Anda di halaman 1dari 2

PERUSAHAAN KEROPOK WARISAN KELUARGA

Keropok warisan keluarga atau lebih dikenali sebagai Mak Wan Enterprise
merupakan satu perusahaan membuat keropok segera yang dijalankan sejak turun-
temurun lagi dan mula beroperasi pada tahun 2001 telah diasaskan oleh Wan Hasmah
Wan Semail. Pasaran keropok segera Mak Wan adalah seluruh Malaysia serta negara-
negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Brunei.

Menurut Wan Hasmah, “perusahaan keropok ini hanya dijalankan secara kecil-
kecilan pada ketika dahulu disebabkan ketiadaan sumber kewangan yang mencukupi.
Namun, bantuan pihak kerajaan pada hari ini dapat membantu beliau membangunkan
kilang keropok ini, bantuan kerajaan seperti pemberian geran dan peralatan-peralatan
memproses keropok dapat meningkatkan pengeluaran keropok segera yang dihasilkan
pada setiap hari”. Selain itu, pengalaman selama 30 tahun lebih berkecimpung dalam
perniagaan keropok segera menjadikan ibu tunggal ini seorang yang tegas dan cekap
dalam menguruskan pentadbiran Mak Wan Enterprise.   “Sebagai seorang ketua, kita
harus melayan pekerja dengan lemah lembut, namun harus bersikap tegas semasa
bekerja supaya kakitangan lain dapat menghormati kita”, tegas beliau.

Pengeluaran keropok segera ini dihasilkan daripada ikan bermutu tinggi yang
diperoleh dari Thailand dan Terengganu. Keropok yang dihasilkan akan melalui tiga
proses utama iaitu bermula dari memotong ikan, dimasukkan ke dalam mesin pengisar.
Isi ikan yang telah dikisar akan diuli serta diayak dengan sebati supaya dapat
membentuk keropok lekor. Kemudian keropok akan direbus terlebih dahulu dan akan
disejukkan dan disimpan. Proses terakhir ialah keropok akan dipotong mengikut saiz
yang dikehendaki, digoreng dan disejukkan sebelum melalui peroses pembungkusan.

          Walaupun terdapat banyak kilang pemprosesan keropok di Kelantan, namun ia


tidak mendatangkan sebarang masalah kepada Mok Wan kerana menganggapnya
sebagai satu persaingan yang hebat dan sihat kerana secara tidak langsung mereka
dapat berkongsi idea dan pendapat.
     
Pelanggan yang berminat untuk membeli keropok segera ini boleh
mendapatkannya sendiri di kilang Mak Wan Enterprise yang terletak di Tanjung Kuala,
Tumpat atau boleh menempahnya di talian 09-7256139 dan di laman
sosial facebook iaitu Keropok Mak Wan.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut ;


a. Terangkan saluran agihan yang digunakan oleh Mak Wan Enterprise [2 markah]
b. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan Mak Wan Enterprise? [4 markah]
c. Jelaskan proses transformasi bagi produk keropok Mak Wan [6 markah]
d. Jelaskan analisis SWOT bagi perniagaan Mak Wan Enterprise [8 markah]

Anda mungkin juga menyukai