Anda di halaman 1dari 12

MPP 3 3767/1

1 Ekonomi adalah kajian tentang


A bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas
B bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi
C tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang terhad
D tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber

2 Masalah kekurangan berlaku kerana

A kadar pertambahan penduduk yang tidak terkawal


B kehausan dan kepupusan sumber alam semula jadi
C faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam ekonomi
D faktor pengeluaran adalah terhad berbanding dengan kehendak yang pelbagai

3 Gambar berikut menunjukkan faktor pengeluaran.

A
A
Pernyataan manakah yang menggambarkan sumber ekonomi A?

A Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi


B Mempunyai penawaran yang tidak terhad
C Menggabungkan faktor pengeluaran yang lain
D Mencapai pengeluaran output yang maksimum

4 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Embun Sdn. Bhd

Teknik Sofa Meja makan


pengeluaran (unit) (unit)
A 0 200
B 10 90
C 50 60
D 70 30

Apakah kos lepas jika Syarikat Embun Sdn. Bhd menukar teknik pengeluaran
daripada B ke D?

A 30 unit meja makan


B 60 unit meja makan
C 60 unit sofa
D 70 unit sofa

2
MPP 3 3767/1
5 Rajah berikut menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran.
Barang X

D●

E ●

Barang Y
0
Pilih pernyataan yang tepat apabila kombinasi pengeluaran bergerak daripada titik D
ke E.

A Semakin banyak barang X dikeluarkan dalam ekonomi


B Semakin banyak barang Y dikeluarkan dalam ekonomi
C Kadar pengangguran adalah tinggi dalam ekonomi
D Berlaku kemajuan tingkat teknologi pengeluaran

6 Jadual berikut menunjukkan kombinasi pengeluaran makanan dan pakaian sebuah


ekonomi.

Kombinasi Makanan Pakaian


pengeluaran (tan metrik) (ribu helai)
A 0 20
B 5 18
C 9 12
D 15 0

Apakah akan berlaku jika kombinasi pengeluaran 9 tan metrik makanan dan 12 ribu
helai pakaian dipilih?

A Ekonomi tidak berupaya mencapai kombinasi pengeluaran yang dipilih


B Ekonomi akan beroperasi pada tahap guna tenaga penuh
C Ekonomi akan mengalami pembaziran sumber
D Ekonomi berlaku pengangguran yang serius

7 Apakah faktor yang mendorong kerajaan untuk campur tangan dalam sistem ekonomi
campuran?

A Melaksanakan projek pembangunan yang berisiko tinggi


B Memastikan pulangan keuntungan yang tinggi
C Memaksimumkan kebajikan rakyat
D Mengelakkan pembaziran sumber

3
MPP 3 3767/1
8 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi motosikal tempatan.

Harga (RM)
D0
D1

D0
D1

0 Q1 Q0 Kuantiti (unit)

Apakah faktor yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1?

A Harga motosikal menurun


B Kadar cukai pendapatan menurun
C Harga motosikal jenama import menurun
D Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan

9 Pilih pasangan yang betul tentang perubahan penentu penawaran terhadap


penawaran sesuatu barang

4
MPP 3 3767/1

Harga(RM)
A Kerajaan meningkatkan cukai kepada S
pengeluar
P1

P0

0 Q0 Q1 Kuantiti (kg)

Harga(RM) S0
B Kos pengeluaran meningkat S1

P0

S0
S1
0 Q0 Q1 Kuantiti (kg)

Harga(RM)
Harga faktor pengeluaran menurun S
C
P1

P0

0 Q0 Q1 Kuantiti (kg)

D Harga dijangka naik pada masa Harga(RM) S1


hadapan S0

P0

S1
S0
0 Q0 Q1 Kuantiti (kg)

5
MPP 3 3767/1
10 Rajah berikut menunjukkan keadaan ketidakseimbangan dalam pasaran

Harga (RM)
D S

A● ●B

S D
Kuantiti (unit)
0

Pilih pernyataan yang dapat menerangkan situasi AB.

A Kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti ditawar


B Wujud lebihan penawaran
C Wujud lebihan permintaan
D Harga cenderung naik

11 Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan

Harga(RM) D1
S0
D0

P1
P0
D1
D0
S0
0 Kuantiti (unit)
Q0 Q1

Apakah kesan kepada pasaran jika berlaku peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke
D1D1

I Kuantiti keseimbangan akan meningkat


II Kuantiti keseimbangan akan menurun
III Harga keseimbangan akan menurun
IV Harga akan naik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6
MPP 3 3767/1
12 Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran terhadap sesuatu barang Z.

Harga(RM)
S

300

100

S
0 5 10
Kuantiti ditawar(kg)

Berapakah pekali nilai keanjalan harga penawaran barang Z?

A 0.3
B 0.5
C 1.0
D 2.0

13 Pilih penentu yang menyebabkan sesuatu barang mempunyai keanjalan harga


penawaran yang tidak anjal.

A Bilangan firma dalam pasaran adalah banyak


B Faktor pengeluaran mudah diperoleh dan ditambah
C Penawaran barang berlaku dalam jangka masa panjang
D Penawaran barang melibatkan pertambahan kos pengeluaran yang sangat besar

14 Puan Maznah mempunyai akaun simpanan tetap berjumlah RM300 000 di CIMB Bank
Berhad.
Apakah fungsi wang dalam pernyataan di atas?

A Alat ukuran nilai


B Alat simpanan nilai
C Alat bayaran tertunda
D Alat perantaraan pertukaran

15 Antara yang berikut, manakah yang menerangkan ciri-ciri akaun semasa?

I Merupakan wang sah


II Diberikan kemudahan overdraf
III Dapat membuat bayaran dengan menggunakan cek
IV Semakin panjang tempoh simpanan, semakin tinggi kadar faedah.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

7
MPP 3 3767/1
16 Pasangan yang manakah adalah benar tentang contoh pekerjaan.

Pegawai bank Pengurus ladang kelapa sawit Operator kilang


A Sektor utama Sektor ketiga Sektor kedua
B Sektor kedua Sektor utama Sektor ketiga
C Sektor ketiga Sektor kedua Sektor utama
D Sektor ketiga Sektor utama Sektor kedua

17 Encik Fauzi menerima gaji RM4 000 sebulan. Kadar caruman Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja ialah 11% dan bagi majikan ialah 13%.
Berapakah caruman Encik Fauzi dalam enam bulan pertama?

A RM 440
B RM 960
C RM 2 640
D RM 5 760

18 Apakah perbezaan antara makanan dengan rumah banglo?

Makanan Rumah banglo


A Untuk keselesaan hidup Untuk meneruskan kehidupan
B Pelbagai pilihan barangan Pilihan barangan terhad
C Mempunyai barang pengganti Tiada barang pengganti
D Harga lebih stabil Harga tidak stabil

19 Maklumat berikut merupakan rumus pendapatan boleh guna.

Pendapatan boleh guna = Perbelanjaan penggunaan + X

X ialah
A Tabungan
B Potongan wajib
C Pelepasan cukai
D Pendapatan boleh cukai

20 Firma ialah organisasi yang

A memaksimumkan kos pengeluaran


B menawarkan faktor-faktor pengeluaran
C merancang untuk mendapat keuntungan yang minimum
D menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.

8
MPP 3 3767/1
21 Antara berikut, yang manakah benar mengenai kos berubah dan kos tetap?

Kos berubah Kos tetap


A Contohnya sewa bangunan Contohnya premium insurans kebakaran
B Wujud dalam pengeluaran jangka Wujud dalam pengeluaran jangka
pendek pendek dan jangka panjang
C Berubah mengikut bilangan output Tidak berubah mengikut bilangan output
D Wujud walaupun output adalah sifar Tidak wujud jika output adalah sifar

22 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran sabun dalam masa seminggu oleh Firma
Wangi.

Output : 2 000 unit


Harga jualan seunit : RM10
Kos purata : RM5

Berapakah untung Firma Wangi?

A RM2 500
B RM5 000
C RM10 000
D RM20 000

23 Mengapakah peningkatan produktiviti meningkatkan taraf hidup rakyat sesebuah negara?

A Firma mampu meningkatkan kualiti barang


B Firma mampu menjual barang dengan harga yang lebih murah
C Firma mampu mengeluarkan barang dengan kos yang lebih rendah
D Firma mampu membayar upah yang lebih tinggi kepada pekerjanya

24 Antara berikut, yang manakah merupakan eksternaliti negatif daripada aktiviti


pengeluaran?

I Ekosistem yang seimbang


II Pertambahan peluang pekerjaan
III Pelepasan asap dari kilang getah
IV Pembuangan sampah oleh kilang kayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Peningkatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan membawa kepada

I peningkatan infrastruktur fizikal


II peningkatan kadar pengangguran
III peningkatan bilangan kakitangan awam
IV peningkatan taraf pendidikan penduduk

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9
MPP 3 3767/1
26 Pilih pernyataan yang tepat tentang dasar fiskal mengembang dengan dasar fiskal
menguncup.

Dasar Fiskal Mengembang Dasar Fiskal Menguncup


A Meningkatkan kadar cukai Menurunkan kadar cukai
B Meningkatkan permintaan agregat Menurunkan permintaan agregat
C Menurunkan perbelanjaan kerajaan Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
D Digunakan semasa berlaku inflasi Digunakan semasa berlaku deflasi

27 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan cukai tak langsung?

A Encik Razman membayar duti setem apabila menandatangani surat perjanjian


pembelian rumah
B Syarikat Ah Foo Berhad membayar cukai sebanyak 28% daripada keuntungannya
kepada kerajaan
C Puna Parvathi membayar tambahan 5% daripada jumlah harga makanan di restoran
makanan segera
D Petronas membayar 38% daripada jumlah pendapatan syarikat kepada kerajaan

28 Perbualan yang berikut merujuk kepada satu masalah ketidakstabilan ekonomi yang
dihadapi oleh sebuah negara.

Bagaimanakan bank pusat negara tersebut mengatasi masalah tersebut?

I Menjual surat jaminan kerajaan kepada orang ramai


II Mengubah kadar rizab berkanun daripada 6% kepada 4%
III Mengubah kadar faedah pinjaman daripada 7% kepada 4%
IV Mengubah tempoh bayaran balik pinjaman daripada 7 tahun kepada 5 tahun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10
MPP 3 3767/1
29 Apakah kesan penurunan kadar faedah kepada ekonomi sesebuah negara?

A Jumlah permintaan agregat berkurang


B Pendapatan negara sebenar bertambah
C Masalah pengangguran kitaran lebih serius
D Kadar pertumbuhan ekonomi lebih perlahan

30 Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi?

I Sekatan perdagangan antarabangsa


II Rangkaian pengangkutan yang cekap
III Kemajuan internet dan ekonomi digital
IV Liberalisasi perdagangan tidak digalakkan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

31 Mengapakah sesebuah firma mengembangkan operasi perniagaannya ke peringkat


antarabangsa?

A Kos upah yang lebih rendah


B Pasaran tempatan yang tepu
C Kenaikan harga bahan mentah di pasaran antarabangsa
D Kadar pertukaran asing yang berubah dari semasa ke semasa

32 Pernyataan manakah yang menerangkan tujuan kuota dikenakan dalam perdagangan


antarabangsa?

A Meningkatkan penawaran barangan import


B Menambahkan hasil kerajaan
C Menjamin keselamatan negara
D Melindungi industri tempatan

33 Maklumat berikut menunjukkan urus niaga antarabangsa Negara X.

Eksport Nampak RM200 juta


Import Nampak RM180 juta

Apakah kesan daripada urus niaga tersebut?

A Imbangan dagangan positif


B Imbangan dagangan negatif
C Imbangan pembayaran positif
D Imbangan pembayaran negatif

11
MPP 3 3767/1
34 Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan
Dolar Singapura.

RM3.50 = S$1.00

Berapakah nilai barang dalam Ringgit Malaysia jika harga barang ialah S$8 750.00?

A RM31 700
B RM31 670
C RM30 625
D RM29 300

35 Jadual di bawah menunjukkan perubahan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM)


berbanding Pound Sterling (£)

Tahun Kadar Pertukaran Asing

2015 £1 = RM6.00
2016 £1 = RM6.80

Apakah kesan yang berlaku ke atas Malaysia pada tahun 2016 berbanding tahun 2015?

A Harga barang Britain di Malaysia lebih murah


B Harga eksport Malaysia ke Britain lebih murah
C Jumlah import Malaysia dari Britain akan meningkat
D Imbangan dagangan Malaysia dengan Britain cenderung menjadi negatif

Pilihan jawapan bagi Soalan 37 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut:

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah

B Salah Betul

C Salah Salah

D Betul Betul

36 I Pengeluaran jangka pendek melibatkan penggunaan input tetap dan input berubah.

II Buruh merupakan input berubah.

37 I Pemegang akaun simpanan wadiah menerima hibah daripada bank.

II Takjiri bermaksud perkongsian untung.

12
MPP 3 3767/1
38 I Kos sosial perlu ditanggung oleh kerajaan.

II Faedah sosial ialah manfaat yang diterima oleh masyarakat.

39 I Belanjawan lebihan berlaku apabila jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil


kerajaan.

II Belanjawan lebihan digunakan untuk mengatasi inflasi.

40 I Penawaran terhadap Ringgit Malaysia berhubung secara langsung dengan import


negara.

II Apabila nilai import menurun, nilai Ringgit Malaysia cenderung meningkat.

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai