Anda di halaman 1dari 45



STORYTELLING
MEMUKAU
BONUS : STORY CANVAS – RAHSIA STORYTELLER TERBAIK DUNIA

Syed Gaddafi Bin Syed Saifuddin


www.customerdarilangit.com

1
Setiap jenama-jenama hebat di dunia menggunakan kaedah storytelling
dalam menyampaikan mesej iklan mereka kepada pelanggan.

Cuba tanya kembali diri kita :

Apakah kisah cerita perniagaan kita?

Kita semua sebenarnya mempunyai cerita kita sendiri. Tapi malangnya,


kita tidak mahu ceritakan kisah itu.

Melalui pengalaman saya selama 5 tahun sebagai Usahawan Online, saya


dapati masalah utama Usahawan adalah dalam membuat sales copy.

Atau lebih kita kenali sebagai copywriting.

2
CERITALAH KISAH ANDA,

DAN TUNGGULAH.

ORANG LAIN AKAN MULA BERCERITA TENTANG ANDA.

THE BEST STORIES ARE STORIES SHARED.

3
Apa yang buat cerita kita menarik?

Ada banyak bentuk bercerita dan perkataan "cerita" dapat ditentukan


banyak cara.

Satu definisi ialah: naratif yang menceritakan perjuangan watak untuk


menyelesaikan masalah terhadap halangan untuk mencapai matlamat
penting.

Kisah-kisah yang telah direka dengan baik mempunyai ciri-ciri


berikut :

Bahasa Sensori: Semua cerita yang dibuat dengan baik memberikan


bahasa deria yang dicapai penonton dengan ransangan melalui
penglihatan, bunyi, bau, rasa, dan sentuhan.

Contoh : “Bunyi kicauan burung di pagi hari membuatkan aku terkenang


satu peristiwa dulu..”

Quick understanding (Memberi kefahaman dengan cepat) : Aliran plot


memberi pendengar pemahaman yang cepat daripada pertempuran yang
telah dihadapi oleh watak dalam mencapai matlamat.

Data dan maklumat lebih mengesankan dalam konteks cerita.

Creates Meaning (Mencipta Makna) : Kisah ini memberikan mesej utama


yang tidak dapat dilupakan yang memberi makna kepada pembaca.

4
5
6
Teknik Pertama : Tentukan Watak Dalam Cerita Anda

Perasan tak ada cerita yang kita boleh tengok berulang-ulang kali tanpa
rasa bosan?

Contoh : Saya boleh tengok filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berulang
kali dan masih lagi terhibur dengan lawak jenaka beliau.

Saya sampai boleh hafal skrip cerita ini. Haha !

Cerita yang mempunyai watak akan lebih mudah untuk dihayati oleh
pembaca.

Pastikan watak ini kekal dalam cerita. Jangan di awal wataknya Abu,
kemudian di pertengahan namanya jadi Ahmad pula. Pembaca akan keliru
dan menyebabkan mereka tidak akan meneruskan bacaan.

7
Watak dalam sesebuah cerita saya bahagikan kepada 3 :

1. HERO

2. VILLAIN

3. GUARDIAN

Dalam setiap cerita blockbuster Hollywood pasti ada watak-watak seperti di


atas kan?

Contoh : Filem Avengers

HERO : Avengers

VILLAIN : Thanos

GUARDIAN : Nick Fury

Sama juga dalam setiap cerita kita. Lebih-lebih lagi apabila kita hendak
siapkan Ayat Iklan Storytelling. Cuma dalam Storytelling menjual kita
gambarkan watak-watak itu tadi dengan cara yang berbeza :

HERO : Pelanggan

VILLAIN : Masalah Yang Dihadapi Pelanggan

GUARDIAN : Kita sendiri yang akan bantu pelanggan untuk selesaikan


masalah mereka

8
9
Teknik Kedua : Konflik / Masalah

Ini adalah sama seperti dalam Watak VILLAIN yang kita bincangkan
sebelum ini.

Persoalannya, dari mana wujudnya VILLAIN ni?

Contoh :

“Saya teringat kisah seorang kawan lama sewaktu saya bekerja di NAZA
dahulu. Namanya Samad. Muda lagi umurnya ketika itu 24 tahun. Tapi
saya kasihan tengok dia. Hari-hari mengah naik tangga walaupun hanya
satu tingkat. Masuk office mesti dia berpeluh. Mungkin kerana badan
terlalu besar (Gemuk). Mana taknya, Samad memang suka dengan fast
food. Hari-hari dia akan order McD atau KFC.”

Berdasarkan contoh di atas :

Hero : Samad
Villain : Gemuk
Konflik : Suka Makan Fast Food

Harus di ingat tujuan kita mencipta watak-watak ini adalah untuk mencari
titik persamaan dengan bakal pelanggan kita.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang sama seperti Samad. Atau ada
dikalangan pembaca yang mempunyai kenalan seperti Samad. Jadi
Samad dalam cerita ini adalah Hero atau Bakal Pelanggan kita.

Jadi, pembaca akan mempunyai banyak persoalan. Ini yang membuatkan


cerita kita bertambah menarik.
10
Itu sebabnya dalam storytelling tidak di sarankan untuk kita menulis tajuk.
Hukumnya Makruh haha! ?(Gurau jer)

Kerana tajuk dalam storytelling membuatkan pembaca boleh meneka


apakah ending cerita kita nanti. Kalau tak teka pun, mereka akan cipta
persepsi mereka sendiri.

INGAT !

Semakin Banyak Persoalan Dalam Minda


Pembaca, Maknanya semakin
menariklah Story anda.

11
Teknik Ketiga : Kisah Emosi

Kalau kita tengok cerita Hindustan punyalah macam-macam konflik ada.

Saya pernah tanya di dalam Seminar Customer Dari Langit, hampir


kesemua pernah menonton cerita ini.

Ada yang masih boleh ingat babak-babak yang sedih.

Sebenarnya, inilah yang membuatkan cerita itu digilai ramai. Tengok 2-3
kali pun masih lagi berderai air mata haha!

Berikan sedikit konflik dalam cerita anda tu. Bangkitkan emosi pembaca.

12
Jom kita sambung cerita Samad tadi :

“Disebabkan keadaan fizikal Samad, dia jadi susah nak bergerak. Kalau
kat office tu, dialah yang paling slow sekali. Pernah sekali dalam meeting
dia boleh tertidur. Semua gelakkan dia.

Lagi saya rasa sedih, baru-baru ini dengar cerita beliau dikejarkan ke
hospital. Sesak nafas katanya.

Saya ke hospital melawat Samad. Doctor beritahu Samad perlu kurangkan


berat badan kerana risau akan datang penyakit lain pula.

Kasihan..”

Nampak tak emosi sedih yang cuba saya bangkitkan dalam cerita ini?

Kasihan kan pada Samad? Bukan anda sahaja yang rasa kasihan.
Mungkin ramai lagi pembaca yang mempunyai perasaan yang sama
dengan anda.

Makin menarik kan kisah Samad ni? Jom kita ke Teknik seterusnya.

13
Teknik Keempat : Transition – Impak kepada pembaca

Kini tibalah masanya,

Untuk anda merubah emosi sedih tadi kepada emosi yang bakal pelanggan
anda suka.

Anda boleh pilih sama ada hendak tukar ke emosi gembira, memberi
inspirasi atau apa sahaja asalkan ia memberi impak positif kepada
pembaca.

Villain (Musuh) berjaya ditumpaskan dan Hero telah menang.

Hero mestilah menang kan?

Tapi macam mana Hero (Samad) tu boleh menang? Apa yang dia dah
buat? Apa yang dia pakai?

Waktu inilah anda perkenalkan produk anda secara halus.

Produk anda telah Berjaya mengalahkan musuh dan menghapuskan


masalah.

14
Contoh :

“Selepas beberapa minggu, Samad kembali bertugas. Alhamdulillah dia


Nampak sihat.

Hari pertama saya lihat dia dah tak order McD.

Hari kedua pun begitu.

Sehingga Hari kelima, dia masih tak order McD.

Saya pelik. Takkan cepat betul dia boleh buang habit dia yang bertahun-
tahun tu?

Saya pun pergi ke meja Samad untuk mendapat kepastian. Saya Nampak
ada satu mug berisi air coklat.

“Dah lama aku tengok ko tak order McD, Boleh tahan ke Samad?”

Dia lantas mengambil air coklat tersebut dan minum.

“Alhamdulillah aku jumpa satu produk ni. Choco Slim (contoh) nama dia.
Bila minum air ni, aku tak rasa lapar.”

ohh.. Jadi itulah rahsia Samad boleh menahan lapar sepanjang hari.
Patutlah baru 5 hari dia boleh turun sebanyak 3 kilo.”

Lebih menarik bukan? Ini dikatakan teknik menjual bukan menjual hehe..

15
16
SIMPLIFIED VERSION

17
Storytelling adalah alat yang berkuasa untuk memberi inspirasi serta
menghubungkan orang, masyarakat dan organisasi untuk menyumbangkan
idea dan tenaga untuk mencapai satu matlamat.

Walau bagaimanapun, untuk mencapai keputusan ini, Storytelling mesti


ada strategi.

Saya nak kongsikan bagaimana company-company besar Berjaya buat


storytelling yang baik sehingga kita sentiasa teringat akan jenama mereka.

Mereka menggunakan Storytelling Canvas.

Ia adalah satu tool untuk membantu storyteller menghasilkan story yang


menarik dan memberi impak yang tinggi terhadap pembaca.

Alhamdulillah saya di beri kesempatan dan idea dari Allah SWT untuk
mempermudahkan Canvas ini.

Ini saya panggil Story Canvas Simplified.

Dimana saya sudah permudahkan untuk anda semua dan boleh terus
diguna pakai.

Jom kita tengok macam mana nak guna Story Canvas ni?

18
19
Langkah 1 : Purpose

Untuk apa cerita anda ini di buat?

Apa yang anda harapkan?

Contoh : Saya tulis cerita berkenaan Samad adalah untuk memberi


kesedaran tentang bahaya obesity dan seterusnya memperkenal produk
saya.

20
Langkah 2 – Audience (Hero)

Siapakah sasaran pelanggan anda?

Siapa yang bakal jadi hero dalam cerita anda ini?

Kenali mereka dengan mengetahui :

1. Usia

Ini salah satu factor yang penting kerana jika Audience kita berumur 30
tahun ke bawah memerlukan watak yang berbeza berbanding audience
berumur 35 tahun ke atas.

Contoh : Cerita tentang Samad mungkin tak sesuai jika sasaran kita adalah
golongan muda (25 tahun kebawah). Kerana jika golongan muda adalah
sasaran kita, mungkin kita boleh bercerita tentang suasana di Universiti
berbanding pejabat
21
2. Jantina

Jika produk kita tertumpu untuk lelaki, tak sesuai untuk kita buat cerita
tentang kecantikan, make up dan sebagainya kan?

Begitu juga dengan wanita, tak sesuai untuk kita cerita tentang enjin kereta
dan sebagainya.

Jika produk kita sesuai untuk lelaki dan wanita juga memerlukan cerita
yang berbeza.

Pastikan cerita kita itu menepati sasaran yang sesuai.

3. Kerjaya

Kenal pasti kerjaya bakal pelanggan kita juga merupakan faktor penting.

Kalau kita sasarkan suri rumah, konflik/masalah mestilah berkait rapat


dengan suri rumah.

Contoh : Aku tengok si Ayu tu, dari pagi sampai ke petang uruskan rumah.
Kesian tengok.

22
Langkah 3 – Problems ( Villain )

Apakah masalah yang di hadapi oleh Audience (Hero) anda?

Peringatan : Jangan Jual Produk Anda Kepada Semua Orang

Tumpukan masalah ini kepada golongan sasaran anda sahaja.

Cerita anda akan lebih terkesan dan memberi impak kepada pembaca jika
mereka merasakan bahawa Hero anda itu seperti kembar mereka.

Contoh : Jika golongan sasaran anda adalah Surirumah, senaraikan


masalah-masalah yang di hadapi surirumah sahaja.

23
Langkah 4 – Produk

Apakah produk yang ingin anda ceritakan?

Apa ciri-ciri produk?

Jika produk anda adalah pencuci muka, terangkan ciri-ciri produk tersebut :

1) Kandungan organic

2) Saiz besar 100 ml

3) Lulus Ujian Makmal

24
Langkah 5 – USP

Apakah keunikan yang ada pada produk anda?

Apa masalah yang boleh bakal pelanggan anda selesaikan selepas


menggunakan produk anda?

Contoh : Selepas Samad mengamalkan minum Choco Slim, Samad tak


perlu makan banyak lagi. Minum sekali, kekal kenyang sepanjang hari.

25
Langkah 6 – Impak Positif

Apa impak positif yang boleh pembaca terima dari cerita ini?

Anda boleh tentukan sendiri impak positif bagaimana yang bakal


pelanggan anda suka.

Pastikan ianya logik.

Contoh : Setelah Samad Berjaya menurunkan berat badan beliau dalam


masa 5 hari, dia berasa lebih yakin dan bersemangat. Sehingga satu hari
boss memuji beliau dalam bilik mesyuarat kerana prestasi beliau
meningkat.
26
Langkah 7 – Goals (What)

Apa matlamat yang anda mahu capai?

Contoh : Berapa jualan yang anda inginkan dari cerita ini?

Berapa banyak engagement yang anda mahukan?

Soalan-soalan ini penting untuk anda jawab kerana ini akan memberi anda
semangat untuk buat dengan bersungguh-sungguh.

27
Langkah 8 – CTA (Call To Action)

Bagaimana anda mahu pelanggan berinteraksi dengan anda?

Jika anda mahukan mereka whatsapp maka letak link whatsapp dengan
arahan.

Contoh : Semalam dengar admin di HQ kata produk dah tak banyak. Kalau
anda nak cuba produk ni klik sini : www.wasap.my/012345677

Saya akan cuba berikan servis yang terbaik.

28
KEISTIMEWAAN STORYTELLING

29
KESAN PADA HATI DAN FIKIRAN

Mengapa iklan berbentuk storytelling mampu membuatkan iklan kita lebih


berkesan?

Kerana fitrah manusia memang suka kepada cerita. Cerita boleh


menyentuh hati. Cerita boleh menyentuh perasaan.

Dalam storytelling kita memujuk bukan memaksa.

Cuba anda tanya diri sendiri. Suka tak orang paksa anda?

atau anda suka tak kalau orang pujuk anda?

30
NEWBIE

Saya orang baru nak berniaga. Boleh ke guna storytelling?

Buat individu yang baru hendak mulakan perniagaan, anda calon yang
paling sesuai untuk guna kaedah ini.

Cubalah rangka sebuah cerita iklan yang terbaik untuk produk anda.
Gunakan Story Canvas dengan baik.

Iklan berbentuk storytelling ini Tiada Risiko, tapi ada Untung !

31
STORYTELLING LEBIH MUDAH

Keistimewaan storytelling adalah ia lebih mudah. Mengapa?

Tiada format khusus yang diperlukan. Tidak perlu sebarang software khas
untuk buat storytelling.

Idea pula boleh dapat dimana mana sahaja. Senang cerita, membina iklan
storytelling ini tidak melibatkan urusan yang rumit.

32
NATURAL

Kelebihan iklan berbentuk storytelling ini juga ialah kerana iklan sebegini
lebih bersahaja dan natural.

Di dalam setiap cerita itu berlaku reality dan masalah yang betul-betul
berlaku.

Di dalam cerita itu pembaca boleh menangis sendiri atau tiba-tiba


tersenyum.

33
MENGAPA STORYTELLING BERKESAN?

34
Walaupun cerita-cerita yang jelas berbentuk fiction, jika ianya direka
dengan baik, story akan menambah nilai kepada perkhidmatan dan produk.

Menurut kajian oleh Robert Mckee, manusia menganggap sesuatu perkara


atau objek akan mempunyai lebih nilai (more value) apabila ada cerita
yang mengiringinya.

Saya pernah terbaca ada satu kisah tentang seorang yang sangat bijak
menggunakan story dalam menjual produk beliau iaitu Josh Silverman.

Beliau merupakan bekas CEO kepada Skype dan Shopping.com serta


pernah memegang beberapa jawatan tinggi dalam ebay. Sekarang beliau
merupakan CEO kepada Etsy.com.

35
Beliau Berjaya meletakkan sesuatu yang kita anggap tidak bernilai, yang
boleh dijual dengan harga ratusan US Dollar !

Sebagai contoh :

Ini adalah sebuah patung kuda yang diperbuat daripada kayu. Untuk yang
melihat ini sebagai hanya sebuah patung kayu, kita takkan rasa nak beli
kan? Lagi-lagi bila harga nya adalah USD 79.00 – 109.00 (Boleh
mencecah RM 320 – 500 termasuk kos penghantaran)

Jom kita lihat bagaimana patung kayu yang hanya memerlukan modal
sekitar USD 5.00 ini boleh dijual dengan keuntungan melebihi 1000%.

36
“Ini adalah replica The Trojan Horse yang di guna pakai dalam peperangan
Troy : sebuah lagenda Yunani yang mashur sehingga hari ini.

Anda pernah tengok Filem Troy lakonan Brad Pitt? Perang Troy yang
melibatkan pakatan kota-kota Yunani diketuai oleh Raja Agamemnon
melawan Troy yang diketuai Raja Priam.

Setelah sekian lama mengepung Troy dan pakatan Yunai hampir putus
asa, seorang pemuda bernama Ulysses telah mencipta kuda gergasi ini
dan diletakkan di tengah-tengah medan perang.

Ini memberi gambaran seolah-olah Yunani telah kalah. Tapi sebaliknya..

Pahlawan-pahlawan Yunani sudah bersembunyi di dalam patung tersebut


kerana mereka tahu pasukan Troy akan membawa balik patung ini untuk
bermegah dan memberi kegembiraan kepada rakyat jelata.

Apabila menjelang malam, pahlawan-pahlawan Yunani yang berada di


dalam patung itu mula keluar. Tentera pengawal pasukan Troy yang tidak
bersedia telah ditewaskan dengan mudah.

Pintu Troy dibuka dari dalam dan disinilah bermula antara detik
kemenangan terbesar dalam sejarah.

The Trojan Horse adalah lambang kepintaran dan kemenangan. Setiap kali
saya melihat patung ini, saya akan selalu teringat bahawa untuk menang,
kita tidak semestinya harus mempunyai tentera yang kuat. Kita Cuma
perlukan akal yang bijak.

Replika ini diukir sendiri menggunakan tangan oleh orang Greece sendiri.”

37
Kepada yang meminati sejarah, mereka pasti amat menghargai patung ini
bukan?

Itu kepentingan utama dalam memilih audience. Jika kita menjual cerita ini
kepada yang tidak gemar akan sejarah, sudah pasti mereka tidak membeli.

Tapi kepada mereka yang minat sejarah, patung ini akan menjadi idaman
mereka.

Perhatikan dalam kotak merah itu adalah Hero iaitu anda sebagai
pembaca.

Dalam kotak kuning pula adalah Konflik/masalah/emosi

Dan kotak hijau adalah Impak kepada pembaca

Anda dapat sesuatu dari kisah ini?

38
CONTOH IKLAN STORYTELLING

39
CONTOH : PRODUK INSURANS

SEBELUM

40
SELEPAS

Aku Terpaksa Jual Rumah Sebab Dah Tak Mampu....

Semalam jumpa prospect di Kelana Jaya. Terkejut hakak dengar bila


dia terpaksa jual rumah dia..

Bila hakak tanye kenapa? "Saya diagnosed breast cancer stage 3"

Allahuakbar.. Sebak & sedih..

Memang tak boleh nak lawan Ketentuan Allah SWT. Ujian yang Allah
beri untuk hamba yang Dia sayang

Nampak benar kekesalan kat wajah dia "Sebelum ni saya takde


kesedaran tentang takaful. Bila dah terkena mcm ni. Baru saya sedar
yang takaful ni sangat2 penting. Kalau tak, mungkin saya tak perlu
jual rumah"

Memang sangat2 terkilan. Bagai dah jatuh, di timpa tangga.


Diagnosed cancer dan terpaksa jual rumah

Ya Allah kau permudahkan lah Urusan Prospect hakak tu tadi Ya


Allah.

Hakak sedih sgt. Hakak rasa sgt bersalah sebab tak berjaya bagi
kesedaran pada dia dari Awal. Kuatkan aku ya Allah

supaya aku boleh sedarkan org ramai tentang pentingnya Takaful ni

41
CONTOH : PRODUK KECANTIKAN

Beberapa bulan lepas aku teringat lagi waktu terjumpa Wani di pasar
malam. Rasanya dah dekat 5 tahun tak jumpa dia ketika itu.

Kami berpelukan sambil laga-laga pipi, rindu sangat pada Wani.

Masa laga pipi aku terasa lembut betul kulit dia. Putih gebu pula tu.

Aku pula rasa malu dengan kulit aku yang menggerutu dan berminyak
ni.

Aku terus tanya Wani “Eh Wani, cantik betul kulit kau sekarang.
Tengoklah kulit aku ni, aku malu lah.”

“Alahh mane ada, kulit aku biasa-biasa je” kata Wani merendah diri.

“Tolonglah bagitau kau pakai produk apa?”

“Aku pakai meeracle jer. Produk ni guna Natural ingredients. Makan


masa sedikit tapi result dia Alhamdulillah aku syukur sangat”

“Ouhh. Ok! Aku nak pergi cari nanti”

Selepas habis berborak kami pun beredar..

Sebulan kemudian, aku dan Wani bertemu lagi di satu majlis


perkahwinan.

Kali ni aku lebih yakin nak laga-laga pipi dengan dia hehehe

42
“Weh muka kau.. cepat nya berubah”

“Alhamdulillah tq Wani sebab suggest kan Meeracle pada aku dulu.


Aku happy sangat”

“Alhamdulillah. Aku pun seronok tengok muka kau dah cantik macam
ni. Benda elok mestilah kena kongsi ye tak?”

“Betul. Aku sign up jadi Agent sekali. Kalau kau nak beli boleh
bagitau aku tau. Aku hantar depan rumah”

“Yeke? Bagus lah. Kalau nak beli nanti aku whatsapp kau. Pakai
number sama kan?”

“aku pakai number 0123456789. Boleh whatsapp je aku nanti ok?”

“OK !”

Kalau anda perhatikan, Hero di dalam cerita ini adalah “Aku” iaitu
penulis. Dia ceritakan pengalaman beliau sendiri manakala Wani
sebagai Guardian.

Anda boleh menukar ikut creativity anda asalkan Hero = Customer.


Maksudnya masalah kepada Hero tersebut mesti kena ada titik
persamaan dengan Customer.

CTA yang saya buat pula masih berbentuk Story. Anda boleh follow
atau ikut creativity masing-masing.

43
KENALI PENULIS

Syed Gaddafi Bin Syed Saifuddin berasal dari Ampang, Selangor telah
mula berniaga secara online sejak 2011 lagi. Namun beliau bergerak aktif
sejak 2015.

Beliau amat cenderung dengan gaya storytelling dan percaya bahawa


Content Marketing adalah yang paling baik.

Ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang beliau telah baca dan alami
sendiri.

Namun, Usahawan di Malaysia khususnya tidak mempraktik gaya


storytelling sedangkan ianya adalah satu tool yang terbukti berkesan sejak
dari Zaman Batu lagi.

Dengan kesedaran ini beliau terpanggil untuk berkongsi kepada semua


Usahawan tentang Copywriting gaya Storytelling sejak 2017.

Beliau juga merupakan pemegang sijil :

1) Social Media Advertising dari Silicon Valley Marketing Institute

2) Licensed Educator – Content Marketing by Content Success Sdn Bhd


(Khairul Hakimin Mohammad)

3) Train The Trainer – Business Model Canvas by Success Touch

4) Storytelling for Communication Skills by Influence Mastery Inc (Paul


Mascetta)

44
Terima Kasih kerana sudi mendapatkan buku beserta Story Canvas ini.

Saya berharap anda akan menggunakan ilmu ini dengan menyebarkan


kebaikan di setiap posting kalian.

Saya doakan kalian akan mencapai segala yang kalian impikan.

Sekian,

Syed Gaddafi
Co-Founder Customer Dari Langit

45

Anda mungkin juga menyukai