Anda di halaman 1dari 14

PEMBENTUKAN KATA

Munurut “Tatabahasa Dewan: Edisi Baharu” oleh Nik Safiah Karim et al.
(1996:61), proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu terbahagi
kepada empat bentuk iaitu;-

1) PROSES PENGIMBUHAN

2) PROSES PEMAJMUKAN

3) PROSES PENGGANDAAN

4) PROSES PENGAKRONIMAN
1) PROSES PENGIMBUHAN

 penghasilan kata melalui proses pengimbuhan

Imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu:-

1)awalan- menyanyi, membaca, terjatuh


2)akhiran- pukulan, pakaian, rasakan
3)Apitan- permintaan, memainkan, mendendangkan
4)sisipan- gerigi (gigi), telunjuk (tunjuk), kekumbang(kumbang)
Imbuhan awalan
Imbuhan awalan Imbuhan Petikan
Awalan beR- Ber- Berbaju, berlari, bersedih
Be- Hari ini ialah hari pertama dia bekerja sebagai pegawai sains…
Awalan meN- Me- sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Mem- Hiroshima duduk di atas platform melengkung dan mengelilingi
Men- kubah balai cerap yang tersergam
Meng-
Menge-

Awalan di- Di- Buruj Orian ialah buruj yang boleh dilihat…
Awalan teR- Ter- Nurul Hasfa memerhatikan cahaya yang terbias…
Te-
Awalan peN- Pe- Tamadun Islam dari Timur Tengah ialah penyumbang besar kepada
Pem- khazanah pengetahuan ilmu falak.
Pen- Penonton
Peng- Menurut peta langit yang menjadi pendamping setia…
Penge-
Imbuhan akhiran
imbuhan Petikan

Akhiran –an Mereka menunggu dengan penuh debaran

Akhiran –kan Dirikan

Akhiran -i Contohi, tangisi


Imbuhan apitan
imbuhan Petikan

Apitan meN…-kan Selain menyediakan kemudahan untuk pencerapan bintang dengan


Apitan meN…-I menggunakan teleskop berkuasa tinggi, Balai Cerap Sultan Salahuddin
juga menyediakan…
Dia tidak menyangka yang dia akan menghadapi masalah seawal ini…
Apitan ke…-an kehilangan

Apitan peN-…-an Malam ini saya akan memandu pencarian bintang-bintang anda semua.

Apitan di-…-kan Balai Cerap Sultan Salahuddin dicirikan dengan reka bentuk…
Apitan di-…I Kumpulan pengunjung itu dianggotai oleh 15 orang murid…
Apitan diper-…-kan Diperjuangkan, dipermainkan
Imbuhan sisipan
imbuhan Petikan

Sisipan –el- Gelegar, gelembung, geligi, telapak

Sisipan –er- Gerigi, serabut, seruling

Sisipan –em- Gemerincing, gemilang, gemuruh

Sisipan –in- Kinerja, sinambung


2) PROSES PEMAJMUKAN

Proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu
 dieja berpisah dan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contoh= terima kasih, makan angin


Contoh dalam petikan= cahaya lampu dari kapal terbang tersebut pula kelihatan
seakan-akan bintang

Kata majmuk mantap- setiausaha, antarabangsa, olahraga (15)


KATA MAJMUK MANTAP
terdapat 30 kata majmuk mantap dan hanya 15 yang dieja rapat

Antarabangsa Olahraga Suruhanjaya

Beritahu Kerjasama Tandatangan

Bumiputera Matahari Warganegara

Jawatankuassa Setiausaha Pesuruhjaya

kakitangan sukarela tanggungjawap


3) PROSES PENGGANDAAN

Proses menggandakan kata dasar

terbahagi kepada tiga iaitu;-

1) Penggandaan penuh- buku-buku, guru-guru


2) Penggandaan separa- berlari-lari, bantu- membantu
3) Penggandaan berentak- gunung-ganang, bukit-bukau

Penggandaan kata majmuk


contoh= alat-alat tulis, kapal-kapal terbang
Kata ganda penuh
• Proses menggandakan kata dasar berimbuhan dan tidak berimbuhan
• Berlaku pada semua golongan kata
Kata kerja
Kata nama
Kata adjektif
Kata tugas
• Contoh dalam petikan= sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima duduk di kerusi.
Kata ganda separa
• Hanya sebahagian kata dasar digandakan
Depan kata dasar
Belakang kata dasar

• boleh berupa kata dasar tunggal atau kata dasar terbitan


Kata dasar tunggal
kura…kekura
jari…jejari
Kata dasar terbitan
-tidak melibatkan pengulangan imbuhan
berlari…berlari-lari
kasih…kasih-mengasih
Petikan= Nurul Hafsa merasakan yang dia berpeluh-peluh dan hatinya tikan keruan.
Kata ganda berentak
• Dasar kata digandankan mengikut rentak bunyi tertentu

Pengulangan vokal
kuih…kuih-muih

Pengulangan konsonan
gunung…gunung-ganang

Pengulangan bebas
Lemah…lemah-longlai
4) PROSES PENGAKRONIMAN

 suatu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk


kata

Contoh
1) Bernama- Berita Nasional Malaysia
2) Kugiran- Kumpulan Gitar Rancak
CARA MENULIS KATA AKRONIM
CARA CONTOH

Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang LUTH- Lembaga Urusan Tabung Haji
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf MAS- Malaysia Airline System
besar jika kata nama khas. ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia

Cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Proton- Perusahaan Otomobil Nasional
Kata akronim jenis ini juga membentuk kata nama Mara- Majlis Amanah Rakyat
khas; oleh itu, ejaannya bermula dengan huru besar. Intan- Institut Tadbir Awam Negara

Gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis Tabika- taman bimbingan kanak-kanak
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata Purata- pukul rata
nama khas. Pawagam- panggung wayang gambar

Anda mungkin juga menyukai