Anda di halaman 1dari 29

BAHASA MELAYU UJIAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana
mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar
tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang mengganggu
kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana ia sebenarnya bukan
sejenis penyakit tertentu.

Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk
menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini
kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk
mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan
bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.

Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebab berlakunya sakit pening kepala di bawah
tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.

Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala
itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan
menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan
menimbulkan pening kepala.

Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering
diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan
berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok,
minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul
mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala.

Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun
semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam
tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.

Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan
dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang
berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang
pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.

Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal
serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.
1. Mengapakah penyakit pening kepala dikatakan satu ‘gejala’?

A Kerana separuh daripada orang yang datang

berjumpa doktor setiap hari mengadu mereka

menghidap pening kepala

B Kerana satu perempat daripada kakitangan firma

tidak datang bekerja akibat pening kepala

C Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit yang

mengganggu kebanyakan manusia

D Kerana pening kepala mengganggu hampir semua

orang sama ada orang awam atau kakitangan firma

2. Mengapakah para doktor mendapati sukar untuk

menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihidapi

oleh seseorang pada sesuatu ketika?

A Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran

yang tinggi dalam ilmu perubatan

B Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk

mengumpulkan sebab-sebab pening kepala

C Kerana para doktor susah hendak mencari sebab

yang mengakibatkan pening kepala

D Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan

kepada tiga kelas, antaranya sebab mekanikal

3. Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?

A Apabila mengidap penyakit darah tinggi

B Apabila tumbuh bengkak pada tengkorak

C Jika salah makan atau mengambil ubat

D Apabila seseorang itu banyak makan ubat


4. Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan
pening kepala?

A Menjaga makan dan minum

B Selalu buang air besar dan kecil

C Menjaga kesihatan badan

D Mengamalkan senaman setiap hari

5. Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?

A Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening

kepala

B Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan

pening kepala

C Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan

darah

D Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan

sebab pening kepala


Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

10 Jun 1997

Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku. Aku
diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu Jempul. Rumah
mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak ketiga, Salwa, calon
SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik bongsunya Fadila, 12 tahun.

Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa
tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.

11 Jun 1997

Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku masih
dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam dan
makmum semua ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah
berjemaah bersama ayah dan ibuku.

12 Jun 1997

Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung
di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka kampung
itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan dan mengadu untung sebagai petani pula di
kampung itu.

Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk
menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak
sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru di
Pahang. Mereka lepasan universiti.

21 Jun 1997

Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-
anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan adik-
adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar melepaskan
pucuk masing-masing.

Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan
dalam keluarga.
6. Berikut ialah maklumat yang benar tentang diri ‘aku’ kecuali

A menetap di bandar

B datang dari keluarga yang kaya

C berusia 22 tahun

D mempunyai tiga orang adik

7. Berapa orangkah anak Haji Daud?

A 3 orang

B 5 orang

C 6 orang

D 7 orang

8. Apakah yang dilakukan oleh ‘aku’ pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?

A Sembahyang Subuh

B Masih enak tidur

C Masih berselimut

D Masih dalam bilik

9. ‘Mengadu untung’ dalam petikan di atas bermaksud

A Haji Daud mencuba nasib di kampung itu

B Haji Daud dan isterinya membuka kampung itu

C Haji Daud mengadu kehidupannya kepada penulis

D Haji Daud mencari rezeki di kampung itu

10. Pada pendapat anda, mengapakah ‘aku’ berasa tidak bahagia ketika bersama keluarganya?

A Kerana adik-adiknya tidak menghormati dirinya


B Kerana mereka tidak pernah sembahyang

berjemaah

C Kerana ahli keluarganya saling mementingkan hal

diri

D Kerana ayah dan adiknya sibuk mengejar harta

Benda
SOALAN 11 HINGGA SOALAN 15

Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hadi : Selamat pagi.

En. Ali : Selamat pagi, sila duduk.

Hadi : Terima kasih. Jika tidak keberatan bolehkah

saya menemu ramah Encik Ali?

En. Ali : Boleh, apa salahnya.

Hadi : Sebelum melanjutkan pertanyaan, saya ucapkan

tahniah atas kejayaan Encik Ali mendapat

tempat pertama dalam pertandingan perisian

komputer. Kejayaan tersebut telah menaikkan

nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

En. Ali : Terima kasih. Saya tidak menduga kejayaan

saya itu telah mendapat liputan yang meluas oleh akhbar di Malaysia.

Hadi : Hal ini demikian kerana inilah kali pertama

anak Malaysia berjaya dalam pertandingan

perisian komputer yang dianjurkan oleh Micro

Software Inc yang terkenal itu. Saya

difahamkan Encik Ali ialah pelajar tahun akhir

dalam bidang perisian komputer di Universiti

London. Sebelum itu di manakah Encik Ali

belajar?

En. Ali : Selepas SPM saya terus mendapat tempat di


ITM, Shah Alam. Saya belajar sehingga

mendapat diploma dalam bidang komputer.

Selepas itu baharulah saya melanjutkan pelajaran

di luar negara.

Hadi : Berbalik kepada perisian yang direka cipta

Encik Ali, apakah nama perisian itu dan tujuan

perisian itu?

En. Ali : Perisian itu namanya Solve 2000 dan ia direka

untuk mengatasi masalah pepijat tahun 2000.

Pada tahun itu semua komputer dan alat-alat

seperti pemain VCD dan mesin basuh tidak

dapat bekerja lagi kerana tidak dapat

‘membaca’. Hal ini berlaku kerana kebanyakan

komputer telah disetkan tarikh sehingga tahun

1999 sahaja.

Hadi : Setahu saya sudah terdapat banyak perisian di

pasaran untuk mengatasi masalah pepijat

tahun 2000 itu, jadi apakah kelebihan perisian

yang direka oleh Encik Ali ini?

En. Ali : Kebanyakan perisian itu mahal harganya se-

dangkan perisian ciptaan saya ini murah dan

mudah digunakan. Perisian ini juga berupaya

mengenali komputer yang menghadapi

masalah pepijat tahun 2000 dan mengubah

tarikhnya supaya komputer dapat berfungsi.

Walau bagaimanapun perisian ini hanya untuk

komputer sahaja bukan alat-alat elektrik yang


lain.

Hadi : Bolehkah Encik Ali menerangkan kesan

pepijat tahun 2000 itu terhadap kehidupan

kita?

En. Ali : Sekarang ini kita banyak bergantung kepada

komputer. Misalnya kita boleh mengambil

wang di bank dengan menggunakan kad

sahaja. Kita menggunakan pelbagai perisian

untuk menulis, membuat graf, membina data,

melukis dan sebagainya. Kita juga boleh

menghantar surat elektronik atau berhubung

dengan kawan menggunakan komputer. Semua

hal itu dilakukan dengan menggunakan

perisian-perisian tertentu. Seperti yang saya

katakan tadi, kebanyakan perisian itu boleh

membaca hingga tahun 1999 sahaja, jadi pada

1 Januari 2000 komputer tidak dapat lagi

berbuat demikian kerana tarikh sudah berubah.

Inilah yang dikatakan pepijat tahun 2000 itu.

Jadi, apabila komputer tidak dapat berfungsi

tentulah banyak kesan buruknya.

Hadi : Sebelum saya berundur, pertanyaan saya yang

akhir ialah adakah semua alat elektrik

menghadapi masalah pepijat tahun 2000 ini?

En. Ali : Oh, tidak! Hanya alat elektrik yang boleh kita

jangkakan masa ia akan berfungsi akan

terlibat. Misalnya mesin perakam pita video,


apabila kita hendak merakamkan sesuatu

program dari televisyen kita tentukan waktu

dan tarikh mesin itu befungsi. Alat seperti ini

dan keluaran yang lama akan menghadapi

masalah pepijat tahun 2000.

Hadi : Maksudnya, komputer dan perisian keluaran

lama akan menghadapi masalah yang sama?

En. Ali : Ya, begitulah.

Hadi : Saya berundur dulu dan lagi sekali tahniah dan

terima kasih.

En. Ali : Sama-sama.


11. Siapakah Hadi?

A Penemu ramah

B Pemberita

C Pelajar universiti

D Pelajar ITM

12. Perkataan ‘liputan’ dalam petikan di atas bermaksud

A laporan

B perbincangan

C perbahasan

D sanjungan

13. Berikut ialah maklumat yang salah tentang diri Encik Ali?

A Beliau bekas pelajar ITM

B Beliau kini belajar dalam negeri dalam bidang

komputer

C Beliau telah mereka cipta perisian Solve 2000

D Beliau telah mengangkat nama Malaysia di mata

dunia

14. Mengapakah komputer keluaran lama tidak dapat berfungsi pada 1 Januari 2000?

A Kerana komputer itu dijangka rosak secara tiba-

tiba

B Kerana komputer itu tidak dapat membaca pada

tarikh berkenaan

C Kerana komputer itu dapat membaca selepas tarikh

1999
D Kerana komputer itu tidak dipasang perisian

rekaan Encik Ali

15. Masalah pepijat tahun 2000 akan berlaku kepada

A komputer dan alat-alat elektrik keluaran lama

B komputer, perisian lama serta beberapa alat

elektrik

C perisian dan komputer yang baru dikeluarkan

sahaja

D semua jenis komputer dan mesin perakam video

....................................................................................................................................................
SOALAN PEMAHAMAN 1

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

55, Jalan Ali 2/8,


Taman Dahlia,
83200 Kota Tinggi,
Johor.
18 Ogos 2006.

Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saudara,
Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang saudara yang
diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga kerana Perbadanan Pelancongan
Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model adat istiadat perkahwinan
Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh tradisi itu.
Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah
melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di rumah panjang
sejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa keluarga
dan diketuai oleh Tuai Rumah.
Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah keluarga. Di dalam petak pula
terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan tanju. Tanju digunakan untuk menjemur hasil tanaman
seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai pula ialah tempat
berlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain.
Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya. Itu sajalah yang
dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain.
Sekian wassalam.

Sahabatmu,
Mira

1. Di manakah Hilmi tinggal?


A Kota Tinggi, Johor
B Sarawak
C Melaka
D Resort Ayer Keroh

2. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis
perkahwinan itu?
A Kerana abang Hilmi sukakan tempat itu.
B Kerana tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.
C Kerana tiada tempat lain lagi.
D Kerana tempat itu kediaman keluarga Hilmi.

3. Frasa “Semoga berjumpa di lembaran lain” menunjukkan


A Mira dan Hilmi sering berutus surat.
B Mira ialah bekas rakan sekolah Hilmi.
C Mira dan Hilmi mempunyai tali persaudaraan.
D Mira ialah bekas jiran Hilmi.

4. Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?
A Nelayan
B Peneroka
C Pegawai Kerajaan
D Petani

5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis sambutan
pelancong itu akan diadakan?
A Di petak Tuai Rumah
B Di ruai
C Di tanju
D Di bilik tamu

SOALAN PERMAHAMAN 2
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Fahmi : Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.

Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan
anak dan isteriku.

Fahmi : Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.

Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu
susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja.

Fahmi : Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga
sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku?

Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran
anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun
aku nak minta daripada kau.

Fahmi : Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau
jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang
tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu.

Malik : Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat.

Fahmi : Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak
entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,
bawa aku sekali.

Malik : Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.

1. Apakah pekerjaan Fahmi dan Malik?


A Polis Marin
B Nelayan
C Petani
D Penuntut universiti

2. Berapa orangkah ahli keluarga Malik?


A Enam orang
B Empat orang
C Tujuh orang
D Lima orang

3. Apakah yang berlaku kepada Malik sehari sebelum perbualan di atas?


A Malik ditimpa kemalangan jalan raya.
B Malik dilanda ombak besar ketika menangkap ikan di laut.
b Malik dihalau oleh saudara maranya.
D Malik diserang jerung ketika di laut.

4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan Fahmi?
A Fahmi sangat kaya, manakala Malik sangat miskin.
B Mereka berdua sangat miskin.
C Mereka adalah nelayan laut dalam yang kaya.
D Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

5. Pernyataan berikut benar tentang Fahmi, kecuali


A Fahmi tidak mempunyai anak.
B Fahmi ialah sahabat baik Malik.
C Fahmi ialah seorang pemborong ikan.
D Fahmi ialah seorang yang budiman.

SOALAN PEMAHAMAN 3

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan
rumah. Keringat masih lagi mengalir di dahi.
Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang
lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi
sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah.
"Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang.
"Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di
tangannya.
"Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu
menuju ke pintu dapur.
Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak.
Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah
punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.
Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku
ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.
Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku
katakan pada ibu. Ibu…

1. Perkataan ‘keringat’ dalam petikan di atas bermaksud


A tahi lalat
B darah
C peluh
D jerawat

2. Apakah pekerjaan ayah penulis?


A Pesawah
B Pekebun sayur
C Pembajak sawah
D Penoreh getah

3. Apakah punca pendapatan sampingan keluarga penulis?


A Hasil jualan kuih
B Hasil jualan buah mangga
C Hasil jualan padi
D Hasil upah membajak sawah

4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis, kecuali
A Penyayang
B Bertanggungjawab
C Penyabar
D Suka menengking

5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas, kecuali
A Kita mestilah bersabar menghadapi dugaan.
B Kita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.
C Kita hendaklah bekerja sambil bersekolah.
D Kita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.
SOALAN PEMAHAMAN 3

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung,
54300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
_________________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuantan,
54400 Kuantan,
Pahang Darul
Makmur. 7JULAI2012

Tuan,

Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah


Perkara di atas dirujuki.
2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah sekarang.
Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat, tetapi
sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya dipungut
sekali seminggu sahaja.

3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjing
dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.

4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanak
beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.

5. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini.


Sekian dimaklumkan,
terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Mazlan
(MAZLAN ABU BAKAR)

1. Mengapakah surat ini ditulis?


A Untuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.
B Untuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.
C Untuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.
D Untuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.

2. Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksud


A bersenam
B bersembang
C berkumpul
D beristirehat

3. Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?


A Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
B Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
C Pengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Kuantan
D Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

4. Harapan penulis daripada aduan ini adalah agar


A lori sampah datang pada waktu malam.
B anjing dan kucing liar dapat ditangkap dengan segera.
C masalah penduduk mendapat perhatian pihak terbabit.
D sampah dapat dikutip setiap hari.

5. Semua pernyataan berikut benar, kecuali


A Persatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.
B Lori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.
C Masalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.
D Kadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.

SOALAN PEMAHAMAN 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan perniagaan


francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner (DG) dan T' Dagang yang
dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran Terapung Puteri dekat sini.
Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha
makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka
memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.
Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik untuk
mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali terutamanya
kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual di warung-warung tepi
jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.
Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai jenis
kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah membantu
pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat nasihat seperti
pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.
Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan kerajaan
negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan mampu dieksport
ke luar negara.

1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?
A Menteri Besar
B Pengusaha makanan tradisional
C Kerajaan Negeri
D Pelancong asing

2. Apakah matlamat utama kerajaan melancarkan program seperti di atas?


A Memajukan industri makanan tradisional.
B Menggalakkan kedatangan pelancong asing.
C Melariskan Restoran Terapung Puteri.
D Mempromosikan produk kraftangan Terengganu.

3. Perkataan mempromosikan dalam petikan bermaksud


A memartabatkan
B meyakinkan
C mengiklankan
D menyelerakan
4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha
makanan tradisional?
A kewangan
B pembungkusan
C mesin percuma
D penghantaran

5. Apakah harapan Menteri Besar Terengganu dalam petikan di atas?


A Pengusaha makanan Terengganu akan bertambah kaya.
B Produk makanan tradisional mampu dieksport ke luar negara.
C Lebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu.
D Lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan.
...........................................................................................................................................................

MEMAHAMI PETIKAN CERITA


ARAHAN : BACA PETIKAN DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUTNYA.

Bandar Dungun memang indah. Demikianlah penilaianku selama tiga hari menumpang di
rumah kawanku, Ramli. Bandar itu letaknya di pinggir laut. Salah satu pantainya, Pantai Teluk Lipat
memanjang hingga ke Tanjung Sura sejauh tiga kilometer.

Petang itu aku dan Ramli bersiar-siar di pantai itu. Selari dengan pantai itu terdapat sebatang
jalan raya yang lurus. Jalan raya itu berakhir di Tanjung Sura yang berlagun dan dilatari bukit kecil.

Kami menapak di pasir pantai yang lembut dan bersih itu sambil melihat orang memancing
ikan. Dari situ kami dapat melihat perahu-perahu nelayan keluar masuk ke jeti Kuala Dungun. Jeti itu
menjadi pusat pendaratan ikan.

Mataku tertumpu kepada pengail-pengail itu. Mereka duduk di atas pelantar jeti lama atau
duduk di atas tiang besar itu.

“Jeti itu tidak digunakan lagi,” jelas Ramli. “Sebelum ini, jeti itu merupakan tempat
pemunggahan bijih besi dari Bukit Besi,” sambungnya.

Bukit Besi ialah sebuah bandar perlombongan bijih besi. Bandar itu letaknya kira-kira 30
kilometer dari bandar Dungun. Bijih besi dari bandar itu dipunggah ke jeti tersebut menggunakan
kereta api.

Bijih besi itu dieksport ke luar negara menggunakan kapal. Oleh sebab air laut cetek, kapal-
kapal tidak dapat rapat ke tepi jeti itu. Bijih besi terpaksa dipunggah dengan tongkang ke kapal yang
berlabuh jauh di laut.

“Kini bijih besi telah habis dan bandar Bukit Besi telah menjadi bandar mati,” kata Ramli.

“Bagaimana pula dengan landasan kereta apinya?” tanya saya.

“Landasannya telah rosak binasa,” balas Ramli.

“Perkhidmatannya harus dihidupkan kembali untuk menarik minat pelancong,” kata saya.

“Idea yang baik,” balas Ramli. “Tapi landasannya telah dibongkar orang, tinggal bekasnya
sahaja,” sambung Ramli.

“Nampaknya jeti ini sahaja yang masih ada,” kataku sambil memandang kepada kumpulan
orang yang sedang memancing itu.

“Tetapi telah uzur benar, lihatlah tiang-tiangnya yang telah senget, malahan banyak yang
telah tumbang,” tambah Ramli.

“Sedikit masa lagi semuanya akan berkubur dalam laut,” kata saya sambil melihat seorang
lelaki tua menyentak kailnya.

1 Penulis berpendapat bandar Dungun cantik kerana

A ada jeti lama dan lagun


B kedudukannya di tepi laut

C mempunyai pantai yang cantik

D ada jalan raya di tepi pantainya

2 Perkataan “dibongkar” dalam petikan di atas bermaksud

A dicuri

B dibuka

C diambil

D dirosakkan

3 Mengapakah kapal tidak berlabuh di jeti itu?

A Kerana air laut dangkal

B Kerana jeti itu berbahaya

C Kerana adanya tongkang

D Kerana kapal berlabuh di tengah laut

4 Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang tempat-tempat yang dinyatakan dalam
petikan di atas KECUALI

A Bandar Dungun terletak di tepi laut

B Kuala Dungun ialah pelabuhan ikan

C Dungun merupakan pusat utama pendaratan ikan

D Kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah dari Bukit Besi ke

Dungun

5 Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?

A Bukit Besi Bandar Bijih

B Keindahan Bandar Dungun


C Percutian Yang Menyeronokkan

D Dungun Bandar Bersejarah

Latihan pemahaman (2)

-->

MEMAHAMI RENCANA
ARAHAN : BACA PETIKAN DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUTNYA.

Jalan raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara. Perkembangan
perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru dibuka menjadi faktor utama jalan
raya dibina di negara kita. Perusahaan ini juga menyebabkan munculnya bandar-bandar baru dan
kawasan-kawasan baru.

Pada mulanya, sebelum terbina jalan raya yang berturap tar, jalan tersebut merupakan
lorong-lorong di dalam hutan. Jalan itu berlumpur apabila hujan dan berdebu ketika musim
kemarau. Kemudian lorong itu bertukar menjadi laluan kereta lembu yang digunakan untuk
mengangkut bijih timah dan barang-barang ke pengkalan di tepi sungai.

Serentak dengan kemajuan perusahaan bijih timah dan getah itu juga jalan raya telah dibina
untuk menghubungkan antara bandar-bandar itu.

Jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Perlis telah siap dibina pada tahun 1928.
Hanya selepas tahun 1945, barulah jalan raya yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur
dengan negeri-negeri Pantai Barat siap dibina.

Jalan raya dan lebuh raya terus dibina dengan pesat untuk memudahkan perjalanan antara
negeri dengan kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan adanya lebuh raya, perjalanan
menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Timur - Barat, Lebuh Raya
Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang, Lebuh Raya Kuantan-Segamat dan banyak lagi.

Pembinaan jalan raya juga berlaku dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini terdapat tiga
batang lebuh raya yang menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di Sabah. Lebuh raya itu ialah
Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-Sindumin dan Lebuh Raya Lahad Datu-Semporna. Di
Sarawak juga banyak jalan raya baru dibina seperti Jalan Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako
dan Jalan Lubuk Antu-Batang Ai.

1 Berikut ialah negara di Asia Tenggara KECUALI

A Jepun

B Thailand

C Singapura

D Indonesia

2 Bagaimanakah keadaan jalan raya sebelum diturap dengan tar?

A Jalan itu berlumpur dan berdebu.

B Jalan itu merupakan laluan kereta lembu.

C Jalan itu letaknya menuju ke tepi sungai.

D Jalan itu berupa lorong dalam hutan.

3 Pembinaan jalan raya berkait rapat dengan

A pertumbuhan bandar-bandar

B kemajuan perusahaan bijih timah


C kemajuan sesetengah kawasan baru

D pembukaan kawasan baru

4 Lebuh Raya Utara-Selatan melalui negeri-negeri berikut KECUALI

A Johor

B Perak

C Pahang

D Selangor

5 Tujuan pembinaan lebuh raya ialah

A menghubungkan kawasan baru

B memudahkan perjalanan antara negeri

C menghubungkan Singapura dengan Perlis

D menghubungkan Sarawak dengan Sabah

Latihan pemahaman (3)

-->
MEMAHAMI BERITA

ARAHAN : BACA BERITA DI BAWAH, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUTNYA.

PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi telah
menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk dilanda
banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan Jalan Rawak.

Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi dengan bantuan
polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung berkenaan. Mereka ditempatkan di
masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.

Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga setengah
meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit. Akibat banjir itu juga,
beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini menimbulkan masalah kesesakan jalan raya
serta menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali yang sedang berlangsung.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu tidak
seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.

Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai yang suka
membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah berlaku setiap kali hujan
turun.

Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini. Walau
bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir selain daripada
masalah sampah.

1 Perkataan berlarutan dalam petikan bermaksud

A semakin lanjut

B terus-menerus

C berpanjang-panjang

D semakin bertambah

2 Pihak manakah yang tidak terlibat dalam pemindahan mangsa banjir itu?

A Pihak MPPP

B Polis marin

C Jabatan Pertahanan Awam

D Orang kampung

3 Apakah kesan banjir itu kepada penganut agama Hindu?

A Mereka terpaksa dipindahkan ke sekolah.

B Mereka tidak dapat menyambut Deepavali.

C Mereka beraya dalam suasana kurang meriah.


D Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

4 Berikut ialah punca banjir yang melanda kawasan-kawasan itu KECUALI

A sistem perparitan yang kurang baik

B aliran air tersekat oleh sampah-sarap

C hujan yang turun dengan lebatnya

D pengurusan MPPP yang kurang cekap

5 Frasa “menuding jari” bermaksud

A menunjuk jari ke arah sesuatu

B menuduh pihak tertentu

C menfitnah pihak tertentu

D membuat kajian terhadap sesuatu

Anda mungkin juga menyukai