Anda di halaman 1dari 2

Pemanasan global sebabkan beruang

kutub makin 'ramping'?


Agensi |   Disember 09, 2017 09:02 MYT

       

Beruang kutub semakin kurus dan bergelut untuk mencari makanan akibat perubahan iklim.

Rakaman video dan imej seekor beruang kutub yang kelihatan kurus serta 'hampir
mati' bergelut mencari makanan berlaku di Pulau Baffin, Kanada.

Menurut Mirror.uk rakaman dramatik beruang kutub itu dilihat dalam keadaan tidak
bermaya serta 'kepenatan' mengheret badannya mencari makanan di tong-tong
sampah.

Situasi menyedihkan itu dirakam oleh jurugambar Paul Nicklen sambil mengalirkan
air mata.
"Kami tergamam dan tanpa sengaja air mata jatuh ke pipi," katanya.

Pulau Baffin, Kanada yang merupakan kawasan lautan ais batu atau bongkah ais
mencair akibat pemanasan global.

Malah, Nicklen juga akan terus merakam kesengsaraan dan kematian beruang secara
perlahan selain menyakitkan itu serta menyiarkannya di media sosial sebagai bukti
visual kesan perubahan iklim.

"Apabila para saintis mengatakan beruang kutub makin pupus, saya mahu orang ramai
menyedari perkara ini juga berlaku. Beruang kutub akan mati kelaparan.

"Ini apa yang berlaku. Beruang kutub kelaparan," katanya.

Beruang kutub berasal dari Artik dan salah satu daripada punca kematian adalah
disebabkan perubahan iklim.

Mereka bergantung kepada ais Artik untuk memburu anjing laut dan perkara itu
semakin terancam akibat ais mencair.

"Hakikatnya mudah, jika bumi terus panas, kita pastinya akan kehilangan beruang
kutub dan seluruh ekosistemnya," katanya.

Anda mungkin juga menyukai