Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan-kebaikan Para Pelajar Menyertai

Aktiviti Kokurikulum
Source: http://88karangan.com/karangan-17/

Aktiviti di luar bilik darjah atau kokurikulum sering menjadi topik hangat
perbualan masyarakat kita terutama menjelang musim peperiksaan. Ada yang
menganggap pembabitan pelajar dalam aktiviti sebegini mampu menjejaskan
prestasi mereka dalam peperiksaan terutama peperiksaan umum negara ini.
Hairannya, pelajar yang tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti juga tidak
memperoleh keputusan yang cemerlang jika mahu diambil kira masa mereka
yang lebih banyak untuk menelaah buku pelajaran. Jadi, penglibatan dalam
kokurikulum memang ada banyak kebaikannya jika dilakukan dengan penuh
cermat dan sistematik.

Kebaikan pertama melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ialah seseorang


pelajar itu dapat mengeluarkan peluh terutama aktiviti yang melibatkan acara
sukan. Biasanya aktiviti ini memerlukan stamina dan tenaga yang banyak lalu
menjadikan tubuh pelajar lebih tegap dan mampu untu mengalami sebarang
tindakan fizikal yang ketara. Badan yang sihat juga menjadikan diri pelajar itu
lebih menarik dan boleh menerima pelajaran dengan lebih baik kerana fikiran
mereka sihat berbanding dengan pelajar yang lain. Maka, pelajar yang
melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum memang lebih sihat berbanding
pelajar yang lainnya.

Dalam sebarang aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar itu harus melakukan


sesuatu aktiviti sama ada secara berkumpulan atau bersendirian. Kejayaan
seseorang pelajar melaksanakan aktiviti ini dengan baik akan memberi
keyakinan dalam dirinya bahawa mereka memang berguna dan boleh
melakukan sesuatu yang berfaedah dalam hidup. Sikap yakin ini sudah pasti
akan menebal setiap kali pelajar berjaya melakukan pelbagai aktiviti dalam
penglibatan kokurikulumnya itu lalu menjadikan diri pelajar lebih
berketerampilan lagi. Jelaslah, pelajar yang terlibat dalam kokurikulum
mempunyai rasa keyakinan diri yang lebih ketara berbanding pelajar yang tidak
melibatkan diri langsung.

Dalam kehidupan manusia, amalan bertemu untuk berinteraksi dengan orang


lain sudah menjadi lumrah dan kokurikulum mampu mendidik pelajar cara
untuk berinteraksi dengan lebih berkesan lagi. Semua kokurikulum mempunyai
program yang pastinya akan memerlukan pelajar berinteraksi dengan pelajar
lain, guru dan juga masyarakat setempat untuk melaksanakan sesuatu program
tersebut. Interaksi demi interaksi ini menjadikan diri pelajar lebih peka dan tahu
cara untuk menyesuaikan diri mereka dalam pergaulan masyarakat apabila
mereka dewasa kelak tanpa perlu berasa malu dan sebagainya. Maka, pelajar
akan lebih mahir dalam interaksi mereka jika melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum.

Kokurikulum sudah pasti memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada


pelajar yang menyertainya baik yang berupaya sukan, persatuan dan
sebagainya. Pengetahuan mengurus sesuatu, merancang, dan mengalami
masalah ketika melakukan aktiviti sudah pasti memberikan pendidikan yang
berguna kepada pelajar pada masa hadapan kerana perkara ini tidak mampu
untuk mereka peroleh menerusi pendidikan biasa. Semua maklumat yang
mereka pelajari ini menjadikan diri mereka lebih mampu untuk mengharungi
kehidupan alam dewasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran itu.
Sebenarnya, kokurikulum memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada pelajar
yang menyertainya.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum harus disertai oleh semua pelajar kerana


aktiviti ini memiliki banyak impak positif. Golongan ibu bapa perlulah melihat
kokurikulum ini dalam sudut yang lebih besar dan positif serta tidak
menganggap aktiviti ini membuang masa sahaja. Pelajar pula perlu
menggunakan peluang ini untuk mempelajari sebanyak mungkin pengetahuan
yang diberikan menerusi penglibatan mereka ini tanpa ada keraguan. Kalau ini
berjaya dilaksanakan, negara kita akan memiliki satu generasi muda yang
berdaya saing tinggi.

Anda mungkin juga menyukai