Anda di halaman 1dari 18

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat


menyiapkan kerja kursus pendek guru dan cabaran semasa dengan jayanya.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih


kepada pensyarah pembimbing, Pn. Hamidah bt. Abdul Hamid kerana membimbing
saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang
membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda
semua tidak saya lupakan.

Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Yang benar,

Mohammad Falakhuddin Bin Haron

(1P8D-MT/PJ/BM)

1
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

PENGENALAN

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan


tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020,
Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu
mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan
kebudayaan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah melakukan
satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti.
Dalam usaha memantap dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan di
peringkat sekolah, KPM telah memperkenalkan inovasi dan perubahan dalam sistem
pendidikan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan penilaian kea rah yang
berfokus dan holistik. Usaha ini bertujuan untuk perkembangan potensi individu dan
pembinaan modal insan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka inovasi boleh ditakrifkan


sebagai sesuatu yg baru diperkenalkan seperti kaedah atau sistem,yang baru.
Ronger E Miller (1971) menyatakan inovasi sebagai idea, amalan atau objek yang
dianggap baru oleh seseorang. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada
Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud
pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya
tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa
tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah


inovasi boleh diterangkan sebagai suatu penghasilan baru yang berbentuk maujud
dan mujarab. Ianya berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan
unsur yang sedia ada dan terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.
Keperluan inovasi adalah untuk revolusi pendidikan, membentuk modal insan dan
meningktakan kualiti instiitusi.

2
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

Penulisan esei : Inovasi dan perubahan dalam


sistem pendidikan

Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses


pengajaran dan pembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan
memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan
semestinya tidak boleh lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan
agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Dalam konteks hari
ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif memainkan peranan
yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri daripada
pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti
kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood
(2003).

Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik


pelajar-pelajar bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini
ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan
pembangunan. Pada masa yang sama para pendidik juga harus membantu pelajar-
pelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraan mental dan emosi yang boleh
menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat. Matlamat ini boleh dicapai
jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahu bahawa
perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk
tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus
dipertingkatkan, serta peranan yang harus dimainkan. Yang pastinya, perubahan
yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunan membawa lebih banyak
cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugas sebagai
pendidik yang berkesan.

Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untuk


memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar. Sekolah tidak akan berjaya
tanpa wujudnya kakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan
sumber tersebut walaupun terdapatsumber kewangan dan peralatan di sekolah itu.

3
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

Kejayaan program akademik di peringkat sekolah bergantung kepada guru dan


pentadbir dan pengetua yang profesional. Profesional yang efektif bergantung
kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.

Dalam kepesatan pembangunan, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran


terutamanya dalam memastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa
kini. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya
pembelajaran murid dengan amalan pengajaran yang lebih cenderung kepada
penggunaan teknologi maklumat dan bahan-bahan multimedia. Gaya pembelajaran
di dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada teknik pemusatan pelajar. Oleh itu,
amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui strategi pengajaran yang
berinovasi bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.. Guru haruslah peka terhadap keperluan semasa agar dapat
mengangkat martabat pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi dan selaras dengan
kehendak pembangunan. Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan agar segala cabaran yang datang dapat dihadapi
dengan lebih bijaksana. Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru untuk menimba lebih
banyak ilmu serta menguasai kepakaran dan kecekapan dalam pelbagai bidang.
Perubahan yang ingin dilakukan mestilah seiring dengan sikap yang positif serta
amalan yang berterusan.

Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa
mengambil kira umur, latar belakang, status ekonomi atau kecerdasan IQ.
Kenyataan ini selari dengan pendapat Wan Zahid (1993) yang menyarankan agar
guru menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran murid.Guru haruslah
bijak menggunakan kelebihan yang ada pada murid untuk mengoptimumkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Apabila kaedah
pengajaran disesuaikan dengan gaya pembelajaran, murid akan berasa lebih
seronok mengikuti pengajaran guru dan bersedia melibatkan diri secara aktif di
dalam bilik darjah.

Murid akan berasa seronok untuk belajar sekiranya guru dapat memahami
murid dan memberikan motivasi kepada mereka. Sistem pendidikan masa kini
menuntut guru untuk lebih bersifat membimbing agar murid dapat mengaplikasikan

4
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

bakat dan kebolehan mereka secara optimum seterusnya menyelesaikan masalah


pembelajaran dengan lebih berkesan

Kelebihan dan kepakaran guru boleh diterjemahkan dalam bentuk pengajaran


yang berunsurkan teknologi.Guru yang pakar dalam bidang teknologi maklumat
boleh melakukan inovasi dengan menghasilkan modul atau aplikasi pembelajaran
menggunakan multimedia.Usaha kreatif ini dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang baharu dan lebih menyeronokkan selain dapat melibatkan murid
secara hands on dan minds on di dalam bilik darjah.

Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya dari segi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menyarankan kepada semua pihak sekolah supaya melaksanakan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi tujuan meningkatkan sistem
pendidikan di negara ini. Trend pembelajaran hari ini berasaskan penemuan dan
inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif. Ianya menekankan kepada
mencari, meneroka, menilai, dan menggunakan maklumat

Strategi Pengajaran Pembelajaran yang inovatif merangkumi 4 asas penting


iaitu :

 Pembelajaran Berasaskan Projek


 Pembelajaran Berasaskan Masalah
 Pembelajaran Elektronik ( e-learning )
 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang ( web)

5
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

Pembelajaran Berasaskan Projek

Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu


kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran
murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci
serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta
kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan
berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek
bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta
sumbangan kepada pembelajaran.

          Suatu isu yang tidak kurang penting juga ialah kesesuaian projek
dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran sekolah. Hal ini merangkumi bukan
hanya persekitaran terdekat sesebuah sekolah malah lokasi atau tempat yang jauh
dari sekolah. Maka kajian ini cuba mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian
projek dilakukan di sekolah dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan
kelemahan persekitaran sesebuah sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber
serta keperluan peralatan dalam pelaksanaan projek

          Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang


menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu.
Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.
Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan
yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh
dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains.
Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut
minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan
projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah
bimbingan yang minima oleh guru.

           Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning"


menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar
mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru
sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian
serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

6
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

        Di Singapura kerja berasaskan projek diberi penekanan pada tahun 1999
sebagai susulan daripada kemajuan pesat ekonomi negara itu dan ekonomi dunia
(Murphy, 2003.110). Ini menunjukkan pelaksanaan kaedah projek dalam
pembelajaran di Singapura telah lama ditekankan. Ia menunjukkan kepentingannya
sebagai penjana ilmu ke arah pembangunan ekonomi dan masyarakat negara
tersebut.  Di Negara Malaysia kaedah ini juga mendapat perhatian yang mendalam
dalam sistem pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan usaha
melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha
dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan
pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai
kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan
negara.

          Antara projek yang telah di buat di Malaysia ialah Projek Koperatif RECSAM
-SMK Raja Permaisuri Bainun yang merupakan projek 3 tahun bagi meningkatkan
pencapaian matapelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggerisi , Matematik
dan Matematik Tambahan bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah & Sijil
Pelajaran Malaysia dari tahun 1997-1999. (Hajira Bee Abdul Rahman, Ong &
Michael, 2000 mukas surat 61-62). Dalam sukatan matapelajaran di sekolah banyak
unsur projek sudah diterapkan melalui penyempurnaan komponen kerja kursus oleh
pelajar.

          Melalui penelitian tentang kajian-kajian serta tulisan-tulisan yang lalu didapati
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran bersaskan projek ini memang telah lama
diamalkan dan merupakan kaedah yang semakin dititikberatkan. Kaedah ini didapati
amat sesuai dalam konteks demokrasi dalam pendidikan kerana ia memberi
autonomi yang luas kepada pelajar untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba
ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang
tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Selain itu ia memberi bimbingan
kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan berdikari
dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara.

7
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

Pembelajaran berasaskan projek akan mengukuhkan pembelajaran murid


sekiranya kandungan projek itu menepati sukatan pembelajaran. Tugasan berbentuk
projek akan menghendaki pelajar untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari di
dalam kelas di dalam tugasan projek yang dilakukan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan alternatif yang lebih menarik


berbanding pembelajaran tradisional. Guru akan memberikan masalah dan bukan
kuliah atau latihan. Disebabkan murid tidak diberikan isi kandungan, pembelajaran
akan menjadi aktif apabila meneroka dan menemui maklumat yang yang diperlukan
untuk menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak selaku fasilitator dan bukan
sumber penyelesaian masalah.  

Pembelajaran Berasaskan Masalah bermula dengan memberi 'masalah dan


memberikan pengamalnya pengalaman untuk menyelesaikan masalah. Ianya
merupakan salah satu cara pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan lebih
kepada berbentuk pengalaman. Ianya mampu mencabar pengetahuan sedia ada
murid bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain daripada itu ianya
bersifat kolaboratif dan saling bergantung di antara satu sama lain.

Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah :

 Kemukakan Masalah
 Jelaskan hasil pembelajaran yang hendak dijangkakan.
 Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat.
 Sediakan bimbingan isi pelajaran dan strategi.
 Sediakan resos pembelajaran.
 Adakan maklum balas untuk sesi refleksi.

8
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

Pembelajaran Berasaskan Elektronik ( e-learning )

Pembelajaran berasaskan elektronik merupakan pembelajaran yang


menggunakan komputer dan juga internet.Pembelajaran elektronik juga dikenali
dengan pelbagai nama. Antaranya ialah :

 Online Learning
 Technology Based Training
 Web Based Training
 Web Based Learning
 Computer Based Training
 Computer Based Learning
 Technology Enhanced Learning
 Computer Supported Collaborative Learning

Pembelajaran elektronik boleh dicapai di mana-mana tempat selagi ada talian


internet, tanpa mengira sempadan geografi. Ianya boleh dicapai oleh lebih ramai
jumlah pelajar. Murid memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan Internet.

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang


dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT
digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan


keperluan dalam pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran. Ianya memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan serta meningkatkan motivasi
murid. Selain itu, membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning) dan
membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

9
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, terdapat perkara-


perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah pengunaan ICT dalam P&P
perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti
sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.Guru mesti menggunakan ICT
bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu
pendekatan P&P.

Kesimpulan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan


"Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-
negara maju adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat
yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan
bahawa keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini
memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar
dapat menghasilkan idea-idea atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya
berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Maka dalam
usaha untuk "mengarusperdanakan" inovasi  tersebut merentasi semua lapisan
masyarakat, usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan
sistem pendidikan.

Namun sebelum pemikiran inovasi ini dapat dipupuk dan dibudayakan dalam
kalangan pelajar, guru perlulah  terlebih dahulu mengamalkan inovasi dalam
pengajarannya. Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam
pengajarannya  dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama
sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar
juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi sekiranya
pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan
melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa
mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam
kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role model"
untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila
seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini akhirnya

10
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari
kebiasaan.

REFLEKSI

Pengurusan tekanan emosi di kalangan bakal guru adalah amat penting untuk
menyiapkan diri untuk berdepan cabaran sebenar alam pekerjaan sebagai seorang
guru. Sebagai salah seorang bakal guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru
semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru
meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai
seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program
transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah.
Namun, mahu atau tidak mahu, langkah perlu diteruskan dan untuk berada di
sekolah sebagai seorang guru permulaan, langkah-langkah yang betul perlu diambil
untuk mengelakkan mengalami kejutan budaya dan tekanan emosi di sekolah nanti.
Apakah tindakan yang akan saya lakukan?

Pertama, mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara


menanganinya. Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian
yang dijalankan oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang
disentuh dalam kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui
tanda-tanda awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal,
saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan
menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson
(1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan
pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif. Bagi
saya, dengan menguasai teknik ini, saya akan mampu untuk melakukannya di
mana-mana sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri saya bahawa sentiasa ada
jalan untuk menyelesaikan sesuatu

            Kedua, saya akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Masalah yang
kebiasaannya akan timbul di golongan guru baharu ialah merasa terbeban dengan
tugas yang diberikan apabila tiba di sekolah. Dengan sentiasa berfikiran negatif,
ianya tidak akan membantu apa-apa sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan

11
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

tekanan emosi apabila terpaksa menyiapkan sesuatu kerja. Berfikiran positif


mengikut pandangan Jesus dan Conboy (2001), akan membuatkan saya lebih redha
menerima apa sahaja tugas yang diberi dan pada masa yang sama, saya akan
belajar sesuatu daripada tugas yang diamanahkan kepada saya.

Ketiga dan terakhir, saya akan mendapatkan sokongan sosial dengan


melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan bagi saya, saya lebih selesa melibatkan diri
dengan aktiviti keagamaan di gereja. Kajian Kyriacou (1978) menunjukkan
kepentingan sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru.
Melibatkan diri dengan aktiviti sosial di gereja akan membuatkan saya melupakan
seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam
aktiviti sosial yang berbentuk keagamaan akan mendekatkan saya dengan Tuhan
dan akan membantu saya mengawal tekanan emosi apabila berhadapan dengan
tugas.

12
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

BIBLIOGRAFI

Boon Pong Ying (1999). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesional Diri
Guru. Jabatan Ilmu Pendidikan.

Edaris Abbu Bakri (2004). Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi Untuk
Pendidikan. Utusan Publications and Distributions Sdn. Bhd.

Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk
Jurulatih. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Hamizer, Baharudin & Mohamed (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap Hasrat
Dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum Di Maktab Perguruan: Satu Kajian Kes.
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Margetson (1991). Educational Change in Malaysia: A Case Study Of The


Implementation Of Curriculum Innovation. Ph.D. Thesis. University Of Kentucky.

Mohamed Noor Hasan (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam


Memantapkan Pengurusan P&P. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pendidikan,


Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Mohd Yusof dan Khalijah (1992). Pendidikan Tinggi Sains Ke Arah Reformasi
Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur @ Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, UKM.

Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Saifo (2001). Guru Mengalami Perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab


Perguruan
Islam. Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di
Malaysia,sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan
Pendidikan Malaysia.

13
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

14
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

BORANG REKOD KOLABORASI

NAMA : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON


OPSYEN : MT/PJ/BM
AMBILAN : JANUARI 2010
MATA PELAJARAN : EDU3109 GUU DAN CABARAN SEMASA
PENSYARAH PEMBIMBING : PN. HAMIDAH BT ABD HAMID

TARIKH PERKARA CATATAN TANDATANGAN


YANG
DIBINCANGKAN

 Menerima soalan tugasan  Tugasan perlu


28/7/2013 dan taklimat daripada dihantar
pensyarah mata selewat –
pelajaran daripada lewatnya pada
pensyarah mata 29 Ogos 2013.
pelajaran –Pn. Hamidah

28/7/2013  Memahami kehendak  Membuat jadual


soalan tugasan kerja

29/7/2013  Membuat tugasan  Mencari


- mengikut jadual kerja bahan
19/8/2013 yang ditetepkan maklumat
dari buku
dan internet.

15
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

 Menyusun tugasan  Membetul


25/8/2013  Membuat pemeriksaan tugasan dari
terakhir terhadap tugasan segi ejaan
 Membuat
penyusanan
tugasan

 Menyiapkan tugasan  Memeriksa


28/8/2013 tugasan

 Menjilid tugasan  Menghantar


29/8/2013  Menghantar tugasan tugasan kepada
pensyarah
pembimbing

LAMPIRAN

16
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

17
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109

18

Anda mungkin juga menyukai