Anda di halaman 1dari 182

Hadis Pengubatan Mustaqim

Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini


1


HADIS
PENGUBATAN
MUSTAQIM
Jilid 1


Himpunan dari Hadis Riwayat Imam Bukhari,
Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam At-
Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah
Dengan Terjemahan Bahasa Melayu

Menurut Kajian Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini


20 Rejab 1432

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
2


!
Segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam dan selawat dan salam kepada
junjungan agung Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda sekaliannya. Wa badu,
apakala telah dikurnia oleh Tuhan Yang Maha Mulia menetapkan kitab yang bernama Hadis
Pengubatan Mustaqim, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada
pengunjung-pengunjung portal Klinik Muallij. Dengan perkembangan teknologi maklumat dan
ICT yang semakin canggih, maklumat kini berada di hujung jari. Perkembangan kemajuan ICT
hendaklah digunakan sebagai medium komunikasi untuk berinteraksi dengan pengguna internet
bagi mendapatkan maklumat khususnya mengenai Pengubatan Islam.

Bersyukur saya ke hadrat Allah di atas limpah restunya dapatlah saya menyiapkan sebuah buku
hadis ini yang memaparkan beberapa hadis berkaitan dengan pengubatan dengan satu harapan ia
dapatlah pula memberi manfaat kepada para ahli-ahli masyarakat yang sedang dan akan
mengkaji tentang selok-belok ilmu pengubatan Islam. Sekurang-kurangnya dengan berhasil buku
kecil ini dapatlah menambahkan lagi perbendaharaan buku hadis pengubatan di kalangan
masyarakat kita serta memberi sesuatu bentuk formula yang boleh dijadikan panduan kepada
peminat-peminat ilmu pengajian pengubatan Islam.

Pengumpulan hadis ini dibuat dengan teliti dan tertib, menyusun dari kitab 5 Imam terkemuka
hadis. Pengumpulan ini memakan masa yang agak lama untuk dikaji kesahihan dan kaitannya
dengan pengubatan. Kitab ini adalah jilid 1 memandangkan ada lagi hadis yang masih di
peringkat saringan.

Sebahagian besar hadis tentang pengubatan dari Imam Bukhari dalam kitabnya sahih Bukhari
telah dimasukkan ke dalam sahih Muslim, oleh itu ia tidak dimasukkan ke dalam tajuk Imam
Muslim kerana pegandaan dan pengulangan hadis yang sama. Insya Allah ia akan dibawa ke
Jilid 2 kelak.

Kitab ini diterbitkan untuk mengusul dan mempermudahkan serta menghuraikan makna apa
yang telah diragui selama ini. Dari saya yang ikhlas, semoga Allah merahmati kalian, Insya
Allah.

Al-Muallij Al-Quraisy
Mohd Nur Syaitul Mustaqim bin Mohd Najib Al-Husaini Al-Kalantani
Masjid Tanah, Melaka.
22 Jun 2011 - 20 Rejab 1432

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
3

IMAM BUKHARI

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (
), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam
Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi
Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810 870) dilahirkan di Bukhara (Bokhar) (kini di
Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur
negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya
membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan
serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai
daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan
bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.
Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama
yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam
buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. Makam
Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Koleksi hadis-hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir
keseluruhan penganut Muslim aliran Sunni adalah salah satu dari yang terbaik kerana Bukhari
menggunakan kriteria yang sangat ketat dalam menyeleksi hadis-hadis peringkat paling sahih.
Maka tidak hairanlah jika Muslim Sunni mengganggap Sahih Muslim adalah Kitab yang kedua
paling murni dan suci selepas Kitabullah. Imam Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun
untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya (9,802 dengan
perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut 70 kategori berpautan dimana setiap
satu kategori mewakili satu kitab.

Bab: Allah tidak menurunkan penyakit selain menurunkan ubatnya

No. Hadis: 5246
Bab: Allah tidak menurunkan penyakit selain menurunkan ubatnya

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
4

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami
Abu Ahmad Az Zubairi telah menceritakan kepada kami 'Umar bin Sa'id bin Abu Husain dia
berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dari Abu Hurairah radiallahuanhu
dari Nabi sallallahu 'alaihi wassallam beliau bersabda: "Allah tidak akan menurunkan penyakit
melainkan menurunkan ubatnya juga."

Bab: Bolehkah laki-laki merawat wanita dan wanita merawat laki-laki ?

No. Hadis: 5247
Bab: Bolehkah laki-laki merawat wanita dan wanita merawat laki-laki ?

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Bisyr bin
Al Mufadhal dari Khalid bin Dzakwan dari Rubayyi' binti Mu'awwidz bin 'Afra` dia berkata;
Kami pernah ikut perang bersama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, kami bertugas memberi
minum kepada pasukan dan membantu menyiapkan keperluan mereka, serta ikut membawa
orang-orang yang gugur dan yang terluka ke Madinah."

Bab: Kesembuhan dalam tiga hal

No. Hadis: 5248
Bab: Kesembuhan dalam tiga hal

_

.


Telah menceritakan kepada kami Al Husain telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani'
telah menceritakan kepada kami Marwan bin Syuja' telah menceritakan kepada kami Salim Al
Afthas dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas radiallahuanhu dia berkata; "Terapi pengubatan itu
ada tiga cara, iaitu minum madu, bekam dan kay (menempelkan besi panas pada daerah yang
terluka), sedangkan aku melarang umatku berubat dengan kay." Hadis ini di rafa'kan (kepada
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam). Dan di riwayatkan pula oleh Al Qumi dari Laits dari Mujahid
dari Ibnu Abbas dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tentang minum madu dan berbekam."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
5

No. Hadis: 5249
Bab: Kesembuhan dalam tiga hal

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahim telah mengkhabarkan kepada
kami Suraij bin Yunus Abu Al Harits telah menceritakan kepada kami Marwan bin Suja' dari
Salim Al Afthas dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau
bersabda: "Terapi pengubatan itu ada tiga cara, iaitu; berbekam, minum madu dan kay
(menempelkan besi panas pada daerah yang terluka), sedangkan aku melarang umatku berubat
dengan kay."

Sumber: Bukhari
Bab: Berubat dengan madu

No. Hadis: 5250
Bab: Berubat dengan madu

_

.


Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Abu Usamah
dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah radiallahu anha
dia berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sangat menyukai manisan dan madu."

No. Hadis: 5251
Bab: Berubat dengan madu

_

.

_

.

_

.


Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin
Al Ghasil dari 'Ashim bin Umar bin Qatadah dia berkata; saya mendengar Jabir bin Abdullah
radiallahuanhu berkata; saya mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sekiranya
ada ubat yang baik untuk kalian atau ada sesuatu yang baik untuk kalian jadikan ubat, maka itu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
6

terdapat pada bekam atau minum madu atau sengatan api panas (terapi dengan menempelkan
besi panas di daerah yang luka) dan saya tidak menyukai kay."

No. Hadis: 5252
Bab: Berubat dengan madu

Telah menceritakan kepada kami Ayyas bin Al Walid telah menceritakan kepada kami Abdul
A'la telah menceritakan kepada kami Sa'id dari Qatadah dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa'id
bahawa seorang laki-laki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sambil berkata;
"Saudaraku sedang menderita sakit perut." Beliau bersabda: "Minumilah madu." Kemudian laki-
laki itu datang kedua kalinya, lalu beliau tetap bersabda: "Minumilah madu." Kemudian laki-laki
itu datang yang ketiga kalinya, beliau bersabda: "Minumilah madu." Kemudian dia datang lagi
sambil berkata; "Aku telah melakukannya." Maka beliau bersabda: "Maha benar Allah, dan perut
saudaramulah yang berdusta, berilah minum madu." Lalu ia pun meminuminya madu dan
akhirnya sembuh.

Bab: Berubat dengan susu unta

No. Hadis: 5253
Bab: Berubat dengan susu unta

,
Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Sallam
bin Miskin telah menceritakan kepada kami Tsabit dari Anas bahawa beberapa orang sedang
menderita sakit, lalu mereka berkata; "Wahai Rasulullah, berilah kami tempat untuk menginap
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
7

dan jamulah kami, ketika keadaan mereka mulai membaik, mereka berkata; "Sesungguhnya kota
Madinah tidak cocok untuk kami, " lantas beliau menyuruh mereka supaya pergi ke padang
tempat gembalaan unta-unta milik beliau, lalu beliau bersabda: "Setelah itu minumlah susunya."
Ketika mereka semuanya sihat, ternyata mereka membunuh penggembala Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam dan merampok sejumlah unta beliau, maka beliau memerintahkan untuk mengejar
mereka. Kemudian beliau memotong tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka serta
mencongkel mata mereka, dan aku melihat salah seorang dari mereka menjulurkan lidahnya ke
tanah sampai akhirnya mati terkapar." Sallam berkata; telah sampai kepadaku bahawa Al Hajjaj
pernah berkata kepada Anas; "Ceritakanlah kepadaku tentang hukuman yang paling sadis yang
pernah di lakukan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, lalu Anas menceritakan hadis di atas,
ternyata hal itu sampai kepada Al Hasan, maka dia berkata; "Aku menyangka bahawa Anas
belum pernah menyampaikan hadis ini."

Bab: Berubat dengan kencing unta

No. Hadis: 5254
Bab: Berubat dengan kencing unta

_

.

, _

,,

.
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammam
dari Qatadah dari Anas radiallahuanhu bahawa sekelompok orang sedang menderita sakit ketika
berada di Madinah, maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan mereka supaya
menemui penggembala beliau dan meminum susu dan kencing unta, mereka lalu pergi menemui
sang penggembala dan meminum air susu dan kencing unta tersebut sehingga badan-badan
mereka kembali sihat, setelah badan mereka sihat mereka justru membunuh penggembala dan
merampok unta-untanya, setelah kabar itu sampai ke nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau pun
memerintahkan untuk mengejar mereka, kemudian mereka di bawa ke hadapan Nabi, lantas Nabi
memotong tangan dan kaki mereka serta mencongkel mata mereka." Qatadah berkata; telah
menceritakan kepadaku Muhammad bin Sirin bahawa peristiwa tersebut terjadi sebelum
turunnya ayat tentang hudud (hukuman)."



Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
8

Bab: Habbah sauda

No. Hadis: 5255
Bab: Habbah sauda

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
'Ubaidullah telah menceritakan kepada kami Isra`il dari Manshur dari Khalid bin Sa'd dia
berkata; Kami pernah berpergian yang di antaranya terdapat Ghalib bin Abjar, di tengah jalan ia
jatuh sakit, ketika sampai di Madinah ia masih menderita sakit, lalu Ibnu Abu 'Atiq
menjenguknya dan berkata kepada kami; "Hendaknya kalian memberinya habbatus sauda' (jintan
hitam), ambillah lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah hingga halus, setelah itu teteskanlah di
hidungnya di sertai dengan tetesan minyak sebelah sini dan sebelah sini, kerana sesungguhnya
Aisyah pernah menceritakan kepadaku bahawa dia mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Sesungguhnya habbatus sauda' ini adalah ubat dari segala macam penyakit kecuali
saam." Aku bertanya; "Apakah saam itu?" beliau menjawab: "Kematian."
No. Hadis: 5256
Bab: Habbah sauda

,,


Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami Al Laits
dari 'Uqail dari Ibnu Syihab dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah dan Sa'id
bin Musayyib bahawa Abu Hurairah telah mengkhabarkan kepada keduanya, bahawa dia
mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dalam habbatus sauda' (jintan
hitam) terdapat ubat dari segala penyakit kecuali kematian." Ibnu Syihab berkata; "Maksud dari
kematian adalah maut sedangkan habbatus sauda' adalah pohon syuniz."


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
9

Bab: Talbinah untuk orang sakit

No. Hadis: 5257
Bab: Talbinah untuk orang sakit

_

.

Telah menceritakan kepada kami Hibban bin Musa telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah
telah mengkhabarkan kepada kami Yunus bin Yazid dari 'Uqail dari Ibnu Syihab dari 'Urwah
dari 'Aisyah radiallahu anha bahawa dia memerintahkan untuk menkonsumsi talbinah (adonan
yang terbuat dari gandum dan buah kurma) untuk orang yang sakit dan orang yang sedih kerana
musibah yang menimpanya, dia juga berkata; "Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya talbinah (adonan yang terbuat dari gandum
dan buah kurma) itu dapat menyembuhkan hati yang sakit dan menghilangkan kesedihan."

No. Hadis: 5258
Bab: Talbinah untuk orang sakit

Telah menceritakan kepada kami Farwah bin Abu Al Maghra` telah menceritakan kepada kami
Ali bin Mushir telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Ayahnya dari 'Aisyah bahawa dia
juga memerintahkan supaya menkonsumsi talbinah (adunan yang terbuat dari gandum dan buah
kurma), katanya; "Talbinah adalah ubat yang tidak di sukai namun sangat bermanfaat."

Bab: ubat yang dimasukkan dalam hidung (Assa'uth)

No. Hadis: 5259
Bab: ubat yang dimasukkan lewat hidung (Assa'uth)

_

.



Telah menceritakan kepada kami Mu'alla bin Asad telah menceritakan kepada kami Wuhaib dari
Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas radiallahuanhu dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
10

bahawa beliau pernah berbekam dan mengupah orang yang membekamnya sambil bergurah
(memasukkan ubat ke hidung untuk mengeluarkan kotoran yang ada dalam tenggorokan)."

Bab: Assa'uth dengan qusthul hindi dan qusthul bahri

No. Hadis: 5260
Bab: Assa'uth dengan qusthul hindi dan qusthul bahri


Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Al Fadhl telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu
'Uyainah dia berkata; saya mendengar Az Zuhri dari 'Ubaidullah dari Ummu Qais binti Mihshan
berkata; saya mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Gunakanlah dahan kayu
India, kerana didalamnya terdapat tujuh macam penyembuh, dan dapat menghilangkan penyakit
(racun) di antaranya adalah radang penyakit paru.' Ibnu Sam'an berkata dalam hadisnya; "kerana
sesungguhnya padanya terdapat ubat dari tujuh macam jenis penyakit, di antaranya adalah
radang penyakit paru (dada)." Lalu aku menemui Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sambil
membawa bayiku yang belum makan makanan, lalu bayiku mengencingi beliau, maka beliau
meminta air dan memercikinya."

Bab: Bila waktu yang tepat untuk berbekam?

No. Hadis: 5261
Bab: Bila waktu yang tepat untuk berbekam?

Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar telah menceritakan kepada kami Abdul Warits
telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dia berkata; "Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam ketika sedang berpuasa."

Bab: Bekam ketika safar dan Ihram, pendapat Ibn Buhainah

No. Hadis: 5262
Bab: Bekam ketika safar dan Ihram, pendapat Ibn Buhainah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
11

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Sufyan dari 'Amru
dari Thawus dan 'Atha` dari Ibnu Abbas dia berkata; "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah
berbekam ketika beliau sedang ihram."

Bab: Bekam dari penyakit

No. Hadis: 5263
Bab: Bekam dari penyakit

_

.


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil telah mengkhabarkan kepada kami
Abdullah telah mengkhabarkan kepada kami Humaid Ath Thawil dari Anas radiallahuanhu
bahawa dia di tanya mengenai upah tukang bekam, dia menjawab; "Abu Thaibah pernah
membekam Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau memberinya dua sha' makanan dan
menyarankan supaya meringankan beban hamba sahayanya, setelah itu beliau bersabda: "Sebaik-
baik sesuatu yang kalian gunakan untuk ubat adalah bekam dan terapi kayu gaharu", beliau juga
bersabda: "Dan janganlah kalian sakiti anak kalian dengan memasukkan jari ke dalam mulut."

No. Hadis: 5264
Bab: Bekam dari penyakit

_

.

Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Talid dia berkata; telah menceritakan kepadaku Ibnu
Wahb dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku 'Amru dan yang lainnya, bahawa Bukair telah
menceritakan kepadanya bahawa 'Ashim bin Umar bin Qatadah menceritakan kepadanya bahawa
Jabir bin Abdullah radiallahuanhu pernah menjenguk Muqanna' kemudian dia berkata; "Kamu
tidak akan sembuh hingga berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Sesungguhnya padanya terdapat ubat."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
12

Bab: Bekam di atas kepala

No. Hadis: 5265
Bab: Bekam di atas kepala

_

.


Telah menceritakan kepada kami Isma'il dia berkata; telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari
'Alqamah bahawa dia mendengar Abdurrahman Al A'raj bahawa dia mendengar Abdullah bin
Buhainah menceritakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam di
tengah-tengah kepalanya ketika di lahyil jamal iaitu ketika hendak menuju Makkah, sementara
beliau sedang berihram." Al Anshari berkata; telah mengkhabarkan kepada kami Hisyam bin
Hasan telah menceritakan kepada kami Ikrimah dari Ibnu Abbas radiallahuanhu bahawa
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam di kepalanya."

Bab: Bekam kerana sakit migren dan pusing

No. Hadis: 5266 Bab: Bekam kerana sakit migren dan pening


Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu
'Adi dari Hisyam dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah
berbekam di kepalanya kerana rasa sakit yang di deritanya sementara beliau sedang berihram,
ketika itu beliau singgah di dekat mata air yang bernama Lahyil Jamal." Muhammad bin Sawa'
juga berkata; telah mengkhabarkan kepada kami Hisyam dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam di kepalanya kerana rasa sakit yang di
deritanya ketika sedang berihram."

No. Hadis: 5267
Bab: Bekam kerana sakit migrain dan pening
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
13

_

.

Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Aban telah menceritakan kepada kami Ibnu Al
Ghasil dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Ashim bin Umar dari Jabir bin Abdullah dia
berkata; saya mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sekiranya ada sesuatu yang
lebih baik untuk kalian pergunakan sebagai ubat, maka itu ada terdapat pada minum madu,
berbekam dan sengatan api panas (terapi dengan meletakkan besi panas di daerah yang luka) dan
saya tidak menyukai kay (terapi dengan meletakkan besi panas pada daerah yang luka)."

Bab: Mencukur kepala kerana sakit

No. Hadis: 5268
Bab: Mencukur kepala kerana sakit

_

.


Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Hammad dari
Ayyub dia berkata; saya mendengar Mujahid dari Ibnu Abu Laila dari Ka'b bin 'Ujrah dia
berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menemuiku pada peristiwa Hudaibiyah, sementara aku
sedang menyalakan api di bawah tungku, kerana banyaknya kutu yang ada di rambutku, maka
beliau bertanya: "Apakah hal itu sangat mengganggumu?" jawabku; "Ya" beliau bersabda:
"Cukurlah lalu berpuasalah tiga hari atau berilah makan kepada enam orang miskin atau
berkurbanlah." Ayyub berkata; "Aku tidak tahu manakah di antara ketiga fidyah tersebut yang
lebih dulu di kerjakan."

Bab: Berubat dengan sundutan api, atau menyundut yang lain, serta keutamaan orang
yang tidak berubat dengan sundutan api

No. Hadis: 5269
Bab: Berubat dengan sundutan api, atau menyundut yang lain, serta keutamaan orang yang tidak
berubat dengan sundutan api
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
14

_

.



Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Hisyam bin Abdul Malik telah menceritakan
kepada kami Abdurrahman bin Sulaiman bin Al Ghasil telah menceritakan kepada kami 'Ashim
bin Umar bin Qatadah dia berkata; saya mendegar Jabir dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
beliau bersabda: "Sekiranya ada pengubatan yang baik untuk kalian jadikan sebagai ubat, maka
itu ada terdapat pada bekam dan sengatan api panas (terapi dengan menempelkan besi panas di
daerah yang luka) namun aku tidak menyukai kay (terapi dengan menempelkan besi panas pada
daerah yang luka)."

No. Hadis: 5270
Bab: Berubat dengan sundutan api, atau menyundut yang lain, serta keutamaan orang yang tidak
berubat dengan sundutan api

_

.

Telah menceritakan kepada kami Imran bin Maisarah telah menceritakan kepada kami Ibnu Al
Fudhail telah menceritakan kepada kami Hushain dari 'Amir dari Imran bin Hushain
radiallahuanhu dia berkata; "Tidak ada ruqyah (jampi-jampi dari Qur'an dan Sunnah) kecuali dari
penyakit 'Ain atau demam, lalu hal itu kusampaikan kepada Sa'id bin Jubair, dia berkata; telah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
15

menceritakan kepada kami Ibnu Abbas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Beberapa umat pernah ditampakkan kepadaku, maka nampaklah seorang nabi dan dua orang
nabi lain lewat bersama dengan beberapa orang saja, dan seorang nabi lagi yang tidak bersama
seorang pun, hingga tampak olehku segerombolan manusia yang sangat banyak, aku pun
bertanya; "Apakah segerombolan manusia itu adalah umatku?" di beritahukan; "Ini adalah Musa
dan kaumnya." Lalu diberitahukan pula kepadaku; "Lihatlah ke ufuk." Ternyata di sana terdapat
segerombolan manusia yang memenuhi ufuk, kemudian di beritahukan kepadaku; "Lihatlah di
sebelah sini dan di sebelah sana, iaitu di ufuk langit." Ternyata di sana telah di padati dengan
segerombolan manusia yang sangat banyak, " di beritahukan kepadaku; "Ini adalah umatmu, dan
di antara mereka terdapat tujuh puluh ribu yang masuk surga tanpa hisab." Setelah itu beliau
masuk ke rumah dan belum sempat memberi penjelasan kepada mereka (para sahabat), maka
orang-orang menjadi ribut, mereka berkata; "Kita adalah orang-orang yang telah beriman kepada
Allah dan mengikuti jejak Rasul-Nya, mungkinkah kelompok tersebut adalah kita atau kah anak-
anak kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam sementara kita dilahirkan di zaman Jahiliyah."
Maka hal itu sampai kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, lantas beliau keluar dan bersabda:
"Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah minta untuk di ruqyah, tidak pernah bertathayur
(menganggap sial pada binatang) dan tidak pula melakukan terapi dengan kay (terapi dengan
menempelkan besi panas pada daerah yang sakit), sedangkan kepada Rabb mereka bertawakkal."
Lalu Ukasah bin Mihshan berkata; "Apakah aku termasuk di antara mereka ya Rasulullah?"
beliau menjawab; "Ya." Selanjutnya sahabat yang lain berdiri dan berkata; "Apakah aku
termasuk dari mereka?" beliau bersabda: "Ukasah telah mendahuluimu."

Bab: Itsmid dan bercelak kerana mata terkena debu

No. Hadis: 5271
Bab: Itsmid dan bercelak kerana mata terkena debu

_

.

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Syu'bah
dia berkata; telah menceritakan kepadaku Humaid bin Nafi' dari Zainab dari Ummu Salamah
radiallahu anha bahawa seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, hingga matanya menjadi
bengkak (kerana sering menangis), lantas orang-orang mengadukan hal itu kepada Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam dan mereka juga menyebutkan supaya wanita itu menggunakan celak
kerana khawatir matanya akan semakin parah, maka beliau bersabda: "Sungguh dahulu salah
seorang dari kalian pernah tinggal di rumah yang paling jelek -atau di sejelek-jelek rumah-
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
16

(perawi ragu mengenai redaksi hadisnya), jika ada seekor anjing yang lewat, maka dia akan
melemparnya dengan kotoran, kenapa tidak cukup waktu hanya empat bulan sepuluh hari untuk
tinggal di rumahnya?"

Bab: Madu untuk pengubatan mata

No. Hadis: 5272
Bab: Madu untuk pengubatan mata

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami
Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abdul Malik saya mendengar 'Amru bin
Huraits berkata; saya mendengar Sa'id bin Zaid berkata; saya mendengar Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Cendawan berasal dari al Manna, dan airnya merupakan ubat untuk
penyakit mata." Syu'bah berkata, dan telah mengkhabarkan kepadaku Al Hakam bin 'Utbah dari
Al Hasan Al 'Urani dari 'Amru bin Huraits dari Sa'id bin Zaid dari Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam. Syu'bah berkata, tatkala Al Hakam menceritakan hadis kepadaku aku tidak
mengingkarinya dari hadis Abdul Malik.

Bab: ubat yang dimasukkan lewat mulut (Alladud)

No. Hadis: 5273
Bab: ubat yang dimasukkan lewat mulut (Alladud)



.

_

_

.

,,


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
17

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Yahya bin
Sa'id telah menceritakan kepada kami Sufyan dia berkata; telah menceritakan kepadaku Musa
bin Abu 'Aisyah dari 'Ubaidullah bin Abdullah dari Ibnu Abbas dan 'Aisyah bahawa Abu Bakar
radiallahuanhu pernah mencium nabi sallallahu 'alaihi wasallam ketika beliau wafat, selanjutnya
Aisyah berkata; "Kami memasukkan ubat melalui mulut beliau ketika beliau sakit, lalu beliau
memberi isyarat kepada kami dengan mengatakan: "Janganlah kalian memasukkan ubat lewat
mulutku (dengan paksa)." Maka kami berkata; "Ah, itu biasa, memang orang sakit tidak suka
ubat." Ketika beliau tersadar, beliau bersabda: "Tidakkah aku telah melarang kalian memasukkan
ubat kedalam mulutku!, janganlah kalian memasukkan ubat ke dalam mulutku." Kami pun
berkata; "Ah biasa, memang orang sakit tidak suka ubat." Lalu beliau bersabda: "Tidak ada
seorangpun dalam rumah kecuali dirinya harus di ubati (dengan paksa) melalui mulutnya kecuali
Abbas, kerana ia tidak bersama kalian."

No. Hadis: 5274
Bab: ubat yang dimasukkan lewat mulut (Alladud)

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Az Zuhri telah mengkhabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin Abdullah dari Ummu Qais dia berkata;
Aku mengunjungi Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersama anakku yang baru saja saya ubati
kerongkongannya dengan tanganku, maka beliau bersabda: "Dengan maksud apa kamu
mengubati penyakit tenggorokan anakmu dengan memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu
India, kerana padanya terdapat tujuh ragam penyembuhan, dan dapat di masukkan sebagai ubat
tetes hidung untuk menyembuhkan penyakit kerongkongan dan dapat pula menjadi penyembuh
dari penyakit radang selaput dada." Aku mendengar Az Zuhri berkata; "Dua hal telah dijelaskan
kepadaku, namun aku belum mendapatkan penjelasan mengenai yang lima hal lagi, lalu aku
berkata kepada Sufyan, sesungguhnya Ma'mar pernah berkata dengan lafazh; 'A'laqtu 'alaihi',
perawi berkata; "Bahawa Ma'mar belum pernah mendengarnya, kerana Sufyan hanya
mengatakan dengan redaksi; "A'laqtu 'anhu, aku pernah mendengarnya langsung dari mulut Az
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
18

Zuhri bahawa Sufyan mensifati seorang anak kecil yang ditahnik (mengunyahkan kurma
kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi) dengan jari, kemudian Sufyan memasukkan jarinya
ke kerongkongan, maka maksud dari hadis di atas adalah mengangkat kerongkongan dengan jari-
jari (iaitu dengan memasukkan jari-jari melalui mulut), dan dia tidak mengatakan;
"Menggantungkan sesuatu padanya."

No. Hadis: 5275
Bab: ubat yang dimasukkan lewat mulut (Alladud)

_

.

,,

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami
Abdullah telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar dan Yunus, Az Zuhri mengatakan; telah
mengkhabarkan kepadaku Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah bahawa Aisyah radiallahu anha
iaitu isteri nabi sallallahu 'alaihi wasallam berkata; "Ketika sakit Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam semakin parah, beliau meminta izin kepada para isterinya supaya di rawat di rumahku,
setelah para isterinya mengizinkan beliau (tinggal di rumahku), beliau keluar dengan dibopong
dua orang iaitu beliau berada di antara Abbas dan laki-laki lain, sementara kaki beliau tertatih-
tatih di tanah." Lalu kuberitahukan hal itu kepada Ibnu Abbas, dia berkata; "Tahukah kamu
siapakah yang dimaksud Aisyah dengan laki-laki lain itu?" aku menjawab; "Tidak." Ibnu Abbas
berkata; "Dia adalah Ali." Aisyah berkata lagi; Setelah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam masuk ke
rumahnya sementara sakitnya semakin parah, beliau bersabda: "Tolong guyurlah aku dari tujuh
geriba yang belum dibuka ikatannya, siapa tahu aku masih bisa menyampaikan pesan kepada
orang-orang." Lantas kami dudukkan beliau di sebuah ember besar milik Hafsah isteri Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian kami mengguyur beliau dari geriba-geriba itu hingga nabi
memberi isyarat "Cukup, telah kalian lakukan!" Nabi pun keluar menemui orang-orang dan
mengimami mereka serta menyampaikan pidatonya.
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
19

Bab: Udzrah (Nanah keluar dari mulut)

No. Hadis: 5276
Bab: Udzrah (Nanah keluar dari mulut)

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari
Az Zuhri dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin Abdullah bahawa Ummu
Qais binti Mihshan Al Asadiyah -iaitu singa Bani Khuzaimah- dia termasuk dari wanita yang
ikut berhijrah pertama kali dan yang berbai'at kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, dia adalah
saudara perempuannya Ukasah, dia mengkhabarkan bahawa dirinya pernah mengunjungi
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersama anaknya yang baru saja diubati dengan
memasukkan jari-jari ke kerongkongannya, lalu beliau bersabda: "Dengan maksud apa kamu
mengubati penyakit tenggorokan anakmu dengan memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu
India, kerana padanya terdapat tujuh ragam penyembuhan, di antaranya dapat menjadi
penyembuh dari penyakit radang selaput dada." Yang di maksud adalah dahan iaitu (dahan) kayu
India." Yunus dan Ishaq bin Rasyid mengatakan dari Az Zuhri dengan lafazh; "Dia memasukan
sesuatu pada kerongkongan."

Bab: ubat sakit perut

No. Hadis: 5277
Bab: ubat sakit perut

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
20

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Abu Al
Mutawakkil dari Abu Sa'id dia berkata; seorang laki-laki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam sambil berkata; "Sesungguhnya saudaraku menderita cirit." Beliau bersabda:
"Minumilah madu." Lalu laki-laki itu meminuminya madu, kemudian dia berkata lagi;
"Sesungguhnya aku telah meminuminya madu, ternyata sakitnya tambah parah." Maka beliau
bersabda: "Maha benar Allah, dan perut saudaramulah yang berdusta." Hadis ini juga diperkuat
oleh riwayat Nadhr dari Syu'bah.

Bab: Maksud hadis "Tak ada penyakit cacing yang merosak perut"

No. Hadis: 5278
Bab: Maksud hadis "Tak ada penyakit cacing yang merosak perut"

_

.

,,

Telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abdullah telah menceritakan kepada kami
Ibrahim bin Sa'd dari Shalih dari Ibnu Syihab dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Abu
Salamah bin Abdurrahman dan yang lain, bahawa Abu Hurairah radiallahuanhu berkata;
sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'adwa (meyakini
bahawa penyakit tersebar dengan sendirinya, bukan kerana takdir Allah), dan tidak ada shafar
(menjadikan bulan shafar sebagai bulan haram atau keramat) dan tidak pula hammah
(rengkarnasi atau ruh seseorang yang sudah meninggal menitis pada hewan)." Lalu seorang arab
Badui berkata; "Wahai Rasulullah, lalu bagimana dengan unta yang ada dipasir, seakan-akan
(bersih) bagaikan gerombolan kijang kemudian datang padanya unta berkudis dan bercampur
baur dengannya sehingga ia menularinya?" Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Siapakah yang menulari yang pertama." Hadis ini juga di riwayatkan oleh Az Zuhri dari Abu
Salamah dan Sinan bin Abu Sinan.

Bab: Sakit pinggang

No. Hadis: 5279
Bab: Skait pinggang
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
21

,,

Telah menceritakan kepadaku Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami 'Attab bin Basyir
dari Ishaq dari Az Zuhri dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin Abdullah
bahawa Ummu Qais binti Mihshan -dia termasuk dari wanita yang ikut hijrah pertama kali dan
yang pernah berbai'at kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, dia juga termasuk saudara
perempuannya 'Ukasah bin Mihshan- telah mengkhabarkan kepadanya, bahawa dirinya pernah
mengunjungi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersama anaknya yang baru saja diubati
dengan cara memasukkan jari-jari ke kerongkongannya, lalu beliau bersabda: "Bertaqwalah
kepada Allah, dengan maksud apa kamu mengubati penyakit tenggorokan anakmu dengan
memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu India ini, kerana padanya terdapat tujuh ragam
penyembuhan, di antaranya adalah penyembuh penyakit radang selaput dada." Yang dimaksud
adalah Al Kust (dahan) atau Al Kusth (dahan), iaitu secara bahasa."

No. Hadis: 5280
Bab: Sakit pinggang

Telah menceritakan kepada kami 'Arim telah menceritakan kepada kami Hammad dia berkata;
dibacakan di hadapan Ayyub dari kitabnya Abu Qilabah, di antaranya ada sesuatu yang
dibacakan dan ada sesuatu yang di dengar, sementara hal ini terdapat dalam kitabnya dari Anas
bahawa Abu Thalhah dan Anas bin Nadhr pernah melakukan terapi kay (menempelkan besi
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
22

panas pada daerah yang luka atau sakit) sementara Abu Thalhah juga pernah melakukan terapi
kay (menempelkan besi panas pada daerah yang luka atau sakit) dengan tangannya sendiri."
'Abbad bin Manshur mengatakan dari Abu Qilabah dari Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam memberi izin kepada keluarga beliau dari Anshar untuk meruqyah
dari penyakit demam dan sakit telinga. Anas mengatakan; "Aku juga pernah melakukan kay
(menempelkan besi panas pada daerah yang luka atau sakit) pada penyakit radang selaput dada,
sedangkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam masih hidup. Abu Thalhah, Anas bin Nadhr,
Zaid bin Tsabit juga pernah menyaksikanku ketika aku diterapi dengan kay (menempelkan besi
panas pada daerah yang sakit) oleh Abu Thalhah."

Bab: Membakar tikar (penggunaan abu) untuk menyumbat darah

No. Hadis: 5281
Bab: Membakar tikar (penggunaan abu) untuk menyumbat darah

,,

t

:


Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin 'Ufair telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin
Abdurrahman Al Qari dari Abu Hazim dari Sahl bin Sa'd As Sa'idi dia berkata; Ketika topi baja
yang dikenakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pecah hingga menyebabkan wajah beliau
mengalirkan darah dan gigi geraham beliau pecah, maka Ali menyiramkan air dari perisai
sedangkan Fathimah datang membersihkan wajah beliau dari darah dengan air, ketika Fathimah
'alaihas salam melihat darah semakin bertambah banyak keluar, dia mengambil potongan pelepah
kurma lalu dibakarnya sampai menjadi abu, kemudian abu tersebut diletakkan pada luka
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam hingga darahnya berhenti keluar."

Bab: Demam berasal dari Wap jahannam

No. Hadis: 5282
Bab: Demam berasal dari uap jahannam
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
23

_

.

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaiman telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahb
dia berkata; telah menceritakan kepadaku Malik dari Nafi' dari Ibnu Umar radiallahuanhu dari
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Demam itu berasal dari tiupan neraka
jahannam, maka redakanlah dengan air." Nafi' berkata; sedangkan Abdullah pernah mengatakan;
"Hindarkanlah kami dari adzab."

No. Hadis: 5283
Bab: Demam berasal dari wap jahannam

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Hisyam dari Fathimah
binti Mundzir bahawa Asma` binti Abu Bakar radiallahuanhu bahawa apabila didatangkan
kepadanya seorang wanita yang menderita sakit demam, maka ia akan mengambil air, lalu ia
menyemburkan pada bagian saku (dadanya). Kemudian dia berkata; "Sesungguhnya Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami supaya mendinginkan dengan air."

No. Hadis: 5284
Bab: Demam berasal dari wap jahannam

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami
Yahya telah menceritakan kepada kami Hisyam telah mengkhabarkan kepadaku Ayahku dari
Aisyah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Demam berasal dari hembusan
nerakan Jahannam maka dinginkanlah ia dengan air."

No. Hadis: 5285
Bab: Demam berasal dari wap jahannam
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
24




Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash
telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Masruq dari 'Abayah bin Rifa'ah dari datuknya Rafi'
bin Khadij dia berkata; saya mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Demam
berasal dari hembusan neraka Jahannam maka dinginkanlah ia dengan air."

Bab: Pindah dari lokasi yang tidak sesuai

No. Hadis: 5286
Bab: Pindah dari lokasi yang tidak sesuai

Telah menceritakan kepada kami Abdul A'la bin Hammad telah menceritakan kepada kami
Yazid bin Zurai' telah menceritakan kepada kami Sa'id telah menceritakan kepada kami Qatadah
bahawa Anas bin Malik telah menceritakan kepada mereka bahawa sekelompok orang atau
pemuda dari kabilah 'Ukl dan 'Urainah datang kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,
mereka menyatakan masuk Islam. Lalu mereka berkata, "Wahai Nabiyullah, kami orang yang
hidup dari hasil ternak, bukan dari hasil pertanian." Lalu mereka menderita sakit di Madinah
kerana iklim yang tidak cocok, maka Rasulullah Sallallahualihi wasallam memerintahkan
mereka supaya keluar menemui penggembala yang sedang menggembalakan unta, lalu beliau
menyuruh mereka keluar dari Madinah. Mereka pun minum susu unta tersebut dan minum air
kencingnya. Tatkala mereka berada di perbatasan Madinah, mereka keluar dari Islam (kufur),
kemudian membunuh pengembala unta Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, dan menggiring
untanya. Berita tersebut sampai kepada Rasulullah Sallallahualihi wasallam, maka beliau
menyuruh untuk mencari jejak mereka, dan akhirnya mereka dapat dibawa kepada Rasulullah
Sallallahu'laihi wasallam. Mereka dihukum dengan cara ditusuk matanya dengan paku (di
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
25

congkel dengan paku panas), tangan dan kaki mereka dipotong, lalu mereka dibiarkan dalam
keadaan seperti itu dibawah terik matahari hingga mereka mati."

Bab: Taun (kusta)

No. Hadis: 5287
Bab: Taun (kusta)

Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar telah menceritakan kepada kami Syu'bah dia
berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Habib bin Abu Tsabit dia berkata; saya mendengar
Ibrahim bin Sa'd berkata; saya mendengar Usamah bin Zaid bercerita kepada Sa'd dari Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam bahawa beliau bersabda: "Apabila kalian mendengar wabak taun di
suatu negeri, maka janganlah kalian masuk ke dalamnya, namun jika ia menjangkiti suatu negeri,
sementara kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar dari negeri tersebut." Lalu
aku berkata; "Apakah kamu mendengar Usamah menceritakan hal itu kepada Sa'd, sementara
Sa'd tidak mengingkari perkataannya Usamah?" Ibrahim bin Sa'd berkata; "Benar."

No. Hadis: 5288
Bab: Taun (kusta)

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
26

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Malik
dari Ibnu Syihab dari Abdul Hamid bin Abdurrahman bin Zaid bin Al Khatthab dari Abdullah
bin Abdullah bin Al Harits bin Naufal dari Abdullah bin Abbas bahawa Umar bin Khatthab
pernah bepergian menuju Syam, ketika ia sampai di daerah Sargha, dia bertemu dengan
panglima pasukan iaitu Abu 'Ubaidah bersama sahabat-sahabatnya, mereka mengkhabarkan
bahawa negeri Syam sedang terserang wabak. Ibnu Abbas berkata; "Lalu Umar bin Khattab
berkata; 'Panggilkan untukku orang-orang muhajirin yang pertama kali (hijrah), ' kemudian
mereka dipanggil, lalu dia bermusyawarah dengan mereka dan memberitahukan bahawa negeri
Syam sedang terserang wabak, merekapun berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata;
'Engkau telah keluar untuk suatu keperluan, kami berpendapat bahawa engkau tidak perlu
menarik diri.' Sebagian lain berkata; 'Engkau bersama sebagian manusia dan beberapa sahabat
Rasulullah Shalla Allahu 'alaihi wa sallam. Kami berpendapat agar engkau tidak menghadapkan
mereka dengan wabak ini, ' Umar berkata; 'Keluarlah kalian, ' dia berkata; 'Panggilkan untukku
orang-orang Anshar'. Lalu mereka pun dipanggil, setelah itu dia bermusyawarah dengan mereka,
sedangkan mereka sama seperti halnya orang-orang Muhajirin dan berbeda pendapat seperti
halnya mereka berbeda pendapat. Umar berkata; 'keluarlah kalian, ' dia berkata; 'Panggilkan
untukku siapa saja di sini yang dulu menjadi tokoh Quraisy dan telah berhijrah ketika Fathul
Makkah.' Mereka pun dipanggil dan tidak ada yang berselisih dari mereka kecuali dua orang.
Mereka berkata; 'Kami berpendapat agar engkau kembali membawa orang-orang dan tidak
menghadapkan mereka kepada wabak ini.' Umar menyeru kepada manusia; 'Sesungguhnya aku
akan bangun pagi di atas pelana (maksudnya hendak berangkat pulang di pagi hari), bagunlah
kalian pagi hari, ' Abu Ubaidah bin Jarrah bertanya; 'Apakah engkau akan lari dari takdir Allah? '
maka Umar menjawab; 'Kalau saja yang berkata bukan kamu, wahai Abu 'Ubaidah! Ya, kami
lari dari takdir Allah menuju takdir Allah yang lain. Bagaimana pendapatmu, jika kamu memiliki
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
27

unta kemudian tiba di suatu lembah yang mempunyai dua daerah, yang satu subur dan yang
lainnya kering, tahukah kamu jika kamu membawanya ke tempat yang subur, niscaya kamu telah
membawanya dengan takdir Allah. Apabila kamu membawanya ke tempat yang kering, maka
kamu membawanya dengan takdir Allah juga.' Ibnu Abbas berkata; "Kemudian datanglah
Abdurrahman bin 'Auf, dia tidak ikut hadir (dalam musyawarah) kerana ada keperluan. Dia
berkata; "Saya memiliki kabar tentang ini dari Rasulullah Shalla Allahu 'alaihi wa sallam beliau
bersabda: "Jika kalian mendengar suatu negeri terjangkit wabak, maka janganlah kalian menuju
ke sana, namun jika dia menjangkiti suatu negeri dan kalian berada di dalamnya, maka janganlah
kalian keluar dan lari darinya." Ibnu 'Abbas berkata; "Lalu Umar memuji Allah kemudian pergi."

No. Hadis: 5289
Bab: Taun (kusta)

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Malik
dari Ibnu Syihab dari Abdullah bin 'Amir bahawa Umar pernah bepergian menuju Syam, ketika
dia sampai di daerah Sargha, diberitahukan kepadanya bahawa negeri Syam sedang terjangkiti
wabak penyakit menular, lantas Abdurrahman bin 'Auf memberitahukan kepadanya bahawa
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika kalian mendengar wabak tersebut
menjangkiti suatu negeri, maka janganlah kalian menuju ke sana, namun jika dia menjangkiti
suatu negeri dan kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar dan lari darinya."

No. Hadis: 5290
Bab: Taun (kusta)

_

.


Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Malik
dari Nu'aim Al Mujmir dari Abu Hurairah radiallahuanhu dia berkata; Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Al Masih (Dajjal) dan penyakit taun tidak akan bisa masuk
Madinah."

No. Hadis: 5291
Bab: Taun (kusta)
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
28

,,

_

.

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid
telah menceritakan kepada kami 'Ashim telah menceritakan kepadaku Hafshah binti Sirin dia
berkata; Anas bin Malik radiallahuanhu bertanya kepadaku; "Sebab apakah Yahya meninggal
dunia?" Jawabku; "kerana menderita taun." Anas berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "(mati) kerana menderita taun adalah syahid bagi setiap Muslim."

No. Hadis: 5292
Bab: Taun (kusta)

Telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim dari Malik dari Sumayy dari Abu Shalih dari Abu
Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "(meninggal) kerana sakit perut
adalah syahid, dan (meninggal) kerana taun juga syahid."

Bab: Ganjaran orang yang bersabar menghadapi taun (taun, kusta)

No. Hadis: 5293
Bab: Ganjaran orang yang bersabar menghadapi thaun (taun, kusta)


Telah menceritakan kepada kami Ishaq telah mengkhabarkan kepada kami Habban telah
menceritakan kepada kami Daud bin Abu Al Furat telah menceritakan kepada kami Abdullah bin
Buraidah dari Yahya bin Ya'mar dari 'Aisyah isteri Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bahawa dia
pernah mengkhabarkan kepada kami, bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam mengenai penyakit taun, lantas Nabiyullah sallallahu 'alaihi wasallam
memberitahukan kepadanya; "Bahawa penyakit taun merupakan azab yang Allah timpakan
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
29

terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang
beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit taun, kemudian ia
tetap tinggal di negerinya dan selalu bersabar, ia mengetahui bahawa penyakit tersebut tidak
akan mengjangkitinya kecuali apa yang Allah tetapkan kepadanya, maka baginya seperti
pahalanya orang yang mati syahid." Hadis ini juga di perkuat oleh riwayat An Nadhr dari Daud.

Bab: Jampi dengan alquran dan doa perlindungan (muawidzat)

No. Hadis: 5294
Bab: Jampi dengan alquran dan doa perlindungan (muawidzat)

_

.

Telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Musa telah mengkhabarkan kepada kami Hisyam dari
Ma'mar dari Az Zuhri dari 'Urwah dari 'Aisyah radiallahu anha bahawa Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam meniupkan kepada diri beliau sendiri dengan Mu'awwidzat (surat An nas dan Al falaq)
ketika beliau sakit menjelang wafatnya, dan tatkala sakit beliau semakin parah, sayalah yang
meniup dengan kedua surat tersebut dan saya megusapnya dengan tangan beliau sendiri kerana
berharap untuk mendapat berkahnya." Aku bertanya kepada Az Zuhri; "Bagaimana cara
meniupnya?" dia menjawab; "Beliau meniup kedua tangannya, kemudian beliau mengusapkan ke
wajah dengan kedua tangannya."

Bab: Jampi dengan surat Alfatihah

No. Hadis: 5295
Bab: Jampi dengan surat Al-fatihah

_

.


-

:

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
30

Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Ghundar
telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Bisyr dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa'id
Al Khudri radiallahuanhu bahawa beberapa orang sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
mengadakan suatu perjalanan, ketika mereka melewati salah satu perkampungan dari
perkampungan Arab, orang-orang kampung tersebut tidak menerima mereka, ketika sikap
mereka masih seperti itu seorang pemimpin mereka terkena sengatan kalajengking, lalu mereka
pun berkata; "Apakah diantara kalian ada yang mempunyai ubat, atau seorang yang bisa
meruqyah?" lalu para sahabat Nabi pun berkata; "Sesungguhnya kalian tidak mau menerima
kami, maka kamipun tidak akan melakukannya sehingga kalian memberikan imbalan kepada
kami, " akhirnya mereka pun berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing."Lalu seorang
sahabat Nabi membaca Ummul Qur`an dan mengumpulkan ludahnya seraya meludahkan
kepadanya hingga laki-laki itu sembuh, kemudian orang-orang kampung itu memberikan kepada
para sahabat Nabi beberapa ekor kambing." Namun para sahabat Nabi berkata; "Kita tidak akan
mengambilnya hingga kita bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tentang hal ini,
" lalu mereka bertanya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tentang pemberian itu hingga
membuat beliau tertawa. Beliau bersabda: "Tidak tahukah bahawa itu ruqyah, ambillah
pemberian tersebut dan berilah bagiannya untukku."

Bab: Menjampi dengan syarat meminta sekian kambing

No. Hadis: 5296
Bab: Menjampi dengan syarat meminta sekian kambing

Telah menceritakan kepada kami Sidan bin Muddzarib Abu Muhammad Al Bahili telah
menceritakan kepada kami Abu Ma'syar Al Bashri dia adalah seorang yang jujur iaitu Yusuf bin
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
31

Yazid Al Barra` dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Ubaidullah bin Al Ahnas Abu Malik
dari Ibnu Abu Mulaikah dari Ibnu Abbas bahawa beberapa sahabat Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam melewati sumber mata air dimana terdapat orang yang tersengat binatang berbisa, lalu
salah seorang yang bertempat tinggal di sumber mata air tersebut datang dan berkata; "Adakah di
antara kalian seseorang yang pandai menjampi? kerana di tempat tinggal dekat sumber mata air
ada seseorang yang tersengat binatang berbisa." Lalu salah seorang sahabat Nabi pergi ke tempat
tersebut dan membacakan al fatihah dengan upah seekor kambing. Ternyata orang yang tersengat
tadi sembuh, maka sahabat tersebut membawa kambing itu kepada teman-temannya. Namun
teman-temannya tidak suka dengan hal itu, mereka berkata; "Kamu mengambil upah atas
kitabullah?" setelah mereka tiba di Madinah, mereka berkata; "Wahai Rasulullah, ia ini
mengambil upah atas kitabullah." Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya upah yang paling berhak kalian ambil adalah upah kerana (mengajarkan)
kitabullah."

Bab: Jampi kerana sorotan mata jahat ('ain)

No. Hadis: 5297
Bab: Jampi kerana sorotan mata jahat ('ain)

,,

_

.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengkhabarkan kepada kami
Sufyan dia berkata; telah menceritakan kepadaku Ma'bad bin Khalid dia berkata; saya
mendengar Abdullah bin Syaddad dari Aisyah radiallahu anha dia berkata; Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam memerintahkan kami supaya meruqyah orang yang terkena penyakit 'ain
(gangguan sihir)."

No. Hadis: 5298
Bab: Jampi kerana sorotan mata jahat ('ain)

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
32

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Khalid telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Wahb bin 'Athiyah Ad Dimasyqi telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin Harb telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Walid Az Zubaidi telah
mengkhabarkan kepada kami Az Zuhri dari 'Urwah bin Zubair dari Zainab puteri Ummu
Salamah dari Ummu Salamah radiallahu anha bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam melihat
budak wanita di rumahnya, ketika beliau melihat bekas hitam pada wajah budak wanita itu,
beliau bersabda: "Ruqyahlah dia, kerana padanya terdapat nadhrah (sisa sakit yang disebabkan
kerana sorotan mata jahat)." Hadis ini diperkuat oleh riwayat Abdullah bin Salim dari Az
Zubaidi, dan berkata Uqail dari Az Zuhri telah mengkhabarkan kepadaku Urwah dari Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam.

Bab: Sorotan mata jahat ('ain) adalah benar

No. Hadis: 5299
Bab: Sorotan mata jahat ('ain) adalah benar

_

.

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Nashr telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq
dari Ma'mar dari Hammam dari Abu Hurairah radiallahuanhu dari Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam beliau bersabda: "Penyakit 'ain (yang disebabkan oleh sorotan mata yang dengki)
adalah haq (benar)." Dan beliau melarang tato."


Bab: Jampi kerana ular dan kalajengking

No. Hadis: 5300
Bab: Jampi kerana ular dan kalajengking

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid
telah menceritakan kepada kami Sulaiman As Syaibani telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Al Aswad dari Ayahnya dia berkata; saya bertanya kepada 'Aisyah tentang
ruqyah (jampi-jampi dari al Qur'an dan As Sunnah) dari penyakit demam, dia menjawab; "Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam mengizinkan ruqyah dari setiap penderita sakit demam."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
33

Bab: Jampi nabi Sallallahu Alaihi Wasallam

No. Hadis: 5301
Bab: Jampi nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam



Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari
Abdul Aziz dia berkata; "Aku dan Tsabit pernah mengunjungi Anas bin Malik, lalu Tsabit
berkata; "Wahai Abu Hamzah, aku sedang menderita suatu penyakit." Maka Anas berkata;
"Maukah kamu aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?" dia
menjawab; "Tentu." Anas berkata; "Allahumma Rabban Naasi Mudzhibil Ba`Sa Isyfii Anta
Syaafi Laa Syaafiya Illa Anta Syifaa`An Laa Yughaadiru Saqama (Ya Allah Rabb manusia, dzat
yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tidak
ada yang dapat menyembuhkan melainkan Engkau, iaitu kesembuhan yang tidak menyisakan
rasa sakit)."

No. Hadis: 5302
Bab: Jampi nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam

_

.


Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Ali telah menceritakan kepada kami Yahya telah
menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari Muslim dari
Masruq dari 'Aisyah radiallahu anha bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam selalu meminta
perlindungan terhadap sebagian keluarganya, beliau mengusap dengan tangan kanannya sambil
berdo'a; "Allahumma Rabban Naasi Adzhibil Ba`Sa Isyfihi Anta Syaafi Laa Syifaa`A Illa
Syifaa`Uka Syifaa`An Laa Yughaadiru Saqama (Ya Allah Rabb manusia, dzat yang
menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha
menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang
tidak menyisakan rasa sakit)." Sufyan berkata; Aku menceritakan hal ini kepada Manshur, maka
dia menceritakan kepadaku dari Ibrahim dari Masruq dari Aisyah seperti hadis di atas.

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
34

No. Hadis: 5303
Bab: Jampi nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam

Telah menceritakan kepadaku Ahmad bin Abu Raja` telah menceritakan kepada kami An Nadhr
dari Hisyam bin 'Urwah dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Ayahku dari 'Aisyah
bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ketika meruqyah beliau berdo'a: "Hilangkanlah
rasa sakit wahai Rabb manusia, di tangan-Mu lah segala kesembuhan, dan tidak ada yang dapat
menyingkap penyakit tersebut melainkan Engkau."

No. Hadis: 5304
Bab: Jampi nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam

_

.

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Sufyan dia
berkata; telah menceritakan kepadaku Abdurrabbihi bin Sa'id dari 'Amrah dari 'Aisyah radiallahu
anha bahawa apabila Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mendo'akan orang sakit, beliau membaca:
"Bismillahi Turbatu Ardhina Bi Riiqati Ba'dhina Yusyfaa Saqiimuna Bi Idzni Rabbina ("Dengan
nama Allah, Debu tanah kami dengan ludah sebagian kami semoga sembuh orang yang sakit dari
kami dengan izin Rabb kami."

No. Hadis: 5305
Bab: Jampi nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam

Telah menceritakan kepadaku Shadaqah bin Al Fadh telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu
'Uyainah dari 'Abdurrabbihi bin Sa'id dari 'Amrah dari 'Aisyah dia berkata; "Biasanya dalam
meruqyah, beliau membaca: "Bismillahi Turbatu Ardhina Bi Riiqati Ba'dhina Yusyfaa
Saqiimuna Bi Idzni Rabbina ("Dengan nama Allah, Debu tanah kami dengan ludah sebagian
kami semoga sembuh orang yang sakit dari kami dengan izin Rabb kami."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
35

Bab: Memberi hembusan ketika ruqyah

No. Hadis: 5306
Bab: Memberi hembusan ketika ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad telah menceritakan kepada kami Sulaiman
dari Yahya bin Sa'id dia berkata; saya mendengar Abu Salamah berkata; saya mendengar Abu
Qatadah berkata; saya mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mimpi baik dari
Allah sedangkan ihtilam (mimpi buruk) datangnya dari syetan, maka apabila salah seorang dari
kalian mimpi sesuatu yang dibencinya, hendaknya ia menidupkan tiga kali tiaupan ketika
bangun, lalu meminta perlindungan dari kejahatannya, sebab kejahatan tersebut tidak akan
membahayakan dirinya." Abu Salamah berkata; "Apabila aku bermimpi sesuatu yang aku merasa
lebih berat dari gunung, maka aku tidak akan memperdulikannya setelah aku mendengar hadis
ini."

No. Hadis: 5307
Bab: Memberi hembusan ketika ruqyah

_

.

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abdullah Al Uwaisi telah menceritakan kepada
kami Sulaiman dari Yunus dari Ibnu Syihab dari 'Urwah bin Az Zubair dari 'Aisyah radiallahu
anha dia berkata; "Apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, maka beliau akan
meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca Qul Huwallahu Ahad (Al Ikhlas: 1-4) dan
Mu'awidzatain (An Nas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
36

tubuhnya. Aisyah berkata; Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu." Yunus
berkata; aku melihat Ibnu Syihab apabila hendak tidur, ia melakukan hal itu juga."

No. Hadis: 5308
Bab: Memberi hembusan ketika ruqyah

_

.

_

.

_

.

_

.

_

.

_

.

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Abu
'Awanah dari Abu Bisyr dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa'id bahawa beberapa orang dari
sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pergi dalam suatu perjalanan, ketika mereka
singgah di suatu perkampungan dari perkampungan Arab, mereka meminta supaya diberi
jamuan, namun penduduk perkampungan itu enggan untuk menjamu mereka, ternyata salah
seorang dari tokoh mereka tersengat binatang berbisa, mereka sudah berusaha merawatnya
namun tidak juga memberi manfaat sama sekali, maka sebagian mereka mengatakan; "Sekiranya
kalian mendatangi sekelompok laki-laki (sahabat Nabi) yang singgah di tempat kalian, semoga
saja salah seorang dari mereka ada yang memiliki sesuatu, lantas mereka mendatangi para
sahabat Nabi sambil berkata; "Wahai orang-orang, sesungguhnya pemimpin kami tersengat
binatang berbisa, dan kami telah berusaha merawatnya dengan segala sesuatu namun tidak juga
membuahkan hasil, apakah salah seorang dari kalian memiliki sesuatu (sebagai ubat)?" Salah
seorang sahabat Nabi menjawab; "Ya, demi Allah aku akan meruqyahnya (menjampinya), akan
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
37

tetapi demi Allah, sungguh kami tadi meminta kalian supaya menjamu kami, namun kalian
enggan menjamu kami, dan aku tidak akan meruqyah (menjampinya) sehingga kalian
memberikan imbalan kepada kami." Lantas penduduk kampung itu menjamu mereka dengan
menyediakan beberapa ekor kambing, lalu salah satu sahabat Nabi itu pergi dan membaca al
hamdulillahi rabbil 'alamin (al fatihah) dan meludahkan kepadanya hingga seakan-akan
pemimpin mereka terlepas dari tali yang membelenggunya dan terbebas dari penyakit yang dapat
membinasakannya. Abu Sa'id berkata; "Lantas penduduk kampung tersebut memberikan imbalan
yang telah mereka persiapkan kepada sahabat Nabi, dan sahabat Nabi yang lain pun berkata;
"Bagilah." Namun sahabat yang meruqyah berkata; "Jangan dulu sebelum kita menemui
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan memberitahukan apa yang terjadi dan kita akan melihat
apa yang beliau perintahkan kepada kita." Setelah itu mereka menemui Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam dan memberitahukannya kepada beliau, beliau bersabda: "Apakah kamu tidak
tahu bahawa itu adalah ruqyah? Dan kalian telah mendapatkan imbalan darinya, maka bagilah
dan berilah bagian untukku."

Bab: Orang yang menjampi mengusap penyakit dengan tangan kanan

No. Hadis: 5309
Bab: Orang yang menjampi mengusap penyakit dengan tangan kanan

_

.

t
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yahya dari Sufyan dari Al A'masy dari Muslim dari Masruq dari 'Aisyah radiallahu anha dia
berkata; bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memintakan perlindungan untuk sebagian
keluarga beliau, lalu beliau mengusapkan kepadanya dengan tangan kanannya sambil berdo'a:
"Adzhibil Ba`Sa Allahumma Rabban Naasi Wasyfii Anta Syaafi Laa Syifaa`A Illa Syifaa`Uka
Syifaa`An Laa Yughaadiru Saqama (Hilangkanlah rasa sakit Ya Allah Rabb manusia,
sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha menyembuhkan, tidak ada kesembuhan
melainkan dari kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit)." Lalu aku
menceritakan hal ini kepada Manshur, maka dia menceritakan kepadaku dari Ibrahim dari
Masruq dari Aisyah seperti hadis di atas.

Bab: Wanita menjampi laki-laki

No. Hadis: 5310
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
38

Bab: Wanita menjampi laki-laki

_

.


Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad Al Ju'fi telah menceritakan kepada kami
Hisyam telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari 'Urwah dari 'Aisyah
radiallahu anha bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam biasa meniupkan pada diri beliau sendiri
dengan mu'awwidzat (surat An nas dan Al falaq) ketika sakit menjelang kematiannya, ketika
sakit beliau semakin parah, maka akulah yang meniupkan (dengan membacakan mu'awidzat)
kepadanya, aku mengusapkan dengan tangan beliau sendiri kerana berharap keberkahan
darinya." Aku bertanya kepada Ibnu Syihab; "Bagaimana cara beliau meniup (dengan membaca
mu'awidzat)?" dia menjawab; "Iaitu beliau meniupkan (dengan membaca mu'awidzat) pada
tangannya kemudian beliau mengusapkannya ke wajah beliau."

Bab: Orang yang belum meruqyah

No. Hadis: 5311
Bab: Orang yang belum meruqyah

_

.

,,

,,

,,

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
39

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Hushain bin
Numair dari Hushain bin Abdurrahman dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas radiallahuanhu dia
berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam keluar menemui kami lalu beliau bersabda: "Telah
ditampakkan kepadaku umat-umat, maka aku melihat seorang Nabi lewat bersama satu orang,
seorang Nabi bersama dua orang saja, seorang Nabi bersama sekelompok orang dan seorang
Nabi tanpa seorang pun bersamanya. Lalu tiba-tiba ditampakkan kepadaku kumpulan manusia
yang banyak memenuhi ufuk, aku berharap mereka adalah umatku, namun dikatakan padaku; 'Ini
adalah Musa dan kaumnya, lalu di katakana pula kepadaku; "Tapi lihatlah di ujung sebelah sana.'
Ternyata aku melihat ada sekumpulan orang yang sangat banyak, kemudian dikatakan lagi
padaku; 'Lihat juga yang sebelah sana.' Ternyata aku juga melihat ada sekumpulan orang yang
sangat banyak lagi, lalu dikatakan padaku; 'Ini adalah umatmu, dan bersama mereka ada tujuh
puluh ribu orang yang akan masuk surga tanpa hisab." Setelah itu orang-orang bubar dan belum
sempat ada penjelasan kepada mereka, sehingga para sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
saling membicarakan hal itu, mereka berkata; "Adapun kita dilahirkan dalam kesyirikan akan
tetapi kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mungkin mereka adalah para anak cucu kita."
Lantas peristiwa tersebut sampai kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau bersabda:
"Mereka itu adalah orang-orang yang tidak pernah bertathayur (menganggap sial sesuatu hingga
tidak jadi beramal), tidak pernah meminta untuk diruqyah dan tidak mau menggunakan Kay
(pengubatan dengan besi panas), dan kepada Tuhan merekalah mereka bertawakkal." Lalu
Ukasyah bin Mihshan berdiri dan berkata; "Apakah aku termasuk di antara mereka, wahai
Rasulullah?" Beliau menjawab: "Ya." Kemudian yang lainnya berdiri lalu bertanya; "Apakah
aku juga termasuk di antara mereka?" Beliau menjawab: "Ukasyah telah mendahuluimu dalam
hal ini."

Bab: Firasat sial (Thiyarah)

No. Hadis: 5312
Bab: Firasat sial (Thiyarah)

_

.

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami
Utsman bin Umar telah menceritakan kepada kami Yunus dari Az Zuhri dari Salim dari Ibnu
Umar radiallahuanhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'adwa
(keyakinan adanya penularan penyakit) tidak ada thiyarah (menganggap sial sesuatu hingga tidak
jadi beramal), dan adakalanya kesialan itu terdapat pada tiga hal, iaitu; isteri, tempat tinggal dan
kenderaan."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
40

No. Hadis: 5313
Bab: Firasat sial (Thiyarah)

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari
Az Zuhri dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah
bahawa Abu Hurairah berkata; saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Tidak ada thiyarah (menganggap sial pada sesuatu sehingga tidak jadi beramal) dan yang baik
adalah Alfa`lu." Para sahabat bertanya; "wahai Rasulullah apakah Al fa`lu itu?" beliau
menjawab: "Iaitu kalimat baik yang di dengar oleh salah satu dari kalian."

Bab: Optimisme (alfa"l)

No. Hadis: 5314
Bab: Optimisme (alfa"l)

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami
Hisyam telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari 'Ubaidullah bin Abdullah
dari Abu Hurairah radiallahuanhu dia berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak
ada thiyarah (menganggap sial pada sesuatu sehingga tidak jadi beramal) dan yang baik adalah al
fa'lu." Abu Hurairah bertanya; "Apakah al fa'lu itu wahai Rasulullah?" beliau menjawab:
"Kalimat yang baik yang di dengar oleh salah seorang dari kalian."

No. Hadis: 5315
Bab: Optimisme (alfa"l)

_

.

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam
telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas radiallahuanhu dari Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam beliau bersabda: "Tidak ada 'adwa (keyakinan adanya penularan penyakit), tidak ada
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
41

thiyarah (menganggap sial sesuatu hingga tidak jadi beramal), dan yang menakjubkanku adalah
al fa'lu yang baik iaitu kalimat yang baik."

Bab: Tak ada hantu (hammah)

No. Hadis: 5316
Bab: Tak ada hantu (hammah)

_

.


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Hakam telah menceritakan kepada kami An
Nadhr telah mengkhabarkan kepada kami Isra`il telah mengkhabarkan kepada kami Abu Hashin
dari Abu Shalih dari Abu Hurairah radiallahuanhu dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau
bersabda: "Tidak ada 'adwa (keyakinan adanya penularan penyakit), tidak ada thiyarah
(menganggap sial sesuatu hingga tidak jadi beramal), tidak ada hammah (keyakinan jahiliyah
tentang rengkarnasi) dan tidak pula safar (menganggap bulan safar sebagai bulan haram atau
keramat)."

Bab: Dunia tenung menenung

No. Hadis: 5317
Bab: Dunia tenung menenung


Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin 'Ufair telah menceritakan kepada kami Al Laits dia
berkata; telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Khalid dari Ibnu Syihab dari Abu
Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah memutuskan
perkara antara dua wanita dari Bani Hudzail yang sedang berkelahi, salah seorang melempar
lawannya dengan batu dan mengenai perutnya padahal ia sedang hamil, hingga menyebabkan
kematian anak yang dikandungnya. Lalu mereka mengadukan peristiwa itu kepada Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam. Beliau memutuskan hukuman (bagi wanita pembunuh) untuk
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
42

membayar diyat janin dengan seorang hamba sahaya laki-laki atau perempuan, lantas wali
wanita yang menanggung (diyat) berkata; "Ya Rasulullah, bagaimana saya harus menanggung
orang yang belum bisa makan dan minum, bahkan belum bisa berbicara ataupun menjerit sama
sekali?, tidakkah hal itu dapat dikatagorikan sebagai kecelakaan yang tidak dapat dihindari?"
Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara itu seperti perkara
paranormal yang membacakan mantera-mantera."

No. Hadis: 5318
Bab: Dunia tenung menenung

_

.

_

.

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah dari Malik dari Ibnu Syihab dari Abu Salamah dari
Abu Hurairah radiallahuanhu bahawa salah seorang dari dua orang wanita melempar lawannya
dengan batu hingga menyebabkan janinnya gugur, lalu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
memutuskan untuk membayar diyat janin dengan seorang budak baik laki-laki maupun
perempuan." Dan dari Ibnu Syihab dari Sa'id bin Musayyab bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam pernah memutuskan mengenai janin yang terbunuh di perut ibunya dengan (membayar
diyat) seorang hamba sahaya baik laki-laki maupun perempuan. Lantas orang yang diputusi
hukuman berkata; "Bagaimana saya harus menanggung orang yang belum bisa makan dan
minum, bahkan belum bisa berbicara ataupun menjerit sama sekali?, tidakkah hal itu dapat
dikatagorikan sebagai kecelakaan yang tidak dapat di hindari?" maka Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara itu seperti perkara paranormal (yang membacakan
mantera-mantera)."

No. Hadis: 5319
Bab: Dunia tenung menenung

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
43

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami
Ibnu 'Uyainah dari Az Zuhri dari Abu Bakar bin Abdurrahman bin Al Harits dari Abu Mas'ud dia
berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam melarang dari upah hasil penjualan anjing, upah
pelacuran dan upah dari perdukunan."

No. Hadis: 5320
Bab: Dunia tenung menenung

_

.

_

.

_

.

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Hisyam bin
Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Yahya bin 'Urwah bin Az
Zubair dari Urwah bin Az Zubair dari 'Aisyah radiallahu anha dia berkata; beberapa orang
bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengenai paranormal, lalu beliau
menjawab: ""Mereka (para dukun) bukanlah apa-apa." Mereka berkata; "Wahai Rasulullah!
Terkadang apa yang mereka ceritakan adalah benar." Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Perkataan yang nyata (benar) itu adalah perkataan yang dicuri oleh jin, kemudian ia
menempatkannya di telinga walinya lalu mereka mencampur adukkan bersama kebenaran itu
dengan seratus kedustaan." Ali berkata; Abdurrazaq berkata; lafazh "Perkataan yang nyata
(benar) " adalah mursal, setelah itu sampai kepadaku bahawa lafazh tersebut telah di
musnadkan."

Bab: Sihir

No. Hadis: 5321
Bab: Sihir

_

.

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
44


.

_

.

_

.


Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa telah mengkhabarkan kepada kami Isa bin
Yunus dari Hisyam dari ayahnya dari 'Aisyah radiallahu anha dia berkata; "Seorang Yahudi dari
Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al A'sham telah menyihir Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, sehingga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun dibuat seakan-akan telah
melakukan sesuatu pekerjaan yang beliau tidak kerjakan. Sampai disuatu hari -atau suatu malam-
beliau berada di sampingku namun beliau tetap berdo'a dan berdo'a, kemudian beliau bersabda:
"Wahai Aisyah, apakah kamu telah merasakan bahawa Allah telah memberikan fatwa
(menghukumi) dengan apa yang telah aku fatwakan (hukumi)? Dua orang laki-laki telah datang
kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk di atas kepalaku dan satunya lagi di kakiku.
Kemudian salah seorang berkata kepada yang satunya; "Menderita sakit apakah laki-laki ini?"
Temannya menjawab; "Terkena sihir.' salah satu mala'ikat tersebut bertanya; "Siapakah yang
menyihirnya?" Temannya menjawab; "Labid bin Al A'sham." Malaikat yang satu bertanya;
"Dengan benda apakah dia menyihir?" Temannya menjawab; "Dengan rambut yang terjatuh
ketika disisir dan seludang mayang kurma." Salah satu malaikat bertanya; "Di manakah benda itu
diletakkan?" Temannya menjawab; "Di dalam sumur Dzarwan." Kemudian Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam mendatanginya bersama beberapa orang sahabatnya, lalu bersabda: "Wahai
Aisyah! seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman pohon inai atau seakan-akan pohon
kurmanya bagaikan kepala syetan." Aku bertanya; "Wahai Rasulullah, tidakkah anda
mengeluarkannya?" beliau menjawab: "Tidak, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan
aku hanya tidak suka memberikan kesan buruk kepada orang lain dari peristiwa itu." Kemudian
beliau memerintahkan seseorang membawanya (barang yang dipakai untuk menyihir) lalu
menguburnya." Hadis ini juga diperkuat oleh riwayat Abu Usamah dan Abu Dhamrah serta Ibnu
Abu Az Zinad dari Hisyam. Al Laits dan Ibnu 'Uyainah mengatakan dari Hisyam mengenai
lafazh "Musth (sisir) " dan "Musyaqah (helai rambut yang jatuh kerana disisir) dikatakana pula
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
45

"Al Musyathah iaitu helai rambut yang jatuh apabila disisir." Sedangkan Musyaqqah ialah
rambut yang melekat pada sisir tatkala menyisir."

Bab: Syirik dan sihir adalah dosa besar yang membahayakan

No. Hadis: 5322
Bab: Syirik dan sihir adalah dosa besar yang membahayakan

_

.

Telah menceritakan kepadaku Abdul Aziz bin Abdullah dia berkata; telah menceritakan
kepadaku Sulaiman dari Tsaur bin Zaid dari Abu Al Ghaits dari Abu Hurairah radiallahuanhu
bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jauhilah hal-hal yang membinasakan
iaitu menyekutukan Allah dan sihr."

Bab: Apakah sihir bisa diusir?

No. Hadis: 5323
Bab: Apakah sihir bisa diusir?

_

.


.

_

.

_

.

,,


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
46

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad dia berkata; saya mendengar Ibnu
'Uyainah berkata; orang yang pertama kali menceritakan kepada kami adalah Ibnu Juraij, dia
berkata; telah menceritakan kepadaku keluarga 'Urwah dari 'Urwah, lalu aku bertanya kepada
Hisyam tentang hadisnya, maka dia menceritakannya kepada kami dari Ayahnya dari 'Aisyah
radiallahu anha dia berkata; bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah disihir hingga
seakan-akan beliau telah mendatangi para isterinya, padahal beliau tidak mendatanginya, -Sufyan
mengatakan; "Bahawa keadaan seperti ini termasuk sihir yang paling berat- kemudian beliau
bersabda: "Wahai Aisyah, apakah kamu mengetahui bahawa Allah telah memberikan fatwa
(menghukumi) dengan apa yang telah aku fatwakan (hukumi)? Dua orang laki-laki telah datang
kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk di atas kepalaku dan satunya lagi di kakiku.
Kemudian seorang yang berada di kepalaku berkata kepada yang satunya; "Kenapa laki-laki
ini?" Temannya menjawab; "Terkena sihir.' salah seorang darinya bertanya; "Siapakah yang
menyihirnya?" Temannya menjawab; "Lubid bin Al A'sham, laki-laki dari Bani Zuraiq, seorang
munafik dan menjadi sekutu orang-orang Yahudi." Salah seorang darinya bertanya; "Dengan
benda apakah dia menyihir?" Temannya menjawab; "Dengan rambut yang terjatuh ketika
disisir." Salah seorang darinya bertanya; "Di manakah benda itu diletakkan?" Temannya
menjawab; "Di mayang kurma yang diletakkan di bawah batu dalam sumur Dzarwan." Aisyah
berkata; "Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mendatangi sumur tersebut hingga
beliau dapat mengeluarkan barang tersebut, lalu beliau bersabda: "Ini adalah sumur yang
diperlihatkan padaku, seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman pohon inai dan seakan-
akan pohon kurmanya bagaikan kepala syetan." Abu Hisyam berkata; "apakah beliau meminta
barangnya dikeluarkan?" Aisyah berkata; Lalu aku bertanya; "Apakah anda tidak meruqyahnya?"
beliau bersabda: "Tidak, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku hanya tidak suka
memberikan kesan buruk kepada orang lain dari peristiwa itu."

Bab: Sihir

No. Hadis: 5324
Bab: Sihir


.

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
47


Telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Abu
Usamah dari Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah dia berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
disihir hingga seakan-akan beliau mengangan-angan telah berbuat sesuatu, padahal beliau tidak
melakukannya, hingga ketika beliau berada di sampingku, beliau berdo'a kepada Allah dan selalu
berdo'a, kemudian beliau bersabda: "Wahai Aisyah, apakah kamu telah merasakan bahawa Allah
telah memberikan fatwa (menghukumi) dengan apa yang telah aku fatwakan (hukumi)?
Jawabku; "Apa itu wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: "Dua orang laki-laki telah datang
kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk di atas kepalaku dan satunya lagi di kakiku.
Kemudian salah seorang berkata kepada yang satunya; "Menderita sakit apakah laki-laki ini?"
Temannya menjawab; "Terkena sihir.' salah seorang darinya bertanya; "Siapakah yang
menyihirnya?" Temannya menjawab; "Lubid bin Al A'sham seorang Yahudi dari Bani Zuraiq."
Salah satunya bertanya; "Dengan benda apakah dia menyihir?" Temannya menjawab; "Dengan
rambut yang terjatuh ketika disisir dan seludang mayang kurma." Salah seorang darinya
bertanya; "Di manakah benda itu di letakkan?" Temannya menjawab; "Di dalam sumur Dzi
Arwan." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mendatangi sumur tersebut bersama
beberapa orang sahabatnya, beliau pun melihat ke dalam ternyata di dalamnya terdapat pohon
kurma, lalu beliau kembali menemui 'Aisyah bersabda: "Wahai Aisyah! seakan-akan airnya
berubah bagaikan rendaman pohon inai atau seakan-akan pohon kurmanya bagaikan kepala
syetan." Aku bertanya; "Wahai Rasulullah, tidakkah anda mengeluarkannya?" beliau menjawab:
"Tidak, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku hanya tidak suka memberikan
kesan buruk kepada orang lain dari peristiwa itu." Kemudian beliau memerintahkan seseorang
membawanya (barang yang dipakai untuk menyihir) lalu menguburnya."

Bab: Diantara lafaz yang indah terdapat apa yang disebut sihir

No. Hadis: 5325
Bab: Diantara lafadh yang indah terdapat apa yang disebut sihir

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
48

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Malik
dari Zaid bin Aslam dari Abdullah bin Umar radiallahuanhu bahawa dua orang dari penduduk
Masyriq datang kepadanya, lalu keduanya berkhutbah hingga orang-orang heran dengan
penjelasannya, lantas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya dalam
penjelasan (bayan) itu mengandung sihir, atau sesungguhnya sebagian bayan (penjelasan) itu
mengandung sihir."

Bab: Berubat dengan kurma ajuwa untuk menghilangkan sihir

No. Hadis: 5326
Bab: Berubat dengan kurma ajuwa untuk menghilangkan sihir

_

.

Telah menceritakan kepada kami Ali telah menceritakan kepada kami Marwan telah
mengkhabarkan kepada kami Hasyim telah mengkhabarkan kepada kami 'Amir bin Sa'd dari
Ayahnya radiallahuanhu dia berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa di
pagi hari makan beberapa biji kurma 'ajwah setiap harinya, maka tidak akan membahayakan
terhadap dirinya baik itu racun maupun sihir pada hari itu hingga malam hari." Dan yang lain
mengatakan tujuh biji kurma."

No. Hadis: 5327
Bab: Berubat dengan kurma ajuwa untuk menghilangkan sihir

_

.

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur telah mengkhabarkan kepada kami Abu
Usamah telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Hasyim dia berkata; saya mendengar 'Amir
bin Sa'd saya mendengar Sa'd radiallahuanhu berkata; saya mendengar Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa di pagi hari makan tujuh biji kurma 'ajwah setiap
harinya, maka tidak akan membahayakan terhadap dirinya baik itu racun dan juga sihir pada hari
itu."



Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
49

Bab: Tak ada haammah (burung hantu jelmaan kerana kematian seseorang)

No. Hadis: 5328
Bab: Tak ada haammah (burung hantu jelmaan kerana kematian seseorang)

_

.

,,

_

.

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami
Hisyam bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Abu Salamah
dari Abu Hurairah radiallahuanhu dia berkata; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak
ada 'adwa (keyakinan adanya penularan penyakit) tidak ada shafar (menganggap bulan shafar
sebagai bulan haram atau keramat) dan tidak pula hammah (keyakinan jahiliyah tentang
rengkarnasi)." Lalu seorang Arab badui berkata; "Wahai Rasulullah, lalu bagimana dengan unta
yang ada di padang pasir, seakan-akan (bersih) bagaikan gerombolan kijang lalu datang padanya
unta berkudis dan bercampur baur dengannya sehingga ia menularinya?" Maka Nabi sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Lalu siapakah yang menulari yang pertama?" Setelah itu Abu
Salamah mendengar Abu Hurairah mengatakan; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Janganlah (unta) yang sakit dicampurbaurkan dengan yang sihat." -sepertinya Abu Hurairah
mengingkari hadis yang pertama- maka kami bertanya; "Tidakkah anda pernah menceritakan
bahawa tidak ada 'adwa (keyakinan adanya penularan penyakit)." Lalu dia bicara dengan bahasa
Habasyah, maka aku tidak pernah melihatnya lupa terhadap hadis selain hadis di atas."

Bab: Tak ada 'adwa (penyakit menular secara sendiri tanpa campur tangan Allah)

No. Hadis: 5329
Bab: Tak ada 'adwa (penyakit menular secara sendiri tanpa campur tangan Allah)
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
50

_

.

Telah menceritaka kepada kami Sa'id bin 'Ufair dia berkata; telah menceritaka kepadaku Ibnu
Wahb dari Yunus dari Ibnu Syihab dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Salim bin
Abdullah dan Hamzah bahawa Abdullah bin Umar radiallahuanhu berkata; Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'adwa (keyakinan adanya penularan penyakit) tidak ada
thiyarah (menganggap sial sesuatu hingga tidak jadi beramal), dan adakalanya kesialan itu
terdapat pada tiga hal, iaitu; kendaraan, isteri dan tempat tinggal."

No. Hadis: 5330
Bab: Tak ada 'adwa (penyakit menular secara sendiri tanpa campur tangan Allah)


t

:

_

.

,,


Telah menceritaka kepada kami Abu Al Yaman telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari
Az Zuhri dia berkata; telah menceritaka kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman bahawa Abu
Hurairah berkata; saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada
'adwa (keyakinan adanya penularan penyakit)." Abu Salamah bin Abdurrahman berkata; saya
mendengar Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Janganlah
kalian mencampurkan antara yang sakit dengan yang sihat." Dan dari Az Zuhri dia berkata; telah
mengkhabarkan kepadaku Sinan bin Abu Sinan Ad Du`ali bahawa Abu Hurairah radiallahuanhu
berkata; sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'adwa
(keyakinan adanya penularan penyakit) " maka seorang Arab badui berdiri dan berkata; "Lalu
bagimana dengan unta yang ada di padang pasir, seakan-akan (bersih) bagaikan gerombolan
kijang lalu datang padanya unta berkudis dan bercampur baur dengannya sehingga ia
menularinya?" Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lalu siapakah yang menulari yang
pertama."


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
51

No. Hadis: 5331
Bab: Tak ada 'adwa (penyakit menular secara sendiri tanpa campur tangan Allah)

_

.

Telah menceritaka kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritaka kepada kami Muhammad
bin Ja'far telah menceritaka kepada kami Syu'bah dia berkata; saya mendengar Qatadah dari
Anas bin Malik radiallahuanhu dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Tidak ada
'adwa (keyakinan adanya penularan penyakit) dan tidak pula thiyarah (menganggap sial pada
sesuatu sehingga tidak jadi beramal) dan yang menakjubkanku adalah al fa'lu." Mereka bertanya;
"Apakah al fa'lu itu?" beliau menjawab: "Kalimat yang baik."

Bab: Racun nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam sesuai periwayatan Urwah

No. Hadis: 5332
Bab: Racun nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam sesuai periwayatan Urwah

_

.

_

.

,,

_

.


Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Sa'id
bin Abu Sa'id dari Abu Haurairah Bahawa ketika Khaibar ditaklukkan, Rasulullah sallallahu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
52

'alaihi wasallam diberi hadiah seekor kambing beracun. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
langsung bersabda: 'Tolong kumpulkanlah orang-orang Yahudi yang ada di sini.' Maka mereka
dikumpulkanlah di hadapan beliau. Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Saya
akan bertanya kepada kalian tentang sesuatu, apakah kalian akan menjawab dengan jujur? ',
mereka menjawab; 'Ya, wahai Abu Qasim (Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam).' Lalu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertanya: 'Siapakah ayah kalian? ' Mereka menjawab;
'Ayah kami si fulan.' Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Kalian bohong!,
tetapi ayah kalian adalah si fulan.' Mereka menjawab; 'Baginda benar.' Lalu beliau bersabda
kepada mereka: 'Apakah kalian akan jujur jika saya tanya tentang sesuatu? ' Mereka menjawab;
'Ya, dan jika kami berbohong niscaya baginda mengetahuinya, sebagaimana baginda mengetahui
ayah-ayah kami.' Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada mereka: 'Siapakah
penghuni neraka? ' Mereka menjawab; 'Kami berada di dalamnya sebentar dan kemudian
baginda menggantikan kami di dalamnya.' Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata
kepada mereka: Terhinalah kalian di dalamnya, demi Allah subhanahu wata'ala kami tidak akan
menggantikan kalian di dalamnya selamanya." Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bertanya kepada mereka: "Apakah kalian akan berkata jujur terhadap pertanyaan yang akan
kutanyakan kepada kalian?", mereka menjawab; Ya. Beliau bersabda: "Apakah kalian
membubuhi racun pada (daging) kambing tersebut?" Mereka menjawab; "Ya, " beliau bertanya:
"Apa yang menyebabkan kalian berbuat demikian?" Mereka menjawab; "Kami ingin terbebas
jika baginda seorang pembohong dan jika baginda benar seorang Nabi maka (racun itu) tidak
bakalan mencelakai baginda."

Bab: Minum racun, berubat dengannya

No. Hadis: 5333
Bab: Minum racun, berubat dengannya

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abdul Wahhab telah menceritakan kepada kami
Khalid bin Al Harits telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Sulaiman dia berkata; saya
mendengar Dzakwan menceritakan dari Abu Hurairah radiallahuanhu dari Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam beliau bersabda: "Barangsiapa menjatuhkan diri dari gunung, hingga membunuh
jiwanya (bunuh diri), maka ia akan jatuh ke neraka jahannam, ia kekal serta abadi di dalamnya
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
53

selama-lamanya. Barangsiapa menegak racun, hingga meninggal dunia, maka racun tersebut
akan berada di tangannya, dan ia akan menegaknya di neraka jahannam, ia kekal serta abadi di
dalamnya selama-lamanya. Dan barang siapa bunuh diri dengan (menusuk dirinya dengan) besi,
maka besi itu akan ada di tangannya, dengannya ia akan menghujamkan ke perutnya di neraka
jahannam, ia kekal dan abadi di dalamnya selama-lamanya."

No. Hadis: 5334
Bab: Minum racun, berubat dengannya

,,

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salam telah menceritakan kepada kami Ahmad
bin Basyir Abu Bakar telah mengkhabarkan kepada kami Hasyim bin Hasyim dia berkata; telah
mengkhabarkan kepadaku 'Amir bin Sa'd dia berkata; saya mendengar Ayahku berkata; saya
mendengar Rasulullah Sallallahu 'alai wasallam bersabda: "Barangsiapa di pagi hari makan tujuh
buah kurma 'ajwah, maka pada hari itu racun dan sihir tidak akan membahayakan dirinya."

Bab: Susu Keledai betina

No. Hadis: 5335
Bab: Susu Keledai betina

_

.

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Sufyan
dari Az Zuhri dari Abu Idris Al Khaulani dari Abu Tsa'labah Al Khusyani radiallahuanhu dia
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
54

berkata; Nabi Sallallahu 'alai wasallam melarang makan setiap binatang buas yang bertaring." Az
Zuhri mengatakan; "Aku belum mendengar hadis tersebut hingga aku tiba di Syam, Al Laits
menambahkan, katanya; telah menceritakan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab perawi berkata;
lalu aku bertanya kepada Ibnu Syihab; "Apakah kita harus berWUDUK' atau bolehkah kita
meminum susu keledai betina atau memakan empedu binatang buas atau meminum kencing
unta?" dia menjawab; "Orang-orang muslim banyak yang menjadikannya ubat, dan mereka
menganggap hal itu tidak mengapa, adapun susu keledai, maka telah sampai kepada kami
bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melarang memakan dagingnya sementara belum
sampai kepada kami tentang larangan dan perintah meminum susunya, sedangkan empedu
binatang buas. Ibnu Syihab mengatakan; telah mengkhabarkan kepadaku Abu Idris Al Khaulani
bahawa Abu Tsa'labah Al Khusani telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam melarang makan setiap binatang buas yang bertaring."

Bab: Jika lalat hinggap di bejana

No. Hadis: 5336
Bab: Jika lalat hinggap di bejana

_

.


Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far dari
'Utbah bin Muslim mantan budak Bani Taim dari 'Ubaid bin Hunain mantan budak Bani Zuraiq
dari Abu Hurairah radiallahuanhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Apabila seekor lalat hinggap di tempat minum salah seorang dari kalian, hendaknya ia
mencelupkan ke dalam minuman tersebut, kemudian membuangnya, kerana pada salah satu
sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya terdapat penawarnya."












Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
55

IMAM MUSLIM

Imam Muslim dilahirkan di Naisabur pada tahun 202 H atau 817 M. Imam Muslim bernama
lengkap Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al Qusyairi an
Naisaburi. Naisabur, yang sekarang ini termasuk wilayah Rusia, dalam sejarah Islam kala itu
termasuk dalam sebutan Maa Wara'a an Nahr, artinya daerah-daerah yang terletak di sekitar
Sungai Jihun di Uzbekistan, Asia Tengah. Pada masa Dinasti Samanid, Naisabur menjadi pusat
pemerintahan dan perdagangan selama lebih kurang 150 tahun. Seperti halnya Baghdad di abad
pertengahan, Naisabur, juga Bukhara (kota kelahiran Imam Bukhari) sebagai salah satu kota ilmu
dan pusat peradaban di kawasan Asia Tengah. Di sini pula bermukim banyak ulama besar.

Sahih Muslim (Arab: , a Muslim, tajuk sebenar "Al-Musnadu Al-Sahihu bi Naklil
Adli") ialah salah satu dari enam kitab hadis dalam Islam Ahli Sunah Waljamaah. Kitab ini yang
disusun oleh Imam Muslim, merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan murni
sesudah Kitabullah (Al-Quran), bersama dengan Sahih Bukhari. Kedua kitab shahih ini diterima
baik oleh segenap umat Islam.

Sebahagian besar hadis tentang pengubatan riwayat Imam Bukhari telah dimasukkan ke dalam
Kitab Sahih Muslim dan oleh itu, saya tidak lagi memuatkannya ke dalam bahagian ini bagi
memuatkan ruang.

Bab: Berlindung dari buruknya takdir buruk dan kesialan

No. Hadis: 4880
Bab: Berlindung dari buruknya takdir buruk dan kesialan

Telah menceritakan kepadaku 'Amr An Naqid dan Zuhair bin Harb mereka berdua berkata; telah
menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah telah menceritakan kepadaku Sumayya dari Abu
Shalih dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa untuk
berlindung dari takdir buruk, kesialan, dan cacian musuh (kerana kemalangan diri), dan dari
ujian yang memayahkan. Amru mengatakan dalam hadisnya; "Sufyan berkata; 'Saya merasa ragu
bahawasanya saya telah menambah salah satu kata dalam hadis tersebut.'"

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
56

No. Hadis: 4881
Bab: Berlindung dari buruknya takdir buruk dan kesialan

_

.

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Laits
Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, dan telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin Rumh -dan lafadh ini miliknya-; telah mengkhabarkan kepada kami Al Laits dari Yazid bin
Abu Habib dari Al Harits bin Ya'qub bahawasanya Ya'qub bin 'Abdullah menceritakan
kepadanya bahawasanya ia mendengar Busr bin Sa'id berkata; aku mendengar Sa'd bin Abi
Waqqash berkata; aku mendengar Khaulah bintu Hakim As Sulamiyyah berkata; aku mendengar
Rasululullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barang siapa yang singgah pada suatu tempat
kemudian dia berdo'a: 'A'auudzu Bi Kalimaatillahit Taammah Min Syarri Maa Khalaq (Aku
berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejelekan apa saja yang Dia ciptakan), '
niscaya tidak akan ada yang membahayakannya hingga di pergi dari tempat itu."

No. Hadis: 4882
Bab: Berlindung dari buruknya takdir buruk dan kesialan

_

.

Dan telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma'ruf dan Abu Ath Thahir keduanya dari Ibnu
Wahb -dan lafadh ini milik Harun-; telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Wahb dia
berkata; dan telah mengkhabarkan kepada kami 'Amru bin Al Harits bahawasanya Yazid bin
Abu Habib dan Al Harits bin Ya'qub menceritakannya kepada kami dari Ya'qub bin 'Abdullah
bin Al Asyaj dari Busr bin Sa'id dari Sa'd bin Abi Waqqash dari Khaulah bintu Hakim As
Sulamiyyah bahawasanya ia mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Apabila
salah seorang dari kalian singgah di suatu tempat maka hendaklah dia berdo'a: 'A'auudzu Bi
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
57

Kalimaatillahit Taammah Min Syarri Maa Khalaq (AKu berlindung dengan kalimat Allah yang
sempurna dari kejelekan apa saja yang Dia ciptakan), ' niscaya tidak akan ada yang
membahayakannya hingga di pergi dari tempat itu."

No. Hadis: 4883
Bab: Berlindung dari buruknya takdir buruk dan kesialan

(Dan telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma'ruf dan Abu Ath Thahir keduanya dari Ibnu
Wahb -dan lafadh ini milik Harun-; telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Wahb dia
berkata; dan telah mengkhabarkan kepada kami 'Amru bin Al Harits bahawasanya Yazid bin
Abu Habib dan Al Harits bin Ya'qub menceritakannya kepada kami dari) Ya'qub dan berkata Al
Qa'qa' bin Hakim dari Dzakwan Abu Shalih dari Abu Hurairah bahawasanya ia berkata; 'ada
seorang laki-laki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata; "Ketika aku
tidur tadi malam ada seekor kalajengking yang menyengatku, " maka Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Sekiranya diwaktu sore kamu mengucapkan: 'A'auudzu Bi Kalimaatillahit
Taammah Min Syarri Maa Khalaq (AKu berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari
kejelekan apa saja yang Dia ciptakan), ' niscaya tidak akan ada yang membahayakanmu." Dan
telah menceritakan kepadaku 'Isa bin Hammad Al Mishri telah mengkhabarkan kepadaku Al
Laits dari Yazid bin Abu Habib dari Ja'far dari Ya'qub bahawasanya dia menyebutkan kepadanya
bahawa Abu Shalih -budak- Ghatafan mengkhabarkan kepadanya, ia mendengar Abu Hurairah
berkata; seseorang berkata; Ya Rasulullah, seekor kalajengking menyengatku, -sebagaimana
Hadis Ibnu Wahab.

Bab: Doa ketika takut

No. Hadis: 4909
Bab: Doa ketika takut


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
58

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Ibnu Basysyar dan
'Ubaidullah bin Sa'id -dan lafadh ini milik Ibnu Sa'id- mereka berkata; telah menceritakan kepada
kami Mu'adz bin Hisyam telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Qatadah dari Abul 'Aliyah
dari Ibnu 'Abbas bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa ketika dalam
kesulitan iaitu: "Laa-Ilaaha Illallahul 'Azhiimul Haliim, Laa-Ilaaha Illallah Robbul'arsyil
'Azhiim, Laa-Ilaaha Illallah Robbussamaawaati Warobbul Ardhi Warobbul'arsyil Kariimi "Tiada
sesembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain
Allah, Tuhan Penguasa arsy yang agung. Tiada sesembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit
dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia." Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu
Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dari Hisyam dengan sanad ini. Dan hadis Mu'adz
bin Hisyam lebih sempurna. Dan telah menceritakan kepada kami 'Abd bin Humaid telah
mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Bisyr Al 'Abdi telah menceritakan kepada kami
Sa'id bin Abu 'Arubah dari Qatadah bahawasanya Abul 'Aliyah Ar Riyahi bercerita kepada
mereka dari Ibnu 'Abbas bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdo'a dengan do'a
tersebut ketika dalam kesulitan, -lalu dia menyebutkan redaksi yang sama dengan Hadis Mu'adz
bin Hisyam dari Bapaknya dari Qatadah- namun dengan kalimat; 'Rabbus samawati wal Ardhi'
Dan telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim telah menceritakan kepada kami Bahz
telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah telah mengkhabarkan kepadaku Yusuf
bin 'Abdullah bin Al Harits dari Abul 'Aliyah dari Ibnu 'Abbas bahawasanya Nabi sallallahu
'alaihi wasallam Apabila menghadapi suatu masalah beliau mengucapkan; -lalu disebutkan
redaksi yang serupa dengan Hadis Mu'adz dari Bapaknya, dengan tambahan; 'Laailaaha Illallah
Rabbul Arsyil Karim.'


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
59

Bab: Doa ketika akan tidur

No. Hadis: 4884
Bab: Doa ketika akan tidur

Telah menceritakan kepada kami 'Utsman bin Abu Syaibah dan Ishaq bin Ibrahim -dan lafadh ini
milik 'Utsman- Ishaq berkata; telah mengkhabarkan kepada kami, dan 'Utsman berkata; telah
menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Sa'd bin 'Ubaidah telah menceritakan
kepadaku Al Barra' bin 'Azib bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
"Apabila kamu hendak tidur, maka berwudhulah sebagaimana kamu berwudhu untuk solat.
Setelah itu berbaringlah dengan miring ke kanan, lalu berdoalah: ' Allahumma Innii Aslamtu
Wajhii Ilaika, Wafawwadhtu Amrii Ilaika, Wa-Alja'tu Zhohrii Ilaika Roghbatan Warohbatan
Ilaika, Laa Malja'a Walaa Manjaa Minka Illaa Ilaika, Aamantu Bikitaabikalladzii Anzalta,
Wabinabiyyikalladzii Arsalta 'Ya AIlah ya Tuhanku, aku Pasrahkan wajahku kepada-Mu, aku
serahkan urusanku kepada-Mu dan aku serahkan punggungku kepada-Mu dengan berharap-harap
cemas, kerana tidak ada tempat berlindung dan tempat yang aman dari adzab-Mu kecuali dengan
berlindung kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku
beriman kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utus.' Jadikan bacaan tersebut sebagai penutup
ucapanmu menjelang tidur. Apabila kamu meninggal dunia pada malam itu, maka kamu
meninggal dalam kesucian diri (fitrah)." Al Barra' berkata; 'Saya mengulang-ulang bacaan
tersebut agar hafal dan saya ucapkan; 'Saya beriman kepada rasul-Mu yang telah Engkau utus.'
Lalu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam berkata: 'Ucapkanlah; 'Saya beriman kepada
Nabi-Mu yang telah Engkau utus.'" Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
60

'Abdullah bin Numair telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Idris dia berkata; aku
mendengar Hushain dari Sa'd bin 'Ubaidah dari Al Barra' bin 'Azib dari Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam mengenai Hadis ini. Namun Hadis Manshur lebih lengkap dari ini. Dan di dalam Hadis
Hushain ada tambahan; 'apabila dia bangun kembali di pagi hari, maka dia telah memperoleh
kebaikan.'

No. Hadis: 4885
Bab: Doa ketika akan tidur

_

.


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami
Abu Dawud telah menceritakan kepada kami Syu'bah Demikian juga diriwayatkan dari jalur
lainnya, dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Basysyar telah menceritakan kepada kami
'Abdurrahman dan Abu Dawud mereka berdua berkata; telah menceritakan kepada kami Syu'bah
dari 'Amru bin Murrah dia berkata; aku mendengar Sa'd bin 'Ubaidah menceritakan dari Al
Barra' bin 'Azib bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah menyuruh seseorang
apabila dia hendak tidur, untuk mengucapkan; "Allahumma Aslamtu Nafsii Ilaika, Wawajjahtu
Wajhii Ilaika, Wa-Alja'tu Zhohrii Ilaika, Wafawwadhtu Amrii Ilaika Roghbatan Warohbatan
Ilaika, Laa Malja'a Walaa Manjaa Minka Illaa Ilaika, Aamantu Bikitaabikalladzii Anzalta
Wabirosuulikalladzii Arsalta "Ya AIlah ya Tuhanku, aku berserah diri kepada-Mu, aku serahkan
urusanku kepada-Mu dengan berharap-harap cemas, kerana tidak ada tempat berlindung dan
tempat yang aman dari adzab-Mu kecuali dengan berlindung kepada-Mu. Aku beriman kepada
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
61

kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku beriman kepada Rasul-Mu yang telah Engkau
utus." Apabila dia meninggal dunia pada malam itu, maka dia meninggal dalam kesucian diri
(fitrah). Namun Ibnu Basyar di dalam Hadisnya tidak menyebutkan lafazh; 'di waktu malam.'
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya telah mengkhabarkan kepada kami Abul
Ahwash dari Abu Ishaq dari Al Barra' bin 'Azib dia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda kepada seseorang: Hai fulan, apabila kamu hendak tidur -sebagaimana Hadis
Amru bin Murrah- namun dia menggunakan lafazh; dan aku beriman kepada Nabi-Mu yang
telah Engkau utus.' Apabila kamu meninggal dunia pada malam itu, maka kamu meninggal
dalam kesucian diri (fitrah). 'Dan apabila kamu bangun kembali di pagi hari, maka kamu telah
memperoleh kebaikan.' Telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mutsanna dan Ibnu Basysyar
mereka berdua berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah
menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Ishaq bahawasanya ia mendengar Al Barra' bin
'Azib berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyuruh seseorang, -dengan Hadis yang
serupa.- namun dia tidak menyebutkan kalimat; 'Dan apabila kamu bangun kembali di pagi hari,
maka kamu telah memperoleh kebaikan.'

No. Hadis: 4886
Bab: Doa ketika akan tidur


Telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin Mu'adz telah menceritakan kepada kami
Bapakku telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari 'Abdullah bin Abus Safar dari Abu Bakr
bin Abu Musa dari Al Barra' bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam apabila Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, maka beliau membaca doa: "Allahumma,
Bismikallahumma Ahyaa Wabismika Amuutu" Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan
dengan nama-Mu aku mati." Apabila bangun dari tidur, maka beliau membaca doa: 'Alhamdu
Lillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba'da Maa Amaatanaa Wailaihinnusyuuru' Segala puji bagi Allah
yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan hanya kepada-Nyalah
tempat kami kembali.'

No. Hadis: 4887
Bab: Doa ketika akan tidur

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
62

_

.


Telah menceritakan kepada kami 'Uqbah bin Mukram Al 'Ammi dan Abu Bakr bin Nafi' mereka
berdua berkata; telah menceritakan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami
Syu'bah dari Khalid dia berkata; aku mendengar 'Abdullah bin Al Harits bercerita dari 'Abdullah
bin 'Umar bahawasanya dia pernah memerintahkan seseorang yang hendak tidur untuk membaca
doa; "Allahumma Kholaqta Nafsii, Wa Anta Tawaffaahaa Laka, Mamaatuhaa Wamahyaahaa, In-
Ahyaitahaa Fahfazh-Haa Wain Amattahaa Faghfirlahaa, Allahumma Innii As-Aulka Al'aafiyata
"Ya Allah, Engkau telah menciptakan diriku dan Engkaulah yang akan mematikannya. Matiku
dan hidupku hanyalah untuk-Mu. Apabila Engkau menghidupkan diriku, maka jagalah. Dan
apabila Engkau mematikan diriku, maka ampunilah. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
kesihatan yang sempurna." Abdullah bin Umar pernah ditanya oleh seseorang; 'Hai Abdullah,
apakah kamu mendengar bacaan doa ini dari Umar? ' Abdullah bin Umar menjawab; 'Saya
memperolehnya dari orang yang Iebih mulia dan utama dari Umar iaitu Rasululiah sallallahu
'alaihi wasallam.' Ibnu Nafi' berkata dalam riwayatnya dari 'Abdullah bin Al Harits tanpa
menyebutkan lafazh; 'Sami'tu (aku mendengar).

No. Hadis: 4888
Bab: Doa ketika akan tidur

_

.

_

.

_

.

_

.

_

.

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
63


Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail
dia berkata; " Abu Shalih pernah menganjurkan kami iaitu, apabila salah seorang dari kami
hendak tidur, maka hendaknya ia berbaring dengan cara miring ke kanan seraya membaca doa;
Allahumma Robbas Samaawaati Wa Robbal Ardh, Warobbal'arsyil'azhiimii, Robbanaa Warobba
Kulli Syai'in, Faaliqol Habbi Wan Nawaa, Wamunzilat Taurooti Wal Injiil, Wal Furqoon,
A'uudzu Bika Min Syarri Kulli Syai'in Anta Aakhidzun Binaashiyatihi, Allahumma Antal
Awwalu Falaisa Qoblaka Syai'un, Wa Antal Aakhiru Falaisa Ba'daka Syai"Un, Wa Antazh
Zhoohiru Falaisa Fauqoka Syai'un, Wa Antal Baathinu Falaisa Duunaka Syai'un, Iqdhi'annaa
Addaina, Wa Aghninaa Minal Faqri 'Ya Allah, Tuhan langit dan bumi, Tuhan yang menguasai
arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, Tuhan yang membelah dan
menumbuhkan biji-bijian, Tuhan yang menurunkan kitab Taurat, Injil, dan Al Qur'an.
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu, kerana segala sesuatu
itu berada dalam genggaman-Mu. Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Awal, maka tidak ada
sesuatu pun yang mendahului-Mu. Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Akhir, maka tidak ada
sesuatu setelah-Mu. Ya Allah, Engkaulah Yang Zhahir, maka tidak ada yang menutupi-Mu. Ya
Allah, Engkaulah Tuhan Yang Bathin, maka tidak ada yang samar dari-Mu. Ya Allah,
lunaskanlah hutang-hutang kami dan bebaskanlah kami dari kefakiran.' Abu Shalih
meriwayatkan hadis ini dari Abu Hurairah dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Dan telah
menceritakan kepadaku 'Abdul Hamid bin Bayan Al Wasithi telah menceritakan kepada kami
Khalid Ath Thahhan dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah dia berkata; Apabila kami
hendak tidur, maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyuruh kami untuk mengucapkan, -
sebagaimana Hadis Jarir. Dan menggunakan kalimat; -'Allahumma Inniii A'uudzubika Min
Syarri Kulli Syai"In Anta Aakhidzun Binaashiyatihi "Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
dari kejahatan setiap binatang, kerana setiap binatang itu berada dalam genggaman-Mu.'- Dan
telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin Al 'Ala telah menceritakan kepada
kami Abu Usamah Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, dan telah menceritakan
kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Abu Kuraib mereka berkata; telah menceritakan
kepada kami Ibnu Abu 'Ubaidah telah menceritakan kepada kami Bapakku, keduanya dari Al
A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dia berkata; suatu ketika Fathimah menemui Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam menanyakan kepadanya tentang seorang pembantu yang dapat
membantu perkerjaan di rumahnya. Lalu beliau bersabda kepadanya: 'Ya Allah, Tuhan langit dan
bumi, ' -sebagaimana Hadis Suhail dari Bapaknya.

No. Hadis: 4889
Bab: Doa ketika akan tidur
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
64

_

.

_

.

Dan telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Musa Al Anshari telah menceritakan kepada
kami Anas bin 'Iyadh telah menceritakan kepada kami 'Ubaidulah telah menceritakan kepadaku
Sa'id bin Abu Sa'id Al Maqburi dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Apabila seseorang hendak berbaring, maka
hendaklah ia mengambil alat pembersih untuk membersihkan alas tidurnya dan sebutlah nama
Allah, kerana ia tidak tahu apa yang terdapat di atas kasurnya setelah dipakai tidur. Apabila
seseorang hendak tidur, maka hendaknya ia tidur dengan miring ke kanan dan mengucapkan doa:
"Subhaanaka, Allahumma Robbii, Bika Wadho'tu Janbii, Wabika Arfa'uhu, In Amsakta Nafsii
Faghfir Lahaa Wain Arsaltahaa, Fahfazh-Haa Bimaa Tahfazhu Bihi 'Ibaadakash Shoolihiina'
'Maha suci Engkau ya Allah, Tuhanku. Dengan nama-Mu aku baringkan tubuhku dan kerana-Mu
lah aku bangun dari tidur. Apabila Engkau mematikanku, maka berilah ampunan dan apabila
Engkau menghidupkanku, maka peliharalah sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu
yang shalih.' Dan telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami
'Abdah dari 'Ubaidullah bin 'Umar dengan sanad ini. Dan beliau bersabda: kemudian ucapkanlah;
"Bismika Robbii Wadho'tu Janbii Fain Ahyaita Nafsii Farhamhaa 'Dengan menyebut nama-Mu,
ya Rabbku aku letakkan pinggangku ini, apabila Engkau hendak menghidupkan jiwaku, maka
rahmatilah ia.'

No. Hadis: 4890
Bab: Doa ketika akan tidur

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yazid bin Harun dari Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas bahawasanya Rasulullah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
65

sallallahu 'alaihi wasallam apabila berbaring di tempat tidur, maka beliau mengucapkan doa: "
Alhamdu Liilaahil Ladzii Ath'amanaa Wasaqoonaa Wakfaaanaa Wa-A-Waanaa Wasaqoonaa
Wakafaanaa Wa-Awaanaa, Fakam Mimman Laa Kaafiya Lahu Walaa Mu"Wiya Segala puji bagi
Allah yang telah memberi kami makan dan minum, serta mencukupi kebutuhan kami dan
memberikan kami tempat berlindung, kerana masih banyak orang yang tidak mempunyai
kecukupan dan tempat berlindung."

Bab: Berlindung dari kelemahan dan kemalasan

No. Hadis: 4878
Bab: Berlindung dari kelemahan dan kemalasan


Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub telah menceritakan kepada kami Ibnu
'Ulayyah dia berkata; dan telah mengkhabarkan kepada kami Sulaiman At Taimi telah
menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
pernah berdoa: 'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, rasa takut,
kepikunan, dan kekikiran. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana
kehidupan dan kematian.'" Dan telah menceritakan kepada kami Abu Kamil telah menceritakan
kepada kami Yazid bin Zurai' Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, dan telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdul A'la telah menceritakan kepada kami
Mu'tamir, keduanya dari At Taimi dari Anas bin Malik dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
dengan Hadis yang serupa. Namun Yazid di dalam Hadisnya tidak menyebutkan sabda Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam; serta fitnah kehidupan dan kematian.' Telah menceritakan kepada
kami Abu Kuraib Muhammad bin Al 'Ala telah mengkhabarkan kepada kami Ibnul Mubarak dari
Sulaiman At Taimi dari Anas bin Malik dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bahawa beliau
berlindung dari beberapa hal yang beliau sebutkan, dan dari kekikiran.


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
66

No. Hadis: 4879
Bab: Berlindung dari kelemahan dan kemalasan

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Nafi' Al 'Abdi telah menceritakan kepada kami
Bahz bin Asad Al 'Ammi; telah menceritakan kepada kami Harun Al A'war telah menceritakan
kepada kami Syu'aib bin Al Habhab dari Anas dia berkata; bahawa Nabi Allah sallallahu 'alaihi
wasallam berdo'a dengan do'a: "Allahumma Inni A'uudzu Bika Minal Bukhli Wal Kasali Wa
Ardzalil 'Umuri Wa 'Adzaabil Qabri Wa Fitnatil Mahyaa Wal Mamaati (Ya Allah, sesungguhnya
aku berlindung kepada-Mu dari kekikiran, kemalasan, umur yang menjadikan pikun, siksa kubur
dan fitnah dunia dan fitnah kematian)."


























Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
67

IMAM ABU DAUD

Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani
(Sistan 202 H (817 M) - Basrah 276 H (888 M)}, adalah salah seorang perawi hadith Nabi
Muhammad (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang
dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan
Sahih Muslim. Beliau dilahirkan di Sijistan (Sistan atau Sagestan, Afghanistan) pada tahun 817,
dan meninggal pada tahun 888. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke Iraq, Mesir,
Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah
S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu
hadis yang mengandungi hukum-hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan
Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50000
Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam
kitab Sunannya. Semua Hadis dalam dikategorikan oleh Imam Abu Daud mengikut
kepentingannya. Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi
Daud. Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah
sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih
kerana ada ulama' seperti Ibn Hajar berpendapat bahawa ada juga Hadis yang lemah di dalam
Sunan Abi Daud. Antara kitab selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil.
Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in
meriwayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.

Bab: Berubat

No. Hadis: 3357
Bab: Berubat

Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar An Namari telah menceritakan kepada kami
Syu'bah dari Ziyad bin 'Ilaqah dari Usamah bin Syarik ia berkata, "Aku pernah mendatangi Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya, dan seolah-olah di atas kepala mereka terdapat
burung. Aku kemudian mengucapkan salam dan duduk, lalu ada seorang Arab badui datang dari
arah ini dan ini, mereka lalu berkata, "Wahai Rasulullah, apakah boleh kami berubat?" Beliau
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
68

menjawab: "Berubatlah, sesungguhnya Allah 'azza wajalla tidak menciptakan penyakit
melainkan menciptakan juga ubatnya, kecuali satu penyakit, iaitu pikun."

Bab: Penjagaan (dari penyakit)

No. Hadis: 3358
Bab: Penjagaan (dari penyakit)

,,

Telah menceritakan kepada kami Harun bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Abu
Daud dan Abu 'Amir hadis ini adalah lafazh Abu 'Amir, dari Fulaih bin Sulaiman dari Ayyub bin
Abdurrahman bin Sha'sha'ah Al Anshari dari Ya'qub bin Abu Ya'qub dari Ummu Al Mundzir
binti Qais Al Anshariyyah ia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menemuiku
bersama Ali radiallahuanhu, sementara Ali yang sedang sakit. Saat itu kami memiliki buah
kurma yang tergantung, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam lalu berdiri dan makan sebagian
darinya. Ketika Ali berdiri untuk makan, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada
Ali: "Tahanlah, sesungguhnya engkau baru saja sembuh dari sakit!" Hingga Ali menahan diri."
Ummu Al Mundzir berkata, "Aku lalu masak gandum dan rebusan sayur. Setelah itu aku
membawanya dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun berkata: "Wahai Ali, makanlah dari
makanan ini, makanan tersebut lebih bermanfaat bagimu." Abu Daud berkata, "Harun berkata,
"Ia adalah Ummu Al Mundzir Al Anshariyyah Al 'Adawiyyah."

Bab: Penjelasan tentang bekam

No. Hadis: 3359
Bab: Penjelasan tentang bekam

_

.


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
69

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad
dari Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Apabila ada sesuatu yang lebih baik untuk kalian gunakan berubat,
maka sesuatu tersebut adalah bekam."

No. Hadis: 3360
Bab: Penjelasan tentang bekam


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Wazir Ad Dimasyqi telah menceritakan
kepada kami Yahya bin Hassan telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abu Al
Mawali telah menceritakan kepada kami Faid mantan budak 'Ubaidullah bin Ali bin Abu Rafi',
dari Ubaidullah bin Abu Rafi' dari neneknya Salma pelayan Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, Ia berkata, "Tidak ada seorangpun yang mengeluhkan penyakit kepada Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam pada kepalanya melainkan beliau berkata: "Berbekamlah!" Dan
tidaklah ia mengeluhkan sakit pada kedua kakinya melainkan beliau berkata: "Warnailah dengan
pacar!"

Bab: Tempat untuk dibekam

No. Hadis: 3361
Bab: Tempat untuk dibekam

,,

,,

_

.

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi dan Katsir bin 'Ubaid
mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Al Walid dari Ibnu Tsauban dari Abu Kabsyah
Al Anmari Katsir berkata, "Sesungguhnya ia telah meriwayatkannya bahawa Nabi sallallahu
'alaihi wasallam berbekam pada kepalanya, dan di antara kedua pundanya. Beliau bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan sebagian dari darah ini, maka ia tidak akan terkena bahaya sekiranya
tidak berubat dengan sesuatu, untuk suatu penyakit tertentu."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
70

No. Hadis: 3362
Bab: Tempat untuk dibekam

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Jarir bin
Hazim telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas bahawa Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam pernah berbekam pada tiga tempat; pada kedua urat leher dan kahil (bagian punggung
antara dua pundak)." Mu'ammar berkata, "Ketika aku berbekam, akalku kemudian hilang hingga
aku dibacakan Surat Al Fatihah dalam solatku." Mu'ammar berbekam pada kepalanya.

Bab: Bila disunahkannya berbekam

No. Hadis: 3363
Bab: Bila disunahkannya berbekam

Telah menceritakan kepada kami Abu Taubah Ar Rabi' bin Nafi' telah menceritakan kepada kami
Sa'id bin Abdurrahman Al Jumahi dari Suhail dari Ayahnya dari Abu Hurairah ia berkata,
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berbekam pada tanggal tujuh
belas, sembilan belas dan dua puluh satu, maka bekam tersebut menjadi ubat dari segala
penyakit."

No. Hadis: 3364
Bab: Bila disunahkannya berbekam


Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah mengkhabarkan kepadaku Abu Bakrah
Bakkar bin Abdul Aziz telah mengkhabarkan kepadaku bibiku Kabsyah binti Abu Bakrah -dan
selain Musa berkata; Ia adalah Kayyisah binti Abu Bakrah-, bahawa Ayahnya melarang
keluarganya untuk melakukan bekam pada hari Selasa, dan ia mengaku berasal dari Rasulullah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
71

sallallahu 'alaihi wasallam bahawa hari Selasa adalah hari yang tubuh banyak mengandung
darah, dan tidak terputus (aliran darah dalam pembuluh sangat kuat)."

No. Hadis: 3365
Bab: Bila disunahkannya berbekam


Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam
dari Abu Az Zubair dari Jabir bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berbekam pada sisi
pantatnya kerana penyakit cacar yang beliau derita."

Bab: Memotong urat dan tempat bekam

No. Hadis: 3366
Bab: Memotong urat dan tempat bekam


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sulaiman Al Anbari telah menceritakan
kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Abu Sufyan dari Jabir ia berkata, "Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang dokter kepada Ubai, kemudian dokter tersebut
memotong uratnya."

Bab: Penjelasan tentang kay (pengubatan dengan besi panas)

No. Hadis: 3367
Bab: Penjelasan tentang kay (pengubatan dengan besi panas)


Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad
dari Tsabit dari Mutharrif dari Imran bin Hushain ia berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
melarang dari kay (pengubatan dengan sengatan besi panas), kemudian kami melakukan kay,
maka kay itu tidak beruntung dan tidak berhasil." Abu Daud berkata, "Rasulullah sallallahu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
72

'alaihi wasallam mendengar salam para Malaikat, ketika beliau melakukan kay suara itu hilang,
dan ketika beliau meninggalkan pengubatan kay, beliau dapat mendengar suara Malaikat
kembali."

No. Hadis: 3368
Bab: Penjelasan tentang kay (pengubatan dengan besi panas)

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad
dari Abu Az Zubair dari Jabir bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan
pengubatan kay untuk Sa'd bin Mu'adz kerana luka panah yang ia derita."

Bab: Penjelasan tentang sakit pilek

No. Hadis: 3369
Bab: Penjelasan tentang sakit pilek

Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah telah menceritakan kepadaku Ahmad
bin Ishaq telah menceritakan kepada kami Wuhaib dari Abdullah bin Thawus dari Ayahnya dari
Ibnu Abbas bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memakai ubat yang dimasukkan ke
hidung."

Bab: Penjelasan tentang nusyrah (jampi)

No. Hadis: 3370
Bab: Penjelasan tentang nusyrah (jampi)

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami
Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami 'Aqil bin Ma'qil ia berkata; aku pernah mendengar
Wahb bin Munabbih menceritakan dari Jabir bin Abdullah ia berkata, "Rasulullah sallallahu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
73

'alaihi wasallam pernah ditanya mengenai nusyrah (jampi), kemudian beliau menjawab: "Itu
adalah perbuatan setan."

Bab: Penjelasan tentang Tiryaq (ubat untuk menghilangkan racun)

No. Hadis: 3371
Bab: Penjelasan tentang Tiryaq (ubat untuk menghilangkan racun)

_

.

. _

Telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin Umar bin Maisarah telah menceritakan kepada
kami Abdullah bin Yazid telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Abu Ayyub telah
menceritakan kepada kami Syurahbil bin Yazid Al Mu'afiri dari Abdurrahman bin Rafi' At
Tanukhi ia berkata; aku pernah mendengar Abdullah bin 'Amru berkata, "Aku pernah mendengar
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika aku minum tiryaq (penawar racun), aku
tidak peduli dengan yang aku lakukan; menggantungkan azimat atau mengucapkan kata-kata
syair dari diriku." Abu Daud berkata, "Ini khusus untuk Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, namun
sebagian orang memberikan keringanan dalam hal itu, yakni saat minum ubat penghilang racun."

Bab: ubat-ubatan yang dilarang

No. Hadis: 3372
Bab: ubat-ubatan yang dilarang

Ia telah berkata kepada kami; telah menceritakan kepada kami Harun bin Abdullah telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Bisyr telah menceritakan kepada kami Yunus bin
Abu Ishaq dari Mujahid dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
melarang mengunakan ubat yang telah diharamkan."

No. Hadis: 3373
Bab: ubat-ubatan yang dilarang
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
74

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengkhabarkan kepada kami
Sufyan dari Ibnu Abu Dzi`b dari Sa'id bin Khalid dari Sa'id bin Al Musayyab dari Abdurrahman
bin Utsman bahawa seorang dokter pernah bertanya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
mengenai katak yang ia jadikan sebagai campuran ubat. Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam melarang dari membunuhnya."

No. Hadis: 3374
Bab: ubat-ubatan yang dilarang

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Abu
Mu'awiyah telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ia
berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa meneguk racun, maka di
neraka Jahannam ia akan meneguk racun yang ada di tangannya tersebut, ia kekal di dalamnya
selama-lamanya."

No. Hadis: 3375
Bab: ubat-ubatan yang dilarang


Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Syu'bah
dari Simak dari 'Alqamah bin Wail dari Ayahnya Thariq bin Suwaid atau Suwaid bin Thariq
menyebutkan, "Ia bertanya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengenai khamer, kemudian
beliau melarangnya. Lalu ia bertanya lagi kepada beliau, kemudian beliau melarangnya. Lalu ia
berkata lagi kepada beliau, "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya khamer adalah ubat!" Maka Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak! Tetapi dia adalah penyakit."

No. Hadis: 3376
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
75

Bab: ubat-ubatan yang dilarang


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ubadah Al Wasithi telah menceritakan kepada
kami Yazid bin Harun telah mengkhabarkan kepada kami Isma'il bin 'Ayyasy dari Tsa'labah bin
Muslim dari Abu Imran Al Anshari dari Ummu Ad Darda dari Abu Ad Darda ia berkata,
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan
penyakit dan ubat, dan menjadikan bagi setiap penyakit terdapat ubatnya, maka berubatlah dan
jangan berubat dengan sesuatu yang haram!"

Bab: Kurma Ajwah

No. Hadis: 3377
Bab: Kurma Ajwah



Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Ibnu Abu Najih dari Mujahid dari Sa'd ia berkata, "Aku pernah mengalami sakit, Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam lalu datang menjengukku, beliau kemudian meletakkan tangannya di
antara kedua dadaku hingga aku merasakan dinginnya tangan beliau pada dadaku. Kemudian
beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau adalah seorang laki-laki yang terkena penyakit pada
hatinya, datanglah kepada Al Harits bin Kaladah saudara Tsaqif, ia orang yang bisa Kedoktoran.
Hendaknya ia mengambil tujuh buah kurma 'ajwah Madinah, hendaknya ia tumbuk bersamaan
dengan bijinya, kemudian meminumkannya kepadamu!"







Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
76

No. Hadis: 3378
Bab: Kurma Ajwah

Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu
Usamah telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Hasyim dari 'Amir bin Sa'd bin Abu
Waqqash dari Ayahnya dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa pada
pagi hari makan tujuh butir kurma 'ajwah, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun dan
sihir."

Bab: Penjelasan tentang pengubatan dengan 'Ilaq (memasukkan jari ke dalam
tenggorokkan)

No. Hadis: 3379
Bab: Penjelasan tentang pengubatan dengan 'Ilaq (memasukka jari ke dalam tenggorokkan)

Telah menceritakan kepada kami Musaddad dan Hamid bin Yahya mereka berkata; telah
menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari 'Ubaidullah bin Abdullah dari Ummu Qais
binti Mihshan ia berkata, "Aku pernah menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membawa
anakku yang telah aku ubati dari penyakit radang kelenjar leher (amandel). Kemudian beliau
berkata: "Atas dasar apakah kalian menekan dan mengangkat tenggorokan anak kalian dengan
mengangkat dagu mereka? Hendaknya kalian menggunakan gaharu India, kerana sesungguhnya
padanya terdapat tujuh macam ubat, diantaranya adalah ubat penyakit tulang rusuk, digunakan
sebagai ubat radang amandel yang dimasukkan dari hidung, serta ubat penyakit rusuk yang
dimasukkan lewat mulut." Abu Daud berkata, "Yang dimaksud dengan 'ud adalah gaharu."

Bab: Perintah untuk memakai celak

No. Hadis: 3380
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
77

Bab: Perintah untuk memakai celak

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair
telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Utsman bin Khutsaim dari Sa'id bin Jubair dari
Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pakailah pakaian yang
putih, sebab ia adalah sebaik-baik pakaian kalian, dan kafanilah jenazah kalian dengannya.
Sesungguhnya sebaik-baik celak kalian adalah itsmid (sejenis tumbuhan), itsmid dapat
mempertajam pandangan dan menumbuhkan rambut."

Bab: Penjelasan tentang 'Ain

No. Hadis: 3381
Bab: Penjelasan tentang 'Ain


Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami
Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Hammam bin Munabbih ia berkata;
Ini adalah hadis yang telah diceritakan Abu Hurairah kepada kami dari Rasulullah, "Beliau
bersabda: "Penyakit Ain (pengaruh mata orang yang dengki) itu benar adanya."

No. Hadis: 3382
Bab: Penjelasan tentang 'Ain

_

.

Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Jarir
dari Al A'masy dari Ibrahim dari Al Aswad dari Aisyah radiallahu anha, ia berkata, "Orang yang
menimbulkan penyakit Ain diperintahkan untuk berwuduk, kemudian orang yang menderita
penyakit Ain diperintahkan untuk mandi dengan air sisa wuduknya."

Bab: Penjelasan tentang Ghail (menyetubuhi isteri saat masih dalam masa menyusui)

No. Hadis: 3383
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
78

Bab: Penjelasan tentang Ghail (menyetubuhi isteri saat masih dalam masa menyusui)

Telah menceritakan kepada kami Ar Rabi' bin Nafi' Abu Taubah telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Muhajir dari Ayahnya dari Asma` binti Yazid bin As Sakan ia berkata, "Aku
pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian membunuh
anak-anak kalian secara rahasia, sesungguhnya pengaruh menggauli isteri pada waktu menyusui
akan menimpa penunggang kuda sehingga menyebabkannya lemah dan terjatuh dari kudanya."

No. Hadis: 3384
Bab: Penjelasan tentang Ghail (menyetubuhi isteri saat masih dalam masa menyusui)

Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi dari Malik dari Muhammad bin Abdurrahman bin
Naufal telah mengkhabarkan kepadaku 'Urwah bin Az Zubair dari Aisyah isteri Nabi sallallahu
'alaihi wasallam, dari Judamah Al Asadiyyah bahawa ia pernah mendengar Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Sungguh aku telah berniat untuk melarang dari menggauli isteri pada
waktu menyusui, hingga aku ingat bahawa orang-orang Romawi dan Persia melakukan hal
tersebut dan tidak membahayakan anak-anak mereka." Malik berkata, "Ghailah adalah seorang
laki-laki menggauli isterinya ketika dalam keadaan menyusui."

Bab: Menggantungkan azimat

No. Hadis: 3385
Bab: Menggantungkan azimat

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
79



Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Ala telah menceritakan kepada kami Abu
Mu'awiyah telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari 'Amru bin Murrah dari Yahya bin Al
Jazzar dari anak saudara Zainab isteri Abdullah, dari Zainab dari Abdullah ia berkata, "Aku
pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya jampi-jampi,
azimat dan tiwalah (menjadikan seorang wanita mencintai suaminya) adalah bentuk kesyirikan."
Zainab berkata, "Aku katakan, 'Kenapa engkau mengucapkan hal ini? Demi Allah! Sungguh,
mataku telah mengeluarkan air mata dan kotoran. Dan aku bolak-balik datang kepada Fulan
seorang Yahudi yang menjampiku, apabila ia menjampiku maka mataku menjadi tenang?"
Kemudian Abdullah menjawab, 'Sesungguhnya hal tersebut adalah perbuatan setan. Setan telah
menusuk matanya menggunakan tangannya, kemudian apabila orang yahudi tersebut
menjampinya maka setan menahan tusukannya. Sebenarnya cukup bagimu mengucapkan
sebagaimana yang diucapkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: 'Adzhibil Ba`Sa Rabban
Naasa Isyfi Anta Asy Syaafii Laa Syifaa A Illaa Syifaa`Uka Syifaa`An Laa Yughaadiru
Saqaman (Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit, sesungguhnya Engkau Pemberi
kesembuhan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan efek penyakit) '."

No. Hadis: 3386
Bab: Menggantungkan azimat

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Daud
dari Malik bin Mighwal dari Hushain dari Asy Sya'bi dari Imran bin Hushain dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidak ada jampi kecuali kerana 'ain (pengaruh mata orang
yang dengki), atau dari racun."

Bab: Penjelasan tentang ruqyah

No. Hadis: 3387
Bab: Penjelasan tentang ruqyah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
80

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih dan Ibnu As Sarh Ahmad berkata; telah
menceritakan kepada kami Ibnu Wahb dan Ibnu As Sarh berkata; telah mengkhabarkan kepada
kami Ibnu Wahb telah menceritakan kepada kami Daud bin Abdurrahman dari 'Amru bin Yahya
dari Yusuf bin Muhammad -Ibnu Shalih Muhammad bin Yusuf bin Tsabit bin Qais bin Syammas
berkata- dari Ayahnya dari Datuknya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, bahawa beliau
pernah menemui Tsabit bin Qais -Ahmad berkata; saat ia sedang sakit-, lalu beliau
mengucapkan: 'Iksyifil Ba`Sa Rabban Naasi (Hilangkan penyakit wahai Tuhan manusia!) '. Dari
Tsabit bin Qais bin Syammas, "Kemudian beliau mengambil tanah dari Bathhan dan
memasukkannya ke dalam sebuah gelas, beliau kemudian menyemburkan air ke dalamnya, lalu
menuangkannya kepadanya." Abu Daud berkata; Ibnu As As Sarh berkata, "Yang benar adalah
Yusuf bin Muhammad."

No. Hadis: 3388
Bab: Penjelasan tentang ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb
telah mengkhabarkan kepadaku Mu'awiyah dari Abdurrahman bin Jubair dari Ayahnya dari 'Auf
bin Malik ia berkata, "Pada masa jahiliyah aku pernah melakukan penjampian, lalu aku berkata,
"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda mengenai hal tersebut?" Beliau menjawab:
"Perlihatkan jampi kalian kepadaku! Tidak mengapa dengan jampi selama bukan perbuatan
syirik."

No. Hadis: 3389
Bab: Penjelasan tentang ruqyah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
81

_

.

Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Mahdi Al Mishshi telah menceritakan kepada kami
Ali bin Mushir dan Abdul Aziz bin Umar bin Abdul Aziz dari Shalih bin Kaisan dari Abu Bakr
bin Sulaiman bin Abu Hatsmah dari Asy Syifa` binti Abdullah ia berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam pernah menemuiku, sementara aku sedang berada di rumah Hafshah. Lalu beliau
berkata kepadaku: "Tidakkah engkau ajari dia jampi namlah sebagaimana engkau mengajarinya
menulis?"

No. Hadis: 3390
Bab: Penjelasan tentang ruqyah


Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid bin
Ziyad telah menceritakan kepada kami Utsman bin Hakim telah menceritakan kepadaku
Nenekku ia berkata; Aku pernah mendengar Sahl bin Hunaif berkata, "Kami pernah melewati
sebuah air yang mengalir (banjir), kemudian aku mencebur dan mandi di dalamnya, setelah itu
aku keluar dan dalam keadaan terserang demam. Hal itu lalu sampai kepada Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam hingga beliau pun bersabda: "Perintahkan Abu Tsabit agar membaca
ta'awwudz!" Nenekku berkata, "Lalu aku katakan, "Wahai tuanku, apakah jampi diperbolehkan?"
Beliau bersabda: "Tidak ada jampi kecuali kerana pengaruh perbuatan dengki, atau racun, atau
sengatan hewan." Abu Daud berkata, "(Iaitu) racun ular dan apa yang menyengat."

No. Hadis: 3391
Bab: Penjelasan tentang ruqyah

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
82


Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Daud telah menceritakan kepada kami Syarik.
(dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Al 'Abbas Al 'Anbari telah
menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah mengkhabarkan kepada kami Syarik dari Al
'Abbas bin Dzarih dari Asy Sya'bi Al 'Abbas menyebutkan dari Anas ia berkata, "Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada jampi kecuali kerana 'ain (pengaruh mata orang
yang dengki), atau racun, atau darah yang terhenti." Al 'Abbas tidak menyebutkan 'ain, dan ini
adalah lafazh Sulaiman bin Daud."

Bab: Tata cara ruqyah

No. Hadis: 3392
Bab: Tata cara ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari
Abdul Aziz bin Shuhaib ia berkata, " Anas berkata kepada Tsabit, "Maukah aku jampi engkau
dengan jampi yang dilakukan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?" Tsabit menjawab, "Ya."
Anas lalu mengucapkan, "Allaahumma Rabban Naasi, Mudzhibil Ba`Si Isyfi Anta Asy Syaafii
Laa Syaafiya Illaa Anta Isyfihi Syifaa An Laa Yughaadiru Saqaman (Ya Allah, Tuhan manusia,
Penghilang penyakit, sembuhkanlah. Engkau adalah Pemberi kesembuhan, tidak ada yang dapat
menyembuhkan kecuali Engkau. Sembuhkanlah dia dengan kesembuhan yang tidak
meninggalkan efek sakit) '."

No. Hadis: 3393
Bab: Tata cara ruqyah

,,

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
83

Telah menceritakan kepada kami Abdullah Al Qa'nabi dari Malik dari Yazid bin Khushaifah
bahawa 'Amru bin Abdullah bin Ka'b As Sulami telah mengkhabarkan kepadanya, bahawa Nafi'
bin Jubair mengkhabarkan kepadanya dari Utsman bin Abu Al 'Ash bahawa ia telah datang
kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam -Utsman berkata; sementara aku sedang sakit yang
hampir membinasakanku- Utsman berkata, "Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Usaplah menggunakan tangan kananmu sebanyak tujuh kali, lalu ucapkanlah:
A'uudzu Bi'izzatillaahi Wa Qudratihi Min Syarri Maa Ajidu (aku berlindung kepada kemuliaan
Allah dan kemampuan-Nya dari keburukan yang aku temui) '." Utsman berkata, "Lalu aku
melakukan hal tersebut, maka Allah 'azza wajalla menghilangkan apa yang ada padaku, dan aku
selalu memerintahkan keluargaku dan yang lainnya untuk mengucapkannya."

No. Hadis: 3394
Bab: Tata cara ruqyah

,
Telah menceritakan kepada kami Yazid bin Khalid bin Mauhib Ar Ramli telah menceritakan
kepada kami Al Laits dari Ziyadah bin Muhammad dari Muhammad bin Ka'b Al Qurazhi dari
Fadhalah bin 'Ubaid dari Abu Darda ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Barangsiapa di antara kalian mengeluhkan sesuatu atau saudaranya
mengeluhkannya, maka hendaknya ia mengucapkan: Rabbanallaahulladzii Fis Samaa`I
Taqaddasa Ismuka Amruka Fis Samaa`I Wal Ardhi Kamaa Rahmatuka Fis Samaa`I, Faj'al
Rahmataka Fil Ardhi, Ighfir Lanaa Huubanaa Wa Khathaayaanaa, Anta Rabbuth Thayyibiina,
Anzil Rahmatan Min Rahmatika Wa Syifaa`An Min Syifaa`Ika 'Alaa Haadzal Waja'i (Tuhanku
adalah Allah yang berada di langit, Maha Suci nama-Mu, urusan-Mu berada di langit dan bumi.
Sebagaimana rahmat-Mu berada di langit, maka jadikanlah rahmat-Mu berada di bumi!
Ampunilah dosa dan kesalahan kami! Engkau Tuhan orang-orang yang baik, turunkan rahmat di
antara rahmat-Mu, serta kesembuhan di antara kesembuhan-Mu kepada penyakit ini) ' maka ia
akan sembuh."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
84

No. Hadis: 3395
Bab: Tata cara ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad
dari Muhammad bin Ishaq dari 'Amru bin Syu'aib dari Ayahnya dari Datuknya bahawa
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah mengajari mereka beberapa kalimat kerana adanya
rasa takut, iaitu: A'uudzu Bikalimaatillaahit Taammati Min Ghadhabihi Wa Syarri 'Ibaadihi Wa
Min Hamazaatisy Syayaathiini Wa An Yahduruuna (Aku berlindung kepada kalimat-kalimat
Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya serta kejahatan para hamba-Nya, dan dari bisikan
setan serta kedatangan mereka kepadaku) '. Abdullah bin Umar mengajarkan kalimat-kalimat
tersebut kepada orang yang telah berakal di antara anak-anaknya serta orang yang belum berakal.
Ia menulisnya dan menggantungkannya kepadanya."

No. Hadis: 3396
Bab: Tata cara ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Abu Suraih Ar Razi telah mengkhabarkan kepada
kami Makki bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Yazid bin 'Ubaid ia berkata, "Aku
melihat pengaruh pukulan pada betis Salamah, lalu aku katakan, 'Apakah ini? ' Ia menjawab,
'Aku mendapatkan luka ini saat perang Khaibar. ' Kemudian orang-orang berkata, 'Salamah telah
terkena musibah'. Kemudian aku dibawa ke hadapkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Lalu beliau meludah padaku sebanyak tiga kali, kemudian aku tidak mengeluhkannya hingga
saat ini."






Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
85

No. Hadis: 3397
Bab: Tata cara ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Kharb dan Utsman bin Abu Syaibah mereka
berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah dari 'Abdu Rabbih bin Sa'id dari
'Amrah dari Aisyah ia berkata, "Jika ada orang yang mengeluhkan sakit, Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam meludah ke tanah lalu berdoa: 'TURBATU ARDHINAA BIRIIQATI BA'DHINAA
YUSYFAA SAQIIMUNAA BI IDZNI RABBINAA (Ini adalah debu tanah kami, dengan ludah
sebagian kami maka tersembuhkan orang sakit kami dengan izin Tuhan kami) '."

No. Hadis: 3398
Bab: Tata cara ruqyah

_

.



Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Zakaria
ia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Amir dari Kharijah bin Ash Shalt At Tamimi dari
Pamannya bahawa ia datang kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam lalu masuk Islam,
kemudian kembali dari sisinya dan melewati sebuah kaum yang pada mereka terdapat orang gila
yang diikat dengan sebuah besi. Keluarganya lalu berkata, "Telah sampai kabar kepada kami
bahawa sahabat kalian ini datang dengan membawa kebaikan, apakah kalian memiliki sesuatu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
86

yang dapat engkau gunakan untuk mengubati? ' Lalu aku menjampinya menggunakan Surat Al
Fatihah sehingga orang itu pun sembuh. Kemudian mereka memberiku seratus ekor kambing.
Setelah itu aku datang kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan mengkhabarkan hal
tersebut, beliau lantas bertanya: "Apakah engkau hanya mengucapkan ini?" Musaddad pada
tempat yang lain menyebutkan, 'Apakah engkau mengucapkan selain hal ini? ' Maka aku jawab,
"Tidak." Beliau lalu bersabda: "Demi Dzat yang memanjangkan umurku, ambillah! Sungguh,
orang makan dengan jampi batil sedangkan engkau makan dengan jampi yang benar." Telah
menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin Mu'adz telah menceritakan kepada kami Ayahku.
(dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ibnu Basysyar telah menceritakan
kepada kami Ibnu Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abdullah bin Abu As
Safar dari Asy Sya'bi dari Kharijah bin Ash Shalt dari Pamannya bahawa ia lewat, Kharijah
berkata, "Kemudian ia menjampi orang tersebut menggunakan Surat Al Fatihah selama tiga hari
pagi dan sore, setiap kali ia menyelesaikannya maka ia mengumpulkan ludahnya kemudian
meludah. Maka orang tersebut seolah-olah telah terbebas dari ikatan, kemudian mereka
memberinya sesuatu. Lalu ia datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu ia
menyebutkan makna hadis Musaddad."

No. Hadis: 3399
Bab: Tata cara ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair
telah menceritakan kepada kami Suhail bin Abu Shalih dari Ayahnya ia berkata, "Aku
mendengar seorang laki-laki yang berasal dari Aslam berkata, "Aku pernah duduk di sisi
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, kemudian seorang sahabat datang dan berkata, "Wahai
Rasulullah, tadi malam aku terkena sengatan hingga aku tidak bisa tidur hingga pagi hari?"
Beliau bertanya: "Apa yang menyengat?" Sahabat tersebut menjawab, "Kalajengking." Beliau
bersabda: "Seandainya pada waktu sore engkau mengucapkan; A'uudzu Bikalimaatillaahit
Taammaati Min Syarri Maa Khalaq (Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang
sempurna dari keburukan makhluk yang Allah ciptakan) ', maka hewan tersebut tidak akan
membahayakanmu insya Allah."

No. Hadis: 3400
Bab: Tata cara ruqyah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
87

Telah menceritakan kepada kami Haiwah bin Syuraih telah menceritakan kepada kami Baqiyyah
telah menceritakan kepadaku Az Zubaidi dari Az Zuhri dari Thariq bin Makhasyin dari Abu
Hurairah ia berkata, "Seorang laki-laki yang terkena sengatan kalajengking datang menemui
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam." Abu Hurairah berkata, "Kemudian beliau bersabda:
"Seandainya ia mengucapkan A'uudzu Bikalimaatillaahit Taammaati Min Syarri Maa Khalaq
(Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari keburukan makhluk yang
Allah ciptakan) ', maka ia tidak akan tersengat, atau kalajengking tersebut tidak akan
membahayakannya."

No. Hadis: 3401
Bab: Tata cara ruqyah

_

.

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah dari
Abu Bisyr dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa'id Al Khudri bahawa beberapa sahabat Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam pergi dalam suatu perjalanan yang mereka lakukan. Kemudian mereka
singgah di sebuah kampung Arab, sebagian penduduk kampung tersebut lalu berkata,
"Sesungguhnya pemimpin kami tersengat, apakah salah seorang di antara kalian memiliki
sesuatu yang bermanfaat bagi sahabat kami tersebut?" Kemudian salah seorang dari para sahabat
tersebut menjawab, "Ya. Demi Allah, sesungguhnya aku akan menjampi, akan tetapi kami telah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
88

meminta kalian agar menjamu kami namun kalian menolak untuk menjadikan kami sebagai
tamu. Aku tidak akan menjampi hingga kalian memberikan hadiah kepadaku." Penduduk
kampung tersebut kemudian memberikan hadiah sekumpulan kambing kepadanya, lalu sahabat
tersebut datang kepada orang yang tersengat dan membacakan Surat Al Fatihah kepadanya, lalu
meniupkan hingga orang tersebut sembuh seolah-olah telah terbebas dari ikatan." Abu Sa'id Al
Khudri berkata, "Kemudian mereka memenuhi janjinya untuk memberikan hadiah kepada para
sahabat sebagaimana yang mereka janjikan. Kemudian para sahabat berkata, "Bagilah kambing-
kambing tersebut!" Lalu sahabat yang telah membacakan jampi mengatakan, "Kalian jangan
melakukannya hingga kita datang kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan minta
pertimbangannya." Lalu mereka pergi menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan
menyebutkan hal tersebut kepada beliau. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda:
"Dari mana kalian mengetahui bahawa Al Fatihah adalah jampi? Kalian telah berbuat baik,
bagilah dan berilah aku bagian bersama kalian."

No. Hadis: 3402
Bab: Tata cara ruqyah


-

:

Telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin Mu'adz telah menceritakan kepada kami
Ayahku. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ibnu Basysyar telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far ia berkata; telah menceritakan kepada kami
Syu'bah dari Abdullah bin Abu As Safar dari Asy Sya'bi dari Kharijah bin Ash Shalt At Tamimi
dari Pamannya ia berkata, "Kami datang dari sisi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,
kemudian kami datang menemui suatu perkampungan Arab. Penduduk kampung itu kemudian
berkata, "Sesungguhnya kami telah diberitahu bahawa kalian datang dari orang ini (Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam) dengan membawa kebaikan. Apakah kalian memiliki ubat atau
jampi? Sesungguhnya kami memiliki orang yang kurang akal yang terikat." Paman Kharijah
berkata, "Kami lantas menjawab, "Ya." Kemudian mereka datang membawa orang yang kurang
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
89

akal yang terikat tersebut. Kemudian aku bacakan kepadanya Surat Al Fatihah selama tiga hari
pagi dan sore. Setiap kali aku selesai membacanya aku kumpulkan ludahku kemudian aku
ludahkan. Kemudian orang tersebut seolah-olah telah terlepas dari belenggu." Paman Kharijah
berkata lagi, "Kemudian mereka memberiku hadiah. Lalu aku katakan, "Tidak akan aku bagikan
hingga aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam." Beliau lantas bersabda:
"Makanlah, demi Dzat yang memanjangkan umurku. Sungguh, ada orang yang memakan dengan
sebab jampi batil, namun engkau makan dengan menggunakan jampi yang benar."

No. Hadis: 3403
Bab: Tata cara ruqyah

Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi dari Malik dari Ibnu Syihab dari 'Urwah dari
Aisyah isteri Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
apabila sakit maka beliau membacakan surat-surat mu'awwidzat (minta perlindungan) dan
meniupkannya. Ketika sakit beliau semakin keras, maka aku yang membacakan kepada beliau
dan aku usapkan kepadanya dengan tangan beliau, dengan harapan mendapatkan berkahnya."

Bab: Penjelasan tentang penggemukan badan

No. Hadis: 3404
Bab: Penjelasan tentang penggemukan badan

_

.

_

.


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya bin Faris telah menceritakan kepada
kami Nuh bin Yazid bin Sayyar telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa'd dari
Muhammad bin Ishaq dari Hisyam bin 'Urwah dari Ayahnya dari Aisyah radiallahu anha, ia
berkata, "Ibuku ingin aku terlihat gemuk (segar) saat aku bertemu Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, namun aku tidak menerima apapun yang diinginkannya hingga ia memberiku makan
mentimun dengan ruthab (kurma segar). Kemudian aku menjadi tampak gemuk (segar) dengan
bentuk yang edial."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
90

Bab: Penjelasan tentang dukun

No. Hadis: 3405
Bab: Penjelasan tentang dukun


Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad.
(dalam jalur lain disebutkan) Telah diriwayatkan Musaddad telah menceritakan kepada kami
Yahya dari Hammad bin Salamah dari Hakim Al Atsram dari Abu Tamimah dari Abu Hurairah
bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mendatangi seorang
dukun -Musa menyebutkan dalam hadisnya- kemudian membenarkan apa yang ia katakan -
kemudian keduanya sepakat pada lafadz-, atau mendatangi seorang wanita -Musaddad
menyebutkan-, isterinya saat haid, atau mendatangi wanita -Musaddad menyebutkan;
mendatangi istrinya lewat dubur-, maka ia telah berlepas diri dari apa yang telah diturunkan
kepada Muhammad."

Bab: Penjelasan tentang perbintangan

No. Hadis: 3406
Bab: Penjelasan tentang perbintangan

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Musaddad secara makna,
mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah bin Al Akhnas dari Al
Walid bin Abdullah dari Yusuf bin Mahik dari Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mempelajari ilmu nujum, maka ia telah mempelajari
bagian dari sihir." Beliau menambah celaannya dengan apa yang beliau tambahkan.

No. Hadis: 3407
Bab: Penjelasan tentang perbintangan
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
91

Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi dari Malik dan Shalih bin Kaisan dari 'Ubaidullah
bin Abdullah dari Zaid bin Khalid Al Juhani ia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
pernah melakukan solat Subuh mengimami kami di Hudaibiyah pada bekas hujan yang terjadi
pada malam hari. Selesai solat beliau menghadap ke arah orang-orang dan berkata: "Apakah
kalian mengetahui apa yang dikatakan Tuhan kalian?" Mereka menjawab, "Allah dan Rasul-Nya
lebih mengetahuinya." Beliau bersabda: "Allah berfirman: 'Pada pagi ini di antara para hamba-ku
ada yang beriman kepada-ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang mengatakan, 'Hujan turun
hujan kepada kami dengan kerana Allah dan rahmat-Nya', maka orang tersebut adalah orang
yang beriman kepada-ku dan kafir kepada bintang. Adapun orang yang mengatakan, 'Hujan turun
kepada kami berkat bintang ini dan ini', maka orang tersebut adalah orang yang kafir kepada-ku
dan beriman kepada kepada bintang'."

Bab: Perdukunan dan tahayul (dengan burung)

No. Hadis: 3408
Bab: Perdukunan dan tahayul (dengan burung)

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya telah
menceritakan kepada kami 'Auf telah menceritakan kepada kami Hayyan -selain Musaddad
menyebut; Hayyan bin Al 'Ala- Telah menceritakan kepada kami Qathan bin Qabishah dari
Ayahnya ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"'Iyafah, thiyarah dan tharq adalah termasuk jibt. Tharq adalah hardikan dan Iyafah adalah garis."

No. Hadis: 3409
Bab: Perdukunan dan tahayul (dengan burung)
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
92

Telah menceritakan kepada kami Ibnu Basysysar ia berkata; telah berkata Muhammad bin Ja'far
'Auf berkata, "'Iyafah adalah menghardik burung, sedangkan tharq adalah garis yang dibuat di
tanah."

No. Hadis: 3410
Bab: Perdukunan dan tahayul (dengan burung)

,,

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Al
Hajjaj Ash Shawwaf telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abu Katsir dari Hilal bin Abu
Maimunah dari 'Atha bin Yasar dari Mu'awiyah bin Al Hakam As Sulami ia berkata, "Aku
katakan, "Wahai Rasulullah, di antara kami ada orang-orang yang menggambar garis?" Beliau
bersabda: "Di antara para Nabi ada yang membuat garis, maka barangsiapa yang garisnya sama
dengan garis nabi tersebut maka hal itu adalah diperbolehkan."

Bab: Penjelasan tentang thiyarah

No. Hadis: 3411
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

,,

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengkhabarkan kepadaku Sufyan
dari Salamah bin Kuhail dari Isa bin 'Ashim dari Zir bin Hubaisy dari Abdullah bin Mas'ud dari
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Thiyarah adalah syirik, thiyarah adalah
syirik -tiga kali-. Tidaklah di antara kita kecuali beranggapan seperti itu, akan tetapi Allah
menghilangkannya dengan tawakal."

No. Hadis: 3412
Bab: Penjelasan tentang thiyarah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
93

,,

_

.


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutawakkil Al 'Asqalani dan Al Hasan bin
Ali mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengkhabarkan kepada
kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'adwa, thiyarah, shafar, dan tidak ada hammah."
Seorang Arab badui lalu berkata, "Kenapa seekor unta yang ada gurun pasir seperti kijang,
kemudian bercampur dengan unta yang terkena penyakit kurap lalu ia tertular penyakit kurap?"
Beliau menjawab: "(Jika begitu) siapakah yang menularkannya kepada yang pertama?" Ma'mar
berkata; Az Zuhri berkata; telah menceritakan kepadaku seorang laki-laki dari Abu Hurairah
bahawa ia pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah orang
yang memiliki unta yang sakit mendatangkannya kepada orang yang memiliki unta yang sihat!"
Kemudian orang tersebut kembali kepadanya dan berkata, "Bukankah ia telah menceritakan
kepada kita bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'Adwa, thiyarah,
shafar dan tidak ada hammah." Abu Hurairah berkata, "Aku belum pernah menceritakannya
kepada kalian." Az Zuhri berkata; Abu Salamah berkata, "Abu Hurairah telah menceritakannya
dan aku tidak pernah mendengar ia lupa kepada suatu hadis pun selian hadis tersebut."

No. Hadis: 3413
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi telah menceritakan kepada kami Abdul 'Aziz bin
Muhammad dari Al 'Ala dari Ayahnya dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'Adwa, hammah, nau` (keyakinan adanya hujan kerana
bintang tertentu) dan tidak ada shafar."


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
94

No. Hadis: 3414
Bab: Penjelasan tentang thiyarah


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahim bin Al Barqi bahawa Sa'id bin Al
Hakam telah menceritakan kepada mereka, ia berkata; telah mengkhabarkan kepada kami Yahya
bin Ayyub telah menceritakan kepadaku Ibnu 'Ajlan telah menceritakan kepadaku Al Qa'qa' bin
Hakim dan 'Ubaidullah bin Miqsam dan Zaid bin Aslam dari Abu Shalih dari Abu Hurairah,
bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada ghul (yang dapat
menyesatkan seseorngpun)." Abu Daud berkata; telah dibacakan di hadapan Al Harits bin Miskin
-sementara aku menyaksikan- telah mengkhabarkan kepada kalian Asyhab ia berkata; Malik
pernah ditanya mengenai sabda beliau 'Tidak ada shafar', maka ia menjawab, "Sesungguhnya
orang-orang jahiliyah dahulu menghalalkan bulan Shafar satu tahun dan mengharamkannya satu
tahun. Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Tidak ada shafar'. Telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mushaffa telah menceritakan kepada kami
Baqiyyah ia berkata, "Aku tanyakan kepada Muhammad bin Rasyid, "Bagaimana dengan kata
'haam'? Ia menjawab, "Orang-orang jahiliyah dulu mengatakan, 'Tidaklah orang yang meninggal
kemudian dikubur melainkan keluar serangga berbisa dari kuburnya'. Aku tanyakan lagi,
"Bagaimana dengan kata, 'Shafar'? Ia menjawab, "Aku pernah mendengar bahawa orang-orang
jahiliyah menisbatkan kesialan kepada bulan Shafar." Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Tidak ada shafar." Muhammad berkata, "Aku mendengar orang yang mengatakan,
'Itu adalah suatu penyakit yang bertempat di dalam perut. Dahulu mereka mengatakan, 'Penyakit
tersebut menular'. Maka beliau bersabda: "Tidak ada shafar."



Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
95

No. Hadis: 3415
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

,


Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam
dari Qatadah dari Anas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'Adwa dan
tidak ada thiyarah, aku tertarik dengan Al fa'l (optimisme) yang baik, dan optimisme yang baik
adalah perkataan yang baik."

No. Hadis: 3416
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Wuhaib dari
Suhail dari seorang laki-laki dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
mendengar sebuah perkataan yang menarik bagi beliau, lalu beliau bersabda: "Kami telah
mengambil sikap optimismemu dari mulutmu."

No. Hadis: 3417
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

,
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Khalaf telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim
telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij dari 'Atha orang-orang berkata, "Shafar adalah
sebuah penyakit yang ada dalam perut." Kemudian aku tanyakan, 'Apakah hamah itu? ' 'Atha
melanjutkan, "Orang-orang menjawab, 'Burung hantu yang berteriak itu sebenarnya arwah
orang-orang. ' Padahal itu bukan nyawa manuisa, sesungguhnya hammah adalah binatang
melata."





Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
96

No. Hadis: 3418
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

_

.


Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal dan Abu Bakr bin Syaibah secara makna,
mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Waki' dari Sufyan dari Habib bin Abu Tsabit
dari 'Urwah bin 'Amir, Ahmad Al Qurasyi berkata, "Telah disebutkan thiyarah di sisi Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam, kemudian beliau bersabda: "Yang terbaik adalah sikap optimisme,
dan thiyarah tidak boleh menahan kehendak seorang muslim. Apabila salah seorang di antara
kalian melihat apa yang ia tidak sukai, maka hendaknya ia mengucapkan: Allaahumma Laa
Ya`Tii Bilhasanaati Illaa Anta Wa Laa Yadfa'ussayyiaati Illaa Anta, Wa Laa Haula Wa Laa
Quwwata Illaa Bika (Ya Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan
tidak ada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tidak ada daya serta kekuatan
kecuali kerana-Mu) '."

No. Hadis: 3419
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

_

.

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam
dari Qatadah dari Abdullah bin Buraidah dari Ayahnya, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
tidak melakukan tathuyyur dari sesuatupun, beliau apabila telah mengutus seorang pekerja maka
beliau bertanya mengenai namanya, apabila tertarik dengan namanya maka beliau senang dan
terlihat kesenangan kepada hal tersebut pada wajah beliau. Dan apabila tidak menyukai namanya
maka terlihat ketidak senangan kepada hal tersebut pada wajah beliau. Apabila beliau memasuki
sebuah kampung maka beliau bertanya mengenai namanya, apabila tertarik dengan namanya
maka beliau senang dan terlihat kesenangan kepada hal tersebut pada wajah beliau. Dan apabila
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
97

beliau tidak menyukai nama tersebut maka terlihat ketidak senangan kepada hal tersebut pada
wajah beliau."

No. Hadis: 3420
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

_

.

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Aban telah
menceritakan kepadaku Yahya bahawa Al Hadhrami bin Lahiq menceritakan kepadanya dari
Sa'id bin Al Musayyab dari Sa'd bin Malik, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Tidak ada hamah, 'Adwa, dan thiyarah. Apabila ada thiyarah dalam sesuatu maka hal
tersebut ada pada kuda, wanita dan rumah."

No. Hadis: 3421
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

,,

,,

_

.


Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi telah menceritakan kepada kami Malik dari Ibnu
Syihab dari Hamzah dan Salim keduanya adalah anak Abdullah bin Umar, dari Abdullah bin
Umar bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kesialan ada pada rumah, wanita
dan kuda." Abu Daud berkata; telah dibacakan sebuah riwayat kepada Al Harits bin Miskin -
sementara aku menyaksikan-, telah mengkhabarkan kepadaku Ibnu Al Qasim ia berkata, "Malik
ditanya mengenai kesialan pada kuda dan rumah. Ia lalu menjawab, "Betapa banyak rumah yang
ditempati orang-orang kemudian mereka binasa, kemudian ditempati orang-orang yang lain, lalu
mereka binasa. Ini adalah penafsirannya yang kami lihat. Wallahu 'alam." Abu Daud berkata;
Umar radiallahuanhu berkata, "Tikar yang ada di rumah lebih baik daripada seorang wanita yang
tidak dapat melahirkan."



Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
98

No. Hadis: 3422
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

,,

,,

Telah menceritakan kepada kami Makhlad bin Khalid serta Abbas Al 'Anbari mereka berkata;
telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar dari
Yahya bin Abdullah bin Bahir ia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku orang yang telah
mendengar Farwah bin Musaik berkata; aku katakan; wahai Rasulullah, lahan kami yang
bernama tanah Abyan adalah tanah yang memiliki tanaman serta subur, tanah ladang kami,
sesungguhnya tanah tersebut berwabak... -atau dia mengatakan; wabaknya keras- kemudian Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tinggalkan tanah tersebut, sesungguhnya bersinggungan
dengan penyakit adalah kebinasaan."

No. Hadis: 3423
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

,,

,,

Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Yahya telah menceritakan kepada kami Bisyr bin
Umar dari Ikrimah bin 'Ammar dari Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah dari Anas bin Malik ia
berkata, "Seorang laki-laki berkata, "Wahai Rasulullah, pernah kami berada dalam sebuah
rumah, jumlah kami banyak dan harta kami juga melimpah. Ketika pidah, keluarga dan harta
kami menjadi sedikit?" Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tinggalkan
rumah tersebut dalam keadaan hina."







Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
99

No. Hadis: 3424
Bab: Penjelasan tentang thiyarah

Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yunus bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Mufadhdhal bin Fadhalah dari Habib bin
Asy Syahid dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam menggandeng tangan orang yang menderita penyakit kusta, kemudian beliau
meletakkan tangan orang tersebut di atas nampan seraya bersabda: "Makanlah dengan percaya
kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya."

Bab Musafir
No. Hadis 176 Jilid 7
Bab: Apa Yang Diucapkan Jikalau seorang Itu Menempati Suatu Pondok Penginapan

,,

_

.

Dikisahkan Muhammad ibn Yahya, dari Abu Mughirah, dari Shurayh Safwan ibn Ubayd
Hadhrami yang mendengar dari Al-Azizi ibn al-Zubayr al-Walid dari Abdullah ibnu Umar ibnu
Khattab r.a berkata; Rasulullah s.a.w. itu apabila pergi lalu datang waktu malam, beliau s.a.w.
mengucapkan: "Hai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu itu adalah Allah, aku mohon perlindungan
kepada Allah dari kejahatanmu dan kejahatannya apa saja yang ada di dalam dirimu, juga
kejahatannya apa saja yang diciptakan dalam tubuhmu, bahkan kejahatannya segala sesuatu
merayap di atasmu. Aku juga mohon perlindungan denganMu -ya Allah- dari kejahatannya singa
dan manusia, ular dan kalajengking serta dari penduduk negeri ini serta dari yang melahirkan dan
pula dari apa yang diperanakkan olehnya".





Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
100

IMAM AT-TIRMIDZI

Imam Turmudzi atau Al-Turmudzi atau Al-Tirmidzi, nama asalnya adalah Abu Isa Muhammad
bin Isa bin Surah Al-Turmudzi (Arab: ) ialah seorang perawi hadis dari Parsi
yang terkenal. Beliau pernah belajar hadis dari Imam Bukhari.

Beliau menyusun kitab "Sunan Al-Turmudzi" dan "Al Ilal". Beliau mengatakan bahawa dia
sudah pernah menunjukkan kitab Sunannya kepada ulama-ulama Hijaz, Iraq dan Khurasan dan
mereka semuanya setuju dengan isi kitab itu. Karyanya yang mashyur ialah Kitab Al-Jami
(Jami' at-Tirmizi/Sunan al-Tirmidhi). Ia juga tergolong salah satu "Kutubus Sittah" (Enam Kitab
Utama Bidang Hadis) dan ensiklopedia hadis terkenal.

Bab: Fanatisme

No. Hadis: 1959
Bab: Fanatisme

,,

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Ishaq
bin Muhammad Al Farwi, telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far dari Umarah bin
Ghaziyyah dari Ashim bin Umar bin Qatadah dari Mahmud bin Labid dari Qatadah bin An
Nu'man bahawasanya; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila Allah mencintai
seorang hamba, maka Dia akan melindunginya dari fitnah dunia. Sebagaimana salah seorang dari
kalian berteduh untuk melindungi sakitnya dari percikan air." Abu Isa berkata; Hadis semakna
juga diriwayatkan dari Shuhaib dan Ummu Al Mundzir. Ini adalah hadis Hasan Gharib. Hadis ini
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
101

telah diriwayatkan pula dari Mahmud bin Labid, dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam secara
Mursal. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Hujr, telah mengkhabarkan kepada kami
Isma'il bin Ja'far dari Amru bin Abu Amru dan dari Ashim bin Umar bin Qatadah dari Mahmud
bin Labid dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam semisalnya. Namun di dalamnya ia tidak
menyebutkan; Dari Qatadah bin An Nu'man. Abu Isa berkata; Qatadah bin An Nu'man Azh
Zhafari adalah saudaranya Sa'id Al Khudri dari jalur ibunya. Sedangkan Mahmud bin Labid
mendapati Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan sempat melihatnya, yang pada saat itu ia masih
anak-anak.

No. Hadis: 1960
Bab: Fanatisme

,,

Telah menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad Ad Duri, telah menceritakan kepada
kami Yunus bin Muhammad, telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari Utsman
bin Abdurrahman At Taimi dari Ya'qub bin Abu Ya'qub dari Ummu Al Mundzir ia berkata;
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah menemuiki dan pada saat itu beliau bersama Ali.
Ketika itu, kami memiliki ember-ember yang tergantung. Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam makan dan Ali pun ikut makan. Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda
kepada Ali: "Wahai Ali, mah..mah.., sesungguhnya kamu adalah seorang yang paham." Maka
Ali pun duduk sedangkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam makan. Lalau aku membikinkan As
Silq (sejenis ubi) dan gandum bagi mereka. Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
102

"Wahai Ali, mulailah dari sini, kerana ia lebih pas untukmu." Abu Isa berkata; Ini adalah hadis
hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadisnya Fulaih. Dan diriwayatkan pula
dari Fulaih dari Ayyub bin Abdurrahman Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin
Basysyar Telah menceritakan kepada kami Abu Amir dari Abu Dawud keduanya berkata, Telah
menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari Ayyub bin Abdurrahman dari Ya'qub bin
Abu Ya'qub dari Ummu Al Mundzir Al Anshariyah ia berkata; Suatu ketika Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam menemui kami. Maka ia pun menyebutkan hadis seperti hadisnya Yunus bin
Muhammad bin Fulaih bin Sulaiman, hanya saja ia menyebutkan, "Ia lebih bermanfaat
untukmu." Muhammad bin Basysyar berkata di dalam hadisnya; Dan telah menceritakan
kepadaku Ayyub bin Abdurrahman. Hadis ini adalah hadis jayyid gharib.

Bab: Ubat dan motivasi

No. Hadis: 1961
Bab: Ubat dan motivasi

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Mu'adz Al 'Aqadi, telah menceritakan kepada kami
Abu 'Awanah dari Ziyad bin Ilaqah dari Usamah bin Syarik ia berkata; Para orang Arab baduwi
berkata, "Wahai Rasulullah, Tidakkah kami ini harus berubat (jika sakit)?" Beliau menjawab:
"Iya wahai sekalian hamba Allah, Berubatlah sesungguhnya Allah tidak menciptakan suatu
penyakit melainkan menciptakan juga ubat untuknya kecuali satu penyakit." Mereka bertanya,
"Penyakit apakah itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Iaitu penyakit tua (pikun)." Abu Isa
berkata; Hadis semakna diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, Abu Hurairah, Abu Khuzaimah dari
bapaknya dan Ibnu Abbas. Dan ini merupakan hadis hasan sahih.

Bab: Memberi makan orang sakit

No. Hadis: 1962
Bab: Memberi makan orang sakit

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
103

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani', telah mengkhabarkan kepada kami Isma'il
bin Ibrahim Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin As Sa`ib bin Barakah dari ibunya
dari Aisyah ia berkata; Apabila keluarga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tertimpa sakit,
maka beliau memerintahkan untuk membuat Al Hisa`(sesuatu yang dihirup). Maka setelah
dibuat, beliau memerintahkan mereka agar menghirupnya. Dan beliau bersabda: "Sesungguhnya
hal itu akan memulihkan keadaan hati orang-orang yang ditimpa kesedihan, dan akan
menghilangkannya dari hati orang-orang yang sakit, sebagaimana kalian menghilangkan kotoran
yang ada di wajah dengan air." Abu Isa berkata; Ini adalah hadis Hasan Sahih. Dan Ibnul
Mubarak telah meriwayatkannya dari Yunus dari Zuhri dari Urwah dari Aisyah dari Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam. Telah menceritakan kepada kami seperti itu Al Husain bin
Muhammad Telah menceritakannya kepada kami Abu Ishaq Ath Thalqani dari Ibnul Mubarak.

Bab: Jangan kau paksa orang sakit untuk makan dan minum

No. Hadis: 1963
Bab: Jangan kau paksa orang sakit untuk makan dan minum

Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Bakr bin Yunus
dari Musa bin 'Ali dari bapaknya dari Uqbah bin Amir Al Juhani ia berkata; Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian memaksa orang yang sakit di antara kalian untuk
memakan makanan, kerana Allah yang akan memberi makan dan minum kepada mereka."
Berkata Abu Isa; Ini merupakan hadis hasan gharib yang tidak kami ketahui kecuali melalui jalur
ini.

Bab: Habba sauda"

No. Hadis: 1964
Bab: Habba sauda"
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
104

,,


Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar dan Sa'id bin Abdurrahman Al Makhzumi
keduanya berkata, Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari Abu Salamah dari
Abu Hurairah bahawasanya Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Salam bersabda: "Hendaklah kalian
selalau mengkomsumsi Habbatus Sauda`, kerana di dalamnya terdapat kesembuhan bagi segala
penyakit, kecuali As Sam. Sedangkan As Sam adalah kematian." Abu Isa berkata; Hadis
semakna juga diriwayatkan dari Buraidah, Ibnu Umar dan Aisyah. Hadis ini adalah hasan sahih.
Al Habbatus Sauda` adalah Asy Syuuniz (jintan hitam).

Bab: Minum kencing unta

No. Hadis: 1965
Bab: Minum kencing unta


Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Muhammad Az Za'farani, telah menceritakan
kepada kami 'Affan, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah, telah
mengkhabarkan kepada kami Humaid dan Tsabit dan Qatadah dari Anas bahawa sekelompok
orang dari 'Urainah mendatangi kota Madinah lalu mereka merasa suka tinggal di dalamnya.
Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengutus mereka dengan membawa unta
sedekah, dan beliau bersabda: "Minumlah kalian dengan air susunya dan air kencingnya." Abu
Isa berkata; Hadis semakna juga diriwayatkan dari Ibnu Abbas. Dan ini adalah hadis hasan sahih.

Bab: Bunuh diri dengan racun atau lain

No. Hadis: 1966
Bab: Bunuh diri dengan racun atau lain
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
105


Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani' Telah menceritakan kepada kami Abidah bin
Humaid dari Al A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah, menurutku ia memarfu-kannya, ia
berkata, "Barangsiapa yang membunuh dirinya sendiri dengan besi, maka ia akan datang kelak
pada hari kiamat, sedangkan besi itu berada di tangannya seraya menusuk-nusuk perutnya di
dalam neraka jahannam kekal selama-lamanya. Dan barangsiapa yang membunuh dirinya sendiri
dengan racun, maka racun itu akan senantiasa berada di tangannya dan mengkomsumsinya di
dalam neraka jahannam selama-lamanya."

No. Hadis: 1967
Bab: Bunuh diri dengan racun atau lain


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
106

Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan Telah menceritakan kepada kami Abu
Dawud dari Syu'bah dari Al A'masy ia berkata, Aku mendengar Abu Shalih dari Abu Hurairah
bahawasanya; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siapa yang membunuh dirinya
sendirinya dengan besi, maka besi itu akan senantiasa berada di tangannya, membacok perutnya
di dalam neraka jahannam selama-lamanya. Dan siapa yang membunuh dirinya dengan racun,
maka racun itu pula akan selalu berada di tangannya dan menelannya dengan berada di dalam
neraka jahannam selama-lamanya. Dan siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung, lalu ia
membunuh dirinya, maka ia akan senantiasa terjatuh di dalam neraka jahannam selama-
lamanya." Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Ala`, telah menceritakan kepada
kami Waki' dan Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam seperti hadisnya Syu'bah dari A'masy. Abu Isa berkata; Ini adalah
hadis sahih dan lebih sahih dari hadis pertama. Dan hadis ini telah diriwayatkan pula oleh lebih
dari satu orang perawi dari Al A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam. Dan Muhammad bin Ajlan telah meriwayatkan pula dari Sa'id Al Maqburi dari
Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa yang
membunuh dirinya sendiri dengan racun, maka ia akan diadzab dengannya kelak di dalam neraka
jahannam." Namun di dalamnya ia tidak menyebutkan, "Abadi selama-lamanya." Dan seperti ini
pula yang diriwayatkan oleh Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam dan riwayat ini lebih Sahih, kerana riwayat-riwayat lain menunjukkan bahawa
Ahlu Tuhid, mereka akan disiksa di dalam neraka lalu dikeluarkan darinya, dan tidak disebutkan
bahawa mereka akan kekal di dalamnya.

No. Hadis: 1968
Bab: Bunuh diri dengan racun atau lain


_
Telah menceritakan kepada kami Suwaid bin Nashr, telah mengkhabarkan kepada kami
Abdullah bin Mubarak dari Yunus bin Abu Ishaq dari Mujahid dari Abu Hurairah ia berkata,
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk berubat dengan sesuatu yang kotor
(najis)." Abu Isa berkata; Maksudnya adalah As Summ (racun).

Bab: Dimakruhkan berubat dengan yang memabukkan

No. Hadis: 1969
Bab: Dimakruhkan berubat dengan yang memabukkan

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
107

Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan, telah menceritakan kepada kami Abu
Dawud dari Syu'bah dari Syimak bahawa ia mendengar Alqamah bin Wa`il dari bapaknya
bahawa ia pernah menyaksikan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Dan Suwaid bin Thariq atau
Thariq bin Suwaid bertanya pada beliau tentang khamer, Suwaid berkata, "Sesungguhnya kami
menggunakannya sebagai ubat." Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya khamer itu bukanlah ubat, akan tetapi ia adalah penyakit." Telah menceritakan
kepada kami An Nashr bin Syumail dan Syababah dari Syu'bah semisalnya. Mahmud berkata;
An Nashr berkata; Tharib bin Suwaid. Dan Syababah berkata; Suwaid bin Thariq. Abu Isa
berkata; Ini adalah hadis hasan sahih.

Bab: Therapi dengan ubat yang dimasukkan hidung (gurah)

No. Hadis: 1970
Bab: Therapi dengan ubat yang dimasukkan hidung (gurah)

_

.


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Madduwaih, telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Hammad Asy Syu'aitsi Telah menceritakan kepada kami Abbad bin Manshur
dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sebaik-baik ubat yang kalian gunakan ialah gurah, Laduud (ubat yang diteteskan disisi mulut
orang yang sakit), berbekam dan Al Masyiy (ubat untuk mengosongkan isi perut)." Maka, tatkala
Nabi shallallaahu 'Alaihi wa Sallam sakit para shahabat memberinya laduud. Setelah mereka
selesai beliau bersabda: "Berilah mereka laduud." Lantas mereka pun memakai laduud selain
Abbas.

No. Hadis: 1971
Bab: Terapi dengan ubat yang dimasukkan hidung (gurah)
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
108

_

.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Yazid
bin Harun Telah menceritakan kepada kami Abbad bin Manshur dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia
berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya ubat yang paling baik
untuk kalian gunakan adalah Al Ladud dan As Sa'uth, bekam dan Al Masyiy. Dan sebaik-baik
sesuatu yang dapat kalian gunakan untuk bercelak adalah Al Itsmid, sebab ia akan menajamkan
pandangan dan menumbuhkan rambut." Dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mempunyai
celak yang beliau gunakan sebanyak tiga kali dalam sehari pada kedua matanya. Abu Isa berkata;
Hadis ini adalah hasan gharib. Ia hadisnya Abbad bin Manshur.

Bab: Dimakruhkan therapi dengan sundutan api (kay)

No. Hadis: 1972
Bab: Dimakruhkan therapi dengan sundutan api (kay)


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Ja'far, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Al Hasan dari
Imran bin Husain bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melarang Kayy. Ia berkata,
"Kami pernah ditimpa bala`, lalu kami berubat dengan Kay, maka kami pun tidak beruntung."
Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan sahih.








Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
109

No. Hadis: 1973
Bab: Dimakruhkan therapi dengan sundutan api (kay)


Telah menceritakan kepada kami Abdul Qudus bin Muhammad, telah menceritakan kepada kami
Amru bin 'Ashim, telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Al Hasan dari
Imran bin Hushain ia berkata, "Kami dilarang untuk berubat dengan Kayy." Abu Isa berkata;
Hadis semakna juga diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, Uqbah bin Amir, dan Ibnu Abbas. Dan ini
adalah hadis hasan sahih.

Bab: Yang dirukhsahkan dalam ini

No. Hadis: 1974
Bab: Yang dirukhsahkan dalam ini

Telah menceritakan kepada kami Humaid bin Mas'adah, telah menceritakan kepada kami Yazid
bin Zura' Telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Anas bahawasanya Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam mengubati As'ad bin Zurarah dengan Kay dari duri. Abu Isa berkata;
Hadis semakna juga diriwayatkan dari Ubay dan Jabir. Hadis ini adalah hadis hasan gharib.

No. Hadis: 1975
Bab: Yang dirukhsahkan dalam ini

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Al Hasan bin Hirasy Al Baghdadi, telah
menceritakan kepada kami Syababah dari Syu'bah dari Al A'masy dari Abu Sufyan dari Jabir bin
Abdullah dari Ubay bin Ka'ab bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
110

mengubatinya dengan menggunakan Kay. Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan gharib. Hadis
ini juga diriwayatkan oleh lebih dari satu perawi dari Al A'masy dari Abu Sufyan dari Jabir
bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengubati Ubay bin Ka'ab dengan Kay.

Bab: BEKAM

No. Hadis: 1976
Bab: BEKAM

Telah menceritakan kepada kami Abdul Qudus bin Muhammad, telah menceritakan kepada kami
Amru bin Ashim, telah menceritakan kepada kami Hammam dan Jarir bin Hazim keduanya
berkata, Telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas ia berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam berbekam pada bagian punggungnya. Dan biasanya beliau berbekam pada
tanggal sepuluh, Sembilan belas atau dua puluh satu." Abu Isa berkata; Hadis semaknya juga
diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Ma'qil bin Yasir. Dan hadis ini adalah hadis hasan gharib.

No. Hadis: 1977
Bab: BEKAM

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Budail bin Quraisy Al Yami Al Kufi, telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Fudhail, telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Ishaq dari Al Qasim bin Abdurrahman ia adalah Ibnu Abdullah bin Mas'ud,
dari bapaknya dari Ibnu Mas'ud ia berkata; Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam berkisah
tentang malam beliau Isra' Mi'raj, dan sesungguhnya tidaklah beliau melewati sekelompok
malaikat kecuali mereka semua menyuruh beliai untuk memerintahkan umatnya berbekam.
Berkata Abu Isa: Ini merupakan hadis hasan gharib dari hadisnya Ibnu Mas'ud.
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
111


No. Hadis: 1978
Bab: BEKAM

_

.


Telah menceritakan kepada kami Abdu bin Humaid, telah mengkhabarkan kepada kami An
Nadhr bin Syumail, telah menceritakan kepada kami Abbad bin Manshur ia berkata, Saya
mendengar Ikrimah berkata, Ibnu Abbas mempunyai tiga anak, ketiganya aalah menjadi tukang
bekam. Dua orang dari anaknya itu mendapatkan uapah dari bekamnya dan memberikan
kepadanya (Ibnu Abbas dan keluarganya), dan yang satunya membekamnya dan keluarganya.
Ibnu Abbas berkata, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sebagus-bagus hamba adalah
sebagai tukang bekam, membuang darah, meringankan tulang punggung, dan mempertajam
pandangan." Ia berkata, Sesungguhnya ketika Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mi'raj (diangkat
oleh Allah ke langit) tidaklah beliau melewati pada malaikat kecuali mereka berkata, hendaklah
kamu berbekam, beliau berkata, Sesungguhnya hari yang baik untuk berbekam adalah pada
tanggal 17, 19, dan 21. Beliau berkata, Sesungguhnya sebaik-baik sarana untuk kalian berubat
adalah dengan sa'uth (sejenis rerumputan), ladud (ubat yang dimasukkan pada sisi mulut ketika
sakit), bekam dan masy (ubat perut), sesungguhnya Rasulullah diubati oleh Ibnu Abbas dari
shahabat lainnya. Barangsiapa yang mengubatiku, hendaklah mereka semua diam. Maka tidak
ada seorang pun yang tidak diubati kecuali paman beliau Ibnu Abbas, Abd berkata, ia berkata,
nadhr, ladud, dan wajur sama. Abu Isa berkata, hadis ini hasan gharib, kami tidak mengetahuinya
kecuali dari hadis Abbad bin Manshur, dan dalam bab ini dari Aisyah.


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
112

Bab: Berubat dengan hena

No. Hadis: 1979
Bab: Berubat dengan hena

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani', telah menceritakan kepada kami Hammad
bin Khalid Al Khayyath Telah menceritakan kepada kami Fa`id bekas budaknya keluarga Rafi',
dari Ali bin Ubaidullah dari neneknya Salma -ia dahulu sering membantu Rasulullah
Shallallaahu 'Alaihi wasallam- ia berkata, "Tidaklah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
menderita luka kecuali beliau menyuruhku untuk menaruh diatas lukanya Dedaunan ubat (dapat
mendinginkan panasnya luka)." Berkata Abu Isa; Ini merupakan hadis Hasan Gharib, hanya
kami ketahui kecuali dari hadisnya Qa`id. Sebagian mereka meriwayatkan hadis ini dari Qa`id
dan dia berkata; Dari Ubaidullah bin Ali dari neneknya Salma dan Ubaidillah bin Ali lebih sahih.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Allaa' telah menceritakan kepada kami Zaid
bin Hubab dari Fa`id Maula Ubaidullah bn Ali, dari bekas budaknya Ubaidullah bin Ali dari
datuknya dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam seperti hadis diatas dengan maknanya.

Bab: Dimakruhkan ruqyah

No. Hadis: 1980
Bab: Dimakruhkan ruqyah

,,


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
113

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Mahdi Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Manshur Dari Mujahid
dari 'Aqqar bin Al Mughirah bin Syu'bah dari bapaknya ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Barangsiapa yang berubat dengan Kay atau meminta untuk diruqyah, maka
sungguhnya ia telah berlepas diri dari sifat tawakkal." Abu Isa berkata; Hadis semakna juga
diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, dan Imran bin Husain. Abu Isa berakta; Ini adalah
hadis hasan sahih.

Bab: Rukhsah dalam hal ini

No. Hadis: 1981
Bab: Rukhsah dalam hal ini

Telah menceritakan kepada kami Abdah bin Abdullah Al Khuza'i, telah menceritakan kepada
kami Mu'awiyah bin Hisyam dari Sufyan dari 'Ashim Al Ahwal dari Abdullah bin Harits dari
Anas ia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membolehkan ruqyah
kerana terkena racun, 'Ain (sejenis gangguan hasad dari jin dan manusia) dan luka."

No. Hadis: 1982
Bab: Rukhsah dalam hal ini

Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan, telah menceritakan kepada kami Yahya
bin Adam dan Abu Nu'aim keduanya berkata, Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Ashim Al Ahwal dari Yusuf bin Abdullah bin Harits dari Anas bin Malik bahawasanya
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membolehkan pengubatan dengan ruqyah akibat terkena
racun atau terluka. Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan sahih gharib. Abu Isa berkata lagi;
Menurutku hadis ini lebih Sahih daripada hadisnya Mu'awiyah bin Hisyam dari Sufyan. Abu Isa
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
114

berkata; Hadis semakna juga diriwayatkan dari Buraidah, Imran bin Hushain, Jabir, Aisyah,
Thalqi bin 'Ali, Amr bin Hazm dan Abu Khuzamah dari bapaknya.

No. Hadis: 1983
Bab: Rukhsah dalam hal ini


Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Hushain dari Asy Sya'bi dari Imran bin Hushain bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Tidak diperbolehkan ruqyah, kecuali dari penyakit 'Ain atau terkena racun."
Abu Isa berkata; Syu'bah juga meriwayatkan hadis ini dari Hushain dari Asy Sya'bi dari
Buraidah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam semisalnya.

Bab: Ruqyah dengan alfalaq dan annas

No. Hadis: 1984
Bab: Ruqyah dengan alfalaq dan annas

Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Yunus Al Kufi, telah menceritakan kepada kami Al
Qasim bin Malik Al Mazani dari Al Jariri dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id ia berkata; Dahulu
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam sering berlindung dari kejahatan jin dan 'Ain manusia
hingga turun Al Mu'awwidzatain, maka setelah keduanya turun beliau membacanya dan
meninggalkan selainnya. Berkata Abu Isa; Hadis semakna juga diriwayatkan dari Anas dan ini
merupakan hadis hasan gharib.

Bab: Ruqyah dari sorotan mata jahat

No. Hadis: 1985
Bab: Ruqyah dari sorotan mata jahat
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
115

_

.



Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Amru bin Dinar dari Urwah ia dalah Ibnu Amir, dari Ubaid bin Rifa'ah Az Zuraqi bahawasanya;
Asma' binti Umais berkata, "Wahai Rasuulullah, sesungguhnya pengaruh 'Ain ini cepat sekali
menjalar pada anaknya Ja'far, apakah aku boleh meminta orang yang meruqyahnya?" Maka
beliau menjawab: "Iya, seandainya ada yang mendahului takdir tentu dia adalah 'Ain (namun dia
tidak dapat mendahuluinya)." Berkata Abu Isa: Hadis semakna juga diriwayatkan dari Imran bin
Husain dan Buraidah. Dan ini merupakan hadis hasan sahih. Dan hadis ini juga telah
diriwayatkan dari Ayyub dari Amr bin Dinar dari Urwah bin Amir dari Ubaid bin Rifa'ah dari
Asma' binti Umais dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam. Demikian pula, Hasan bin Ali Al
Khallal telah menceritakannya kepada kami, ia berkata, Telah menceritakan kepada kami
Abdurrazzaq dari Ma'mar, dari Ayyub dengan hadis ini.

No. Hadis: 1986
Bab: Ruqyah dari sorotan mata jahat

Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan, telah menceritakan kepada kami
Abdurrazzaq dan Ya'la dari Sufyan dari Manshur dari Al Minhal bin Amru dari Sa'id bin Jubair
dari Ibnu Abbas ia berkata; Dahulu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sering mendo'akan
Hasan dan husain dengan mengucapkan: "U'iidzukumaa Bikalimaatillaahitaammah Min Kulli
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
116

Syaithaanin Wa Hammah, Wa Min Kulli 'Ainin Laammah (Aku melindungi kalian dengan
kalimat Allah -Al quran atau asma' dan sifat-Nya- yang sempurna dari setiap syetan dan binatang
berbisa serta 'Ain yang dengki)." Beliau juga bersabda: "Demikianlah dahulu Ibrahim
melindungi Ishaq dan Isma'il 'Alaihimus salaam." Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin
Ali Al Khallal, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun dan Abdurrazzaq dari Sufyan
dari Manshur semisal dan semakna dengannya. Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan sahih.

Bab: Sorotan mata jahat adalah nyata dan ubatnya

No. Hadis: 1987
Bab: Sorotan mata jahat adalah nyata dan ubatnya

,,

,,

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abu Hafsh Amr bin Ali, telah menceritakan kepada kami
Yahya bin Katsir Abu Ghassan Al 'Anburi, telah menceritakan kepada kami Ali bin Mubarak
dari Yahya bin Abu Katsir, telah menceritakan kepadaku Hayyah bin Habis At Tamimi, telah
menceritakan kepadaku bapakku bahawa ia mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Tidak masalah dalam Al Haam, sedangkan penyakit 'Ain itu adalah benar adanya."

No. Hadis: 1988
Bab: Sorotan mata jahat adalah nyata dan ubatnya

_

.

,,


Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Al Hasan bin Khirasy Al Baghdadi, telah
menceritakan kepada kami Ahmad bin Ishaq Al Hadhrami, telah menceritakan kepada kami
Wuhaib dari Ibnu Thawus dari bapaknya dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah Shallallaahu
'Alaihi wasallam bersabda: "Jikalau ada sesuatu yang dapat mendahului taqdir maka itu adalah
penyakit 'Ain (namun tidak ada yang dapat mendahuluinya) dan jika kalian diminta (oleh orang
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
117

yang terkena 'ain) untuk mandi, maka mandilah." Berkata Abu Isa: Hadis semakna juga
diriwayatkan dari Abdullah bin Amr dan ini merupakan hadis hasan sahih gharib. Dan hadis
Hayyah bin Habis merupakan hadis gharib. Syaiban telah meriwayatkan dari Yahya bin Abi
Katsir dari Hayyah bin Habis dari bapaknya dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam, namun Ali bin Mubarak dan Harb bin Syaddad tidak menyebutkan di dalamnya dari
Abu Hurairah.

Bab: Mengambil upah dari jampi-jampi perlindungan

No. Hadis: 1989
Bab: Mengambil upah dari jampi-jampi perlindungan

_

.

Telah menceritakn kepada kami Hannad, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari
Al A'masy dari Ja'far bin Iyas dari Abu Nadhrah dari Sa'id bin Al Khudri ia berkata; Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam pernah mengutusku dalam suatu Sariyyah. Kemudian kami singgah
pada suatu kaum dan meminta untuk dijamu, namun mereka tidak mau memberikan jamuan.
Lalu pemimpin mereka terkena sengatan, maka kami pun segera mendatanginya. Mereka
bertanya, "Apakah diantara kalian ada yang bisa meruqyah dari sengatan kalajengking?" Aku
berkata, "Ya, sayalah orangnya. Namun saya tidak akan meruqyah hingga kalian member seekor
kambing untuk kami." Ia berkata, "Aku akan memberikan tiga ekor kambing untuk kalian."
Maka kami pun menyetujuinya, dan aku mulai meruqyah dengan membacakan, "AL
HAMDULILLAH" sebanyak tujuh kali, hingga ia siuman dan kami pun langsung mengambil
kambing tersebut. Namun di dalam hati kami timbul semacam keraguan akan tiga ekor kambing
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
118

tersebut. Maka kami pun berkata, "Janganlah kalian tergesa-gesa untuk memakannya, hingga
kalian menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam." Saat menemui Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam, maka aku langsung menceritakan apa yang telah aku perbuat. Kemudian beliau
bersabda: "Tidakkah kamu ketahui ia ia adalah benar-benar ruqyah? Ambillah kambing itu, dan
berikanlah aku bagian darinya." Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan. Abu Nadhrah namanya
adalah Al Mundzir bin Malik bin Qutha'ah. Asy Syafi'i membolehkan bagi seorang mu'allim
untuk mengambil upah atas pengajaran Al Qur`annya. Dan menurutnya, ia boleh memberikan
persyaratan seperti itu dan ia berdalih dengan hadis ini. Ja'far bin Iyas adalah Ja'far bin Abu
Wahsyiyyah yakni Abu Bisyr. Syu'bah dan Abu 'Awanah serta lebih dari satu orang perawi telah
meriwayatkan hadis ini dari Abu Al Mutawakkal dari Abu Sa'id.

No. Hadis: 1990
Bab: Mengambil upah dari jampi-jampi perlindungan


t
Telah menceritakan kepada kami Abu Musa Muhammad bin Al Mutsanna, telah menceritakan
kepadaku Abdush Shamad bin Abdul Warits, telah menceritakan kepada kami Syu'bah, telah
menceritakan kepada kami Abu Bisyr ia berkata, Aku mendengar Abu Al Mutawakkil
menceritakan dari Abu Sa'id bahawasanya; Sekelompok orang dari sahabat Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam melewati suatu daerah di tanah Arab, namun mereka tidak menjamunya. Kemudian
pemimpin daerah tersebut terkena sakit, sehingga mereka mendatangi kami seraya bertanya,
"Apakah kalian mempunyai ubat?" Kami menjawab, "Ya. Akan tetapi kalian tidak memberikan
jamuan untuk kami dan tidak pula menerima kami layaknya seorang tamu. Kami tidak akan
memberikannya hingga kalian memberikan jamuan untuk kami." Lalu merekan pun memberikan
jamuan sepotong daging kambing. Dan salah seorang dari kami membacakan surat Al Fatihah
dan tuan mereka pun sembuh seketika. Ketika kami menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
119

wasallam, kami pun menuturkan hal itu, lalu beliau bersabda: "Siapa yang memberitahu kalian
bahawa itu adalah ruqyah?" Saat itu beliau tidak menyebutkan kalimat larangan. Dan beliau
bersabda: "Makanlah daging itu, dan berikanlah satu bagian untukku." Abu Isa berkata; Ini
adalah hadis hasan sahih. Dan hadis ini lebih sahih dari hadisnya Al A'masy dari Ja'far bin Iyas.
Dan seperti ini pula yang telah diriwayatkan oleh lebih dari satu perawi dari Abu Bisyr Ja'far bin
Abu Wahsyiyyah dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa'id. Ja'far bin Iyas adalah Ja'far bin Abu
Wahsyiyyah.

Bab: Ruqyah dan ubat

No. Hadis: 1991
Bab: Ruqyah dan ubat

Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Az Zuhri dari Abu Khuzamah dari bapaknya ia berkata; Aku bertanya kepada Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu mengenai ruqyah yang
sering kami gunakan, ubat yang sering kami gunakan untuk berubat serta pelindung yang seringa
kami pakai untuk berlindung, apakah hal itu dapat menolak taqdir Allah?" Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam menjawab: "Bahkan hal itu termasuk dari taqdir Allah." Berkata Abu Isa: Ini
merupakan hadis hasan sahih. Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Abdurrahman, telah
menceritakan kepada kami Sufyan dari Zuhri dari Ibnu Abi khuzamah dari bapaknya dari Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam seperti hadis di atas. Dan kedua riwayat tersebut telah diriwayatkan
dari Ibnu Uyainah. Maka sebagian mereka berkata; dari Abi Khuzaimah dari bapaknya, dan
sebagian lagi berkata: Dari Ibnu Abi Khuzaimah dari bapaknya. Dan selain Ibnu Uyainah juga
ada yang meriwayatkan hadis ini dari Zuhri dari Abi Khuzaimah dari bapaknya, namun hadis ini
lebih sahih dan kami tidak mengetahui Ibnu Khuzaimah meriwayatkan selain hadis ini.


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
120

Bab: Kam"ah dan kurma ajuwa

No. Hadis: 1992
Bab: Kam"ah dan kurma ajuwa


Telah menceritakan kepada kami Abu Ubaidah bin Abu Safar Ahmad bin Abdullah Al Hamdani
dan Mahmud bin Ghailan keduanya berkata, Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Amir
dari Muhammad bin Abu Amru dar Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Al 'Ajwah bersasal dari surga, di dalamnya mengandung
kesembuhan untuk penyakit racun. Al Kam`ah dari Al Mann, airnya adalah kesembuhan bagi
penyakit 'Ain." Abu Isa berkata; Hadis semakna juga diriwayatkan dari Sa'id bin Zaid, Abu Sa'id
dan Jabir. Dan ini adalah hadis hasan gharib, ia bersal dari hadisnya Muhammad bin Amr, kami
tidak mengetahuinya kecuali dari hadisnya Sa'id bin Amir dari Muhammad bin Amr.

Bab: Bayaran dukun

No. Hadis: 1997
Bab: Bayaran dukun

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Ibnu
Syihab dari Abu Bakr bin Abdurrahman dari Abu Mas'ud Al Anshari ia berkata; Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam untuk mengambil keuntungan yang diperoleh dari anjing dan beliau
juga melarang mahar yang diperoleh secara tidak halal serta hasil dari seorang dukun. Abu Isa
berkata; Hadis ini adalah hasan sahih.

Bab: Dimakruhkan mengalungkan mantera

No. Hadis: 1998
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
121

Bab: Dimakruhkan mengalungkan mantera

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Madduwaih, telah menceritakan kepada kami
Ubaidullah bin Musa dari Muhammad bin Abdurrahman bin Abi Laila dari saudaranya Isa ia
berkata; Suatu ketika aku menjenguk Abdullah bin Ukaim Abu Ma'bad Al Juhani dan wajahnya
berwarna kemerahan kerana sakit, lantas kami pun berkata, "Tidakkah engkau menggantungkan
sesuatu (di lehermu untuk menyembuhkanmu)." Ia menjawab, "Kematian lebih dekat dari itu."
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: "Barang siapa yang menggantungkan sesuatu
(jampi atau mantra) dibadannya, maka Allah akan membiarkannya dengan jampi-jampinya."
Abu Isa berkata; Hadis Abdullah bin Ukaim hanya kami ketahui dari hadisnya Muhammad bin
Abdurrahman bin Abi Laila. Sedangkan Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar dari Nabi
shallallaahu 'alaihi wa sallam. Pada zaman Nabi dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam menuliskan kitab kepada kami." Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin
Basysyar, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari Ibnu Abu Laila semisal dan
semakna dengannya. Abu Isa berkata; Hadis semakna juga diriwayatkan dari Uqbah bin Amir.

Bab: Mendinginkan demam dengan air

No. Hadis: 1999
Bab: Mendinginkan demam dengan air

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
122

Telah menceritakan kepada kami Hannad, telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari
Sa'id bin Masruq dari Abayah bin Rifa'ah dari datuknya Rafi' bin Khadij dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya penyakit demam itu merupakan luapan dari
panasnya api neraka, kerana itu redakanlah ia dengan air." Abu Isa berkata; Hadis semakna juga
diriwayatkan dari Asma` binti Abu Bakar dan Ibnu Umar, Istri Zubair, Aisyah dan Ibnu Abbas.

No. Hadis: 2000
Bab: Mendinginkan demam dengan air



Telah menceritakan kepada kami Harun bin Ishaq Al Hamdani, telah menceritakan kepada kami
Abdah bin Sulaiman dari Hisyam bin Urwah dari bapaknya dari Aisyah bahawasanya Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya penyakit demam itu merupakan luapan dari
panasnya api neraka, kerana itu redakanlah ia dengan air." Telah menceritakan kepada kami
Harun bin Ishaq Telah menceritakan kepada kami Abdah dari Hisyam bin Urwah dari Fathimah
binti Al Mundzir dari Asma` binti Abu Bakar dari Nabi Sallallahu 'alahi wa sallam semisalnya.
Abu Isa berkata; Di dalam hadis Asma terdapat ungkapan yang lebih banyak dari ini. Dan
dikatakan bahawa kedua hadis tersebut adalah sahih.

No. Hadis: 2001
Bab: Mendinginkan demam dengan air

,,

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar; telah menceritakan kepada kami
Abu 'Amir Al 'Aqadi; telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Isma'il bin Abu Habibah dari
Dawud bin Hushain dari 'Ikrimah dari Ibnu 'Abbas dia berkata; Bahawasanya Nabi sallallahu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
123

'alaihi wasallam senantiasa mengajarkan kepada mereka apabila terkena sakit panas dan sakit
yang lain untuk mengucapkan: "Bismillahil Kabiir, A'uudzu Billahil 'Azhiim Min Syarri Kulli
'Irqin Na'aarin Wa Min Syarri Harrin Naar (Dengan nama Allah Yang Mahabesar, aku
berlindung kepada Allah Yang Mahaagung dari tekanan darah yang tinggi dan bergejolak
sehingga menimbulkan sakit panas dan dari panasnya api neraka.) " Berkata Abu Isa; Ini
merupakan hadis gharib tidak kami ketahui kecuali dari hadis yang diriwayatkan Ibrahim bin
Isma'il bin Abi Habibah, namun Ibrahim didha'ifkan dalam periwayatan hadis. Dan diriwayatkan
dengan lafazh 'irqun ya'aar".

Bab: Menggauli isteri ketika menyusui

No. Hadis: 2002
Bab: Menggauli isteri ketika menyusui

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani'; telah menceritakan kepada kami Yahya bin
Ishaq; telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dari Muhammad bin 'Abdurrahman bin
Naufal dari 'Urwah dari 'Aisyah dari puteri Wahb iaitu Judamah dia berkata; Aku mendengar
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku hendak melarang Al Ghiyal, namun orang-
orang Persi dan Ramawi melakukannya dan mereka pun tidak membunuh (mendatangkan
madharat bagi) anak-anak mereka." Abu Isa berkata; Hadis semakna juga diriwayatkan dari
Asma` binti Yazid. Dan ini adalah hadis hasan sahih. Hadis ini telah diriwayatkan pula oleh
Malik dari Abul Aswad dari 'Urwah dari 'Aisyah dari Judamah bintu Wahb dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam. Malik berkata, 'Ghiyal adalah laki-laki yang menjima' istri yang sedang dalam
masa menyusui."

No. Hadis: 2003
Bab: Menggauli isteri ketika menyusui


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
124

Telah menceritakan kepada kami 'Isa bin Ahmad; telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb;
telah menceritakan kepadaku Malik dari Abul Aswad Muhammad bin 'Abdurrahman bin Naufal
dari 'Urwah dari 'Aisyah dari Judamah bintu Wahb Al Asadiyyah bahawasanya ia mendengar
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sungguh, aku telah berniat untuk melarang Al
Ghilah namun aku mengingat bahawa orang-orang Persi dan Ramawi melakukannya, dan hal itu
ternyata tidak berpengaruh buruk pada anak-anak mereka." Malik berkata; Al Ghailah adalah
seorang yang menggauli isterinya yang sedang dalam masa menyusui. Isa bin Ahmad berkata;
Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin 'Isa; Telah menceritakan kepadaku Malik dari Abul
Aswad semisalnya. Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan sahih.

Bab: Ubat sakit pinggang

No. Hadis: 2004
Bab: Ubat sakit pinggang

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar; telah menceritakan kepada kami
Mu'adz bin Hisyam; telah menceritakan kepadaku bapakku dari Qatadah dari Abu 'Abdullah dari
Zaid bin Arqam bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam biasanya menjelaskan tentang
(khasiat) minyak zaitun dan wars bagi orang yang menderita radang selaput dada. Qatadah
berkata, "Meminumnya, yakni meminum dan mengarahkannya pada salah satu sisi mulut (kanan
atau kiri) sesuai dengan bagian yang terasa sakit." Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan sahih.
Dan Abu Abdullah namanya adalah Maimun dan seorang Syaikh Bashri.





Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
125

No. Hadis: 2005
Bab: Ubat sakit pinggang

Telah menceritakan kepada kami Raja' bin Muhammad Al 'Udzri Al Bashri; telah menceritakan
kepada kami 'Amr bin Muhammad bin Abu Razin; telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari
Khalid Al Hadzdza'; telah menceritakan kepada kami Maimun Abu 'Abdullah dia berkata; aku
mendengar Zaid bin Arqam berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan
kepada kami agar berubat dengan menggunakan al qusth al bahri dan minyak Zaitun jika
menderita radang selaput dada. Abu Isa berkata; Ini adalah hadis Hasan Gharib Sahih, kami tidak
mengetahuinya kecuali dari hadisnya Maimun dari Zaid bin Arqam. Dan hadis ini telah
diriwayatkan pula oleh lebih dari satu orang perawi dari Maimun Dzatul Janb maksudnya adalah
batuk.

No. Hadis: 2006
Bab: Ubat sakit pinggang

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Musa Al Anshari; telah menceritakan kepada kami
Ma'n; telah menceritakan kepada kami Malik dari Yazid bin Khushaifah dari 'Amr bin 'Abdullah
bin Ka'b As Sulami bahawasanya Nafi' bin Jubair bin Muth'im mengkhabarkan kepadanya dari
'Utsman bin Abul 'Ash bahawasanya ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah
mendatangiku saat aku menderi sakit yang hampir membinasakanku, maka Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam pun bersabda: "Usapkanlah dengan tangan kananmu sebanyak tujuh kali dan
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
126

bacalah, 'A'uudzu Bi'izzatillahi Wa Qudratihi Wa Shulthaanihi Min Syarri Maa Ajidu (Aku
berlindung kepada Allah, kemuliaan, dan kekuasaanNya dari kejelekan yang aku temui)." Lalu
aku pun melakukan hal itu, maka Allah pun menghilangkan rasa sakit yang kuderita sebelumnya.
Dan aku selalu menyuruh kerabatku dan selain mereka untuk mengamalkannya. Abu Isa berkata;
Ini adalah hadis hasan sahih.

Bab: Tumbuhan "Sena"

No. Hadis: 2007
Bab: Tumbuhan "Sena"

_

.

t
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar; telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Bakr; telah menceritakan kepada kami 'Abdul Hamid bin Ja'far; telah
menceritakan kepadaku 'Utbah bin 'Abdullah dari Asma' bintu 'Umais bahawasanya Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepadanya: "Dengan ubat apakah engkau mengeluarkan isi
perutmu (ubat untuk membuat orang mencret)?" Asma' menjawab, "Dengan Syubrum." Beliau
bersabda: "Sungguh itu ubat yang sangat panas." Asma' berkata; Setelah itu akau meminum as
sanaa, lantas Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika ada ubat yang dapat mencegah
dari kematian tentu itu adalah as sanaa." Berkata Abu Isa; Ini merupakan hadis hasan gharib.

Bab: Berubat dengan madu

No. Hadis: 2008
Bab: Berubat dengan madu

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
127

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar; telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Ja'far; telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Abul
Mutawakkil dari Abu Sa'id dia berkata; Seorang laki-laki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam dan berkata, "Sesungguhnya perut saudaraku kendor." Maka beliau bersabda: "Berilah
ia madu." Lalu laki-laki itu pun memberikannya madu. Kemudian laki-laki itu kembali lagi dan
berkata, "Wahai Rasulullah, aku telah memberinya madu, namun tidak ada perubahan kecuali
semakin kempes." Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi: "Berilah ia madu."
Dan laki-laki itu pun kembali meminumkan saudaranya dengan air madu dan datang lagi
menemui beliau seraya berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah meminumkannya
air madu, namun tidak ada perubahan kecual semakin kempes." Kemudian Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Allah telah berkata benar, namun perut saudaramulah yang telah
berdusta. Minumkanlah padanya air madu." Maka laki-laki itu kembali meminumkan saudaranya
dengan air madu, lalu sembuh seketika. Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan sahih.

No. Hadis: 2009
Bab: Berubat dengan madu

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna; telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Ja'far; telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Yazid bin Khalid; dia
berkata; aku mendengar Al Minhal bin 'Amr bercerita dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Abbas dari
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang hamba muslim menjenguk orang
yang sakit yang belium sekarat kemudian ia membaca sebanyak tujuh kali, 'As`Alullaahal
'Azhiim Rabbal 'Arsyil Kariim An Yasyfiyaka (Aku meminta kepada Allah yang Maha Agung,
Rabb-nya Arsy yang mulia untuk menyembuhkanmu) kecuali ia akan sembuh." Abu Isa berkata;
Ini adalah hadis hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadisnya Al Minhal bin
Amr.


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
128

No. Hadis: 2010
Bab: Berubat dengan madu

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Sa'id Al Asyqar Ar Rabathi; telah menceritakan
kepada kami Rauh bin 'Ubadah; telah menceritakan kepada kami Marzuq Abu 'Abdullah Asy
Syami; telah menceritakan kepada kami Sa'id seorang laki-laki dari penduduk Syam; telah
mengkhabarkan kepada kami Tsauban dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda;
"Jika salah seorang dari kalian menderita sakit panas (sesungguhnya panas itu bagian dari api
neraka), maka hendaknya dia menurunkannya dengan air, hendaknya dia berendam diri di sungai
yang mengalir sambil mengucapkan, 'Bismillahi Allahummasyfi 'Abdaka Wa Shaddiq Rasulaka
Ba'da Shalaatish Shubhi Qabla Thulu'isy Syamsyi (Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu dan
benarkanlah RasulMu; iaitu setelah solat shubuh sebelum terbitnya matahari).' Dan dia berendam
diri sebanyak tiga kali selama tiga hari, jika belum sembuh lanjutkanlah selama lima hari, jika
belum sembuh juga maka lanjutkanlah selama tujuh hari dan jika belum sembuh juga maka
selama sembilan hari, kerana hal itu jarang sekali melebihi sembilan hari dengan izin Allah."
Berkata Abu Isa; Ini merupakan hadis gharib.

Bab: Berubat dengan abu

No. Hadis: 2011
Bab: Berubat dengan abu

_

.

,,


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
129

Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu 'Umar; telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Abu Hazim dia berkata; Sahl bin Sa'd pernah ditanya dan saya mendengarkannya, "Dengan apa
luka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam diubati?" Maka ia pun menjawab, "Tidak lagi tersisa
seorang pun yang paling mengetahuinya daripada aku. Biasanya Ali membawakan air di dalam
tamengnya sementara Fathimah mencuci dan membersihkan darah. Lalu luka beliau dibalut."
Abu Isa berkata; Ini adalah hadis hasan sahih.

No. Hadis: 2012
Bab: Berubat dengan abu

Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Hujr dia berkata; telah mengkhabarkan kepada kami Al
Walid bin Muhammad Al Muwaqqiri dari Az Zuhri dari Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perumpamaan seorang yang sembuh dan kembali sihat
seperti salju yang turun dari langit tatkala langit sedang cerah."

No. Hadis: 2013
Bab: Berubat dengan abu

t

:

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Sa'id Al Asyaj; telah menceritakan kepada kami
'Uqbah bin Khalid As Sakkauni dari Musa bin Muhammad bin Ibrahim At Taimi dari bapaknya
dari Abu Sa'id Al Khudri dia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika
kalian menjenguk orang yang sakit, hendaknya ringankanlah bebannya dan hiburlah dia jika
mendekati ajalnya, kerana hal itu tidak dapat menolak taqdir dan hal itu dapat menenangkan
jiwanya." Berkata Abu Isa: Ini merupakan hadis gharib.





Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
130

No. Hadis: 2014
Bab: Berubat dengan abu

Telah menceritakan kepada kami Hannad dan Mahmud bin Ghailan mereka berdua berkata; telah
menceritakan kepada kami Abu Usamah dari 'Abdurrahman bin Yazid bin Jabir dari Isma'il bin
'Ubaidullah dari Abu Shalih Al Asy'ari dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam pernah menjenguk seseorang yang menderita sakit. Maka beliau pun bersabda:
"Bergembiralah, kerana sesungguhnya itu adalah api milik-Ku yang Aku timpakan kepada
hamba-Ku yang berbuat dosa, agar api itu menjaganya dari api neraka."

No. Hadis: 2015
Bab: Berubat dengan abu

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur dia berkata; telah mengkhabarkan kepada
kami 'Abdurrahman bin Mahdi dari Sufyan Ats Tsauri dari Hisyam bin Hassan dari Al Hasan dia
berkata, "Mereka para sahabat mengharap sakit demam di malam hari sebagai kafarah. Yakni
sebagai kafarah untuk mengurangi dosa-dosa."














Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
131

IMAM IBNU MAJAH
Ibnu Majah, atau nama lengkapnya Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin
Majah al-Rab'i al-Quzwaini (Arab: ) adalah seorang ahli
hadis yang terkenal kerana menyusun kitab Sunan Ibnu Majah. Beliau dilahirkan pada tahun
207H dan meninggal pada hari Selasa, lapan hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan tahun
275H.

Beliau menuntut ilmu hadis dari berbagai negara hingga beliau mendengar hadis dari madzhab
Maliki dan Al Laits. Sebaliknya banyak ulama yang menerima hadis dari beliau. Ibnu Majah
menyusun kitab Sunan Ibnu Majah dan kitab ini sebelumnya tidak mempunyai tingkatan atau
tidak termasuk dalam kelompok kutubus sittah kerana dalam kitabnya ini terdapat hadith yang
daif bahkan hadith munkar. Oleh karena itu para ulamak memasukkan kitab Al Muwaththa karya
Imam Malik dalam kelompok perawi yang lima (Al Khamsah). Menurut penyusun (Ibnu Hajar)
ulama yang pertama kali mengelompokkan atau memasukkan Ibnu Majah ke dalam kelompok Al
Khamsah itu adalah Abul Fadl bin Thahir dalam kitabnya Al Athraf, kemudian disokong pula
Abdul Ghani dalam kitabnya Asmaur Rizal.

Bab: Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah juga menurunkan ubatnya

No. Hadis: 3427
Bab: Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah juga menurunkan ubatnya

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Hisyam bin 'Ammar keduanya
berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah dari Ziyad bin 'Ilaqah dari Usamah
bin Syarik dia berkata, "Saya menyaksikan beberapa orang Arab badui bertanya kepada Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam, "Berdosakah kami jika melakukan ini? Berdosakah kami jika
melakukan seperti ini?" Beliau lalu bersabda kepada mereka: "Wahai hamba Allah, Allah akan
menghapus dosa kecuali orang yang menyebarluaskan (aib) saudaranya, itulah dosa." Mereka
bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, berdosakah kami jika kami tidak berubat?" beliau menjawab:
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
132

"Wahai hamba Allah, berubatlah kalian, kerana sesungguhnya Allah Subhaanahu tidak
menurunkan penyakit melainkan kecuali Dia juga menurunkan ubatnya, kecuali sakit pikun."
Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kebaikan yang paling baik di berikan kepada
seorang hamba?" beliau menjawab: "Akhlak yang mulia."

No. Hadis: 3428
Bab: Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah juga menurunkan ubatnya

,
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ash Shabah telah memberitakan kepada kami
Sufyan bin 'Uyainah dari Az Zuhri dari Ibnu Abu Khizamah dari Abu Khizamah dia berkata,
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ditanya, "Bagaimana pendapatmu terhadap ubat-ubatan
yang kami gunakan untuk berubat, ruqyah yang kami amalkan dan ketakwaan yang kami
jalankan, apakah ia dapat menolak dari ketentuan Allah?" beliau menjawab: "Itu semua termasuk
dari takdir Allah."

No. Hadis: 3429
Bab: Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah juga menurunkan ubatnya

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami Sufyan dari 'Atha bin As Sa`ib dari
Abu Abdurrahman dari Abdullah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah
tidak akan menurunkan penyakit kecuali Allah juga akan menurunkan baginya ubat."

No. Hadis: 3430
Bab: Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah juga menurunkan ubatnya

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
133

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Ibrahim bin Sa'id Al Jauhari
keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad dari Umar bin Sa'id bin Abu
Husain telah menceritakan kepada kami 'Atha dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit kecuali
menurunkan ubat baginya."

Bab: Orang sakit menginginkan sesuatu

No. Hadis: 3431
Bab: Orang sakit menginginkan sesuatu

,

_

Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ali Al Khallal telah menceritakan kepada kami
Shafwan bin Hubairah telah menceritakan kepada kami Abu Makin dari 'Ikrimah dari Ibnu
Abbas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menjenguk seorang laki-laki, beliau lalu
bersabda kepadanya: "Apa yang kamu inginkan?" laki-laki itu menjawab, "Saya menginginkan
roti gandum." Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa memiliki roti
gandum, hendaknya ia memberikan kepada saudaranya." Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Jika ada salah seorang di antara kalian sakit dan menginginkan sesuatu,
hendaknya ia memberinya makan apa yang ia inginkan."

No. Hadis: 3432
Bab: Orang sakit menginginkan sesuatu

_

.

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waki' telah menceritakan kepada kami Abu Yahya
Al Himmani dari Al A'masy dari Yazid Ar Raqasyi dari Anas bin Malik dia berkata, "Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam menjenguk seseorang yang sakit, beliau bersabda: "Apakah kamu
menginginkan sesuatu?" orang itu menjawab, "Aku ingin kue." Beliau bersabda: "Baiklah."
Kemudian orang-orang mencarikan kue untuknya."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
134

Bab: Penjagaan

No. Hadis: 3433
Bab: Penjagaan

,,

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yunus bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari Ayyub bin
Abdurrahman bin Abdullah bin Abu Sha'sha'ah. (dalam jalur lain disebutkan) Telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Abu 'Amir
dan Abu Daud keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari
Ayyub bin Abdurrahman dari Ya'qub bin Abu Ya'qub dari Ummu Al Mundzir binti Qais Al
Anshariyah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah mengunjungi kami
bersama Ali bin Abu Thalib, saat itu Ali baru saja sembuh dari sakitnya. Dan kami memiliki
hasil petikan buah kurma yang masih menggantung, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam makan
beberapa buah darinya. Kemudian Ali juga ikut mengambilnya dan memakannya, maka Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jangan wahai Ali, sebab kamu baru saja sembuh." Ummu
Al Mundzir berkata, "Kemudian aku membuatkan makanan dari ubi dan gandum untuk Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda: "Wahai Ali, makanlah
makanan ini, kerana ia sangat bermanfaat bagimu."

No. Hadis: 3434
Bab: Penjagaan

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
135

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abdul Wahab dia berkata; telah
menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mubarak
dari Abdul Hamid bin Shaifi salah seorang anaknya shuhaib, dari Ayahnya dari datuknya
Shuhaib dia berkata, "Aku datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sedangkan di hadapan
beliau terdapat roti dan kurma, lalu beliau bersabda: "Mendekat dan makanlah." Maka aku
mengambil kurma dan memakannnya, lantas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Kamu memakan kurma sedang kamu lagi sakit mata?" Shuhaib berkata, "Aku menjawab, "Aku
mengunyah dari sisi yang lain." Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun tersenyum
mendengarnya."

Bab: Jangan kalian paksa orang sakit untuk makan

No. Hadis: 3435
Bab: Jangan kalian paksa orang sakit untuk makan


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair telah menceritakan
kepada kami Bakr bin Yunus bin Bukair dari Musa bin Ali bin Rabah dari Ayahnya dari 'Uqbah
bin 'Amir Al Juhani dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah
kalian paksa orang-orang sakit di antara kalian untuk makan dan minum. Sesungguhnya Allah
telah memberi mereka makan dan minum."

Bab: Talbinah (makanan dari tepung)

No. Hadis: 3436
Bab: Talbinah (makanan dari tepung)

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
136

Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa'id Al Jauhari telah menceritakan kepada kami
Isma'il bin 'Ulayyah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin As Sa`ib bin Barakah dari
Ibunya dari Aisyah dia berkata, "Apabila dari keluarga beliau ada yang sakit, maka beliau
memerintahkan supaya di buatkan sup." Aisyah berkata lagi, "Beliau mengucapkan:
"Sesungguhnya sup tersebut akan menguatkan hati orang yang sedang bersedih dan akan
menghilangkan hati orang yang sakit sebagaimana salah seorang dari kalian menghilangkan
kotoran (debu) dari wajahnya dengan air."

No. Hadis: 3437
Bab: Talbinah (makanan dari tepung)


Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abu Al Khashib telah menceritakan kepada kami Waki'
dari Aiman bin Nabil dari seorang wanita dari suku Qurasiy yang bernama Kultsum dari Aisyah
dia berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Makanlah adonan tepung hangat yang
bermanfaat, iaitu sup." Aisyah berkata, "Apabila salah seorang dari keluarga Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam sakit, maka periuk akan senantiasa berada di atas tungku api hingga
salah satu dari keduanya habis, maksudnya sembuh atau meninggal."

Bab: al Habbah as Sauda` (jintan hitam)

No. Hadis: 3438
Bab: al Habbah as Sauda` (jintan hitam)

,,

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
137

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rumh dan Muhammad bin Al Harits Al
Mushriyan keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Al Laits bin Sa'd dari 'Uqail dari
Ibnu Syihab telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman dan Sa'id bin Al
Musayyab bahawa Abu Hurairah mengkhabarkan kepada keduanya, bahawa dia mendengar
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya dalam habbatus sauda' (jintan
hitam) terdapat ubat dari segala jenis penyakit kecuali as saam, dan as saam adalah kematian,
dan habbatus sauda' adalah Asy syuniz."

No. Hadis: 3439
Bab: al Habbah as Sauda` (jintan hitam)



Telah menceritakan kepada kami Abu Salamah Yahya bin Khalaf telah menceritakan kepada
kami Abu 'Ashim dari 'Utsman bin Abdul Malik dia berkata; saya mendengar Salim bin
Abdullah menceritakan dari Ayahnya, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Hendaknya kalian menggunakan Al Habbah As Sauda (jintan hitam) ini. Sesungguhnya dia
mengandung penawar dari setiap penyakit kecuali kematian."

No. Hadis: 3440
Bab: al Habbah as Sauda` (jintan hitam)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Ubaidullah telah memberitakan kepada kami Israil dari Manshur dari Khalid bin Sa'd dia
berkata, "Kami pergi bersama Ghalib bin Abjar, kemudian di tengah jalan ia menderita sakit
hingga kami sampai di Madinah dan dia masih menderita sakit. Lalu Ibnu Abu 'Atiq datang
menjenguknya seraya berkata kepada kami, "Gunakanlah Al Habbah As Sauda (Jintan hitam),
ambillah darinya lima atau tujuh butir, kemudian tumbuklah sampai halus dan teteskanlah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
138

beberapa tetesan ke dalam hidungnya di sisi ini dan ini. Sesungguhnya Aisyah pernah
menceritakan kepada para sahabat bahawa dia mendengar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya Al habbah As Sauda (jintan hitam) ini adalah
penawar dari semua penyakit, kecuali penyakit As Saam." Lalu aku bertanya, "Apakah yang di
maksud dengan As Saam?" beliau menjawab: "Kematian."

Bab: Madu

No. Hadis: 3441
Bab: Madu

_

.

Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Khidasy telah menceritakan kepada kami Sa'id
bin Zakaria Al Qurasyi telah menceritakan kepada kami Az Zubair bin Sa'id Al Hasyimi dari
Abdul Hamid bin Salim dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Barangsiapa minum madu dalam tiga pagi (tiga kali) dalam setiap bulannya, maka ia
tidak akan ditimpa bala' (penyakit) yang berat."

No. Hadis: 3442
Bab: Madu


Telah menceritakan kepada kami Abu Bisyr Bakr bin Khalaf telah menceritakan kepada kami
Umar bin Sahl telah menceritakan kepada kami Abu Hamzah Al 'Aththar dari Al Hasan dari
Jabir bin Abdullah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam diberi hadiah madu, lalu
beliau membagikannya di antara kami satu sendok-satu sendok. Lalu aku mengambil dua sendok
seraya berkata; "Wahai Rasulullah, aku nambah lagi." Beliau menjawab: "Ya."

No. Hadis: 3443
Bab: Madu


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
139

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Salamah telah menceritakan kepada kami Zaid bin Al
Hubbab telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Ishaq dari Abu Al Ahwash dari
Abdullah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Gunakanlah dua jenis
terapi penyembuhan; madu dan Al Qur'an."

Bab: Al Kam`ah (sejenis tumbuhan) dan al Ajwah (kurma nabi)

No. Hadis: 3444
Bab: Al Kam`ah (sejenis tumbuhan) dan al Ajwah (kurma nabi)


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair telah menceritakan
kepada kami Asbath bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari Ja'far bin
'Iyas dari Syahr bin Hausyab dari Abu Sa'id dan Jabir keduanya berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Al Kam`ah (sejenis tanaman) adalah dari Manna, airnya bisa untuk
ubat dari sakit 'ain. Dan (kurma) Ajwah adalah dari surga, ia adalah ubat dari jin." Telah
menceritakan kepada kami Ali bin Maimun dan Muhammad bin Abdullah Ar Raqqayan
keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Maslamah bin Hisyam dari Al
A'masy dari Ja'far bin Iyas dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id Al Khudri dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam seperti itu."

No. Hadis: 3445
Bab: Al Kam`ah (sejenis tumbuhan) dan al Ajwah (kurma nabi)

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ash Shabah telah memberitakan kepada kami
Sufyan bin 'Uyainah dari Abdul Malik bin 'Umair bahawa dia mendengar 'Amru bin Huraits
berkata; saya mendengar Sa'id bin Zaid bin 'Amru bin Nufail menceritakan dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam, Al Kam`ah (sejenis tanaman) adalah dari surga, (makanan) yang Allah turunkan
kepada bani Israil, airnya sebagai ubat untuk penyakit 'ain."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
140

No. Hadis: 3446
Bab: Al Kam`ah (sejenis tumbuhan) dan al Ajwah (kurma nabi)

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Abu
'Abdush Shamad telah menceritakan kepada kami Mathar Al Warraq dari Syahr bin Hausyab
dari Abu Hurairah dia berkata, "Kami berbincang-bincang di sisi Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, lalu kami menyebutkan tentang Al Kam`ah, sebagian sahabat mengatakan, "Kam`ah
adalah penyakit cacar di bumi." Ternyata pembicaraan tersebut sampai kepada Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam, maka beliau bersabda: "Kam`ah (sejenis tumbuhan) adalah dari Al
Manna dan Ajwah adalah (kurma) dari surga, ia merupakan penawar racun."

No. Hadis: 3447
Bab: Al Kam`ah (sejenis tumbuhan) dan al Ajwah (kurma nabi)

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami Al Musyma'il bin Iyas Al Muzani
telah menceritakan kepadaku 'Amru bin Sulaim dia berkata; saya mendengar Rafi' bin 'Amru Al
Muzani berkata, "Saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "(Kurma)
'Ajwa dan Shahrah (kubah yang berada di Baitul Maqdis) adalah dari surga." Abdurrahman
berkata, "Lafadz Ash Shahrakh aku hafal dari mulut beliau."

Bab: As Sana (tumbuhan ubat) dan As Sanut (madu)

No. Hadis: 3448
Bab: As Sana (tumbuhan ubat) dan As Sanut (madu)

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
141


Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Muhammad bin Yusuf bin Sarh Al firyani telah
menceritakan kepada kami 'Amru bin Bakr As Saksaki telah menceritakan kepada kami Ibrahim
bin Abu 'Ablah dia berkata; aku mendengar Abu Ubay bin Ummi Haram -dan dia ikut serta solat
bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menghadap dua kiblat- dia berkata, "Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hendaknya kalian menggunakan pohon sanaa (sejenis
pohon yang di gunkan untuk ubat) dan sanuut (madu atau sari buah yang kental), kerana
keduanya mengandung penawar dari semua penyakit, kecuali As Saam." Beliau ditanya, "Wahai
Rasulullah, apakah As Saam itu?" beliau menjawab: "Kematian." Amru berkata, "Ibnu Abu
'Ablah berkata, "As sanuut adalah asy syabitu (sejenis tumbuhan)." Dan yang lain berkata, "Dia
adalah madu yang terdapat pada sela-sela minyak samin. Seperti yang di sebutkan dalam sya'ir:
'Mereka seperti as saanut yang berada di sela-sela minyak samin, tiada khianat atas mereka,
mereka menghalangi tetangga mereka untuk melakukan kebohongan'."

Bab: solat adalah ubat

No. Hadis: 3449
Bab: solat adalah ubat

Telah menceritakan kepada kami Ja'far bin Musafir telah menceritakan kepada kami As Sari bin
Miskin telah menceritakan kepada kami Dzawwad bin 'Ulbah dari Laits dari Mujahid dari Abu
Hurairah dia berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam keluar ketika matahari sedang terik, lalu
aku datang dan solat. Setelah itu aku duduk dan menoleh ke arah Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam, beliau pun bersabda: "Apakah kamu sakit perut." Jawabku, "Benar wahai Rasulullah."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
142

Beliau bersabda: "solatlah, kerana dalam solat terdapat kesembuhan." Telah menceritakan
kepada kami Abu Al Hasan Al Qatthan telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Nashr telah
menceritakan kepada kami Abu Salamah telah menceritakan kepada kami Dzawwad bin 'Ulbah
kemudian dia menyebutkan hadis semisalnya. Dan dalam hadisnya ia menyebutkan, "Isykamat
dard maksudnya adalah 'Apakah perutmu terasa sakit? ', iaitu dalam bahasa Persi." Abu Abdullah
berkata, "Seorang laki-laki menceritakan hadis kepada keluarganya, lalu mereka bersiap
atasnya."

Bab: Larangan berubat dengan sesuatu yang buruk (racun)

No. Hadis: 3450
Bab: Larangan berubat dengan sesuatu yang buruk (racun)


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Waki' dari Yunus bin Abu Ishaq dari Mujahid dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam melarang menggunakan ubat yang buruk, iaitu racun."

No. Hadis: 3451
Bab: Larangan berubat dengan sesuatu yang buruk (racun)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Waki' dari Al A'masy dari
Abu Shalih dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa minum racun lalu membunuh dirinya, maka ia akan merasakan kelak di neraka
Jahannam. Ia akan kekal selama-lamanya."

Bab: ubat cirit

No. Hadis: 3452
Bab: ubat cirit

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
143

_

.


_
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abu Usamah dari Abdul Hamid bin Ja'far dari Zur'ah bin Abdurrahman dari Bekas budak
Ma'mar At Taimi dari Ma'mar At Taimi dari Asma binti 'Umais dia berkata, "Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Dengan apa kamu minum untuk menyembuhkan
sakit perutmu?" Aku menjawab, "Dengan Syubrum." Beliau bersabda: "Panas." Aku berkata,
"Kemudian aku meminum ubat sakit perut dengan menggunakan sanaa. Lantas beliau bersabda:
"Seandainya ada sesuatu yang bisa menyembuhkan mati, maka itu adalah sanaa, dan sanaa
adalah ubat dari kematian."

Bab: ubat batuk tenggorokan dan larangan untuk memasukkan jari ke dalam
tenggorokkan

No. Hadis: 3453
Bab: ubat batuk tenggorokan dan larangan untuk memasukkan jari ke dalam tenggorokkan

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Muhammad bin Ash Shabah
keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah dari Az Zuhri dari
Ubaidullah bin Abdullah dari Ummu Qais binti Mihshan dia berkata, "Aku mengunjungi Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam bersama anakku yang baru saja saya ubati kerongkongannya dengan
tanganku, maka beliau bersabda: "Dengan maksud apa kamu mengubati penyakit tenggorokan
anakmu dengan memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu India, kerana padanya terdapat
tujuh ragam penyembuhan, dan dapat di masukkan sebagai ubat tetes hidung untuk dapat
menyembuhkan penyakit kerongkongan dan dapat pula menjadi penyembuh dari penyakit radang
selaput dada." Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin 'Amru bin As Sarh Al Mishri telah
menceritakan kepada kami Abdullah bin Wahb telah memberitakan kepada kami Yunus dari
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
144

Ibnu Syihab dari Ubaidillah dari Ummu Qais binti Mihshan dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
seperti hadis di atas, Yunus mengatakan, "Arti a'laqtu adalah menusuk dengan jari."

Bab: ubat encok (sendi kaki - sciatica)

No. Hadis: 3454
Bab: ubat encok (sendi kaki - sciatica)

,,

Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar dan Rasyid bin Sa'id Ar Ramli keduanya
berkata; telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim telah menceritakan kepada kami
Hisyam bin Hassan telah menceritakan kepada kami Anas bin Sirin bahawa dia mendengar Anas
bin Malik berkata, "Saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "ubat
penyakit encok (sendi kaki - sciatica) adalah buntut (ekor) kambing kampung betina yang di
keringkan, kemudian di bagi menjadi tiga bahagian, lalu di minum dengan air bersih satu bagian
setiap harinya."

Bab: ubat luka

No. Hadis: 3455
Bab: ubat luka

,,

Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar dan Muhammad bin Ash Shabah
keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abu Hazim dari Ayahnya
dari Sahl bin Sa'd As Sa'idi dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terluka pada
waktu Perang Uhud hingga gigi depannya pecah, dan topi besinya pun pecah. Saat itu Fatimah
mencuci darah yang keluar sementara Ali menuangkan air dengan menggunakan perisai. Ketika
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
145

Fatimah melihat bahawa air tidak dapat mengurangi keluarnya darah bahkan (hanya
membuatnya) kian deras, maka ia segera mengambil sobekan tikar dan membakarnya, ketika
telah menjadi abu ia menempelkannya pada luka tersebut, dan darah pun berhenti."

No. Hadis: 3456
Bab: ubat luka

,,

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami
Ibnu Abu Fudaik dari Abdul Muhaimin bin 'Abbas bin Sahl bin Sa'd As Sa'idi dari Ayahnya dari
Datuknya dia berkata, "Sungguh saya mengetahui kejadian para waktu Perang Uhud, siapa yang
melukai wajah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan siapa yang membuat darah pada luka di
wajah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berhenti dan yang mengubatinya, serta siapa pula
yang membawa air dengan menggunakan perisai dan dengan apa lukanya di ubati hingga
berhenti mengalirkan darah." Sahl melanjutkan, "Adapun orang yang membawa air di dalam
perisai adalah Ali dan yang mengubati lukanya adalah Fatimah. Dia membakar potongan tikar
usang ketika (melihat) darahnya tidak juga berhenti mengalir, lalu meletakkan abunya pada luka
tersebut, setelah itu lukanya pun mengering."

Bab: Barangsiapa melakukan pengubatan padahal dirinya bukan seorang yang ahli
dibidangnya

No. Hadis: 3457
Bab: Barangsiapa melakukan pengubatan padahal dirinya bukan seorang yang ahli dibidangnya

Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar dan Rasyid bin Sa'id Ar Ramli keduanya
berkata; telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim telah menceritakan kepada kami
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
146

Ibnu Juraij dari 'Amru bin Syu'aib dari Ayahnya dari Datuknya, Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Barangsiapa mengubati sedangkan ia tidak tahu mengenai pengubatan,
maka dia harus bertanggung jawab."

Bab: ubat sakit perut

No. Hadis: 3458
Bab: ubat sakit perut

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abdul Wahab telah menceritakan kepada
kami Ya'qub bin Ishaq telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Maimun telah
menceritakan kepadaku Ayahku dari Zaid bin Arqam dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam menyebutkan wars (sejenis tumbuhan), qusth (kayu hindi) dan minyak zaitun bahawa
itu semua dapat mencegah penyakit perut."

No. Hadis: 3459
Bab: ubat sakit perut

Telah menceritakan kepada kami Abu Thahir Ahmad bin 'Amru As Sarh Al Mishri telah
menceritakan kepada kami Abdullah bin Wahb telah memberitakan kepada kami Yunus dan Ibnu
Sam'an dari Ibnu Syihab dari 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah dari Ummu Qais binti
Mihshan dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Gunakanlah dahan kayu
India (Al Kust) kerana sesungguhnya ia terdapat tujuh macam penyembuh, di antaranya adalah
sakit perut." Ibnu Sam'an menyebutkan dalam hadisnya, "kerana sesungguhnya padanya terdapat
ubat dari tujuh macam jenis penyakit, di antaranya adalah sakit perut."



Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
147

Bab: Demam

No. Hadis: 3460
Bab: Demam


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Waki' dari Musa bin 'Ubaidah dari 'Alqamah bin Martsad dari Hafsh bin 'Ubaidullah dari Abu
Hurairah dia berkata, "Disebutkan tentang demam di samping Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, lalu seorang laki-laki mencacinya, maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pun
bersabda: "Janganlah mencacinya, sesungguhnya demam dapat menghapuskan dosa
sebagaimana api menghilangkan karat besi."

No. Hadis: 3461
Bab: Demam

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abu Usamah dari Abdurrahman bin Yazid dari Isma'il bin 'Ubaidullah dari Abu Shalih Al
Asy'ari dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallamm, bahawa beliau menjenguk
seseorang yang tengah tertimpa sakit demam, dan bersama beliau adalah Abu Hurairah, lalu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bergembiralah, sesungguhnya Allah berfirman:
'Ia (demam) adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia sebagai
pengganti bagiannya dari api neraka di Akhirat'."

Bab: Demam itu dari hembusan jahannam, maka dinginkanlah dengan air

No. Hadis: 3462
Bab: Demam itu dari hembusan jahannam, maka dinginkanlah dengan air
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
148

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abdullah bin Numair dari Hisyam bin 'Urwah dari Ayahnya dari Aisyah, bahawa Nabi sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya demam itu (berasal) dari hembusan panas neraka
Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air."

No. Hadis: 3463
Bab: Demam itu dari hembusan jahannam, maka dinginkanlah dengan air


Telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Abdullah
bin Numair dari 'Ubaidullah bin Umar dari Nafi' dari Ibnu Umar dari Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam, bahawa beliau bersabda: 'Sesungguhnya demam yang menyengat itu (berasal) dari
hembusan neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air."

No. Hadis: 3464
Bab: Demam itu dari hembusan jahannam, maka dinginkanlah dengan air

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair telah menceritakan
kepada kami Mush'ab bin Miqdam telah menceritakan kepada kami Israil dari Sa'id bin Masruq
dari 'Abayah bin Rifa'ah dari Rafi' bin Khadij dia berkata, "Saya mendengar Nabi sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Demam berasal dari hembusan neraka Jahannam, maka dinginkanlah
dengan air." Kemudian beliau datang menemui anak laki-laki 'Ammar dan berdo'a:
"Hilangkanlah rasa sakit wahai Rabb manusia, Dzat yang disembah manusia."






Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
149

No. Hadis: 3465
Bab: Demam itu dari hembusan jahannam, maka dinginkanlah dengan air


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
'Abdah bin Sulaiman dari Hisyam bin 'Urwah dari Fatimah binti Al Mundzir dari Asma binti
Abu Bakar, bahawa di datangkan kepadanya seorang wanita yang menderita sakit demam, ia
lantas memerintahkan supaya di ambilkan air, lalu ia menyemburkan pada bagian dada wanita
tersebut. Kemudian dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya demam berasal dari hembusan neraka Jahannam."

No. Hadis: 3466
Bab: Demam itu dari hembusan jahannam, maka dinginkanlah dengan air

,,

,,


Telah menceritakan kepada kami Abu Salamah Yahya bin Khalaf telah menceritakan kepada
kami Abdul A'la dari Sa'id dari Qatadah dari Al Hasan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sakit demam itu berasal dari hembusan neraka Jahannam,
maka hilangkanlah ia dari kalian dengan air dingin."

Bab: Berbekam

No. Hadis: 3467
Bab: Berbekam

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Aswad bin 'Amir telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Muhammad bin
'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
150

bersabda: 'Sekiranya ada sesuatu yang lebih baik yang dapat kalian gunakan untuk pengubatan,
maka itu adalah hijamah (bekam)."

No. Hadis: 3468
Bab: Berbekam

Telah menceritakan kepada kami Nashr bin Ali Al Jahdhami telah menceritakan kepada kami
Ziyad bin Ar Rabi' telah menceritakan kepada kami 'Abbad bin Manshur dari 'Ikrimah dari Ibnu
'Abbas, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ketika malam aku diisra`kan,
maka tidaklah aku melewati seorang malaikat pun kecuali semuanya berkata kepadaku: 'Wahai
Muhammad hendaknya kamu berbekam'."

No. Hadis: 3469
Bab: Berbekam

Telah menceritakan kepada kami Abu Bisyr Bakr bin Khalaf telah menceritakan kepada kami
Abdul A'la telah menceritakan kepada kami 'Abbad bin Manshur dari 'Ikrimah dari Ibnu 'Abbas
dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik hamba adalah tukang
bekam, (kerana dengannya) dapat menghilangkan darah kotor, meringankan tulang punggung
dan memperjelas pandangan."

No. Hadis: 3470
Bab: Berbekam

,,


Telah menceritakan kepada kami Jubarah bin Al Mughallis telah menceritakan kepada kami
Katsir bin Sulaim saya mendengar Anas bin Malik berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Tidaklah aku melewati seorang malaikat ketika malam aku di isra`kan
kecuali mereka berkata: 'Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam'."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
151

No. Hadis: 3471
Bab: Berbekam

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rumh Al Mishri telah memberitakan kepada
kami Al Laits bin Sa'd dari Abu Az Zubair dari Jabir bahawa Ummu Salamah isteri Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam minta izin kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk
berbekam. Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan Abu Thaibah untuk
membekamnya." Jabir menjelaskan, "Aku kira Abu Thaibah adalah saudara laki-laki sepersusuan
Ummu Salamah atau seorang anak yang belum baligh."

Bab: Tempat berbekam

No. Hadis: 3472
Bab: Tempat berbekam


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Khalid bin Makhlad telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal telah menceritakan
kepadaku 'Alqamah bin Abu 'Alqamah dia berkata; saya mendengar Abdurrahman Al A'raj
berkata; saya mendengar Abdullah bin Buhainah berkata, "Ketika sedang ihram Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam melakukan bekam pada kepalanya, di Lahyi Jamal (nama tempat)."

No. Hadis: 3473
Bab: Tempat berbekam

Telah menceritakan kepada kami Suwaid bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ali bin
Mushir dari Sa'd Al Iskaf dari Al Asbagh bin Nubatah dari Ali dia berkata, "Jibril turun kepada
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
152

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan membekam beliau di kedua bahunya dan di atas punggung
dekat leher."

No. Hadis: 3474
Bab: Tempat berbekam

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abu Al Khashib telah menceritakan kepada kami Waki'
dari Jarir bin Hazim dari Qatadah dari Anas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berbekam
pada kedua bahunya dan bagian atas punggung dekat leher."

No. Hadis: 3475
Bab: Tempat berbekam

_

.

_

.

_

.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mushaffa Al Himshi telah menceritakan
kepada kami Al Walid bin Muslim telah menceritakan kepada kami Ibnu Tsauban dari Ayahnya
dari Abu Kabsyah Al Anmari dia menceritakan, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
berbekam di bagian kepalanya dan kedua pundaknya, lalu beliau bersabda: "Barangsiapa
mengalirkan darah dari daerah ini, maka dia tidak akan mendapatkan bahaya atau penyakit jika
dia tidak berubat dengan sesuatu yang lain."

No. Hadis: 3476
Bab: Tempat berbekam

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Tharif telah menceritakan kepada kami Waki'
dari Al A'masy dari Abu Sufyan dari Jabir, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam terjatuh dari
kudanya dan menimpa batang pohon kurma hingga kaki beliau berdarah." Waki' berkata, "Lalu
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam membekam kakinya yang memar."


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
153

Bab: Hari apa yang (bagus) untuk melakukan bekam

No. Hadis: 3477
Bab: Hari apa yang (bagus) untuk melakukan bekam


Telah menceritakan kepada kami Suwaid bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Utsman bin
Mathar dari Zakaria bin Maisarah dari An Nahhas bin Qahm dari Anas bin Malik, bahawa
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa ingin berbekam maka pilihlah
tanggal tujuh belas atau sembilan belas atau dua puluh satu, dan janganlah salah seorang dari
kalian mengeluarkan darah yang banyak hingga dapat membunuhnya."

No. Hadis: 3478
Bab: Hari apa yang (bagus) untuk melakukan bekam

,,

,,

Telah menceritakan kepada kami Suwaid bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Utsman bin
Mathar dari Al Hasan bin Abu Ja'far dari Muhammad bin Juhadah dari Nafi' dari Ibnu Umar dia
berkata, "Wahai Nafi' darahku telah bergelegak, maka carikanlah untukku seorang tukang
bekam, jika bisa maka carilah Babn sebaya dan jangan yang sudah tua atau anak kecil,
sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Berbekam di
waktu pagi sangatlah bagus, sebab di dalamnya terkandung ubat dan keberkahan, menambah
kekuatan akal dan hafalan, maka berbekamlah kalian dengan mengharap keberkahan dari Allah
pada hari kamis, dan hindarilah berbekam pada hari rabu, hari jum'at, hari sabtu dan minggu.
Dan berbekamlah pada hari isnin dan selasa, sesungguhnya hari isnin dan selasa adalah hari di
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
154

mana Allah menyembuhkan Ayyub dari bala` yang di timpakan pada hari rabu. Sungguh tidaklah
penyakit taun dan kusta muncul kecuali pada hari rabu atau malam rabu."

No. Hadis: 3479
Bab: Hari apa yang (bagus) untuk melakukan bekam

_

.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mushaffa Al Himshi telah menceritakan
kepada kami Utsman bin Abdurrahman telah menceritakan kepada kami Abdullah bin 'Ishmah
dari Sa'id bin Maimun dari Nafi' dia berkata, " Ibnu Umar berkata, "Wahai Nafi', darahku telah
bergelegak, maka carikanlah untukku seorang tukang bekam, jika bisa carilah yang Babn sebaya,
jangan yang tua atau anak kecil." Nafi' berkata, "Ibnu Umar berkata, "Sesungguhnya aku
mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Berbekam di waktu pagi sangatlah
bagus, sebab akan menambah kekuatan otak dan hafalan. Maka barangsiapa ingin berbekam,
berbekamlah pada hari kamis atas nama Allah, dan hindarilah berbekam pada hari Jum'at, hari
Sabtu dan Minggu. Dan berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa, sesungguhnya hari Isnin dan
Selasa adalah hari di mana Allah menyembuhkan Ayyub dari bala` yang di timpakan pada hari
Rabu. Sungguh tidaklah penyakit taun dan kusta muncul kecuali pada hari Rabu atau malam
Rabu."

Bab: Kay (pengubatan dengan besi panas)

No. Hadis: 3480
Bab: Kay (pengubatan dengan besi panas)

,,


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Isma'il bin 'Ulayyah dari Laits dari Mujahid dari 'Aqqar bin Mughirah dari Ayahnya dari Nabi
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
155

sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa melakukan pengubatan dengan cara
membakar diri dengan besi atau meminta di ruqyah (mantera-mantera), maka dia tidak memiliki
rasa tawakkal."

No. Hadis: 3481
Bab: Kay (pengubatan dengan besi panas)

Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Rafi' telah menceritakan kepada kami Husyaim dari
Manshur dan Yunus dari Al Hasan dari 'Imran bin Al Hushain dia berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam melarang berubat dengan (cara) membakar diri dengan besi namun kemudian
aku melakukannya, maka aku tidak beruntung dan tidak juga berhasil."

No. Hadis: 3482
Bab: Kay (pengubatan dengan besi panas)

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani' telah menceritakan kepada kami Marwan bin
Syuja' telah menceritakan kepada kami Salim Al Afthas dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas dia
berkata, "Penyembahan itu dengan tiga cara; minum madu, pembelahan dengan berbekam dan
dengan kay, dan aku larang umatku untuk melakukan kay."

Bab: Barangsiapa melakukan pengubatan kay

No. Hadis: 3483
Bab: Barangsiapa melakukan pengubatan kay

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
156


_

.

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Muhammad bin Basysyar
keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far -iaitu Ghundar- telah
menceritakan kepada kami Syu'bah. (Dari jalur lain disebutkan); Telah menceritakan kepada
kami Ahmad bin Sa'id Ad Darimi telah menceritakan kepada kami An Nadhr bin Syumail telah
menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin
Abdurrahman bin Sa'd bin Zurarah Al Anshari dan pamanku Yahya telah mendengarnya -dan
tidak aku jumpai seorang lelaki dari kami yang menyerupainya- dia menceritakan kepada orang-
orang bahawa As'ad bin Zurarah, datuknya Muhammad dari pihak ibu, tertimpa sakit di
tenggorokannya yang biasa di sebut dengan radang tenggorokan. Maka Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Aku akan menyampaikan." Atau, "Mengemukakan alasan kepada Abu
Umamah." Maka dia mengubatinya dengan cara menempelkan besi panas kepadanya hingga
meninggal, maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kematian yang buruk bagi orang
Yahudi. Mereka berkata, 'Bukanlah seharusnya ia membayar diat atas saudaranya! Padahal aku
tidak memiliki kekuasaan apapun atas dirinya atau atas diriku sedikitpun."

No. Hadis: 3484
Bab: Barangsiapa melakukan pengubatan kay

_

.


Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Rafi' telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin 'Ubaid At Thanafisi dari Al A'masy dari Abu Sufyan dari Jabir dia berkata, "Ubay bin Ka'b
tengah menderita sakit, lantas Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mendatangkan seorang tabib
untuknya, kemudian tabib itu mengubatinya dengan membakarkan besi panas di alisnya."

No. Hadis: 3485
Bab: Barangsiapa melakukan pengubatan kay

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abu Al Khashib telah menceritakan kepada kami Waki'
dari Sufyan dari Abu Az Zubair dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam mengubati Sa'd bin Mu'adz dengan menggunakan besi panas pada alisnya hingga dua
kali."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
157

Bab: Bercelak dengan istmid (semacam tumbuhan)

No. Hadis: 3486
Bab: Bercelak dengan istmid (semacam tumbuhan)

Telah menceritakan kepada kami Abu Salamah Yahya bin Khalaf telah menceritakan kepada
kami Abu 'Ashim telah menceritakan kepadaku 'Utsman bin Abdul Malik dia berkata; saya
mendengar Salim bin Abdullah menceritakan dari Ayahnya dia berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Hendaknya kalian menggunakan itsmid (semacam tumbuhan untuk
celak), sesungguhnya ia dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu mata."

No. Hadis: 3487
Bab: Bercelak dengan istmid (semacam tumbuhan)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abdurrahim bin Sulaiman dari Isma'il bin Muslim dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir
dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hendaknya
kalian menggunakan itsmid (semacam tumbuhan untuk celak), sesungguhnya ia dapat
memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu mata."

No. Hadis: 3488
Bab: Bercelak dengan istmid (semacam tumbuhan)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yahya bin Adam dari Sufyan dari Ibnu Khutsaim dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas dia
berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik celak kalian adalah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
158

itsmid (semacam tumbuhan), sebab ia dapata memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu
mata."

Bab: Barangsiapa bercelak hendaklah dengan bilangan ganjil

No. Hadis: 3489
Bab: Barangsiapa bercelak hendaklah dengan bilangan ganjil



Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Umar telah menceritakan kepada kami
Abdul Malik bin Ash Shabah dari Tsaur bin Yazid dari Hushain Al Himyari dari Abu Sa'd Al
Khair dari Abu Hurairah, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa
memakai celak, maka hendaknya dengan bilangan yang ganjil, barangsiapa melakukannya maka
dia telah berbuat baik dan barangsiapa tidak melakukannya, maka tidak ada dosa baginya."

No. Hadis: 3490
Bab: Barangsiapa bercelak hendaklah dengan bilangan ganjil


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yazid bin Harun dari 'Abbad bin Manshur dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dia berkata, "Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam memiliki tempat celak, dan beliau bercelak darinya tiga kali di tiap-
tiap matanya."

Bab: Larangan untuk berubat dengan khamer

No. Hadis: 3491
Bab: Larangan untuk berubat dengan khamer

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
159

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
'Affan telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah telah memberitakan kepada kami
Simak bin Harb dari 'Alqamah bin Wa`il Al Hadhrami dari Thariq bin Suwaid Al Hadhrami dia
berkata; saya berkata, "Wahai Rasulullah, di negeri kami banyak perasan anggur, apakah kami
boleh meminumnya?" beliau menjawab: "Tidak." Aku lalu berkata, "Kami memakainya untuk
menyembuhkan orang sakit! " Beliau bersabda: "Sesungguhnya perasan anggur itu bukanlah
penyembuh (ubat), namun ia adalah penyakit."

Bab: Minta kesembuhan dengan Al-Qur'an

No. Hadis: 3492
Bab: Minta kesembuhan dengan Al-Qur'an

_

.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ubaid bin 'Utbah bin Abdurrahman Al Kindi
telah menceritakan kepada kami Ali bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sa'ad bin
Sulaiman dari Abu Ishaq dari Al Harits dari Ali Radiyallahu 'anhu dia berkata, "Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik ubat adalah Al-Qur'an."

Bab: Inai

No. Hadis: 3493
Bab: Inai


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Zaid bin Al Hubbab telah menceritakan kepada kami Fa`id bekas budak 'Ubaidullah bin Ali bin
Abu Rafi', telah menceritakan kepadaku mantan budakku 'Ubaidullah telah menceritakan
kepadaku nenekku Salma Ummu Rafi' mantan budak Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, dia
berkata, "Apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terluka atau terkena koreng, maka beliau
memolesinya dengan inai."


Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
160

Bab: Kencing unta

No. Hadis: 3494
Bab: Kencing unta


Telah menceritakan kepada kami Nashr bin Ali Al Jahdhami telah menceritakan kepada kami
Abdul Wahhab telah menceritakan kepada kami Humaid dari Anas, bahawa sekelompok orang
dari penduduk 'Urainah datang menemui Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan singgah di kota
Madinah (beberapa saat), maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Jika kalian pergi
ke tempat unta-unta kami, maka minumlah susu dan air kencingnya.' Dan mereka pun
melakukannya."

Bab: Lalat masuk ke dalam bejana

No. Hadis: 3495
Bab: Lalat masuk ke dalam bejana


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yazid bin Harun dari Ibnu Abu Dzi`b dari Sa'id bin Khalid dari Abu Salamah telah menceritakan
kepadaku Abu Sa'id, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pada salah satu
sayap lalat itu mengandung racun dan yang satunya lagi mengandung ubat, oleh kerananya
apabila dia jatuh pada makanan maka benamkanlah ia ke dalamnya, sesungguhnya ia
mendahulukan racun dan mengakhirkan penawarnya."

No. Hadis: 3496
Bab: Lalat masuk ke dalam bejana

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
161

Telah menceritakan kepada kami Suwaid bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Muslim bin
Khalid dari 'Utbah bin Muslim dari 'Ubaid bin Hunain dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu
'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Apabila seekor lalat terjatuh ke dalam minuman kalian,
hendaknya ia mencelupkan ke dalam minuman tersebut kemudian membuangnya, sesungguhnya
pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya terdapat penawarnya."

Bab: Sakit 'Ain

No. Hadis: 3497
Bab: Sakit 'Ain

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair telah menceritakan
kepada kami Mu'awiyah bin Hisyam telah menceritakan kepada kami 'Ammar bin Ruzaiq dari
Abdullah bin Isa dari Umayyah bin Hind dari Abdullah bin 'Amir bin Rabi'ah dari Ayahnya dari
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Penyakit 'ain itu benar adanya."

No. Hadis: 3498
Bab: Sakit 'Ain

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Isma'il bin 'Ulayyah telah menceritakan kepada kami Al Jurairi dari Mudharib bin Hazn dari Abu
Hurairah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " 'Ain itu benar adanya."

No. Hadis: 3499
Bab: Sakit 'Ain

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Abu
Hisyam Al Mahzumi telah menceritakan kepada kami Wuhaib dari Abu Waqid dari Abu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
162

Salamah bin Abdurrahman dari Aisyah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Mintalah perlindungan kepada Allah, kerana sesungguhnya 'ain itu benar adanya."

No. Hadis: 3500
Bab: Sakit 'Ain


Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar telah menceritakan kepada kami Sufyan
dari Az Zuhri dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif dia berkata, "'Amir bin Rabi'ah melintasi
Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu dia berkata, "Aku tidak pernah melihat seperti hari ini
dan tidak ada kulit yang di sembunyikan." Maka tidak lama kemudian Sahl bin Hunaif pun
pingsan. Kemudian ia di bawa ke hadapan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan di katakan
kepada beliau, "Sahl pingsan! " Beliau pun bertanya: "Siapakah yang menyerangnya?" Mereka
menjawab, "'Amir bin Rabi'ah." Beliau bersabda: "Atas perkara apa seseorang dari kalian
menyakiti saudaranya? Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari
saudaranya, maka hendaknya ia mendo'akan keberkahan padanya." Kemudian beliau meminta
air dan memerintahkan 'Amir untuk berWUDUK, maka 'Amir lantas membasuh muka dan kedua
tangannya sampai siku, kedua mata kaki dan apa yang ada di dalam bajunya. Setelah itu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk menyiram Sahl (dengan bekas air
WUDUK 'Amir)." Sufyan berkata; Ma'mar berkata dari Az Zuhri, "Beliau memerintahkan
supaya menuangkan tempat air tersebut dari belakang tubuh 'Amir."

Bab: Barangsiapa minta ruqyah dari penyakit 'Ain

No. Hadis: 3501
Bab: Barangsiapa minta ruqyah dari penyakit 'Ain

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
163

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Sufyan bin 'Uyinah dari 'Amru bin Dinar dari 'Urwah bin 'Amir dari 'Ubaid bin Rifa'ah Az
Zuraqi dia berkata, "Asma berkata, "Wahai Rasulullah, anak-anak Ja'far tertimpa penyakit 'ain,
maka ruqyahlah mereka! " Beliau menjawab: "Ya. Jika ada sesuatu yang mendahului takdir,
maka 'ain lah yang mendahuluinya."

No. Hadis: 3502
Bab: Barangsiapa minta ruqyah dari penyakit 'Ain

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Sa'id bin Sulaiman dari 'Abbad dari Al Jurairi dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id dia berkata,
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berlindung dari mata Jin dan manusia, tatkala turun surat
Mu'awidzatain, beliau mengambilnya dan meninggalkan yang lainnya."

No. Hadis: 3503
Bab: Barangsiapa minta ruqyah dari penyakit 'Ain


Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abu Al Khashib telah menceritakan kepada kami Waki'
dari Sufyan dan Mis'ar dari Ma'bad bin Khalid dari Abdullah bin Syadad dari Aisyah, bahawa
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kepadanya untuk meruqyah dari penyakit 'ain."

Bab: Ruqyah yang diperbolehkan

No. Hadis: 3504
Bab: Ruqyah yang diperbolehkan


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair telah menceritakan
kepada kami Ishaq bin Sulaiman dari Abu Ja'far Ar Razi dari Hushain dari Asy Sya'bi dari
Buraidah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak diperbolehkan
ruqyah kecuali dari penyakit 'ain atau sengatan kalajengking."
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
164

No. Hadis: 3505
Bab: Ruqyah yang diperbolehkan

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abdullah bin Idris dari Muhammad bin 'Umarah dari Abu Bakar bin Muhammad bahawa
Khalidah binti Anas Ummu bani Hazm As Sa'idi datang menemui Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam, dia meminta pertimbangan kepada beliau untuk diruqyah, maka beliau memerintahkan
terapi dengan ruqyah."

No. Hadis: 3506
Bab: Ruqyah yang diperbolehkan


Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abu Al Khashib telah menceritakan kepada kami
Yahya bin Isa dari Al A'masy dari Abu Sufyan dari Jabir dia berkata, "Kaum Anshar ada satu
keluarga yang dipanggil dengan keluarga 'Amru bin Hazm, mereka sering meruqyah (jampi-
jampi) dari penyakit humah (racun yang di akibatkan oleh sengatan kalajengking), padahal
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melarang jampi-jampi, maka mereka mendatangi
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda telah
melarang untuk meruqyah, dan kami sering melakukan ruqyah dari penyakit humah." Maka
beliau bersabda: "Tunjukkanlah (ruqyahmu) kepadaku." Mereka pun membacakannya kepada
beliau, dan beliau bersabda: "Tidak apa dengan ini, kerana bacaan ini termasuk dari sesuatu yang
dapat menguatkan."







Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
165

No. Hadis: 3507
Bab: Ruqyah yang diperbolehkan

Telah menceritakan kepada kami 'Abdah bin Abdullah telah menceritakan kepada kami
Mu'awiyah bin Hisyam telah menceritakan kepada kami Sufyan dari 'Ashim dari Yusuf bin
Abdullah bin Al Harits dari Anas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memberi keringanan
dalam ruqyah (jampi-jampi) dari penyakit humah (racun yang di akibatkan oleh sengatan
kalajengking) dan penyakit 'ain serta penyakit luka yang keluar dari rusuk."

Bab: Ruqyah dari sengatan ular dan kalajengking

No. Hadis: 3508
Bab: Ruqyah dari sengatan ular dan kalajengking

,,

Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah dan Hannad bin As Sari keduanya
berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari Mughirah dari Ibrahim dari Al
Aswad dari Aisyah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memberi keringanan
dalam ruqyah kerana sengatan ular dan kalajengking."

No. Hadis: 3509
Bab: Ruqyah dari sengatan ular dan kalajengking

Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Bahram telah menceritakan kepada kami
'Ubaidullah Al Asyaja'i dari Sufyan dari Suhail bin Abu Shalih dari Ayahnya dari Abu Hurairah
dia berkata, "Seorang laki-laki di sengat kalajengking hingga ia tidak dapat tidur pada malam
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
166

harinya, lantas dikatakan kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, "Fulan telah di sengat
kalajengking hingga ia tidak dapat tidur di mala harinya! " Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Sekiranya menjelang sore harinya ia mengucapkan: 'A'uudzu Bika
Bikalimaatilahittaammti Min Syarri Maa Khalaqa (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat
Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya) ', niscaya sengatan kalajengking tersebut
tidak akan membahayakannya sampai pagi."

No. Hadis: 3510
Bab: Ruqyah dari sengatan ular dan kalajengking


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
'Affan telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid bin Ziyad telah menceritakan kepada kami
Utsman bin Hakim telah menceritakan kepadaku Abu Bakar bin 'Amru bin Hazm dari 'Amru bin
Hazm dia berkata, "Aku memperlihatkan gigitan ular kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, maka beliau memerintahkan meruqyah."

Bab: Yang Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam jadikan sebagai (sarana) perlindungan,

No. Hadis: 3511
Bab: Yang Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam jadikan sebagai (sarana) perlindungan,

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Jarir dari Manshur dari Abu Adh Dhuha dari Masruq dari Aisyah dia berkata, "Apabila
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menjenguk orang sakit, maka beliau akan mendo'akannya,
beliau mengucapkan: "Adzhibil Ba`Sa Rabban Naasi Wasyfi Anta Asy Syafi Laa Syifaa`A Illa
Syifaa`Uka Syifaa`Ab Laa Yughaadiru Saqaman (Hilangkanlah kesusahan wahai Rabb manusia,
sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan selain
kesembuhan dari-Mu, dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit) '."

No. Hadis: 3512
Bab: Yang Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam jadikan sebagai (sarana) perlindungan,
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
167

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Sufyan dari Abdu Rabbih dari 'Amrah dari Aisyah, bahawa yang di bacakan Nabi sallallahu
'alaihi wasallam buat orang yang sakit dengan ludahnya dan jemari beliau adalah: 'Bismillahi
Turbatu Ardhinaa Biriiqati Ba'dhinaa Liyusyfa Saqiimunaa Bi Idzni Rabbinaa (Dengan nama
Allah, debu tanah kami dengan kelembutan sebagian kami semoga sembuh orang yang sakit dari
kami dengan izin Rabb kami) '."

No. Hadis: 3513
Bab: Yang Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam jadikan sebagai (sarana) perlindungan,

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar telah menceritakan kepada kami Yahya bin Abu
Bukair telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Muhammad dari Yazid bin Khushaifah dari
'Amru bin Abdullah bin Ka'b dari Nafi' bin Jubair dari 'Utsman bin Abu Al 'Ash Ats Tsaqafi
bahawa dia berkata, "Saya datang menemui Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, dan (saat itu) saya
menderita penyakit yang sangat menggangguku, maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda
kepadaku: "Letakkanlah tanganmu yang kanan di atasnya (anggota badan yang sakit) lalu
ucapkanlah: 'Bismillahi A'uudzu Bi 'Izzatillah Wa Qudratihi Min Syarri Maa Ajidu Wa
Uhaadziru (Dengan nama Allah aku berlindung dengan keagungan Allah dan kekuasaan-Nya
dari keburukan yang aku rasakan dan aku hindari) ', hingga tujuh kali." Lalu saya mengucapkan
do'a tersebut, maka (dengan itu) Allah menyembuhkanku."

No. Hadis: 3514
Bab: Yang Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam jadikan sebagai (sarana) perlindungan,

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
168

_

.

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Hilal As Shawwaf telah menceritakan kepada kami
'Abdul Warits dari Abdul Aziz bin Shuhaib dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id, bahawa Jibril
datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata, "Wahai Muhammad, apakah
kamu merasakan sakit?" beliau menjawab: "Ya, " Jibril lalu membaca, 'Bismillahi Arqiika Min
Kulli Syai`In Yu`Dziika Min Syarri Kulli Nafsin Au 'Ainin Au Hasidin Allahu Yasyfiika
Bismillah Arqiika (Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang membuatmu
sakit, dari kejahatan semua jiwa, atau 'ain, atau orang yang hasad, Allah akan
menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku meruqyahmu) '."

No. Hadis: 3515
Bab: Yang Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam jadikan sebagai (sarana) perlindungan,

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar dan Hafsh bin Umar keduanya
berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrahman telah menceritakan kepada kami Sufyan
dari 'Ashim bin 'Ubaidullah dari Ziyad bin Tsuwaib dari Abu Hurairah dia berkata, "Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam datang menjengukku, beliau lalu bersabda kepadaku: "Apakah kamu
mau aku ruqyah dengan ruqyah yang telah di ajarkan Jibril kepadaku?" aku lalu menjawab,
"Demi ayah dan Ibuku, tentu ya Rasulullah." Beliau lantas membaca: 'Bismillahi Urqiika
Wallahu Yasyfiika Min Kulli Da`In Yu`Dziika Wa Min Syarrinnaffatsati Fil 'Uqadi Wa Min
Syarri Haasidin Idza Hasad (Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dan Allah-lah yang
menyembuhkanmu dari setiap penyakit yang menimpamu, dari setiap kejahatan wanita-wanita
tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki).'
Beliau mengucapkannya hingga tiga kali."





Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
169

No. Hadis: 3516
Bab: Yang Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam jadikan sebagai (sarana) perlindungan,

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sulaiman bin Hisyam Al Baghdadi telah
menceritakan kepada kami Waki'. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami
Abu Bakar bin Khallad Al Bahili telah menceritakan kepada kami Abu 'Amir keduanya berkata;
telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Minhal dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu
Abbas dia berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memohon perlindungan untuk Hasan dan
Husain dengan mengucapkan: "U'adzukuma Bi Kalimatillah At-Taammah Min Kulli Syaithanin
Wa Haammatin Wa Min Kulli 'Ainin Laammatin (Aku memintakan perlindungan untuk kalian
berdua dengan kalimat Allah yang sempurna, dari segala setan, binatang berbisa dan dari segala
mata yang jahat/hasad) '. Kemudian beliau mengatakan: "Bapak kami, Ibrahim, selalu
memohonkan perlindungan untuk Isma'il dan Ishaq." Atau beliau mengatakan: "Isma'il dan
Ya'qub." Ini adalah hadis riwayatnya Waki'.

Bab: Doa yang digunakan untuk meruqyah dari sakit demam

No. Hadis: 3517
Bab: Doa yang digunakan untuk meruqyah dari sakit demam

,,

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Abu
'Amir telah menceritakan kepada kami Ibrahim Al Asyhali dari Daud bin Hushain dari Ikrimah
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
170

dari Ibnu Abbas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengajarkan doa kepada para sahabat
dari penyakit deman dan semua penyakit, agar mereka mengucapkan: 'Bismillahilkabiir
A'uudzubillahil 'Azhiim Min Syarri 'Irqin Na'ar Wa Min Syarrin Naar (Dengan menyebut nama
Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dari kejahatan penyakit
na'ar (yang membangkang) dan dari kejahatan panasnya neraka) '." Abu 'Amir berkata, "Aku
berbeda dengan orang-orang di dalam lafzad ini, menurutku, "Ya'ar." Telah menceritakan kepada
kami 'Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik
telah mengkhabarkan kepadaku Ibrahim bin Ismail bin Abu Habibah Al Asyhali dari Dawud bin
Al Hushain dari Ikrimah dari Ibnu 'Abbas dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam seperti hadis di
atas, dan beliau bersabda: "Dari penyakit ya'ar."

No. Hadis: 3518
Bab: Doa yang digunakan untuk meruqyah dari sakit demam

_

.

,,

_

.

Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Utsman bin Sa'id bin Katsir bin Dinar Al Himshi
telah menceritakan kepada kami Ayahku dari Ibnu Tsauban dari Umair bahawa dia mendengar
Junadah bin Abu Umayyah berkata; saya mendengar 'Ubadah bin As Shamit berkata, "Jibril
'Alaihis salam datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam saat beliau sedang sakit panas, lalu
Jibril membaca: 'Bismillahi Arqiika Min Kulli Syai`In Yu`Dziika Wa Min Hasadi Haasidin Wa
Min Kulli 'Ainin Allahu Yusyfiika Bismillah Arqiika (Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari
segala sesuatu yang membuatmu sakit, dari setiap kedengkian pendengki dan dari setiap penyakit
'ain semoga Allah menyembuhkanmu) '."

Bab: Meniup saat meruqyah

No. Hadis: 3519
Bab: Meniup saat meruqyah

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
171

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Ali bin Maimun Ar Raqqi dan
Sahl bin Abu Shal mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Waki' dari Malik bin Anas
dari Az Zuhri dari 'Urwah dari Aisyah, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam meniupkan udara
saat meruqyah."

No. Hadis: 3520
Bab: Meniup saat meruqyah

Telah menceritakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl dia berkata; telah menceritakan kepada kami
Ma'n bin Isa. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin
Yahya telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Umar keduanya berkata; telah menceritakan
kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari 'Urwah dari Aisyah, bahawa jika Nabi sallallahu 'alaihi
wasallam menderita sakit, maka beliau membaca do'a untuk perlindungan bagi dirinya dan
meniupkan udara, ketika sakitnya semakin parah, maka sayalah yang membaca untuk beliau dan
mengusapkan dengan tangan beliau mengharap keberkahan."

Bab: Menggantungkan azimat

No. Hadis: 3521
Bab: Menggantungkan azimat

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
172



Telah menceritakan kepada kami Ayyub bin Muhammad Ar Raqi telah menceritakan kepada
kami Mu'ammar bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Bisyr dari Al
A'masy dari 'Amru bin Murrah dari Yahya bin Al Jazzar dari puteri saudarinya Zainab isterinya
Abdullah, dari Zainab dia berkata, "Seorang wanita tua menemui kami hendak menjampi-jampi
dari penyakit demam. Dan kami memiliki dipan yang panjang kaki-kakinya, dan apabila
Abdullah hendak masuk maka ia akan berdehem dan bersuara. Suatu hari ia masuk, ketika
wanita tua itu mendengar suaranya, maka ia bersembunyi. Kemudian Abdullah datang dan duduk
di sampingku dan membelaiku, ternyata ia menyentuh suatu jahitan benang, maka dia berkata,
'Apa ini? ' aku lalu menjawab, azimat, di dalamnya terdapat jampi-jampiku untuk pengubatan
penyakit demam." Abdullah lalu menariknya dengan paksa, kemudian ia putus dan
membuangnya seraya berkata, "Sungguh saat ini keluarga Abdullah telah melakukan praktek
kesyirikkan, saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya
jampi-jampi, azimat dan pelet adalah syirik." Aku berkata, "Suatu hari aku keluar, lantas si fulan
memandangiku hingga mataku selalu berair, jika mataku di jampi maka air matanya akan
berhenti, namun jika tidak di jampi maka ia akan selalu berair." Abdullah berkata, "Itu adalah
(perbuatan) setan, jika kamu mentaatinya maka setan akan meninggalkanmu, tapi jika kamu
tidak mentaatinya maka ia akan menusuk matamu dengan jari-jarinya. Akan tetapi sekiranya
kamu melakukan apa yang pernah di lakukan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam maka
itu akan lebih baik bagimu dan lebih layak mendapatkan kesembuhan, kamu mengguyur kedua
matamu dengan air sambil membaca: 'Adzhibil Ba`Sa Rabbannasi Isyfi Anta Syaafi Laa
Syifaa`A Illa Syifaa`Uka Syifaa`An Laa Yughaadiru Saqama (Hilangkanlah kesusahan, wahai
Rabb manusia, sembuhkanlah. Sebab Engkaulah Maha penyembuh, yang tidak ada kesembuhan
melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit) '."

No. Hadis: 3522
Bab: Menggantungkan azimat

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
173

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abu Al Khashib telah menceritakan kepada kami Waki'
dari Mubarak dari Al Hasan dari 'Imran bin Al Hushain, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
melihat gelang dari kuningan di tangan seorang laki-laki, maka beliau bertanya: "Apakah
maksud dari gelang ini?" laki-laki itu menjawab, "Ini adalah wahinah." Beliau bersabda:
"Lepaslah, kerana azimat itu tidak akan menambahmu melainkan kesengsaraan."

Bab: Nusyrah

No. Hadis: 3523
Bab: Nusyrah

_

.

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abdurrahim bin Sulaiman dari Yazid bin Abu Ziyad dari Sulaiman bin 'Amru Al Ahwash dari
Ummu Jundab dia berkata, "Aku melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melempar
jumrah aqabah dari tengah lembah pada hari Idul Adha (hari penyembelihan) kemudian pergi,
sedangkan seorang wanita dari Khats'am bersama bayinya yang menderita sakit bisu mengikuti
beliau, wanita itu berkata, "Wahai Rasulullah, ini adalah anakku dan keluargaku yang masih
tersisa, dia menderita sakit bisu." Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Berikanlah air untukku." Lantas di bawakanlah air untuk beliau, beliau lalu mencuci kedua
tangannya dan berkumur-kumur, kemudian beliau memberikan kepada wanita itu seraya
bersabda: "Berilah ia minum dan tuangkanlah kepadanya sambil meminta kesembuhan kepada
Allah." Ummu Jundub berkata, "Maka aku menjumpai wanita itu dan berkata, "Jika berkenan,
berikanlah kepadaku sedikit darinya?" Dia menjawab, "Air ini hanya untuk orang yang tertimpa
musibah seperti ini." Ummu Jundub berkata, "Kemudian aku bertemu lagi setelah lewat satu
tahun dan aku menanyakan perihal anaknya, maka dia menjawab, "Ia telah sembuh dan cerdas
akalnya, tidak seperti kecerdasan otak orang yang lain."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
174

Bab: Membunuh ular yang mempunyai dua garis putih pada punggugnya

No. Hadis: 3524
Bab: Membunuh ular yang mempunyai dua garis putih pada punggugnya

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
'Abdah bin Sulaiman dari Hisyam bin 'Urwah dari Ayahnya dari Aisyah dia berkata, "Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh ular Dzuth thufain (ular yang
punggungnya terdapat dua garis putih), sebab ia dapat membutakan pandangan mata dan
membahayakan kandungan, iaitu ular yang sangat berbahaya."

No. Hadis: 3525
Bab: Membunuh ular yang mempunyai dua garis putih pada punggugnya

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin 'Amru bin As Sarh telah menceritakan kepada kami
Abdullah bin Wahb telah mengkhabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari Salim dari
Ayahnya, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bunuhlah ular, bunuhlah
Dzuth thufain (ular yang punggungnya terdapat dua garis putih) dan al Abtar (sejenis ular yang
berekor pendek atau terpotong), kerana keduanya dapat merusak pandangan mata dan
menggugurkan kandungan."

Bab: Taajub dengan jiwa optimis dan benci dengan thiyarah (pesimis)

No. Hadis: 3526
Bab: Taajub dengan jiwa optimis dan benci dengan thiyarah (pesimis)


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair telah menceritakan
kepada kami 'Abdah bin Sulaiman dari Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
175

Hurairah dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyukai ucapan yang baik dan
membenci thiyarah (menganggap sial ketika melihat burung atau yang semisalnya)."

No. Hadis: 3527
Bab: Taajub dengan jiwa optimis dan benci dengan thiyarah (pesimis)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Yazid bin Harun telah memberitakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Anas dia berkata,
"Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: ""Tidak ada 'Adwa dan Thiyarah, namun yang aku
sukai adalah ucapan yang bagus."

No. Hadis: 3528
Bab: Taajub dengan jiwa optimis dan benci dengan thiyarah (pesimis)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Waki' dari Sufyan dari Salamah dari Isa bin 'Ashim dari Zirr dari Abdullah dia berkata,
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Thiyarah adalah perbuatan syirik, dan hal itu
hanyalah prasangka kita, akan tetapi Allah akan menghilangkan dengan tawakkal."

No. Hadis: 3529
Bab: Taajub dengan jiwa optimis dan benci dengan thiyarah (pesimis)


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abu Al Ahwash dari Simak dari 'Ikrimah dari Ibnu Abbas dia berkata, "Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada 'Adwa, Thiyarah, Hammah dan juga Shafar."

No. Hadis: 3530
Bab: Taajub dengan jiwa optimis dan benci dengan thiyarah (pesimis)
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
176

,,

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Waki' dari Abu Janab dari Ayahnya dari Ibnu Umar dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Tidak ada 'Adwa, tidak ada Thiyarah dan tidak ada Hammah." Lalu ada
salah seorang laki-laki berdiri menghampiri beliau sambil berkata, 'Wahai Rasulullah, unta
betina telah menderita penyakit gatal, lalu ia menularkan kepada yang lain?" Beliau menjawab:
"Itu adalah takdir, lalu siapakah yang pertama kali menciptakan penyakit gatal?"

No. Hadis: 3531
Bab: Taajub dengan jiwa optimis dan benci dengan thiyarah (pesimis)


t

:


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Ali bin Mushir dari Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah, Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Orang yang sakit tidak akan menularkan penyakit kepada
orang yang sihat."

Bab: Sakit taun

No. Hadis: 3532
Bab: Sakit Kusta

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr dan Mujahid bin Musa dan Muhammad bin Khalaf
Al 'Asqalani mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Yunus bin Muhammad telah
menceritakan kepada kami Mufadhdhal bin Fadhalah dari Habib bin As Syahid dari Muhammad
bin Al Munkadir dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
memegang tangan seorang yang terkena kusta, kemudian beliau memasukkan tangannya
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
177

bersama tangan laki-laki tersebut ke suatu mangkuk, kemudian beliau bersabda: "Makanlah
dengan percaya dan tawakkal kepada Allah."

No. Hadis: 3533
Bab: Sakit kusta

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami
Abdullah bin Nafi' dari Ibnu Az Zinnad. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan
kepada kami Ali bin Abu Al Khashib telah menceritakan kepada kami Waki' dari Abdullah bin
Sa'id bin Abu Hind semuanya dari Muhammad bin Abdullah bin 'Amru bin 'Utsman dari ibunya
Fatimah binti Al Husain dari Ibnu Abbas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Janganlah berlama-lama memandangi orang yang terkena penyakit kusta."

No. Hadis: 3534
Bab: Sakit kusta

Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Rafi' telah menceritakan kepada kami Husyaim dari
Ya'la bin 'Atha dari seorang laki-laki dari keluarga As Syarid yang bernama 'Amru dari Ayahnya
dia berkata, "Di antara utusan Tsaqif ada seseorang yang menderita sakit kusta, maka Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam mengutus utusan untuk menyampaikan: "Kembalilah pulang,
sesungguhnya kami telah membai'atmu."

Bab: Sihir

No. Hadis: 3535
Bab: Sihir

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
178

_

.


.

_

.

_

.

_

.

_

.

,,


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
Abdullah bin Numair dari Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah dia berkata, "Seorang Yahudi dari
Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al A'sham telah menyishir Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam, sehingga Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pun di buat seakan-akan telah melakukan
sesuatu pekerjaan yang beliau tidak kerjakan." Aisyah melanjutkan, "Sampai di suatu hari -atau
suatu malam-, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdo'a, berdo'a dan berdo'a, kemudian
beliau bersabda: "Wahai Aisyah, apakah kamu telah merasakan bahawa Allah telah memberikan
fatwa (menghukumi) dengan apa yang telah aku fatwakan (hukumi)? Dua orang laki-laki telah
datang kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk di atas kepalaku dan satunya lagi di
kakiku. Kemudian orang yang berada di kepalaku berkata kepada orang yang berada di kakiku,
atau orang yang berada di kakiku berkata kepada orang yang berada di kepalaku; "Menderita
sakit apakah laki-laki ini?" dia (salah seorang malaikat yang berada di kaki beliau atau kepala
beliau) berkata, 'Terkena sihir.' Lalu salah satunya bertanya, 'Siapakah yang menyihirnya? ' dia
menjawab, 'Labid bin Al A'sham.' Dia bertanya lagi, 'Dengan benda apakah dia menyishir? ' dia
menjawab, 'Dengan rambut yang terjatuh ketika di sisir dan sebatang mayang kurma." Dia
bertanya lagi, "Di manakah benda itu diletakkan?" dia menjawab, "Di dalam sumur milik Dzu
Arwan.' Aisyah berkata, "Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mendatanginya bersama
beberapa orang sahabatnya, lantas bersabda: "Demi Allah, wahai Aisyah seakan-akan airnya
berubah bagaikan rendaman pohon inai dan seakan-akan pohon kurmanya bagaikan kepada
setan." Aisyah berkata, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah anda membakarnya?" beliau
menjawab: "Tidak, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku hanya tidak suka
memberikan kesan buruk kepada orang lain dari peristiwa itu." Kemudian beliau memerintahkan
seseorang membawanya (barang yang di pakai untuk menyihir) lalu menguburnya."

Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
179

No. Hadis: 3536
Bab: Sihir

_

.

,,

_

.

_

. _

.
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Utsman bin Sa'id bin Latsir bin Dinar Al Himshi
telah menceritakan kepada kami Baqiyah telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Al 'Ansiy
dari Yazid bin Abu Habib dan Muhammad bin Yazid Al Mishriyyaini keduanya berkata; telah
menceritakan kepada kami Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata; Ummu Salamah berkata, "Wahai
Rasulullah, setiap tahun anda masih saja mengalami sakit akibat racun yang ada pada daging
kambing yang anda makan." Beliau menjawab: "Tidaklah rasa sakit akibat dari kambing yang di
beri racun itu menimpaku kecuali dia telah ditentukan bagiku, begitu juga dalam penciptaannya."

Bab: Rasa takut dan doa yang digunakan untuk meruqyahnya

No. Hadis: 3537
Bab: Rasa takut dan doa yang digunakan untuk meruqyahnya

_

.


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami
'Affan telah menceritakan kepada kami Wahb dia berkata; telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin 'Ajlan dari Ya'qub bin Abdullah bin Al Asyaj dari Sa'id bin Al Musayyab dari
Sa'd bin Malik dari Khaulah binti Hakim, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda;
"Sekiranya salah seorang dari kalian singgah di suatu tempat tinggal lalu mengucapkan 'A'uudzu
Bikalimatit Taammaat Min Syarri Maa Khalaq (Aku berlindung dengan kalimat Allah yang
sempurna dari kejahatan makhluk-nya) ', niscaya dia tidak akan di celakai oleh sesuatu di tempat
persinggahannya tersebut sampai ia meninggalkannya."

No. Hadis: 3538
Bab: Rasa takut dan doa yang digunakan untuk meruqyahnya
Hadis Pengubatan Mustaqim
Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
180

_

.

_

.


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Abdullah Al Anshari telah menceritakan kepadaku 'Uyainah bin Abdurrahman
telah menceritakan kepadaku Ayahku dari Utsman bin Abu Al 'Ash dia berkata, "Tatkala
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menugaskan aku di Tha`if, tiba-tiba ada sesuatu yang
selalu menggangguku di dalam solat sehingga aku tidak menyadari solat yang aku kerjakan.
Ketika aku sadari, maka aku lekas pergi kembali menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,
beliau lalu bertanya: "Ibnu Abu Al 'Ash?" Aku menjawab, Ya, wahai Rasulullah." Beliau
bertanya lagi: "Kabar apa yang kamu bawa?" Aku menjawab, "Ada sesuatu yang mengganguku
di dalam solat, sehingga aku tidak menyadari solat yang aku kerjakan." Beliau bersabda: "Itu
adalah setan, mendekatlah kamu." Maka aku pun mendekat kepada beliau, dan aku duduk di atas
kedua telapak kakiku. Dia melanjutkan, "Kemudian beliau menyentuh dadaku dengan tangannya,
lalu meludah di mulutku dan bersabda: "Keluarlah wahai musuh Allah." Beliau melakukan hal
itu hingga tiga kali, kemudian bersabda: "Kembalilah kepada tugasmu semula." (Perawi) berkata,
"Utsman berkata, "Demi Dzat yang menghidupkan aku, aku tidak pernah lagi merasakan ada
yang menggangguku."

No. Hadis: 3539
Bab: Rasa takut dan doa yang digunakan untuk meruqyahnya

_

.

Hadis Pengubatan Mustaqim


Al-Muallij Mustaqim Al-Husaini
181

Telah menceritakan kepada kami Harun bin Hayyan telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin
Musa telah memberitakan kepada kami 'Abdah bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami
Abu Janab dari Abdurrahman bin Abu Laila dari ayahnya Abu Laila dia berkata, "Ketika aku
sedang duduk di samping Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badui
seraya berkata, 'Sesungguhnya aku mempunyai saudara yang menderita sakit." Beliau bertanya:
"Apa sakit yang meninmpa saudaramu?" Dia menjawab, "Dia terserang ayan." Beliau bersabda:
"Pergi dan bawalah dia kesini." Maka dia pergi dan kembali (kepada beliau) bersama saudaranya
dan mendudukkannya di depan beliau, maka aku mendengar beliau memberikan perlindungan
kepadanya dengan Al Fatihah, empat ayat dari permulaan surat Al Baqarah, dua ayat dari
tengahnya dan (ayat) Wa Ilaahukum Ilaahuwwaahid (dan tuhan kalian adalah tuhan yang satu),
ayat kursi, tiga ayat dari penghujung surat Al Baqarah, dan satu ayat dari surat Ali 'Imran. Aku
yakin beliau mengucapkan: "Syahidallahu Annahu Laa Ilaaha Illa Huwa (Allah bersaksi bahawa
tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Dia) '. Beliau juga membaca satu ayat dari surat Al
A'raaf: Inna Rabbakumullahulladzi Khalaq (sesungguhnya Rabb kalian adalah yang
menciptakan) ', satu ayat dari surat Al MuKminun: Wa Man Yada'u Ma'allahi Ilaahna Aakhar
Laa Burhaana Lahu Bihi '(Dan barang siapa yang menyeru bersama dengan Allah iaitu ilah yang
lain, maka tidak ada petunjuk baginya), satu ayat dari surat Al Jin: Wa Annahu Ta'ala Jaddu
Rabbinaa Mattakhadza Shaahibatan Wa Laa Walada (Dan bahawasannya Maha Tinggi
kebesaran Rabb kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak) '. Sepuluh ayat dari surat Ash
Shaffaat, tiga ayat dari akhir surat Al Hasyr, dan Qulhuwallahu Ahad, dan dua mu'awidzatain.
Kemudian orang Arab Badui itu bangun dan sembuh seakan-akan tidak menderita sakit."

Anda mungkin juga menyukai