Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN INTERAKTIF – KATA ADJEKTIF

10 soalan kata adjektif diberikan di bawah ini.

1. Benjolan pada dahi Aiman semakin___setelah diberikan urutan oleh ibu.


(susut/lisut)

2. Walaupun ubi kayu itu direbus selama 30 minit, ubi kayu itu masih______.
(empuk/mangkar)

3. Rambutnya kelihatan_____setelah disapu dengan minyak rambut.


(kejang/kejur)

4. Kereta lamanya kelihatan_____kerana sudah lama tidak dicuci.


(samar/kusam)

5. Seluar itu kelihatan_______kerana sering dipakai Pak Abu ke kebun getah.


(usang/kumal)

6. Dahan pokok rambutan itu _kerana pokok rambutan itu terlanggar oleh lori pasir pada hari
semalam.
( condong/sekah)

7. Suraini seorang wanita yang berependirian tegas dan _____akan keputusannya.


(telap/tekal)

8. Perut Encik Aiman kelihatan______kerana beliau kurang bersenam pada hujung minggu.
(kembung/gendut)

9. Kain sarung yang terdapat di stor rumahnya semakin_______kerana sudah lama tidak
digunakan.
(luntur/reput)

10. Buah kuini itu terasa masam kerana masih_____.


(ranum/mengkal)
LATIHAN INTERAKTIF – STRUKTUR AYAT

Tandakan ✅ pada ayat yang betul.

1. Ibu mengirimkan abang surat tawaran itu.


Ibu mengirimi abang surat tawaran itu.
3. Pengurus menyerahkan Encik Ali tugasan itu
Pengurus menyerahi Encik Ali tugasan itu.
5. Kerajaan menasihati semua rakyat agar mematuhi perintah.
Kerajaan menasihatkan semua rakyat agar mematuhi perintah.
7. Potret itu menghiaskan ruang tamu rumah Jamil.
Potret itu menghiasi ruang tamu rumah Jamil.
9. Azman memperisteri gadis dari kampungnya.
Azman memperisterikan gadis dari kampungnya.
11. Puan Zainab mempersuami anak gadisnya dengan seorang guru.
Puan Zainab mempersuamikan anak gadisnya dengan seorang guru.
13. Adnan memperolehi kejayaan tersebut kerana berusaha dengan
gigihnya.
Adnan memperoleh kejayaan tersebut kerana berusaha dengan
gigihnya.
15. Puan Hasnah menguruskan pendaftaran peserta sayembara puisi itu.
Puan Hasnah mengurus pendaftaran peserta sayembara puisi itu.
17. Suhana membacai adik buku cerita itu.
Suhana membacakan adik buku cerita itu.
19. Karmilah merebus ayah ubi kayu itu.
Karmilah merebuskan ayah ubi kayu itu.

Anda mungkin juga menyukai