Anda di halaman 1dari 1

ITEM CONTOH BAHAGIAN C

CONTOH ITEM RUMUSAN


[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sungai merupakan kurniaan Tuhan yang amat bernilai dan perlu dipelihara. Namun
begitu, sejak akhir-akhir ini sungai-sungai di negara kita dikatakan semakin tercemar. Sudah
tentu banyak perkara yang mengakibatkan kejadian ini berlaku.

Kesedaran rakyat yang cetek tentang kepentingan kebersihan sungai telah menyebabkan
masalah ini terjadi. Mereka tidak menyedari bahawa sungai merupakan sumber air terpenting
dalam kehidupan. Sikap sesetengah penduduk menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan
sisa domestik, contohnya pembuangan lebihan makanan, sampah sarap dan air kumbahan turut
mencemarkan sungai.

Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindakan manusia ini juga
menjadi penghalang kepada usaha-usaha membendung masalah pencemaran sungai. Walaupun
telah ada tindakan yang dikenakan terhadap pihak yang mencemarkan sungai, namun mereka
tidak mengendahkannya terutama dalam kalangan pengusaha kilang. Hal ini kerana denda yang
dikenakan dianggap ringan dan masih mampu dibayar oleh mereka.

Meskipun pelbagai kempen telah diuar-uarkan melalui media massa seperti ‘Kempen
Cintailah Sungai Kita’, tetapi pelaksanaannya masih dianggap tidak berkesan kerana kurang
memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk memastikan sungai terus terpelihara. Lebih
mengecewakan lagi, ada segelintir masyarakat tidak menyedari kewujudan kempen tersebut.

Sesungguhnya, masalah pencemaran sungai seolah-olah tiada penghujungnya. Jika


keadaan ini dibiarkan berterusan, pasti merugikan generasi yang akan datang. Hal ini kerana
mereka bukan sahaja tidak dapat menikmati keindahan sungai malah mereka juga tidak dapat
mengenali hidupan akuatik yang akan pupus akibat pencemaran sungai.

02/1 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19

Anda mungkin juga menyukai