Anda di halaman 1dari 7

MATA PELAJARAN: SAINS KOMPUTER

PENGAJARAN :7
STANDARD KANDUNGAN : 1.1 Komputer Dan Impak
MASA : 1 jam
TINGKATAN :5

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.7 Mengkaji kerjaya yang berkaitan dengan pengkomputeran masa hadapan

OBJEKTIF:
Murid boleh
1. Mengetahui tugas beberapa bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengkomputeran
2. Mengetahui latar belakang teknikal dan industri yang berkaitan bagi contoh kerjaya yang
murid pilih.
3. Menimbulkan minat kecenderungan terhadap kerjaya berkaitan pengkomputeran
4. Memahami sumbangan kerjaya ini kepada masyarakat dan pertumbuhan sosio-ekonomi
negara.

BAHAN BANTU MENGAJAR:


 Lampiran 1, 2, 3
 Komputer dan talian Internet
PERSEDIAAN SEBELUM KELAS MASA: Tiada
1. Mencetak helaian kerja Lampiran 1 dan 2.
2. Memastikan komputer dan internet berfungsi dengan baik.
3. Menyediakan soalan quiz dan link yang berkaitan di Kahoot https://kahoot.it untuk
dicapai oleh murid.
4. Untuk tutorial lanjutan pembinaan kuiz melalui kuiz melalui Kahoot, layari
https://www.youtube.com/watch?v=ABDFYd2UWIA (“Creating a Quiz in Kahoot”).

SET INDUKSI MASA: 10 minit


1. Murid ditanya isu keselamatan siber dan bagaimana boleh kita pastikan keselamatan
siber dapat dibendung? Tentu ada kumpulan profession yang bertanggung jawab
mengenainya. Contohnya pakar keselamatan siber, ahli forensik digital, peguam siber.
2. Cuba lihat sektor lain yang memerlukan pengkomputeran dan siapakah yang terlibat
dalam tugasan berkaitan.

MEMUPUK PEMAHAMAN MASA: 25 minit


1. Guru memaparkan slaid alam pekerjaan yang melibatkan pengkomputeran dalam
pelbagai sektor industri – kewangan, pengilangan, kaji cuaca, penyelidikan dalam
makmal, perubatan, perdagangan, pengangkutan serta pendidikan. Rujuk Lampiran 1.
2. Murid akan memilih 2 kerjaya dari slaid yang ditunjukkan dan mengulas dengan
terperinci tugasan kerjaya tersebut. Guru akan membimbing murid dan murid perlu
memberi pandangan sama ada kerjaya yang dipilih itu masih diperlukan atau akan
lebih mencabar di masa akan datang.
3. Pandangan murid perlu membawa sumbangan kepada pembangunan negara dan sosio
ekonomi rakyat Malaysia.
PENYERTAAN SECARA AKTIF (AKTIVITI 1) MASA: 15 minit
1. Guru akan meminta murid membuat kumpulan iaitu 4 murid sekumpulan.
2. Murid diberi pilihan untuk memilih dua industri dari senarai di Lampiran 2.
3. Murid dalam setiap kumpulan berbincang tentang sistem pengkomputeran yang
digunakan untuk industri yang dipilih.
4. Murid juga perlu mengenal pasti nama kerjaya pengkomputeran yang terlibat dalam
industri tersebut.
5. Setiap kumpulan akan membuat slaid beserta gambar sistem pengkomputeran dalam
industri yang dipilih. Mereka perlu juga nyatakan kerjaya lain yang terlibat dalam
industri tersebut.
6. Setiap kumpulan akan memaparkan slaid mereka untuk 2 industri pilihan beserta
kerjaya yang terlibat dalam industri tersebut.

KESIMPULAN MASA: 10 minit


1. Murid diminta menjawab soalan menggunakan Kahoot. Soalan seperti di Lampiran 4.
2. Guru dan murid akan berbincang sekiranya ada soalan yang sukar dijawab atau
perbezaan pendapat.
3. Guru menjelaskan rumusan apa yang telah murid pelajari pada hari ini.

TOPIK AKAN DATANG MASA: 5 minit


Dari topik yang dibincangkan, pelbagai tugas dan kerjaya yang menarik dan penting dapat
diterokai oleh murid-murid apabila tamat pembelajaran di universiti atau kolej. Apapun bidang
yang akan diceburi dalam dunia Pengkomputeran, asas pengetahuan komputer dan
penggunaannya perlu difahami dengan baik. Oleh yang demikian perbincangan tajuk
seterusnya ialah untuk memahami komputer dan pengoperasiannya dengan lebih mendalam.
2. Senibina Komputer
Lampiran 1
Gambaran secara umum – kerjaya profesional pengkomputeran dalam pelbagai sektor industri.

Sektor Pengangkutan dan pelbagai sistem pengkomputeran yang digunakan untuk memastikan
sistem pengangkutan negara berjalan dengan lancar. Kerjaya disebalik pengkomputeran –
jurutera perisian untuk mengendalikan sistem jadual pengangkutan (keretapi, kapal, kapal
terbang, lori barangan, dan seumpamanya); jurutera rangkaian untuk memastikan rangkaian
komputer dan Internet berjalan lancar; saintis data yang menganalisa data untuk perancangan
strategi syarikat pengangkutan; pereka bentuk grafik untuk reka bentuk model kereta dan
kenderaan lain.
Contoh Kerjaya pengkomputeran berkaitan
Lampiran 2

Senarai Sektor Perkhidmatan


Contoh: Kewangan, pengilangan, kaji cuaca, penyelidikan dalam makmal, perubatan,
perdagangan, pengangkutan, pertanian, kesihatan, penyiasatan serta pendidikan

Senarai Kerjaya Pengkomputeran masa kini dan akan datang


Contoh: Saintis data, jurutera perisian, jurutera rangkaian, ahli keselamatan siber, pembangun
perisian aplikasi, pereka bentuk grafik dan simulasi, juru audit sistem dan keselamatan, pakar
forensik digital, saintis kepintaran buatan
Lampiran 3

Soalan untuk ulangkaji menggunakan Kahoot.

1. Yang berikut adalah kerjaya yang berkaitan dengan pengkomputeran:


A – jururawat B – jurutera perisian
C – peguam D – wartawan

2. Pereka bentuk grafik boleh menghasilkan lukisan grafik beserta simulasi gerakan lukisannya
menggunakan alat bantu grafik
Betul / Salah

3. Banyak kes jenayah ketika ini melibatkan bukti digital. Oleh itu pakar digital forensik
diperlukan dalam penyiasatan
Betul / Salah

4. Industri yang berikut menggunakan sistem pengkomputeran


A – kewangan dan perniagaan B – perkapalan
C – latihan simulasi D – semua yang tercatat

5. Peranan pekerja dalam pengkomputeran banyak membantu mempertingkatkan kualiti


perkhidmatan industri dan sosio ekonomi negara
Betul / Salah

Anda mungkin juga menyukai