Anda di halaman 1dari 4

Soalan Latihan:

1. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada wujudnya perkaitan antara aspek semantik,
fonologi, leksikal dan gramatikal.
a. Terangkan jenis-jenis hubungan yang membentuk hubungan leksikal.
b. Huraikan kepentingan penanda wacana dalam penulisan esei.

2. Dalam penulisan akademik , penulis perlu membaca dan merujuk sumberi-sumber


seperti
buku, terbitan berkala, artikel, jurnal, bahan elektronik, tesis, akhbar, laman web dan
sebagainya.
a. Jelaskan kepentingan membuat senarai rujukan pada bahagian akhir penulisan
akademik.
b. Tuliskan kedua-dua sumber rujkan yang berikut mengikut format APA.
1.Tajuk buku : Kemahiran berfikir
Nama Pengarang: Syad Ismail Mustapa, Ahamad Subki, Aliza adnan
Tahun : 2014
Nama penerbit : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Tempat : Puchong

2. Tajuk : Ke arah Pengkomputeran Pengajaran Berbahasa: cereka dan fakta


Nama penulis : Rusdina Abdul Rahim
Nama Majalah: Majalah Dewan
Tahun : 1993
Bulan terbit : Jun
Nombor muka surat : 16-30
3. Penulisan ilmiah penting dalam proses penyebara ilmu secara fakta. Seseorang
penulis perlu menulis fakta dan maklumat secara objektif dengan menggunakan bahasa
formal, ringkas, tepat dan jelas.
a. Bandingkan tujuan penulisan ilmiah dan penulisan kreatif.
b. Huraikan konsep kejelasan (clarity) dalam penulisan ilmiah.

4. Kassim sedang menulis sebuah esei ilmiah untuk dibentang dalam satu seminar di
Kuala Lumpur .Beliau merujuk kepada anda bagi mendapatkan bimbingan tentang
penulisan tersebut.
Cadangkan satu struktur penulisan ilmiah yang berkualiti kepada beliau
1)a) Hubungan ini dapat dilihat dari aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam
sesuatu wacana. Hubungan leksikal dalam wacana tercapai melalui penggunaan kosa
kata yang serasi dan sesuai. Pertalian unsur-unsur leksikal dalam sesebuah wacana
dapat dilihat melalui beberapa hubungan.

Antara hubungannya ialah, mengulang kata yang sama. Repitisi ialah


pengulangan satuan lingual (bunyi, suku kata, kata dan perkataan) yang dianggap
penting untuk memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai. Berdasarkan
tempat satuan lingual yang diulang dalam baris, klausa atau kalimat, repitisi dapat
dibezakan mengikut lapan jenis iaitu repetisi epizueksis, tautotes, anaphora, epifora,
simplok, mesodiplosis, epanalepsis dan anadiplosis.

Seterusnya, menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikal. Ini menunjukkan


penggunaan lebih daripada satu bentuk bahasa yang secara semantic memiliki
kesamaan atau kemiripan. Sinonim terjadi pada morfem bebas dengan morfem terikat,
kata dengan kata, kata dengan frasa atau sebaliknya, frasa dengan frasa dan klausa
dengan kalimat dengan klausa atau kalimat.

Selain itu, menggunakan antonym. Antonim kata turut disebut sebagai posisi
makana. Posisi makna merupakan konsep yang berlawanan untuk menunjukkan makna
kontra sahaja. Berdasarkan antonym, posisi makna dapat dijelaskan kepada lima jenis,
iaitu posisi mutlak, posisi kutub, posisi hubungan, posisi hierarki dan posisi majmuk.

Menggunakan hiponim. Penggunaan kata-kata yang berkaitan antara satu


dengan yang lain. Dalam erti kata lain, hiponim juga ditakrifkan sebagai suatu perkataan
yang memberi makna kepada suatu perkataan yang lain. Seterusnya, pembuka dan
penutup wacana. Antara contoh pembuka dan penutup wacana ialah alkisah,
sebermula, maka dengan hormat (dalam karya klasik), dengan bangga, dukacita dan
juga kata-kata seperti sekalian, wassalam, hormat daripada kami dan sebagainya.

b) Penggunaan penanda wacana dalam sesebuah karangan amat penting bagi mewujudkan
pertautan dan kesepaduan bentuk dan makna sesebuah karangan. Awang Sariyan (1991)
menegaskan bahawa penggunaan penanda wacana yang merupakan kata atau frasa
perangkai membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan
maklumat atau gagasan menjadi lancar dan tidak melompat-lompat. Roselan Baki (1994)
menjelaskan lagi bahawa penanda wacana dapat digunakan dalam dua situasi untuk
menghubungkan dua ayat (lalu membentuk satu ayat), dan antara perenggan. Penggunaan
penanda wacana dalam ayat membentuk perkaitan dan pertalian antara ayat dengan ayat
atau ayat-ayat sebelumnya.
Penanda wacana juga dapat digunakan untuk menghubungkan idea antara dua
perenggan. Hal ini bermakna bahawa penanda wacana boleh menghubungkan dua wacana
yang lebih luas antara dua perenggan. Sekiranya penanda wacana tidak digunakan,
hubungan idea atau urutannya tidak begitu jelas. Keupayaan pelajar khususnya dalam
mempersembahkan karangan dengan baik dipengaruhi oleh kebolehan pelajar
menggunakan penanda wacana yang merupakan satu faktor yang menentukan mutu
persembahan dan pertautan idea dalam kemahiran mengarang.

2)a) Antara kepentingan menulis senarai rujukan pada bahagian akhir penulisan ialah,
senarai rujukan yang dibina akan memberi ruang kepada penyelidik yang berminat untuk
membuat pembacaan dan penyelidikan lanjutan. Senarai rujukan ini juga adalah untuk
memberi penghargaan kepada penulis-penulis lain yang menyumbangkan teori, pendapat
dan sebagainya. Rujukan dan bibliografi ini menampakkan senarau yang digunakan adalah
berkaitan dengan topik penyelidikan. Senarai ini dapat membuktikan kesahihan sesuatu
penyelidikan. Rujukan dan bibliografi adalah alat untuk merekod maklumat yang digunakan
dan boleh membantu sekiranya maklumat tambahan diperlukan atau hilang. Senarai ini
dapat menghindarkan penggunaan nota kaki.

b) Syad Ismail Mustapa, Ahamad Subki & Aliza Adnan. (2014). Kemahiran Berfikir.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Rusdina Abdul Rahim. (Jun, 1993). Ke Arah Pengkomputeran Pengajaran Berbahasa:


Cereka dan Fakta. Majalah Dewan, 16-30.

3)a) Penulisan berilmiah ditulis bertujuan memberi pemahaman kepada pembaca terhadap
teks berdasarkan fakta manakala kreatif ditulis berdasarkan pengamatan dan pengalaman
yang ditokok tambah daripada hasil imaginasi dan kreativiti pengarang.

b) Konsep penjelasan adalah bertujuan untuk memberi pemahaman dan pembaca tentang
teks atau sesuatu perkara. Konsep ini banyak digunakan dalam bidang kewartawanan dan
menjawab soalan 5W1H. Terdapap enam metod yang perlu dilaksanakan dalam
menjawab soalan tersebut. Antaranya ialah, identifikasi, iaitu menentukan subjek.
Seterusnya perbandingan dan perbezaan yang bermaksud menerangkan subjek dengan
memberi imej persamaan dan pertentangan dengan subjek lain. Ilustrasi, iaitu kegunaan
contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum dan idea-idea focus. Klasifikasi,
iaitu penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan sesuatu. Definisi
yang memberi pengertian tertentu, makna dan takridan sesuatu subjek. Analisis iaitu,
pembahagian komponen yang menerangkan satu-persatu tentang perkara atau peristiwa.
4) Penulisan ilmiah perlu mengandungi bahagian awal, bahagian isi, bahagian penutup,
rujukan serta lampiran.

Bahagian awal penulisan ilmiah harus mengandungi pendahuluan dan latar belakang
kajian. Bahagian awal juga harus meliputi pernyataan masalah, tujuan kajian, soalan kajian
serta Batasan kajian.

Bahagian isi pula, harus mengandungi metodologi dan dapatan kajian. Selepas
dapatan kajian, perbincangan tentang dapatan kajian juga harus ditunjukkan pada
bahagian isi penulisan ilmiah.

Bahagian penutup pula harus mengandungi kesimpulan terhadap kajian yang


dilakukan serta cadangan untuk menambahbaikan kajian.

Sebuah penulisan ilmiah yang berkualiti juga harus mengandungi rujukan daripada
pelbagai sumber. Bukan itu sahaja, selitkan lampiran tentang temu bual atau borang soal
selidik yang diisi oleh responden.

Anda mungkin juga menyukai