Anda di halaman 1dari 3

1. Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.

Teruskan
berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan
yang gemilang.

2. Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan


lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
3. Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan
yang lebih cemerlang.
4. Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih
tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
5. Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu
tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik
daripada hari ini.
6. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik.
Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih
baik.
7. Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih
baik daripada hari ini ………….
8. Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.
9. Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap
demi masa depan anda.
10. Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng
kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda
pasti berjaya.
11. Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
12. Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak
mengulangkaji pelajaran.
13. Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya
akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu
14. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan
keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika
belajar.
15. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana
kita belajar untuk menjadi sempurna.
16. Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan
usaha.
17. Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda
untuk lebih berjaya.
18. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba
lagi untuk berjaya.
19. Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan
tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan
memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan
berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan
usaha anda
20. Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan.
21. Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat
terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda
mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap
proaktif di dalam kelas.
KEHADIRAN

1. Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh


dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran
2. Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.
3. Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi
semua mata pelajaran.
4. Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi
dalam pelajaran. Tingkatkan usaha bagi mata pelajaran
Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
5. Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran
anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang
tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan
dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai