Shenzhen. Apabila semua telah sampai, anda boleh
menguruskan fasa terakhir iaitu mengirim tempahan anda ke Malaysia.
RahsiaTaoBao.com 80

Mengirim dari Hub DEX ke Malaysia

1. Sambil barangan anda dikirim oleh Taobao Seller ke hub DEX, anda akan
mendapat makluman dari semasa ke semasa. Anda boleh membaca
makluman ini dengan lebih teliti dengan login.
RahsiaTaoBao.com 81

2. Untuk memulakan prosedur pengiriman ke Malaysia, apabila anda telah login,


pergi ke tab ‘Home’, dan tekan opsyen ‘Official Cargo’.

3. Anda akan dibawa ke paga dimana semua tempahan yang telah sampai di
warehouse DEX akan ditunjukkan kepada anda. Luangkan sedikit masa dan
pastikan semua tempahan anda telah sampai. (jika anda mendapat message
‘Has been received’, maka sudah sampailah itu.)
4. Jika ok, klik semua produk yang ingin dikirim, dan klik ‘Freight Settlement’
RahsiaTaoBao.com 82

5. Periksa tempahan anda untuk kali terakhir. Klik butang orange di bawah.

6. Anda akan dibawa ke Alipay untuk urusan pembayaran. Pilih opsyen


pembayaran anda. Saya biasa menempah menggunakan kad kredit sahaja,
namun anda boleh juga menggunakan ebanking. Hanya klik di ‘Malaysia e-
banking’ untuk opsyen itu.
RahsiaTaoBao.com 83

7. Jika anda ingin membayar menggunakan Malaysian Online banking, boleh juga
– hanya klik di opsyen tersebut. Anda boleh memilih bank-bank utama di
Malaysia, dan kemudian bayar.

8. Selesai! DEX akan mula mengirim parcel anda. Biasanya parcel akan sampai
dalam 7-10 hari bekerja.
RahsiaTaoBao.com 84

Track Perjalanan Parcel Anda

Anda boleh track perjalanan parcel anda dengan klik nama courier yang anda telah
pilih:

4PX

DEX

DPEX

SKYNET

AIRPAK EXPRESS

ABX
RahsiaTaoBao.com 85

BAB 6 : MASALAH TEMPAHAN? REFUND!

Dalam sesetengah situasi, kadang-kadang tempahan kita mengalami masalah – dari


seller yang tidak menghantar barang, sehinggalah barang yang sampai itu
bermasalah.

Apabila sudah tidak dapat diuruskan lagi, anda mungkin memerlukan untuk
menguruskan refund. Anda mendapatkan semula wang anda, dan anda mencuba
semula untuk menempah dari seller lain.

Untuk bab ini kita akan tengok bagaimana untuk membuat refund dalam sistem
AskMeBuy, dan juga direcly dalam Taobao.com itu sendiri.

REFUND DARI ASKMEBUY


Jika anda memilih untuk mendapatkan refund dari AskMeBuy, ia adalah proses yang
jauh lebin senang. Dalam kebanyakkan situasi, pihak AskMeBuy dapat membantu
anda untuk menguruskan masalah dalam tempahan anda (inilah sebabnya kita bayar
extra service fee kan?), jadi keperluan untuk refund amat kurang.

Tetapi jika anda perlu membuat refund, anda boleh membuat request secara direct
di Support Chatroom AskMeBuy.

1. Setelah login, klik ‘Contact Us Now’


RahsiaTaoBao.com 86

2. Klik ‘Contact us on line now’


RahsiaTaoBao.com 87

3. Aplikasi chat akan dibuka. Masukkan details anda, dan bincang dengan
support staf AskMeBuy, mereka akan membantu anda menguruskan refund.

REFUND DIRECT DARI TAOBAO


Jika anda perlu membuat refund dari Taobao.com itu sendiri, terus terang saya
katakan prosesnya agak sukar. Namun saya cuba jelaskan sebaik mungkin di sini
supaya anda boleh mencuba.

Sebelum mencuba refund, pastikan anda telah cuba untuk contact seller, dengan klik
butang bubble kecil di tepi nama seller tersebut. Ini akan membuka aplikasi
chatroom Aliwangwang, dan anda boleh berkomunikasi directly dengan seller.
RahsiaTaoBao.com 88

Sila pastikan anda menyediakan google translater kerana sellers ni selalunya hanya
boleh berbahasa Mandarin – English pun mereka tak faham.

Sellers biasanya akan mencuba utuk membantu kita, kerana mereka tidak mahu
reputation mereka turun. Namun Jika cubaan telah gagal, maka permohonan refund
perlu dilakukan.

Untuk memulakan proses refund:

1. Login di Taobao, dan kemudian tekan ‘Have Bought The’. Ini akan membawa
anda ke laman di mana semua tempahan yang telah dibayar tetapi belum
diterima akan ditunjukkan.
RahsiaTaoBao.com 89

2. Cari produk yang anda inginkan refund – klik ‘Refund/Return’.

3. Anda perlu memilih antara dua situasi ini:

1. Jika anda telah mendapat produk, tetapi tidak sesuai dengan keperluan
anda, dan cubaan untuk contact seller telah gagal, maka anda perlu klik
‘Refunds’ – maksudnya di sini adalah anda pulangkan produk, dan anda
dapatkan kembali wang anda.

2. Jika anda belum mendapat produk, dan cubaan untuk contact seller telah
gagal, maka anda perlu klik ‘Only Refunds’ – maksudnya di sini adalah anda
dapatkan kembali wang anda.

3. Untuk kes saya ini, seller belum mengirim produk keluar walaupun saya
telah membuat tempahan dan membayar beberapa minggu lepas. Jadi
memandangkan saya belum dapat barang, saya akan klik ‘only refunds’.
RahsiaTaoBao.com 90

4. Sila pilih sebab anda inginkan refund.

o Empty parcel / incomplete – bungkusan kosong, tidak cukup


o Haven’t received any delivery – belum sampai
o Ordered too much / wrongly ordered / no longer want it – terlebih/salah order
o Goods were not shipped on time – tidak dikirim dalam jangka masa yang dijanjikan
o No tracking record of the shipment – tiada tracking code
o Others – lain-lain

Dalam kes saya ini, saya pilih ‘Seller did not ship on time’. Klik ‘Submit’.
RahsiaTaoBao.com 91

5. Seller mempunyai 2 hari untuk membaca refund request anda, dan jika
mereka setuju, maka anda akan mendapat wang anda kembali.

1. Wang anda akan dikreditkan semula ke akaun Alipay anda, dan anda boleh
mohon dari Alipay untuk wang anda dikembalikan ke akaun anda.

2. Anda juga boleh menggunakan wang di akaun Alipay anda untuk membeli
lagi di Taobao.

REFUND & RETURN

Anda perlu menggunakan opsyen ini jika:


 Anda telah mendapat tempahan, tetapi tidak mengikut spesifikasi atau kurang,
DAN,
 Anda telah contact seller dan mereka setuju untuk anda pulangkan tempahan
anda. Biasanya mereka akan kirimkan semula apa yang diperlukan kepada anda.
Tetapi jika usaha telah gagal, maka anda boleh mohon Refund & Return.
RahsiaTaoBao.com 92

1. Klik ‘Refunds’.

2. Di ruangan, pilih sebab yang sesuai dengan situasi anda.

o The seller sent the wrong item(卖家发错货) – Salah item

o Faulty parts(配件故障) – kerosakkan bahagian

o Malfunctions(性能故障) – tidak berfungsi

o Scratched or broken upon arrival(收到商品时有破损) – pecah, rosak apabila sampai

o Pirated goods(假冒品牌). – barang palsu, tiruan

o Screen display problems(屏幕故障). – skrin bermasalah

o Product not-as-described(版本不符). – produk tidak sama seperti dalam gambar

o Missing functions(功能缺失) – ada bahagian produk yang hilang

o Not satisfied/dislike(效果不好/不喜欢). – tidak puas hati, tidak suka

o Others(其它) – lain-lain.

3. Tekan ‘Submit application’. Seller akan mempunyai 2 hari untuk menjalankan


respon. Jika mereka terima request anda, akan akan diminta untuk
mengirimkan kembali produk kepada mereka.
RahsiaTaoBao.com 93

Jika refund anda berjaya, anda akan mendapat email dari Taobao, dan anda boleh
log in dan lihat status refund anda.
RahsiaTaoBao.com 94

BAB 7 : URUSAN KASTAM

Dalam sesetengah situasi, kadang-kadang barang anda akan ditahan oleh pihak
kastam. Jika ini berlaku, anda tidak perlu risau. Kastam Malaysia cuma menjalankan
tugasnya mengikut undang-undang negara – anda hanya perlu mengikut prosedur
yang ditetapkan dan anda akan dapat barangan anda.

Kenapa sesetengah barang ditahan kastam dan sesetengah tidak?

Terdapat banyak faktor yang menentukan jika parcel anda akan ditahan kastam atau
tidak. Tetapi beberapa faktor ini berkait rapat dengan risiko produk ditahan kastam

 Anda memborong dalam jumlah besar – lebih dari RM500. Maksudnya


di sini produk + kos hantar. Contohnya jika produk anda berharga
RM480 dan kos penghantaran adalah RM50, maka produk anda bernilai
RM530. Dalam situasi ini, anda perlu membayar GST sebanyak 6% dari
RM530 tersebut. Jika borongan anda lebih besar, melebihi RM1000,
anda perlu membayar GST, dan juga membayar borang kastam sebanyak
RM50. Jadi GST 6% + bayaran borang kastam RM50.
 Produk tempahan anda termasuk dalam senarai cukai Kastam Diraja
Malaysia. Jika itu yang berlaku, anda mungkin perlu memeriksa di
laman web Kastam Diraja Malaysia untuk menentukan jumlah cukai
yang perlu dibayar dan sebagainya.
 Anda menghantar parcel ke utara Malaysia. Ramai client saya yang
tinggal di utara semenanjung banyak mengalami masalah parcel kena
tahan, berbanding yang di tempat lain. Saya jarang mengalami masalah
parcel ditahan kastam di Sabah.
RahsiaTaoBao.com 95

 Anda menempah produk kawalan seperti kosmetik, ubat-ubatan, atau


elektronik kompleks. Produk kosmetik atau ubat-ubatan yang sampai
memerlukan pengesahan atau sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia,
manakala elektronik kompleks seperti Smartphone atau Laptop
memerlukan pengesahan SIRIM. Jika anda dihubungi Kastam tentang
perkara sebegini, ikut arahan dan buat seperti yang diminta.
 Nasib. Apabila pegawai kastam memproses parcel yang sampai ke
Malaysia, mereka terpaksa memproses beratus, kalau tidak beribu
parcel, besar, kecil, panjang, besar, ringan dan macam-macam. Jadi
kadang-kadang mereka ‘terpilih’ parcel anda.

Macam mana nak tahu kalau parcel kena tahan Kastam?

Anda menerima ‘surat cinta’ dari PosLaju berbentuk sebegini.

Anda tidak perlu panik, hanya ikuti arahan dalam surat dan semuanya akan selamat.
RahsiaTaoBao.com 96

Dalam surat tahanan ini, anda akan mendapat informasi tentang parcel anda yang
telah ditahan, pejabat kastam yang menahan parcel anda, dan waktu operasi pejabat
kastam berkenaan.

Anda mempunyai 3 pilihan di sini:

1. Anda melantik Poslaju sebagai agen pengurusan parcel anda.


 Anda perlu mengisi Bahagian A dan kirim borang tersebut beserta
invois pembelian barang atau bukti pembayaran secara pos atau fax
atau email sebagaimana yang tertera pada notis masing-masing.
 Servis charge adalah pada harga RM50.60.
 Sebagai contoh, jika cukai ialah RM41, maka jumlah yang perlu
dibayar adalah RM41 + RM50.60. Barang akan dihantar ke Pusat Pos
Laju berdekatan dengan rumah anda. Anda kemudiannya ambil
parcel dan bayar di Pusat PosLaju tersebut.

2. Anda mewakilkan orang lain untuk mengambil parcel berkenaan.


 Isikan borang yang diberikan dan hantarken wakil anda ke pejabat
kastam tersebut. Wakil anda akan membayar cukai yang dikenakan,
dan selepas itu boleh mengambil parcel.

3. Ambil sendiri.
 Anda perlu membawa sekali resit, invoice pembayaran tempahan
anda. Ini adalah supaya Kastam dapat memastikan nilai barangan
yang anda declare di parcel itu adalah tepat. Bayar, ambil parcel
anda dan jalan.
RahsiaTaoBao.com 97

Jika anda memilih proses 2 atau 3, pastikan anda mengikuti arahan dan berlaku jujur
sepanjang proses pengambilan parcel. Dalam sesetengah situasi, terdapat prosedur
rumit yang perlu dilalui sebelum parcel anda dilepaskan, lagi-lagi jika pihak kastam
telah membuka parcel anda, atau nilai yang dinyatakan pada parcel berbeza dengan
invois/resit pembayaran.

Dengar penjelasan pegawai-pegawai dengan teliti, dan banyakkan senyuman.


Pegawai kastam pun perlu banyak bersabar kerana berurusan dengan orang yang
bermacam kerenah. Sebaiknya, kita pun banyak bawa bersabar ketika berurusan
dengan mereka.
RahsiaTaoBao.com 98

BAB 8 : JOM JUAL!

Sekarang, barang sudah ada di tangan. Kini sampailah masanya untuk menjualkan
stok di tangan dan membuat keuntungan!

Terdapat pelbagai tempat di mana anda boleh mula menjual barangan anda ini, kita
tengok satu persatu dan bandingkan ciri-cirinya.

1. Mudah.my

Mudah.my adalah sebuah laman khas untuk berjual beli dari pengguna-ke-pengguna
(Customer to customer, C2C). Mudah.my adalah antara laman terbesar untuk berjual
beli di Malaysia. Jadi, jelaslah kita perlu menjadikan Mudah sebagai tempat kita
memasang iklan untuk produk kita!

Satu kebaikkan tentang Mudah.my adalah iklan boleh diletakkan pada laman ini
dengan percuma, dan anda tidak lagi perlu mempromosi. Pelawat hanya perlu
menaip apa yang dicari, dan mereka akan berjumpa dengan iklan anda. Jadi, adalah
selamat untuk saya mengatakan bahawa setiap kali iklan anda di Mudah.my ini
dibaca, kemungkinan untuk membuat jualan adalah tinggi – sebab yang jumpa iklan
anda ini ada hajat mahu membeli.
RahsiaTaoBao.com 99

Satu keburukkan Mudah.my adalah sekali iklan anda terpampang, anda tidak lagi
boleh mengubah apa-apa pada iklan anda. Jika anda mahu membuat editing
(contohnya tersilap letak harga, mahu menambah ayat dll), anda perlu membayar
RM8. Satu lagi keburukkan Mudah.my adalah laman ini mempunyai polisi posting
yang agak ketat. Anda tidak boleh memuat naik gambar yang ada tulisan, atau
menggunakan ayat sales yang power. Setiap iklan yang dipos akan dinilai, dan
kemudian di edit. Kadang-kadang iklan kita itu seperti tergantung kerana diedit
terlalu banyak!

2. Forum Lowyat.net
RahsiaTaoBao.com 100

Sama seperti Low Yat Plaza di KL, Lowyat.net pada mulanya adalah sebuah blog
tentang teknologi di Malaysia. Banyak artikel, berita dan update tentang alatan-
alatan teknologi (smartphone, laptop dan sebagainya) dapat di baca di sini. Selain
itu, Lowyat.net juga mempunyai sebuah forum yang sangat terkenal di kalangan
pengguna internet Malaysia. Forum di lowyat.net ini adalah antara forum terbesar di
Malaysia.

Dalam forum ini, macam-macam dibincangkan. Tetapi, yang paling menarik


perhatian saya adalah ruangan 'garage sales'. Di sinilah anda boleh membuat posting
dan cuba menjual produk anda!

Kelebihan forum Lowyat.net ini adalah traffiknya. Berpuluh-puluh ribu pelawat


mengunjungi laman ini setiap hari. Saya yakin, produk anda boleh terjual kepada
sekurang-kurangnya kepada beberapa individu disini!

Kelemahan forum ini adalah persaingannya yang amat sengit. Forum ini memang
menarik perhatian peniaga-peniaga online, dan kesannya iklan-iklan yang ada
memang banyak! Jangan hairan jika thread baru yang anda baru buka di forum turun
dari page pertama hanya dalam masa 30 minit! Iklan yang banyak juga bermakna
persaingan harga yang sengit antara peniaga! Jadi pastikan anda menjual produk-
produk niche yang khusus!
RahsiaTaoBao.com 101

3. Lelong.com.my

Berbeza dengan Mudah.my, Lelong.com.my pula merupakan laman lelong untuk


barangan, sama seperti eBay di USA. Anda boleh mengiklankan barang anda dan
kemudian membuat jualan. Anda juga boleh menetapkan harga barangan anda
supaya tidak berlaku lelongan. Lelong.com.my lebih popular di kalangan rakyat
Malaysia berbanding ebay.

Kelebihan Lelong.com.my ini adalah ia menawarkan khidmat lelongan. Maksudnya


anda boleh sahaja memasukkan elemen lelongan pada jualan anda untuk
menambah harga jualan. Contohnya jika anda menjual replika pedang Samurai dari
komik Samurai X, barang-barang sebegini memang menarik minat segelintir peminat
tegar komik tersebut. Mereka ini sanggup membida harga tinggi untuk mendapatkan
pedang tersebut. Jadi jika anda mengambil keputusan untuk menjual produk
sebegini, mungkin anda boleh memikirkan untuk memasukkan elemen lelong.

4. Facebook Fanpage
Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, Facebook merupakan laman sosial
yang terbesar di dunia. Setakat Januari 2016, Facebook dinilaikan pada 321 billion
Dolar Amerika, dan mempunyai 1.6 billion pengguna aktif di seluruh dunia.

Itu pada peringkat global. Macam mana dengan Malaysia? Negara kita mempunyai
RahsiaTaoBao.com 102

15 juta pengguna Facebook, dan ini maksudnya jika kita mempunyai laman di
Facebook, 15 juta pengguna ini semuanya berpotensi menjadi pelanggan kita!

Facebook Fanpage adalah antara medium jualan yang sangat popular sekarang.

Percayakah anda jika saya menyatakan yang Facebook Fanpage merupakan medium
jualan saya yang paling berjaya? Hampir 60% jualan dari perniagaan saya ini datang
dari Facebook, jauh melebihi medium jualan saya yang lain seperti Mudah.my atau
Lowyat.net.

Terdapat pelbagai cara untuk kita membuat marketing di Facebook. Dan saya tidak
mungkin akan dapat memuatkan semuanya di sini. Semua tentang buat jualan di
Facebook Fanpage ini saya akan tulis dengan lanjut di eBook bonus, Panduan Set-Up
Facebook Fanpage untuk Kedai Online Anda!

5. Laman Web Sendiri

Selain menggunakan medium di atas, anda juga boleh membangunkan laman web
sendiri untuk sebagai kedai anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan laman
percuma seperti di Blogger atau Wordpress, ataupun membeli doman, hosting dan
buat sendiri dari awal. Antara perniagaan online yang mempunyai laman web sendiri
adalah seperti Lazada.com.my, Zalora.com, ataupun Superbuy.com.
RahsiaTaoBao.com 103

Jika anda baru bermula dalam perniagaan online, dan tidak mempunyai
pengetahuan mendalam tentang IT, saya cadangkan supaya anda tidak mencuba
kaedah ini. Sebabnya kerana anda perlukan banyak pengetahuan dan kemahiran
yang agak khusus untuk membina laman web sendiri. Ditambah lagi dengan teknik-
teknik rumit yang perlu dilakukan untuk menarik pelawat ke laman anda (seperti
SEO) dan pengaturcaraan shopping cart dan semua itu – sangat menyusahkan. Pada
saya, bagus dicurahkan tenaga dan tumpuan anda ke memastikan anda memilih
produk yang bagus, dan cuba menaikkan jualan.

Tetapi, jika anda ingin juga mencuba untuk membina laman web perniagaan , Saya
cadangkan anda mendapatkan perkhidmatan dari SiteGiant.my. Ramai rakan niaga
saya telah berjaya mendapatkan kedai online yang sangat cantik dan bagus dari
mereka.

7. Instagram

Instagram adalah platform social media yang kini hangat digunakan ramai orang
Malaysia, terutamanya generasi muda. Selain itu, Instagram juga telah mula
digunakan online marketer untuk tujuan memasarkan produk mereka.

Instagram adalah media social yang paling tinggi engagementnya – 1 post


instagram adalah 50 kali ganda lebih berkemungkinan mendapat like dari sebuah
twitter tweet, dan 12 kali ganda lebih dari Facebook post.
RahsiaTaoBao.com 104

Selain itu, berbeza dengan Facebook yang memerlukan anda untuk mengiklan
untuk mempromosi online shop dengan lebih berkesan, anda boleh
mempromosikan produk anda di Instagram secara percuma – syaratnya adalah
anda tahu selok-beloknya.

Saya telah beralih arah dari Facebook ke Instagram dalam 1 tahun lepas, dan kini
70% dari sales saya kini datang dari Instagram, dan 1 sen pun saya tidak
belanjakan untuk membuat promosi!

Jika anda tidak mempunyai banyak modal, saya cadangkan anda mula dengan
membuka kedai di Instagram.

Saya telah menulis sebuah eBook bertajuk ‘Instagram Kaboom’, yang berkongsi
teknik-teknik saya menjana sales melalui instagram. Saya juga menulis tentang:

o Bagaimana saya mendapatkan 10,000 followers yang aktif, real dan


targeted untuk akaun saya dalam 5 minggu sahaja.

o Bagaimana saya mencari followers yang aktif, real dan targeted untuk
produk saya.

o Ciri-ciri Instagram shop (IGshop) yang mesra pelanggan, dan menjana sales
tinggi.

o Teknik asas memasang iklan di Instagram (jika anda ingin mencuba)

Saya syorkan anda untuk mendapatkan juga eBook Instagram Kaboom ini kerana
ia akan memberikan tunjuk ajar yang amat berkesan dalam memasarkan produk
RahsiaTaoBao.com 105

anda. Jika eBook Rahsia Taobao ini adalah berkenaan teknik memborong dan
mendapatkan stok, eBook Instagram Kaboom ini pula adalah untuk menjual dan
membuat untung – sememangnya saling melengkapi.
RahsiaTaoBao.com 106

BAB 9 : PROSES LAZIM KETIKA MENJUAL


SECARA ONLINE
Pada masa ini, stok sudah sampai, kedai sudah buka, promosi sudah jalan. Pelanggan
mula melawat kedai anda dan bertanyakan produk anda. Biasanya, proses dia
macam mana? Macam mana anda berkomunikasi dengan mereka untuk
memaksimakan jualan?

1. Pertanyaan. Pada masa ini, anda akan ditanya pelanggan tentang produk
anda, untuk mendapatkan maklumat. Mereka mungkin akan bertanya tentang
saiz, ketahanan, jenama, kualiti, jaminan dan sebagainya. Pastikan anda
menjawab dengan sabar dan jujur – jangan tipu pelanggan anda.

2. Sebut Harga. Sekiranya pelanggan berpuas hati, mereka mungkin akan


bertanya harga. Berikan harga jualan anda seperti yang tertulis di iklan
promosi anda. Jangan lupa untuk nyatakan apa-apa caj tambahan yang akan
dikenakan kepada pelanggan, contohnya poslaju. Biasanya saya akan tulis
“RM25+RM6 poslaju” supaya pelanggan dapat membaca dengan senang.

3. Rundingan. Pelanggan mungkin akan cuba berunding harga dengan anda.


Cadangan saya, potonglah sedikit untuk mereka, tetapi jangan pula sampai
keuntungan menjadi terlalu sikit. Anda juga boleh berikan harga yang lebih
tinggi, supaya anda boleh memberi sedikit diskaun dan masih mencapai
keuntungan 100%

Proses rundingan untuk diskaun biasanya berjalan dalam suatu pola yang
tetap. Pelanggan akan mula meminta harga yang rendah dari anda, anda
RahsiaTaoBao.com 107

memberi diskaun tetapi cuma berganjak sedikit dari harga jualan asal anda,
pelanggan menaikkan harga permintaan sedikit, dan biasanya anda dan
pelanggan akan bertemu di tengah-tengah. Contohnya seperti berikut:

Pelanggan : Berapa harga jersey ragbi ni?


Anda : RM120 termasuk pos bos

Pelanggan : Alaa... mahal sangat tu... RM80 dah.

Anda : Adoi bos... kalau harga macam tu saya tutup kedai sudah
tu.. RM105 macam mana?

Pelanggan : Kurang lagi la... saya betul-betul minat ni... RM90 lah. Bos
bagi harga ni, saya bank-in terus

Anda : RM100, termasuk poslaju, hari ni jugak saya kirim kalau


bos bank-in cepat

Pelanggan : Ok la. RM100 pun jadilah

Pastikan anda melayan kerenah pelanggan kita. Mereka minta diskaun, kita
bagi saja, janji kita kekalkan keuntungan 100%

4. Pembayaran. Biasanya untuk perniagaan borong kecil-kecilan, boleh gunakan


dahulu akaun bank personal kita untuk transaksi. Namun, kalau anda betul-
betul komited untuk perniagaan, anda bolehlah melawat Suruhanjaya Syarikat
Malaysia dan daftarkan sebuah Milikan Tunggal (Sole Proprietorship). Gunakan
Milikan Tunggal anda itu dan buka akaun perniagaan di mana-mana bank
pilihan anda.
RahsiaTaoBao.com 108

Biasanya, di Malaysia, akaun Maybank adalah yang paling luas digunakan, jadi
saya cadangkan anda gunakan saja akaun Maybank. Tuliskan kepada
pelanggan anda butiran bank in seperti berikut:

Minta bos bank in (jumlah) ke akaun ini:


(bank) (akaun) (nama anda) (email anda)

Contoh:
Minta bos bank in RM50 ke akaun ini:
Maybank 8830 4341 2314 Gunaraj Chandrasekaran
gunapower@hotmail.com

Pastikan anda:

 Memberikan akaun bank dengan tepat dan berjarak. Kalau boleh


biarkan ruang kosong selepas 4-5 angka ketika menulis nombor
akaun, supaya senang pelanggan membaca nombor akaun anda.

 Membekalkan email anda. Ini adalah supaya anda mendapat


makluman yang pelanggan ini telah membuat bank-in pada akaun
anda.

Sekiranya wang telah muncul di akaun bank anda, anda bolehlah meminta nama
penuh, alamat dan nombor telefon pelanggan anda untuk urusan penghantaran.

5. Kiriman. Apabila bank-in telah selesai sampailah masa untuk membuat


kiriman. Saya cadangkan anda mengirim dengan menggunakan khidmat
Poslaju. Ini kerana Poslaju adalah murah, dan bagus. Perkhidmatan kourier lain
agak mahal, dan akan mengurangkan keuntungan anda. Saya juga cadangkan
anda mendapatkan sampul prabayar Poslaju dalam kuantiti yang banyak, ianya
akan memudahkan anda untuk membungkus produk anda. Harga bungkusan
prabayar untuk kiriman seluruh semenanjung adalah RM6. Jika anda mengirim
RahsiaTaoBao.com 109

dari semenanjung ke Sabah/Sarawak, RM10. Berikut adalah langkah-langkah


untuk membungkus dan mengirim bungkusan kepada pelanggan.

Slip kiriman domestik Poslaju. Perhatikan tracking number pada sebelah atas bar
code.

 Isikan borang kiriman domestik. Anda boleh meminta borang ini dalam
jumlah yang banyak di pejabat-pejabar Poslaju, dan simpan di rumah. Isi
setiap kali bila ada tempahan.

 Keluarkan muka surat terakhir di slip tersebut. Slip terakhir adalah untuk
simpanan anda. Pegawai Poslaju hanya perlukan 3 muka surat depan
borang kiriman tsersebut.

 Masukkan produk anda ke dalam bungkusan, dan tutup bungkusan


tersebut.

 Masukkan borang kiriman domestik ke ruang belakang. Siap! Bawa ke


Pejabat Poslaju untuk kiriman!

 SMS/Whatsapp kod kiriman poslaju kepada pelanggan anda. Ini adalah


supaya mereka mengetahui kedudukan dan status bungkusan mereka
itu.
RahsiaTaoBao.com 110

Pek Poslaju Prabayar mempercepat urusan pengiriman, dengan memotong


keperluan untuk membayar di pejabat Poslaju ketika mengirim.

Saya sendiri mempelajari langkah-langkah ini dengan cara susah. Saya telah
ditegur oleh pegawai Poslaju kerana tidak pandai membungkus barang.
Alangkah malunya saya. Jadi, pastikan anda tidak mengulangi kesilapan saya!
RahsiaTaoBao.com 111

AKHIR KATA
Kita telahpun sampai ke penghujung eBook ini. Saya telah mengupas dan menulis
tentang kesesuaian perniagaan online, kenapa kita mencuba perniagaan borong,
jenis-jenis barang yang sesuai diborong, cara-cara memborong dari TaoBao.com dan
proses jualan. Saya harap anda telah mendapat ilmu dan keyakinan untuk cuba
perniagaan borong online ini.

Harus saya katakan di sini dahulu, percubaan pertama anda, mungkin tidak akan
berjaya. Modal RM500 anda ini mungkin akan tidak kembali. Jika ini situasinya, anda
jangan mengalah. Duduk dan fikir kenapa anda gagal. Mungkin silap pilih produk?
Margin keuntungan dikacau pesaing lain? Promosi kurang berkesan? Fahami, dan
ulang semula proses memborong dan menjual sekali lagi, dengan produk berlainan.
Nescaya, saya yakin anda akan berjumpa produk yang sesuai dengan diri anda.

Pastikan anda juga membaca 3 eBook-ebook sampingan saya ye. Harap-harap


kesemua eBook ini akan melengkapkan lagi pengetahuan anda sebelum anda
mencuba business borong ini.

Selamat Berjaya!

Untuk Kejayaan Anda,


Nigel Ong
RahsiaTaoBao.com 112

Glossari:
Senarai Penuh Negeri & Bandar Utama di Malaysia (digunakan ketika mengisi alamat
penghantaran). Sekiranya Bandar anda tidak ada dalam senarai di Taobao, anda pilih
lokasi yang terdekat.

Malaysia 马来西亚

吉打 Kedah 华玲(Baling)
万拉峇鲁(Bandar Baharu)
哥打士打(Kota Setar)
瓜拉姆达(Kuala Muda)
古邦巴素(Kubang Pasu)
居林(Kulim)
浮罗交怡(Langkawi)
巴东得腊(Padang Terap)
本同(Pendang)
锡(Sik)
铅(Yan)
波各先那(Pokok Sena)
彭亨 Pahang 文冬 Bentong
百乐 Bera
金马仑高原 Cameron Highlands
而连突 Jerantut
关丹 Kuantan
立卑 Kuala Lipis
马兰 Maran
北根 Pekan
RahsiaTaoBao.com 113

劳勿 Raub
云冰 Sungai Lembing
淡马鲁 Temerloh
文德甲 Mentakab
柔佛 Johor 新山(Johor Bahru)
古来(Kulai)
峇株巴辖(Batu Pahat)
居銮(Kluang)
哥打丁宜(Kota Tinggi)
东甲Tangkak
丰盛港(Mersing)
麻坡(Muar)
笨珍(Pontian)
昔加末(Segamat)

槟榔屿 Pulau 峇东埔(Permatang Pauh)


Pinang 武拉必(Berapit)
马章武莫(Machang Bubuk)
武吉丁雅(Bukit Tengah)
巴当拉浪(Padang Lalang)
高渊(Nibong Tebal)
新邦安拔(Simpang Ampat)
武吉淡汶(Bukit Tambun)
爪夷(Jawi)
乔治市(George Town)
彭加兰哥打(Pengkalan Kota)
浮罗池滑(Pulau Tikus)
柑仔园(Datuk Keramat)
双溪槟榔(Sungai Pinang)
峇都兰樟(Batu Lanchang)
斯里德里玛(Seri Delima)
丹绒武雅(Tanjung Bungah)
直落巴港(Teluk Bahang)
RahsiaTaoBao.com 114

峇都丁宜(Batu Feringghi)
丹容道光(Tanjung Tokong)
峇六拜(Bayan Lepas)
峇央峇鲁(Bayan Baru)
武吉牛汝莪(Bukit Gelugor)
班台惹查(Pantai Jerejak)
峇都茅(Batu Maung)
双溪赖(Sungai Dua)
诗布朗再也(Seberang Jaya)
柏玛当巴锡(Permatang Pasir)
大山脚(Bukit Mertajam)
北赖(Perai)
北海(Butterworth)
甲抛峇底(Kepala Batas)
本那牙(Penanga)
柏淡(Bertam)
槟榔东海(Pinang Tunggal)
打昔牛汝莪(Tasek Gelugor)
柏玛当柏浪眼(Permatang Berangan)
双溪浮油(Sungai Puyu)
浮罗勿洞(Pulau Betong)
浮罗亚齐(Pulau Acheh)
柔府(Juru)

沙巴 Sabah 古打毛律 Kota Belud


哥打京那巴路 Kota Kinabalu
吧巴 Papar
兵南邦 Penampang
兰瑙 Ranau
斗亚兰 Tuaran
普塔坍 Putatan
保佛 Beaufort
纳巴湾 Nabawan
根地咬 Keningau
RahsiaTaoBao.com 115

瓜拉班尤 Kuala Penyu


实必丹 Sipitang
担布南 Tambunan
丹南 Tenom
古打马鲁都 Kota Marudu
古达 Kudat
必达士 Pitas
比鲁兰 Beluran
京那巴当岸 Kinabatangan
山打根 Sandakan
丹革 Telupid
古纳 Kunak
拿笃 Lahad Datu
仙本那 Semporna
斗湖 Tawau

丁加奴/登嘉楼 勿述(Besut)
Terengganu 龙运(Dungun)
乌鲁丁加奴(Hulu Terengganu)
甘马挽(Kemaman)
瓜拉丁加奴(Kuala Terengganu)
马江(Marang)
实兆(Setiu)

砂拉越 Sarawak 古晋(Kuching)


诗里阿曼(Sri Aman)
诗巫(Sibu)
美里 (Miri)
林梦(Limbang)
泗里街(Sarikei)
加帛省(Kapit)
三马拉汉(Samarahan)
民都鲁(Bintulu)
沐膠(Mukah)
RahsiaTaoBao.com 116

木中省 (Betong)

雪兰莪 Selangor 沙白安南(Sabak Bernam)


乌鲁雪兰莪(Hulu Selangor)
瓜拉雪兰莪(Kuala Selangor)
鹅唛(Gombak)
士拉央(Selayang)
巴生(Klang)
八打灵再也(Petaling Jaya)
莎阿南(Shah Alam)
梳邦再也(Subang Jaya)
乌鲁冷岳(Hulu Langat)
加影(Kajang)
安邦(Ampang)
瓜拉冷岳(Kuala Langat)
雪邦(Sepang)

马六甲 Melaka 亚罗牙也 Alor Gajah


野新 Jasin
玻璃市 Perlis 加央(Kangar)
亚娄(Arau)
巴东勿刹(Padang Besar)
玻璃市港口(Kuala Perlis)

霹靂 Perak 怡保 Ipoh
太平 Taiping
曼絨 Manjung
巴里文打 Parit Buntar
江沙 Kuala Kangsar
宜力 Grik
安顺 Teluk Intan
打巴 Tapah
金宝 Kampar
RahsiaTaoBao.com 117

和丰(Sungai Siput
红土坎(Lumut)
华都牙也(Batu Gajah)
丹戎马林(Tanjung Malim)

吉兰丹 Kelantan 哥打巴魯 Kota Bharu


巴西马 Pasir Mas
道北 Tumpat
巴西富地 Pasir Putih
峇卓 Bachok
瓜拉吉赖 Kuala Krai
马章 Machang
丹那美拉 Tanah Merah
日里 Jeli
话望生 Gua Musang

森美兰 日拉务 Jelebu


Negeri Sembilan 仁保 Jempol

瓜拉庇勞 Kuala Pilah


波德申 Port Dickson
林茂 Rembau
芙蓉 Seremban
淡边县 Tampin

吉隆坡 白沙罗 Damansara


Kuala Lumpur 旧巴生 Klang Lama
甲洞 Kepong
斯迪亞旺沙 Setiawangsa
蕉赖 Cheras
吉隆坡市中心 Pusat Bandar Kuala Lumpur
RahsiaTaoBao.com 118

Juga dari Nigel Ong…

INSTAGRAM KABOOM
Panduan Tingkatkan dan Letupkan Jualan di Instagram!

Rahsia Taobao = Teknik borong & masuk stok


Instagram kaboom = Teknik jual & buat untung

Dapatkan eBook Instagram Kaboom Sekarang!

Anda mungkin juga menyukai