Anda di halaman 1dari 3

“Reflective Practitioner” : Satu Cabaran Kepada Pendidik Guru

Oleh Lee Wai Heng

Artikel yang dikaji adalah memperihalkan amalan refleksi dalam


profesion perguruan. Berdasarkan artikel tersebut, amalan refleksi
menjadi satu kaedah atau strategi bagi para pendidik untuk
meningkatkan tahap profesional mereka sebagai seorang guru. Selain
itu, amalan reflektif juga dapat mebantu guru membaiki dan mencari
teknik yang berkesan dalam mengajar sesuatu topik atau kemahiran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat pelbagai amalan reflektif yang boleh dilaksanakan oleh


guru antaranya ialah menjalankan kajian tindakan dan membuat
analisis reflektif selepas pengajaran. Namun begitu, amalan reflektif
tidak mempunyai satu kaedah yang spesifik dan bergantung kepada
situasi dan fenomena mengenai sesuatu perkara yang berlaku itu. Hal
ini disebabkan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi sesuatu
perkara itu berlaku dan melibatkan kesan setiap tindakannya
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru


membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula
pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan
pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan
alternatife-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan
utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan
justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.

Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu


melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam
pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Kita melihat seperti telah
berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk
mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian
kendiri.

Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-


directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan
kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif
menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-
peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih
kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap
pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal.
Kelebihan

Ringkasnya, dalam profesion perguruan, kelebihan amalan refleksi


membolehkan seseorang guru:

- memikirkan mengapa sesuatu strategi digunakan bagi mengajar


sesuatu topik dan mencari strategi alternatif yang sesuai serta
mengenal pasti masalah/ kekangan yang mungkin dihadapi dengan
setiap alternatif yang dipilih itu.

- dapat mempertimbangkan andaian-andaian di sebalik sesuatu


tindakan serta akibatnya dengan penuh kesedaran sebelum membuat
sesuatu keputusan.

- dapat memperluaskan ‘pedagogical sight’ mereka dengan amalan


reflektif.

- dapat mengubah dan memperbaiki proses pengajaran yang diamalkan


mereka.

- mendapat manfaat sepenuhnya daripada pengalaman praktiknya.


Dapat memperluas pandangan guru tentang pengajaran yang
dilaksanakan.

- membantu proses mengkaji dan menilai kepercayaan diri semula.


supaya guru dapat mengesahkan himpunan kepercayaan dan
seterusnya membaharui ilmunya sebagai pengamal ilmu.
Cadangan

Konsep umum "reflektif perguruan" merujuk kepada aktiviti


penilaian seseorang guru terhadap tindak-tanduknya sama ada ketika
pengajaran atau aktiviti lain supaya lebih bermakna. Ini bermakna guru
tahu apa dilakukannya, mengapa melakukannya dan dapat menilai kesan
daripada apa yang dilakukannya. Selain itu, guru berupaya mengaplikasi
ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membuat
perancangan selanjutnya.

Berdasarkan konsep itu, amalan reflektif dan hubungannya dengan


guru amat rapat dan amalan ini patut dipraktikan oleh guru dalam
kerjayanya. Gabungan ilmu teori pendidikan dengan amalan dalam bilik
darjah dapat dijadikan amalan reflektif guru secara bermakna melalui
beberapa langkah tersebut :

- Guru perlu berpengetahuan luas tentang teori dan ilmu pendidikan


serta mengenali diri pelajar bagi membolehkan mereka menaakul dan
mempertimbangka alternatif bagi memilih amalan yang terbaik.

- Perlu membantu menganjakka guru dari satu tahap kepada tahap


yang lebih tinggi dalam perkembangan profesional supaya menjadi
guru yang lebih efisien.

- Guru perlu berbincang dengan pensyarah, membuat rujukan atau


menjalankan kajian berikutan sesuatu fenomena yang dialami di
dalam bilik darjah.

- Membuat analisis reflektif ke atas pengajaran bagi menngenal pasti


kelemahan serta cadangan untuk memperbaiki pengajaran
seterusnya.

- Menjalankan kajian tindakan bagi sesuatu masalah yang dihadapi di


dalam bilik darjah.

- Menjalankan refleksi berstruktur mengenai kesesuaian


kaedah/strategi dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai