Anda di halaman 1dari 4

BAB PROLOG

KAWAI MARU
Kawai Maru sebuah kapal nelayan besar dimiliki oleh
Tuan Kawai. Tuan Kawai seorang yang kaya raya sejak
berumur awal tiga puluhan. Beliau cinta akan laut lebih
daripada daratan. Nama kapal Kawai Maru
mengambil sempena namanya. Seorang yang
berpengetahuan luas dalam bidang perikanan. Kawai
Maru menempatkan dua ratus pekerja. Dua tingkat
Kawai Maru dijadikan tempat tidur. Satu tingkat ruang
dapur dan dewan makan . Dua tingkat tempat
menyimpan ikan lengkap dengan bilik sejuk beku.
Teknologi moden digunakan seperti komputer dan
satelit dalam kapal Kawai Maru. Di Lautan Pasifik, Kawai
Maru tiada saingannya. Perairan Ogonshoto merupakan
tempat tangkapan ikan merah dan tuna yang
berdaging enak, iaitu lubuk ikan luar biasa.

Ogonshoto merupakan republik yang terdiri


daripada enam buah pulau, lebih kurang 1500 batu di barat
laut Pulau Easter milik Chile. Tatamanu merupakan ibu
negara dan pelabuhan utamanya. Menurut Tuan Kawai,
kepulauan ini telah dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun
pada permulaan zaman Edo dan merekalah yang
menamakannya Ogonshoto. Ogonshoto mempunyai hubungan
dengan Jepun. Pengaruh Jepun terdapat di Ogonshoto, misalnya
terdapat generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Pulau-pulau
Ogonshoto menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Di
kepulauan ini, terdapat gunung-gunung berapi, seperti
gunung berapi Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata. Terdapat
pusat-pusat hiburan di sini, seperti di Malagana. Rakyat
Ogonshoto ramah dan kaya dengan cerita. Kisah-kisah di
Ogonshoto menjadi kutipan anak-anak kapal Kawai

1
Maru dan menjadi lebih jelas dan lengkap selepas
peristiwa pertemuan dengan nakhoda dan pengikut-
pengikutnya di sebuah pulau asing selepas berlakunya
Tsunami.

PERSOALAN
1. Tentang penggunaan teknologi moden dalam
perikanan. Contoh; Kawai Maru menggunakan
teknologi satelit dalam kegiatan perikanannya.
2. Tentang keadaan geografi kepulauan Ogonshoto.
Contoh; terdiri daripada pulau-pulau dan ibu
negaranya ialah Tatamanu.

PERWATAKAN
TUAN KAWAI
1. Seorang yang memilki kapal Kawai Maru.
2. Seorang yang arif tentang perikanan. Contoh;
tidak seorang pun daripada anak-anak kapal
boleh mengatasinya tentang dunia laut dan
isinya.
3. Seorang nelayan yang menggunakan teknologi
moden. Contoh; dia menggunakan komputer dan
satelit dalam kegiatan perikanannya.
4. Seorang yang tidak pernah serik dalam melakukan
sesuatu. Contoh; dia tetap ke perairan Ogonshoto
walaupun terdapat gelombang-gelombang besar.

GAMBARAN MASYARAKAT

2
1. Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan.
Contoh ; Tuan Kawai dan anak-anak kapal Kawai
Maru merupakan nelayan.
2. Masyarakat yang peramah. Contoh; rakyat
Ogonshoto ramah-tamah dan kaya raya dengan
cerita.

REPUBLIK OGONSHOTO
1. Sebuah republik terdiri daripada enam buah
pulau lebih kurang 1500 batu di barat laut Pulau
Easter milik Chile.
2. Kepulauan ini ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun
pada permulaan zaman Edo.
3. Terdapat pengaruh Jepun. Contoh; terdapat
generasi kacukan Jepun di Ogonshoto.
4. Terdapat gunung-gunung berapi. Contoh;
Gunung berapi Gora-Gora.
5. Mempunyai pemandangan yang menakjubkan.
Contoh; puncak gunung berapi di Gora-Gora
berwarna keemasan pada waktu pagi.
6. Ibu negaranya ialah Tatamanu, iaitu sebuah
pelabuhan utama Ogonshoto.
7. Terletak di Teluk Pinavana yang sangat dalam.
8. Rakyatnya peramah dan kaya-raya dengan
cerita. Contoh; mendengar cerita-cerita
penduduk-penduduk Ogonshoto kami akan lupa
segala perbualan yang menjadi kebiasaan
kami.

3
4

Anda mungkin juga menyukai