Anda di halaman 1dari 44

Pendidikan Muzik

Tahun 4
Pendidikan Muzik

Tahun 4
Bahagian Pembangunan Kurikulum
APRIL 2018
Terbitan 2018

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran
bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Rukun Negara.................................................................................................................................................. v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.................................................................................................................... vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan........................................................................................................................ vii

Kata Pengantar................................................................................................................................................. ix

Pendahuluan..................................................................................................................................................... 1

Matlamat .......................................................................................................................................................... 2

Objektif ............................................................................................................................................................. 2

Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah.............................................................................................. 2

Fokus ............................................................................................................................................................... 4

Kemahiran Abad Ke-21 .................................................................................................................................... 5

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi......................................................................................................................... 6

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ........................................................................................................... 7


11
Rancangan Pendidikan Individu.......................................................................................................................

Elemen Merentas Kurikulum ........................................................................................................................... 11

Pentaksiran Bilik Darjah................................................................................................................................... 15

Organisasi Kandungan ................................................................................................................................... 17


20
Nyayian..........................................................................................................................................................
21
Pengalaman Nyayian dan gerakan................................................................................................................
23
Permainan Alat Muzik....................................................................................................................................
25
Apressiasi Muzik.............................................................................................................................................

Panel Penggubal................................................................................................................................................... 27

Penghargaan......................................................................................................................................................... 28
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

V
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang


termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

[PU(A)531/97.]

vii
KATA PENGANTAR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-
secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan
memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi
amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSR menerusi Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan
penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT
(DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya
Prestasi. murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad
ke-21.
Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen
kurikulum telah mengubah lanskap sejarah sejak Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR
untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan Kebangsaan
bagi mempertingkatkan pencapaian murid.

SHAZALI BIN AHMAD


DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Pengarah
Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan Bahagian Pembangunan Kurikulum

ix
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) KSSRPK Masalah Pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan
dibangunkan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi Muzik dibina supaya pembelajaran yang diperoleh di bilik darjah
memastikan perkembangan potensi individu murid berkeperluan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian supaya menjadi
khas (MBK) yang holistik. KSSRPK menekankan kepada insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani
peningkatan 5 domain perkembangan: kognitif, bahasa, sosio- kehidupan dengan lebih bermakna. Fleksibiliti dalam
emosi, tingkah laku dan psikomotor. Semua MBK yang terdiri melaksanakan KSSRPK Masalah Pembelajaran memberi ruang
daripada kategori Ketidakupayaan Pendengaran, Ketidakupayaan kepada aktiviti untuk meningkatkan kemahiran berfikir,
Penglihatan, Masalah Pembelajaran, Ketidakupayaan Fizikal, penggunaan teknologi dan penerapan nilai dalam memastikan
Ketidakupayaan Pertuturan dan Ketidakupayaan Pelbagai perlu pembangunan MBK secara holistik.
dipertingkatkan domain perkembangan mereka.

KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina khusus bagi


meningkatkan potensi individu MBK Masalah Pembelajaran
secara holistik. Pada masa yang sama, KSSRPK Masalah
Pembelajaran memberi ruang kepada lain-lain MBK yang tidak
boleh mengikuti KSSR arus perdana untuk meningkatkan potensi
diri.

1
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

MATLAMAT KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KSSRPK Masalah Pembelajaran Pendidikan Muzik bermatlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina berasaskan
untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
nilai bagi membolehkan murid mempunyai kesedaran dan Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan
penghargaan terhadap estetik muzik dari pelbagai genre. Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut
merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain
dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
OBJEKTIF
Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang
menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
Objektif KSSRPK Masalah Pembelajaran Pendidikan Muzik
berpengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kritis dan kreatif
Tahun 4 adalah seperti berikut:
serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.
1. Bernyanyi dengan sebutan jelas, tempo dan pic yang KSSR Pendidikan Khas (Masalahah Pembelajaran) Pendidikan
betul. Muzik digubal berdasarkan enam tunjang Kerangka KSSR.
2. Bernyanyi solfa Do, Re dan Mi .
3. Melakukan pergerakan mengikut lirik, melodi dan tempo.
4. Bermain alat perkusi mengikut detik lagu dan corak irama
melodi.
5. Mengenal dan menghayati karya muzik ensembel.
6. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.

2
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah

3
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

FOKUS

KSSRPK Masalah Pembelajaran Pendidikan Muzik menekankan (ii) Pengalaman Muzikal


kepada empat komponen utama bagi menyediakan MBK yang Pengetahuan muzikal adalah pengetahuan dan kemahiran
berpengetahuan, berkemahiran, berdikari, bersosialisasi dan asas dalam nyanyian, permainan alat muzik.
mengamalkan nilai. Empat komponen tersebut adalah :
(iii) Permainan alat Muzik
(i) Nyayian
Pengetahuan dan kefahaman membolehkan murid
Dalam elemen muzik ini murid mengetahui dan memahami
mengetahuai perlatan alat muzik dan memainkan
konsep bagi unsur-unsur asas dalam muzik. Pengetahuan dan
mengikut irama.
kefahaman membolehkan murid membaca dan menghayati
muzik. Bagi mencapai tujuan itu, murid harus mendengar,
(iv) Apresiasi Muzik
mengajak, merasa, memberi respon, menyanyi, memainkan alat
Apresiasi Muzik adalah menyatakan persepsi, perasaan
muzik, membaca dan menulis notasi muzik. Elemen muzik ini
dan idea kreatif. Dalam aspek ini, murid meluangkan
memfokuskan kepada lapan aspek iaitu:
fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka,
 Bentuk
mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan corak
 Corak irama
irama. Murid memilih, mengubah, memodifikasi,
 Melodi
mengadaptasi, menyusun atur muzik.
 Ekspresi
 Irama
 Tempo

4
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN
Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang Pemikir Berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif;
mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus berkeupayaan menangani masalah yang
kompleks dan membuat keputusan yang
kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya beretika. Berfikir tentang pembelajaran dan
yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 diri sebagai individu yang sedang belajar.
Mengemukakan soalan dan bersifat terbuka
bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri kepada perspektif, nilai dan tradisi individu
yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 1 supaya dan masyarakat lain. Berkeyakinan dan
kreatif dalam menangani bidang
berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan Standard pembelajaran yang baharu.
Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam
Kerja Berkebolehan bekerjasama secara
KSSRPK Masalah Pembelajaran Pendidikan Moral menyumbang sepasukan berkesan dan harmoni dengan orang lain.
Menggalas tanggungjawab bersama,
kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan
menghormati dan menghargai sumbangan
murid. yang diberikan oleh setiap ahli pasukan.
Memperoleh kemahiran interpersonal
Jadual 1: Profil Murid melalui aktiviti kolaboratif, bagi menjadikan
mereka pemimpin dan ahli pasukan yang
lebih baik.
PROFIL MURID PENERANGAN
Bersifat ingin Berkeupayaan membangunkan rasa ingin
Berdaya tahan Berkeupayaan menghadapi dan mengatasi tahu tahu semula jadi untuk meneroka strategi
kesukaran, mengatasi cabaran dengan dan idea baharu. Mempelajari kemahiran
kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri
empati. dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat
berdikari dalam pembelajaran. Menikmati
Mahir Berkeupayaan menyuarakan dan
pengalaman pembelajaran sepanjang hayat
berkomunikasi meluahkan fikiran, idea dan maklumat
secara berterusan.
dengan yakin dan kreatif, melalui kaedah
lisan, bertulis, dan mengguna pelbagai
media serta teknologi.

5
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


PROFIL MURID PENERANGAN
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
Berprinsip Berintegriti, jujur, saksama, adil dan
menghormati maruah individu, kumpulan kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan
dan komuniti. Bertanggungjawab atas
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi merangsang
tindakan, akibat tindakan dan keputusan
yang dibuat. pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid.
Bermaklumat Berkeupayaan mendapatkan pengetahuan Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap
dan membentuk pemahaman yang luas pemikiran seperti Jadual 2.
dan seimbang merentasi pelbagai disiplin
pengetahuan, serta meneroka pengetahuan
Jadual 2: Tahap pemikiran dalam KBAT
dengan cekap dan berkesan dalam konteks
isu tempatan dan global. Memahami isu-isu TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN
etika / undang-undang berkaitan maklumat
yang diperoleh. Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan,
kemahiran, dan nilai dalam situasi
Penyayang/ Menunjukkan empati, belas kasihan dan berlainan untuk melaksanakan
Prihatin rasa hormat terhadap keperluan dan sesuatu perkara.
perasaan orang lain. Komited untuk
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
berkhidmat kepada masyarakat dan
bahagian kecil untuk memahami
memastikan kelestarian alam sekitar.
dengan lebih mendalam serta
hubung kait antara bahagian
Patriotik Mempamerkan semangat kekitaan, kasih
berkenaan.
sayang, kesetiaan, kebanggaan, dan rasa
hormat terhadap negara. Menilai Membuat pertimbangan dan
keputusan menggunakan
pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi.
Mencipta Menghasilkan idea atau produk
atau kaedah yang kreatif dan
inovatif.

6
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dirancang
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
perlu memberi penekanan kepada PdP berpusatkan murid. Murid
berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran
dilibatkan secara aktif dalam PdP yang menyepadukan
berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
penerapan sikap dan nilai murni. Dalam melaksanakan PdP, guru
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
perlu menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat
latihan yang konsisten dan menilai tahap pencapaian murid
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
melalui proses analisis tugasan dengan mengambil langkah-
yang munasabah.
langkah berikut:
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai  Mengenal pasti tahap keupayaan murid.

dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir  Merancang aktiviti PdP yang sesuai mengikut tahap

tidak mengikut kelaziman. keupayaan murid.

Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat  Menghuraikan secara ringkas aktiviti yang dipilih.

pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.  Menyedin Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan Belajar (BBB) yang sesuai dengan tahap keupayaan murid.
berfokus untuk menyelesaikan masalah.  Mencerakinkan aktiviti kepada langkah-langkah yang lebih
KBAT boleh diaplikasi dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk kecil.
menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan  Membuat pemerhatian dan penilaian terhadap pencapaian
projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti murid.
peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk  Membuat penambahbaikan yang sesuai.
menggalakkan murid berfikir. Bagi meningkatkan minat dan keseronokan belajar, guru boleh
mempelbagaikan pendekatan pengajaran seperti pembelajaran

7
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

berasaskan inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual,  Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan idea asal
belajar melalui bermain, pengajaran bertema, pembelajaran dengan idea baharu bagi menstruktur semula idea mereka.
pengalamian, pendekatan kolaborasi dan multi sensori.  Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan
pengalaman serta membuat refleksi.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pembelajaran berasaskan inkuiri merupakan pendekatan yang Pembelajaran Kontekstual

mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan
am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat dengan kehidupan harian murid. Dalam melaksanakan
tentang sesuatu fenomena yang berlaku. Pembelajaran secara pendekatan pembelajaran kontekstual, perkaitan antara ilmu yang
inkuiri berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Murid tidak hanya
ditemui oleh murid sendiri. Dalam strategi PdP inkuiri, murid belajar secara teori semata-mata, bahkan dapat menghayati
menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan hasil kerelevanan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan harian.
penerokaan. Guru boleh bertindak sebagai fasilitator dengan
Pembelajaran Berasaskan Projek
mengemukakan soalan bagi memandu murid ke arah inkuiri.
Perbincangan boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan proses PdP yang
menjalankan aktiviti. berasaskan inkuiri. Strategi ini memerlukan murid untuk memberi
tumpuan kepada persoalan atau masalah yang kompleks,
Konstruktivisme
menyelesaikan masalah tersebut melalui proses penyiasatan
Konstruktivisme membolehkan murid belajar sesuatu dengan cara secara bekerjasama dalam suatu tempoh waktu. Projek yang
membina sendiri pemahaman yang bermakna kepada diri dijalankan adalah untuk menyiasat topik atau isu yang dihadapi
mereka. Antara unsur penting dalam konstruktivisme adalah: murid dalam persekitaran sebenar. Semasa menjalankan proses
 Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. penyiasatan ini, murid dapat mempelajari kandungan, maklumat
 Pembelajaran adalah hasil usaha murid sendiri. dan fakta-fakta yang diperlukan untuk membuat kesimpulan

8
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

tentang persoalan atau masalah yang ditimbulkan. Melalui PBP Pendekatan Bertema
murid dapat mempelajari kemahiran yang dihasratkan dan
Pendekatan Bertema (PB) digunakan dalam proses PdP murid.
mengasah kemahiran berfikir mereka sendiri.
Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan
Belajar Melalui Bermain persekitaran murid.
Pendekatan PB melibatkan:
Pendekatan Belajar Melalui Bermain (BMB) ditekankan dalam
proses PdP bagi murid khususnya MBK kerana pendekatan ini  Penggunaan suatu tajuk umum merentasi bidang

berupaya menarik minat dan menimbulkan keseronokan ketika pembelajaran.

belajar. BMB menggalakan MBK melakukan penerokaan,  Pemilihan tajuk tema berasaskan kesesuaian tahap murid,

penemuan dan pembinaan kefahaman berdasarkan pengalaman, situasi tertentu atau peristiwa semasa.

dengan rasa gembira dan seronok. Pendekatan ini boleh  Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan

meningkatkan keupayaan kognitif dan meningkatkan rasa ingin pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan

tahu, penguasaan kemahiran berfikir dan psikomotor, serta sistematik.

kemahiran mengendalikan emosi.  Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran


Ciri-ciri BMB adalah seperti berikut:  Pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan
 Aktiviti yang menyeronokkan. umum kepada yang lebih khusus.

 Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Pemilihan tema pula perlu mengambil kira:
 Permainan bebas dan terancang.  Kesesuaian dengan kehidupan murid.
 Keanjalan masa.  Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid
 Percubaan idea sendiri. seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulis,
 Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.
 Kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat
membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah.

9
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

 Sumber yang mudah didapati.  Memberi bantuan, bimbingan dan peneguhan dengan
 Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan mengaitkan pembelajaran yang baharu dalam kehidupan
pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid. sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.

Pembelajaran Pengalamian Pembelajaran Luar Bilik Darjah


Pendekatan ini bertujuan menyediakan ruang dan peluang untuk
Pendekatan Pembelajaran Pengalamian merupakan satu kaedah
murid:
di mana MBK diberi peluang melalui situasi sebenar semasa
 Memperoleh pengalaman sebenar.
aktiviti PdP dijalankan. Pendekatan ini membantu murid
meningkatkan keupayaan kendiri mereka. Dalam melaksanakan  Meningkatkan kecergasan dan perkembangan fizikal.

pendekatan ini, guru berperanan:  Bersosialisasi dan berkomunikasi.

 Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran.  Melaksanakan aktiviti yang menggembirakan.

 Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.  Meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran.

 Menyediakan sumber untuk proses pembelajaran.  Melakukan aktiviti bebas dan aktiviti terancang.

 Melakukan simulasi untuk proses pembelajaran. Antara aktiviti di luar bilik darjah termasuk lawatan,
 Memberi fokus yang sama bagi komponen intelek dan emosi perkhemahan/kursus motivasi, perkelahan, aktiviti berkuda,
dalam pembelajaran. berenang dan aktiviti menjual beli.
 Menyediakan satu persekitaran bagi membolehkan guru dan
murid berkongsi perasaan dan pemikiran secara bebas.
 Menempatkan murid dalam situasi atau suasana yang
memerlukan kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan
dengan pengalaman lalu.

10
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 telah Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang
menjelaskan bahawa Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
adalah rekod yang melaporkan butiran rancangan pendidikan selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
berasaskan kepada potensi individu MBK. Guru perlu mengenal elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
pasti keupayaan dan kelemahan murid melalui ujian diagnostik keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
secara pemerhatian, lisan dan penulisan. Matlamat RPI adalah menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen
untuk meminimakan halangan belajar dan memaksimakan potensi di dalam EMK adalah seperti berikut:
diri bagi meningkatkan kesediaan MBK untuk belajar.
1. Bahasa
Kerjasama dan kolaboratif antara ibu bapa, kumpulan pakar,  Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
agensi kerajaan, pusat latihan kemahiran dan agensi bukan dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
kerajaan (NGO) amat penting dalam menentukan aktiviti  Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan,
intervensi, rehabilitasi dan program transisi yang sesuai dengan struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu
ketidakupayaan murid. Aktiviti intervensi dan rehabilitasi seperti diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea
latihan pertuturan, kawalan emosi dan tingkah laku boleh dan berkomunikasi secara berkesan.
membantu murid meningkatkan tumpuan, minat dan perhatian
2. Kelestarian Alam Sekitar
kepada PdP di dalam bilik darjah. Program transisi pula dapat
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam
membantu MBK mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan
jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata
keluarga, persekitaran, komuniti, tempat latihan dan tempat kerja
pelajaran.
untuk advokasi diri dan sokongan psikologi. Justeru, gabungan
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam
aktiviti intervensi, rehabilitasi dan program transisi akan dapat
sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai
membantu guru membina RPI dengan lebih berkesan.
alam.

11
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

3. Nilai Murni iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PDP.


 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran
supaya murid sedar akan kepentingan dan 5. Patriotisme
mengamalkannya.  Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata
 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.
dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam  Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang
kehidupan harian. mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga
sebagai rakyat Malaysia.
4. Sains Dan Teknologi
 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat 6. Kreativiti Dan Inovasi
meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan  Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk
murid. mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta
 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau
serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap gabungan idea yang ada.
dan berkesan.  Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
merangkumi empat perkara iaitu:  Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk
memastikan pembangunan modal insan yang mampu
i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip,
menghadapi cabaran abad ke-21.
konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi);
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
PdP.
manipulatif tertentu);
iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,
keselamatan); dan

12
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

7. Keusahawanan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang


 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran
ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan.
budaya dalam kalangan murid.  Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan
 Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di
aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, peringkat tempatan, negara dan global.
amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan  Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan
minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran. dalam mata pelajaran yang berkaitan.

8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 10. Pendidikan Kewangan


 Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid  Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan
kemahiran asas TMK yang dipelajari. membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan
 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran
menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan menguruskan hal ehwal kewangan secara
menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran. bertanggungjawab.
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak  Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam
diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi PdP secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan
kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran. secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang
yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit
9. Kelestarian Global
seperti pengiraan faedah mudah dan faedah kompoun.
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid
Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui
berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap
tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada
persekitaran dalam kehidupan harian dengan
pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah

13
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, 1. Kemahiran Adaptasi Persekitaran.


kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara Guru membantu MBK untuk memahami dan mematuhi
berkesan dan bermakna. perkara seperti berikut:
i) Peraturan dalam bilik darjah dan sekolah
11. Kemahiran Transisi
ii) Jadual
Pelaksanaan KSSRPK perlu menyepadukan modul transisi bagi iii) Rutin Harian
meningkatkan kesediaan MBK untuk menyesuaikan diri dengan iv) Keperluan mengikut giliran
perubahan dalam perkembangan fizikal, corak kehidupan harian, v) Keperluan mengikut dan mematuhi arahan
membina hubungan dengan ahli keluarga, rakan sebaya, guru dan
2. Kemahiran Ketrampilan Sosial
komuniti baru apabila mereka mengalami peralihan. Sepanjang sesi
Guru membantu MBK untuk memahami dan menguasai
persekolahan, MBK akan mengalami peralihan atau transisi dari
kemahiran berikut:
peringkat prasekolah ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah
i) Memenuhi tanggungjawab sebagai anak, murid
menengah termasuk peralihan apabila mereka naik darjah dan
dan rakan sebaya.
tingkatan.
ii) Menanam tingkah laku sosial yang positif di mana
MBK boleh membezakan batasan hubungan dalam
Proses transisi di sepanjang persekolahan memerlukan MBK
masyarakat.
melalui perubahan lokasi (sekolah & kelas), mendapat rakan dan
iii) Mengawal emosi dan tingkah laku khususnya
guru baru serta perubahan kurikulum dan perubahan pemikiran
apabila mereka menghadapi perasaan takut, sedih,
dan fizikal. Perubahan ini memberi tekanan kepada MBK untuk
gelisah dan sebagainya.
menyesuaikan diri mereka agar mereka lebih bersedia untuk
belajar di dalam bilik darjah. 3. Kemahiran Pra-akademik
Guru membantu MBK dengan kemahiran membaca dan
Kandungan modul transisi pada peringkat sekolah rendah ini
kemahiran asas literasi dengan memahami objektif
mengandungi 4 komponen iaitu:

14
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

pembelajaran dalam arahan yang dipecahkan kepada


i) MBK merasakan mereka sesuai dan suka berada di
langkah yang lebih kecil (small steps).
sekolah (sense of belonging).
4. Kemahiran Membina Hubungan dan Komunikasi ii) MBK memahami dan menghargai budaya di sekolah.
Guru membantu MBK melalui proses transisi dengan iii) MBK menghormati dan bergaul dengan rakan, guru dan
sokongan ahli keluarga melalui proses berikut: staf sekolah.
(i) Memahami latar belakang dan keperluan individu iv) MBK melibatkan diri secara aktif dalam kelas
MBK dari segi minat, aktiviti kegemaran, sifat (engagement in learning).
individu mereka dan amalan di rumah. v) MBK mengetahui identity dan peranan mereka sebagai
(ii) Mendapatkan sokongan ibu bapa dan ahli keluarga murid.
serta staff sekolah dalam memahami rutin MBK di vi) Ekpektasi positif dari guru.
sekolah dan di rumah. vii) MBK secara berterusan membina sifat yang positif di
(iii) Penyediaan akomodasi dan penyesuaian dalam sekolah dan rumah.
aspek persekitaran, jadual waktu dan aktiviti rutin
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
harian.
(iv) Berkomunikasi dengan ahli keluarga dan warga Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan
sekolah. maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang,
dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. Proses ini
Faktor hubungan dan interaksi di antara MBK, ahli keluarga dan berlaku berterusan bagi membolehkan guru menentukan tahap
guru akan mempengaruhi bagaimana MBK belajar dan tahap penguasaan murid.
pencapaian MBK (sosial dan akademik) dalam melalui prose PBD boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif.
transisi. Menurut pelbagai kajian peringkat antarabangsa, ciri Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses
amalan transisi yang berkesan adalah aktiviti yang dapat PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada
membantu MBK membina karektor / sifat berikut: akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun.

15
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

Guru perlulah merancang, membina item atau instrumen laku, motor kasar dan motor halus. Peningkatan kesediaan MBK
pentaksiran, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap untuk belajar boleh dikenal pasti dan direkodkan dalam RPI yang
penguasaan yang diajar berdasarkan DSKP. mana akan membantu guru menentukan strategi dan kaedah PdP
bersesuaian dengan potensi individu murid.
Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan
keupayaan dan penguasaan murid, guru haruslah melaksanakan
Standard Prestasi KSSRPK Pendidikan Muzik
pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri berikut:
 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan

pemerhatian, lisan dan penulisan. perkembangan murid dalam pembelajaran, serta prestasi

 Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran yang boleh seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan

dilaksanakan oleh guru dan murid. proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu,

 Mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

yang dipelajari. berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.

 Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

pembelajaran. seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

 Mentaksir tahap penguasaan murid berdasarkan Standard dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

Pembelajaran dan Standard Prestasi. dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

 Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

pengukuhan. kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan


dengan orang lain.
PBD juga perlu mengambil kira kemajuan MBK berdasarkan Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang
pelaksanaan intervensi yang dirancang menggunakan RPI. RPI lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat
merupakan dokumen yang menjelaskan tahap 5 domain yang diperolehi membolehkan pihak yang bertanggungjawab
perkembangan murid: kognitif, komunikasi, socio-emosi, tingkah mengenali, memahami, menghargai, serta mengiktiraf murid

16
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi memberi penekanan kepada empat komponen pengetahuan
untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa. iaitu:
Pentaksiran bagi setiap kelompok Standard Kandungan boleh
1. Nyanyian
dijalankan dengan menggunakan Standard Prestasi sebagai skala
i) Meter
rujukan guru bagi menentukan tahap penguasaan MBK bagi
ii) Corak irama
Standard Kandungan yang ditetapkan.
iii) Memainkan skel dan kord pada alat muzik
iv) Ekspresi Muzik
Standard Prestasi menunjukkan enam Tahap Penguasaan (TP)
v) Tanda isyarat muzik
yang merujuk kepada aras penguasaan yang disusun secara
vi) Notasi muzik
hieraki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Pentaksiran yang
dibuat seharusnya mengintegrasikan kandungan, kemahiran dan 2. Pengalaman Muzikal
nilai untuk melihat sejauh mana murid menguasai Standard i) Bernyanyi
Kandungan tertentu secara holistik. Jadual 5 menyenaraikan ii) Ensembel Alat Muzik
maksud dan tafsiran umum tentang setiap tahap penguasaan bagi iii) Seni tari
mata pelajaran KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) 3. Permainan Alat Muzik
Pendidikan Muzik Tahun Empat. i) Ensembel Alat Muzik

ORGANISASI KANDUNGAN 4. Apresiasi Muzik


i) Menghayati muzik pelbagai genre
Pelaksanaan bagi KSSRPK Masalah Pembelajaran Pendidikan
Muzik adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang
berkuatkuasa. Waktu minimum pelaksanaan KSSRPK Pendidikan
Muzik Tahun 4 adalah 32 jam setahun. Mata pelajaran ini

17
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

Jadual 5: Tafsiran Umum Tahap Penguasaan KSSR Pendidikan Kandungan kurikulum ini disusun dibawah tiga lajur iaitu Standard
Khas (Masalah Pembelajaran) Pendidikan Muzik Tahun Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Empat. Penerangan bagi setiap lajur adalah seperti di dalam Jadual 6.
Jadual 6: Organisasi DSKP
TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
STANDARD STANDARD STANDARD
Mengetahui pengetahuan dan kemahiran
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PRESTASI
1 asas Muzik

Memahami pengetahuan dan kemahiran Penyataan spesifik Suatu penetapan Suatu set kriteria
tentang perkara kriteria atau umum yang
Muzik serta dapat menjelaskan kefahaman
2 yang murid patut indikator kualiti menunjukkan tahap-
tersebut dengan apa-apa cara. ketahui dan boleh pembelajaran dan tahap prestasi yang
lakukan dalam pencapaian yang perlu murid
Mengaplikasikan pengetahuan dan suatu tempoh boleh diukur bagi pamerkan sebagai
3 kemahiran Muzik persekolahan setiap standard tanda bahawa
merangkumi aspek kandungan. sesuatu perkara itu
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran pengetahuan, telah dikuasai murid
4 Muzik kemahiran dan
nilai.
Menganalisis dan mensintesis pengetahuan
5 dan kemahiran Muzik

Menganalisis dan mensintesis pengetahuan


6 dan kemahiran Muzik

18
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

1.0 NYANYIAN

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN

Murid boleh:
Cadangan aktiviti:
1.1 Bernyanyi Secara 1.1.1 Bernyanyi dengan sebutan, tempo dan pic yang
Ensembel  Latihan bubbling/hissing sebelum bernyanyi
betul.
1.1.2 Menyanyi solfa Do, Re dan Mi berpandukan  Latihan mengajuk melodi lagu.
isyarat tangan Curwen.

19
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

STANDARD PRESTASI

TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Bernyanyi dengan sebutan yang jelas dan tempo yang betul dengan bimbingan guru.

2 Bernyanyi dengan sebutan yang jelas dan tempo yang betul tanpa bimbingan guru.

3  Bernyanyi dengan sebutan yang jelas, pic dan tempo yang betul dengan bimbingan guru.
 Bernyanyi solfa Do, Re dan Mi dengan bimbingan guru.

4  Bernyanyi dengan sebutan yang jelas, pic dan tempo yang betul tanpa bimbingan guru.
 Bernyanyi solfa Do, Re dan Mi tanpa bimbingan guru

5  Bernyanyi dengan sebutan yang jelas, pic dan tempo yang betul secara tekal.
 Menyanyi Solfa Do, Re dan Mi secara tekal.

6  Bernyanyi dengan sebutan yang jelas, pic dan tempo yang betul secara tekal dan kreatif
 Menyanyi Solfa Do, Re dan Mi secara tekal dan boleh dicontohi.

20
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

2.0 PENGALAMAN NYANYIAN DAN GERAKAN

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN

2.1 Bergerak Murid boleh:


mengikut muzik
2.1.1 Melakukan gerakan mengikut melodi lagu. Cadangan aktiviti:

 Membuat gerakan secara bebas


2.1.2 Melakukan pergerakan mengikut lirik lagu.
 Latihan bergerak mengikut mud yang didengar
2.1.3 Melakukan pergerakan mengikut tempo lagu. Contoh :
i. Bergerak dengan riang
2.1.4 Melakukan gerakan dengan ekspresi yang ii. Bergerak dengan sedih
sesuai. iii. Bergerak dengan bersemangat

 Menggunakan bahan bantu belajar sewaktu


melakukan gerakan
Contoh :
i. CD audio dan Radio
ii. Topeng muka
iii. Kostum
iv. Puppet

21
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

STANDARD PRESTASI

TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Memberi respon menerusi pergerakan terhadap lagu yang didengar

2 Menyatakan perasaan terhadap lagu yang di dengar

3 Membuat gerakan bebas mengikut lagu yang didengar

4 Melakukan gerakan berdasarkan lirik lagu yang diperdengar.

5 Melakukan gerakan mengikut lagu dengan ekspresi yang sesuai secara kreatif.

6 Melakukan gerakan mengikut lagu dengan ekspresi yang sesuai secara kreatif dan boleh dicontohi.

22
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

3.0 Permainan Alat Muzik

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN

Murid boleh:

3.1 Bermain alat muzik 3.1.1 Bermain alat muzik perkusi mengikut
perkusi corak irama yang diberi.

3.1.2 Bermain alat perkusi mengikut Cadangan aktiviti :


bermain alat perkusi mengikut detik pada
lagu.  Latihan bermain alat muzik perkusi mengikut corak
irama.

Contoh:
i.Memainkan kembali corak irama yang diberi oleh
guru.

23
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

STANDARD PRESTASI

TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Bermain alat perkusi mengikut detik lagu yang diberi dengan bimbingan.

2 Bermain alat perkusi mengikut detik lagu dengan tempo yang betul.

3 Bermain alat perkusi mengikut detik lagu dengan tempo yang betul dan tepat.

4 Bermain corak irama dengan tempo yang betul menggunakan alat perkusi.

5 Bermain corak irama dengan tempo yang betul dan tepat menggunakan alat perkusi.

6 Bermain corak irama dengan tempo yang betul, tepat dan boleh dicontohi menggunakan alat perkusi.

24
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

4.0 APRESIASI MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


CATATAN

Murid boleh:

4.1 Penghayatan karya 4.1.1 Membuat ulusan terhadap muzik  Mendengar atau menonton video muzik
muzik masyarakat Malaysia yang di dengar dari tradisional:-
aspek  Alat muzik dan ensembel angklung

i) Alat muzik  Guru menunjukkan beberapa contoh buku skrap


ii) Alat ensembel yang telah siap kepada murid.

25
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

STANDARD PRESTASI

TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mengetahui alat muzik dan ensembel angklung dari video yang dipertontonkan.

2 Memberikan penceritaan ringkas berkenaan dengan alat muzik dan ensembel angklung.

3 Menghasilkan buku skrap berkenaan dengan alat muzik dan ensembel angklung.

4 Menghasilkan buku skrap berkenaan dengan alat muzik dan ensembel angklung dengan kemas.

5 Menghasilkan buku skrap berkenaan dengan alat muzik dan ensembel angklung dengan kemas dan kreatif.

Menghasilkan buku skrap berkenaan dengan alat muzik dan ensembel angklung dengan kemas, kreatif dan boleh
6 dicontohi.

26
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

PANEL PENGGUBAL

1. Paizah Binti Zakaria Bahagian Pembangunan Kurikulum

2. Abd. Rasid bin Hj Jali Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Oliza Binti Omar Bahagian Pembangunan Kurikulum

4. Haris bin Yusof Bahagian Pembangunan Kurikulum

5. Fadhlinasri Bin Yusof Bahagian Pembangunan Kurikulum

6. Ahmad Afzan Bin Hassan SMK Danau Kota , Kuala Lumpur

7. Masri Aida Binti Mohd Ghani SK Taman Ehsan, Selangor

8. Siti Noor Baen Binti Abd Latif SK (L) Jalan Batu, Kuala Lumpur

27
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

PENGHARGAAN

Penasihat

Shazali bin Ahmad - Pengarah

Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah (STEM)

Dr. Mohamed bin Abu Bakar - Timbalan Pengarah (Kemanusiaan)

Penasihat Editorial
Mohamed Zaki bin Abd. Ghani - Ketua Sektor
Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor
Mahyudin bin Ahmad - Ketua Sektor
Dr. Rusilawati binti Othman - Ketua Sektor
Mohd Faudzan bin Hamzah - Ketua Sektor
Fazlinah binti Said - Ketua Sektor
Mohamed Salim bin Taufix Rashidi - Ketua Sektor
Haji Sofian Azmi bin Tajul Arus - Ketua Sektor
Paizah binti Zakaria - Ketua Sektor
Hajah Norashikin binti Hashim - Ketua Sektor

28
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

Penyelaras Teknikal Penerbitan dan


Spesifikasi
Saripah Faridah binti Syed Khalid
Nur Fadia binti Mohamed Radzuan
Mohamad Zaiful bin Zainal Abidin

Pereka Grafik
Siti Zulikha binti Zelkepli

29

Anda mungkin juga menyukai