Anda di halaman 1dari 459

1

Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan


________________________________________________________________________________________________

¤¤¤

BEBERAPA HADIS SAHIH AL-BUKHARI DAN

SAHIH MUSLIM

MENGENAI SAHABAT YANG DISEMBUNYIKAN

DARIPADA PENGETAHUAN UMUM DI

NUSANTARA

Tidakkah menyembunyikan kebenaran itu dilaknati?

Oleh: Organisasi Penyatuan Umat Islam Sedunia (NGO)


Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapore-Brunei Darussalam-Cabang
Asia Tenggara

2016

¤¤¤
2
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Beberapa Hadis Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslam mengenai sahabat

yang disembunyikan daripada pengetahuan


umum di Nusantara

_________________________________________
Hak karya dilindungi undang-undang
All rights reserved
_________________________________________________
Cetakan Ketiga Belas: Ogos 2016
_________________________________________________
Guidance Publications
222/2m 4, T Phatong, A Thasala, Nakhon Si Thamarrat, Thailand
______________________________________________
____________________________________________
Copyright @ Organisasi Penyatuan Umat Islam
Sedunia
3
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA

Pengenalan

Modus operandi Wahabi bagi menentang Syiah secara ringkas:

Menyembunyikan Hadis-hadis tentang keburukan dan kekafiran majoriti


para sahabat Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
daripada pengetahuan umum umat Islam di Nusantara bagi tujuan
menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW dengan mudah
26

A. 1. Hadis-hadis sebagai Jawapan kepada fitnah Salafi/Wahabi yang


menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi SAW itu boleh
didapati di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu sendiri, tetapi
ia disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara. Hadis-
hadis tersebut sengaja ditinggalkan terjemahannya di dalam bahasa
ibunda. Malah tidak disebut oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
dan Wahabi kepada umum umat Islam di Nusantara bagi tujuan
menutupi para sahabat yang telah dikafirkan oleh Nabi SAW sendiri
kerana mereka telah mengubah Sunnahnya dengan menuduh Syiah
mengkafirkan para sahabatnya pula 26

Teks Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab fi al-Haudh bersama terjemahan


bahasa Inggeris tentang penyaksian Nabi SAW bahawa para sahabat telah
mengejar khazanah bumi seperti manusia biasa, Hadis no. 590 dan
terjemahannya dalam bahasa Melayu serta renungan 29

Teks Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab fi al-Haudh bersama terjemahan


bahasa Inggeris tentang kekafiran majoriti para sahabat 30

Terjemahan beberapa hadis dari Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab fi al-
Haudh dalam bahasa Melayu 36
4
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Tuduhan Salafi/Wahabi bahawa Syiah mencaci para sahabat Nabi SAW


itu adalah bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah mencaci,
menghina dan menyakiti Nabi SAW itu sendiri sebagaimana dicatat di
dalam Sahih al-Bukhari yang disembunyikan daripada pengetahuan
umum di Nusantara bagi tujuan menuduh Syiah mencaci para sahabat
pula:

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang


penyaksian para sahabat Nabi SAW bahawa mereka telah mencaci,
menghina dan menyakiti Nabi SAW 40

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang para


sahabat yang telah menganggap bahawa mereka lebih alim dan lebih
bertakwa kepada Allah daripada Nabi SAW 40

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang


penyaksian sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah
SAW sehinggakan sembahyang (al-salat) 42

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang Khalifah


Uthman yang merupakan orang pertama yang mengubah Sunnah Nabi SAW
mengenai sembahyang (al-Salah) 44

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang


pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW
kerana politik keduniaan. Atau mereka telah menggunakan agama untuk
tujuan politik duniawi 46

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang


pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah
SAW dan persahabatan mereka dengan Nabi SAW tidak menjamin mereka
dari seksaan neraka 48

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang


pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah
SAW dengan mematuhi dan meredai sunnah Khalifah Umar 50
5
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang Khalifah
Umar yang pernah mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW 52

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang cacian


dan penghinaan Khalifah Umar terhadap Nabi SAW dengan menghalang
Nabi SAW dari menulis wasiatnya 54

Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang Khalifah


Umar yang telah mengakui sebab kegelisahannya dan ketakutannya bagi
menghadapi azab Allah SWT 54

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang sahabat yang telah mencaci dan
menghina Nabi SAW dan renungan 55

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang para sahabat yang telah


menganggap bahawa mereka lebih alim dan lebih bertakwa kepada Allah
daripada Nabi SAW dan renungan 57

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang penyaksian sahabat bahawa


mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW sehinggakan sembahyang
(al-salat) dan renungan 57

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang Khalifah Uthman yang


merupakan orang pertama yang mengubah Sunnah Nabi SAW mengenai
sembahyang (al-Salah) dan renungan 60

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang pengakuan sahabat bahawa


mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW kerana politik keduniaan. Atau
mereka telah menggunakan agama untuk tujuan politik duniawi dan
renungan 61

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang pengakuan sahabat bahawa


mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW dan persahabatan mereka
dengan Nabi SAW tidak menjamin mereka dari seksaan neraka dan
renungan 62

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang pengakuan sahabat bahawa


mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW dengan mematuhi dan
meredai sunnah Khalifah Umar dan renungan 63
6
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang Khalifah Umar yang pernah


mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW dan renungan 64

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang cacian dan penghinaan Khalifah


Umar terhadap Nabi SAW dengan menghalang Nabi SAW dari menulis
wasiatnya dan renungan 66

Terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang Khalifah Umar yang telah


mengakui sebab kegelisahannya dan ketakutannya bagi menghadapi azab
Allah SWT dan renungan 68

Teks Sahih Muslim, Kitab al-Fadha’il, Bab fi Ithbat Haudhi nabiyyi-na tentang
kekafiran majoriti para sahabat Rasulullah SAW yang disembunyikan
daripada pengetahuan umum di Nusantara 70
Terjemahan beberapa hadis dari Sahih Muslim, Kitab al-Fadha’il, Bab Ithbat
Hudhi Nabiyyi-na tentang kekafiran majoriti para sahabat 78
Jawapan secara huraian:
Definisi kekafiran 81
Definisi sahabat 83
Kedudukan para sahabat 83
Kaitan para sahabat dengan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW 83
Para sahabat dan isteri Nabi SAW 83
Ahlul-Bait Rasulullah SAW 83
Al-Qur’an dan Ahlul-Bait Rasulullah SAW sebagi saudara kembar 84
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menurut jalur sahabat tertentu 84
Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW setaraf dengan sahabat adalah tidak
tepat 84
Di dalam al-Qur’an sahabat bukan semuanya adil 85
Terjemahan Hadis-Hadis Sahih al-Bukhari Bab fi al-Haudh secara
perbandingan 87
Terjemahan Hadis-hadis Sahih Muslim, Bab fi Ithbat haudhi nabiyyi-na
tentang kekafiran majoriti para sahabat 91
Perkataan-perkataan yang penting di dalam Hadis-hadis Sahih al-Bukhari
dan Sahih Muslim tentang kekafiran majoriti para sahabat 92
Sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut Sahih al-Bukhari dan
Sahih Muslim 92
Kesemua Hadis tersebut menepati firman-Nya 93
7
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sahabat di Baiah Ridwan atau Baiah di bawah pokok, tidak ada jaminan yang
berterusan, jika mereka mengubah Sunnah Rasulullah SAW 96
Intisari Hadis-hadis tersebut dijelaskan dalam firman-firman-Nya 96
Hadis-hadis tersebut tidak boleh dikhususkan kepada para sahabat yang
telah murtad di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar sahaja 96
Setiap Muslim tidak boleh mengubah hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya
99
Fatwa/tuduhan bahawa Syiah mengkafirkanpara sahabat Rasulullah SAW
adalah bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW 100

BAHAGIAN KEDUA

B. Jawapan kepada fitnah Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai Ahli


Sunnah Wal-Jama‘ah terhadap Syiah Imamiyyah mazhab Ja‘fari dan
Zaidi dengan menyembunyikan beberapa ayat-ayat al-Qur’an, Hadis
dan sejarah yang berkaitan bagi memerangi Syiah seperti berikut:

1. Jawapan kepada soalan: Pengubahan al-Qur’an 106


2. Jawapan kepada soalan: Syiah mencaci sahabat 107
3. Jawapan kepada soalan: Kemaksuman Imam 109
4. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Abu Bakar dan Umar serta
kumpulan mereka percaya kepada kemaksuman Nabi SAW ? 110
5. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Abu Bakar dan Umar serta
kumpulan mereka percaya kepada “kemaksuman” al-Qur’an 111
6. Jawapan kepada soalan: Adakah sunnah Abu Bakar dan Umar dikira
sebagai neraca kebenaran oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari sudut amali?
112
7. Jawapan kepada soalan: Benarkah Khalifah Ali AS berkata bahawa
terdapat dua jenis manusia atau lelaki yang akan binasa tentang saya? 112
8. Jawapan kepada soalan: Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mempunyai 4 pendapat
tentang Imamah/ Khilafah 113
9. Jawapan kepada soalan: Fatwa Sunni yang mengatasi al-Qur’an dan Hadis:
Khilafah Abu Bakar dan Umar adalah asas agama Islam 113
10. Jawapan kepada soalan: Syiah membesar-besarkan atau mendewakan
Ali AS 116
11. Jawapan kepada fatwa/tuduhan bahawa Saidina Ali disama tarafkan
dengan Allah SWT 118
12. Jawapan kepada Fatwa: Menghina Abu Bakar dan Umar 118
13. Jawapan kepada soalan: Nikah Mut‘ah 121
8
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
14. Jawapan kepada soalan: Adakah menghina dan menyakiti Fatimah,
Hasan, Husain dan Ali AS sama dengan menghina dan menyakiti Nabi
SAW?” 122
15. Jawapan kepada soalan: Salafi/Wahabi mengkafirkan mazhab Syafi‘i dan
Asya‘riyyah 123
16 Jawapan kepada soalan: Allah menurut Ibn Taimiyyah 123
17. Jawapan kepada soalan: Adakah dendam kesumat terhadap Khalifah Ali
AS itu sendiri oleh pihak tertentu yang membawa kepada penindasan dan
pembunuhan terhadap Syiahnya? 124
18. Jawapan kepada soalan: Penggunaan nama Abu Bakar, Umar dan
Uthman oleh Ali AS kepada anak-anaknya 125
19. Jawapan kepada soalan: Sayyidah Aisyah dan Hafsah 125
20. Jawapan kepada Fatwa No. 20 (vii) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut
sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-bada’) 128
21. Jawapan kepada soalan: Adakah benar Syiah menghalalkan darah Sunni?
130
22. Jawapan kepada fatwa No. 20 (vi) Hanya Ali menghimpun al-Qur’an
dengan sempurna 131
23. Jawapan kepada soalan: “Meliwat isteri” di dalam kitab Tahrir al-
Wasilah oleh Imam Khomeini yang menyebut harus meliwat isteri dirujuk
oleh pegawai JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk menghina
Syiah, tetapi apa yang mengejutkan bahawa Khalifah Umar sendiri telah
melakukannya 140
24. Jawapan kepada soalan: Tuduhan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia) bahawa Syiah mengharuskan meliwat 143
25. Jawapan kepada soalan: Jibril AS tersilap memberi wahyu kepada Nabi
Muhammad SAW sepatutnya kepada Ali AS? 143
26. Jawapan kepada soalan: Al-Raj‘ah (e-fatwa):
27. Jawapan kepada soalan: Tangisan Rasulullah SAW tentang berita
kesyahidan Imam Husain AS dan kaitannya dengan tanah Karbala’ 151
28. Jawapan kepada soalan: Ijtihad boleh melawan nas al-Qur’an dan Hadis
Nabi SAW (al-Ijtihad fi muqabalat al-Nas) 153
29. Jawapan kepada soalan: Apakah kriteria yang tepat di dalam
menentukan keislaman, kekafiran, penyelewengan atau kesesatan seorang
Islam? 153
30. Jawapan kepada soalan: Apakah “mengikuti sunnah Khalifah Ali AS yang
bertepatan dengan alQur’an dan Sunnah Nabi SAW itu dikira sesat, kafir dan
terkeluar daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah? 154
9
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
31. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Ali AS telah menolak
sunnah Khalifah Abu Bakar dan Umar? 155
32. Jawapan kepada soalan: Kenapakah mematuhi sunnah Khalifah Abu
Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
itu tidak dikira sesat, menyeleweng, haram atau kafir oleh Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah? 155
33. Jawapan kepada soalan: Kenapakah mematuhi al-Qur’an dan Sunnah
Nabi SAW oleh Syiah mazhab Ja‘fari dikira sesat, menyeleweng, haram atau
kafir oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi)? 157
34. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Umar mensyaratkan
kepada Khalifah Ali supaya menerima sunnah mereka berdua yang
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW diteruskan di dalam
pemeritahannya, jika mahu menjadi khalifah ke 3? 158
35. Jawapan kepada soalan: Jawapan kepada soalan: Mereka yang menafikan
bahawa Sayyidina Ali mencabut pintu benteng Khaibar 159
36. Jawapan kepada soalan: Bidaah Abu Bakar, Umar dan Uthman 160
37. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Abu Bakar dan Umar serta
kumpulan mereka berdua telah menyerang rumah Fatimah Binti
Muhammad Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW dan
mengugut untuk membakarnya? 160
38. Jawapan kepada soalan: Adakah terdapat pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an dari segi Akidah? 161
39. Jawapan kepada soalan: Adakah terdapat para imam mazhab empat
yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis dari segi Syariah? 161
40. Jawapan kepada soalan: Khalifah diwasiatkan secara nas 161
41. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Abu Bakar dan Umar wajib
mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuhnya (100%) dari sudut amali?
162
42. Jawapan kepada soalan: Benarkah membaca doa tawassul melalui
(wasilah) Rasulullah SAW dan Ahlul-Baitnya kepada Allah itu syirik (e-
fatwa)? 162
43. Jawapan kepada soalan: Sebab umat ini menukarkan Sunnah Nabi SAW kepada
Sunnah Abu Bakar dan Umar menurut Khalifah Ali AS 163
44. Jawapan kepada soalan: Penambahan Hayya ‘ala khairi l-‘Amal di dalam
azan 164
45. Jawapan kepada soalan: Penambahan “Ali Waliyullah wa Ali Hujjatullah”
di dalam azan 164
46. Jawapan kepada soalan: Menetapkan Prinsip Khumus sebagai Kadar
Zakat 164
47. Jawapan kepada soalan: Taqiyyah 165
10
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
48. Jawapan kepada soalan: Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak
memadai basuh pada kedua-duanya 165
49. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi)
tidak mahu orang ramai mengetahui bahawa sunnah Khalifah Ali itu adalah
Sunnah Nabi SAW itu sendiri dan ia dikuti oleh Syiah mazhab Ja‘fari ? 166
50. Jawapan kepada soalan: Hadis Khulafa’ Rasyidin adalah dha‘if 167
51. Jawapan kepada soalan: Uli al-Amri 168
52. Jawapan kepada soalan: Kenapakah sunnah Khalifah Ali AS tidak
dimasukkan ke dalam pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah? 168
53. Jawapan kepada soalan: Syiah Imamiyya Ja‘fariyyah bukan dari ajaran
Abdullah bin Saba’ 170
54. Jawapan kepada soalan: Syiah adalah soal akidah 173
55. Jawapan kepada soalan: Sembahyang tiga waktu 173
56. Jawapan kepada soalan: Sujud di atas tanah Karbala’ 174
57. Jawapan kepada soalan: Sembahyang dengan tangan lurus 175
58. Jawapan kepada soalan: Mereka yang mengambil “peranan Tuhan”
dalam mengkafirkan / menyesatkan Syiah yang mengucap dua kalimah
syahadah 175
59. Jawapan kepada soalan: (i) Kesahihan Hadis al-Thaqalayni 176
60. Jawapan kepada soalan: Asal perkataan Rafidhah 179
61. Jawapan kepada soalan: Definisi Nasibi 179
62. Jawapan kepada soalan: Sebab utama Ali AS tidak menyerang Abu Bakar
kerana merampas haknya sebagai Khalifah selepas Rasulullah SAW 180
63. Jawapan kepada soalan: Sebab utama Imam Hasan AS menyerahkan
jawatan Khalifah kepada Mu‘awiyah 180
64. Jawapan kepada soalan: Husain bin Ali AS dibunuh oleh Syiah di Karbala’
bukan oleh Yazid ? 180
65. Jawapan kepada soalan: Syiah merupakan virus di dalam masyarakat
66. Jawapan kepada soalan: Syiah tidak ada Hak Asasi Manusia 183
67. Jawapan kepada soalan: Imam-imam telah wujud sebelum wujudnya
alam ini sebagai cahaya-cahaya dan Allah telah menjadikan mereka
berpusing di sekeliling ‘Arasy 185
68. Jawapan kepada soalan: Nama-nama para syuhada’ bersama Husain bin
Ali AS di Karbala’ 185
69. Jawapan kepada soalan: Wajib laknat ke atas Yazid 186
70. Jawapan kepada soalan: Larangan kahwin dengan Syiah 186
71. Jawapan kepada soalan: Siapakah yang berjaya di kalangan umat Nabi
Muhammad SAW? 187
11
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
72. Jawapan kepada soalan: Sunnah Khalifah Ali AS disesat dan diharamkan
atas nama ajaran Syiah 191
73. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Abu Bakar melarang orang
ramai dari menulis dan meriwayatkan Hadis/Sunnah Nabi SAW? 193
74. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Umar melarang orang
ramai dari menulis dan meriwayatkan Hadis/Sunnah Nabi SAW? 194
75. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Uthman telah melarang
kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi SAW
sepenuhnya? 194
76. Jawapan kepada soalan: Apakah Khalifah Ali AS termasuk Khulafa’
Rasyidin? 195
77. Jawapan kepada soalan: Adakah Nabi SAW telah memerintahkan
umatnya supaya mengikuti sunnah Khulafa’ Rasyidin yang bermaksud
“ikutilah Sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rasyidin selepasku”? 197
78. Jawapan kepada soalan: Mu‘awiyah termasuk kategori pemberontak (al-
Bughat) kerana memerangi Khalifah Ali AS, tetapi dia adalah sahabat 198
79. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Ali AS membuat sindiran
kepada mereka berdua sebagai sanamai Quraisy (dua berhala Quraisy)?
198
80. Jawapan kepada soalan: Nabi SAW bersabda kepada Ali, Wahai Ali,
engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku 200
81. Jawapan kepada soalan: “Bumi semuanya untuk Imam AS” bab 105 203
82. Jawapan kepada soalan: Jawatan Imamah umum dan kenabian biasa
203
83. Jawapan kepada soalan: Kedudukan para sahabat dan kelebihan Ahlu l-
Bait Rasulullah SAW yang disembunyikan 206
84. Kaitan perkataan Syi‘ah dengan fatwa 209
85. Kaitan perkataan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dengan fatwa 210
86. Jawapan kepada soalan: Penyaksian sahabat bahawa mereka telah
mengubah Sunnah Rasulullah SAW sehinggakan sembahyang 211
87. Jawapan kepada soalan: Pengakuan sahabat bahawa mereka telah
mengubah Sunnah Rasulullah SAW dan persahabatan mereka dengannya
tidak menjamin mereka dari seksaan neraka 211
88. Jawapan kepada soalan: Sahabat telah mengubah Sunnah Rasulullah
SAW dengan mematuhi dan meredai sunnah Khalifah Umar 212
89. Jawapan kepada soalan: Sahabat telah menghina Nabi SAW dengan
menyatakan bahawa Nabi SAW adalah seorang yang tidak jujur dalam
pembahagian harta bukan kerana Allah SWT 213
12
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
90. Jawapan kepada soalan: Sahabat telah menunjukkan bahawa mereka
adalah lebih mengetahui (alim) tentang Allah dan lebih bertakwa kepada
Allah SWT daripada Nabi SAW 213
91. Jawapan kepada soalan: Khalifah Umar telah menghalang Nabi SAW dari
menulis wasiatnya dengan mengatakan bahawa Nabi SAW sedang sakit
tenat/meracau. Al-Qur’an adalah cukup untuk kita sementara Sunnah Nabi
SAW tidak perlu 214
92. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Umar pernah mengesyaki
kenabian Nabi Muhammad SAW selepas Islamnya? 215
93. Jawapan kepada soalan: Apakah kesan dan akibatnya bagi mereka yang
percaya bahawa kemaksuman Nabi SAW tidak sepenuhnya (100%) iaitu
hanya semasa menyampaikan wahyu sahaja? 217
94. Jawapan kepada soalan: Apakah kesan dan akibatnya bagi mereka yang
percaya kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%)? 217
95. Jawapan kepada soalan: Apakah hubungan antara mereka yang tidak
percaya kepada kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%) dengan
mereka yang mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW? 217
96. Jawapan kepada soalan: Apakah kesan dan akibatnya bagi mereka yang
tidak percaya kepada kemaksuman Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang terdiri
daripada Fatimah dan 12 Imam? 217
97. Jawapan kepada soalan: Khalifah Umar telah mengakui sebab
kegelisahannya dan ketakutannya bagi menghadapi azab Allah SWT 218
98. Jawapan kepada soalan: Apakah benar bahawa Khalifah Abu Bakar,
Umar dan Uthman di antara sahabat yang telah memberi baiah kepada Ali
AS di hadapan Rasulullah SAW sebagai Khalifah/Imam selepas Rasulullah
SAW ? 219
99. Jawapan kepada soalan: Benarkah percubaan membunuh Rasulullah
SAW oleh 12 orang yang bertopeng telah berlaku selepas baginda SAW
mengisytiharkan Ali sebagai Khalifah/Imam selepasnya? 229
100. Jawapan kepada soalan: Hadis 12 Imam atau Khalifah dan bagaimana
aplikasinya? 225
101. Jawapan kepada soalan: Siapakah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar
secara mudah? 226
102. Jawapan kepada soalan: Konsep laknat dan mereka yang dilaknati di
dalam al-Qur’an- Termasuk sebahagian sahabat? 226
103. Jawapan kepada soalan: Konsep pelampau agama (ghuluw) di dalam al-
Qur’an: Sunni, Wahabi dan Syiah pelampau agama (ghulat)? 232
104. Jawapan kepada soalan: Kenapakah kami memilih mazhab Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW (Syiah mazhab Ja‘fari)? 235
13
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
105. Jawapan kepada soalan: Bilakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi)
akan berhenti dari menjadikan sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan
Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sebagai
akidah/agama mereka dari sudut amali? 240
106. Jawapan kepada soalan: Adakah akidah / pegangan / agama Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW? 241
107. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Salafi/Wahabi suka mencetus
ketegangan di kalangan umat Islam terutamanya antara Sunni-Syiah? 243
108. Jawapan kepada soalan: Apakah terdapat di kalangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah yang percaya bahawa Khalifah Abu Bakar atau Umar itu lebih
pandai daripada Nabi SAW? 245
109. Jawapan kepada soalan: Benarkah Khalifah Ali AS berkata: Jika aku
memberitahu kepada kalian apa yang aku telah mendengarnya daripada
mulut Abu l-Qasim (Nabi Muhammas SAW), nescaya kalian akan
mengatakan aku adalah seorang yang gila? 246
110. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Ali AS berkata bahawa
“urusan kami adalah sulit dan menyulitkan (inna amra-na sa‘bun wa
mustas‘abun). Ia tidak diakui melainkan oleh malaikat yang dekat dengan
Allah (la yuqirru bi-hi illa malakun muqarrab), atau seorang nabi yang
diutuskan (au nabiyyun mursal) atau seorang mukmin yang diuji imannya
oleh Allah SWT (au mu’min imtahana llahu qalba-hu li l-iman)? 247
111. Jawapan kepada soalan: Kenapakah para penganut fahaman
Salafi/Wahabi menjadikan Syiah Imam Dua Belas atau Syiah mazhab Ja‘fari
sebagai musuh No. 1, bukan Yahudi? 247
112. Jawapan kepada soalan: Tuduhan bahawa Syiah adalah anak zina
kerana mereka adalah anak nikah mut‘ah? 248
113. Jawapan kepada soalan: Adakah zina dan liwat itu lebih besar dosanya
dari menghina Nabi SAW? 249
114. Jawapan kepada fatwa No. 20 (iv) Menolak ‘Aul dan mendahulukan
Qurabah dari ‘Asabah dalam masalah Pusaka 249
115. Jawapan kepada fatwa No. 20 (i) Menziarahi kubur Saidina Husain
Ganjaran Syurga 251
116. Jawapan kepada fatwa No. 20 (ii) Menyeksa tubuh badan sempena
sepuluh Muharram 251
117. Jawapan kepada soalan: Syiah bertopengkan Ahlu l-Bait Rasulullah
SAW bertujuan merosakkan Islam dari dalam 252
118. Jawapan kepada soalan: Ramai masuk Syiah kerana ada jalan pintas
(short cut) dalam sembahyang boleh jamak dan boleh nikah mut‘ah 253
14
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
119. Jawapan kepada soalan: Syiah menyeleweng daripada pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dan Hukum Syarak 253
120. Jawapan kepada soalan: Syiah mempromosikan akidah Yahudi iaitu
Imamah yang tidak disebut di dalam al-Qur’an dan Hadis yang sahih oleh
“penasihat” Ilmuwan Islam 254
121. Jawapan kepada soalan: Mereka yang menyatakan bahawa Ahlu l–Bait
Rasulullah SAW tidak ada kaitan dengan Syiah Imam 12 atau mazhab Syiah
Ja‘fari? 256
122. Jawapan kepada soalan: Gempur Syiah, sebar Wahabi 257
123. Jawapan kepada soalan: Memerangi Syiah adalah jihad oleh JAKIM”
258
124. Jawapan kepada fatwa No. 20 (v) Sembahyang Dhuha adalah haram?
259
125. Jawapan kepada fatwa No. 20 (vii) Imamah dan khilafah daripada
rukun Islam dan ia berlaku melalui Nas 260
126. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Wahabi menyatakan bahawa
penyatuan Sunni dan Syiah adalah mustahil seperti mimpi di siang hari?
261
127. Jawapan kepada soalan: Bagaimanakah caranya agar penyatuan umat
Islam sedunia terlaksana? 261
128. Jawapan kepada soalan: Syiah di Nusantara 262
15
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KETIGA

C. Jawapan kepada soalan: Siapakah Ahli Sunnah Nabi SAW yang


sebenar (1)? 267

Perbezaan antara sunnah Khalifah Abu Bakar dan Sunnah Nabi SAW yang
disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara 267
Jika Khalifah Abu Bakar dan para pengikutnya adalah
Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka tidak menyalahi
atau membatalkan walaupun satu Sunnah Nabi SAW.

1. Menghalang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi


SAW 267
2. Sunnah Nabi SAW akan membawa kepada perpecahan umat 267
3. Menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi SAW 267
4. Kitab Allah boleh menyelesaikan segala masalah tanpa Sunnah Nabi SAW
267
5. Membakar Sunnah atau Hadis Nabi SAW 268
6. Melarang penyebaran Sunnah Nabi SAW dan memusnahkannya 268
7. Kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi SAW 268
8. Menderhakai Nabi SAW bukan bererti menderhakai Allah 269
9. Mengasari Ahlu l-Bait Rasulullah SAW 269
10. Memusuhi Ahlu l-Bait Rasulullah SAW 270
11. Memaksa Ali AS memberi baiah kepadanya 270
12.Wasiat Fatimah AS supaya Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya tidak
diizinkan untuk melakukan sembahyang jenazah ke atasnya 271
13. Dirahsiakan lokasi makam Fatimah ASdaripadanya dan kumpulannya
271
14. Mencaci Ali dan Fatimah AS sebagai musang dan ekornya 272
15. Menghentikan pemberian Khumus 272
16. Mengambil kembali kebun Fadak daripada Fatimah AS 272
17. Tidak mengenakan hukum hudud ke atas Khalid bin al-Walid 275
18. Melantik Khalifah Umar secara wasiat 276
19. Tidak pernah dilantik oleh Nabi SAW untuk menjalankan mana-mana
misi atau tugasan 277
20. Tidak mengetahui pengertian Al-Abb di dalam al-Qur’an 277
21. Melakukan bidaah selepas Rasulullah SAW 277
16
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
22. Menyesal menjadi seorang manusia 279
23. Mencorobohi rumah Fatimah AS 279
24. Menjatuhi air muka Rasulullah SAW di hadapan Musyrikin 279
25. Tidak membunuh Dhu al-Thadyah 280
26. Mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam al-Qur’an
280
27. Tidak menjatuhi hukum had ke atas pencuri yang kudung satu tangan
dan satu kaki 281
28. Khalifah bukan mesti seorang yang alim 281
29. Tidak pernah melakukan korban (penyembelihan) 282
30. Maksiat ditakdirkan oleh Allah 282
31. Pendapat yang salah adalah daripadaku dan syaitan 283
32. Tidak mempunyai kata pemutus ke atas pemerintahannya 283
33. Dibiarkan dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAW 284
34. Meninggikan suara di hadapan Rasulullah SAW 284
35. Tidak mempunyai sifat jati diri 284
36. Mengundurkan diri (lari) dari menyertai tentera Usamah 286
37. Lari di dalam peperangan Uhud dan Hunain 286
38. Tidak dapat menjelaskan persoalan-persoalan yang dikemukakan
kepadanya 286
39. Tidak mempunyai sifat Istiqamah 287
40. Tidak menghormatri Ahlu l-Kisa’ sepenuhnya 288
41. Tidak menerima kemaksuman Nabi SAW dengan sepenuhnya 288
42. Membenci mereka yang mengamalkan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya
289
Al-Qur’an adalah rujukan semua 289
Rumusan 290
17
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KEEMPAT

D. Jawapan kepada soalan: Siapakah Ahli Sunnah Nabi SAW yang


sebenar (2)? 295
Perbezaan antara sunnah Khalifah Umar dan Sunnah Nabi SAW yang
disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara 295
Jika Khalifah Umar dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka tidak menyalahi atau
membatalkan walaupun satu Sunnah Nabi SAW ia juga
mengandungi beberapa jawapan kepada fatwa No.20. 295

1. Menghalang Nabi SAW dari menulis wasiat/Hadisnya yang terakhir 295


2. Bertengkar di hadapan Nabi SAW, kerana menentang sunnahnya 295
3. Memisahkan Kitab Allah daripada Nabi SAW 295
4. Tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW ketika dia berkata “cukuplah
bagi kami Kitab Allah” 295
5. Mengatakan bahawa Nabi SAW sedang meracau 295
6. Melarang orang ramai dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi SAW
295
7. Memerintahkan supaya Hadis/ Sunnah Nabi SAW dibakar 295
8. Menahan sahabat yang banyak meriwayatkan Sunnah/Hadis Nabi SAW
296
9. Apa itu Hadisdaripada Rasulullah SAW? 296
10. Kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi SAW, kerana Kitab Allah adalah
cukup bagi kami 296
11. Melarang penyebaran Hadis Nabi SAW dan memusnahkannya 297
12. Percaya bahawa sunnahnya adalah lebih baik daripada Sunnah Nabi
SAW 297
13. Menderhakai Nabi SAW bukan bererti menderhakai Allah SWT 297
14. Memusuhi orang yang menghidupkan Sunnah Nabi SAW dan membakar
Hadis/Sunnahnya 298
15. Mengesyaki Nabi SAW dan kaum Muslimin 298
16.Tidak mempunyai sifat kasih sayang kepada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW
298
17. Mengepung dan cuba membakar rumah Fatimah AS 299
18. Memaksa Ali AS memberi baiah kepada Abu Bakar di dalam keadaan
lehernya terikat 299
18
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
19. Wasiat Fatimah AS supaya Umar dan kumpulannya tidak dibenarkan
untuk mengerjakan sembahyang jenazah ke atasnya 300
20. Mengingkari kewafatan Nabi SAW 300
21. Melarang mahar (mas kahwin) yang lebih tinggi 301
22. Mengharamkan haji tamattu‘ 302
23. Tidak melaksanakan hukum hudud ke atas Mughirah bin Syu‘bah yang
dituduh berzina 302
24. Mengintai satu kumpulan di rumah mereka di waktu malam dengan
memasukinya melalui pintu belakang 303
25. Memerintahkan supaya direjam seorangwanita gila (yang berzina) 303
26. Tidak membenarkan orang Islam bukan Arab mewarisi pusaka keluarga
mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab 303
27. Tidak pernah mengadakan korban (penyembelihan) 304
28. Mengakui bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur’an, hukum halal-
haram dan masalah pusaka 304
29. Melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturut-turut 305
30. Menakut-nakut dan menggertak seorang wanita supaya membuat
pengakuan tentang zinanya 305
31. Tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah 305
32. Memerintahkan supaya perpustakaan di Iran dan di Iskandariyah
dibakar atau buku-bukunya dicampak ke laut 306
33. Memerintahkan supaya dipotong pokok baiah Ridhwan 306
34. Mengenakan zakat kuda 306
35.Tidak mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat
sembahyangnya 307
36. Mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi mereka yang
mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah 307
37. Tidak mengetahui faedah Hajr al-Aswad 307
38. Tidak memberi Khumus kepada kerabat Nabi SAW 308
39. Memukul isteri tidak akan dikenakan dosa 308
40. Melarang Hadis “khabar gembira” 309
41. Tidak mengetahui apakah bacaan Nabi SAW di dalam sembahyang Hari
Raya 309
42. Melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rejab 309
43. Tidak membunuh Dhu al-Thadyah 310
44. Tidak boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi 310
45. Menjatuhkan air muka Nabi SAW 311
46. Menjadikan mahar wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk
Baitumal 311
19
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
47. Mempelajari surah al-Baqarah selama 12 tahun 312
48. Menjadikan enam jengkal sebagai ukuran baligh 312
49. Menyesal menjadi seorang manusia 313
50. Menghentikan pemberian zakat kepada muallaf 313
51. Memohon keizinan Aisyah supaya dia disemadikan di sisi Rasulullah
SAW 313
52. Mengakui kegelisahan dan ketakutannya bagi menghadapi Allah SWT
314
53. Berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah menjadi Khalifah
315
54. Menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam
bulan, kemudian melahirkan anak 315
55. Mengenakan hukum had ke atas Ja‘dah dari Bani Sulaim tanpa saksi yang
mencukupi 315
56. Lari di dalam peperangan Uhud, Hunain dan Khaibar 317
57. Mengambil separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya kerana dia
mengesyaki mereka melakukan pecah amanah terhadap Baitulmal 317
58. Memaafkan gabenornya Mu’awiyah di Syria dari membahagi dua
hartanya 318
59. Memerintahkan wanita yang sedang hamil direjam kerana melakukan
zina 318
60. Menjalankan hukum had ke atas Abd al-Rahman pada kali kedua kerana
meminum arak 318
61. Tidak memahami ilmu Faraidh 319
62. Umar adalah orang pertama yang melarang nikah mut‘ah 319
63. Mengenakan had ke atas lelaki badwi yang mabuk kerana meminum
minuman Umar 320
64. Menghalalkan minuman keras al-Tala’ 321
65. Masih meminum minuman keras (arak) pada masa Rasulullah SAW
sehingga turunnya ayat di dalam surah al-Maidah (5): 91 321
66. Mengenakan had tanpa menurut hukum Syarak 323
67. Sesiapa yang berkata bahawa aku seorang yang alim, maka dia adalah
seorang yang jahil 323
68. Tidak menggalakkan kaum Muslimin menziarah Baitul Maqdis 323
69. Membentuk majlis syura yang aneh dan menakutkan 324
70. Berhasrat untuk melantik Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai Khalifah 325
71. Mengubah nama kinayah “Abu Isa” (bapa Isa) 326
72. Menulis surat kepada penduduk Kufah supaya tidak menamakan anak-
anak mereka dengan nama Nabi 326
20
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
73. Mengenakan had ke atas seorang yang berpuasa yang berada di dalam
majlis minuman arak 327
74. Melarang kaum Muslimin menamakan anak-anak mereka dengan nama-
nama malaikat 327
75. Tidak mengetahui tentang hukum seorang yang telah menceraikan
isterinya dengan talak dua di masa jahiliyah 328
76. Mengharamkan perkahwinan selama-lamanya ke atas seorang
perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan hamba lelakinya 798
77. Memukul seorang anak lelakinya yang memakai pakaian yang cantik
dengan cemeti sehingga menangis 328
78. Memukul al-Jarud al-Amiri dengan cemeti 329
79. Tidak mengambil jizyah daripada orang Majusi 329
80. Tidak memahami doa seorang lelaki 330
81. Berhasrat melantik Mu‘adh bin Jabal sebagai Khalifah 330
82. Meludah surat persetujuan Khalifah Abu Bakar 330
83. Mengatakan bahawa menjadi kerabat Rasulullah SAW tidak ada guna
331
84. Bertengkar sehingga meninggikan suara di hadapan Rasulullah SAW
331
85. Memukul dengan cemeti seorang yang bernama Sabigh sehingga
berdarah di belakangnya 332
86. Anda telah berbohong 332
87. Tidak membaca surah al-Fatihah di rakaat pertama 333
88. Menyetubuhi seorang hamba wanitanya pada siang hari bulan
Ramadhan 333
89. Bercakap di dalam sembahyang 334
90.Tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam surah Abasa (80): 32, 802
91. Tidak dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam surah al-Hajj (22):
78 334
92. Tidak mampu memahami ungkapan seorang wanita yang merayu
kepadanya mengenai suaminya 334
93. Tidak memahami pengertian zulmi (kezaliman) di dalam surah al-An‘am
(6): 82 334
94. Menjalankan pemerintahannya secara kasar, agresif dan menakutkan
kebanyakan rakyat 336
95. Membantah Nabi SAW supaya tidak melakukan sembahyang ke atas
jenazah Abdullah bin Ubayy 336
96. Mendesak Rasulullah SAW supaya menyegerakan sembahyang 337
97. Membelangkangi perintah Rasulullah SAW 337
21
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
98. Memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya kepadanya
sesuatu yang menakutkannya 338
99. Mencaci Abu Hurairah, kemudian memukulnya sehingga berdarah 805
100. Mengkritik Nabi SAW (lamiza) dan cara membahagikan harta sadaqah
338
101. Memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikatkan dirinya sendiri
339
102. Khalifah Umar adalah orang pertama yang mengenakan ‘Aul 340
103. Memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Nabi
SAW 340
104. Mengurangkan takbir sembahyang jenazah kepada 4 takbir 340
105. Memberi hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus 341
106. Melarang dan mengharamkan seorang itu “menangis” ke atas mayat
342
107. Menambah hukuman sebat bagi peminum arak 342
108. Menciptakan sembahyang Tarawih pada bulan Ramadhan 342
109. Membuang Hayya ‘ala Khairi l-‘Amal di dalam azan dan iqamah 343
110. Menambah perkataan as-Salatu khairun min al-Naum di dalam azan
subuh 343
111. Tidak dapat menyelesaikan masalah al-Kalalah 343
112. Mengaku kekurangan ilmunya 343
113. Melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardu Asar 809
114. Tidak wajib sembahyang bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air
345
115. Dirahsiakan lokasi makam Fatimah AS daripadanya 345
116. Menyamakan bayaran jizyah 345
117. Tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukan kepadanya oleh
Raja Rom 345
118. Memberi harta-harta dari Baituimal melebihi apa yang sepatutnya
349
119. Tidak menerima kemaksuman Nabi SAW dengan sepenuhnya 349
120. Membenci orang yang mengamalkan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya
349
Al-Qur’an adalah rujukan kepada semua 350
Rumusan 350
22
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KELIMA

E. Jawapan kepada soalan: Siapakah Ahli Sunnah Nabi SAW yang


sebenar (3)? 355
Perbezaan antara sunnah Khalifah Uthman dan Sunnah Nabi SAW yang
disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara 355
Jika Khalifah Uthman dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar, nescaya mereka tidak menyalahi atau membatalkan
walaupun satu Sunnah Nabi SAW 355
1. Melarang kaum Muslimin dari meriwayat danmenulis Sunnah Nabi SAW
355
2. Mendahulukan khutbah hari Raya di dalam sembahyang Hari Raya 355
3. Tidak menjalankan hukum qisas ke atas Ubaidillah bin Umar al-Khattab
355
4. Memberi Khumus Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam 357
5. Mengharamkan haji tamattu‘ 357
6. Memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang
mengandung 6 bulan 357
7. Melakukan sembahyang 4 rakaat di Mina sedangkan Rasulullah SAW
melakukan sembahyang di Mina 2 rakaat 358
8. Lari di dalam peperangan Uhud 358
9. Memukul Abu Dhar dan mengusirnya ke Rabzah 358
10. Memanggil pulang al-Hakam bin al-‘As dari Taif ke Madinah yang diusir
dan dilaknati oleh Rasulullah SAW 359
11. Tidak melaksanakan hukum had ke atas al-Walid bin ‘Uqbah yang
meminum arak 359
12. Tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya
tanpa keluar mani 360
13. Mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah SAW tidak
mewajibkannya 360
14. Memerintahkan gabenor-gabenornya supaya tidak mengqasarkan
sembahyang melainkan mereka yang benar-benar di dalam kesusahan dan
kehadiran musuh 360
15. Memukul Abdullah bin Mas‘ud sehingga patah tulang rusuknya 361
16. Tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan
urusan pemerintahannya 361
17. Mengambil tempat khas (hima) untuk kerabat-kerabatnya 361
23
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
18. Membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na’ilah dan anak
perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal 362
19. Memberi pungutan zakat Qadha‘ah(di Yaman) kepada al-Hakam bin al-
As sebanyak 300.000 Dirham 362
20. Memberi wang Baitulmal kepada Sa‘id bin al-As bin Umayyah 363
21. Mengambil hukum Allah daripada orang yang tidak sepatutnya
sedangkan dia seorang Khalifah 363
22. Menghalalkan dua perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh
pemiliknya 363
23. Menuruti sunnah dua Khalifah sebelumnya 364
24. Memberi harta Baitulmal kepada Abdullah bin Usyad bin Abi al-As 364
25. Mengambil fatwa daripada seorang wanita 365
26. Mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara Khal‘ iddahnya
adalah satu haidh 365
27. membenci mereka yang mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dengan
sepenuhnya 366
Al-Qur’an adalah rujukan semua 366
Rumusan 367

BAHAGIAN KEENAM

F. Jawapan kepada soalan: Siapakah Ahli Sunnah Nabi SAW yang


sebenar (4)? Apakah sikap Khalifah Ali AS terhadap Sunnah tiga
Khalifah sebelumnya dan kelebihan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW? 371
Persamaan sunnah Khalifah Ali AS dengan Sunnah Nabi SAW yang
disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara 371
Ali bersama kebenaran 371
Sunnah Abu Bakar, Umar dan Uthman berbeza dengan Sunnah Rasulullah
SAW 371
Sebab-sebab mereka bertiga tidak mentaati Sunnah Rasulullah SAW
sepenuhnya 371
Pilihan antara Khalifah Maksum dan Khalifah yang tidak maksum 377
Al-Qur’an adalah rujukan semua termasuk Khalifah Ali AS 377
Khalifah-khalifah sebelumku telah mengubah Sunnah-sunnah Rasulullah
SAW 379
Sunnah Khalifah Abu Bakar dan sunnah Khalifah Umar yang menyalahi
Sunnah Nabi SAW menjadi budaya dan ikutan para sahabat 380
Perpecahan umat dan pemimpin yang sesat 380
24
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Para sahabat memilih Sunnah Khalifah Abu Bakar dan Umar dengan
menolak Sunnah Nabi SAW 380
Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar 381
Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dan para sahabat 382
Kelebihan mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW 385
Pujian Rasulullah SAW terhadap Syiah dengan kejayaan di Akhirat 389
Pujian Amir al-Mukminin Ali AS terhadap Syiahnya 391
Rumusan 393

BAHAGIAN KETUJUH

G. Fatwa Syeikh al-Azhar 399


Deklarasi Amman 399
Deklarasi Makkah al-Mukarramah 399
Deklarasi Islamabad 403
Deklarasi Cairo tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam 407

BAHAGIAN KELAPAN

H. Pengubahan al-Qur’an dalam buku-buku Sunni 418


6 perkara besar yang disembunyikan oleh Salafi/Wahabi 418
Implikasi pengharaman Syiah 421
Modus operandi Wahabi bagi menentang Syiah 438
Kata-kata atau ungkapan Khalifah Ali AS terhadap Khalifah-khalifah
sebelumnya 444
Bibliografi 448
Indeks 452
25
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

PENDAHULUAN

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
kepada Muhammad dan keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang
terpilih.

Ada pun kemudian daripada itu, kami bersyukur kepada Allah SWT
kerana dapat menerbitkan buku ini bagi menjawab fitnah Wahabi yang
menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah terhadap Syiah Imamiyyah
Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah yang diperakui oleh fatwa para syeikh al-
Azhar dan Deklarasi Amman.

Hanya Wahabi yang menolaknya kerana mereka mengkafirkan semua


orang Islam selain daripada mereka yang berfahaman Wahabi. Mereka
menyembunyikan Hadis-hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
tentang keburukan dan kekafiran majoriti para sahabat kerana para sahabat
telah mengubah Sunnah Nabi SAW menurut Hadis.

Mereka menyembunyikan penghinaan para sahabat terhadap Nabi


SAW dan Ahlu l-Baitnya AS. Mereka menyembunyikan kelebihan Ahlu l-Bait
AS ke atas para sahabat Rasulullah SAW menurut surah al-Syura (42): 23
“Katakanlah (Muhammad), Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan
(upah) pun atas seruanKu kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”.

Mereka menyembunyikan perbezaan antara “sunnah sahabat” dan


Sunnah Nabi SAW bagi kepentigan sahabat dan bukan bagi kepentingan
Nabi SAW sehingga “sunnah sahabat” mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi
SAW itu sendiri. Dunia Islam di ambang perpecahan secara total jika
semangat perpaduan berasaskan al-Qur’an tidak diteruskan.

Kenapa kita mesti bertengkar sesama Islam untuk menjadi orang yang
pertama memasuki syurga dengan menolak sebahagian al-Qur’an? Kenapa
26
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mereka yang jahil mengambil peranan Tuhan di dalam menentukan nasib
seorang Islam ke neraka? Tidakkah rahmat Tuhan itu luas?

Tidak ada makhluk yang lebih tinggi dan mulia daripada Allah SWT.
Tidak ada manusia yang lebih mulia daripada Rasulullah SAW. Tidak ada
manusia yang lebih mulia selepas Rasulullah SAW selain daripada Ahlu l-
Baitnya yang terkandung di dalam surah al-Ahzab (33): 33, Hadis al-
Thaqalayni, Hadis al-Safinah, Hadis bab al-Hittah dan lain-lain.

Justeru, marilah kita bersatu-Sunni-Syiah-berasaskan surah Ali Imran


(3): 103 “Dan berpegang teguhlan kamu semuanya pada tali (agama) Allah
dan janganlah kamu bercerai berai” kerana setiap perpecahan yang berlaku
di kalangan umat Islam, maka siapakah yang mengambil keuntungan
darinya?

Oleh:

Organisasi Penyatuan Umat Islam Sedunia


Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapore-Brunei Darussalam-
Cabang Asia Tenggara:

222/2m 4, T Phatong, A Thasala, Nakhon Si Thamarrat, Thailand.

15 Januari 2016
27
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN PERTAMA

PENGENALAN

MODUS OPERANDI WAHABI BAGI MENENTANG SYIAH SECARA


RINGKAS:

Menyembunyikan Hadis-hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih


Muslim tentang keburukan dan kekafiran majoriti para sahabat Nabi SAW
dengan menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi SAW.
Menyembunyikan cacian dan penghinaan sahabat terhadap Nabi SAW dan
Ahlul-Baitnya dengan menuduh Syiah mencaci sahabat. Menyembunyikan
para sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi SAW dengan alasan ijtihad
dan menyembunyikan perbezaan antara “sunnah sahabat” dan Sunnah Nabi
SAW sehingga ”sunnah sahabat” mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
dengan mudah bertujuan memadamkan hukum Allah SWT dan Sunnah Nabi
SAW. Justeru, menurut Sunni dan Wahabi, “sunnah sahabat” terutamanya
sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman merupakan akidah atau
agama yang wajib dipatuhi. Sementara Syiah pula menolak “sunnah
sahabat” yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.

A. 1. HADIS-HADIS SEBAGAI JAWAPAN KEPADA FITNAH SALAFI/


WAHABI YANG MENUDUH SYIAH MENGKAFIRKAN PARA SAHABAT
NABI SAW ITU BOLEH DIDAPATI DI DALAM SAHIH AL-BUKHARI DAN
SAHIH MUSLIM ITU SENDIRI, TETAPI IA DISEMBUNYIKAN DARIPADA
PENGETAHUAN UMUM DI NUSANTARA. HADIS-HADIS TERSEBUT
SENGAJA DITINGGALKAN TERJEMAHANNYA DI DALAM BAHASA
IBUNDA. MALAH TIDAK DISEBUT OLEH PARA ULAMA AHLI SUNNAH
WAL-JAMA‘AH DAN WAHABI KEPADA UMUM UMAT ISLAM DI
NUSANTARA BAGI TUJUAN MENUTUPI PARA SAHABAT YANG TELAH
DIKAFIRKAN OLEH NABI SAW SENDIRI KERANA MEREKA TELAH
MENGUBAH SUNNAHNYA DENGAN MENUDUH SYIAH MENGKAFIRKAN
PARA SAHABATNYA PULA. SEDANGKAN NABI SAW SENDIRI YANG
TELAH MENGKAFIRKAN MEREKA MENURUT HADIS.

Sebenarnya Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim telah mencatat


kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi SAW di dalam
28
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sahih-Sahih mereka kerana sahabat telah mengubah atau menukar Sunnah
Nabi SAW.

Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah pula telah menjadikan “sunnah


sahabat” yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sebagai akidah
bagi mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Justeru, sesiapa yang
tidak mematuhi sunnah sahabat, menurut mereka, dikira sesat kerana
sunnah sahabat merupakan perkara pokok (Usuluddin) secara tersirat atau
tersurat.

Sebahagian mereka pula telah menjadikan pegangan (mazhab) Ahli


Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas agama Islam dari sudut akidah, syariah
dan akhlak. Sementara al-Qur’an dan Hadis dibuang atau dipinggirkan
sebagai sumber hukum Islam. Justeru, rukun Islam dan rukun Iman Sunni
adalah “subordinate” kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang
berasaskan sunnah sahabat dari sudut amali. Justeru, mereka berkata
bahawa perbezaan antara Sunnah dan Syiah adalah masalah pokok
(usuluddin) dan bukan masalah cabang (furu’).

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab al-Riqaq, bab fi al-Haudh hlm. 379-


386 menyatakan bahawa majoriti para sahabat Rasulullah SAW telah
menjadi kafir-murtad selepas kewafatannya. Hanya segelintir daripada
mereka terselamat sebagaimana di dalam Hadis 587. Sebab yang
dikemukakan oleh baginda Rasulullah SAW adalah kerana para sahabat
telah mengubah Sunnahnya sebagaimana di dalam Hadis 578, 584, 585,
586.

Muslim di dalam Sahihnya, Kitab al-Fadha’il, bab fi Ithbati Haudhi al-


Nabi SAW menyatakan bahawa majoriti para sahabat Nabi SAW telah
menjadi murtad selepas kewafatan Nabi SAW kerana mereka telah
mengubah Sunnah Nabi SAW. Hanya sedikit sahaja daripada mereka yang
terselamat Hadis 29 (2295), Hadis 26 (2290), Hadis 27 (2293), Hadis 28
(2294), Hadis 32 (2297) dan Hadis 40 (2304) (Sahih Muslim, hlm. 230).

(i) Perlu dinyatakan bahawa “bab fi al-Haudh” di dalam Sahih al-


Bukhari dan bab fi Ithbati Haudhi al-Nabi SAW di dalam Sahih Muslim
sengaja ditinggalkan (dibuang) terjemahannya di dalam bahasa ibunda,
kemungkinan oleh para penterjemah atau Penguasa Agama Islam
/Kementerian Agama Islam.
29
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

(ii) Justeru, di manakah amanah ilmiyah, dan pertanggungjawapan


mereka (iii) sehingga membiarkan Wahabi mengambil peluang memfitnah
Syiah mengkafirkan sahabat?

(iv) Tidakkah Nabi SAW sendiri yang telah mengkafirkan majoriti para
sahabatnya di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim (v) kerana mereka
telah mengubah atau merubah Sunnahnya?

(vi) Jika terjemahannya dilakukan dengan jujur, maka masalah ini


dapat dikurangkan kerana ia boleh diketahui dan dibaca terjemahannya di
dalam bahasa ibunda di peringkat awal persekolahan lagi.

(vii) Soalnya: Kenapakah mereka tidak menterjemah Kitab al-Riqaq,


bab fi al-Haudh di dalam Sahih al-Bukhari dan Kitab al-Fadha’il, bab fi Ithbati
Haudhi al-Nabi SAW wa sifati-hi ke dalam bahasa ibunda?

(viii) Tidakkah tindakan sedemikian menepati sebahagian dari


pengertian Tahrif kepada Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim di Nusantara
(ix) dilakukan oleh Sunni sendiri? (x) sehingga majoriti Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah di Nusantara tidak mengetahuinya?

(xi) Atau mereka menyembunyikannya bagi menyelamatkan akidah


mereka bahawa semua sahabat adalah adil?

(xii) Kenapa mereka harus berbohong tentang keadilan sahabat yang


mana sahabat sendiri tidak mempercayainya?

(xiii) Di manakan kata-kata mereka bahawa semua Hadis di dalam


Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu sahih?

(xiv) Jika semua Hadis di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu
sahih, (xv) kenapakah mereka tidak mengatakan bahawa Nabi SAW sendiri
(kadang-kadang) telah mengkafirkan majoriti para sahabatnya (xvi) kerana
para sahabat telah mengubah Sunnahnya selepas kewafatannya?? (xvii)
Adakah “mengubah Sunnah Nabi SAW” bukan suatu dosa besar oleh Sunni
dengan alasan ijtihad?
30
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(xviii) Tidakkah bukti akademik tentang perbuatan para sahabat yang
menyalahi al-Qur’an dan Hadis Rasulullah SAW itu tercatat di dalam buku-
buku muktabar Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sendiri (xix) di samping buku-
buku Syiah? (xx) Kenapa menolaknya pula?

(xxi) Di Nusantara secara khusus, tidakkah Wahabi masih mengatakan


bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW sebagai alasan
bagi menyebar ajaran Wahabi mereka? (xxii) Gempur Syiah, sebar Wahabi?
(xxiii) Atau mereka tidak mengetahui kewujudan Kitab al-Riqaq, bab fi al-
Haudh di dalam Sahih al-Bukhari dan Kitab al-Fadha’il, bab fi Ithbati Haudhi
al-Nabi SAW wa sifati-hi di dalam Sahih Muslim tentang kekafiran majoriti
para sahabat? (xxiv) Atau kepercayaan harian mereka berbeza dengan apa
yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim? (xxv) Atau
sebahagian Hadis di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu tidak
dipercayai oleh mereka sendiri?

A. 2. Penyaksian Nabi SAW bahawa para sahabat mengejar khazanah


bumi seperti manusia biasa:

Al-Bukhari meriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi


SAW pada suatu hari telah keluar dan mengerjakan sembahyang jenazah ke
atas syuhada’ Uhud kemudian baginda SAW menaiki mimbar (masjid) dan
bersabda: Aku mendahului kamu dan aku adalah saksi ke atas kamu,
sesungguhnya aku sekarang sedang melihat kepada Haudhku (kolamku)
dan aku dikurniakan kunci khazanah bumi (kunci bumi) dan sesungguhnya
aku, demi Tuhan, tidak takut (tidak khuatir) kamu bersekutu dengan Allah
(menjadi syirik) selepasku, tetapi aku takut (khuatir) ke atas kamu
(menentang sebahagian daripada kamu) kerana berlumba-lumba
mengejarnya (khazanah bumi), sila lihat teks Hadis no. 590, bab fi al-Haudh
bersama terjemahan bahasa Inggeris.

Renungan: Jika penyaksian Nabi SAW sendiri bahawa para sahabatnya


akan bertengkar sesama sendiri kerana mereka berlumba-lumba mengejar
khazanah dunia, maka para sahabat adalah seperti manusia biasa, tidak ada
keistimewaan di sisi Allah dan Rasul-Nya jika mereka melakukan perbuatan
yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis. Perlu dinyatakan bahawa para sahabat
wajib mematuhi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya (100%)
kerana mereka bukan kebal di hadapan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.
31
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Justeru, para sahabat tidak boleh mengatasi Firman-Nya di dalam
surah al-Ahzab (33): 35 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan
mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-
Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan
Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”
Justeru, Hadis tersebut adalah menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah yang menyatakan bahawa semua sahabat itu adil. Justeru, ia
merupakan sebuah pembohongan menurut Hadis.

A. 3. Berikut adalah Teks Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab fi al-


Haudh tentang kekafiran majoriti para sahabat Rasulullah SAW yang
disembunyikan daripada pengetahuan umum umat Islam di Nusantara
dan ditinggalkan terjemahannya dalam bahasa ibunda oleh para
ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi di Nusantara bagi tujuan
menutupi para sahabat yang telah dikafirkan oleh Nabi SAW kerana
mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW dengan menuduh Syiah
mengkafirkan para sahabat pula. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri
yang telah mengakfirkan majoriti para sahabatnya kerana mereka
telah mengubah Sunnahnya menurut Hadis seperti berikut:
32
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
33
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
34
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
35
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
36
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
37
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
38
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

A. 4. Terjemahan beberapa hadis dari Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq,


Bab fi al-Haudh yang sengaja ditinggalkan terjemahannya dalam
bahasa ibunda dan disembunyikan daripada pengetahuan umum di
Nusantara. Malah Hadis-hadis tersebut tidak disebut oleh para ulama
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi kepada masyarakat umum di
Nusantara bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah dikafirkan
oleh Nabi SAW kerana mereka telah mengubah Sunnahnya dengan
menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi SAW. Sedangkan Nabi
SAW sendiri yang telah mengkafirkan mejoriti para sahabatnya kerana
mereka telah mengubah Sunnahnya menurut Hadis:

i. Hadis No. 587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
Manakala aku sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang
kepadaku. Apabila aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat)
keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari.
Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah.
Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka
telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (inna-hum
irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru aku tidak melihat
mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang
sesat daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu
hamali n-Na‘am).

ii. Hadis No. 578. Daripada Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda: Aku
akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan
dibawa di hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.
Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku
(ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang
dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri
ma ahdathu ba‘da-ka).

iii. Hadis No. 584. Daripada Anas daripada Nabi SAW bersabda:
Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai
atau Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa
jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda: Para sahabatku (ashabi)!
Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu
ba‘da-ka).
39
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
iv. Hadis No. 585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi
SAW Nabi SAW bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa
yang akan melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak
akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang
aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang di antaraku
dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy berkata selepas
mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl?
Aku menjawab: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-
Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi SAW
bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi). Maka
dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: Jauh! Jauh!
(daripada rahmat Allah) atau ke Neraka mereka yang telah mengubah atau
menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man
ghayyara ba‘di)”.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekumpulan


daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat. Kemudian
mereka akan diusir jauh dari Haudh. Maka aku akan bersabda: Wahai
Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda
meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka)
Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu ‘ala
a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy).

v. Hadis No. 586. Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi SAW bersabda:
Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan
mereka akan dipisahkan dari Haudh. Maka aku berkata: Wahai Tuhanku!
Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya
anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda
meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke
belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala
Adbari-ka l-Qahqariyy).
40
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

A. 5. Tuduhan Salafi/Wahabi bahawa Syiah mencaci para sahabat


Nabi SAW itu adalah bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah
mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW itu sendiri
sebagaimana dicatat di dalam Sahih al-Bukhari.
Berikut adalah Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan
bahasa Inggeris tentang penyaksian para sahabat Nabi SAW
bahawa mereka telah mencaci, menghina, menyakiti Nabi SAW dan
mengubah Sunnah Nabi SAW, tetapi ia disembunyikan daripada
pengetahuan umum umat Islam di Nusantara oleh para ulama Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi bagi tujuan menutupi para
sahabat yang telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW
dengan menuduh Syiah mencaci dan mengkfir para sahabat pula:
41
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
42
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
43
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
44
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
45
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
46
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
47
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
48
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
49
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
50
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
51
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
52
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
53
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
54
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
55
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
56
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
57
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

A. 6. Berikut adalah terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang


penyaksian para sahabat bahawa mereka telah mencaci dan menghina
Nabi SAW. Mereka beriktikad bahawa Nabi SAW adalah seorang yang
tidak jujur dalam pembahagian (harta) bukan kerana Allah. Mereka
menganggap bahawa mereka lebih alim dan lebih bertakwa daripada
Nabi SAW. Penyaksian para sahabat bahawa mereka telah mengubah
Sunnah Nabi SAW sehinggakan sembahyang (al-Salah). Khalifah
Uthman adalah orang pertama yang telah mengubah Sunnah Nabi
SAW mengenai sembahyang (al-Salah). Pengakuan para sahabat
bahawa mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW kerana politik
keduniaan. Atau menggunakan agama untuk tujuan politik duniawi.
Pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW
58
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dan persahabatan mereka dengan beliau SAW tidak menjamin mereka
dari seksaan neraka.

Sahabat telah mengubah Sunnah Nabi SAW dengan mematuhi dan


meredai sunnah Khalifah Umar. Khalifah Umar pernah mengesyaki
kenabian Nabi Muhammad SAW selepas Islamnya. Khalifah Umar telah
menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya atau Sunnahnya dengan
mengatakan bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat atau meracau
(yahjuru) menurut satu riwayat. “Kitab Allah adalah cukup untuk kita”.
Justeru Khalifah Umar adalah orang pertama yang telah menolak
Sunnah Nabi SAW, mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW.
Justeru, Khalifah Umar telah mengakui sebab kegelisahannya dan
ketakutannya bagi menghadapi azab Allah SAW. Semua perlakuan
buruk para sahabat dalam Hadis-hadis tersebut disembunyikan
daripada pengetahuan umum di Nusantara oleh para ulama Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi bagi tujuan menutupi keburukan
para sahabat termasuk mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW
itu sendiri dengan menuduh Syiah mencaci dan mengkafirkan para
sahabat pula:

1. Sahabat telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dengan


menyatakan bahawa Nabi SAW adalah seorang yang tidak jujur dalam
pembahagian harta bukan kerana Allah SWT.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ‘Abdullah berkata: Nabi SAW


telah membahagi-bahagikan (harta) pembahagian sebagaimana beliau
sering melakukannya. Tiba-tiba seorang lelaki (sahabat) daripada Ansar
berkata: “Demi Allah, (cara) pembahagian tersebut bukanlah dilakukan
kerana Allah” Aku berkata: Aku pasti akan memberitahu perkara ini kepada
Nabi SAW. Maka aku pun mendatanginya ketika itu beliau berada di
samping para sahabatnya. Lalu aku memberitahu beliau secara sulit.
Perkara tersebut amatlah berat ke atas Nabi SAW, lalu warna muka beliau
berubah dan menjadi merah sehingga aku menyesal memberitahukannya.
Kemudian beliau bersabda: Musa disakiti lebih daripada ini, tetapi dia tetap
bersabar” (al-Bukhari, Sahih, viii, Hadis No. 122, hlm. 78). Hadis tersebut
adalah menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang mengatakan
bahawa semua sahabat adalah adil (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).
59
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mencaci, menghina dan
menyakiti Nabi SAW kerana menuduh Nabi SAW tidak adil dalam
pembahagian harta, menurut Sahih al-Bukhari, kenapa Sunni dan Wahabi
memusuhi Syiah kerana mempertahankan Nabi SAW apabila beliau dicaci
dan dihina oleh sahabatnya dan mereka menuduh Syiah mencaci sahabat
pula?

Adakah Nabi SAW boleh dicaci dan dihina oleh sahabatnya sementara
sahabat pula tidak boleh dicaci dan dihina oleh bukan sahabat walau pun
sahabat telah mencaci dan menghina Nabi SAW? Ini bererti sahabat itu
lebih mulia dan lebih tinggi daripada Nabi SAW. Malah sahabat itu adalah
lebih mulia dan lebih tinggi daripada Tuhan? Di manakah cinta mereka
kepada Nabi SAW, jika dibandingkan cinta mereka kepada Sahabat??
Persoalannya: Bolehkah sahabat mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-
Ahzab (33): 57 “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya,
nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia
menyediakan mereka seksa yang menghinakan (mereka)” ?

Ini bererti sesiapa -termasuk sahabat- yang menyakiti Allah dan Rasul-
Nya walau dengan apa cara sekalipun, dilaknati Allah, Rasul-Nya, para
Malaikat-Nya dan Mukminin. Sama ada dengan menentang hukum Allah dan
Sunnah Nabi-Nya atau menghina Allah dan Rasul-Nya dengan membatalkan
hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya di atas alasan maqasid al-Syari‘ah.
Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah Ahli Sunnah sahabat.

2. Sahabat telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dan


menganggap mereka lebih alim dan lebih bertakwa kepada Allah
daripada Nabi SAW itu sendiri.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Aisyah berkata: Nabi SAW


telah melakukan sesuatu dan menggalakkan para sahabatnya supaya
melakukannya, tetapi sebahagian daripada mereka tidak mahu
melakukannya. Apabila berita mengenainya sampai kepada Nabi SAW,
maka beliau menyampaikan khutbah dan memuji Allah SWT, kemudian
bersabda: Apa telah terjadi kepada mereka yang tidak mahu melakukan
perkara yang aku sendiri melakukannya? Demi Allah, aku lebih mengetahui
(alim) tentang Allah daripada mereka dan akulah orang yang paling
bertakwa kepada-Nya daripada mereka (al-Bukhari, Sahih, viii, Hadis No.
60
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
123, hlm. 79). Hadis tersebut adalah bertentangan dengan akidah Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyatakan bahawa semua sahabat adalah baik
dan adil (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).

Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mencaci dan menghina


Nabi SAW menurut Sahih al-Bukhari kerana beranggapan bahawa mereka
adalah lebih alim dan lebih bertakwa daripada Nabi SAW, kenapa Sunni dan
Wahabi memusuhi Syiah yang mempertahankan Nabi SAW apabila beliau
SAW dicaci dan dihina oleh sahabatnya kemudian mereka menuduh Syiah
mencaci sahabat pula? Adakah Nabi SAW boleh dicaci dan dihina oleh
sahabatnya sementara sahabat pula tidak boleh dicaci dan dihina oleh
bukan sahabat walau pun sahabat tersebut telah mencaci dan menghina
Nabi SAW?

Adakah ia bererti sahabat Nabi SAW itu lebih mulia dan lebih tinggi
daripada Nabi SAW itu sendiri, malah sahabat itu adalah lebih mulia dan
lebih tinggi daripada Tuhan? Di manakah cinta mereka kepada Nabi SAW,
jika dibandingkan dengan cinta mereka kepada Sahabat??

Persoalannya: Apakah sahabat boleh mengatasi Firman-Nya di dalam


surah al-Ahzab (33): 35 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan
mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-
Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan
Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”

Ini bererti sesiapa –termasuk sahabat-yang mendurhakai Allah dan


Rasul-Nya; sama ada melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum
Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta tidak melakukan konsep “Amru Ma’ruf
Nahyu Munkar”, maka mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa
yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka para Malaikat dan Mukminin akan
melaknati mereka. Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah sahabat.

3. Penyaksian sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah


Rasulullah SAW sehinggakan sembahyang (al-Salah).

Al-Bukhari telah meriwiyatkan bahawa Anas bin Malik berkata: Aku


tidak dapati (hari ini) sesuatu pun yang (telah dilakukan) pada masa
Rasulullah SAW” Seorang bertanya: Al-Salah (sebagaimana ia telah
61
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dilakukan), Anas berkata: Tidakkah kalian melakukan apa yang kalian telah
melakukannya (alaisa sana’tum ma sana‘tum)?

Al-Zuhri berkata: Dia telah menziarah Anas Bin Malik di Damaskus dan
mendapatinya pada masa itu sedang menangis, lalu dia bertanya kepadanya:
Kenapakah anda menangis? Dia menjawab: Aku tidak mendapati atau
mengetahui sesuatu yang lebih baik daripada sembahyang (al-Salah) pada
masa Rasulullah SAW, tetapi kini ia dihilangkan/diubah (tidak dilakukan
sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAW) (al-Bukhari, Sahih, i,
Hadis No. 507, bab tadhyi‘ al-Salah, hlm. 301).

Riwayat al-Bukhari tersebut menunjukkan pengakuan sahabat Anas


Bin Malik bahawa Sunnah-sunnah Rasulullah SAW telah diubah sehinggakan
sembahyangc(al-Salah) yang mana ia tidak dilakukan sebagaimana
dilakukan oleh Rasulullah SAW. Anas Bin Malik amat menyesali sikap para
sahabat Rasulullah SAW yang melakukan sedemikian (sila lihat teks Sahih
al-Bukhari).

Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi


SAW termasuk sembahyang menurut Sahih al-Bukhari, kenapa Sunni dan
Wahabi memusuhi Syiah kerana mempertahankan Sunnah Nabi SAW
apabila ia diubah oleh sahabat termasuk sembahyang cara Nabi SAW seperti
sembahyang dengan tangan lurus, tidak membaca amin dalam Fatihah,
melakukan sembahyang jamak tanpa musafir, tidak melakukan sembahyang
Terawih dalam bulan Ramadan, menyapu dua kaki dalam wuduk bukan
basuh, umpamanya.

Kemudian mereka menuduh Syiah sesat kerana sembahyang Syiah


berbeza dengan sembahyang Sunni dan wuduk Syiah berbeza dengan
wuduk Sunni. Sedangkan ia adalah cara sembahyang Nabi SAW dan wuduk
Nabi SAW yang telah diubah oleh sahabat sebagaimana diungkap oleh
Khalifah Ali AS apabila beliau berkata: Khalifah-khalifah sebelumku telah
melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan
sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan
mengubah Sunnah-sunnah beliau”. Apakah nilai al-Qur’an kepada sahabat
dan pemuja sahabat jika mereka dapat mengatasinya pula? Persoalannya:
Bolehkah para sahabat menyalahi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab
(33): 35 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak)
memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan
62
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia
telah sesat dengan kesesatan yang nyata”? Justeru, mereka bukan Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah ahli Sunnah sahabat.

4. Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mengubah Sunnah


Rasulullah SAW mengenai sembahyang (al-Salah).

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Khalifah Uthman telah


mengubah Sunnah Nabi SAW. Pada masa hidupnya, Nabi SAW telah
bersembahyang (solat) di Mina 2 rakaat Qasar, begitu juga Khalifah Abu
Bakar, Umar dan Uthman pada awal pemerintahannya. Kemudian dia
(Uthman) melakukan 4 rakaat di Mina tanpa Qasar. Sila lihat Hadis 188-190.
Muslim juga meriwayatkan bahawa Aisyah bersembahyang 4 rakaat di Mina
kerana menuruti Khalifah Uthman. Sahih Muslim, II, hlm.143 “Kitab salatul
Musafir”.

Justeru, mereka berdua telah mengubah Sunnah Nabi SAW yang


melakukan Qasar di Mina. Kemudian Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menuruti
mereka berdua. Sedangkan sembahyang di Mina wajib dilakukan secara
Qasar bagi menepati al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Justeru, Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah adalah mereka yang mengutamakan sunnah (bidaah) sahabat
daripada Sunnah Nabi SAW. Dan inilah antara akidah Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah.

Renungan: Jika Khalifah Uthman telah mengubah Sunnah Nabi SAW


menurut Sahih al-Bukhari, kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah yang
mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia diubah oleh Khalifah Uthman
tentang sembahyang jamak, kemudian mereka menuduh Syiah sesat dan
mencaci sahabat pula? Adakah ia bererti Khalifah Uthman itu lebih mulia
dan lebih tinggi daripada Nabi SAW, malah Khalifat Uthman itu adalah lebih
mulia dan lebih tinggi daripada Tuhan?

Apakah nilai al-Qur’an kepada sahabat dan pemuja sahabat jika mereka
dapat mengatasinya pula? Di manakah cinta mereka kepada Nabi SAW, jika
dibandingkan dengan cinta mereka kepada sahabat?? Persoalannya: Apakah
Khalifah Uthman boleh mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab
(33): 35 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak)
memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan
urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia
63
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
telah sesat dengan kesesatan yang nyata” ?. Justeru, mereka bukan Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah ahli Sunnah sahabat.
Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah Ahli Sunnah Khalifah Uthman.

5. Pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Nabi


SAW kerana politik duniawi. Atau mereka telah menggunakan agama
untuk tujuan politik duniawi.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Abu Sa‘id al-Khudri berkata


bahawa Nabi SAW biasanya keluar pada hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha
ke Musalla. Perkara pertama beliau SAW lakukan adalah sembahyang.
Apabila selesai sembahyang, beliau berdiri di hadapan orang ramai. Maka
orang ramau duduk dalam saf-saf mereka. Kemudian beliau memberi
nasihat kepada mereka, malah memerintahkan mereka. Selepas itu, jika
ingin menghantar tenteranya, beliau memerintahkannya. Atau jika ingin
memerintahkan sesuatu, beliau melakukannya, kemudian beliau pulang.

Abu Sa‘id berkata: Orang ramai mengikuti Sunnah Nabi SAW


sedemikian sehingga aku keluar bersama Marwan, gabenor Madinah, untuk
mengerjakan sembahyang Aidil Adha atau Aidil Fitri. Apabila kami sampai
ke Musalla, di sana terdapat satu mimbar yang telah dibuat oleh Kathir bin
Salt. Marwan ingin menaiki mimbar sebelum dia sembahyang, maka aku
pun menarik pakaiannya, tetapi dia menariknya kembali.

Kemudian dia terus menaiki mimbar, lalu memberi khutbah sebelum


melakukan sembahyang. Aku berkata kepadanya: Demi Tuhan, anda telah
mengubah Sunnah Nabi SAW. Dia menjawab: Wahai Abu Sa‘id! Apa yang
anda ketahui itu hilang begitu saja. Aku pun berkata: Apa yang aku
mengetahuinya adalah lebih baik daripada apa yang aku tidak
mengetahuinya. Dia menjawab: Orang ramai tidak akan (duduk) mendengar
khutbah kita selepas sembahyang (sila lihat Hadis no. 76). Justeru, ia
menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang percaya bahawa semua
sahabat adalah menjadi ikutan dan adil.

Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi


SAW termasuk sembahyang kerana politik duniawi, menurut Sahih al-
Bukhari, kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah kerana
mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia diubah oleh sahabat
64
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
termasuk sembahyang? Apakah nilai al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
kepada sahabat dan pemuja sahabat jika mereka dapat mengatasinya pula?
Apakah Khalifah Marwan telah mengambil agama Tuhan sebagai permainan
dan senda-gurau sebagaimana firman-Nya dalam surah al-A‘raf (7): 51
“(yaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan
senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Maka pada hari
ini (Kiamat), Kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu
melupakan pertemuan hari ini, dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat
Kami”? Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah ahli Sunnah sahabat.

6. Pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah


Rasulullah SAW dan persahabatan mereka dengannya tidak menjamin
mereka dari seksaan neraka.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa al-Barra’ Bin ‘Azib


menyatakan bahawa para sahabat telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW
selepas kewafatan baginda SAW. Dan persahabatan mereka dengan
Rasulullah SAW tidak dapat membantu mereka kerana mereka telah
menyalahi Sunnahnya.

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku telah


berjumpa dengan al-Barra’ Bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah
beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat dengan Nabi SAW (sahab-
ta al-Nabi) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai
anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang telah kami
lakukan (ahdath-na-hu) selepasnya” (al-Bukhari, Sahih, v, Hadis No. 488,
hlm. 343).

Renungan: Jika sahabat yang hampir dengan Nabi SAW dan telah
memberi baiah kepada beliau di bawah pokok seperti al-Barra’ bin ‘Azib,
menurut Sahih al-Bukhari, telah memperakui bahawa beliau dan para
sahabatnya telah mengubah Sunnah Nabi SAW ketika al-Musayyab berkata
kepadanya: Aku telah berjumpa dengan al-Barra’ Bin ‘Azib RA, lalu aku
berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat dengan
Nabi SAW (sahab-ta al-Nabi) dan membaiahnya di bawah pokok.

Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak


mengetahui apa yang telah kami lakukan (ahdath-na-hu) selepasnya” (al-
65
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Bukhari, Sahih, v, Hadis No. 488, hlm. 343), kenapa Sunni dan Wahabi
memusuhi Syiah kerana mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia
diubah oleh para sahabatnya ? Sedangkan persahabatan mereka dengan
Nabi SAW tidak menjamin mereka dari seksaan neraka menurut Hadis.
Justeru, keredaan Tuhan kepada mereka dalam baiah Ridwan tidak
menjamin mereka dari seksaan neraka jika mereka mengubah Sunnah Nabi
SAW. Hadis ini menunjukkan bahawa pengubahan Sunnah Nabi SAW oleh
para sahabatnya atas alasan ijtihad tidak boleh diterima kerana ia adalah
dosa besar yang boleh membawa mereka ke neraka menurut Hadis.

Justeru, riwayat al-Bukhari tersebut adalah menyalahi akidah Ahli


Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyatakan bahwa semua sahabat adalah adil. Ia
direka bagi kepentingan politik keduniaan sehingga ia menjadi suatu bentuk
penjajahan mental yang halus sehingga ia sukar dikikis dari pemikiran Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dan golongan Wahabi (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).
Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah ahli Sunnah sahabat.

7. Sahabat telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW dengan mematuhi


dan meredai sunnah Khalifah Umar

Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Syaqiq Bin Salmah, dia berkata:


Aku bersama Abdullah Bin Musa. Abu Musa berkata kepadanya: Apa
pendapat anda, wahai Abu ‘Abdal-Rahman apabila seorang itu berada di
dalam junub (janabah), kemudian dia tidak mendapati air, bagaimana dia
harus melakukannya? Abdullah berkata: Dia tidak payah sembahyang
sehingga dia mendapati air.

Abu Musa berkata lagi: Apa pendapat anda tentang kenyataan ‘Ammar
(yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melakukan tayammum)
yang mana Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Lakukanlah tayammum
kerana ia memadai” ‘Abdullah menjawab: Tidakkah anda fikir bahawa Umar
tidak berpuas hati dengan kenyataan ‘Ammar?

Abu Musa menjawab: Tinggalkan kenyataan ‘Ammar, tetapi apa


pendapat anda tentang ayat tayammum (fa-tayammamu sa‘idan tayyiban)
surah al-Ma’dah (5): 6? Abdullah tidak menjawab, kemudian dia berkata:
Jika kita membenarkan tayammum, mungkin mereka akan melakukannya
meskipun air boleh didapati terutamanya apabila seorang itu mendapati air
66
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
ketika itu dalam keadaan sejuk. Maka aku pun berkata kepada Syaqiq:
Adakah Abdullah tidak mahu melakukan tayammum kerana ini? Dia
menjawab: Ya. (al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 342, hlm. 207-208).

Renungan: Jika Khalifah Umar telah mengubah Sunnah Nabi SAW dan
hukum al-Qur’an tentang seorang yang berada di dalam junub (janabah),
kemudian dia tidak mendapati air, maka dia tidak payah sembahyang
dengan melakukan Tayammum sehingga dia mendapati air, menurut Sahih
al-Bukhari, kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah kerana
mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia diubah oleh Khalifah Umar?
Kemudian mereka menuduh Syiah mencaci sahabat pula? Adakah ia bererti
Khalifah Umar itu lebih mulia dan lebih tinggi daripada Nabi SAW, malah
beliau adalah lebih mulia dan lebih tinggi daripada Tuhan? Apakah nilai al-
Qur’an kepada sahabat dan pemuja sahabat, jika mereka dapat
mengatasinya pula? Di manakah cinta mereka kepada Nabi SAW, jika
dibandingkan dengan cinta mereka kepada sahabat?

Riwayat tersebut menunjukkan bahawa sahabat tidak meredai hukum


Allah SWT dan Sunnah Nabi-Nya kerana mereka lebih meredai sunnah
Umar. Dan Khalifah Umar sendiri tidak berpuas hati dengan Sunnah Nabi
SAW sebagaimana dinyatakan oleh ‘Abdullah. Oleh itu, Khalifah Umar telah
menolak Sunnah Nabi SAW dengan menciptakan sunnahnya sendiri; tidak
payah sembahyang jika tidak ada air. Persoalannya: Bolehkah Khalifah
Umar mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 35 “Tidak ada
bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan
mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa
yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan
kesesatan yang nyata”? Justeru, tidak hairanlah jika kita dapati Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah lebih mematuhi sunnah Umar dari Sunnah Nabi SAW.
Tidakkah begini akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah? (sila lihat teks Sahih al-
Bukhari). Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar,
malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

8. Khalifah Umar pernah mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW


selepas Islamnya?

Al-Bukhari telah meriwiyatkan bahawa Khalifah Umar berkata: Aku


telah berjumpa dengan Nabi SAW dan berkata: Tidakkah anda benar-benar
Nabi Allah (alas-ta nabiyya llahi haqqan) ? Beliau SAW menjawab: Ya. Aku
67
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
berkata lagi: Tidakkah kita di atas kebenaran dan musuh kita di atas
kebatilan? Beliau menjawab: Ya. Aku berkata: Kenapakah kita mesti
merendah diri di dalam agama kita? Beliau SAW menjawab: Sesungguhnya
aku ini Rasulullah (inni rasulullah) dan aku tidak mendurhakaiNya dan
Dialah pembantuku. Aku pun berkata: Tidakkah anda telah memberitahu
kami sesungguhnya kita akan mendatangi Ka‘bah dan melakukan Tawaf?

Beliau SAW menjawab: Ya, tetapi adakah aku telah memberitahu anda
bahawa kita akan mendatangi Ka‘bah pada tahun ini? Aku menjawab: Tidak.
Beliau SAW berkata: Sesungguhnya anda akan menziarah Ka‘bah dan
melakukan Tawaf. Dia berkata: Aku pun mendatangi Abu Bakar. Maka aku
pun bertanya kepadanya: Tidakkah beliau ini Nabi Allah yang sebenar?
(alaisa hadha nabiyyu llahi haqqan) ? Dia (Abu Bakar) menjawab: Ya. Aku
berkata: Tidakkah kita di atas kebenaran dan musuh kita di atas kebatilan?
Dia menjawab: Ya. Aku berkata lagi: Kenapakah kita merendah diri dalam
agama kita?
Dia menjawab: Wahai Umar! Sesungguhnya beliau itu adalah
Rasulullah (inna-hu la-rasulullah), beliau tidak mendurhakai Tuhannya dan
Dialah pembantunya. Oleh itu, berpeganglah kepadanya, kerana beliau di
atas kebenaran. Aku berkata: Tidakkah beliau memberitahu kepada kita
sesungguhnya kita akan mendatangi Ka‘bah dan melakukan Tawaf? Dia
menjawab: Ya. Adakah beliau SAW memberitahu anda sesungguhnya anda
akan mendatangi Ka‘bah pada tahun ini? Aku menjawab: Tidak. Beliau SAW
berkata: Sesungguhnya anda akan mendatanginya dan melakukan Tawaf”
(al-Bukhari, Sahih, iii, Hadis No. 891 bab al- Syurut fil-Jihad, hlm. 565-569,
Muslim, Sahih, iv, hlm. 12, 14).

Di dalam riwayat yang lain pula, Khalifah Umar berkata: Aku tidak
mengesyaki kenabian Muhammad seperti syak aku pada hari al-
Hudaibiyyah (ma syakak-tu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma
al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki
kenabian Nabi Muhammad SAW, tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah
adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada syak-syak
sebelumnya (sila lihat, Kitab Muktamar Ulama Baghdad, hlm. 33 dan lain-
lain). Justeru Khalifah Umar lebih mempercayai Khalifah Abu Bakar
daripada Rasulullah SAW itu sendiri (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).

Renungan: Soalan-soalan yang dikemukakan oleh Khalifah Umar


kepada Nabi SAW itu menunjukkan bahawa beliah telah mengesyaki
68
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kenabian Nabi Muhammad SAW itu sendiri umpamanya “Tidakkah anda
benar-benar Nabi Allah (alas-ta nabiyya llahi haqqan)? Beliau SAW
menjawab: Ya. Malah Khalifah Umar sentiasa mengesyaki Nabi SAW, tetapi
syaknya kepada Nabi SAW pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih besar. Dan
ia juga menunjukkan bahawa Kahlifah Umar lebih mempercayai Khalifah
Abu Bakar daripada Nabi SAW itu sendiri menurut Hadis.

9. Khalifah Umar telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW


dengan menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya dan
mengatakan bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau (yahjuru)
menurut satu riwayat. Al-Qur’an adalah cukup untuk kita sementara
Sunnah Rasulullah SAW tidak perlu. Justeru, Khalifah Umar adalah
orang pertama yang menolak Sunnah Nabi SAW. Lantaran itu, Khalifah
Ali AS telah menolak sunnah (bidaah) Khalifah Umar yang menyalahi
Sunnah Nabi SAW.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ’Ubaidillah Bin ’Abdullah


berkata: Apabila Rasulullah SAW sedang sakit tenat, beliau bersabda: Kalian
bawakan kepadaku kertas (kitaban) di mana kalian tidak akan sesat selama-
lamanya. Lantas Umar berkata (kepada hadirin): Nabi SAW sedang sakit
tenat di dalam riwayat yang lain Umar berkata: Nabi SAW sedang meracau
dan di sisi kita Kitab Allah dan ia adalah mencukupi bagi kita (tanpa wasiat-
Sunnah Nabi SAW). Lalu mereka berselisih pendapat mengenainya (di
antara menuruti perintah Nabi SAW dan perintah Umar yang menghalang
mereka supaya membawa kertas kepada Nabi SAW). Nabi SAW pun
bersabda: Pergilah kalian dariku kerana tidak layak bagi kalian berkelahi di
hadapanku. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah
SAW dari menulis surat wasiatnya”(al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 114, hlm.
86).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa:
1. Nabi SAW telah memerintahkan supaya dibawa kepadanya surat (kitab)
supaya beliau dapat menulis sesuatu untuk kebaikan umat.
2. Supaya mereka tidak sesat selama-lamanya.
3. Tiba-tiba Khalifah Umar menghalangnya dengan memberi alasan:
a. Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau.
b. Kitab Allah adalah mencukupi bagi kita.
c. Kita tidak memerlukan Sunnah Nabi SAW.
4. Hadirin menentang perintah Umar.
5. Berlaku keriuhan dan tangisan.
69
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
6. Nabi SAW memerintahkan mereka (Umar dan kumpulannya) supaya
keluar kerana dialah punca angkara.
7. Umar dan kumpulannya mematuhi perintah Nabi SAW supaya keluar dari
tempatnya.
8. Pertengkaran berlaku di hadapan Nabi SAW dan menghalang perintahnya
adalah tidak wajar. Lalu beliau marah dan memerintahkan supaya Umar dan
kumpulannya kelaur.
9. Kumpulan yang ingin menurut perintah Nabi SAW telah dihalang oleh
Umar.
10. Nabi SAW tidak meneruskan wasiatnya secara bertulis di hadapan
hadirin ketika itu kerana Umar telah menghalangnya dan pertengkaran
telah berlaku. Apatah lagi kata-kata Umar telah menyakiti hati Nabi SAW.
11. Alasan Umar menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya adalah tidak
wajar:
a. Beliau adalah seorang Nabi SAW. Oleh itu, beliau tidak bercakap sesuatu
melainkan wahyu yang diwahyukan.
b. Beliau bersabda: Suatu perkara kalian tidak akan sesat selama-lamanya.
c. Beliau tetap rational kerana beliau adalah seorang Nabi dan tuduhan
Umar terhadapnya adalah taktik halus untuk menghalang penulisan
tersebut.
d. Ini bererti Umar lebih mengetahui tentang kesakitan Nabi SAW daripada
Nabi SAW sendiri.
e. Umar lebih mengetahui tentang agama dan masa depan umat daripada
Nabi SAW sendiri.
12. Umar telah mencapai matlamatnya iaitu menegah Nabi SAW dari
menulis wasiat.
13. Khalifah Umar telah memahami tujuan utama Nabi SAW menulis surat
tersebut, tetapi dia tidak bersetuju dengan isi kandungannya kelak;
perlantikan Ali sebagai pengganti Nabi SAW secara bertulis selepas
perlantikannya secara lisan di Ghadir al-Khum.
14. Khalifah Umar tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW ketika itu.
15. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah SAW dari
menulis surat wasiatnya
16. Malapetaka itu adalah tindakkan Umar dan kumpulannya termasuk Abu
Bakar dan Uthman yang menghalang Rasulullah dari menulis wasiatnya.
17. Tindakan Umar dan kumpulannya adalah sebuah penghinaan kepada
Rasulullah SAW dan umat Islam kerana Rasulullah SAW telah memberi
jaminan bahawa wasiatnya tidak akan menyesatkan umat ini selama-
lamanya.
70
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
18. Khalifah Umar telah menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya,
tetapi beliau membenarkan Khalifah Abu Bakar menulis surat wasiatnya
untuk melantik beliau menjadi khalifah selepasnya (sila lihat teks Sahih al-
Bukhari).

Renungan: Berdasarkan kepada Hadis tersebut bahawa Khalifah Umar


tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW ketika itu dan dia
mempamirkan bahawa dia adalah lebih pandai daripada Nabi SAW dalam
mengendalikan urusan umat Islam. Nabi SAW berdukacita di atas tindakan
Umar dan kumpulannya, lalu mengusir mereka dari rumahnya. Apa yang
anehnya para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi di Nusantara
memusuhi Syiah kerana mengkritk tindakan Umar yang telah menghina
Nabi SAW mungkin kerana mereka menyokong tindakan khalifah Umar
yang telah menghina Nabi SAW. Persoalannya: Bolehkah Khalifah Umar
mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 35 “Tidak ada bagi
lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan
mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa
yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan
kesesatan yang nyata” ? Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

10. Khalifah Umar telah mengakui sebab kegelisahannya dan


ketakutannya bagi menghadapi azab Allah SWT:

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas berkata kepada Khalifah


Umar selepas dia ditikam: Wahai Amir al-Mukminin! Tidakkah anda telah
bersahabat dengan Rasulullah SAW dan persahabatan anda dengannya
adalah baik. Kemudian beliau meninggalkan anda di dalam keadaan reda
terhadap anda. Kemudian anda bersahabat pula dengan Abu Bakar, maka
persahabatan anda dengannya adalah baik, dia meninggalkan anda di dalam
keadaan reda terhadap anda. Kemudian anda bersahabat dengan sahabat-
sahabat mereka, maka persahabatan anda adalah baik dan sekiranya anda
meninggalkan mereka, maka mereka meredai anda!

Umar menjawab: Ada pun apa yang anda sebutkan tadi tentang
persahabatan dengan Rasulullah dan keredaannya, maka ia merupakan satu
kurnian daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Ada pun apa yang
anda sebutkan tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan keredaannya,
maka ia juga satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku,
71
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
tetapi apa yang anda lihat tentang kegelisahanku adalah kerana anda dan
sahabat anda. Demi Allah, sekiranya aku mempunyai segunung emas,
nescaya aku menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku
menjumpaiNya (al-Bukhari, Sahih, v, Hadis No. 41, hlm. 29).

(i) Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam surah
Yunus (10): 54 “ dan kalau setiap orang yang zalim itu mempunyai segala
apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu...”

(ii) Dan sekiranya dia seorang wali Allah, maka dia tidak perlu khuatir
dengan azab Allah SWT kerana Dia berfirman di dalam surah Yunus (10):
62-64 “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada
mereka, dan mereka tidak bersedih hati” “(Iaitu) orang-orang yang beriman
dan sentiasa bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di
dunia dan di akhirat.Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian
itulah kemenangan yang agung”

(iii) Kenyataan Khalifah Umar kepada Ibn ‘Abbas bahawa sebab


“kegelisahanku adalah kerana anda dan sahabat anda”, (iv) kemungkinan ia
dirujuk kepada Bani Hasyim secara umum dan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW
secara khusus- Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS. Antaranya, (v) kerana
Khalifah Umar telah menghina Nabi SAW dengan mengatakan Nabi SAW
sedang sakit tenat atau meracau, (vi) menghalang wasiat Nabi SAW dari
ditulis, (vii) menyerang rumah Fatimah AS, (viii) merampas hak khalifah
dari Ali Bin Abi Talib AS (ix) mengubah Sunnah Nabi SAW dan lain-lain.

(x) Kenyataannya juga memberi implikasi bahawa persahabatannya


dengan Nabi SAW tidak menjamin dirinya dari azab Allah SWT kerana
beliau telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW sebagaimana dijelaskan oleh
Khalifah Ali AS. (xi) Dan kata-katanya: “Demi Allah, sekiranya aku
mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus diriku dengannya dari
azab Allah sebelum aku menjumpaiNya” (xii) merupakan sebuah pengakuan
bahawa beliau telah melakukan kezaliman kepada Bani Hasyim khususnya
kepada Rasulullah SAW dan Ahlu l-Baitnya (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).

Renungan: Khalifah Umar telah mengakui sebab kegelisahannya dan


ketakutannya bagi menghadapi azab Allah SWT. Beliau telah menyedari
tindakannya terhadap Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya. Malah tindakannya
mengubah Sunnah Nabi SAW. Justeru, tidak hairan, jika beliau berkata:
72
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Demi Allah, sekiranya aku mempunyai segunung emas, nescaya aku
menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku menjumpaiNya.

Justeru, “hadis” 10 orang sahabat dijamin syurga adalah sebuah hadis


maudhu‘ (palsu) kerana Khalifah Umar sendiri telah menolaknya. Khalifah
Ali AS telah menolaknya, Aisyah juga telah menolaknya, kerana beliau telah
mengkafirkan Khalifah Utman. Beliau berkata: “Bunuhlah na’lathan
(Uthman) kerana dia telah kafir” (sila lihat, Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-
Balaghah, ii, hlm. 77). Justeru, bagaimana Aisyah telah mengkafirkan
Khalifah Uthman jika beliau seorang dari ahli syurga? Perlu dinyatakan
bahawa hisab yang sebenarnya terserah kepada Allah SWT. Semoga semua
orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah termasuk para sahabat
yang telah mengubah Sunnah Nabi SAW dan menghina Nabi SAW diampun,
Insya Allah kerana rahamat Tuhan itu adalah luas. Kami tidak mencaci para
sahabat Rasulullah SAW walau pun mereka telah telah mencaci dan
menghina Rasulullah SAW, malah mereka telah mengubah Sunnahnya
menurut Hadis. Dan kami tidak mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
walau pun Rasulullah SAW telah mengkafirkan majoriti para sahabatnya
berdasarkan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

**

A.7. Berikut adalah Teks Sahih Muslim, Kitab al-Fadha’il, Bab fi Ithbat
Haudhi nabiyyi-na tentang kekafiran majoriti para sahabat Rasulullah
SAW yang disembunyikan daripada pengetahuan umum umat Islam di
Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi bagi
tujuan menutupi para sahabat yang telah dikafirkan oleh Nabi SAW
kerana mereka telah mengubah Sunnahnya dengan menuduh Syiah
mengkafirkan para sahabat Nabi SAW pula. Pada hakikatnya, Nabi SAW
sendiri yang telah mengkafirkan majoriti para sahabatnya kerana
mereka telah mengubah Sunnahnya menurut Hadis:
73
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
74
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
75
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
76
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
77
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
78
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
79
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
80
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

A. 8. Terjemahan beberapa hadis dari Sahih Muslim, Kitab al-


Fadha’il, Bab Ithbat Hudhi Nabiyyi-na yang sengaja ditinggalkan
terjemahannya dalam bahasa ibunda dan disembunyikan daripada
pengetahuan umum di Nusantara. Malah Hadis-hadis tersebut tidak
disebut oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi kepada
masyarakat umum di Nusantara bagi tujuan menutupi para sahabat
yang telah dikafirkan oleh Nabi SAW kerana mereka telah mengubah
Sunnahnya dengan menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi
SAW pula. Sedangkan Nabi SAW sendiri yang telah mengkafirkan
majoriti para sahabatnya kerana mereka telah mengubah Sunnahnya
menurut Hadis:

i. Hadis No. 29 (2295). Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi


Salmah; isteri Nabi SAW, baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku akan
mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang pun daripada kamu (para
sahabatku) akan mendatangiku (la ya’tiyanna ahadu-kum) sehingga dia akan
dihalau atau diusir daripadaku (fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau
atau diusir unta yang sesat (bilangan yang sedikit, jika ada) (ka-ma yudhabbu
l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda: Apakah salahnya? Dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).
Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat Allah) (suhqan).

ii. Hadis No.26. (2290). Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah
mendengar Sahlan berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: Aku
akan mendahului kamu di Haudh. Siapa yang melaluinya, dia akan
meminumnya. Dan siapa yang meminumnya, dia tidak akan dahaga selama-
lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka
dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian dipisahkan di antara
aku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah
mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini. Maka
dia berkata: Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia
berkata: Ya.

Hadis No. (2291) Dia berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah
mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah: Dia berkata: Sesungguhnya
mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui bidaah-bidaah yang dilakukan oleh
81
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu
ba‘da-ka). Maka Nabi SAW bersabda: Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah) ke
Neraka mereka yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Tuhanku dan
Sunnahku) selepasku (Suhqan Suhqan li-man baddala ba‘di).

iii. Hadis No. 27 (2293) Dia berkata: Asma‘ binti Abu Bakar berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh
sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (man
yaridu ‘alayya min-kum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas
(daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu
daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku. dijawab: Tidakkah anda
merasai atau menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda
meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)? Demi Allah,
mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas
anda meninggalkan mereka (Wa Llahi!Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un ‘ala
a‘qabi-him). Dia berkata: Ibn Abi Mulaikah berkata: “Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripada-Mu supaya kami
tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami
difitnahkan tentang agama kami”

iv. Hadis No. 28 (2294) Darpada ‘Aisyah berkata: Aku telah


mendengar Nabi SAW bersabda ketika beliau berada di kalangan para
sahabatnya (ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang
akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas
dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada
(para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak
mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan
mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke
belakang (kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him).

v. Hadis No. 32 (2297) Daripada Abdillah, Rasulullah SAW bersabda:


Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan
mereka (aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka. Maka aku
bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku. Mereka itu
adalah para sahabatku (Ya Rabb! Ashabi, ashabi). Lantas dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
82
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
vi. Hadis No. 40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW
bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada
mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani) sehingga aku
melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan
daripadaku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para
sahabatku. Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi) Akan dijawab
kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu
ba‘da-ka).
**

A.9. Jawapan secara huraian terhadap tuduhan Wahabi bahawa Syiah


mengkafirkan para sahabat Nabi SAW berdasarkan bab fi al-Haudh
dalam Sahih al-Bukhari dan bab fi Ithbati nabiyyi-na dalam Sahih
Muslim yang disembunyikan daripada pengetahuan umum umat Islam
di Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi
bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah dikafirkan oleh Nabi
SAW kerana mereka telah mengubah Sunnahnya dengan menuduh
Syiah mengkafirkan para sahabatnya pula:

Pengenalan

1. Definisi kekafiran:

Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan “kafir”.


Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-
sifat kafir. Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya. Sementara perkataan “mengkafir atau mengafir” bererti
menganggap kafir atau mengatakan kafir (Kamus Dewan, hlm. 514).
Perkataan “murtad” bererti seorang keluar daripada agamanya, tidak setia
kepada agamanya (Kamus Dewan, hlm. 846). Justeru orang Islam yang
menjadi kafir atau murtad adalah orang yang keluar dari Agama Islam.

Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad


selepas kewafatan Nabi SAW, menurut Hadis, amat mencemaskan, tetapi ia
suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun kerana ia telah
dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana
kedua dua kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-
Qur’an oleh Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah
83
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dicatat oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada Syaih di dalam buku-
buku mereka. Justeru kedua-dua sumber; Sunnah dan Syiah telah mencatat
kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Soalnya: Kenapakah fatwa dan tuduhan dikenakan ke atas Syiah


sahaja dan bukan ke atas Ahli Sunnah wal-Jama‘ah yang mengkafirkan
sahabat di dalam buku-buku muktabar mereka, jika ia mahu dijadikan
bahan bukti? Justeru penguasa Syiah di Iran sebagai contoh, juga boleh
membuat fatwa yang sama “Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengkafirkan sahabat
Rasulullah SAW”. Justeru Sunni minoriti di Iran boleh dikenakan undang-
undang jenayah Syariah seperti Syiah minoriti di Malaysia, jika mereka tidak
menjamak sembahyang, tidak menyapu kaki di dalam wuduk, tidak
membayar khumus, menerima “Aul dalam fara’idh, melakukan sembahyang
Terawih, bercerai talak tiga sekaligus jatuh tiga umpamyanya. Tetapi
penguasa Syiah di Iran tidak memaksa Sunni minoriti melakukan perkara-
perkara yang menyalahi kepercayaan dan amalan agama mereka kerana
mereka berpegang kepada firman Allah di dalam surah al-Baqarah (2): 256
“Tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama (Islam)”

Oleh itu, amatlah dikesali bahawa kaum Salafi/Wahabi yang


menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di Nusantara sentiasa
menyamarakkan sentimen anti Syi‘ah dengan slogan “Syi‘ah mengkafirkan
para sahabat Rasulullah SAW” bagi mendapatkan sokongan orang ramai
kepada gerakan mereka. Walau bagaimanapun kajian ringkas ini adalah bagi
menjawab fatwa No. 20 (ix) Syiah mengkafir para sahabat Rasulullah
SAW. Justeru, serangan, penghinaan dan fitnah terhadap Syiah Melayu Islam
Mazhab Ja‘fari di media tempatan dan lain-lain adalah menyalahi
Perlembagaan Persekutuan, al-Qur’an dan Hadis. Adakah Syiah
mengkafirkan sahabat seperti Salman al-Farisi, al-Miqdad, ‘Ammar, Abu
Dhar al-Ghifari? Jika kalian menjawab: Tidak, maka ia bercanggah dengan
fatwa tersebut.

Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti


para sahabat selepas kewafatan Nabi SAW di dalam Sahih-Sahih mereka,
kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain
pula khususnya kepada Syiah? Dan jika mereka berdua berbohong,
merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah
SWT. Dan jika kita Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenarnya, nescaya kita
84
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menerimanya. Jika tidak, kita adalah Ahli anti sebahagian Sunnah atau Hadis
Nabi SAW dari segi logik.

2. Definisi sahabat
Pelbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada
pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAW
atau melihatnya daripada orang Islam, maka ia adalah daripada para
sahabatnya."
Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-
Bukhari, Sahih, v, hlm.1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat:
Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAW atau melihatnya, sekalipun satu
jam di siang hari, adalah sahabatnya (Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi
berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai
seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab
berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau
berperang bersamanya satu peperangan."
Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ia mengeluarkan
sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi
SAW dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya. Ibn Hajar
berkata: "Definisi tersebut tidak boleh diterima (Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii,
hlm.1)
Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang
mensyaratkan seseorang itu tinggal bersama Nabi SAW dalam masa yang
lama dan mengambil (Hadis) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi, hlm. 43).
Ada juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang
melihat Nabi SAW dalam masa yang pendek” (Ibid).

3. Kedudukan para sahabat

Kedudukan para sahabat dibahagikan kepada tiga:


i. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid. Ini adalah
pendapat Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
ii. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka
dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Justeru sahabat yang baik diberi
ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan
kejahatannya. Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah SAW atau
Syi‘ah Imamiah (Ja’fari) atau Syiah Imam Dua belas.
85
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
iii. Semua sahabat adalah kafir. Semoga dijauhi Allah. Ini adalah pendapat
Khawarij yang terkeluar daripada Islam.

4. Kaitan para sahabat dengan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW

Apa yang dimaksudkan dengan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dari sudut
istilah ialah Fatimah, Ali, Hasan, Husain, dan sembilan lelaki
(imam)daripada anak cucu Husain AS, jumlahnya adalah 13 orang. Iaitu 12
imam dan Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad SAW berasaskan kepada ayat
al-Tathir; surah al-Ahzah (33): 33, ayat al-Mubahalah, Hadis al-Kisa,’Hadis
al-Thaqalayni dan lain-lain. Justeru bilangan manusia suci adalah 14 orang
termasuk Rasulullah SAW. Ada pun sahabat bilangan mereka adalah
melebihi 100 ribu orang antaranya sahabat yang telah menghadiri khutbah
Nabi SAW di Ghadir Khum tentang perlantikan Ali AS selepas Hajjatu l-Wida’
pada tahun 10 H.

5. Para sahabat dan para isteri Rasulullah SAW

Adapun para sahabat dan para isterinya bukanlah daripada Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW menurut istilah dan bilangan mereka adalah ramai kerana
mereka adalah merupakan orang luar, mereka datang dan pergi. Mereka
pula tidak mempunyai istilah “manusia suci” kerana tidak ada di kalangan
mereka yang disucikan oleh Allah SWT.

6. Ahlu l-Bait Rasulullah SAW

Sementara Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah darah dagingnya.


Rasulullah saw bersabda: “Daging mereka adalah dagingku, darah mereka
adalah darahku, apa yang menyakiti mereka, ia menyakitiku, apa yang
mendukacitakan mereka, ia mendukacitakan aku. Aku berperang dengan
mereka yang memerangi Ahlu l-Baitku dan aku berdamai dengan mereka
yang berdamai dengan mereka. Aku bermusuhan dengan mereka yang
bermusuhan dengan mereka (Ahlu l-Baitku). Aku mencintai mereka yang
mencintai mereka (ahlu l-Baitku). Sesungguhnya mereka adalah daripadaku
dan aku adalah daripada mereka. Oleh itu, wahai Tuhanku, jadilah selawat
Engkau, berkat Engkau, rahmat Engkau, keampunan Engkau dan keredaan
Engkau ke atasku dan ke atas mereka. Bersihlah mereka daripada segala
dosa dengan sebersih-bersihnya”. Allah telah menetapkan sedemikian di
dalam firman-Nya, surah al-Ahzab (3): 33 “Sesungguhnya Allah bermaksud
86
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait
dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya” (Mafatih al-Jinan,Tehran
1992M, hlm. 406-7, Hadis al-Kisa’).

7. Al-Qur’an dan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW sebagai saudara kembar

Rasul SAW bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku


akan menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-
Thaqalayni (dua perkara yang berat); Kitab Allah merupakan tali Allah
(hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku Ahl l Bait-i (‘itrati ahli
baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah berfirman
kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah (lan
yaftariqa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di kolamku
(haudhi). Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku
(mentaati aku) pada kedua-duanya” (Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii,17,
26, 96).
Allah SWT telah menjadikan al-Qur’an dan Ahlu l-Bait Rasul-Nya
sebagai saudara kembar yang tidak berpisah antara satu sama lain. Mereka
tidak akan menyalahi al-Qur’an dan sunnah rasul-Nya. Justeru selawat
kepada Rasulullah SAW wajib diikuti dengan selawat kepada keluarganya.
Rasulullah SAW adalah Rasul kepada semua makhluk Allah. Di samping itu
baginda SAW adalah bapa kepada anak-anaknya termasuk Fatimah al-Zahra’
binti Muhammad as, datuk kepada Hasan dan Husain as. Oleh itu Syiah
mengikuti jalur keluarga Rasulullah SAW seramai 13 orang yang disucikan;
iaitu Fatimah dan 12 para Imam AS di mana mereka tidak menyalahi al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.

8. Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menurut jalur sahabat tertentu

Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menurut jalur sahabat tertentu


pula. Mereka percaya bahawa semua sahabat yang berjumlah ratusan ribu
itu adalah adil (kebal). Mereka boleh menyalahi hukum Allah dan Sunnah
Rasul-Nya dengan ijtihad mereka. Bahkan ijtihad mereka pula menjadi
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Kasih sayang Rasulullah SAW adalah
umum kepada umatnya, tetapi kasih sayang beliau terhadap keluarganya
adalah secara khusus. Justeru beliau bersabda: “Sesungguhnya Ali adalah
daripadaku dan aku adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin
selepasku” (Musnad ibn hanbal, v, 356, al-Isabah, ii, 509, al-Mustadrak, iii,
132). “Hasan dan Husain adalah daripadaku” “Fatimah adalah sebahagian
87
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
daripadaku, maka sesiapa yang menyakitinya, dia menyakitiku” (Al-Bukhari,
Sahih, VI, hlm.196; Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14;
Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159).

Oleh itu, kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah lebih tinggi
daripada kedudukan sahabat. Rasulullah SAW bersabda: “Kami Ahlu l-Bait
tidak boleh dibandingkan dengan orang lain” (al-Qanduzi al-Hanafi, Yanabi
‘al-Mawaddah, hlm. 206).

9. Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW setaraf dengan sahabat


adalah tidak tepat

Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW setaraf dengan sahabat adalah


tidak tepat dan bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW itu
sendiri. Kerana mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW itu adalah wajib
sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Syura (24): 23 “Katakanlah: Aku
tidak meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih sayang kepada
keluarga(ku)” dan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mati kerana
mencintai keluarga Muhammad (ali Muhammad), maka dia akan mati
sebagai seorang syahid” (al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, iiv, hlm. 220).
Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menyangka bahawa Rasulullah SAW
itu lebih dekat kepada mereka daripada Ahlu l-Baitnya sendiri dan hanya
mereka yang mengambil semua ilmu daripada Rasulullah SAW dan bukan
keluarganya.

Hanya mereka saja yang tidak menyeleweng dan sesat. Mereka


menjadikan para pengikut Ali, Hasan, Husain, Ali Zainal ‘Abidin, Muhammad
al-Baqir, Ja‘far al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Ridha, Muhammad al-Jawad,
Ali al-Hadi, Hasan al-Askari dan Muhammad al-Mahdi AS sebagai
menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Sementara para
pengikut Abu Bakar, Umar, Uthman, Mu‘awiyah, Yazid, Marwan dan lain-
lain, menurut mereka, berada di jalan yang benar walaupun mereka
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul SAW. Kemudian mereka menjadikan
pegangan mereka sebagai kayu pengukur kebenaran bagi menyesatkan
Syiah.

A. 10. Di dalam al-Qur’an sahabat bukan semuanya adil. Ini


termasuklah kes:
88
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
i. Ada sahabat yang telah melarikan diri dari jihad, surah al-Taubah (9): 25
ii. Ada sahabat yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada Akhirat,
surah al-Taubah (9): 38.

ii. Ada sahabat yang telah berdusta, surah al-Taubah (9): 43.

iv. Ada sahabat yang telah bersumpah namun berdusta, surah al-Taubah
(9): 56.

v. Ada sahabat penyebar fitnah dan ragu-ragu, surah al-Taubah (9): 45-47.

vi. Ada sahabat yang mencampur amal soleh dengan keburukan, surah al-
Taubah (9): 102.

vii. Ada sahabat munafiq, surah al-Taubah (9): 101

viii. Ada sahabat yang dikenali sebagai munafiq, surah al-Munafiqun (63): 1

ix. Ada sahabat yang telah berburuk sangka kepada Allah SWT tanpa
hak,surah Ali-Imran (3): 154.

x. Ada sahabat yang telah lari dari peperangan Uhud dan Hunain surah, Ali-
Imran (3): 153.

xi. Ada sahabat yang fasiq, surah al-Hujurat (49): 6.

xii. Ada sahabat yang membantah Rasulullah SAW dan membenci jihad
kerana cintakan dunia, surah al-Anfal (80): 5-8.

xiii. Ada sahabat yang telah menghindari jihad di dalam perang Badar,
surah al-Nisa’ (4): 77.

xiv. Ada sahabat yang telah berbalik dari jihad dan melanggar janji dengan
Rasulullah SAW, surah al-Ahzab (33): 15 .

xv. Ada sahabat yang telah meninggalkan Rasulullah SAW sewaktu baginda
sedang berkhutbah Jumaat, surah al-Jumu‘ah (62): 11.
89
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
xvi. Ada sahabat yang telah diberi peringatan bahawa jika Nabi SAW wafat
atau dibunuh, atau mereka (sahabat) berbalik ke belakang (murtad), maka
ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun, surah Ali ‘Imran (3): 144 “Dan
Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa
rasul. apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang
(murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan
merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang
bersyukur”

Justeru, kemungkinan murtad atau kekafiran sahabat selepas


kewafatan Rasulullah SAW telah diterangkan di dalam ayat tersebut. Ia
bukanlah perkara yang mustahil kerana sahabat tidak disucikan oleh Allah
SWT. Kemurtadan dan kekafiran mereka, tidak akan merugikan Allah
sedikit pun kerana Allah hanya akan memberi balasan kepada orang yang
bersyukur sahaja. Ada pun mereka yang tidak bersyukur, tidak akan
menerima balasan daripada Allah walau pun mereka di kalangan sahabat.

**
Buku-buku muktabar Sunni telah mencatat kekafiran majoriti para
sahabat Rasulullah SAW setelah kewafatan baginda SAW di dalam buku-
buku mereka. Hanya sedikit sahaja di kalangan mereka yang telah
berjaya sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Dikemukakan dibawah ini lima Hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-


Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin
Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago,
USA, 1987, jilid viii, hlm.378-384 (Kitab ar-Riqaq, bab fi l-Haudh) dan enam
Hadis dari Sahih Muslim, edisi Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H,
Jilid iv, hlm 1792-1801 (Kitab al-Fadhail, bab Ithbat Hudhi Nabiyyi-na
sallallahu ‘alaihi wa sifati-hi) seperti berikut:

A. 11. Terjemahan beberapa hadis dari Sahih al-Bukhari: Bab fi al-


Haudh yang disembunyikan daripada pengetahuan umum di
Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi di
Nusantara bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah dikafirkan
oleh Nabi SAW kerana mereka telah mengubah Sunnahnya dengan
menuduh Syiah mengkafirkan para sahabatnya pula. Sedangkan Nabi
SAW sendiri yang telah mengkafirkan mereka menurut Hadis:
90
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
i. Hadis No. 587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
Manakala aku sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang
kepadaku. Apabila aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat)
keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari.
Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah.
Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka
telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (inna-hum
irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru aku tidak melihat
mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang
sesat daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu
hamali n-Na‘am).

ii. Hadis No. 578. Daripada Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda: Aku
akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan
dibawa di hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.
Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku
(ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang
dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri
ma ahdathu ba‘da-ka)

iii. Hadis No. 584. Daripada Anas daripada Nabi SAW bersabda:
Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai
atau Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa
jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda: Para sahabatku (ashabi)!
Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu
ba‘da-ka).

iv. Hadis No. 585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi
SAW, bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan
melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan
dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku
kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang di antaraku dan
mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy berkata selepas
mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl?
Aku menjawab: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-
Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi SAW
bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi). Maka
dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh
91
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mereka selepas anda meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: Jauh! Jauh!
(daripada rahmat Allah) atau ke Neraka mereka yang telah mengubah atau
menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man
ghayyara ba‘di)”.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekumpulan


daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat. Kemudian
mereka akan diusir jauh dari Haudh. Maka aku akan bersabda: Wahai
Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda
meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka)
Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu ‘ala
a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy).

v. Hadis No. 586. Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi SAW bersabda:
Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan
mereka akan dipisahkan dari Haudh. Maka aku berkata: Wahai Tuhanku!
Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya
anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda
meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke
belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala
Adbari-ka l-Qahqariyy).

A. 12. Terjemahan beberapa hadis dari Sahih Muslim: Bab Ithbat


Haudhi Nabiyyi-na yang disembunyikan daripada pengetahuan umum
di Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi
bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah dikafirkan oleh Nabi
SAW kerana mereka telah mengubah Sunnahnya dengan menuduh
Syiah mengkafirkan para sahabatnya pula. Sedangkan Nabi SAW
sendiri yang telah mengkafirkan mereka menurut Hadis:

i. Hadis No. 29 (2295). Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi


Salmah; isteri Nabi SAW, baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku akan
mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang pun daripada kamu (para
sahabatku) akan mendatangiku (la ya’tiyanna ahadu-kum) sehingga dia akan
dihalau atau diusir daripadaku (fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau
atau diusir unta yang sesat (bilangan yang sedikit, jika ada) (ka-ma yudhabbu
l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda: Apakah salahnya? Dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka
92
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat Allah) (suhqan).

ii. Hadis No.26. (2290). Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah
mendengar Sahlan berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: Aku
akan mendahului kamu di Haudh. Siapa yang melaluinya, dia akan
meminumnya. Dan siapa yang meminumnya, dia tidak akan dahaga selama-
lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka
dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian dipisahkan di antaraku
dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah mendengarnya
dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini. Maka dia berkata:
Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.

Hadis No. 26 (2291) Dia berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah
mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah: Dia berkata: Sesungguhnya
mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui bidaah-bidaah yang dilakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu
ba‘da-ka). Maka Nabi SAW bersabda: Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah) ke
Neraka mereka yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Tuhanku dan
Sunnahku) selepasku (Suhqan Suhqan li-man baddala ba‘di)

iii. Hadis No. 27 (2293) Dia berkata: Asma‘ binti Abu Bakar berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh
sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (man
yaridu ‘alayya min-kum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas
(daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu
daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda
merasai atau menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda
meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)? Demi Allah,
mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas
anda meninggalkan mereka (Wa Llahi!Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un ‘ala
a‘qabi-him) Dia berkata: Ibn Abi Mulaikah berkata: “Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripada-Mu supaya kami
tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami
difitnahkan tentang agama kami”

iv. Hadis No. 28 (2294) Daripada ‘Aisyah berkata: Aku telah


mendengar Nabi SAW bersabda ketika beliau berada di kalangan para
93
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sahabatnya (ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang
akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas
dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada
(para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak
mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan
mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke
belakang (kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him).

v. Hadis No. 32 (2297) Daripada Abdillah, Rasulullah SAW bersabda:


Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan
mereka (aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka. Maka aku
bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku. Mereka itu
adalah para sahabatku (Ya Rabb! Ashabi, ashabi). Lantas dijawab:
Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

vi. Hadis No. 40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW
bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada
mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani) sehingga aku
melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan
daripadaku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para
sahabatku. Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi) Akan dijawab
kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu
ba‘da-ka).

A. 13. Perkataan-perkataan yang penting di dalam Hadis-hadis al-


Bukhari dan Muslim.

Al-Bukhari telah menyebut perkataan-perkataan penting seperti berikut:

(i). Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali

(ii). Inna-ka la tadri atau la ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka


(Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali. Perkataan
ahdathu bererti mereka telah melakukan bidaah-bidaah atau perubahan
yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.
94
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(iii). Inna-hum Irtaddu (Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-
murtad) sebanyak empat kali.

(iv). Suhqan suhqan li-man gayayara ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada


rahmat Allah) atau ke Nerakalah mereka yang telah mengubah atau
menukarkan-hukum Tuhanku dan Sunnahku-selepasku) satu kali.
Perkataan “Ghayyara” bererti mengubah atau menukarkan hukum Allah dan
Sunnah Nabi-Nya.

(v). Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na‘am (Aku tidak
fikir mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta
yang sesat daripada pengembalanya) satu kali.

Sementara Muslim telah menyebut perkataan-perkataan yang penting


di dalam Hadis-hadis tersebut seperti berikut:

(i). Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.

(ii). Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,

(iii). Sahaba-ni (bersahabat denganku) satu kali

(iv). Usaihabi (para sahabatku) dua kali.

(v). Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak


mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda
meninggalkan mereka) tiga kali.

(vi). Inna-ka la tadri atau sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya


anda tidak mengetahui atau menyedari apa yang dilakukan (ma ‘amilu) oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali. Perkataan “Ma ‘amilu”
(Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi
hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

(vii). Ma barihu atau Ma zalu Yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa


kembali kepada kekafiran) dua kali

(viii). Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada


rahmat Allah) atau ke Nerakalah mereka yang telah mengganti atau
95
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mengubah atau menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku selepasku) satu
kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti atau mengubah atau menukar
hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

A. 14. Justeru, sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut


Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah kerana mereka:

(i) Ahdathu=Irtaddu=yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (Mereka telah melakukan


bidaah-bidaah=Mereka telah murtad atau mereka telah kembali ke
belakang-kepada kekafiran).

(ii) ‘Amilu =Irtaddu = yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (Mereka telah melakukan


bidaah-bidaah=Mereka telah murtad atau mereka telah kembali ke
belakang-kepada kekafiran).

(iii) Ghayyaru = li-man ghayyara=Irtaddu = yarji‘un ‘ala a‘qabi-Him.


(Mereka telah mengubah=Mereka telah murtad atau mereka telah kembali
ke belakang-kepada kekafiran).

(iv) Baddalu=Irtaddu=yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (Mereka telah menukar=


Mereka telah murtad atau mereka telah kembali ke belakang-kepada
kekafiran).

Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah


Nabi-Nya dilaknati (mal‘unin). Justeru sebarang justifikasi (tabrirat) seperti
Maslahah, Saddu dh-Dhara’i‘, Maqasid al-Syari‘ah‘, Ijtihad, Qiyas, Ijmak dan
sebagainya bagi mengubah atau menukar atau membatalkan sebahagian
hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bercanggah dengan al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW yang sebenar. Jika mereka terus melakukan sedemikian,
maka mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah ahli anti sebahagian Sunnah Nabi SAW sebagaimana dijelaskan di
dalam Hadis-hadis tersebut.

Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu


atau la yazalun yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) di dalam Hadis-hadis tersebut
adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah
Nabi-Nya (baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bidaah
(ahdathu) dan amalan-amalan (‘amilu) yang bercanggah dengan al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW yang sebenar. Perkara yang sama akan berlaku
96
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut al-
Bukhari dan Muslim, hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat
seperti bilangan unta yang sesat atau terbiar (mithlu hamali n-Na‘am).
Justeru konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-
Hasan al-Asy‘ari (al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo, 1958, hlm. 12) dan dijadikan
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah bercanggah dengan Hadis-hadis
tersebut.

A. 15. Hadis-hadis tersebut pula adalah bertepatan dengan firman-


firman-Nya seperti berikut:

(i) Surah al-Saba’ (34): 13 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang


bersyukur”

(ii) Surah Yusuf (12): 103“ Dan kebanyakan manusia bukanlah orang
yang beriman, meskipun engkau harapkan”,

(iii) Surah Sad (38): 24 “Melainkan orang yang beriman dan beramal
soleh, tetapi sedikit (bilangan) mereka”

(iv) Surah Hud (11): 40 “Dan tiadalah beriman bersamanya (Nuh)


melainkan sedikit sahaja.”

Menurut al-Qur’an bahawa golongan mukmin adalah sedikit. Justeru


tidak hairanlah jika terdapat di kalangan para sahabat yang telah mengubah
Sunnah Nabi SAW, tidak meredai keputusan yang dibuat oleh Nabi SAW
sendiri. Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan
diri sendiri dan bukan kerana Allah SWT berdasar kepada catatan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-
Sabr 'Alaal-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahu kami
bahawa dia berkata: "Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata:

Suatu hari Nabi SAW telah membahagikan sesuatu kepada para


sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar
mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah
kerana Allah SWT”.

Aku pun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahu Nabi


SAW mengenai kata-katanya. Aku pun mendatangi beliau ketika itu beliau
97
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahu beliau apa yang
berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku
menyesal memberitahunya. Kemudian beliau bersabda: "Musa disakiti lebih
dari itu tetapi beliau bersabar. "Perhatikanlah bagaimana perlakuan sahabat
(ma‘amilu) terhadap Nabi SAW. Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi
SAW itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi SAW itu wajib ditaati?
Tetapi mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai
kemaksuman Nabi SAW.

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Manlam


yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata: "Aisyah berkata: Nabi SAW pernah
melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk
melakukannya, tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya.
Kemudian berita ini sampai kepada Nabi SAW, maka beliau memberi
khutbah memuji Allah kemudian bersabda: "Kenapa mereka menjauhi dari
melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya
aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya
dari mereka. Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-
Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas
bin Malik telah memberitahu kami bahawa dia berkata: "Aku berjalan
bersama Rasulullah SAW di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian)
Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian
Nabi SAW dengan kuat."

Anas berkata: "Aku melihat kulit leher Nabi SAW menjadi merah akibat
tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi)
berkata: “Wahai Muhammad, berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah
yang berada di sisi anda. Maka Nabi SAW berpaling kepadanya dan ketawa
lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya". Di kalangan
mereka ada yang telah menghina Nabi SAW dan mempersendakan Nabi
SAW dengan mengatakan bahawa Nabi SAW “sedang sakit atau meracau” di
hadapan Nabi SAW “ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada
Sunnah Nabi SAW” (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69).
Ada yang mengatakan bahawa “Sunnah Nabi SAW mendatangkan
perselisihan dan pertengkaran kepada ummah. (Al-Dhahabi, Tadhkirah al-
Huffaz, I , hlm. 3)”.

“Mereka telah mengepung dan cuba membakar rumah anak


perempuan Nabi SAW Fatimah AS dan berkata: "Aku akan membakar kalian
98
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sehingga kalian keluar untuk memberi baiah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari,
Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”, Tarikh, I, hlm. 156], merampas Fadak
daripada Fatimah AS yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi SAW
semasa hidupnya (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II,
hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lamal-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid,
Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali, Hasan
dan Husain, kerana Rasulullah SAW bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia
menyakitiku, dan siapa menyakitiku, dia menyakiti Allah” “Siapa yang
menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku,
dia menyakiti Allah” “Hasan dan Husain kedua-dua mereka adalah pemuda
Syurga” (al-Qanduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-
lain).
Mereka telah membakar Hadis atau Sunnah Nabi SAW (Ibn Sa'd,
Tabaqat, V, hlm. 140), “menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah
Nabi SAW" (al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7), mengesyaki Nabi
SAW sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan (Muslim, Sahih, IV,
hlm. 12, 14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111), mengubah sebahagian hukum
Allah dan Sunnah Nabi SAW (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’ hlm. 136) Al-
Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-
Barra’ bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana
anda telah bersahabat (sahabta) dengan Nabi SAW dan membaiahnya di
bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya
anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya
(al-Bukari, Sahih, v, hlm.343 (Hadis No. 488).

A. 16. Sahabat di Baiah Ridwan atau Baiah di bawah pokok, tidak ada
jaminan yang berterusan jika mereka mengubah Sunnah Rasulullah
SAW:

Al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan bahawa al-Musayyab


berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah
beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (sahabta) dengan Nabi
SAW dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak
saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan
(Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm. 343, Hadis No. 488).

A. 17. Intisari Hadis-Hadis tersebut telah dijelaskan di dalam firman-


firman-Nya:
99
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(i). Di dalam surah Ali-Imran (3): 144 "Muhammad itu tidak lain
hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang
Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang
(murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang (murtad), maka ia tidak
dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan
memberi balasan kepada mereka yang bersyukur."

(ii) Di dalam surah al-Baqarah (2): 143 “Kami tidak menjadikan kiblat
yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui
siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang (murtad)”

(iii). Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah


menepati firman-Nya di dalam surah Saba' (34): 13 "Dan sedikit sekali dari
hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.

A. 18. Justeru, Hadis-hadis tersebut tidak boleh dikhususkan kepada


para sahabat yang telah murtad atau para sahabat yang enggan
membayar zakat di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar sahaja.

Ini disebabkan Khalifah Ali berkata: Khalifah-khalifah sebelumku


telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW
dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan
mengubah Sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka
supaya meninggalkannya dan mengembalikannya kepada keadaan
sebagaimana di zaman Rasulullah SAW, nescaya tenteraku akan bertaburan
lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di
kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui
Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku.

Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim


pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan
Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS, mengembalikan timbangan dan
ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAW, mengembalikan tanah
kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan
rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid
(kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid);
mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh Khalifah-
Khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah
dipisahkan dari suami mereka.
100
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah


Khaibar yang telah dibahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian
dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana
dilakukan pada masa Rasulullah SAW tanpa menjadikannya tertumpu di
kalangan orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin
di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khumus sebagaimana
difardukan Allah SWT.

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman


Nabi SAW, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan
membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul),
mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke
atas peminum Nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji
sebagaimana pada zaman Nabi SAW, memerintahkan takbir lima kali dalam
sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-
Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang.

Mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAW di


dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAW telah mengeluarkannya (Abu
Bakar dan Umar), memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah
SAW (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAW telah memasukkannya,
memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti
Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan,
mengembalikan wuduk basuh dan sembahyang kepada waktunya,
syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat
mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Parsi dan
bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka bertebaran


meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak
melakukan sembahyang jama'ah di masjid pada bulan Ramadan kecuali
sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa
sembahyang sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bidaah, sekelompok
tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum
Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan
kita dari melakukan sembahyang-sembahyang sunat Tarawih pada bulan
Ramadan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak.
101
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan
umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat
(a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya menyeru mereka ke
neraka” (al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, vii, Hadis 21, hlm. 51-52).
**
Khalid Bin Walid telah menyerang perkampungan Malik Bin Nuwairah
dengan perintah Khalifah Abu Bakar, lalu membunuhnya dan kumpulannya.
Sementara isteri Malik yang cantik itu ditiduri (disetubuhi) oleh Khalid
setelah pembunuhan suaminya Malik pada malam itu juga. Malik adalah
seorang sahabat Rasulullah SAW yang mulia dan kumpulannya tidak
memberi baiah kepada Khalifah Abu Bakar kerana mereka berpendapat
bahawa Ali telah dilantik oleh Rasulullah SAW untuk menjadi khalifah
selepasnya dan beliau lebih berhak memungut zakat.

Umar dan Ali mendesak Khalifah Abu Bakar supaya menjalankan


hukuman rejam ke atas Khalid kerana berzina dengan isteri Malik Bin
Nuwaira, tetapi Khalifah Abu Bakar menolaknya. Justeru, adakah
“keengganan sahabat” membayar zakat dikira murtad oleh sahabat?
Sedangkan Rasulullah SAW sendiri tidak membunuh Tha‘labah seorang
sahabat yang tidak mahu membayar zakat. Atau sahabat lebih pandai
daripada Nabi SAW di dalam urusan agama? Atau “keenggannan sahabat”
memberi baiah kepada Khalifah Abu Bakar itu wajib diperangi? Atau ia
merupakan pembunuhan yang kejam dilakukan oleh sahabat terhadap
sahabat bagi pengukuhan kuasa politik? (al-Isabah, Tarikh al-Tabari, Tarikh
Ya’qubi dan lain-lain).

A. 19. Setiap Muslim dulu dan sekarang tidak boleh mengubah hukum
Allah dan Sunnah Rasul-Nya:

Lantaran itu, setiap Muslim sama ada dia seorang yang bergelar
sahabat, tabi‘i, mufti, kadi dan kita sendiri, tidak boleh mengubah atau
melanggar atau membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-
Nya atas alasan Maqasid al-Syari‘ah, Maslahah, Ijtihad, Ijmak dan Qiyas bagi
mewartakan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas agama Islam
bertujuan menyesat atau mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari atau Syiah
Imam 12 kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meredai perbuatan
tersebut di dalam Firman-Nya seperti berikut:
102
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(i) Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 36 “Tidak ada bagi lelaki
mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka
apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang
menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang
nyata”
(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan,
mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi
hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka
tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan
mereka menerima dengan sebenar-benarnya”

(iii) Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 44 “Barang siapa yang


tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka
itulah orang kafir”

(iv) Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 45 “Barang siapa yang


tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka
itulah orang yang zalim”

(v) Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 47 “Barang siapa yang


tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka
itulah orang yang fasiq”

(vi) Firman-Nya di dalam surah al-Nisa‘ (4): 115 “Barang siapa yang
menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan
orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia
ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali”

A. 20. Justeru Fatwa/tuduhan bahawa Syiah mengkafirkan para


sahabat Nabi SAW adalah bagi tujuan menutupi para sahabat yang
telah dikafirkan oleh Nabi SAW kerana mereka telah mengubah
Sunnahnya dengan menuduh Syiah mengkafirkan para sahabatnya
pula. Begitu juga tudahan bahawa Syiah mencaci para sahabat Nabi
SAW adalah bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah mencaci,
menghina dan menyakiti Nabi SAW di dalam Sahih al-Bukhari secara
khusus yang mana Hadis-hadis tersebut disembunyikan daripada
pengetahuan umum di Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah dan Wahabi bagi tujuan menuduh Syiah mencaci para
sahabatnya pula.
103
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Justeru, tuduhan bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi
SAW adalah bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadis-hadis Nabi SAW
kerana:

(1). Allah SWT sendiri yang telah mengkafirkan sesiapa saja termasuk
para sahabat Rasulullah SAW secara umum yang telah mengubah
(baddalu), menukar (ghayyaru), membatal dan melakukan bidaah-bidaah
(ahdathu) terhadap hukum-hukum-Nya sebagaimana firman-firman-Nya:

(i). Firman-Nya“Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan


mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-
Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang menderhakai Allah dan
Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab (33):
36).
(ii). Firman-Nya “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman
sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus
perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam
hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka menerima dengan
sebenar-benarnya” (Al-Nisa’ (4): 65).

(iii). Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum


yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang kafir” (al-Ma‘idah(5): 44).

(iv). Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum


yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang zalim” (al-Ma‘idah
(5): 45).
(v). Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum
yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang fasiq” (al-Ma‘idah (5):
47).
(vi). Firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata
petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami
biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka
Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (al-Nisa‘(4): 115).

(vii). Firman-Nya “Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya


kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka
menyesatkan kami dari jalan (yang benar).Ya Tuhan kami, timpalah kepada
mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar”
(Al-Ahzab (33): 67-68).
104
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Ini bererti para sahabat Rasulullah SAW tidak kebal di dalam


menghadapi hukum Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya.

(2). Rasulullah SAW sendiri yang telah mengkafirkan para sahabatnya


sendiri berdasarkan Hadis-hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
tersebut. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Najm (53): 3-4 “dan
tidaklah yang diucapkannya itu menurut keinginannya melainkan adalah
wahyu yang diwahyukan”

(3). Al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para


sahabat Rasulullah SAW selepas kewafatannya SAW di dalam Sahih-Sahih
mereka.

(4). Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat “Hanya bilangan yang


sedikit sahaja daripada para sahabat Rasulullah SAW yang terselamat
seperti unta yang sesat dari pengembalanya, Hadis No. 587. Sementara
Muslim mencatat: Tidak seorang pun daripada mereka (para sahabatku)
akan mendatangiku sehingga dia akan dihalau atau diusir daripadaku
sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat” (bilangan yang sedikit
sahaja jika ada), Hadis No. 29.

(5). Al-Bukhari dan Muslim dalam Sahih-Sahih mereka telah mencatat


sebab-sebab para sahabat telah menjadi kafir-murtad adalah kerana mereka
telah melakukan bidaah-bidaah, mengubah hukum Allah dan Sunnah
Rasulullah SAW. Justeru, tidak ada ijtihad sahabat yang boleh mengatasi al-
Qur’an dan Hadis Nabi SAW menurut Hadis. Ada pun sebab-sebab kekafiran
mereka menurut Hadis adalah kerana mereka:

(i) Ahdathu=Irtaddu=yarji‘un ‘ala a‘qabi-him. (Mereka telah melakukan


bidaah-bidaah=Mereka telah murtad= Mereka telah mengundur ke belakang
(kembali kepada kekafiran).

(ii) ‘Amilu=Irtaddu= yarji‘un ‘ala a‘qabi-him. (Mereka telah melakukan


(bidaah-bidaah)=Mereka telah murtad=Mereka telah mengundur ke
belakang (kembali kepada kekafiran).

(iii) Ghayyaru = li-man ghayyara=Irtaddu = yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)


(Mereka telah mengubah atau mereka yang telah mengubah=Mereka telah
105
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
murtad = Mereka telah mengundur diri ke belakang (kembali kepada
kekafiran).

(iv) Baddalu = Irtaddu = yarji‘un ‘ala a‘qabi-him. Mereka telah


menukar=Mereka telah murtad=Mereka telah mengundur ke belakang
(kembali kepada kekafiran) sebagaimana dalam Hadis.

(6) Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat Inna-hum Irtaddu


(Sesungguhnya mereka (para sahabat) telah menjadi kafir-murtad)
sebanyak empat kali (Hadis No. 585 sebanyak 2 kali, Hadis No. 586 satu kali
dan Hadis No. 587 satu kali) sebagaimana dalam Hadis.

(7). Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat para sahabat yang telah
mencaci dan menghina Nabi SAW kerana melakukan pembahagian harta
secara tidak adil sebagaimana dalam Hadis.

(8). Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat para sahabat yang telah
menganggap bahawa mereka lebih alim dan bertakwa daripada Nabi SAW
sebagaimana dalam Hadis.

(9) Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat para sahabat yang telah
mengubah Sunnah Rasulullah SAW sehinggakan sembahyang (al-Salah)
sebagaimana dalam Hadis.

(10) Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat bahawa Khalifah


Uthman telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW tentang sembahyang
jamak sebagaimana dalam Hadis.

(11) Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat bahawa para sahabat


telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW kerana tujuan politik duniawi
sebagaimana dalam Hadis.

(12) Al-Bukhari di dalam Sahihnya "Kitab bad' al-Khalq fi bab Ghuzwah


al-Hudaibiyyah" telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Ala bin
al-Musayyab daripada bapanya bahawa dia berkata: "Aku berjumpa al-
Barra’ bin ‘Azib, maka aku berkata kepadanya: Alangkah beruntungnya anda
kerana bersahabat dengan Nabi SAW dan anda telah membaiah kepadanya
di bawah pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak saudaraku. Sesungguhnya
106
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
anda tidak mengetahui apa yang kami telah lakukan (Ahdathna) selepasnya"
sebagaimana dalam Hadis.

(13). Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat para sahabat yang


telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW dengan meredai sunnah Khalifah
Umar sebagaimana dalam Hadis. Ini bererti para sahabat telah mengatasi (i)
Firman-Nya“Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak)
memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan
urusan itu. Barang siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia
telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab (33): 36) dan (ii)
Firman-Nya “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka
mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan
mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima
keputusan engkau dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’
(4): 65).
(14). Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat bahawa Khalifah Umar
pernah mengesyaki kenabian Nabi SAW sebagaimana dalam Hadis.

(15). Al-Bukhari dalam Sahihnya telah mencatat bahawa Khalifah Umar


telah mencaci, menghina dan menyakiti Rasulullah SAW dengan berkata
bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat atau meracau menurut satu riwayat.
Justeru Umar berkata: Kami tidak perlu kepada wasiat (Sunnah Nabi SAW)
kerana Kitab Allah adalah mencukupi bagi kita” (Hasbu-na kitabullah).
Justeru Khalifah Umar telah menolak Sunnah Nabi SAW kerana al-Qur’an
adalah memadai untuk kita”. Oleh itu, Khalifah Umar adalah orang pertama
yang telah menolak Sunnah Rasulullah SAW. Dan perbuatannya itu telah
menyakiti Rasulullah SAW, lalu baginda SAW memerintahkan Umar dan
kumpulannya supaya keluar dari rumahnya menurut Hadis. Justeru Khalifah
Umar telah mengatasi firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 57
“Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka
dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa
yang menghinakan (mereka)”

(16) Jika terdapat di kalangan Syiah Islam yang telah melakukan


perkara sedemikian, kalian hendaklah bertanya atau mengkaji akan sebab-
sebabnya umpamanya jika seorang sahabat telah menghina dan menyakiti
Allah dan Rasul-Nya, maka dalam kes ini, perbuatannya itu telah membawa
kepada kekafiran kerana Allah dan Rasul-Nya tidak boleh dihina di dalam
semua keadaan berdasarkan al-Qur’an dan Hadis.
107
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

(17) Adakah kalian mahu mempertahankan sahabat yang telah


menghina Rasul-Nya pula?

(18) Bagaimanakah kalian akan mempertahankan sahabat yang telah


mengkafirkan sahabat yang lain pula seperti Sayyidatina Aisyah yang telah
mengkafirkan Khalifah Uthman umpamanya, lalu dia memerintahkan
supaya Khalifah Uthman dibunuh! (sila lihat, Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-
Balaghah, ii, hlm. 77)?

(19) Justeru, kekafiran majoriti para sahabat setelah kewafatan


Rasulullah SAW telah dicatat oleh buku-buku Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain, tetapi ia disembunyikan
daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan menutupi para
sahabat yang telah dikafirkan oleh Nabi SAW dengan menuduh Syiah
mengkafirkan para sahabatnya pula. Sedangkan Nabi SAW yang telah
mengkafirkan majoriti para sahabatnya menurut Hadis.

(20) Dan ia juga dicatat oleh buku-buku Syiah seperti al-Raudhah min l-
Kafi, Tafsir al-Qummi dan lain-lain. Justeru, berdasarkan kepada kedua-dua
sumber; Sunni dan Syiah bahawa majoriti para sahabat Rasulullah SAW
telah dikafirkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Mereka telah mencatat
bahawa majoriti para sahabat telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW
sebagaimana dalam Hadis.

(21) Semoga semua orang Islam yang mengucap dua kalimah


syahadah, sama ada sahabat atau pun tidak, akhirnya dimasukkan syurga
insya’Allah kerana hisab yang sebenarnya terserah kepada Allah SWT dan
rahmah Tuhan itu adalah luas; di luar batas pemikiran manusia. Oleh itu,
tuduhan/fatwa bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW,
hendaklah dimansuh dan dihentikan segera kerana ia adalah fitnah Wahabi
bagi memecah-belah perpaduan umat Islam.
108
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KEDUA

B. JAWAPAN KEPADA FITNAH SALAFI/WAHABI YANG MENYAMAR


SEBAGAI AHLI SUNNAH WAL-JAMA‘AH TERHADAP SYIAH IMAMIYYAH
MAZHAB JA‘FARI DAN ZAIDI DENGAN MENYEMBUNYIKAN BEBERAPA
AYAT AL-QUR‘AN DAN HADIS YANG BERKAITAN DENGAN TOPIK
TERTENTU YANG MEMBOLEHKANNYA ATAU MENGHARUSKANNYA
KEMUDIAN MEMENUDUH SYIAH MENYALAHINYA BAGI TUJUAN
MENYESAT ATAU MENGKAFIRKAN SYIAH DI NUSANTARA:

1. Jawapan kepada soalan: Tahrif al-Qur’an- Pengubahan al-Qur’an-(e-


Fatwa) boleh didapati dalam buku-buku Sunni sendiri seperti Sahih al-
Bukhari, Sahih Muslim, al-Musnad dan lain-lain, tetapi ia
disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan
menyesatkan Syiah kerana mempunyai al-Qur’an yang lain.

Tuduhan bahawa Syiah mempunyai al-Qur’an yang lain berbeza


dengan al-Qur’an yang ada sekarang adalah propaganda musuh-musuh Ahlu
l-Bait Rasulullah SAW terutamanya oleh Salafi/Wahabi. Persoalannya:
Tidakkah Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri yang telah berkata:
"Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an,
apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-
Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana
yang ada." ?
Tidakkah Aisyah RA menyatakan surah al-Ahzab (33): 56 pada masa
Nabi SAW adalah lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-
Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..."
Aisyah berkata,"Iaitu sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf." ?
Tidakkah Hafsah RA telah mengimla' "Wa Salati al-Asr" selepas surah al-
Baqarah (2): 238 dan ia tidak ada dalam al-Qur'an sekarang?

Perlu dinyatakan bahawa buku-buku muktabar Sunni sendiri telah


mencatat bahawa al-Qur’an di zaman Rasulullah SAW adalah berbeza
dengan al-Qur’an yang dikumpulkan di dalam mushaf Uthman. Iaitu al-
Qur’an yang ada sekarang seperti berikut:
109
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(i). Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-
Lail (92): 3 telah ditambah perkataan "Ma Khalaqa" Justeru, ayat yang asal
ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa". Hadis ini
diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ia dicatat pula oleh Muslim,
Sahih,I, hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191.

(ii). Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V,


hlm. 191 menyatakan surah al-Dhariyat (51): 58 telah dipinda dari teks
asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq" iaitu teks
sekarang.

(iii). Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224
meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari, "Kami membaca satu surah seperti
surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku
mengingati sepotong dari ayatnya "Sekiranya anak Adam (manusia)
mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga
dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan dengan tanah."

(iv). Al-Suyti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah


menyatakan surah al-Ahzab (33): 56 pada masa Nabi SAW adalah lebih
panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas
"Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata, "Iaitu
sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf."

(v). Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-
Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an
Aba'ikum" tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.

(vi). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180
meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca
pada zaman Rasulullah SAW sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa 'Uthman
menulis mushaf, ia tinggal 73 ayat sahaja."

(vii). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada


'Abdullah bin 'Umar, daripada bapanya Umar bin al-Khattab, dia berkata,
"Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an,
apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-
Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an
mana yang ada."
110
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang. Begitu juga terdapat


ayat-ayat yang berbeza dicatat di dalam buku-buku Syiah seperti Raudhah
min al-Kafi dan lain-lain walaupun buku-buku tersebut tidak dianggap
semuanya sahih oleh Syiah. Sementara Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
dianggap kesemuanya sahih oleh Sunni dari semua sudut, tetapi ia tidak ada
khilaf tentang al-Qur’an yang ada sekarang dari sudut amali kerana ia
menjadi rujukan Sunni dan Syiah secara bersama.

Justeru, tuduhan bahawa Syiah mempunyai al-Qur’an yang lain hendaklah


dihentikan dan janganlah ia dijadikan bahan untuk menyesat atau
mengkafirkan Syiah, nanti orang bukan Islam akan membuat kesimpulan
bahawa al-Qur’an yang dipercayai oleh Sunni dan Syiah tidak lengkap pula
(la samiha llahu), kerana ia terdapat di dalam catatan bersama; Sunni dan
Syiah. Sedangkan Syiah dan Sunni percaya kepada al-Qur’an yang ada
sekarang.

2. Jawapan kepada soalan: Syiah mencaci sahabat (e-Fatwa) boleh


didapati dari buku-buku Sunni sendiri, tetapi ia disembunyikan
daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan menutupi para
sahabat yang telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW di
dalam Sahih al-Bukhari secara khusus.

Tuduhan Syiah mencaci sahabat adalah propaganda musuh-musuh


Ahlu l-Bait Rasulullah SAW terutamanya oleh Salafi/Wahabi. Persoalannya:
Tidakkah terdapat sahabat sendiri yang telah mencaci sahabat? Tidakkah
terdapat sahabat yang telah memfitnahkan sahabat? Syiah ada dua
kumpulan; ada yang mencaci sahabat dan ada yang tidak mencaci sahabat.
Adapun yang mencaci sahabat pula, mereka tidak mencaci semua sahabat,
kerana di kalangan sahabat terdapat Salman Farisi, Miqdad, Ammar,
Huzaifah dan lain-lain di kalangan para sahabat.

Justeru mengatakan bahawa Syiah mencaci semua sahabat adalah


tidak tepat. Hujah bagi yang mencaci sahabat tertentu adalah kerana (i)
Sahabat ada yang menyalahi al-Qur’an. (ii) Sahabat ada yang menyalahi
Sunnah Rasulullah dengan sengaja. (iii) Terdapat sahabat yang telah
menghina Rasulullah SAW dan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW; Fatimah, Hasan,
Husain dan Ali AS dengan sebenarnya. (iv) Sahabat ada yang mencaci
sahabat seperti Khalifah Abu Bakar telah mencaci Ali AS dan Fatimah AS
111
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sebagai musang dan ekornya. Bahkan beliau mengatakan Ali AS seperti
Umm al-Tihal (seorang pelacur) kerana menimbulkan soal tanah Fadak.
Kata-kata ini telah diucapkan oleh Abu Bakar di dalam Masjid Nabi SAW
selepas berlakunya dialog dengan Fatimah AS mengenai tanah Fadak.
Ibn Abi al-Hadid telah bertanya gurunya, Yahya Naqib Ja'far bin Yahya
bin Abi Zaid al-Hasri, mengenai kata-kata tersebut: "Kepada siapakah ia
ditujukan? "Gurunya menjawab: "Ia ditujukan kepada Ali AS. Kemudian dia
bertanya lagi: Adakah ia ditujukan kepada Ali? Gurunya menjawab: "Wahai
anakku inilah ertinya pemerintahan dan pangkat duniawi tidak mengira
kata-kata tersebut. (Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 80). (v)
Mua‘wiyah telah mencaci Ali AS di masjid-masjid di bawah
pemerintahannya (vi) Ada di kalangan sahabat yang telah melakukan zina,
kerana perbuatan zina adalah dilaknati (vi) Ada di kalangan sahabat yang
telah membunuh sahabat, kerana pembunuhan adalah dilaknati.

(vii) Ada di kalangan sahabat yang telah memerangi Khalifah Ali AS,
kerana memerangi Khalifah Ali AS adalah dilaknati menurut Hadis
Rasulullah SAW: Aku berperang dengan mereka yang memerangi Ali dan
aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengannya” (vii) Sahabat
bukanlah manusia yang disucikan oleh Allah SWT. Sahabat adalah berbeza
dengan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW (viii) Sahabat wajib mentaati Allah dan
Rasul-Nya sepenuhnya (100%). (ix) Sahabat ada yang munafiq (sila lihat
surah al-munafiqin).

(x) Sahabat ada yang menyakiti Rasulullah SAW tentang pembahagian


sedekah. (xi) Justeru “sahabat semuanya adil” adalah merupakan sebuah
pembohongan kepada hakikat sejarah, al-Qur’an dan Hadis itu sendiri. (xii)
Kerana sahabat tidak boleh mengatasi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW. (xiii)
Dan mereka pula tidak disucikan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab (33):
33. (ix) Tidakkah Khalifah Ali dicaci selama 70 tahun di masjid-masjid di
zaman pemerintahan Bani Umayyah?

Tidakkah Khalifah Umar telah mencaci dan menghina Rasulullah SAW,


tetapi ia disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara? Malah
para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi di Nusantara
mempertahankan perbuatannya dengan memarahi para pengkritiknya
pula?
Khalifah Umar telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW
dengan menghalang baginda SAW dari menulis wasiatnya dan mengatakan
112
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau (yahjuru) menurut satu
riwayat. Al-Qur’an adalah cukup untuk kita sementara Sunnah Rasulullah
SAW tidak perlu.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ’Ubaidillah Bin ’Abdullah


berkata: Apabila Rasulullah SAW sedang sakit tenat, beliau bersabda: Kalian
bawakan kepadaku kertas (kitaban) di mana kalian tidak akan sesat selama-
lamanya. Lantas Umar berkata (kepada hadirin): Nabi SAW sedang sakit
tenat di dalam riwayat yang lain Umar berkata: Nabi SAW sedang meracau)
dan di sisi kita Kitab Allah dan ia adalah mencukupi bagi kita (tanpa wasiat-
Sunnah Nabi SAW). Lalu mereka berselisih pendapat mengenainya (di
antara menuruti perintah Nabi SAW dan perintah Umar yang menghalang
mereka supaya membawa kertas kepada Nabi SAW). Nabi SAW pun
bersabda: Pergilah kalian dariku kerana tidak layak bagi kalian berkelahi di
hadapanku. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah
SAW dari menulis surat wasiatnya” (al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 114, hlm.
86).

3. Jawapan kepada soalan: Kemaksuman Imam daripada Ahlu l-Bait


Nabi SAW (e-fatwa) terdapat dalam al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW,
tetapi ia disembunyikan daripada pengetahun umum di Nusantara
bagi tujuan menghina para imam Ahlu l-Bait Nabi SAW yang disucikan
dan menghormati para imam yang tidak maksum.

Kemaksuman Imam daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW (12 Imam)


adalah akidah al-Qur’an surah al-Ahzab (33): 33 dan Hadis Nabi SAW itu
sendiri; Hadis al-Kisa’, Hadis al-Thaqalayni, Hadis al-Manzilah, Hadis bab al-
Hittah dan Hadis al-Safinah, umpamanya. Penentangan terhadap
kemaksuman Nabi SAW dengan sepenuhnya (100%) dan Ahlul-Baitnya
adalah sunnah Khalifah Abu Bakar dan Umar. Oleh itu, mereka menciptakan
sunnah mereka sendiri yang menyalahi Sunnah Nabi SAW dan al-Qur’an di
dalam beberapa hal. Kemudian sunnah mereka berdua pula diikuti oleh
Sunni sebagai akidah/agama mereka.

(i) Justeru, perbincangan ini adalah di luar skop pemahaman Ahli


Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi) (ii) kerana mereka tidak percaya kepada
kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%). (iv) Mereka percaya bahawa
Nabi SAW hanya maksum ketika menyampaikan wahyu sahaja, selain
daripada itu beliau hanya manusia biasa, berijtihad (v) sama ada betul atau
113
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
salah kemudian (vi) para sahabatnya memperbetulkan kesalahannya. (vii)
Justeru, sunnah /bidaah Abu Bakar dan Sunnah Umar, menurut Sunni,
dapat mengatasi Sunnah Nabi SAW. (viii) Apatah lagi kemaksuman para
Imam 12 daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW ditentang oleh Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah (ix) walaupun ia diberi hujah dari al-Qur’an dan Hadis
Rasulullah SAW.
(xi) Abu Bakar dan Umar adalah tidak maksum, tetapi sunnah mereka
berdua (xii) menurut Sunni, mengatasi Sunnah Nabi SAW yang maksum
(xiii) dan mengatasi al-Qur’an yang maksum. (xiv) Justeru, kemungkinan,
kemaksuman itu tidak diperlukan oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di dalam
akidah mereka (xv) mereka pula tidak terikat dengan al- Qur’an dan Sunnah
Rasulullah SAW sepenuhnya dari sudut amali. (xvi) Dan tidak ada seorang
pun di kalangan empat Khalifah dimaksumkan (disucikan) oleh Allah SWT
kecuali Ali AS, tetapi mereka bertiga itu pula boleh mengatasi kedua-
duanya pula! Pengertian “Maksum” menurut Kamus Dewan adalah
terpelihara dari (dosa) dan tidak tercela [hlm. 848 Kuala Lumpur, 1984].

Syeikh al-Mufid telah memberi definisi ‘ismah (kemaksuman) sebagai


suatu kurniaan yang halus (lutfun) yang diberikan oleh Allah kepada
seorang mukallaf di mana ia dapat mencegah berlakunya maksiat dan
meninggalkan ketaatan walaupun dia mampu melakukannya” (al-Nakt al-
‘Itiqadiyyah, oleh Syeikh al-Mufid 10: hlm. 37. Al-Tusi berkata: ‘ismah adalah
suatu kekuatan jiwa (al-Malakah al-Nafsiyyah) yang berlaku kepada para
nabi dan para imam AS. Hanya 12 para imam Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah
daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW sahaja yang maksum selain Fatimah
AS. Mereka disucikan/dimaksumkan daripada dosa di dalam surah al-Ahzab
(33): 33 dan Hadis Rasulullah SAW seperti Hadis al-Thaqalayni dan Hadis
al-Kisa’.
Para imam AS tidak menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.
(xvii) Terbukti tiga Khalifah sebelum Khalifah Ali AS telah menyalahi
Sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja. Khalifah Ali AS berkata: “Khalifah-
Khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi
Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan
beliau SAW dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau SAW…” (al-Kulaini, al-
Raudhah min al-Kafi, (vii), Hadis 21, hlm. 51-52]. Justeru imam maksum
yang tidak menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW adalah lebih
baik daripada imam yang tidak maksum yang menyalahi kedua-duanya
sekali.
114
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
4. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Abu Bakar dan Umar serta
kumpulan mereka percaya kepada kemaksuman Nabi SAW dan
menghormatinya dengan sepenuhnya?

Berdasarkan kepada penentangan mereka terhadap Nabi SAW ketika


hampir wafat untuk menulis wasiatnya dan berkata bahawa Nabi SAW
sakait tenat, dan menurut satu riwayat “sedang meracau” (yahjuru)
“cukuplah Kitab Allah untuk kita “(hasbuna kitabullah), (1) Bahawa mereka
tidak percaya kepada kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%) dari
segi amali? (2) Malah mereka telah menghina Nabi SAW dengan kata-kata
kesat dan menghalang Nabi SAW dari melaksanakan Sunnahnya ? (al-
Bukhari, Sahih, I, hlm. 36). (3) Jika tidak, kenapakah mereka mensyaratkan
sunnah mereka diteruskan di dalam pemerintahan selepas mereka berdua?
(4) Khalifah Ali AS telah menolak sunnah mereka berdua. Justeru, beliau
tidak dilantik menjadi khalifah ke 3.

(5) Sepatutnya Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mempertahankan Nabi SAW


dari dihina oleh mereka! (6) Apakah nilai kemaksuman Nabi SAW kepada
mereka dari sudut amali? (7) Persoalannya: Kenapakah Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah masih mempertahankan sunnah-sunnah mereka yang menyalahi al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dengan memusuhi Syiah? (8) How is being
Syiah a crime?

5. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Abu Bakar dan Umar serta
kumpulan mereka percaya kepada “kemaksuman” al-Qur’an (mahfuz)
dan menghormatinya dengan sepenuhnya (100%)?

(1) Mungkin mereka percaya kepada “kemaksuman” al-Qur’an


sepenuhnya (100%) dari segi teori. (2) Mungkin di kalangan mereka ada
yang tidak menghormati “kemaksuman” al-Qur’an dengan sepenuhnya
(100%) dari segi amali dengan alasan ijtihad boleh membatalkan hukum
Allah. (a) Walau pun kata-kata (b) dan perbuatan-perbuatan mereka
menyalahi (c) al-Qur’an, umpamanya, surah al-Ahzab (33): 36 dan surah al-
Nisa’ (4): 65 (d) Dan mereka juga tidak menghormati kemaksuman keluarga
Rasulullah SAW di dalam surah al-Ahzab (33): 33 dan Hadis Thaqalayni;
Kitab Allah dan ‘itrah keluargaku”(e) Jika tidak, kenapakah mereka
memusuhi, menyesat atau mengkafirkan orang yang tidak mengikuti
sunnah–sunnah manusia biasa yang bercanggah dengan al-Qur’an dan
115
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sunnah Nabi SAW? (f) Justeru, adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar? (Bandingkan Tarikh al-Khulafa’, ibid, al-Raudhah, ibid).

6. Jawapan kepada soalan: Adakah sunnah Abu Bakar dan Umar dikira
sebagai neraca kebenaran oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari sudut
amali?

Sunnah Abu Bakar dan Umar dikira sebagai neraca kebenaran oleh Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dari sudut amali. (1) Ini disebabkan sunnah mereka
berdua dijadikan akidah atau agama sebagaimana dicatat oleh al-Suyuti di
dalam Tarikh al-Khulafa’, hlm. 160. (2) Menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah,
Sunnah mereka berdua mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dengan
alasan ijtihad. (3) Justeru ia menyalahi firman-Nya di dalam surah al-Nisa’
(4): 115 “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk
baginya dan mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami biarkan dia
memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam. Itulah
sejahat-jahat tempat kembali”. (4) Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4):
65 “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka
mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan
mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima
keputusan engkau dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”.

7. Jawapan kepada soalan: Benarkah Khalifah Ali AS berkata bahawa


terdapat dua jenis manusia atau lelaki yang akan binasa tentang saya
(fi yya): Pertama pencinta yang melampau dan kedua pembenci yang
melampau?

Ya, benar. Kata-katanya terdapat di dalam Nahj al-Balalaghah dan lain-


lain dengan sedikit perbezaan dari segi lafaznya. Maksud perkataan Ifrath
dan tafrith adalah melampau had yang dibenarkan. Adapun pencinta yang
melampau (muhibbun mufrithun) kerana cintanya tidak menepati
kebenaran atau ia tersasar dari kebenaran.

Sementara pembenci yang melampau (mubghidhun mufrithun) kerana


kebenciannya tidak menepati kebenaran atau ia tersasar dari kebenaran.
Justeru, pencinta kepada Khalifah Ali AS telah digariskan oleh beliau sendiri
berasaskan akademik terutama kata-katanya “Kenalilah kebenaran, nescaya
kalian akan mengetahui ahlinya (pengikutnya)” (I’rafu al-Haq, ta’rafu ahla-
hu), kerana kebenaran adalah tetap kebenaran dan ia ada pengikutnya
116
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(ahlinya). Kebatilan tetap kebatilan dan ia ada pengikutnya (ahlinya) pula.
Di dalam erti kata yang lain, kenalilah kebenaran dan kebatilan, nescaya
anda akan mengetahui pengikut kedua-duanya.

Rasulullah SAW pula bersabada: “Ali bersama kebenaran dan


kebenaran bersama Ali berpusing bersamanya di mana dia berada” (al-
Turmudhi, Sahih, v, hlm.633, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm.56) Dan
kepada pembenci Ali AS, Rasulullah SAW telah menetapkan garisannya yang
mana Rasulullah SAW bersabda: "Cinta kepada Ali adalah keimanan dan
membencinya adalah nifaq” (Sahih al-Bukhari, iii, hlm.124).

8. Jawapan kepada soalan: Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mempunyai 4


pendapat tentang Imamah/ Khilafah.

1. Usuluddin: Imamah dan Khalifah sebahagian daripada usuluddin


dan menyalahinya adalah bidaah dan menimbulkan fitnah (al-Baidhawi (w.
685 H), Minhaj al-Wusul ila ‘ilm al-Usul, Cairo, Muassasah al-Risalah
Nasyirun) t.t, hlm. 73, al-Subki (w. 756 H), Abhajfi Syarh al-Manhaj, Cairo
1981, hlm. 327, al-‘Allamah Fakhruddin Ahmad bin Hasan (w. 746 H) bin
Yusuf al-Jar Yazdi, al-Siraj al-Wahhab, jil.ii, hlm.730, Syahlmuddin Mahmud
(w. 749 H) bin Abd al-Rahman Isfahani, Syarh al-Minhaj li-l-Baidhawi fi ‘ilm
al-Usul, Maktabah al-Rusyd, Riyadh, t.t jil.ii, hlm327, Muhammad bin al-
Hasan al-Badkhasyi, Syarh al-Badkhasyi Manahij al-‘Uqul, Cairo, t.t, jil. ii, hlm.
226.

II. Rukun agama: Khilafah/imamah adalah rukun agama: Ibn ‘Abd al-Birr
(w. 463 H) menyatakan bahawa khilafah adalah sebahagian daripada rukun
agama (ruknun min arkan al-Din) kerana Rasulullah SAW telah melantik Abu
Bakar selepasnya bukan secara tasrih (kenyataan/nas), tetapi secara ta‘ridh
(pembentangan) kasih sayang kepadanya. Rasulullah SAW tidak melakukan
sesuatu melainkan dengan wahyu. Justeru khilafah adalah sebahagian
daripada rukun-rukun agama, al-Isti‘ab fi ma‘rifatt al-Sahabah,iii, hlm. 969,
Beirut 1412 H. Al-Qurtubi di dalam al-Jami‘ li-Ahkam al-Qur’an, jil. I, hlm.
265, menyatakan bahawa Al-Siddiq apabila hampir kematiannya, dia telah
melantik Umar selepasnya di dalam imamah. Tidak ada seorang pun berkata
bahawa perkara imamah tidak wajib ke atas kami dan ke atas anda, maka ia
menunjukkan bahawa imamah adalah wajib. Malah ia adalah satu rukun
daripada rukun-rukun agama (ruknun min arkan al-Din) yang menjadi teras
kekuatan Muslimin, al-jami‘ li-Ahkam al-Qur’an, jil.i, hlm. 265, Cairo, t.t.
117
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

III. Asas agama: Abu Bakar dan Umar itu sendiri adalah asas agama selepas
Nabi SAW (aslun ba‘d al- Nabi SAW). Adapun Rafidhi adalah orang yang
membenci Abu Bakar dan Umar kerana telah tetap di dalam pemikiran
mereka kefasadan iktikad disebabkan kejahilan mereka, lalu dia menzalimi
mereka berdua kerana Ali, tetapi Ali tidak beriktikad sedemikian. Lantaran
itu iktikad Rafidhi itu mendatangkan kekurangan pada agamanya (ya‘ud ‘ala
al-Din bi-naqsin) kerana Abu Bakar dan Umar kedua-duanya adalah asas
agama (aslun) selepas Nabi SAW. Dan ini adalah asas pengkafiran
sebahagian Rafidhah kerana mereka berdua dan cacian mereka terhadap
mereka berdua (hadha ma’khadh al-Takfir bi ba‘dh al-Rafidhah la-huma wa
sabb la-huma). Sebagaimana mereka menjadikan pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah di Malaysia sebagai asas agama Islam bagi mengkafirkan Syiah
(e-fatwa).

IV. Ia bukanlah sebahagian daripada agama (al-Din).

Ia berlaku melalui al-ittifaq (persetujuan) atau al-Ikhtiyar (pemilihan)


(al-Milal Wa al-Nihal, I, hlm. 103). Oleh itu persoalannya siapakah yang lebih
berhak menjadi Khalifah tidaklah penting, tetapi apa yang lebih penting
baginya ialah siapakah yang telah memegang jawatan Khalifah dengan cara
tersebut. Dan ia tidak ada kaitan dengan nas. Justeru, pendapat al-Asy'ari
adalah bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an yang tidak
memisahkan Imamah dengan agama, firman-Nya dalam surah al-Baqarah
(2): 124, terjemahannya, "Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam
bagi seluruh manusia."Ibrahim berkata,"Saya memohon juga dari
keturunanku. Allah berfirman: "JanjiKu ini tidak meliputi orang yang zalim"
Dan firman-Nya dalam surah al-Nisa'(4): 59 terjemahannya, "Hai orang yang
beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr daripada
kamu," kedua-dua ayat tersebut menunjukkan bahawa politik (Imamah)
tidak terpisah daripada agama, kerana Dia mewajibkan ketaatan kepada Uli
l-Amr sebagaimana Dia mewajibkannya kepada rasul-Nya ke atas umatnya.
Justeru, pendapat al-Asy'ari yang memisahkan politik (Imamah) dan agama
adalah bertentangan dengan nas.

9. Jawapan kepada soalan: Fatwa Sunni yang mengatasi al-Qur’an dan


Hadis: Khilafah Abu Bakar dan Umar adalah asas agama Islam. Sesiapa
yang mengingkari khilafah Abu Bakar dan Umar adalah kafir walaupun
Imamah /Khilafah bukan daripada rukun Islam menurut Sunni:
118
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
1. Ibn ‘Abidin Hanafi, Muhammad Amin bin Umar (w. 1252 H) di
dalam kitab al-Fath membuat kesimpulan bahawa mereka yang
mengingkari khilafah Abu Bakar atau Umar adalah kafir, (man ankara
khilafata al-Siddiq au Umar fa-huwa kafirun), Hasyiah al-Mukhtar ‘ala Dar al-
Mukhtar Syarh Tanwir al-Absar Fekah Abu Hanifah, Beirut 1421 H, jil. i, hlm.
561.
2. Taqiyuddin Ali bin Abd al-Kafi Subki (w.771 H) menyimpulkan
bahawa jika seorang itu mengingkari khilafah al-Siddiq (Abu Bakar), maka
dia adalah kafir (in ankara khilafata al-Siddiq fa-huwa kafirun), Fatawa al-
Subki, Beirut, Dar al-Ma‘rifah, t.t, jilid, ii, hlm.576.

3. Ibn Hajar Haithami, Abu al- ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali
Ibn Hajr (w.973H) berkata: Menurut mazhab Abu Hanifah, “sesiapa yang
mengingkari khilafah Abu Bakar atau Umar, maka dia adalah kafir (man
ankara khilafata al-Siddiq au Umar fa-huwa kafirun), al-Sawa‘iq al-Muhriqah,
Lubnan, 1417 H, jil. l, hlm. 138.

4. Syeikh Nazzam berkata: Sebenarnya sesiapa yang mengingkari


khilafah Abu Bakar adalah kafir sebagaimana orang yang menginkari
khilafah Umar (al-Sahih inna-hu kafirun wa kadhalika man ankara khilafata
Umar RA), Fataawa al-Hindiyyah fi madhhab al-Imam al-‘Azam Abi Hanifah,
jil.ii, hlm.264, Dar al-Fikr, Beirut 1411 H.

5. Abu Sa‘id al-Khadimi, Abu Sa‘id Muhammad bin Muhammad (w.


1156 H) di dalam kitab al-Zahiriyyah, berkata: Sesiapa yang mengingkari
khilafah Abu Bakar, maka dia adalah kafir. Demikian juga sesiapa yang
mengingkari khilafah Umar (fa-huwa kafirun wa kadhalika man ankara
khilafata Umar RA), Biriqah Mahmudiyyah, jil.ii, hlm. 104, Tabaq Bernamah,
Nazam Iqrari al-Jami‘ al-Kabir, t.t.

6. Siwasi, Kamaluddin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid (w. 681 H)


berkata tentang Rawafidh: Sesiapa yang melebihkan Ali ke atas mereka
bertiga (Abu Bakar, Umar dan Uthman), maka dia adalah bidaah. Sekiranya
dia mengingkari khilafah Abu Bakar atau Umar RA, maka dia adalah kafir
(man fadhdhala Aliyyan ‘ala al-Thalathah fa-mubtadi‘un wa in ankara
khilafata al-Sadiq au Umar RA fa-huwa akafirun), Syarh fath al-Qadir, jil.i,
hlm. 350, Dar al-Nasyr-Dar al-Fikr, Beirut, t.t.
119
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
7. Ibn Najim, Zain al-Din Hanafi (w. 970H) berkata: jika seorang
Rafidhi melebihkan Ali ke atas orang lain, maka dia adalah ahli bidaah dan
jika dia mengingkari khilafah al-Siddiq, maka dia adalah kafir (wa in ankara
khilafata al-Sadiq fa-huwa kafirun), al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Haqa’iq,
jil. Ii, hlm. 370, Dar al-Makrifat, Beirut t.t.

8. Kalibuli, Abd al-Rahman bin Muhammad bin Sulaiman dikenali


dengan Syeikh Zadah (w. 1078 H). Al-Marghinani berkata: Harus
mengerjakan sembahyang di belakang seorang yang mematuhi hawa
nafsunya (sahib hawa), tetapi tidak harus melakukan sembahyang di
belakang Rafidhi (Syiah), Juhani, Qadari, ahli Tasybih dan orang yang
percaya bahawa al-Qur’an itu diciptakan. Rafidhi jika dia melebihkan Ali,
maka dia adalah ahli bidaah dan jika dia mengingkari khilafah al-Siddiq,
maka dia adalah kafir (wa in ankara khilafata al-Siddiq fa-huwa kafirun),
Majma‘ al-Anhar fi Syarh multaqa al-Abhar, jil.i, hlm. 163, Beirut, 1419 H.
Fatwa tersebut dikeluarkan kerana mereka percaya bahawa
Imamah/khilafah Abu Bakar dan Umar itu adalah daripada rukun
Islam/Usuluddin.http://www.vAliASraj.com/fa/page.php?bank=question&i
d=17972#_Toc324250399

10. Jawapan kepada soalan: Syiah membesar-besarkan atau


mendewakan Ali AS (e-fatwa) adalah bagi menutupi kepercayaan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi yang tersirat bahawa Khalifah Abu
Bakar dan Umar itu adalah lebih tinggi dan lebih mulai daripada Nabi
SAW dan Allah SWT dari sudut amali sebagaimana diungkapkan oleh
Khalifah Ali AS bahawa mereka berdua adalah Sanamai Quraisy (Dua
berhala Quraisy) yang disembah (yang ditaati tentang hukum halal
dan haramnya walaupun ia menyalahi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW).

Syiah Imamiyyah Ja‘fariyah tidak membesar-besar atau mendewa-


dewakan Ali AS melainkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW.
Tuduhan ini bagi menutupi kelemahan sendiri bahawa Sunni dan Wahabi
telah menjadikan sunnah Abu Bakar dan Umar sebagai akidah/agama
mereka bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dan Sunni percaya
bahawa sunnah mereka berdua adalah lebih tinggi dari hukum al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW dari sudut amali. Dan dari sudut yang lain pula
bahawa tuduhan ini merupakan fitnah terhadap Syiah Imam 12 atau Syiah
mazhab Ja‘fari oleh Salafi/Wahabi. Persoalannya: Tidakkah Sunni sendiri
120
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
yang membesar-besar atau mendewakan Abu Bakar dan Umar kemudian
melimparkan tuduhan kepada Syiah?

Tidakkah mereka berdua digelar sebagai Sanamai Quraisy (Dua berhala


Quraisy) yang disembah kerana Sunni mematuhi hukum halal dan haram
mereka bedua dari hukum Allah dan Rasul-Nya? Perbincangan ini adalah di
luar skop pemahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi), kerana mereka
tidak sedar bahawa mereka memuja atau membesar-besar, mendewakan
dan menyembah Abu Bakar dan Umar; kadang-kadang melebihi Nabi SAW
dan kadang-kadang melebihi Allah SWT dari sudut amali. Akhirnya ia
menjadi suatu kebiasaan di dalam kepercayaan mereka sedemikian.

Syiah Imamiyyah Ja‘fariyah (i) tidak membesar-besar atau mendewa-


dewakan Ali AS melainkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW,
kerana mereka mematuhi sabda Rasulullah SAW: “Ali bersama kebenaran
dan kebenaran bersama Ali berpusing bersamanya di mana dia berada” (al-
Turmudhi, Sahih, v, hlm. 633, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 56). (ii) Ali
AS tidak menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW (iii) Ali AS tidak
melebihi Rasulullah SAW dari semua sudut. (iv) Apatah lagi disamatarafkan
dengan Tuhan. Bandingkan apa yang dilakukan oleh Sunni terhadap Abu
Bakar dan Umar sehingga mereka mematuhi mereka berdua sekalipun
mereka berdua menyalahi Allah dan Rasul-Nya.

(v) Begitu juga kedudukan 11 imam selepas Ali AS adalah lebih rendah
dari taraf moyang mereka Rasulullah SAW. (vi) Adapun Sunni mereka
membesar-besar dan mendewa-dewakan Umar al-Khattab walaupun dia
menyalahi sebahagian hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. (vii)
Mereka menamakan kesalahannya sebagai ijtihad dan pada hakikatnya ia
adalah bidaah, (viii) kemudian mereka mematuhinya pula. (ix) Justeru
mereka menyatakan bahawa jika Umar bercakap sesuatu, maka ia
menjadi syariat yang wajib dipatuhi (yantiqu bi al-Syai’ fa-yakun huwa al-
Ma’mur al-Masyru’)(x) kerana ia dipersetujui oleh Allah SWT. (Miftah Dar al-
Sa‘adah, oleh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, iii, hlm. 1540). (xi).

Justeru Sunnilah yang membesar-besarkan Umar (xii) soalnya:


Tidakkah Sunni kadang-kadang memandang Umar lebih tinggi daripada
Rasulullah SAW? (xii) Soalnya: Tidakkah Sunni kadang-kadang memandang
manusia ini lebih tinggi daripada Allah secara tidak disedari dari sudut
amali dengan mematuhi bidaah-bidaah mereka berdua yang menyalahi al-
121
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Qur’an? Tidakkah sindiran “dua berhala Quraisy” oleh Ali dimaksudkan
kepada mereka berdua kerana hukum halal dan haram mereka berdua
dipatuhi oleh Sunni. Justeru sesiapa yang mematuhi halal dan haram
mereka berdua, maka mereka menyembah mereka berdua (Ni‘matullah al-
Jaza’iri, al-Anwar al-Nu‘maniyyah, ii, hlm. 279).

11. Jawapan kepada fatwa/tuduhan bahawa Saidina Ali disama


tarafkan dengan Allah SWT adalah bagi menutupi kepercayaan Sunni
dan Wahabi yang tersirat bahawa Abu Bakar dan Umar adalah
melebihi Allah SWT dari sudut hukum amali sebagaimana
diungkapkan oleh Khalifah Ali AS:

Syiah mazhab Ja‘fari menolak tuduhan liar /fitnah ini dengan sekeras-
kerasnya. Fatwa ini dipengaruhi oleh propaganda Salafi/Wahabi yang
menentang Ali AS. Mereka hanya memahami sesuatu secara zahir sahaja,
bukan batinnya bersama. Fatwa ini bukan akidah Syiah Imam 12 atau
mazhab Ja‘fari. Ia adalah fitnah Salafi/Wahabi. Persoalannya: Tidakkah Abu
Bakar dan Umar disama tarafkan dengan Allah, malah melebihiNya dari
sudut amali? Jika tidak sedemikian, kenapakah mereka berdua dinamakan
Sanamai Quraisy (dua berhala Quraisy)?

Bahawa sesungguhnya Imam Ali AS tidak disamatarafkan dengan


Allah oleh Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah apabila dia berkata: “Akulah yang
awal dan akhir dan akulah yang zahir dan batin” kerana dia bermaksud
dialah yang paling awal menerima agama Islam, dan yang terakhir
mengkafan jenazah Rasulullah SAW, dia mengetahui ilmu zahir dan batin
kerana dia diajar seribu bab oleh Rasulullah SAW dan setiap satu bab akan
berpecah kepada seribu bab yang lain pula.

Ketinggian ilmu dan bahasa yang diucapkan oleh Amir al-Mukminin


Ali b. Abi Talib terserlah di dalam ucapan-ucapan beliau1 yang mana pada
suatu hari beliau diminta oleh sebahagian para sahabatnya supaya
memberitahu mereka tentang keilmuannya. Amir al-Mukminin menjawab:
Sesungguhnya ucapanku sulit dan menyulitkan (Sa`bun wa Mustas`abun) di
mana ia tidak akan difahami melainkan oleh orang yang alim (al-Alimun).
Namun mereka mendesak beliau supaya memberi suatu ucapan kata-kata
hikmah kepada mereka.

1 Lihat umpamanya Syarif Radi, Nahj al-Balaghah , Beirut 1973.


122
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Lalu beliau menjemput mereka ke rumahnya, kemudian beliau
berucap: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka akulah yang memaksa,
(Qahartu); akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan (Umitu),
akulah yang pertama (al-Awwal) dan terakhir (al-Akhir), Zahir (al-Zahir)
dan batin (al-Batin). Lantas mereka memarahi beliau dan berkata: Beliau
telah kafir (kafara) lalu mereka berdiri untuk keluar dari rumahnya. Ali AS
berkata kepada pintu: Wahai pintu, peganglah mereka. Maka pintu itu
tertutup dengan sendiri. Beliau berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada
kalian bahawa ucapanku sulit dan menyulitkan, ia tidak dapat difahami
melainkan oleh orang yang alim? Datang kemari, aku akan menjelaskannya
kepada kalian.
Ada pun ucapanku: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka akulah
yang telah memaksa (Qahartu), maka akulah yang telah meninggikan
(Alautu) kalian dengan pedangku ini. Maka aku memaksa (Qahartu) kalian
sehingga kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun ucapanku:
Akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan (Umitu), maka akulah
yang menghidupkan(Uhyi) Sunnah dan mematikan (Umitu) bidaah Adapun
ucapanku: Akulah yang pertama (al-Awwal), maka akulah orang yang
pertama (al-Awwal) beriman kepada Allah dan memeluk Islam.

Ada pun ucapanku: Akulah orang yang terakhir (al-Akhir), maka


akulah orang yang terakhir (al-Akhir) mengenakan pakaian ke atas Nabi
SAW dan mengkafankannya. Adapun ucapanku: Akulah zahir (al-Zahir) dan
batin (al-Batin), maka di sisi akulah ilmu zahir dan batin. Kemudian para
sahabatnya mengeluh seraya berkata: Anda telah menyelamatkan kami
semoga Allah menyelamatkan anda2.

Jikalaulah sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin Ali AS sukar


untuk memahami ucapan-ucapan beliau, orang di zaman kita ini lebih sukar
lagi untuk memahaminya. Justeru mereka melontarkan kata-kata kafir
kepada Syiah Amir al-Mukminin Ali AS pula dengan alasan Amir al-
Mukminin Ali tidak berkata demikian. Hanya Syiah Ali sahaja yang
mengaitkan ucapan tersebut. Perbezaannya yang pertama (sebahagian para
sahabat Ali AS) mengkafirkan Ali sendiri kerana ucapannya. Sementara
orang Islam tertentu di zaman ini, menafikan kata-kata itu dikaitkan kepada
Ali AS.

2Syaikh al-Mufid, al-Ikhtisas, t.t., hlm. 163; al-Majlisi, Bihar al-Anwar, Tehran 1958, IX, hlm.
645; Lihat juga al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 292-293.
123
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sebaliknya menyatakan bahawa ucapan tersebut hanya direka-reka
oleh Syiah (Ali). Lantas mereka mengkafirkan Syiah. Jikalaulah mereka
benar-benar mengetahui bahawa ucapan tersebut datangnya daripada Ali
AS sendiri, kemungkinan mereka akan melakukan perkara yang sama
sebagaimana yang telah dilakukan oleh sebahagian para sahabat Ali
terhadap beliau sendiri kerana mereka bukanlah terdiri daripada orang
yang mempunyai ilmu yang tinggi, malah mereka hanya dapat memahami
sesuatu secara mendatar. Meskipun begitu mereka adalah sahabat Amir al-
Mukminin Ali dan kemungkinan di kalangan mereka adalah sahabat
Rasulullah SAW sendiri.

Hanya Salafi/Wahabi sahaja yang beranggapan sedemikian kerana


mereka menolak ilmu batin. Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah pula
menjadikan manusia biasa lebih tinggi dan mulia daripada (hukum) Allah
dari sudut amali. Soalannya: Siapakah yang menyeleweng menurut al-
Qur’an? Dan fatwa ini juga menyalahi Perlembagaan Persekutuan perkara
11 (1).

12. Jawapan kepada Fatwa: Menghina Abu Bakar dan Umar” itu
adalah bagi menutupi penghinaan Khalifah Abu Bakar dan Umar
terhadap Nabi SAW itu sendiri dan bagi tujuan menuduh Syiah
mencaci sahabat. Sedangkan mereka berdua telah mencaci dan
menghina Nabi SAW menurut Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim,
tetapi ia disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara.

Fatwa ini dipengaruhi oleh Salafi/Wahabi yang memusuhi para Imam


12 dan para pengikut mereka. Persoalannya: Tidakkah Abu Bakar, Umar dan
kumpulannya telah menghina Rasulullah SAW ketika baginda hampir wafat
dan mengatakan baginda “sedang meracau” (yahjuru), lantas Rasulullah
SAW mengusir mereka? (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36). Adakkah orang yang
menghina Rasulullah SAW layak dihina atau diberi penghormatan? Justeru,
mereka berdua wajib mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuhnya
(100%). Dan mereka tidak kebal apabila menghadapi perintah Allah dan
perintah Rasul-Nya, kerana tidak ada sahabat yang lebih tinggi dan mulia
daripada Allah SWT.
i. Kerana tidak ada sahabat yang lebih tinggi dan mulia daripada Rasulullah
SAW.
ii. Kerana tidak ada sahabat yang lebih tinggi dan mulia daripada Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW yang disucikan di dalam surah al-Ahzab (33): 33 dan Hadis
124
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
al-Thaqalayni, kerana umat tidak akan sesat jika mereka berpegang kepada
kedua-duanya. Oleh itu sesiapa yang menghina Allah dan Rasul-Nya dengan
menyalahi atau menukar hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya sama ada dia
seorang sahabat atau pun bukan sahabat, maka dia layak dihina jika mahu,
kerana menghormati Allah dan Rasul-Nya adalah lebih diutamakan.

Al-Bukhari di dalam Sahihnya "Kitab bad' al-Khalq fi bab Ghuzwah al-


Hudaibiyyah" telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Ala bin al-
Musayyab daripada bapanya bahawa dia berkata: "Aku berjumpa al-Barra’
bin ‘Azib maka aku berkata kepadanya: Alangkah beruntungnya anda kerana
bersahabat dengan Nabi SAW dan anda telah membaiah kepadanya di
bawah pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak saudaraku. Sesungguhnya
anda tidak mengetahui apa yang kami telah lakukan (Ahdathna) selepasnya"
(Al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 32).

13. Jawapan kepada soalan: Nikah Mut‘ah. (1) Pengharaman nikah


Mut‘ah oleh kebanyakan Sunni adalah kerana mengikuti “sunnah”
Khalifah Umar yang telah menyalahi al-Qur’an dan Hadis. (2) Ia bagi
menutupi keburukan Khalifah Umar yang telah melakukan nikah
Mut‘ah sebelum pengharamannya. (3) Ia juga bagi menutupi
keburukan Khalifah Umar yang telah meliwat para isterinya yang
mana dia tidak pernah mengharamkannya pula.

Pengharaman nikah mut‘ah adalah sunnah Umar dalam masa


pemerintahannya, bukan Sunnah Nabi SAW. Al-Qur’an menghalalkannya
dalam surah al-Nisa’ (4): 24 ”Jika kamu berusaha dengan harta mu untuk
menikahinya secara mut‘ah (fa-mastamta‘tum bi-hinna), maka berikanlah
mas kahwinnya kepada mereka sebagai suatu kewajipan” (fa-aatu-hunna
ujurahunna faridhatan). Dan ia tidak dimansuhkan (al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa', hlm. 137). Walau bagaimana pun, kebanyakan Sunni mengikuti
sunnah Umar yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.

(i) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan meriwayatkan kata-kata Umar, dua


mut'ah yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, tetapi aku melarang
kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya, iaitu mut'ah
perempuan dan mut'ah haji (al-Sunan, V, hlm. 206).

(ii) Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata: "Kami telah melakukan
nikah mut'ah dengan segenggam kurma dan gandum selama beberapa hari
125
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
pada masa Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar melarang dan
mengharamkan-nya dalam kes Umru bin Harith. (Muslim, Sahih, I, hlm. 395;
Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX, hlm. 41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VIII,
hlm. 294).
(iii) Kata-kata Ali AS, "Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut'ah
nescaya tidak seorang pun berzina melainkan orang yang celaka." (al-
Tabari, Tafsir, V, hlm. 9; Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200;
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 140). Ali AS menyatakan bahawa ia
adalah halal hingga hari Kiamat. Umar telah menggunakan perkataan “kami
telah melakukan nikah mut‘ah bersama-sama Rasulillah SAW (tamatta‘na
ma’a Rasulillah SAW). Ali AS telah melakukan nikah mut‘ah dengan adik
perempuan Khalifah Umar. Ali AS berkata kepada Khalifah Umar: Adapun
semalam, aku telah melakukan nikah mut‘ah dengan adik perempuan anda”
Maka Khalifah Umar memendamkan kemarahannya di hatinya sehingga dia
mengharamkan nikah Mut‘ah. (sila lihat, Ni’matullah al-Jaza’iri, al-Anwar al-
Nu’maniyyah, ii, hlm. 789).

Perlu dinyatakan bahawa bukan semua perkara yang halal wajib


dilakukan. Dan ia ada syarat-syaratnya pula. Ia tidak boleh dilakukan
dengan isteri orang, anak dara tanpa izin walinya dan keluarga terdekat
yang diharamkan. Ia mesti mempunyai ajal tertentu, ijab dan qabul serta
mas kahwin. Asama’ Binti Khalifah Abu Bakar telah melakukan nikah mut’ah
dengan al-Zubair selama 3 tahun dan melahirkan dua anak lelaki, maka bagi
kalian, ia adalah perbuatan zina dan mereka berdua adalah penzina dan
anak mereka berdua bernama ‘Urwah dan ‘Ubaidillah adalah anak zina.
Walau bagaimana pun, nikah mut‘ah adalah lebih baik dari jihad nikah versi
Wahabi.

14. Jawapan kepada soalan: Adakah menghina dan menyakiti Fatimah,


Hasan, Husain dan Ali AS sama dengan menghina dan menyakiti Nabi
SAW?” :

Ya. (i) Menghina dan menyakiti Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS
adalah sama dengan menghina dan menyakiti Nabi SAW (ii) Mereka adalah
Ahli al-Kisa’ (iii) Mereka adalah Ahlu l-Bait Nabi SAW yang disucikan dalam
surah al-Ahzab (33): 33. (iv) Merekalah yang disabdakan oleh Nabi SAW
“saya berperang dengan mereka yang memerangi mereka dan saya
berdamai dengan mereka yang berdamai dengan mereka” (v) Baginda
126
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bersabda: “Fatimah adalah sebahagian daripada anggota saya, sesiapa yang
menyakitinya, maka dia menyakiti saya” “saya meredai apa yang diredai
oleh Fatimah dan saya membenci apa yang dibencikan oleh Fatimah”

(vi) Baginda bersabda: “Saya daripada Ali dan Ali daripada saya” dan
Ali adalah jiwa/diri Nabi SAW itu sendiri di dalam ayat al-Mubahalah
(surah Ali Imran (3): 61 (vii) Baginda bersabda: “Hasan daripada saya dan
saya adalah daripada Hasan” (viii) Baginda bersabda: Husain adalah
daripada saya dan saya daripada Husain” (ix) Baginda bersabda: Hasan dan
Husain adalah penghulu pemuda syurga”. (x) Adakah Fatimah, Hasan,
Husain dan Ali AS telah berbohong apabila mereka menuntut hak mereka
sebagai Khalifah selepas Rasulullah SAW secara langsung? (xi) Adakah
mereka berbohong apabila mereka menyatakan bahawa merekalah yang
disucikan oleh Allah di dalam surah al-Ahzab (33): 33 dan merekalah
dimaksumkan oleh Allah dan Rasul-Nya? (xii) Kenapakah kalian memusuhi
Syiah Islam pula? (xiii) Justeru siapakah kalian dengan sebenarnya?

15. Jawapan kepada soalan: Salafi/Wahabi mengkafirkan mazhab


Syafi‘i dan Asya‘riyyah. Mereka hanya melakukan Taqiyyah di hadapan
Sunni sahaja.

Ibn Taimiyyah yang menjadi ikutan Salafi/Wahabi telah (i)


mengkafirkan mazhab Syafi‘i dan Asya‘irah. Dia berkata: “Siapa yang
berkata: Aku adalah Syafi‘i dari sudut syariat dan Asy‘ari dari sudut iktikad,
maka kami berkata kepadanya: Kata-katanya bukan sahaja berlawanan,
malah ia adalah daripada kemurtadan” (Kitab Majma‘ al-Fatawa oleh Ibn
Taimiyyah, iv, hlm. 106, Cairo, tt). (ii) Objektif Wahabi sekarang adalah
mengkafirkan Syiah secara terbuka, terutamanya di Malaysia (iii)
Kemudian mereka mengkafirkan mazhab Syafi‘i dan mazhab al-Asya‘irah
pula secara terbuka apabila bilangan mereka bertambah kelak dan jika
mereka mendapat sokongan daripada penguasa sepenuhnya (100%).

16 Jawapan kepada soalan: Allah menurut Ibn Taimiyyah adalah


berjisim seperti makhluk.

(i) Ibn Taimiyyah yang dipuja oleh Salafi/Wahabi dengan nama


Syeikhul Islam adalah daripada golongan Mujassimah. Mereka percaya
bahawa Allah itu berjisim seperti manusia. Ibn Taimiyyah berkata bahawa
127
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Allah SWT boleh dilihat dengan mata kasar. Allah adalah seorang pemuda
tanpa janggut (amrad) dan berambut kerinting” (Bayan Talbis al-Jahmiyyah
oleh Ibn Taimiyyah, vii, hlm. 290). Sedangkan Allah berfirman di dalam
surah al-Syura (42): 11 “Tidak ada suatu pun yang menyerupai-Nya” (laisa
ka-mithli-hi syai’un).
Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah percaya bahawa Allah tidak berjisim,
tidak menyerupai sebarang makhluk sedangkan Ibn Taimiyyah dan
Salafi/Wahabi percaya bahawa Allah adalah berjisim seperti makhluk. Ini
adalah kesalahan yang besar dari sudut akidah al-Tauhid dan ia adalah
bercanggah dengan al-Qur’an. (Wal ‘iyadhubillah min dhalika).

(ii) Bagi Salafi/Wahabi apa yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah


Wal-Jama‘ah itu adalah fahaman Salafi/Wahabi mereka sahaja dan bukan
termasuk mazhab Syafi‘i dan al-Asya‘irah seperti difahami oleh para
mutakallimun. Jika tidak, mereka tidak akan mengkafirkan mazhab Syafi‘i
dan mazhab al-Asy‘ari.(iii) Penguasa tidak memahami ajaran Wahabi kerana
(iv) Wahabi melakukan taqiyyah di hadapan para pengikut mazhab Syafi‘i/
Asya‘irah. (v) Kemudian mereka menyalurkan dana dakwah anti-Syiah
kepada sesiapa yang mereka kehendaki. (vi). Justeru Syiah Melayu Islam
mazhab Ja‘fari dizalimi dengan fatwa pengharaman Syiah yang bercanggah
dengan al-Qur’an, Hadis, Deklarasi Amman dan Perkara 3 (1), dan 11 (1)
Perlembagaan Persekutuan.

17. Jawapan kepada soalan: Adakah dendam kesumat terhadap


Khalifah Ali AS itu sendiri oleh pihak tertentu yang membawa kepada
penindasan dan pembunuhan terhadap Syiahnya?

Jika Khalifah Ali dibenci, dicaci dan diperangi oleh Bani Umamyyah dan
kuncu-kuncunya yang bermula dengan Mu‘awiyah sehingga Umar Bin Abdul
Aziz, apatah lagi Syiahnya tentu mereka menerima nasib yang sama di
sepanjang zaman. Mereka membenci Khalifah Ali, kerana beliau telah
membunuh datuk dan moyang mereka di peperangan Badar dan Hunain.
Khalifah Ali menegaskan bahawa pembunuhan itu dilakukan kerana Islam,
mereka yang dibunuh itu adalah kafir Quraisy yang memusuhi Rasulullah
SAW. Tidakkah Rasulullah SAW bersabda: "Cinta kepada Ali adalah
keimanan dan membencinya adalah nifaq” (Sahih al-Bukhari, iii, hlm.124)
“Kamu cintailah aku kerana kecintaan kamu kepada Allah, cintailah Ahlu
Baiti (keluargaku) kerana kamu mencintaiku”(Sunan al-
128
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Turmudhi,v/622/3789, Tarikh Baghdad, iv/160, al-Mustadrak, iii/4716, Usd
al-Ghabah, ii,/18)?
Kemudian mereka membunuh Husain Bin Ali, ketua pemuda
syurga, daripada Ahli Bait dan Ahli al-Kisa’ yang disucikan kerana membalas
dendam terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh Khalifah Ali di zaman
Rasulullah SAW terhadap datuk dan moyang mereka. Pembunuh-pembunuh
Husain di Karbala’ berkata: “Kami memerangi kamu kerana kemarahan
kami kepada bapa anda dan apa yang dia telah lakukan kepada syeikh-
syeikh kami pada hari Badar dan Hunain (nuqatilu-ka bughdhan li-abi-kawa
ma fa ‘alabi-asyyakhi-na bi-Badrin wa Hunain) (Kitab Muktamar Ulama
Baghdad, hlm. 54) Dendam kesumat membara walau pun mereka memeluk
Islam. Justeru pengikut-pengikut Ali atas nama Syiah ditindas dan dibunuh
kerana dendam kesumat yang mengatasi akal yang rational, Hak Asasi
Manusia dan nilai murni al-Qur’an. Tidakkah ia sedang berlaku secara
khusus di Malaysia, Indonesia dan di Asia Barat?

18. Jawapan kepada soalan: Penggunaan nama Abu Bakar, Umar dan
Uthman oleh Ali AS kepada anak-anaknya:

Penggunaan nama-nama seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah


merupakan nama-nama umum yang sering digunakan di Semenanjung Arab
pada masa jahiliyah dan pada masa Islam. Seperti nama Henry, John dan
Edward yang digunakan oleh orang Inggeris di England secara umum.
Justeru, penggunaan nama-nama tersebut oleh Ali AS kepada anak-anaknya,
tidak memberi implikasi kasih sayang Ali kepada mereka bertiga yang telah
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW di dalam beberapa hal dan ia
juga tidak boleh dijadikan alasan bagi memisahkan Syiah Ali daripada Ali AS.
Alasan ini hanya digunakan oleh musuh-musuh Ahlu l-Bait Rasulullah SAW
bagi menentang Syiah seperti Salafi/Wahabi.

19. Jawapan kepada soalan: Sayyidah Aisyah dan Hafsah (e-Fatwa).


Mereka berdua tidak boleh mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW:

Sayyidah Aisyah dan Hafsah tidak boleh mengatasi al-Qur’an dan Hadis
Nabi SAW atas alasan mereka berdua isteri Nabi SAW. Syiah berpegang
kepada sejarah dan (i) firman Allah SWT yang telah memberi amaran yang
keras kepada mereka berdua supaya tidak menentang/menderhakai
Rasulullah SAW walaupun dengan apa cara sekalipun di dalam firman-Nya
surah al-Tahrim (66): 4 “Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka
129
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sesungguhnya, hati kamu berdua telah condong (untuk menerima
kebenaran); dan jika kamu berdua saling bantu-membantu menyusahkan
Nabi, maka sesungguhnya Allah menjadi Pelindungnya dan (juga) Jibril dan
orang mukmin yang baik; dan selain itu malaikat-malaikat adalah
penolongnya” Ayat ini adalah mengenai Sayyidah Hafsah dan Sayyidah
Aisyah (Ahmad, al-Musnad,i, hlm.33, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kunz al- ‘Umal, i,
209).
(ii) Beberapa perkara yang dimurkai Allah SWT telah dilakukan oleh
mereka berdua terhadap Rasulullah SAW. (iii) Bukan setakat madu lebah
(al-Mangafir) yang dimakan oleh Rasulullah SAW di rumah isterinya Zainab
Binti Jahsy. (iv) dan dapat dihidu atau diketahui oleh mereka berdua, (v)
malah mereka berdua menghina Rasulullah SAW (vi) mereka berdua saling
bantu-membantu membuat pakatan bagi menyusahkan Nabi SAW (vii)
Mereka berdua dikehendaki bertaubat kepada Allah SWT (viii) Jika mereka
berdua tidak bertaubat, maka Allah menjadi Pelindung, Jibril dan orang
soleh (Ali. AS) di kalangan mukminin melindungi Nabi SAW.

(ix) Amaran ini besar ertinya kepada mereka berdua. (xi) Sepatutnya
Aisyah tinggal saja di rumah dan tidak keluar rumah apatah lagi (xii)
berperang menentang Khalifah Ali AS yang mana (xiii) Rasulullah SAW
bersabda: “Aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengan Ali dan
berperang dengan mereka yang berperang dengan Ali” (al-Khawarizmi, al-
Manaqib, hlm.69). (xiv) Akibatnya16 ribu para sahabat dan para tabi‘in
terbunuh di dalam peperangan Jamal. (xv) Allah berfirman di dalam surah
al-Tahrim (33): 33 “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah
kamu berhias (mendedah aurat) seperti orang jahiliah dahulu”

(xvi) Aisyah telah menunjukkan su’ al-Adab kurang sopan terhadap


Nabi SAW. Pada suatu hari Abu Bakar datang kepada Nabi SAW, lalu dia
mendengar suara tinggi Aisyah terhadap Nabi SAW dan berkata: Kenapa
anda meninggikan suara anda terhadap Nabi SAW? Abu Bakar hampir
memukulnya jika tidak ditegah oleh Nabi SAW (Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, iv, 271). Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Abu Bakar
telah memukul Aisyah di dadanya (Ibn Sa‘d, Tabaqat, viii, hlm. 56).

(xvii) Aisyah telah membuang mangkuk dan makanan yang diberikan


oleh para isteri Nabi SAW kepada Nabi SAW (al-Turmudhi, Sahih, 1, hlm.
254). (xviii) Aisyah telah bertanya Nabi SAW apakah kifarat membuang
mangkuk dan makanan? Nabi SAW bersabda: Kifarat makanan adalah
130
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
makanan dan kifarat mangkuk adalah mangkuk juga (al-Nasa’i, Sahih, ii, hlm.
134). (xix) Nabi SAW telah berkahwin dengan Malikah binti Ka‘at yang
dilihat sebagai seorang perempuan cantik. Aisyah cemburu, lalu datang
kepada Malikah dan berkata: Anda tidak malu berkahwin dengan (suamiku)
pembunuh bapa anda? Lalu Nabi SAW mencerai perempuan itu. (Ibn Sa‘d,
Tabaqat, viii, hlm. 106). (xx) Aisyah bergembira dengan pembunuhan /
kesyahidan Ali AS dan melakukan sujud syukur (Ibn Sa‘d, Tabaqat, iii,
bahagian i, hlm. 27).

(xxi) Aisyah telah berkata kepada Nabi SAW: Anda saja yang
menyangka anda seorang Nabi? (anta al-lladhi taz‘um anna-ka Nabiyyun?)
(al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, ii, 29). Adakah ini bererti Umm al-Mukminin
Aisyah tidak percaya kepada kenabian Nabi SAW atau kemaksuman Nabi
SAW atau dia telah menghina Nabi SAW pada ketika itu? (xxxii) Aisyah juga
telah berkata kepada Nabi SAW: Sesungguhnya Tuhan anda bersegera
untuk menurut kehendak anda” (inna rabba-ka yusari‘u fi hawa-ka) (al-
Bukhari, Sahih, vi, hlm. 24, 128). Adakah ini bererti Umm al-Mukminin
Aisyah tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW atau dia telah menghina
Nabi SAW pada ketika itu?

(xxiii) Nabi SAW telah memberi peringatan kepada para isterinya


tentang tempat bernama Hau’ab (dekat Basrah, Iraq) yang akan dilalui oleh
seorang isterinya dan akan disalak oleh anjing supaya tidak memerangi Ali
AS (al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 485). (xxiv)Maka isterinya yang telah melalui
Hau’ab dan disalak anjing itu adalah Aisyah. (xv) Dia telah memerangi
Khalifah Ali AS kerana menyalahi perintah Allah dan perintah Rasulullah
SAW. (xvi) Rasulullah SAW telah keluar dari rumah Aisyah dan bersabda:
Punca kekafiran adalah dari sini (ra’su al-Kufri min hahuna) sekira-kira
tanduk syaitan akan muncul” dari rumah Aisyah (haithu yatla‘ qarnu al-
Syaitan)(Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, ii, hlm. 23).

Justeru Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah menghormati Aisyah dan Hafsah


berdasarkan kepada al-Qur’an, Hadis Rasulullah SAW. Begitu juga dengan
para isteri Rasulullah SAW yang lain seperti Khadijah, Umm Salmah.
Menurut Rasulullah SAW bahawa penghulu wanita alam semestaa (‘alamin)
adalah 4 orang: (i) Asiah binti Mazahim; isteri kepada Fair‘aun (ii) Maryam
binti ‘Imran; ibu kepada Nabi Isa AS (iii) Khadijah binti Khuwailid; isteri
Nabi SAW dan ibu kepada Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad SAW (al-
Khawarizmi, al-Manaqib, hlm.34)
131
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

(iv) Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad SAW, ibu kepada Hasan dan
Husain AS dan isteri kepada Khalifah Ali AS. Hanya Khadijah di kalangan
para isteri Nabi SAW yang termasuk penghulu wanita alam semesta
sementara Aisyah dan Hafsah tidak termasuk. Justeru jika ditanya siapakah
di kalangan para isteri Rasulullah SAW yang paling tinggi kedudukannya di
sisi Allah dan Rasulnya? Jawapannya: Khadijah binti Khuwailid (i) kerana
beliau adalah wanita alam semesta yang disabdakan oleh Rasulullah
SAW(ii) Beliau tidak menderhakai Rasulullah SAW (ii) Beliau adalah ibu
kepada Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah SAW yang mana
beliau juga penghulu wanita alam semesta (iii) 11 orang para imam Ahlu l-
Bait Rasulullah SAW adalah daripada keturunan Khadijah binti Khuwailid
dan Rasulullah SAW melalui Fatimah al-Zahra’ dan Khalifah Ali AS.

Soalnya (i): Kenapakah Sayyidah Khadijah tidak mempunyai


kedudukan yang lebih tinggi daripada Aisyah dan Hafsah menurut Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah sedangkan beliau adalah penghulu wanita alam
semesta? (ii) Kenapakah Fatimah al-Zahra’ AS tidak mempunyai kedudukan
yang lebih tinggi daripada kedudukan Aisyah dan Hafsah menurut Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah sedangkan beliau adalah penghulu wanita alam
semesta? (iii) Adakah kerana Aisyah anak Khalifah Abu Bakar dan Hafsah
anak Khalifah Umar? (iv) Kenapakah tidak diberikan penghormatan yang
lebih tinggi berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW kepada anak
perempuan Rasulullah SAW; Fatimah al-Zahra’? Justeru Aisyah dan Hafsah
tidak boleh mengatasi kedudukan Khadijah dan Fatimah al-Zahra’ menurut
al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Walau bagaimana pun kami tidak
mencaci mana-mana para isteri Rasulullah SAW yang telah menyalahi
printah Allah dan printah Rasulullah SAW.

20. Jawapan kepada Fatwa No. 20 (vii) Ilmu Allah berubah-ubah


mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-bada).
Fatawa ini tidak ada kaitan dengan Syiah kerana mereka tidak
mempercayai sedemikian.

Fatwa ini adalah dipengaruhi oleh fahaman Salafi/Wahabi yang tidak


memahami al-Bada’. Al-Bada’ adalah akidah al-Qur’an. Ia memerlukan ilmu
teologi yang mendalam untuk memahaminya. Fatwa ini adalah tidak sah
kerana al-Bada’ semacam ini tidak dipercayai oleh Syiah sendiri. Ia hanya
datang daripada mereka yang jahil tentang teologi Syiah seperti
132
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Salafi/Wahabi. Sepatutnya ilmu manusialah yang berubah-ubah mengikut
sesuatu peristiwa yang berlaku kepadanya dan bukan ilmu Allah. Oleh itu ia
dilakukan secara terbalik untuk mengenakan Syiah. Kerana Allah, menurut
Syiah, adalah Yang Maha Mengetahui dan ilmu-Nya meliputi setiap sesuatu.
(Sila lihat Ayatullah Subhani, Ma’alim al-Tauhid tentang konsep ketuhanan,
Tehran 1996).

Perkataan al-Bada’ (al-Bida’) bererti kejelasan selepas


ketersembunyian (Kamus Qur'an, Qurasyi, Sayid Ali Akbar, jil, 1, hal. 17).
Dari sudut Istilah Ahlu l-Bait AS ia bererti takdir Allah kepada hamba-Nya
menurut keadaan tertentu kemudian Dia menukar takdir-Nya menurut
keadaan baru yang berlaku kepada hamba-Nya sebagai hasil amalan
tertentu yang dilakukannya dengan ilmu-Nya terdahulu di dalam dua
keadaan” (al-Bida’, al-Majma ‘al-‘Alami li-Ahli al-Bait, Tehran1427H, hlm14-
15). Iaitu Allah mengetahuinya sebelum dan selepasnya. Justeru kejahilan
tidak boleh disabitkan kepada Allah SWT seperti konsep Nasikh dan
Mansukh.
Ia hanya berlaku kepada manusia dan bukan kepada Allah SWT. Hal
ini sering terjadi di dalam kehidupan manusia. Firman-Nya di dalam surah
al-Zumar (39): 48 “Dan telah jelas (bada) bagi mereka kejahatan apa yang
mereka telah kerjakan dan mereka diliputi oleh apa yang dahulu mereka
selalu memperolok-olokkannya”

Pengertian al-bada’ sedemikian adalah untuk manusia dan ia tidak


boleh dikaitkan dengan Allah SWT sama sekali. Oleh itu “Ilmu Allah
berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia” seperti di
dalam fatwa itu ditolak oleh Syiah kerana ia membawa kepada kekafiran.
Adakah tujuan fatwa ini dibuat untuk mendedahkan kepada masyarakat
Sunni di Malaysia bahawa Syiah adalah kafir dengan kepercayaan yang tidak
difahami ini? Jika pengertian al-Bada’ menurut Syiah tidak difahami, kenapa
fatwa ini diwartakan untuk menghukum mereka dan di manakah keadilan?
Justeru Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tidak memahami apa yang dimaksudkan
dengan al-Bada’ yang digunakan oleh Syiah.

Kerana Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah telah menggunakan perkataan


mahwi wa ithbat (penghapusan dan penetapan) sebagaimana firman-Nya
dalam surah al-Ra‘d (13): 39 “Allah menghapus dan menetapkan apa yang
Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya Ummu al-Kitab (Lauh Mahfuz)” Sementara
Syiah menggunakan perkataan al-Bada’. Oleh itu menuduh Syiah sebagai
133
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mengamalkan al-Bada’ sehingga mengaitkan Allah dengan kejahilan adalah
ditolak sama sekali sebagaimana di dalam fatwa itu. Imam Ja‘far al-Sadiq AS
berkata: al-Bada’ apabila dikaitkan dengan Allah maka ia bermakna al-Ibda’
(Ibid, 16) Iaitu Dialah yang menjelaskan (abda) sesuatu setelah ia
tersembunyi dari makhluk. Di dalam penjelasan yang lain Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah tidak menggunakan perkataan al-bada’, tetapi mereka
menggunakan perkataan Qadha’ Mu‘allaq. Iaitu takdir yang boleh diubah
oleh manusia dengan doa dan ikhtiyar. Sementara Qadha’ Mubram adalah
Qadha’ yang mana takdirnya telah ditetapkan di Umm al-Kitab. Ia tidak
boleh diubah dengan doa dan ikhtiar.

Justeru takdir Tuhan di peringkat al-bada’ atau Qadha’ Mu‘allaq boleh


diubah dengan doa dan amal yang baik sementara takdir di Umm al-Kitab
adalah takdir yang tidak boleh diubah. Sementara takdir di peringkat mahwi
wa ithbat (penghapusan dan penetapan) sebagaimana firman-Nya dalam
surah al-Ra‘d (13): 39 “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia
kehendaki. Dan di sisi-Nya Ummu al-Kitab (Lauh Mahfuz)”, maka ia masih
boleh diubah dan inilah peranan al-Bada’. Iaitu perkara yang masih belum
jelas (al-Bada’) kepada manusia tetapi ia sudah jelas (al-Ibda’) kepada Allah.
Hanya Allah yang boleh menghapuskannya atau menetapkannya. Dan di
sinilah terletaknya ikhtiar manusia dengan berbagai cara. Maka ikhtiar yang
belum jelas inilah dinamakan al-Bada’.
Contohnya:
(I)Surah al-Ra‘d (13): 11 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah
keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka
sendiri” Iaitu jika manusia dapat mengubah keadaan dirinya, maka Allah
akan mengubah nasibnya. Maka di dalam keadaan sedemikian manusia di
dalam al-Bada’ (belum jelas), tetapi perkara itu sudah jelas (abda-ibda’) di
sisi Allah. Peluang untuk memperbaiki diri masih ada kerana ia bukanlah di
peringkat Umm al-Kitab.

(II) Firman-Nya surah Ibrahim (14): 7 “Sesungguhnya jika kamu


bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika
kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat” Begitu
juga Allah mensyaratkan kesyukuran manusia kepada nikmat-Nya supaya
Dia menambahkan rezeki untuknya. Oleh itu keadaan manusia di kala itu
adalah di peringkat al-Bada’ (belum jelas) sehingga dia menambahkan
kesyukurannya untuk penambahan rezekinya. Lantaran itu takdir tidak
mendominasi kekuasaan-Nya di peringkat lauh mahwi wa ithbat atau al-
134
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Bada’. Tidak ada yang boleh mengubah takdir Tuhan melainkan dengan
amalan yang baik sehingga Dia memasukkannya ke syurga atau dengan
amalan yang jahat sehingga Dia memasukkannya ke neraka.

21. Jawapan kepada soalan: Adakah benar Syiah menghalalkan darah


Sunni? Soalan ini bagi menutupi fahaman Wahabi yang mengkafirkan
semua orang Islam selain daripada penganut Wahabi.

Tidak benar sama sekali. Itu adalah propaganda Salafi/Wahabi. Syiah


mazhab Ja‘fari atau mazhab Imam 12 tidak menghalalkan darah orang Islam
termasuk Sunni kerana mereka berpegang kepada al-Qur’an dan Hadis Nabi
SAW. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nusa’ (4): 93 “ Dan barang siapa
yang membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya
ialah neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan
melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya”

Nabi SAW bersabda kepada Khalifah Ali AS ketika dia mengutusnya untuk
pembukaan Khaibar: Perangilah mereka sehingga mereka barkata tiada
tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Jika mereka
berkata sedemikian, maka darah dan harta mereka terpelihara dari anda
dan hisab mereka di atas Allah, jika Allah memberi hidayah kepada seorang
lelaki melalui anda, maka ia adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada
padanya” (Sahih Muslim, vii, hlm. 122).

Hanya Salafi /Wahabi yang menghalalkan darah Syiah secara khusus


(lihat YOUTUBE). Mereka juga mengkafirkan Sunni Asya’irah dan mazhab
Syafi‘i, malah semua penganut mazhab dalam Islam selain daripada mazhab
Salafi/Wahabi (Kitab Majma‘ al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah, iv, hlm. 106,
Cairo, tt).

22. Jawapan kepada fatwa No. 20 (vi) Hanya Ali menghimpun al-
Qur’an dengan sempurna. Fatwa ini adalah untuk menghina Khalifah
Ali dan Syiahnya.

Fatwa ini adalah dipengaruhi oleh fahaman Salafi/Wahabi yang


memusuhi Ali dan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW serta para pengikut mereka.
Sebenarnya Ali AS adalah orang yang paling alim dan diakui oleh Rasulullah
SAW. Ali sendiri mengakui mushaf susunannya adalah lebih lengkap dan
sempurna. Abdullah bin Mas‘ud juga mengakui mushaf susunannya adalah
135
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
lebih lengkaf dan sempurna. Uthman mengakui mushaf susunannya adalah
lebih lengkap dan sempurna, kemudian Uthman membakar mushaf-mushaf
para sahabat yang lain secara paksaan. (Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm.
259; Ibn Kathir, Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm.
157). Sepatutnya mushaf-mushaf tersebut disimpan di perpustakaan dan
kajian perbandingan mengenainya boleh dilakukan oleh generasi
selepasnya. Kenapakah mushaf-mushaf para sahabat yang lain perlu
dibakar? Adakah Khalifah Uthman tidak percaya kepada para sahabat
khususnya Ali AS yang disabdakan oleh Rasulullah sebagai “pintu ilmu” “ Ali
bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali berpusing bersamanya di
mana dia berada”??

Himpunan al-Qur’an dan kaitannya dengan jawatan Khalifah

Penentangan terhadap mushaf Ali AS adalah menurut sunnah Abu


Bakar, Umar dan Uthman, ia bukan menurut Sunnah Nabi SAW. Kemudian
ia diikuti oleh Sunni dan dijadikan akidah mereka bagi menentang Syiah.
Khalifah Uthman telah membakar semua mushaf al-Qur’an yang ditulis oleh
para sahabat. Justeru beliau telah memukul Abdullah bin Mas‘ud sehingga
patah tulang rusuknya kerana tidak mahu meyerahkan mushafnya
kepadanya (ibid).
Sunni mematuhi sunnah Khalifah Uthman dan menerima mushafnya
sebagai model yang unggul, lalu mereka menentang mushaf Ali AS dengan
berbagai-bagai tuduhan/fitnah sehingga sekarang ini termasuk fatwa di
atas. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengakui keilmuan Ali yang
mengatasi semua sahabat. Rasulullah SAW bersabda: “Aku adalah kota
ilmu, maka Ali adalah pintunya” “Ali bersama kebenaran dan kebenaran
bersama Ali berpusing bersamanya di mana dia berada”

Selepas kegagalan Ali AS untuk mendapatkan jawatan Khalifah yang


diwasiatkan kepadanya oleh Rasulullah SAW di Ghadir Khum daripada Abu
Bakar yang dilantik di Saqifah Bani Sa’idah sebagai Khalifah ketika Ali AS
sedang sibuk memandi dan mengkapankan jenazah Rasulullah SAW, maka
Ali AS membawa Fatimah as di atas keldai dengan dua tangannya
memegang dua anaknya Hasan dan Husain mendatangi setiap rumah orang
Muhajirin dan Ansar di waktu malam bagi mendapatkan sokongan mereka
bagi menuntut haknya daripada Abu Bakar.
136
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Beliau mendapati 44 orang sahabat yang berjanji dengannya untuk
memberi baiah kepadanya. Ali AS meminta mereka datang ke rumahnya di
pagi keesokan harinya di dalam keadaan kepala bercukur dan membawa
bersama mereka senjata tujuan memberi baiah kepadanya di atas dasar
sanggup mati bersama. Keesokannya hanya 4 orang saja yang datang ke
rumahnya. Mereka adalah Salman al-Farisi, al-Miqdad, Abu Dhar dan al-
Zubair bin al-‘Awwam (Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 139).

Apabila beliau mengetahui bahawa para sahabatnya telah menipunya,


maka beliau telah bekerja keras sehingga tidak keluar dari rumahnya bagi
menghimpun al-Qur’an. Kerana al-Qur’an pada masa itu hanya ditulis di
beberapa helai mushaf, di pelepah tamar dan lain-lain. Beliau AS
mengumpulkan kesemuanya dan menulis tanzil, takwil, nasikh dan
mansukhnya. Ia dilakukan selepas beliau gagal untuk menuntut haknya
sebagai Khalifah Rasulullah SAW.

Sulaim berkata: “Manakala beliau sendiri telah melihat penipuan


mereka (para sahabat) dan sikap tidak mengambil berat mereka
terhadapnya, beliaupun menghabiskan masa di rumahnya mengadap al-
Qur’an, menyusun dan mengumpulkannya. Beliau tidak keluar dari
rumahnya sehingga beliau selesai mengumpulkan al-Qur’an yang sebelum
ini ditulis pada beberapa helai mushaf, pada pelepah tamar dan lain-lain.

Apabila selesai mengumpulkan kesemuanya dan menulis tanzil, takwil,


nasikh dan mansukhnya maka Abu Bakar menghantar perutusan kepadanya
supaya keluar bagi memberi baiah kepadanya. Lantas Ali AS. menghantar
perutusan kepadanya dengan menyatakan: Aku sibuk. Aku telah bersumpah
bahawa aku tidak akan memakai pakaian yang lengkap kecuali untuk
mengerjakan sembahyang sehingga aku mengumpul al-Qur’an dan
menyusunnya. Maka merekapun berdiam diri beberapa hari mengenainya.

Beliaupun siap mengumpulkannya dalam satu kain kemudian keluar


kepada orang ramai yang sedang berhimpun bersama Abu Bakar di Masjid
Rasulullah SAW, maka Ali AS menyeru dengan suaranya yang tinggi: Wahai
manusia! Aku sentiasa sibuk semenjak kewafatan Rasulullah SAW,
memandikannya dan seterusnya mengumpulkan al-Qur’an di dalam satu
kain. Allah tidak menurunkan satu ayat ke atas Rasulullah SAW melainkan
aku mengumpulkannya. Tidak ada satu ayatpun, melainkan beliau
membacakannya kepadaku dan mengajarkan kepadaku takwilnya.
137
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Kemudian Ali AS berkata kepada mereka: Supaya kalian tidak akan


berkata: Kami melupai perkara ini. Dan janganlah kalian berkata pada Hari
Kiamat bahawa aku tidak menyeru kalian untuk membantuku dan aku tidak
mengingatkan kalian tentang hakku dan tidak menyeru kalian kepada Kitab
Allah daripada Fatihahnya hingga ke akhirnya.

Maka Umar berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda berfikir


bahawa kami perlu kepada apa yang anda dakwakan sedangkan kami
mempunyai al-Qur’an? Kemudian Ali AS memasuki rumahnya. Umar
berkata kepada Abu Bakar: Hantarkan perutusan kepada Ali supaya dia
memberi baiah kerana kita tidak kemana-mana sehingga dia memberi
baiah. Sekiranya dia memberi baiah, kita akan menjamin keselamatannya.
Salman berkata: Manakala Ali AS dibawa kepada Abu Bakar, Umar memekik:
Berilah baiah dan tinggalkan kebatilan-kebatilan ini.

Ali AS berkata kepadanya: Sekiranya aku tidak melakukannya, apakah


yang akan kalian lakukan kepadaku? Mereka berkata: Kami akan
membunuh anda (naqtulu-ka) dengan penuh kehinaan. Beliau berkata: Jika
begitu kalian membunuh seorang hamba Allah dan saudara Rasulullah? Abu
Bakar menjawab: Adapun seorang hamba Allah, itu benar namun saudara
Rasulullah, kami tidak mengakuinya. Ali berkata: Adakah kalian
mengingkari bahawa Rasulullah SAW telah mempersaudarakan aku
dengannya? Abu Bakar berkata: Ya. Maka dia telah mengulangi jawapan
yang sama kepadanya” (Kitab Sulaim, hlm. 33-34, bandingkan Ibn Qutaibah,
Kitab al-Ma‘arif, hlm. 251, Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm. 14-
18; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm. 159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 159).
Kenyataan di atas boleh disimpulkan seperti berikut:
(i). Al-Qur’an telah ditulis pada masa Rasulullah SAW.
(ii). Pengumpulan al-Qur’an secara menyeluruh oleh Ali AS di dalam satu
kain adalah setelah kewafatan Nabi SAW dan pelepasan jawatan Khalifah
daripadanya.
(iii). Setelah beliau merasa hampa bahawa para sahabat Rasulullah SAW
tidak setia kepadanya. Hanya 4 orang sahaja yang setia kepadanya dan
selebihnya mereka memberi baiah kepada Abu Bakar di Saqifah Bani
Sa‘idah.
(iv). Pengumpulan al-Qur’an diambil dari beberapa helai mushaf, pelepah
tamar dan lain-lain.
138
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(v). Ali AS bersumpah tidak akan memakai pakaian yang lengkap kecuali
untuk mengerjakan sembahyang sehingga dia mengumpul al-Qur’an dan
menyusunnya.
(vi). Ali menyusunnya di dalam satu kain.
(vii). Tidak ada satu ayat pun, melainkan Rasulullah SAW membacanya
kepadaku dan telah mengajar kepadaku takwilnya.
(viii). Allah tidak menurunkan satu ayat ke atas Rasulullah SAW melainkan
aku mengumpulkannya.
(ix). Ali mengetahui al-Qur’an dan takwilnya kerana Rasulullah SAW sendiri
yang mengajarnya.
(x). Umar berkata: Kami tidak perlu kepada al-Qur’an anda.
(xi). Kami memiliki al-Qur’an kami. Soalannya: Bagaimana dengan teksnya?
Kerana Umar juga berkata: “Janganlah seorang itu berkata aku telah
mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an
itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku
telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian al-Qur'an
telah hilang? (Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41).
(xii) Umar tidak menghargai pengumpulan al-Qur’an yang dilakukan oleh Ali
AS.
(xiii) Tidak ada perkongsian maklumat antara Umar dan Ali AS tentang al-
Qur’an.
(xiv) Kesibukan Ali AS dengan urusan jenazah Rasulullah SAW membuat
beliau terlepas dari jawatan Khalifah.
(xv) Perselisihan telah berlaku antara Abu Bakar dan Ali kerana jawatan
Khalifah. Ali menyatakan bahawa beliau dilantik oleh Rasulullah SAW untuk
menjadi khaifah selepasnya di Ghadir Khum di mana Abu Bakar, Umar dan
Uthman telah memberi baiah kepadanya.
(xvi) Ali AS telah memberi baiah kepada Abu Bakar secara terpaksa jika
tidak, beliau akan dibunuh, kerana Abu Bakar berkata: “Kami akan
membunuh anda dengan penuh kehinaan”.
Dari kenyataan di atas kita dapati Ali AS telah menyusun al-Qur’an
yang mengandungi nasikh dan mansukh, tanzil dan takwil sebagaimana
dikatakan olehnya. Umar pula mengatakan bahawa dia dan rakan-rakannya
tidak perlu kepada al-Qur’an Ali kerana dia dan rakan-rakannya mempunyai
al-Qur’an mereka sendiri.
139
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Ali menyatakan himpunannya sempurna baginya kerana ia
mengandungi berbagai cabang ilmu nasikh, mansukh, tanzil, takwil dan lain-
lain. Kemudian diikuti oleh Syiah. Umar mengatakan dia dan rakan-
rakannya mempunyai al-Quran dan diikuti oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Ini bererti Muslimin ada dua al-Qur’an; satu dimiliki oleh Ali AS dan yang
kedua dimiliki oleh Umar dan rakan-rakan?
Sebenarnya Muslimin mempunyai satu al-Qur’an seperti al-Qur’an
dihadapan kita sekarang. Ali AS sendiri memberi jaminan bahawa al-Qur’an
sekarang (mushaf Uthman) ini adalah cukup untuk seseorang mendapat
kebahagian di akhirat jika dia beramal dengannya. Al-Qur’an yang disusun
oleh Ali merupakan teks dan penerangan tentang nasikh, mansukh, tanzil,
takwildan lain-lain, tetapi dari sudut teks adalah sama dengan al-Qur’an
yang ada pada kita sekarang (mushaf Uthman).

Syiah mempercayai al-Qur’an yang ada sekarang

Lantaran itu Syi'ah mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang


adalah benar dan mereka beramal dengannya. Tetapi ia tidak dinafikan
bahawa terdapat kitab-kitab karangan ulama Syi'ah yang telah mencatat
tentang kurang atau lebihnya ayat-ayat al-Qur'an yang ada sekarang, tetapi
ia merupakan kajian akademik semata-mata. Oleh itu riwayat-riwayat
tentang penambahan dan kekurangan al-Qur'an telah ditolak oleh ulama
Syi'ah Imamiyah mazhab Ja'fari dahulu dan sekarang. Syeikh al-Saduq (w.
381H) menyatakan "i'tiqad kami bahawa al-Qur'an yang telah diturunkan
oleh Allah ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya ialah di antara
dua kulit (buku) iaitu al-Qur'an yang ada pada orang ramai dan tidak lebih
dari itu.
Setiap orang yang mengatakan al-Qur'an lebih dari itu adalah suatu
pembohongan." (I'tiqad Syaikh al-Saduq, hlm. 93). Syeikh al-Mufid (w. 413H)
menegaskan bahawa al-Qur'an tidak kurang sekalipun satu kalimah, satu
ayat atau pun satu surah (Awa'il al-Maqalat, hlm. 55).

Syarif al-Murtadha (w. 436H) menyatakan al-Qur'an telah dijaga


dengan rapi kerana ia adalah mu'jizat dan sumber ilmu-ilmu Syarak,
bagaimana ia boleh diubah dan dikurangkan? Selanjutnya beliau
menyatakan orang yang mengatakan al-Qur'an itu kurang atau lebih tidak
boleh dipegang pendapat mereka (al-Tabrasi, Majma' al-Bayan, I, hlm. 15).
Syaikh al-Tusi (w. 460H) menegaskan bahawa pendapat mengenai kurang
atau lebihnya al-Qur'an adalah tidak layak dengan mazhab kita (al-Tibyan fi
140
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Tafsir al-Qur'an, I, hlm.3). Begitu juga pendapat al-Allamah Tabataba'i dalam
Tafsir al-Mizan, Jilid 7, hlm. 90.

Demikianlah sebahagian daripada pendapat-pendapat ulama Syi'ah


dahulu dan sekarang yang mengaku kesahihan al-Qur'an yang ada pada hari
ini. Imam Ja'far al-Sadiq as berkata,"Apabila datang kepada kamu dua Hadis
yang bertentangan, maka hendaklah kamu membentangkan kedua-duanya
kepada Kitab Allah dan jika ia tidak bertentangan dengan Kitab Allah, maka
ambillah dan jika ia bertentangan Kitab Allah, maka tinggalkanlah ia"
(Syeikh, al-Ansari, al-Rasa'il, hlm. 446).

Kata-kata Imam Ja'far al-Sadiq itu menunjukkan al-Qur'an yang wujud


sekarang ini adalah al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi SAW
tanpa tambah dan kurang jika tidak, ia tidak menjadi rujukan kepada
Muslimin untuk membentangkan Hadis-Hadis Nabi SAW yang sampai
kepada mereka.
Oleh itu mazhab Syi'ah Ja'fari samalah dengan mazhab Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah dari segi menjaga al-Qur'an dari penyelewengan, tetapi apa
yang anehnya ialah terdapat banyak riwayat di dalam buku-buku Sahih Ahli
Sunnah sendiri yang mencatatkan bahawa al-Qur'an telah ditambah,
dikurang dan ditukarkan, di antaranya seperti berikut:

(i). Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-
Lail (92): 3 telah ditambah perkataan "Ma Khalaqa" Justeru, ayat yang asal
ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa". Hadis ini
diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ia dicatat pula oleh Muslim,
Sahih,I, hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191.

(ii). Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V,


hlm. 191 menyatakan surah al-Dhariyat (51): 58 telah diubah dari teks
asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq" iaitu teks
sekarang.

(iii). Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224
meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari,"Kami membaca satu surah seperti
surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku
mengingati sepotong dari ayatnya,"Sekiranya anak Adam (manusia)
mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga
dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan dengan tanah."
141
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

(iv). Al-Suyuti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah


menyatakan surah al-Ahzab (33): 56 pada masa Nabi SAW adalah lebih
panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas
"Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata,"Iaitu
sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf."

(v). al-Muslim, Sahih, II, hlm. 726, meriwayatkan bahawa Abu Musa al-
Asy'ari membaca selepas surah al-Saf (61): 2 "Fatuktabu syahadatan fi
A'naqikum..."tetapi ia tidak dimasukkan ke dalam al-Qur'an sekarang.

(vi). Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah


yang bernama "al-Khal" dan "al-Hafd" telah ditulis dalam mushaf Ubayy bin
Ka'b dan mushaf Ibn 'Abbas, sesungguhnya Ali AS mengajar kedua-dua
Surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi, 'Umar dan Abu Musa al-Asy'ari
juga membacanya.

(vii). Malik, al-Muwatta', I, hlm. 138 meriwayatkan dari 'Umru bin


Nafi' bahawa Hafsah telah meng'imla' "Wa Salati al-Asr" selepas surah al-
Baqarah (2): 238 dan ia tidak ada dalam al-Qur'an sekarang. Penambahan
itu telah diriwayatkan juga oleh Muslim, Ibn, Hanbal, al-Bukhari, dan lain-
lain.
(viii). Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-
Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an
Aba'ikum" tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.

(ix). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180
meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca
pada zaman Rasulullah SAW sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa 'Uthman
menulis mushaf ia tinggal 73 ayat sahaja."

(x). Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 192 mencatatkan bahawa di


sana terdapat ayat yang tertinggal selepas surah al-Ahzab (33): 25 iaitu "Bi
Ali bin Abi Talib". Jadi ayat yang dibaca, "Kafa Llahul Mu'minin al-Qital bi Ali
bin Abi Talib."

(xi). Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 mencatat riwayat daripada


'Aisyah RA dia berkata: ayat al-Radha'ah sebanyak 10 kali telah diturunkan
142
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
oleh Allah dan ia ditulis dalam mushaf di bawah katilku, tetapi manakala
wafat Rasulullah SAW dan kami sibuk dengan kewafatannya, maka ia hilang.

(xii). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada


'Abdullah bin 'Umar, daripada bapanya 'Umar bin al-Khattab, dia
berkata,"Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-
Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya
sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil
al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang.
Demikianlah di antara catatan para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
mengenai al-Qur'an sama ada lebih atau kurang di dalam buku-buku Sahih
dan muktabar mereka.

Bagi orang yang mempercayai bahawa semua yang tercatat di dalam


sahih-sahih tersebut adalah betul dan wajib dipercayai, akan menghadapi
dilema, kerana kepercayaan sedemikian akan membawa mereka kepada
mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang tidak sempurna, sama
ada berkurangan atau berlebihan. Jika mereka mempercayai al-Qur'an yang
ada sekarang adalah sempurna - memang ia sempurna - ini bererti sahih-
sahih mereka tidak sempurna dan tidak sahih lagi. Bagi Syi'ah mereka tidak
menghadapi dilema ini kerana mereka berpendapat bahawa bukan semua
riwayat di dalam buku-buku mereka seperti al-Kafi, al-Istibsar fi al-Din dan
lain-lain adalah sahih, malah terdapat juga riwayat-riwayat yang lemah.

Dengan itu Wahabi tidak lagi menganggap Syi'ah mempunyai al-


Qur'an 'lebih atau kurang' isi kandungannnya kerana Syiah sendiri
menolaknya. Dan ia telah dicatat di dalam buku-buku Sahih dan muktabar
Ahli Sunnah tetapi mereka juga menolaknya. Dengan demikian Syi'ah dan
Ahli Sunnah adalah bersaudara di dalam Islam dan mereka wajib
mempertahankan al-Qur'an. Hanya Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak dapat
mempertahankan kemaksuman al-Qur’an sepenuhnya 100% dari sudut
amali, kerana mereka lebih mentaati para sahabat yang menyalahi hukum
al-Qur’an dan menjadikan sunnah mereka pula sebagai pegangan mereka.

Justeru jika ada Syiah yang menyatakan hanya Ali AS yang


menghimpun al-Qur’an dengan sempurna kerana ia mengandungi nasikh
dan mansukh, tanzil dan takwil adalah kerana (i) Ali AS adalah orang yang
dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai penggantinya selepasnya (ii) Ali AS
sendiri telah berkata sedemikian. (iii) Ali AS bersama Rasulullah disucikan
143
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
di dalam firman-Nya surah al-Ahzab (33): 33. Ayat ini menjamin bahawa Ali
AS antara mereka yang disucikan dari dosa oleh Allah SWT.

(iv) Ali AS adalah termasuk di dalam Hadis al-Thaqalayni Nabi SAW


bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku akan
menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-
Thaqalayni (dua perkara yang berat-penyelamat); Kitab Allah merupakan
tali Allah (hablu llah) dari langit ke bumi dan keluargaku Ahli Baiti (‘itrati
ahli baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah berfirman
kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah (lan
yaftariqa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di kolamku
(haudhi).
Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku
(mentaati aku) pada kedua-duanya” (Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, iii,
17, 26, 96). Hadis ini menjamin Ahlu l-Bait Rasulullah SAW sebagai rujukan
Muslimin selepas Kitab Allah. Justeru Ali AS adalah daripada mereka yang
dijamin di dalam Hadis ini menjadi rujukan umat yang dipercayai. Adapun
para sahabat kedudukan mereka adalah tidak setaraf dengan Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW kerana mereka tidak disucikan dan tidak dijamin sebagai
rujukan umat menurut al-Qur’an dan Hadis Rasulullah SAW.

23. Jawapan kepada soalan: “Meliwat isteri” di dalam kitab Tahrir al-
Wasilah? oleh Imam Khomeini yang menyebut harus meliwat isteri
dirujuk oleh pegawai JAKIM untuk menghina Syiah, tetapi apa yang
mengejutkan bahawa Khalifah Umar sendiri yang telah meliwat
isterinya:

(i) Tidakkah kebanyakan Kitab-kitab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah


menyatakan bahawa liwat isteri adalah harus? Sebenarnya orang yang
pertama meliwat isterinya dengan pengakuannya sendiri adalah Khalifah
Umar al-Khattab.

(ii) Iaitu Khalifah kedua yang dihormati oleh Sunni dan pegawai JAKIM
itu sendiri.

(iii) telah melakukan perkara yang jijik ini. Kemudian baru dia
bertanya Nabi SAW.
144
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(iv) Umar diriwayatkan bahawa dia telah melakukan anal sex dengan
isterinya. (v). Pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah SAW dengan
tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah! (vi) Aku telah binasa. (vii)
Maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya: Apakah yang telah
membinasakan anda?

(viii) Umar menjawab: Semalam aku telah melakukan seks dengan


hamba perempuanku/isteriku melalui duburnya (Aku telah “meliwat”
hambaku/isteriku melalui anal sex). Perkara 377A Undang-undang Jenayah
Malaysia. (ix) Maka Rasulullah SAW tidak memberi apa-apa jawapan
kepadanya.

(x) Kemudian turun firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 223
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat bercucuk tanam, maka
datangilah tanah tempat bercocok- tanammu itu di mana saja kamu
kehendaki” (xi) Lihat al Turmudhi, Jaami‘ al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab
Tafsir ayat al-Harth (2): 223. (xii) Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 264
ayat al-Harth (2): 223. (xiii) Ini bererti kelakuan seks Umar di luar tabi‘i
dengan hambanya/isterinya secara anal itu tidak membinasakannya, malah
ia adalah mubaah. Lantaran itu, tidak hairanlah, (xiv) jika Imam Malik telah
melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui duburnya (“meliwat”
isterinya).

Pada suatu hari Sahil telah bertanya Imam Malik tentang


persetubuhan dengan isteri melalui duburnya adakah ia dibenarkan? Imam
Malik berkata: Aku baru saja membersihkan kemaluanku daripadanya (Aku
telah “meliwat” isteriku (anal sex) dan aku baru saja membersihkan
kotorannya dari kemaluanku). Lihat al-Qurtubi, Jaami‘ al-Ahkaam, I, 352
ayat al-Harth (2): 223.

Abdullah Ibn Umar al-Khattab mengatakan bahawa liwat isteri adalah


halal seperti bapanya Umar, Tafsir al- Durr Manthur, 1 hlm. 264 Ayat Harth
(2): 223 oleh Jalaluddin al-Suyuti, Tafsir al-Qasimi, ii, hlm. 220 tentang ayat
(2): 223 oleh Jamaludin Qasimi, Tafsir Jami‘ al-Ahkam, hlm. 92, ayat Harth
(2): 223) oleh al-Qurtubi.

Suyuti meriwayatkan 10 Hadis daripada Ibn Umar yang menyatakan


bahawa liwat (sodomi) dengan isteri adalah harus. Wahabi cuba
mengemukakan buku-buku Syiah sebagai rujukan tentang liwat isteri, tetapi
145
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mereka tidak mengetahui bahawa perkara yang sama di catat oleh para
ulama Sunni tentang harusnya liwat isteri. Para imam Syiah mengatakan
bahawa ia adalah amat makruh (makruh syadid) dan tidak dilakukan oleh
mereka yang maksum. Ulama Madinah berkata bahawa liwat isteri adalah
halal, Tafsir Qasimi, ii, hlm. 223, Ayat Harth (2): 223, Tafsir Ibn Kathir, I, hlm.
262 Ayat Harth (2): 223), Fath al- Bari, viii, hlm. 191 ayat Harth (2): 223
oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, Tafsir Mazhari, iii, hlm. 19 ayat al-Harth (2):
223 .
Tafsir al-Durr Durr al- Manthur:

Imam Syafi‘i berkata bahawa tidak ada Hadis sahih tentang liwat isteri
sampai kepada kita daripada Rasulullah SAW sama ada ia halal ataupun
haram, tetapi logik mengatakan bahawa ia adalah halal. Imam Ahli Sunnah
wal-Jama‘ah Abu Malikah telah mencadangkan supaya menggunakan
tongkat ketika melakukan liwat dengan isteri!' Suyuti menulis: “Abu Malikah
telah ditanya sama ada ia harus untuk melakukan liwat dengan perempuan.
Dia menjawab: Semalam aku telah melakukan liwat dengan hambaku, sukar
dilakukan penetrasi, justeru aku telah menggunakan tongkat”

Imam Malik menyatakan bahawa liwat isteri adalah halal, Ahkam al


Qur'an, i, hlm. 352 Ayat Harth (2): 223, Tafsir Gharab al Qur'an, ii, hlm. 249
Ayat Harth (2): 223, Tafsir al-Durr al- Manthur, hlm.1, hlm. 111, Ayat Harth
(2): 223, Fath al- Bari, viii, hlm. 190 Kitab Tafsir Ayat Harth (2): 223.
Kutipan dari Ahkam al Qur'an: "Sahil telah bertanya Imam Malik adakah
liwat isteri itu harus? Imam Malik telah menjawab: Aku baru selesai
melakukannya dan baru saja membersihkan kemaluanku”

Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengharuskan meliwat isteri, malah


terdapat para ulama mereka yang melakukannya! Kerana mereka berhujah
berdasarkan ayat Harth (2): 223, lihat Syarh Ma‘aani al-Athar, iii, hlm. 40,
Mu‘tasar al-Mukhtasar, i, hlm. 301-302, Fiayadh al-Qadir, vi, hlm. 24, Fathal-
Bari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, vii, 189-191, al-Mughni, vii, hlm. 225.

Lihat juga kitab-kitab tafsir yang lain mengenai ayat al-Harth (2): 223.
Soalnya:

(a) Kenapakah anda sebagai pegawai JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam


Malaysia) memfitnah Syiah dengan kekejian ini sehingga akhbar-akhbar
tempatan seperti Malaysiakini dan The Malay mail melaporkan bahawa
146
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Syiah mengharuskan liwat kerana memetik khutbah JAKIM (tanpa
menyebut isteri).
(b) Ini bererti Syiah mengharuskan liwat dengan lelaki juga! Tidak benar
sama sekali.
(c) Kenapakah anda tidak menyebut bahawa Khalifah Umar telah meliwat?
(d) Kenapa anda tidak menyebut bahawa Imam Malik Sunni telah meliwat?
(e) Kenapa anda tidak membuat kajian tentang para sahabat yang telah
melakukan liwat dengan lelaki?
(f) Anda telah memberi kuliah sempena Ma‘a l-Hijrah dengan tajuk yang
menjijikkan; sex dan anal sex di hadapan para isteri Perdana Menteri dan
isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia? (g) Mengenai nikah Mut’ah,
maka ia adalah halal; ia tidak dimansuhkan dan orang yang
mengharamkannya adalah Umar. Walaupun ia halal, maka bukan semua
perkara yang halal itu wajib dilakukannya dan ia adalah dengan syarat-
syaratnya pula. Ia tidak boleh dilakukan dengan isteri orang, adik beradik,
ibu dan seterusnya sebagaimana disebut di dalam al-Qur’an dan Hadis.

(i) Khalifah Umar, Khalifah Ali dan Rasulullah SAW telah melakukan
nikah mut’ah. Umar berkata: Kami telah melakukan mut‘ah bersama
Rasulullah SAW... (fa ‘al-na ma‘a rasulillah ...) Adakah mereka yang telah
melakukan nikah mut‘ah bererti mereka telah berzina? Jawapannya: Tidak,
sebab nikah mut‘ah adalah dengan ijab dan qabul serta maharnya dengan
syarat-syaratnya pula. Anak yang dilahirkan daripada nikah mut‘ah adalah
anak yang sah seperti Asma’ binti Khalifah Abu Bakar yang telah bernikah
mut‘ah selama tiga tahun dan melahirkan dua anak lelaki iaitu cucu Abu
Bakar yang anda terlalu hormati. Anda berani mengatakan Asma’ binti Abu
Bakar telah berzina dengan izin dua ibu bapanya dan dua anak lelakinya itu
adalah anak zina?

(j) Apa yang anehnya Umar apabila menjadi Khalifah, dia


mengharamkan nikah mut‘ah, tetapi dia tidak mengharamkan anal sex!
(k) Anda sebagai pegawai rendah JAKIM ada dua keadaan: Sama ada anda
seorang yang jahil tentang anal sex yang dilakukan oleh Umar dan Imam
Malik umpamanya atau anda seorang yang melakukan Taqiyyah?
(l) Sepatutnya anda bercakap tentang perpaduan Sunni-Syiah, tetapi anda
bercakap tentang perpecahan dan pengkafiran Syiah Ja‘fari berdasarkan
kertas kerja anda dan kuliah anda dalam youtube.
147
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Tidakkah anda seorang penganut Salafi/Wahabi? (m) Belajarlah
menghormati Deklarasi Amman, Deklarasi Makkah, Deklarasi Islamabad. (n)
Jangan rela dijadikan khadam kepada Yahudi Israel. (p) Kami sebagai
pembayar cukai negara ini tidak suka perkhidmatan orang seperti anda
yang mencintai perpecahan dan mempercepatkan pembunuhan secara
beramai-ramai terhadap Syiah di Malaysia seperti dilakukan di Sampang,
Indonesia, di Gaza, Mesir, Syria, Iraq dan lain-lain. (Harian Metro pada 28
hb. November 2013 “ Syiah muliakan perkara jijik”).

24. Jawapan kepada soalan: Tuduhan JAKIM bahawa Syiah


mengharuskan meliwat (lelaki) adalah bagi menutupi para ulama Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah yang telah meliwat lelaki.

(i) Tuduhan JAKIM adalah fitnah semata-mata. (ii) Para imam Syiah
(Imam 12) mengharamkan liwat (homoseks) seperti di dalam al-Qur’an dan
Hadis. (ii) Peliwat dikenakan hukum had; iaitu bunuh. (ii) Sementara Imam
Abu Hanifah pula berkata bahawa peliwat tidak dikenakan hukum had. (iii)
Ia dikenakan hukum takzir sahaja (Hasyiah Radd al-Mukhtar oleh Ibn Abidin
al-Hanafi, iv, 27) (iv) Sebahagian ulama Syafi‘i berpendapat bahawa hukum
peliwat hanya takzir sahaja. (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, iv, 45 (v)
Sebahagian ulama Hanbali berpendapat bahawa hukum peliwat adalah
takzir sahaja (Bada’ii’ al-Fawai’d, iv, 908).

(vi) Sahabat Nabi SAW bernama Hakam bin al- ‘Aas adalah seorang
peliwat (Ibn Hajar al-Makki, Sawa‘iq al-Muhriqah, ii, 12). (vii) Enam
Khalifah Bani Umayyah adalah daripada keturunannya (Tarikh al-Khulafa’,
11, Syarh Fekah Akbar, 50) (viii) Yahya bin Aktham adalah Ketua Hakim
Negara semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun dan beliau adalah
seorang peliwat (homosexual). (ix) Yaḥyā bin Aktham merupakan salah
seorang imām Ahli Sunnah Wal Jamaah, seorang ulama dan seorang tokoh
besar Fekah dan Hadis. (Al-bidāyah Wa l -Niḥāyah, 14, 350). (x) Sunni telah
mencatat banyak perkara tentang beliau, namun tulisan ini akan memberi
tumpuan kepada kata-kata ulama Ahli Sunnah Wa l-Jamaah terhadap
personalitinya:

(xi) Thaʽalibī: Yahya bin Aktham dan Bani Al-ʽAbbās peliwat terulung
bangasa Arab
148
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Salah seorang ulama terkenal Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah bernama
Thaʽalibī, meninggal dunia pada tahun 420 Hijrah telah menulis perihal
Yaḥyā bin Aktham sebagai individu yang paling terkenal dengan amalan
liwat seperti berikut:
‫لواط يحيى ابن أكثم‬
،‫ وصحبه إلى بغداد‬،‫ واستولى على قلبه‬،‫ فاختص به‬،‫أصله من مرو؛ واتصل بالمأمون أيام مقامه بها‬
‫وأحله محل األقارب أو أقرب‬.
‫ وافر الحظ من الجد والهزل‬،‫ عذب اللسان‬،‫ حسن العشرة‬،‫ وأدب القضاء‬،‫وكان متقدما ً في الفقه‬.
‫ وشاوره في‬،‫ وأمر بأال يحجب عنه ليالً وال نهاراً؛ وأفضى إليه بأسراره‬،‫واله المأمون قضاء القضاة‬
‫مهماته‬.
‫ وسال‬،‫ وقعت عليه الرعدة‬،‫ ومن قوم لوطٍ ؛ وكان إذا رأى غالما ً يستشرطه‬،‫وكان يحيى ألوط من ثفر‬
‫ وبرق بصره‬،‫لعابه‬.
‫ ويقول قد أكرم هللا تعالى أهل جنته بأن أطاف عليهم الغلمان‬،‫وكان ال يستخدم في داره إال المرد المالح‬
‫ لفضلهم على الجواري؛ فما بالي ال أطلب هذه الزلفى والكرامة في دار الدنيا‬،‫في حال رضاه عنهم‬
‫!معهم‬.
‫ وغرس في قلبه فضائلهم ومحاسنهم‬،‫ وحبب إليه الولدان‬،‫ إنه هو الذي زين للمأمون اللواط‬:‫ويقال‬
‫ وللسفر والحضر؛‬،‫ وبالنهار فوارس؛ وهم للفراش والهراش‬،‫ إنهم بالليل عرائس‬:‫وخصائصهم؛ وقال‬
‫ وملك ثمانية آالف‬،‫ حتى استهتر بهم‬،‫ وجرى في طريقه؛ واقتدى به المعتصم‬،‫فصدر المأمون عن رأيه‬
‫منهم‬.
‫وما كان بنو العباس يحومون حولهم‬
221 ‫ ش‬156 1‫ثمار القلوب في المضاف والمنسوب ج‬

Liwat Yaḥyā ibn Aktham: Dia berasal dari Marwa, mempunyai


hubungan dengan Khalifah al-Makmun ketika dia mempunyai kedudukan,
berjaya menguasai hatinya, dan menemaninya ke Baghdad, merupakan
individu istimewa yang paling dekat dengan al-Makmun. Beliau masyhur
dalam bidang Fekah dan Adab al-Qadā’. Dia dapat berinteraksi dan
berkomunikasi dengan baik, pakar dalam berjenaka dan berbicara serius. al-
Makmun mengangkatnya sebagai Qadhi al-Qudhāt.

Beliau memerintahkan supaya Yahya tidak dihalang untuk bertemu


dengannya sama ada malam atau siang. al-Makmun mendedahkan rahsia
kepadanya dan bermesyuarat dengannya tentang apa sahaja. Yahya adalah
peliwat lebih besar dari thafar dan kaum Nabi Lut. Sekiranya melihat anak
lelaki yang membuatkannya kekaguman, dirinya bergelora, air liurnya
mengalir dan matanya berkelip. Dia tidak mengambil pekerja di rumahnya
149
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melainkan lelaki muda (belum tumbuh janggut) yang menyenangkannya.
Katanya: Allah SWT memuliakan ahli syurga kerana mengelilingkan mereka
dengan anak lelaki sedangkan Dia meredai mereka, kerana mereka
merupakan hamba-hamba yang terbaik. Kenapa tidak aku terlintas untuk
meminta kenikmatan dan kemuliaan ini di dunia bersama mereka!

Dikatakan bahawa dialah yang mendorong al-Makmun untuk


melakukan liwat, dan menyebabkannya suka pada lelaki muda, menyemai
dalam hatinya tentang keelokan, kelebihan dan ciri-ciri istimewa mereka.
Dia berkata: Kerja mereka di malam hari adalah pengantin perempuan
(diliwat) dan disiang hari adalah penunggang kuda, mereka adalah
hamparan, bekerja sama ada di rumah atau diperjalanan. Kerana itu al-
Makmun menerima pandangannya dan menuruti jalannya. Muktasim
mengikuti jejaknya sehingga terjebak dengan anak muda lelaki comel yang
berjumlah lapan ribu. Bani Abbas pun tidak memperdulikan mereka.
(Thimār al-qulūb Fī al-Muḍāf wa Al-Mansūb. ,i, 156.)

(xii) Khalifah al-Makmun dan perbuatan Yahya bin Aktam:

‫ويحكى أن المأمون نظر يوما إلى يحيى فى مجلسه وهو يحد النظر إلى ابن أخيه الواثق وهو إذ ذاك أمرد‬
‫تأكله العين فتبسم إليه وقال يا أبا دمحم حوالينا وال علينا فقال يا أمير المؤمنين إن الكلب ال يأكل النار‬

221 ‫ ش‬156 1‫ثمار القلوب في المضاف والمنسوب ج‬


Diceritakan bahawa pada suatu hari dalam satu majlis, al-Makmun
melihat pada Yahya sedangkan Yahya memerhatikan anak saudaranya
bernama al-Wāthiq yang masih muda, tidak berjanggut dan mata
mempersonakannya. Maka dia tersenyum padanya dan berkata: Wahai Aba
Muhammad, janganlah cuba berurusan dengan kami dan pergilah kepada
yang lain. Jawabnya: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya anjing tidak
makan api”. (Thimār al-qulūb Fī al-Muḍāf wa Al-Mansūb, l, 156).

(xiii) Pengakuan Yahya tentang amalannya

Ketika berada bersama Al-Makmun, Yahya memuji amalan kejinya


untuk al-Makmun dan menukilkan perbuatan terkutuk itu. Silakan rujuk
sendiri dalam kitab Thimār al-Qulūb, pada halaman yang sama kerana
150
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
matannya tidak dapat disebutkan di sini. Sindiran Yahya kepada cucu Abu
Hanifah:

‫وسمعه إسماعيل بن حماد بن أبى حنيفة يوما يغض من جده فقال له ما هذا جزاءه منك قال حين فعل ماذا‬
‫حين أباح المسكر ودرأ الحد عن اللوطى‬
221 ‫ ش‬156 1‫ثمار القلوب في المضاف والمنسوب ج‬

Pada suatu hari, cucu Abu Hanifah mendengar bahawa Yahya berkata
keburukan datuknya, kemudian cucu Abu Hanifah berkata: Apakah ini
balasan engkau (kepada datukku)? Jawabnya: Malah dia menghalalkan
mabuk dan mencegah hukuman hudud terhadap perbuatan liwat. (Thimār
al-qulūb Fī al-Muḍāfwa Al-Mansūb, I ,156). Sindiran dan kenyataan para
penyair tentang Yahya bin Aktham: Kemasyhuran perbuatan liwat Yahya,
mendorong para penyair menuduhnya dengan amalan itu secara terang-
terangan dalam bentuk rangkai kata syair. Abu Sakhrakh al-Riyashi
mendendangkan Syair ini manakala Ahmad bin Abu Naʽim membacanya di
hadapan al-Makmun.

‫شر ما رأس‬
ّ ‫يلوط والرأس‬ ‫حاكمنا يرتشي وقاضينا‬

196‫ص‬/14‫تاريخ بغداد ج‬

Hakim mengambil harta kami tanpa hak dan kadi kami meliwat, oleh
itu kepala kejahatan ialah ketuanya. (Tārīkh Baghdād, xiv,196).

(xiv) Kata-kata yang tepat dikaitkan kepada Yahya seperti berikut:

‫وال يرى على من يلوط بأس‬ ‫قاض يرى الحد في الزنا‬

- 319‫ ص‬11‫ المنتظم ج‬-82 ‫ و‬81‫ ص‬64‫ تاريخ مدينة دمشق ج‬- 196‫ ص‬14‫تاريخ بغداد ج‬
249‫ ص‬1‫ محاضرات األدباء ج‬- 41‫ ص‬2‫شذرات الذهب ج‬

Kadi melihat hukum had pada zina dan tidak apa-apa pada orang yang
meliwat. (Tārīkh Baghdād, xiv, 196, Tārīkh Madīnah Dimashq, 64, 81-82, Al-
Muntaẓam, 11, 319, Shadzarāt al-Dzahāb, ii, 41, Muḥādharāt Al-Udabā, 249).
151
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Begitu juga dalam rujukan berikut: Muḥādhrāt Al-Udabā, i, 249; Thimār al-
qulūb fi al-Mudaf wa al-Mansub, I, 156)

(xv) Ucapan Yahya apabila melihat pemuda yang mempersonakannya

Dhahabī dan beberapa tokoh Sunni yang lain menukilkan perbuatan


Yahya bin Aktam dengan menyatakan:

‫ فأجاب في‬، ‫ ومعنا عشرة مسائل‬، ‫مضيت أنا وداود االصبهاني إلى يحيى بن أكثم‬
‫ فلم يقدر يجئ‬، ‫ فلما رآه اضطرب‬، ‫ ودخل غالم مليح‬. ‫خمسة منها أحسن جواب‬
‫ اختلط الرجل‬، ‫ قم‬: ‫ فقال داود‬. ‫وال يذهب في مسألة‬.

31‫ تهذيب الكمال ج‬- 160‫ ص‬11‫ تهذيب التهذيب ج‬-10‫ ص‬12‫سير أعالم النبالء ج‬
83‫ ص‬64‫ تاريخ مدينة دمشق ج‬- 211‫ص‬

Aku dan Da’ūd Iṣfahānī pergi kepada Yahya bin Aktham, pada kami ada
sepuluh persoalan. Dia menjawab dengan baik lima pertanyaan. Ketika itu
seorang anak lelaki yang mempersonakannya masuk dan Yahya rasa
bergelora apabila melihatnya. Yahya tidak lagi mampu menjawab
pertanyaan. Da’ūd pun berkata: Bangunlah, dia sudah bingung (Siyar Aʽlam
Al-Nubala’, xii, 10; Tahdzīb Al-Tahdzīb, ii, 160; Tahdzīb al-Kamāl, xxxi, 211;
Tārīkh Madinah Dimashq, 64, 83).

(xvi) Abdullah bin Mubarak:

‫لما استولى الناصر على طبرستان فوض إلى عبد هللا بن المبارك القضاء وكان‬
‫يرمى باالبنة فقال يا أمير المؤمنين أنا أحتاج إلى رجال أجالد يعينونني فقال قد‬
‫بلغني ذلك‬

249‫ص‬1‫محاضرات األدباء ج‬

Tatkala menguasai Tabristan, Al-Nāṣir menyerahkan kuasa kehakiman


kepada Abdullah bin Al-Mubarak. Beliau dituduh mengalami penyakit
homoseks. Abdullah berkata: Wahai Amirul Mukminin, aku perlukan
seorang lelaki ‘Jalud’ (bertenaga) untuk membantuku. Nāsir menjawab:
152
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Telah sampai ke pengetahuanku mengenai perkara itu! Iaitu dia
memerlukan seorang lelaki yang bertenaga untuk meliwatinya
(Muḥādarātal-Udaba, i, 249).

(xvii) Khatib Baghdadi

‫ كان سبب خروج الخطيب‬: ‫روى الذهبي عن مكي بن عبد السالم الرميلي قال‬
‫ فتكلّم الناس في ذلك‬، ‫ي مليح‬
ّ ‫ أنّه كان يختلف إليه صب‬، ‫من دمشق إلى صور‬.

18/281 :‫سير أعالم النبالء‬.

Dhahabī meriwayatkan daripada Makki bin ʽAbd Al-Salām Al-Rumaylī


yang berkata: Sebab keluarnya Al-Khāṭīb dari Damsyik ialah kanak-kanak
comel keluar masuk ke rumahnya dan manusia berbicara tentang perkara
itu(SiyarAʽlamAl-Nubalā’).

(xviii) IbnuAl-Anmat (‫)ابن االنماطى‬

Dhahabi berkata tentangnya:

ً‫ كان إماماً ثقة حافظاً مبرزا‬:‫ وقال عمر بن الحاجب‬... ‫الحافظ البارع مفيد الشام‬
‫ حافظ ثقة مفيد إال أنه‬: ‫فصيحاً سألت عنه الحافظ الضياء فقال‬
ُ ‫كثير الدعابة مع ال‬.
‫مرْد‬
174 ‫ ص‬22 ‫ ج‬:‫ سير أعالم النبالء‬، 1404 ‫ ص‬4 ‫ ج‬:‫تذكرة الحفاظ‬

Al-Ḥāfiz, seorang yang mahir, memberi pengajaran kepada penduduk


Shām…
Umar bin Al-Ḥajib berkata: Beliau adalah seorang Imām, thiqah, ḥāfiz,
terpelajar, fasīḥ, aku bertanya pada Ḥafiz Al-Ḍiyā tentangnya, jawab beliau:
Dia seorang hāfiz, thiqah, berfaedah, melainkan dia seorang yang banyak
berfoya-foya dengan budak lelaki. (Tadzkirah Al-Huffāz, iv,1404; Siyar Aʽlam
Al-Nubalā’, xxii, 174).

(xix) Abdul Rahman Al-Dimasyqiyyah


153
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Beliau merupakan salah seorang pendebat anti Syiah yang termasyhur.
Dia pernah disingkirkan dari institut pengajian Azhar Lubnan akibat
melakukan homoseks
(YOUTUBE)http://www.youtube.com/watch?v=xdc6kbkYvzY. Abnanews
19 Desember 2013. Sumber: Blhdawiyyat. Khutbah JAKIM: “Perang Syiah
satu jihad” Malaysiakini 29 November 2014.

25. Jawapan kepada soalan: Jibril AS tersilap memberi wahyu kepada


Nabi Muhammad SAW sepatutnya kepada Ali AS? (e-fatwa). Fatwa ini
telah mengihina Jibrail sebagai utusan Allah:

(i) Ini adalah cereka atau dongeng seperti Abdullah bin Saba’ yang
tidak pernah wujud kemudian ia diwujudkan kerana berniat jahat oleh
pihak tertentu terutamanya Salafi/Wahabi kepada Syiah mazhab Ja‘fari atau
Syiah Imam 12 yang tidak mempercayai sedemikian. (ii) Ini bererti Jibril AS
tidak boleh dipercayai lagi? (iii) Allah yang mengetahui bahawa wahyu
untuk Ali AS, berdiam diri sehingga wahyu berterusan diturunkan kepada
Nabi SAW? (iv) Allah tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Jibril AS ?
(v) Ia menghina Allah SWT itu sendiri.

(v) Menghina Rasulullah SAW itu sendiri. (vi) Menghina Jibril itu
sendiri. (vii) Khuatir al-Qur’an yang diturunkan oleh Jibril itu juga boleh jadi
ada yang tersilap? (viii) Kami Syiah Imammiyyah Ja‘fariyyah (Syiah Imam
12) tidak berpendapat sedemikian kerana Jibril adalah pesuruh Allah yang
amanah. (ix) Adapun sebahagian Sunni/Salafi yang membuat fitnah
sedemikin rupa dalam dakyah mereka terhadap Syiah adalah seperti orang
munafik umat Muhammad SAW.

26. Jawapan kepada soalan: Al-Raj‘ah (e-fatwa). Penentangan terhadap


al-Raj‘ah adalah penghinaan terhadap Allah yang mengharuskannya.

Al-Raj‘ah adalah akidah al-Qur’an. Perbincangan ini adalah di luar skop


pemahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi), kerana ia tidak popular di
dalam ilmu Teologi mereka, tetapi mereka bercakap apa yang mereka
sendiri tidak memahaminya. Mereka tidak mengetahui bahawa konsep al-
Raj‘ah terdapat di dalam al-Qur’an.

Justeru mereka berkata al-Raj‘ah adalah ajaran Abdullah bin Saba’;


manusia ciptaan yang tidak pernah wujud. Perkataan al-Raj‘ah bererti
154
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kembali. Iaitu Allah mengembalikan orang tertentu yang telah mati ke dunia
di dalam bentuk mereka yang asal dan mereka terbahagi dua bahagaian:
Mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi di dalam hidupnya dan
kedua orang yang mempunyai kekafiran yang tinggi di dalam hidupnya.
Kemudian Allah mengasingkan mereka yang benar daripada mereka yang
kafir. Orang yang dizalimi daripada orang yang zalim. Ini akan berlaku
manakala datangnya Imam Mahdi AS. Kemudian mereka mati. Khalifah Ali
AS berkata bahawa al-Raj‘ah adalah ilmu khas. (al-Raj‘ah, al-Majma‘ al-‘Ilm
li-Ahli l-Bait, hlm.11). Diperturunkan ayat-ayat yang menunjukkan al-Raj‘ah
seperti berikut:

(i). Allah berfirman di dalam surah al-Naml (27): 83 “Dan (ingatlah)


pada hari Kami mengumpulkan dari setiap umat, sekumpulan orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibagi-bagi (dalam kelompok-
kelompaok)” Ayat ini menunjukkan al-Raj‘ah.

(ii). Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah (2): 28 “Bagaimana


kamu ingkar kepada Allah, pada hal kamu (tadinya) mati, lalu Dia
menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan
kamu kembali. Kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan”.

Di dalam ayat di atas Allah menyebut dua kehidupan di dunia dan


selepas kedua-duanya kembali kepada-Nya. Justeru, ia adalah al-Raj‘ah.

(iii). Allah berfirman di dalam surah al-Mukmin (40): 11“Mereka


menjawab, “Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan
menghidupkan kami dua kali (pula) lalu kami mengakui dosa-dosa kami.
Maka adakah jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka?” Justeru
kehidupan kedua itu adalah al-Raj‘ah. Oleh itu fatwa No. 20 (ii) itu adalah
bercanggah dengan al-Qur’an walaupun ia menjadi pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah. Dan ia juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
Perkara 11 (1).

27. Jawapan kepada soalan: Tangisan Rasulullah SAW tentang berita


kesyahidan Imam Husain AS dan kaitannya dengan tanah (turbah)
Karbala’.

(a) Diriwayatkan oleh Umm al-Fadhl bin Haris setelah kelahiran


Husain AS, beliau ke bilik Fatimah AS, maka beliau mendapati dua mata
155
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Rasulullah SAW berlinang dengan air mata, maka aku berkata: Wahai Nabi
Allah! Dengan nama bapaku dan ibuku, apakah dengan engakau ini?
Rasulullah SAW bersabda: Jibrail AS telah mendatangiku, lalu dia
memberitahu kepadaku bahwa umatku akan membunuh anak lelakiku ini
(inna ummati sataqtulu ibni hadha).

Lantas aku berkata: Ini? Baginda SAW bersabda: Ya. Dan dia (Jibrail)
membawa kepadaku turbahnya (tanah kering Karbala’) yang berwarna
merah (wa ataani bi-turbati min turbati-hi hamra’). (Maqtal al-Imam al-
Husain AS riwatan ‘an jiddi-hi, oleh Qis Bahjat al-‘Atar, hlm 67, al-Mustadrak
‘ala al-Sahihaini, iii, hlm. 176, Dala’il al-Nubuwwah oleh al-Baihaqi, vi, hlm.
464, al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn al-Athir, vi, hlm. 258).

(b) Di dalam riwayat yang lain, Asma’ binti ‘Umis berkata: Demi ibuku
dan bapaku menjadi tebusan anda, apakan tangisan anda ini? Rasulullah
SAW bersabda: Kerana anak lelakiku ini (ibni hadha). Aku berkata: Dia baru
saja dilahirkan. Baginda SAW bersabda: Wahai Asma’ sesungguhnya
golongan yang zalim akan membunuhnya (taqtulu-hu al-Fi’atu al-Baghiyah)
dan mereka tidak akan mendapat syafaatku. Kemudian baginda bersabda:
Janganlah anda memberitahu perkara ini kepada Fatimah AS, kerana dia
baru saja melahirkan anaknya” (Dhakha’ir al- ‘Uqba, 120, Maqtal al-Imam al-
Husain AS, I,135-137).

(c) Diriwayatkan daripada Sa‘id bin Jumhan: Sesungguhnya Jibril AS


telah mendatangi Nabi SAW dengan tanah kampung yang mana Husain AS
akan dibunuh, maka dia berkata: Namanya adalah Karbala’, maka Rasulullah
SAW bersabda: Karbun wa bala’ “Terjumah Imam Husain AS” daripada
Tarikh Ibn ‘Asakir, 264-234, Sair A’lam al-Nubala’, iii, hlm. 290).

(d) Dirwayatkan daripada Abi al-Tufail, dia berkata: Malaikat hujan


mohon untuk memberi salam ke atas Nabi SAW di rumah Umm Salmah,
maka Rasulullah SAW bersabda: Jangan biarkan seorang pun datang kepada
kami, maka tiba-tiba datanglah Husain AS, lalu dia masuk. Umm Salmah
berkata: Dia adalah Husain, maka Nabi SAW bersabda: Tinggalkan dia,
maka dia mulai menaiki ke atas belakang Nabi SAW dan bermain-main
dengannya sedangkan malaikat melihat, maka malaikat berkata: Adakah
anda mencintainya, wahai Muhammad?
156
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Baginda bersabda: Ya, demi Tuhan, aku mencintainya, maka malaikat
berkata: Umat anda akan membunuhnya (inna ummata-ka sataqtulu-hu).
Jika anda mahu, aku akan memperlihatkan kepada anda tempat (al-Makan)
dia dibunuh, maka dia mengambil segenggam tanah (turab), lalu Umm
Salmah mengambil tanah itu dan meletakkanya di dalam kain tudungnya,
maka mereka mengatakan bahawa tanah itu adalah dari Karbala’”
Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan isnadnya adalah hasan. (Majma‘ al-
Zawa’id, ix, hlm. 190).

(e) Justeru, Syiah menangisi dan berdukacita di atas kesyahidan Imam


Husain AS kerana mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dan mengambil tanah
Karbala’ (turbah Husainiyyah) sebagai tempat sujud, tetapi ia bukanlah
wajib, kerana mengambil berkat kesyahidan Imam Husain AS di Karbala’
yang dikaitkan dengan Hadis Rasulullah SAW.

(f) Jibril AS menghormati tanah kerbala’ kerana kaitannya dengan


kesyahidan Imam Husain AS dan memberinya kepada Rasulullah SAW.
(g) Rasulullah SAW pula menghormati turbah Karbala’ dan meminta
Umm Salmah supaya menyimpannya pula.
(h) Sebagai bukti kesyahidan Imam Husain AS, maka tanahnya akan
bertukar menjadi merah.
(i) Salafi/Wahabi menghina Syiah dan turbah Karbala’, lalu mereka
menentang kedua-duanya, kerana mereka menyokong pembunuh–
pembunuh Imam Husain AS.
(j) Syiah menyambut 10 Muharram (Asyura’), hari kesyahidan Imam
Husain AS dan hari Arba‘in Imam Husain AS setiap tahun.
(k) Dan ia juga disambut oleh orang Melayu di Alam Melayu sejak 1200
tahun yang lalu khususnya di Perlak.
(l) Akibatnya Syiah tidak disenangi oleh musuh-musuh Imam Husain
AS seperti Salafi/Wahabi dan lain-lain dengan berbagai-bagai alasan.

28. Jawapan kepada soalan: Ijtihad boleh melawan nas al-Qur’an dan
Hadis Nabi SAW (al-Ijtihad fi muqabalat al-Nas) bererti penghinaan
terhadap Allah dan Rasul-Nya:

(i) Ijtihad boleh melawan nas adalah sunnah Khalifah Abu Bakar,
Umar dan Uthman, kemudian ia diikuti oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan
dijadikan sebagai akidah mereka bagi menolak hukum Allah dan Sunnah
Rasulullah SAW dengan alasan ijtihad. (ii) Ijtihad adalah pendapat manusia
157
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(iii) al-Qur’an adalah kalamullah SWT (iv) Hadis atau Sunnah Nabi SAW
adalah daripada Rasul SAW yang maksum dijamin oleh Allah SWT. (v)
Rasulullah SAW tidak boleh berijtihad melawan nas al-Qur’an. (vi) Justeru,
Jika baginda SAW sendiri menyalahi hukum Allah, maka Allah akan
menyeksanya sebagaimana firman-Nya dalam surah al-An‘am (6): 15
“Katakanlah (Muhammad), “Aku benar-benar takut akan azab hari yang
besar (hari Kiamat), jika aku menderhakai Tuhanku” (vii) Lantaran itu,
apakah kelebihan sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman atau siapa
sahaja ke atas Rasulullah SAW sehingga mereka boleh menolak hukum Allah
dan Sunnah Rasul-Nya dengan alasan ijtihad?

29. Jawapan kepada soalan: Apakah kriteria yang tepat di dalam


menentukan keislaman, kekafiran, penyelewengan atau kesesatan
seorang Islam?

Kriteria yang paling tepat adalah menurut pengertian al-Qur’an dan


Hadis Nabi SAW (Hadis al-Thaqalayni) dalam semua perkara kerana kedua-
duanya adalah asas agama Islam dan Hukum Syarak yang diredai oleh Allah
dan Rasul-Nya. Adapun pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak boleh
dijadikan asas agama Islam dan Hukum Syarak kerana ia akan mengkafir
dan menyesatkan mana-mana pegangan atau mazhab yang berbeza
dengannya. Sedangkan terdapat ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis itu sendiri
yang berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, terpaksa
diketepikan kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah yang dijadikan asas agama Islam. Dari sudut sejarah, mazhab Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah pimpinan Abul Hasan al-Asy‘ari dan Abu Mansur al-
Maturidi telah wujud hampir 300 selepas kewafatan Nabi SAW. Apakah
kedudukan mereka berdua lebih tinggi daripada Rasulullah SAW?

30. Jawapan kepada soalan: Apakah “mengikuti sunnah Khalifah Ali AS


yang bertepatan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW itu dikira
sesat, kafir dan terkeluar daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah?

Mengikuti sunnah Khalifah Ali AS adalah mengikuti Sunnah Rasulullah


SAW itu sendiri (per se) dan ia adalah tidak sesat serta tidak pula kafir
kerana ia bertepatan dengan Hadis al-Thaqalayni. Walau bagaimana pun
sunnah Khalifah Ali AS diharam dan disesatkan di Malaysia atas nama
ajaran Syiah pada 5.5. 1996, kerana Khalifah Ali AS tidak menerima selain
158
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
daripada Sunnah Nabi SAW sebagai ikutan. Beliau telah ditawarkan jawatan
khalifah selepas Umar untuk menjadi khalifah ke 3 dengan syarat beliau
meneruskan sunnah Abu Bakar dan Umar yang menyalahi Sunnah Nabi
SAW, tetapi beliau menolaknya (Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah wa al-
Siyasah, i, hlm. 15-16). Justeru Uthman dilantik sebagai khalifah ke 3 dan
meneruskan sunnah mereka berdua di dalam pemerintahannya.
Sementara Syiah pula menuruti sunnah Khalifah Ali AS yang
bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW, tetapi ia menyalahi sunnah Abu
Bakar dan Umar. Justeru sunnah Khalifah Ali AS yang dianuti oleh Syiah
adalah terkeluar daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.
Jika tidak, kenapa mereka mengenakan undang-undang tatacara
syariah bagi menghina dan menghukum Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari
Malaysia yang mengikuti sunnah Khalifah Ali? Firman-Nya di dalam surah
al-Nisa’ (4): 115 “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata
petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami
biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka
Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali”. Firman-Nya di dalam surah
al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga
mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di
kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka
menerima keputusan engkau dan mereka menerima dengan sebenar-
benarnya”

31. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Ali AS telah menolak


sunnah Khalifah Abu Bakar dan Umar?

Khalifah Ali AS telah menolak sunnah khalifah Abu Bakar dan Umar
kerana sunnah mereka berdua, menurut Khalifah Ali AS, adalah menyalahi
al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Justeru jika Khalifah Ali menerima sunnah
mereka berdua, nescaya beliau dilantik menjadi khalifah ketiga. Apa guna
menjadi khalifah jika Sunnah Nabi SAW tidak dilaksanakan? Justeru,
Khalifah Ali AS adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar (Ibn Qutaibah,
Kitab al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 15-16). Syiah menurut jejak Khalifah
Ali dengan menolak sunnah mereka berdua.

Al-Suyuti menulis bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa


“Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma
sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa sahiba-hu), maka ia adalah
agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya dan kami berakhir
159
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun apa yang
disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan Umar),
maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu) (Tarikh
al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru pemerintah Bani Umayyah telah membuat
keputusan bahawa apa yang disunnahkan oleh Abu Bakar dan Umar adalah
agama (dinun)”. Justeru konflik mazhab berlaku di dalam masyarakat Islam
di antara sunnah khalifah Abu Bakar dan Umar vs. Al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah SAW. Sementara Khalifah Ali AS telah mematuhi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW kemudian ia dikuti oleh Syiah Islam mazhab Ja‘fari.

32. Jawapan kepada soalan: Kenapakah mematuhi sunnah Khalifah


Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah
Nabi SAW itu tidak dikira sesat, menyeleweng, haram atau kafir oleh
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?

(1) Ini disebabkan sunnah mereka bertiga telah dijadikan akidah oleh
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
(2) Sunnah mereka bertiga, pada mereka, adalah lebih tinggi dan lebih
mulia dari (hukum) al-Quran dan Sunnah Nabi SAW dari sudut amali.
Justeru, sesiapa yang menerima sunnah mereka bertiga walau pun ia
menyalahi al-Qur’an dan Hadis, dikira tidak sesat dan tidak pula kafir
kerana sunnah mereka bertiga dijadikan perkara pokok (Usuluddin).
Sementara perkara yang lain adalah cabang (furu’).
(3) Sunnah mereka bertiga, pada mereka, adalah lebih kebal dari al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Justeru, al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
adalah subordinate kepada sunnah mereka bertiga.
(4) Ketiga-tiga khalifah tersebut juga, pada mereka, adalah kebal.
Kemungkinan kerana imamah/khilafah Abu Bakar, Umar dan Uthman itu
dikira sebagai asas agama Islam (aslun) selepas kewafatan Rasulullah SAW
oleh sebahagian para penganut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari sudut amali.
Justeru, sesiapa yang menerima imamah/khilifah mereka bertiga dikira
tidak sesat atau kafir kerana ia merupakan asas agama Islam. Sementara
perkara yang lain adalah cabang (furu‘). Persoalannya: Bagimanakah sunnah
mereka dan mereka bertiga menjadi kebal? Kekebalan mereka
membolehkan mereka menyalahi al-Qur’an dan Hadis Rasulullah SAW,
kemudian ia diikuti oleh para pengikut mereka! Lantaran itu, siapakah yang
membuat mereka menjadi kebal? Dan tidakkah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
yang membesar-besar, mendewa dan menyembah berhala Quraisy?
160
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(5) Kerana kemabukan cinta kepada Abu Bakar dan Umar. Ali AS
berkata: Hati umat ini dimabukkan cinta kepada mereka berdua (Abu Bakar
dan Umar) (Qad usyribat qulubu hadhi-hi al-Ummati ‘ala hubbi hadhaini al-
rajulaini) (ii) Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-
tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab, kemudian
mereka meredainya tanpa menentangnya pula. Malah mereka memarahi
untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan mengingkarinya!
Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan mengikuti bidaah-
bidaahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya (ahdatha-hu).
Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan agama untuk
menghampirkan diri mereka kepada Allah.

Umpamanya, Umar telah memindahkan Maqam Ibrahim AS. dari


tempat yang diletakkan oleh Rasulullah SAW kepada tempatnya pada masa
Jahiliyah di mana Rasulullah (SAW.) telah memindahkannya (al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa,’ hlm. 137) Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan
cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardu dan sunat. Penambahannya
mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin
dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib.
Rasulullah SAW. bersabda: “Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan
gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak”. Tetapi mereka
meredai dan menerima apa yang dilakukannya”(Kitab Sulaim, hlm. 86-87)

Justeru, tidak hairan jika Al-Suyuti juga menjelaskan bahawa Umar bin
Abd al-Aziz berkata bahawa “Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan
oleh Rasulullah (ala inna ma sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa
sahiba-hu), maka ia adalah agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya
dan kami berakhir kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun
apa yang disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan
Umar), maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu)
(Tarikh al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru pemerintah Bani Umayyah telah
membuat keputusan bahawa apa yang disunnahkan oleh Abu Bakar dan
Umar adalah agama (dinun)”.
(6) Syiah pula menolak sunnah tiga khalifah yang menyalahi al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW (7) kerana pertama: Allah wajib ditaati sepenuhnya
(100%). (8) Kedua: Nabi SAW wajib ditaati selepas Allah dengan
sepenuhnya (100%). (9) Nabi SAW sendiri tidak boleh menyalahi al-Qur’an.
(10) Jika Nabi SAW sendiri tidak boeh menyalahi al-Qur’an, maka
161
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bagaimana orang lain seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman boleh
menyalahi al-Qur’an dengan alasan ijtihad melawan nas?
(11) Justeru ijtihad tidak boleh menyalahi al-Qur’an dan Hadis Nabi
SAW.
(12) Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 115 “Barang siapa yang
menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan
orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia
ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (13)
Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak
juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk
mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada
keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka
menerima dengan sebenar-benarnya”

33. Jawapan kepada soalan: Kenapakah mematuhi al-Qur’an dan


Sunnah Nabi SAW oleh Syiah mazhab Ja‘fari dikira sesat, menyeleweng,
haram atau kafir oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi)?

(1) Kemungkinan kerana Syiah mazhab Ja‘fari menolak sunnah Abu


Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
yang menjadi akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
(2) Syiah mazhab Ja‘fari memperakui bahawa al-Qur’an dan Sunnah Nabi
SAW itu adalah lebih mulia dan lebih kebal dari sunnah mereka bertiga.
(3) Sunnah mereka bertiga adalah subordinate kepada al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah SAW.
(4) Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW itu adalah lebih mulia daripada
para sahabat berasaskan al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW.
(5) Syiah mazhab Ja‘fari menolak imamah/khilafah Abu Bakar, Umar dan
Uthman yang dikira sebagai asas agama Islam oleh sebahagian Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah dari semua sudut.
(6) Syiah mazhab Ja‘fari menolak kecintaan kepada mereka bertiga
dijadikan sebab untuk menukar Sunnah Rasulullah SAW kepada sunnah
mereka bertiga yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis.
(7) Syiah mazhab Ja‘fari percaya hanya Ali dan 11 imam selepasnya yang
dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai penggantinya.
(8) Syiah mazhab Ja‘fari menolak asas agama Islam yang telah dipinda dari
al-Qur’an dan Hadis/Sunnah Nabi SAW kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah dan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah berasaskan sunnah Abu
Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis.
162
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(9) Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah telah
menyesat dan mengkafirkan semua orang Islam selain dari mazhab mereka.

34. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Umar mensyaratkan


kepada Khalifah Ali supaya menerima sunnah mereka berdua yang
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW diteruskan di dalam
pemeritahannya, jika mahu menjadi khalifah ke 3?

Khalifah Umar telah mensyaratkan kepada Khalifah Ali melalui Majlis


Syura yang dibentuknya supaya menerima sunnah mereka berdua yang
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW diteruskan di dalam
pemeritahannya, jika mahu menjadi khalifah ke 3 (Ibn Qutaibah, Kitab al-
Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 15-16) (1) Kemungkinan, mereka berdua
kurang memahami Sunnah Nabi SAW secara keseluruhannya (2)
Kemungkinan, mereka tidak menghargai Sunnah Nabi SAW itu sendiri ?

(3) Atau Khalifah Umar ingin dilihat bahawa mereka bedua bersatu di
dalam meneruskan sunnah mereka berdua walau pun ia menyalahi al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW? (4) Atau Khalifah Umar berpendapat
bahawa beliau lebih pandai daripada Nabi SAW di dalam penciptaan
sunnah? (5) Atau mereka berdua tidak mencintai Sunnah Nabi SAW
sepenuhnya? (6) Atau apakah ia ada kaitan dengan penolakan Umar ketika
Nabi SAW hampir wafat supaya Sunnahnya/ Wasiatnya ditulis, lalu Umar
menghalang dan berkata bahawa Nabi SAW “sedang meracau” dan “Kitab
Allah adalah cukup bagi kita? Justeru, adakah Umar mematuhi al-Qur’an
sepenuhnya?

(7) Khalifah Ali telah menolak syarat penerimaan sunnah mereka


berdua untuk menjadi khalifah ke 3, kerana ia menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW (8) Apa guna menjadi khalifah, jika Sunnah Nabi SAW
dipinggirkan! (9) Atau apa guna menjadi Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, jika
Sunnah Nabi SAW yang menyalahi sunnah Abu Bakar dan Umar
dipinggirkan? (10) Atau apa guna menjadi Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah jika
hukum al-Qur’an yang menyalahi sunnah Abu Bakar dan sunnah Umar itu
dipinggirkan dengan alasan ijtihad? (11) Atau apa guna mewartakan
“pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” sebagai asas agama Islam dan Hukum
Syarak, jika ia mengatasi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW? Apakah pegangan
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah paksi kepada Islam atau sebaliknya?
163
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(12) Justeru ia menyalahi firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 115
“Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan
mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan
kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat
tempat kembali”. Dan firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak,
demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat
engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,
kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan
engkau dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”

35. Jawapan kepada soalan: Jawapan kepada soalan: Mereka yang


menafikan bahawa Sayyidina Ali mencabut pintu benteng Khaibar:

(i) Penafian ini adalah sebuah pembohongan yang diciptakan oleh


Wahabi/Salafi Malaysia kerana kejahilan mereka. (ii) Ia dicatat oleh Ya‘qubi
di dalam Tarikhnya; Tarikh Ya‘qubi,ii, hlm.56 (iii)Ia dicatat oleh Imam
Fakhruddin al-Razi di dalam TafsirnyaMafatih al-Ghaib/ Tafsir al-Kabir, xxi,
hlm. 92 bahawa Ali AS berkata: Aku telah mencabut pintu benteng Khaibar
(Qal‘ah) bukan dengan kekuatan jasadiyyah, malah aku mencabutnya
dengan kekuatan rabbaniyyah. (iv) Ia dicatat tentang pintu benteng
Khaibar(Qal‘ah Khaibar)di dalam Majmu‘ah al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah,
xxiii, hlm.206 (v) Ia dicatat oleh al-Dhahabi di dalam al-Muntaqa min Minhaj
al-I‘tidal, hlm. 546. (vi) Ia juga dicatat oleh Abu Bakar Ahmad bin ‘Umru bin
Abi ‘Asim di dalam al-Sunnah, ii, hlm.1031.

36. Jawapan kepada soalan: Bidaah Abu Bakar, Umar dan Uthman
dikira “sunnah” oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi bagi
mengelirukan umat Islam di Nusantara:

(i) Apa yang dimaksudkan dengan bidaah mereka bertiga adalah


“bidaah-bidaah mereka” yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah
SAW kemudian ia dijadikan sebagai agama (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’,
hlm. 160) (ii) Allah SWT tidak meredai sesiapa yang menyalahi hukum-Nya
dan Sunnah/Hadis Rasul-Nya. (iii) Ini bererti Rasulullah SAW sendiri tidak
boleh menyalahi al-Qur’an. (iv) Rasulullah SAW sendiri tidak boleh memberi
pendapatnya (berijtihad) untuk melawan al-Qur’an. (v) Jika Rasulullah SAW
melakukan sedemikian, Allah akan menyeksanya sebagaimana firman-Nya
dalam surah al-An‘am (6): 15 “Katakanlah (Muhammad), “Aku benar-benar
takut akan azab hari yang besar (hari Kiamat), jika aku menderhakai
164
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Tuhanku” (vi) Begitu juga dengan mereka bertiga dan orang lain. (vii)
Sunnah-sunnah mereka bertiga, menurut Khalifah Ali AS, adalah bidaah-
bidaah mereka yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. (viii)
Sunnah-sunnah mereka yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah atau Hadis
Rasulullah SAW itu pula dijadikan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (ix)
Bagi Sunni, sunnah tiga Khalifah tersebut mengatasi al-Qur’an dan Hadis
Nabi SAW.

37. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Abu Bakar dan Umar
serta kumpulan mereka berdua telah menyerang rumah Fatimah Binti
Muhammad Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW dan
mengugut untuk membakarnya?

Khalifah Abu Bakar dan Umar serta kumpulan mereka berdua seramai
50 orang telah menyerang rumah Fatimah Binti Muhammad Rasulullah
SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW dan mengugut untuk membakarnya
(1) Kerana ingin memaksa Ali memberi baiah kepada Khalifah Abu Bakar
(2) Mereka ingin membunuh Ali, jika tidak memberi baiah kepada Khalifah
Abu Bakar (3) Mereka berjanji memberi penghormatan kepadanya jika
beliau memberi baiah kepada Khalifah Abu Bakar selepas Ali diikat dengan
tali di tengkuknya (4) 12 buku muktabar Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mencatat
peristiwa ini (5) Persoalannya: Adakah layak bagi Khalifah Abu Bakar dan
Umar serta kumpulan mereka melakukan perbuatan sedemikian terhadap
Fatimah, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain? (6) Tidakkah mereka Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW yang disucikan? Biarlah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
menjawabnya.

38. Jawapan kepada soalan: Adakah terdapat pegangan Ahli Sunnah


Wal-Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an dari segi Akidah?

Ya. Memang terdapat pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang


menyalahi al-Qur’an dari segi akidah sebanyak 93 ayat. Persoalannya:
Kenapakah pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dijadikan asas agama Islam?
Sementara tidak terdapat mazhab Ja‘fari atau mazhab Imam 12 yang
menyalahi al-Qur’an dari segi akidah. Persoalannya: Kenapakah ajaran Syiah
Imam 12 atau mazhab Ja‘fari yang bertepatan dengan al-Qur’an dan Hadis
dikira sesat? (sila lihat Yusuf al-Hilli, Nahj al-Haq wa Kasyf al-Sidq, hlm. 105-
112).
165
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
39. Jawapan kepada soalan: Adakah terdapat para Imam mazhab
empat yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis dari segi Syariah?

Ya. Terdapat 357 perkara yang dikaitkan dengan para imam mazhab
empat yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis dari segi Syariah. Kemudian ia
dijadikan sebahagian Hukum Syarak oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Sementara tidak terdapat di kalangan para imam 12 atau mazhab Ja‘fari
yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis dari segi Syariah. Justeru, kenapakah
ajaran Syiah Imam 12 atau Syiah mazhab Ja‘fari yang bertepatan dengan al-
Qur’an dan Hadis Nabi SAW dikira sesat? (ibid hlm. 420-453). Perlu
dinyatakan bahawa para imam mazhab empat telah menjadikan sunnah tiga
khalifah sebagai akidah dan syariah mereka dari sudut amali dengan
menolak Hadis al-Thaqalayni.

40. Jawapan kepada soalan: Khalifah diwasiatkan secara nas.

Penentangan terhadap nas perlantikan Ali AS oleh Rasulullah SAW


sebagai khalifah/ imam selepas baginda SAW adalah menurut sunnah
Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Kemudian ia diikuti oleh Sunni dan
dijadikan akidah mereka bagi menentang Ali AS dan Syiahnya. Ia bukanlah
menurut Sunnah Nabi SAW yang melantiknya sebagai khalifah selepasnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Ini Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan
Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 216, Ahmad bin Hanbal. al-
Musnad, I, hlm.111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 401).
Hadis ini menunjukkan Ali AS adalah Khalifah secara langsung selepas
kewafatan Rasulullah SAW. Ali AS telah mengakui bahawa beliau telah
dilantik oleh Rasulullah SAW, kemudian 11 imam selepasnya. (sila lihat
“Khutbah /Hadis Ghadir Khum” Kitab al-Ihtijaj oleh al-Tabarsi).

41. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Abu Bakar dan Umar
wajib mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuhnya (100%) dari
sudut amali?:

(i) Khalifah Abu Bakar dan Umar wajib mentaati Allah dan mentaati
Rasul-Nya dengan sepenuhnya (100%) (ii) Rasulullah SAW wajib mentaati
Allah sepenuhnya (100%) sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-
An‘am (6): 15 “Katakanlah (Muhammad), “Aku benar-benar takut akan azab
hari yang besar (hari Kiamat), jika aku menderhakai Tuhanku”. Justeru
Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah terikat dengan al-Qur’an sepenuhnya
166
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(100%) dan Hadis Nabi SAW sepenuhnya (100%) sementara Rasulullah
SAW adalah terikat dengan al-Qur’an sepenuhnya (100%). Dan para
pengikut mereka berdua juga terikat dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW
senuhnya (100%), tetapi mereka mengutamakan sunnah mereka berdua.

42. Jawapan kepada soalan: Benarkah membaca doa tawassul melalui


(wasilah) Rasulullah SAW dan Ahlul-Baitnya kepada Allah itu syirik (e-
fatwa)?

Ia adalah tidak benar sama sekali, itu adalah propaganda


Salafi/Wahabi. Ia tidak syirik dan ia boleh diamalkan sebagai wasilah
kepada Allah kerana Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah (5): 35
“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan
carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepad-Nya, dan berjihadlah di
jalan-Nya agar kamu beruntung” Hanya Salafi/Wahabi sahaja yang
berpendapat sedemikian. Justeru, mereka menentang Rasulullah SAW
melalui Ahlul-Baitnya dan mereka memusnahkan segala kesan sejarah
warisan Rasulullah SAW dan keluarganya AS. Bagi mereka, tidak ada
perhubungan antara orang yang telah mati dengan orang yang masih hidup.
Justeru, mereka menentang tahlil arwah, ziarah kubur, sambutan Maulidur-
Rasul, ‘Asyura, Arba‘in dan sebagainya, kerana mereka tidak memahami
konsep tauhid dan syirik dengan sebenar.

43. Jawapan kepada soalan: Sebab umat ini menukarkan Sunnah Nabi
SAW kepada Sunnah Abu Bakar dan Umar menurut Khalifah Ali AS:

(i) Ini disebabkan kemabukan cinta kepada Abu Bakar dan Umar. Ali
AS berkata: Hati umat ini dimabukkan cinta kepada mereka berdua (Abu
Bakar dan Umar) (Qad usyribat qulubu hadhi-hi al-Ummati ‘ala hubbi
hadhaini al-rajulaini) (ii) Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka
bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab,
kemudian mereka meredainya tanpa menentangnya pula. Malah mereka
memarahi untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan
mengingkarinya! Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan
mengikuti bidaah-bidaahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya
(ahdatha-hu). Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan
agama untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah.
167
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Umpamanya, Umar telah memindahkan Maqam Ibrahim AS. dari
tempat yang diletakkan oleh Rasulullah SAW kepada tempatnya pada masa
Jahiliyah di mana Rasulullah (SAW) telah memindahkannya (al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa,’ hlm. 137) Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan
cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardu dan sunat. Penambahannya
mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin
dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib.
Rasulullah SAW. bersabda: “Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan
gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak”. Tetapi mereka
meredai dan menerima apa yang dilakukannya” (Kitab Sulaim, hlm. 86-87)

Al-Suyuti menyatakan bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa


“Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma
sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa sahiba-hu), maka ia adalah
agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya dan kami berakhir
kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun apa yang
disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan Umar),
maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu) (Tarikh
al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru pemerintah Bani Umayyah telah membuat
keputusan bahawa apa yang disunnahkan oleh Abu Bakar dan Umar adalah
agama (dinun)”. Justeru, ia adalah “un-Islamic dan “un-constitutional”.

44. Jawapan kepada soalan: Penambahan Hayya ‘ala khairi l-‘Amal di


dalam azan:

“Hayya ‘ala khairi l-‘amal” adalah Sunnah Rasulullah SAW dan ia


adalah sebahagian daripada azan. Hanya Khalifah Umar dalam masa
pemerintahannya telah membuangnya (Sirah al-Halabiyyah). Sunni
mengikuti sunnah Umar kerana mereka menjadikannya sebagai akidah
mereka. Khalifah Ali AS meneruskan azan dengan lafaz “Hayya ‘ala khairi l-
‘mal” Kemudian ia diikuti oleh Syiahnya.

45. Jawapan kepada soalan: Penambahan “Ali Waliyullah wa Ali


Hujjatullah” di dalam azan

Ia bukan daripada azan. Ia ditambah bagi menunjukkan bahawa Ali


adalah Wali Allah yang dilantik oleh Rasulullah SAW untuk menggantinya
dan Hujah Allah kepada makhluk-Nya (Yanabi’ al-Mawaddah). Ia bukanlah
daripada azan. Sebahagian maraji’ Syiah seperti Ayatullah al-Khoei tidak
168
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
membacanya. Umar juga telah menambah “al-Salat khairun min al-Naum” di
dalam azan subuh, kemudian Sunni menjadikannya sebagai sebahagian dari
azan subuh tanpa mempertikaikannya.

46. Jawapan kepada soalan: Menetapkan Prinsip Khumus sebagai


Kadar Zakat.

Penentangan terhadap prinsip Khumus adalah sunnah Abu Bakar,


Umar dan Uthman. Kemudian ia diikuti oleh Sunni sebagai akidah mereka
menentang Khumus. Khumus adalah akidah al-Qur’an dan Sunnah Nabi
s.a.w. Ia telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an:
(i) Firman-Nya dalam Surah al-Anfal (8): 41 “maka seperlima untuk
Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak yatim, orang miskin dan Ibnu sabil”
(ii) Rasulullah SAW telah memberikan khumus kepada kelurganya.
[al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I,
hlm. 248), tetapi Khalifah Abu Bakar dan Umar melarangnya untuk
diberikan kepada keluarga Rasulullah SAW.
(iii) Penentangan terhadap Khumus adalah bercanggah dengan al-
Qur’an dan Sunnah Rasul SAW walaupun ia menjadi pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah.

47. Jawapan kepada soalan: Taqiyyah. Taqiyyah itu wujud di dalam al-
Qur’an dan Hadis Nabi SAW itu sendiri, tetapi ia disembunyikan
daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan menghina
Syiah. Ia bererti penghinaan terhadap Allah dan Rasul-Nya yang
mengharuskan Muslim melakukan Taqiyyah.

Taqiyyah adalah akidah al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW. Penentangan


terhadap Taqiyyah adalah sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman,
kemudian ia diikuti oleh Sunni sebagai akidah mereka. Justeru, ia bukan dari
Sunnah Nabi SAW. Perbincangan ini adalah di dalam konteks menuduh
orang Syiah bertaqiyyah, kemudian Sunni (Wahabi) melakukannya pula.
Taqiyyah (Berpura-pura ketika ketakutan) berasal dari al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW. Firman-Nya di dalam surah Ali ‘Imran (3): 28
“Barangsiapa yang berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan
Allah, kecuali kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka
(illa an tattaqqu min-hum tuqah)”.
169
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Taqiyyah dilakukan oleh sahabat Nabi SAW ‘Ammar bin Yasir yang terpaksa
melakukan taqiyyah kerana menghadapi tekanan orang kafir atau
seumpama mereka.
Kemudian ia dibenarkan oleh Rasulullah SAW. Ia dilakukan juga oleh Imam
Sunni seperti Imam al-Ghazali dan Imam Ahmad bin Hanbal. Adakah
‘Ammar bin Yasir, Imam al-Ghazali dan Imam Hanbali terhina apabila
mereka melakukan Taqiyyah? Taqiyyah dilakukan oleh Sunni dan Syiah
terutamanya oleh ahli-ahli politik dan mereka yang bermadu; mempunyai
isteri lebih daripada satu, umpamanya.

48. Jawapan kepada soalan: Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak
memadai basuh pada kedua-duanya.

Menyapu kedua-dua kaki adalah menurut al-Qur’an, Sunnah Nabi


SAW dan sunnah Ali AS, kemudian ia diikuti oleh Syiah. Sementara
membasuh kedua-dua kaki adalah menurut sunnah Uthman kemudian ia
diikuti oleh Sunni sebagai akidah mereka (1) Menyapu kedua-dua kaki
adalah bertepatan dengan firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 6
“Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan
sembahyang, maka basuhlah wajahumu dan tanganmu sampai ke siku, dan
sapulah kepalamu dan kedua kakimu sampai kedua mata kaki” (2) Menurut
ilmu nahu Arab, huruf ‘ataf al-Wau (dan) adalah kepada ayat yang lebih
dekat iaitu “sapulah kepalamu dan kakimu”. Justeru apabila kepala wajib
disapu, maka kaki juga wajib disapu. (ii) Ia bukan ‘ataf (dan) kepada ayat
yang lebih jauh iaitu “basuhlah wajahmu dan tanganmu” (iii) Ini juga
sebahagian pendapat para sahabat dan tabi‘i seperti Ibn ‘Abbas, Ikramah,
Anas, Abu al-Aliyah dan lain-lain (Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 6, Ahkam al-
Qur’an, ii, hlm. 837).

(iv) Imam Ali Ridha AS berkata bahawa tayammum itu dilakukan di


tempat basuh iaitu muka dan tangan. Ini menunjukkan bahawa tempat yang
wajib basuh adalah muka dan tangan sahaja sementara kepala dan kaki
adalah tempat sapu bukan basuh. Justeru tayammum tidak dilakukan ke atas
kepala dan kaki kerana kedua-duanya adalah tempat sapu (Amali al-Saduq,
hlm. 469). (v) Adapun Hadis daripada maula Uthman bin ‘Affan bahawa dia
melihat Uthman membasuh dua kakinya ketika wudhu’ dan berkata bahawa
inilah wudhu’ Rasulullah SAW, riwayat ini menjadi pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jam‘ah-dan (vi) riwayat Wail lil-A‘qab min al-Nar bagi mereka yang
tidak meratakan wudhu’ sehingga mata kaki itu tidak boleh memansuhkan
170
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
ayat wajib sapu kaki tersebut apatah lagi mentafsirkannya secara
bersalahan (mukhalafah) kerana Hadis tidak boleh memansuhkan al-Qur’an.
(vii) Justeru wajib menyapu kedua-dua kaki dan bukannya basuh pada
kedua-duanya menurut al-Qur’an.

49. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan


Wahabi tidak mahu orang ramai mengetahui bahawa sunnah Khalifah
Ali itu adalah Sunnah Nabi SAW itu sendiri dan ia dikuti oleh Syiah
mazhab Ja‘fari ?

Terdapat beberapa sebab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi) tidak


mahu orang ramai mengetahui bahawa sunnah Khalifah Ali itu adalah
Sunnah Nabi SAW itu sendiri dan ia dikuti oleh Syiah Melayu mazhab Ja‘fari
Malaysia, (1) Kerana mereka tidak mahu orang ramai mengetahui bahawa
Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari menurut sunnah Khalifah Ali AS (2)
Justeru, mereka tidak boleh disesatkan atau dikafirkan dengan mudah (3)
Mereka pula tidak mahu mengkafirkan Khalifah Ali kerana menolak sunnah
tiga khalifah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW (4) Mereka
mahu menutup kebenaran bahawa Khalifah Ali adalah orang yang paling
alim dan paling layak selepas kewafatan Rasulullah SAW untuk mentadbir
umat Islam dengan menolak wasiatnya SAW yang telah melantik Ali AS
sebagai khalifah selepas kewafatannya. (5) Mereka tidak berkata bahawa
Nabi SAW dan Khalifah Ali AS telah berbohong, tetapi mereka berkata Syiah
pula yang berbohong tentang perlantikan Ali AS sebagai khalifah selepas
Rasulullah SAW.

(6) Mereka mahu Ahlu l-Bait Nabi SAW diletakkan di bawah sahabat
Abu Bakar, Umar dan Uthman dari semua sudut kerana terpengaruh dengan
dakyah Bani Umayyah yang dijalankan oleh Salafi/Wahabi di Malaysia (7)
Mereka mahu sunnah mereka bertiga dipatuhi tanpa mendedahkan bahawa
sunnah mereka bertiga menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW yang
patut dijauhi (8) Apa megahnya mengguna nama “Ahli Sunnah” jika Sunnah
Nabi SAW sendiri diketepikan apabila ia berdepan dengan sunnah tiga
khalifah?

(9) Mereka tidak mahu orang ramai mengetahui bahawa Khlalifah Ali
AS telah menolak sunnah mereka bertiga kerana ia menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW (Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah Wa al-Siyasah, hlm. 15-
16) (9) Jika Ali AS mahu, nescaya beliau menerima syarat yang dikenakan
171
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
keatasnya supaya menerima sunnah Khalifah Abu Bakar dan Umar untuk
mejadi khalifah yang ke 3, tetapi beliau telah menolaknya, kerana apa guna
menjadi seorang khalifah tanpa menjalankan Sunnah Nabi SAW! (Ibid)(10)
Mereka mahu orang ramai mengetahui bahawa Syiah sahaja yang menolak
sunnah mereka bertiga. (11) Justeru mereka membenci dan mengkafirkan
Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari Malaysia pada 5.5. 1996 (12) Oleh itu,
mereka dipertanggungjawabkan, jika berlaku pertumpahan darah oleh
Sunni terhadap Syiah Melayu di Malaysia. (13) Tindakan sedemikian adalan
“un-Islamic” dan “un-constitutional”

50. Jawapan kepada soalan: Hadis Khulafa’ Rasyidin adalah dha‘if

Adapun Hadis yang diriwayatkan oleh al-Turmudhi, Sunan, jilid 5,


hlm. 44-45 “Hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah ku dan Sunnah
Khulafa’ Rasyidin selepasku” maka ia adalah Hadis dha‘if dari sudut sanad
dan matan kerana sanadnya mempunyai satu jalur perawinya sahaja; Abd
al-Rahman bin ‘Umru al-Silmi yang kurang tepat ingatannya. Dan dari sudut
matan Hadis ia turut bermasalah kerana menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah,
(i) Nabi SAW tidak melantik mereka menjadi Khalifah selepasnya (ii) “
Khalifah Rasyidin” tidak menggunakannya sebagai hujah di dalam dialog
mereka tentang jawatan khalifah. (iii) Sunnah Nabi adalah berbeza dengan
Sunnah mereka kecuali sunnah khalifah Ali (iv) Nabi SAW adalah seorang
yang maksum sementara mereka bukan maksum kecuali Ali.

Bagaimana Nabi menyuruh umatnya berpegang kepada mereka yang


tidak maksum? (v) Sunnah mereka adalah bercanggah dengan al-Qur’an (vi)
Sunnah mereka bercanggah dengan Sunnah Nabi SAW (vii). Hadis ini tidak
menyebut al-Qur’an sebagai panduan. (viii) Khalifah Ali AS sendiri
menentang sunnah-sunnah Khalifah sebelumnya kerana mereka menyalahi
Sunnah Rasulullah SAW.(ix) Justeru, perkataan “Khulafa’ Rasyidin, al-Siddiq,
al-Faruq dan Dhu al-Nuraini” adalah nama-nama yang diberikan oleh orang
tertentu dan ia bukan daripada Rasulullah SAW. Jika tidak, nescaya mereka
tidak akan bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

51. Jawapan kepada soalan: Uli al-Amri

Mengenai ketaatan kepada Uli al-Amri di dalam firman-Nya Surah al-


Nisa’ (4): 59 “Wahai orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul
(Muhammad) dan Uli al-Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu.
172
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah
kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada
Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih
baik akibatnya” maka ia adalah khusus bagi Uli al-Amri yang tidak
bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya.

Khalifah Ali AS telah bertanya Rasulullah SAW siapakah “Ulu l-Amri


min-kum”, maka Rasulullah SAW bersabda: Anda adalah yang pertama
mereka” (Syawahid al-Tanzil, i, 189-202). Imam Ja‘far al-Sadiq AS berkata:
Mereka adalah daripada para imam Ahlu l-Bait Rasulullah SAW” (Yanabi ‘al-
Mawaddah, i, 341). Fakhruddin al-Razi berkata bahawa Allah SWT telah
memerintahkan di dalam ayat tersebut supaya mentaati uli al-Amri secara
putus (al-Jazm). Justeru uli al-Amri mestilah maksum daripada kesalahan.
(Mafatih al-Ghaib, iv, 113).

52. Jawapan kepada soalan: Kenapakah sunnah Khalifah Ali AS tidak


dimasukkan ke dalam pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?

Sunnah Khalifah Ali AS tidak dimasukkan ke dalam pegangan Ahli


Sunnah Wal-Jama‘ah: (1) Kemungkinan kerana sunnahnya bercanggah
dengan sunnah tiga khalifah sebelumnya. (2) Khalifah Ali sendiri telah
menolak sunnah mereka dari diamalkan di dalam pemerintahannya. (3) Ini
disebabkan sunnah mereka bertiga, menurut Khalifah Ali, adalah menyalahi
Sunnah Rasulullah SAW. (4) Jika Khalifah Ali menerima sunnah Abu Bakar
dan Umar, nescaya beliau dilantik menjadi khalifah yang ke 3. (Ibn
Qutaibah, Kitab al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 15-16). (5) Menurut
Khalifah Ali, kecintaan para pengikut mereka bertiga kepada sunnah mereka
bertiga mengatasi kecintaan mereka kepada Sunnah Rasulullah SAW itu
sendiri.
(6) Tidakkah ia bererti Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah lebih menghormati
mereka bertiga daripada Nabi SAW itu sendiri dari sudut amali? (7)
Sementara para pengikut Khalifah Ali pula meneruskan sunnah Khalifah Ali
yang bertentangan dengan sunnah tiga khalifah sebelumnya. (8) Justeru
konflik berlaku antara sunnah tiga khalifah dengan Sunnah Khalifah Ali yang
bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW sepenuhnya (100% .(9) Oleh itu,
tidak hairanlah jika Khalifah Ali tidak dimasukkan ke dalam “Khulafa’
Rasyidin” dari sudut kepercayaan, malah beliau dihina dan dicaci selama 70
tahun di masjid-masjid di zaman Bani Umayyah di seluruh negara sehingga
pertengahan pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz (al-‘Aqd al-Farid,1,
173
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
hlm.246). (10) Kemudian Khalifah Ali selepas 200 tahun baru dimasukkan
di kalangan “khulafa’ Rasyidin” oleh Ahmad Ibn Hanbal (240 H) di dalam
bukunya Fadhlu Ali (kelebihan Ali). (11) Kebanyakan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah tidak dapat membezakan antara sunnah manusia biasa dengan
Sunnah Rasulullah SAW.

(12) Mereka menyangka sunnah tiga khalifah itu adalah Sunnah Nabi
SAW. (13) Mereka juga tidak dapat membezakan antara sunnah tiga khalifah
dengan sunnah Khalifah Ali yang bertepatan dengan Sunnah Rasulullah
SAW. (14) Hakikatnya sunnah tiga khalifah itu adalah vs. Al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah SAW itu sendiri. (15) Apa yang mereka ketahui adalah
perbezaan antara Sunnah dan Syiah. (16) Justeru mereka memusuhi Syiah
dan mengkafirkan Syiah kerana berbeza dengan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
(17) Tidakkah mereka juga mencaci dan menghina sunnah khalifah Ali? (18)
Kemudian para pengikut sunnah Khalifah Ali atas nama Syiah difatwakan
sesat, menyeleweng dan kafir walau pun ia bertepatan dengan Sunnah
Rasulullah SAW. (19) Tindakkan sedemikian adalah bertentangan dengan
Hadis al-Thaqalayni dan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin
kebebasan beragama dan bermazhab. Dan ia juga merupakan the supreme
law of the Federation.

53. Jawapan kepada soalan: Syiah Imamiyya Ja‘fariyyah bukan dari


ajaran Abdullah bin Saba’, tetapi ia disembunyikan daripada
pengetahuan umum di Nusantara oleh Wahabi bagi tujuan menolak
fatwa Sunni daripada para Syeikh al-Azhar dan Deklarasi Amman yang
memperakui Syiah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah sebagai mazhab
yang sah dalam Islam dan bagi tujuan menuduh Syiah Ja’fariyyah dan
Syiah Zaidiyyah sebagai sesat:

Syiah bukan daripada ajaran Abdullah bin Saba’ yang didakwa oleh
Salafi/Wahabi kerana Abdullah bin Saba’ adalah manusia rekaan oleh Saif
bin Umar al-Tamimi yang mana Saif pula tidak pernah wujud di dunia ini.
Hakikatnya ia ditulis oleh seorang penulis yang tidak diketahui (majhul)
bagi memusnahkan imej Islam secara umum dan Syiah-sahabat secara
khusus. Antara rekaannya, Saif mendakwa bahawa “seorang Yahudi dari
Yaman yang mengaku sebagai Islam di zaman pemerintahan Uthman
membawa ajaran bahawa Rasul SAW akan kembali semula ke dunia (raj‘ah),
Ali AS adalah wasinya dan Uthman merampas hak Ali AS, maka wajib bagi
umat Islam menentangnya.
174
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Para sahabat seperti Abu Dhar, ‘Ammar bin Yasir, al-Miqdad, Hujr bin
‘Adi, Sa‘sa‘ah bin Sauhan, Salman al-Farisi, Muhammad bin Abu Bakar, Malik
al-Asytar dan lain-lain telah menerima ajarannya lalu mereka dikenali
dengan al-Saba’iyyah. Abdullah bin Saba’ Yahudi itu telah mengajar para
sahabat tersebut untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
(wa inna Ibn Saba’ al-Yahudi ‘allama ha’ula’ an yad‘u al-Nas ila al-Amr bil-
Ma‘ruf wa nahyi ‘an al-Munkar). Dia mendesak mereka supaya menulis
tentang keaiban pemerintah dan menggalakkan orang ramai menentang
mereka. Lalu mereka melakukannya (fa-fa‘aluu). Justeru para sahabat dan
para tabi‘in yang menerima ajaran Abdullah bin Saba’ ini dinamakan sebagai
Saba’iyyun. Mereka telah menghasut orang ramai supaya datang ke Madinah
untuk membunuh Uthman, lalu mereka membunuh Uthman di rumahnya
dan memberi baiah kepada Ali.

Kemudian Talhah, Zubair dan Aisyah datang ke Basrah untuk


menuntut darah Uthman. Kemudian Khalifah Ali AS mengikuti mereka. Lalu
mereka berjumpa di luar Basrah. Kemudian mereka bersetuju untuk
berdamai. Justeru Saba’iyyun (para sahabat tersebut) menjadi takut akibat
perdamaian itu, lalu mereka menyelinap masuk ke dalam kedua-dua kem
tentera itu pada waktu malam. Mereka melontar anak panah dari dua sudut
dan membuat kedua-duanya berperang tanpa disedari oleh ketua kedua-
dua kem tentera itu yang mana pelontar-pelontarnya adalah al-Saba’iyyun
(para sahabat tersebut). Saif berkata: Demikianlah berlakunya peperangan
dan berakhir dengan kemenangan oleh tentera Ali (Maalim al-Madrasatyni
oleh al-‘Allamah, Murtadha al-‘Askari, Qom, 1995, jil. 1, hlm.460-461).
Implikasinya adalah seperti berikut:

(i) Saif bin Umar al-Tamimi melalui watak Abdullah Bin Saba’ ini tidak
mengetahui kelebihan para sahabat Nabi SAW. (ii) Abu Dhar, al-Miqdad,
Salman al-Farisi, ‘Ammar adalah sahabat Nabi SAW yang paling setia dan
mereka adalah Syiah Ali AS. (iii) Saif bin Umar al-Tamimi tidak mengetahui
sejarah peperangan Jamal. (iii) Para sahabat tersebut telah menerima ajaran
Abdullah bin Saba’ ?(iv) Abdullah bin Saba’ adalah lebih bijak dan alim
daripada mereka? (v) Watak Abdullah bin Saba’ sendiri adalah aneh kerana
penampilannya hanya pada masa pemerintahan Uthman, tetapi mampu
menguasai Syiah Ali AS yang mengandungi para sahabat Rasulullah SAW.
175
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(vi) Kehebatan Abu Dhar, Salman al-Farisi, al-Miqdad di sisi Nabi SAW
dapat dipengaruhi oleh Yahudi Abdullah bin Saba’ sehingga mereka menjadi
Saba’iyyin? (vii). Para sahabat tersebut mengakui Ali sebagai wasi
Rasulullah SAW adalah kerana ajaran Abdullah bin Saba’?(viii) Bukan
daripada ajarana/Hadis Rasulullah SAW di Ghadir Khum dan lain-lain. (ix)
Justeru tuntutan Syiah bahawa Ali adalah wasi dan Khalifah selepas
Rasulullah SAW itu adalah ajaran Abdullah bin Saba’, kerana Nabi SAW
tidak meninggalkan wasiatnya kepada Ali AS ?

(x) Ajaran raj‘ah juga adalah ajaran Abdullah bin Saba’. (xi) Justeru
Wahabi mengatakan Syiah percaya kepada raj‘ah adalah kerana ia adalah
ajaran Abdullah bin Saba’. (xii)Hakikatnya ia adalah ajaran al-Qur’an. (xiii)
Abdullah bin Saba’ telah mengajar para sahabat tersebut bagaimana untuk
menyeru manusia berbuat baik dan mencegah kemungkaran. (xiv) Para
sahabat tersebut menerima ajaran mereka pula? (xv) Kemudian dia
mendesak mereka supaya mencaci pemerintah. (xvi) Menggalak orang
ramai supaya menentang pemerintah, kemudian mereka melakukannya.

(xvii) Mereka telah membunuh Khalifah Uthman. (xviii) Ini bererti


kumpulan al-Saba’iyyah yang terdiri daripada Abu Dhar, al-Miqdad, Salman
al-Farisi, Hujr bin ‘Adi, Sa‘sa‘ah bin Sauhan, Salman al-Farisi, Muhammad
bin Abu Bakar, Malik al-Asytar dan lain-lain telah membunuh Uthman? (xix)
Bagi manusia yang berakal akan mengetahui betapa rendahnya (sakhif) cara
berfikir Saif bin Umar al-Tamimi dan watak Abdullah bin Saba’ di dalam
riwayatnya. Wataknya pula dikira aneh sehingga dapat mengarahkan para
sahabat tersebut untuk menerima ajarannya dan membunuh Khalifah
Uthman! (xx) Apa yang lebih aneh adalah kepercayaan penuh Wahabi/Salafi
(100%) kepada Abdullah bin Saba’ kerana tujuan mereka adalah sama;
menentang Syiah Islam. Lantas mereka mengatakan Syiah adalah daripada
ajaran Abdullah bin Saba’ yahudi yang memusuhi Bani Umayyah.

(xxi) Seterunya Saba’iyyah (para sahabat tersebut) telah mencetus


peperangan Jamal dengan memasuki dua kem pada waktu malam.(xxii)
Mereka melontar anak-anak panah mereka dari kedua-dua kem. (xxiii)
Khalifah Ali dan Aisyah, Talhah dan Zubair tidak mengetahui lontaran itu
daripada mereka. (xxiv) Justeru peperangan Jamal telah berlaku disebabkan
oleh mereka. (xxv) kerana kedua-dua pihak mahu berdamai. (xxvi) Dia
meletakkan kesalahan kepada Saba’iyyah (para sahabat tersebut). (xxvii).
Ulama Hadis tidak mempercayai Umar bin Saif dan mereka menolak riwayat
176
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Hadis daripadanya. (xxviii) Sementara pemerintah di sepanjang zaman
membiarkan cerita dongeng ini berterusan di dalam masyarakat umat Islam
demi kepentingan mereka bagi menentang kebangkitan masyarakat Islam
Syiah. (xxix) Mereka tidak mahu menjelaskan hakikat sebenar tentang
pembohongan Abdullah bin Saba’ bagi menangguk di air yang keruh.

(xxx) Mereka membiarkan pembohongan ini berterusan sehingga ia


menjadi sebuah kepercayaan yang diungkapkan di masjid-masjid. (xxxi)
Mereka mengatakan Abdullah bin Saba’ ini memang benar dan Syiah adalah
daripada ajaran Abdullah bin Saba’.(xxxii) Masyarakat Sunni Islam
menerimanya kerana kejahilan mereka. (xxxiii) Justeru, bagi mereka,
Abdullah bin Saba’ inilah yang melahirkan ajaran Syiah. (xxxiv) Walhal
mereka berbohong. (xxxv) Mereka tidak merasa berdosa untuk menghina
dan mengkafirkan Syiah Islam. (xxxvi) Mereka menjadikan cacian dan
penghinaan kepada Syiah Islam sebagai sumber pendapatan mereka.
(xxxvii) Masyarakat mendekatkan diri mereka kepada Allah dengan mencaci
dan mengkafirkan Syiah Islam! Perhatilah Fatwa Syeikh-syeikh al-Azhar,
Deklarasi Amman 2005, Deklarasi Makkah al-Mukarramah 2006 dan
Deklarasi Islamabad 2007 yang memperakui 8 mazhab yang sah di dalam
Islam yang mana 2 daripadanya mazhab Syiah Ja‘fari dan Syiah Zaidi.

Justeru (i) Syiah Ali AS adalah mereka yang setia kepada Ali AS. (ii)
Mereka turut berperang bersama Ali AS. (iii) Apabila Ali AS enggan
memberi baiah kepda Abu Bakar, maka Syiahnya telah turut berbuat
demikian. (iv) Apabila Ali AS memberi baiah kepada Khalifah Abu Bakar
setelah kewafatan Fatimah AS secara terpaksa dan demi perpaduan umat
Islam, maka Syiah Ali AS turut berbuat demikian. (v) Syiah Ali tidak
mematuhi Sunnah tiga Kahlifah sebelum Ali AS. (vi) Mereka hanya
mematuhi Sunnah Rasulullah SAW sepenuhnya (100%). (vii) Khalifah Ali AS
percaya kepada Syiahnya. (viii) Khalifah Ali AS kagum dengan keberanian
dan ibadat mereka.(ix) Syiah Ali AS adalah Syiah Muhammad SAW. (x) Nabi
SAW meredai Syiah Ali AS. (xi) Nabi SAW bersabda: Syafaatku bagi umatku
adalah bagi mereka yang mencintai Ahlu l-Bait-ku dan mereka itulah
Syiahku”

54. Jawapan kepada soalan: Syiah adalah soal akidah (Wahabi): (e-
fatwa)
177
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(i) Barang kali apa yang mereka maksudkan dengan “soal akidah” itu
adalah antaranya akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang mengandungi
sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an
dan Hadis Nabi SAW kemudian mereka menjadikannya sebagai agama. Al-
Suyuti menulis bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa
“Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma
sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa sahiba-hu), maka ia adalah
agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya dan kami berakhir
kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun apa yang
disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan Umar),
maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu) (Tarikh
al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru pemerintah Bani Umayyah telah membuat
keputusan bahawa apa yang disunnahkan oleh Abu Bakar dan Umar adalah
agama (dinun)” (ii) Al-Qur’an dan Hadis bukan perkara yang utama bagi
mereka dari sudut amali kerana sunnah mereka berdua dapat mengatasi
kedua-duanya.

55. Jawapan kepada soalan: Sembahyang tiga waktu terdapat di dalam


al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW, tetapi ia disembunyikan daripada
pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan menuduh Syiah sebagai
ajaran sesat.

Sembahyang tiga waktu adalah daripada (i) Firman-Nya di dalam surah


al-Isra’ (17): 78 “Dirikanlah sembahyang dari sesudah matahari tergelincir
sampai gelap malam dan (dirikanlah pula sembahyang) subuh. Sesungguhnya
sembahyang boleh disaksikan [oleh Malaikat]”

Iaitu sembahyang 5 kali dalam tiga waktu. Sunni menggunakan istilah


jamak taqdim dan jamak ta’khir. Justeru, waktu sembahyang ada tiga dan
sembahyang lima kali. Sembahyang zohor dan Asar selepas tergelincirnya
mata hari sehingga masuknya gelap malam (Ghasaqi l-Lail) Sementara
sembahyang maghrib dan Isyak adalah selepas gelapnya malam.
Sembahyang subuh adalah dari fajar Sadiq sehingga naik mata hari.
Sembahyang jamak adalah akidah al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW.

Penentang utama terhadap sembahyang jamak dalam semua keadaan


adalah sunnah Khalifah Uthman (al-Bukhari, Sahih, ii, bab al-Salat bi-mina,
Hadis No.188, hlm.108), bukan Sunnah Nabi SAW dan sunnah Ali AS. Sunni
mematuhi sunnah Khalifah Uthman dari al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
178
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sementara Syiah mematuhi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. (II)
Rasulullah SAW telah membenarkan jamak di dalam semua keadaan.
Riwayat Ibn Abbas dan Sa‘id bin Jubair bahawa Rasulullah SAW telah
bersembahyang zohor dan Asar secara jamak, Maghrib dan ‘Isyak secara
jamak tanpa sebab takut dan tanpa sebab musafir” (Sahih Muslim, ii, 151
Kitab al-Salat, bab al-Jam ‘baina al-Salatain fi al-Hadhar. Riwayat daripada
Jabir bin Zaid daripada Ibn Abbas berkata: “Aku telah bersembahyang
bersama Nabi SAW lapan rakat secara jamak. Justeru, menjamak
sembahyang tanpa sebab dalam tiga waktu yang ditetapkan di dalam al-
Qur’an bukanlah dari ajaran sesat.

56. Jawapan kepada soalan: Sujud di atas tanah Karbala’ (turbah) ada
kaitannya dengan Hadis Nabi SAW di dalam buku-buku Sunni, tetapi ia
disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan
menuduh Syiah sebagai sesat.

(1) Sujud di atas tanah Karbala’ (turbah) ketika bersembahyang


bukanlah perkara wajib. (2) Sujud boleh dilakukan di atas tanah biasa; di
atas tikar mengkuang, di atas marmar, kayu, simen, kertas dan lain-lain yang
dikira berasal dari tanah. (3) Rasulullah SAW telah sujud di atas tanah tanpa
beralaskan sejadah kerana manusia asal kejadiannya adalah dari tanah,
maka mereka lebih merasa rendah diri kepada Allah sekiranya mereka
sujud di atas tanah secara langsung.

Justeru tanah Karbala’ (turbah) yang telah dikeringkan itu amat sesuai
untuk di bawa ke mana-mana. Hanya di zaman pemerintahan Mu’awiyah
masjid-masjid disediakan dengan sejadah. Justeru dia telah mengubah
sunnah Rasulullah SAW yang melakukan sujud di atas tanah ketika
bersembahyang di atas tanah (3) Tanah Karbala’ ada kaitan dengan
pembunuhan Imam Husain AS di Karbala’ yang mana malaikat berkata
kepada Nabi SAW selepas kelahiran Husain: Maka malaikat berkata: Adakah
anda mencintainya, wahai Muhammad?

Baginda bersabda: Ya, demi Tuhan, aku mencintainya, maka malaikat


berkata: Umat anda akan membunuhnya (inna ummata-ka sataqtulu-hu).
Jika anda mahu, aku akan memperlihatkan kepada anda tempat (al-Makan)
dia dibunuh, maka dia mengambil segenggam tanah (turab), lalu Umm
Salmah mengambil tanah itu dan meletakkanya di dalam kain tudungnya,
maka mereka mengatakan bahawa tanah itu adalah dari Karbala’”
179
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan isnadnya adalah hasan. (Majma‘al-
Zawa’id, ix, hlm. 190). Justeru mana yang lebih mulia sama ada sujud di atas
tanah Karbala’ berbanding dengan sujud di atas sejadah?

57. Jawapan kepada soalan: Sembahyang dengan tangan lurus adalah


cara sembahyang Nabi SAW, tetapi ia diubah oleh Khalifah Umar.

Sembahyang dengan tangan lurus adalah Sunnah Rasulullah SAW dan


sunnah Khalifah Ali AS serta 11 para imam selepasnya, kemudian ia diikuti
oleh Syiah. Hanya Khalifah Umar pada masa pemerintahannya telah
melarang sembahyang dengan tangan lurus mengikut satu riwayat. Imam
Malik telah melakukan sembahyang dengan tangan lurus kerana mengikuti
amalan penduduk Madinah. Justeru para pengikutnya bersembahyang
dengan tangan lurus. Oleh itu, sunnah manakah yang sepatutnya
dipersoalkan?

58. Jawapan kepada soalan: Mereka yang mengambil “peranan Tuhan”


dalam mengkafirkan / menyesatkan Syiah yang mengucap dua
kalimah syahadah:

Allah SWT tidak membenarkan kalian melakukan kezaliman


sedemikian rupa. Rasulullah SAW tidak membenarkan Khalifah Ali AS
mengambil “peranan Tuhan” apabila dia memerangi orang-orang kafir.
Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya ketika dia mengutusnya untuk
pembukaan Khaibar: Perangilah mereka sehingga mereka barkata tiada
tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Jika mereka
berkata sedemikian, maka darah dan harta mereka terpelihara dari anda
dan hisab mereka di atas Allah, jika Allah memberi hidayah kepada seorang
lelaki melalui anda, maka ia adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada
padanya” (Sahih Muslim, vii, hlm. 122). Justeru berpeganglah kepada al-
Qur’an dan Hadis sepenuhnya. Tidakkah mewartakan pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah sebagai asas Agama Islam (Usuluddin) itu bercanggah dengan
Hadis alThaqalaini?

59. Jawapan kepada soalan: (i) Kesahihan Hadis al-Thaqalayni


Adapun Hadis yang diriwayatkan dengan perkataan “sunnati” adalah
lemah. “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara: Kitab Allah dan
Sunnahku” (Imam Malik, al-Muwatta’, ii, 208, dan lain-lain). Kasyif al-
Zanun mengatakan Hadis-Hadis sahih di sisi Malik tidak menurut istilah Ahli
180
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Hadis, kerana dia melihat Hadis-Hadis mursal sebagai Hadis sahih. Al-Sayuti
ketika mengutip kata-kata Ibn Hazm berkata: Aku telah mengira Hadis-
Hadis di dalam al-Muwatta’ lebih 500 Hadis dan padanya lebih 300 Hadis
adalah mursal, padanya lebih 70 Hadis yang mana Malik sendiri tidak
beramal dengannya dan padanya Hadis-Hadis yang lemah (dha‘if) (Tanwir
al-Hawalik, i, hlm. 9).

Disamping itu Malik adalah seorang Khawarij, dia termasuk


mudallasin-diragui riwayatnya (al-Kifayah fi ‘ilm al-Riwayah, 365). Dia
antara orang yang berdiam diri tentang kezaliman pemerintah (al-‘ilal wa
ma’rifat al-Rijal, i, hlm. 179). Tidak ada sanad Hadis ‘Sunnati” di dalam al-
Muwatta’ (Jami ‘ Bayan al- ‘Ilm, ii,157). Ahmad Sa‘d Hamidun di dalam
menilai Hadis ini berkata bahawa Hadis ini adalah dha‘if (lemah), kerana
terdapat pada sanadnya Salih bin Musa al-Talhi. Al-Dhahabi berkata: Hadis
ini adalah dha‘if. Yahya berkata: Tidak ada nilanya dan Hadisnya (sepatut)
tidak ditulis. Al-Bukhari berkata: Hadis ini ditolak dan al-Nasa‘i pula
berkata: Ia ditinggalkan (Abu al-Qasim alla La-ka’I al-Salafi, Syarah Usul al-
‘Itiqad Ahli al-Sunnah, hlm 8). Adapun al-Hakim di dalam al-Mustadrak
meriwayatkan Hadis ini dari jalur Ibn Abi Uwais daripada bapanya daripada
Thaur bin Zaid al-Daili daripada ‘Ikramah daripada Ibn Abbas.

Al-Hafiz al-Maziy di dalam Tahdhib al-Kamal, iii, hlm. 127:


Mu‘awiyah bin Salih daripada Yahya-bin Mu‘in: Ibn Abu Uwais dan bapanya
adalah lemah, daripada Yahya bin Mu‘in-juga: Ibn Abi Uwais dan bapanya
mencuri Hadis, dan daripada Yahya-juga-Hadisnya adalah bercampur aduk.
Abu Hatim berkata bahawa dia adalah seorang yang pelupa. Al-Nasa’i
berkata: Dha‘aif. Al-Nasa’i berkata di tempat yang lain: Dia adalah tidak
thiqah (tidak boleh dipercayai). Abu Ahmad bin ‘udiy berkata: Ibn Abi
‘Uwais mempunyai Hadis-Hadis yang pelik, tetapi tidak ada orang
mengikutinya. (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Tahdhib al-Tahdhib, i, hlm. 271).
Adapun riwayat al-Baihaqi di dalam Sunan, mengaitkan Ibn Abi ‘Uwais dan
Salih bin Musa. Justeru ia adalah Hadis yang lemah. Kelemahan sanad dan
matan Hadis “Sunnati” yang diriwayatkan oleh Malik di dalam al-Muwatta’,
Ibn Husyam di dalam al-Sirah al-Nabawiyyah, al-Hakim di dalam al-
Mustadrak, al-Baihaqi, al-Qadhi Ibn ‘Iyadh, al-Sayuti, al-Muttaqi al-Hindi
telah dijelaskan di dalam rencana berjodol “Hadis al-Wasiyyah bi-al-
Thaqalayni: Al-Kitab wa al-Sunnah” oleh Sayyid Ali al-Husaini al-Milani
dalam Turathuna, hlm 172-187, Tehran 1412 H).

(ii) Hadis “Sunnati” adalah lemah (dha‘if)


181
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Justeru Hadis Ahlu Baiti adalah sahih. Sementara Hadis sunnati
adalah tidak sahih/lemah.Tujuannya bagi menentang Hadis al-Thaqalayni:
Kitab Allah dan Ahlu l-Bait Nabi SAW yang mana umat tidak akan sesat jika
mereka berpegang kepada kedua-duanya. Ia dilakukan oleh Bani Umayyah
dan para penyokong mereka bagi membuang perkataan “Ahli Baiti” dengan
perkataan “Sunnati”. Walau bagaimanapun tidak ada pertentangan dari
sudut teori di antara dua Hadis tersebut tentang wajib beramal dengan
Kitab dan Sunnah. Soalnya: Siapakah yang menjadi rujukan umat
(marja‘iyyah) apabila Sunnah Nabi SAW tidak dijalankan oleh tiga Khalifah
sebelumnya?

(iii) Khalifah Ali AS sebagai rujukan umat

Justeru Khalifah Ali AS adalah rujukan umat apabila dia berkata:


“Khalifah-Khalifah sebelumku telah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW
dengan sengaja” Oleh itu, siapakah yang berani berkata sedemikian selain
daripada Ali dan anak-anak cucunya yang maksum (11 imam) serta para
pengikut mereka? Sementara para pengikut kepada tiga Khalifah tersebut
tidak berani mengkritik mereka, malah mempertahankan mereka pula dan
menjadikan sunnah atau bidaah mereka sebagai ibadat bagi mendekatkan
diri kepada Allah.

Jika Sunnah Rasulullah SAW tidak diamalkan sepenuhnya (100%)


oleh mereka, maka umat ini tidak mempunyai jaminan untuk selamat jika
menuruti sunnah mereka bertiga. Justeru Rasulullah SAW bersabda: Aku
tinggalkan dua perkara yang berat: Kitab Allah dan Ahlu l-Baitku” Maka Ahlu
l-Bait Rasul SAW adalah bersama al-Qur’an dan tidak akan berpisah antara
satu sama lain kerana kedua-duanya maksum (terpelihara). Khalifah Ali AS
adalah Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang disucikan (maksum) tidak
menyalahi Sunnah Rasulullah SAW, jika tidak, Rasulullah SAW berbohong,
maka dia menjadi rujukan umat (marja‘iyyah) sementara tiga Khalifah
sebelumnya bukan daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dari sudut istilah,
mereka tidak disucikan (tidak maksum), maka mereka telah menyalahi
Sunnah Rasulullah SAW pula di dalam beberapa keadaan.

(iv) Kedua-duanya tidak akan berpisah (lan yaftariqaa)

Perkataan tersebut menunjukkan bahawa (i) para imam Ahlu l-Bait


AS adalah maksum, kerana (ii) Rasulullah SAW tidak akan mengiringi (iv)
mereka yang tidak maksum dengan (v) al-Qur’an yang maksum. Kemudian
182
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
baginda SAW memberitahu kita bahawa (vi) “kedua-duanya tidak akan
berpisah”. (viii) Jika para imam Ahlu l-Bait Rasulullah SAW tidak maksum,
(ix) nescaya mereka akan meyalahi al-Qur’an dan (x) ini adalah satu
pembohongan kepada Rasul SAW yang memberitahu kepada kita bahawa
(xi) mereka tidak akan berpisah dari al-Qur’an.

Justeru (xii) para imam Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah maksum
(xiii) Dan al-Qur’an adalah maksum. Hadis al-Thaqalayni; “Kitabullah wa
‘itrah Ahli baiti” diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad bin Hanbal, al-Turmudhi,
Abu Daud, Ibn Majah, al-Nasa’i, al-Hakim, al-Tabari, al-Tabrani dan beratus-
ratus penghafal-penghafal Hadis di abad yang bermacam-macam. Mereka
meriwayatkannya daripada 35 sahabat Rasulullah SAW menurut jalur yang
bermacam-macam. Kemudian ia diriwayatkan daripada sahabat oleh 19
para tabi‘in pula. Hadis ini dengan jelas menunjukkan wajib mengikuti Ahlu
l-Bait Rasulullah SAW di dalam semua urusan mereka. (Ibid, 186).

(v) Perawi Hadis Kitabullah wa ‘itrah ahli Baiti

Perawi Hadis daripada sahabat “Kitabullah wa ‘itrah ahli Baiti”


adalah: i. Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib AS. ii. Fatimah al-Zahra’ AS. iii.
Hasan bin Ali AS. iv. Salman al-Farisi. v. Abu Dhar al-Ghifari. vi. Ibn ‘Abbas.
vii. Jabir bin Abdillah al-Ansari. viii. Abu al-Haitham bin al-Taihhan. ix. Abu
Rafi‘. x. Huzaifah bin al-Yaman. xi. Huzaifah bin Usyad al-Ghifari. xii. Abu
Sa‘id al-Khudri. xiii. Khuzaimah bin Thabit dhu al-Syahadatayni. xiv. Zaid bin
Thabit. xv. Zaid bin Arqam. xvi. Abu Hurairah. xvii. Abdullah bin Hantab.
xviii. Jubair bin Mut‘am. xix. Al-Barra’ bin ‘Azib. xx.

Anas bin Malik. xxi. Talhah bin Abdullah al-Tamimi. xxii. Abd al-
Rahman bin ‘Aauf. xxiii. Sa‘d bin Abi Waqqas. xxiv. ‘Amru bin al-‘As. xxv.
Sahal bin Sa‘ad al-Ansari. xxvi. ‘Adi bin Hatim. xxvii. Abu Ayyub al-Ansari.
xxviii. Abu Syuraih al-Ghaza‘i. xxix. ‘Uqbah bin ‘Amir. xxx. Abu Qudamah al-
Ansari. xxxi. Abu Laila al-Ansari. xxxii. Dhamirah al-Aslami. xxxiii. ‘Amir bin
Laila bin Dhumrah. xxxiv. Umm Salmah isteri Nabi SAW. xxxv. Umm Hani’
saudara perempuan Amir al-Mukminin Ali AS. Jumlahnya adalah 35 perawi
sahabat. (Marwan Khalifah, wa rakabtu al-Safinah, hlm. 407-408).
60. Jawapan kepada soalan: Asal perkataan Rafidhah

Syiah juga dikenali sebagai Rafidhah. Nama ini bagi musuh Syiah
sebagai suatu penghinaan sementara Syiah menganggapnya sebagai suatu
kemegahan. Imam Ja‘far AS telah menjelaskan asal perkataan Rafidhah
183
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bahawa ia bukan mereka (musuh Syiah) yang telah menamakan kamu
dengannya, malah Allah yang telah menamakan kamu dengan nama
tersebut. Tidakkah kamu mengetahui bahawa bersama Fir‘aun adalah tujuh
puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya. Ketika
ternyata bagi mereka kesesatan Fir‘aun dan hidayat Musa, maka mereka
Rafadhu (menolak) Fir‘aun.

Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam kem Musa dan
dikenali sebagai mereka yang kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah
menolak Fir‘aun. Maka Allah telah mewahyukan kepada Musa supaya
menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat. Sesungguhnya aku
telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama ini
sehingga Dia menamakan kamu dengannya. Kamu telah menolak
(Rafadhattum) Fir‘aun, Haman serta tentera-tentera mereka. Kamu telah
mengikut Muhammad dan keluarga Muhammad, wahai Abu Muhammad!
Adakah aku telah menggembirakan anda? (Syaikh al-Mufid, al-Ikhtisas, Qum,
t.t, hlm. 123-126).

61. Jawapan kepada soalan: Definisi Nasibi:

Daripada Abi Abdillah AS berkata: Nasibi (jamak nawasib) bukanlah


orang yang menentang kami Ahlu l-Bait, kerana anda tidak dapati seorang
lelaki yang berkata: Aku membenci Muhammad dan keluarga Muhammad
(ali Muhammad), tetapi nasibi adalah orang yang menentang kalian (Syiah)
di dalam keadaan dia mengetahui sesungguhnya kalian mewalikan kami
(tatawallu-na) dan sesungguhnya kalian adalah daripada Syi‘ah kami”
(Bihar al-Anwar 27, hlm. 232-233, Hadis No. 42).

Khalifah Ali AS berkata: Nasibi (penentang Syiah) sekalipun dia bekerja


keras, maka amalannya adalah sia-sia. (al-Raudhah min al-Kafi, viii, hlm. 28,
Qum, 1985). Ini bererti nasibi adalah orang yang menentang Syiah yang
mewalikan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW. Dia mengetahui bahawa kalian
adalah Syiah Imam 12 AS. Dan ada juga Sunni yang tidak menentang Syiah
pimpinan Imam 12 walaupun sedikit bilangan mereka. Mereka adalah
bersama Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman, Mu’awiyah, dan Yazid,
sementara Syiah Imam 12 pula bersama Khalifah Ali, Hasan, Husain, Ali
Zainal ‘Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja‘far al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-
Ridha, Muhammad al-Jawad, Ali al-Naqiy, Hasan al-Askari dan Muhammad
184
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
al-Mahdi AS. Dengan ini terlaksanalah maksud Hadis 12 Khalifah/Imam
selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga hari Kiamat.

62. Jawapan kepada soalan: Sebab utama Ali AS tidak menyerang Abu
Bakar kerana merampas haknya sebagai Khalifah selepas Rasulullah
SAW:

(i) Ali AS telah menolak ijmak sahabat di Saqifah Bani Sa‘idah yang
melantik Abu Bakar sebagai Khalifah kerana ia bercanggah dengan Hadis
Rasulullah SAW yang melantiknya sebagai Khalifah antaranya Rasulullah
SAW bersabda: “Ini Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan Khalifahku
selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 216, Ahmad bin Hanbal. al-Musnad, I,
hlm. 111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al- ‘Ummal, vi,hlm. 401). (ii) Ali AS dan
keluarganya serta Syiahnya yang sibuk memandi dan mengkafankan
jenazah Rasulullah SAW, tidak berada di Saqifah Bani Sa‘idah ketika Abu
Bakar dilantik sebagai Khalifah.

(iii) Hadis di atas menunjukkan Ali AS adalah Khalifah secara langsung


selepas kewafatan Rasulullah SAW. (iv) Justeru perlantikan Abu Bakar
sebagai Khalifah adalah tidak sah menurut Hadis tersebut. (iii) Perlantikan
Umar sebagai Khalifah oleh Abu Bakar secara wasiat juga tidak sah, kerana
perlantikannya sendiri adalah tidak sah (v) Begitu juga perlantikkan
Uthman sebagai Khalifah juga tidak sah kerana Majlis Syura yang dibentuk
oleh Khalifah Umar itu diuruskan oleh Umar bagi penentuan Uthman
sebagai Khalifah selepasnya. Khalifah Umar telah membentuk majlis syura
yang aneh dan menakutkan. Dan ia mesti ditamatkan dalam masa tiga hari
dan dikawal oleh 50 orang tentera yang lengkap dengan senjata.

Dia telah melantik enam orang; Sa'd bin Abu Waqas, Abdul Rahman
bun Auf, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair bin al-Awwam
dan Uthman bin Affan. Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian-cacian
yang tidak melayakkan mereka menjadi Khalifah. Kemudian dia berkata:
Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka
bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju maka bunuhlah
kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga tiga bersetuju maka pilihlah
pihak yang ada Abdul Rahman bin Auf. [IbnQutaibah, al-Imamah wal-
Siyasah, I, hlm. 24]. (vi) Ali AS berkata bahawa jika aku mempunyai 40
orang lelaki, nescaya aku menyerang Abu Bakar.
185
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(vii) Hanya 4 orang sahaja sahabatnya yang menyahut seruannya.
(viii) Sahabatnya tidak menunaikan janji mereka dengannya. (ix) Rasulullah
SAW telah meramalkan bahawa umatnya akan belot selepas kewafatannya.
(x) Ali AS telah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sokongan para
sahabatnya bagi menyerang Abu Bakar dan kumpulannya, tetapi beliau
gagal. (xi) Ali AS berkata kepada Abu Bakar: Jika aku tidak memberi baih
kepada anda? Abu Bakar berkata: “Kami akan membunuh anda” (xii)
Perpaduan umat Islam adalah tujuan utamanya (xiii) kerana khuatir mereka
akan meninggalkan Islam kesemuanya. (xiv) Salafi/Wahabi menghina Syiah
kerana mempertahankan Ali AS. di atas kebenaran. (Kitab Sulaim, hlm. 33-
34, bandingkan Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma‘arif, hlm. 251, Ibn Qutaibah, al-
Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14-18; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari,
Tarikh, III, hlm.159 ).

63. Jawapan kepada soalan: Sebab utama Imam Hasan AS


menyerahkan jawatan Khalifah kepada Mu‘awiyah:

(i) Setelah Khalifah Ali AS dibunuh di masjid Kufah, keadaan umat Islam
di dalam keadaan yang kurang aman (ii) disebabkan ancaman Mu‘awiyah
yang menguasai negeri Syam pada masa itu. (iii) Mu‘awiyah bermati-matian
mahu menyerang Kufah (iv) Mengelak pertumpahan darah di kalangan
umat Islam. (v)Imam Hasan AS terpaksa mengorbankan jawatannya sebagai
Khalifah secara damai demi perpaduan Islam. (vi) Ia telah diramalkan oleh
datuknya Rasulullah SAW.

(vii) Khuatir umat Islam akan meninggalkan Islam kesemuanya. (viii)


Antara syaratnya kepada Mu‘awiyah bahawa jawatan Khalifah tidak boleh
diberikan kepada anaknya Yazid bin Mu‘awiyah (ix) Manusia lebih
mencintai dunia mereka sendiri. (x) Salafi/Wahabi menghina Imam Hasan
bin Ali AS daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW, kerana melepaskan jawatan
ini kepada Mu‘awiyah. (xi) Pada hakikatnya mereka amat bergembira
dengan peristiwa ini. (xii) Syiah dan Sunni bersama Imam Hasan bin Ali AS
sementara Salafi/ Wahabi bersama Mu‘awiyah (al-Khawarizmi, al-Manaqib,
hlm. 59).

64. Jawapan kepada soalan: Husain bin Ali AS dibunuh oleh Syiah di
Karbala’ bukan oleh Yazid ?
186
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Pendapat sedemikian adalah tidak tepat sama sekali dari semua sudut,
ini adalah propaganda Salafi/Wahabi (i) kerana Yazid bin Mu’awiyah telah
memerintah penglimanya bernama Ubaidillah bin Ziyad, seorang sahabat
Rasulullah SAW memimpin 4 batalion (4000) tentera di bawah kawalannya
(ii) supaya menghapuskan Husain bin Ali dan pasukannya seramai 145
orang yang mana 45 daripada mereka adalah tentera berkuda. (iii)Dan
bilangan yang terkorban di pihak Husain AS adalah 87 orang dan ada
pendapat yang mengatakan 72 orang pada tahun 61 Hijrah. (al-Malhuf, oleh
Ibn Tawus, hlm. 88) (iv) Ubaidillah bin Ziyad telah menjalankan perintah
Yazid dengan sepenuhnya (v) Antara pembantu-pembatu Ubaidillah bin
Ziyad di dalam memerangi Imam Husain AS di Karbala’ adalah Ibn
Marjanah, Umar bin Sa’ad bin Abi Waqas dan Syimra (Mafatih al-Jinan, hlm.
555).
Mereka adalah antara pembunuh-pembunuh Husain bin Ali AS;
seorang cucu Rasulullah SAW yang merupakan Ahlu l-Baitnya SAW. Beliau
AS adalah “ketua pemuda ahli syurga” dan penghulu para syuhada’ (vi)
Kata-kata Farazdaq” hati mereka bersama anda, tetapi pedang mereka
adalah ke atas anda” tidak ditentang oleh Imam Husain bin Ali AS kerana
Farazdaq telah melihat faktor luaran masyarakt Kufah pada masa itu yang
tidak cekal tanpa kaitan yang mendalam dengan alam malakut (vii)
Sementara Imam Husain AS melihat dari sudut kezaliman Yazid sebagai
Taghut yang wajib ditentangi. (viii) Beliau AS tidak terpengaruh dengan
faktor keduniaan. (al-Nahdhah al-Husainiyyah, Sayyid Ali al-Husaini, hlm
140-45).
(ix) Pasukannya adalah Hizbullah melawan Hizbu al-Syaitan dipimpin
oleh Yazid laknatullah (x) Ia adalah peperangan antara kebenaran dan
kebatilan. (xi) Syiah bersama Husain bin Ali AS sementara Salafi/Wahabi
bersama Yazid bin Mu‘awiyah.(xii) Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa
Umar bin Sa’ad bin Abi Waqqas, ketua pasukan khas Yazid, telah membunuh
Husain bin Ali di Karbala (Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, ii, hlm 31, Cairo
2004). (xiii) Kesyahidannya di Karbala’ telah diramalkan oleh datuknya
Rasulullah SAW. (xiv) Kebangkitan Imam Husain bin Ali AS menentang
kezaliman Bani Umayyah yang dipimpin oleh Yazid bin Mu‘awiyah
merupakan sumber inspirasi bagi mereka yang tertindas di seluruh dunia
bagi menentang kezaliman.

65. Jawapan kepada soalan: Syiah merupakan virus di dalam


masyarakat:
187
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(a) Tuduhan ini dilakukan oleh seorang yang jahil dan sombong
terhadap Syiah dan para imam mereka. Tidakkah Al-Qur’an itu sendiri yang
telah memberi “anti body” kepada para imam Syiah dengan membersihkan
mereka sebersih-bersihnya dari kotoran dosa? Firman Allah SWT di dalam
ayat al-Tathir; surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait
dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya” Imam Ali, Imam Hasan
dan Imam Husain AS adalah para Imam Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah yang
disucikan daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW (sila lihat, Abu Daud al-
Tailasi, Kitab al-Musnad, viii, hlm. 274, al-Nasa’i, al-Khasai’s, hlm. 4, al-
Tabari, Tafsir, jilid. 22, hlm.5). Justeru, Syiah mazhab Ja‘fari adalah pengikut
mereka yang disucikan oleh Allah SWT.

(b) Dan firman Allah di dalam ayat al-Mubahalah; surah Ali-Imran


(3:61) "Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah'Isa) sesudah datang
ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita
memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan
wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita
bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan
kepada orang yang dusta." Semua ulama Tafsir, Sunnah dan Syi'ah
bersepakat bahawa ayat al-Mubahalah diturunkan kepada lima manusia
suci; Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.
(c) Di sana terdapat para sahabat lelaki tetapi baginda tidak
memanggil seorang pun daripada mereka selain daripada Ali, Hasan dan
Husain.
(d) Kemudian di sana juga terdapat Ummahat al-Mukminin (para
isterinya) dan wanita-wanita Bani Hasyim, tetapi baginda tidak memanggil
seorang pun daripada mereka selain daripada anak kandungnya Fatimah al-
Zahra' AS. Ini menunjukkan keistimewaan mereka ke atas orang lain, kerana
mereka mempunyai “anti-body” bagi menghapuskan virus kejahilan
masyarakat.
(e) Hadis Rasulullah SAW juga melahirkan “anti-body” bagi
menentang virus musuh-musuh Ali dan Syiahnya: “Ini Ali dan Syi‘ahnya
(bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di hari Kiamat kelak” (al-
Durr al-Manthur, vi hlm. 379)?
(f) Tidakkah mereka yang mewartakan pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah sebagai asas agama Islam (usuluddin) yang menjadi virus dan
merosakkan perpaduan masyaralat Islam di Malaysia?
188
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(g) Firman Allah di dalam surah al-Hajj (22): 46 “Sebenarnya bukan
mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada”

66. Jawapan kepada soalan: Syiah tidak ada Hak Asasi Manusia. Ia
bererti Islam bukan rahmatan li –l’Alamin.

(i) Syiah adalah manusia, (ii) maka mereka mempunyai hak untuk
hidup dengan aman dan harmoni menurut (iii) Perlembagaan Persekutuan
Perkara 3 (1), 5 (1) dan 11 (1) (iv) Deklarasi Cairo tentang Hak Asasi
Manusia Dalam Islam 1990, (v) Deklarsi Amman 2005 (vi) Deklarasi
Makkah 2006 (vii) Deklarasi Islamabad 2007 dan (viii) Deklarasi Keadilan
Allah SWT di dalam surah al-Ma’idah (5): 8 “Wahai orang yang beriman!
Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan
adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu
untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada
takwa. Dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya, Allah Maha teliti apa
yang kamu kerjakan”.
(ix) Tidakkah mereka yang mewartakan pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah sebagai asas agama Islam (usuluddin) yang merosakkan Islam dari
dalam dan cuba menghapuskan Hak Asasi Manusia Syiah Melayu Islam
mazhab Ja‘fari? (x) Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj (22): 46
“Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di
dalam dada”(Haram Syiah: Tak perlu bangkit pelanggaran hak asasi
manusia - Jamil Khir Bernama Kemas kini: Julai 21, 2013).

67. Jawapan kepada soalan: Imam-imam telah wujud sebelum


wujudnya alam ini sebagai cahaya-cahaya dan Allah telah menjadikan
mereka berpusing di sekeliling ‘Arasy:

Perbincangan ini adalah di luar skop pemahaman Ahli Sunnah Wal-


Jama‘ah (Wahabi), kerana tumpuan mereka adalah kepada Abu Bakar dan
Umar yang melebihi Ali. Justeru, mereka menginkari kelebihan Ali dengan
bermacam-macam alasan, kadang-kadang mereka mengingkari kelebihan
Nabi SAW sendiri dengan menolak Sunnahnya dan kadang-kadang mereka
menolak firman Allah SWT dengan alasan ijtihad.

Hadis semacam ini terdapat di dalam buku-buku Ahli Sunnah Wal-


Jama‘ah. Antaranya Hadis yang dikeluarkan oleh Abu al-Muayyid bin Ahmad
al-Khawarizmi dengan sanadnya daripada Abu Sulaiman berkata bahawa
189
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Rasulullah SAW bersabda: Di malam aku dinaikkan ke langit (mi‘raj) Allah
SWT berfirman kepadaku... lihatlah di kanan ‘Arasy, lalu aku memalingkan
ke arahnya, maka aku mendapati Ali, Fatimah, Hasan, Husain, Ali bin Husain,
Muhammad bin Ali, Ja’far bin Muhammad, Musa bin Ja‘far, Ali bin Musa,
Muhammad bin Ali, Ali bin Muhammad, Hasan bin Ali dan Muhammad al-
Mahdi bin Hasan; ia seperti cakerawala yang berpusing di kalangan mereka.
Dan Dia berfirman di dalam Hadis Kudsi: Wahai Muhammad, mereka itulah
hujah-hujah-Ku ke atas hamba-hamba-Ku, merekalah wasi-wasi-Ku (Yanabi’
al-Mawaddah, 487).

Sabda Nabi SAW: Wasi-wasi engkau tertulis di tepi ‘Arasy-Ku, lalu aku
melihat dan mendapati 12 cahaya” Sabda Nabi SAW: Aku telah menjadi
Nabi ketika Adam berada antara tanah dan air” Sabdanya lagi”: Allah telah
menjadikan cahayaku yang terawal sekali” Aku dan Ali adalah satu cahaya
di sebelah kanan ‘Arasy sebelum Allah menjadikan Adam 114 ribu tahun,
sebahagian adalah kami dan sebahagian yang lain adalah Ali” (Ibid, hlm.
487-8).

68. Jawapan kepada soalan: Nama-nama para syuhada’ bersama


Husain bin Ali AS di Karbala’,

Al-Abbas bin Ali bin Abu Talib iaitu pembawa air yang telah dibunuh
oleh Hakam bin Tufail, ibu kepada al-Abbas dikenali dengan nama Umm al-
Banin binti Hizam bin Khalid bin Rabi‘ah bin al-Wahid bin ‘Amir, Ja‘far bin
Ali, Abdullah bin Ali bin Abu Talib AS, ibu mereka berdua adalah Umm al-
Banin, Muhammad bin Ali dan ibunya sebagai Umm al-Walad, Abu Bakar bin
Ali, ibunya Laila binti Mas‘ud, Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib, ibunya
Laila binti Abu Murrah bin ‘Urwah bin Mas‘ud, Abdullah bin al-Husain bin
Ali bin Abu Talib, ibunya al-Ribab binti Amru al-Qais bin ‘Adi.

‘Aun bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib, Muhammad bin Abdullah bin
Ja‘far bin Abu Talib, Abdullah bin Muslim bin Aqil bin Abu Talib, Muhammad
bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib, Muhammad bin Abu Sa‘id bin Aqil bin
Abu Talib, Abdullah bin Yaqtur; saudara sesusu al-Husain bin Ali bin Abu
Talib, Sulaiman hamba al-Husain, Munjih hamba al-Husain bin Ali bin Abu
Talib AS. Kesemua mereka yang telah mati syahid bersama Abu Abdullah al-
Husain bin Ali bin Abu Talib AS di Karbala, adalah daripada anak-anak Ali,
Ja‘far, Aqil dan anak-anak al-Husain serta hamba-hamba mereka (al-Mufid,
al-Ikhtisas, hlm. 97).
190
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

69. Jawapan kepada soalan: Wajib laknat ke atas Yazid:

(i) Dia telah memerintahkan pembunuhan Imam Husain AS di Karbala’


(ii) Ramai keluarga Rasulullah SAW terkorban (iii) Ia merupakan satu
tragedi yang besar di dalam sejarah manusia (iv) Tragedi yang
mendukacitakan Rasulullah SAW sendiri sebelum ia berlaku (v) dan seluruh
umat Islam (vi) melainkan musuh Ahlu l-Bait Rasulullah SAW (vii) Dia juga
telah mengirim bala terteranya ke Madinah bagi memerangi para
penyokong Imam Husain (viii) dengan membunuh 10 ribu orang Muslim
(ix) termasuk para sahabat (xi) Akibatnya 1000 wanita Madinah telah hamil
(xii) dirogol oleh tentera Yazid (xiii) selama 3 hari (xiv) Dia telah
merosakkan Ka‘bah dengan lontaran batu (Ibn Sibt al-Jauzi, al-Tadhkirah,
hlm. 163-4 dan lain-lain).

70. Jawapan kepada soalan: Larangan kahwin dengan Syiah:

(i) Jika kahwin dengan kitabiyyah diharuskan, kenapakah kahwin


dengan Syiah dilarang pula? Ini adalah propaganda Salafi/Wahabi yang
mengkafirkan semua mazhab selain daripada mazhab Salafi/Wahabi (ii) Jika
mengucap dua kalimah syahadah itu sebagai kata-kata keramat daripada
Rasulullah SAW yang memadai bagi seorang itu untuk menjadi Muslim, (iii)
kenapakah anda mengira ungkapan itu tidak memadai pula? Justeru anda
bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar.

(iv) Adakah fatwa anda dapat mengatasi Hadis Rasulullah SAW dengan
penambahan “Sunni” sebagai syahadah ketiga yang tersirat?? Rasulullah
SAW telah bersabda kepada Khalifah Ali AS ketika dia mengutusnya untuk
pembukaan Khaibar: Perangilah mereka sehingga mereka barkata tiada
tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Jika mereka
berkata sedemikian, maka darah dan harta mereka terpelihara dari anda
dan hisab mereka di atas Allah, jika Allah memberi hidayah kepada seorang
lelaki melalui anda, maka ia adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada
padanya” (Sahih Muslim, vii, hlm. 122). (v) Fatwa pengharaman kepercayaan
dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari pada 5.5. 1996 adalah tidak
sah kerana ia mengatasi al-Qur’an, Hadis Rasulullah SAW, Deklarasi
Amman, Deklarasi Makkah al-Mukarramah, Deklarasi Islamabad dan
Perlembagaan Persekutuan itu sendiri (MalaysianInsider 17.8. 2013, Utusan
Malaysiaonlone pada 24.12.2013).
191
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

71. Jawapan kepada soalan: Siapakah yang berjaya di kalangan umat


Nabi Muhammad SAW?

Jawapan yang mudah kepada soalan tersebut adalah (1) Mereka yang
mentaati Allah dan mentaati Nabi-Nya dengan sepenuhnya (100%) (2) Di
dalam erti kata yang lain: Mereka yang mematuhi al-Qur’an dan Sunnah
Nabi SAW dengan sepenuhnya (100%) (3) Justeru siapakah mereka? (4)
Imam al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur, ketika menjelaskan tentang
surah Bayyinah (98): 7 “Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan
kebajikan, mereka itulah sebaik-baik makhluk” maka dia mengutip sabda
Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai Ali, anda dan Syi‘ah anda di hari Kiamat
nanti di dalam reda dan meredai” Dan sabdanya lagi: “Ini Ali dan Syi‘ahnya
(golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di hari
Kiamat kelak” (al-Durr al-Manthur, Beirut, tt, hlm. 379).

(5) Buktinya: Khalifah Ali mematuhi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
sepenuhnya. Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ali bersama kebenaran dan
kebenaran bersama Ali berpusing bersamanya di mana dia berada”
(Turmudhi, Sahih, v, hlm. 633) Justeru beliau telah menolak sunnah Khalifah
Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi
SAW yang dijadikan akidah atau agama oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (6)
Syiah juga menolak sunnah mereka bertiga yang menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW (7) Jika Khalifah Ali menerima syarat untuk
melaksanakan sunnah Abu Bakar dan Umar di dalam pemerintahannya,
nescaya beliau dilantik menjadi khalifah yang ke 3 (Ibn Qutaibah, Kitab ai-
Imamah Wa al-Siyasah, hlm. 15-16).

(8) Khalifah Ali AS berkata kepada Qanbar: “Wahai Qanbar,


bergembiralah, dan beritahulah tentang kegembiraan ini, demi Tuhan,
sesungguhnya Rasulullah SAW telah wafat di dalam keadaan beliau SAW
memarahi umatnya selain daripada Syiah (maata rasulullah SAW wa huwa
‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada
kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli sya’in
‘izzan wa ‘izzu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya,
maka tiang Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-
da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya,
maka puncak Islam adalah Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-
dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).
192
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam


adalah Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l-Islam al-
Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada semua
majlis adalah majlis Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu l-
Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka imam
bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in
imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah) Demi Tuhan, jika
orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku tidak melihatnya
dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini,
nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada orang yang menentang kamu
(ahli khilafi-kum).

Mereka tidak mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Setiap nasibi


(penentang Syiah) sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin),
maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu habaa’an). Syiah kami
bercakap dengan cahaya Allah A. W. Adapun mereka yang menyalahi Syiah
bercakap dengan kesalahan (tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di
kalangan Syiah kami yang tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke
langit, lalu memberkatinya.

Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-
Nya; di taman syurga-Nya; di bayang ‘Arasy-Nya. Dan jika ajalnya belum
tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya kepada
jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan
umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w. Sesungguhnya
orang fakir kamu adalah ahli kekayaan dan orang kaya kamu adalah ahli
qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang
menyahuti seruan-Nya” (al-Raudhah min al-Kafi, viii, hlm. 26-28, Qum,
1985)(9) Ada pun maksud Hadis: Apa yang aku dan sahabatku di atasnya”
adalah Hadis dha‘if. (1) Kerana sahabat sendiri telah membunuh sahabat.

(2) Sahabat sendiri telah memerangi sahabat yang lain (3) Sahabat
sendiri telah mencaci sahabat (4) Sahabat sendiri tidak mempercayai
sahabat yang lain. (5) Terdapat sahabat yang tidak mematuhi al-Qur’an
sepenuhnya (6) Terdapat sahabat yang tidak mematuhi Sunnah Nabi SAW
dengan sepenuhnya. (7) Terdapat sahabat yang menghina Nabi SAW (8)
Terdapat sahabat yang berzina dengan isteri orang menurut catatan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah yang muktabar (9) Terdapat sahabat yang homosexual
193
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(gay) kerana mereka adalah manusia biasa tidak disucikan(10) Justeru
fatwa yang menyatakan bahawa semua sahabat adalah baik dan kebal
adalah menyalahi hakikat sejarah.

(11) Al-Bukhari menjelaskan kedudukan sahabat selepas kewafatan


Nabi SAW di dalam Sahihnya, Kitab al-Riqaq, bab al-Haudh, Hadis No. 587.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Manakala aku sedang
tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku
mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar di antara aku
dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari. Aku bertanya
kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah. Aku pun
bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah
menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu
ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru aku tidak melihat mereka
terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang sesat
daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-
Na‘am).
(12) Al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku
berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya
anda kerana anda telah bersahabat (sahabta) dengan Nabi SAW dan
membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak
saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan
(Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm. 343 (Hadis No. 488)
(13) Justeru neraca kebenaran bukan terletak kepada sahabat (14) Nabi
SAW adalah seorang yang maksum. Sementara sahabat bukan maksum (15)
Justeru, ia terletak kepada ketaatan kepada Allah melalui al-Qur’an (16) Dan
ia terletak kepada ketaatan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
Sunnahnya.
(17) Ahlu l–Bait Nabi SAW mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
daripada sahabat di dalam al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW (18) Kerana
mereka adalah maksum dengan surah al-Ahzab (33): 33, Hadis Thaqalayni
dan Hadis al-Kisa’. Sementara sahabat bukan maksum (19) Kebanyakan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah pula memusuhi Ahlu l-Bait Nabi SAW dengan berbagai
cara antaranya menolak mereka sebagai imam umat ini (20) Justeru
permusuhan itu adalah menyalahi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW yang
memerintahkan supaya umat Islam mencintai Ahlu l-Bait Nabi SAW secara
wajib. (21) Ada pun maksud Hadis: “Golongan yang berjaya adalah Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah” adalah Hadis yang dha‘if.
194
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(1) Kerana mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah pimpinan Abu Hasan al-
Asy‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi telah wujud hampir 300 tahun selepas
kewafatan Nabi SAW (2) Umat Islam di dalam masa hampir tiga abad tidak
berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (3) Justeru adakah
mereka semuanya tidak berjaya-ke neraka- kerana tidak berpegang kepada
mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah? (4) Sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar
dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dijadikan
akidah/agama oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah bagi mendekatkan diri kepada
Allah (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 160) (5) Bagaimanakah Nabi SAW
boleh mengatakan bahawa “Golongan yang berjaya adalah golongan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah”?
(6) Ia adalah tidak logik (7) Kerana golongan yang berjaya adalah
golongan yang mematuhi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dengan
sepenuhnya. (8) Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak boleh mematuhi
al-Qur’an dan Hadis sepenuhnya (100%) kerena mereka terikat dengan
sunnah tiga khalifah yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis yang menjadi
akidah atau agama mereka (Tarikh al-Khulafa’, hlm. 160) (9) Terdapat
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis
seperti fatwa pengharaman Syiah mazhab Ja‘fari dan Zaidi itu sendiri yang
berasaskan “pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” bukan al-Qur’an dan Hadis
Nabi SAW.
(10) Terdapat pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyalahi al-
Qur’an dari segi akidah sebanyak 93 ayat. Persoalannya: Kenapakah
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dijadikan asas agama Islam? Sementara
tidak terdapat mazhab Ja‘fari atau mazhab Imam 12 yang menyalahi al-
Qur’an dari segi akidah. Kenapakah ajaran Syiah Imam 12 atau mazhab
Ja‘fari yang bertepatan dengan al-Qur’an dan Hadis dikira sesat? (sila lihat
Yusuf al-Hilli, Nahj al-Haq wa Kasyf al-Sidq, hlm. 105- 112). Dan terdapat
357 perkara yang dikaitkan dengan para imam mazhab empat yang
menyalahi al-Qur’an dan Hadis dari segi Syariah. Kemudian ia dijadikan
sebahagian Hukum Syarak Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Sementara tidak
terdapat di kalangan para imam 12 atau mazhab Ja‘fari yang menyalahi al-
Qur’an dan Hadis dari segi Syariah. Justeru, kenapakah ajaran Syiah Imam
12 atau Syiah mazhab Ja‘fari yang bertepatan dengan al-Qur’an dan Hadis
Nabi SAW dikira sesat? (ibid hlm. 420-453).
Justeru bagaimanakah Nabi SAW boleh mengatakan bahawa
golongan yang berjaya adalah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah? (11) Walau
bagaimana pun kami memperakui bahawa sesiapa yang mengucap dua
kalimah syahadah adalah Muslim seperti di dalam Hadis, bukan syarat
195
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menjadi sunni seperti di dalam fatwa (12) Semua orang Islam adalah
bersaudara (13) dan akan berjaya menurut darjat dan tahap masing-masing
insya’ Allah (14) Hisab yang sebenar terserah kepada Allah SWT.

72. Jawapan kepada soalan: Sunnah Khalifah Ali AS disesat dan


diharamkan atas nama ajaran Syiah:

Sunnah Ali AS adalah Sunnah Rasulullah SAW dan hukum al-Qur’an itu
sendiri, umpamanya (i) Khalifah Ali AS telah menyapu dua kaki di dalam
wudhuk, (ii) Khalifah Ali AS telah mengharuskan sembahyang jamak dalam
semua keadaan, (iii) Khalifah Ali AS telah mengakui bahawa sembahyang
Tarawih itu adalah bidaah, ia hanya diciptakan oleh Umar, (iv) Khalifah Ali
AS telah mengakui bahawa sembahyang Dhuha adalah bidaah, (v) Khalifah
Ali AS telah menyatakan bahawa beliau dan isterinya Fatimah adalah
maksum (vi) Khalifah Ali AS telah mengakui bahawa 11 para imam daripada
keluarganya juga maksum; 12 para imam Syiah daripada Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW.

(vii) Khalifah Ali AS telah mengakui bahawa dia telah diwasiatkan oleh
Rasulullah SAW untuk menjadi khalifah secara nas selepasnya sama ada
(viii) di Ghadir Khum dan di tempat yang lain, (ix) Kemudian 11 imam
selepasnya. (x) Khalifah Ali AS juga menegaskan bahawa nikah mut‘ah itu
adalah halal sehingga hari Kiamat, hanya Umar yang telah
mengharamkannya (xi) Khalifah Ali AS telah melakukan taqiyyah,’ dalam
keadaan tertentu (xii) Khalifah Ali AS telah menolak ‘Aul, (xiii) Khalifah Ali
AS telah menuntut Khumus keluarganya, (xiv) Khalifah Ali AS pernah
membaca doa terhadap dua berhala Quraisy (sanamai Quraisy).

(xvi) Khalifah Ali AS telah menolak ijmak sahabat, (xvii) Khalifah Ali AS
telah menolak Qiyas, (xviii) Khalifah Ali AS mengakui bahawa dia dan
keluarganya telah bermubahalah (dialog sumpah laknat) bersama
Rasulullah SAW menentang Kristian Najran dan tidak ada para sahabat atau
para isteri Rasulullah SAW yang dijemput untuk melakukannya melainkan
beliau sendiri, Fatimah, Hasan dan Husain AS (xix) Khalifah Ali AS
mengatakan dialah yang menghimpun al-Qur’an dengan lengkap dan
sempurna selaras dengan keilmuannya.
196
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(xx) Khalifah Ali AS mengakui bahawa dialah yang memberi cincin
kepada peminta sedekah ketika rukuk (xxi) Khalifah Ali AS telah mengakui
bahawa dia dan keluarganya adalah Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang telah
disucikan (33): 33 (xxii) Khalifah Ali AS telah memerangi Aisyah di
peperangan Jamal menurut Sunnah Rasulullah SAW (xxiii) Khalifah Ali AS
telah memerangi Mu‘awiyah di Siffin menurut Sunnah Rasulullah SAW

(xxiv) Khalifah Ali AS telah memerangi Khawarij di Nahrawan menurut


Sunnah Rasulullah SAW. Tiga peperangan itu telah diramalkan oleh
Rasulullah SAW dan diberitahu kepada Ali AS bahawa Ali akan memerangi
ketiga-tiga peperangan tersebut menurut Sunnah Rasulullah SAW (xxv)
Khalifah Ali AS telah mengakui bahawa majoriti para sahabat Nabi SAW
telah mati kafir/murtad setelah kewafatan Nabi SAW, kerana mereka telah
mengubah hukum Allah dan Sunnah Rasulullah SAW sebagaimana
disabdakan oleh Rasulullah SAW. “

Hanya sebilangan yang sedikit sahaja yang terselamat seperti unta


yang tersesat” Kemungkinan mereka telah bertaubat. Hisab mereka
sebenarnya terserah kepada Allah SWT. (xvi) Khalifah Ali AS telah
menyatakan bahawa khalifah-khalifah sebelumnya telah melanggar janji-
janji mereka dengan Rasulullah SAW dengan mengubah Sunnah-sunnahnya
(xxvii) Khalifah Ali AS mengakui bahawa beliau telah diberitahu oleh
Rasulullah SAW bahawa umat ini akan belot terhadapnya (xxviii) Khalifah
Ali AS telah mengakui bahawa memeranginya adalah seperti memerangi
Rasulullah SAW menurut Hadis. (xxix) Khalifah Ali meluruskan tangan
ketika sembahyang (xxx) Khalifah Ali AS telah menziarahi makam/ kubur
Rasulullah SAW untuk mendapat berkat (xxxi) Khalifah Ali AS bertawassul
melalui Nabi Muhammad SAW (bi-haqqi Muhammad) kepada Allah SWT.
(xxxii) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mematuhi Sunnah Abu Bakar, sunnah
Umar dan sunnah Uthman dengan menolak Sunnah Ali AS /Sunnah
Rasulullah SAW /hukum Allah dalam beberapa keadaan tertentu.

Al-Suyuti menulis bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa


“Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma
sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa sahibaa-hu), maka ia adalah
agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya dan kami berakhir
kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun apa yang
197
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan Umar),
maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu) (Tarikh
al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru pemerintah Bani Umayyah dan Bani Abbas
telah membuat keputusan bahawa apa yang disunnahkan oleh Abu Bakar,
Umar dan [Uthman] adalah agama mereka (dinun)”. Oleh itu jika Khalifah-
khalifah tersebut telah menegah Sunnah Nabi SAW, maka tidak tinggal lagi
Sunnah Nabi SAW dan apa yang tinggal adalah sunnah-sunnah mereka dan
hukum-hukum mereka (Ibid, hlm. 160).

73. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Abu Bakar melarang


orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Hadis/Sunnah Nabi SAW?

(i) Kerana Sunnah Nabi SAW akan membawa kepada perpecahan umat.
Khalifah Abu Bakar berkata: Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah SAW
Hadis-Hadis di mana kalian berselisih faham mengenainya, maka orang
ramai selepas kalian akan berselisih faham lebih teruk lagi” (Al-Dhahabi,
Tadhkirah al-Huffaz, i, hlm. 3). (ii) Kitab Allah adalah cukup untuk
menyelesaikan segala masalah umat tanpa Sunnah Nabi SAW. Khalifah Abu
Bakar berkata: Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah:
Bainana wa baina-kumkitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka
hukumlah menurut halal dan haramnya" (Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,
I,hlm. 3).
(iii) Kata-kata Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas
peristiwa Hari Khamis iaitu bertepatan dengan kata-kata Umar ketika dia
berkata:“ Rasulullah SAW sedang meracau dan cukuplah bagi kami Kitab
Allah (Hasbuna Kitabullah)." Lantaran itu, Sunnah Abu Bakar tadi adalah
menyalahi Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah:
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara sekiranya kalian berpegang
kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya;
Kitab Allah dan Sunnahku (Imam Malik, al-Muwatta’, 208).

(iv) Membakar Sunnah atau Hadis Nabi SAW. Khalifah Abu Bakar telah
mengumpulkan lima ratus Hadis Nabi SAW semasa pemerintahannya,
kemudian dia membakarnya pula. (al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,V,
hlm. 237). Dengan ini, dia telah menghilangkan Hadis/Sunnah Rasulullah
SAW. Oleh itu kata-kata Abu Bakar: "Janganlah kalian meriwayatkan sesuatu
pun daripada Rasulullah SAW" menunjukkan larangan umum terhadap
periwayatan dan penulisan Hadis Rasulullah SAW. Ia tidak boleh
ditakwilkan sebagai berhati-hati atau mengambil berat atau sebagainya. (v)
198
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Justeru Khalifah Abu Bakar bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar
(100%).

74. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Umar melarang orang


ramai dari menulis dan meriwayatkan Hadis/Sunnah Nabi SAW?

(i) Khalifah Umar mungkin tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW


pada ketika itu (ii) Dia mempercayai bahawa Sunnah Nabi SAW tidak perlu
kerana Kitab Allah sudah cukup bagi menyelesaikan masalah umat. (iii) Dia
fikir bahawa dia lebih pandai daripada Nabi SAW (iv) Dia Khuatir Hadis
Nabi SAW akan mendedahkan siapakah yang paling layak menjadi khalifah
selepas Rasulullah SAW (v) Dia tidak mahu terikat dengan Sunnah Nabi
SAW (vi) Dia berkata bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau
(yahjuru). Oleh itu permintaan beliau SAW supaya dibawa pena dan kertas
untuk beliau menulis perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan
umatnya selama-lamanya tidak perlu dilayani lagi. (al-Bukhari, Sahih, i,
Hadis No. 114, hlm. 86, Muslim, Sahih, III, hlm. 69) (vii) Dia tidak mahu Ali
diwasiatkan oleh Nabi SAW sebagai penggantinya secara bertulis
selepasnya. (viii) Justeru Khalifah Umar bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar (100%).

75. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Uthman telah


melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi
SAW sepenuhnya?

(i) Khalifah Uthman telah melarang kaum Muslimin dari meriwayat


dan menulis Hadis/Sunnah Nabi SAW dengan sepenuhnya, (ii) kerana beliau
telah mematuhi sunnah dua khalifah sebelumnya. (iii) Justeru, beliau
mensyaratkan Hadis yang ingin diriwayatkan pada masa pemerintahannya,
mestilah Hadis yang telah diriwayatkan pada masa Khalifah Abu Bakar dan
Umar. Iaitu Hadis yang telah diakui oleh mereka berdua. (iv) Beliau berkata:
"Tidak boleh bagi seseorang meriwayatkan Hadis yang tidak diriwayatkan
pada masa Abu Bakar dan Umar. (Muntakhab al-Kanz fi Hamisy Musnad
Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi, al-Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II,
hlm.354).
(v) Persoalannya: Jika Sunnah Nabi pada masa Khalifah Abu Bakar dan
Umar telah dilarang dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada
masa Khalifah Uthman? Malah Khalifah Uthman hanya menuruti sunnah dua
Khalifah yang terdahulu. Justeru ketiga-tiga Khalifah tersebut telah
199
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melarang atau sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum
Muslimin untuk meriwayat atau menulis Sunnah Rasulullah SAW yang
menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an.

(vi) Oleh itu ia bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW, "Allah


memuliakan seseorang yang mendengar Hadisku. Kemudian dia menjaganya
dan menyebarkannya pula. Kadangkala pembawa ilmu (Hadis) membawanya
kepada orang yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu
(Hadis) bukanlah seorang yang alim."(Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.
437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 78). Dan sabdanya, "Siapa yang ditanya
tentang ilmu, maka dia menyembunyikannya, maka Allah akan
membelenggukannya dengan api neraka." (Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III,
hlm. 263). (vii) Lantaran itu, tidak hairanlah jika Hadis atau Sunnah Nabi
SAW mulai ditulis secara rasminya pada masa pemerintahan Umar bin Abdu
l-Aziz." (viii) Justeru, Khalifah Uthman tidak mengikut Sunnah Nabi SAW
yang sepatutnya.

76. Jawapan kepada soalan: Apakah Khalifah Ali AS termasuk Khulafa’


Rasyidin?

Ali AS dilantik menjadi khalifah yang ke 4 selepas Khalifah Uthman.


Jika Ali mahu, nescaya beliau dilantik menjadi khalifah ke 3 dengan syarat
beliau menerima sunnah Abu Bakar dan Umar di dalam pemerintahannya,
tetapi beliau AS menolak sunnah mereka berdua kerana ia menyalahi
Sunnah Rasulullah SAW (Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah wa al-Siyasah, i,
hlm. 15-16)
Di dalam pemerintahan Bani Umayyah yang bermula dengan
Mu‘awyiah sehingga Umar Bin Abdul Aziz, Ali AS tidak disenaraikan sebagai
Khalifah Rasyidin dari sudut amali, lalu beliau dihina dan dicaci di masjid-
masjid di seluruh negara selama 70 tahun (al-‘Aqd al-Farid, i, hlm. 246).

Apa yang mereka maksudkan dengan Khulafa’ Rasyidin adalah mereka


yang mengikuti jalan yang benar (Kamus Dewan, hlm. 1034). Mereka itu
adalah tiga orang: Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Kemudian Ahmad
Ibn Hanbal (240 H) menyenaraikan Khalifah Ali AS sebagai seorang
daripada Khulafa’ Rasyidin di dalam bukunya tentang “kelebihan Ali AS”,
selepas Khalifah Ali AS dihina dan dicaci di seluruh negara.
200
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Kemudian Ali AS diterima sebagai salah seorang daripada Khulafa’
Rasyidin yang ke 4 selepas Khalifah Uthman, tetapi sunnahnya yang
bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW masih tidak diterima oleh Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 160) Persoalannya:
(1) Jika mereka menerima Ali AS sebagai seorang daripada Khulafa’
Rasyidin, kenapakah mereka menghina dan mencacinya di dalam khutbah-
khutbah mereka di masjid-masjid selama 70 tahun? (al-‘Aqd al-Farid,1, hlm.
246).
(2) Tidakkah ia bererti sebuah pengakuan bahawa sahabat boleh
mencaci sahabat yang bukan daripada Khulafa’ Rasyidin? (3) Tidakkah Ali
seorang daripada Ahlul-Bait dan Ahli al-Kisa’ yang disucikan? (4) Tidakkah
Ali seorang khalifah umat Islam? (5) Tidakkah Ali AS seorang sahabat besar
sehingga mereka mencacinya? (6) Justeru kenapakah Syiah pula difitnah
mencaci sahabat? (7) Jika mereka menerima Ali sebagai seorang daripada
Khulafa’ Rasyidin, kenapakah sunnahnya yang bertepatan dengan Sunnah
Nabi SAW itu diharam dan dihapuskan sehingga ke hari ini atas nama
Syiah? (8) Tidakkah ia bererti menghina Nabi SAW itu sendiri?

(9) Tidakkah Nabi SAW bersabda: Ali adalah daripadaku dan aku
daripada Ali. Sesiapa yang menyakitinya, maka dia menyakitiku? Rasulullah
SAW bersabda: "Cinta kepada Ali adalah keimanan dan membencinya
adalah nifaq” (Sahih al-Bukhari, iii, hlm. 124). (10) Kenapakah mereka tidak
pernah berhenti menghina dan memfitnah Syiah Ali? (11) Tidakkah mereka
mewartakan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas agama Islam
dan Hukum Syarak, bukan al-Qur’an dan Hadis bagi menghina dan
mengkafirkan Syiah?

(12) Tidakkah ia bererti mempersendakan agama Islam itu sendiri?


(13) Siapakah yang melahirkan permusuhan terhadap Syiah Islam mazhab
Ja‘fari di Malaysia dan di Indonesia? (14) Tidakkah ia merupakan konspirasi
antarabangsa bagi melahirkan ISIL dan IS Malaysia-Indonesia bagi
memusnahkan tamadun manusia yang bermula dengan kebencian mereka
terhadap Syiah? (15) Tidakkah ISIL, IS dan Jubhah al-Nusrah bersama Israel
menentang Hizbullah di Lubnan, Syria dan Iraq? (16) Siapakah yang
mendapat keuntungan dari pembunuhan ini? (17) Tidakkah ISIL, IS dan
Jubhah al-Nusrah terdiri daripada penganut mazhab Salafi/Wahabi dan
mereka merupakan proksi Amerika dan Israel bagi menghancurkan umat
Islam?
201
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
77. Jawapan kepada soalan: Adakah Nabi SAW telah memerintahkan
umatnya supaya mengikuti sunnah Khulafa’ Rasyidin yang bermaksud
“ikutilah Sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rasyidin selepasku”?

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Turmudhi, Sunan, jilid 5, hlm44-45


“Hendaklah kamu berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’
Rasyidin selepasku” adalah Hadis dha‘if dari sudut sanad dan matan kerana
sanadnya mempunyai satu jalur perawinya sahaja; Abd al-Rahman bin
‘Umru al-Silmi yang kurang tepat ingatannya. Dari sudut matan Hadis, ia
turut bermasalah kerana menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, (i) Nabi SAW
tidak melantik sesiapa pun menjadi Khalifah selepasnya.

(ii) “Khulafa’ Rasyidin” tidak menggunakannya sebagai hujah di dalam


dialog mereka tentang jawatan khalifah. (iii) Sunnah Nabi adalah berbeza
dengan Sunnah mereka bertiga kecuali sunnah Khalifah Ali (iv) Nabi SAW
adalah seorang yang maksum sementara mereka bukan maksum kecuali
Khalifah Ali. (v) Bagaimana Nabi menyuruh umatnya berpegang kepada
mereka yang tidak maksum? (vi) Sunnah mereka adalah bercanggah dengan
al-Qur’an (vii) Sunnah mereka juga bercanggah dengan Sunnah Nabi SAW
kecuali sunnah Khalifah Ali AS (viii). Hadis ini tidak menyebut al-Qur’an
sebagai panduan. (ix) Khalifah Ali AS sendiri menentang sunnah-sunnah
Khalifah sebelumnya kerana mereka menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.

Di dalam erti kata yang lain, pertama: (1) Perintah Nabi SAW supaya
umatnya mengikuti Sunnahnya adalah betul, kerana ia bertepatan dengan
al-Qur’an. Kedua: (2) Perintah Nabi SAW supaya mengikuti sunnah Khulafa’
Rasyidin adalah bercanggah dengan realiti, kerana bagaimana Nabi SAW
memerintahkan umat ini mengikuti sunnah Khulafa‘ Rasyidin yang
bercanggah dengan Sunnahnya? (3) Justeru siapakah Khulafa‘ Rasyidin itu?
(4) Sedangkan menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, Nabi SAW tidak melantik
penggantinya? (5) Pengertian al-Rasyid di dalam Kamus Dewan adalah
“orang yang mengikut jalan yang benar” (Kamus Dewan, hlm. 1034). (6)
Bagaimanakah seorang itu dikatakan mengikuti jalan yang benar jika dia
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW itu sendiri?

(7) Bagaimanakah Nabi SAW memerintahkan umatnya supaya


mengikuti sunnah orang yang menyalahi Sunnahnya pula? (8) Jika Hadis ini
mahu diterima walau pun dha’if, maka apa yang dimaksudkan dengan
“sunnah Khulafa’ Rasyidin” itu adalah sunnah 12 Khalifah/ lmam yang
202
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dilantik oleh Nabi SAW, kerana mereka adalah maksum yang bermula
dengan Khalifah Ali AS, Hasan, Husain, Ali Zainal Abidin dan seterusnya
sehingga kepada Imam al-Mahdi AS. (9) Mereka mematuhi Sunnah
Rasulullah SAW dan menolak sunnah tiga khalifah (10) Kerana ketaatan
yang wajib secara menyeluruh adalah kepada khalifah yang maksum (11)
Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah tidak maksum (12) Sunnah
mereka bertiga menyalahi Sunnah Nabi SAW (13) Dan mereka pula tidak
dilantik oleh Nabi SAW. (14) Khalifah Ali AS menyatakan bahawa khalifah-
khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi
Rasulullah SAW ...(al-Raudhah, ibid).

78. Jawapan kepada soalan: Mu‘awiyah termasuk kategori


pemberontak (al-Bughat) kerana memerangi Khalifah Ali AS, tetapi dia
adalah sahabat:

(i) Hukum pemberontak (al-Bughat) menentang kerajaan atau khilafah


adalah bunuh sama ada sahabat atau pun bukan sahabat. (ii) Disebabkan
Mu‘awiyah seorang sahabat, maka hukum al-Bughat tidak dikenakan ke
atasnya? (iii) Ini bererti sahabat adalah kebal dari hukum Allah? (iv)
Peperangan Mu‘awiyah terhadap Khalifah Ali AS telah diramalkan oleh Nabi
SAW bersabda: Wahai Ali! Sesungguhnya engkau akan memerangi al-
Nakithin (peperangan Jamal) al-Qasithin (peperangan Siffin) dan al-Mariqin
(peperangan khawarij) (v) Nabi SAW telah melaknati mereka yang
menentang Ali AS di dalam ketiga-tiga peperangan itu. (vi) Rasulullah SAW
bersabda: “Aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengan Ali dan
berperang dengan mereka yang berperang dengan Ali” (al-Khawarizmi, al-
Manaqib, hlm. 69)
(vii) Nabi SAW telah melaknati Bani Umayyah secara umum bahawa
baginda SAW telah melihat dalam mimpi bahawa Bani Umayyah memasuki
Masjidnya, lalu melompat ke atas mimbarnya seperti kera (al-Dhahabi,
Mizan al-Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 17, Ibn Hajar, Tahdhib al-Tahdhib, v, hlm.
110, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 170). (viii) Rasulullah SAW bersabda:
Jika engkau melihat Mu‘awiyah di atas mimbar [masjid] ku, maka bunuhlah
dia” (al-Dhahabi, Mizan al-‘ Itidal, ii, hlm. 17, Ibn Hajar, Tahdhib al-Tahdhib,
v, 110) (ix) Nabi SAW bersabda bahawa Ali dan kaumnya adalah ayat
syurga sementara Mu‘awiyah dan kaumnya adalah ayat neraka” (al-
Haithami, Majma‘a al-Zawa’id, ix, hlm. 405) (xi) Lailatu l-Qadar itu adalah
lebih baik daripada 1000 bulan yang dimiliki oleh Bani Umayah (Ibn Jarir al-
Tabari, Tafsir, xxx, hlm. Hlm. 167, al-Hakim, al-Mustadrak, 111, 170).
203
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

79. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Ali AS membuat


sindiran kepada mereka berdua sebagai sanamai Quraisy (dua berhala
Quraisy)?

(1) Perkataan “berhala” menurut KAMUS DEWAN halaman 132 bererti


“patung dewa-dewa”, dan perkataan “memberhalakan” bererti memuja;
mendewakan” (2) Para pengikut mereka berdua (Abu Bakar dan Umar)
mendewakan mereka berdua dengan mematuhi hukum halal dan haram
mereka berdua yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW (3) Justeru,
Khalifah Ali AS membuat sindiran kepada mereka berdua sebagai sanamai
Quraisy (dua berhala Quraisy) “kerana halal dan haram mereka berdua
dipatuhi. Justeru para pengikut mereka menyembah mereka berdua” (al-
Anwar al-Nu‘maniyyah, ii, hlm. 279 (4) Umat ini memuja dan mendewakan
mereka berdua (5) kerana mabuk cinta kepada mereka berdua.

(6) Justeru, apa yang dilakukan oleh mereka berdua dikira baik dan
menjadi akidah atau agama kepada para pengikut mereka berdua (7)
Khalifah Ali AS berkata: Hati umat ini dimabukkan cinta kepada mereka
berdua (Abu Bakar dan Umar ) (Qad usyribat qulubu hadhi-hi al-Ummati ‘ala
hubbi hadhaini al-rajulaini) (8) Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi
mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi
bab, kemudian mereka meredainya tanpa menentangnya pula. Malah
mereka memarahi untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan
mengingkarinya! Kemudian datang kaum selepas kita, mereka akan
mengikuti bidaah-bidaahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya
(ahdatha-hu). Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan
agama untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah.

Umpamanya, Umar telah memindahkan Maqam Ibrahim AS. dari


tempat yang diletakkan oleh Rasulullah SAW kepada tempatnya pada masa
Jahiliyah di mana Rasulullah SAW telah memindahkannya. Dia telah
mengubah gantang Rasulullah dan cupaknya. Sedangkan terdapat padanya
fardu dan sunat. Penambahannya mendatangkan keburukan kepada fakir
miskin di dalam kaffarh al-Yamin dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah
mereka diberi tanaman yang wajib. Rasulullah SAW. bersabda: “Wahai
Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan gantang kami. Dan mereka tidak
akan mengubahnya kelak”, tetapi mereka meredai dan menerima apa yang
dilakukannya” (Kitab Sulaim, hlm. 86-87) (9) Al-Suyuti pula menyatakan
204
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa “Sesungguhnya apa yang
telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma sanna Rasulullah) dan dua
sahabatnya (wa sahiba-hu), maka ia adalah agama (fa-huwa dinun) yang
kami mengambilnya dan kami berakhir kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa
nantahi ilai-hi).
Adapun apa yang disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua
(Abu Bakar dan Umar), maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-
huma nurji’u-hu) (Tarikh al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru pemerintah Bani
Umayyah telah membuat keputusan bahawa apa yang disunnahkan oleh
Abu Bakar dan Umar adalah agama (dinun). (10) Justeru, ia menyalahi
firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 115 “Barang siapa yang menentang
Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang
Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke
dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali”. (11) Dan
firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak
juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk
mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada
keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka
menerima dengan sebenar-benarnya”

80. Jawapan kepada soalan: Nabi SAW bersabda kepada Ali, Wahai Ali,
engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku. (i) Fatimah isterimu,
(ii) Sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya, (iii)
Daripadanya engkau (iv) Memperolehi dua orang anak lelaki yang
mana (v) Tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya. (vi)
Khadijah pula ibu mentuamu (vii) Sedangkan aku tidak mempunyai
ibu mentua yang penyayang seumpamanya. (viii) Aku sendiri bapa
mentuamu (ix) sedangkan aku sendiri tidak mempunyai (x) bapa
mentua yang penyayang seperti bapa mentuamu. (xi) Ja‘far adalah
saudaramu (xii) Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama
Ja‘far. (xiii) Fatimah al-Hasyimiyyah adalah ibumu di mana (xiv) aku
tidak mendapat ibu seumpamanya”. (al-Majlisi, Kitab Bihar al-Anuar,
“kitab al-Syahadah” v, hlm. 511):

(i) Hadis semacam ini juga dicatat di dalam buku-buku Sunni seperti
Manaqib, Ibn Maghazili Faqih Syafi‘i daripada Nabi: ‘Wahai Fatimah! Kita
205
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Ahlu l-Bait telah dianugerahkan dengan tujuh kualiti, yang mana tiada
terdapat di mana-mana keturunan manusia. Kedudukan Nabi tertinggi
adalah milik kita, dan dia adalah bapa kamu, pengganti aku adalah terbaik
dari semua pengganti Nabi, dan dia adalah suami kamu.

Syahid kita mengatasi syahid lainnya dan dia adalah bapa saudara ku,
Hamzah. Di kalangan kita terdapat seorang yang mempunyai dua sayap
yang dengannya dia terbang bila mana dia suka di syurga, dan dia adalah
sepupu ku Ja‘far. Dari kita ada dua orang cucu yang menjadi ketua remaja di
syurga, dan mereka adalah anak kamu. Dan aku memberitahu kamu, demi
Allah yang mengawal nyawa ku, bahawa Mahdi dari ummah ini yang mana
di belakangnya Isa, anak Mariam akan bersembahyang, adalah dari
keturunan kamu.”
(ii) Perbincangan Hadis ini adalah di luar skop Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah, kerana ia memberi (iii) kelebihan kepada Ali secara menyeluruh ke
atas Abu Bakar dan Umar yang mana ia tidak boleh diterima oleh Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah walaupun ia adalah satu kenyataan (iv) kelebihan
Fatimah ke atas para isterinya selain daripada Khadijah ibunya yang
merupakan penghulu wanita alam semesta, (v) kedudukan Aisyah dan
Hafsah adalah lebih rendah daripada kedudukan Fatimah AS kerana
Fatimah adalah:
(vi) penghulu wanita syurga. (vii) kedudukan Aisyah dan Hafsah adalah
lebih rendah daripada kedudukan Khadijah, kerana dia adalah penghulu
wanita alam semesta (viii) kedua-dua anaknya; Hasan dan Husain adalah
kedua-duanya ketua pemuda syurga (vii) Khadijah dapat melahirkan wanita
seperti Fatimah AS (ix) kemudian dia malahirkan Hasan dan Husain (x)
Kemudian daripada keturunan Husain 9 para imam Ahlu l-Bait Rasulullah
SAW telah dilahirkan(xii) Ibu mentuanya adalah Khadijah adalah penghulu
wanita alam semesta; (xii) Dia adalah wanita pertama Rasulullah SAW.

(xiii) Nabi SAW tidak mempunyai mentua seperti mentua Ali; Khadijah
(xiv) Ibu Aisyah tidak setara dengan ibu mentua Ali bernama Khadijah (xv)
Ibu Hafsah juga tidak setara dengan ibu mentua Ali yang bernama Khadijah
(xvi) Bapa mentua Ali adalah penyayang dan Rasulullah SAW yang
mengatasi semua kelebihan manusia dan para malaikat (xvii) Ja‘far bin Abu
Talib adalah saudaranya Ali (xviii) berterbang dengan dua sayapnya di
syurga. (xix) Fatimah binti Asad adalah ibu kepada Ali AS yang
206
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melahirkannya di dalam Ka‘bah dan bapanya adalah Abu Talib seorang
mukmin yang bertaqiyyah.

(xx) Hadis-Hadis tentang kelebihan Ali adalah banyak umpamanya


Rasulullah SAW bersabda kepada Ali: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku
dan aku adalah daripadanya” dan dialah wali setiap mukmin selepasku” (al-
Nisa’i, al-Khasais Amir al-mukmin Ali AS, hlm. 61) (xxi) Rasulullah SAW
bersabda: Siapa yang mencaci Ali, maka dia mencaciku” (Ibid, 71) (xxii)
Rasulullah SAW bersabda kepada Ali: Tidak mencintai anda melainkan
mukmin dan tidak membenci anda melainkan munafik” (Ibid, hlm. 102)
(xxiii) “Tidakkah anda reda bahawa engkau di sisiku seperti kedudukan
Harun di sisi Musa melainkan tidak ada Nabi selepasku? (Ibid, hlm. 52)
(xxiv) Ali AS berkata: Demi Allah, akulah saudaranya, walinya, pewarisnya,
sepupunya dan siapakah yang lebih berhak daripadaku? (Ibid, hlm.59).

(xxv) Rasulullah SAW bersabda: Hasan dan Husain kedua-duanya


ketua pemuda syurga, Fatimah penghulu wanita syurga”(Ibid, hlm. 101)
(xxvi) “Hasan dan Husain kedua-duanya ketua pemuda syurga”(Ibid, hlm.
102). (xxvii) Soalnya: Kenapa kalian pegawai JAKIM mengaggap kami
“golongan Syiah dan mereka yang diracuni oleh fahaman Syiah bersifat
biadab kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul dengan berpegang kepada riwayat
al-Majlisi di dalam kitabnya Bihar al-Anwar”? (xxviii) Apa erti ini semua?
(xxix) Tidakkah kami lebih beradab dengan Nabi Muhammad SAW dengan
mematuhi Sunnahnya dan kami mengikut para imam 12 AS yang dilantik
olehnya? (xxx) Kami percaya kemaksuman Nabi Muhammad SAW
sepenuhnya (100%).

(xxxi) Adakah ia bererti kami tidak beradab kepada Nabi Muhammad


SAW sedangkan kalian mematuhi Sunnah Abu Bakar dan Sunnah Umar yang
menyalahi Sunnah Rasulullah SAW dan hukum Allah, tidak beradab pula
kepada Rasulullah SAW, tidakkah tindakan sedemikian dikira lebih tidak
beradab kepada Rasulullah SAW? (xxxii) Kenapa tidak membaca fatwa
Syeikh al-Azhar, (xxxiii) Deklarasi Amman, (xxxiv) Deklarasi Makkah al-
Mukarramah dan (xxxv)Deklarasi Islamabad?
(xxxvi) Jangan menyerahkan diri kalian kepada pemikiran jumud dan
fanatik. (xxxvii) Justeru janganlah kalian cemburu atau menyembunyikan
207
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kelebihan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW kepada orang ramai (xxxviii) dengan
memarahi Syiah. (xxxix) Tidakkah menjadikan pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah sebagai asas agama Islam itu menyalahi Hadis al-Thaqalayni?
Firman Allah di dalam surah al-Hajj (22): 46 “Sebenarnya bukan mata itu
yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada” (e-Fatwa).

81. Jawapan kepada soalan: “Bumi semuanya untuk Imam AS” bab 105
(e-Fatwa):

Perbincangan ini adalah di luar skop pemahaman Ali Sunnah wal-


Jama‘ah (Wahabi), kerana mereka tidak percaya kepada para Imam12 yang
maksum, mereka hanya percaya kepada Abu Bakar dan Umar melebihi
orang lain di zaman mereka berdua, kadang-kadang mereka tidak percaya
kepada Nabi sebagai manusia yang sempurna (insan kamil), kadang-kadang
mereka tidak percaya kepada sebahagian hukum Allah SWT di dalam al-
Qur’an. (a) Kata-kata ini adalah secara majazi, bukan secara hakiki,

justeru ia tidak bertentangan dengan kata-kata: Bumi adalah milik


Allah seperti seorang yang berkata bahawa tanah ini adalah miliknya. (631-
1) Abu Ja‘far AS telah berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati di dalam
kitab Ali AS “Sesungguhnya bumi (ini) adalah milik Allah, Dia mewariskannya
kepada orang yang Dia kehendaki daripada hamba-hamab-Nya dan
kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa”3Aku dan
keluargaku yang mana Allah telah mewariskan kami bumi[Nya] dan kami
adalah “mereka yang bertakwa” dan bumi semuanya untuk kami.

Sesiapa yang menghidupkan bumi kepunyaan Muslimin, maka


hendaklah beliau memajukannya kemudian beliau menunaikan kharajnya
(hasilnya) kepada imam daripada keluargaku dan baginya apa yang beliau
makan daripadanya. Ini bererti bumi dimiliki oleh mereka yang bertakwa
dengan izin Allah. (b) (645)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin
Muhammad secara marfu‘, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir,
daripada Abu Ja‘far AS telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Allah
telah menciptakan Adam dan Dia telah memberi dunia semuanya
kepadanya. Apa yang dimiliki oleh Adam, maka ia adalah milik Rasulullah
SAW dan apa yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, maka ia adalah milik para
imam daripada keluarga Muhammad SAW. (Kitab al-Hujjah bab 105, hlm

3 Surah al-A‘raaf (7): 128


208
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
344). Justeru kata-kata bahawa bumi semuanya untuk Imam AS. tidak
bercanggah dengan bumi adalah milik Allah, kerana Dia telah memberinya
kepada orang yang bertakwa.

82. Jawapan kepada soalan: Jawatan Imamah umum dan kenabian


biasa (e-fatwa):

Perbincangan ini adalah di luar skop pemahaman Ahli Sunnah Wal-


Jama‘ah (Wahabi), kerana pemusatan mereka hanya kepada Khalifah Abu
Bakar dan Umar yang dianggap sebagai melebihi Ali, kadang-kadang mereka
berdua melebihi Nabi dan kadang-kadang mereka berdua melebihi Allah
SWT pula tanpa disedari dari sudut amali. Menurut Syiah Ja‘afariyyah
bahawa jawatan Imamah secara umum adalah lebih tinggi dari jawatan
“kenabian biasa” dan lebih rendah dari kedudukan Nabi Muhammad SAW
kerana Nabi Ibrahim AS telah diangkat dari martabat kenabian mursal
kepada martabat Imamah berdasarkah kepada firman Allah SWT di dalam
surah al-Baaaqaraah (2): 124 “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhan-
Nya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman:
Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim
berkata: “(Dan saya mohon juga) dari keturunanku”. Allah berfirman: “JanjiKu
(ini) tidak mengenai orang yang zalim”

Ayat tersebut diturunkan selepas Nabi Ibrahim diuji dengan beberapa


ujian dan setelah itu baru dia dilantik menjadi Imam. Imam Ja‘far al-Sadiq
AS berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil Ibrahim sebagai (i)
seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang Nabi. Dan
sesungguhnya Dia mengambilnya sebagai (ii) seorang Nabi sebelum Dia
mengambilnya sebagai seorang rasul dan Dia mengambilnya (iii) sebagai
seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai (iv) seorang khalil.
Manakala Allah menghimpunkan semua perkara tersebut iaitu kenabian,
kerasulan, Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam
bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) dari
keturunanku”. Allah berfirman: “JanjiKu (ini) tidak mengenai orang yang
zalim”. Imam Ja‘far al-Sadiq berkata: orang yang bodoh (safih) tidak boleh
menjadi Imam yang takwa (al-Kulaini, al-Kafi, ii, hlm. 185)

Seterusnya mereka berhujah: Adakah adil bagi kita memperkatakan


bahawa Nabi yang diutus untuk 1000 orang itu sama dengan Nabi yang
diutuskan kepada 30 ribu orang? Tidak dinafikan bahawa tujuan Nabi-Nabi
209
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
adalah sama, tetapi mereka berbeza dari sudut martabat, kedudukan dan
pengetahuan. Kenapa Nabi kita Muhammad SAW semulia-mulia makhluk,
semulia-mulia Nabi dan rasul? Ini adalah kerana Nabi kita dapat mengetahui
kebesaran Allah yang tidak boleh dinilai dengan akal biasa kerana beliau
lebih sempurna, lebih afdhal, lebih awal pada setiap sesuatu, sama ada dari
sudut akalnya, kebijaksanaannya, idraknya yang mendalam, keberaniannya,
kemuliaannya, peribadinya, sifat-sifat insan yang terpuji dan insan contoh.
Justeru beliau adalah lebih mulia daripada nabi-nabi dan rasul-rasul (Syarif
Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 165).
Oleh itu wasi kepada Nabi Muhammad SAW itu juga mestilah melebihi
para nabi mursalin selain daripada Nabi Muhammad SAW sebab dia adalah
wasinya (penggantinya). Rasulullah SAW bersabda: Para ulama umatku
sepertilah para nabi Bani Israel” (Sulaiman al-Hanafi, YaNabi ‘al-Mawaddah,
hlm. 475).
Lantaran itu maksud dengan ulama di dalam Hadis itu bukanlah ulama
biasa yang melakukan dosa, kerana tidak munasabah ulama yang
melakukan dosa itu lebih mulia daripada para nabi yang maksum. Justeru
apa yang dimaksudkan dengan ulama itu adalah manusia yang maksum
iaitu Imam Dua Belas AS. Diriwayatkan daripada Imam Rida AS dari datuk
neneknya AS, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak menjadikan
makhluk lebih baik daripadaku dan lebih mulia daripadaku. Ali AS berkata:
Engkau berkata wahai Rasulullah, kamu lebih baik atau Jibril? Rasulullah
SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah melebihkan kedudukan Nabi-Nabi
mursalin daripada Malaikat-Nya al-Muqarrabin dan melebihi aku di atas
sekalian para nabi dan para rasul.

Dan kelebihan selepasku adalah untuk kamu, wahai Ali, dan para
imam selepas kamu, kerana para malaikat adalah khadam kita, khadam
orang yang mencintai kita sehingga baginda bersabda: Kemudian
sesungguhnya Allah telah menjadikan Adam, maka Allah telah meletakkan
kita di hujung sulbinya dan Dia memerintahkan sujud kepadanya, kerana
menghormatinya dan sujud mereka itu adalah ibadat.

Sujud mereka kepada Adam adalah untuk kemuliaan dan ketaatan


kerana kita berada di sulbinya” (Sulaiman al-Balkhi, Yanabi’ al-Mawaddah,
hlm.485). Dari Sa‘id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbas berkata: Bersabda
Rasulullah SAW: Sesungguhnya khalifah-khalifahku dan wasi-wasiku, hujah-
hujah Allah di atas makhluk-Nya selepasku ialah 12 orang; yang pertama Ali
dan yang akhirnya cicikku al-Mahdi; maka Ruhullah Isa bin Maryam akan
210
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bersembahyang di belakang al-Mahdi” (al-Farra’, Ma‘ani al-Qur’an, i, hlm.
106). Justeru martabat Imam al-Mahdi adalah lebih tinggi daripada Nabi Isa
sebagai Nabi mursal, kerana beliau akan bersembahyang di belakang Imam
al-Mahdi AS (Sulaiman al-Balkhi, Yanabi’ al-Mawaddah, 445). Rasulullah
SAW bersabda: Siapa yang ingin melihat kepada Adam tentang ilmunya,
kepada Nuh tentang azamnya, kepada Ibrahim tentang akhlak lembutnya,
kepada Musa tentang kehebatannya, kepada Isa tentang kezuhudannya,
maka hendaklah ia melihat kepada Ali bin Abi Talib” (Ahmad bin Hanbal,
Musnad, Fadhl Ali AS, Yanabi’ al-Mawaddah, bab 40).

83. Jawapan kepada soalan: Kedudukan para sahabat dan kelebihan


Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang disembunyikan daripada
pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan mendewakan sahabat:

Penentangan terhadap Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah sunnah


Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman, ia bukanlah Sunnah Rasulullah SAW.
Kemudia ia diikuti oleh Sunni dan ia dijadikan sebagai akidah mereka secara
sedar atau pun tidak. Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah lebih
tinggi daripada kedudukan para sahabat di sisi Allah dan Rasul-Nya. Untuk
menyembunyikan hakikat ini, penguasa Sunni memasukkan Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW yang disucikan di dalam surah al-Ahzab (33): 33 ke dalam
(a) kategori sahabat (b) yang mana mereka adalah lebih rendah
daripada kedudukan Abu Bakar, kemudian Umar dan kemudian Uthman (c)
dengan berbagai-bagai alasan bagi menghina mereka termasuk alasan
politik dan keselamatan negara.

Justeru ia adalah menyalahi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW yang


mengutamakan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW ke atas para sahabat. (d)
Lantaran itu masyarakat Sunni hampir tidak mengetahui (e) konsep Ahlu l-
Bait Rasulullah SAW (f) dan keistimewaan mereka ke atas para sahabat
yang mana (g) Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah wajib dihormati dan
dipatuhi (h) Sunni hanya menyebut Ahlu l-Bait Rasulullah SAW ketika
membaca doa tahlil arwah sahaja bagi mendapat keberkatan tanpa nilai
politik. Justeru ia disembunyikan (i) kerana khuatir kelebihan Ali AS ke atas
Abu Bakar, Umar dan Uthman akan terdedah kepada umum (j) Justeru ia
akan membuka jalan kepada mereka untuk menyokong Ali AS dan mungkin
menjadi Syiah pula.
211
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Oleh itu, Sunni memusatkan kepada dua perkara untuk menjauhkan
Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dari jawatan Imamah dan penghormatan orang
ramai yang selayaknya kepada mereka: (i) Meletakkan Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW di dalam kategori sahabat yang lebih rendah daripada
kedudukan Abu Bakar, Umar dan Uthman (2) Menolak kewujudan nas
perlantikan daripada Rasulullah SAW untuk mereka menjadi Khalifah
selepasnya (3) Kuasa politik menghalang mereka dan membuat mereka
dihina di sepanjang zaman. (4) Akibatnya para pengikut mereka (Syiah) juga
menghadapi kesusahan, diusir, disisih, dipenjara atau dikenakan tindakan
yang tidak sewajarnya-Tidak mempunyai Hak Asasi Manusia lagi untuk
mereka. Khalifah Ali AS berkata: Manusia sama ada saudara dalam agama
atau mempunyai hak yang sama dalam kemanusiaan”

Rasulullah SAW bersabda: “Kami Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan


dengan orang lain” (al-Qundizi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 206).
Dan jika Ahlu l-Bait Rasulullah SAW diletakkan sebagai setaraf dengan para
sahabat sekalipun, ia adalah tidak tepat dan bertentangan dengan al-Qur’an
dan Hadis Nabi SAW itu sendiri. Apatah lagi jika mereka diletakkan di
bawah kedudukan para sahabat (yang tidak disucikan). Tidakkah berita ini
mendukacitakan kalian?

(I). Mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah wajib sebagaimana


firman-Nya di dalam surah al-Syura (42): 23 “Katakanlah: Aku tidak
meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih sayang kepada kerabat(ku)”
Maksud dengan kerabat (al-Qurba) di dalam ayat itu adalah Ahlu l-Kisa’: Ali,
Fatimah, Hasan dan Husain. Ibn Abbas berkata manakala turun ayat, mereka
bertanya: Siapakah kerabat yang diwajibkan ke atas kami kasih sayang
terhadap mereka? Rasulullah SAW bersabda: Ali, Fatimah dan dua anak
lelakinya” (Ibn Kathir, Tafsir, iv, hlm. 122, al-Tabari, Tafsir, xxv, 16, al-
Zamakhsyari, Tafsir al-Kasysyaf, iii, 467).

(II). Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mati kerana mencintai


keluarga Muhammad (ali Muhammad), maka dia akan mati sebagai syahid”.
“Sesiapa yang mati kerana mencintai keluarga Muhammad, maka dia akan
diampun dosanya” (al-Zamakhsyari, Tafsir Kasysyaf, iv, hlm. 220) dan
sabdanya: Cintailah Ahlu Baitku kerana kalian mencintaiku” (Sunan al-
Turmudhi, v, 622/3789, Tarikh Baghdad, iv, hlm. 160). Oleh itu, wajib
mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW kerana mereka adalah manusia yang
suci yang dicintai oleh Rasulullah SAW.
212
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

(III). Rasulullah SAW bersabda: “Umpama Ahlu l-Baitku pada kamu


adalah seperti bahtera Nuh, siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang
tidak menaikinya akan tenggelam” (al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 343, al-
Tabrani, al-Ausat, hlm. 216). Hadis ini menunjukkan bahawa khalifah
adalah daripada Ahlu l-Bait AS yang mana ketuanya adalah Nabi SAW dan
ketika wafat, baginda berjanji kepada Ahlu l-Baitnya supaya memudikannya.
Anak lelaki Nabi Nuh AS tidak berjaya kerana dia tidak bersama bahtera
bapanya.
(IV). Rasulullah SAW bersabda: Umpama Ahlu i-Baitku pada kamu
sepertilah pintu taubat Bani Israel (bab hittah Bani Israil), sesiapa yang
memasukinya diampun dosanya” (al-Sawa‘iq al-Muhriqah, 125, al-Mu‘jam
al-Ausat,vi, hlm. 85, al-Mu‘jam al-Saghir, ii, hlm. 22). Hadis ini menunjukkan
bahawa Ahlu l-Bait AS merupakan tempat untuk mendapat keampunan ilahi
seperti pintu taubat Bani Israel.

(V). Rasulullah SAW bersabda: “Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah
pintunya” Justeru sesiapa yang mahukan ilmu, hendaklah dia datang melalui
pintunya (Ali). (al-Mustadrak, iii,126, Tarikh Baghdad, 377, al-Sawa‘iq al-
Muhriqah, hlm. 37).

(VI) Rasulullah SAW bersabda: “Ini Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan
Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 216, Ahmad bin Hanbal. al-
Musnad, I, hlm. 111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al-‘Ummal, vi,hlm.401).
Hadis ini menunjukkan Ali AS adalah Khalifah secara langsung selepas
kewafatan Rasulullah SAW.

(VII) Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku


dan aku adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku”
(Sahih al-Turmudhi, v, 632, Musnad Ahmad, v, 356, Khasa’is al-Nasa’i, 61-64).

(VIII) Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka


aku akan menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-
Thaqalayni (dua perkara yang berat-penyelamat); Kitab Allah yang
merupakan tali Allah (hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku
Ahli Baiti (‘itrati ahli baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak
telah berfirman kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan
berpisah (lan yaftariqaa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di
kolamku (haudhi). Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian
213
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menggantikan aku (mentaati aku) pada kedua-duanya” (Musnad al-Imam
Ahmad bin Hanbal, iii,17, 26, 96). Hadis ini menunjukkan Imamah dan
kemaksuman Ahlu l-Bait Nabi SAW

84. Kaitan perkataan Syi‘ah dengan fatwa

Syi‘ah bererti golongan. Di dalam al-Qur’an ia disebut beberapa kali


antaranya di dalam surah al-Safat (37): 83 “Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syi‘ahnya (golongannya) ingatlah ketika dia datang
kepada Tuhannya dengan hati yang suci”.
Di dalam surah Maryam (19): 69 “Kemudian pasti akan Kami tarik
daripada tiap-tiap golongan (Syi‘ati-hi) meminta pertolongan kepadanya
untuk mengalahkan orang yang daripada musuhnya”
Di dalam surah al-Qasas (28): 15 “Ini adalah daripada Syi‘ahnya dan
ini adalah daripada musuhnya. Maka dia meminta pertolongan daripada
Syi‘ahnya ke atas musuhnya”
Sementara perkataan Syi‘ah telah disebut di dalam Hadis Nabi SAW.
Imam al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur, ketika menjelaskan tentang
surah Bayyinah (98): 7 “Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan
kebajikan, mereka itulah sebaik-baik makhluk” maka dia mengutip sabda
Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai Ali, anda dan Syi‘ah anda di hari Kiamat
nanti di dalam reda dan meredai” Dan sabdanya lagi: “Ini Ali dan Syi‘ahnya
(golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di hari
Kiamat kelak” (al-Durr al-Manthur, Beirut,tt, hlm. 379). Fatwa-fatwa
daripada para Syeikh al-Azhar telah memperakui dua golongan Syiah
Imamiyyah; Syiah mazhab Ja‘fari dan Syiah mazhab Zaidi. Begitu juga
Deklarasi Amman 2005, Deklarasi Makkah al-Mukarramah 2006, Dekalarasi
Islamabad 2007 dan Deklarasi Cairo 1990 telah memperakui 8 mazhab
dalam Islam antaranya dua mazhab Syiah; mazhab Ja‘fari dan mazhab Zaidi.

85. Kaitan perkataan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dengan fatwa

Sejarah ringkas: Perkataan “Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” di dalam


pemikiran teologi Islam dirujukkan kepada Abu al-Hasan al-Asy‘ari
(w.330H) dan al-Maturidi (w. 331H). Kedua-duanya pernah hidup di abad
ketiga hijrah. Para pengikut Abu al-Hasan al-Asy‘ari di kenali dengan al-
Asya‘irah. Sementara para pengikut al-Maturidi dikenali dengan al-
Maturidiyyah.
214
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Kemudian para pengikut mereka berdua dikenali sebagai Ahli Sunnah
Wal-Jama’ah. Ini bererti hamper tiga abad selepas kewafatan Nabi SAW
orang Islam tidak berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Dan
perkataan ‘al-Jama‘ah” mula digunakan oleh al-Baghdadi (w. 429 H) di
kalangan al-Asya‘irah selepas perkataan Ahli Sunnah. (al-Farq Baina al-
Firaq, Beirut 1973 hlm. 304).

Kemudian diikuti penggunaanya oleh al-Syahrastani (al-Milal Waal-


Nihal,I, hlm.11). Sementara Khalifah Ali AS berkata bahawa perkataan al-
Jama‘ah itu adalah bersama kebenaran walaupun mereka adalah sedikit. Al-
Furqah (perpecahan) ialah mengikut Ahli al-Batil walaupun mereka itu
ramai (Abd al-Jabbar, Fadhl al-I‘tizal, Cairo, 1995, hlm.185).

Di kalangan al-Asya’irah ada yang menyesat dan mengkafirkan


sesama mereka sendiri mengenai sifat-sifat Tuhan. Dan dikalangan al-
Muturidiyyah pula ada yang menyesat dan mengkafirkan sesama mereka
pula. Dan antara Asya‘irah dan al-Maturidiyyah mereka tidak sependapat di
dalam banyak perkara seperti konsep al-Kasb dan sifat-sifat Tuhan. Justeru
mereka menyesat dan mengkafirkan antara satu sama lain.

Di Malaysia, pada umumnya, Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dirujukkan


kepada mereka yang berpegang kepada aliran Abu al-Hasan al-Asy‘ari dan
al-Asya‘irah dari segi teologi dan mazhab Syafi‘i dari segi fekah. (al-Subki,
Tabaqat al-Kubra dan lain-lain), tetapi fatwa pengharaman Syiah pada 5.5.
1996 adalah berasaskan mazhab Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai
Ahli sunnah Wal-Jama‘ah pimpinan Muhammad bin Abdul Wahhab kerana
Abul Hasan al-Asy‘ari tidak mengkafir seorang pun daripada Ahli Qiblat (al-
Ibanah, hlm.10).

86. Jawapan kepada soalan: Penyaksian sahabat bahawa mereka telah


mengubah Sunnah Rasulullah SAW sehinggakan sembahyang.

Al-Bukhari telah meriwiyatkan bahawa Anas bin Malik berkata: Aku


tidak dapati (hari ini) sesuatu pun yang (telah dilakukan) pada masa
Rasulullah SAW” Seorang bertanya: Al-Salah (sebagaimana ia telah
dilakukan), Anas berkata: Tidakkah kalian melakukan apa yang kalian telah
melakukannya (alaisa sana’tum ma sana‘tum)?
215
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Al-Zuhri berkata: Dia telah menziarah Anas Bin Malik di Damaskus dan
mendapatinya pada masa itu sedang menangis, lalu dia bertanya kepadanya:
Kenapakah anda menangis? Dia menjawab: Aku tidak mendapati atau
mengetahui sesuatu yang lebih baik daripada sembahyang (al-Salah) pada
masa Rasulullah SAW, tetapi kini ia dihilangkan/diubah (tidak dilakukan
sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAW) (al-Bukhari, Sahih, i,
Hadis No. 507, bab tadhyi‘ al-Salah, hlm. 301).

Riwayat al-Bukhari tersebut menunjukkan pengakuan sahabat Anas


Bin Malik bahawa Sunnah-sunnah Rasulullah SAW telah diubah sehinggakan
sembahyang yang mana ia tidak dilakukan sebagaimana dilakukan oleh
Rasulullah SAW. Anas Bin Malik amat menyesali sikap para sahabat
Rasulullah SAW yang melakukan sedemikian.

87. Jawapan kepada soalan: Pengakuan sahabat bahawa mereka telah


mengubah Sunnah Rasulullah SAW dan persahabatan mereka
dengannya tidak menjamin mereka dari seksaan neraka.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa al-Barra’ Bin ‘Azib


menyatakan bahawa para sahabat telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW
selepas kewafatan baginda SAW. Dan persahabatan mereka dengan
Rasulullah SAW tidak dapat membantu mereka kerana mereka telah
menyalahi Sunnahnya.
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku telah
berjumpa dengan al-Barra’ Bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah
beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat dengan Nabi SAW (sahab-
ta al-Nabi) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai
anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang telah kami
lakukan (ahdath-na-hu) selepasnya” (al-Bukhari, Sahih, v, Hadis No. 488,
hlm. 343).
Justeru, riwayat al-Bukhari tersebut adalah menyalahi akidah Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyatakan bahwa semua sahabat adalah adil. Ia
direka bagi kepentingan politik keduniaan sehingga ia menjadi suatu bentuk
penjajahan mental yang halus sehingga ia sukar dikikis dari pemikiran Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dan golongan Salafi/Wahabi.

88. Jawapan kepada soalan: Sahabat telah mengubah Sunnah


Rasulullah SAW dengan mematuhi dan meredai sunnah Khalifah Umar
216
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Syaqiq Bin Salmah, dia berkata:
Aku bersama Abdullah Bin Musa. Abu Musa berkata kepadanya: Apa
pendapat anda, wahai Abu ‘Abdal-Rahman apabila seorang itu berada di
dalam junub (janabah), kemudian dia tidak mendapati air, bagaimana dia
harus melakukannya? Abdullah berkata: Dia tidak payah sembahyang
sehingga dia mendapati air.

Abu Musa berkata lagi: Apa pendapat anda tentang kenyataan ‘Ammar
(yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melakukan tayammum)
yang mana Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Lakukanlah tayammum
kerana ia memadai” ‘Abdullah menjawab: Tidakkah anda fikir bahawa Umar
tidak berpuas hati dengan kenyataan ‘Ammar?

Abu Musa menjawab: Tinggalkan kenyataan ‘Ammar, tetapi apa


pendapat anda tentang ayat tayammum (fa-tayammamu sa‘idan tayyiban)
surah al-Ma’dah (5): 6? Abdullah tidak menjawab, kemudian dia berkata:
Jika kita membenarkan tayammum, mungkin mereka akan melakukannya
meskipun air boleh didapati terutamanya apabila seorang itu mendapati air
ketika itu dalam keadaan sejuk. Maka aku pun berkata kepada Syaqiq:
Adakah Abdullah tidak mahu melakukan tayammum kerana ini? Dia
menjawab: Ya. (al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 342, hlm. 207-208).

Riwayat tersebut menunjukkan bahawa sahabat tidak meredai hukum


Allah SWT dan Sunnah Nabi-Nya kerana mereka lebih meredai sunnah
Umar. Dan Khalifah Umar sendiri tidak berpuas hati dengan Sunnah Nabi
SAW sebagaimana dinyatakan oleh ‘Abdullah. Oleh itu, Khalifah Umar telah
menolak Sunnah Nabi SAW dengan menciptakan sunnahnya sendiri; tidak
payah sembahyang jika tidak ada air. Justeru, tidak hairanlah jika kita dapati
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah lebih mematuhi sunnah Umar dari Sunnah Nabi
SAW. Tidakkah begini akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?

89. Jawapan kepada soalan: Sahabat telah mencaci, menghina dan


menyakiti Nabi SAW dengan menyatakan bahawa Nabi SAW adalah
seorang yang tidak jujur dalam pembahagian harta bukan kerana
Allah SWT.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ‘Abdullah berkata: Nabi SAW


telah membahagi-bahagikan (harta) pembahagian sebagaimana beliau
sering melakukannya. Tiba-tiba seorang lelaki (sahabat) daripada Ansar
217
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
berkata: “Demi Allah, (cara) pembahagian tersebut bukanlah dilakukan
kerana Allah” Aku berkata: Aku pasti akan memberitahu perkara ini kepada
Nabi SAW. Maka aku pun mendatanginya ketika itu beliau berada di
samping para sahabatnya. Lalu aku memberitahu beliau secara sulit.
Perkara tersebut amatlah berat ke atas Nabi SAW, lalu warna muka beliau
berubah dan menjadi merah sehingga aku menyesal memberitahukannya.
Kemudian beliau bersabda: Musa disakiti lebih daripada ini, tetapi dia tetap
bersabar” (al-Bukhari, Sahih, viii, Hadis No. 122, hlm.78). Hadis tersebut
adalah menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang mengatakan
bahawa semua sahabat adalah adil.

90. Jawapan kepada soalan: Sahabat telah mencaci dan menghina Nabi
SAW dengan beriktikad bahawa mereka adalah lebih mengetahui
(alim) tentang Allah dan lebih bertakwa kepada Allah SWT daripada
Nabi SAW.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Aisyah berkata: Nabi SAW


telah melakukan sesuatu dan menggalakkan para sahabatnya supaya
melakukannya, tetapi sebahagian daripada mereka tidak mahu
melakukannya. Apabila berita mengenainya sampai kepada Nabi SAW, maka
beliau menyampaikan khutbah dan memuji Allah SWT, kemudian bersabda:
Apa telah terjadi kepada mereka yang tidak mahu melakukan perkara yang
aku sendiri melakukannya? Demi Allah, aku lebih mengetahui (alim)
tentang Allah daripada mereka dan akulah orang yang paling bertakwa
kepada-Nya daripada mereka (al-Bukhari, Sahih, viii, Hadis No. 123, hlm.
79). Hadis tersebut adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah yang menyatakan bahawa semua sahabat adalah baik dan adil.

91. Jawapan kepada soalan: Khalifah Umar telah mencaci dan


menghina Nabi SAW dengan menghalangnya dari menulis wasiatnya
dan mengatakan bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau
menurut satu riwayat. Al-Qur’an adalah cukup untuk kita sementara
Sunnah Nabi SAW tidak perlu.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ’Ubaidillah Bin ’Abdullah


berkata: Apabila Nabi SAW sedang sakit tenat, beliau bersabda: Kalian
bawakan kepadaku kertas (kitaban) di mana kalian tidak akan sesat selama-
lamanya. Lantas Umar berkata (kepada hadirin): Nabi SAW sedang sakit
tenat di dalam riwayat yang lain Umar berkata: Nabi SAW sedang meracau)
218
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dan di sisi kita Kitab Allah dan ia adalah mencukupi bagi kita (tanpa wasiat-
Sunnah Nabi SAW). Lalu mereka berselisih pendapat mengenainya (di
antara menuruti perintah Nabi SAW dan perintah Umar yang menghalang
mereka supaya membawa kertas kepada Nabi SAW). Nabi SAW pun
bersabda: Pergilah kalian dariku kerana tidak layak bagi kalian berkelahi di
hadapanku. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah
SAW dari menulis surat wasiatnya”(al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 114, hlm.
86).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa:
1. Nabi SAW telah memerintahkan supaya dibawa kepadanya surat (kitab)
supaya beliau dapat menulis sesuatu untuk kebaikan umat.
2. Supaya mereka tidak sesat selama-lamanya.
3. Tiba-tiba Khalifah Umar menghalangnya dengan memberi alasan:
a. Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau.
b. Kitab Allah adalah mencukupi bagi kita.
c. Kita tidak memerlukan Sunnah Nabi SAW.
4. Hadirin menentang perintah Umar.
5. Berlaku keriuhan dan tangisan.
6. Nabi SAW memerintahkan mereka (Umar dan kumpulannya) supaya
keluar kerana dialah punca angkara.
7. Umar dan kumpulannya mematuhi perintah Nabi SAW supaya keluar dari
tempatnya.
8. Pertengkaran berlaku di hadapan Nabi SAW dan menghalang perintahnya
adalah tidak wajar. Lalu beliau marah dan memerintahkan supaya Umar dan
kumpulannya kelaur.
9. Kumpulan yang ingin menurut perintah Nabi SAW telah dihalang oleh
Umar.
10. Nabi SAW tidak meneruskan wasiatnya secara bertulis di hadapan
hadirin ketika itu kerana Umar telah menghalangnya dan pertengkaran
telah berlaku. Apatah lagi kata-kata Umar telah menyakiti hati Nabi SAW.
11. Alasan Umar menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya adalah tidak
wajar:
a. Beliau adalah seorang Nabi SAW. Oleh itu, beliau tidak bercakap sesuatu
melainkan wahyu yang diwahyukan.
b. Beliau bersabda: Suatu perkara kalian tidak akan sesat selama-lamanya.
c. Beliau tetap rational kerana beliau adalah seorang Nabi dan tuduhan
Umar terhadapnya adalah taktik halus untuk menghalang penulisan
tersebut.
219
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
d. Ini bererti Umar lebih mengetahui tentang kesakitan Nabi SAW daripada
Nabi SAW sendiri.
e. Umar lebih mengetahui tentang agama dan masa depan umat daripada
Nabi SAW sendiri.
12. Umar telah mencapai matlamatnya iaitu menegah Nabi SAW dari
menulis wasiat.
13. Khalifah Umar telah memahami tujuan utama Nabi SAW menulis surat
tersebut, tetapi dia tidak bersetuju dengan isi kandungannya kelak;
perlantikan Ali sebagai pengganti Nabi SAW secara bertulis selepas
perlantikannya secara lisan di Ghadir al-Khum.
14. Khalifah Umar tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW ketika itu.
15. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah SAW dari
menulis surat wasiatnya
16. Malapetaka itu adalah tindakkan Umar dan kumpulannya termasuk Abu
Bakar dan Uthman yang menghalang Rasulullah dari menulis wasiatnya.
17. Tindakan Umar dan kumpulannya adalah sebuah penghinaan kepada
Rasulullah SAW dan umat Islam kerana Rasulullah SAW telah memberi
jaminan bahawa wasiatnya tidak akan menyesatkan umat ini selama-
lamanya.
18. Khalifah Umar telah menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya,
tetapi beliau membenarkan Khalifah Abu Bakar menulis surat wasiatnya
untuk melantik beliau menjadi khalifah selepasnya.

92. Jawapan kepada soalan: Adakah Khalifah Umar pernah mengesyaki


kenabian Nabi Muhammad SAW selepas Islamnya?

Ya. Al-Bukhari telah meriwiyatkan bahawa Khalifah Umar berkata: Aku


telah berjumpa dengan Nabi SAW dan berkata: Tidakkah anda benar-benar
Nabi Allah (alas-ta nabiyya llahi haqqan) ? Beliau SAW menjawab: Ya. Aku
berkata lagi: Tidakkah kita di atas kebenaran dan musuh kita di atas
kebatilan? Beliau menjawab: Ya. Aku berkata: Kenapakah kita mesti
merendah diri di dalam agama kita? Beliau SAW menjawab: Sesungguhnya
aku ini Rasulullah (inni rasulullah) dan aku tidak mendurhakaiNya dan
Dialah pembantuku. Aku pun berkata: Tidakkah anda telah memberitahu
kami sesungguhnya kita akan mendatangi Ka‘bah dan melakukan Tawaf?

Beliau SAW menjawab: Ya, tetapi adakah aku telah memberitahu anda
bahawa kita akan mendatangi Ka‘bah pada tahun ini? Aku menjawab: Tidak.
Beliau SAW berkata: Sesungguhnya anda akan menziarah Ka‘bah dan
220
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melakukan Tawaf. Dia berkata: Aku pun mendatangi Abu Bakar. Maka aku
pun bertanya kepadanya: Tidakkah beliau ini Nabi Allah yang sebenar?
(alaisa hadha nabiyyu llahi haqqan) ? Dia (Abu Bakar) menjawab: Ya. Aku
berkata: Tidakkah kita di atas kebenaran dan musuh kita di atas kebatilan?
Dia menjawab: Ya. Aku berkata lagi: Kenapakah kita merendah diri dalam
agama kita?
Dia menjawab: Wahai Umar! Sesungguhnya beliau itu adalah
Rasulullah (inna-hu la-rasulullah), beliau tidak mendurhakai Tuhannya dan
Dialah pembantunya. Oleh itu, berpeganglah kepadanya, kerana beliau di
atas kebenaran. Aku berkata: Tidakkah beliau memberitahu kepada kita
sesungguhnya kita akan mendatangi Ka‘bah dan melakukan Tawaf? Dia
menjawab: Ya. Adakah beliau SAW memberitahu anda sesungguhnya anda
akan mendatangi Ka‘bah pada tahun ini?

Aku menjawab: Tidak. Beliau SAW berkata: Sesungguhnya anda akan


mendatanginya dan melakukan Tawaf” (al-Bukhari, Sahih, iii, Hadis No. 891
bab al- Syurut fil-Jihad, hlm. 565-569, Muslim, Sahih, iv, hlm. 12, 14). Di
dalam riwayat yang lain pula, Khalifah Umar berkata: Aku tidak mengesyaki
kenabian Muhammad seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah (ma
syakak-tu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma al-Hudaibiyyah).
Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian Nabi
Muhammad SAW, tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih
banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada syak-syak sebelumnya
(sila lihat, Kitab Muktamar Ulama Baghdad, hlm. 33 dan lain-lain). Justeru
Khalifah Umar lebih mempercayai Khalifah Abu Bakar daripada Rasulullah
SAW itu sendiri.

93. Jawapan kepada soalan: Apakah kesan dan akibatnya bagi mereka
yang percaya bahawa kemaksuman Nabi SAW tidak sepenuhnya
(100%) iaitu hanya semasa menyampaikan wahyu sahaja?

Mereka tidak akan mematuhi al-Qur’an dan Hadis sepenuhnya;


mereka menyalahi al-Qur’an antaranya surah al-Najm (53): 3-4 “dan
tidaklah yang diucapkannya itu menurut keiginannya. Tidak lain adalah
wahyu yangdiwahyukan” Dan firmannya surah al-Nisa’ (4): 80 “ Barang
siapa yang mentaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah
mentaati Allah” Mereka menyalahi Hadis al-Thaqalayni, Hadis al-Safinah,
Hadis bab al-Hittah dan lain-lain. Mereka akan mematuhi sunnah sunnah
Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi
221
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
SAW. Mereka akan menjadikan sunnah mereka sebagai akidah atau agama
bagi mendekatkan diri kepada Allah dan memaksa orang lain mematuhinya
pula (sila lihat al-Suyuti, Ibid).

94. Jawapan kepada soalan: Apakah kesan dan akibatnya bagi mereka
yang percaya kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%)?

Mereka mematuhi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya (100%) dari
segi teori dan amali. Mereka akan menolak sunnah Abu Bakar, Umar dan
Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW, umpamanya.
Maka merekalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar.

95. Jawapan kepada soalan: Apakah hubungan antara mereka yang


tidak percaya kepada kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%)
dengan mereka yang mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW?

Mungkin ada bubungan antara kedua-duanya atau ia tidak ada


hubungan dengan yang kedua atau ia disebabkan kejahilan dan kefanatikan
mereka dalam kedua-dua perkara tersebut.

96. Jawapan kepada soalan: Apakah kesan dan akibatnya bagi mereka
yang tidak percaya kepada kemaksuman Ahlu l-Bait Rasulullah SAW
yang terdiri daripada Fatimah dan 12 Imam?

Mereka menyalahi firman Allah di dalam surah al-Ahzab (33): 33, surah Ali
Imran (3): 61, surah al-Maidah (5): 55, surah al-Syura (42): 23, surah al-
Maidah (5): 67, Hadis al-Thaqalayni, Hadis al-Safinah, Hadis al-Hittah, Hadis
12 Imam/ 12 Khalifah dan lain-lain.

97. Jawapan kepada soalan: Khalifah Umar telah mengakui sebab


kegelisahannya dan ketakutannya bagi menghadapi azab Allah SWT:

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas berkata kepada Khalifah


Umar selepas dia ditikam: Wahai Amir al-Mukminin! Tidakkah anda telah
bersahabat dengan Rasulullah SAW dan persahabatan anda dengannya
adalah baik. Kemudian beliau meninggalkan anda di dalam keadaan reda
terhadap anda. Kemudian anda bersahabat pula dengan Abu Bakar, maka
persahabatan anda dengannya adalah baik, dia meninggalkan anda di dalam
keadaan reda terhadap anda. Kemudian anda bersahabat dengan sahabat-
222
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sahabat mereka, maka persahabatan anda adalah baik dan sekiranya anda
meninggalkan mereka, maka mereka meredai anda!

Umar menjawab: Ada pun apa yang anda sebutkan tadi tentang
persahabatan dengan Rasulullah dan keredaannya, maka ia merupakan satu
kurnian daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Ada pun apa yang
anda sebutkan tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan keredaannya,
maka ia juga satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku,
tetapi apa yang anda lihat tentang kegelisahanku adalah kerana anda dan
sahabat anda. Demi Allah, sekiranya aku mempunyai segunung emas,
nescaya aku menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku
menjumpaiNya (al-Bukhari, Sahih, v, Hadis No. 41, hlm. 29).

(i) Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam surah
Yunus (10): 54 “ dan kalau setiap orang yang zalim itu mempunyai segala
apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu...” (ii) Dan
sekiranya dia seorang wali Allah, maka dia tidak perlu khuatir dengan azab
Allah SWT kerana Dia berfirman di dalam surah Yunus (10): 62-64
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada
mereka, dan mereka tidak bersedih hati” “(Iaitu) orang-orang yang beriman
dan sentiasa bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di
dunia dan di akhirat.Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian
itulah kemenangan yang agung”

(iii) Kenyataan Khalifah Umar kepada Ibn ‘Abbas bahawa sebab


“kegelisahanku adalah kerana anda dan sahabat anda”, (iv) kemungkinan ia
dirujuk kepada Bani Hasyim secara umum dan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW
secara khusus- Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS. Antaranya, (v) kerana
Khalifah Umar telah menghina Nabi SAW dengan mengatakan Nabi SAW
sedang sakit tenat atau meracau, (vi) menghalang wasiat Nabi SAW dari
ditulis, (vii) menyerang rumah Fatimah AS, (viii) merampas hak khalifah
dari Ali Bin Abi Talib AS (ix) mengubah Sunnah Nabi SAW dan lain-lain.

(x) Kenyataannya juga memberi implikasi bahawa persahabatannya


dengan Nabi SAW tidak menjamin dirinya dari azab Allah SWT kerana
beliau telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW sebagaimana dijelaskan oleh
Khalifah Ali AS. (xi) Dan kata-katanya: “Demi Allah, sekiranya aku
mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus diriku dengannya dari
azab Allah sebelum aku menjumpaiNya” (xii) merupakan sebuah pengakuan
223
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bahawa beliau telah melakukan kezaliman kepada Bani Hasyim khususnya
kepada Rasulullah SAW dan Ahlu l-Baitnya.

Justeru, “hadis” 10 orang sahabat dijamin syurga adalah sebuah hadis


maudhu‘(palsu), kerana Khalifah Umar sendiri telah menolaknya. Khalifah
Ali AS telah menolaknya, Aisyah juga telah menolaknya, kerana beliau telah
mengkafirkan Khalifah Utman. Beliau berkata: “Bunuhlah na’lathan
(Uthman), kerana dia telah kafir” (sila lihat, Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-
Balaghah, ii, hlm. 77). Justeru, bagaimana Aisyah telah mengkafirkan
Khalifah Uthman jika beliau seorang dari ahli syurga? Walau bagimana pun,
hisab yang sebenarnya terserah kepada Allah SWT di Akhirat kelak.

98. Jawapan kepada soalan: Apakah benar bahawa Khalifah Abu


Bakar, Umar dan Uthman di antara sahabat yang telah memberi baiah
kepada Ali AS di hadapan Rasulullah SAW sebagai Khalifah/Imam
selepas Rasulullah SAW ?

Ya, benar. Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman telah memberi baiah
kepada Ali AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW di hadapan
Rasulullah SAW selepas Hajjatul-Wida’ di Ghadir Khum. Al-Tabari telah
meriwayatkan Hadis dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam dan
diakhirnya dia berkata: Orang yang pertama berjabat tangan dengan Nabi
SAW dan Ali adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Muhajirin,
Ansar dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan sembahyang Zohor dan
Asar berjama‘ah di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan baiah dan
bertepuk tangan tiga kali. (Kitab al-Wilayah, 18-19, al-Musnad, iv, hlm. 370,
Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma‘arif, hlm. 251, al-Muraj‘aat, hlm. 262, Asbab al-
Nuzul, hlm. 150, al-Durr al-Manthur , ii, hlm. 298, Ruh al-Ma ‘ani, vi, 172, Nur
al-Absar, hlm. 75, Tarikh al-Ya ‘qubi, ii, hlm. 32).

Allah berfirman di dalam surah al-Ma’idah (5): 67 “Wahai Rasul!


Sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu. Jika tidak engkau
lakukan (apa yang diperintahkan itu) bererti engkau tidak menyampaikan
amanat-Nya. Dan Allah memelihara engkau dari (gangguan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir”
Menurut ahli Tafsir bahawa Jibra’il AS telah datang kepada Rasulullah
SAW supaya melantik Ali sebagai khalifah. Rasulullah SAW terasa takut
untuk mengisytiharkan Ali sebagai Imam/Khalifah selepasnya kerana umat
Arab baru saja memeluk Islam. Rasulullah SAW khuatir bahawa mereka
224
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
akan menolaknya kerana melantik sepupunya menjadi khalifah. Jibra’il AS
telah datang kepada Rasulullah SAW sebanyak tiga kali, lalu meminta
supaya Ali diisytiharkan sebagai Imam/Khalifah selepasnya. Kemudian
Jibra’il membaca surah al-Maa’idah (5): 67.

Antara khutbahnya di Ghadir Khum, Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya Jibra'il telah turun kepadaku sebanyak tiga kali
memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku
terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya kepada semua
peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang berkulit hitam bahawa
sesungguhnya Ali bin Abi Talib AS adalah saudaraku, wasiku, khalifahku
dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan
Harun di sisi Musa selain dari kenabian kerana tiada nabi selepasku.
Beliaulah wali kalian di sisi Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah SWT
telah menurunkan ke atasku satu ayat mengenai wilayah Ali di dalam surah
al-Maidah (5): 55 “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan
orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam
keadaan rukuk"

Ali bin Abi Talib telah mendirikan solat dan menunaikan zakat di
dalam keadaan rukuk kerana melakukan ibadat kepada Allah pada setiap
masa. Aku telah memohon maaf kepada Jibra'il lantaran aku tidak
menyampaikannya kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku mengetahui
betapa sedikitnya orang yang bertakwa, betapa ramainya orang yang
munafik, pengkhianat dan tipudaya orang bersandarkan Islam yang
disifatkan oleh Allah di dalam kitab-Nya surah al-Fath (48): 11 "Mereka
mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka"

Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama mereka atau


menunjukkan mereka kepada kalian, tetapi aku tidak mahu melakukannya,
kerana Allah tidak merestuiku melainkan menyampaikan apa yang
diturunkan kepadaku. Kemudian beliau SAW membaca surah al-Maidah (5):
67 "Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu
-tentang Ali- dan jika kamu tidak melakukan bererti kamu tidak
menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah menjaga kamu dari manusia"

Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah melantik `Ali


untuk kalian sebagai wali, dan imam yang wajib ditaati ke atas Muhajirin,
Ansar dan Tabi`in; sebagaimana wajib ditaati oleh penghuni padang pasir,
225
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bandar, Arab bukan Arab, merdeka, hamba kecil besar, berkulit putih dan
hitam. Malah ke atas setiap orang yang mentauhidkan Allah SWT Terkutuk
bagi orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya,
mukmin orang yang membenarkannya. Allah mengampuninya dan orang
yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya” al-Tabarsi, al-Ihtijaj, ii,
hlm. 12-14)
Rasulullah SAW bersabda: “Ini Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan
Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 216, Ahmad bin Hanbal. al-
Musnad, I, hlm.111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 401).
Hadis ini menunjukkan Ali AS adalah Khalifah secara langsung selepas
kewafatan Rasulullah SAW. Ali AS telah mengakui bahawa beliau telah
dilantik oleh Rasulullah SAW, kemudian 11 imam selepasnya. Rasulullah
SAW bersabda: Wahai Tuhanku, siapa yang aku telah menjadi maulanya,
maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah mereka yang
mewalikannya dan musuhilah mereka yang memusuhinya. Dan tolonglah
mereka yang menolongnya dan hinalah mereka yang menghinanya” Tiba-
tiba Umar bin al-Khattab berkata kepada Ali: Tahniah kepada anda, wahai
anak lelaki Abu Talib.

Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Pada masa itu kami belum pulang
sehingga turun ayat Ikmaluddin; surah al-Ma’idah (5): 6 “Pada hari ini
telahku sempurnakan bagimu agamamu dan telahku cukupkan kepadamu
nikmatmu dan telahku redha Islam itu agamamu”. Kemudian Nabi SAW
bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama, menyempurnakan
nikmat dan keredaan Tuhan dengan risalahku dan dengan wilayah Ali bin
Abi Talib selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 216, Ahmad bin Hanbal. al-
Musnad, I, hlm.111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 401).
Justeru, penyempurnaan agama Islam (ikmaluddin) adalah dengan
perlantikan Ali Bin Abi Talib AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW.

Implikasi dari firman-Nya surah al-Maidah (5): 67… Jika tidak engkau
lakukan (apa yang diperintahkan itu) bererti engkau tidak menyampaikan
amanah-Nya” dan firman-Nya surah al-Ma’idah (5): 6 “Pada hari ini telahku
sempurnakan bagimu agamamu” serta Hadis Ghadir Khum (perlantikan Ali
AS):
1. Perlantikan Ali AS sebagai pengganti Rasulullah SAW adalah daripada
Allah SWT melalui Jibra’il kepada Rasulullah SAW.
2. Rasulullah SAW telah menangguhkan pengisytiharan perlantikan Ali AS
beberapa kali.
226
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
3. Umat Islam Arab tidak boleh menerima perlantikan Ali sebagai khalifah
kerana mereka baru saja memeluk Islam (mereka masih dekat kepada
Jahiliyah).
4. Terdapat sedikit bilangan sahabat yang bertakwa sebagaimana dijelaskan
oleh Rasulullah SAW
5. Terdapat sahabat yang tidak kuat iman mereka sebagaimana diterangkan
oleh Rasulullah SAW.
6.Terdapat sahabat yang munafik, justeru mereka akan menentang
perlantikan Ali sebagai khalifah.
7. Jika Rasulullah SAW tidak menyampaikan amanah-Nya bererti risalah
Rasulullah SAW sebelumnya tidak dikira oleh Allah SWT sebagaimana
dijelaskan oleh Allah SWT di dalam ayat tersebut.
8. Justeru, imamah Ali AS adalah wajib diisytiharkan.
9. Kedudukan Ali AS di sisi Rasulullah SAW adalah seperti kedudukan Harun
di sisi Musa melainkan tiada Nabi selepasnya.
10. Jibra’il AS telah mendatangi Rasulullah SAW sebanyak tiga kali supaya
Rasulullah SAW mengisytiharkan imamah Ali AS.
11. Rasulullah SAW telah mengisytiharkan imamah Ali AS setelah turunnya
ayat surah al-Maidah (5): 67.
12. Rasulullah SAW telah memohon maaf kepada Jibra’il di atas kelewatan
pengisytiharan Ali sebagai Imam/ Khalifah selepasnya.
13. Terdapat lebih dari seratus ribu sahabat yang telah mendengar
perlantikan Ali oleh Rasulullah SAW di Ghadir Khum.
14. Terdapat lebih dari seratus orang sahabat yang telah meriwayatkan
perlantikan Ali oleh Rasulullah SAW di Ghadir Khum.
15. Wujudnya nas perlantikan Ali oleh Rasulullah SAW di dalam buku-buku
Sunni dan Syiah.
16. Ali sendiri telah memperakukan bahawa beliau telah dilantik oleh
Rasulullah SAW sebagai imam/khalifah selepasnya.
17. Fatimah al-Zahra’ Binti Rasulullah SAW, wanita alam semesta,
memperakui perlantikan suaminya Ali AS sebagai khalifah selepas bapanya.
18. Hasan Bin Ali, ketua pemuda syurga memperakui perlantikan ayahnya
oleh datuknya Rasulullah SAW sebagai khalifah selepasnya.
19. Husain Bin Ali, ketua pemuda syurga memperakui bahawa datuknya
Rasulullah SAW telah melantik ayahnya sebagai khalifah selepasnya.
20. Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman telah memberi baiah kepada Ali
sebagai Khalifah di hadapan Rasulullah SAW selepas Rasulullah SAW.
227
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
21. Khalifah Ali sendiri memperakui bahawa mereka bertiga telah memberi
baiah kepadanya sebagai khalifah di hadapan Rasulullah SAW selepas
Rasulullah SAW.
22. Rasulullah SAW telah memberitahu Ali AS bahawa umat ini akan belot
terhadapnya (Kitab Sulaim).
23. Khalifah Ali AS pula berkata: Khalifah-khalifah sebelumku telah
mengubah sunnah Rasulullah SAW.
24. Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan kumpulan mereka telah datang
ke rumah Rasulullah SAW dan menghalang Rasulullah SAW dari menulis
wasiatnya. Umar berkata bahawa Rasulullah SAW sedang sakit tenat dan
riwayat yang lain pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW sedang
meracau dan Kitab Allah adalah cukup untuk kita.
25. Apabila Rasulullah SAW wafat, Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman
serta kumpulan mereka datang ke Saqifah Bani Sa’idah dengan tujuan
mendapatkan jawatan khalifah dari Ali.
26. Ali dan keluarganya serta kumpulannya berada di rumah Rasulullah
SAW bagi pengurusan jenazah Rasulullah SAW untuk disemadikannya.
27. Abu Bakar, Umar dan kumpulannya tidak memandi dan mengapankan
jenazah Rasulullah SAW, kerana sibuk dengan jawatan khalifah.
28. Syiah Ali mempertahankan imamah Ali AS selepas Rasulullah SAW dan
11 imam selepasnya sebagaimana dilantik oleh Rasulullah SAW.
29. Syiah Abu Bakar, Umar dan Uthman mempertahankan imamah Abu
Bakar, Umar dan Uthman dengan menolak nas perlantikan Ali dan 11 imam
selepasnya, kemudian sunnah mereka bertiga dijadikan asas agama
Islam/Usuluddin/Rukun Islam. Kemudian pegangan Ahli Sunnah pula
dijadikan asas agama Islam oleh para pengikut mereka, bukan al-Qur’an
dan Hadis Rasulullah SAW yang dijadikan asas agama Islam.
30. Untuk mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak melantik penggantinya
(wasi) adalah sangat lemah berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis
Rasulullah SAW itu sendiri.
31. Penentang kepada nas perlantikan 12 imam selepas Rasulullah SAW
yang di mulai oleh Ali AS sehingga imam ke 12; Imam Mahdi al-Muntazar AS
akan menerima risiko yang amat tinggi di sisi Allah dan Rasul-Nya.
32. Perlantikan Ali adalah daripada Allah SWT menurut Rasulullah SAW.
33. Imamah Ali wajib ditaati ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi‘in, malah ke
atas setiap orang yang mentauhidkan Allah SWT menurut Rasulullah SAW.
34. Terkutuk bagi orang yang menentangnya.
35. Dirahmati orang yang mengikutinya.
36. Dikira mukmin orang yang membenarkannya.
228
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
37. Allah mengampuninya.
38. Allah mengampuni orang yang mengambil ilmu daripadanya.
39. Allah mengampuni orang yang mentaatinya.
40. Jika setiap nabi ada wasinya, maka wasi Nabi Muhammad SAW adalah
Ali AS dan 11 wasi selepasnya yang dilantik oleh Rasulullah SAW.
41. Imamah Ali berasaskan al-Qur’an dan Hadis Rasulullah SAW dengan
sepenuhnya. Sementara Imamah tiga khalifah sebelumnya berasaskan
sebaliknya. Kemudian sunnah mereka bertiga pula dijadikan asas agama
Islam/Usuluddin/Rukun Islam. Kemudian mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
pula dijadikan asas agama Islam, bukan al-Qur’an dan Hadis.
42. Khalifah Ali AS telah disucikan oleh Allah SWT di dalam surah al-Ahzab
(33): 33.
43. Khalifah Ali telah disucikan oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa
Hadis antaranya, Hadis al-Thaqalayni, Hadis al-Safinah, Hadis al-Kisa’ dan
lain-lain.
44. Khalifah Ali AS mengakui bahawa beliau adalah maksum di dalam Majlis
Syura bagi perlantikan khalifah selepas Umar.
45. Tiga khalifah sebelumnya tidak pernah disucikan oleh Allah di dalam
mana-mana ayat al-Qur’an.
46. Tiga khalifah sebelumnya tidak pernah disucikan oleh Rasulullah SAW di
dalam mana-mana Hadis Rasulullah SAW.
47. Kesempurnaan agama Islam, kesempurnaan nikmat Allah SWT dan
keredaan-Nya adalah dengan perlantikan Ali AS.
48. Umat Islam sekarang telah berpecah kepada Sunni, Syiah dan Wahabi
kerana imamah/khilafah.
49. Israel mengambil manfaat dari perpecahan umat Islam atas nama
mazhab.

99. Jawapan kepada soalan: Benarkah percubaan membunuh


Rasulullah SAW oleh 12 orang yang bertopeng telah berlaku selepas
baginda SAW mengisytiharkan Ali sebagai Khalifah/Imam selepasnya?

Ya, benar. Ia telah berlaku selepas pengisytiharan Ali sebagai Khalifah


di Ghadir Khum. Rasulullah SAW pada masa itu sedang menaiki unta di
lorong bukit ‘Aqabah. Tiba-tiba 12 orang lelaki yang bertopeng
(mutalaththimin) datang dan memecut unta Rasulullah SAW supaya beliau
SAW terjatuh dari unta yang ditungganinya (Dalail al-Nubuwwah, Kitab
Sulaim, Tarikh al-Tabari dan lain-lain).
229
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
100. Jawapan kepada soalan: Hadis 12 Imam atau Khalifah dan
bagaimana aplikasinya?

Rasulullah SAW bersabda: “Agama ini sentiasa berdiri tegak sehingga


hari Kiamat dengan 12 Khalifah ke atas kamu, semuanya daripada Quraisy”
dan sabdanya: Islam sentiasa kuat sehingga berlalu 12 Khalifah” (Muslim,
Sahih, (bab al-Imarah) II, hlm. 79).

Hadis ini menunjukkan bahawa setiap zaman wajib ada seorang Imam
atau Khalifah daripada Quraisy (Bani Hasyim) sehingga hari Kiamat.
Bilangan mereka adalah terhad kepada 12 imam sahaja menurut Hadis
tersebut; semenjak kewafatan Nabi SAW sehingga hari Kiamat. Soalnya:
Siapakah imam umat Islam sekarang? Kami Syiah mazhab Imam Dua Belas
atau Syiah mazhab Ja’fari dapat menjawabnya: Imam Muhammad al-Mahdi
AS bin Hasan Askari. Justeru bagaimanakah Hadis imam 12 ini dapat
dilaksanakan menurut fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?

Mereka menghina Syiah kerana percaya kepada Imam Mahdi sebagai


imam yang kedua belas yang masih ghaib dari pandangan manusia biasa
sedangkan Hadis Rasulullah SAW menjelaskan sedemikan. Dia akan zahir
kembali di akhir zaman. Justeru bagaimanakah mereka akan menjelaskan
Hadis-Hadis berikut:
(i) Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mati tanpa memberi baiah
(kepada imam zamannya), maka dia mati sebagai seorang jahiliyah” (Sahih
Muslim, iii/1478).
(ii) Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mati tanpa imam, maka dia mati
sebagai seorang jahiliyah” (Musnad Ibn hanbal, vi/22/16876).
(iii) Rasulullah SAW bersabda:”Siapa yang mati tanpa baiah kepada imam,
maka dia mati sebagai seorang jahiliyah” (Sunan al-Kubra, viii/270/16612)?

Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menurut jalur para sahabat


tertentu pula. Mereka percaya bahawa semua sahabat yang berjumlah
ratusan ribu itu adalah para mujtahid dan kebal (‘udul).

Dan para sahabat boleh menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya
dengan alasan ijtihad. Implikasinya (i) Allah tidak ditaati dengan
sepenuhnya (100%). (ii) Rasulullah SAW tidak ditaati dengan sepenuhnya
(100%) (iii) Rasulullah SAW tidak maksum dengan sepenuhnya (100%) (iv)
al-Qur’an tidak maksum dengan sepenuhnya (100%) (v) Sunnah Nabi SAW
230
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
tidak maksum dengan sepenuhnya (100%) dari sudut amali. Dan ijtihad
para sahabat yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW itu pula
menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.

101. Jawapan kepada soalan: Siapakah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar secara mudah?

Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar secara mudah adalah mereka
yang mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuhnya (100%). Di dalam
erti kata yang lain, mereka tidak menjadikan sunnah manusia yang
menyalahi al-Qur’an dan Hadis sebagai akidah mereka. Mereka adalah
Fatimah al-Zahra’ Binti Muhammad Rasulullah SAW, Ali dan sebelas imam
selepasnya yang dilantik oleh Rasulullah SAW. Mereka adalah maksum
dengan surah al-Ahzab (33): 33, Hadis al-Thaqalayni, Hadis bab Hittah,
Hadis al-Safinah dan lain-lain. Kemudian diikuti oleh Syiah mereka. (Dr.
Muhammad Tijani Samawi, al-Syiah hum Ahlu al-Sunnah, Tunis, 2010).

102. Jawapan kepada soalan: Konsep laknat dan mereka yang dilaknati
di dalam al-Qur’an- Termasuk sebahagian sahabat?

Pengenalan

Perkataan la‘nat (laknat) dan pecahannya disebut sekurang-


kurangnya 32 kali di dalam al-Qur’an di dalam berbagai-bagai perkara yang
melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya. Menurut Muhammad Abu Bakar
‘Abd al-Qadir al-Razi perkataan la‘nat (laknat) memberi erti “pengusiran
dan berjauhan dari kebaikan” (al-Tard wa al-ib‘ad mina l-Khair) (Mukhtar al-
Sihah), hlm. 108, Cairo, 1950).

J. Milton Cowan menyatakan la‘nat adalah “curse”. La‘natullahi ‘alaihi


bererti “ God’s curse upon him (A Dictionary of Written Arabic, London 1971,
hlm. 870). Iaitu kemurkaan Allah dan jauh dari petunjuk-Nya; setiap
perbuatan jahat akan menerima kutukan (laknat) daripada Allah (Kamus
Dewan, hlm. 694, Kuala Lumpur, 1971).
231
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Mereka yang dilaknati di dalam al-Qur’an

Di sini dikemukakan sebahagian daripada mereka yang dilaknati di


dalam al- Qur’an seperti berikut:

(i). Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perintah-Nya.

(i) Firman-Nya di dalam surah al- Ahzab (33): 64 “Sesungguhnya


Allah melaknat (mengutuk) orang yang kafir (ingkar) dan menyediakan
untuk mereka api yang menyala-nyala”
(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Hijr (15): 35 “ Sesungguhnya di
atas engkau laknat sampai hari pembalasan”
(iii) Firman-Nya di dalam Surah al- Sad (38): 78 “Sesungguhnya di
atasmu laknat-Ku sampai hari pembalasan”
Ini menunjukkan sesiapa yang mengingkari walaupun satu hukum
daripada hukum-hukum-Nya adalah termasuk orang yang ingkar terhadap
hukum-Nya. Apatah lagi jika seorang itu menukarkan hukum Allah dengan
hukumnya sendiri. Kerana setiap individu Muslim sama ada Nabi SAW atau
bukan Nabi tidak boleh menyalahi al-Qur’an. Firman-Nya di dalam Surah al-
An’am (6): 15 “katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai
Tuhan-ku, akan azab hari yang besar”. Jika Nabi SAW merasa takut kepada
Allah jika dia menderhaka-Nya, maka orang lain sama ada yang bergelar
Khalifah atau sahabat atau mana-mana individu sepatutnya lebih takut lagi
untuk menderhakai perintah-Nya.

(ii). Laknat Allah kepada mereka yang menyakiti-Nya dan Rasul-Nya.

Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 57 “Sesungguhnya orang


yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia
dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa yang menghinakan
(mereka)”
Ini bererti sesiapa yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya walau dengan
apa cara sekalipun dilaknati Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan
Mukminin. Sama ada dengan menentang hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya
atau menghina Allah dan Rasul-Nya dengan membatalkan hukum-Nya dan
Sunnah Nabi-Nya di atas alasan maqasid al-Syari‘ah, ijtihad dan sebagainya.
Justeru, orang yang menghina Nabi SAW dan mempersendakan Nabi SAW
dengan mengatakan bahawa Nabi SAW “Sedang meracau” di hadapan Nabi
232
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
SAW “Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi
SAW”. (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69)

“Sunnah Nabi SAW mendatangkan perselisihan dan pertengkaran


kepada Umat (Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3) “ Orang yang telah
mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi SAW Fatimah AS
dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk
memberi baiah kepada Abu Bakar." (Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-
Fida”, Tarikh, I, hlm. 156).

Merampas Fadak daripada Fatimah AS yang telah diberikan


kepadanya oleh Nabi SAW semasa hidupnya. (Lihat Ahmad bin Tahir al-
Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II , hlm.1 4; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa',
III, hlm. 208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm. 79, 92),
menyakiti hati Fatimah, Ali, Hasan dan Husain kerana Rasulullah SAW
bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku,
dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku, dan
siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “ Hasan dan Husain kedua-dua
mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-
Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-lain).

Mereka yang membakar Sunnah Nabi SAW (Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm.
140), menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi SAW (al-
Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7), mengesyaki Nabi SAW sama ada
berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-
Bukhari, Sahih, II, hlm. 111], mengubah sebahagian hukum Allah dan
Sunnah Nabi SAW (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’’ hlm.136) adalah termasuk
orang yang dilaknati Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminin.
Dan jika seorang itu tidak melakukan laknat kepada mereka di atas
perbuatan mereka yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka dia bukanlah
Mukmin yang sebenar. Apatah lagi jika dia mempertahankan perbuatan
mereka tersebut sebagai sunnah atau agama bagi mendekati diri kepada
Allah SWT.

(iii). Laknat Allah kepada mereka yang menyembunyikan hukum-Nya


di dalam kitab-Nya.

Firman-Nya di dalam surah al-Baqarah (2): 159 “Sesungguhnya


mereka yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan dari keterangan dan
233
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada orang ramai, nescaya mereka
itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh orang yang mengutuknya”

Ini bererti sesiapa yang menyembunyikan hukum Allah dan Sunnah


Nabi-Nya yang sepatutnya didedahkan kepada masyarakat, tetapi dia tidak
menerangkannya kepada mereka kerana kepentingan tertentu, maka dia
dilaknati Allah dan orang yang melaknatinya. Apatah lagi jika dia seorang
yang mempunyai autoritatif di dalam agama. Kerana kosep hukum Allah
tidak boleh disembunyikannya, kerana ia harus dilaksanakannya. Di
samping itu, dia tidak boleh cenderung kepada orang yang zalim, kerana
Firman-Nya “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan
kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka. Dan tidak ada
bagimu wali selain daripada Allah, kemudian kamu tiada mendapat
pertolongan” Surah Hud (11): 113.

(iv). Laknat Allah kepada mereka yang membohongi-Nya dan Rasul-


Nya.

Firman-Nya di dalam surah Ali ‘Imran (3): 61 “Barang siapa yang


membantah engkau tentang kebenaran itu, setelah datang kepada engkau
ilmu pengetahuan, maka katakanlah: Marilah kamu, kami panggil anak-anak
kami dan anak-anak kamu, perempuan kami dan perempuan kamu dan diri
kami dan diri kamu, kemudian kita bermubahalah (bersungguh-sungguh
berdoa), lalu kita jadikan laknat Allah atas orang yang berbohong”.

Ini bererti mereka yang membohongi Allah dan Rasul-nya selepas


dikemukakan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya, tetapi mereka masih
membantahnya, maka mereka itulah dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Ayat ini
dikenali dengan ayat al-Mubahalah. Ia berlaku di antara Nabi SAW dan Ahlu
l-Baitnya AS di satu pihak dan Nasrani Najran di pihak yang lain.

Nabi SAW telah mempertaruhkan kepada Nasrani Najran abna’a-na


anak-anak kami (Hasan dan Husain AS), nisa’-ana perempuan kami
(Fatimah AS) dan anfusa-na diri kami (Ali AS). Imam Ali al-Ridha berkata:
“Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan Ali bin Abi Talib AS. Buktinya
sebuah Hadis telah menerangkan maksud yang sama, seperti berikut:" ...aku
akan mengutuskan kepada mereka seorang lelaki seperti diriku [ka-nafsi]."
Iaitu Ali bin Abi Talib. Ini adalah suatu keistimewaan yang tidak dimiliki
oleh orang lain, kelebihan yang tidak boleh dikaitkan dengan orang lain dan
234
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kemuliaan yang tidak dapat didahului oleh sesiapa pun kerana diri Ali
seperti dirinya sendiri." (Muhammad Babwaih al-Qummi, Amali al-Saduq
Najaf, 1970, hlm. 468).

Akhirnya mereka enggan bermubahalah dengan Nabi SAW dan Ahlu l-


Baitnya, lalu mereka membayar jizyah kepada Nabi SAW. Jika Nasrani
Najran tidak berani menyahuti mubahalah Nabi SAW dengan pertaruhan
Ahlu l-Baitnya, kerana kebenarannya, apakah gerangan mereka yang
mengakui al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya sebagai asas agama mereka pula
berani menentang Ahlu l-Bait AS, kemudian menyembunyikan kebenaran al-
Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya, khususnys mengenai mereka? Jika mereka
melakukan sedemikian, nescaya mereka dilaknati oleh Allah dan Rasul-
Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminin.

(v). Laknat Allah kepada mereka yang menderhakai-Nya dan Rasul-


Nya.

(i) Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 78-79 “Telah dilaknati


orang yang kafir dikalangan Bani Isra’il di atas lidah Daud dan Isa anak lelaki
Maryam. Demikian itu disebabkan mereka telah mendurhaka dan melampaui
batas. Mereka tidak melarang sesuatu yang mungkar yang mereka perbuat.
Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat”

(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 35 “Tidak ada bagi


lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan
mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa
yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ia telah sesat dengan kesesatan
yang nyata”
Ini bererti sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya; sama ada
melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah
Rasul-Nya serta tidak melakukan konsep “Amru Ma’ruf Nahyu Munkar”,
maka mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang dilaknati Allah
dan Rasul-Nya, maka para Malaikat dan Mukminin akan melaknati mereka.

(vi). Laknat Allah kepada mereka yang zalim.

(i) Firman-Nya di dalam surah al-A’raf (7): 44-45 “Ahli syurga menyeru
ahli neraka: Kami telah memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan
kami dengan sebenarnya. Adakah kamu memperolehi apa yang telah
235
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya? Mereka itu menjawab: Ya.
Lalu menyeru orang yang menyeru (Malaikat) di kalanggan mereka:
Sesungguhnya laknat Allah ke atas orang yang zalim. (iaitu) orang yang
menghalangi jalan Allah dan mereka mencari jalan bengkok, sedang mereka
itu kafir terhadap Akhirat”

(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 45 “Barang siapa yang


tidak menghukum dengan hukum Allah, maka merekalah orang yang zalim”
Ini bererti sebarang kecenderungan terhadap orang yang zalim akan
di sambar oleh api neraka. Apatah lagi jika seorang itu meredai atau
menyokong mereka atau bekerja sama dengan mereka. Saidina Ali AS
berkata: “Mereka yang bersekutu di dalam kezaliman adalah tiga: Pelaku
kezaliman, pembantunya dan orang yang meredai kezaliman itu” (Tuhafu l
‘uqul ‘n Ali r-Rasul, hlm. 23 dan lain-lain. Justeru, mereka dilaknati oleh
Allah dan Rasul-Nya serta Mukminin.

(vii). Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perjanjian Allah,


melakukan kerosakan di Bumi dan memutuskan silaturahim.

(i) Firman-Nya di dalam surah al-Ra’d (13): 25 “Mereka yang


mengingkari janji Allah sesudah diikrarkannya dan memutuskan apa yang
diperintahkan Allah supaya diperhubungkan dan mereka membuat kerosakan
di muka bumi, untuk mereka laknat dan untuk mereka tempat yang jahat ”
(ii) Firman-Nya di dalam surah Muhammad (47): 22-23 “Apakah
kiranya jika kamu menjadi wali (berkuasa) kamu melakukan kerosakan di
muka bumi dan memutuskan silatu al-Rahim? Mereka itulah yang dilaknati
Allah,lalu Dia memekakkan mere ka dan membutakan pemoboran mereka ”
Ini bererti mereka yang mengingkari janji Allah dengan mendurhakai-
Nya, kemudian melakukan kerosakkan di muka bumi dengan mengubah
hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya serta memutuskan silaturahim, maka bagi
mereka laknat Allah dan Rasul-Nya. Justeru, tidak hairanlah jika Saidina Ali
AS telah melaknati mereka yang telah mengubah agama Allah dan Sunnah
Nabi-Nya. Beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka yang telah
mengubah agama-Mu, menukar ni‘kmat-Mu, menuduh perkara-perkara
yang bukan-bukan terhadap Rasul-Mu SAW, menentang jalan-Mu,
menyalahi agamaMu, mengingkari nikmatMu, menentang kalam-Mu,
mempersenda-sendakan Rasul-Mu…(al-Majlisi, Biharu l-Anwar, Bairut 1991,
xxx, hlm. 393).
236
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Rumusan

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut, maka laknat Allah adalah


meliputi orang yang mempersendakan Allah dan Rasulullah SAW, menghina,
mengingkari, mengubah sebahagian daripada hukum Allah SWT dan
Sunnah Rasul-Nya dengan pendapat atau sunnah/bidaah mereka sendiri
sama ada mereka bergelar sahabat atau pun tidak. Adapun mereka yang
tidak melakukan sedemikian, maka mereka tidak dilaknti oleh Allah SWT.

103. Jawapan kepada soalan: Konsep pelampau agama (ghuluw) di


dalam al-Qur’an: Sunni, Wahabi dan Syiah pelampau agama (ghulat)?

Pengenalan

Perkataan “pelampau” bererti orang yang melakukan sesuatu dengan


berlebih-lebihan, orang yang mempunyai faham (kepercayaan) yang
berlebih-lebihan (Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 701). Di dalam
bahasa Arab di panggil al-Ghali, kata jamaknya al-Ghulat bererti “orang
yang melampaui had” (Muhammad bin Abu Bakar bin Abdu l-Qadir al-Razi,
Mukhtar as-Sihhah, Mesir 1950, hlm. 505). Di dalam bahasa Inggeris bererti
“extremist” .J. Milton Cowan, A Dictionary Of Modern Written Arabic, London,
1971, hlm. 683). Di dalam al-Qur’an ia disebut sebanyak dua kali dengan
perkataan “taghlu”.

Terjemahan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan:

Pertama: Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 17 “Hai Ahlu l-Kitab,


janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan di dalam agamamu
(La taghlu fi dini-kum) dan janganlah kamu berkata terhadap Allah
melainkan kebenaran) (wa la taqulu ‘ala Llahi illa l-Haqqa). Sesungguhnya
Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya (Inan-ma l–Masihu ‘Isa bna
Maryam Rasulullah wa kalimatu-hu). Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat)
kepada Maryam berserta roh daripada-Nya (alqa-ha ila Maryama wa ruhun
min-hu). Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya (fa-
aminu bi-Llahi wa rasuli-hi). Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu)
bertiga (wa la taqulu thalathah). Berhentilah kamu, itu adalah lebih baik
bagimu (Intahu khairun la-kum). Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa
(Inna-ma Llahu ilahun wahidun). Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya
237
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
seorang anak (Subhanah an yakunu la-hu waladun). Bagi-Nya apa yang di
langit dan apa di bumi (la-hu ma fi s-Samawati wa l-Ardh). Cukuplah Allah
menjadi wakil (wa kafa bi Llahiwakila).
Kedua: Firman-Nya di dalam surah al-An‘am (5): 77 “Katakanlah: Hai
Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam
agama selain dari kebenaran (La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi) dan
janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum itu
(wa la tattabi‘u ahwa qaumin qad Dhallu min qablu) dan telah menyesatkan
kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus (wa
adhallu kathiran wa Dhallu ‘an sawa as-sabili)”

Perkataan yang penting di dalam ayat pertama:

(i). La taghlu fi dini-kum (Janganlah kamu melampaui batas atau


berlebih-lebihan dalam agama kamu).
(ii). Wa la taqulu ‘ala Llahi illa l-Haqqa (Janganlah kamu berkata
terhadap Allah melainkan kebenaran).
(iii). Inna-ma l–Masihu ‘Isa bna Maryam Rasulu Llahi wa kalimatu-hu.
(Sesungguhnya Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya).
(iv). Alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu.(Dia telah mencampakkan-
Nya (kalimat itu) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya).
(v). Fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi (Lantaran itu berimanlah kamu
kepada Allah dan rasul-Nya).
(vi. Wala taqulu thalathah (Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan
itu) bertiga)
(vii). Intahu khairun la-kum (Berhentilah kamu, itu adalah lebih baik
bagimu).
(viii). Inna-ma Llahu ilahun wahidun (Sesungguhnya Allah hanya
Tuhan yang Esa).
(ix). (Subhanah an yakunu la-hu waladun (Maha suci Dia bahawa ada
bagi-Nya seorang anak)

Perkataan yang penting di dalam ayat yang kedua:

(i). La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi (janganlah kamu melampaui


batas atau berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran)
(ii). wa la tattabi‘u ahwa qaumin qad dhallu min qablu (dan anganlah
kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum itu)
238
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(iii). wa adhallu kathiran wa dhallu ‘an sawa as-sabili (dan telah
menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang
lurus)

Ayat-ayat tersebut memberi implikasi:

(i). Kebenaran (al-Haqq) adalah menepati hukum Allah.


(ii). Kebenaran adalah menepati Sunnah Rasul-Nya.
(iii). Kebenaran tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Mereka tidak
boleh mengubah atau mengangkat status al-Masih, dan ibunya Maryam
kepada status Tuhan.
(iv). Mereka tidak boleh memartabatkan Rasul-Nya setaraf dengan
Allah, apatah lagi menjadikan tarafnya lebih tinggi daripada Allah dari segi
pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau
agama (Ghulat fi al-Din).
(v). Melebih-lebihkan para sahabat Rasulullah SAW daripada
Rasulullah, apatah lagi menjadikan taraf mereka lebih tinggi daripada
Rasulullah SAW dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah
termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).
(vi). Melebih-lebihkan sunnah sahabat dari hukum Allah dari segi
pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau
agama (Ghulat fi al-Din).
(vii). Melebih-lebihkan Sunnah sahabat daripada Sunnah Rasul-Nya
adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).
(viii). Menolak sebahagian daripada hukum Allah adalah termasuk
golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).
(ix) Menolak sebahagian daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk
golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).
(x). Membatal atau menggantikan hukum Allah dengan sunnah
sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).
(xi). Membatal atau menggantikan Sunnah Rasul-Nya dengan sunnah
sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).
(xii). Pelampau agama (Religious exterimist) adalah menyeleweng dari
jalan yang lurus.

Rumusan

Tidak ada seorang pun yang setaraf dengan Allah dari semua sudut.
Dia Yang Maha Esa dan Perkasa. Hukum-Nya adalah wajib ditaati oleh para
239
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Rasul-Nya dan para pengikut mereka. Hukum-Nya mengatasi hukum
makhluk-Nya. Sesiapa yang melebih-lebihkan (yaghlun) hukum manusia
dari hukum-Nya dengan alasan Ijtihad, Maqasidu al-Syari‘ah, Ijmak (fatwa)
bagi menolak al-Qur’an dan Hadis adalah termasuk golongan pelampau
agama. Sepatutmya istilah-istilah tersebut digunakan untuk melaksanakan
hukum-Nya, dan bukan untuk membatal atau menyalahi hukumNya.
Akibatnya mereka menjadi sesat dan meyesatkan sebagaimana terserlah di
dalam ayat-ayat tersebut.
Justeru Syiah ada dua golongan: (i) Golongan pelampau agama
(ghulat) seperti Ismailiyah.
(ii) Golongan yang bukan pelampau agama seperti Syiah Imamiyyah
Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah yang diakui oleh Fatwa-fatwa al-Azhar,
Deklarasi Amman, Deklarasi Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi
Islamabad. Ada pun Sunni, mereka ada dua golongan:
(i) Golongan pelampau agama Sunni (ghulat Ahli al-Sunnah): Mereka
yang menjadikan sunnah (bidaah) Abu Bakar, sunnah Umar dan sunnah
Uthman mengatasi hukum Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasulullah SAW
dari sudut amali. (ii) Golongan yang bukan pelampau agama Sunni: Mereka
yang tidak melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah daripada
golongan pelampau agama (ghulat). (iii) Golongan Salafi/Wahabi:
Kebanyakan mereka adalah terdiri dari pelampau-pelampau agama kerana
mereka mengkfirkan semua mazhab dalam Islam selain dari mazhab
mereka. Dan kebanyakan teroris Muslim seperti Jabhah al-Nusrah, al-
Qa’idah, Ahrar al-Syam, Jama‘ah Islamiyyah, Gerakan Syabab dan Boko
Haram adalah berkait rapat dengan fahaman Wahabi.

104. Jawapan kepada soalan: Kenapakah kami memilih mazhab Ahlu l-


Bait Rasulullah SAW (Syiah mazhab Ja‘fari)?

Sebabnya adalah banyak dan ia memerlukan kepada sebuah buku


untuk menjelaskannya. Antaranya tentang:

(1) Jawatan Khalifah adalah untuk Ahlu l-Bait Rasulullah SAW: Kami
mendapati banyak ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis di dalam buku-buku Sunni
sendiri yang menyokong imamah dan khilafah adalah untuk Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW yang pertamanya adalah Ali AS, antara ayat-ayat al-Qur’an,
(i) Ayat al-Wilayah di dalam surah al-Ma’idah (5): 55 “Sesungguhnya wali
kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan orang yang beriman yang mendirikan
sembahyang dan memberi zakat dalam keadaan rukuk” Ayat ini diturunkan
240
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kepada Ali bin Abi Talib AS ketika dia memberi sedekah cincinnya kepada si
miskin di dalam keadaan dia rukuk sedang sembahyang di masjid Nabi
SAW. Kemudian Rasulullah SAW keluar dari masjid, tiba-tiba beliau melihat
peminta sedekah lalu bersabda: Adakah seseorang telah memberikan anda
sesuatu?

Dia menjawab: Ya. Beliau bertanya: Siapa? Dia menjawab: Lelaki yang
sedang berdiri itu. Beliau bertanya lagi: Di dalam keadaan manakah dia
memberikannya kepada anda? Dia menjawab: Dalam keadaan rukuk. Beliau
bersabda: Itulah Ali bin Abi Talib. Lalu Rasulullah SAW bertakbir dan
membaca surah al-Ma’idah (5): 56. (Mafatih al-Ghaib, iii, hlm. 417, al-
Syablanji, Nur al-Absar, hlm.105, Asbab al-Nuzul, i, hlm. 422, Ahkam al-
Qur’an, ii, hlm. 543, Ruh al Ma‘ani, v, hlm. 149).
(ii) Ayat al-Mubahalah di dalam surah Ali Imran (3): 61 "Sesiapa
yang membantahmu mengenai (kisah'Isa) sesudah datang ilmu (yang
menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil
anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-
wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubalahah
kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang
yang dusta." Ayat ini diturunkan kepada Nabi SAW, Fatimah, Hasan, Husain
dan Ali AS. untuk bermubahalah dengan Nasara Najran. (Sunan al-Turmudhi,
v, hlm. 638, al-Nasa’i, Khasa’is al-Imam Amir al-Mu’minin, 44). Tidak ada
para sahabat dan para isterinya dijemput untuk melakukan Mubahalah
dengan Nasara Najran melainkan keluarganya: Fatimah, Hasan, Husain dan
Ali AS. Dan Ali adalah nafs al-Nabi; iaitu sejiwa dan sehati dengan Nabi SAW.
Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan mereka ke atas para sahabat
dan para isterinya.

(iii) Ayat al-Tathir; surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah


bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum) wahai
Ahlul-Bait dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya”. Mereka
adalah Nabi Muhammad SAW, Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS dipanggil
Ahli al-Kisa’ yang diselimutkan oleh Rasulullah SAW di rumah Umm Salmah
ketika turun ayat surah al-Ahzab (33): 33. Daripada Abu Sa‘id al-Khudri:
Rasulullah SAW bersabda: Ayat ini diturunkan kepada 5 orang: “Kepadaku,
Ali, Hasan, Husain dan Fatimah. Mereka itulah Ahlu Baiti, maka hilanglah
kotoran dosa /syak daripada mereka dan bersihlah mereka dengan
sebersih-bersihnya” (al-Durr al-manthur, vi, 604, Tarikh Baghdad, x,
hlm.274. Ibn Hanbal, Fadha’il al-Sahabah, ii, 761, al-Maghazali, al-Manaqib,
241
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
303). Daripada Husain daripada bapanya AS: Aku telah datang berjumpa
dengan Rasulullah SAW di rumah Umm Salmah, dan ayat Tathir 33:33
diturunkan: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa
daripada kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan membersihkan kamu
sebersih-bersihnya” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali, ayat ini
diturunkan kepada anda dan kepada dua anak lelaki anda dan para imam
daripada anak-anak anda” (Kifayah al-Athar, hlm. 156).

(iv) Ayat al-Mawaddah; surah al-Syura (42): 23 “Katakanlah: Aku


tidak meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih sayang kepada
kerabat(ku)”
Maksud dengan kerabat (al-Qurba) di dalam ayat itu adalah Ahlu l-
Kisa’: Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ibn Abbas berkata manakala turun
ayat, mereka bertanya: Siapakah kerabat yang diwajibkan ke atas kami
kasih sayang terhadap mereka? Rasulullah SAW bersabda: Ali, Fatimah dan
dua anak lelakinya” (Ibn Kathir, Tafsir, iv, hlm. 122, al-Tabari, Tafsir, xxv, 16,
al-Zamakhsyari, Tafsir al-Kasysyaf, iii, 467). Ayat ini menunjukkan bahawa
kasih sayang kepada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah wajib. Al-Bukhari
ditanya tentang kerabat di dalam ayat tersebut, maka beliau berkata: Ia
adalah kerabat Rasulullah SAW (Sahih, vi, 129).

Begitu juga jawapan al-Tabari tentang kerabat di dalam ayat tersebut


adalah kerabat Rasulullah SAW. (Jami‘ al-Bayan, xxxv, hlm. 140-15, al-
Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 112).

(v) Ayat Tabligh; surah al-Ma’idah (5): 67 “Hai Rasul, sampaikan apa
yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa
yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari gangguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang yang kafir” Ayat ini diturunkan untuk
menguatkan perlantikan Ali AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW di
Ghadir Khum. Pada mulanya Rasulullah SAW enggan menyampaikannya
kepada umatnya, kerana khuatir mereka menentangnya. Akhirnya beliau
dipaksa untuk memberitahunya kepada mereka. Allah berfirman: “Jika tidak
kamu kerjakan, maka kamu tidak menyampaikan amanat-Nya”. Ini bererti
tanpa perlantikkan ini, kamu tidak menyampaikan risalah-Nya.
Oleh itu risalah-Nya berpusat kepada perlantikan Ali AS sebagai
khalifah selepasnya. Rasulullah SAW telah memerintahkan mereka supaya
memberi baiah kepada Ali AS selepas Jibrail datang kepadanya pada kali
242
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
yang ketiga dan berkata: Wahai, Muhammad! Sesungguhnya Allah
menyampaikan salam kepada anda dan berfirman di dalam surah al-Ma’idah
(5): 67 “Hai Rasul, sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.
Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu
tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari gangguan
manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang
kafir”.

Rasulullah SAW bersabda: Wahai Tuhanku, siapa yang aku telah


menjadi maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah
mereka yang mewalikannya dan musuhilah mereka yang memusuhinya.
Dan tolonglah mereka yang menolongnya dan hinalah mereka yang
menghinanya” Tiba-tiba Umar bin al-Khattab berkata kepada Ali: Tahniah
kepada anda, wahai anak lelaki Abu Talib. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Pada
masa itu kami belum pulang sehingga turun ayat Ikmaluddin; surah al-
Ma’idah (5): 6 “Pada hari ini telahku sempurnakan bagimu agamamu dan
telahku cukupkan kepadamu nikmatmu dan telahku redha Islam itu
agamamu”. Kemudian Nabi SAW bersabda: Allahu Akbar kerana
menyempurnkan agama, menyempurnakan nikmat dan keredaan Tuhan
dengan risalahku dan dengan wilayah Ali bin Abi Talib selepasku”

Al-Tabari telah meriwayatkan Hadis dengan sanadnya daripada


Zaid bin Arqam dan diakhirnya dia berkata: Orang yang pertama berjabat
tangan dengan Nabi SAW dan Ali adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah,
Zubair, Muhajirin, Ansar dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan
sembahyang Zohor dan Asar berjama‘ah di dalam satu masa. Para sahabat
meneruskan baiah dan bertepuk tangan tiga kali. (Kitab al-Wilayah, 18-19,
al-Musnad, iv, hlm. 370, Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma‘arif, hlm. 251, al-
Muraj‘aat, hlm. 262, Asbab al-Nuzul, hlm. 150, al-Durr al-Manthur, ii, hlm.
298, Ruh al-Ma ‘ani, vi, 172, Nur al-Absar, hlm.75, Tarikh al-Ya ‘qubi, ii, hlm.
32).
Ada pun Hadis; antaranya; (i) Hadis al-Thaqalayni. Nabi SAW
bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku akan
menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-
Thaqalayni (dua perkara yang berat-penyelamat); Kitab Allah merupakan
tali Allah (hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku Ahli Baiti
(‘itrati ahli baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah
berfirman kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan
243
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
berpisah (lan yaftariqaa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di
kolamku (haudhi).

Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku


(mentaati aku) pada kedua-duanya” (Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii,17,
26, 96, Sahih Muslim, iv, Hadis 2408, Sunan al-Turmudhi, v, 663 Hadis 3788,
Sunan al-Darimi, ii, 889/3198, Tarikh Baghdad, viii, 442, Mu‘jam al-Kabir, iii,
hlm.180, Majma‘ al-Zawa’id, ix, 256, al-Nasa’, al-Khasa’is Amir al-
Mukminin,150, Tahdhib Tarikh Dimasyq, v, hlm. 439). Hadis ini
menunjukkan kemaksuman Ahlu l-Bait Nabi SAW. Sementara Nabi SAW
telah memberi jaminan kepada umatnya bahawa mereka tidak akan sesat
selama-lamanya jika mereka berpegang kepada Kitab Allah dan ‘Itrah ahli
baiti (keluargaku). Umat harus merujuk kepada mereka selepas al-Qur’an.
Dan kedua-duanya tidak akan berpisah.

(ii) Hadis al-Safinah (bahtera). Nabi SAW bersabda: “Umpama Ahlu l-


Baitku pada kamu adalah seperti bahtera Nuh, siapa yang menaikinya
berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan tenggelam” (al-Hakim, al-
Mustadrak, ii, hlm. 343, al-Tabrani, al-Ausat, hlm. 216). Hadis ini
menunjukkan bahawa khalifah adalah daripada Ahlu l-Bait AS dan ketuanya
adalah Nabi SAW. Ketika wafat, baginda berjanji kepada Ahlu l-Baitnya
supaya mengemudinya. (iii) Hadis Madinatu l-‘ilm (kota ilmu) Nabi SAW
bersabda: “Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya” Justeru, sesiapa
yang mahukan ilmu, hendaklah dia datang melalui pintunya (Ali). (al-
Mustadrak, iii, 126, Tarikh Baghdad, 377, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, hlm. 37).

(iv) Hadis al-Wasiyyah wal-Khilafah. Nabi SAW bersabda: “Ini Ali


saudaraku, wazirku, wasiku dan Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii,
hlm. 216, Ahmad bin Hanbal. al-Musnad, I, hlm. 111, al-Muttaqi al-Hindi, al-
Kanz al- ‘Ummal, vi, hlm. 401). Hadis ini menunjukkan Ali AS adalah khalifah
secara langsung selepas kewafatan Rasulullah SAW.

(v) Hadis al-Manzilah. Nabi SAW bersabda: Tidakkah anda meredai,


wahai Ali, anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya
tidak ada Nabi selepasku” (al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54 (peperangan
Tabuk), Muslim, Sahih, ii, hlm. 236 (Fadha’il al-Sahabah), Ahmad bin Hanbal,
al-Musnad, I, hlm. 98, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 109).
244
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(2) Keilmuan Ali AS yang mengatasi keilmuan tiga khalifah sebelumnya
dari semua sudut. Beliau diberi gelaran “bab al-‘Ilm” (pintu ilmu) oleh Nabi
SAW dan mereka sendiri mengakui keilmuannyayang megatasi mereka. (3)
Keberanian Ali AS di dalam peperangan di luar kemampuan mereka bertiga
yang mana mereka selalu lari di dalam peperangan. Khalifah Ali telah
mengangkat pintu kota Khaibar seorang diri. (4) Keimanan Ali AS. Beliau
tidak pernah menyembah berhala di dalam hidupnya. (5) Kecintaan Ali AS
kepada Rasulullah SAW. Beliau mencintai Rasulullah sepenuhnya dan
Rasulullah SAW pula mencintainya. (6) Ketegasan Ali AS menjalani Sunnah
Rasulullah SAW. Beliau menjalankan Sunnah Rasulullah SAW dengan
sepenuhnya. (7) Sunnah Rasulullah diikuti sepenuhnya oleh Ali AS. Justeru
sunnah Khalifah Ali adalah Sunnah Nabi SAW itu sendiri per se. (8)
Mempunyai akhlak yang mulia. Beliau tidak pernah berzina dan dikaitkan
dengan liwat atau“gay” (al-Ma’bun) di dalam hidupnya. (9) Keturunan yang
mulia. Beliau seperti Rasulullah SAW datang dari keturunan yang mulia dan
terhormat.
(10) Perlantikannya oleh Rasulullah SAW sendiri. Beliau telah dilantik
oleh Rasulullah SAW untuk menjadi khalifah selepasnya. (11)
Pengakuannya sendiri: Beliau pula memperakui bahawa beliau dilantik ke
jawatan khalifah selepas Rasulullah SAW. (12) Beliau tidak pernah
berbohong dan mengesyaki kenabian Rasulullah SAW. Adakah Khalifah Ali
pernah berbohong? (13) Adakah Fatimah Binti Muhammad pernah
berbohong? (14) Adakah Hasan Bin Ali pernah berbohong? (15) Adakah
Husain Bin Ali pernah berbohong? (16) Disucikan: Tidakkah mereka
disucikan oleh Allah di dalam surah al-Ahzab (33): 33? (17) Hadisal-Kisa’:
Tidakkah mereka Ahlu l-Kisa’?
(18) Hadis al-Thaqalayni: Tidakkah mereka termasuk di dalam Hadis
al-Thaqalayni? (19) Dan jika mereka tidak berbohong, maka siapakah yang
berbohong tentang hak untuk menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW?
(20) Kesimpulan: Justeru kami membuat kesimpulan bahawa beliaulah
orang yang paling layak memegang jawatan khalifah secara langsung
selepas kewafatan Nabi SAW dan beliau sendiri menegaskan bahawa
Rasulullah SAW telah melantiknya sebagai khalifah selepas kewafatannya.
(21) Keistimewaan tersebut membuatkan Khalifah Ali AS lebih layak untuk
menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW daripada mereka
bertiga yang tidak disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya.

105. Jawapan kepada soalan: Bilakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan


Wahabi akan berhenti dari menjadikan sunnah Khalifah Abu Bakar,
245
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
sebagai akidah/agama mereka dari sudut amali?

(i) Terserah kepada mereka, kerana tidak ada paksaan di dalam


agama sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah
(2): 256 “ tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama (Islam)”

(ii) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah boleh meneruskan sunnah Khalifah Abu


Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah
SAW sebagai akidah/agama mereka dari sudut amali, jika mereka
kehendaki, tetapi mereka tidak boleh menyesat atau mengkafirkan Syiah
mazhab Ja‘fari atau Syiah Imam Dua Belas yang berbeza dengan mereka
kerana Syiah mazhab Ja‘fari mengikuti sunnah Khalifah Ali AS yang
bertepatan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.
(iii) Khalifah Ali AS telah menolak sunnah tiga khalifah sebelumnya
kerana menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.
(iv) Sunnah tiga khalifah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah SAW itu tidak boleh dijadikan sistem nilai/akidah/agama bagi
menyesat atau mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari dan Syiah mazhab Zaidi.
(v) al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW hendaklah dijadikan sistem
nilai yang utama sebagai the suprem law of Islam ke atas semua umat Islam.
(vi) Sunni dan Syiah adalah Muslim berasaskan dua syahadah dan
amalan keagamaan yang dharuri di dalam agama Islam seperti mengerjakan
sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
(vii) Jika berlaku perselisihan (khilaf), maka kembalikanlah kepada
Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4):
59 “jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah
kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya)”

106. Jawapan kepada soalan: Adakah akidah / pegangan / agama


Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW?

Ya. Akidah/ pegangan/ agama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah


mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW kerana ia berasaskan sunnah
Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW dari sudut amali. Justeru Khalifah Ali menyatakan
bahawa “Khalifah–khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-
perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka
246
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah Sunnah-
sunnah beliau”.
Kemudian para pengikut mereka pula menjadikan sunnah-sunnah
mereka sebagai agama (din) bagi mendekatkan diri mereka kepada Allah
SWT. Justeru, Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi tidak akan berhenti dari
menyesat atau mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari melainkan bilangan yang
sedikit di kalangan mereka, kerana akidah Syiah mazhab Ja‘fari berasaskan
sunnah Khalifah Ali AS yang bertepatan dengan al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah SAW.
Sementara akidah/agama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah berasaskan:
(i) Sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-
Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW dari sudut amali.
(ii) Sebahagian mereka telah menjadikan khilafah/imamah Abu Bakar
dan Umar sebagai asas agama Islam (aslun) selepas Rasulullah SAW.
(iii) Sebahagian mereka telah menjadikannya sebagai perkara
Usuluddin seperti al-Qadhi al-Baidhawi dan lain-lain.
(iii) Sebahagian mereka telah menjadikannya sebagai rukun Islam dari
sudut amali. Justeru, sesiapa yang mengingkari khilafah Abu Bakar dan
Umar adalah kafir.
Justeru, Syiah yang mengucap dua kalimah syahadah tidak diterima
sebagai Muslim. Begitu juga pernikahan, penyaksian dan penyembelihan
mereka ditolak kerana Syiah mazhab Ja‘fari menuruti Khalifah Ali AS
menolak khilafah/imamah Abu Bakar dan Umar sebagai asas agama
Islam/Usuluddin/rukun Islam dari semua sudut.
(iv) Sebahagian mereka telah menjadikannya bukan sebahagian dari
agama Islam. Ia merupakan pilihan umat Islam untuk memilih seseorang
untuk menjadi imam/khalifah. Mereka menafikan nas perlantikan Nabi SAW
tentang perlantikan 12 imam/khalifah selepas Nabi SAW yang dicatat oleh
al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka untuk Ahlu l-Bait AS.
Ini adalah pendapat mereka dari sudut teori (apa yang tersurat),
tetapi dari sudut amali (apa yang tersirat), mungkin mereka berpegang
kepada salah satu dari tiga pendapat di atas secara taqiyyah atau mereka
berpegang kepada Ijmak (fatwa) bagi menyesat atau mengkafirkan Syiah
mazhab Ja‘fari, berasaskan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang dikira
Usuluddin, bukan berasaskan al-Qur’an dan Hadis. Justeru, rukun Islam lima
perkara, rukun Iman enam perkara dan dua syahadah yang dijadikan alasan
oleh mereka bagi menentang Syiah mazhab Syiah Ja‘fari adalah subordinate
kepada sunnah/khilafah Abu Bakar dan Umar yang dijadikan asas agama
Islam/Usuluddin/Rukun Islam.
247
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Di dalam erti kata yang lain, rukun Islam dan rukun Iman itu sendiri
adalah di bawah sunnah (bidaah) Khalifah Abu Bakar dan Umar. Contohnya
jika seorang Syiah mazhab Ja‘fari mengucap dua kalimah syahadah,
umpamanya, nescaya mereka tidak akan menerimanya sebagai Muslim
tanpa mengaitkan kesesatan kepadanya kerana dia menolak Khilafah Abu
Bakar dan Umar sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW yang ditetapkan
secara Ijmak, menurut Sunni, bukan secara nas. Implikasinya: Al-Qur’an dan
Hadis Nabi SAW itu sendiri adalah subordinate kepada sunnah mereka
berdua dari sudut amali. Sunnah mereka berdua adalah lebih kebal dari al-
Qur’an dan Hadis Nabi SAW. Mereka berdua adalah lebih kebal daripada
Allah SWT dari mematuhi firman-Nya. Mereka berdua adalah lebih kebal
daripada Rasulullah SAW dari mematuhi Sunnahnya dari sudut amali.
(v) Sebahagian mereka pula telah menjadikan pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah sebagai asas agama Islam dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
Ini bererti mereka telah menolak al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sebagai
asas agama Islam. Implikasinya: Hanya Sunni sahaja yang dikira Muslim.
Oleh itu, dua syahadah yang diucapkan oleh Syiah tidak diterima oleh
mereka kerana Syiah bukan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Justeru,
pegangan/mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabi) telah dijadikan asas
agama Islam dan ia telah dinaik taraf kepada agama “Agama Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah”. Justeru, mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sepatutnya.

107. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Salafi/Wahabi suka mencetus


ketegangan di kalangan umat Islam terutamanya antara Sunni-Syiah?

(i) Metodologi dakyah: Mencetus keresahan dan ketegangan


masyarakat terhadap Syiah adalah merupakan metodologi dakyah
Salafi/Wahabi untuk menguasai dunia Islam Sunni.
(ii) Slogan: Pecah dan perintah. Justeru, kata-kata mereka tentang
bahaya Syiah, virus Syiah, sesatnya Syiah adalah bagi memecah-belahkan
umat Islam dari satu sudut dan dari sudut yang lain pula bagi menutupi
bahaya dan kesesatan mereka sendiri.
(iii) Kebencian: Mereka melahirkan kebencian terhadap Syiah bagi
menjauhkan orang ramai dari Syiah.
(iv) Kaitan keganasan dengan Salafi/Wahabi: Pengeboman 9/11 di
New York, pengeboman di Bali, pengeboman di Kuwait, Iraq dan Syria ada
kaitan dengan para penganut Salafi/Wahabi. Teroris Jabhah al-Nusrah, al-
248
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Qaedah, Jaisy al-Islam, Daesy, Isil, Boko Haram, Syabab dan lain-lain ada
kaitan dengan para penganut Salafi/Wahabi.
(v) Takfiri: Mereka mengkafirkan semua orang Islam selain daripada
para penganut Wahabi.
(vi) Bekerjasama dengan Israel (Mossad): Salafi/Wahabi bekerjasama
dengan Israel sebagai perisai dan khadam mereka bagi menentang Syiah,
Republik Islam, Iran.
(vii) Kejahilan masyarakat: Kejahilan masyarakat Sunni tentang Syiah
mazhab Ja‘fari digunakan oleh golongan Salafi/Wahabi yang menyamar
(bertaqiyyah) sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah bagi menentang Syiah
mazhab Ja‘fari.
(viii) Jabatan kerajaan atau lembaga pemeritahan: Salafi atau Wahabi
menggunakan jabatan kerajaan atau lembaga pemerintahan bagi
menghalang urusan perayaan maulid Rasul, Asyura, Arba‘in dan lain-lain
oleh Syiah mazhab Ja‘fari dengan alasan bidaah dan menimbulkan
keresahan dan ketegangan masyarakat.
(ix) Bukan daripada Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah: Salafi/Wahabi bukan
daripada mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana pemimpin mereka
adalah Muhammad Bin Abdal-Wahhab, bukan Abu l-Hasan al-Asy‘ari dan
Abu Mansur al-Maturidi.
(x) Fitnah: Salafi/Wahabi memfitnah Syiah mazhab Ja‘fari dengan
berbagai-bagai fitnah bagi kepentingan jangka pendek mereka, umpamaya,
mereka memfitnah Syiah mempunyai al-Qur’an yang lain, Syiah
mengkafirkan sahabat, mencaci sahabat dan lain-lain tanpa hujah akademik
yang mendalam.
(xi) Perlembagaan negara, al-Qur’an, Hadis dan Hak Asasi Manusia
dalam Islam: Ketegangan anti-Syiah terus berlaku kerana Salafi/Wahabi
tidak menghormati Perlembagaan negara, al-Qur’an, Hadis dan Hak Asasi
Manusia dalam Islam.
(xii) Fatwa: Wahabi telah menggunakan fatwa dari Majlis agama Islam
yang menyalahi Perlembagaan negara, al-Qur’an, Hadis dan Deklarasi OIC
bagi menyesatkan Syiah mazhab Ja‘fari. Perlu dinyatakan bahawa sebarang
fatwa dari Majlis agama Islam tidak boleh menyalahi Perlembagaan negara
yang menjamin kebebasan beragama.
(xiii) Dana: Dana daripada para penaja negara-negara Arab anti-Syiah
berterusan terutamanya di sepanjang bulan Ramadan. Ia merupakan
sumber pendapatan kepada para ustaz upahan Wahabi.
249
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(xiv) Penambahan kuota Haji: Raja Wahabi akan menambah kuota Haji
sekiranya Syiah dihina, diserang, dipenjara atau dibunuh di dalam mana-
mana negara OIC.
(xv) Kebanyakan para menteri agama di negara-negara OIC
mengambil peranan di dalam menyesatkan Syiah mazhab Ja‘fari di negara-
negara masing-masing bagi mendapat berbagai-bagai jenis sokongan
kebendaan (material) dari Raja Wahabi dengan menolak Perlembagaan
negara sendiri, al-Qur’an, Hadis dan Hak Asasi Manusia dalam Islam bagi
menyesatkan Syiah Imamiyyah mazhab Ja‘fari.

(xvi) Anti-Syiah: Justeru, anti-Syiah mendapat pujian dan ganjaran.


(xvii) Pembela Syiah: Pembela Syiah pula mendapat celaan dan
cemuhan.
(xviii) Sunnah Khalifah Ali AS yang bertepatan dengan Sunnah
Rasulullah SAW dan al-Qur’an yang diikuti oleh Syiah mazhab Ja‘fari itu
disesatkan atas nama ajaran Syiah yang menyeleweng dari ajaran Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah.
(xix) Syiah pula disesatkan: Syiah sendiri disesat, dikafirkan oleh
Salafi/Wahabi yang bergerak di luar batas Perlembagaan negara, al-Qur’an,
Hadis dan Hak Asasi Manusia dalam Islam. Sedangkan Rasulullah SAW telah
memuji Syiah Ali sebagai orang yang akan mendapat kemenangan di akhirat
kelak. Beliau bersabda maksudnya: “Wahai Ali, anda dan Syi‘ah anda di hari
Kiamat nanti di dalam reda dan meredai” Dan sabdanya lagi: “Ini Ali dan
Syi‘ahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan
di hari kiamat kelak” (al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Beirut, tt, hlm. 379).
(xx) Bertuhankan hawa nafsu: Salafi/Wahabi ketika mereka menyesat
atau mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari, mereka bertuhankan hawa nafsu
mereka sebagaimana difirmankan oleh Allah di dalam surah al-Jathiah (45):
23 “Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan pengetahuan-Nya,
dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup
atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk
setelah Allah (membiarkannya sesat)?. Mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?”

108. Jawapan kepada soalan: Apakah terdapat di kalangan Ahli Sunnah


Wal-Jama‘ah yang percaya bahawa Khalifah Abu Bakar atau Umar itu
lebih pandai daripada Nabi SAW?
250
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(1) Mungkin tidak terdapat di kalangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang
berpendapat bahawa Khalifah Abu Bakar atau Umar itu lebih pandai
daripada Nabi SAW secara sedar. (2) Mungkin terdapat di kalangan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah yang berpendapat sedemikian secara tidak sedar atau
disebabkan kejahilan mereka di dalam kes tertentu. (3) Mereka yang
berpendapat sedemikian adalah terdiri dari golongan Ghulat Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah. (4) Jika tidak, kenapakah mereka menerima sunnah mereka
berdua yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sebagai akidah
atau agama bagi mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana dinyatakan
oleh Khalifah Ali dan Umar bin Abd al-Aziz? (5) Justeru, tidakkah ia
memberi implikasi bahawa mereka membesar-besarkan atau
mengutamakan Khalifah Abu Bakar atau Umar daripada Nabi SAW itu
sendiri?
(6) Atau tidakkah ia, kadang-kadang, memberi implikasi bahawa
mereka juga membesar-besarkan atau mengutamakan Khalifah Abu Bakar
dan Umar daripada Allah SWT secara tidak sedar atau disebabkan kejahilan
mereka kerana mematuhi sunnah mereka berdua yang menyalahi al-Qur’an
dari sudut amali? (7) Atau mereka mempunyai alasan ijtihad bagi menolak
sebahagian ayat al-Qur’an dan Hadis yang menyalahi sunnah mereka
berdua? (8) Justeru tidakkah mereka dikira makhluk yang terbalik (al-Khalq
al-Mankus)?(9) Tidakkah ia bertentangan dengan firman-Nya di dalam
surah al-Nisa’ (4): 115 “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata
petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami
biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka
Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (10) Hisab yang sebenar
adalah terserah kepada Allah di hari Kiamat.

109. Jawapan kepada soalan: Benarkah Khalifah Ali AS berkata: Jika


aku memberitahu kepada kalian apa yang aku telah mendengarnya
daripada mulut Abu l-Qasim (Nabi Muhammas SAW), nescaya kalian
akan mengatakan aku adalah seorang yang gila?

Ya, benar, kerana tidak semua orang Islam (para sahabatnya)


mempunyai tahap akal yang sama, mempunyai pendidikan yang sama,
mempunyai kebersihan hati yang sama, mempunyai tahap keimanan yang
sama. Justeru sebahagian daripada mereka tidak boleh menerima sabda
Nabi SAW kepada Ali AS: “Anda adalah pembahagi syurga dan neraka”
“Anda adalah rahsia Allah yang tersembunyi” “Anda adalah pintu syurga”
“Anda adalah pintu taubat (bab al-Hittah), “Anda adalah pintu Allah dan
251
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
lain-lain. Jika Khalifah Ali AS memberitahu kepada semua mereka tentang
perkara-perkara tersebut, umpamyanya, nescaya sebahagian daripada
mereka akan berkata bahawa Khalifah Ali AS adalah seorang yang gila
(majnun). (sila lihat, umpamanya, Masyaariq Anwaar al-Yaqin dan Khutbah
al-Iftikhariyyah YOUTUBE).

110. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Khalifah Ali AS berkata


bahawa “urusan kami adalah sulit dan menyulitkan (inna amra-na
sa‘bun wa mustas‘abun). Ia tidak diakui melainkan oleh malaikat yang
dekat dengan Allah (la yuqirru bi-hi illa malakun muqarrab), atau
seorang nabi yang diutuskan (au nabiyyun mursal) atau seorang
mukmin yang diuji imannya oleh Allah SWT (au mu’min imtahana
llahu qalba-hu li l-iman)?

Sedikit sahaja orang yang mempercayai urusannya kerana ia adalah


sulit dan menyulitkan. Hati umat ini berat untuk menerimanya. Antara ujian
Allah SWT terhadap seorang mukmin adalah kecintaannya kepada
Rasulullah SAW sepenuhnya (100%) dan Ahlu l-Baitnya sebagaimana
diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Firman-Nya di dalam surah al-
Syura (42: 23) “Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu suatu upah pun
atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga (ku)” dan sabda Rasul
SAW: “Sesiapa yang mati kerana mencintai keluarga Muhammad (Ali-
Muhammad), maka dia mati sebagai seorang syahid (al-Zamakhsyari, al-
Kasysyaf, iv, hlm. 220).
Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah selepas Rasulullah SAW.
Mereka telah disucikan dan mereka adalah darah dan dagingnya. Rasul SAW
bersabda: “Fatimah adalah sebahagian dari anggotaku, menyakitinya adalah
menyakitiku” “Aku adalah daripada Ali dan Ali adalah daripadaku” “Aku
daripada Hasan dan Hasan adalah daripadaku” “Husain adalah daripadaku
dan aku adalah daripada Husain menyakitiku siapa yang menyakitinya”
Kemudian Imamah/khilafah selepas Rasulullah SAW adalah untuk Ali AS
dan 11 anak cucunya yang disucikan (12 Imam). Justeru, manusia yang
tidak mahu merenung hujah al-Qur’an dan Hadis sepenuhnya, tidak akan
mempercayainya. Allah berfirman di dalam surah al-Ankabut (29): 2 “
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan
mengatakan, “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”
252
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
111. Jawapan kepada soalan: Kenapakah para penganut fahaman
Salafi/Wahabi menjadikan Syiah Imam Dua Belas atau Syiah mazhab
Ja‘fari sebagai musuh No. 1, bukan Yahudi?

Kerana para penganut fahaman Salafi/Wahabi menolak firman Allah di


dalam surah al-Ma’idah (5): 82 “Pasti akan kamu dapati orang yang paling
keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman, ialah orang
Yahudi dan orang-orang musyrik”. Allah SWT menegaskan bahawa musuh
yang paling utama (musuh No.1) terhadap orang yang beriman adalah
Yahudi, tetapi para penganut fahaman Salafi/Wahabi pula mengatakan
bahawa musuh yang paling utama terhadap orang yang beriman adalah
Syiah. Justeru, pendapat Salafi/Wahabi itu adalah bercanggah dengan ayat
tersebut.
Persoalannya: Apakah para penganut fahaman Salafi/Wahabi tidak
termasuk di kalangan “mereka yang beriman” di dalam ayat tersebut kerana
mereka tidak dijadikan musuh No.1 oleh Yahudi? Sementara Syiah yang
dijadikan musuh No. 1 oleh para penganut fahaman Salafi/Wahabi pula
adalah mereka yang paling dimusuhi oleh Yahudi. Ini terbukti bahawa Syiah
Iran, Syiah Lubnan, Syiah Bahrain, Syiah Iraq, Syiah Yaman, Syiah Indonesia
dan Syiah Malaysia dijadikan musuh No. 1 oleh Yahudi Israel dan
Salafi/Wahabi. Justeru, adakah perkataan mu’minun di dalam ayat tersebut
tidak termasuk mereka yang tidak dijadikan musuh No. 1 oleh Yahudi?

112. Jawapan kepada soalan: Tuduhan bahawa Syiah adalah anak zina
kerana mereka adalah anak nikah mut‘ah?

(i) Anak yang dilahirkan dari nikah mut‘ah bukanlah anak zina (ii)
kerana nikah mut‘ah adalah nikah yang sah menurut al-Qur’an surah al-
Nisa’ (4): 24 ”Jika kamu berusaha dengan harta mu untuk menikahinya
secara mut‘ah (fa-mastamta‘tum bi-hinna), maka berikanlah mas kahwinnya
kepada mereka sebagai suatu kewajipan” (fa-aatu-hunna ujurahunna
faridhatan). Ayat tersebut adalah ayat muhkamah; tidak dimansuhkan oleh
Allah SWT (iii) Hanya Khalifah Umar sahaja yang telah mengharamkannya pada masa
pemerintahannya. (iv) Jika anak hasil nikah mut’ah itu adalah anak zina, maka ‘Urwah bin
Zubair dan Abaidillah bin Zubair itu adalah anak zina atau anak haram kerana ibunya
adalah anak perempuan Khalifah Abu Bakar bernama Asma’ binti Abu Bakar:
253
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(v) telah bernikah mut‘ah dengan al-Zubair selama 3 tahun sehingga melahirkan 2
orang anak mut‘ah iaitu anak zina menurut anda! (vi) Ini bererti Khalifah Abu Bakar
mempunyai 2 orang cucunya yang bertaraf anak zina (vii) kerana kedua ibu bapa mereka
telah berzina menurut anda (viii) Khalifah Ali AS menegaskan bahawa jika Mut‘ah tidak
diharamkan oleh Umar, nescaya tidak ada orang yang berzina melainkan orang yang
celaka” (ix) Bukan semua perkara yang halal mesti dilakukannya (ix) Bagaimana dengan
250.000 anak zina di Malaysia yang mana 80% daripada mereka adalah dilahirkan oleh
ibu-ibu yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah? Tidakkah bilangan
anak zina di Indonesia pula adalah lebih besar lagi kerana bilangan Sunninya lebih ramai?
(x) Bagaimanakah dengan nikah jihad yang dilakukan oleh perempuan-perempuan
Malaysia dan Indonesia di Asia Barat? (xi) Anda juga harus mengkaji adakah terdapat di
kalangan para sahabat itu sendiri terdiri daripada anak keturunan zina atau anak incest
menurut sumber Sunni dan Syiah? (xii) Apa salahnya jika anda mengkajinya kerana anda
bukan semestinya percaya kepada hasil kajian anda! (xiii) Adakah manusia boleh
memansuhkan hukum wahyu?
113. Jawapan kepada soalan: Adakah zina dan liwat itu lebih besar
dosanya dari menghina Nabi SAW?:

(i) Zina dan liwat itu adalah dosa besar, tetapi menghina Nabi SAW
adalah lebih besar lagi dosanya. (ii) Hukum menghina Nabi SAW adalah
wajib dibunuh menurut sebahagian besar fuqaha’ dan di akhirat pula adalah
neraka Firman-Nya “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-
Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia
menyediakan mereka seksa yang menghinakan (mereka). Al-Ahzab (33): 57.

114. Jawapan kepada fatwa No. 20 (iv) Menolak ‘Aul dan


mendahulukan Qurabah dari ‘Asabah dalam masalah Pusaka.

Mewajibkan ‘Aul adalah sunnah Khalifah Umar, bukan Sunnah Nabi


SAW, kemudian ia diikuti oleh Sunni dan dijadikan akidah mereka pula.
Khalifah Ali menolak ‘Aul begitu juga Syiah di dalam ilmu Faraidh kerana
Rasulullah SAW tidak mengenakannya. Al-Sayuti berkata: Umar adalah
orang yang pertama mengenakan ‘Aul dalam ilmu Faraidh. (al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa', hlm. 137). Ahli Sunnah menjadikan Sunnah Umar sebagai
pegangan mereka dengan menolak Sunnah Rasulullah SAW. Justeru fatwa
ini hendaklah dimansuhkan. Dan fatwa ini adalah bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) dan 3 (1).
254
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
115. Jawapan kepada fatwa No. 20 (i) Menziarahi kubur Saidina Husain
Ganjaran Syurga

Fatwa ini adalah dipengaruhi oleh fahaman Salafi/Wahabi yang


menentang ziarah kubur. Menziarahi kubur adalah Sunnah Nabi SAW. Anti
menziarahi kubur adalah angkara Salafi/Wahabi. Menzirahi kubur orang
yang soleh dilakukan oleh Ahli Sunnah al-Asya‘irah dari masa ke semasa
khususnya di Alam Melayu untuk mendapatkan barkat. Ia adalah digalakkan
untuk mendapat pahala. Apatah lagi kubur Rasulullah SAW dan
keluarganya. Tidakkah Rasulullah SAW bersabda: “Aku adalah daripada
Husain dan Husain adalah daripadaku?” Tidakkah Rasulullah SAW
bersabda: “Husain adalah ketua pemuda syurga?

Tidakkah Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menziarahi


kuburku, maka dia berhak mendapat syafaatku” (al-Fiqhu ‘ala al-Madhahib
al-Arba‘ah, 1, 591) “Sesiapa yang megerjakan haji dan menziarahku selepas
kewafatanku adalah seperti dia menziarahi aku pada masa hidupku” (wafa’
al-Wafa’, iv, hlm. 1340). “Sesiapa yang mengerjakan haji kemudian tidak
menziarahiku, maka dia tidak mengambil berat terhadapku” (Wafa’ al-
Wafa’, hlm. 1342).

Imam al-Ghazali berkata: Ziarah kubur adalah sunat untuk ingatan


dan teladan. Dan menziarahi kubur orang yang soleh adalah sunat kerana
mengambil berkat dan iktibar” (Ihya’ ‘Ulum al-Din, 4, hlm. 561).
Diriwayatkan bahawa Ibn Umar selalu menziarahi kesan-kesan sejarah
Rasulullah SAW. Ibn al-Athir berkata: Ibn Umar banyak menjejaki kesan
sejarah Rasulullah SAW beliau menziarahi rumahnya dan bersembahyang di
tempat Rasulullah SAW sembahyang sehingga di bawah pokok” (Usd al-
Ghabah, iii, 34).
Sekiranya perbuatan Ibn Umar ini tidak harus, nescaya para sahabat
menegahnya. Hanya Wahabi yang anti ziarah kubur kerana ziarah kubur,
bagi mereka, adalah syirik. Soalanya: Adakah Wahabi Melayu tidak
menziarahi kubur ibu bapa mereka? Satu fahaman yang aneh kerana ia tidak
ada kaitan psikologi dengan mereka yang telah meninggal. Mungkin juga
mereka tidak mempunyai kaitan psaikologi dengan Rasulullah SAW yang
telah wafat.

Lantaran itu, Salafi/Wahabi menghadapi tekanan jiwa tentang ziarah


kubur. Justeru pembongkaran kubur sahabat Rasulullah SAW bernama
255
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Hujur Bin ‘Adi di Syria (Farsnews 4/5/2013), pembakaran kubur sahabat
Rasulullah SAW bernama Ja‘far al-Tayyar di Jordan (Farsnews 4/5/2013,
memakan hati tentera Syria (al-‘Alamnews 18/5/2013) dan pemusnahan
kubur Nabi Ibrahim AS di al-Riqqah, Syria dilakukan oleh Salafi/ Wahabi (al-
‘Alamnews 30/5/2013). Justeru Fatwa No. 20 (i) adalah bercanggah dengan
Sunnah Rasulullah SAW yang mahu beliau dan keluarganya diziarahi
selepas kewafatannya dan ia bercanggah dengan naluri manusia terhadap
orang yang dicintainya selepas kematiannya. Hanya golongan Salafi/Wahabi
yang mengharamkan ziarah kubur, kerana ia adalah syirik. Walau
bagaimana pun fatwa ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan perkara 11 (1) dan 3 (1).

116. Jawapan kepada fatwa No. 20 (ii) Menyeksa tubuh badan


sempena sepuluh Muharram

Hari Husain Bin Ali; 10 Muharram adalah menjadi hari kesedihan,


kedukaan, ratapan dan tangisan, kerana beliau adalah orang terakhir
terbunuh di kalangan Ahlu l-Kisa’. Fatwa ini adalah dipengaruhi oleh
fahaman Salafi/Wahabi yang menentang hari memperingati shahidnya
Imam Husain di Karbala’ kerana mereka mencintai Yazid bin Mu’awiyah.
Memperingati 10 Muharram adalah menjadi budaya orang Melayu Islam
sejak abad ke 3 Hijrah apabila kerajaan Islam Perlak yang bermazhab Syiah
Imamiyyah Ja‘fariyyah ditubuhkan pada 255H. Hanya cara dan
pengamalannya yang berbeza. Para marja‘ Syiah tidak bersetuju jika ia
dilakukan secara yang menyakitkan tubuh badan. Ia hendaklah dilakukan
secara sederhana. Sebab-sebab mereka melakukan sedemikian:
(i). Mengenang peristiwa yang menyedihkan bahawa cucu Rasulullah
Husain bin Ali AS dan keluarganya daripada Ahlu l-Bait Rasul SAW dibunuh
oleh tentera Yazid pada tahun 61 Hijrah di Karbala’ secara zalim.
(ii). Husain bin Ali adalah Ahlu l-Kisa’ yang terakhir terbunuh yang
menjadi rujukan umat Islam bagi mendapat ketenagan dan beliau adalah
ketua pemuda syurga. Semantara Yazid adalah pendusta dan pengkhianat.
Wahabi menyokong Yazid bin Mu‘awiyah dan menentang Imam Husain bin
Ali AS.
(iii). Umat Islam sanggup membunuh cucu Rasulullah SAW kerana
ganjaran dunia.
(iv). Ubaidillah bin Ziyad adalah seorang sahabat Nabi SAW yang
sanggup membunuh keluarga Rasulullah SAW apabila dia dijanjikan dengan
ganjaran yang besar oleh Yazid bin Mu‘awiyah.
256
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(v). Peristiwa Karbala’ adalah peristiwa yang membangkitkan jiwa
raga Muslim yang tertindas untuk berjuang menentang kezaliman di mana-
mana di dunia ini.
(vi). Peristiwa Karbala’ membuka pertalian rohani dengan Imam
Husain AS. Ini bererti membuka pertalian kerohanian dengan datuknya
Rasulullah SAW.
(vii). Mereka melakukan sedemikian kerana dendam mereka kepada
Ali AS kerana membunuh bapa-bapa mereka di peperangan Badar dan
Hunain.
(viii). Musuh-musuh Imam Husain AS sekarang yang terdiri daripada
golongan Wahabi-Takfiri sanggup melakukan apa saja bagi menentang Syiah
Imam Husain AS. Bagi mereka menentang Syiah adalah agenda No.1
sementara pembebasan Qudus adalah kemudian. Inilah fikiran yang
terbalik. Justeru mereka sanggup berada di barisan depan bersama
Amerika, Nato, Israel, pemusnah dan pembakar kubur para sahabat
Rasulullah SAW bagi menentang Syiah.
Mengenai penyeksaan tubuh badan, perkara yang sama dilakukan
oleh golongan Kurdi yang bermazhab Sunni Syafi‘i di Iraq pada hari
kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan menyeksa tubuh badan mereka
untuk mendapat ganjaran syurga seperti dilakukan oleh masyarakat Hindu
di Batu Caves (National Geography panorama). Kami mohon penjelasan dari
JAIS atau JAKIM sama ada perbuatan mereka sedemikian dikira
menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah ataupun tidak
kerana mereka adalah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Oleh itu konsep wasatiyah
perlu dilaksanakan dari semua sudut di Malaysia. Lantaran itu fatwa No. 20
(ii) ini wajib dimansuhkan sebagai menghormati cucu Rasulullah SAW. Dan
fatwa ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11
(1) dan 3 (1).

117. Jawapan kepada soalan: Syiah bertopengkan Ahlu l-Bait


Rasulullah SAW bertujuan merosakkan Islam dari dalam:

(a) Tuduhan anda itu tidak benar sama sekali. Ini adalah propaganda
Salafi/Wahabi. Sebaliknya anda dan fahaman Salafi-Wahabi yang
bertopengkan cinta kepada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW. Khalifah Ali bin Abi
Talib AS berkata: Tidak akan berhimpun cinta kami (hubbu-na) dan cinta
musuh kami (hubbu ‘aduwwi-na) di dalam rongga seseorang. Allah
berfirman di dalam surah al-Ahzab (33): 4 “Sesungguhnya Allah sekali-kali
tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya”
257
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Justeru cinta dan kebencian tidak akan bertemu. Adapun pencinta kami
(muhibbu-na), maka cintanya bersih sepertilah emas yang dibersihkan
dengan api, tanpa sebarang kekotoran padanya. Lantaran itu sesiapa yang
ingin mengetahui cinta kami, maka hendaklah dia memeriksa hatinya. Jika
cintanya kepada kami dikongsi bersama oleh cintanya kepada musuh kami,
maka dia bukanlah dari kami, dan kami bukanlah daripadanya. Allah adalah
musuh mereka, Jibrail, Mika’il dan Allah adalah musuh bagi mereka yang
ingkar” (Bihar al-Anwar, 27, hlm. 51, Hadis No .1).

Ini bererti cinta dan kebencian tidak boleh bersatu. (b) Salafi/Wahabi-
Takfiri adalah perosak dari luar dan dalam dengan melakukan pengeboman
di Iraq, Syria, Pakistan, the World Trade Center di New York dan menjadi
sekutu Israel di Asia Barat. Dan Wahabilah yang mencetuskan ketegangan
mazhab di Malaysia dan di Indonesia dengan berselindung di sebalik Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dan mengkafirkan Syiah. (c) Tidakkah “pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah” dinaik taraf kepada status agama kerana ia dijadikan
asas agama Islam? Atau kalian ada mata, tetapi tidak mahu melihat dan ada
telinga, tetapi tidak mahu mendengar? (f) Firman Allah di dalam surah al-
Hajj (22): 46 “Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah
hati yang di dalam dada”

118. Jawapan kepada soalan: Ramai masuk Syiah kerana ada jalan
pintas (short cut) dalam sembahyang boleh jamak dan boleh nikah
mut‘ah:

(i) Kedua-dua kemudahan tersebut adalah hak orang Islam. (ii) Ada
nas yang membolehkan kedua-duanya untuk dilakunnya bagi mereka yang
berhajat, tetapi kedua-duanya bukanlah wajib dengan syarat-syaratnya
pula. Tentang sembahyang jamak, ada Hadis Nabi SAW yang
membolehkannya begitu jaga dengan nikah mut’ah, ada nas yang
membolehkannya.

(iii) Hanya Sunni mematuhi bidaah Uthman yang tidak menggalakkan


sembahyang jamak dilakukan, mungkin kerana dia fikir dia lebih pandai
daripada Nabi SAW sementara nikah mut‘ah, Sunni mematuhi bidaah Umar
yang telah melarangnya walaupun dia sendiri telah melakuknnya (iv)
Khalifah Ali AS telah mengharuskan kedua-duanya berdasarkan ayat al-
Qur’an dan Hadis Rasulullah SAW. (iv) Kami telah memilih Syiah Islam
258
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mazhab Ja‘fari bukan kerana kedua-duanya. (v) Kami memilih Syiah kerana
kami mengkaji fakta-fakta sejarah dan kebenarannya yang berdasarkan al-
Qur’an dan Hadis Rasulullah SAW.

119. Jawapan kepada soalan: Syiah menyeleweng daripada pegangan


Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Hukum Syarak Malaysia:

(i) Ini disebabkan takrif agama Islam dan Hukum Syarak menurut
fatwa di Malaysia adalah Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak, bukan berasaskan al-Qur’an
dan Hadis. Sementara Syiah berpegang kepada Islam yang berasaskan al-
Qur’an dan Hadis. (ii) Ini bererti al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW, menutut
fatwa, adalah “subordinate” kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Di
dalam erti kata yang lain, pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah lebih
tinggi dari al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW menurut fatwa.
(iii) Syiah berpegang kepada sunnah Khalifah Ali AS yang bertepatan
dengan Sunnah Nabi SAW dan al-Qur’an. Sementara Sunni berpegang
kepada sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. (iv) Khalifah Ali AS dan Syiahnya menolak
sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW. Sementara Sunni menerima sunnah Khalifah Abu
Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW
dan dijadikan akidah/ agama bagi mendekatkan diri kepada Allah. Justeru,
sunnah Khalifah Ali AS diharam dan disesatkan di Malaysia atas nama
ajaran Syiah pada 5.5. 1996. Oleh itu, Syiah tidak menyeleweng dari Islam
dan Hukum Syarak yang berasaskan al-Qur’an dan Hadis. Justeru, Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah di Malaysia menyeleweng dari Islam yang berasaskan
al-Qur’an dan Hadis.

120. Jawapan kepada soalan: Syiah mempromosikan akidah Yahudi


iaitu Imamah yang tidak disebut di dalam al-Qur’an dan Hadis yang
sahih oleh “penasihat” Ilmuwan Islam:

Pendapat penasihat Ilmuwan Islam menunjukkan kejahilannya


dengan al-Qur’an sehingga dia menganggap Imamah adalah akidah yahudi
yang tidak ada di dalam al-Qur’an.

A. Al-Qur’an: Di dalam al-Qur’an terdapat 12 ayat yang menyebut


tentang Imamah. 1. Surah al-Baqarah (2): 124 “Sesungguhnya Aku
259
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menjadikan engkau sebagai imam (pemimpin) bagi seluruh manusia” (innaa
ja‘ilu-ka imamam) 2. Surah al-Taubah (9): 12 “Maka perangilah para imam
kafir itu (fa-qatilu a’immata al-Kufri). Sesungguhnya mereka adalah orang
yang tidak dapat dipegang janjinya, mudah-mudahan mereka berhenti” 3.
Surah Hud (11): 17 “Maka apakah orang yang sudah mempunyai bukti yang
nyata daripada Tuhannya dan diikuti oleh seorang saksi daripadanya dan
sebelumnya Kitab Musa sebagai imam dan rahmat?”

4. Surah al-Isra’ (17): 71 “(ingatlah), pada hari Kami panggil setiap


umat dengan pemimpinya” (yauma nad‘u kulla unasin bi-imami-him)” 5.
Surah al-Anbiya’ (21): 73 “Dan Kami menjadikan mereka itu para imam
(pemimpin-pemimpin) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami”
(a’immatan).
6. Surah al-Qasas (28): 5 “Dan Kami hendak memberi kurnia kepada
orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka para imam
(a’immatan) dan menjadikan mereka di kalangan pewaris” 7. Surah al-Qasas
(28): 41 “Dan Kami jadikan mereka para imam yang menyeru (manusia) ke
neraka dan pada hari Kiamat mereka tidak akan ditolong” 8. Surah al-Hujr
(15): 79 “dan Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua-duanya
di Imam mubin” 9. Surah al-Sajdah (32): 24 “Dan kami jadikan di antara
mereka para imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selama
mereka bersabar. Mereka pula menyakini ayat-ayat Kami” 10. Surah Yasin
(36): 12 “sesunguhnya kamilah yang menghidupkan orang yang telah mati
dan kamilah yang mencatat apa yang mereka telah kerjakan dan bekas-bekas
yang mereka (tinggalkan). Dan segala sesuatu Kami kumpulkan pada Imam
mubin”
11. Surah al-Furqan (25): 74 “dan mereka yang berkata:, “Wahai Tuhan
kami, anugerahkanlah kepada kami dan keturunan kami penyenang hati
(kami) dan jadilah kami Imam bagi mereka yang bertakwa” 12. Surah al-
Ahqaf (46): 12 “Dan sebelum itu telah ada Kitab Musa sebagai imam dan
rahmat. Dan ini adalah Kitab yang membenarkannya dalam bahasa Arab (al-
Qur’an)untuk memberi peringatan kepada mereka yang zalim dan memberi
khabar gembira kepada mereka yang berbuat baik”

B. Hadis: Ada pun 12 Imam atau 12 Khalifah atau 12 Amir telah


disebut di dalam beberapa Hadis sahih. (1). Muslim meriwayatkan daripada
Jabir bin Samurah bahawa dia telah mendengar Nabi SAW bersabda: Agama
ini sentiasa kukuh sehingga berlakunya Kiamat atau di atas mereka 12
Khalifah, semuanya daripada Quraisy” (Sahih Muslim, iii , Hadis 1453 dan
260
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
1821). Lafaz yang hampir sama di dalam Sahih al-Bukhari, iv, 165 Kitab al-
Ahkam, Sunan al-Turmudhi: Bab fi ma ja’a fi al-Khulafa’ min abwab al-Fitan,
Sunan Abu Daud: iii/ 106, “Kitab al-Mahdi”, Musnad al-Tayalasi: Hadis 767
dan 1278, Musnad Ahmad, v/86-90 dan 90, 92-101, Kanz al-‘Ummal: 13/26,
Hilyah Abu Nu ‘aim, iv/333, Fath al-Bari 16/338, Mustadrak al-Sahihain: iii/
617).
(2). “Bagi umat ini 12 orang yang utuh tidak akan dimudaratkan oleh
mereka yang menghina mereka, semua mereka adalah daripada Quraisy”
(Muntakhab al-Kanz, v/321, Tarikh Ibn Kathir, vi/246. Tarikh al-Khulafa’
oleh al-Suyuti: 10, Kanz al- ‘Ummal: 13/ 27 dan Muntakhab al-Kanz: v/312,
al-Sawa ‘iq al-Muhriqah, 28).
(3). Riwayat daripada Ahmad daripada Masruq berkata: Kami telah
duduk pada satu malam di sisi Abdullah (Ibn Mas‘ud) dia membaca al-
Qur’an kepada kami, lalu seorang lelaki bertanya kepadanya, maka dia
berkata: Wahai Aba Abd al-Rahman, adakah kamu telah bertanya Rasulullah
SAW, berapakah umat ini memiliki Khalifah? Abdullah berkata: Tidak ada
seorang pun yang telah bertanyaku semenjak aku datang di Iraq sebelum
anda. Dia berkata: Kami telah bertanya kepadanya, maka dia berkata: 12
bilangan naqib Bani Israel” (Musnad Ahmad: 1/398 dan 406).
(4) Daripada Ibn Najjar: “Urusan umat terserlah sehingga berdiri 12
orang semuanya daripada Quraisy” (Kanz al-‘Ummal: 13/26, al-Saw‘iq al-
Muhriqah, 28).
(5) Bagaimana anda akan menjawab kepada Hadis-Hadis ini jika anda
mengingkari 12 Imam?
(i) Rasulullah SAW bersabda:“Siapa yang mati tanpa memberi baiah
(kepada imam zamannya), maka dia mati sebagai seorang jahiliyah” (Sahih
Muslim, iii/1478). (ii) Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mati tanpa
imam, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah”(Musnad Ibn Hanbal,
vi/22/16876).
(6) Hadis-Hadis di atas menunjukkan bahawa imamah/ khilafah
adalah daripada rukun Iman/Usuluddin. Jika tidak, seorang yang tidak
mengetahui imam zamannya tidak mati sebagai seorang jahiliyah.
(7) Anda berkata bahawa “beriktikad dengan imam 12 sesat terkeluar
dari Islam” (Sinar harian 24/11/ 13) Jawapannya: Sepatutnya orang yang
tidak percaya kepada Imam 12 daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang
sesat dan terkeluar dari Islam.
(8) Tahukah anda bahawa bilangan rakaat sembahyang tidak disebut di
dalam al-Qur’an, justeru anda menganggapnya sebagai akidah Yahudi?
261
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(9) Siapakah imam zaman anda sekarang? (10) Dan tidakkah
penetapan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas agama Islam
(usuluddin) dan Hukum Syarak di Malaysia pada 5.5. 1996 bagi
mengharamkan Syiah (e-fatwa) dari akidah Yahudi?

121. Jawapan kepada soalan: Mereka yang menyatakan bahawa Ahlu l–


Bait Rasulullah SAW tidak ada kaitan dengan Syiah Imam 12 atau
mazhab Syiah Ja‘fari?

Ini adalah propaganda Salafi/Wahabi, musuh Ahlu l-Bait Rasulullah


SAW. Syiah ada kaitan dengan para Imam 12 daripada Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW kerana Syiah Imam 12 atau mazhab Syiah Ja‘fari adalah
para pengikut (Syiah) mereka. Sebahagian mereka ada pertalian darah
dengan para Imam 12 dan sebahagian mereka tidak ada pertalian darah
dengan mereka seperti Salaman al-Farisi, al-Miqdad, Abu Zar, ‘Ammar dan
lain-lain. Justeru, Salafi/Wahabi tidak boleh menafikannya. Sunnilah yang
tidak ada kaitan dengan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW kerana mereka menolak
ajaran Ahlu l-Bait Rasulullah SAW, menghina mereka dan memisahkan
orang yang mengikuti mereka. Khalifah Abu Bakar dan Umar bukan
daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dari sudut istilah. Justeru, mereka
berdua tidak disucikan dengan surah al-Ahzab (33): 33, Hadis al-Kisa’ dan
Hadis al-Thaqalayni. Cinta Syiah kepada para imam mereka AS adalah
bersih seperti emas yang telah dibersihkan dengan api, ia tidak akan luntur.
Firman Allah di dalam surah al-Hajj (22): 46 “Sebenarnya bukan mata itu
yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada” (Portal Islam&
Melayu, 20 Oktober, 2015).

122. Jawapan kepada soalan: Gempur Syiah, sebar Wahabi:

Penentangan terhadap Syiah di Malaysia dan di Indonesia adalah


untuk penyebaran ajaran Wahabi. Ia dilakukan oleh Salafi/Wahabi yang
menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Tajuk-tajuknya tidak
akademik dan tersasar dari pengajaran al-Qur’an, Hadis dan Undang-undang
negara. Contohnya: “Bahaya Syiah dan Kristian terhadap umat Islam“
“Gerakan Syiah dan Kesannya terhadap Dunia Islam” Persoalannya:
Kenapakah Syiah dikeluarkan dari dunia Islam dan tidak dibenarkan kahwin
dengan Syiah? Pada masa yang sama mereka membenarkan kahwin dengan
kitabiyyah”? Tabligh Akbar di Pekanbaru: “Membongkar kesesatan Syiah”
Kenapakah tidak membongkar kesesatan Wahabi?
262
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

“Waspada Syiah” Kenapakah tidak waspada Wahabi? Tajuk-tajuk yang


dianjurkan oleh golongan Salafi/Wahabi yang bertaqiyyah sebagai Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah ini adalah satu pencabulan kepada Hak Asasi Manusia
dalam Islam berdasarkan Deklarasi Cairo 1990, Deklarasi Amman, Deklarasi
Islamabad, al-Qur’an, Hadis dan Undang-undang negara, sepatutnya ia tidak
dibenarkan berlaku. Sementara pihak yang berkuasa atau lembaga
pemerintahan pula membenarkan ia berlaku kerana turut terpengaruh
dengan dakyah Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Jika Syiah mengadakan seminar dengan tajuk yang berkaitan dengan
Fatimah al-Zahra’, Husain Bin Ali, Karbala’ dan bahaya Wahabi kepada
Sunni, umpamanya, seminar tersebut akan dibatalkan oleh pihak berkuasa
atau lembaga pemerintahan atas alasan masyarakat menolak Syiah. Di
mana Undang-undang negara?

123. Jawapan kepada soalan: Memerangi Syiah adalah jihad oleh


JAKIM”:

(i) JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah mengisytiharkan


perang jihad terhadap Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari (ii) Syiah
diharamkan oleh JAKIM pada 5.5. 1996 kerana asas agama Islam dipinda
dari al-Qur’an dan Hadis kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
(Salafi/Wahabi), justeru Syiah diharamkan. Abu l-Hasan al-Asy‘ari sendiri
tidak mengkafirkan Ahli al-Qiblat. (iii) Mereka dihalalkan oleh JAKIM
sebelum 5.5. 1996 kerana asas agama Islam pada masa itu adalah al-Qur’an
dan Hadis.
(iv) JAKIM lebih pandai daripada Rasul-Nya apabila mengkafirkan
Syiah Ja‘fari Melayu Islam yang mengucap dua kalimah syahadah (v) Al-
Qur’an menjelaskan dalam surah al-Baqarah (2): 256 “Tidak ada paksaan
dalam (menganuti) agama (Islam)” Sementara fatwa Sunni al-Azhar,
Deklarasi Amman, deklarasi Makkah al-Mukarramah, Deklarasi Islamabad
memperakui hak mazhab Ja‘afari untuk diamalkan dan ditandatangani oleh
Kerajaaan Malaysia. Allah berfirman di dalam surah al-Ma’idah (5): 1
“Wahai orang-orang yang beriman! Tunaikanlah janji-janji kamu” (aufuu bi l-
‘uquud) (v) Jika berlaku pembunuhan secara individu atau beramai-ramai
terhadap Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari, maka JAKIMlah yang
bertanggungjawab kerana fatwanya yang mengkafirkan Syiah.
263
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(vi) Rasulullah SAW telah bersabda kepada Khalifah Ali AS ketika dia
mengutusnya untuk pembukaan Khaibar: Perangilah mereka sehingga
mereka berkata tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah
pesuruh Allah. Jika mereka berkata sedemikian, maka darah dan harta
mereka terpelihara dari anda dan hisab mereka di atas Allah, jika Allah
memberi hidayah kepada seorang lelaki melalui anda, maka ia adalah lebih
baik dari dunia dan apa yang ada padanya” (Sahih Muslim, vii, hlm. 122).
(vii) JAKIM mengambil peranan Allah SWT dan ia bercanggah dengan Hadis
di atas; hisabu–hum‘alallah (hisab mereka di atas Allah)dalam mengkafirkan
Syiah, bukan di atas JAKIM untuk menghukum mereka yang mengucap dua
kalimah syahadah dengan kekafiran “kerana darah dan harta mereka adalah
terpelihara.”
(viii) Ini adalah jaminan daripada Rasulullah SAW bagi orang yang
mengucap dua kalimah syahadah. (ix) JAKIM tidak pernah tahu tentang
Hadis ini! (x) Tidakkah penetapan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
sebagai asas agama Islam (Usuluddin) itu bercanggah dengan al-Qur’an dan
Hadis? Tidakkah ia merupakan agama? Al-Suyuti menulis bahawa Umar bin
Abd al-Aziz berkata bahawa “Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan
oleh Rasulullah (ala inna ma sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa
sahiba-hu), maka ia adalah agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya
dan kami berakhir kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun
apa yang disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan
Umar), maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu)
(Tarikh al-Khulafa’, hlm. 160). Seruan JAKIM supaya memerangi Syiah
sebagai perang jihad boleh disaman di bawah undang-undang Jenayah
Malaysia Perkara 298 A.

124. Jawapan kepada fatwa No. 20 (v) Sembahyang Dhuha adalah


haram?.
Sembahyang Dhuha bukan Sunnah Nabi SAW. Justeru fatwa ini adalah
tidak sah kerana teks asalnya “Sembahyang Dhuha adalah bidaah”, bukan
haram sebagaimana difatwakannya. Ia diubah begitu saja oleh tangan-
tangan yang tidak ada amanah dari perkataan bidaah kepada perkataan
haram tanpa tanggungjawab ilmiah. Ini adalah kesilapan yang besar (a
blunder mistake) di dalam perundangan. Bagaimana para mufti dan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (hormat kami kepada mereka)
tidak mengkajinya dengan teliti sebelum ia diwartakannya? Amat dikesali
sekali! Dengan kesilapan ini Syiah menjadi mangsa dan dikira penjenayah.
264
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Oleh itu sembahyang Dhuha adalah menyalahi Sunnah Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah, dia berkata: Sesungguhnya Nabi SAW
tidak pernah mengerjakan sembahyang Dhuha” (Ahmad, Musnad, vi, hlm.
30). Abdullah bin Umar berkata: Sembahyang Dhuha adalah bidaah dari
segala bidaah” (Ibid, 126). Justeru ia adalah bercanggah dengan Sunnah
Rasulullah SAW walaupun ia menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Kami secara peribadi tidak bercadang untuk menghalang Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah dari melakukannya. Walau bagaimana pun fatwa ini adalah
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) dan 3 (1).

125. Jawapan kepada fatwa No. 20 (vii) Imamah dan khilafah daripada
rukun Islam dan ia berlaku melalui Nas

Sebahagian Sunni juga mempercayai bahawa imamah dan khilafah


adalah daripada (i) Rukun Islam, Ibn ‘Abd al-Birr (w. 463 H) menyatakan
bahawa khilafah adalah sebahagian daripada rukun agama (ruknun min
arkan al-Din) kerana Rasulullah SAW telah melantik Abu Bakar selepasnya
bukan secara tasrih (kenyataan/nas), tetapi secara ta‘ridh (pembentangan)
kasih sayang kepadanya. Rasulullah SAW tidak melakukan sesuatu
melainkan dengan wahyu.
Justeru khilafah adalah sebahagian daripada rukun-rukun agama, al-
Isti‘ab fi ma‘rifatt al-Sahabah,iii, hlm. 969, Beirut 1412 H. Al-Qurtubi di
dalam al-Jami‘ li-Ahkam al-Qur’an, jil. I, hlm. 265, menyatakan bahawa Al-
Siddiq apabila hampir kematiannya, dia telah melantik Umar selepasnya di
dalam imamah. Tidak ada seorang pun berkata bahawa perkara imamah
tidak wajib ke atas kami dan ke atas anda, maka ia menunjukkan bahawa
imamah adalah wajib. Malah ia adalah satu rukun daripada rukun-rukun
agama (ruknun min arkan al-Din) yang menjadi teras kekuatan Muslimin, al-
jami‘ li-Ahkam al-Qur’an, jil.i, hlm. 265, Cairo, tt.

II. Usuluddin: Imamah dan Khalifah sebahagian daripada usuluddin dan


menyalahinya adalah bidaah dan menimbulkan fitnah (al-Baidhawi (w. 685
H), Minhaj al-Wusul ila ‘ilm al-Usul, Cairo, Muassasah al-Risalah Nasyirun)
t.t, hlm. 73, al-Subki (w. 756 H), Abhajfi Syarh al-Manhaj, Cairo 1981, hlm.
327, al-‘Allamah Fakhruddin Ahmad bin Hasan (w. 746 H) bin Yusuf al-Jar
Yazdi, al-Siraj al-Wahhab, jil. ii, hlm.730, Syahlmuddin Mahmud (w. 749 H)
bin Abd al-Rahman Isfahani, Syarh al-Minhaj li-l-Baidhawi fi ‘ilm al-Usul,
Maktabah al-Rusyd, Riyadh, t.t jil.ii, hlm327, Muhammad bin al-Hasan al-
Badkhasyi, Syarh al-Badkhasyi Manahij al-‘Uqul, Cairo, t.t, jil. ii, hlm. 226.
265
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

III. Asas agama: Abu Bakar dan Umar itu sendiri adalah asas agama selepas
Nabi SAW (aslun ba‘d al- Nabi SAW). Adapun Rafidhi adalah orang yang
membenci Abu Bakar dan Umar kerana telah tetap di dalam pemikiran
mereka kefasadan iktikad disebabkan kejahilan mereka, lalu dia menzalimi
mereka berdua kerana Ali, tetapi Ali tidak beriktikad sedemikian. Lantaran
itu iktikad Rafidhi itu mendatangkan kekurangan pada agamanya (ya‘ud ‘ala
al-Din bi-naqsin) kerana Abu Bakar dan Umar kedua-duanya adalah asas
agama (aslun) selepas Nabi SAW. Dan ini adalah asas pengkafiran
sebahagian Rafidhah kerana mereka berdua dan cacian mereka terhadap
mereka berdua (hadha ma’khadh al-Takfir bi ba‘dh al-Rafidhah la-huma wa
sabb la-huma). Justeru mereka berkata: Sesiapa yang tidak percaya kepada
imamah dan khilafah Abu Bakar dan Umar adalah kafir” Sementara di
Malaysia pula, pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah diwartakan sebagai asas
agama Islam mulai 5 Mei 1996, bukan al-Qur’an dan Hadis.

126. Jawapan kepada soalan: Kenapakah Wahabi menyatakan bahawa


penyatuan Sunni dan Syiah adalah mustahil seperti mimpi di siang
hari?

(i) Kerana mereka melihat kepada perbezaan dari persamaan. Justeru,


mereka mengkafirkan semua mazhab di dalam Islam selain dari mazhab
Salafi/Wahabi.
(ii) Kerana mereka tidak mahu meninggalkan sunnah Khalifah Abu Bakar,
Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW yang
dijadikan akidah/agama oleh mereka bagi mendekatkan diri mereka kepada
Allah sebagaimana dinyatakan oleh Khalifah Ali AS.
(iii) Mereka menolak al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sebagai pengukur
kebenaran yang mutlak dari sudut amali.
(iv) Mereka juga turut merasai kekebalan diri mereka sendiri bagi menolak
hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW dengan alasan ijtihad.
(v) Penyatuan Sunni-Syiah akan merugikan gerakan Wahabi kerana
penganut Wahabi adalah minoriti.
(vi) Justeru, mereka menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah untuk
menjadi pemimpin mereka.
(vii) Mereka mahu memecah-belahkan umat Islam dari dalam bagi
kepentigan Israel.
266
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
127. Jawapan kepada soalan: Bagaimanakah caranya agar penyatuan
umat Islam sedunia terlaksana?

Penyatuan umat Islam sedunia akan terlaksana dengan merujuk kepada:


(1) Perlembagaan atau Konstitusi setiap negara yang memberi Hak
Asasi Manusia kepada warganya (HAM) terutamanya Negara-
negara yang tidak mewartakan al-Qur’an sebagai Undang-undang
utama negara seperti Indonesia dan Malaysia.
(2) Al-Qur’an: Firman Allah di dalam surah al-Baqarah (2): 256 ”Tidak
ada paksaan dalam (menganuti) agama (Islam)“
(3) Hadis: Sabda Rasulullah SAW kepada Khalifah Ali AS ketika dia
mengutusnya untuk pembukaan Khaibar: Perangilah mereka sehingga
mereka berkata tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah
pesuruh Allah. Jika mereka berkata sedemikian, maka darah dan harta
mereka terpelihara dari anda dan hisab mereka di atas Allah, jika Allah
memberi hidayah kepada seorang lelaki melalui anda, maka ia adalah lebih
baik dari dunia dan apa yang ada padanya” (Sahih Muslim, vii, hlm. 122).
(4) Fatwa Sunni Syeikh al-Azhar dan Deklarasi Amman 2005
(5) Deklarasi Makkah al-Mukarramah 2006
(6) Deklarasi Islamabad 2007
(7) Deklarasi Cairo 1990 Hak Asasi Manusia dalam Islam.
(8) Penyelesaian politik.

128. Jawapan kepada soalan: Syiah di Nusantara

Kerajaan Islam yang pertama di Nusantara telah ditegakkan di Perlak


dengan perlantikan Sultan Alauddin Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah
sebagai pemerintah yang pertama. Beliau adalah putera kepada Ali Bin
Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq (Imam Syiah ke 6). Dan kerajaan Islam Perlak
adalah kerajaan Islam yang pertama di Nusantara yang berpegang kepada
Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Lima (5) orang dari pemerintahnya menganut
aliran Syiah:
1. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah memerintah antara
tahun 225 H-249H (840M-864M). Iaitu cicit kepada Imam Ja‘far al-Sadiq as.
2. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-Rahim Shah memerintah antara
tahun 249-274H (864M-888M)
3. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abbas Shah memerintah antara tahun
274H-300H (888N-913M)
267
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
4. Sultan ‘Ala’ al-Din Mawlana Mughayah Shah memerintah antara tahun
302H-305H (915M-918M)
5. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana Mahmud Shah memerintah antara tahun
365H-377H (976M-988M).
6. Tempoh pemerintahan mereka adalah 88 tahun M (91 tahun Hijrah).

Kedatangan golongan Alawiyyun atau keturunan Rasulullah ke


Nusantara adalah disebabkan kegagalan mereka di dalam pemberontakan
yang diketuai oleh Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq AS pada 200H menentang
Bani Abbas, Khalifah al-Makmun. Justeru mereka datang ke Perlak untuk
berdakwah dan mencari rezeki. Kedatangan mereka seramai 100 orang ke
Perlak dianggarkan pada tahun 817M. Ia telah mengambil masa 23 tahun
berdakwah kepada orang Melayu yang belum memeluk Islam sehingga
sebuah kerajaan Islam yang bermazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah
ditubuhkan di Perlak pada hari Selasa, 1 Muharram tahun 225H (840M).
(sila lihat, SHI‘AH DAN PENGARUHNYA DALAM BIDANG POLITIK DAN
TASAWUF FALSAFAH DI ALAM MELAYU ZAMAN TRADITIONAL, hlm.156-
7,153,143 dan seterusnya (unpublished Ph. D Thesis 2003 oleh Kamis Bin
Ismail, UKM, Bangi, Selangor).

Lantaran itu orang Melayu di dalam sejarah awal mereka telah


memeluk Islam dengan berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ithna
Asy‘ariyyah (Ja‘fari) bukan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana Abu
Hasan al-Asy‘ari dilahirkan pada tahun 227H dan mati pada tahun 330H
sementara al-Maturidi dilahirkan pada 225H dan mati pada tahun 331H.
Mereka berdua merupakan pengasas mazhab pemikiran teologi Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah sedangkan kerajaan Islam Syiah di Perlak telah ditubuhkan
dengan rasminya pada hari selasa 1 Muharram tahun 225H/840M. Justeru
orang Melayu dari segi sejarah awal dan kebudayaan mereka sehingga ke
hari ini seperti tahlil, berzanji, sambutan hari Maulid Rasul SAW, sambutan
Nisfu Sya‘ban (kelahiran Imam al-Mahdi AS) ziarah kubur, majlis bercukur
dan memperingati hari Asyura, adalah Syiah kerana kecintaan mereka
kepada anak cucu RasulullahSAW.

Malah inilah tuntutan Islam yang yang sebenar sebagaimana firman-


Nya di dalam surah al-Syura (42): 23 “Katakanlah: Aku tidak meminta
kepadamu suatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada
keluarga (ku)” dan sabda Rasul SAW: “Sesiapa yang mati kerana mencintai
keluarga Muhammad (Ali-Muhammad), maka dia mati sebagai seorang
268
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
syahid (al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, iv, hlm. 220). Dan sabdanya: Cintailah
keluargaku kerana mencintaiku” (al-Turmudhi, Sunan vi, hlm. 622, al-
Hakim, al-Mustadrak baina al-Sahahayni, iii,163). Dan kembalinya orang
Melayu kepada Syiah adalah kembali kepada sejarah awal mereka yang
bermula pada abad ke sembilan Masihi atau abad ke tiga Hijrah di
Nusantara (Ibid).

Hampir dua belas abad yang lalu, mereka telah berpegang kepada
mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Ini adalah suatu hakikat yang tidak
dapat dinafikan oleh mana-mana sejarawan. Mungkin kedatangan mazhab
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (al-Asya’irah) di Perlak secara besar-besaran
adalah hampir separuh abad kemudian (Ibid). Dan kini pula kedatangan
fahaman Wahabi yang sedang mengambil tempat Ahli Sunnah Wal-Jam‘ah di
di Nusantara bagi menguasai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari golongan
Asya‘irah di dalam “fatwa politik” dan lain-lain. Justeru Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah yang berpegang kepada teologi Abu al-Hasan al-Asy‘ari semakin
hilang pengaruh mereka dan sedang diganti dengan “Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah” yang berfahaman Wahabi dan mereka inilah yang memusuhi Syiah
Imamiyyah Ja‘fariyyah. Justeru, tidak hairan jika ada yang mengatakan:
“Menjadi Syiah mazhab Ja‘fari itu adalah lebih baik kerana ia kembali
kepada sejarah awal Islam di Nusantara selain ia mempunyai hujah yang
kuat tentang kebenarannya daripada menjadi “Ahli Sunnah Wahabi” yang
kontradiksi dengan akal yang sejahtera seperti pembongkaran kubur
sahabat Rasulullah SAW bernama Hujur Bin ‘Adi di Syria (Farsnews
4/5/2013).

Pembakaran kubur sahabat Rasulullah SAW bernama Ja‘far al-Tayyar di


Jordan (Farsnews 4/5/2013, memakan hati tentera Syria (al-‘Alamnews
18/5/2013) dan pemusnahan kubur Nabi Ibrahim AS di al-Riqqah, Syria
dilakukan oleh Wahabi (al-‘Alamnews 30/5/2013) (Bandingkan kata-kata
Imam Syafi‘i dengan teliti “Aku adalah Syiah di dalam agamaku” Semua
Imam mazhab empat telah berguru secara langsung dan tidak langsung
kepada Imam Ja‘far al-Sadiq dan adakah mereka juga sesat?
269
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KETIGA

C. JAWAPAN KEPADA SOALAN: SIAPAKAH AHLI SUNNAH NABI SAW


YANG SEBENAR SECARA HURAIAN(1)?

Soalan ini berkait rapat dengan fatwa pengharaman/penyesatan Syiah


mazhab Ja‘fari dan Zaidi (mazhab Syiah) berasaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah sebagai asas Agama Islam dan Hukum Syarak, bukan Islam
yang berasaskan al-Qur’an dan Hadis sepenuhnya (100%), tidak
sebagaimana dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya Muhammad SAW.
Justeru, ia adalah bertentangan dengan Hadis al-Thaqalayni dan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (1).

Pengenalan

1. Tulisan ini adalah bagi menjawab serangan, penghinaan dan fitnah


terhadap Syiah Islam mazhab Ja‘fari dalam media tempatan dan lain-lain
oleh Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Justeru, jika catatan para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah muktabar itu
adalah betul dan boleh dipercayai (thiqah), maka terimalah hakikatnya dari
sudut akademik walau pun hati anda mungkin terasa berat untuk
menerimanya dari sudut kepercayaan taklid.

Dan janganlah kebencian dan cemuhan itu ditujukan kepada Syiah


dengan menuduh mereka mencaci sahabat pula!! Sepatutnya ia ditujukan
kepada para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah muktabar yang menulis buku-
buku tersebut. Sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka
merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah
SWT. Justeru mereka tidak boleh dipercayai lagi menurut anda kerana
mereka mencaci sahabat? Kami hanya membuat rujukan kepada buku-buku
mereka sahaja. Khalifah Ali AS berkata: Manusia adalah musuh kepada apa
yang mereka tidak mengetahuinya” (Tuhaful ‘uqul).

2. Tidakkah Hadis al-Thaqalayni menjamin bahawa umat ini tidak akan


sesat selama mereka berpegang kepada dua perkara yang berharga (berat);
Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW”; “Aku tinggalkan kepada kalian dua
perkara yang berharga (thaqalayni); kalian tidak akan sesat selama kalian
270
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Sunnahku” Dalam versi
yang lebih kuat: Kitab Allah dan keluargaku (‘itrati ahli baiti)” ? Justeru ia
bukan Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah bagi
menjamin umat ini tidak akan sesat.

3. Ia menunjukkan sebahagian para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah


muktabar sependapat dengan Syiah tentang sahabat dari sudut akademik
kerana para sahabat sendiri ada yang mencaci sahabat yang lain kerana
menyalahi Sunnah Nabi SAW, para sahabat ada yang memerangi para
sahabat yang lain, para sahabat ada yang membunuh para sahabat yang lain
menurut catatan para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah muktabar. Justeru
para sahabat bukanlah adil dalam semua perkara kerana mereka bukanlah
maksum. Justeru sebaik-baik contoh dalam kajian ini, adalah Khalifah Abu
Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Uthman dan Khalifah Ali.

Perbezaan antara sunnah Khalifah Abu Bakar dan Sunnah Nabi SAW
disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi
membenarkan sunnah Khalifah Abu Bakar mengatasi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW sebagai akidah atau agama yang wajib dipatuhi
sebagaimana diungkapkan oleh Khalifah Ali AS dan bagi menyesatkan
Syiah kerana meyalahi sunnah (bidaah) Khalifah Abu Bakar. (A).
Justeru jika Khalifah Abu Bakar dan para pengikutnya adalah Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka tidak akan menyalahi
atau membatalkan walau pun satu Sunnah Nabi SAW.

Berikut dikemukakan sebahagian daripada sunnah Khalifah Abu


Bakar yang menyalahi al-Qur’an, Sunnah Nabi SAW dan akal yang sejahtera
dari segi akidah, syariah dan akhlak sebagai contoh seperti berikut:

Menghalang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi


SAW

1. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menghalang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan
Sunnah Nabi SAW, tetapi Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya telah
menghalang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi SAW
(al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3). Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
271
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sunnah Nabi SAW akan membawa perpecahan kepada umat

2. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berpendapat bahawa Sunnah Nabi SAW akan membawa
perpecahan kepada umat, tetapi Khalifah Abu Bakar berpendapat Sunnah
Nabi SAW akan membawa perselisihan dan perpecahan kepada umat. Dia
berkata: Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah SAW Hadis-Hadis di
mana kalian berselisih faham mengenainya, maka orang ramai selepas
kalian akan berselisih faham lebih teruk lagi” [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-
Huffaz, I, hlm. 3]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi SAW

3. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
meriwayat dan menyebarkan Sunnah Nabi SAW di kalangan orang ramai,
tetapi Khalifah Abu Bakar melarang orang ramai dari meriwayatkannya.
Dia berkata: Janganlah kalian meriwayat sesuatupun (syaian) daripada
Rasulullah SAW . "(Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3). Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Kitab Allah adalah cukup untuk menyelesaikan segala masalah tanpa


Sunnah Nabi SAW

4. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak akan mengatakan bahawa Kitab Allah adalah cukup untuk
menyelesaikan segala masalah tanpa Sunnah Nabi SAW, tetapi Khalifah Abu
Bakar berkata: Kitab Allah boleh menyelesaikan segala masalah tanpa
memerlukan kepada Sunnah Nabi SAW. Dia berkata: Sesiapa yang bertanya
kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa baina-kumkitabullah (Kitab
Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut halal dan haramnya" [Al-
Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3].

Kata-kata Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas


peristiwa Hari Khamis iaitu bertepatan dengan kata-kata Umar ketika dia
berkata:“ Rasulullah SAW sedang meracau dan cukuplah bagi kami Kitab
Allah (Hasbuna Kitabullah)." Lantaran itu, Sunnah Abu Bakar tadi adalah
menyalahi Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah:
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara sekiranya kalian berpegang
272
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya;
Kitab Allah dan Sunnahku (Imam Malik, al-Muwatta’, 208). Justeru Adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Membakar Sunnah atau Hadis Nabi SAW

5. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membakar Sunnah atau Hadis Nabi SAW, tetapi Khalifah Abu
Bakar telah membakarnya. Oleh itu tidak hairanlah jika Khalifah Abu Bakar
tidak pernah senang hati semenjak dia mengumpulkan lima ratus Hadis
Nabi SAW semasa pemerintahannya. Kemudian dia membakarnya pula. [al-
Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,V, hlm. 237]. Dengan ini, dia telah
menghilangkan Sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu kata-kata Abu Bakar:
"Janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun daripada Rasulullah SAW"
menunjukkan larangan umum terhadap periwayatan dan penulisan Hadis
Rasulullah SAW. Ia tidak boleh ditakwilkan sebagai berhati-hati atau
mengambil berat atau sebagainya. Justeru Adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Melarang penyebaran Sunnah Nabi SAW dan memusnahkannya

6. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka menyebarkan Sunnah Nabi SAW, dan menjaganya, tetapi Khalifah
Abu Bakar telah melarangnya dan memusnahkannya (al-Muttaqi al-Hindi,
Kanz al-Ummal, V, hlm. 237]. Lantaran itu Sunnah Khalifah Abu Bakar
adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW: "Allah memuliakan seseorang
yang mendengar Hadisku dan menjaganya, dan menyebarkannya.
Kadangkala pembawa ilmu (Hadis) membawanya kepada orang yang lebih
alim daripanya dan kadangkala pembawa ilmu (Hadis) bukanlah seorang
yang alim. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I, hlm. 437; al-Hakim, al-
Mustadrak, I, hlm. 78] Dan sabdanya "Siapa yang ditanya tentang ilmu, maka
dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api
neraka." [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?.

Kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi SAW

7. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka berkata: Kami perlu kepada Sunnah Nabi SAW setiap masa, tetapi
273
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya berkata: Kami tidak perlu kepada
Sunnah Nabi, kerana kitab Allah sudah cukup bagi kami. Dia berkata:
Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa
bainakumkitabullah (Kitab Allah di hadapan kami). Maka hukumlah
menurut halal dan haramnya."[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3].
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menderhakai Nabi SAW bukan bererti menderhakai Allah

8. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka percaya bahawa taat kepada Nabi SAW adalah taat kepada Allah
sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nisa’ (4): 80 “Siapa yang
mentaati Rasul, maka dia mentaati Allah” Ini bererti siapa yang menderhakai
Rasul, maka dia menderhakai Allah, tetapi Khalifah Abu Bakar dan
kumpulannya percaya sebaliknya ketika dia berkata: Sesiapa yang bertanya
kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa bainakumkitabullah (Kitab
Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut halal dan haramnya. "[Al-
Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3, al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim,
Sahih, III, hlm. 69). Baginya, menderhakai Nabi SAW bukan bererti
menderhakai Allah. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Mengasari Ahlu l-Bait Rasulullah SAW

9. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengasari Ahlu l-Bait Nabi SAW, malah mereka harus
mempunyai sifat kasih sayang kepada mereka, tetapi Khalifah Abu Bakar
tidak mempunyai sifat sedemikian. Ini adalah kerana dia tidak menilai Nabi
SAW dari segi budi pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya
untuk kebaikan umatnya, lantas menentangnya melalui Ahlu l- Baitnya.
Dia telah meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW lebih rendah dari
kedudukannya yang asal; tidak sebagaimana dikehendaki oleh Allah dan
Rasul-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 33 dan Hadis al-Thaqalayni (Kitab
Allah dan Ahlu l-Baitnya). Dialah yang membuat orang ramai tidak
menghormati mereka sedangkan al-Qur'an telah menjelaskannya dan
menyeru orang ramai kepadanya. Sunnah Nabi SAW telah menetapkan
bahawa merekalah Ahlul-Mawaddah (Ahli kasih sayang). Merekalah orang
yang mana Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka dan berjanji
ganjaran kebaikan ke atas orang yang mencintai Ahlu l-Bait AS’ kerana
274
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sekiranya seorang mencintai mereka dengan ikhlas (100%), dia berhak
syurga kerana firman Allah SWT dalam surah al-Syura (42: 23) “Katakanlah
(Muhammad), “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas
seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan. Dan barang siapa
mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya.
Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri” Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Pernah Memusuhi Ahlu l-Bait Rasulullah SAW

10. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak bermusuhan dengan Ahlu l-Bait Nabi SAW, apatah lagi mengepung
dan cuba membakar rumah anak perempuannya; Fatimah AS, tetapi mereka
telah mengepung dan cuba membakarnya dengan menyalakan api di pintu
rumahnya. Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya telah mengepung dan
cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun Fatimah, Ali, Hasan dan
Husain AS berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka tidak melakukan
baiah kepadanya.

Khalifah Abu Bakar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah AS.
Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau
berjumpa bapanya dan merayu kepadanya. Al-Bukhari di dalam Sahihnya,
IV, hlm.196 meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Fatimah AS tidak
bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia. Beliau hidup
selepas Nabi SAW wafat selama 6 bulan. [Al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.196; Ibn
Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159;
al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Memaksa Ali AS memberi baiah kepadanya

11. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membawa Ali AS di dalam keadaan lehernya diikat sedangkan
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku
adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku” (Sahih
al-Turmudhi, v, 632, Musnad Ahmad, v, 356, Khasa’is al-Nasa’i, 61-64), tetapi
Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya telah memaksa Ali AS memberi baiah
kepadanya di dalam keadaan yang hina (Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah wa
275
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
al-Siyasah, I, hlm.18-20, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 139;
Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al- Tabari, Tarikh, III, hlm.159].
Perbuatan sedemikian adalah menyalahi Sunnah Nabi SAW yang
bersifat lembut terhadap Ali AS dan melantiknya sebagai Khalifah
selepasnya: Siapa yang telah menjadikan akumaulanya, maka Ali adalah
maulanya” dan ia adalah sejajar dengan tuntutan Ali AS terhadap jawatan
Khalifah. (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.144, al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 2180). Justeru mereka bukanlah Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Abu
Bakar.

Wasiat Fatimah AS supaya Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya tidak


diizinkan untuk melakukan sembahyang jenazah ke atasnya

12. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka diizinkan untuk melakukan sembahyang jenazah ke atas Fatimah
AS, tetapi Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya tidak diizinkan oleh
Fatimah AS untuk melakukan sembahyang ke atasnya. Beliau telah
berwasiat kepada suaminya Ali AS supaya Abu Bakar dan Umar tidak
diizinkan mengerjakan sembahyang ke atasnya. Kerana perbuatan mereka
berdua yang menyakitkan hatinya, khususnya mengenai Fadak [Al-Bukhari,
Sahih, VI, hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-
Fida, Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Nabi SAW
bersabda:" Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan
redha dengan keredhaanmu." [al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 153; al-
Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm. 219]. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Abu Bakar dan kumpulannya telah dirahsiakan lokasi makam Fatimah


AS

13. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak dirahsiakan tentang makam Fatimah AS, tetapi Abu Bakar dan
kumpulannya telah dirahsiakan tentang lokasi makam Fatimah AS, kerana
Fatimah AS berwasiat kepada suaminya supaya merahsiakan makamnya
daripada mereka berdua. Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah marah
kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu." [Al-
Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII,
hlm. 219]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
276
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Khalifah Abu Bakar telah mencaci Ali AS dan Fatimah AS sebagai
musang dan ekornya

14. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mencaci Ali dan Fatimah AS, tetapi Khalifah Abu Bakar telah
mencaci Ali AS dan Fatimah AS sebagai musang dan ekornya. Bahkan beliau
mengatakan Ali AS seperti Umm al-Tihal (seorang pelacur) kerana
menimbulkan soal tanah Fadak. Kata-kata ini telah diucapkan oleh Abu
Bakar di dalam Masjid Nabi SAW selepas berlakunya dialog dengan Fatimah
AS mengenai tanah Fadak. Ibn Abi al-Hadid telah bertanya gurunya, Yahya
Naqib Ja'far bin Yahya bin Abi Zaid al-Hasri, mengenai kata-kata tersebut:
"Kepada siapakah ia ditujukan? "Gurunya menjawab: "Ia ditujukan kepada
Ali AS. Kemudian dia bertanya lagi: Adakah ia ditujukan kepada Ali?
Gurunya menjawab: "Wahai anakku inilah ertinya pemerintahan dan
pangkat duniawi tidak mengira kata-kata tersebut. [Ibn Abi al-Hadid, Syarh
Nahj al-Balaghah, I, hlm. 80]. Kata-kata Abu Bakar adalah menyalahi
firman-Nya: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa
dari kamu, hai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
"Surah al-Ahzab (33): 33. Fatimah dan Ali AS adalah Ahlu l-Bait Rasulullah
SAW yang telah disucikan oleh Allah SWT dari segala dosa. Rasulullah SAW
bersabda: "Kami Ahlu l-Bait tidak boleh seorangpun dibandingkan dengan
kami. [Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.243]. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
Menghentikan pemberian Khumus

15. Jawapan kepada Fatwa No. 20 (vi) Menetapkan Prinsip


Khumus sebagai Kadar Zakat. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW,
nescaya mereka tidak menghentikan pemberian khumus kepada keluarga
Nabi SAW, tetapi Khalifah Abu Bakar telah menghentikan pemberian
khumus kepada keluarga Rasulullah ( SAW).
Maka Sunnahnya itu adalah menyalahi Surah al-Anfal (8):
41“Ketahuilah, apa yang kamu perolehi seperlima adalah untuk Allah, Rasul-
Nya, kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, dan orang musafir” dan
menyalahi Sunnah Rasulullah SAW yang memberi khumus kepada
keluarganya. (Lihat umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127).
Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Abu Bakar.

Mengambil kembali kebun Fadak daripada Fatimah AS


277
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

16. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengambil kembali kebun Fadak daripada Fatimah AS, tetapi
Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya telah mengambil kembali kebun
Fadak daripada Fatimah AS selepas wafatnya Nabi SAW. Khalifah Abu Bakar
telah memberi alasan "Kami para Nabi tidak meninggalkan pusaka, tetapi
apa yang kami tinggalkan ialah sedekah. Hujah yang diberikan oleh Abu
Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali AS kerana ia bertentangan
dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:
(i) Firman-Nya yang bermaksud 'Allah mensyariatkan bagimu tentang
(pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu." Surah an-Nisa (4): 11. Apa yang
dimaksudkan dengan 'anak-anak' ialah termasuk anak-anak Nabi SAW.
(ii) Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Sulaiman telah mewarisi
Daud."(Surah al-Naml (27): 16). Maksudnya Nabi Sulaiman AS mewarisi
kerajaan Nabi Daud AS dan menggantikan kenabiannya.
(iii) Firman-Nya yang bermaksud: "Maka anugerahilah aku dari sisi
Engkau seorang putra yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian
keluarga Ya'qub dan jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diredai." (Surah
Maryam (19): 5-6). Ketiga-tiga ayat tadi bertentangan dengan dakwaan Abu
Bakar yang berpegang dengan Hadis tersebut. Dan apabila Hadis
bertentangan dengan al-Qur'an, maka ia (Hadis) mestilah diketepikan.
(iv) Kalau Hadis tersebut itu benar, ia bererti Nabi SAW sendiri telah
cuai untuk memberitahu keluarganya mengenai kebun Fadak dan ia
bercanggah dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan berilah peringatan
kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."(Surah al-Syua'ra’ (26): 214)
(v) Hadis tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ia
tidak boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali AS menentangnya.
Fatimah AS berkata: Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak
boleh menerima pusaka, dan adakah kamu menuntut hukum Jahiliyyah?
Tidakkah hukum Allah lebih baik bagi orang yang yakin. Adakah kamu
wahai anak Abi Qahafah mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak mewarisi
bapaku? Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara keji." (Lihat Ahmad
bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah,
A'lam al-Nisa', III, hlm. 208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV,
hlm.79, 92)
(vi) Fatimah dan Ali AS adalah di antara orang yang disucikan oleh
Tuhan di dalam Surah al-Ahzab: (33): 33 “Sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan dosa daripada kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya” dan mereka dikenali juga dengan
278
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
nama Ashab al-Kisa'. Dan mereka termasuk orang yang dimubahalahkan
bagi menentang orang Nasrani di dalam ayat al-Mubahalah atau surah Ali
Imran (3): 61)"Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah'Isa) sesudah
datang ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya):
Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-
wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian
marilah kita bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah
ditimpakan kepada orang yang dusta.". Adakah wajar orang yang disucikan
Tuhan dan dimubahalahkan itu menjadi pembohong, penuntut harta
Muslimin yang bukan haknya?

(vii) Jikalau dakwaan Abu Bakar itu betul ia bermakna Rasulullah SAW
sendiri tidak mempunyai perasaan belas kasihan sebagai seorang bapa
terhadap anaknya. Ini adalah kerana anak-anak para Nabi yang terdahulu
menerima harta pusaka dari bapa-bapa mereka.

Kajian mendalam terhadap Sirah Nabi SAW dengan keluarganya


menunjukkan betapa kasihnya beliau terhadap mereka khususnya, Fatimah
AS sebagai ibu dan nenek kepada sebelas Imam AS. Beliau bersabda:
"Sesungguhnya Allah marah kerana kemarahanmu (Fatimah AS) dan reda
dengan keredaanmu." [Al-Hakim, al-Mustadrak, III , hlm.153; Ibn al-Athir,
Usd al-Ghabah, hlm. 522; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI, hlm. 219;
Mahyu al-Din al-Syafi'i al-Tabari, Dhakhair al-Uqba, hlm.39] Khalifah Abu
Bakar dan Umar adalah di antara orang yang dimarahi AS. Beliau
bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa
bapanya dan merayu kepadanya. [Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah wa al-
Siyasah, I, hlm.14].

Beliau berwasiat supaya beliau dikebumikan di waktu malam dan tidak


membenarkan seorang pun daripada "mereka berdua" mengerjakan
sembahyang jenazahnya. [Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 542; al-
Bukhari, Sahih ,VI, hlm, 177; Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, II, hlm.75]
Sebenarnya Fatimah AS menuntut tiga perkara:
(i). Jawatan Khalifah untuk suaminya Ali AS kerana dia adalah dari
Ahlul Bait Rasulullah SAW yang disucikan dan perlantikannya di Ghadir
Khum disaksikan oleh 100,000 sahabat dan ia diriwayatkan oleh 110
sahabat pula “perlantikan Ali di Ghadir Khum”.
(ii). Fadak. Fadak adalah kebun kurma di luar kota Madinah yang
dihadiahkan oleh Nabi SAW kepada Fatimah al-Zahra’ sebagai pemberian
279
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(hibbah) sebelum kewafatannya. Ia mempunyai ramai pekerja. Dan ia
bukan merupakan tanah pusaka.
(iii). Khumus, saham kerabat Rasulullah SAW, tetapi kesemuanya
ditolak oleh Khalifah Abu Bakar [Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,
V, hlm. 86] Justeru, adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mengenakan hukum hudud ke atas Khalid bin al-Walid

17. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengenakan hukum had ke atas pelakunya tanpa pilih kasih, tetapi
Khalifah Abu Bakar tidak mengenakan hukum hudud ke atas Khalid bin al-
Walid yang telah membunuh Malik bin Nuwairah dan kabilahnya. Umar dan
Ali AS mahu supaya Khalid dihukum rejam. [Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm.
336].
Umar berkata kepada Khalid: "Kamu telah membunuh seorang Muslim
kemudian kamu terus bersetubuh dengan isterinya. Demi Allah aku akan
merejam kamu dengan batu. "[Al-Tabari, Tarikh, IV, hlm. 1928] Kata-kata
Umar ini cukup membuktikan bahawa Malik bin Nuwairah adalah seorang
Muslim dan Khalid telah berzina dengan isteri Malik sebaik sahaja ia
dibunuh. Jika tidak, kenapa Umar berkata: "Demi Allah aku akan merejam
kamu dengan batu." Memahami bahawa isteri Malik bin Nuwairah tidak
boleh dijadikan hamba. Oleh itu pembunuhan ke atas Malik bin Nuwairah
dan kaumnya tidak patut dilakukan kerana mereka adalah Muslim.
Keengganan mereka membayar zakat kepada Abu Bakar tidak boleh
menjadi hujah kepada kemurtadan mereka. Pembunuhan ke atas mereka
disebabkan salah faham mengenai perkataan 'idfi'u, iaitu mengikut suku
Kinanah ia bererti "bunuh" dan dalam bahasa Arab biasa ia bererti
"panaskan mereka dengan pakaian" dan tidak menghalalkan darah mereka.
Sepatutnya mereka merujuk perkara itu kepada Khalid bagi mengetahui
maksudnya yang sebenar.

Walau bagaimanapun mereka terus membunuh kaumnya dan Malik


sendiri telah dibunuh oleh Dhirar yang bukan dari suku Kinanah. Oleh itu
Dhirar pasti memahami bahawa perkataaan idfi'u bukanlah perkataan untuk
mengharuskan pembunuhan, namun ia tetap membunuh Malik. Lantaran itu
alasan kekeliruan berlaku di dalam pembunuhan tersebut tidak boleh
menjadi hujah dalam jenayah Khalid, apatah lagi perzinaannya dengan isteri
Malik bin Nuwairah selepas dia dibunuh. Dengan itu, tidak hairanlah jika Ali
280
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
AS dan Umar meminta Khalifah Abu Bakar supaya merejam Khalid, tetapi
Abu Bakar enggan melakukannya.
Jika tidak membayar zakat dijadikan alasan serangan dan
pembunuhan, maka Nabi SAW sendiri tidak memerangi sahabatnya
Tha'labah yang enggan membayar zakat kepada beliau SAW. Allah SWT
menurunkan peristiwa ini di dalam Surah al-Taubah (9): 75-77. Semua ahli
tafsir Ahli Sunnah menyatakan bahawa ayat itu diturunkan mengenai
Tha'labah yang enggan membayar zakat kerana beranggapan bahawa ia
jizyah. Maka Allah SWT mendedahkan hakikatnya.
Dan Nabi SAW tidak memeranginya dan tidak pula merampas
hartanya sedangkan beliau SAW mampu melakukannya. Adapun Malik bin
Nuwairah dan kaumnya bukanlah mengingkari zakat sebagai satu fardu
agama. Tetapi apa yang mereka ingkar ialah penguasaan Abu Bakar ke atas
jawatan Khalifah selepas Rasulullah SAW dengan menggunakan kekuatan
dan paksaan. Dan mereka pula benar-benar mengetahui tentang Hadis al-
Ghadir. Oleh itu tidak hairanlah jika Abu Bakar terus mempertahankan
Khalid tanpa mengira jenayah yang dilakukannya terhadap Muslimin kerana
Khalid telah melakukan sesuatu untuk kepentingan politik dan dirinya.
Malah itulah perintahnya di bawah operasi "enggan membayar zakat dan
murtad" sekalipun ia bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Melantik Khalifah Umar secara wasiat

18. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melantik Umar menjadi khalifah selepasnya secara wasiat,
walhal mereka sendiri menolak wasiat Nabi SAW, tetapi Khalifah Abu Bakar
telah melantik Umar menjadi khalifah selepasnya secara wasiat, walhal dia
sendiri menolak wasiat Nabi SAW. Beliau bersabda: "Ali adalah saudaraku,
wasiku, wazirku dan khalifah selepasku" dan sabdanya: "Siapa yang
menjadikan aku maulanya maka Ali adalah maulanya." Dan penyerahan
jawatan Khalifah kepada Umar adalah menyalahi prinsip syura yang
diagung-agungkan oleh Ahli Sunnah. Justeru Abu Bakar adalah orang yang
pertama merosakkan sistem syura dan memansuhkannya. Pertama, dia
menggunakan "syura terhad" bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi
Khalifah tanpa menjemput Bani Hasyim untuk menyertainya. Kedua, apabila
kedudukannya menjadi kuat, dia melantik Umar untuk menjadi Khalifah
selepasnya tanpa syura dengan alasan bahawa Umar adalah orang yang
281
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
paling baik baginya untuk memegang jawatan Khalifah selepasnya. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak pernah dilantik oleh Nabi SAW untuk menjalankan mana-mana


misi atau tugasan

19. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka dilantik oleh Nabi SAW untuk menjalankan mana-mana misi
penting, tetapi Khalifah Abu Bakar tidak pernah dilantik oleh Nabi SAW
untuk menjalankan mana-mana misi atau tugasan, malah beliau melantik
orang lain. Hanya pada satu masa beliau melantiknya untuk membawa
Surah Bara'ah, tetapi beliau mengambil kembali tugas itu daripada Abu
Bakar, kemudian meminta Ali AS untuk melaksanakannya. [Al-Tabari,
Dhakha'ir al-Uqba hlm.61; al-Turmudhi, Sahih,II, hlm. 461; Ibn Hajr, al-
Isabah,II, hlm.509]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam al-Qur’an

20. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui pengertian al-Abb di dalam al-Qur’an, tetapi Khalifah
Abu Bakar tidak mengetahui pengertian al-Abb iaitu firman-Nya di dalam
Surah 'Abasa (80): 31: "Dan buah-buahan (Fakihatun) serta rumput-
rumputan (abban)." Dia berkata: Langit mana aku akan junjung dan bumi
mana aku akan pijak, jika aku berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang
aku tidak mengetahui? "[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 274].
Justeru, adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?.

Melakukan bidaah selepas Rasulullah SAW

21. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak akan melakukan bidaah-bidaah selepas Rasulullah SAW,
tetapi Khalifah Abu Bakar telah mengetahui dia akan melakukan bidaah-
bidaah selepas Rasulullah SAW. Malik bin Anas di dalam al-Muwatta’ bab
"jihad syuhada’ fi sabilillah' telah meriwayatkan daripada hamba Umar bin
Ubaidillah bahawa dia menyampaikannya kepadanya bahawa Rasulullah
SAW bersabda kepada para syahid di Uhud: "Aku menjadi saksi kepada
mereka semua. Abu Bakar berkata: Tidakkah kami wahai Rasulullah SAW
saudara-saudara mereka. Kami telah masuk Islam sebagaimana mereka
282
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
masuk Islam dan kami telah berjihad di jalan Allah sebagaimana mereka
berjihad? Rasulullah SAW menjawab: Ya! Tetapi aku tidak mengetahui
bidaah mana yang kalian akan lakukan selepasku. Abu Bakar pun menangis,
dan dia terus menangis. Bidaah-bidaah yang dilakukan oleh para sahabat
memang telah diakui oleh mereka sendiri, di antaranya al-Bara' bin Azib.

Al-Bukhari di dalam Sahihnya "Kitabb bad' al-Khalq fi bab Ghuzwahal-


Hudaibiyyah" telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Ala bin al-
Musayyab daripada bapanya bahawa dia berkata: "Aku berjumpa al-Barra’
bin ‘Azib maka aku berkata kepadanya: Alangkah beruntungnya anda kerana
bersahabat dengan Nabi SAW dan anda telah membaiah kepadanya di
bawah pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak saudaraku. Sesungguhnya
anda tidak mengetahui apa yang kami telah lakukan (Ahdathna)
selepasnya."[Al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 32].

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada


orang Ansar: "Sesungguhnya kalian akan menyaksikan sifat tamak yang
dahsyat selepasku. Oleh itu bersabarlah sehingga kalian bertemu Allah dan
Rasul-Nya di Haudh. Anas berkata: Kami tidak sabar. "[Al-Bukhari, Sahih, III,
hlm.135].

Ibn Sa'd juga telah meriwayatkan di dalam Tabaqatnya, VIII, hlm. 51,
dengan sanadnya dari Ismail bin Qais bahawa dia berkata: "Aisyah ketika
hampir wafatnya berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan bidaah-
bidaah (Ahdathtu) selepas Rasulullah SAW, maka kebumikanlah aku
bersama-sama isteri Nabi SAW." Apa yang dimaksudkan olehnya ialah
"Jangan kalian mengkebumikan aku bersama Nabi SAW kerana aku telah
melakukan bidaah-bidaah selepasnya.

Justeru Khalifah Abu Bakar, al-Barra bin Azib, Anas bin Malik dan
Aisyah telah memberi pengakuan masing-masing bahawa mereka telah
melakukan bidaah-bidaah dengan mengubah Sunnah Nabi SAW. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menyesal menjadi seorang manusia

22. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menyesal menjadi seorang manusia, tetapi Khalifah Abu Bakar
menyesal menjadi seorang manusia, malah dia ingin menjadi pokok
283
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dimakan oleh binatang kemudian mengeluarkannya. Abu Bakar berkata:
"Ketika dia melihat seekor burung hingap di atas suatu pokok, dia berkata:
Beruntunglah engkau wahai burung. Engkau makan buah-buahan dan
hinggap di pokok tanpa hisab dan balasan, tetapi aku lebih suka jika aku ini
sebatang pokok yang tumbuh di tepi jalan. Kemudian datang seekor unta
lalu memakanku. Kemudian aku dikeluarkan pula dan tidak menjadi
seorang manusia. "[al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah,I, hlm. 134;
Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm. 130]

Kata-kata Khalifah Abu Bakar itu menyalahi firman Allah SWT dalam
Surah al-Tin (95): 4 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia di
dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika Abu Bakar seorang wali Allah
kenapa dia harus takut kepada hari Hisab? Sedangkan Allah telah memberi
khabar gembira kepada wali-walinya di dalam Surah Yunus(10): 62-64,
"Ingatlah, sesungguhnya wal-wali Allah ini tidak ada kekhuatiran terhadap
mereka dan tidak pula mereka bersedih iaitu orang yang beriman dan mereka
selalu di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak
ada perubahan kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dialah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui"? Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Mencerobohi rumah Fatimah AS

23. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menceroboh rumah Fatimah AS semenjak awal lagi, tetapi
Khalifah Abu Bakar telah mencorobohinya dan ketika sakit menyesal kerana
mencerobohi rumah Fatimah AS. Dia berkata: "Sepatutnya aku tidak
mencerobohi rumah Fatimah sekalipun beliau mengisytiharkan perang
terhadapku."[Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19; al-
Tabari, Tarikh, IV, hlm. 52; Ibn Abd Rabbih, Iqd al-Farid, II, hlm. 254] dan
Fatimah AS adalah daripada Ahlul- Bait Rasulullah SAW yang disucikan di
dalam surah al-Ahzab (33): 33. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Menjatuhi air muka Nabi SAW di hadapan Musyrikin

24. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menjatuhkan air muka Nabi SAW, tetapi Khalifah Abu Bakar
telah menjatuhkan air muka Nabi SAW di hadapan musyrikin yang datang
284
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
berjumpa dengan Nabi SAW supaya mengembalikan hamba-hamba mereka
yang lari dari mereka. Musyrikin berkata: Hamba-hamba kami telah datang
kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama, tetapi mereka
lari dari milik kami dan harta kami. Lebih-lebih lagi, kami adalah jiran anda
dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda, tetapi Nabi SAW
tidak mahu menyerahkan kepada mereka hamba-hamba tersebut kerana
khuatir mereka akan menyeksa hamba-hamba tersebut dan beliau tidak
mahu juga mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Nabi SAW bertanya
kepada Abu Bakar dengan harapan dia menolak permintaan mereka.
Sebaliknya Abu Bakar berkata: Benar kata-kata mereka itu. Lantas berubah
muka Nabi SAW kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki Allah
dan Rasul-Nya. [al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 11; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad
I, hlm. 155]. Sepatutunya Khalifah Abu Bakar dapat memahami apa yang
dimaksudkannya, tetapi dia tidak dapat memahaminya, malah dia memihak
kepada Musyrikin berdasarkan ijtihadnya. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak membunuh Dhu al-Thadyah

25. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka telah membunuh Dhu al-Thadyah (seorang lelaki yang mempunyai
payudara, akhirnya menentang Khalifah Ali AS , tetapi Khalifah Abu Bakar
tidak membunuh Dhu al-Thadyah sedangkan Rasulullah SAW telah
memerintahkan Abu Bakar supaya membunuh Dhu al-Thadyah. Abu Bakar
mendapati lelaki itu sedang mengerjakan sembahyang. Lalu dia berkata
kepada Rasulullah SAW: "Subhanallah! Bagaimana aku membunuh lelaki
yang sedang mengerjakan sembahyang?" (Ahmad b.Hanbal, al-Musnad, III,
hlm.14-150).
Sepatutnya dia membunuh lelaki itu tanpa mengira keadaan kerana
Nabi SAW telah memerintahkannya, tetapi dia tidak membunuhnya, malah
dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Nabi SAW. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam al-


Qur'an

26. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam
al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW, tetapi Khalifah Abu Bakar mengatakan
285
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah SAW. Seorang nenek bertanya kepada Abu Bakar tentang
pusakanya. Abu Bakar menjawab: Tidak ada saham untuk anda di dalam al-
Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.
Oleh itu kembalilah. "Lalu al-Mughirah bin Syu‘bah berkata: "Aku
berada di sisi Nabi SAW bahawa beliau memberikan nenek seperenam
saham. "Abu Bakar berkata: "Adakah orang lain bersama anda?" Muhammad
bin Muslimah al-Ansari bangun dan berkata sebagaimana al-Mughirah.
Maka Abu Bakar memberikannya seperenam. [Malik, al-Muwatta, I, hlm.
335; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 224; Ibn Rusyd, Bidayah al-
Mujtahid, II, hlm. 334]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Tidak mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung satu


tangan dan satu kakinya

27. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung satu tangan
dan satu kakinya, tetapi Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui hukum had ke
atas pencuri yang kudung satu tangan dan satu kakinya. Daripada Safiyyah
binti Abi Ubaid, Seorang lelaki kudung satu tangan dan satu kakinya telah
mencuri pada masa pemerintahan Abu Bakar. Lalu Abu Bakar mahu
memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dia dapat menfaatkan
tangannya. Maka Umar berkata: Demi yang diriku di tangan-Nya, anda mesti
memotong tangannya yang satu itu." Lalu Abu Bakar memerintahkan supaya
tangannya dipotong. [al-Baihaqi, Sunan, VIII, hlm. 273-4]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Khalifah bukan semestinya orang yang paling alim

28. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berpendapat bahawa seorang Khalifah bukan semestinya
orang yang paling alim, tetapi Khalifah Abu Bakar berpendapat bahawa
seorang Khalifah bukan semestinya orang yang paling alim (afdhal). [Ibn
Qutaibah, al-Imamahwa al-Siyasah, I, hlm. 16; al-Baqillani, al-Tamhid, hlm.
195; al-Halabi, Sirah Nabawiyyah, III, hlm. 386].
Ijtihadnya adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah
al-Zumar (39): 9 "Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan
orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang
286
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dapatmenerima pelajaran" dan firman-Nya di dalam Surah Yunus (10): 35
“Maka apakah orang yang menunjuki jalan kepada kebenaran itu lebih
berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk? Mengapa
kamu (berbuat demikian)? Bagaimana kamu mengambil keputusan?". Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak pernah melakukan korban (penyembelihan)

29. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka melakukan korban (penyembelihan) sekali di dalam hidupnya,
tetapi Khalifah Abu Bakar tidak pernah melakukan korban (penyembelihan)
kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib. Alasan yang
diberikan oleh Khalifah Abu Bakar itu tidak boleh diterima oleh akal yang
sejahtera. Atau adakah dia masih teringat kepada penyembelihannya di
zaman silam? Sunnahnya adalah menyalahi Sunnah Nabi SAW yang
menggalakkannya. [Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX, hlm. 265; al-Syafi'i, al-
Umm, II, hlm.189]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Maksiat ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi

30. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak akan mengatakan maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu
telah ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi, tetapi Khalifah Abu Bakar
mengatakan maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu telah ditakdirkan
oleh Allah sejak azali lagi, kemudian Dia menyeksanya di atas perbuatan
maksiatnya. Seorang lelaki bertanya kepadanya: Adakah anda fikir zina juga
takdir-Nya? Lelaki itu bertanya lagi: "Allah mentakdirkannya ke atasku
kemudian menyeksa aku?" Khalifah Abu Bakar menjawab: Ya, demi Tuhan
sekiranya aku dapati seseorang masih berada di sisiku, nescaya aku
menyuruhnya memukul hidung anda. [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 65].
Oleh itu, Sunnah Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman-
firman Tuhan di antaranya:
(i). Firman-Nya di dalam Surah al-Insan (76): 3 "Sesungguhnya kami
telah menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang
kafir."

(ii). Firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90): 10 "Dan Kami


telahmenunjukkan kepadanya dua jalan."
287
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(iii). Firman-Nya di dalam Surah al-Naml (27): 40 "Dan barang siapa
yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya
sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha
Kaya lagi Maha Mulia”. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Pendapat yang salah daripadaku dan syaitan

31. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berkata: Jika pendapat kami betul, maka ia daripada Allah dan
jika ia salah maka ia adalah daripada kami dan daripada syaitan, tetapi
Khalifah Abu Bakar berkata: Jika pendapatku betul, maka ia daripada Allah
dan jika ia salah maka ia adalah daripada aku dan daripada syaitan. [Al-
Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 223; al-Tabari, Tafsir, VI hlm. 30; Ibn
Kathir, Tafsir, I, hlm. 260] Kata-kata Abu Bakar menunjukkan bahawa dia
sendiri tidak yakin kepada pendapatnya. Dan dia memerlukan bimbingan
orang lain untuk menentukan kesalahannya, surah Yunus (10): 35 “Maka
manakah yang lebih berhak diikuti, Tuhan yang membimbing kepada
kebenaran itu, ataukah orang yang tidak mampu membimbing bahkan perlu
dibimbing? Maka mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakan kamu
mengambil keputusan?” Akal yang sejahtera akan meragui kebolehannya.
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mempunyai kata pemutus ke atas pemerintahannya

32. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mempunyai kata pemutus ke atas pemerintahan mereka, tetapi
Khalifah Abu Bakar tidak mempunyai kata pemutus ke atas
pemerintahannya melainkan ia dipersetujui oleh Umar. Adalah
diriwayatkan bahawa "Uyainah bin Hasin dan al-Aqr‘ bin Habis datang
kepada Abu Bakar dan berkata: Wahai Khalifah Rasulullah, izinkan kami
menanam di sebidang tanah yang terbiar berhampiran kami. Kami akan
membajak dan menanamnya. Mudah-mudahan Allah akan memberikan
manfaat kepada kami dengannya. Lalu Abu Bakar menulis surat tentang
persetujuannya. Maka kedua-duanya berjumpa Umar untuk
mempersaksikan kandungan surat tersebut.
Apabila kedua-duanya membacakan kandungannya kepadanya,
Umar merebutnya dari tangan mereka berdua dan meludahnya. Kemudian
memadamkannya. Lalu kedua-duanya mendatangi Abu Bakar dan berkata:
288
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
"Kami tidak mengetahui adakah anda Khalifah atau Umar." Kemudian
mereka berdua menceritakan kepadanya. Lalu Abu Bakar berkata: "Kami
tidak melaksanakan sesuatu melainkannya dipersetujui oleh Umar."[al-
Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 56]
. Ini bererti Umarlah yang menguasai (mastermind) Khalifah Abu Bakar.
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Dibiarkan dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Nabi SAW

33. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak dbiarkan dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Nabi SAW, tetapi
Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah
SAW, tetapi Nabi SAW tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula,
Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu
Bakar dan Nabi SAW sedang duduk, maka Nabi SAW kagum dan
tersenyum. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm. 436]. Betapa malunya
seorang yang dicaci di hadapan Nabi SAW kemudian Nabi SAW tersenyum
dan kagum pula. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Meninggikan suara di hadapan Rasulullah SAW

34. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak bertengkar sehingga meninggikan suara mereka di hadapan
Nabi SAW. Khalifah Abu Bakar dan Umar telah bertengkar sehingga
meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAW. Abu Bakar berkata:
Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra‘ bin Habis bagi mengetuai kaumnya."
Umar berkata: "Wahai Rasulullah janganlah anda melantiknya sehingga
mereka menengking dan meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah
SAW. Lalu diturunkan ayat di dalam Surah al-Hujurat (49): 2, "Wahai orang
yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari Nabi dan
janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana
kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya
tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari."
Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada Rasulullah SAW
mengenainya. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 6; al-Tahawi, Musykil
al-Athar, I, hlm. 14-42]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?
289
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Tidak mempunyai sifat jati diri sepenuhnya di dalam urusan

35. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mempunyai sifat jati diri di dalam urusan mereka, tetapi Khalifah
Abu Bakar banyak membuat pengakuan-pengakuan di mana dia sepatutnya
melakukan sesuatu, tetapi tidak melakukannya dan sebaliknya. Ibn
Qutaibah mencatatkan dalam bukunya al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-
19, 9 perkara yang disesali oleh Abu Bakar seperti berikut:
"Tiga perkara yang aku telah lakukan sepatutnya aku tidak melakukannya
dan tiga perkara yang aku tidak lakukannya sepatutnya aku melakukannya
dan tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAW
mengenainya. Adapun tiga perkara yang aku telah melakukannya
sepatutnya aku tidak melakukannya:
(i). Sepatutnya aku tinggalkan rumah Ali (Fatimah) sekalipun mereka
mengisytiharkan perang ke atasku.
(ii). Sepatutnya aku membaiah sama ada Umar atau Abu Ubadah di
Saqifah Bani Saidah, iaitu salah seorang mereka menjadi amir dan aku
menjadi wazir.
(iii). Sepatutnya aku menyembelih Fuja'ah al-Silmi atau melepaskannya
dari tawanan dan aku tidak membakarnya hidup-hidup.
Adapun tiga perkara yang aku tidak melakukannya sepatutnya aku
melakukannya:
(i). Sepatutnya ketika al-Asy'ath bin Qais dibawa kepadaku sebagai
tawanan, aku membunuhnya dan tidak memberinya peluang untuk hidup,
kerana aku telah mendengar tentangnya bahawa ia bersifat sentiasa
menolong segala kejahatan.
(ii). Sepatutnya ketika aku mengutus Khalid bin al-Walid ke Syam, aku
juga mengutus Umar Bin al-Khattab ke Iraq. Dengan itu aku membentang
dan menghulurkan seluruh tanganku di jalan Allah.
(iii). Sepatutnya ketika aku mengutus Khalid bin al-Walid kepada orang
murtad, aku mesti berada di Dhi al-Qissah, dengan itu sekiranya mereka
menang, mereka boleh bergembira dan sekiranya mereka kalah aku boleh
menghulurkan bantuan. Adapun tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya
Rasulullah SAW ialah:
(i). Kepada siapakah jawatan Khalifah patut diberikan sesudah beliau
wafat, dengan demikian tidaklah jawatan itu menjadi rebutan.
(ii). Sepatutnya aku bertanya kepada beliau, adakah orang Ansar
mempunyai hak menjadi Khalifah?.
290
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(iii). Sepatutnya aku bertanya beliau tentang pembahagian harta
pusaka anak saudara perempuan sebelah lelaki dan ibu saudara sebelah
lelaki kerana aku tidak berpuas hati tentang hukumnya dan memerlukan
penyelesaian." Kenyataan di atas telah disebut juga oleh al-Tabari dalam
Tarikhnya, IV, hlm. 52; Ibn Abd Rabbih, ‘Iqd Farid, II, hlm. 254; Abu Ubaid,
al-Amwal, hlm. 131]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Mengundurkan diri (lari) dari menyertai tentera Usamah

36. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak mengundurkan diri dari tentera Usamah yang telah dilantik oleh Nabi
SAW menjadi penglima perang di dalam usia yang muda (18 tahun), tetapi
Khalifah Abu Bakar telah mengundurkan diri (lari) dari menyertai tentera di
bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi SAW bersabda:
"Perlengkapkan tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundur
diri dari tentera Usama” [Al-Syahrastani, al-Milal, hlm. 21; Ibn Sa'd,
Tabaqat,II, hlm. 249 dan lain-lain]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Abu Bakar.

Lari di dalam peperangan Uhud dan Hunain

37. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak lari di dalam peperangan, tetapi Khalifah Abu Bakar telah lari di dalam
peperangan Uhud dan Hunain. Sepatutnya dia mempunyai sifat keberanian
melawan musuh. Tindakannya itu menyalahi ayat-ayat jihad di dalam al-
Qur'an dan Sunnah Nabi SAW [al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 37; al-
Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 394; al-Dhahabi, al-Talkhis, III,
hlm. 37]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar,
malah mereka adalah Ahli Sunnah Abu Bakar.

Tidak dapat menyelesaikan persoalan-persoalan yang dikemukakan


kepadanya

38. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka dapat menyelesaikan persoalan-persoalan yang dikemukakan
kepada mereka, tetapi Khalifah Abu Bakar tidak dapat menyelesaikan
persoalan-persoalan yang dikemukakan kepadanya oleh orang Yahudi. Anas
bin Malik berkata: "Seorang Yahudi datang selepas kewafatan Rasulullah
291
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
SAW. Maka kaum Muslimin menunjukkannya kepada Abu Bakar. Dia berdiri
di hadapan Abu Bakar dan berkata: Aku akan kemukakan soalan-soalan
yang tidak akan dijawab melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Abu Bakar
berkata: "Tanyalah apa yang anda mahu. Yahudi berkata: Beritahu kepadaku
perkara yang tidak ada pada Allah, tidak ada di sisi Allah, dan tidak
diketahui oleh Allah? Abu Bakar berkata: Ini adalah soalan-soalan orang
zindiq wahai Yahudi! Abu Bakar dan kaum Muslimin mulai marah dengan
Yahudi tersebut.
Ibn Abbas berkata: Khalifah Abu Bakar tidak dapat memberikan
jawapan kepada lelaki itu. Abu Bakar berkata: Tidakkah anda mendengar
apa yang diperkatakan oleh lelaki itu? Ibn Abbas menjawab: Sekirannya
kalian tidak dapat menjawabnya, maka kalian pergilah bersamanya
menemui Ali AS, nescaya dia akan menjawabnya, kerana aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda kepada Ali bin Abi Talib "Wahai Tuhanku!
Sinarilah hatinya, dan perkuatkanlah lidahnya." Dia berkata: Abu Bakar dan
orang yang hadir bersamanya datang kepada Ali bin Abi Talib, mereka
meminta izin daripadanya. Abu Bakar berkata: Wahai Abu l-Hasan,
sesungguhnya lelaki ini telah bertanya kepadaku beberapa soalan (zindiq).

Ali berkata: Apakah yang anda perkatakan wahai Yahudi? Dia


menjawab: Aku akan bertanya kepada anda perkara-perkara yang tidak
diketahui melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Yahudi mengemukakan
soalan-soalan kepadanya. Ali berkata: Adapun perkara-perkara yang tidak
diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda bahawa Uzair adalah anak lelaki
Tuhan, dan Allah tidak mengetahui bahawa Dia mempunyai anak lelaki.
Adapun kata-kata anda apa yang tidak ada di sisi Allah, maka jawapannya
perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman. Adapun kata-kata anda:
Apa yang tidak ada bagi Allah maka jawapannya tidak ada bagi Allah syirik.
Yahudi menjawab: Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan
sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah dan sesungguhnya anda
adalah wasinya."[Ibn Duraid, al-Mujtana, hlm. 35]. Justeru adakah mereka
Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidah mempunyai sifat istiqamah

39. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mempunyai sifat istiqamah, tetapi Khalifah Abu Bakar berkata:
"Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan
kalian. Di dalam riwayat yang lain, Ali yang terbaik di kalangan kalian [Ibn
292
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I, hlm. 14; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummal, III, hlm.132]. Jikalau kata-katanya benar, bererti dia tidak layak
untuk menjadi “Khalifah Rasulullah” SAW berdasarkan pengakuannya
sendiri, kerana ada orang yang lebih layak daripadanya; Ali AS yang paling
alim, paling berani, paling dekat dengan Rasulullah SAW daripadanya dan
Rasulullah SAW telah melantiknya Khalifah selepasnya “Ini Ali saudaraku,
wazirku, wasiku dan Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, 216, Abu
al-Fida’, Tarikh, i, hlm.116, al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 8, al-Muttaqi al-Hindi,
Kanz al ‘Ummal, vi, 401). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Tidak menghormati Ahlu l-Kisa’ sepenuhnya

40. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka menghormati Ahlu l-Kisa’ sepenuhnya (100%); mereka adalah Nabi
Muhammad SAW, Fatimah, Ali, Hasan dan Husain AS yang disucikan oleh
Allah di dalam surah al-Ahzab (33): 33) “Sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan
kamu sebersih-bersihnya”, tetapi Khalifah Abu Bakar tidak menghormati
mereka dengan sepenuhnya (100%) dan ada ketika dia menganggapkan
mereka sebagai musuh seperti cubaan membakar rumah Fatimah AS,
mengikat Ali AS dengan tali supaya memberi baiah kepadanya (Ibn
Qutaibah, al-Imamah wa al- Siyasah, I, hlm.18-20, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-‘Ummal, iii, hlm.139; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Justeru mereka
bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli
Sunnah Abu Bakar.

Tidak menerima kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya

41. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
menerima kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%), tetapi Khalifah Abu
Bakar tidak menerima kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%),
contohnya apabila dia berkata: “Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka
katakanlah: Bainana wa baina-kumkitabullah (Kitab Allah di hadapan kita)
adalah cukup tanpa Sunnah Nabi SAW secara keseluruhannya. Bagi Khalifah
Abu Bakar, Sunnah Nabi SAW akan mendatangkan perselisihan faham di
kalangan umat Islam [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3].
Penolakkan kepada Sunnah Rasulullah SAW bererti menolak sebahagian
kemaksumannya dari sudut amali.
293
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Oleh itu, Sunnah Abu Bakar adalah menyalahi Sunnah Nabi SAW yang
dicatatkan oleh Ahli Sunnah: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara
yang berharga sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya, nescaya
kalian tidak akan sesat selama-lamanya; Kitab Allah dan Sunnahku (Imam
Malik, al-Muwatta, ii, 208). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Membenci mereka yang mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW


sepenuhnya(100%)

42. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menyalahi atau menolak walaupun satu Sunnah Nabi SAW,
tetapi sebaliknya mereka membenci mereka yang mengamalkan Sunnah
Rasulullah SAW sepenuhnya(100%) apabila ia menyalahi Sunnah Abu
Bakar. Justeru Sunnah Abu Bakar menjadi pengukur kebenaran.

Al-Qur’an adalah rujukan semua termasuk Khalifah Abu Bakar

Lalu mereka mengeluarkan fatwa anti Syiah dan menghukum mereka


sebagai sesat dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Abu Bakar
sedangkan Allah berfirman di dalam surah Al-Ahzab(33): 36 “Tidak ada
bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan
mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa
yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan
yang nyata”
Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 115 “Barang siapa yang
menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan
orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia
ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali”.
Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan, mereka
tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim
untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada
keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka
menerima dengan sebenar-benarnya”
Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 45 “Barang siapa yang tidak
menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang yang zalim”
294
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 47 “Barang siapa yang tidak
menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang yang fasiq”
Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 67-8 “Dan mereka berkata,
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para
pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).
Wahai Tuhan kami, timpalah kepada mereka azab dua kali lipat dan
laknatlah mereka dengan laknat yang besar”
Nabi SAW bersabda: Syafaatku kepada umatku bagi mereka yang
mencintai Ahlu l-Baitku, dan merekalah Syiahku” (Tarikh Baghdad, ii, 146).
Khalifah Ali AS berkata: “Siapa yang mencintai Allah, maka dia
mencintai Nabi SAW. Siapa yang mencintai Nabi SAW, maka dia mencintai
kami (Ahlu l-Bait) dan siapa yang mencintai kami, maka dia mencintai Syiah
kami” (Tafsir al-Furat al-kufi, 128). Lantaran itu adakalanya mereka
menjadikan Sunnah Abu Bakar lebih tinggi dari Sunnah Nabi SAW dan
hukum Allah sedangkan Khalifah Abu Bakar adalah seperti orang lain juga
tidak terlepas daripada firman-firman Allah dan Sunnah Nabi SAW. Justeru
mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar (100%), malah
mereka adalah Ahli Sunnah Abu Bakar .

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian di atas dan lain-lain- termasuk kata-kata


Khalifah Ali AS: “Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-
perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka
melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah Sunnah-
sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya
meninggalkannya dan mengembalikannya kepada keadaan sebagaimana di
zaman Rasulullah SAW, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku,
meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan
Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah
dan Sunnah Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku” (al-Kulaini, al-
Raudhah min al-Kafi, vii, Hadis 21, hlm. 51-52). Khalifah Ali AS berkata lagi,
"Aneh! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakar dan
Umar dengan menerima segala bidaah mereka. Kemudian beliau berkata
lagi, Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan
berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab. Kemudian mereka
meredainya tanpa mengingkarinya.
295
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Malah mereka memarahi orang lain bagi mempertahankannya,
mencaci para pengkritiknya dan para penentangnya. Kemudian datang
kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bidaah-bidaah tersebut. Lantas
mereka mengambil bidaah-bidaah tersebut sebagai Sunnah dan Agama bagi
mendekatkan diri kepada Allah SWT."(Sulaim, Kitab Sulaim, hlm. 134-135)-
bahawa Khalifah Abu Bakar dan para pengikutnya bukanlah Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar (100%), kerana mereka tidak mematuhi Sunnah
Nabi SAW sepenuhnya (100%). Malah mereka adalah Ahli Sunnah Abu
Bakar di dalam beberapa hal kerana mereka mengutamakan Sunnah Abu
Bakar daripada Sunnah Nabi SAW. Jika Khalifah Abu Bakar dan para
pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar (100%), nescaya
mereka tidak akan menyalahi atau membatalkan walau pun satu Sunnah
Nabi SAW.
Al-Suyuti menulis bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa
“Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma
sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa sahiba-hu), maka ia adalah
agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya dan kami berakhir
kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun apa yang
disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan Umar),
maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu) (Tarikh
al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru, tidak hairan, jika Khalifah Ali AS telah
menolak sunnah mereka bertiga yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis
kemudian diikuti oleh Syiahnya. Dan sunnah mereka bertiga yang menyalahi
al-Qur’an dan Hadis diikuti oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan dijadikan
akidah bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana diucapkan
oleh Khalifah Ali AS di dalam khutbahnya.

Justeru pemerintah Bani Umayyah telah membuat keputusan bahawa


apa yang disunnahkan oleh Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah agama
(dinun)”
Justeru Sunnah Khalifah Abu Bakar dan pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW tidak boleh
menyamai atau mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW apatah lagi
untuk dijadikan sumber hukum Syarak atau perundangan Islam kecuali
keredaan Allah dan Rasul-Nya tidak diambil kira. Justeru perbezaan antara
Sunni dan Syiah terserlah kerana Sunni menganggap sunnah Khalifah Abu
Bakar boleh dijadikan sumber hukum syarak untuk beramal ibadat
dengannya dan ia pula boleh mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
296
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dengan alasan ijtihad. Justeru Khalifah Abu Bakar tidak terikat dengan al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya (100%).
Oleh itu, mereka juga tidak terikat dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi
SAW sepenuhnya (100%) dari sudut amali, tetapi mereka terikat dengan
sunnah Khalifah Abu Bakar dengan sepenuhnya(100%) dari sudut amali.
Sementara Syiah, sejajar dengan pendirian Imam Ali dan 11 imam (AS )
mereka menolak mana-mana sunnah Khalifah Abu Bakar yang menyalahi
al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW kerana ijtihad Khalifah Abu Bakar tidak
boleh menolak atau meminggirkan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Oleh
itu, mereka terikat dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya
(100%) Lantaran itu Sunni menghina, membenci dan menyesatkan Syiah
dengan meletakkan Syiah Islam mazhab Ja‘fari, Malaysia sebagai penjenayah
(criminals) di bawah Undang-undang tatacara Jenayah Syariah kerana tidak
mematuhi sunnah /bidaah khalifah Abu Bakar yang menyalahi al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW.
Justeru tidakkah Syiah adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar
sementara Sunni pula adalah tetap Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah pimpinan Abu
l-Hasan al-Asy‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi sementara Wahabi pula
sebagai Sunni samaran pimpinan Muhammad Bin Abdul Wahhab??
Jawapannya adalah “Ya dan Ya” dari sudut realiti dan sejarah atau
jawapannya adalah “Tidak dan Ya” dari sudut budaya taklid yang sukar
dicairkan melainkan dengan keilmuan yang tinggi dan bersistematik pula.
Justeru Sunni Melayu dan Syiah Melayu adalah Muslim, mereka harus
memiliki keadilan yang sama dari sudut hukuman berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (1) ) "All persons are equal before the
law and entitled to the equal protection of the law" dan mereka perlu bersatu
di bawah al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW kerana persamaan adalah lebih
banyak daripada perbezaan seperti ditegaskan di dalam Deklarasi Amman,
Deklarasi Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi Islamabad. Sementara
perbezaan yang sedikit pula boleh diatasi dengan kajian perbandingan dan
fikiran yang tebuka pula.

Walau bagaimana pun perbezaan antara sunnah Khalifah Abu Bakar


dan Sunnah Nabi SAW masih disembunyikan daripada pengetahuan umum
di Nusantara bagi membenarkan sunnah Khalifah Abu Bakar mengatasi al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sebagai akidah atau agama yang wajib
dipatuhi sebagaimana diungkapkan oleh Khalifah Ali AS dan bagi
menyesatkan Syiah kerana meyalahi sunnah (bidaah) Khalifah Abu Bakar.
Selawat dan Salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad SAW.
297
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KEEMPAT

D. JAWAPAN KEPADA SOALAN: SIAPAKAH AHLI SUNNAH NABI SAW


YANG SEBENAR SECARA HURAIAN(2)?

Soalan ini berkait rapat dengan fatwa pengharaman/penyesatan Syiah


yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas Agama
Islam dan Hukum Syarak, bukan Islam yang berasaskan al-Qur’an dan Hadis
sepenuhnya (100%), tidak sebagaimana dikehendaki oleh Allah dan Rasul-
Nya Muhammad SAW. Justeru, ia adalah bertentangan dengan Hadis al-
Thaqalayni

Pengenalan

1. Tulisan ini adalah bagi menjawab serangan, penghinaan dan fitnah


terhadap Syiah Islam mazhab Ja‘fari dalam media tempatan dan lain-lain
oleh Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.

2. Ia menunjukkan sebahagian para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah


muktabar sependapat dengan Syiah tentang sahabat dari sudut akademik
kerana para sahabat sendiri ada yang mencaci para sahabat yang lain
kerana menyalahi Sunnah Nabi SAW, para sahabat ada yang memerangi
para sahabat yang lain, para sahabat ada yang membunuh para sahabat yang
lain menurut catatan para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah muktabar.
Justeru para sahabat bukanlah adil dalam semua perkara kerana mereka
bukanlah maksum.

Perbezaan antara sunnah Khalifah Umar dan Sunnah Nabi SAW


disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi
membenarkan sunnah Khalifah Umar mengatasi al-Qur’an dan Sunnah
Nabi SAW sebagai akidah atau agama yang wajib dipatuhi sebagaimana
diungkapkan oleh Khalifah Ali AS dan bagi menyesatkan Syiah kerana
meyalahi sunnah (bidaah) Khalifah Umar. (B) Justeru jika Khalifah
Umar dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar, nescaya mereka tidak akan menyalahi atau membatalkan
walau pun satu Sunnah Nabi SAW.
298
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Berikut dikemukakan sebahagian daripada Sunnah Khalifah Umar
yang menyalahi al-Qur’an, Sunnah Nabi SAW dan akal yang sejahtera dari
segi akidah, syariah dan akhlak sebagai contoh seperti berikut :

Menghalang Nabi SAW dari menulis wasiat/Hadisnya yang terakhir

1. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menghalang Nabi SAW dari menulis Hadisnya (sunnahnya)
yang terakhir, tetapi Khalifah Umar telah menghalang Nabi SAW dari
menulis Sunnahnya yang terakhir. Lantas Nabi SAW mengusir Umar dan
kumpulannya supaya keluar dari rumahnya. (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36;
Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Bertengkar di hadapan Nabi SAW bagi menentang Sunnahnya

2. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak bertengkar di hadapan Nabi SAW bagi menentang Sunnahnya supaya
dibawa kepadanya pensel dan kertas untuk menulis wasiatnya (Sunnahnya),
tetapi Khalifah Umar dan kumpulannya telah melakukan perkara
tersebut.(al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memisahkan Kitab Allah daripada Nabi SAW

3. Jika mereka AhliSunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka


tidak memisahkan Kitab Allah (al-Qur’an) daripada Nabi SAW, tetapi
Khalifah Umar telah memisahkan Kitab Allah daripada Nabi SAW ketika dia
berkata di hadapan Nabi SAW: Kitab Allah adalah cukup bagi kami”. Kata-
kata Umar adalah secara langsung merendahkan martabat Nabi SAW.(al-
Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW ketika dia berkata:


“cukuplah bagi kami Kitab Allah”

4. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
percaya kemaksuman Nabi SAW setiap masa, kerana segala perkataan,
perbuatan dan taqrirnya merupakan Sunnahnya, tetapi Khalifah Umar tidak
299
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mempercayai kemaksuman Nabi SAW ketika dia berkata: “cukuplah bagi
kami Kitab Allah” Kata-katanya itu ditentang oleh Nabi SAW sendiri. Lalu
beliau SAW menjadi marah dan terus mengusir Umar serta kumpulannya
supaya keluar (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69).
Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Mengatakan bahawa Nabi SAW sedang meracau (yahjuru)

5. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak mengatakan bahawa Nabi SAW "sedang meracau” tetapi Khalifah
Umar telah mengatakan bahawa Nabi SAW sedang meracau (yahjuru). Oleh
itu permintaan beliau SAW supaya dibawa pensel dan kertas untuk beliau
menulis perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan umatnya selama-
lamanya tidak perlu dilayani lagi. [Muslim, Sahih, III, hlm. 69; al-Bukhari,
Sahih, I, hlm. 36]. Oleh itu, Sunnah Umar adalah menyalahi firman-Nya di
dalam Surah al-Najm (53): 3-4: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu
menurut kemahuan hawa nafsunya." Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Melarang orang ramai dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi SAW

6. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang orang ramai dari meriwayat dan menulis Sunnah
Nabi SAW, tetapi Khalifah Umar telah melarang orang ramai dari meriwayat
dan menulis Sunnah Nabi SAW. Umar berkata: "Hasbuna Kitabullah (Kitab
Allah adalah cukup bagi kami). [Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36]. Sunnahnya
adalah bertentangan dengan sunnah yang dipopularkan oleh Ahli Sunnah:
Aku tinggalkan pada kalian dua perkara selama kalian berpegang kepada
kedua-duanya Kitab Allah dan Sunnahku” Lantaran itu, Khalifah Umar
bertegas bahawa dia tidak perlu kepada Sunnah Nabi SAW di hadapan Nabi
SAW sendiri. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memerintahkan supaya Sunnah Nabi /Hadis Nabi SAW dibakar

7. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membakar Sunnah atau Hadis Nabi SAW, tetapi Khalifah Umar
telah membakar Sunnah Nabi SAW. Ibn Sa'd dalam Tabaqatnya, V hlm. 140
meriwayatkan bahawa apabila Hadis atau Sunnah Nabi SAW banyak
300
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
diriwayat dan dituliskan pada masa Umar bin al-Khattab, maka dia menyeru
orang ramai supaya membawa kepadanya semua Hadis-Hadis yang ditulis,
kemudian dia memerintahkan supaya ia dibakar. Justeru adakah mereka
Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menahan sahabat yang banyak meriwayatkan Sunnah Nabi SAW di


Madinah

8. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menahan sahabat yang banyak meriwayatkan Sunnah Nabi
SAW di Madinah, tetapi Khalifah Umar telah menahan tiga orang sahabat di
Madinah sehingga mati, kerana meriwayatkan banyak Hadis Rasulullah
SAW. Mereka ialah Ibn Mas'ud, Abu Darda' dan Abu Mas'ud al-Ansari. [al-
Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 8; al-Haithami, Majma al-Zawaid, I, hlm.
149; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 110]. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Apa itu Hadis daripada Rasulullah?

9. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berkata: "Apa itu Hadis daripada Rasulullah? tetapi Khalifah
Umar berkata kepada Abu Darda’: "Apa itu Hadis daripada Rasulullah? "Abu
Salmah bertanya kepada Abu Hurairah: "Adakah anda meriwayatkan Hadis
atau sunnah semacam ini pada masa Umar? Abu Hurairah menjawab:
Sekiranya aku meriwayatkan Hadis atau sunnah (semacam ini) pada masa
Umar, nescaya dia memukul aku dengan cemetinya"[al-Dhahabi, Tadhkirah
al-Huffaz, I, hlm. 7]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi kerana kitab Allah sudah cukup
bagi kami”

10. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka berkata: Kami perlu kepada Sunnah Nabi SAW setiap masa, tetapi
Khalifah Umar berkata: Kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi kerana kitab
Allah sudah cukup bagi kami” (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih,
III, hlm. 69). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Melarang penyebaran Hadis Nabi SAW dan memusnahkannya


301
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

11. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
menyebar Sunnah Nabi SAW, dan menjaganya pula, tetapi Khalifah Umar,
melarangnya dan memusnahkannya (Ibn Sa'd dalam Tabaqat, V hlm. 140;
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 237]. Lantaran itu Sunnah
khalifah Umar adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW: "Allah
memuliakan seseorang yang mendengar Hadisku dan menjaganya, dan
menyebarkannya. Kadangkala pembawa ilmu (Hadis) membawanya kepada
orang yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (Hadis)
bukanlah seorang yang alim”. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.437; al-
Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.78] Dan sabdanya "Siapa yang ditanya tentang
ilmu maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya
dengan api neraka." [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Percaya bahawa Sunnahnya adalah lebih baik daripada Sunnah Nabi


SAW

12. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka percaya dan mengamalkan Sunnah Nabi SAW daripada Sunnah
Umar, tetapi Khalifah Umar percaya bahawa Sunnahnya adalah lebih baik
daripada Sunnah Nabi SAW umpamanya menambahkan hukum sebat bagi
peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 kali sebatan. [al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa', hlm. 137]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Menderhakai Nabi SAW bukan bererti menderhakai Allah

13. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka percaya bahawa taat kepada Nabi SAW adalah taat kepada Allah
sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nisa’ (4): 80 “Siapa yang
mentaatiRasul, maka dia mentaati Allah”. Ini bererti siapa yang menderhakai
Rasul, maka dia menderhakai Allah, tetapi Khalifah Umar percaya
sebaliknya ketika dia berkata: Kitab Allah adalah cukup bagi kami” “Nabi
sedang meracau”. (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69).
Baginya menderhakai Nabi SAW bukan bererti menderhakai Allah. Justeru
mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah Ahli Sunnah Umar.
302
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Memusuhi orang yang menghidupkan Sunnah Nabi SAW dan
membakar Sunnahnya

14. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memusuhi orang yang menghidupkan Sunnah Nabi SAW,
tetapi Khalifah Umar memusuhinya dan membakar Sunnahnya (Ibn Sa'd
Tabaqat, V hlm. 140). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Mengesyaki Nabi SAW dan kaum Muslimin

15. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengesyaki Nabi SAW dan kaum Muslimin sama ada berada
di dalam kebenaran ataupun kebatilan, tetapi Khalifah Umar mengesyaki
Nabi SAW dan kaum Muslimin sama ada berada di dalam kebenaran
ataupun kebatilan. Dia bertanya Nabi SAW: Adakah kita berada di dalam
kebenaran dan mereka (kafir) berada di dalam kebatilan? Adakah orang
yang terbunuh di pihak kita akan memasuki syurga? Dan orang yang
terbunuh di pihak mereka ke neraka? Nabi SAW menjawab: Ya, dan
akhirnya Nabi SAW menegaskan kepadanya: "Wahai Ibn al-Khattab,
sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikan
aku. Umar beredar dari Nabi SAW dengan marah (muthaghayyizan),
kemudian dia berjumpa Abu Bakar lalu ia mengemukakan persoalan yang
sama, lantas Abu Bakar menyakinkan dia bahawa Muhammad itu adalah
Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikannya. [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,
14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Tidak mempunyai sifat kasih sayang kepada Ahlu l-Bait Rasulullah


SAW

16. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mempunyai sifat kasih sayang kepada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW
khususnya terhadap Fatimah AS, tetapi Khalifah Umar tidak mempunyai
sifat tersebut. Dia telah menjadikan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW di bawah
kedudukannya tanpa menjaga hati Nabi SAW dan tanpa kasih sayang
kepada anak cucunya. Sedangkan mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW itu
adalah wajib sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Syura (24): 23)
“Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih
303
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
sayang kepada keluarga(ku)” Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Mengepung dan cuba membakar rumah Fatimah AS

17. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memusuhi Ahlu l-Bait Nabi SAW dan para pengikutnya,
apatah lagi mengepung dan cuba membakar rumah Fatimah AS kerana
memaksa Ali AS supaya memberi baiah kepada Abu Bakar, tetapi Khalifah
Umar adalah perancang utama dalam cubaan membakar rumah Fatimah AS
kerana memaksa Ali AS supaya memberi baiah kepada Abu Bakar.
Sunnahnya itu adalah membelakangi firman Tuhan Surah al-Ahzab (33): 33
"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai
Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Fatimah AS adalah
di kalangan Ashab al-Kisa' yang disucikan oleh Allah SWT. Umar
berkata:"Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi
baiah kepada Abu Bakar. (Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida,
Tarikh, I, hlm. 156). Justeru, adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Memaksa Ali AS memberi baiah kepada Abu Bakar di dalam keadaan


lehernya terikat

18. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak membawa Ali AS di dalam keadaan lehernya terikat sedangkan
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku
adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku” (Sahih
al-Turmudhi, v, 632, Musnad Ahmad, v, 356, Khasa’is al-Nasa’i, 61-64), tetapi
Khalifah Umar dan kumpulannya telah memaksa Ali AS memberi baiah
kepada Abu Bakar di dalam keadaan lehernya terikat (Ibn Qutaibah,al-
Imamah wa al-Siyasah, I, hlm.18-20, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii,
hlm.139; Abul-Fida, Tarikh,I, hlm. 159; al- Tabari, Tarikh ,III , hlm.159).
Perbuatan sedemikian adalah menyalahi Sunnah Nabi SAW yang
melantiknya sebagai Khalifah selepasnya: Siapa yang telah menjadikan
akumaulanya, maka Ali adalah maulanya” dan ia adalah sejajar dengan
tuntutan Ali AS terhadap jawatan Khalifah. (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-
Mawaddah, hlm.144, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 2180).
Justeru, mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Umar.
304
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Wasiat Fatimah AS supaya Umar dan kumpulannya tidak dibenarkan


mengerjakan sembahyang jenazah ke atasnya

19. Jika mereka Ahli al-Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka diizinkan untuk mengerjakan sembahyang jenazah ke atas Fatimah
AS, tetapi Khalifah Umar dan kumpulannya tidak diizinkan oleh Fatimah AS
untuk mengerjakan sembahyang jenazah ke atasnya. Dia berwasiat kepada
suaminya Ali AS supaya Abu Bakar dan Umar tidak diizinkan mengerjakan
sembahyang ke atasnya. Kerana perbuatan mereka berdua yang
menyakitkan hatinya, khususnys mengenai Fadak [Al-Bukhari, Sahih, VI,
hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida,
Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Nabi SAW bersabda:"
Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha
dengan keredhaanmu." (Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi al-
Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.219). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Mengingkari kewafatan Nabi SAW

20. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengingkari kewafatan Nabi SAW, tetapi Khalifah Umar telah
mengingkari kewafatan Nabi SAW. Dia tidak mengetahui bahawa kewafatan
adalah harus bagi Nabi SAW. Dia berkata: "Siapa yang mengatakan bahawa
Nabi telah mati, aku akan membunuhnya dengan pedangku." Abu Bakar
datang dan berkata kepadanya: "Tidakkah anda mendengar firman Allah
SWT (di dalam Surah al-Zumar (39): 30, "Sesungguhnya kamu akan mati dan
sesungguhnya mereka akan mati (pula)" dan firman-Nya (di dalam Surah Ali
Imran (3): 144), "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul,
sesungguhnya telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika
dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Maka Umar
pun berkata: "Aku yakin dengan kewafatannya seolah-olah aku tidak
mendengar ayat-ayat tersebut."(al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 23; al-
Bukhari, Sahih, VII, hlm. 17).
Bagaimana Khalifah Umar berkata: "Kitab Allah adalah cukup bagi
kami" ketika dia menegah Nabi SAW dari menulis wasiatnya di mana umat
tidak akan sesat selama-lamanya, sedangkan dia tidak mengetahui ayat-ayat
tersebut sehingga Abu Bakar datang dan membacakan kepadanya? Dan
tindakan Umar yang tidak mempercayai kewafatan Nabi SAW tidak boleh
305
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
difahami sebagai kasihnya yang teramat sangat kepada Nabi SAW, kerana
dia telah berkata bahawa Nabi SAW sedang meracau dan Kitab Allah adalah
cukup bagi kami. Lalu dia menegah Nabi SAW dari melaksanakan apa yang
dikehendakinya. [al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, II, hlm. 69].
Dan kata-kata Abu Bakar pula menyokong pendapat Umar. Dia
berkata:"Siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah
wafat." Ini bererti wahai orang yang bermegah ke atas kami dengan
Muhammad, habislah mereka kerana peranannya sudah selesai. Kitab Allah
adalah cukup bagi kami kerana ia hidup. Persoalan yang timbul "Adakah
kaum Muslimin pada masa itu menyembah Muhammad?" Tidak, mungkin
ini adalah satu sindiran kepada Bani Hasyim secara umum dan Ali bin Abi
Talib secara khusus. Kerana mereka bermegah dengan Muhammad. Dan
Nabi SAW adalah dari kalangan mereka. Dan merekalah keluarganya, dan
orang yang paling berhak daripada orang lain, kerana mereka lebih
mengetahui kedudukan Nabi SAW.
Atau adakah tindakan Umar yang ingin membunuh siapa sahaja yang
berkata Muhammad telah wafat itu merupakan tindakan politik sehingga
dia dapat melambat-lambatkan kepercayaan kaum Muslimin bahawa Nabi
SAW telah wafat. Dan dengan ini perancangannya dapat dilaksanakan
sehingga segala-galanya diatur dengan baik. Sejurus kemudian dia
diberitahu secara sulit bahawa perdebatan di Saqifah sedang berlaku.
Lantas dia, Abu Bakar dan Abu Ubaidah meninggalkan jenazah Nabi SAW
menuju Saqifah tanpa diketahui oleh Bani Hasyim. Justeru adakah mereka
Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Melarang mahar (mas kahwin) yang tinggi

21. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang mahar (mas kahwin) yang tinggi, tetapi Khalifah
Umar telah melarang mahar (mas kahwin) yang tinggi. Dia berkata: Sesiapa
yang menaikkan mahar anak perempuannya, aku akan mengambilnya dan
menjadikannya milik Baitulmal. Sunnah Umar telah ditentang oleh seorang
wanita lalu dia membaca firman Tuhan di dalam Surah al-Nisa' (4): 20
"Sekiranya kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta
yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya kembali barang
sedikitpun”. Umar menjawab: "Orang ramai lebih alim daripada Umar
sehingga gadis-gadis sunti di rumah-rumah". [Fakhruddin al-Razi, Mafatih
al-Ghaib, II, hlm. 175; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 133) Kata-kata
Umar itu tidak boleh difahami sebagai tawaduk, kerana ia melibatkan
306
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
hukum Allah SWT. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Mengharamkan haji tamattu'

22. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengharamkan haji tamattu', tetapi Khalifah Umar telah
mengharamkan haji tamattu'. Ia bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW
yang tidak pernah mengharamkannya [Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 233; al-
Bukhari, Sahih, VII, hlm. 33]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Tidak melaksanakan hukum hudud ke atas Mughirah bin Syu'bah yang


dituduh berzina

23. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka melaksanakan hukum hudud ke atas Mughirah bin Syu'bah yang
dituduh berzina dengan Umm Jamil, tetapi Khalifah Umar tidak
melaksanakan hukum hudud ke atas Mughirah bin Syu'bah yang dituduh
berzina dengan Umm Jamil isteri kepada Hajaj bin Atiq bin al-Harith bin
Wahab al-Jusyami dengan berkata: Aku sedang melihat muka seorang lelaki
di mana Allah tidak akan mencemarkan lelaki Muslim dengannya." Maka
saksi tersebut tidak memberikan penyaksiannya yang tepat kerana
mengikut kehendak Umar. Di dalam riwayat yang lain Umar memberi
isyarat kepada saksi yang keempat supaya tidak memberikan keterangan
yang tepat. Keempat orang saksi tersebut telah memberi penyaksian yang
tepat semasa mereka di Basrah.
Tetapi Umar mengadakan pengadilan yang kedua di Madinah. Apabila
saja saksi yang keempat tidak memberikan penyaksian yang tepat
sebagaimana diberikannya di Basrah, maka Umar pun melakukan hudud ke
atas tiga saksi tersebut. Seorang saksi bernama Abu Bakar berkata: Demi
Allah, Mughirah telah melakukannya. Umar ingin mengenakan had ke
atasnya kali kedua. Ali AS berkata: Jika anda melakukannya maka rejamlah
al-Mughirah bin Syu'bah tetapi dia enggan melakukannya. "[Al-Hakim, al-
Mustadrak, III, hlm. 448; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 452; Ibn Athir, Usd al-
Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 88].
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
307
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Mengintai satu kumpulan di rumah mereka di waktu malam dengan
memasukinya melalui pintu belakang

24. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengintai satu kumpulan di rumah mereka di waktu malam
dengan memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam, tetapi Khalifah
Umar mengintai satu kumpulan di rumah mereka di waktu malam dengan
memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu adalah
menyalahi firman-Nya di dalam surah al-Hujurat (49): 12: "Dan janganlah
kamu mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain."Dan
firmanNya di dalam surah al-Baqarah (2): 189 “Dan masukilah rumah-
rumah itu melalui pintu-pintunya.” Dan firman-Nya di dalam surah al-Nur
(24): 27: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah
yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada
penghuninya."
Lantaran itu tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat
tersebut. [al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, VI, hlm. 93; al-Baihaqi, al-Sunan al-
Kubra, VIII, hlm. 334]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Memerintahkan supaya di rejam seorang wanita gila (yang berzina)

25. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar,
nescaya mereka tidak memerintah supaya direjam seorang wanita gila,
tetapi Khalifah Umar telah memerintahkan supaya di rejam seorang wanita
gila (yang berzina). Maka Ali AS memperingatkannya dan berkata:"Qalam
diangkat daripada orang gila sehingga dia sembuh” Umar pun berkata:
“Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar” [Ibn Abd al-Birr, al-
Isti'ab, III, hlm. 39; al-Tabari, Dhakhair al-Uqba, hlm. 80]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka


keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab

26. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka
keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab, tetapi
Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi
pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab.
308
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
[Malik, al-Muwatta, II, hlm.12] Oleh itu Sunnah Umar adalah menyalahi al-
Qur'an dan Sunnah Nabi SAW yang tidak membezakan seseorang
melainkan dengan takwa dan ia juga mengandungi sifat asabiyah
sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Hujurat (49): 10: "Sesungguhnya
orang Mukmin itu adalah bersaudara." Dan Nabi SAW bersabda: "Tidak ada
kelebihan orang Arab ke atas bukan Arab melainkan dengan taqwa." [Al-
Haithami, Majma'al-Zawa'id, III, hlm. 226]. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak pernah mengadakan korban (penyembelihan)

27. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengadakan korban (penyembelihan), tetapi Khalifah Umar tidak
pernah mengadakan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum
Muslimin akan menganggapnya wajib. [al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX,
hlm. 265; Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 189]. Sunnahnya adalah bertentangan
dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW yang menggalakkan amalan
tersebut. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mengakui bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur'an, hukum


halal-haram dan masalah pusaka

28. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui tentang al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah
pusaka, tetapi Khalifah Umar mengakui bahawa dia tidak mengetahui
tentang al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah pusaka. Dia berkata:
"Siapa yang ingin bertanya tentang al-Qur'an, maka hendaklah dia bertanya
kepada Ubayy bin Ka'ab. Sesiapa yang ingin mengetahui halal dan haram,
maka hendaklah dia bertanya kepada Muadh bin Jabal. Sesiapa yang ingin
mengetahui tentang ilmu faraidh, hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin
Thabit. Dan siapa yang ingin meminta harta maka hendaklah dia datang
kepadaku kerana akulah penjaganya. [al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 271;
Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223; al-Baihaqi, al-Sunan, VI, hlm. 210].
Ketiga-tiga ilmu tersebut dikuasai oleh orang lain. Dia hanya penjaga harta.
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturut-turut


309
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
29. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturut-
turut, tetapi Khalifah Umar melarang kaum Muslimin memakan daging dua
hari berturut-turut. Dia telah memukul seorang lelaki yang melakukannya
dengan cemeti. [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 161; Ibn al-
Jauzi, Sirah Umar, hlm. 68] Tindakan Khalifah Umar adalah bertentangan
dengan firman Tuhan di dalam Surah al-A'raf (7): 32 "Katakanlah: Siapakah
yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk
hamba-hamba-Nya dan (siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang
baik?" Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menakut-nakut dan menggertak seorang wanita supaya membuat


pengakuan tentang perzinaannya

30. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menakut-nakut dan menggertak seorang wanita supaya
membuat pengakuan tentang perzinaannya, tetapi Khalifah Umar telah
menakut-nakut dan menggertak seorang wanita supaya membuat
pengakuan tentang perzinaannya. Lalu wanita tersebut membuat
pengakuannya. Maka Khalifah Umar memerintahkan supaya ia direjam.
Lalu Ali AS bertanya kepadanya: Tidakkah anda mendengar Rasulullah
SAW bersabda: "Tidak dikenakan hukum had ke atas orang yang membuat
pengakuan selepas ujian (bala') sama ada ia diikat, ditahan atau diugut? Oleh
itu lepaskanlah dia. Maka Umar berkata: Wanita-wanita tidak terdaya untuk
melahirkan seorang seperti Ali. Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah
Umar. [Fakhruddin al-Razi, al-Araba'ain, hlm. 466; al-Khawarizmi di dalam
Manaqibnya, hlm. 48; al-Tabari Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 80]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah

31. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui tempat untuk memulakan umrah, tetapi Khalifah Umar
tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah. Kemudian dia
berkata:"Tanyalah Ali."[al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 89; al-
Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 195]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
310
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Memerintahkan supaya perpustakaan-perpustakaan di Iran dan
Iskandariyah dibakar atau dicampakkan buku-bukunya ke laut

32. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membakar perpustakaan, tetapi Khalifah Umar telah
memerintahkan supaya perpustakaan-perpustakaan di Iran dan
Iskandariyah dibakar atau dicampakkan buku-bukunya ke laut. Ditanya
kenapa dia memerintahkannya. Dia menjawab: Allah telah memberikan
kepada kita hidayah yang lebih baik daripada itu.
Perpustakaan-perpustakaan tersebut mengandungi banyak buku-buku
ilmiah di dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu hisab,
falak, hikmah, kedoktoran, dan lain-lain, tetapi Khalifah Umar tidak
menghargainya. [Ibn al-Nadim, al-Fihrist, hlm. 334; Ibn Khaldun, Tarikh, I,
hlm. 32; Ibn al-Jauzi, Sirah al-Umar, hlm. 107]. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memerintahkan supaya dipotong pokok baiah Ridwan

33. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memerintahkan supaya dipotong pokok baiah Ridwan, tetapi
Khalifah Umar memerintahkan supaya dipotong pokok baiah Ridwan,
kerana kaum Muslimin mengerjakan sembahyang di bawah pokok tersebut
bagi mengambil berkat. Apabila berita ini sampai kepada Umar, dia
memerintahkan supaya ia dipotong. [Ibn Sa'd, Tabaqat al-Kubra, hlm. 608;
Ibn Jauzi, Sirah Umar, hlm. 107] Sepatutnya Khalifah Umar menjaga pokok
tersebut dengan baik sebagai satu peninggalan sejarah yang berharga.
Sunnahnya itu diikuti oleh Wahabi bagi menghapuskan bahan-bahan
sejarah Islam di Makkah dan Madinah dengan alasan pembangunan. Justeru
adakah mereka Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mengenakan zakat kuda

34. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengenakan zakat kuda, tetapi Khalifah Umar adalah orang
yang pertama mengenakan zakat kuda. Sunnahnya adalah bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAW: "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba."
[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30;
Ahmad bin Hanbal; al-Musnad, I, hlm. 62; al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa', I, hlm.
311
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
137]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Tidak mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat


sembahyangnya

35. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat
sembahyangnya, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui hukum orang yang
syak tentang rakaat sembahyangnya bagaimana hendak dilakukannya. Dia
bertanya kepada seorang budak: Apabila seorang itu syak bilangan
sembahyangnya, apakah ia harus lakukan? Sepatutnya dia telah bertanya
kepada Nabi SAW mengenainya. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190;
al-Baihaqi, Sunan, II, hlm. 332]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang


mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah

36. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang
mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah, tetapi Khalifah
Umar telah mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang
mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah. Ijtihadnya
adalah menyalahi Sunnah Rasulullah di mana Aisyah berkata: Aku
meletakkan bauan ke atas Rasulullah SAW sebelum beliau mengerjakan
tawaf ifadhah. [Malik, al-Muwatta', I, hlm. 285; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm.
173; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 58; Muslim, Sahih, I, hlm. 330]. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mengetahui faedah Hajr al-Aswad

37. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui faedah Hajr al-Aswad, tetapi Khalifah Umar tidak
mengetahui faedah Hajr al-Aswad. Dia berkata: Hajr al-Aswad tidak
memberi sebarang faedah dan kemudharatan." Sekiranya dia tidak melihat
Rasulullah SAW mengucupnya, nescaya dia tidak mengucupnya. Kata-kata
Khalifah Umar tersebut adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW, beliau
312
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bersabda: "Hajr al-Aswad diturunkan dari Syurga warnanya putih seperti
susu, tetapi ia bertukar menjadi hitam disebabkan dosa manusia."
Dan sabdanya lagi: "Demi Allah. Dia akan membangkitkannya di Hari
Kiamat, ia mempunyai dua mata dan satu lidah yang akan bercakap dan
memberi penyaksian kepada orang yang telah mengucupnya". [al-Turmudhi,
Sahih, I, hlm. 180; al-Nasa'i, Sahih, II, hlm. 37; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,
II, hlm. 3]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak memberi khumus kepada kerabat Nabi SAW.

38. Jawapan kepada Fatwa No. 20 (vi) Menetapkan Prinsip


Khumus sebagai Kadar Zakat.

Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka memberi khumus kepada kerabat Nabi SAW, tetapi Khalifah Umar
tidak memberi khumus kepada kerabat Nabi SAW. Sunnah Umar adalah
menyalahi firman-Nya dalam Surah al-Anfal 8: 41 “maka seperlima untuk
Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak yatim, orang miskin dan Ibnu sabil”
berlawanan dengan Sunnah Nabi SAW yang memberikah khumus kepada
kelurganya. [al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, I, hlm. 248]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar. Dan inilah pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah walaupun ia bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah
Rasul SAW.

Memukul isteri tidak akan dikenakan dosa

39. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berkata bahawa memukul isteri tidak akan dikenakan dosa,
tetapi Khalifah Umar berkata bahawa memukul isteri tidak akan dikenakan
dosa. Dia mengaitkan kata-kata ini dengan RasulullahSAW. [Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 20], sebenarnya ia bertentangan dengan firman-
Nya di dalam Surah an-Nahl 16: 90: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu)
berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan
Allahmelarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan". Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Melarang Hadis "khabar gembira"


313
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

40. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang Hadis "khabar gembira" bahawa setiap orang yang
mengucapkan dua kalimah syahadah dengan yakin, akan masuk syurga.
Tetapi Khalifah Umar melarang Hadis "khabar gembira" bahawa setiap
orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan yakin, akan masuk
syurga. Kerana dia khuatir kaum Muslim hanya mengucap dua kalimah
syahadah kemudian meninggalkan amalan lain. Dia berkata kepada
Rasulullah SAW: Adakah anda mengutuskan Abu Hurairah dengan khabar
tersebut? Rasulullah menjawab:Ya. Umar berkata kepada Rasulullah SAW:
"Janganlah anda melakukannya". [Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 38; Ibn Abi
al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 108]. Sepatutnya dia tidak
melarang Nabi SAW untuk melakukannya. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mengetahui apakah bacaan Nabi SAW di dalam sembahyang


Hari Raya

41. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui apakah bacaan Nabi SAW di dalam sembahyang Hari
Raya, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui apakah bacaan Nabi SAW di
dalam sembahyang Hari Raya. [Muslim, Sahih, I, hlm, 242; Abu Daud, Sunan,
I, hlm. 180; Malik, al-Muwatta', I, hlm. 147; Ibn Majah, Sunan, I, hlm. 388; al-
Turmudhi, Sahih, I, hlm. 106; al-Nisa'i, Sahih, III, hlm. 184]. Sepatutnya dia
mengetahui surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW di dalam sembahyang
Hari Raya. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenaar?.

Melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rejab

42. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rejab, tetapi
Khalifah Umar melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rejab. Dia
berkata: "Apa itu bulan Rejab? Bulan Rejab hanya bulan yang dimuliakan
oleh orang Jahiliyah. Dan apabila datang Agama Islam, ia ditinggalkan.
Sebenarnya Khalifah Umar tidak mengetahui kelebihan bulan Rejab.
Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulllah SAW yang
menggalakkan setiap Muslim supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan,
termasuk bulan Rejab. [al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 215; Muslim, Sahih, I, hlm.
314
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
318; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 326; Abu Daud, Sunan, I, hlm.
381]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak membunuh Dhu al-Thadyah

43. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka telah membunuh Dzu al-Thadyah (ketua Khawarij), tetapi Khalifah
Umar tidak membunuh Dhu al-Thadyah (ketua Khawarij) sedangkan
Rasulullah SAW telah memerintahkannya supaya membunuhnya. Dia
berkata: Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang sujud?" Kemudian
Rasulullah SAW bertanya lagi: Siapa lagi yang akan membunuhnya? Ali
menjawab: Aku." Nabi SAW bersabda: “Sekiranya anda mendapatinya. Ali
pun pergi, tetapi dia tidak mendapatinya. Nabi SAW bersabda: “Sekiranya
lelaki itu dibunuh, tidak akan ada dua lelaki yang berselisih faham”. [Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 15].
Sepatutnya Khalifah Umar membunuhnya tanpa mengambil kira
keadaannya kerana Rasulullah SAW telah memerintahkannya, tetapi dia
menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah SAW. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi

44. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi, tetapi Khalifah
Umar tidak boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi. Dia bertanya
kepada seorang lelaki: Bagaimana keadaan anda? Lelaki itu menjawab: Aku
adalah di kalangan orang yang mencintai fitnah, membenci al-Haqq dan
memberi penyaksian kepada orang yang tidak dilihat” Lalu dia
memerintahkan supaya lelaki itu ditahan. Maka Ali AS menyuruh supaya ia
dilepaskan seraya berkata: Apa yang diucapkan oleh lelaki itu adalah benar.
Umar berkata: Bagaimana anda dapat mengatakan ia benar? Ali AS
menjawab: Dia mencintai harta dan anak sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah al-Anfal (8): 28 “Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu
itu hanyalah sebagai fitnah." Dan dia membenci kematian maka ia adalah al-
haqq. Dan dia memberi penyaksian bahawa Muhammad adalah Rasulullah
sekalipun dia tidak melihatnya. Kemudian Umar memerintahkan supaya ia
dilepaskan Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, hlm. 46].
Justeru adakah mereka Ahlu Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
315
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Menjatuhkan air muka Nabi SAW

45. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menjatuhkan air muka Nabi SAW, tetapi Khalifah Umar telah
menjatuhkan airmuka Nabi SAW di hadapan musyrikin yang datang
berjumpa Nabi SAW supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang
lari dari mereka. Musyrikin berkata: Hamba-hamba kami telah datang
kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama, tetapi mereka
lari dari menjadi milik kami dan harta kami. Justeru kembalilah mereka
kepada kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang
membuat perjanjian damai dengan anda.Walau bagaimanapun Rasulullah
SAW tidak mahu menyerahkan hamba-hamba tersebut kepada mereka
kerana khuatir mereka akan menyeksa hamba-hamba tersebut, tetapi beliau
tidak mahu mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Lalu Rasulullah SAW
bertanya kepada Umar. Maka Umar menjawab: Benar kata-kata mereka itu
wahai Rasulullah. Mereka itu adalah jiran kami dan mereka telah membuat
perjanjian damai dengan kami. Maka muka Nabi SAWberubah kerana
jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki oleh Nabi SAW. [Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, I, hlm.155; al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 11]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menjadikan mahar wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk


Baitulmal

46. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menjadikan mahar wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya
untuk Baitulmal, tetapi Khalifah Umar menjadikan mahar wanita berkahwin
sebelum tamat iddahnya untuk Baitulmal. Kemudian dia memisahkan
pasangan tersebut dan berkata: Nikah adalah haram, mahar adalah haram
dan kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi. Ali berkata: Sekiranya lelaki
itu tidak mengetahuinya, wanita tersebut berhak mengambil maharnya dan
dipisahkan pasangan tersebut. Dan apabila tamat ‘iddahnya dia menjadi
peminangnya. Di dalam ertikata yang lain dia hendaklah menyempurnakan
iddahnya yang pertama kemudian menyempurnakan pula iddahnya yang
kedua. Lalu Umar berkata: Kembalikan kejahilan kepada Sunnah. [Al-
Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 441; al-Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba, hlm.
81]. Persoalan yang timbul ialah kenapakah dia menjadikan mahar hak
Baitulmal dan bukan hak wanita tersebut dan kenapakah dia
mengharamkan wanita tersebut ke atas lelaki tersebut? Manakah ayat atau
316
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sunnah yang membolehkan Khalifah Umar melakukan sedemikian? Oleh itu
ijtihadnya adalah menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mempelajari surah al-Baqarah selama dua belas tahun

47. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mempelajari Surah al-Baqarah di dalam masa yang singkat, apatah
lagi jika seorang itu adalah seorang Khalifah, tetapi Khalifah Umar telah
mempelajari surah al-Baqarah selama dua belas tahun. Dan apabila dia
selesai mempelajarinya (khatam), dia menyembelih beberapa ekor unta [al-
Qurtubi, Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 34; al-Durr al-Manthur, I, hlm. 21]. Oleh itu
untuk mempelajari kesemua al-Qur'an dia memerlukan kepada masa yang
lebih lama (150 tahun?). Ini sebelum Khalifah Umar menjadi seorang yang
pelupa, kadangkala dia melupai bilangan raka'at sembahyang, lalu dia
menyuruh seorang lelaki berdiri di hadapannya bagi memberikan isyarat
kepadanya supaya dia berdiri ataupun rukuk, kemudian dia melakukannya.
[Ibn Jauzi, Sirah Umar , hlm. 135; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahjal-Balaghah, III,
hlm. 110]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh

48. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh, tetapi
Khalifah Umar telah menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh. Dia
berkata: Sekiranya kalian mendapati budak lelaki yang mencuri itu setinggi
enam jengkal (sittah asybar) genap, maka kalian potonglah tangannnya, jika
tidak tinggallah dia." Diriwayatkan daripada Sulaiman bin Yasar,
Sesungguhnya Umar mendatangi seorang budak lelaki yang telah mencuri,
lalu dia mengukur budak tersebut, tetapi ia tidak mencukupi enam jengkal
tepat lalu ditinggalkannya."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 116].
Oleh itu sunnahnya itu adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW yang
menetapkan baligh melalui ihtilam (mimpi) dan tumbuh bulu di
kemaluan.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, V, hlm. 54-55]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menyesali menjadi seorang manusia.


317
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
49. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menyesali menjadi seorang manusia, tetapi Khalifah Umar
telah menyesali menjadi seorang manusia. Dia berkata: “Alangkah
beruntungnya jika aku menjadi seekor kambing keluargaku. Mereka
menggemukkan aku seperti yang mereka suka. Kemudian aku menjadi
makanan kepada orang yang menyukainya. Mereka menghiris sebahagian
dariku dan memanggang sebahagian yang lain. Kemudian mereka memakan
aku dan mereka mengeluarkan aku sebagai najis dan aku tidak menjadi
manusia lagi” [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI,hlm. 345; Ibn
Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm. 131; Abu Nu'im, Hilyah al-Auliya', I,
hlm. 52].
Sepatutnya Khalifah Umar tidak mengeluarkan kata-kata tersebut
kerana ia bertentangan dengan surah al-Tin (95): 4 "Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika dia
benar seorang wali Allah kenapa dia menyesal menjadi manusia, sedangkan
Allah telah memberi jaminan di dalam surah Yunus (10): 62: "Ingatlah,
sesungguhnya walil-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka
dan tidak pula mereka bersedih hati." Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Menghentikan pemberian zakat kepada muallaf

50. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menghentikan pemberian zakat kepada muallaf, tetapi
Khalifah Umar telah menghentikan pemberian zakat kepada muallaf. [al-
Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137 dan lain-lain. Tindakan ini adalah
bertentangan dengan al-Qur'an Surah al-Taubah (4): 60, "Sesungguhnya
zakat-zakat itu hanyalah untuk orang faqir, orang miskin, pengurus-pengurus
zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya...." Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memohon keizinan 'Aisyah supaya ia disemadikan di sisi Rasulullah


SAW

51. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memohon keizinan 'Aisyah supaya ia disemadikan di sisi
Rasulullah SAW, tetapi Khalifah Umar memohon keizinan 'Aisyah supaya ia
disemadikan di sisi Rasulullah SAW, lalu 'Aisyah menyetujui
permohonannya. [al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 266]. Persoalannya kenapakah
318
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dia memohon izin daripada 'Aisyah? Adakah 'Aisyah menerima pusaka
Rasulullah SAW? Dimana kata-kata "Kami para Nabi tidak meninggalkan
pusaka? Jika beliau meninggalkan pusakanya tidakkah pewaris-pewaris
anak perempuannya lebih berhak daripada 'Aisyah kerana saham 'Aisyah
hanya sepersembilan daripada seperlapan? Nampaknya Khalifah Umar
sudah tidak mempercayai kata-kata “Kami para Nabi tidak meninggalkan
pusaka”. Lantas dia memohon izin daripada 'Aisyah. Sepatutnya dia
memohon izin dari pewaris-pewaris Fatimah AS yang mempunyai hak yang
lebih banyak daripadanya. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Mengakui kegelisahan dan ketakutannya bagi menghadapi Allah SWT

52. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak gelisah dan takut bagi menghadapi Allah SWT, tetapi Khalifah
Umar mengakui kegelisahan dan ketakutannya bagi menghadapi Allah SWT.
Ibn Abbas berkata kepadanya selepas dia ditikam “Wahai Amir al-
Mukminin, tidakkah anda telah bersahabat dengan Rasulullah dan
persahabatan anda dengannya adalah baik. Kemudian beliau meninggalkan
anda di dalam keadaan reda terhadap anda. Kemudian anda bersabahat pula
dengan Abu Bakar, maka persahabatan anda dengannya adalah baik, dia
meninggalkan anda di dalam keadaan reda terhadap anda. Kemudian anda
bersahabat dengan sahabat-sahabat mereka, maka persahabatan anda
adalah baik dan sekiranya anda meninggalkan mereka, maka mereka
meredai anda.” Umar menjawab: "Adapun apa yang anda sebutkan tadi
tentang persahabatan dengan Rasulullah dan keredhaannya, ia merupakan
satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Adapun apa
yang anda sebutkan tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan
keredhaannya, maka ia juga satu kurniaan daripada Allah SWT yang
dilimpahkan kepadaku, tetapi apa yang anda lihat tentang kegelisahan dan
ketakutanku adalah kerana anda dan para sahabat anda. Demi Allah
sekiranya aku mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus diriku
dengannya dari azab Allah sebelum aku menemui-Nya." [al-Bukhari, Sahih,
II, hlm. 201]. Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam
Surah Yunus (10): 54 "Dan kalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala
apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu..."
Dan sekiranya dia seorang wali Allah, dia tidak perlu khuatir dengan
azab Allah SWT, kerana Dia berfirman di dalam Surah Yunus (10): 62:
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap
319
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang yang beriman dan
selalu bertaqwa bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan
di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah yang demikian itu
adalah kemenangan yang besar."
Pengakuan sedemikian telah dilakukan juga oleh Khalifah Abu Bakar,
al-Barra bin 'Azib, 'Aisyah dan Anas bin Malik. Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74
meriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata: Tidak ada suatupun yang
aku ketahui di zaman Nabi SAW lebih baik dari sembahyang . Dia berkata:
Tidakkah kalian telah menghilangkan sesuatu padanya? Dan al- Zuhuri
berkata: Aku berjumpa Anas bin Malik di Dimasyq ketika itu dia sedang
menangis.
Aku bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan anda menangis?
Dia menjawab: Aku tidak mengetahui sesuatupun selain dari sembahyang
itu pun telah dihilangkan." Al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154 dan Muslim, Sahih,
I, hlm. 260, meriwayatkan bahawa Khalifah Uthman dan 'Aisyah telah
mengubah Sunnah Rasulullah SAW mengenai sembahyang. Kerana mereka
mengerjakan sembahyang empat rakaat (itmam) di Mina sedangkan
Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang dua rakaat (qasr) di Mina.
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya, I, hlm. 122 meriwayatkan daripada
Abi Sa'id al-Khudri, dia berkata: "Rasulullah SAW keluar sembahyang di hari
Aidilfitri dan Aidiladha ke masjid, kemudian beliau berjumpa dengan orang
di barisan depan. Kemudian beliau mulai berkhutbah menasihati mereka,
menyuruh mereka atau menyelesaikan isu-isu semasa. Dan selepas itu
beliau pun pergi. "Abu Sa'id berkata: "Cara demikian berterusan sehingga
pada suatu hari aku keluar bersama Marwan gabenor Madinah pada masa
itu, ke masjid yang mempunyai mimbar yang dibina oleh Kathir bin al-Salt.
Marwan terus menuju ke mimbar tersebut sebelum bersembahyang.
Kemudian aku menarik kainnya, tetapi dia menolakku dan terus ke mimbar
dan memberi khutbah kepada orang ramai sebelum dia bersembahyang.
Maka akupun berkata kepadanya: Demi Allah, kalian telah mengubah
Sunnah Rasulullah. Dia menjawab: Wahai Abu Sa'id, apa yang anda ketahui
telah hilang begitu sahaja.Aku menjawab: Apa yang aku ketahui adalah lebih
baik, demi Allah, daripada apa yang aku tidak mengetahuinya. Marwan
berkata: Orang ramai tidak akan duduk mendengar khutbah kita selepas
sembahyang. Justeru aku jadikannya (khutbah) sebelum sembahyang."
Oleh itu pengakuan-pengakuan tersebut membuktikan bahawa sahabat
bukan semuanya adil. Malah ada yang mengubah Sunnah Rasulullah SAW.
Mungkin inilah yang membuatkan mereka merasa khuatir terhadap azab
Allah SWT.
320
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Mereka mengakui bahawa tidak ada keistimewaan menjadi sahabat


Rasulullah SAW jika mereka mengubah Sunnahnya pula. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah menjadi Khalifah

53. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah, tetapi
Khalifah Umar berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah
menjadi Khalifah sekiranya ia masih hidup. Oleh itu kata-katanya adalah
bertentangan dengan kata-katanya yang menyokong Abu Bakar di Saqifah.
Para imam mestilah daripada Quraisy kerana Salim adalah seorang hamba
dan dia bukanlah daripada Quraisy. [Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I,
hlm.19]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam


bulan, kemudian melahirkan anak

54. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW nescaya mereka tidak
menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam bulan,
tetapi Khalifah Umar telah menghukum rejam ke atas wanita yang
mengandung selama enam bulan, kemudian melahirkan anak. Lalu Ali AS
membantahnya dan membacakan firman Allah SWT di dalam surah al-Ahqaf
(46): 15 “Ibunya mengandungkannya sampai menyusunya adalah tiga puluh
bulan" dan firman-Nya di dalam Surah Luqman (31): 14 "Penyusuannya
selama dua tahun."

Oleh itu, "mengandung" sekurang-kurangnya ialah enam bulan dan


penyusuannya ialah selama dua tahun. Kemudian Umar menarik balik
hukumannya dan berkata: "Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar.
[al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummal, III, hlm. 96; al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 82, dan lain-lain].
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mengenakan hukum had ke atas Ja‘dah dari Bani Sulaim tanpa saksi
yang mencukupi
321
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
55. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengenakan hukum had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim tanpa
saksi yang mencukupi, tetapi Khalifah Umar telah mengenakan hukum had
ke atas Ja‘dah dari Bani Sulaim tanpa saksi yang mencukupi. Dia memadai
dengan sepucuk surat yang mengandungi syair mengenai perzinaannya
yang dihantar oleh Buraid. [Ibn Sa‘d, Tabaqat, III, hlm. 205]. Lantaran itu
ijtihadnya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah
SAW yang memerlukan empat orang saksi atau pengakuan secara sukarela.
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Lari di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar

56. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mempunya sifat keberanian yang unggul dan tidak lari di dalam
peperangan, tetapi Khalifah Umar telah lari di dalam peperangan Uhud,
Hunain, dan Khaibar. [al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak,
III, hlm. 37; al-Dhahabi, al-Talkhis, III, hlm. 37 dan lain-lain]. Justeru
mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah Ahli Sunnah Umar.

Mengambil separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya kerana


dia mengesyaki mereka melakukan pecah amanah terhadap Baitulmal

57. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengambil separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya
kerana dia mengesyaki mereka melakukan pecah amanah terhadap
Baitulmal, tetapi Khalifah Umar telah mengambil separuh dari harta
kekayaan gabenor-gabenornya kerana dia mengesyaki mereka melakukan
pecah amanah terhadap Baitulmal. Persoalan yang timbul, sekiranya harta
tersebut adalah hasil dari kecurian dari Baitulmal, maka ia wajib
dikembalikan kesemuanya, dan bukan dengan cara membahagi dua. Dan
mereka pula wajib dipecat daripada jawatan tersebut kerana mereka telah
melakukan pecah amanah, tetapi Khalifah Umar tidak memecat kesemua
mereka. Dan sekiranya harta tersebut diusahakan oleh mereka melalui jalan
yang halal seperti perniagaan atau seumpamanya, maka dia tidak harus
mengambilnya daripada mereka. Kerana tidak halal mengambil harta
seorang Muslim melainkan dengan keredaannya. Malah dia telah
mengambilnya daripada mereka secara paksaan. [Ibn Abil Hadid, Syarh
322
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Nahjal-Balaghah, III, hlm. 163]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Memaafkan gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi dua


hartanya

58. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memaafkan gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi
dua hartanya, tetapi Khalifah Umar telah memaafkan gabenornya Muawiyah
di Syam dari membahagi dua hartanya. Sedangkan Muawiyah dikenali
sebagai seorang yang mengambil harta Baitulmal Muslimin, tetapi
sebaliknya mempertahankan kedudukannya dengan mengatakan bahawa
dia adalah kisra Arab. Sedangkan Nabi SAW telah memarahinya dan
bapanya. Sepatutnya dia tidak melantiknya sebagai gabenor di Syam kerana
orang lain lebih layak daripadanya. [al-Tabari, Tarikh, XI, hlm. 357]. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil kerana melakukan


zina

59. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil kerana
melakukan zina, tetapi Khalifah Umar telah memerintahkan rejam wantia
yang sedang hamil kerana melakukan zina. Ali AS membantahnya dan
berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya tetapi anda tidak
mempunyai kuasa ke atas janinnya. Kemudian Umar berkata: Setiap orang
adalah lebih alim daripadaku. [al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 81].
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menjalankan hukum had ke atas Abd al-Rahman pada kali kedua


kerana meminum arak

60. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menjalankan hukum had kali kedua ke atas satu kesalahan
yang yang dilakukannya, tetapi Khalifah Umar telah menjalankan hukum
had ke atas Abd al-Rahman pada kali kedua kerana meminum arak.
Sebenarnya ‘Umru bin al-'As telah menjalankan hukum had keatasnya di
Mesir dan disaksikan oleh anaknya Abdullah bin Umar, tetapi Khalifah
Umar tidak mengendahkannya.
323
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Kemudian dia memukulnya pada kali kedua: Abdu r-Rahman telah
melaung meminta tolong sambil berkata: "Aku sedang sakit, demi Tuhan,
anda (Umar) adalah pembunuhku." Dan selepas dia menjalankan had
keatasnya dia menahannya pula selama sebulan, kemudian dia meninggal
dunia. Sepatutnya dia tidak mengenakan had keatasnya pada kali kedua dan
menunggu sehingga dia sembuh dari sakitnya serta tidak menahannya pula.
[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, III, hlm. 470; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VI,
hlm. 450; Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 127]. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mengetahui ilmu faraidh

61. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui ilmu faraidh. Namun Khalifah Umar tidak mengetahui
ilmu faraidh. Dia berkata: Sesiapa yang ingin bertanya tentang ilmu faraidh,
maka hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan sesiapa yang
ingin harta, hendaklah dia memohon kepadaku kerana aku adalah
penjaganya.” [al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 271; Abu Ubaid, Kitabal-
Amwal, hlm. 223]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah

62. Jawapan kepada Fatwa No. 20 (v) Menghalalkan Nikah Mut‘ah


dan Fatwa No. 20 (iii) Mengamalkan Nikah Mut‘ah secara ringkas.

Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengharamkan nikah mut'ah, tetapi Khalifah Umar adalah
orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah. [al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa', hlm. 137]. Kenyataan al-Suyuti bererti:
(i) Nikah mut'ah adalah halal menurut Islam.
(ii) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah
dihalalkan pada masa Rasulullah SAW, pada masa Khalifah Abu Bakar dan
pada masa permulaan zaman Khalifah Umar.
(iii) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau
membatalkan hukum nikah mut'ah sekalipun ia halal di sisi Allah dan Rasul-
Nya. Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahli Sunnah abad ke-6 Hijrah
mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal, kerana pengharamannya
324
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya. Kenyataan
al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.
Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat
berdasarkan surah al-Nisa (4): 24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak
dimansuhkan, hanya Khalifah Umar sahaja yang memansuhkan nikah
mut'ah pada masa pemerintahannya (walaupun dia mengakui dia telah
melakukannya). Oleh itu ijtihadnya adalah menyalahi nas, dengan itu kata-
kata al-Suyuti bahawa Khalifah Umar adalah orang yang pertama
mengharamkan nikah mut'ah adalah wajar dan menepati nas. Walau
bagaimanapun kami sekali-kali tidak mahu sesiapa pun untuk
melakukannya walau di mana sekalipun, tetapi Wahabi mempunyai nikah
lain yang bernama nikah misyar (nikah perjalanan) dan jihad nikah yang
dilakukan semasa perang secara bergilir-gilir pasangan (Lihat youtub). Di
Malaysia seramai 250, 204 anak luar nikah yang berdaftar (Harakah daily
15/11/2012).
Mereka menghadapi kesulitan di dalam pendaftaran anak-anak
mereka kerana tidak mempunyai bapa yang sah. Kami kira JAIS lebih
mengetahui dengan statistik ini daripada kami khususnya apabila ia
dirujukkan kepada kes zina. Dan 80% daripada mereka adalah bumiputra
yang beragama Islam yang menganuti fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
dan mereka kelak akan membenci Khalifah Ali AS sebagaimana kata-
katanya: “Aku tidak dicintai oleh orang kafir dan anak zina” (al-Manaqib
oleh Ibn Syahri Asyub, ii, 267). Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar. Dan bukan
semua perkara yang halal harus dilakukannya.

Mengenakan had ke atas lelaki Badwi yang mabuk kerana meminum


minuman Umar

63. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengenakan had ke atas lelaki Badwi yang mabuk kerana
meminum minuman Umar, tetapi Khalifah Umar mengenakan had ke atas
lelaki Badwi yang mabuk kerana meminum minuman Umar. Lelaki itu
berkata: Sesungguhnya aku minum dari minuman anda” Umar menjawab:
Aku kenakan had ke atas anda kerana mabuk dan bukan kerana minuman
(ku)." Kemudian dia menambahkan air ke dalam minuman tersebut, lalu dia
meminumnya selepas mengenakan had ke atas lelaki tersebut.[Ibn Abd
Rabbih, al-Aqd al-Farid, III, hlm. 416; al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 565;
al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm. 326]
325
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Dan Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW:
“Aku menegah kalian meminum minuman yang sedikit apabila banyaknya
memabukkan”[al-Darimi, al-Sunan, II, hlm. 113; al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm.
301]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menghalalkan minuman keras al-Tala'

64. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menghalalkan minuman keras al-Tala', tetapi Khalifah Umar
menghalalkan minuman keras al-Tala' (jenis anggur yang diperah) apabila
ia direbus dan dihilangkan dua pertiganya. [al-Baihaqi, al-Sunan, VIII, hlm.
300; al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm. 329; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
III, hlm. 109; Malik, al-Muwatta',II, hlm. 180]. Oleh itu ijtihadnya itu adalah
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW, "Setiap yang memabukkan
adalah haram. [al-Turmidhi, Sahih, I, hlm. 324; al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm.
300]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Masih meminum minuman keras (arak) pada masa Rasulullah SAW


sehingga turunnya ayat di dalam surah al-Maidah (5): 91

65. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak meneruskan pengambilan minuman keras (arak) setelah
diterangkan Allah SWT tentang kemudharatannya, tetapi Khalifah Umar
masih meminum minuman keras (arak) pada masa Rasulullah SAW
sehingga turunnya ayat di dalam surah al-Maidah (5): 91, "Sesungguhnya
syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi
kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari
mengerjakan pekerjaan itu)." Di dalam keseronokan mabuknya dia membaca
beberapa bait syair antaranya:
Katakan kepada Allah,
adakah Dia menegahku dari minumanku?
Katakan kepada Allah,
adakah Dia akan menegahku dari makananku?
Apabila sampai berita ini kepada Rasulullah SAW, beliau keluar di
dalam keadaan marah lalu memukul Umar. Dan Umar berkata: "Aku mohon
dengan Allah dari kemurkaan-Nya dan kemurkaan Rasul-Nya." Kemudian
turunlah ayat di dalam Surah al-Maidah (5): 91,"Umar berkata: "Kami telah
menghentikannya, kami telah menghentikannya."
326
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sepatutnya dia telah menghentikan amalan tersebut apabila ayat
kedua dalam Surah al-Baqarah (2): 219 tentang khamr (arak) diturunkan.
Ayat ini sudah cukup sebagai peringatan kepadanya sekalipun ia bukanlah
pengharaman sepenuhnya. Riwayat yang lain pula mengatakan bahawa
Umar masih berada di dalam majlis arak, tiba-tiba seorang lelaki
memberitahu kepadanya bahawa ayat pengharaman arak secara Qat'i telah
diturunkan. Lalu dia berkata: Kami telah menghentikannya. kami telah
menghentikannya!" Sebenarnya majlis arak itu berlaku di kelab Abu Talhah.
Ibn Hajr di dalam Fath al-Bari, X, hlm. 30, telah menyenaraikan nama-nama
para sahabat yang terlibat di dalam majlis arak di kelab Abu Talhah seperti
berikut:

I. Abu Bakar bin Abi Qahafah pada masa itu berumur 58 tahun.

II. Umar bin al-Khattab pada masa itu berumur 45 tahun.

II. Abu Ubaidah al-Jarrah pada masa itu berumur 48 tahun.

IV. Abu Talhah Zaid bin Sahal, tuan kelab pada masa itu berumur 44
tahun.

V. Suhail bin Baidha', wafat setahun selepas peristiwa tersebut, kerana sakit
tua.

VI. Ubayy bin Ka'ab.

VII. Abu Dujanah Samak bin Kharsyah.

VIII. Abu Ayyub al-Ansari.

IX. Abu Bakar bin Syaghub.

X. Anas bin Malik sebagai pelayan mereka ( saqi al-Qaum) pada masa itu
berumur 18 tahun. [al-Tabari, Tafsir, II, hlm. 203; Abu Daud,al-Sunan, II, hlm.
128; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 53; al-Nasa'i, al-Sunan, VIII, hlm.
287; al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 245; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm.
278; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I. hlm. 252; Ibn Hajr, fath al-Bari, X,
hlm.30 dan lain-lain] Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.
327
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Mengenakan had tanpa menurut hukum syarak

66. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengenakan had tanpa menurut hukum syarak, tetapi
Khalifah Umar telah mengenakan had tidak menurut hukum syarak. Seorang
peminum arak dibawa kepadanya, lalu dia memerintahkan Muti' bin al-
Aswad supaya melakukan hukuman had ke atasnya. Kemudian dia
melihatnya memukulnya dengan pukulan yang kuat lalu dia berkata
kepadanya: "Anda telah membunuh lelaki itu. Berapa kalikah anda telah
memukulnya? Dia menjawab:" Enam puluh kali. Lalu Umar berkata: Jadikan
dua puluh pukulan yang belum dilaksanakan itu sebagai menepati pukulan
anda "yang kuat," maka jumlahnya cukup 80. "Kedua-dua hukumannya itu
adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW yang menghukum peminum
arak sebanyak 40 kali sebat.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm.317; al-
Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Sesiapa berkata aku seorang yang alim, maka dia adalah jahil

67. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berkata: Sesiapa berkata aku seorang yang alim, maka dia
adalah jahil, tetapi Khalifah Umar berkata: Sesiapa berkata aku seorang yang
alim, maka dia adalah jahil dan sesiapa yang mengatakan dia mukmin maka
dia adalah kafir." [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 103].
Kata-katanya yang pertama bertentangan dengan firman Tuhan di
dalam Surah al-Zumar (39): 9: Adakah sama orang yang mengetahui dengan
orang yang tidak mengetahui” (orang jahil)?" Dan kedua, ia bertentangan
dengan firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 52 "Hawariyyun berkata:
Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman (ammana) kepada
Allah." Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak menggalakkan kaum Muslimin menziarahi Baitul Maqdis

68. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka menggalakkan
kaum Muslimin menziarahi Baitul Maqdis, tetapi Khalifah Umar tidak
menggalakkan kaum Muslimin menziarahi Baitul Maqdis kerana khuatir
mereka akan melakukan ibadat Haji seperti di Mekah. Beliau memukul dua
328
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
lelaki yang melintasi Baitul Maqdis. [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
VII, hlm. 157], sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah SAW yang menggalakkan kaum Muslimin menziarahi atau
beribadat pada tiga masjid. Rasulullah SAW bersabda:"Pengembaraan
diharuskan pada tiga masjid, Masjid Haram, Masjid aku ini dan Masjid al-
Aqsa'.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 234; Muslim, Sahih, I, hlm. 392;
al-Nasai, al-Sunan, II,hlm. 37]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Membentuk majlis syura yang aneh dan menakutkan

69. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membentuk majlis syura yang aneh dan menakutkan, tetapi
Khalifah Umar telah membentuk majlis syura yang aneh dan menakutkan.
Majlis mesti ditamatkan dalam masa tiga hari dan dikawal oleh 50 orang
tentera yang lengkap dengan senjata. Dia melantik enam orang; Sa'd bin Abu
Waqas, Abdul Rahman bun Auf, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, al-
Zubair bin al-Awwam dan Uthman bin Affan. Kemudian dia mencaci mereka
dengan cacian-cacian yang tidak melayakkan mereka menjadi Khalifah.
Kemudian dia berkata: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima
bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju
maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga tiga
bersetuju maka pilihlah pihak yang ada Abdul Rahman bin Auf.
[IbnQutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24].
Perhatikanlah bagaimana Khalifah Umar menghalalkan darah
Muslimin di dalam keadaan tersebut? Ini bererti jika Ali menentang, dia
akan dibunuh. Oleh itu hukumannya itu adalah bertentangan dengan
Sunnah Nabi SAW. Tidak halal darah Muslim melainkan tiga perkara: Lelaki
kafir selepas Islamnya, lelaki berzina selepas Ihsannya dan membunuh
tanpa hak. [Ibn Majah, al-Sunan, II, hlm. 110]
Sistem syura yang diciptakan oleh Umar itu adalah untuk menjauhkan
Ali AS daripada menjadi Khalifah seperti berikut:
(i). Syura ini telah melahirkan permusuhan terhadap Ali AS. Talhah al-
Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakar yang telah memindahkan Khalifah
dari Ali AS. Abdul Rahman bin Auf adalah ipar Uthman, adalah di antara
orang yang menentang Ali AS.
Dia adalah antara di antara orang yang cuba membakar rumah Ali AS
kerana keengganannya memberi baiah kepada Abu Bakar.Sa'd bin Abu
Waqas adalah di antara orang yang dendam terhadap Ali AS kerana ramai
329
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
daripada bapa-bapa saudaranya telah dibunuh oleh Ali AS kerana
penyebaran Islam. Lantaran itu dia lewat memberi baiah kepada Ali AS. Dan
Uthman ketua Bani Umaiyyah yang dikenali dengan permusuhan dan
penentangan terhadap Bani Hasyim dan keluarga Rasul-Nya. Justeru syura
telah diciptakan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali
daripada jawatan Khalifah.
(ii). Syura ini menjauhkan Ali dari anasir-anasir yang membantunya di
dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun orang Ansar dipilih di dalam
majlis syura tersebut. Perhatikanlah bagaimana Khalifah Umar menjalankan
politiknya yang halus supaya Ali tidak terpilih di dalam syura tersebut.
(iii). Syura menjadikan Abd al-Rahman sebagai penentu apabila tiga
bersetuju dan tiga lagi menentang. Apakah kelebihan Abdul Rahman bin
Auf? Tidakkah dia berkata kepadanya: Anda adalah firaun umat ini?" [Ibn
Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24].
(iv). Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan
anggota-anggotanya. Sa'ad bin Abu Waqas dan Abdul Rahman patuh kepada
Uthman. Dan berlakulah sebagaimana yang berlaku. Justeru adakah mereka
Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Berhasrat untuk melantik Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai Khalifah

70. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berhasrat untuk melantik Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai
Khalifah, tetapi Khalifah Umar berhasrat untuk melantik Abu Ubaidah bin
al-Jarrah sebagai Khalifah. Dia berkata: "Sekiranya Abu Ubaidah bin al-
Jarrah masih hidup, nescaya aku melantiknya menjadi Khalifah." [Ibn
Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 23].
Kata-kata Khalifah Umar itu adalah bertentangan dengan Hadis-Hadis
Rasulullah SAW, di antaranya, “Ini Ali saudaraku, Khalifahku, pewaris
ilmuku” [al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Duriyy, hlm. 134].
Perhatikanlah bagaimana Khalifah Umar tidak pernah terlintas di hatinya
untuk melantik Ali AS sebagai Khalifah. Malah majlis syura yang dibentuk
olehnya adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali AS dari jawatan tersebut
dengan cara yang paling halus. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?.

Mengubah nama kinayah "Abu Isa" (bapa Isa)


330
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
71. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengubah nama kinayah "Abu Isa", tetapi Khalifah Umar
telah mengubah nama kinayah "Abu Isa" (bapa Isa) yang diberikan oleh
Rasulullah SAW kepada al-Mughirah bin Syu'bah. Dan dia memanggilnya
Abu Abdillah (bapa hamba Allah). Dia berkata: Adakah Isa mempunyai
bapa?.
Cukup anda dipanggil Abu "Abdillah." Sebahagian sahabatnya berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memanggilnya Abu Isa."Dia
menjawab: "Rasulullah SAW telah diampuni dosanya. Tetapi kita tidak
mengetahui apakah akan dilakukan terhadap kita."Umar telah
memanggilnya Abu Abdillah sehingga dia wafat. [Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm.
413; al-Baihaqi, al-Sunan, IX, hlm. 310; Abu Daud, al-Sunan, II, hlm. 309].
Sepatutnya Khalifah Umar tidak mengubah panggilan tersebut, tetapi
dia telah mengubahnya kerana Isa tidak mempunyai bapa. Lantaran itu
nama Abu Isa (bapa Isa) tidak boleh dipanggil dan ia suatu dosa sekalipun
iannya dipanggil oleh Rasulullah SAW sendiri, tetapi perbezaannya dosa
beliau diampuni dan dosanya belum tentu diampuni atau tidak. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menulis surat kepada penduduk Kufah supaya tidak menamakan


anak-anak mereka dengan nama Nabi.

72. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang menamakan anak-anak mereka dengan nama Nabi,
tetapi Khalifah Umar telah menulis surat kepada penduduk Kufah supaya
tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Nabi. Dan
memerintahkan sebahagian penduduk Madinah supaya mengubah nama-
nama mereka yang dinamakan dengan nama Muhammad. Ijtihadnya itu
adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW yang mengizinkannya. Di
antaranya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mempunyai tiga orang anak
lelaki dan dia tidak menamakan seorang daripada mereka dengan nama
Muhammad, maka dia adalah orang seorang jahil." [al-Haithami, Majma' al-
Zawaid, VIII, hlm. 49]. Apakah motifnya melarang penggunaan nama
Muhammad?
Apakah agendanya untuk menghapuskan nama Muhammad daripada
masyarakat Islam sebagaimana dia menghapuskan perkataan “Hayya ‘ala
khairi l-Amal di dalam azan dan Iqamat? Berdasarkan kepada tindakannya
menghantar surat untuk menghapuskan nama Muhammad di dalam
masyarakat Islam itu menunjukkan kurang senangnya dengan orang yang
331
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bernama Muhammad itu sendiri dari segi psikologi. Atau di dalam ertikata
yang lain bahawa dia mengalami Muhammad fobia? Kemudian sebahagian
sahabat memberitahu kepadanya bahawa Rasulullah SAW telah
membenarkannya, lalu dia menarik balik perintahnya. [Umdah al-Qari, VII,
143]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mengenakan had ke atas seorang yang berpuasa yang berada di dalam


majlis minuman arak.

73. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengenakan had ke atas seorang yang berpuasa yang berada
di dalam majlis minuman arak, tetapi Khalifah Umar telah mengenakan had
ke atas seorang yang berpuasa yang berada di dalam majlis minuman arak.
Mereka berkata: "Dia itu berpuasa." Umar menjawab: "Kenapa dia berada
bersama mereka." [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummar, III, hlm. 101]
Sepatutnya dia menyelidik kenapa lelaki itu berada di tempat itu. Dan
kenapa dia tidak mengenakan hukum ta'zir ke atasnya? Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Melarang kaum Muslimin menamakan anak-anak mereka dengan


nama-nama malaikat

74. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang kaum Muslimin menamakan anak-anak mereka
dengan nama-nama malaikat, tetapi Khalifah Umar telah melarang kaum
Muslimin menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama malaikat. Dia
mendengar seorang lelaki memanggil kawannya bernama Dhu l-Qarnain.
Umar berkata: Kalian sudah selesai menggunakan nama-nama para Nabi
maka sekarang kalian mengguna nama-nama malaikat pula? [Ibn Hajr, Fath
al-Bari, VI, hlm. 295].
Persoalannya apakah yang menghalang seseorang itu menamakan
anak-anak mereka dengan nama-nama malaikat seperti al-Jibra'il, Mika'il,
dan Israfil? Kerana terjemahan nama-nama tersebut di dalam bahasa Arab
ialah Abdullah, Ubaidillah dan Abdul Rahman. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak mengetahui tentang hukum seorang yang telah menceraikan


isterinya dengan talak dua di masa jahiliyah
332
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
75. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui tentang hukum seorang yang telah menceraikan
isterinya dengan talak dua di masa jahiliyah, tetapi Khalifah tidak
mengetahui tentang hukum seorang yang telah menceraikan isterinya
dengan talak dua di masa jahiliyah dan satu talak pada masa Islam. Dia
hanya berkata:"Aku tidak menyuruh anda dan aku tidak pula melarang
anda." Tetapi Abdul Rahman menjawab: Aku menyuruh anda bahawa talak
anda pada masa jahiliyah tidak dikira."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
V, hlm. 161]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mengharamkan perkahwinan selama-lamanya ke atas seorang


perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan hamba lelakinya

76. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak mengharamkan perkahwinan selama-lamanya ke atas seorang
perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan hamba lelakinya, tetapi
Khalifah Umar telah mengharamkan perkahwinan selama-lamanya ke atas
seorang perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan hamba
lelakinya kerana penakwilannya terhadap Surah al-Mukminun (23):
6,".....atau hamba-hamba yang mereka miliki." Umar bermesyuarat dengan
beberapa orang sahabatnya mengenainya.
Mereka berkata: Ia tidak boleh direjam kerana dia telah menakwilkan
ayat tersebut. Umar berkata: Tidak mengapa! Demi Allah, aku
mengharamkan ke atas anda perkahwinan selama-lamanya, sebagai gantian
kepada hukum had." Dan dia memerintahkan hamba lelaki tersebut supaya
"tidak menghampirinya." Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan dengan
hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. [al-Tabari, Tafsir, VI, hlm. 68; al-
Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 127; Ibn Kathir, Tafsir, III, hlm. 239] Justeru
mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah Ahli Sunnah Umar.

Memukul seorang anak lelakinya yang memakai pakaian yang cantik


dengan cemeti sehingga dia menangis

77. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memukul seorang anak lelakinya yang memakai pakaian yang
cantik dengan cemeti, tetapi Khalifah Umar telah memukul seorang anak
lelakinya yang memakai pakaian yang cantik dengan cemeti sehingga dia
menangis. Hafsah bertanya: Kenapa anda memukulnya? Dia menjawab: Aku
333
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melihat dia bermegah dengan pakaiannya, lalu aku memukulnya kerana aku
suka membuatkan merasa rendah diri kepada-Nya."[al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa', hlm. 96].
Jikalau itulah tujuan Khalifah Umar kenapa dia menyalahi banyak
hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya dengan menggunakan ijtihadnya? Dan
adakah penggunaan ijtihadnya itu bagi menambahkan perasaan rendah
dirinya terhadap Allah dan Rasul-Nya? Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?.

Memukul al-Jarud al-Amiri dengan cemeti

78. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memukul al-Jarud al-Amiri dengan cemeti, tetapi Khalifah
Umar telah memukul al-Jarud al-Amiri dengan cemeti apabila seorang
daripada sahabatnya berkata kepada al-Jarud: "Ini adalah penghulu kabilah
Rabi'ah." Al-Jarud berkata, "Kenapa anda memukulku wahai Amirul
Mukminin? "Dia menjawab: "Aku mendengar mereka berkata:Anda adalah
penghulu kabilah Rabi'ah. Aku khuatir ia membuatkan anda merasa megah.
[Ibn al-Jauzi, Sirah al-Umar, hlm. 178; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz, al-Ummal,
hlm. 167] Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?.

Tidak mengambil jizyah daripada orang Majusi

79. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengambil jizyah daripada orang Majusi, tetapi Khalifah Umar
tidak mengambil jizyah daripada orang Majusi kerana dia tidak mengetahui
bahawa mereka daripada Ahlu l-Kitab sehingga dia diberitahu oleh Abdul
Rahman bin Auf bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Laksanakanlah hukum ke atas "mereka" sebagaimana hukum Ahlu l-Kitab."
Kemudian dia melaksanakannya setahun sebelum dia wafat.
Sepatutnya dia telah mengetahuinya dan mengambil jizyah daripada
mereka. [al-Khatib al-Tabrizi, Misykat-al-Masabih, hlm. 334; Malik, al-
Muwatta', hlm. 207; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi,
al-Sunan, VIII, hlm. 234; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 32] Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak memahami doa seorang lelaki


334
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
80. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka memahami doa seorang lelaki "Allahumma Ij'alni mina l-Qalil
(Wahai Tuhanku jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit), tetapi
Khalifah Umar tidak memahami doa seorang lelaki "Allahumma Ij'alni mina
l-Qalil (Wahai Tuhanku jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit)."
Umar bertanya kepada lelaki itu: "Apakah doa ini?" Lelaki itu
menjawab:"Aku mendengar Allah berfirman di dalam Surah al-Saba'(34): 12
"Dan sedikit sekali (qalilun) dari hamba-hambaku yang berterima kasih."
Maka kau berdoa agar Dia menjadikan aku di kalangan yang sedikit itu."
Umar berkata: "Semua orang lebih alim daripada Umar." [al-Suyuti, al-Durr
al-Manthur, V, hlm. 229; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 445 dan lain-
lain]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Berhasrat melantik Mu’adh bin Jabal sebagai Khalifah

81. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berhasrat melantik Mu’adh bin Jabal sebagai Khalifah, tetapi
Khalifah Umar berhasrat melantik Muadh bin Jabal sebagai Khalifah. Dia
berkata: "Sekiranya Muadh bin Jabal masih hidup, nescaya aku melantiknya
menjadi Khalifah. "[Ibn Qutaibah, al-Imamahwal-Siyasah, I, hlm. 23] Kata-
katanya itu adalah bertentangan dengan ucapanya di hari Saqifah, bahawa
Quraisy tidak akan meredai selain dari Quraisy. Muadh bin Jabal bukanlah
Quraisy dan dia adalah orang Ansar. Dan ia bertentangan dengan 'Hadis'
para Imam adalah dari Quraisy. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Meludah surat persetujuan Khalifah Abu Bakar

82. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak meludah surat persetujuan Khalifah Abu Bakar, tetapi
Khalifah Umar telah meludah surat persetujuan Khalifah Abu Bakar tentang
penanaman tanah terbiar oleh Uyainah bin Hasin dan al-Aqra' bin Habis
kerana tidak bersetuju dengan rancangan tersebut. Kemudian
memadamkannya pula. Akhirnya Khalifah Abu Bakar mengakui bahawa
kuasa yang sebenar berada di tangan Umar. [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, al-Isabah, V, hlm. 56]. Jika Khalifah Umar
mempunyai akhlak yang mulia, nescaya dia tidak meludah ke atas surat
perjanjian Khalifah Abu Bakar. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?
335
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Mengatakan bahawa menjadi kerabat Rasulullah SAW tidak ada guna

83. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengatakan bahawa menjadi kerabat Rasulullah SAW tidak
ada guna, tetapi Khalifah Umar mengatakan bahawa menjadi kerabat
Rasulullah SAW tidak ada guna dan tidak terlepas daripada Allah SWT. Lalu
Rasulullah SAW memarahinya. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa apabila
wafatnya anak lelaki Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW menangis
dengan suara yang kuat. Maka Nabi SAW pun datang dan bertanya: "Wahai
ibu saudaraku! Apakah yang membuatkan anda menangis?
Dia menjawab: "Anak lelakiku telah mati. Rasulullah SAW bersabda:
Wahai ibu saudaraku! Sesiapa yang mati walaupun seorang anak di dalam
Islam, dan dia bersabar, Allah akan membina sebuah rumah di syurga.
Kemudian dia keluar dan berjumpa Umar. Maka Umar berkata kepadanya:
Kekerabatan anda dengan Rasulullah SAW tidak akan terlepas daripada
Allah SWT. Lalu Safiyyah menangis lagi. Dan ia didengari oleh Nabi SAW,
lalu Nabi SAW memarahi Umar. Kemudian Nabi SAW memerintahkan
supaya dilakukan azan dan Nabi SAW lalu berkhutbah: "Apakah gerangan
orang yang menyangkakan bahawa kerabatku tidak ada guna?" Beliau
bersabda lagi, "Setiap nasab terputus pada hari Kiamat melainkan nasab
keturunanku kerana ia terjalin di dunia dan di akhirat." [al-Haithami, Majma'
al-Zawa'id] Lantaran itu, ijtihad Umar itu menyalahi Sunnah Rasulullah
SAW. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Bertengkar sehingga meninggikan suara di hadapan Rasulullah SAW

84. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak bertengkar sehingga meninggikan suara mereka di hadapan
Nabi SAW, tetapi Khalifah Umar dan Abu Bakar telah bertengkar sehingga
meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAW. Abu Bakar berkata:
“Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra' bin Habis bagi mengetuai kaumnya”
Umar berkata: Wahai Rasulullah! Janganlah anda melantiknya sehingga
mereka menengking dan meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah
SAW." Lalu diturunkan ayat di dalam Surah al-Hujurat (49): 2, "Wahai orang
yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi
danjanganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana
kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya
336
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari."
Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada Rasulullah SAW
mengenai.
[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 6; al-Tahawi, Musykil al-Athar, I,
hlm. 14-42]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memukul dengan cemeti seorang lelaki bernama Sabigh sehingga


berdarah di belakangnya

85. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memukul dengan cemeti seorang lelaki bernama Sabigh
sehingga berdarah di belakangnya kerana dia bertanya tentang huruf-huruf
al-Qur'an, tetapi Khalifah Umar telah memukul dengan cemeti seorang lelaki
bernama Sabigh sehingga berdarah di belakangnya kerana dia bertanya
tentang huruf-huruf al-Qur'an (Mutasyabih al-Qur'an). Beberapa hari
kemudian dia berkata kepada Khalifah Umar: Jika anda mahu membunuhku,
bunuhlah dengan baik. Dan jika anda mahu mengubatiku, aku sekarang
sudah sembuh."
Kemudian Umar menulis surat kepada Abu Musa al-Asy'ari supaya
tidak membenarkan orang ramai bergaul dengannya. Tindakan itu
menyulitkan kehidupannya. Lalu Abu Musa al-Asy'ari menulis surat kepada
Khalifah Umar supaya membenarkan orang ramai bergaul dengannya
kerana dia sudah bertaubat. Kemudian Khalifah Umar membenarkannya [al-
Darimi, al-Sunan, I, hlm. 54; Ibn Asakir, Tarikh, VI, hlm. 384; Ibn al-Jauzi,
Sirah Umar, hlm. 109]. Kemungkinan Khalifah Umar tidak mampu untuk
menjawab soalannya, lalu dia mengambil tindakan sedemikian. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Anda telah berbohong

86. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW.) yang sebenar, nescaya mereka
mengetahui ilmu Qira'at al-Qur'an, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui
ilmu Qira'at al-Qur'an. Diriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia berkata: Ubayy
meriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia berkata:"Ubayy membaca ayat 107 di
dalam Surah al-Maidah, "Mani Iladhina Istahaqqa 'Alaihim al-Aulayyan.
Umar berkata kepada Ubayy: Anda telah berbohong.
Ubayy menjawab: Anda lebih banyak berbohong. "Seorang lelaki
berkata kepada Ubayy: Anda membohongi Amirul Mukminin? Dia
menjawab: Aku lebih memuliakan Amirul Mukminin daripada anda, tetapi
337
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
aku membohonginya kerana membenarkan Kitab Allah dan aku tidak
membenarkan Amirul Mukminin untuk membohongi Kitab Allah. Umar
menjawab:"Ya, betul." [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm, 285; al-
Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 344]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Tidak membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama

87. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama, tetapi Khalifah
Umar pernah tidak membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama.
Manakala rakaat kedua dia membaca Surah al-Fatihah dua kali. Apabila dia
selesai sembahyang dan salam dia sujud dua sujud sahwi. [Ibn Hajar, Fath
al-Bari, III, hlm. 69; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, II, hlm. 382] Ibrahim al-
Nakh'i berkata: "Umar bin al-Khattab sembahyang Maghrib tanpa membaca
sesuatupun sehingga dia memberi salam. Apabila selesai dia bertanya:
Adakah anda tidak membaca sesuatupun?
Umar menjawab: Aku menyediakan tentera ke Syam....Maka Umarpun
mengulangi sembayangnya dan orang lainpun mengulanginya. Daripada
Sya'bi bahawa Abu Musa al-Asy'ari berkata kepada Umar, Wahai Amirul
Mukminin! Adakah anda membaca di dalam hati anda sesuatu." Dia
menjawab: Tidak. Maka dia menyuruh diazan dan diiqamatkan, lalu Umar
mengulangi sembahyang dan merekapun mengulanginya. [al-Muttaqi al-
Hindi, Kanz al-Ummal, IV, hlm. 213; al-Baihaqi, al-Sunan, II, hlm. 342].
Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menyetubuhi seorang hamba wanita pada siang hari bulan Ramadan

88. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menyetubuhi hamba mereka pada siang hari bulan Ramadan,
tetapi Khalifah Umar telah menyetubuhi seorang hamba (nya) pada siang
hari bulan Ramadan. Al-Dar al-Qutni di dalam Sunannya Kitab al-Siyam, bab
al-Qublah Li s-Siam (Perbahasan Mengenai Puasa dan Bab Kucupan Bagi
Orang yang Berpuasa) telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Sa'id
bin al-Musayyab bahawa Umar telah datang kepada para sahabatnya dan
berkata: Apakah pendapat kalian tentang perkara yang aku telah
melakukannya hari ini?
338
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Pada mulamnya aku berpuasa, tiba-tiba seorang hamba wanita
melintasiku, dia mempersonakanku, maka aku pun menyetubuhinya. Orang
ramai menjadi riuh dengan kelakuannya itu sedangkan Ali AS berdiam
sahaja. Lalu Umar bertanya kepada Ali AS: Apa pendapat anda? Beliau
menjawab: Anda telah melakukan perkara yang halal tetapi pada siang hari
Ramadan. Lalu Umar berkata: Fatwa anda adalah lebih baik dari fatwa
mereka. [Ibn Sa'd, Tabaqat, II, Bhg. II, hlm. 102].
Persoalannya: Sekiranya Khalifah Umar mengetahui hukumnya,
apakah yang mendorongnya bertanya kepada para sahabatnya dan
kemudian kepada Ali AS? Sekiranya dia tidak mengetahuinya, apakah yang
menyebabkan dia berani melakukannya sebelum dia mengetahui halalnya
dengan bertanyakan hukumnya? Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Bercakap di dalam sembahyang

89. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak bercakap di dalam sembahyang, tetapi Khalifah Umar ketika
sembahyang bersama Nabi SAW telah menyeru Badwi penjual susu supaya
berhenti di tempatnya. Al-Haithami di dalam Majma' al-Zawa'id, II, hlm. 62,
meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa Nabi SAW sedang
sembahyang tiba-tiba seorang Badwi datang dengan susunya. Kemudian
Nabi SAW memberikan isyarat kepadanya, tetapi dia (Badwi) tidak
memahaminya. Lalu Umar memanggilnya: Wahai Badwi! Berhentilah di
situ." Apabila Nabi SAW memberi salam, beliau bertanya: Siapakah yang
bercakap tadi? Orang ramai menjawab: Umar." Lalu Nabi SAW bersabda:
Ilmu fikah mana yang diikutinya!(sehinggadia boleh bercakap di dalam
sembahyang)." Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa (80):32

90. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa (80): 32....",
tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah
Abasa (80): 32...."dan buah-buahan serta rumput-rumputan (Abban)."
Sepatutnya dia mengetahui pengertian tersebut. [al-Hakim, al-Mustadrak, II,
hlm. 514]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
339
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Tidak dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam surah al-Hajj
(22): 78

91. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam Surah al-Hajj (22):
78", tetapi Khalifah Umar tidak dapat memahami pengertian al-Haraj di
dalam Surah al-Hajj (22): 78 "Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk
kamu dalam agama suatu kesempitan. Lalu dia bertanya kepada seorang
lelaki dari Bani Madlaj: Apakah pengertian al-Haraj (suatu kesempitan)?
Lelaki itu menjawab: "al-Dhaiq (kesempitan)." [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummal, I, hlm. 257]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Tidak mampu memahami ungkapan seorang wanita yang merayu


kepada Umar mengenai suaminya

92. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mampu memahami ungkapan seorang wanita yang merayu
mengenai suaminya, tetapi Khalifah Umar tidak mampu memahami
ungkapan seorang wanita yang merayu kepada Umar mengenai suaminya.
Dia berkata: Sesungguhnya suamiku berpuasa di siang hari dan beribadat di
waktu malam.” Umar tidak memahami ungkapan tersebut, malah dia
berkata:" Anda mempunyai suami yang baik. Lalu seorang lelaki di majlis itu
memberitahu kepadanya maksud ungkapannya: Dia merayu mengenai
suaminya yang tidak menidurinya. Kemudian Umar meminta lelaki tersebut
supaya memberi hukuman di antara mereka berdua. [al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa', hlm. 96 dan lain-lain]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Tidak memahami pengertian Zulmi "kezaliman" di dalam surah al-


An'am (6): 82

93. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka memahami pengertian Zulmin "kezaliman" di dalam Surah al-An'am
(6): 82," tetapi Khalifah Umar tidak memahami pengertian Zulmi
"kezaliman" di dalam Surah al-An'am (6): 82, "Orang yang beriman dan tidak
mencampurkan iman mereka dengan kezaliman." Dia bertanya kepada Ubayy
bin Ka'ab tentang pengertian tersebut. Ubayy bin Ka'ab berkata: Maksud
kezaliman di dalam ayat tersebut ialah Syirk. Tidakkah anda pernah
340
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mendengar ucapan Luqman kepada anak lelakinya di dalam firman-Nya
Surah Luqman (31): 13, "Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan
Allah, sesungguhnya Syirk itu adalah benar-benar kezaliman yang besar. [al-
Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 305]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Menjalankan pemerintahannya agak kasar, agresif dan menakutkan


kebanyakan rakyat biasa

94. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka menjalankan pemerintahan dengan lembut dan hikmah, tetapi
Khalifah Umar telah menjalankan pemerintahannya agak kasar, agresif dan
menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang
hamil, gugur kandungannya kerana takutkan Umar, tetapi aneh sekali di
dalam peperangan dia merupakan seorang yang selalu melarikan diri. [al-
Bukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 37]. Talhah
berkata kepada Abu Bakar: "Kenapakah anda melantik ke atas kami seorang
yang kasar? [Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 26] Tindakannya
itu telah menambahkan kemarahan orang ramai. Lantaran itu, ia
bertentangan dengan Rasulullah SAW yang telah menjalankan
pemerintahannya dengan lembut dan berbudi pekerti yang tinggi dan
bersifat toleransi. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Membantah Nabi SAW supaya tidak melakukan sembahyang ke atas


jenazah Abdullah bin Ubayy

95. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membantah Nabi SAW melakukan sembahyang ke atas
jenazah Abdullah bin Ubayy, tetapi Khalifah Umar telah membantah Nabi
SAW supaya tidak melakukan sembahyang ke atas jenazah Abdullah bin
Ubayy dan menarik beliau dengan kuat. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, bab
al-Jana'iz,bab al-Kafn Fi al-Qamis telah meriwayatkan dengan sanadnya
daripada Abdullah bin Umar bahawa apabila Abdullah bin Ubayy meninggal
dunia, anak lelakinya berjumpa Nabi SAW dan meminta baju Rasulullah
SAW untuk dikapankan bersama bapanya. Lantas Rasulullah SAW
memberikan kepadanya.
Apabila Rasulullah SAW mahu mengerjakan sembahyang ke atasnya,
Umarpun menariknya dengan kuat dan berkata: Tidakkah Allah telah
341
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melarang anda dari mengerjakan sembahyang ke atas Munafiqin? Beliau
menjawab: Aku diberi pilihan di antara dua perkara tersebut. Maka Nabi
SAW meneruskan sembahyangnya. [al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 185].
Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Mendesak Rasulullah SAW supaya menyegerakan sembahyang

96. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak meninggikan suaranya terhadap Rasulullah SAW, tetapi
Khalifah Umar telah meninggikan suaranya terhadap Rasulullah SAW.
Muslim di dalam Sahihnya, Bab Waqt al-Isya' wa ta'khiruha meriwayatkan
dengan sanadnya daripada Ibn Syihab daripada Urwah bin al-Zubair bahawa
Aisyah berkata: Pada suatu malam Rasulullah SAW telah melambatkan
sembahyang Isyak (‘atamah), lalu beliau tidak keluar dari rumahnya
sehingga Umar melaung: Wanita-wanita dan kanak-kanak telah tidur!
Lantas Rasulullah SAW bersabda kepada orang di masjid ketika beliau
keluar...Sehingga Ibn Syihab memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah
SAW bersabda: Janganlah kalian mendesak Rasul supaya menyegerakan
sembahyang. Ini berlaku apabila Umar melaungkan kepada beliau supaya
mengerjakan sembahyang dengan segera. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Membelakangi perintah Rasulullah SAW

97. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membelakangi perintah Rasulullah SAW, tetapi Khalifah Umar
membelakangi perintah Rasulullah SAW sebaliknya mematuhi permintaan
ketua Musyrikin, Abu Sufian. Rasulullah SAW melarang para sahabatnya
menjawab pertanyaan Abu Sufyan di dalam Perang Uhud kerana khuatir
kaum Musyrikin mengetahui bahawa beliau masih hidup dan menyerang
balas dengan cepat. Abu Sufyan ingin mendapatkan kepastian tersebut. Lalu
dia bertanya: Adakah Muhammad masih hidup? Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah kalian menjawab pertanyaannya. Kemudian dia bertanya kepada
Umar secara khusus: Wahai Umar, aku merayu kepada anda supaya anda
memberitahu kepadaku, adakah kami telah membunuh Muhammad? Lantas
Umar menjawab: Tidak! Beliau sedang mendengar percakapan anda. [Ibn
Jarir, Ibn al-Athir di dalam Tarikh-tarikh mereka bab "Peperangan Uhud"].
Sepatutnya Khalifah Umar mematuhi perintah Rasulullah SAW dengan
342
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
tidak membocorkan maklumat tersebut. Lantaran itu, ijtihadnya adalah
menyalahi Sunnah Rasulullah SAW. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya


kepadanya sesuatu yang menakutkannya

98. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya
kepadanya sesuatu yang menakutkannya, tetapi Khalifah Umar telah
memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya kepadanya
sesuatu yang menakutkannya, tetapi disebabkan ketakutannya kepada
Khalifah Umar kandungannya menjadi gugur. Dia meminta fatwa para
sahabat mengenainya. Mereka berkata: Anda tidak wajib membayar apa-
apapun kepadanya. Lalu Ali berkata: Sekiranya mereka ingin menjaga hati
anda, bererti mereka telah menipu anda. Dan sekiranya ini adalah ijtihad
mereka, maka mereka telah bersalah. Oleh itu anda bersalah dan wajib
memerdekakan seorang hamba. [Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I,
hlm. 58]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mencaci Abu Hurairah kemudian memukulnya sehingga berdarah

99. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mencaci Abu Hurairah kemudian memukulnya sehingga
berdarah, tetapi Khalifah Umar mencaci Abu Hurairah kemudian
memukulnya sehingga berdarah dan berkata: Semasa aku melantik anda ke
Bahrain anda tidak mempunyai apa-apapun, meskipun sepasang kasut. Kini
anda mempunyai ternakan kuda dan dinar yang banyak. Umar berkata lagi,
Wahai musuh Allah dan musuh kitabNya! Anda telah mencuri harta Allah!
[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Fariq, I, hlm. 26] Khalifah Umar memobor Abu
Hurairah sebagai seorang yang tidak boleh diharapkan, dan tidak
mempunyai amanah lalu memukulnya sehingga berdarah.
Perhatikanlah bagaimana sikap Khalifah Umar terhadap Abu Hurairah.
Kenapa kita Ahli Sunnah memarahi Syi'ah kerana menolak Abu Hurairah?
Sepatutnya kita lebih memarahi Khalifah Umar kerana sikap dan
perbuatannya terhadap Abu Hurairah. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Mengkritik (lamiza) Nabi SAW dan cara membahagikan harta Sadaqah


343
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

100. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengkritik (lamiza) Nabi SAW, dan cara beliau mebahagikan
harta sadaqah, tetapi Khalifah Umar mengkritik (lamiza) Nabi SAW dan cara
beliau membahagikan harta sadaqah. Ahmad bin Hanbal di dalam
Musnadnya, I, hlm. 20 meriwayatkan daripada Salman bin Rabi'ah, dia
berkata:"Aku mendengar Umar berkata: Rasulullah SAW membahagikan
sesuatu, maka aku berkata: Wahai Rasulullah, Ahlu s-Suffah adalah lebih
berhak daripada mereka. Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Anda
bertanya kepadaku tentang perkara-perkara yang keji dan anda menyangka
aku seorang yang bakhil sedangkan aku bukanlah seorang yang bakhil.

Aku berkata: Beliau meneruskan pembahagian tersebut menurut apa


yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Diriwayatkan daripada Abu
Musa bahawa Umar telah bertanya kepada Rasulullah perkara-perkara yang
dibenci oleh Rasulullah, lantas beliau marah sehingga Umar melihat
mukanya berubah. Al-Bukhari juga telah meriwayatkannya di dalam
Sahihnya, I, hlm. 19, bab al-'Ilm, dan bab al-Ghadhab fi al-Mau'izah wa al-
Ta'lim idha Ra'a ma yakrahu. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya sendiri

101. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya
sendiri atau membiarkan dirinya diikat kerana dia telah menampar seorang
lelaki dari Zararah, tetapi Khalifah Umar telah memaksa Jabalah bin al-
Aiham supaya mengikat dirinya sendiri atau membiarkan dirinya diikat
kerana dia telah menampar seorang lelaki dari Zararah yang telah memijak
kainnya ketika dia sedang melakukan tawaf. Apabila tiba waktu malam,
Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang keluar dari Makkah menuju
Istanbul. Kemudian mengisytiharkan menganuti ugama Kristian kerana
menentang tindakan Umar. Walau bagaimanpun Jabalah berdukacita di atas
apa yang berlaku kerana perasaan kasih kepada Islam masih wujud di
hatinya tetapi kemarahan kepada tindakan Umar tetap membara. [Ibn Abd
Rabbih, al-Aqd al-Farid, I, hlm. 187] Lantaran itu, tindakan Umar yang
terburu-buru tanpa kebijaksanaan telah membuat Jabalah dan kaumnya
seramai lima ratus orang meninggalkan agama Islam dan memeluk agama
Kristian. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?
344
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan 'Aul di dalam


ilmu Faraidh

102. Jawapan kepada Fatwa No. 20 (iv) Menolak ‘Aul dan


mendahulukan Qurabah dari ‘Asabah dalam masalah Pusaka.

Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengenakan 'Aul di dalam ilmu Faraidh, tetapi Khalifah Umar
adalah orang yang pertama mengenakan 'Aul di dalam ilmu Faraidh. [al-
Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Sunnahnya adalah bertentangan
dengan Sunnah Rasulullah SAW yang tidak mengenakan 'Aul. Justeru
mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah Ahli Sunnah Umar.

Memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Nabi


SAW

103. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan
oleh Nabi SAW, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama
memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Nabi SAW
iaitu dekat dengan Ka'bah, ke tempat yang ada sekarang iaitu tempat di
masa jahiliyyah.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137]. Justeru mereka
bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli
Sunnah Umar.

Mengurangkan takbir sembahyang jenazah kepada 4 takbir

104. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengurangkan takbir sembahyang jenazah kepada empat
takbir, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengurangkan
takbir sembahyang jenazah kepada empat takbir. [al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa, hlm. 137] Memang tidak dinafikan bahawa terdapat riwayat yang
lemah yang menyatakan Nabi SAW melakukan empat takbir bagi
sembahyang jenazah, tetapi apa yang anehnya Khalifah Umar telah
memerintahkan supaya melakukan empat takbir sahaja. [AbuYusuf, Kitab al-
Athar, hlm. 39] Ini bererti dia memansuhkan riwayat yang mencatatkan
bahwa Nabi SAW melakukan sembahyang jenazah dengan lima takbir. Apa
345
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
yang menghairankan lagi ialah mengapa para sahabat berselisih pendapat
tentang bilangan takbir ini.
Mengikut Imam Ja'far al-Sadiq AS daripada bapa dan datuknya bahawa
Nabi SAW melakukan sembahyang jenazah dengan lima takbir.[al-Tusi,
Tahdhib al-Ahkam, III, hlm. 3-5] Daripada Abu al-A'la, ia berkata: Aku telah
sembahyang di belakang Zaid bin al-Arqam (sembahyang jenazah) maka ia
melakukan lima takbir, maka Abu Isa Abdu r-Rahman bin Abi Laila berkata
kepadanya sambil memegang tangannya: Adakah anda lupa? Dia menjawab:
Tidak, tetapi aku sembahyang di belakang Nabi SAW dan beliau
mentakbirkan lima takbir dan aku tidak meninggalkannya selama-lamanya.
[Ibn Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 370]
Al-Tahawi meriwayatkan daripada Yahya bin Abdullah al-Taimi, ia
berkata: Aku sembahyang bersama Isa, hamba Huzaifah bin al-Yaman, maka
ia melakukan takbir lima kali, kemudian dia berpaling kepada kami dan
berkata: Aku tidak keliru dan tidak lupa tetapi aku telah mentakbirkan
mengikut cara tuan aku Huzaifah al-Yaman, dia sembahyang jenazah dengan
lima takbir: Kemudian dia berpaling kepada kami dan berkata: Aku tidak
keliru dan tidak lupa tetapi aku telah takbir lima takbir sebagaimana yang
telah dilakukan oleh Rasulullah SAW [Umadah al-Qari, IV, hlm. 129]
Berdasarkan Hadis-Hadis tersebut dan Hadis-Hadis yang diriwayatkan
oleh para Imam Ahlu l-Bait AS, maka tetaplah bahawa Nabi SAW melakukan
lima takbir bagi sembahyang jenazah. Oleh itu sunnah Umar mengurangkan
kepada empat takbir adalah bertentangan dengan kebiasaan perbuatan
Rasulullah SAW. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Memberi hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus

105. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memberi hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus, tetapi
Khalifah Umar telah memberi hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus.
Sedangkan talak pada masa Rasulullah SAW dan Khalifah Abu Bakar ialah
tiga kali sebagaimana terdapat di dalam al-Qur'an. [Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, I, hlm. 314; Muslim, Sahih, I, hlm. 574]. Sunnahnya itu adalah
bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW dan firman Tuhan di dalam Surah
al-Baqarah (2): 229: "Talak (yang dapat dirujuk) dua kali setelah itu boleh
dirujuk lagi dengan cara yang baik atau menceraikan dengan cara yang baik”.
Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Umar.
346
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Melarang dan mengharamkan seorang itu "menangis" ke atas mayat

106. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang dan mengharamkan seorang itu "menangis" ke atas
mayat, tetapi Khalifah Umar melarang dan mengharamkan seorang itu
"menangis" ke atas mayat, sedangkan ia adalah harus dan dilakukan oleh
Rasulullah SAW ke atas Hamzah RA. Oleh itu sunnah Umar yang
menyatakan "mayat diazab dengan tangisan orang yang hidup" adalah
bertentangan dengan Hadis Rasulullah SAW yang melarang Umar dari
menegah wanita-wanita menangis ke atas mayat. Rasulullah SAW bersabda:
Wahai Umar biarkan mereka menangis, kerana jiwa berdukacita, mata
mengalirkan air mata [Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 481; al-Hakim, al-
Mustadrak, I, hlm. 381; Ibn Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 408] Ia juga
bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al- an-An'am (6): 164 "Dan
seseorang yang membuat dosa tidak akan memikul dosa orang lain." Lantaran
itu, kenapa si mati disiksa kerana tangisan orang yang hidup? Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menambahkan hukum sebat bagi peminum arak

107. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menambahkan hukum sebat bagi peminum arak dari 40
sebatan kepada 80 kali sebatan, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang
pertama menambahkan hukum sebat bagi peminum arak dari 40 sebatan
kepada 80 kali sebatan.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]. Justeru
mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka
adalah Ahli Sunnah Umar.

Menciptakan sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan

108. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menciptakan sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan,
tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama menciptakan sembahyang
Tarawih pada bulan Ramadan. Ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW [al-
Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136] ]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.
347
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Membuangkan perkataan "Hayya 'ala Khairil 'Amal" dalam azan dan
iqamah
109. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membuangkan perkataan "Hayya 'ala Khairil 'Amal" dalam
azan dan iqamah, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama
membuangkan perkataan "Hayya 'ala Khairul 'Amal" dalam azan dan
iqamah. Sedangkan ia adalah sebahagian daripada azan Rasulullah SAW [al-
Halabi, al-Sirah, II, hlm. 110]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Menambahkan perkataan "as-Salat Khairun mina n-Naum" di dalam


azan subuh

110. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menambahkan perkataan "as-Salat Khairun mina n-Naum" di
dalam azan subuh, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama yang
menambahkan perkataan "al-Salat Khairun mina n-Naum" di dalam azan
subuh. Ia tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW [al-Halabi, al-Sirah, hlm.110].
Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

Tidak dapat menyelesaikan masalah al-Kalalah

111. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka dapat menyelesaikan masalah al-Kalalah, (pusaka datuk dan anak
lelaki), tetapi Khalifah Umar tidak dapat menyelesaikan masalah al-Kalalah
yang diakuinya sendiri, dia berkata: Jika aku mengetahui al-Kalalah, adalah
lebih baik bagiku dari istana-istana di Syam." [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummal, VI, hlm. 20. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Mengakui kekurangan ilmunya

112. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mempunya keilmuan yang tinggi, apatah lagi jika seorang itu
menjadi khalifah, tetapi Khalifah Umar mengakui kekurangan ilmunya
terutamannya jika dibandingkan dengan Ali AS. Pengakuan-pengakuannya
telah dicatat di dalam buku-buku Ahli Sunnah. Di antaranya Umar berkata:
(i) Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
348
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(ii) Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di
mana Abu l-Hassan tidak ada."
(iii). "Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan
sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
(iv) "Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi
Talib."
(v) "Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali
nescaya binasalah Umar. (vi)"Aku memohon perlindungan dengan
Allah dari sebarang permasalahandi mana Abu l-Hassan tidak ada."[Lihat
umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba, hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-
Manthur, I, hlm. 288] Pengakuan-pengakuan Umar di atas menunjukkan
dengan jelas bahawa :
(i) Ali adalah lebih alim dan lebih mulia daripada Umar. Dan
pengakuannya tidak boleh difahami sebagai tawaduknya. Ini adalah kerana
pengakuan tersebut dilakukan selepas permasalahan hukum tidak dapat
diselesaikan olehnya. Malah Umar juga mengakui bahawa orang ramai lebih
alim daripadanya. "Setiap orang itu lebih alim daripada Umar."
(ii) "Orang ramai lebih mengetahui ilmu Fekah daripada Umar ."
(iii) "Setiap orang lebih mengetahui ilmu Fekah daripada Umar
sehingga anak-anak dara sunti di khemah-khemah."
(iv) "Setiap orang lebih mengetahui daripada anda wahai Umar."
(v) "Setiap orang lebih mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak
dara sunti di rumah-rumah." Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardu 'Asar

113. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardu 'Asar,
tetapi Khalifah Umar melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas
fardu 'Asar, sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkan sembahyang
dua rakaat sunat selepas sembahyang 'Asar. 'Urwah bin al-Zubair daripada
bapanya, daripada 'Aisyah dia berkata: Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalkan dua rakaat sembahyang sunat selepas fardu 'Asar. [Muslim,
Sahih, I, hlm.50]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Tidak wajib sembahyang bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air
349
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
114. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengatakan tidak wajib sembahyang bagi orang yang
berjunub ketika tidak ada air, tetapi Khalifah Umar mengatakan tidak wajib
sembahyang bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air. [Ibn Majah, al-
Sunan, I, hlm. 200; al-Nasai, al-Sunan, I, hlm. 59]. Oleh itu sunnahnya itu
adalah bertentangan dengan Surah al-Maidah (5): 6"…maka hendaklah kamu
bertayammum dengan tanah...." Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Dirahsiakan tentang lokasi makam Fatimah AS daripadanya

115. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
tidak dirahsiakan tentang makam Fatimah AS, tetapi Khalifah Umar dan
kumpulannya telah dirahsiakan tentang lokasi makam Fatimah AS, kerana
Fatimah AS berwasiat kepada suaminya supaya merahsiakan makamnya
daripada mereka berdua. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah marah
kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu. [Al-
Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII,
hlm. 219]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Menyamakan bayaran jizyah.

116. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menyamakan bayaran jizyah, tetapi Khalifah Umar telah
menyamakan bayaran jizyah. Ia bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW
bahawa satu dinar adalah jizyah bagi setiap (zimmi) yang akil baligh sahaja.
[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, II,hlm. 460; Ibn Abil Hadid, Syarh, Nahj al-
Balaghah, III, hlm. 178] Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Tidak dapat menjawab soalan-solan yang dikemukakan kepadanya


oleh Raja Rom

117. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka dapat menjawab soalan-soalan yang din kepada mereka, apatah lagi
jika seorang itu menjadi Khalifah, tetapi Khalifah Umar tidak dapat
menjawab soalan-solan yang dikemukakan kepadanya oleh Raja Rom.
Kemudian dia meminta Ali AS supaya menjawabnya. Ibn Musayyab berkata:
“Raja Rom menulis surat kepada Khalifah Umar supaya memberikan
350
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
jawapan kepada beberapa soalan dikemukakannya. Amma Ba'd.
Sesungguhnya aku bertanya kepada anda beberapa soalan, oleh itu
beritahukan kepadaku jawapannya:
I. Apakah perkara yang tidak dijadikan Allah?
II. Apakah perkara yang tidak diketahui Allah?
III. Apakah perkara yang tidak ada di sisi Allah?
IV. Apakah perkara yang semuanya mulut?
V. Apakah perkara yang semuanya kaki?
VI. Apakah perkara yang semuanya mata?
VII. Apakah perkara yang semuanya sayap?
VIII. Siapakah lelaki yang tidak ada keluarga?
IX. Apakah perkara yang tidak dikandung oleh rahim?
X. Apakah perkara yang bernafas tetapi tidak ada roh?
XI. Apakah yang dikatakan oleh suara loceng gereja?
XII. Apakah perkara yang terangkat sekali sahaja?
XIII. Apakah pokok di mana orang yang berjalan dibayangannya selama
seratus tahun belum
dapat melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini?
XIV. Apakah tempat yang tidak pernah terkena cahaya matahari
melainkan sekali sahaja?
XV. Apakah pokok yang tumbuh tanpa air?
XVI. Beritahu kepadaku tentang ahli syurga; mereka makan, minum
tanpa kencing dan berak dan apakah seumpama mereka di dunia ini?
XVII. Di antara hiasan di syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik
dan setiap mangkuk mempunyai berbagai-bagai warna yang tidak
bercampur di antara satu sama lain, apakah seumpamanya di dunia ini?
XVIII. Beritahu kepadaku tentang seorang hamba wanita yang keluar
dari buah epal di syurga tanpa sebarang kekurangan?
XIX. Beritahu kepadaku tentang seorang hamba wanita di dunia untuk
dua orang lelaki dan di akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja?
XX. Beritahu kepadaku tentang anak-anak kunci syurga apakah ia?
Ali AS membaca surat tersebut dan menjawabnya serta merta. Bismi llahi r-
Rahman r-Rahim. Amma ba'd. Sesungguhnya aku telah membaca surat anda
wahai Raja Rom dan aku menyeru anda dengan pertolongan Allah,
keberkatan-Nya dan keberkatan Nabi kami Muhammad SAW.
I. Adapun perkara yang tidak "dijadikan" Allah ialah “al-Qur'an” kerana
ia adalah kalam-Nya dan sifat-Nya begitu juga kitab-kitab-Nya yang lain.
Allah SWT adalah qadim dan "sifat-sifat"Nya juga qadim.
351
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
II. Adapun perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata
anda,"Dia mempunyai anak lelaki, teman wanita dan rakankongsi."Allah
tidak sekali-kali mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain)
bersertaNya."[Surah al-Mukminun (23): 91] dan "Dia tidak beranak dan
tidak pula diperanakkan."[Surah al-Ikhlas (112): 3]
III. Adapun perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan
sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba-Nya." Surah
Fussilat(41): 46]
IV. Adapun perkara yang semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa
yang dicampakkan kepadanya.
V. Adapun perkara yang semuanya kaki ialah air.
VI. Adapun perkara yang semuanya mata ialah matahari.
VII. Adapun perkara yang semuanya sayap ialah angin.
VIII. Adapun lelaki yang tidak ada keluarga ialah Adam AS.
IX. Adapun perkara yang tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat
Musa, berbiri Ibrahim, Adam dan Hawa.
X. Adapun perkara yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh
apabila fajarnya mulai menyingsing [Surah al-Takwir (81): 18]
XI. Adapun apa yang dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, haqqan,
haqqan, mahlan, mahlan, 'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan,taqqan, sesungguhnya
dunia telah memperdaya dan mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi
abad. Setiap hari yang berlalu, melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya
kematian memberitahu kita bahawa sesungguhnya kita sedang berada
dalam suatu perjalanan. Lantaran itu tempatkanlah kami di mana-mana.
XII. Adapun perkara yang terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina
apabila Banu Isra'il menderhaka kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan
Baitul Maqdis adalah beberapa hari perjalanan. Allah SWT telah
mencabutkan satu bahagian kecil darinya dan dijadikannya dua sayap dari
cahaya. Lalu Dia mengangkatnya di atas mereka sebagaimana firmanNya di
dalam Surah al-'Araf (7): 171: "Dan (ingatlah) ketika kami mengangkat bukit
ke atas mereka, seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin
bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka."Dan Dia berfirman kepada
Bani Isra'il sekiranya mereka tidak beriman Dia akan menjatuhkannya ke
atas mereka dan manakala mereka beriman, Dia kembalikannya di
tempatnya yang asal.
XIII. Adapun pokok di mana orang yang berjalan di bayangannya selama
seratus tahun belum dapat melintasinya ialah Pokok Tuba iaitu di Sidrah al-
Muntaha di langit yang ketujuh. Di situlah berakhirnya amalan manusia, ia
dari pokok-pokok syurga. Tidak ada istana atau rumah di syurga melainkan
352
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
ia ditutupi oleh dahan-dahannya, seumpamanya di dunia ini ialah matahari,
puncanya satu dan cahayanya di setiap tempat.
XIV. Adapun tempat yang tidak terkena cahaya matahari melainkan
sekali sahaja ialah tanah laut di mana Allah membelahkan laut untuk Nabi
Musa AS. Lalu air melambung tinggi seperti bukit dan tanah itu menjadi
kering kerana terkena cahaya matahari ke atasnya kemudian air laut
kembali ke tempatnya.
XV. Adapun pokok yang tumbuh tanpa air ialah Pokok Yunus. Ia
merupakan satu mukjizat baginya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah
al-Saffat (37): 146: "Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok dari
jenis labu."
XVI. Adapun makanan ahli syurga seumpama mereka di dunia ini ialah
janin di perut ibunya, menghisap makanan dari pusatibunya, tanpa kencing
dan berak.
XVII. Adapun warna-warna yang bermacam-macam di satu mangkuk
seumpamanya di dunia ini ialah sebiji telur yang mempunyai dua warna;
putih dan kuning dan kedua-duanya tidak akan bercampur.
XVIII. Adapun hamba wanita yang keluar dari epal seumpamanya di
dunia ini ialah ulat yang keluar dari epal dan tidak berubah.
XIX. Adapun hamba wanita yang dimiliki oleh dua lelaki ialah seperti
satu pokok kurma yang dimiliki di dunia ini oleh Mukmin sepertiku dan oleh
orang kafir seperti anda. Dan ia menjadi milikku sahaja di akhirat kerana ia
berada di syurga sedangkan anda tidak memasukinya.
XX. Adapun anak-anak kunci syurga ialah Lailaha illa llah Muhammadan
Rasulullah.
Ibn al-Musayyab berkata:"Apabila raja Rome membacanya dia
berkata:"Percakapan seperti ini tidak dapat diucapkan melainkan oleh
seorang yang datang dari "rumah kenabian."(al-Hafiz al-'Asimi di dalam Zain
al-Fata, di dalam penerangannya mengenai Surah Hal Ata, Sibt Ibn al-Jauzi
di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 87). Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memberi harta dari Baitulmal melebihi apa yang sepatutnya

118. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memberikan harta dari Baitulmal melebihi apa yang
sepatutnya. Tetapi Khalifah Umar telah memberikan harta dari Baitulmal
melebihi apa yang sepatutnya. Dia telah memberikan 'Aisyah dan Hafsah
sepuluh ribu dirham setiap tahun. [Ibn al-Athir, al-Kamil, II, hlm. 35] Sedang
353
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dia menahan khumus Ahlul Bait AS [al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 61]
Dia juga telah menarik balik Fadak dari Fatimah AS yang telah diberikan
kepadanya oleh ayahandanya Rasulullah SAW. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak menerima kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya

119. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya mereka
menerima kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya (100%) dalam apa jua
perkara dan keadaan, tetapi Khalifah Umar tidak menerima kemaksuman
Nabi SAW sepenuhnya (100%), terutamanya ketika dia berkata: Nabi SAW
sedang meracau (yahjuru). Oleh itu permintaan Nabi SAW supaya dibawa
pensel dan kertas untuk beliau menulis perkara-perkara yang tidak akan
menyesatkan umatnya selama-lamanya dihalang oleh Umar. (Muslim, Sahih,
III, hlm. 69; al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36). Kemudian dia berkata: "Hasbuna
Kitabullah (Kitab Allah adalah cukup bagi kami). [Al-Bukhari, Sahih, I, hlm.
36]. Oleh itu, Sunnah Umar itu adalah menyalahi firman-Nya di dalam Surah
al-Najm (53):3-4: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan
hawa nafsunya." Justeru penolakan perintah Nabi SAW bererti menolak
sebahagian kemaksumannya dari sudut amali. Justeru mereka bukanlah
AhliSunnah Nabi SAW(100%).

Membenci orang yang mengamalkan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya

120. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menyalahi atau menolak walaupun satu Sunnah Nabi SAW,
tetapi sebaliknya mereka membenci orang yang mengamalkan Sunnah
Nabi SAW sepenuhnya (100%) apabila mereka menyalahi Sunnah Umar.
Justeru Sunnah Umar menjadi pengukur kebenaran?.
Lalu mereka mengeluarkan fatwa anti Syiah dan menghukum mereka
sebagai sesat dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Umar .

Al-Qur’an adalah rujukan kepada semua termasuk Khalifah Umar

Allah berfirman di dalam surah Al-Ahzab(33): 36 “Tidak ada bagi lelaki


mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka
apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang
menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang
nyata” dan firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 115 “Barang siapa yang
354
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan
orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia
ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali”.
Dan Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan,
mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi
hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka
tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan
mereka menerima dengan sebenar-benarnya”
Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 45 “Barang siapa yang tidak
menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang yang zalim”
Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 47 “Barang siapa yang tidak
menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang yang fasiq”
Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 67-8 “Dan mereka berkata,
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para
pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).Ya
Tuhan kami, timpalah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah
mereka dengan laknat yang besar”

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian di atas dan lain-lain- termasuk kata-kata


Khalifah Ali AS: “Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-
perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka
melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah Sunnah-
sunnah beliau.
Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan
mengembalikannya kepada keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW,
nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku
bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang
mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku” (al-Kulaini, al-Raudhah min al-
Kafi, vii, Hadis 21, hlm. 51-52).
Khalifah Ali AS berkata: "Aneh! Hati umat ini telah dimabukkan oleh
cinta kepada Abu Bakar dan Umar dengan menerima segala bidaah mereka.
Kemudian beliau berkata lagi, Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka
bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab.
Kemudian mereka meredainya tanpa mengingkarinya.
355
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Malah mereka memarahi orang lain bagi mempertahankannya,
mencaci para pengkritiknya dan para penentangnya. Kemudian datang
kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bidaah-bidaah tersebut. Lantas
mereka mengambil bidaah-bidaah tersebut sebagai Sunnah dan Agama bagi
mendekatkan diri kepada Allah SWT."(Sulaim, Kitab Sulaim, hlm. 134-135) -
bahawa Khalifah Umar dan para pengikutnya bukanlah Ahli Sunnah Nabi
SAW sebenar (100%), malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar di dalam
beberapa hal kerana mereka mengutamakan Sunnah Umar daripada Sunnah
Nabi Muhammad SAW.
al-Suyuti menyatakan bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa
“Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma
sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa sahiba-hu), maka ia adalah
agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya dan kami berakhir
kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun apa yang
disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan Umar),
maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu) (Tarikh
al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru, tidak hairan, jika Khalifah Ali AS telah
menolak sunnah mereka bertiga yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis
kemudian diikuti oleh Syiahnya. Dan sunnah mereka bertiga yang menyalahi
al-Qur’an dan Hadis diikuti oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan dijadikan
akidah bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana diucapkan
oleh Khalifah Ali AS di dalam khutbahnya.

Justeru pemerintah Bani Umayyah telah membuat keputusan bahawa


apa yang disunnahkan oleh Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah agama
(dinun)”
Jika Khalifah Umar dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar (100%), nescaya mereka tidak akan menyalahi atau
membatalkan walau pun satu Sunnah Nabi SAW. Justeru Sunnah Khalifah
Umar dan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW tidak boleh menyamai atau mengatasi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW itu sendiri apatah lagi untuk dijadikan sebagai sumber
Hukum Syarak Islam atau Perundangan Islam kecuali keredaan Allah dan
Rasul-Nya tidak diambil kira.
Justeru perbezaan antara Sunni dan Syiah terserlah kerana Sunni
menganggap sunnah Khalifah Umar boleh dijadikan sumber hukum syarak
untuk beramal ibadat dengannya dan ia pula boleh mengatasi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW dengan alasan ijtihad. Justeru Khalifah Umar tidak terikat
dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya (100%) dari sudut
356
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
amali. Oleh itu, mereka juga tidak terikat dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi
SAW sepenuhnya (100%) dari sudut amali, tetapi mereka terikat dengan
sunnah Khalifah Umar dengan sepenuhnya(100%) dari sudut amali.
Sementara Syiah, sejajar dengan pendirian Imam Ali dan 11 imam (AS )
mereka pula menolak mana-mana sunnah Khalifah Umar yang menyalahi al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW kerana ijtihad Khalifah Umar tidak boleh
menolak atau meminggirkan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.

Justeru mereka terikat dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW


sepenuhnya (100%). Lantaran itu Sunni menghina, membenci dan
menyesatkan Syiah dengan meletakkan Syiah Islam mazhab Ja‘fari sebagai
penjenayah (criminals) di bawah Undang-undang Jenayah Syariah kerana
tidak mematuhi sunnah /bidaah khalifah Umar yang menyalahi al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW.

Justeru tidakkah Syiah adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar
sementara Sunni pula adalah tetap Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah pimpinan Abu
l-Hasan al-Asy‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi atau Wahabi tetap sebagai
Sunni samaran pimpinan Muhammad Bin Abdul Wahhab?? Jawapannya
adalah” Ya dan Ya” dari sudut realiti dan sejarah atau jawapannya adalah”
Tidak dan Ya” dari sudut budaya taklid yang sukar dicairkan melainkan
dengan keilmuan yang tinggi dan bersistematik pula.

Justeru Sunni Melayu dan Syiah Melayu adalah Muslim, mereka harus
memiliki keadilan yang sama dari sudut hukuman berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (1) ) "All persons are equal before the
law and entitled to the equal protection of the law" dan mereka perlu bersatu
di bawah al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW kerana persamaan adalah lebih
banyak daripada perbezaan seperti ditegaskan di dalam Deklarasi Amman,
Deklarasi Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi Islamabad. Sementara
perbezaan yang sedikit pula boleh diatasi dengan kajian perbandingan dan
fikiran yang tebuka pula.

Walau bagaimana pun perbezaan antara sunnah Khalifah Umar dan


Sunnah Nabi SAW masih disembunyikan daripada pengetahuan umum di
Nusantara bagi membenarkan sunnah Khalifah Umar mengatasi al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW sebagai akidah atau agama yang wajib dipatuhi
sebagaimana diungkapkan oleh Khalifah Ali AS dan bagi menyesatkan Syiah
357
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kerana meyalahi sunnah (bidaah) Khalifah Umar. Selawat dan Salam
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad SAW.

BAHAGIAN KELIMA

E. JAWAPAN KEPADA SOALAN: SIAPAKAH AHLI SUNNAH NABI SAW


YANG SEBENAR SECARA HURAIAN (3)?

Soalan ini berkait rapat dengan fatwa pengharaman/penyesastan Syiah


yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas Agama
Islam dan Hukum Syarak, bukan Islam yang berasaskan al-Qur’an dan Hadis
sepenuhnya (100%), tidak sebagaimana dikehendaki oleh Allah dan Rasul-
Nya Muhammad SAW. Justeru, ia adalah bertentangan dengan Hadis al-
Thaqalayni.

Pengenalan

1. Tulisan ini adalah bagi menjawab serangan, penghinaan dan fitnah


terhadap Syiah Islam mazhab Ja‘fari dalam media tempatan dan lain-lain
oleh Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
2. Ia menunjukkan sebahagian para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
muktabar sependapat dengan Syiah tentang sahabat dari sudut akademik,
kerana para sahabat sendiri ada yang mencaci para sahabat yang lain
kerana menyalahi Sunnah Nabi SAW, para sahabat ada yang memerangi
para sahabat yang lain, para sahabat ada yang membunuh para sahabat yang
lain menurut catatan para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah muktabar.
Justeru para sahabat bukanlah adil dalam semua perkara kerana mereka
bukanlah maksum.

Perbezaan antara sunnah Khalifah Uthman dan Sunnah Nabi SAW


disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi
membenarkan sunnah Khalifah Uthman mengatasi al-Qur’an dan
Sunnah Nabi SAW sebagai akidah atau agama yang wajib dipatuhi
sebagaimana diungkapkan oleh Khalifah Ali AS dan bagi menyesatkan
Syiah kerana meyalahi sunnah (bidaah) Khalifah Uthman. (C). Justeru
jika Khalifah Uthman dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar, nescaya mereka tidak akan menyalahi atau
membatalkan walau pun satu Sunnah Nabi SAW.
358
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Berikut di kemukakan sebahagian daripada Sunnah Khalifah Uthman


yang menyalahi al-Qur’an, Sunnah Nabi SAW dan akal yang sejahtera dari
segi akidah, syariah dan akhlak sebagai contoh seperti berikut :

Melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi


SAW

1. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah
Nabi SAW dengan sepenuhnya, tetapi Khalifah Uthman telah melarang kaum
Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi SAW dengan
sepenuhnya. Dia berkata: "Tidak boleh bagi seseorang meriwayatkan Hadis
yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Baar dan Umar. (Muntakhab al-
Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi, al-Sunan, I, hlm. 132;
Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm. 354].

Persoalannya: Jika Sunnah Nabi pada masa Khalifah Abu Bakar dan
Umar telah dilarang dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada
masa Khalifah Uthman? Malah Khalifah Uthman hanya menuruti sunnah dua
Khalifah yang terdahulu. Justeru ketiga-tiga Khalifah tersebut telah
melarang atau sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum
Muslimin untuk meriwayat atau mnulis Sunnah Rasulullah SAW yang
menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an. Oleh itu ia
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW, "Allah memuliakan seseorang
yang mendengar Hadisku. Kemudian dia menjaganya dan menyebarkannya
pula. Kadangkala pembawa ilmu (Hadis) membawanya kepada orang yang
lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (Hadis) bukanlah
seorang yang alim." [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim, al-
Mustadrak, I, hlm. 78]. Dan sabdanya, "Siapa yang ditanya tentang ilmu,
maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api
neraka." [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu tidak
hairanlah jika Hadis atau Sunnah Nabi SAW mulai ditulis secara rasminya
pada masa pemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz." Justeru adakah mereka
Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam sembahyang Hari Raya


359
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
2. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam sembahyang Hari
Raya, tetapi Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan
khutbah Hari Raya di dalam sembahyang Hari Raya. Ia adalah bercanggah
dengan Sunnah Rasulullah SAW. [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137].
Justeru sunnah siapakah yang mesti didahulukan?

Tidak menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar al-


Khattab

3. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka menjalankan hukum Qisas ke atas pembunuh dengan sengaja,
tetapi Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah
bin Umar al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya
memawanya ke Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum
Muslimin menentang Sunnahnya itu. [Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn
Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 8-10].
TindakanKhalifah Uthman terhadap hukum bunuh Ubaidullah bin
Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah satu perbuatan
yang menyalahi nas seperti berikut:
(i) Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang
kepada kata-kata Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata: "Aku lalu di
hadapan Abu Lu'luah petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini
bererti Abdu r-Rahman bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan
peristiwa itu, dan ini bererti dia bukanlah seorang saksi yang melihat
peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan memerlukan dua saksi.
(ii) Khalifah Uthman berkata: "Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh
itu walinya ialah orang Islam, aku adalah Khalifah kamu dan aku telah
mengampunkannya."[al-Ya'qubi,Tarikh,II,hlm.141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm.
10].
(iii) Ali berkata: "Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia
telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim
tanpa kesalahan, " lalu dia berkata kepada Ubaidullah, "Wahai si fasiq, jika
aku menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu
kerana kamu telah membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan
beliau mempercayai bahawa Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang
tidak patut dilakukan terhadap Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).
(iv) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah
bertentangan dengan kenyataan Khalifah Uthman sendiri bahawa
360
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Hurmuzan tidak mempunyai wali dan beliau sendiri mengakui bahawa
beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan Qamazaban. Oleh itu
riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan
mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhu’ (palsu), kerana ia telah
diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada
Saif bin Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang
khayalan" yang menciptakan seorang khayalan yang lain bernama Abdullah
bin Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ia
ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa yang
dilakukan oleh sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain,
lantaran itu riwayat tersebut mesti ditolak.
(v) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari
Parsi. Ali sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim,
"Bunuhlah fasiq itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang
besar, iaitu membunuh seorang Islam tanpa dosa. "[al-Ya'qubi, Tarikh, II,
hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa
Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah bertentangan dengan kata-kata
Ali AS dan pembunuh mereka mestilah dibunuh balas.
(vi) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam:
Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku
mati dan dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku,
jika ada saksi, maka darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak
ada saksi maka bunuhlah Ubaidullah kerana dia telah membunuh
Hurmuzan dan Jufainah." Oleh itu saksi dalam kes pembunuhan tersebut
adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua orang saksi lantaran itu tidak
hairanlah apabila Ali AS menjadi Khalifah ia menuntut Ubaidullah supaya ia
dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah jagaan Muawiyah di
Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin.
Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh Khalifah Uthman terhadap
Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah
menyalahi nas. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Memberi khumus Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam

4. Jika mereka Ahli Sunnah Nabi SAW.), nescaya mereka tidak


memberikan khumus Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, tetapi
Khalifah Uthman telah memberikan khumus Afrika Utara kepada Marwan
bin Hakam, kemudian Marwan membelanjakannya untuk membina istana.
361
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Justeru perbuatannya adalah bertentangan dengan surah al-Anfal (8): 41)
sebagaimana juga ia telah dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih: “Di antara
kebencian orang ramai terhadap Uthman ialah memberi Fadak kepada
Marwan, dan apabila dia membuka Afrika Utara ia mengambil khumus dan
memberikannya kepada Marwan” [Ibn Abd Rabbih, al-Iqd al-Farid, II, hlm.
261; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32]. Oleh itu terbukti
bahawa ijtihad Uthman memberi Fadak dan khumus Afrika kepada Marwan
adalah bertentangan dengan nas. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar?

Mengharamkan Haji Tamattu'

5. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal,
tetapi Khalifah Uthman mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah
halal. Ali AS menentang ijtihadnya itu kerana ia menyalahi nas. (al-Bukhari,
Sahih, III, hlm. 69; Muslim, Sahih, I, hlm. 349). Justeru mereka bukanlah Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahi Sunnah Uthman.

Memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang


mengandung 6 bulan

6. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami
yang mengandung 6 bulan, tetapi Khalifah Uthman memerintahkan supaya
direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan. Apabila
Ali AS mengetahuinya, beliau menentang hukum tersebut kerana ia
bertentangan dengan surah al-Ahqaf (46: 15) dan surah al-Baqarah (2: 233).
Kedua-dua ayat tersebut bererti masa penyusuan ialah 24 bulan dan masa
mengandung yang paling kurang ialah 6 bulan. Sepatutnya Khalifah Uthman
menangguhkan hukuman tersebut dan menyelamatkan kandungan yang
tidak berdosa itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm. 176; al-Baihaqi, al-Sunan al-
Kubra, VII, hlm. 42]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Melakukan sembahyang 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah SAW


melakukan sembahyang di Mina 2 rakaat
362
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
7. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak melakukan sembahyang 4 rakaat di Mina, sedangkan
Rasulullah SAW melakukan sembahyang di Mina 2 rakaat, tetapi Khalifah
Uthman melakukan sembahyang 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah
SAW melakukan sembahyang di Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar
berkata: "Rasulullah SAW melakukan sembahyang dengan kami di Mina 2
rakaat begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman di masa awal
pemerintahannya. Kemudian Uthman sembahyang 4 rakaat. Abdullah bin
Umar apabila melakukan sembahyang bersama Khalifah Uthman di Mina
beliau melakukan sembahyang 4 rakaat, tetapi apabila melakukan
sembahyang seorang diri, dia melakukan 2 rakaat. [al-Bukhari, Sahih, II, hlm.
154; Muslim, Sahih, II, hlm. 260].

Sepatutnya Khalifah Uthman mengikut Sunnah Nabi SAW yang


melakukan 2 rakaat Qasar zohor, Asar dan Isyak di Mina. Justeru mereka
bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli
Sunnah Uthman.

Lari di dalam perang Uhud

8. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak lari di dalam perang, tetapi Khalifah Uthman telah lari di
dalam perang Uhud kemudian kembali ke rumahnya selepas tiga hari.
Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip jihad di dalam al-Qur'an
dan Sunnah Nabi SAW. [Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 190] Adakah
perbuatannya ini mengikut ketetapan Sunnah Nabi SAW?

Memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah

9. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah, tetapi
Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke
Rabzah. Tindakannya itu ialah disebabkan Abu Dhar mengkritiknya kerana
menggunakan harta Baitulmal untuk keluarganya. [Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab,
I, hlm. 114; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 162; al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm.
26] Abu Dhar berkata: Sesungguhnya anda telah melakukan perkara yang
tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Demi Tuhan, aku
melihat kebenaran dipadamkan, kebatilan dihidupkan, kebenaran
363
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketakwaan. [al-Ya'qubi, Tarikh, II,
hlm. 16]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah yang diusir
dan dilaknati oleh Rasulullah SAW

10. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah,
tetapi Khalifah Uthman telah memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif
ke Madinah, sedangkan al-Hakam adalah seorang yang dilaknati dan diusir
oleh Rasulullah SAW. Oleh itu tindakannya itu adalah bertentangan dengan
al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.[al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60]. Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Tidak melaksanakan hukum had ke atas al-Walid bin Uqbah kerana


meminum arak

11. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka melaksanakan hukum had ke atas al-Walid bin Uqbah kerana
meminum arak, tetapi Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud
ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak. Dia mengerjakan
sembahyang Subuh 4 rakaat di dalam keadaan mabuk dan bertanya: Adakah
aku perlu menambah lagi rakaatnya? Mereka menjawab: Tidak, kami telah
mengerjakan sembahyang kami. "Mereka memberitahu Khalifah Uthman
mengenainya, lantas Khalifah Uthman memarahi mereka, lalu memukul
saksi-saksi tersebut. Kemudian mereka memberitahu Aisyah mengenainya.
Aisyah berkata: "Uthman telah membatalkan hudud dan memukul saksi-
saksi. [Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm.
91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.
144]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah
mereka adalah Ahli Sunnah Uthman.

Tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya


tanpa keluar mani

12. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang
yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani, tetapi Khalifah Uthman
berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang
364
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani. [Muslim, Sahih, I, hlm. 142.
Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW, “Apabila
bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi janabah” (Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, VI, hlm. 47; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 16). Justeru mereka
bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli
Sunnah Uthman.

Mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah SAW tidak


mewajibkannya

13. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mewajibkan zakat kuda, tetapi Khalifah Uthman mewajibkan
zakat kuda sedangkan Rasulullah SAW, tidak mewajibkannya. Rasulullah
SAW bersabda, "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba” [al-
Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 22; Muslim,
Sahih, I, hlm. 136]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Uthman.

Memerintahkan gabenor-gabenor-nya supaya tidak mengqasarkan


sembahyang melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan
atau kehadiran musuh

14. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memerintahkan orang lain supaya tidak mengqasarkan
sembahyang melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau
kehadiran musuh, tetapi Khalifah Uthman telah memerintahkan gabenor-
gabenor-nya supaya tidak mengqasarkan sembahyang melainkan orang
yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh. [al-Jassas,
Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; al-Baihaqi, Sunan, III, hlm. 137; Ibn Rusyd,
Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 163] Tindakannya itu adalah bertentangan
dengan firman-Nya di dalam surah al-Nisa' (4: 10):"Dan apabila kamu
berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan
sembahyang(mu)."Sebagaimana ia bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW
yang mutlak. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar,
malah mereka adalah Ahli Sunnah Uthman.

Memukul Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang rusuknya


365
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
15. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memukul seorang sehingga patah tulang rusuknya tanpa
sebab yang munasabah, tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin
Mas'ud sehingga patah tulang rusuknya, kerana tidak mahu menyerahkan
mushapnya kepada Uthman. Abdullah bin Mas'ud memberitahu kepada
Ammar supaya Uthman tidak melakukan sembahyang jenazah ke atasnya
nanti. Uthman meminta maaf, tetapi Abdullah bin Mas'ud berkata:"Aku
memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda."(Ibn al-
Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir, Tarikh, VII, hlm. 163; al-
Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 157). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan


urusan pemerintahannya

16. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan
urusan pemerintahannya, tetapi Khalifah Uthman tidak melantik orang
Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahannya dan
tidak bermesyuarat dengan mereka pula. Malah melantik kerabat-
kerabatnya dari Banu Umaiyyah. [al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32],
sedangkan mereka terdiri daripada orang yang layak untuk memegang
jawatan penting seperti gabenor-gabenor dan lain-lain. Tetapi Uthman
melantik keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di Basrah yang
terkenal dengan pemabuk. [al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60]. Justeru adakah
mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya

17. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-
kerabatnya, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil tempat khas (hima)
untuknya dan kerabat-kerabatnya. Dia melarang kaum Muslimin
menggunakan tempat-tempat tersebut yang mengandungi rumput-rumput
dan lain-lain, sedangkan Rasulullah SAW menjadikan tempat-tempat
tersebut milik bebas kaum Muslimin iaitu mereka bebas memiliki air,
rumput, dan api secara saksama. Rasulullah SAW bersabda: "Kaum Muslimin
berkongsi di dalam tiga perkara, padang rumput, air dan api."[al-Halabi,
366
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sirah Nabawiyyah, II, hlm. 78; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm.
32]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak


perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal

18. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan
anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal, tetapi
Khalifah Uthman telah membina rumah-rumah mewah untuk isterinya
Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang
Baitulmal. Oleh itu perbuatannya adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah SAW, dan tidak hairanlah jika kaum Muslimin
mengkritiknya.(Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32). Justeru
adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memberi pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman) kepada al-Hakam bin


al-As sebanyak 300,000 Dirham

19. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memberikan pungutan zakat melainkan kepada yang berhak
sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan pungutan zakat Qadha'ah
(di Yaman) kepada al-Hakam bin al-As sebanyak 300,000 Dirham. (al-
Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28). Sedangkan al-Hakam adalah orang
yang telah diusir dan dilaknati oleh Rasulullah SAW. (al-Ya'qubi, Tarikh, II,
hlm. 145). Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memberikan wang Baitulmal kepada Sa‘id bin al-‘As bin Umayyah

20. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memberikan wang Baitulmal melainkan kepada yang berhak
sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan wang Baitulmal kepada
Sa'id bin al-As bin Umaiyyah sebanyak 100,000 Dirham. Lantaran itu Ali, al-
Zubair, Talhah, dan Abdur Rahman bin Auf menentangnya.[al-Baladhuri,
Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW
yang sebenar?

Mengambil hukum Allah daripada orang yang tidak sepatutnya


sedangkan dia seorang Khalifah
367
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

21. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengambil hukum Allah daripada orang yang tidak
sepatutnya sedangkan dia seorang khalifah, sepatutnya dia lebih
mengetahui Sunnah Nabi SAW daripada orang lain, tetapi Khalifah Uthman
telah mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin Ka'ab. Dia bertanya
Ubayy tentang seorang lelaki mencerai isterinya kemudian merujukkan
isterinya di dalam haidh ketiga.
Ubayy berkata: "Aku berpendapat dia lebih berhak ke atas isterinya
selama isterinya belum "mandi" daripada haidh ketiga." Lalu Khalifah
Uthman mengambil pendapatnya (al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm.
417). Riwayat ini menunjukkan bahawa Khalifah Uthman tidak mengetahui
hukum tersebut sehingga dia belajar daripada Ubayy dan mengambil
fatwanya. Dan tidak syak lagi bahawa orang yang mengajarnya adalah lebih
baik daripadanya. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar?

Menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara


untuk disetubuhi oleh pemiliknya

22. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang
bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya, tetapi Khalifah Uthman
menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk
disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan dengan firman Allah surah al-
Nisa' (4:23), "Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu
yang perempuan....dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara.
Ali AS mengatakan pengumpulan dua perempuan yang bersaudara
sama ada di dalam perkahwinan atau perhambaan adalah haram. Kerana di
dalam surah al-Mukminun (23: 6), "Kecuali terhadap isteri-isteri mereka
atau hamba-hamba (perempuan) yang mereka miliki" tidak boleh dijadikan
alasan untuk menghalalkan "pengumpulan dua hamba perempuan yang
bersaudara" untuk disetubuhi kerana pengharaman mereka berdua di
dalam perkahwinan dan perhambaan adalah sama. Oleh itu para imam
mazhab empat mengharamkannya. [Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib,
III, hlm. 193; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 359; Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, III, hlm. 72; al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, I, hlm. 269; Muslim, Sahih,
I, hlm. 416]. Justeru mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar,
malah mereka adalah Ahli Sunnah Uthman. .
368
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Menuruti sunnah dua Khalifah sebelumnya

23. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu si mati
dengan adanya dua saudara lelakinya (si mati), tetapi Khalifah Uthman
membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu si mati dengan
adanya dua saudara lelakinya (si mati) kerana dia memahami dua saudara
lelaki (akhwan) bukanlah saudara-saudara (ikhwah). Tindakannya adalah
bertentangan dengan firman-Nya di dalam surah al-Nisa'(4: 11): "Jika yang
meninggal itu mempunyai beberapa saudara (ikhwah), maka ibunya
mendapat seperenam."
Apabila Khalifah Uthman ditanya: Tidakkah (akhawan) dua saudara
termasuk ikhwah (saudara-saudara)? "Dia menjawab:"Apakah aku mampu
menentang perkara yang telah berlaku? "Ini bermaksud dia tidak mampu
mengubahnya kerana dua orang khalifah sebelumnya telah menetapkan
hukuman itu walaupun ia bertentangan dengan al-Qur'an.[al-Hakim, al-
Mustadrak, IV, hlm. 335; al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 227; al-Durr al-Manthur,
II, hlm. 126; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 459]. Justeru adakah mereka Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar?

Memberi harta Baitulmal kepada Abdullah bin Usyad bin Abi al-‘As

24. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak memberikan harta Baitulmal kepada orang yang tidak berhak,
tetapi Khalifah Uthman telah memberi kepada Abdullah bin Khalid bin
Usyad bin Abi l-As sebanyak 300,000 Dirham dan setiap orang dari
kaumnya sebanyak 1,000 Dirham daripada harta Baitulmal kaum Muslimin.
[Ibn Abd Rabbih, Iqd al-Fariq, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma'arif,
hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 66] Dia memberi
kepada Abdullah 400,000 Dirham. Persoalan yang timbul: Kenapakah
Khalifah Uthman tidak memberikan wang Baitulmal kepada orang seperti
Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar dan lain-lain? Justeru Sunnah
mereka tidak menepati Sunnah Nabi SAW.

Mengambil fatwa dari seorang wanita

25. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka mengetahui Sunnah Nabi SAW, apatah lagi jika dia seorang
369
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Khalifah, tetapi Khalifah Uthman tidak mengetahui Sunnah Nabi SAW, lalu
dia mengambil Sunnah daripada seorang wanita. Seorang wanita datang
berjumpa Rasulullah SAW tentang iddahnya kerana suaminya telah mati
dibunuh di dalam misi khas. Dia bertanya Rasulullah SAW sama ada dia
kembali kepada keluarganya Bani Khudrah walaupun suaminya tidak
meninggalkan rumah untuknya?

Dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda:Ya, aku pun kembali dan


apabila aku sampai di masjid beliau memanggilku lantas aku menyahuti
panggilannya. Dia bertanya: "Bagaimana anda berkata? Akupun
menerangkan kisah suamiku kepadanya. Maka beliaupun bersabda:
"Tinggallah di rumah anda sehingga tamat "iddah." Dia berkata: "Akupun
menangguhkan iddahku selama empat bulan sepuluh hari. Khalifah Uthman
datang kepadaku dan bertanya mengenainya. Lalu dia mengambilnya dan
melaksanakan hukuman tersebut ke atas orang ramai. [Syafi'i, al-Umm, V,
hlm. 208; al-Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 434; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm.
346; Malik, al-Muwatta', II, hlm. 86]. Justeru adakah mereka Ahli Sunnah
Nabi SAW yang sebenar?

Mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya


ialah satu haidh

26. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal'
iddahnya ialah satu haidh, tetapi Khalifah Uthman mengatakan bahawa
perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh itupun
kerana khuatir ia hamil. [Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 634; Ibn Kathir, Tafsir,
I, hlm. 276; Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 223] Tindakan
Khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan Surah al-Baqarah (2):
228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga
kali quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam al-Muttalaqat
(wanita-wanita yang ditalak).

Membenci mereka yang mengamalkan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya

27. Jika mereka adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, nescaya
mereka tidak menyalahi atau menolak walaupun satu Sunnah Nabi SAW,
tetapi sebaliknya mereka membenci orang yang mengamalkan Sunnah Nabi
370
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
SAW sepenuhnya (100%) apabila mereka menyalahi Sunnah Khalifah
Uthman. Justeru Sunnah Uthman menjadi pengukur kebenaran.
Lalu mereka mengeluarkan fatwa pemgharaman Syiah dan
menghukum mereka sebagai sesat dan menyeleweng dari pegangan Ahli
Sunnah Uthman.

Al-Qur’an adalah rujukan semua termasuk Khalifah Uthman

Sedangkan Allah berfirman di dalam surah Al-Ahzab(33): 36 “Tidak


ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam
urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang
siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan
kesesatan yang nyata”

Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan, mereka


tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim
untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada
keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka
menerima dengan sebenar-benarnya”

Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 45 “Barang siapa yang tidak


menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang yang zalim”

Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 47 “Barang siapa yang tidak


menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang yang fasiq”

Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 67-8 “Dan mereka berkata,


“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para
pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya
Tuhan kami, timpalah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah
mereka dengan laknat yang besar”

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian di atas dan lain-lain- termasuk kata-kata


Khalifah Ali AS: “Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-
perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka
371
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah Sunnah-
sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya
meninggalkannya dan mengembalikannya kepada keadaan sebagaimana di
zaman Rasulullah SAW, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku,
meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan
Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah
dan Sunnah Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku” (al-Kulaini, al-
Raudhah min al-Kafi, vii, Hadis 21,hlm. 51-52) bahawa Khalifah Uthman dan
para pengikutnya bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar (100%),
malah mereka adalah Ahli Sunnah Uthman di dalam beberapa hal kerana
mereka mengutamakan sunnah Uthman daripada Sunnah Nabi SAW. Jika
Khalifah Uthman dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang
sebenar (100%), nescaya mereka tidak akan menyalahi atau membatalkan
walau pun satu Sunnah Nabi SAW.

Justeru Sunnah Khalifah Uthman dan pegangan Ahli Sunnah Wal-


Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW tidak boleh
mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW apatah lagi untuk
dijadikan sumber Hukum Syarak Islam atau Perundangan Islam kecuali
keredaan Allah dan Rasul-Nya tidak diambil kira. Justeru perbezaan antara
Sunni dan Syiah terserlah kerana Sunni menganggap sunnah Khalifah
Uthman boleh menjadi sumber hukum syarak untuk beramal ibadat
dengannya dan ia pula boleh mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW
dengan alasan ijtihad. Justeru Khalifah Uthman tidak terikat dengan al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya (100%). Oleh itu, mereka juga
tidak terikat dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sepenuhnya (100%)
dari sudut amali, tetapi mereka terikat dengan sunnah Khalifah Uthman
dengan sepenuhnya(100%) dari sudut amali.

Peringatan dan renungan: (1) Kami menghormati mereka bertiga,


tetapi pembentangan di atas adalah bagi menjawab serangan dan fitnah
yang dilakukan oleh Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah terhadap Syiah Islam mazhab Ja‘fari dalam media tempatan.
Kajian menunjukkan bahawa sunnah mereka bertiga yang menyalahi al-Al-
Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dari segi akidah, syariah dan akhlak itu
menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Justeru sunnah-sunnah mereka
bertiga tidak boleh dipaksa ke atas Syiah Islam mazhab Ja‘fari. Khalifah Ali
AS berkata: Manusia adalah musuh kepada apa yang mereka tidak
mengetahuinya” Walau bagaimanapun jutaan maaf jua dipinta di atas
372
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
pembentangan ini. 2. Semua makhluk adalah kecil di sisi kebesaran hukum
Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya.

Walau bagaimana pun perbezaan antara sunnah Khalifah Uthman dan


Sunnah Nabi SAW masih disembunyikan daripada pengetahuan umum di
Nusantara bagi membenarkan sunnah Khalifah Uthman mengatasi al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW sebagai akidah atau agama yang wajib dipatuhi
sebagaimana diungkapkan oleh Khalifah Ali AS dan bagi menyesatkan Syiah
kerana meyalahi sunnah (bidaah) Khalifah Uthman.
373
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KEENAM

F. JAWAPAN KEPADA SOALAN: SIAPAKAH AHLI SUNNAH NABI SAW


YANG SEBENAR SECARA HURAIN (4)? DAN APAKAH SIKAP KHALIFAH
ALI AS TERHADAP SUNNAH TIGA KHALIFAH SEBELUMNYA DAN
KELEBIHAN AHLU L-BAIT AS?

Persamaan antara sunnah Khalifah Ali AS dan Sunnah Nabi SAW


disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan
menutupi kelebihan Khalifah Ali AS ke atas tiga Khalifah sebelumnya
dan bagi menyesatkan Syiah mazhab Ja‘fari yang menuruti sunnah
khalifah Ali AS yang bertentangan dengan sunnah tiga khalifah
sebelumnya.

Pengenalan

Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali

Para ulama Sunni dan Syiah tidak mencatat kata-kata dan perbuatan
Khalifah Ali AS yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW
sebagaimana mereka lakukan terhadap tiga Khalifah sebelumnya. Ini
menunjukkan kebenaran sabda Rasulullah SAW: “Ali bersama kebenaran
dan kebenaran bersama Ali berpusing bersamanya di mana dia berada” (al-
Turmudhi, Sahih, v, hlm .633, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 56). Justeru
Khalifah Ali AS adalah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar dan disucikan
dengan surah al-Ahzab (33): 33, Hadis al-Kisa’, Hadis al-Thaqalayni, Hadis
al-Safinah dan lain-lain.

Sunnah Abu Bakar, Umar dan Uthman berbeza dengan Sunnah


Rasulullah SAW
Sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah berbeza dengan
Sunnah Rasulullah SAW apabila mereka bertiga mengutamakan
kepentingan mereka yang menyalahi Sunnah Rasulullah SAW (Dr.
Muhammad Tijani Samawi, al-Syia‘ah hum Ahlu al-Sunnah, hlm. 92-93)
Sementara para pengikut mereka pula mentaati sunnah-sunnah mereka
yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah SAW berdasarkan catatan para
374
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah muktabar. Justeru mereka bukanlah Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar (100%) kerana mereka menyalahi
sebahagian Sunnah Nabi SAW secara sedar ataupun tidak. Mereka tidak
menerima kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya(100%). Biasanya mereka
yang tidak menerima kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya, tidak akan
mentaati Sunnah Nabi SAW sepenuhnya (100%) dan tidak akan mentaati
hukum Allah sepenuhnya (100%). Sementara Khalifah Ali AS telah
mempecayai kemaksuman Rasulullah SAW sepenuhnya (100%) dan
mentaati hukum Allah sepenuhnya (100%) dan mentaati Sunnah Rasulullah
SAW sepenuhnya (100%). Justeru Syiah Imamiyyah mazhab Ja‘fari
mengikut Khalifah Ali AS dan 11 anak cucunya sebagai para imam mereka
sepenuhnya selepas Nabi SAW.
Sebab-sebab mereka bertiga (Abu Bakar, Umar dan Uthman) tidak
mentaati Sunnah Rasulullah SAW dengan sepenuhnya (100%):

Kemungkinan antara sebab-sebab mereka bertiga tidak mentaati


Sunnah Rasulullah SAW sepenuhnya adalah kerana (I) (a) Latar belakang
dan sejarah keislaman mereka yang berbeza jika dibandingkan dengan
Khalifah Ali AS, (b)Khalifah Ali AS dilahirkan di dalam Ka‘bah (c) Daripada
keturunan Bani Hasyim yang mulia seperti Rasulullah SAW(d) Bukan
daripada keturunan zina (e) Tidak pernah melakukan zina dan (f) Liwat
(sodomy) di dalam hidupnya, (g) Masuk Islam di waktu kanak-kanak, (h)
Tidak pernah menyembah berhala, (i) Malah memusnahkan berhala di
Ka‘bah dan di tempat yang lain.

(j) Tidak pernah terlintas di hatinya untuk menghina dan menyakiti


Rasulullah SAW, (k) Tidak pernah minum arak, (l) Tidak pernah berniat
jahat terhadap Rasulullah SAW dan (m) Anak perempuannya Fatimah al-
Zahra’, (n)Tidak pernah mengesyaki kenabian Nabi SAW, (p) Percaya
kemaksuman Nabi SAW sepenuhnya,(q) Tidak pernah lari dari medan
perang, (r) Mentaati Allah sepenuhnya dan mentaati Rasulullah SAW
sepenuhnya, (s) Memperakui bahawa mereka bertiga telah memberi baiah
kepadanya semasa hidup Rasulullah SAW sebagai Khalifah selepasnya SAW,
(t) Mencintai Rasulullah SAW sepenuhnya, (u) Rasulullah SAW pula
mencintainya sepenuhnya, (v) Mengakui bahawa dia ( Ali AS) disucikan
dengan ayat al-Tathir (33): 33.

(w) Mengkapan jenazah Rasulullah SAW dan (x) Melakukan


sembahyang ke atasnya. (y)Dialah sepupu dan saudara (akhun) Rasulullah
375
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
SAW serta menantunya. (z)Dialah yang disabdakan oleh Nabi SAW: Pukulan
anda, wahai Ali, di Khaibar lebih baik daripada ibadah jin dan manusia”.
“Beliaulah Khalifah Rasulullah, Amir al-Mukminin, Imam petunjuk,
penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-Siffin) dan Mariqin
(Ashab al-Nahrawan)”. “Wahai Ali, anda dan Syi‘ah anda di hari Kiamat kelak
di dalam keadaan reda dan meredai” Dan sabdanya lagi: “Ini Ali dan
Syi‘ahnya (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di hari Kiamat
kelak” Dan sabdanya “Syafaatku kepada umatku adalah bagi mereka yang
mencintai Ahlu l-Baitku dan merekalah Syiahku”.

(2) Keilmuan mereka bertiga tentang Sunnah Nabi SAW adalah terhad
jika dibandingkan dengan Khalifah Ali AS yang disifatkan oleh Rasulullah
SAW sebagai pintu ilmu. Abu Sa‘id al-Khudri bertanya Rasulullah SAW
tentang ayat surah al-Ra‘d (13): 43 “dan orang yang menguasai ilmu al-Kitab
menjadi saksi antara aku dan kamu” Baginda bersabda: Itu adalah saudaraku
Ali bin Abi Talib (Syawahid al-Tanzil, i, 400, 422).

Rasulullah SAW bersabda: Ali bersama al-Qur’an dan al-Qur’an


bersama Ali, kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga dikembalikan
kepadaku di Haudhku” (Al-Hakim, al-Mustadrak, iii,124, al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa’, hlm. 173). Rasulullah SAW bersabda: Ali bersama kebenaran dan
kebenaran bersama Ali berpusing bersamanya di mana dia berada” (al-
Turmudhi, Sahih, v, hlm. 633, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 56). Abdullah
bin Mas‘ud berkata: Sesungguhnya al-Qur’an diturunkan di atas 7 huruf dan
setiap huruf mempunyai makna zahir dan batin dan sesungguhnya Ali bin
Abi Talib di sisinya ilmu zahir dan batin (Hilyah al-Auliya’, i , hlm. 65).

(3). Mereka sendiri memperakui keilmuan Khalifah Ali AS. Berikut adalah
antara pengakuan Khalifah Umar mengongsi keilmuan Ali AS:

(a). Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."

(b). Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan


ketika Abu l-Hassan tidak ada."

(c)."Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan
sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
376
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(d). "Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi
Talib."

(e). "Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali
nescaya binasalah Umar."

(f). "Aku memohon perlindungan dengan Allah dari sebarang


permasalahandi mana Abu l-Hassan tidak ada." (Lihat umpamanya al-
Tabari, Dhakai'r al-Uqba, hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288).

(4). Mereka bertiga bukan daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang
disucikan (dimaksumkan) di dalam surah al-Ahzab (33):33 “Sesungguhnya
Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum)
wahai Ahlul-Bait dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya”. Mereka
adalah Nabi Muhammad SAW, Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS dipanggil
Ahli al-Kisa’ yang diselimutkan oleh Rasulullah SAW di rumah Umm Salmah
ketika turun ayat surah al-Ahzab (33): 33.

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri: Rasulullah SAW bersabda: Ayat ini


diturunkan kepada 5 orang: “Kepadaku, Ali, Hasan, Husain dan Fatimah.
Mereka itulah Ahlu Baiti, maka hilanglah kotoran dosa /syak daripada
mereka dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya” (al-Durr al-
manthur, vi, 604, Tarikh Baghdad, x, hlm.274. Ibn Hanbal, Fadha’il al-
Sahabah, ii, 761, al-Maghazali, al-Manaqib,303). Daripada Husain daripada
bapanya AS: Aku telah datang berjumpa Rasulullah SAW di rumah Umm
Salmah, dan ayat Tathir 33: 33 diturunkan: “Sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan dosa daripada kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Kemudian Rasulullah SAW
bersabda: Wahai Ali, ayat ini diturunkan kepada anda dan kepada dua anak
lelaki anda dan para imam daripada anak-anak anda” (Kifayah al-Athar, hlm.
156).
(5). Khalifah Ali AS mengakui bahawa beliau adalah maksum apabila
beliau bertanya 5 orang Ahli syura: Aku menyeru kalian dengan nama Allah
adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah menghilangkan
kekotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sebenar-benarnya
selain daripadaku?
377
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Mereka menjawab: Tidak.4
(6). Mereka bertiga tidak termasuk di dalam ayat al-Mubahalah di
dalam surah Ali Imran (3): 61)"Sesiapa yang membantahmu mengenai
(kisah'Isa) sesudah datang ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah
(kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu,
wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu;
kemudian marilah kita bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya
laknat Allah ditimpakan kepada orang yang dusta." Ayat ini diturunkan
kepada Nabi SAW, Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS. untuk bermubahalah
dengan Nasara Najran. (Sunan al-Turmudhi, v, hlm. 638, al-Nasa’i, Khasa’is
al-Imam Amir al-Mu’minin, 44). Tidak ada para sahabat dan para isterinya
dijemput untuk melakukan Mubahalah dengan Nasara Najran melainkan
keluarganya: Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS. Dan Ali adalah nafs al-Nabi;
iaitu sejiwa dan sehati dengan Nabi SAW. Ini menunjukkan keistimewaan
dan kelebihan mereka ke atas para sahabat dan para isterinya.

(7). Mereka bertiga tidak termasuk di dalam ayat Selawat; surah al-
Ahzab (33): 56 “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat
untuk Nabi. Hai orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan
ucaplah salam kehormatan kepadanya” Ayat ini diturunkan kepada Nabi
SAW, Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS. Diriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW ditanya bagaimana kami berselawat ke atas anda? Maka Rasulullah
SAW bersabda: Allahumma salli ‘alaMuhammad wa ali Muhammad (al-
Syafi‘i, al-Musnad, ii, hlm.97). Al Qurtubi di dalam Jami‘ li-Ahkam al-Qur’an
mengeaskan bahawa Ahlu l-Bait Nabi SAW dihubungkait dengan Nabi SAW
di dalam selawat ke atasnya. (Jami‘ li-Ahkam al-Qur’an, xiv, hlm. 233, al-
Bukhari, Sahih , vi , hlm.12, al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 271, al-
Baghawi, MaAlim al-Tanzil, v, 225, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 148,
Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, xv, hlm. 226).

(8). Mereka bertiga tidak termasuk di dalam ayat Wilayah di dalam


surah al-Ma’idah (5): 55) “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya,
dan orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan memberi zakat
dalam keadaan rukuk” Ayat ini diturunkan kepada Ali bin Abi Talib AS ketika
dia memberi sedekah cincinnya kepada si miskin di dalam keadaan dia
rukuk sedang sembahyang di masjid Nabi SAW. Kemudian Rasulullah SAW
keluar masjid, tiba-tiba beliau melihat peminta sedekah lalu bersabda:

4Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Cairo 1352 H., III, hlm. 259; al-
Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., hlm. 251.
378
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Adakah seseorang telah memberikan anda sesuatu? Dia menjawab: Ya.
Beliau bertanya: Siapa? Dia menjawab: Lelaki yang sedang berdiri itu. Beliau
bertanya lagi: Di dalam keadaan manakah dia memberikannya kepada anda?
Dia menjawab: Dalam keadaan rukuk. Beliau bersabda: Itulah Ali bin Abi
Talib. Lalu Rasulullah SAW bertakbir dan membaca surah al-Ma’idah (5: 56).
(Mafatih al-Ghaib, iii, hlm. 417, al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105, Asbab al-
Nuzul, i, hlm. 422, Ahkam al-Qur’an, ii, hlm. 543, Ruh al Ma‘ani, v, hlm. 149).
(9). Mereka bertiga tidak termasuk di dalam ayat Mawaddah; surah al-
Syura (42): 23 “Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun
kecuali kasih sayang kepada kerabat(ku)” Maksud dengan kerabat (al-Qurba)
di dalam ayat itu adalah Ahlu l-Kisa’: Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ibn
Abbas berkata manakala turun ayat, mereka bertanya: Siapakah kerabat
yang diwajibkan ke atas kami kasih sayang terhadap mereka? Rasulullah
SAW bersabda: Ali, Fatimah dan dua anak lelakinya” (Ibn Kathir, Tafsir, iv,
hlm. 122, al-Tabari, Tafsir, xxv, 16, al-Zamakhsyari, Tafsir al-Kasysyaf, iii,
467).
Ayat ini menunjukkan bahawa kasih sayang kepada Ahlu l-Bait
Rasulullah SAW adalah wajib. Al-Bukhari ditanya tentang kerabat di dalam
ayat tersebut, maka beliau berkata: Ia adalah kerabat Rasulullah SAW
(Sahih, vi, 129) Begitu juga jawapan al-Tabari tentang kerabat di dalam ayat
tersebut adalah kerabat Rasulullah SAW. (Jami‘ al-Bayan, xxxv, hlm. 140-15,
al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm.112). (10). Mereka bertiga tidak termasuk di
dalam ayat Tabligh; surah al-Ma’idah (5): 67) “Hai Rasul, sampaikan apa
yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa
yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari gangguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang yang kafir”
Ayat ini diturunkan untuk menguatkan perlantikan Ali AS sebagai
khalifah selepas Rasulullah SAW di Ghadir Khum. Pada mulanya Rasulullah
SAW enggan menyampaikannya kepada umatnya, kerana takut mereka
menentangnya. Akhirnya beliau dipaksa untuk memberitahunya kepada
mereka. Allah berfirman: “Jika tidak kamu kerjakan, maka kamu tidak
menyampaikan amanat-Nya”. Ini bererti tanpa perlantikkan ini, kamu tidak
menyampaikan risalah-Nya. Oleh itu risalah-Nya berpusat kepada
perlantikan Ali AS sebagai khalifah selepasnya. Rasulullah SAW telah
memerintahkan mereka supaya memberi baiah kepada Ali AS selepas Jibrail
datang kepadanya pada kali yang kedua dan berkata: Wahai, Muhammad!
Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepada anda dan berfirman di
dalam surah al-Ma’idah (5): 67) “Hai Rasul, sampaikan apa yang diturunkan
379
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang
diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah
memelihara kamu dari gangguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang yang kafir”

Rasulullah SAW bersabda: Wahai Tuhanku, siapa yang aku telah


menjadi maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah
mereka yang mewalikannya dan musuhilah mereka yang memusuhinya.
Dan tolonglah mereka yang menolongnya dan hinalah mereka yang
menghinanya” Tiba-tiba Umar bin al-Khattab berkata kepada Ali: Tahniah
kepada anda, wahai anak lelaki Abdul Muttalib. Abu Sa‘id al-Khudri berkata:
Pada masa itu kami belum pulang sehingga turun ayat Ikmaluddin; surah al-
Ma’idah (5): 6 “Pada hari ini telahku sempurnakan bagimu agamamu dan
telahku cukupkan kepadamu nikmatmu dan telahku redha Islam itu
agamamu”. Kemudian Nabi SAW bersabda: Allahu Akbar kerana
menyempurnkan agama, menyempurnakan nikmat dan keredaan Tuhan
dengan risalahku dan dengan wilayah Ali bin Abi Talib selepasku” .

Al-Tabari telah meriwayatkan Hadis dengan sanadnya daripada Zaid


bin Arqam dan diakhirnya dia berkata: Orang yang pertama berjabat tangan
dengan Nabi SAW dan Ali adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair,
Muhajirin, Ansar dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan sembahyang
Zohor dan Asar berjama‘ah di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan
baiah dan bertepuk tangan tiga kali. (Kitab al-Wilayah, 18-19, al-Musnad, iv,
hlm. 370, Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma‘arif, hlm.251, al-Muraj‘aat, hlm.262,
Asbab al-Nuzul, hlm. 150, al-Durr al-Manthur , ii, hlm. 298, Ruh al-Ma ‘ani, vi,
172, Nur al-Absar, hlm.75, Tarikh al-Ya ‘qubi, ii, hlm. 32).

(11). Mereka bertiga tidak termasuk di dalam ayat surah al-A-Nahl


(16): 43 “maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan
(Ahl al-Dhikr) jika kamu tidak mengetahui”.

Khalifah Ali AS berkata: Kamilah Ahlu al-Dhikr (orang yang mempunyai


pengetahuan) di dalam ayat itu. (YaNabi ‘ al-Mawaddah, i, 357, al-Manaqib li
Ibn Syahr Asyub, iii, 98). Dan beliau berkata lagi: Al-dhikr adalah Rasulullah
SAW dan kamilah Ahlinya” (Ibid). (12). Mereka bertiga tidak termasuk di
dalam ayat surah Ali ‘Imran (3): 7 “Tidak ada yang mengetahui takwilnya
kecuali Allah dan mereka yang ilmunya mendalam (al-Rasikhun fi l- ‘Ilmi)”
380
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Khalifah Ali AS berkata: Sesungguhnya mereka yang menyangka
bahawa merekalah yang ilmunya mendalam selain daripada kami (Ahlu l-
Bait AS) adalah pembohong, dan pendengki terhadap kami yang mana Allah
mengangkat kami dan merendahkan mereka. Dia telah memberikan kami
dan menghalang mereka.

Dia telah memasukkan kami dan mengeluarkan mereka? Dengan


kamilah diberi petunjuk” (Nahj al-Balaghah, Khutbah 144, al-Manaqib li –
Ibn Syah Asyub, i, 285). Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Aku telah bertanya
Rasulullah SAW tentang firman Allah di dalam surah al-Ra‘d (13): 43
“Cukuplah Allah dan orang yang menguasai ilmu al-Kitab (man‘ida-hu ‘ilm al-
Kitab) menjadi saksi antara aku dan kamu” Baginda bersabda: Itu adalah
saudaraku Ali bin Abi Talib (Syawahid al-Tanzil, i, 400, 422). (13). Mereka
bertiga tidak termasuk di dalam ayat surah al-Taubah (9): 119 “ Wahai
orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan bersamalah kamu
dengan orang yang benar (al-Sadiqin)”

Sibth Ibn al-Jauzi berkata: Para ulama berkata: Jadilah kamu bersama
Ali dan Ahlu l-Baitnya. Ibn Abbas berkata: Ali adalah ketua mereka yang
benar (Tadhkirah al-Khawwas, 10, al-Durr al-Manthur, iii, 290). Orang yang
berbohong walaupun satu kali di dalam hidupnya, maka dia tidak
dinamakan “orang yang benar (sadiqan)” sebagaimana orang yang
membunuh walaupun satu kali, maka nama pembunuh tidak boleh
dipisahkan daripadanya. Justeru sifat “orang yang benar” itu tidak boleh
dilaksanakan melainkan ke atas para imam Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang
maksum yang mana Allah telah menghilangkan kotoran dosa/syak
daripada mereka. (14). Mereka bertiga tidak termasuk di dalam Hadis al-
Thaqalayni.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku


akan menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-
Thaqalayni (dua perkara yang berat-penyelamat); Kitab Allah merupakan
tali Allah (hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku Ahli Baiti
(‘itrati ahli baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah
berfirman kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan
berpisah (lan yaftariqaa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di
kolamku (haudhi).

Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku


(mentaati aku) pada kedua-duanya” (Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii,17,
381
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
26, 96, Sahih Muslim, iv, Hadis 2408, Sunan al-Turmudhi, v, 663 Hadis 3788,
Sunan al-Darimi, ii, 889/3198, Tarikh Baghdad, viii, 442, Mu‘jam al-Kabir, iii,
hlm.180, Majma‘ al-Zawa’id, ix,256, al-Nasa’, al-Khasa’is Amir al-
Mukminin,150, Tahdhib Tarikh Dimasyq, v, hlm. 439). Hadis ini
menunjukkan kemaksuman Ahlu l-Bait Nabi SAW. Sementara Nabi SAW
telah memberi jaminan kepada umatnya bahawa mereka tidak akan sesat
selama-lamanya jika mereka berpegang kepada Kitab Allah dan ‘Itrah ahli
baiti (keluargaku). Umat harus merujuk kepada mereka selepas al-Qur’an.
Dan kedua-duanya tidak akan berpisah.

Pilihan antara Khalifah Maksum dan Khalifah yang tidak maksum

Jika kalian ditanya: Adakah Khalifah maksum yang menjadi pilihan


Allah dan Rasulullah-Nya, tidak menyalahi hukum al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah SAW sepenuhnya (100%) itu lebih berhak diikuti atau Khalifah
yang tidak maksum yang menyalahi sebahagian hukum al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah SAW itu lebih berhak diikuti sebagaimana di dalam surah
Yunus (10): 35 “Maka manakah yang lebih berhak diikuti, Tuhan yang
membimbing kepada kebenaran itu, ataukah orang yang tidak mampu
membimbing bahkan perlu dibimbing? Maka mengapa kamu (berbuat
demikian)? Bagaimanakan kamu mengambil keputusan?”
Jika kalian berkata bahawa Khalifah yang tidak maksum, menyalahi
sebahagaian hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW itu lebih berhak
diikuti oleh kalian, maka kami berkata: Kalian bebas mengikutinya dan
beramal dengan Sunnahnya bagi mendekatkan diri kepada Allah, tetapi
jangan memaksa kami untuk mengikutinya pula. Dan jangan jadikan kami
sebagai tawanan kepada pegangan kalian, kerana kalian bukanlah penentu
kebenaran di sisi Allah dan Rasul-Nya. Dan kuasa tidak dapat membenarkan
kebatilan.

Al-Qur’an adalah rujukan semua termasuk Khalifah Ali AS

Lantaran itu marilah kita jadikan firman-firman Allah berikut sebagai


renungan kita bersama dan ketahuilah bahawa Khalifah Abu Bakar, Umar,
Uthman, Ali AS, Fatimah AS, Aisyah, Hafsah, para sahabat yang lain, para
mufti dan para kadi serta kita sendiri tidak terlepas daripada ayat-ayat
berikut:
(i). Firman-Nya“Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan
mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-
382
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang menderhakai Allah dan
Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab (33):
36)
(ii). Firman-Nya “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman
sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus
perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam
hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka menerima dengan
sebenar-benarnya” (Al-Nisa’ (4): 65).
(iii). Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum
yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang kafir” (al-Ma‘idah(5): 44).
(iv). Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum
yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang zalim” (al-Ma‘idah
(5): 45).
(v). Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum
yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang fasiq” (al-Ma‘idah (5):
47).
(vi). Firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata
petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami
biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka
Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (al-Nisa‘(4): 115).

(vii). Firman-Nya “Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya


kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka
menyesatkan kami dari jalan (yang benar).Ya Tuhan kami, timpalah kepada
mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar”
(Al-Ahzab (33): 67-68).
Lantaran itu tidak hairanlah, jika Amir al-Mukminin Ali AS berjuang
dengan keras untuk mengembalikan Sunnah Nabi SAW ke tempat asalnya,
tetapi beliau ditentang oleh para sahabatnya.

Khalifah-khalifah sebelumku telah mengubah Sunnah-sunnah


Rasulullah SAW

Khalifah Ali AS berkata: “Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan


perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja.
Mereka melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah
Sunnah-sunnah beliau.
383
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan
mengembalikannya kepada keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW,
nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku
bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang
mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku.

Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim


pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan
Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS, mengembalikan timbangan dan
ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAW, mengembalikan tanah
kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan
rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid
(kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid);
mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh Khalifah-
Khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah
dipisahkan dari suami mereka.

Mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah


Khaibar yang telah dibahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian
dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana
dilakukan pada masa Rasulullah SAW tanpa menjadikannya tertumpu di
kalangan orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin
di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khumus sebagaimana
difardukan Allah SWT.

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman


Nabi SAW, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan
membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul),
mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke
atas peminum Nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji
sebagaimana pada zaman Nabi SAW, memerintahkan takbir lima kali dalam
sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-
Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang.

Mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAW di


dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAW telah mengeluarkannya (Abu
Bakar dan Umar), memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah
SAW (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAW telah memasukkannya,
384
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti
Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan,
mengembalikan wuduk basuh dan sembahyang kepada waktunya,
syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat
mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Parsi dan
bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”.

Sunnah Khalifah Abu Bakar dan sunnah Khalifah Umar yang menyalahi
Sunnah Nabi SAW menjadi budaya dan ikutan para sahabat

“Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka bertebaran


meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak
melakukan sembahyang jama'ah di masjid pada bulan Ramadan kecuali
sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa
sembahyang sunat berjama’ah (Tarawih) adalah bidaah, sekelompok
tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum
Muslimin! Ali ingin mengubah Sunnah Umar dan bermaksud menghentikan
kita dari melakukan sembahyang-sembahyang sunat Tarawih pada bulan
Ramadan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak”

Perpecahan umat dan pemimpin yang sesat

“Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di


kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka
yang sesat “(a’immah dhalalahwa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya menyeru
mereka ke neraka”[al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, (vii), Hadis 21, hlm.
51-52].

Para sahabat memilih Sunnah Khalifah Abu Bakar dan Umar dengan
menolak Sunnah Nabi SAW

Khalifah Ali AS begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin


khususnya para sahabat terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah
Nabi SAW. Malah mereka pula memarahi beliau. Khalifah Ali AS berkata lagi,
"Aneh! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakar dan
Umar dengan menerima segala bidaah mereka. Kemudian beliau berkata
lagi, Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan
berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab. Kemudian mereka
meredainya tanpa mengingkarinya.
385
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Malah mereka memarahi orang lain bagi mempertahankannya,


mencaci para pengkritiknya dan para penentangnya. Kemudian datang
kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bidaah-bidaah tersebut. Lantas
mereka mengambil bidaah-bidaah tersebut sebagai Sunnah dan Agama bagi
mendekatkan diri kepada Allah SWT."(Sulaim, Kitab Sulaim, hlm. 134-135).
Justeru Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menamakan bidaah-bidaah Abu Bakar,
Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW
sebagai Sunnah Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar

Oleh itu Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, menurut Syiah Ja‘fari,
adalah para Imam Dua Belas daripada Ahlu l-Bait Nabi SAW yang maksum
dan para pengikut mereka. Mereka adalah daripada keluarga Rasulullah
SAW: 1. Ali bin Abi Talib (lahir 23 tahun sebelum Hijrah, wafat 40 H/ 601-
661M) 2. Hasan bin Ali (2-50 H/623-570 M) 3. Husain bin Ali (38 -95
H/658-713 M) 4. Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (38-95 H/658-713 M) 5.
Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal ‘Abidin (57-114 H/478-732 M) 6. Ja‘far
al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (83-148 H/702-765 M) 7. Musa al-Kazim
bin Ja‘far al-Sadiq (128-183 H/745-799) 8. Ali al-Ridha bin Musa al-Kazim
(148-203 H/732-818 M)9. Muhammad al-Jawad bin Ali al-Ridha (195-220
H/810-835) 10. Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad (212-254 H/827-868
M). 11. Hasan al-Askari bin Muhammad al-Jawad (232-260 H/846-870 M)
dan 12. Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Askari as (256-H/870 M).
Kemudian para pengikut mereka (Syiah).

Mereka mempertahankan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW


sepenuhnya walaupun mereka menghadapi berbagai-bagai tekanan dan
rintangan daripada pihak yang memusuhi mereka di sepanjang zaman.
Kasih sayang Rasulullah SAW adalah umum kepada umatnya, tetapi kasih
sayang beliau terhadap keluarganya adalah secara khusus. Justeru beliau
bersabda: “Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku adalah
daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku” (Musnad ibn
Hanbal, v, 356, al-Isabah, ii, 509, al-Mustadrak, iii, 132). “Hasan dan Husain
adalah daripadaku” “Fatimah adalah sebahagian daripadaku, maka sesiapa
yang menyakitinya, dia menyakitiku” [Al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.196; Ibn
Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159;
al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159].
386
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dan para sahabat

Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah lebih tinggi daripada


kedudukan sahabat. Rasulullah SAW bersabda: “Kami Ahlu l-Bait tidak boleh
dibandingkan dengan orang lain” (al-Qundizi al-Hanafi, Yanabi’ al-
Mawaddah, hlm. 206). Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW setaraf
dengan sahabat adalah tidak tepat dan bertentangan dengan al-Qur’an dan
Hadis Nabi SAW itu sendiri. Ini termasuklah:
(I). Mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW itu adalah wajib sebagaimana
firman-Nya di dalam surah al-Syura (42): 23 “Katakanlah: Aku tidak
meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih sayang kepada kerabat
(ku)” Maksud dengan kerabat (al-Qurba) di dalam ayat itu adalah Ahlu l-
Kisa’: Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ibn Abbas berkata manakala turun
ayat, mereka bertanya: Sapakah kerabat yang diwajibkan ke atas kami kasih
sayang terhadap mereka? Rasulullah SAW bersabda: Ali, Fatimah dan dua
anak lelakinya” (Ibn Kathir, Tafsir, iv, hlm. 122, al-Tabari, Tafsir, xxv, 16, al-
Zamakhsyari, Tafsir al-Kasysyaf, iii, 467).
Soalnya (a): Bagaimanakah saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
menunjukkan kasih sayang mereka kepada Fatimah al-Zahra’ AS
sepenuhnya (100%) sedangkan mereka menyokong Abu Bakar dan Umar
ketika mereka menyerang rumah Fatimah AS supaya memberi baiah kepada
Abu Bakar, kemudian merampas kebun Fadak daripadanya dan menegah
pemberian khumus kepadanya?
(b) Bagaimanakah saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
menunjukkan kasih sayang mereka sepenuhnya (100%) kepada Ali AS
sedangkan mereka menyokong Abu Bakar dan Umar menjadi Khalifah,
walaupun Rasulullah SAW melantiknya sebagai Khalifah selepasnya
sedangkan Ali AS menuntut haknya dan adakah Ali AS berbohong di dalam
tuntutannya itu?
(c) Adakah saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah merasakan bahawa
Fatimah, Ali, Hasan dan Husain AS telah berbohong ketika mereka menuntut
jawatan Khalifah daripada Abu Bakar? Jika mereka berbohong, maka
mereka tidak disucikan oleh surah al-Ahzab (33): 33?
(d) Bagaimanakah mereka menunjukkan kasih sayang mereka
sepenuhnya kepada Husain AS ketika beliau diserang dan dibunuh di
Karbala’ sedangkan mereka menyokong pembunuh-pembunuhnya?
387
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(e) Bagaimanakah mereka menunjukkan kasih sayang mereka kepada
Rasulullah SAW sepenuhnya (100%) sedangkan mereka mematuhi Sunnah
Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalai Sunnahnya? Soalnya: Adakah
cinta dan kebencian boleh bersatu? Jawapannya:
(1). Allah SWT berfirman di dalam surah al-Ahzab(33): 4 “Allah sekali-
kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hatidalam rongganya”
(2). Rasulullah SAW bersabda: "Cinta kepada Ali adalah keimanan dan
membencinya adalah nifaq”(Sahih al-Bukhari, iii,hlm.124) “Kamu cintailah
aku kerana kecintaan kamu kepada Allah, cintailah Ahlu Baiti
(keluargaku)kerana kamu mencintaiku” (Sunan al-Turmudhi,v/622/3789,
Tarikh Baghdad, iv/160, al-Mustadrak, iii/4716, Usd al-Ghabah, ii,/18).
(3). Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib as berkata: Tidak akan
berhimpun cinta kami (hubbu-na) dan cinta musuh kami (hubbu ‘aduwwi-
na) di dalam rongga seseorang. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak
menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.

Justeru cinta dan kebencian tidak akan bertemu. Adapun pencinta kami
(muhibbu-na), maka cintanya bersih sepertilah emas yang dibersihkan
dengan api, tanpa sebarang kekotoran padanya. Lantaran itu sesiapa yang
ingin mengetahui cinta kami, maka hendaklah dia memeriksa hatinya. Jika
cintanya kepada kami dikongsi bersama oleh cintanya kepada musuh kami,
maka dia bukanlah dari kami, dan kami bukanlah daripadanya. Allah adalah
musuh mereka, Jibrail , Mika’il dan Allah adalah musuh bagi mereka yang
ingkar”
(Bihar al-Anwar, 27, hlm. 51, Hadis No. 1). Ini bererti cinta dan kebencian
tidak boleh bersatu.

(4) Ketiga-tiga Khalifah tersebut wajib menunjukkan kasih sayang


mereka kepada Fatimah, Hasan Husain dan Ali AS sepenuhnya (100%)
kerana mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Mereka terikat dengan ayat
Mawaddah tersebut. Soalnya: Adakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah percaya
bahawa mereka tidak terikat dengan ayat tersebut?

(II). Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mati kerana mencintai


keluarga Muhammad (ali Muhammad), maka dia akan mati sebagai syahid”
“Sesiapa yang mati kerana mencintai kelauarga Muhammad, maka dia akan
diampun dosanya”(al-Zamakhsyari, Tafsir Kasysyaf, iv, hlm.220) dan
sabdanya: Cintailah Ahlu Baitku kerana kalian mencintaiku” (Sunan al-
Turmudhi, v, 622/3789, Tarikh Baghdad, iv, hlm.160). Oleh itu, wajib
388
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW kerana mereka adalah manusia yang
suci yang dicintai oleh Rasulullah SAW.

(III). Rasulullah SAW bersabda: “Umpama Ahlu l-Baitku pada kamu


adalah seperti bahtera Nuh, siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang
tidak menaikinya akan tenggelam” (al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 343, al-
Tabrani, al-Ausat, hlm.216). Hadis ini menunjukkan bahawa khalifah adalah
daripada Ahlu l-Bait AS dan ketuanya adalah Nabi SAW. Ketika wafat,
baginda berjanji kepada Ahlu l-Baitnya supaya mengemudinya. Anak lelaki
Nabi Nuh AS tidak berjaya kerana dia tidak bersama bahtera bapanya.

Nuh AS telah menyeru anak lelakinya supaya menaiki bahtera


bersamanya surah Hud (11):42 “Wahai anakku! Naiklah (ke bahtera)
bersama kami dan janganlah engkau bersama orang yang kafir” Anak
lelakinya menjawab dia akan menaiki gunung bagi mengelakkan dari air
bah. Surah Hud (11): 43 “Dia menjawab, “Aku akan mencari perlindungan ke
gunung yang dapat menghindarkan aku dari air bah!” (Nuh) berkata, “Tidak
ada yang melindungi dari seksaan Allah pada hari ini selain Allah Yang Maha
Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka dia
(anak itu) termasuk orang yang ditenggelamkan”

(IV). Rasulullah SAW bersabda: Umpama Ahlu i-Baitku pada kamu


sepertilah pintu taubat Bani Israel (bab hittah Bani Israil), sesiapa yang
memasukinya diampun dosanya” (al-Sawa‘iq al-Muhriqah, 125, al-Mu‘jam
al-Ausat,vi, hlm.85, al-Mu‘jam al-Saghir, ii, hlm. 22). Hadis ini menunjukkan
bahawa Ahlu l-Bait AS merupakan tempat untuk mendapat keampunan ilahi
seperti pintu taubat Bani Israel.

(V). Rasulullah SAW bersabda: “Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah
pintunya” Justeru sesiapa yang mahukan ilmu, hendaklah dia datang melalui
pintunya (Ali). (al-Mustadrak, iii,126, Tarikh Baghdad, 377, al-Sawa‘iq al-
Muhriqah, hlm. 37).

(VI) Rasulullah SAW bersabda: “Ini Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan
Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.216, Ahmad bin Hanbal. al-
Musnad, I, hlm.111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al- ‘Ummal, vi,hlm.401).
Hadis ini menunjukkan Ali AS adalah khalifah secara langsung selepas
kewafatan Rasulullah SAW.
389
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(VII) Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah anda meredai, wahai Ali,
anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada
Nabi selepasku” (al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54 (peperangan Tabuk), Muslim,
Sahih, ii, hlm. 236 (Fadha’il al-Sahabah), Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I,
hlm. 98, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 109).

(VIII) Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku


dan aku adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku”
(Sahih al-Turmudhi, v, 632, Musnad Ahmad, v, 356, Khasa’is al-Nasa’i, 61-64).

Kelebihan mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAW

(i) Menghapuskan dosa:

(a) Rasulullah (SAW bersabda: Mencintai kami Ahlu l-Bait


menghilangkan dosa dan menggandakan kebaikan (Irsyad al-Qulub, 253).

(b) Imam Ja‘far al-Sadiq AS berkata: Sesungguhnya mencintai kami


Ahlu l-Bait akan meluruhkan dosa daripada hamba-hamba sebagaimana
angin yang kencang meluruhkan daun-daun” (Thawab al-‘Amal, i, 223).

(ii) Menenangkan hati:

(a) Imam Ali AS berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW manakala


turun ayat surah al-Ra‘d (13): 28 “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah
hati menjadi tenteram” bersabda: Itu adalah bagi mereka yang mencintai
Allah, Rasul-Nya dan mencintai Ahlu Baiti (keluargaku) dengan sebenar,
bukan pembohong. Mereka mencintai mukiminin yang hadir dan ghaib,
ingat dengan mengingati Allah, maka mereka berkasih sayang” (Kanz al-
‘Ummal, ii, 442, al-Durr al-Manthur, iv, 642).

(b) Imam Ja‘far al-Sadiq AS berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada


Ali AS: Adakah anda tahu kepada siapakah ayat ini (13: 28) diturunkan? Dia
berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, baginda bersabda: Kepada
mereka yang membenarkan aku dan beriman denganku, mencintai anda dan
‘itrah anda selepas anda, menyerahkan urusannya kepada anda dan kepada
para imam selepas anda” (Tafsir Furat al-Kufi, 207).
390
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(iii) Hikmah:

Imam Ja‘afar al-Sadiq AS berkata: Siapa yang mencintai Ahlu l-Bait dan
membenarkan cinta kepada kami di hatinya, maka akan mengalirlah mata
air hikmah di lidahnya, lalu iman diperbaharui di hatinya” (al-Mahasin, i ,
134).

(iv) Pelengkap agama:

Rasulullah SAW bersabda: Mencintai Ahlu l-Baitku dan zuriatku adalah


pelengkap agama” (amali al-Saduq, i,161).

(b) Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan keluargaku dan Ahlu l-Baitku


seperti kelebihan air ke atas setiap sesuatu. Dengan air akan kekal dan
hidup semua sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Anbiya’ (21): 30
“dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa
mereka tidak beriman? Dan mencintai Ahlu l-Baitku dan keluargaku akan
menyempurnakan agama (al-Ikhtisas, 37).

(v) Syafaat Ahlu l-Bait AS:

(a) Rasulullah SAW bersabda: Syafaatku kepada umatku bagi mereka


yang mencintai Ahlu l-Baitku, dan merekalah Syiahku” (Tarikh Baghdad, ii,
146).
(b) Rasulullah SAW bersabda: Amalkan kasih sayang kepada kami Ahlu l-
Bait, kerana siapa yang bertemu dengan Allah pada hari Kiamat di dalam
keadaan dia mencintai kami, akan memasuki syurga dengan syafaat kami”
(al-Mu‘jam al-Ausath, ii, 360).
(c) Imam Ali AS berkata: Bagi kami syafaat kami dan bagi mereka yang
mencintai kami ada syafaat untuk mereka. Justeru berlumbalah untuk
berjumpa dengan kami di kolam (haudh). Sesungguhnya kami menghalang
musuh-musuh kami darinya dan kami menuang air kepada kekasih kami
dan para wali kami” (Syawahid al-Tanzil, ii, 310).

(vi) Cahaya pada hari Kiamat:

(a) Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling berseri mukanya pada
hari Kiamat adalah orang yang paling mencintai keluarga Muhammad
(Syawahid al-Tanzil, ii, 310).
391
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(b) Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan, seorang hamba tidak mencintai
Ahlu l-Baitku melainkan Allah memberinya cahaya sehingga dia datang
kepadaku di Haudh dan tidak membenci Ahlu l-Baitku oleh seorang hamba
melainkan Dia menyekatnya darinya pada hari Kiamat” (Syawahid al-Tanzil,
ii, 310).

(v) Aman pada hari Kiamat:

(a) Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mencintai kami Ahlu l-Bait,
Allah akan menghimpunkannya di dalam keadaan aman pada hari Kiamat”
‘Uyun Akhbar al-Ridha, ii, 85).
(b) Rasulullah SAW bersabda: Cinta kepadaku dan cinta kepada Ahlu l-
Baitku bermanfaat pada 7 tempat yang besar: Ketika wafat, ketika di dalam
kubur, ketika dibangkit, ketika (diberikan) Kitab, ketika dihisab, ketika di
timbangan (mizan) dan ketika dititian (Jami ‘ al-Akhbar, 513).

(vi) Cekal di atas Titian:

(a)Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling cekal di atas titian


adalah orang yang paling mencintaiku dan Ahlu l-Baitku” ( Jami‘ al-AHadis li-
i-Qummi, 331).
(b)Rasulullah SAW bersabda: Seorang yang mencintai kami Ahlu l-Bait, lalu
tergelincir kakinya, maka kakinya akan menetapkannya kembali sehingga
Allah menyelamatkannya pada hari Kiamat” (al-Sawa‘iq al-Muhriqah, 187).

(vii) Di kumpulkan bersama Ahlu l-Bait AS:

(a) Imam Ali AS berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah


memegang tangan Hasan dan Husain dan bersabda: Siapa yang mencintaiku
dan mencintai dua lelaki ini dan ibu bapa mereka berdua, maka dia akan
bersamaku pada hari Kiamat (Sunan al-Turmudhi, v, 641/37733, Musnad Ibn
Hanbal, i,168)

(b) Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mencintai kami Ahlu l-Bait kerana
Allah akan dikumpulkan bersama kami dan dimasukkan bersama kami di
syurga (Kifayah al-Athar,35, Muqatil al-Talibin, 86)
(c) Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mencintai kami, dia akan bersama
kami pada hari Kiamat dan jika seorang mencintai satu batu sekalipun,
nescaya Allah akan mengumpulkannya bersamanya” (Amali al-Saduq, 174)
392
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

(viii) Syurga:

(a) Huzaifah berkata: Aku telah melihat Rasulullah SAW memegang


tangan Husain bin Ali dan bersabda: Wahai manusia, datuk Husain adalah
lebih mulia di sisi Allah daripada datuk Yusuf bin Ya‘qub. Sesungguhnya
Husain di syurga, bapanya di syurga, ibunya di syurga, saudaranya di syurga,
pencinta mereka di syurga dan pencinta kepada pencinta mereka di syurga”
( Maqtal al-Husain oleh al-Khawarizmi, i, 67)

(b) Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali, siapa yang mencintai anak
lelaki anda, maka dia mencintai anda. Siapa yang mencintai anda, maka dia
mencintai aku. Siapa yang mencintai aku, maka dia mencintai Allah. Siapa
yang mencintai Allah, maka dia akan dimasukkan syurga. Siapa yang
membenci mereka, maka dia membenci anda. Siapa yang membenci anda,
maka dia membenci aku. Siapa yang membenci aku, maka dia membenci
Allah. Dan siapa yang membenci Allah, maka hak ke atas Allah
memasukkannya ke neraka” (Durar al-AHadis al-Nabawiyyah, 51)

(c) Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mencintai kami dengan


hatinya dan membantu kami dengan tangannya dan lidahnya, maka aku dan
dia di tempat yang tinggi (‘illiyyin). Siapa yang mencintai kami dengan
hatinya dan membantu kami dengan lidahnya serta menahan tangannya,
maka dia adalah pada peringkat yang berikutnya. Siapa yang mencintai kami
dengan hatinya dan menegah daripada kami lidahnya dan tangannya, maka
dia adalah pada peringkat yang berikutnya” (Ihqaq al-Haqai’q, ix, 484).

(viii) Kebaikan dunia dan akhirat:

Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mahu bertawakal kepada Allah,


maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-Baitku. Siapa yang mahu selamat
daripada azab kubur, maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-Baktiku. Siapa
yang mahu hikmah, maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-Baitku. Siapa yang
mahu memasuki syurga tanpa hisab, maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-
Baitku. Demi Tuhan, tidak ada seorang pun yang mencintai mereka
melainkan dia dapat keuntungan di dunia dan di akhirat” (maqtal al-Husain,
i, 59, Fara’id al-Samthin, ii, 299)
393
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Lantaran itu Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah mengikut jalur keluarga
Rasulullah SAW seramai 13 orang yang disucikan; iaitu (1) Fatimah, (2) Ali
dan (3) anak cucu mereka 11 para Imam AS yang mana mereka tidak
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Mereka percaya kemaksuman
Rasulullah SAWsepenuhnya (100%).

Pujian Rasulullah SAW terhadap Syiah dengan kejayaan di Akhirat

Perkataan Syi‘ah telah disebut di dalam Hadis Nabi SAW. Imam al-
Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur, ketika menjelaskan tentang surah
Bayyinah (98: 7) “Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan
kebajikan, mereka itulah sebaik-baik makhluk”, maka dia mengutip (i) sabda
Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai Ali, Anda dan Syi‘ah anda di hari Kiamat
nanti di dalam reda dan meredai” Dan (ii) sabdanya lagi: “Ini Ali dan
Syi‘ahnya (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di hari Kiamat
kelak” (al-Durr al-Manthur, vi hlm. 379).

(iii) Nabi SAW bersabda: Syafaatku kepada umatku bagi mereka yang
mencintai Ahlu l-Baitku, dan merekalah Syiahku” (Tarikh Baghdad, ii,146).
(iv). Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya anda dan Syiah
anda akan datang kepada Allah dalam keadaan reda dan meredai sementara
musuh anda di dalam keadaan marah dan terbelenggu” (al-Sawa‘iq al-
Muhriqah, ii, 449) (v) Rasulullah SAW bersabda: Anda dan Syiah anda
adalah janjiku dan janji kamu adalah di Haudhku” (al-Durr al-Manthur, vi,
379). (vi) Rasulullah SAW bersabda: Jadilah Ahlu Baiti (keluargaku)
daripada kamu tempat kepala daripada jasad dan tempat dua mata daripada
kepala, kepala tidak akan mendapat petunjuk melainkan dengan dua mata”
(Is‘af al-Raghibin bi-Hamisy Nur al-Absar, 110, al-Fusul al-Muhimmah oleh
Ibn al-Sibagh al-Maliki, 8).

(vii) Nabi SAW telah mengakui kewujudan Syiah pada masa


hidupnya. (viii) Nabi SAW mempercayai Syiah Ali AS dan memberi jaminan
kejayaan di Akhirat kelak (ix) Ali AS dan Syiahnya akan mendapat kejayaan
di Akhirat. (x) Justeru tuduhan Wahabi bahawa Syiah berasal daripada
Abdullah bin Saba’ itu tertolak. (xi) Syiah mempunyai musuh yang ramai
selepas kewafatan Nabi SAW sehingga ke masa kini. Khalifah Ali AS juga
tidak disukai oleh kebanyakan umat Islam, kerana kecintaan mereka
kepada Abu Bakar dan Umar adalah melintasi batas al-Qur’an dan Sunnah
Nabi SAW. Lantaran itu Syiah menghadapi penderitaan sepanjang abad
394
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dengan pengusiran, pembunuhan, diskriminasi, Enakmen Jenayah Syariah,
penjara dan lain-lain. Oleh itu jikalaulah Ali AS tidak pernah menjadi
khalifah umat Islam, nescaya Syiah kurang tersohor dan dikenali.

(a) Rasulullah SAW bersabda tentang sifat Ali AS: Wahai manusia,
ujilah anak-anak kamu dengan mencintai Ali, kerana Ali tidak menyeru
kepada kesesatan dan tidak menjauhi manusia dari petunjuk. Siapa yang
mencintainya, maka dia adalah daripada kamu dan siapa yang
membencinya, maka dia bukanlah daripada kamu” (Tarikh Dimasyq, ii,
225/730).

(b) Khalifah Ali AS berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu


Dhar, siapa yang mencintai kami Ahlu l-Bait, maka hendaklah dia mencintai
Allah di atas nikmat yang pertama”. Dia bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah
nikmat yang pertama itu? Baginda menjawab: “Kelahiran yang baik,
sesungguhnya kami tidak dicintai melainkan oleh mereka yang mempunyai
kelahiran yang baik-bukan anak zina” (Amali al-Tusi, 455/1018, al-Mahasin,
i, 232).

(c) Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Ali! Siapa yang mencintaiku,


maka dia mencintai anda dan mencintai para imam daripada anak-anak
anda, maka hendaklah dia memuji Allah di atas kelahirannya yang baik
kerana kami tidak dicintai melainkan oleh mereka yang baik kelahirannya
(tabat wiladatu-hu) dan tidak akan membenci kami melainkan oleh mereka
yang buruk kelahirannya-anak zina” (Amali al-Saduq, 384, Ma‘ani al-Akhbar,
161).

(d) Rasulullah SAW bersabda kepada Ali AS: “Anda tidak akan dibenci
di kalangan Arab melainkan oleh anak zina” (al-Manaqib oleh al-
Khawarizmi, 323, Fara’id al-Samthin, i, 135).
(e) Khalifah Ali AS berkata: “Aku tidak dicintai oleh orang kafir dan anak
zina” (al-Manaqib oleh Ibn Syahri Asyub, ii, 267).
(f) Mahbub bin Abi al-Zinad: Orang Ansar berkata: Sekiranya kami mahu
mengetahui seseorang lelaki tanpa bapa (anak zina) adalah dengan
kebenciannya kepada Ali bin Abi Talib” (Tarikh Dimasyq, ll, 224).
(g) Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membenci Ali, maka dia
membenciku. Siapa yang membenciku, maka dia membenci Allah. Tidak
akan mencintai anda (Ali) melainkan oleh mukmin dan tidak akan
395
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
membenci anda melainkan oleh kafir atau munafik” (Tarikh Dimasyq, ll,
188)

(h) Khalifah Ali AS berkata: Rasulullah SAW telah berjanji kepadaku:


Aku tidak dicintai melainkan oleh mukmin dan aku tidak dibenci melainkan
oleh munafik” (Sunnan al-Nasa’i, viii, 177, Musnad Ibn Hanbal, i, 204).

Pujian Amir al-Mukminin Ali AS terhadap Syiahnya

Amir al-Mukminin Ali AS berkata kepada Qanbar: “Wahai Qanbar,


bergembiralah, dan beritahulah tentang kegembiraan ini, demi Tuhan,
sesungguhnya Rasulullah SAW telah wafat di dalam keadaan beliau SAW
memarahi umatnya selain daripada Syiah (maata rasulullah SAW wa huwa
‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam


adalah Syiah (ala wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu l-Islam al-Syi‘ah).
Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang Islam adalah Syiah
(ala wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah).
Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah
Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan


Islam adalah Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l-Islam
al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada
semua majlis adalah majlis Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-
sayyidu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka
imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli
syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah ).

Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku
tidak melihatnya dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak
ada di bumi ini, nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada orang yang
menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat kebaikan di
dunia dan di akhirat. Setiap nasibi (penentang Syiah) sekalipun dia bekerja
keras (kullu nasibin mujtahidin), maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-
hu habaa’an).
Syiah kami bercakap dengan cahaya Allah A. W. Adapun mereka yang
menyalahi Syiah bercakap dengan kesalahan (tafallutin). Demi Tuhan, tidak
396
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
seorang di kalangan Syiah kami yang tidur melainkan Allah mengangkatkan
rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan
meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman syurga-Nya; di bayang
‘Arasy-Nya. Dan jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk
mengembalikannya kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka
yang mengerjakan haji dan umrah di kalangan kamu adalah tetamu
istimewa Allah a.w. Sesungguhnya orang fakir kamu adalah ahli kekayaan
dan orang kaya kamu adalah ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua
adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya” (Raudhah
min al-Kafi,viii, hlm. 26-28, Qum, 1985).

Ini bererti (i) Rasulullah SAW telah reda dengan Syiah Ali dan Khalifah
Ali AS pula senang hati dengan Syiahnya (ii) Kerana Kekuatan Islam,
menurut Khalifah Ali, adalah Syiah. (iii) Tiang Islam adalah Syiah (iv)
Puncak Islam adalah Syiah (v) kemuliaan Islam adalah Syiah (vi) Tuan
kepada semua majlis adalah majlis Syiah (vii) Imam bagi bumi adalah bumi
yang diduduki Syiah. (viii) Syiah kami bercakap dengan cahaya Allah
sementara mereka yang menyalahi Syiah bercakap dengan kesalahan.

(ix) Nasibi (penentang Syiah) sekalipun dia bekerja keras, maka


amalannya adalah sia-sia (x) Syiah mengamalkan kehidupan yang
sederhana (xi) Syiah adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti
seruan-Nya.(xii) Justeru dakyah Wahabi untuk memisahkan Syiah daripada
para imam mereka adalah dakyah tanpa ilmu dan kesedaran. Mereka tidak
menggunakan akal yang sejahtera kerana kejahilan mereka di dalam bidang
sejarah dan logik, justeru mereka senang diperalatkan. (xiii) Soalnya:
Adakah Khalifah Ali AS telah berbohong ketika dia memuji Syiahnya?

(xiv) Syiah Ali adalah bersama Ali AS tanpa meninggalkan jenazah


Rasulullah SAW sehingga selesai dikebumikan sementara Abu Bakar dan
Umar serta rakan-rakannya berada di Saqifah Bani Sa‘idah bagi merebut
jawatan Khalifah daripada Ali AS (xv) Syiah Ali juga bersama Ali AS tanpa
meninggalkan jenazah Fatimah al-Zahra’ sementara Abu Bakar dan Umar
tidak dibenarkan mengerjakan sembahyang ke atasnya kerana menuruti
wasiatnya.(xvi) Fatimah AS berkata bahawa Abu Bakar dan Umar adalah
musuh Allah (xvii) kerana cubaan membakar rumahnya, merebut jawatan
Khalifah daripada suaminya, merampas tanah Fadak yang dihadiahkan oleh
ayahndanya kepadanya, membatalkan pemberian khumus yang diberikan
397
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kepadanya dan mengikat suaminya dengan tali dan diikat kedua tangan dan
kakinya supaya memberi baiah kepada Khalidfah Abu Bakar.

(xviii) Peperangan Khaibar telah menjadi asas peperangan strategik


bagi umat Islam apabila Syiah Ali AS bernama Salman al-Farisi
mencadangkan supaya digali parit (Khandaq) untuk mencegah Yahudi dari
terus maju ke depan memerangi Rasulullah SAW, tentu sekali Rasulullah
SAW dan Ali AS telah memainkan peranan yang penting di dalam
peperangan Khaibar. Rasulullah SAW bersabda: “ Wahai Ali! Pukulan anda
di Khaibar adalah lebih baik daripada ibadat jin dan manusia”. (xix) Ali AS
telah mengerjakan sembahyang jenazah ke atas Syiahnya Salman al-Farisi di
al-Mada’in, Iraq yang mana beliau terpaksa bertolak dari Madinah ke al-
Mada’in dengan cara yang paling pantas yang tidak dapat dilakukan oleh
manusia biasa. Kemudian beliau kembali ke Madinah pada hari itu juga (al-
Ihtijaj).
Khalifah Ali AS berkata: “Urusan kami adalah sulit dan menyulitkan. Ia
tidak diakui melainkan oleh malaikat yang hampir kepada Allah (malak
muqarrab), Nabi yang diutus (Nabiyyun mursalun) dan mukmin yang diuji
hatinya dengan keimanan”

(xx) Kejayaan Khalifah Ali AS di peperangan Jamal menentang


pemberontakan Aisyah, Talhah dan Zubair, di peprangan Siffin menentang
pemberontakan Mu‘awiyah, dan di peperangan Nahrawan menentang
pemberontakan Khawarij yang mana Syiah Ali AS turut terlibat.

(xxi) Justeru Sunni-Syiah harus bersatu bagi menjimatkan tenaga, kos,


senjata, nyawa dan kecederaan yang sia-sia bagi menentang kezaliman
Israel. Allah berfirman di dalam surah Ali ‘Imaran (3): 103 “ Dan berpegang
teguhlah kamu semuanya pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai”

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian di atas dan lain-lain, Khalifah Ali dan 11


Imam daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang maksum dari sudut al-
Qur’an dan Hadis, menurut Syiah mazhab Ja‘fari, adalah Ahli Sunnah Nabi
SAW yang sebenar. Mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan
sepenuhnya. Mereka adalah Ali, Hasan, Husain, Ali Zainal ‘Abidin,
Muhammad al-Baqir, Ja‘far al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Ridha,
Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, Hasan al-Askar dan Muhammad al-Mahdi
398
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
AS. Kasih sayang Rasulullah SAW adalah umum kepada umatnya, tetapi
kasih sayang beliau SAW terhadap keluarganya adalah secara khusus.
Justeru beliau bersabda: “Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku
adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku”
(Musnad ibn hanbal, v, 356, al-Isabah, ii, 509, al-Mustadrak, iii, 132). “Hasan
dan Husain adalah daripadaku” “Fatimah adalah sebahagian daripadaku,
maka sesiapa yang menyakitinya, dia menyakitiku” [Al-Bukhari, Sahih, VI,
hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida,
Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159].

Justeru para Imam 12 daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW telah


menolak bidaah atau “sunnah” Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, merekalah Ahli
Sunnah Nabi SAW yang sebenar. Mereka disokong oleh al-Qur’an
berdasarkan Hadis al-Thaqalayni yang mana mereka tidak akan
meninggalkan al-Qur’an dari semua sudut kerana mereka adalah saudara
kembar al-Qur’an.

Adapun Syiah Imam 12 adalah Syiah yang mengikut 12 imam


daripada keluarga Rasulullah SAW. Mereka juga dikenali dengan pengikut
mazhab Ja‘fari yang dikaitkan dengan Imam Ja‘far al-Sadiq AS, beliau adalah
imam keenam Syiah.

Adapun mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang dipimpin oleh Abu al-
Hasan al-Asy‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi telah wujud hampir 3 abad
selepas kewafatan Nabi SAW. Justeru umat Islam sebelum kedatangan
mereka berdua tidak berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal-Jama‘ah.
Mereka berdua pula bukanlah daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW. Justeru,
tidak hairan jika Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah kebanyakannya telah menjadikan
sunnah khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an
dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai ikutan atau akidah mereka tanpa
kajian perbandingan antara sunnah mereka bertiga dengan Sunnah
Rasulullah SAW dan al-Qur’an bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT
sehingga mereka mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW itu sendiri dari
sudut amali di dalam beberapa perkara.

Kemudian mereka memaksa orang lain pula supaya melakukan


perkara yang sama sebagaimana diungkapkan oleh Khalifah Ali AS. Begitu
399
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
juga dengan Imam Malik, Imam al-Syafi‘i, Imam Abu Hanifah dan Imam
Hanbali, mereka bukanlah daripada keluarga Rasulullah SAW seperti Hasan,
Husain dan ibunya Fatimah al-Zahra’ Binti Muhammad SAW. Mereka
bukanlah seperti Ali AS sepupu dan menantu Rasulullah SAW yang paling
alim, berani di medan perang, zuhud, mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan
sepenuhnya.
Para Imam 12 mengeluarkan hukum yang sama di dalam perkara yang
sama di kalangan mereka tanpa mengatasi hukum Allah dan Sunnah Rasul-
Nya. Di kalangan para imam mazhab empat, hanya Imam Malik dan Imam
Abu Hanifah yang telah menjadi murid kepada Imam Ja‘far al-Sadiq AS,
Imam keenam Syiah Imam 12 yang dikenali juga dengan mazhab Ja‘fari.
Sementara mereka berempat pula mempunyai asas keilmuan yang berbeza
dan melahirkan hukum fekah yang berbeza pula. Dan terdapat hukum fekah
mereka yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW itu sendiri.
Justeru mereka tidak boleh dibandingkan dengan para Imam daripada Ahlu
l-Bait Rasulullah SAW kerana mereka dijamin oleh Rasulullah SAW dengan
Hadis al-Thaqalayini.

Justeru Syiah mempertahankan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW


sehingga mereka menolak sunnah sahabat yang menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah SAW kerana ijtihad tidak boleh menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah SAW. Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah pula
mempertahankan sunnah sahabat walau pun ia menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah SAW kerana mereka menganggapnya sebagai ijtihad
yang boleh menolak Nas; jika ia betul mendapat dua pahala dan jika ia salah
mendapat satu pahala. Inilah yang membuat kebanyakan Sunni tersasar
dari a-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Soalannya: Adakah Allah dan Rasul-Nya meredai ijtihad yang


menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya? Jika kalian menjadi Menteri
Undang-undang, umpamanya, adakah kalian akan membebaskan kumpulan
perompak yang melakukan rompakan dengan alasan ijtihad? Justeru,
bagaimanakah kalian menilai Allah dan Rasul-Nya? Adakah sahabat
melebihi Allah dan Rasul-Nya? Jika kalian megatakan Allah dan Rasul-Nya
melebihi sahabat bererti kalian menerima hujah Syiah yang menolak
sunnah sahabat yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW! Dan
kalian pula tidak boleh dituduh mencaci atau menghina sahabat pula.
400
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Walau bagaimana pun persamaan antara sunnah Khalifah Ali AS dan


Sunnah Nabi SAW masih disembunyikan daripada pengetahuan umum di
Nusantara bagi tujuan menutupi kelebihan Khalifah Ali AS ke atas tiga
Khalifah sebelumnya dan bagi menyesatkan Syiah mazhab Ja‘fari yang
menuruti sunnah khalifah Ali AS yang bertentangan dengan sunnah tiga
khalifah sebelumnya.
401
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KETUJUH

G. 1. FATWA DARIPADA SYEIKH AL-AZHAR

Terjemahan Teks Fatwa yang telah dikeluarkan oleh yang mulia al-
Ustaz al-Akbar Syeikh Mahmud Syaltut Syeikh Universiti Al-Azhar
tentang harusnya melakukan amal ibadat menurut mazhab Syiah
Imamiyyah.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Syeikh Syaltut ditanya: Setengah orang berpendapat bahawa untuk


sahnya ibadat dan mu’amalat seorang muslim itu mestilah mengikuti salah
satu daripada mazhab yang empat. Sementara mazhab Syi’ah Imamiyyah
dan Syi’ah Zaidiyyah tidak termasuk. Adakah anda bersetuju pendapat
tersebut secara mutlak? Justeru, anda melarang (orang ramai) mengikuti
mazhab Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah umpamanya?

Beliau menjawab:

1. Agama Islam tidak mewajibkan ke atas seorang pun dari pengikut-


pengikutnya berpegang kepada mazhab tertentu. Malah kami berpendapat
bahawa setiap muslim berhak mengikuti mana mana mazhab yang dipindah
secara betul dan hukum-hukumnya pula disusun di dalam kitab-kitab
tertentu. Dan bagi individu yang telah mengikuti mana mana mazhab dari
mazhab-mazhab tersebut dibolehkan pula berpindah kepada mazhab yang
lain. Iaitu mana-mana mazhab yang lain dan ia tidak sedikitpun berdosa
berbuat demikian.

2. Sesungguhnya mazhab Ja’fari yang dikenali dengan mazhab Syi‘ah


Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah satu mazhab yang harus beramal ibadat
dengannya dari segi syarak sepertilah mazhab-mazhab Ahli Sunnah. Oleh itu
sayugialah bagi orang-orang Islam mengetahuinya dan membebaskan diri
mereka dari asabiyyah tanpa kebenaran kepada mazhab-mazhab tertentu.
Agama Islam atau syariatnya bukanlah mengikuti mazhab tertentu atau
berhenti di atas satu mazhab. Kerana semua mujtahid diterima di sisi Allah.
402
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Dan harus bagi orang yang tidak pakar di dalam perbincangan (al-Nazar)
dan ijtihad mengikuti mereka dan beramal dengan apa yang mereka
tetapkan di dalam fiqah mereka. Dan tidak ada perbezaan di dalam hal itu di
antara hukum-hukum ibadat dan mu‘amalat (Lihat youtube
http://youtu.be/vu9F5YsT_M4: Syiah adalah saudara…oleh Syeikh al-
Azhar)

2. DEKLARASI AMMAN 2005

Deklarasi Amman (2005) OIC (Pertubuhan negara-negara Islam) telah


memperakui 8 mazhab di dalam Islam, 2 daripadanya adalah mazhab Syiah
Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah.

TIGA PERKARA DARI MESEJ AMMAN

V.1. SOALAN-SOALAN YANG LAZIM

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Semoga selawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan keluarganya yang
suci dan mulia.

(1) Sesiapa yang merupakan pengikut kepada salah satu daripada empat
buah sekolah perundangan Islam Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali),
dua buah sekolah perundangan Islam Syiah (Ja'fari dan Zaidi), sekolah
perundangan Islam Ibadi dan sekolah perundangan Islam Zahiri, adalah
seorang Islam. Mengisytiharkan bahawa seorang itu kafir/murtad adalah
tidak dibenarkan. Sesungguhnya darah, kehormatan, dan harta tidak boleh
dicabuli. Lebih-lebih lagi, menurut fatwa Syeikh Al-Azhar, adalah tidak
mungkin dan tidak dibenarkan untuk mengisytiharkan sesiapa yang
menganuti fahaman Asy'ari atau atau sesiapa mengamalkan Tasawwuf
yang sebenar sebagai kafir. Begitu juga, adalah tidak mungkin dan tidak
dibenarkan untuk mengisytiharkan sesiapa yang menganuti fahaman Salafi
yang sebenar sebagai kafir. Tidak kurang, ia adalah tidak mungkin dan tidak
dibenarkan untuk mengisytiharkan sebagai murtad mana-mana kumpulan
Islam yang percaya kepada Tuhan, Maha Suci dan Maha Tinggi, dan Rasul-
Nya SAW dan lima rukun Islam, dan tidak menafikan apa-apa rukun yang
perlu dari agama.
403
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(2) Maka di sana wujud lebih banyak persamaan antara pelbagai mazhab
Islam daripada perbezaan di antara mereka. Para penganut kepada lapan
buah sekolah perundangan Islam telah bersetuju dengan prinsip-prinsip
asas Islam. Semua percaya kepada Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi,
Satu dan Unik; al -Qur'an yang mulia ialah firman Allah dan bahawa Nabi
Muhammad SAW, adalah Nabi dan Rasul kepada semua umat
manusia.Semua bersetuju tentang lima rukun Islam: dua kalimah syahadah
(shahadatayn); sembahyang (salat) zakat; puasa bulan Ramadan, dan Haji ke
rumah Allah (di Mekah). Semua juga bersetuju tentang asas-asas
kepercayaan: kepercayaan kepada Allah, malaikat-malaikat -Nya, kitab-
kitab -Nya, Rasul-rasul-Nya, dan hari kiamat , Qadha’ dan Qadar-Nya; baik
dan jahat. Perbezaan pendapat antara ulama daripada lapan sekolah
perundangan Islam hanya berkenaan dengan cabang agama (furu') dan
tidak berkenaan dengan prinsip-prinsip dan asas-asas (usul) [agama Islam].
Perbezaan pendapat dari sudut cabang agama (furu') adalah rahmat. Ada
pendapat orang terdahulu yang mengatakan bahawa perbezaan dalam
pendapat di kalangan ulama adalah " adil lagi baik" .
(3) Akuan sekolah-sekolah perundangan Islam dalam Islam bererti
mengikut satu metodologi asas dalam pengeluaran fatwa: Tiada siapa boleh
mengeluarkan fatwa tanpa kelayakan peribadi yang diperlukan setiap
sekolah perundangan Islam menentukan [untuk penganut sendiri]. Tiada
siapa boleh mengeluarkan fatwa tanpa mematuhi metodologi mazhab
Islam. Tiada siapa boleh menuntut untuk melakukan ijtihad tanpa had atau
membuat sekolah perundangan Islam yang baru atau untuk mengeluarkan
fatwa yang tidak boleh diterima yang mengeluarkan orang Islam daripada
prinsip-prinsip dan kepastian Syariah dan apa yang telah ditubuhkan
berkenaan dengan sekolah-sekolah Fekah. Tiga titik Amman Mesej V.2.
Deklarasi Amman ditandatangani oleh 552 peserta yang terdiri daripada
ketua-ketua kerajaan, pembesar-pembesar, mufti-mufti, menteri-menteri
agama, para akademik dan lain-lain dari Dunia Islam”.

3. DEKLARASI MAKKAH AL-MUKARRAMAH PENGAKUAN SITUASI IRAQ


(2006) OIC

Memandangkan keadaan sekarang di Iraq, yang mana pertumpahan


darah adalah meluas, dan pencerobohan ke atas aset dan hartanah yang
dilakukan dengan berselindung di sebalik Islam, adalah menjadi kejadian
harian, dan sebagai tindak balas kepada jemputan Setiausaha Agung
404
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan di bawah naungan OIC
International Fekah Academy Islam (IIFA), Kami ulama Iraq, dari kedua-dua
Sunni dan Syi'ah, telah berjumpa di Makkah Al- Mukarramah pada bulan
Ramadan tahun Lunar Hijrah 1427H (2006) dan membincangkan keadaan
di Iraq serta isu nasib buruk rakyat Iraq, dan mengisytiharkan Deklarasi
berikut:

I. Islam adalah orang yang mengaku imannya dengan menaik saksi bahawa
tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul-Nya.
Prinsip-prinsip asas ini adalah sama berkaitan dengan Sunni dan Syi'ah
tanpa pengecualian. Asas-asas umum dan matlamat antara kedua-dua aliran
pemikiran ini adalah lebih banyak persamaan daripada perbezaan. Sebarang
perbezaan di antara mereka adalah semata-mata perbezaan pendapat dan
tafsiran. Dan tidak perbezaan penting tentang iman atau isi rukun Islam.
Dari sudut pandangan Syariah Islam, tidak ada pengikut mana-mana
sekolah pemikiran boleh menafikan, mencurigai iman dan kesetiaan
pengikut sekolah yang lain, atas alasan bahawa Nabi Allah (SAW) berkata:
Jika salah seorang daripada kamu memanggil saudaranya: Anda kafir, salah
seorang daripada mereka akan menjadi kafir dan menanggung
tanggungjawab itu ! ".

II. Darah, harta, kehormatan, dan reputasi Islam tidak boleh dipertikaikan
berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang mulia yang mana Allah SWT
berfirman maksudnya: "Dan sesiapa yang sengaja membunuh seorang
mukmin, maka balasannya ialah neraka mereka kekal di dalamnya, azab dan
laknat Allah ke atasnya, dan azab seksa yang besar disediakan baginya "; dan
HadisNabi Muhammad SAW yang mengatakan: "Semua yang berkaitan
dengan Islam adalah tidak boleh dipertikaikan, termasuk darah, harta,
kehormatan, dan reputasi " Oleh itu, tidak ada Muslim, sama ada dia Syiah
atau Sunni, boleh tertakluk kepada pembunuhan atau apa-apa kemudaratan,
ugutan, keganasan atau pencerobohan ke atas hartanya; hasutan
kepadanya; atau anjakan secara paksa, deportasi, atau penculikan. Selain itu,
tiada anggota keluarga beliau menjadi tebusan atas alasan agama atau
mazhab. Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut akan jatuh dari
pegangan dan rahmat keseluruhan Ummah, termasuk semua pihak yang
berkuasa Muslim, ulama, dan semua orang yang beriman.

III. Semua rumah-rumah ibadat adalah tidak boleh dipertikaikan, termasuk


masjid dan rumah-rumah ibadat semua kepercayaan dan agama-agama.
405
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Oleh itu, tempat-tempat ibadat tidak boleh diserang dengan apa cara yang
digunakan sebagai syurga untuk melakukan tindakan yang melanggar
undang-undang Syariah. Sebaliknya, mereka harus mengembalikannya
kepada pemiliknya yang perlu mendapatkan semula akses penuh dan tidak
menghalang mereka dari mendapatkannya menurut hukum fekah semua
mazhab seperti berikut: Semua khazanah agama dan wakaf akan tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemilik”
Bahawa: "Keadaan yang ditetapkan oleh pemberi kuasa wakil itu hendaklah
dianggap hanya sebagai peraturan Syariah"; dan bahawa: "Dan apa yang
merupakan sebahagian daripada amalan dan adat akan dianggap sebagai
peruntukan kontrak" .

IV. Jenayah yang dilakukan secara terang di atas alasan identiti mazhab atau
hak milik, seperti yang kini sedang dilakukan di Iraq, termasuk dalam
lingkungan "kejahatan, dan kerosakan di muka bumi ", yang dilarang dan
diharamkan oleh Allah SWT apabila Dia berfirman maksudnya: " apabila dia
berpaling, matlamat beliau adalah untuk melakukan kerosakan di muka bumi
dan memusnahkan tanaman dan ternakan. Tetapi Allah tidak menyukai
kerosakan” Percantuman sebuah sekolah pemikiran, tidak boleh menjadi
alasan untuk pembunuhan atau pencerobohan, walaupun sebahagian
pengikut sekolah tersebut melakukan perbuatan yang boleh dihukum:
"Pembawa beban tidak boleh menanggung beban orang lain pula ".

V. Apa-apa provokasi sensitif atau mazhab, etnik, geografi, atau linguistik


persengketaan harus dijauhi dan dielakkan. Begitu juga memangil seseorang
dengan nama yang buruk, penyalahgunaan, atau pengumpatan dan
penghinaan diucapkan oleh mana-mana pihak harus dielakkan
memandangkan larangan yang nyata oleh Al-Quran yang dikira sebagai "
kekufuran: "tidak ada fitnah, tidak ada sindiran antara satu sama lain,
memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang menyakitkan hati : Ill
– Sejahat-jahat kejahatan digunakan selepas ia beriman dan orang-orang
yang tidak berhenti, maka mereka memang orang yang zalim ".

VI. Perkara-perkara tertentu dan prinsip ini tidak boleh dilucutkan hak,
termasuk khususnya perpaduan, kerjasama, dan perpaduan dalam kebaikan
dan kebenaran, yang mana semuanya harus dipelihara dan dilindungi
daripada sebarang percubaan untuk merosakkan kedua-duanya, kerana
Allah SWT berfirman maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman
adalah saudara"dan Dia juga berfirman maksudnya: " Sesungguhnya ini
406
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
adalah umat kamu umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu, maka
sembahlah Aku". Justeru adalah penting bagi semua orang Islam untuk
mengamalkan sikap berhati-hati dan kewaspadaan terhadap segala usaha
untuk menyemai perpecahan di kalangan mereka, memecahkan barisan
mereka, atau menghasut hasutan, perselisihan, dan melakukan kerosakkan
rohani antara satu sama lain.

VII. Muslim, kedua-dua Sunni dan Syi'ah dalam semua perkara hendaklah
membantu mereka yang dizalimi dan bersatu menentang mereka yang
zalim, kerana mereka bertindak dalam rangka firman Allah SWT yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat
kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan
keji, kemungkaran dan permusuhan " Oleh itu, kita perlu berusaha untuk
meletakkan satu penamatan kepada semua ketidakadilan, termasuk yang
paling utamanya dengan memastikan pembebasan semua tahanan dan
tebusan yang tidak berdosa, sama ada Islam atau bukan Islam, dan
kepulangan pelarian ke rumah asal mereka.

VIII. Para ulama mengingatkan Kerajaan Iraq tentang kewajipannya untuk


menyediakan keselamatan, perlindungan dan mata pencarian yang baik
untuk semua kategori dan bahagian-bahagian rakyat Iraq dan untuk
menegakkan keadilan di kalangan mereka, terutamanya, dengan
memastikan pembebasan tahanan yang tidak berdosa, mempercepatkan
perbicaraan yang adil, dan melaksanakan hukuman terhadap yang didakwa
sebagai penjenayah, dan memelihara dengan ketat prinsip kesaksamaan di
kalangan semua rakyat.IX. Ulama Sunni dan Syiah menyokong semua usaha
bagi mencapai perdamaian yang menyeluruh di Iraq mengikut firman Allah
SWT yang bermaksud : "Perdamaian adalah yang terbaik " dan "saling
membantu dalam kebajikan dan takwa".

X. Islam sama ada Sunni atau Syiah, dengan itu akan bersatu padu dalam
melindungi kebebasan , perpaduan, dan integriti wilayah Iraq; menyedari
dan melaksanakan kehendak bebas rakyat Iraq, yang menyumbang kepada
ketenteraan, ekonomi, dan politik, kapasiti pembinaan negara mereka untuk
menghentikan pendudukan dan memulih dan mengembalikan peranan
Islam-Arab dan tamadun kebudayan Iraq. Para ulama yang telah
menandatangani perisytiharan ini menyeru kepada semua ulama Islam
untuk menyokong peruntukan ini dan menggesa Muslim Iraq dan berjanji
kepatuhan kepadanya. Mereka berdoa kepada Allah SWT, di tanah suci ini
407
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
supaya melindungi dan memelihara iman semua Muslim, memastikan
keselamatan tanah air mereka, dan mengakhiri negara Arab- Islam Iraq
daripada penderitaan, mengakhiri ujian dan seksaan dan mengembalikan
Iraq sebagai kubu dan tiang umat Islam dalam menghadapi musuh-
musuhnya. Doa kami yang akhir dan abadi bahawa segala pujian bagi Allah,
Maha Suci Allah Maha Berkuasa, Tuhan Alam Semesta dan semua dunia di
dalamnya.

4. DEKLARASI ISLAMABAD 2007 (OIC)

RESOLUSI NO. 28/34-POL


DIPERKUATKAN PERPADUAN ISLAM

Sesi Ketiga Puluh Empat Persidangan Islam Menteri-menteri Luar (Sesi


Damai, Kemajuan dan Harmoni), yang diadakan di Islamabad, Republik
Islam Pakistan dari 28-30 Rabi Al -Thani 1428 H (15-17 Mei 2007);
Berpandukan Al-Quran yang menyuruh Muslim untuk mengukuhkan
perpaduan dan persaudaraan Islam;

Beriltizam kepada peruntukan Piagam OIC yang menetapkan bahawa


negara anggota OIC" Bahawa kepercayaan umum merupakan faktor yang
kuat untuk pendekatan (taqrib) dan perpaduan di kalangan orang Islam"
dan mengulangi penentuan "negara Anggota untuk menyatukan ikatan
persaudaraan yang wujud dan persahabatan rohani di kalangan rakyat
mereka.

Mengenangkan peruntukan Sepuluh Tahun Program OIC, tindakan yang


diambil antaranya, menekankan keperluan untuk mengukuhkan dialog
antara sekolah sekolah Islam; mengukuhkan keimanan yang benar bagi
pengikut mereka, tidak diharuskan untuk menuduh mereka sebagai bidaah,
dan tidak harus mencabuli darah, kehormatan dan harta mereka, selagi
mereka beriman kepada Allah SWT dan kepada Nabi SAW dan rukun-rukun
agama Islam yang lain, menghormati rukun Islam dan tidak menafikan apa-
apa rukun agama yang jelas ;

Dengan mengambil kira Penyata Persidangan Islam Antarabangsa di


Amman, yang menyatakan bahawa: "Sesiapa yang merupakan pengikut
kepada salah satu daripada empat buah sekolah Sunni (Madhahib)
perundangan Islam (Hanafi, Maliki, Shafi'i dan Hanbali), dua Shi'i sekolah
408
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
perundangan Islam (Jafari dan Zaidi), sekolah Ibadi dalam perundangan
Islam dan sekolah Zahiri dalam perundangan Islam, adalah seorang Islam
dan mengisytiharkan seseorang tersebut sebagai murtad adalah mustahil
dan tidak dibenarkan dan sesungguhnya darahnya, kehormatannya, dan
hartanya adalah tidak boleh dicabuli "
Dengan mengambil kira pandangan daripada Forum Ulama Islam dan
Intelektual di Makkah Al Mukarramah, termasuk pendapat ini: "Perbezaan
dalam aliran pemikiran mencerminkan sifat yang kaya dengan sumber-
sumber pemikiran Islam ";
Kembali lagi kepada Deklarasi Makkah Al -Mukarramah daripada
Ulama Iraq yang menyatakan bahawa: "tiada Islam, sama ada dia Syiah atau
Sunni, boleh tertakluk kepada pembunuhan atau apa-apa kemudaratan,
ugutan, keganasan, atau pencerobohan ke atas hartanya; hasutan
kepadannya; atau anjakan secara paksa, deportasi, atau penculikan" ;
Dengan mengambil kira dokumen hasil Persidangan Doha Dialog
Sekolah Pemikiran Islam yang merayu kepada "pengikut semua Sekolah
Islam untuk menghormati kepercayaan dan kesucian masing-masing " dan
menggesa pemimpin-pemimpin " negara-negara Islam untuk meningkatkan
usaha-usaha ulama untuk mencapai perpaduan di kalangan sekolah-sekolah
Islam pelbagai pemikiran ". ;
Mengingati semua perisytiharan dan resolusi yang diterima oleh
Sidang Kemuncak Islam dan Persidangan Menteri-menteri Luar yang
berkaitan;
Bimbang dengan hakikat bahawa benih untuk pecah belah sedang
disemai antara orang-orang Islam oleh musuh-musuh Islam dan orang Islam
melalui strategi yang pelbagai, dasar dan pelan untuk menyuarakan
kebimbangan yang mendalam bahawa menurut beberapa kajian, kuasa-
kuasa tertentu bertujuan untuk mengeksploitasi Sunni-Syiah dan
membahagi Arab- bukan Arab untuk mempromosikan dasar-dasar dan
objektif mereka dalam dunia Islam ;
Menyedari kemudaratan tidak boleh diperbaiki dan kewujudan dan
kesinambungan pertikaian yang tidak diingini antara pengikut-pengikut
sekolah-sekolah pemikiran Islam yang berbeza, termasuk keganasan
mazhab, maka ia bergantung kepada perpaduan seluruh umat Islam;
OIC/34-ICFM/2007/POL/R.28
Menyedari kepentingan peranan Ulama Islam dari Sekolah pemikiran
Islam yang berbeza dalam mengukuhkan persefahaman, toleransi dan
menghormati pengikut-pengikut dari sekolah-sekolah tersebut, dengan itu
ia menyumbang kepada ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam ;
409
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Dengan mengambil kira peranan penting institusi-institusi agama,
khususnya mereka yang aktif dalam bidang pendekatan (taqrib) antara
sekolah-sekolah pemikiran Islam dalam menyediakan alasan yang kondusif
bagi pemulihan hubungan baik semua Muslim dan menutup barisan mereka
;
1. Mengenali kepentingan yang ketara bagi mempromosikan persaudaraan
Islam dan perpaduan sebagai agama suci, kewajipan dan objektif dalam
menghadapi cabaran yang menakutkan menghadapi Islam dan Muslim dan
merealisasikan kepentingan bersama umat Islam di dunia kita yang semakin
rumit, saling berkaitan dan bersifat global.
2. Mengulangi penentuan yang kukuh oleh semua negara anggota untuk
mengambil langkah-langkah individu dan kolektif yang sesuai untuk
menghapuskan semua punca prejudis, kebencian, provokasi, dan hasutan
serta keganasan mazhab antara pengikut sekolah pemikiran Islam yang
berbeza dan menguatkan keperluan untuk semua negara anggota bagi
mengelak dari mempolitikkan apa-apa pertikaian agama mungkin di antara
Islam untuk memajukan objektif politik mereka sendiri.
3. memperkuatkan komitmen semua negara anggota untuk menggalakkan
lagi perpaduan Islam dan kesediaan mereka untuk bekerjasama secara aktif
dan berkesan dalam menggalakkan toleransi dan persefahaman antara
Islam dan menyatukan persaudaraan Islam.
4. Yakin bahawa Islam mempunyai lebih persamaan daripada perbezaan,
termasuk menyembah Allah (SWT), percaya kepada Nabi SAW,
melaksanakan banyak tanggungjawab seperti puasa dan Haji dengan cara
yang sama, yang mempunyai pandangan dunia yang sama dan menjadi
sebahagian daripada budaya dan tamadun Islam yang hebat, yang
merupakan sumber kuasa untuk Perpaduan Isam.
5. Memperkasakan peruntukan semua perisytiharan deklarasi tersebut di
atas, pernyataan dan dokumen yang dikeluarkan, secara jujur dan benar
oleh sebilangan besar ulama umat Islam yang yang tersohor dan rayuan
kepada pengikut semua sekolah Islam supaya mematuhi mereka dan
menghormati kepercayaan dan kesucian masing-masing .
6. Mengiktiraf peranan penting Ulama Islam, cendekiawan, pemikir,
pendakwah dan sebagainya dalam merapatkan jurang antara pelbagai aliran
pemikiran dan membimbing pengikut-pengikut mereka untuk
mengukuhkan persefahaman, toleransi dan menghormati antara semua
Islam dan untuk menyumbang kepada matlamat utama perpaduan Islam.
7. Mengambil perhatian tentang peranan institusi agama, khususnya
Akademi Fekah Islam Antarabangsa dan mereka yang aktif dalam bidang
410
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
pendekatan antara sekolah-sekolah pemikiran Islam, dan juga sekolah-
sekolah agama, universiti dan pusat penyelidikan, dalam mempromosikan
pendekatan antara sekolah-sekolah pemikiran Islam dan mengukuhkan
perpaduan Islam .
8. Mengambil kira peranan penting dan berkesan yang boleh dimainkan oleh
media audiovisual, elektronik dan media cetak dalam menggalakkan
toleransi, persefahaman dan menghormati antara penganut sekolah
pemikiran Islam yang berbeza.
9. Menekankan keperluan untuk semua Muslim dalam keadaan sedar,
berwaspada dan berjaga-jaga untuk memahami bahawa apa-apa pertikaian
di kalangan pengikut sekolah pemikiran Islam yang berbeza membahayakan
perpaduan, persaudaraan dan melemahkan keupayaannya dalam
menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai rupa yang sedia ada. Dan ia
menjejaskan kesatuannya.
OIC/34-ICFM/2007/POL/R.28
10. Mengakui keperluan bagi semua orang Islam untuk mengamalkan sikap
berhati-hati dan kewaspadaan terhadap segala usaha untuk menyemai
perpecahan di kalangan mereka, memecahkan barisan mereka, atau
hasutan, perselisihan, dan kebencian bagi merosakkan talian ruhani mereka
antara satu sama lain dan menyeru semua Muslim untuk menahan diri dari
apa-apa provokasi yang sensitif atau pergeseran kaum atau etnik, serta
mana-mana nama yang dipanggil, penyalahgunaan, prejudis atau
pengumpatan dan penghinaan.
11. Menekankan bahawa apa-apa pertikaian di kalangan orang Islam,
prinsip-prinsip tertentu tidak boleh dilucutkan, termasuk khususnya
perpaduan, perpaduan kerjasama, dan perpaduan dalam kesalehan dan
kebenaran dan menegaskan bahawa darah, harta, kehormatan, dan reputasi
Islam adalah tidak boleh dipertikaikan dan dicabuli. Dan semua rumah
ibadat perlu dihormati.
12. Mengutuk keganasan mazhab antara pengikut sekolah pemikiran Islam
dalam mana-mana bahagian dunia Islam dan mengutuk dengan kuat semua
jenayah yang dilakukan atas alasan identiti mazhab atau kepunyaannya,
termasuk dalam lingkungan "kejahatan, dan kerosakan di muka bumi ", yang
dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT.
13. Mengesahkan bahawa percantuman dengan sebuah sekolah pemikiran
tidak menjadi alasan untuk pembunuhan atau pencerobohan walaupun
sebahagian pengikut sekolah tersebut telah melakukan perbuatan yang
boleh dihukum.
411
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
14. Menggesa semua ulama, institusi agama, dan juga media dalam dunia
Islam untuk menyeru semua pengikut sekolah pemikiran Islam untuk
mengetepikan perselisihan antara orang Islam dan menyatukan perkataan
dan pendirian mereka; mengukuhkan hubungan persaudaraan dan tidak
membenarkan perpecahan dan gangguan di antara mereka.
15. Memuji dengan semua aktiviti yang berkaitan dengan Ketua Setiausaha
dan Akademi Fekah Islam Antarabangsa dalam mempromosikan
pendekatan (al-Taqrib) antara sekolah pemikiran Islam dan menggesa
mereka untuk meneruskan usaha mereka dengan keutamaan yang tinggi .
16. Menyeru semua negara Anggota, dengan mengambil kira kepentingan
yang ketara dalam isu ini, untuk mengambil langkah yang sesuai untuk
menggalak dan mengukuhkan perpaduan Islam tahun ini dan
mengemukakan laporan yang berkaitan aktiviti-aktiviti mereka kepada
Ketua Sekretariat.
17. Permintaan kepada Ketua Setiausaha untuk pelaksanaan resolusi ini dan
mengemukakan laporan mengenainya.

5. DEKLARASI CAIRO 1990 TENTANG HAK ASASI MANUSIA (OIC).

(Deklarasi Cairo mengandungi 25 perkara sebagai panduan bagi


menjaga hak asasi manusi menurut Islam. Ia telah ditandatangi oleh semua
kerajaan di dalam OIC di Cairo termasuk kerajaan Malaysia daripada 31
Julai hingga 5 Ogos 1990. Antaranya ia menyatakan bahawa tamadun
manusia perlu kepada keimanan. Mempercayai hak-hak asasi manusia
sebagai perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam itu
sendiri. Manusia berasal daripada satu keluarga iaitu Adam disatukan
dengan penyerahan diri kepada Allah. Justeru manusia adalah sama dari
sudut kehormatan, tanggungjawab, tanpa diskriminasi dari sudut bangsa,
warna kulit, bahasa, jentina, kepercayaan agama, perbezaan politik dan
kedudukan di dalam masyarakat.

Oleh itu menjaga hak asasi manusia adalah satu jaminan untuk
kehormatan diri manusia dari ditindas dan dicabuli haknya. Perkara 10
melarang dilakukan mana-mana bentuk paksaan ke atas mana-mana
individu bertujuan mengekploitasikan kemiskinannya atau kejahilannya
bagi menukarnya kepada agama lain atau kepada agama yang tidak percaya
kepada Tuhan. Perkara 18 menyatakan bahawa setiap individu berhak
412
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
untuk hidup di dalam keselamatan bagi dirinya, agamanya, tanggungannya,
kehormatan dan miliknya.

Perkara 20 melarang tanpa sebab yang munasabah untuk menahan


individu atau menghadkan kebebasannya; mengusirnya atau
menghukumnya. Melarang untuk mencederakannya secara fizikal atau
secara psikologi atau mana-mana bentuk kezaliman atau menjatuhkan
maruahnya” Walau bagaimana pun Kerajaan Malaysia menerusi Muzakarah
Jawankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan Syiah Imamiyyah
Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah pada 5 Mei, 1996 iaitu setelah Deklarasi
Cairo tentang Hak Asasi Manusia di dalam Islam diadakan pada 1990. Ini
bererti Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dilihat sebagai
menolak (i) Hak Asasi Manusia di dalam Islam (ii) Hak Asasi Manusia di
dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. (iii) Hak Asasi Manusia di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Soalnya: Kenapakah Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan telah mengatasi al-Qur’an, Hadis dan Perlembagaan
Persekutuan itu sendiri?

RESOLUSI NO. 48/19-P

DEKLARASI CAIRO MENGENAI HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM


(CAIRO DECLARATION ON HUMAN RIGHTS IN ISLAM)
Diadakan di Kaherah pada 31 Julai- 5 Ogos 1990
NEGARA ANGGOTA PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC),

MENEGASKAN kembali peranan tamadun dan sejarah umat Islam yang


Tuhan jadikan sebagai ummah terbaik yang telah memberikan umat
manusia sebuah peradaban sejagat dan seimbang di mana harmoni
diwujudkan antara kehidupan ini dan akhirat dan ilmu yang digabungkan
dengan iman; dan peranan umat ini yang harus dilakukan untuk
membimbing kemanusiaan yang dibangungkan oleh pelbagai tren dan
ideologi bersaingan serta menyediakan penyelesaian terhadap masalah-
masalah kronik tamadun materialistik ini.

BERHARAP untuk menyumbang kepada usaha umat manusia untuk


mengesahkan hak asasi manusia, untuk melindungi manusia daripada
eksploitasi dan penganiayaan, dan untuk menegaskan kebebasan dan hak
hidup bermaruahnya berdasarkan Syariah Islam.
413
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
YAKIN bahawa manusia yang telah mencapai peringkat lanjutan dalam sains
materialistik masih, dan akan tetap, sangat memerlukan iman untuk
menyokong tamadunnya dan kekuatan motivasi diri untuk menjaga hak-
haknya;

PERCAYA bahawa Hak-hak asasi dan kebebasan sejagat dalam Islam


ialah elemen melengkapi agama Islam dan bahawa tiada seorang pun secara
prinsip berhak menangguhkannya secara keseluruhan atau sebahagian atau
melanggar atau mengabaikannya sebagai suatu yang terikat dengan
perintah suci, yang terkandung dalam Kitab-kitab Wahyu Tuhan dan
dihantar melalui Nabi terakhir-Nya untuk menyempurnakan mesej suci
terdahulu sehingga menjadikan kepatuhan terhadapnya suatu ibadah dan
pengabaiannya atau perlanggarannya suatu dosa amat dibenci, dan
kerananya setiap orang bertanggungjawab secara individu-dan Ummah
bertanggungjawab secara kolektif– untuk menjaganya.

KESINAMBUNGAN DARI PRINSIP-PRINSIP DI ATAS, MENGISYTIHARKAN


SEBAGAI BERIKUT:

PERKARA 1:

(a) Semua manusia membentuk satu keluarga yang anggotanya disatukan


oleh penyerahan kepada Tuhan dan keturunan dari Adam. Semua orang
setaraf dari sudut asas maruah manusia dan asas kewajipan dan
tanggungjawab, tanpa sebarang diskriminasi atas dasar ras, warna kulit,
bahasa, jantina, agama, sekutu politik, status sosial atau pertimbangan lain.
Iman sejati merupakan jaminan untuk meningkatkan maruah itu di
sepanjang jalan menuju kesempurnaan manusia.
(b) Semua manusia merupakan hamba Tuhan, dan yang paling dicintai-Nya
ialah mereka yang paling berguna untuk semua makhluk-Nya, dan tidak
seorang pun memiliki keunggulan atas yang lain kecuali atas dasar
kesolehan dan perbuatan baik.

PERKARA 2:

(a) Hidup suatu kurniaan Tuhan dan hak kehidupan dijamin untuk setiap
manusia. Menjadi tugas semua individu, masyarakat dan negara untuk
melindungi hak ini dari sebarang perlanggaran, dan dilarang mengambil
nyawa kecuali atas alasan ditetapkan Syariah.
414
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(b) Dilarang menggunakan cara seumpamanya yang mungkin menyebabkan
kehancuran yang membunuh umat manusia.
(c) Pemuliharaan kehidupan manusia selama tempoh kehidupan
dikehendaki Tuhan menjadi satu kewajiban yang ditentukan Syariah
(d) Aman dari bahaya fizikal merupakan hak yang dijamin. Menjadi tugas
negara melindunginya dan dilarang melanggarnya tanpa alasan yang
ditetapkan Syariah.

PERKARA 3:

(a) Dalam hal penggunaan kekuatan dan dalam hal konflik bersenjata, tidak
dibenarkan membunuh golongan tidak berperang seperti orang tua, wanita
dan kanak-kanak. Yang terluka dan yang sakit sewajarnya berhak
mendapatkan rawatan perubatan; dan tawanan perang sewajarnya berhak
diberi makanan, perlindungan dan pakaian. Dilarang mencincang mayat.
Menjadi tanggungjawab untuk menukar tawanan perang dan menguruskan
lawatan atau penyatuan semula keluarga yang dipisahkan oleh keadaan
perang.

(b) Dilarang menebang pohon, merosakkan tanaman atau ternakan, dan


menghancurkan bangunan awam musuh dan pemasangan bom, letupan
atau sebarang cara lain.

PERKARA 4:

Setiap manusia berhak tidak dilanggari haknya dan perlindungan nama


baik dan kehormatan selama hidupnya dan selepas kematiannya. Negara
dan masyarakat wajib melindungi jenazah dan tempat pengkebumiannya.

PERKARA 5:

(a) Keluarga asas masyarakat, dan perkahwinan asas pembentukannya.


Lelaki dan wanita mempunyai hak berkahwin, dan tiada sekatan berasaskan
bangsa, warna kulit atau kebangsaan sewajarnya menghalang mereka dari
menikmati hak ini.
(b) Masyarakat dan negara sewajarnya mengenepikan segala halangan
terhadap perkahwinan dan harus memudahkan prosedur perkahwinan.
Mereka sewajarnya memastikan perlindungan dan kesejahteraan keluarga.
415
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
PERKARA 6:

(a) Perempuan setaraf dengan lelaki dalam maruah manusia, dan


mempunyai hak untuk menikmati sebagaimana tanggungjawab untuk
melaksanakan sesuatu; dia mempunyai entiti sivil dan kebebasan kewangan
sendiri, dan hak untuk mempertahankan nama dan keturunan.
(b) Suami bertanggungjawab atas sokongan dan kebajikan keluarga.

PERKARA 7:

(a) Pada saat atau kelahiran, setiap anak mempunyai hak-hak sewajarnya
daripada ibu bapa, masyarakat dan negara untuk diberikan rawatan,
pendidikan dan material, kebersihan dan penjagaan moral yang mencukupi.
Baik janin mahupun ibu mesti dilindungi dan diberi rawatan khusus.
(b) Ibu bapa dan orang dalam kapasiti seumpamanya berhak memilih jenis
pendidikan diinginkan untuk anak mereka, asalkan mereka
mempertimbangkan kepentingan dan masa depan anak bersesuaian dengan
nilai etika dan prinsip Syariah.
(c) Kedua ibu bapa berhak atas hak-hak tertentu dari anak-anak mereka,
dan kerabat berhak ke atas hak-hak dari kerabat mereka, bersesuaian
dengan asas ajaran Syariah.

PERKARA 8:

Setiap manusia berhak menikmati kapasiti sahnya sama ada dari segi
kewajipan atau komitmen, apabila kapasiti ini hilang atau mengalami
penurunan nilai, ia sewajarnya diwakili penjaganya.

PERKARA 9:

(a) Mencari ilmu suatu kewajipan dan meyediakan pendidikan suatu


kewajipan masyarakat dan negara. Negara perlu memastikan wujudnya cara
dan sarana untuk mendapatkan pendidikan dan akan menjamin
kepelbagaian pendidikan untuk kepentingan masyarakat sehingga
membolehkan seseorang mengenali agama Islam dan fakta alam semesta
bagi kepentingan umat anusia.

(b) Setiap manusia berhak menerima pendidikan agama dan pendidikan


duniawi dari pelbagai institusi, pendidikan dan bimbingan, termasuk
416
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
keluarga, sekolah, universiti, media, danh lain-lain, secara bersepadu dan
seimbang untuk mengembangkan keperibadiannya, menguatkan keimannya
kepada Tuhan disamping menghormati dan mempertahankan hak dan
kewajipan.

PERKARA 10:

Islam agama fitrah murni. Maka, dilarang melakukan segala bentuk


paksaan terhadap manusia atau mengeksploitasi kemiskinan atau
kebodohannya untuk menukarnya kepada agama lain atau tidak beragama.

PERKARA 11:

(a) Manusia dilahirkan bebas, dan tidak ada seorang pun berhak
memperhambakan, memalukan, menindas atau mengeksploitasi mereka,
serta tiada yang menguasai melainkan hanya Tuhan Yang Maha Tinggi.
(b) Semua jenis kolonialisme yang menjadi salah satu bentuk perhambaan
paling kejam sama sekali dilarang. Masyarakat yang menderita daripada
penjajahan mempunyai hak penuh kebebasan dan penentuan nasib diri. Ini
tugas semua negara dan masyarakat untuk menyokong perjuangan bangsa
terjajah bagi membubar segala bentuk kolonialisme dan penjajahan, dan
semua negara dan masyarakat berhak memelihara identiti kemerdekaan
mereka serta mengawal kekayaan dan sumber alam mereka.

PERKARA 12:

Setiap orang berhak, dalam rangka Syariah, bergerak bebas dan


memilih tempat tinggal sama ada di dalam atau di luar negara serta jika
dianiaya, berhak mencari suaka di negara lain. Negara tersebut perlu
memastikan perlindungannya sehingga dia di tahap selamat, kecuali suaka
didorong tindakan yang Syariah menganggapnya sebagai jenayah.

PERKARA 13:

Bekerja ialah hak dijamin negara dan masyarakat agar setiap orang
mampu bekerja. Setiap orang bebas memilih pekerjaan paling sesuai
baginya dan yang memuaskan kepentingannya dan ahli masyarakat. Pekerja
berhak memperolehi keamanan dan keselamatan serta semua jaminan
sosial lain. Dia tidak boleh disuruh bekerja di luar kemampuannya atau
417
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dipaksa, dieksploitasi atau dianiaya dengan cara apapun. Ia berhak diraikan
tanpa diskriminasi antara lelaki dan perempuan - mendapat upah adil bagi
kerjanya tanpa ada penangguhan, serta faedah bercuti dan promosi
selayaknya. Untuk bahagiannya, ia sewajarnya diminta berdedikasi dan teliti
dalam setiap kerjanya. Jika pekerja dan pengusaha tidak bersetuju dalam
sebarang perkara, negara perlu campur tangan bagi menyelesaikan
pertikaian tersebut dan aduan dilihat semula, hak-hak disahkan, keadilan
ditegakkan tanpa memihak.

PERKARA 14:

Setiap orang berhak mendapat keuntungan sah tanpa monopoli,


penipuan atau yang merugikan diri sendiri dan orang lain. Riba dilarang
sepenuhnya.

PERKARA 15:

(a) Setiap orang berhak memiliki harta yang diperolehi secara sah, dan
layak mendapat hak pemilikan tanpa prejudis terhadap diri sendiri, orang
lain atau masyarakat keseluruhannya. Pengambilalihan tidak dibenarkan
kecuali untuk keperluan kepentingan awam dan apabila dibayar pampasan
yang segera dan saksama.
(b) Perampasan dan penyitaan aset dilarang kecuali untuk suatu keperluan
yang diperuntukkan undang-undang.

PERKARA 16:

Setiap orang berhak menikmati hasil pengeluarannya sama ada sains,


kesusasteraan, kesenian atau teknikal dan hak-hak untuk melindungi
kepentingan moral dan material yang berasas darinya, asalkan pengeluaran
tersebut tidak bertentangan dengan prinsip Syariah.

PERKARA 17:

(a) Setiap orang berhak hidup dalam persekitaran bersih, jauh dari kelakuan
buruk dan moral keji, persekitaran yang mendorong pembangunan dirinya
dan menjadi tugas negara dan masyarakat pada umumnya untuk
menyediakan hak itu.
418
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(b) Setiap orang berhak menerima rawatan perubatan dan sosial, dan
semua kemudahan awam yang diberikan masyarakat dan negara dalam
batasan sumber mereka yang sedia ada.
(c) Negara perlu memastikan hak individu untuk kehidupan sepatutnya
yang akan membolehkannya memenuhi semua keperluannya dan
tanggungannya, termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan,
rawatan perubatan dan semua keperluan asas lain.

PERKARA 18:

(a) Setiap orang berhak hidup dalam keadaan selamat untuk dirinya sendiri,
agamanya, tanggungannya, maruahnya dan hartanya.
b) Setiap orang mempunyai hak persendirian dalam urusan peribadinya, di
rumahnya, antara ahli keluarganya, berkait dengan harta benda dan
perhubungannya. Tidak dibenarkan untuk mengintipnya secara rahsia,
menempatkannya di bawah pengawasan atau untuk menodai nama baiknya.
Negara harus melindunginya dari gangguan sewenangnya.
(c) Kediaman peribadi tidak boleh diganggu dalam semua kes. Tidak
dibenarkan masuk tanpa izin penghuninya atau dengan cara melanggar
undang-undang, dan tidak juga boleh digeledah atau disita dan penghuninya
diusir.

PERKARA 19:

(a) Semua orang setaraf di sisi undang-undang, tanpa perbezaan antara


penguasa dan yang dikuasai.
(b) Hak menggunakan bantuan untuk mendapatkan keadilan dijamin untuk
semua.
(c) Tanggungjawab pada dasarnya bersifat peribadi.
(d) Tiada jenayah atau hukuman kecuali sebagaimana ditetapkan dalam
Syariah.
(e) Orang yang didakwa tidak bersalah sehingga terbukti bersalah dalam
mahkamah adil di mana ia sewajarnya diberi semua jaminan pertahanan.

PERKARA 20:

Tidak dibenarkan tanpa alasan sah menangkap individu, atau


menyekat kebebasan, membuang negeri atau menghukumnya. Tidak
dibenarkan membuatkannya tunduk terhadap penyeksaan secara fizikal
419
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
atau psikologi atau segala bentuk penghinaan, kekejaman atau penghinaan.
Juga tidak diizinkan untuk memaksa individu bagi tujuan kajian perubatan
atau saintifik tanpa persetujuannya atau yang merisikokan kesihatan atau
kehidupannya. Juga tidak dibenarkan untuk mengesahkan undang-undang
darurat yang akan memberikan kuasa eksekutif bagi melaksanakan
tindakan tersebut.

PERKARA 21:

Mengambil tebusan dalam bentuk apapun atau untuk sebarang tujuan


dilarang secara tegas.
PERKARA 22:

(a) Setiap orang berhak mengeluarkan pendapatnya secara bebas dengan


cara yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah.
(b) Setiap orang berhak menyokong apa yang benar, dan menyebarkan apa
yang baik, serta memberi amaran terhadap apa yang salah dan jahat sesuai
dengan norma-norma Syariah Islam
(c) Maklumat suatu keperluan penting untuk masyarakat. Ini tidak boleh
dieksploitasi atau disalahgunakan sedemikian rupa sehingga dapat
melanggar kesucian dan maruah para nabi, melemahkan secara diam nilai
moral dan etika atau menghancurkan, merosakkan, membahayakan
masyarakat atau melemahkan imannya.
(d) Tidak dibenarkan membangkitkan kebencian nasionalis atau doktrin
atau melakukan sesuatu yang mungkin suatu hasutan terhadap sebarang
bentuk atau diskriminasi perkauman.
PERKARA 23: (a) Kekuasaan suatu amanah; dan penyalahgunaan atau
eksploitasi salah daripadanya dilarang, agar hak asasi manusia terjamin.
(b) Semua orang berhak terlibat, secara langsung atau tidak langsung dalam
pentadbiran negaranya. Dia sewajarnya berhak menguruskan pejabat awam
berdasarkan peruntukan-peruntukan Syariah.
PERKARA 24:
Semua hak dan kebebasan ditetapkan dalam Perisytiharan ini tertakluk
kepada Syariah Islam.
PERKARA 25:
Syariah Islam ialah satu-satunya sumber rujukan untuk memberi penjelasan
atau klasifikasi kepada semua perkara termaktub dalam Deklarasi ini.
Kaherah pada31 Julai-5 Ogos 1990 /9-14 Muharram 1411 H
420
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KELAPAN

H. 1. PENGUBAHAN AL-QUR‘AN (TAHRIF AL-QUR‘AN) DALAM BUKU-


BUKU SUNNI YANG DISEMBUNYIKAN DARIPADA PENGETAHUAN UMUM
DI NUSANTARA BAGI MENUDUH SYIAH MEMPUNYAI AL-QUR’AN YANG
LAIN BERBEZA DENGAN AL-QUR‘AN SEKARANG

Memang terdapat pengubahan al-Qur’an (Tahrif al-Qur’an) dalam


buku-buku Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah secara akademik sebagaimana ia
terdapat dalam buku-buku Syiah, tetapi ia disembunyikan oleh para
ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi di Nusantara bagi tujuan
menuduh dan memfitnah Syiah mempunyai al-Qur’an yang berbeza
dengan al-Qur’an yang ada sekarang. Justeru mereka menyesat dan
mengkafirkan Syiah.

Tuduhan bahawa Syiah mempunyai al-Qur’an yang lain berbeza


dengan al-Qur’an yang ada sekarang adalah propaganda musuh-
musuh Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dan Syiah mereka terutamanya
oleh Salafi/Wahabi. Apa kata jika Syiah pula mengatakan bahawa
Sunni dan Wahabi mempunyai al-Qur’an yang lain berbeza dengan al-
Qur’an yang ada sekarang berdasarkan buku-buku Sunni sendiri??
Persoalannya: Tidakkah Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri yang
telah berkata: "Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil
keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu?
Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja
aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada."?

Tidakkah Aisyah RA menyatakan surah al-Ahzab (33): 56 pada


masa Nabi SAW adalah lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina
Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu
Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata,"Iaitu sebelum Uthman
mengubah mushaf-mushaf." ? Tidakkah Hafsah RA telah mengimla'
421
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
"Wa Salati al-Asr" selepas surah al-Baqarah (2): 238 dan ia tidak ada
dalam al-Qur'an sekarang?
Perlu dinyatakan bahawa buku-buku muktabar Sunni sendiri
telah mencatat bahawa al-Qur’an di zaman Rasulullah SAW adalah
berbeza dengan al-Qur’an yang dikumpulkan di dalam mushaf
Uthman. Iaitu al-Qur’an yang ada sekarang seperti berikut:
(i). Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan
(Surah al-Lail (92): 3 telah ditambah perkataan "Ma Khalaqa" Justeru,
ayat yang asal ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa".
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ia dicatat pula
oleh Muslim, Sahih,I, hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191.
(ii). Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi,
Sahih, V, hlm. 191 menyatakan surah al-Dhariyat (51): 58 telah
dipinda dari teks asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa
r-Razzaq" iaitu teks sekarang.
(iii). Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm.
224 meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari, "Kami membaca satu
surah seperti surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah
lupa, hanya aku mengingati sepotong dari ayatnya "Sekiranya anak
Adam (manusia) mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan
mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan
dengan tanah."
(iv). Al-Suyti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah
menyatakan surah al-Ahzab (33): 56 pada masa Nabi SAW adalah
lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-
Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..."
Aisyah berkata, "Iaitu sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf."
(v). Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat
al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu
'an Aba'ikum" tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada
sekarang.
(vi). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm.
180 meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa dia berkata,"Surah al-
Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah SAW sebanyak 200 ayat, tetapi
pada masa 'Uthman menulis mushaf, ia tinggal 73 ayat sahaja."
422
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(vii). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat
daripada 'Abdullah bin 'Umar, daripada bapanya Umar bin al-Khattab,
dia berkata, "Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil
keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu?
Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan
sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti
sebahagian al-Qur'an telah hilang. Begitu juga terdapat ayat-ayat yang
berbeza dicatat di dalam buku-buku Syiah seperti Raudhah min al-Kafi
dan lain-lain walaupun buku-buku tersebut tidak dianggap semuanya
sahih oleh Syiah. Sementara Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
dianggap kesemuanya sahih oleh Sunni dari semua sudut, tetapi ia
tidak ada khilaf tentang al-Qur’an yang ada sekarang dari sudut amali
kerana ia menjadi rujukan Sunni dan Syiah secara bersama.

Justeru, tuduhan bahawa Syiah mempunyai al-Qur’an yang lain


hendaklah dihentikan dan janganlah ia dijadikan bahan untuk
menyesat atau mengkafirkan Syiah, nanti orang bukan Islam akan
membuat kesimpulan bahawa al-Qur’an yang dipercayai oleh Sunni
dan Syiah tidak lengkap pula (la samiha llahu), kerana ia terdapat di
dalam catatan bersama; Sunni dan Syiah. Sedangkan Syiah dan Sunni
percaya kepada al-Qur’an yang ada sekarang.

2. 6 PERKARA BESAR MENGENAI SAHABAT YANG DISEMBUNYIKAN


OLEH SALAFI/WAHABI DARIPADA PENGETAHUAN UMUM DI
NUSANTARA

(1) Menyembunyikan Hadis-hadis dan fakta sejarah tentang


keburukan sebahagian sahabat. Sedangkan ia adalah suatu hakikat
yang tidak dapat ditolak.

(2) Menyembunyikan majoriti para sahabat yang telah


mengubah Sunnah Nabi SAW menurut Sahih al-Bukhari dan Sahih
Muslim dengan menuduh Syiah mencaci sahabat.

(3) Menyembunyikan kekafiran majoriti para sahabat dalam


Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim daripada pengetahuan umum di
423
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Nusantara dengan meninggalkan terjemahannya di dalam bahasa
ibunda, kemudian menuduh Syiah mengkafirkan sahabat di dalam
buku-buku mereka. Sedangkan Nabi SAW sendiri yang telah
mengkafirkan majoriti para sahabatnya menurut Sahih al-Bukhari dan
Sahih Muslim bab fil al-Haudh kerana mereka telah mengubah
Sunnahnya.

Hanya sedikit sahaja daripada mereka yang terselamat seperti


bilangan unta yang tersesat daripada pengembalanya. Justeru, di
manakanh amanah ilmiah dan pertanggungjawapan sebagai sarjana
Islam? Tidakkah ia memberi implikasi bahawa sebahagian Sahih al-
Bukahri dan Sahih Muslim itu tidak dipercayai oleh Sunni (Wahabi)
sendiri? Atau tidakkah ia bererti sebahagian pengertian “tahrif”
(pengubahan) terhadap Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dilakukan
oleh Sunni sendiri di Nusantara bagi mempertahankan akidah mereka
bahwa semua sahabat adalah adil dengan menyembunyikan
keburukan dan kekafiran majoriti para sahabat di dalam Sahih al-
Bukhari dan Sahih Muslim?

(4) Menyembunyikan penghinaan sahabat terhadap Nabi SAW


dan Ahlul-Baitnya AS seperti (a) kata-kata Umar bahawa “Nabi sedang
sakit tenat/meracau” “Kitab Allah (al-Qur’an) memadai untuk kita”
dengan menolak Sunnahnya (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 86, Hadis No.
114). (b) Pengakuan sahabat bahawa mereka lebih alim dan lebih
bertakwa daripada Nabi SAW (Ibid, viii, hlm. 79, Hadis No. 123). (c)
Pengakuan sahabat bahawa Nabi SAW tidak jujur dalam pembahagian
harta kepada sahabat” (Ibid, viii, hlm. 78, Hadis No. 122). (d) Tidakkah
menyembunyikan “penghinaan sahabat terhadap Nabi SAW” itu
memberi implikasi bahawa mereka lebih mencintai sahabat daripada
Nabi SAW itu sendiri?

Menyembunyikan penghinaan sahabat terhadap Ahlu l-Bait Nabi


SAW: (a) Penyerangan rumah Fatimah AS oleh Khalifah Abu Bakar
dan Umar serta kumpulan mereka bertujuan memaksa Khalifah Ali AS
supaya memberi baih kepada Khalifah Abu Bakar. (b) Kemudian
beliau dibawa di hadapan Masjid Nabi dengan keadaan leher dan
424
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
tangannya terikat. (c) Mereka telah mengugut untuk membunuhnya
(d) jika beliau tidak memberi baiah kepada Khalifah Abu Bakar. (e)
Mereka telah menolak wasiat Nabi SAW kepada Ali AS sebagai
Khalifah yang mana Ali AS sendiri memperakuinya. (f)
Menyembunyikan pembunuhan Husain bin Ali AS dan keluarganya di
Karbala’ di bawah pimpinan sahabat Nabi SAW bernama ‘Ubaidillah
Ibn Ziyad atas perintah Yazid dengan menuduh Syiah telah
membunuh mereka pula.

(5) Menyembunyikan kelebihan Ahlu l-Bait Nabi SAW ke atas


para sahabat menurut al-Qur’an dan Hadis dengan (a) memasukkan
Ahlu l-Bait Nabi SAW ke dalam kategori sahabat yang mana (b)
kedudukan mereka diletakkan lebih rendah daripada kedudukan
Khallifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. (c) Sedangkan kedudukan
Ahlu l-Bait Nabi SAW dalam al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW adalah
lebih tinggi dan lebih mulia daripada semua sahabat. (d) Ini
disebabkan cinta kepada Ahlu l-Bait Nabi SAW (e) difardukan ke atas
umat Islam dalam surah al-Syura (42): 23.

(f) Semua sahabat wajib mencintai Ahlu l-Bait Nabi SAW, tetapi
sebaliknya (g) kebanyakan mereka dan para pengikut mereka
memusuhi Ahlu l-Bait Nabi SAW kerana kecintaan mereka kepada
Khalifah Abu Bakar dan Umar mengatasi al-Qur’an dan Hadis. (h)
Justeru, Wahabi menuduh Syiah bertopengkan cinta kepada Ahlu l-
Bait Nabi SAW. Sedangkan mereka memusuhi Ahlu l-Bait Nabi SAW
secara nyata. (i) Mereka merasakan bahawa mereka adalah lebih
hampir kepada Nabi SAW daripada Ahlu l-Baitnya sendiri. (j) Dan
mereka mendakwa bahawa mereka telah mengambil semua ilmu
daripada Nabi SAW dan bukan daripada Ahlu l-Baitnya.

(6) Menyembunyikan perbezaan antara “sunnah” sahabat dan


Sunna Nabi SAW bagi melindungi keburukan sahabat yang menyalahi
al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sehingga “sunnah” sahabat menjadi
dominan bagi memadamkan Sunnah Nabi SAW. Sedangkan Sunnah
Nabi SAW adalah menepati al-Qur’an dan wajib diikuti. Sementara
425
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
“sunnah” sahabat adalah menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW,
maka ia wajib dijauhi. Nabi SAW adalah maksum. Sementara sahabat
adalah tidak maksum.

3. IMPLIKASI FATWA PENGHARAMAN KEPERCAYAAN DAN AMALAN


SYIAH MELAYU ISLAM MAZHAB JA‘FARI DAN ZAIDI (PENGHARAMAN
SYIAH) YANG BERASASKAN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL-JAMA‘AH
DARI SEGI AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK BUKAN BERASASKAN AL-
QUR‘AN DAN HADIS NABI SAW MULAI 5 MEI 1996:

(1) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi al-Qur’an dan


Perlembagaan Persekutuan

Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di dalam fatwa dan enakmen


kerajaan-kerajaan negeri mengatasi al-Qur’an itu sendiri sebagai Hukum
Syarak bagi pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam
mazhab Ja‘fari dan Zaidi kerana pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
dijadikan Hukum Syarak (e-fatwa) Sedangkan pegangan Ahli Sunnah wal-
Jama‘ah tidak boleh dijadikan Hukum Syarak di dalam Islam kerana sumber
Hukum Syarak yang disepakati di dalam Islam adalah al-Qur’an dan Hadis
Nabi SAW. Fatwa Syeikh-Syeikh al-Azhar, Deklarasi Amman, Deklarasi
Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi Islambad memperakui mazhab Syiah
Ja‘fari sebagai mazhab yang sah beramal ibadat dengannya. Dan
pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari
juga menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 4 (1) “This Constitution
is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day
which is inconsistent with the Constitition shall, to the inconsisttency, be void.”
Dan Perkara 11 (1)” Every person has the right to profess and practise his
religion...”Allah berfirman dalam surah al-Baqarah (2): 256 “ Tidak ada
paksaan dalam (menganut) agama (Islam)”
Justeru ia adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”

(2) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi Hadis Nabi SAW dan
Perlembagaan Persekutuan

Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di dalam fatwa dan enakmen


kerajaan-kerajaan negeri mengatasi Hadis atau Sunnah Nabi SAW sebagai
sumber Hukum Syarak bagi pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah
Melayu Islam mazhab Ja‘fari yang memperakui seorang Muslim dengan
426
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mengucap dua kalimah syahada. Rasulullah SAW telah bersabda kepada
Khalifah Ali AS ketika dia mengutusnya untuk pembukaan Khaibar:
Perangilah mereka sehingga mereka barkata tiada tuhan melainkan Allah
dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Jika mereka berkata sedemikian,
maka darah dan harta mereka terpelihara dari anda dan hisab mereka di
atas Allah, jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki melalui anda,
maka ia adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada padanya” (Sahih
Muslim, vii, hlm. 122). Dan ia juga menyalahi Hadis al-Thaqalayni yang
menjamin bahawa umat tidak akan sesat selama mereka berpegang kepada
“Kitabullah wa-Sunnati” dan di dalam versi lain: “Kitabullah wa ‘itrati ahli
baiti”Dan ia juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3
(1), 4 (1) dan 11 (1) yang merupakan Supreme law of Federation.Justeru ia
adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”

(3) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi Agama Islam dan


Perlembagaan Persekutuan

Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di dalam fatwa dan enakmen


kerajaan-kerajaan negeri mengatasi Agama Islam itu sendiri kerana Fatwa
menetapkan: (3) “Menyokong dan menerima cadangan pindaan
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri–Negeri bagi
memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan
Negeri–Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak”(e-fatwa) bagi tujuan
antaranya, pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam
mazhab Ja‘fari. Justeru mereka berkata bahawa Syiah Melayu Islam mazhab
Ja‘fari itu adalah musuh Agama Islam, menyeleweng daripada Agama Islam
kerana bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Sepatutnya
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah hendaklah berasaskan Agama Islam dan
Agama Islam pula hendaklah berasaskan al-Qur’an dan Hadis bukan
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagaimana dijelaskan di
dalam Hadis al -Thaqalayni. Justeru, siapakah musuh kepada Agma Islam
yang sebenar?

Perlu dinyatakan bahawa (1) Pegangan Syiah, menurut Fatwa,


diharamkan pada 5 Mei 1996 (2) Agama Islam, menurut Fatwa, adalah
pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ah itu sendiri (3) Hukum Syarak atau
427
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
perundangan Islam, menurut Fatwa, adalah pegangan Ahli Sunnah wal-
Jama‘ah itu sendiri (4) Ajaran Islam, menurut fatwa, adalah pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah itu sendiri (5) Penerbitan, penyiaran dan penyebaran,
menurut Fatwa, adalah menurut pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ah (6)
Umat Islam, menurut Fatwa, adalah tertakluk kepada pegangan Ahli Sunnah
wal-Jama‘ah (7) al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW tidak disebut atau
dipinggirkan sebagai sumber HukumIslam di dalam Fatwa pada 5 Mei 1996.
Ini menunjukkan sekali lagi bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular-
termasuk Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil-kerana al-Qur’an tidak
dijadikan the supreme law of the Federation.

Ini bererti pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (1) mengatasi Agama


Islam itu sendiri (2) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi Hukum
Syarak atau Perundangan Islam itu sendiri(3) Pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah mengatasi Ajaran Islam itu sendiri(4) Pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah mengatasi penerbitan, penyiaran dan penyebaran yang
bertentangan dengannya (5) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi
umat Islam di Malaysia kerana mereka tertakluk kepadanya (6) Pegangan
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi al-Qur’an dalam pengharaman
kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari (7) Pegangan
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi Hadis Nabi SAW dalam pengharaman
kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari (8) Pegangan
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi pegangan Syiah yang diharamkan di
Malaysia menurut Fatwa yang bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan Perkara 11 (1),

Perkara 3 (1) dan Perkara 4 (1). Justeru ia adalah tidak sah dan
terbatal (void) . Dan jika ditanya (1) apakah definisi Agama Islam itu?
Jawapan menurut Fatwa : Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah. Sepatutnya Islam menurut al-Qur’an dan Hadis (2) Apakah definisi
Hukum Syarak itu? Jawapan menurut Fatwa: Islam berasaskan Pegangan
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Sepatutnya Islam menurut al-Qur’an dan Hadis
(3) Apakah definisi perundangan Islam itu? Jawapan menurut Fatwa: Islam
berasaskan Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Sepatutnya Islam menurut
al-Qur’an dan Hadis (4) Apakah definisi Ajaran Islam itu? Jawapan menurut
428
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Fatwa: Ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Sepatutnya Ajaran Islam menurut al-Qur’an dan Hadis (5) Apakah definisi
penerbitan, penyiaran dan penyebaran Islam itu? Jawapan menurut Fatwa:
Penerbitan, penyiaran dan penyebaran Islam yang tidak bertentangan
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Sepautnya Ajaran Islam menurut al-
Qur’an dan Hadis.

(6) Dan jika ditanya manakah ajaran yang berasaskan al-Qur’an dan
Hadis? Jawapannya: Tiada jawapan di dalam Fatwa di atas, kerana terdapat
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah SAW. Justeru pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dijadikan
sumber Hukum Syarak di Malaysia yang mana Agama Islam, Hukum Syarak
atau Perundangan Islam, Ajaran Islam dan umat Islam tertakluk kepada
pegangangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan bukan kepada al-Qur’an.
Sepatutnya pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah “subordinate” kepada
al-Qur’an yang merupakan the supreme law of Islam. Justeru ia menyalahi al-
Qur’an, dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan the supreme law of
the Federation.

Sedangkan fatwa Syeikh-syeikh al-Azhar, Deklarasi Amman, Deklarasi


Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi Islamabad memperakui mazhab
Syiah Ja‘fari sebagai mazhab Islam yang sah boleh beramal ibadat
dengannya kerana al-Qur’an dan Hadis menjadi sumber HukumIslam bukan
pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ah. Perlembagaan Persekutuan pula
menyebut perkataan Islam secara umum tanpa menyebut mazhab tertentu
dan menjamin kebebasan beragama dan bermazhab di Persekutuan Tanah
Melayu. Justeru ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara
3 (1),4 (1) dan 11 (1). Oleh itu pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak
boleh mengatasi Agama Islam itu sendiri, al-Qur’an itu sendiri, dan Hadis
Nabi SAW itu sendiri dari semua sudut kerana terdapat pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi
SAW itu sendiri. Justeru “The supreme law of Federation is Federal
Constitution” and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with
this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void”. Dan ia juga
menyalahi al-Qur’an Surah al-Baqarah (2) : 256 “ Tidak ada paksaan dalam
429
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
(menganuti) agama (Islam)” Justeru fatwa pengharaman Syiah Melayu Islam
mazhab Ja‘fari adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”
(4) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah lebih kebal dari al-
Qur’an, Hadis dan Perlembagaan Persekutuan

Justeru sesiapa yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ah


walaupun dia menuruti hukum al-Qur’an 100% dan hukum Hadis 100%
adalah dikira menyalahi hukum Syarak Malaysia. Dan dia boleh diambil
tindakan di bawah Mahkamah Syariah kerana hukum Syarak/undang-
undang Islam yang ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan adalah pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ah sahaja. Dan ia pula
bukanlah berasaskan kepada al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW 100%.

Sepatutnya hukum Syarak adalah merupakan khitab Allah yang


berkaitan dengan perbuatan hamba-hamba-Nya yang mukallaf yang
ditugaskan untuk melakukan ibadat kepada Allah sama ada berkaitan
dengan wajib, makruh, mubah dan lain-lain. Lantaran itu sebahagian hukum
Syarak yang difatwakan di Malaysia adalah bercanggah dengan al-Qur’an
dan Perlembagaan Persekutuan Perkara 4 (1) dan 11 (1) seperti fatwa
pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari
dari beramal ibadat menurut pegangan mereka sedangkan ia diharuskan
oleh fatwa Sunni Syeikh al-Azhar, tetapi ia dimansuhkan oleh Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 5 Mei 1996 setelah dibenarkannya.
Kemudian ia diharuskan kembali oleh Deklarasi Amman 2005 yang
ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan
Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri. Justeru fatwa yang
mengeluarkan Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dari agama Islam oleh
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan kerajaan-kerajaan negeri
di Malaysia adalah tidak selaras dengan perlembagaan Persekutuan Perkara
11 (1), 4 (1) dan 3 (1) yang merupakan Supreme law of Federation. Dan ia
juga menyalahi al-Qur’an Surah al-Baqarah (2) : 256 “ Tidak ada paksaan
dalam (menganuti) agama (Islam)” Justeru ia adalah “un-constitutional” dan
“un-Islamic”
(5) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak menjamin hak asasi
Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari
430
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Ini disebabkan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak memberi
rahmat kepada seluruh manusia seperti al-Qur’an, malah ia memberi azab
kerpada Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari kerana mereka diletakkan di
bawah Undang-undang tatacara jenayah syariah bagi tujuan menindas
mereka kerana kepercayaan mereka sedangkan Fatwa Syeikh-syeikh al-
Azhar, Deklarasi Amman, Deklarasi Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi
Islamabad memperakui Syiah Ja‘fari sebagai mazhab yang sah dan boleh
beramal ibadat dengannya. Justeru, pengharamannya adalah “un-Islamic
dan ia juga menyalahi Perlembagaanh Persekutuan Perkara 11 (1) dan
Perkara 3 (1). Justeru ia adalah “un-constitutional”.

(6) Pengangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi Perlembagaan


Persekutuan sebagai the supreme law of the Federation dalam
pengharaman penerbitan dan penyebaran segala bentuk risalah, buku
dan lain-lain yang bertentangan dengan pegangan Ahli sunnah Wal-
Jama‘ah

Fatwa ini adalah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan


Perkara 11 (1) Every person has the right to profess and practise his religion
and, subject to Clause (4), to progate it. (ibid, hlm. 28). Ertinya: Setiap
individu mempunyai hak untuk mempercayai dan beramal dengan
agamanya dan tertakluk kepada clause (4), untuk menyebarnya. Dan
perkara 11 (3), a, b, “Every religous group has the right-
(a)To manage its own religous affairs;
(b)To establish and maintain instituitions for religous or charitable
purposes; “
Ertinya: Setiap kumpulan agama mempunyai hak (a) Untuk
menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri; (b) Untuk menubuh dan
menjaga institusi-institusi untuk keagamaan atau bertujuan kebajikan
(mengutip derma). Ini bererti Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah
(Ja‘fari) Malaysia berhak untuk melakukan perkara- perkara tersebut
menurut Perlembagaan Persekutuan perkara 11 dan Perkara 12 (2) Every
religous group has the right to establish and maintain institutions for the
education of children in its own, and there shall be no discrimination on the
ground only of religion in any law relating to such law; but it shall be lawful
for the Federation or a state to establish or assist in establishing or
maintaining Islamic instituitions or provide or assist in providing instruction
431
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
in the religion of Islam and incur such expenditure as may be neccesary for
the purpose.

Fatwa Syeikh-syeik al-Azhar, Deklarasi Amman, Deklarasi Makkah al-


Mukarramah dan Deklarasi Islamabad memperakui mazhab Syi‘ah Ja‘fari
sebagai mazhab Islam dan boleh beramal ibadat dengannya. Oleh itu Syiah
Melayu Islam mazhab Ja‘fari boleh menggunakan segala keperluan di dalam
ibadat seperti turbah husainiyyah ketika sujud untuk mengambil berkat dari
tanah Karbala’ umpamanya, dan perkara yang lain di dalam ibadat dan dari
sudut keilmuan, seperti mendirikan Universiti, perpustakaan, menyimpan
buku-buku Syiah Islam seperti Mafatih al-Jinan, buku-buku marja‘ Taqlid
serta menyebarnya di kalangan Syiah sebagaimana termaktub di dalam
Perkara 11 (1-3) Perlembagaan Persekutuan yang merupakan Supreme law
of Federation. Justeru pengharamannya adalah “un-constitutional” dan “un-
Islamic”

(7) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi al-Qur’an dan


Perlembagaan Persekutuan apabila Fatwa menetapkan: Ajaran Islam
yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah
bercanggah dengan Hukum Syarak / Undang-Undang Islam di Malaysia

Ini bererti hukum-hukum al-Qur’an yang bercanggah dengan pegangan


Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah dikira bercanggah dengan Hukum Syarak/
Undang-Undang Islam Malaysia yang difatwakan oleh Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Soalnya berapa banyak ayat-ayat hukum
al-Qur’an yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
terpaksa di ditolak atau dipinggirkan? Fatwa ini bercanggah dengan al-
Qur’an dan Hadis Nabi SAW yang menjadi sumber hukum di dalam Islam.
Dan ia juga tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1),
11 (3), 5 (1), 8 (1) dan Perkara 4 (1) This Constitution is the supreme law of
the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent
with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void. (ibid,
hlm. 21). Justeru ia adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”

(8) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi Perlembagaan


Persekutuan sebagai the supreme law of the Federation apabila Fatwa
menetapkan: Umat Islam di negara ini tertakluk kepada Hukum
432
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Syarak/ Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah dan bukan Islam yang berasaskan al-Qur’an dan Hadis

Fatwa ini adalah bercanggah dengan ayat-ayat hukum al-Qur’an yang


bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ahia juga tidak
selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11,5, 8, 3 (1) dan 4 (1)
This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed
after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the
extent of the inconsistency, be void”. Soalnya: Siapakah yang akan
bertanggungjawab kepada Allah di hari Akhirat kelak tentang fatwa
pengharaman/pengkafiran/penghalalan darah/pembunuhan Syiah Melayu
di Malaysia? Justeru ia adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”

(9) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah asas bagi Undang-


undang tatacara Jenayah Syariah bagi pengharaman kepercayaan dan
amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari bukan al-Qur’an dan Hadis
dan bukan juga Perlembagaan Persekutuan

Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah Melayu diharamkan


oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangasaan pada 5 Mei, 1996 untuk
diamalkan di Malaysia. Ini bererti Syiah Melayu Islam tidak termasuk di
dalam kategori Islam dan dipindahkan ke kategori bukan Islam menurut
fatwa tersebut, tetapi dari sudut Perlembagaan Persekutuan, Syiah Melayu
masih di dalam Perkara 3 (1), tetapi dikawal dengan enakmen tatacara
jenayah syariah. Dan fatwa ini adalah merupakan “ISA SYARIAH” yang
dikenakan ke atas Syiah Melayu Islam Ja‘afari di Malaysia kerana
kepercayaan dan amalan mereka. Walau bagaimana pun fatwa ini adalah
tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) dan Perkara
3 (1). Dan ia adalah tidak sah dan terbatal menurut Perkara 4 (1) dan
Perkara 74 (3) Perlembagaan Persekutuan. Soalnya: (i) Bagaimanakah
dengan Syiah Melayu sebelum 5 Mei, 1996 (ii) adakah semudah itu mereka
diperlakukan dengan enakmen tatacara jenayah syariah (iii) yang tidak
selaras dengan Perlembagaan Persekutuan? (iv) Dan tidakkah fatwa
pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari
setelah dihalalkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 5
Mei, 1996 itu telah mengatasi Perlembagaan Persekutuan 4(1) yang
433
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
merupakan the Supreme law of theFederation? Dan ia juga mengatasi Hadis
al-Thaqalayni. Justeru ia adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”

(10) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang dijadikan asas Hukum


Syarak di Mahkamah Syariah bagi pengharaman Syiah Melayu Islam
sepatutnya tidak membicarakan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari di
Mahkamah Syariah dan mereka hendaklah dibebaskan kerana
mereka telah membuat akuan sumpah (SD) Akta Parlimen No. 13 1960
mengisytiharkan bahawa status agama mereka adalah ISLAM
bermazhab Syiah Imamiyyah (Ja‘fari) mentaati DYMM Baginda Yang di-
pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dan mematuhi Perlembagaan
Persekutuan, menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta
menolak sebarang bentuk keganasan”

Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah Melayu sepatutnya tidak dibicarakan di


Mahkamah Syariah yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
atau terus dibebaskan jika disebabkan kepercayaan mereka kerana
Mahkamah Syariah menggunakan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
sahaja di dalam Hukum Syarak yang bercanggah dengan pegangan Syiah.
Justeru keadilan tidak terjamin. Sedangkan tujuan penghakiman adalah
untuk mencari keadilan kepada tertuduh. Bagaimana jika tertuduh dihukum
sebelum dibicarakan? Hukum Syarak Malaysia pula tidak boleh menerima
al-Qur’an dan Hadis sebagai the supreme law of the Federation. Oleh itu,
fatwa / enakmen tatacara jenayah anti -Syiah Melayu memberi tekanan dan
bebanan percuma kepada Syiah Melayu Islam dan ia menyalahi
Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1), 3(1) dan 4 (1). Tidakkah
Mahkamah Syriah adalah “subordinate” kepada Mahkamah Sivil dan
Mahkamah Sivil pula adalah “subordinate” kepada Perlembagaan
Persekutuan yang merupakan the supreme law of the Federation? Justeru ia
adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”.

(11) Fatwa hendaklah selaras dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW,
bukan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang dipimpin oleh
Abul Hasan al-Asy‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi yang datang hampir
300 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW
434
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Apabila fatwa tidak selaras dengan al-Qur’an dan Hadis atau Sunnah
Nabi SAW, maka ia adalah tidak sah dan terbatal menurut Islam
Muhammadi. Justeru ia adalah “un-Islamic” Jika mereka mengatakan
bahawa pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah al-Qur’an dan Hadis,
maka kenapakah Islam berasaskan al-Qur’an dan Hadis dipinda kepada
Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah? Tidakkah
pindaannya bagi menyelaraskan Hukum Syarak yang berasaskan al-Qur’an
kepada Hukum Syarak yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
supaya ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang sekular sifatnya
sehingga al-Qur’an tidak dijadikan the supreme law of the Federation?
Justeru tidak ada dua supreme law di dalam sebuah negara? Jika pindaan itu
adalah untuk penyelarasan antara Perlembagaan Persekutuan yang sekular
(un-Islamic) dan fatwa atau enakmen kerajaan-kerajaan negeri yang tidak
sekular (Islamic) kerana Islam di negeri-negeri dewasa itu berasaskan al-
Qur’an dan Hadis menjadi dominan, lalu ia dipinda kepada Islam berasaskan
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (e-fatwa) yang mana al-Qur’an tidak
dijadikan the supreme law of Islam termasuk di Mahkamah Syariah.

Justeru Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri tidak


menjadikan al-Qur’an sebagai the supreme law of the Federation kerana
hanya Perlembagaan Persekutuan sahaja yang merupakan the supreme law
of the land. Oleh itu, Malaysia adalah sebuah negara sekular-termasuk
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil- kerana al-Qur’an tidak dijadikan
the supreme law of the Federation. Tetapi apa yang anehnya pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jama‘ah dijadikan the supreme law di dalam Mahkamah Syariah
sehingga ia mengatasi Perlembagaan Persekutuan yang merupakan the
supreme law of theFederation. Ia juga mengatasi al-Qur’an dan Hadis itu
sendiri khususnya di dalam kes pengharaman kepercayaan dan amalan
Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari. Justeru Fatwa atau enakmen Kerajaan-
kerajaan negeri dalam pengharaman Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari
adalah tidak sah (void) kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan Perkara 11 (1), Perkara 3 (1), Perkara 3 (4) dan Perkara 4 (1),
Perkara 5 (1), Perkara 8 (1) dan Perkara 12 (1). Justeru ia adalah “un-
constitutional” dan “un-Islamic”

(12) Fatwa hendaklah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan


435
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Apabila fatwa tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3


(i). Islam is the religion of the Federation, but other religions may be practised
in peace and harmony in any part of Federation, Perkara 11 (1) dan 4 (1)
Perlembagaan Persekutuan, maka ia adalah tidak sah dan terbatal. Kerana
Islam mempunyai banyak mazhab dan bukan mazhab Ahli Sunnah Wal-
Jama‘ah sahaja. Ini termasuk Syi‘ah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Justeru fatwa
pengharaman Syiah Imamayyiah Ja‘afariyyah Melayu dan Zaidiyyah Melayu
di Malaysia adalah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara
3 (1), 11 (1) dan 4 (1). Justeru ia adalah tidak sah dan terbatal menurut
Perlembagaan Persekutuan yang merupakan Supreme law of Federation.
Justeru ia adalah “un-constitutional”.

(13) Kedudukan Fatwa dahulu dan sekarang

Fatwa sekarang adalah bercanggah dengan fatwanya yang terdahulu


dan ia bercanggah dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para Syeikh
al-Azhar yang lebih alim (a‘lamiyyah) daripadanya telah membenarkan
beramal ibadat dengan mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyaah, tetapi fatwa
No. 20 Negeri Selangor memberi implikasi bahawa ketenteraman tidak
wujud lagi bagi Syiah Melayu Islam kerana ia diletakkan di bawah enakmen
tatacara jenayah Kerajaan Negeri Selangor dan negeri-negeri di Malaysia.
Justeru ia bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadis serta Perlembagaan
Persekutuan Perkara 3 (1) dan 11 (1) yang merupakan supreme law of the
Federation. Justeru ia adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic”

(14) Akibat fatwa ini kepada Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari

Fatwa ini menyekat kami bagi menyambut hari kelahiran Rasulullah


SAW, hari kelahiran Fatimah al-Zahra’ anak perempuan Rasulullah SAW,
hari kelahiran Imam Ali AS menantunya Rasulullah SAW, wasi (pengganti)
dan sepupunya, hari kelahiran Imam Hasan AS, hari kelahiran Imam Husain
AS cucunya Rasulullah SAW dan lain-lain daripada Ahlu-Bait Rasulullah
SAW sedangkan hari jadi manusia biasapun disambut. Kami telah diserbu
oleh pegawai dan penguat kuasa JAIS beberapa kali antaranya ketika kami
merayakan hari kelahiran Fatimah binti Muhammad SAW pada tahun 2012
walaupun kami telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran
436
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Gombak, itu sebagai contoh sahaja. Fatwa itu telah menyekat kami dari
hidup bermasyarakat dan melakukan amal ibadat secara berjama‘ah
sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kami tidak dilayani
dengan adil seperti masyarakat-masyarakat yang lain di negara in seperti
masyarakat Hindu di Selangor secara khusus sebagai contoh dan di Malaysia
amnya mendapat keamanan dan kebebasan bagi menyambut hari kelahiran
Tuhan-Tuhan Hindu mereka di Kuil Batu Caves. Justeru Fatwa pengharaman
kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari adalah
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) dan Perkara
3 (1). Apatah lagi upacara pemujaan kepada Tuhan-Tuhan mereka dihadiri
juga oleh pembesar-pembesar dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaa‘ah
Malaysia pada setiap tahun.

Akibat daripada fatwa ini, hampir di setiap minggu, Syiah Melayu Islam
mazhab Ja‘fari dicaci dan dikutuk secara rasmi di dalam khutbah-khutbah
Jumaat di bawah JAIS dan JAKIM di setiap masjid di negeri Selangor dan di
seluruh Malaysia yang melebihi 60 ribu masjid dan surau terutamanya
apabila ia dibaca di dalam khutbah-khutbah Jumaat dan usrah-usrah agama
di jabatan-jabatan kerajaan secara berterusan membuat fitnah, melukai
perasaan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari dan membuat hasutan
terhadap mereka. Justeru Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari dihina, ditahan
dan dipenjara kerana kepercayaan mereka. Oleh itu, ia adalah “un-
constitutional” dan “un-Islamic”.
(15) Kutukan terhadap Ali bin Abi Talib AS dulu dan sekarang
Sebagaimana Ali bin Abi Talib dikutuk (dilaknati) dan dicaci oleh
Mu‘awiyah bin Abi Sufyan semasa pemerintahannya dan selepasnya iaitu
sehingga datangnya Khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz, lalu dia menghentikan
cacian dan kutukan terhadap Ali bin Abi Talib as. Cacian dan kutukan itu
dilakukan dalam khutbah-khutbah Jumaat (al-‘Aqd al-Farid,1, hlm.246).
Yaqut al-Hamawi menyatakan: “Atas perintah Mu‘awiyyah, Ali dilaknat
sepanjang masa kekuasaan Bani Umayyah dari Timur hingga ke Barat di
masjid-masjid” (Mu‘jam al-Buldan,1, hlm.191). Al-Maududi di dalam
bukunya al-Khilafah Wa l-Mulk (Khalifah Dan Kerajaan) menulis: “Di zaman
Muawiyah dimulai kebiasaan mengutuk Sayyidina Ali dari atas mimbar-
mimbar masjid dan pencaci-makian serta pencercaan terhadap pribadinya
secara terang-terangan, di siang hari maupun di malam hari. Kaum
Muslimin di mana-mana merasa sedih dan sakit hati sungguh pun mereka
437
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
terpaksa berdiam diri memendamkan perasaannya itu. Kecuali Hujur bin
Adi, yang tidak dapat menyabarkan dirinya” (Khilafah Dan Kerajaan, hlm.
209-210, Penerbit Mizan, Cet. VII, 1998, Bandung). Persoalan yang timbul:
Adakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah Melayu sekarang masih menentang Ali AS
dan para pengikutnya? Justeru ia adalah “un-Islamic” dan “un-constitutional”

(16) Kutukan dan tindakan undang-undang terhadap Syi‘ah Melayu


Islam mazhab Ja‘fari

Perbezaannya sekarang Ali bin Abi Talib AS tidak dicaci dan dikutuk
di masjid-masjid di negeri Selangor secara khusus dan di Malaysia secara
amnya, tetapi para pengikut Ali bin Abi Talib atau Syiah Imamiyyah
Ja‘fariyyah Melayu dijadikan bahan kutukan dan kebencian di masjid-masjid
apatah lagi jika dana asing (Wahabi) diterima secara bulanan atau tahunan
di dalam pelbagai bentuk bagi menentang Syi‘ah Melayu Islam di Malaysia.
Kami belum pasti sama ada Syiah turut di kutuk di dalam khutbah-khutbah
agama Hindu berdasarkan fatwa No.20, ix, bahawa Syiah mengkafir para
sahabat Rasulullah SAW di kuil-kuil Hindu mereka di Batu Caves dan lain-
lain. Justeru mereka bukanlah dari Ahli Sunnah Nabi SAW, malah mereka
adalah dari Ahli Sunnah Mu‘awiyah yang memusuhi Ali bin Abi Talib AS dan
para pengikutnya. Oleh itu fatwa pengharaman kepercayaan dan amalan
Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari bererti menolak perpaduan umat dan
kehidupan harmoni secara keseluruhannya dengan menggalakkan orang
ramai supaya membenci Syiah Melayu dimulai dari masjid-masjid di bawah
arahan Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri di seluruh Malaysia dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga Syiah Imamiyyah (Ja‘fari)
Melayu tidak ada hak lagi untuk menjalani kehidupan dengan aman dan
harmoni sebagai manusia yang merdeka di negera ini menurut
Perlembagaan Persekutuan perkara 3 (1) dan 11 (1) Justeru ia adalah “un-
constitutional” dan “un-Islamic”.

(17) Peranan Salafi/Wahabi di dalam dan di luar Malaysia

Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh Salafi/Wahabi yang


menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah telah menular di dalam
fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di Malaysia dengan menerapkan sikap
mereka yang ekstrim. Justeru berlakulah umpamanya fatwa No.20 yang
menyalahi fatwa-fatwa Syeikh al-Azhar daripada Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Ini adalah kerana Wahabi telah menolak fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh
438
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Ahli Sunnah Wal-Jama’ah yang bermazhab al-Asya‘irah seperti dipegang
oleh Syeikh-syeikh al-Azhar.

Pengeboman di World Trade Center di New York 9/11, pengeboman


di Bali, pengboman di masjid-masjid di Pakistan, Iraq, pembongkaran kubur
sahabat Nabi SAW Hujur Bin ‘Adi di Syria pada 2/5/2013 (Farsnews),
pembakaran kubur sahabat Nabi SAW Ja‘far al-Tayyar di Jordan pada
4/5/2013 (Farsnews), penyerangan dan pembakaran 5 rumah kediaman
Syiah di Giza, Mesir dan akibatnya kematian 4 orang Syiah pada 24/6/2013
(al-Alamnews) dan lain-lain yang telah berlaku dan sedang berlaku biasanya
ada kaitan dengan penganut-penganut fahaman Salafi/Wahabi. Mereka
dikenali dengan nama yang bermacam-macam: Salafi/Wahabi, al-Qaedah,
Taliban, Jabhah al-Nusurah dan lain-lain. Apa yang pentingnya bahawa
mereka adalah daripada fahaman Wahabi dan misi mereka adalah untuk
memecah belahkan perpaduan umat Islam; Sunnah dan Syiah umpamanya.
Mereka membunuh Syiah walaupun Syiah berada di masjid-masjid dan di
husainiyah-husainiyah mereka. Wahabi senang diperalat kemudian menjadi
khadam kepada musuh-musuh Islam bagi tujuan pecah dan perintah (divide
and rule) seperti apa yang berlaku di Libya, Iraq dan Syria kerana mereka
menolak ilmu logik dan ilmu falsafah serta sejarah. Oleh itu mereka
mewarisi kejumudan di dalam fikiran. Sebenarnya mereka adalah Khawarij
(moden) di abad ini “Putrajaya denounces Islamic State militants”
Malaymailonline 27 Ogos, 2014.

4. MODUS OPERANDI WAHABI BAGI MENENTANG SYIAH DI


NUSANTARA SECARA HURAIAN:

Modus operandi Wahabi bagi menentang Syiah adalah dengan


menyembunyikan beberapa ayat al-Qur‘an dan Hadis Nabi SAW yang
berkaitan dengan topik tertentu yang membolehkannya atau
mengharuskannya, kemudian mereka menuduh Syiah menyalahinya pula
bagi tujuan menyesat atau mengkafirkan Syiah sebagai contoh seperti
berikut:

(1) Kes Taqiyyah umpamanya ada sandarannya di dalam al-Qur’an


Firman-Nya di dalam surah Ali ‘Imran (30): 28 “Barangsiapa yang berbuat
sedemikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana
memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka (illa an tattaqu min-
him tuqah)”.
439
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Taqiyyah dilakukan oleh sahabat Nabi SAW ‘Ammar bin Yasir yang
terpaksa melakukan taqiyyah kerana menghadapi tekanan orang kafir atau
seumpama mereka. Kemudian ia dibenarkan oleh Rasulullah SAW. Ia
dilakukan juga oleh Imam Sunni seperti Imam al-Ghazali dan Imam Ahmad
bin Hanbal. Semua fakta tersebut disembunyikan oleh Wahabi daripada
pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan menyesatkan Syiah.

(2) Kes sembahyang jamak tanpa sebab (sembahyang tiga waktu)


dikira satu kesalahan jenayah syariah terhadap Syiah sedangkan ia adalah
diharuskan oleh al-Qur’an dan Hadis. (i) Firman-Nya di dalam surah al-Isra’
(17): 78 “Dirikanlah sembahyang dari sesudah matahari tergelincir sampai
gelap malam dan (dirikanlah pula sembahyang) subuh. Sesungguhnya
sembahyang boleh disaksi” Tiga waktu disebut di dalam al-Qur’an dengan 5
kali sembahyang. Sunni menggunakan istilah jamak taqdim dan jamak
ta’khir.

(ii) Rasulullah SAW telah membenarkan jamak di dalam semua


keadaan seperti berikut:

Riwayat Ibn Abbas dan Sa‘id bin Jubair bahawa SAW “Rasulullah SAW
telah bersembahyang zohor dan Asar secara jamak, Maghrib dan ‘Isyak
secara jamak tanpa sebab takut dan tanpa sebab musafir” (Sahih Muslim,
ii,151 Kitab al-Salat, bab al-Jam ‘baina al-Salatainfi al-Hadhar. Riwayat
daripada Jabir bin Zaid daripada Ibn Abbas berkata: “Aku telah
bersembahyang bersama Nabi SAW lapan rakat secara jamak”. Riwayat
daripada Jabir bin Zaid daripada Ibn Abbas: “Sesungguhnya Rasulullah SAW
telah bersembahyang di Madinah 7 rakaat dan 8 rakat secara jamak; Zohor,
Asar, Maghrib dan Isyak” (Sahih Muslim, ii:152) [Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah,
III, hlm. 259; Ibn Kathir, Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',
hlm. 157]. Justeru fatwa No. 20 (iv) hendaklah dimansuhkan. Dan ia
bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadis Rasulullah SAW yang membolehkan
jamak sembahyang dalam semua keadaan. Walau bagaimana pun ia
disembunyikan oleh Wahabi daripada pengetahuan umum di Nusantara
bagi menyesatkan Syiah.

(3) Kes Khumus juga ada sandarannya di dalam al-Qur’an surah al-
Anfal (8): 41“Ketahuilah, apa yang kamu perolehi seperlima adalah untuk
Allah, Rasul-Nya, kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, dan orang musafir”
440
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
dan Sunnah Rasulullah SAW yang memberi khumus kepada keluarganya
(Lihat umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127), tetapi ia
diwartakan sebagai satu kesalahan jenayah terhadap Syiah yang
mempercayai halalnya khumus kerana Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah berpegang
kepada sunnah Khalifah Abu Bakar dan Umar yang telah
mengharamkannya. Sedangkan pengharaman mereka berdua adalah
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW yang menghalalkannya. Justeru
Sunni lebih mematuhi Khalifah Abu Bakar dan Umar daripada Allah dan
Rasul-Nya dari sudut amali. Justeru, ia disembunyikan daripada
pengetahuan umum di Nusantara oleh Sunni dan Wahabi bagi menyesatkan
Syiah.

(4) Mereka juga menyembunyikan perbezaan antara “sunnah” sahabat


dan Sunnah Nabi SAW kerana kecintaan mereka kepada sahabat lebih
banyak daripada kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW sehingga
“sunnah” sahabat menjadi dominan ke atas hukum al-Qur’an dan Sunnah
Nabi SAW. Akibatnya orang ramai tidak dapat membezakan antara “sunnah”
sahabat dan Sunnah Nabi SAW, lalu mereka menjadikan “sunnah” sahabat
sebagai akidah atau agama yang wajib dipatuhi oleh semua. Sedangkan
“sunnah” sahabat adalah menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.
Sementara Sunnah Nabi SAW adalah menurut al-Qur’an.

(5) Justeru, setiap kali mereka menuduh Syiah menyamakan Saidina


Ali dengan Allah SWT adalah bagi menyembunyikan hakikat bahawa
mereka sendiri menyamakan malah mengutamakan Khalifah Abu Bakar dan
Umar daripada Allah SWT di dalam keadaan tertentu. Contohnya “sunnah-
sunnah” mereka berdua, menurut Sunni, adalah mengatasi al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah SAW dari sudut amali. (6) Kemudia ia dijadikan akidah
atau agama oleh Sunni bagi mendekatkan diri mereka kepada Allah
sebagaimana diucapkan oleh Khalifah Ali AS.

Ini disebabkan kemabukan cinta kepada Abu Bakar dan Umar. Ali AS
berkata: Hati umat ini dimabukkan cinta kepada mereka berdua (Abu Bakar
dan Umar) (Qad usyribat qulubu hadhi-hi al-Ummati ‘ala hubbi hadhaini al-
rajulaini). (ii) Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-
tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab, kemudian
mereka meredainya tanpa menentangnya pula. Malah mereka memarahi
untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan mengingkarinya!
Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan mengikuti bidaah-
441
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bidaahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya (ahdatha-hu).
Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan agama untuk
menghampirkan diri mereka kepada Allah.

Umpamanya, Umar telah memindahkan Maqam Ibrahim AS dari


tempat yang diletakkan oleh Rasulullah SAW kepada tempatnya pada masa
Jahiliyah di mana Rasulullah SAW telah memindahkannya (al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa,’ hlm. 137). Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan
cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardu dan sunat. Penambahannya
mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin
dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan
gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak”, tetapi mereka
meredai dan menerima apa yang dilakukannya (Umar) ”(Kitab Sulaim, hlm.
86-87).

Al-Suyuti menyatakan bahawa Umar bin Abd al-Aziz berkata bahawa


“Sesungguhnya apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah (ala inna ma
sanna Rasulullah) dan dua sahabatnya (wa sahiba-hu), maka ia adalah
agama (fa-huwa dinun) yang kami mengambilnya dan kami berakhir
kepadanya. (na’khudhu bi-hi wa nantahi ilai-hi) Adapun apa yang
disunnahkan oleh selain daripada mereka berdua (Abu Bakar dan Umar),
maka kami menangguhkannya” (wa ma sanna siwa-huma nurji’u-hu) (Tarikh
al-Khulafa’, hlm. 160). Justeru pemerintah Bani Umayyah telah membuat
keputusan bahawa apa yang disunnahkan oleh Abu Bakar dan Umar adalah
agama (dinun)”.

(6) Justeru Khalifah Ali AS telah menolak “sunnah” mereka berdua


kerana ia menyalahi Sunnah Rasulullah SAW. Justeru mereka berdua
bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar (100%).

(7) Setiap kali mereka menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat


Rasulullah SAW, maka mereka sengaja menyembunyikan Kitab al-Riqaq
Bab fi al-Haudh dalam Sahih al-Bukhari dan Kitab al-Fadha’il, Bab fi Ithbat
Haudhi nabiyyi-na dalam Sahih Muslim dengan meninggalkan terjemahannya
dalam bahasa ibunda di Nusantara dan ia tidak pula disebut oleh para ulama
Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi di Nusantara bagi mempertahankan
akidah atau agama mereka bahawa semua sahabat adalah adil. Sedangkan
Rasulullah SAW sendiri yang telah mengkafirkan majoriti para sahabatnya
442
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
kerana mereka telah mengubah Sunnahnya menurut Hadis. Tindakan
sedemikian adalah bagi tujuan menyembunyikan hakikat atau fakta bagi
menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.

Umpamyanya Sahih al-Bukhari, Bab fi al-Haudh Hadis No. 587.


Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Manakala aku sedang
tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku
mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar di antara aku
dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari. Aku bertanya
kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah. Aku pun
bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah
menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu
ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru aku tidak melihat mereka
terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang sesat
daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-
Na‘am).

Sahih Muslim, Bab fi Ithbat Haudh nabiyyi-na Hadis No. 29 (2295).


Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah; isteri Nabi SAW, baginda
SAW bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak
seorang pun daripada kamu (para sahabatku) akan mendatangiku (la
ya’tiyanna ahadu-kum) sehingga dia akan dihalau atau diusir daripadaku (fa-
yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat (bilangan
yang sedikit, jika ada) (ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan
bersabda: Apakah salahnya? Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui
apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka
la tadri ma ahdathu ba‘da-ka) Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat
Allah) (suhqan).

(8) Setiap kali mereka menyatakan bahawa mereka membenci dan


memusuhi Syiah kerana Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
yang mereka cintai, maka ketahuilah, sesungguhnya mereka
menyembunyikan hakikat bahawa Rasulullah SAW sendiri yang telah
mengkafirkan majoriti para sahabatnya di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih
Muslim, bab fi al-Haudh kerana mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah
SAW selepas kewafatannya. (9) Justeru, adakah mereka turut membenci dan
memusuhi Rasulullah SAW pula kerana baginda SAW sendiri yang telah
mengkafirkan majoriti para sahabatnya?? Kemudian mereka
443
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
mengutamakan Khalifah Abu Bakar dan Umar pula daripada Allah dan
Rasul-Nya??.

(10) Setiap kali mereka menyatakan bahawa semua sahabat adalah


adil, maka mereka menghina dan memusuhi Ahlu l-Bait Rasulullah SAW
yang disucikan dalam surah al-Ahzab (33): 33, Hadis al-Thaqalayni, Hadis
al-Safinah, Hadis bab al-Hittah, hadis al-Manzilah dan lain-lain yang mereka
membohonginya. (11) Setiap kali mereka mengutamakan “sunnah” sahabat,
maka sesungguhnya, mereka menghina (Sunnah) Rasulullah SAW dan
(hukum) Allah SAW di dalam al-Qur’an kerana Sunnah Rasulullah SAW
adalah bertepatan dengan al-Qur’an sementara “sunnah” sahabat adalah
menyalahi Sunnah Rasulullah SAW dan al-Qur’an itu sendiri. (12) Setiap kali
mereka menyatakan bahawa Syiah mencaci sahabat, maka mereka
menyembunyikan bab tertentu dalam buku-buku Sunni seperti Sahih al-
Bukhari dan Sahih Muslim yang menjelaskan bahawa sahabat ada yang telah
mencaci sahabat dan terdapat sahabat yang telah mencaci dan menghina
Nabi SAWitu sendiri (Sahih al-Bukhari, jilid viii, hlm79, Hadis no. 122 dan
Hadis no. 123).
(13) Setiap kali sahabat menghina Rasulullah SAW seperti kata-kata
Umar bahawa Nabi SAW sedang meracau, kami tidak perlu kepada Sunnah
anda, malah al-Qur’an adalah cukup bagi kami” (Sahih al-Bukhari, jilid i, hlm.
86, Hadis no. 114) umpamanya, maka mereka mempertahankan kata-kata
dan perbuatan Umar yang telah menghina Nabi SAW. Malah mereka
memarahi para pengkritik Umar kerana cintakan Umar, bukan cinta kepada
Nabi SAW. (14) Justeru, mereka tidak percaya kepada kemaksuman Nabi
SAW sepenuhnya dari sudut amali pada ketika itu.

(15) Apatah lagi kemaksuman Ahlul-Baitnya dalam surah al-Ahzab


(33): 33, Hadis al-Thaqalayni, Hadis al-Manzilah, Hadis al-Safinah dan lain-
lain.(16) Justeru, mereka menyembunyikannya daripada pengetahuan
umum di Nusantara kerana penghormatan mereka kepada sahabat itu
adalah lebih besar dari penghormatan mereka kepada Nabi SAW itu sendiri
dalam beberapa hal. (17) Kadang-kadang mereka lebih menghormati
sahabat daripada Allah SWT di dalam keadaan tertentu pula seperti kes
Khumus dan penyapuan dua kaki dalam wuduk. (18) Oleh itu, adakah
mereka Ahli sunnah Nabi SAW yang sebenar? (19) Persoalannya: (a)
Kenapakah mereka merasa bahawa mereka lebih dekat kepada Nabi SAW
daripada Ahlul-Baitnya sendiri? (b) Kenapakah mereka merasa bahawa
mereka lebih dekat kepada Nabi SAW daripada Syiah mazhab Ja‘fari yang
444
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menyokong 12 imam daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW? Sedangkan
Wahabi membenci dan mengingkari mereka sebagai para imam selepas
Rasulullah SAW?

(20) Setiap kali mereka menuduh Syiah mempunyai al-Qur’an yang


lain, maka mereka menyembunyikan hakikat atau fakta dalam buku-buku
Sunni yang menyatakan bahawa al-Qur’an yang ada sekarang adalah
berbeza dengan al-Qur’an di zaman Nabi SAW daripada pengetahuan umum
di Nusantara bagi menyesat atau mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari. (a)
Justeru, mereka menyembunyikan pengubahan al-Qur’an (Tahrif al-Qur’an)
dalam buku-buku Sunni sendiri.

Umpamanya, al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 yang meriwayatkan


bahawa Khalifah Umar telah berkata: “Janganlah seorang itu berkata aku
telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-
Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan
sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti
sebahagian al-Qur'an telah hilang. (b) Mereka menyembunyikan Hadis-
hadis dalam buku Sahih Muslim, I, hlm. 726, (c) dan buku al-Mustadrak, II,
oleh al-Hakim, hlm. 224 yang meriwayatkan daripada Abu Musa al-
Asy'ari,"Kami membaca satu surah seperti surah al-Bara'ah dari segi
panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku mengingati sepotong dari
ayatnya,"Sekiranya anak Adam (manusia) mempunyai dua wadi dari harta,
nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi
melainkan dengan tanah."

(d) Mereka menyembunyikan Hadis-hadis dalam buku al-Suyuti, al-


Itqan, II, hlm. 82 yang meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan surah al-
Ahzab (33): 56 pada masa Nabi SAW adalah lebih panjang iaitu dibaca
"Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa
Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata,"Iaitu sebelum
Uthman mengubah mushaf-mushaf." (e) Mereka menyembunyikan buku Al-
Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 yang mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah
adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an Aba'ikum"
tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.

(f) Mereka menyembunyikan buku Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I,


hlm. 394, (vii) dan buku al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191 yang menyatakan
bahawa surah al-Dhariyat (51): 58 telah dipinda dari teks asalnya "Inni Ana
445
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq" iaitu teks sekarang. (g) Mereka
menyembunyikan buku al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; (9) dan buku nya al-
Durr al-Manthur, V, hlm. 180 yang meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa
dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah SAW sebanyak
200 ayat, tetapi pada masa 'Uthman menulis mushaf, ia tinggal 73 ayat
sahaja."

(21) Setiap kali mereka menyatakan bahawa Syiah menghalalkan nikah


Mut’ah, mereka menyembunyikan hakikat bahawa surah al-Nisa’ (4): 24
"Maka isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut'ah) di atas mereka,
berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajipan" adalah ayat
Muhkamah; tidak pernah dimansuhkan. Justeru Khalifah Ali AS berkata
bahawa nikah Mut’ah adalah halal sehingga hari Kiamat.

Hanya Khalifah Umar yang telah mengharamkannya dalam masa


pemerintahannya walau pun beliau sendiri telah melakukannya.
Persoalannya: Bagaiman Sunni dan Wahabi dapat menyelesaikan masalah
250 000 (dua ratus lima puluh ribu) orang anak zina di Malaysia? Adakah
dengan menciptakan hukum baru bernama nikah jihad pula? (22) Setiap
kali mereka menyatakan bahawa Syiah mengharuskan meliwat isteri, maka
mereka menyembunyikan hakikat atau fakta dalam buku-buku Sunni yang
mengharuskannya (al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,1, hlm. 264 ayat Harth
surah al-Baqarah (2): 223).

Malah Khalifah Umar adalah orang yang pertama meliwat


isteri/hamba perempuannya di siang hari pada bulan Ramadan. Kemudian
beliau bertanya Nabi SAW tentang halal atau haramnya (ibid). (23) Tidak
kurang juga dengan Imam Malik, seorang Imam Sunni mazhab Maliki yang
mengakui meliwat isterinya dan mengatakan bahawa beliau baru saja
selesai melakukannya (liwat) apabila ditanya tentang meliwat (dubur) isteri
(Ibid).

(24) Setiap kali mereka menuduh Syiah mengharuskan meliwat


(lelaki), maka mereka menyembunyikan hakikat atau fakta dalam buku-
buku Sunni dan Syiah yang meriwayatkan bahawa sebahagian sahabat telah
melakukan liwat (sodomi) kerana mereka adalah manusia biasa dan tidak
maksum pula. Justeru Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah maksum. Justeru,
mereka tidak pernah melakukan zina dan liwat isteri atau lelaki dalam
hidup mereka. (25) Mereka juga telah menyembunyikan hakikat atau fakta
446
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
bahawa Yahya bin Aktham seorang Hakim Besar semasa Khalifah Makmun
adalah seorang peliwat Sunni yang tegar. Menurut Sunni, beliau adalah
seorang yang boleh dipercaya (thiqah) dan dihormati walau pun beliau
seorang peliwat (Thimar al-Qulub, 1, hlm. 156-221, Tarikh Baghdad, xiv,
hlm. 196, Tahdhib al-Tahdhib, 11, hlm. 160, Tarikh Madinah Dimasyq, jilid.
64, hlm. 81).

(26) Setiap kali mereka menyatakan bahawa Rasulullah SAW tidak


meninggalkan wasiat atau tidak melantik Ali sebagai wasi atau khalifah
selepasnya, maka mereka membenarkan Khalifah Abu Bakar berwasiat
kepada Khalifah Umar, lalu mereka membohongi Ali, Hasan, Husain dan
Fatimah AS yang menegaskankan bahawa Rasulullah SAW telah melantik Ali
sebagai wasi atau khalifah selepasnya kemudian 11 imam daripada Ahlu l-
Baitnya. Sedangkan mereka adalah Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang
disucikan! (27).

Persoalannya: Adakah mereka yang disucikan oleh Allah dalam suarah


al-Ahzab (33): 33 itu telah berbohong? (28) Dan adakah mereka juga
membohongi Allah dan Rasul-Nya tentang perlantikan Ali sebagai Khalifah
selepas Rasulullah SAW? (29) Setiap kali mereka menyatakan bahawa Syiah
menjadikan Imamah sebagai rukun Islam, maka jangan lupa bahawa
sebahagian Sunni telah menjadikan Imamah sebahagian daripada rukun
Islam. (30) Sebahagian Sunni telah menjadikannya sebagai Usuluddin
seperti al-Qadhi al-Baidhawi.

(31) Dan Sunni di Malaysia telah menjadikan pegangan (mazhab) Ahli


Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas agama Islam (Usuluddin) mulai 5 Mei
1996. Ini bererti pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dinaiktarafkan kepada
Agama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mulai 5 Mei 1996 di Malaysia kerana
agama Islam dan hukum syarak berasaskan kepada pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jama‘ah. Justeru, Syiah diharamkan di Malaysia secara tidak sah sama
ada dari sudut al-Qur’an dan Hadis atau dari sudut Perlembagaan
Persekutuan yang merupakan the supreme law of the Federation.

(32) Setiap kali mereka menuduh Syiah daripada ajaran Abdullah bin
Saba’, maka mereka menyembunyikan beberapa hadis Nabi SAW tentang
kelebihan Syiah antaranya: Imam al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur,
ketika menjelaskan tentang surah Bayyinah (98): 7 “Sesungguhnya orang
yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itulah sebaik-baik
447
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
makhluk” maka dia mengutip sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai Ali,
Anda dan Syi‘ah anda di hari Kiamat nanti di dalam reda dan meredai” Dan
sabdanya lagi: “Ini Ali dan Syi‘ahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah
yang mendapat kemenangan di hari Kiamat kelak” (al-Durr al-Manthur,
Beirut, tt, hlm. 379).

(33) Mereka juga menyembunyikan bahawa Abdullah bin Saba’


adalah manusia rekaan yang mana Ahli al-Hadis sendiri telah menolak
riwayat Abdullah bin Saba’ walau pun ia disebut di dalam buku sejarah al-
Firaq, tetapi ia tidak boleh menjadi alasan kebenarannya. (34) Mereka
hanya menggunakan watak Abdullah bin Saba’ bagi memfitnah dan
menghina beberapa orang sahabat Rasulullah SAW seperti Abu Dhar,
Ammar, al-Miqdad, Salman al-Farisi dan lain-lain yang dikatakan
terpangaruh dengan Abdullah bin Saba’. Kemudia Syiah turut terpengaruh
dengannya pula. Tuduhan ini adalah semata-mata bagi menyesatkan Syiah
di Nusantara yang telah diiktiraf oleh fatwa daripada Syeikh al-Azhar dan
deklarasi Amman.

(35) Setiap kali mereka menyesatkan ajaran Syiah mazhab Ja‘fari


kerana menyalahi ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama’ah, maka mereka
menyembunyikan hakikat bahawa Syiah mazhab Ja‘fari menuruti sunnah Ali
AS yang bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW dan al-Qur’an. (36)
Sementara mereka pula menuruti “sunnah” Abu Bakar, Umar dan Uthman
yang menyalahi Sunnah Rasulullah SAW dan al-Qur’an itu sendiri.

(36) Justeru mereka menyembunyikan bahawa sunnah Khalifah Ali AS


itu adalah Sunnah Nabi SAW itu sendiri. (37) Sementara “sunnah” (bidaah)
Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah menyalahi Sunnah Nabi SAW
dan al-Qur’an. (38) Setiap kali mereka menyatakan bahawa Syiah berbeza
dengan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari segi akidah, syariah dan akhlak
adalah kerana mereka telah menjadikan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah
sebagai asas agama Islam (Usuluddin), bukan al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW
yang menjadi asas agama Islam mulai 5 Mei 1996 (e-fatwa). Ini bererti
mereka telah mengeluarkan al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW dari asas agama
Islam dan hukum syarak bagi menyesat dan mengharamkan Syiah.

(39) Setiap kali mereka menyatakan bahawa Syiah adalah ajaran sesat,
jangan lupa bahawa Syiah mazhab Ja‘fari dan Zaidi telah di halalkan oleh
Kerajaan Malaysia sebelum 5 Mei 1996. Kedua-dua mazhab Syiah tersebut
448
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
telah diperakui oleh fatwa Sunni para Syeikh al-Azhar dan Deklarasi
Amman. Hanya fatwa Wahabi yang mengakafirkan semua Syiah kerana
Wahabi mengkafirkan semua mazhab Islam selain daripada Wahabi
termasuk mazhab al-Syafi‘i dan al-Asya‘irah.

(40) Setiap kali mereka menyatakan bahawa takrif agama Islam adalah
berasaskan pengangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah- bukan al-Qur’an dan
Hadis- maka mereka menjadikan rukun Islam 5 perkara + 1; Wajib menjadi
Sunni (Wahabi). Justeru tidak hairan, jika mereka menyatakan bahawa
Syiah adalah berbeza dengan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah (Wahabai) dari segi
akidah, syariah dan akhlak.

(41) Setiap kali mereka menyatakan bahawa Syiah adalah sesat,


merbahaya dan menjadi virus kepada masyarakat, maka mereka
menyembunyikan kesesatan dan bahaya mereka sendiri daripada
pengetahuan masyarakat umum di Nusantara kerana fahaman Wahabi telah
melahirkan kumpulan pengganas seperti ISIS dan al-QAEDAH di seluruh
dunia.

5. KATA-KATA ATAU UNGKAPAN KHALIFAH ALI AS TERHADAP


KHALIFAH-KHALIFAH SEBELUMNYA:

“Khalifah-Khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan


yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka melanggar janji
mereka dengan beliau SAW dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau SAW.
Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan
mengembalikannya kepada keadaan sebagaimana zaman Rasulullah SAW,
nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku
bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang
mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya
aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan
oleh Rasulullah SAW.

Mengembalikan (kebun) Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS,


mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman
Rasulullah SAW, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan
oleh Rasulullah SAW, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-
pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah
449
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan
hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang
terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari
suami mereka. Mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan
tanah Khaibar yang telah dibahagikan, memansuhkan dewan-dewan
pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang
sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAW tanpa menjadikannya
tertumpu di kalangan orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan
kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khumus
sebagaimana difardukan Allah SWT.

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman


Nabi SAW, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan
membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul),
mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke
atas peminum Nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji
sebagaimana pada zaman Nabi SAW, memerintahkan takbir lima kali dalam
sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-
Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang.
Mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAW di dalam
masjidnya yang mana Rasulullah SAW telah mengeluarkannya (Abu Bakar
dan Umar), memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah SAW
(beliau sendiri) di mana Rasulullah SAW telah memasukkannya, memaksa
kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah,
mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan
wuduk basuh dan sembahyang kepada waktu, syariat dan tempatnya,
mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan
layanan terhadap tawanan perang Parsi dan bangsa-bangsa lain kepada
kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya .

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka


meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak
melakukan sembahyang jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali
sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa
sembahyang Tarawih adalah bidaah, sekelompok tenteraku yang pernah
berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin
mengubah Sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan
sembahyang-sembahyang “sunat” Tarawih pada bulan Ramadhan sehingga
aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang
450
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada
pemimpin-pemimpin mereka yang sesat (a’immah dhalalahwa al-Du‘ati ila
al-Nar) yang hanya menyeru mereka ke neraka”[al-Kulaini, al-Raudhah min
al-Kafi, (vii), Hadis 21, hlm. 51-52).
451
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Abd al-Rahman al-Juzairi, al-Fiqhu ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah, Cairo, 1348


Ali al-Husaini al-Farahi, al-Nahdhah al-Husainiyyah, Tehran 1424 H.
Al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa l-Adab, Beirut, 1977 M.
Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz al-Haqa’iq, Baghdad, 1368 H.
Abdullah Ishak, ISLAM DI NUSANTARA, Petaling Jaya, 1992
Abu Daud, al-Musnad, Baghdad, 1345 H.
Abu l-Fida’, Tarikh, Cairo, 1384H.
Abu Nu‘aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, fi Tabaqat al-Asfiya’, Cairo, 1956 M.
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Bairut, 1382 H.
Al-Asy‘ari, Abu l-Hasan Ali bin Ismail, al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, Cairo,
1385H.
Al-Baidhawi, Minhaj al-Wusul ila ‘lm al-Usul, Cairo, tt.
Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959
Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis 1384H.
Al-Baqillqni, al-Tamhid, Baghdad,1960.
Al-Bukhari, Sahih (Arabic-English), Chicago 1987 dan Sahih, Bairut , 1377H.
Al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385H.
Al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo,1969.
___________, Muruj al-Dhahab, Cairo, 1980 M
____________, Tadhkirat al-Huffaz, Beirut, 1410 H.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo 1376 H.
Federal Constitution, Kuala Lumpur, 1997.
Al-Ghazali, Ihya’ ‘ulum al-Din, Cairo 1967 M.
Al-Haitahami, Majma’ al-Zawaid, Tunis, 1375 H.
Al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Halabi, Sirah al-Nabawiyyah, Cairo, 1362H.
Harakahdaily, Kuala Lumpur 2013
Hassan Raeed, Yuhanna Zimmi in search of trurh, Tehran, 1398
Al-Hilli, Yusuf al-Mutahhar al-Hulli, Nahj al-Haq wa Kasyf al-Sidq, Iran, 1407
Hurmah Takfir al-Muslimin, Tehran, 1334
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti’ab fi Ma‘rifah al-Sahabah ,Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid,Tunis, 1378H.
Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah , Baghdad, 1382 H.
Ibn ‘Abidin Hanafi, Hasyiah al-Mukhtar ‘ala Dar al-Mukhtar
Syarh Tanwir al-Absar Fekah Abu Hanifah, Beirut 1421 H,
452
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah ,1959.
Ibn Kathir, al-Bidayah Wa al-Nihayah, Baghdad, 1967 H
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma’rifah al-Sahabah, Bairut, 1953.
__________________, Fath al-Bari, Cairo, 1958.
__________________, Lisan al-Mizan, Cairo 1386 H.
__________________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabab, 1327 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, 1345 H.
Ibn Kathir ,Tafsir, Cairo,1381H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367H.
Ja‘far Subhani, Kitab al-Tauhid, Tehran, 1978
J milton Cowan, A Dictionary of Modern Written Arabic, London 1971
Kalibuli, Majma‘ al-Anhar fi Syarh multaqa al-Abhar, Beirut, 1419 H.
Kamis Bin Ismail, Shi‘ah Dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik Dan
Tasawuf Falsafah Di Alam Melayu (Unpublished Ph.D thesis)2003, UKM,
Bangi, Selangor.
Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 1950 M.
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo, 1340 H.
Ibn Najim, al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Haqa’iq, Dar al-Makrifat, Beirut t.t.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, Miftah Dar al-Sa‘adah wa manthur wilayah al-
‘ilm wa al-Iradah, Riyadh, 1989.
Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo, 1959.
Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, Baghdad, 1959.
Ibn Sa‘d, Tabaqat, Cairo, 1375H.
Ibn Taimiyyah, Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taimiyyah al- Harani, Minhaj
al-Sunnah al-Nabawiyyah, Baghdad, 1369 H.
_______________, Bayan Talbis al-Jahmiyyah fi ta’sis bida‘i-him al-Kalamiyyah,
Iskandariyyah, 1992.
Ibn Tawus, al-Malhuf, Tehran, 1412
Al-Jassas, Ahkam al-Qur’an, Baghdad, 1959 M
Ni ‘matullah al-Jaza’iri, al-Anwar al-Nu‘maniyyah, Beirut, 2010
Komunication and Multymedia Act 1998 (Act 588)
Kamus Dewan, Kula Lumpur, 19 84 dan1994.
Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo tt.
_________________, Usul al-Kafi, Bairut, 1412 H
Al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, Tehran, 1413 H
Al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar, Beirut, 1412 H.
Marwan Khalifaht, Wa Rakab-tu al-Safinah, Jordan, 1417 H
Al-Mufadhdhal bin Umar al-Ja‘fi, Beirut, 1978 M
453
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Muhammad Jawad Mughniyah, Fiqih Lima Mazhab, Pustaka Lentera 2001.
Muhammad al-RAisyahri, Ahlu l-Bait fi al-Kitab wa al-Sunnnah, Berut, 1422
H.
Muhammad Tijani Samawi, Al- Shi‘ah hum Ahli al-Sunnah, Beirut, 1993
Murtadha Askari, MaAlim al-Madrasataini, 1416 H-1995 M
Muslim, Sahih Muslim, Cairo, 1339 H.
Malaysiakini, Kuala Lumpur 2013.
The Malaymail, Kuala Lumpur 2013.
MalaysianInsider, Kuala Lumpur 2013
Malik, al-Muwatta’, Tunis, 1384H.
Al-Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, Baghdad, tt.
_____________________, Dhakha’i al-‘Uqba, 1356 H.
Muqatil Atiyyah, Kitab Mukatamar Ulama Baghdad, Tehran, 1338 H
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374H.
Al-Nasa’i, al-Khasais, Bairut, 1959.
New Straits Times, Kuala Lumpur, 2013.
Parliment Act No. 13 1960
Penal code 2006 Act 574
Al-Qanduzi al-Hanafi, YaNnabi’ al-Mawaddah, Tehran, 1385 H.
Qis Bahjat al- ‘Atar, Maqtal al-Imam al-Husain AS riwayatan ‘an jiddi-hi, 1430
H.
Qurasyi, Sayid Ali Akbar, Kamus Qur'an, Jakarta 1997.
Sedition Act 1948
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Tunis, 1972 M.
Siwasi, Syarh Fath al-Qadir, Tehran, tt.
Syablanji, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
Syarif Radhi, Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1364 H.
Al-Subki, Taqiyuddin Ali bin Abd al-Kafi, Fatawa al-Subki, Beirut, Dar al-
Ma‘rifah, t.t
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Beirut, 1960 M.
Sahnun, al-Mudawwanah al-Kubra, Cairo, 1380H.
Sulaim bin Qais al-Hilali al-Kufi, Kitab Sulaim, Bairut, 1980.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
_________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368H.
Al-Syafi‘i, al-Umm, Cairo, 1958.
Al-Syahrastani, Milal wa al-Nihal, Cairo, 1968.
Syarafuddin al-Musawi, Abu Hurairah, Pakistan, 1959.
Al-Subki, Abhaj fi Syarh al-Minhaj, Cairo, 1981
Sultan Waezeen, Peshawar’s Nights (2 volumes), Karachi, 1977
454
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Al-Tabari, Tarikh, Bairut, 1968.
_______, Tafsir, Cairo, 1349H.
Al-Tabarsi, Abu Ali al-Fadhl bin Hasan, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H.
Al-Tahawi, Musykil al-Athar, Hyederabad, 1372H.
Turathu-na, oleh Muassasah Ahlu l-Bait AS, (bil. 4 tahun ke 7),Tehran, 1412
H.
Al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.
Al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, Beirut, 1379H.
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957.
Al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, -Kasysyaf ‘an Haqa’iq wa
Ghawamidh al-Al-Tanzil, Cairo, tt.
455
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

INDEKS

A
Abna 60
Abdullah Ahmad Badawi 30
Abu Daud 76
Abu Dhar 38
Abu Hasan al-Asy’ari 10, 11, 15, 36,188
Abu Hanifah 14, 148
Abul Qasim al-Khoei 110
Ahmad bin Hanbal 29, 31, 61
Alaudin Sayyid Mawlana Abd Aziz Shah 14
Alawiyyin 14
Amman Declaration 39, 188
Anas bin Malik 31, 34, 55, 56
Ashab al-Kisa’ 52
Al-Asya’irah 11, 15
B
Al-Bukhari 27, 28, 34, 35, 36, 37, 38, 40
Bani Taghlab 124
C
Cairo Declaration 80
D
Deklarasi Cairo 45
Deklarasi Islamabad 47
Deklarasi Makkah al-Mukarramah 48
Deklarasi Amman 22
F
Fatwa Syeikh-syeikh al-Azhar 12
G
Ghadir Khum 56
H
Hanbali, 11
I
Ibn Majjah 93
Ibn Taymiyah 56
456
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________
Islamabad Declaration
Ismah, 129, 130, 134
K
Karbala 253
Khairy Jamaluddin 239
Khomeni 43
Makkah al-Mukarramah Declaration 45
Al-Maturidi 10, 15
Al-Maturidiyyah, 10,11
N
Nasa’i 34, 37, 59
Ni‘matullah al-Jazairi 51, 78
O
Perlak 36, 58, 140
S
Al-Saduq 47
Salafi 19, 30, 180
Salman al-Farisi 48
Saqifah Bani Saidah 90
U
Uthaman 31, 40, 59, 80, 180
Y
Yahya Bin Aktham 80
Z
Al-Zamakhsyari, 48, 168,190
457
Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan
________________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai