Anda di halaman 1dari 6

APLIKASI MATEMATIK MTE3114

Pemodelan Matematik
Model matematik : Satu set persamaan yang menggambarkan dan
mengintepretasikan sistem nyata (real system).

Pemodelan matematik merupakan proses dalam memperoleh pemahaman matematik


melalui konteks dunia nyata. Menurut Lovitt (1991) pemodelan matematik dibahagi kepada
dua ciri utama, iaitu pemodelan bermula dan berakhir dengan dunia nyata, dan pemodelan
membentuk suatu kitaran.

Model matematik umumnya digunakan untuk mendapatkan cara terbaik dalam mengatur
(controlling) atau mengelola (management) sebuah sistem fizikal.

Persamaan-persamaan dalam model matematik menunjukkan rumusan pelbagai aspek


persoalan, mengidentifikasikan hubungan fungsi diantara komponen dan elemen dalam
sistem, menetapkan ukuran efektif dan kekangan, serta menunjukkan data yang diperlukan
berkait dengan persoalan secara kuantitatif.

Untuk itu model matematik yang dibuat harus relevan dengan sistem yang dimodelkan.
Kriteria umum untuk hal ini adalah keluaran model dan keluaran sistem nyata harus
bertetapan.

1
APLIKASI MATEMATIK MTE3114

Actual system Model predicted


respond
system respond

Mathematical
Real physical Mathematical
model
system model

Non-modeled
Modeled input
input

Solution strategy
Solution strategy
(Optimization and Simulation)
(Optimization and Simulation)

Skema proses pemodelan dan sistem optimasi.

Kaedah yang diperoleh dari penyelesaian model matematik dapat diaplikasikan pada sistem
fizikal yang sebenarnya. Dalam menerapkan strategi penyelesaian masalah kita dapat
menggunakan pendekatan optimasi, simulasi atau gabungan keduanya. Hasil akhir dari
prosedur di atas adalah keputusan optimal berkait dengan pengendalian atau pengelolaan
sebuah sistem.

2
APLIKASI MATEMATIK MTE3114

Penyelesaian Masalah - Pemodelan Matematik

Syarikat Bestari ingin menentukan berapa banyak dari tiga produk yang berbeza yang akan
dihasilkan dengan sumber tenaga dan bahan yang minimum agar memperoleh keuntungan
maksimum. Keperluan pekerja dan bahan mentah dan sumbangan keuntungan setiap
produk adalah sebagai berikut :

Keperluan Sumber Tenaga/ Bahan

Produk Keuntungan (RM/unit)


Pekerja (jam/orang) Bahan (kg/unit)

A 5 4 3

B 2 6 5

C 4 3 2

Telah disediakan 240 jam kerja dan bahan mentah sebanyak 400 Kg. Masalahnya adalah
menentukan jumlah setiap produk agar keuntungan mencapai tahap maksimum. Rumusan
model adalah :

A. Variabel Keputusan

Tiga variabel dalam masalah ini adalah produk A, B dan C yang harus dihasilkan. Jumlah
ini dapat diwakilkan sebagai :

X1  = jumlah produk A

X2  = jumlah produk B

X3  = jumlah produk C

3
APLIKASI MATEMATIK MTE3114

B. Fungsi tujuan

Tujuan masalah kombinasi produk adalah untuk memaksimumkan keuntungan


keseluruhan. Jelas sekali bahawa keuntungan keseluruhan adalah jumlah keuntungan yang
diperoleh dari setiap produk. Keuntungan dari produk A adalah pendaraban antara jumlah
produk A dengan keuntungan per unit (RM 3,-). Keuntungan produk B dan C ditentukan
dengan cara yang sama. Sehingga keuntungan total Z, dapat ditulis :

Z =3X1 +5X2 +2X3

C. Sistem kekangan

Dalam masalah ini kekangan adalah jumlah pekerja dan bahan mentah yang terhad. Setiap
produk memerlukan pekerja mahupun bahan mentah. Bagi produk A, pekerja yang
diperlukan untuk menghasilkan setiap unit adalah selama 5 jam, oleh itu pekerja bagi
produk A memerlukan 5 X1 jam. Dengan cara yang sama produk B memerlukan 2 X 2 jam
pekerja, dan produk C memerlukan 4 X3 jam, sementara jumlah jam pekerja yang tersedia
adalah 240 jam. Formula yang dapat ditulis :

5X1 +2X2 +4X3 ≤240

Kekangan bahan mentah dirumuskan dengan cara yang sama, iaitu untuk produk A
memerlukan bahan mentah sebanyak 4 kg per unit, produk B memerlukan 6 kg per unit dan
produk C memerlukan 3 kg per unit. Sebanyak 400 kg bahan mentah teah disediakan,
maka dapat ditulis :

4X1 +6X2 +3X3 ≤400

Andaian bahawa setiap variabel hanya pada nilai positif, kerana tidak mungkin untuk
menghasilkan jumlah produk negatif. Kekangan ini dikenali sebagai non negativity
constraints dan secara matematik dapat ditulis :

X1 ≥0, X2 ≥0,X3 ≥0 atau X1,X2,X3 ≥0

Dari masalah diatas, formula model matematik secara lengkap dapat ditulis :

4
APLIKASI MATEMATIK MTE3114

Maksimumkan Z = 3X1 +5X2 +2X3

Dengan syarat 5X1 +2X2 +4X3 ≤ 240

4X1 +6X2 +3X3 ≤ 400

X1, X2, X3 ≥ 0

PERBANDINGAN PENYELESAIAN DENGAN REALITI

Penggunaan model linear programing ini amat bertepatan dengan situasi sebenar sekiranya situasi
yang berlaku menepati andaian-andaian yang dilakukan. Sebagai contoh, model ini membuat
andaian bahawa fungsi jumlah jam pekerja dan fungsi jumlah bahan adalah linear. Andaian ini perlu
dibuat supaya pembolehubah yang digunakan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas
terhadap sesuatu situasi tersebut. Dalam realiti, kita tidak akan dapat meramal dengan tepat
berkaitan dengan suatu perniagaan kerana terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan mampu
berlaku dan menjejaskan suatu perniagaan itu seperti bencana alam, kecurian, kebakaran dan
sebagainya. Justeru andaian ini dilakukan untuk membantu model ini menggambarkan situasi
sebenar dengan lebih tepat.

Bagi mencari keuntungan maksimum, kita perlu nyatakan fungsi jumlah kos bersamaan dengan
fungsi jumlah keuntungan serta menyelesaikan persamaan untuk mencari nilai x di mana x ialah
bilangan objek yang perlu ada untuk mewujudkan situasi keuntungan. Dalam realiti, memang benar
bahawa apabila jumlah perbelanjaan dan jumlah pendapatan adalah sama, maka kita tidak mengaut
sebarang keuntungan.

5
APLIKASI MATEMATIK MTE3114

PENUTUP

Pemodelan Matematik telah mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan manusia sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Pemodelan Matematik bukanlah suatu perkara yang
mudah terutamanya kerana kita perlu mencari dan mengaitkan pembolehubah yang sesuai dengan
realiti. Kelebihan menggunakan permodelan Matematik dapat menjadi pengalaman belajar kepada
seseorang individu. Kecepatan membuat formula matenatik memberikan kemampuan bagi kita
untuk mengetahui hasil keputusan dalam jangka waktu yang singkat. Pemodelan Matematik juga
melatih budaya meramal dalam sesuatu bidang seprti perniagaan, kejuruteraan dan juga sistem
ekonomi. Dengan menggunakan pemodelan Matematik, perbelanjaan dapat dikurangkan dan dapat
dijimatkan berbanding menggunakan kaedah ‘trial and error’.

Anda mungkin juga menyukai