Anda di halaman 1dari 1

http://airkumalaysia.blogspot.com/2011/06/cara-cara-mengatasi-banjir.

html

Menyediakan Sistem Perparitan


 Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan
hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan
dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

 Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu


sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini
pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan
bahan-bahan buangan.
 Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses
pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat
di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi
mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Mengawal Aktiviti Manusia

 Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan


sampah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran
kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan
seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.
 Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai
sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
 Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya
dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada
dengan kejadian ini.

Anda mungkin juga menyukai