Anda di halaman 1dari 6

1.

0 TUJUAN
1.1 Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
Pengarah, IPG Kampus Ipoh berhubung dengan cadangan untuk mewujudkan Galeri Sejarah dan
Seni Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kita adalah penghuni masa kini yang mewarisi dari masa lampau dan memegang amanah bagi
generasi masa depan. Malaysia adalah sebuah negara bertuah yang dianugerahkan dengan
kemewahan warisan merentas-budaya. Warisan ini juga boleh dilihat secara kolektif sebagai
lambang pusaka seni dan sejarah Asia Tenggara. Ia sewajarnya dihayati sebagai suatu ramuan
unik hasil percampuran pelbagai tradisi sepertimana yang telah dizahirkan menerusi pelbagai
bentuk penghasilan artistiknya. Kita adalah pewaris khazanah artistik yang tidak ternilai dan
mengandungi mutiara-mutiara budi yang sangat halus. Warisan ini telah menjadi pusaka yang
diperturunkan kepada kita oleh para seniman bistari masa lampau. Adalah amat penting untuk
setiap khazanah artistik ini dihayati juga sebagai penzahiran minda yang berfikir secara saintifik
dan teknologikal. Simbiosis antara seni dan sejarah yang telah lama wujud dalam warisan budaya
kita sendiri mencerminkan hasil usaha melestarikan otak-minda, jasad dan jiwa.

2.2 Sehubungan itu sejajar dengan penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang pada
ketika itu dikenali sebagai Maktab Perguruan Ulu Kinta Ipoh, pada 1 Jun 1983, maka galeri
sejarah dan seni wajar diwujudkan untuk mendokumentasikan peristiwa-peristiwa penting dan
maklumat berkaitan instituisi pendidikan guru ini.. Sebagai satu institusi pendidikan guru yang
boleh dikategorikan sebagai instituisi pendidikan guru yang telah wujud dalam satu tempoh yang
lama adalah wajar IPG Kampus Ipoh memiliki sebuah galeri yang dapat menggambarkan
perkembangan sejarah IPG tersebut. Penubuhan Galeri Seni dan Sejarah bukan sahaja dilihat
sebagai satu usaha menarik minat siswa guru kepada bahan tinggalan sejarah tetapi sebenarnya
ia harus dijadikan sebagai aset IPGKI yang harus dipelihara dan dipulihara demi menjaga jati diri
dan perwatakan IPG yang akan kekal selama-lamanya.
3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Rasional bagi penubuhan galeri ini adalah penting dalam memberikan suatu kesan yang baik
kepada warga IPGKI dan pengunjungnya kerana sejarah instituisi ini tidak akan mati, ia akan terus
hidup dan bernyawa malah sejarah itu akan berulang sebagai pengajaran dan peringatan kepada
kita.
3.2 Matlamat utama penubuhan galeri ini adalah bagi mewujudkan lokasi menyimpan khazanah
sejarah IPGKI, persekitaran dan negara serta menyediakan suatu tempat yang menjadi sumber
rujukan warga IPGKI dan masyarakat setempat.

4.0 PERINCIAN CADANGAN

4.1 Tempat :
Cadangan tempat di hadapan ruang foyer Blok Pentadbiran.
4.2 Tema :
Memartabatkan, Memasyarakatkan Sejarah dan Seni IPGKI dan Malaysia.
4.3 Objektif pembinaan Galeri Seni dan Sejarah adalah seperti yang berikut:
4.3.1 Mendokumentasikan semua bahan sejarah dan seni IPGKI serta bukti-bukti
berlangsungnya peristiwa penting supaya dapat dihimpunkan dalam sebuah galeri yang
dapat dijadikan kebanggaan warga IPGKI amnya.

4.3.2 Mengenali dan menghayati sejarah dan seni IPG Kampus Ipoh.

4.3.3 Melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang kental, patriotik, dan
cintakan negara.

4.3.4 Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan kepada perkembangan IPGKI
selaku peneraju pendidikan guru di Perak dan bersesuaian dengan visi IPGKI iaitu
“Leading Future Model Teacher ”.
5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat 1
Dr. Yahya bin Othman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Penasihat II
En. Mohd. Kadri bin Fazil Rahman
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Pengerusi
En. Azmi bin Mohamad @ Md Jalani
Ketua Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Timbalan Pengerusi
Dr Kasran bin Mat Jiddin
Penolong Ketua Jabatan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Penyelaras Bersama
Puan Suwaibah bin Rasidi
En. Mohamad Ali bin Zakaria
Puan Siti Khamariah binti Ridzuwan
Puan Hanizah binti Bahar

Ketua-ketua Projek
Dr Siti Hayati binti Mohd Yusuf
Dr Shanmuga Vellu a/l Subramanian
Dr Mohd. Jefferi bin Mat Lazim
En Asri bin Che Mat

Setiausaha
Puan Rose Adilla binti Isma

Bendahari
En Hairi bin Yahya

JK Dokumentasi
Cik Noor Hasiah binti Sulaiman
Cik Phun Lee Lee
JK Publisiti dan Seranta
En Sahanuddin bin Yusuf
En Vespanathan a/l Supramaniyam

6.0 KEWANGAN
6.1 Pembinaan Galeri Sejarah dan Seni ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM7390.00 dengan
memohon daripada peruntukan IPGKI dan sumbangan individu. Perincian anggaran pendapatan
dan perbelanjaan adalah seperti di Lampiran B.

7.0 KESIMPULAN
7.1 Pembinaan Galeri Sejarah dan Seni IPGKI ini adalah relevan pada masa kini dalam usaha
menghayati dan memartabatkan sejarah dan seni kegemilangan peradaban Malaysia demi
kelangsungan memulihara warisan negara kita buat generasi akan datang. Selain itu galeri ini juga
boleh dijadikan satu platform untuk menyebar dan memasyarakatkan setiap hasil warisan sejarah
dan seni untuk pengetahuan umum.

Disediakan oleh :

...............................................................
(AZMI BIN MOHAMAD @ MD JALANI)
Ketua Jabatan ,
Jabatan Sains Sosial,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Disokong oleh :

..............................................................
(DR YAHYA BIN OSMAN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA JUMLAH
Rak cermin aluminium x 4 RM2000.00

Rak pameran RM500.00

Papan Maklumat Info x 4 RM2000.00

Partition -polycarbonate surface size 180H x 122W cm X 4 RM1390.00

Hanging Home Space And Partition Divider RM1000.00


JUMLAH PERBELANJAAN RM7390.00
LAKARAN REKA BENTUK GALERI SENI DAN SEJARAH IPGKI 2021

RUANG SEJARAH IPG KAMPUS IPOH DAN IPGM RUANG SEJARAH NEGARA

(RAK CERMIN) (RAK CERMIN)

Anda mungkin juga menyukai