Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

alunan zikir tiada sumbang,


Menjadi peneman sepanjang masa,
Ahlan wasahalan selamat datang,
Alunan ummulkitab pembuka bicara,

Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab alfatihah.

Amin ya rabbal alamin.


Syukur ke hadrat allah swt kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul pada malam ini
walaupun dalam kesulitan melanda.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada ybrbhg Dr. Rizalman Bin Muhammad dan sidang
hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama pada malam ini membincangkan
tajuk kita pada malam ini.

Untuk pengetahuan hadirin ceramah yang akan disampaikan pada malam ini amatlah berkait
rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang mukmin. Ceramah pada malam ini bertajuk Ilmu
Fardu Ain, Ilmu Yang dilupakan. Fardu ain merupakan perkara yang wajib ditunaikan oleh
setiap individu islam dan berdosa jika tidak ditunaikan. Antaranya termasuklah solat fardu,
puasa, zakat dan haji.

Sidang hadirin yang dirahmati allah

Ceramah kita pada malam ini akan disampaikan oleh ybbhg Dr. Rizalman Bin Muhammad.
Beliau merupakan pensyarah ipg kampus ipoh dan merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM).

Jadi tanpa melengahkan masa, saya menyerahkan majlis kepada Dr. Rizalman Bin Muhammad
untuk menyampaikan ceramah. Dipersilakan.

Soalan
Terima kasih diucapkan kepada Dr Rizalman untuk ceramah itu tadi. Kini tibalah masa untuk
sesi soal jawab. Hadirin hadirat yang mempunyai soalan boleh dikemukakan di ruangan komen.

Penutup
Kita kita sudah sampai kepada penghujung program. Sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih buat Dr Rizalman kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu
pada malam ini.

Segala ilmu dan kebaikan telah dikongsi. Semoga ilmu yang didapati dapat dimanfaatkan dan
dijadikan panduan. Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar
bahasa dan salah bicara sepanjang program ini berlangsung. Segala yang baik datang dari
allah swt dan yang buruk dari diri saya sendiri. Kita akhiri majlis dengan tasbih kaffarah dan
surah al-asr.

Anda mungkin juga menyukai