Anda di halaman 1dari 8

ENGINEERS IN SOCIETY 2018

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERTAS KERJA

“EKPLORASI SAINS DAN KESIHATAN”

TARIKH CADANGAN

27 APRIL 2018

TEMPAT

TABIKA KEMAS KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT DUGANG

ANJURAN

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

TEMA

“Mari belajar sambil bermain”

1
ENGINEERS IN SOCIETY 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1.0 Pendahuluan
Program “Eksplorasi Sains dan Kesihatan” merupakan program berbentuk khidmat
masyarakat kepada warga kanak-kanak di Tabika Kemas Kampung Orang Asli Bukit
Dugang yang diadakan adalah untuk melatih kanak-kanak tabika melakukan aktiviti
mengikut kreativiti masing-masing dan juga menitik beratkan tentang penjagaan kesihatan
masing-masing. Di samping itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat
memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka,
aktiviti ini juga dapat membantu pembesaran fizikal dan minda serta melibatkan anggota
badan individu dan menekankan kepada aspek motor halus dan motor kasar. Program ini
juga sebahagian dari kursus wajib iaitu Engineers in Society (MEC600) yang perlu diambil
oleh pelajar semester 7 Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam. Melalui
mata pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan
berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk
memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu khidmat
masyarakat.

2.0 Tujuan
Tujuan utama kertas kerja ini adalah ingin memaklumkan kepada pihak Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) Daerah Sepang bahawa kami akan mengadakan program
“Eksplorasi Sains dan Kesihatan” oleh pelajar semester 7, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,
UiTM Shah Alam. Penganjuran program “Eksplorasi Sains dan Kesihatan” ini adalah
bertujuan untuk membantu kanak-kanak
 meningkatkan potensi sedia ada pada kanak-kanak berkaitan kreativiti dan
memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu
pergerakan secara berterusan.
 mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat
kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar.
 menerapkan gaya hidup sihat di kalangan mereka termasuk dari segi penjagaan
kebersihan rambut dan diri.
 IImu pengetahuan tentang kesihatan kanak-kanak perlu ditimba dari semasa ke
semasa supaya dibesarkan dengan panduan kesihatan yang betul.

2
ENGINEERS IN SOCIETY 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

3.0 Objektif
 Membina generasi yang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi secara kreatif
dan inovatif.
 Menyemai dan mempertingkatkan semangat berkomunikasi dalam membina
hubungan silaturrahim antara kanak-kanak dan masyarakat luar.
 Melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal, pemikiran dan mental.
 Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan program ini.
 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak ramai.
4.0 Tema
“Mari belajar sambil bermain”.

5.0 Anjuran
Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

6.0 Tempat, Tarikh, Pengangkutan


Program dicadangkan untuk diadakan di:
 Tempat program: Tabika Kemas Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil,
Selangor.
 Tarikh: 27 April 2018
 Pengangkutan: Sendiri

7.0 Publisiti
Program ini akan dihebahkan dengan menggunakan beberapa medium publisiti yang akan
ditempatkan di sekitar UiTM Shah Alam seperti:
 Poster
 Instagram
 Facebook
 Twitter

3
ENGINEERS IN SOCIETY 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

8.0 Struktur Organisasi


Sila rujuk lampiran A

9.0 Aturcara Program


Sila rujuk lampiran B

10.0 Anggaran Belanjawan


Sila rujuk lampiran C

11.0 Penutup
Demi menggapai objektif dan matlamat yang diharapkan, pihak penganjur amat berharap
agar Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dapat memberi sokongan dan kerjasama
untuk menjayakan program “Eksplorasi Sains dan Kesihatan”. Dengan menjayakan
program seperti ini akan membuka mata khalayak ramai mengenai kanak-kanak Tabika
Kemas Kampung Orang Asli dan harapan kami agar pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) Daerah Sepang dapat memberi perhatian, pertimbangan dan seterusnya
memberi sokongan untuk kami meneruskan hasrat untuk melaksanakan program ini
dengan jayanya. Menerusi program seperti ini, pelajar UiTM akan memperoleh
pengalaman bersama kanak-kanak. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

4
ENGINEERS IN SOCIETY 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM “Eksplorasi Sains dan Kesihatan”

Penasihat
YBhg. Ir. Dr. Bulan Abdullah

Ketua Pengarah
Amirah Binti Rahin

Pengarah Kewangan
Muhammad Faliq Bin Alias

Pengarah Publisiti
Hafizuddin Bin Mohamed Radhi

Pengarah Jamuan dan Makanan


Mohammad Hakimi Bin Ahmad Mahiudin

Pengarah Cenderamata
Farah Amirah Binti Mat

5
ENGINEERS IN SOCIETY 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM “Eksplorasi Sains dan Kesihatan”

Perjalanan program “Eksplorasi Sains dan Kesihatan” adalah sebagaimana berikut:

2.30 petang : Aktiviti 1 – DIY Rubber Band powered car

3.30 petang : Aktiviti 2 – Kesihatan

o Memotong kuku
o Syampu kutu

4.30 petang : Aktiviti 3 – DIY Ice cream

5.30 petang : Sesi bergambar / Majlis penutup

6
ENGINEERS IN SOCIETY 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM
1 Makanan
 Makanan Tengah hari (Nasi Putih, RM6* x 45 = RM 270
Ayam Masak Merah, Air Sirap)
 Minum Petang (Donut,air kotak) RM3* x 45 = RM 135

( * seorang )
2 Aktiviti 1 (Kereta DIY)
 Botol -
 Pisau RM2 x 6 = RM 12
 Lidi RM4
 Getah -
 Gunting -
Aktiviti 2 (Aiskrim)
 Susu Kotak RM60
 Ais RM6
 Garam RM2
 Zip lock bag RM10
 Tuala -
 Surat Khabar -
Aktiviti 3 (Kesihatan)
 Ubat Kutu + Sikat -
 Syampu RM10 x 2 = RM20
 Tuala RM40
 Sarung tangan RM5
 Topi mandi RM20
 Pengetip kuku RM1.20 x 10 = RM12

7
ENGINEERS IN SOCIETY 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

3 Sumbangan
 Pensel warna RM 3 x 24 = RM72
 Sapu tangan RM 2 x 24 = RM48
 Pakaian -
 Buah Tangan RM 30
TOTAL RM746

Disediakan oleh,

-------------------------------

(AMIRAH BINTI RAHIN)


Ketua Pengarah
Program “Eksplorasi Sains dan Kesihatan”

Anda mungkin juga menyukai