Anda di halaman 1dari 5

MATA PELAJARAN: SAINS KOMPUTER

PENGAJARAN : 12

STANDARD KANDUNGAN : 1.2 Seni Bina Komputer

MASA : 1 jam 30 minit

TINGKATAN :5

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2.5 Merumuskan pelaksanaan atur cara dalam sebuah pemproses

OBJEKTIF:
Murid boleh
1. Menerangkan konsep perlaksanaan atur cara dengan mengaitkan kitaran Capai –
Nyahkod – Laksana (FDE – Fetch, Decode, Execute Cycle) dan senibina Von Neumann

PERSEDIAAN SEBELUM KELAS MASA: Tiada

Guru harus:
 membahagikan murid kepada 4 sekumpulan untuk aktiviti latihan.
 menyediakan kertas A4 bagi kegunaan murid
 Memastikan talian internet adalah berfungsi sekiranya ingin menggunakan internet
untuk menunjukkan murid mengenai perlaksanaan atur cara:
http://www.peterhigginson.co.uk/RISC/
SET INDUKSI MASA: 10 minit

1. Aktiviti Murid:

a. Murid dibahagikan kepada 4 sekumpulan. Murid harus berbincang mengenai


pengetahuan mereka tentang bagaimana komputer melaksanakan atur cara. Guru
boleh merujuk kepada standard pembelajaran 1.2.3 dan 1.2.4. Contoh-contoh
soalan yang boleh diajukan kepada murid-murid adalah seperti:

 Apakah konsep pemprosesan linear?

 Apakah konsep pemprosesan selari?

 Bagaimanakah sebuah komputer memproses atur cara?

 Apakah bahasa yang difahami oleh komputer?

b. Setelah berbincang, murid harus membentangkan kerja mereka kepada kumpulan


yang lain.

c. Daripada perbincangan yang dilakukan, guru haruslah meringkaskan hasil


perbincangan berkumpulan murid dan mengaktifkan pemikiran murid mengenai
pelaksanaan atur cara dalam sebuah pemproses.

MEMUPUK PEMAHAMAN MASA: 25 minit

1. Aktiviti Murid: “Senario kompleks dan kurang”


a. Murid dibahagikan kepada 4 sekumpulan dan dalam setiap kumpulan, murid
dibahagikan kepada 4 peranan yang berbeza.
 Murid A: Memberi arahan kompleks.
 Murid B: Memberi arahan mudah.
 Murid C: Melakukan arahan kompleks.
 Murid D: Melakukan arahan mudah
b. Senario: Murid dikehendaki bergerak dari kelas masing-masing ke lokasi yang
ditetapkan oleh guru. Contoh lokasi:
 Makmal komputer
 Pondok pengawal
 Pusat Sumber
c. Murid A harus menulis arahan yang kompleks untuk sampai ke lokasi yang
ditetapkan.
d. Murid B harus menulis arahan yang ringkas untuk sampai ke lokasi yang
ditetapkan.
e. Murid C dan D harus melakukan dan mengikuti arahan-arahan oleh murid A
dan B.
f. Murid C dan D harus mencatat masa yang diambil untuk tiba di lokasi yang di
tetapkan.
g. Setiap kumpulan membentangkan masa yang diambil untuk tiba di lokasi yang
ditetapkan menggunakan kedua-dua arahan.
2. Guru merumuskan penemuan yang diperolehi oleh murid-murid dan mengaitkan
perlaksanaan atur cara dalam sebuah pemproses.

PENYERTAAN SECARA AKTIF MASA: 20 minit

Aktiviti Dalam Kumpulan – ‘RISC Simulator’

a) Murid melakukan aktivti ini dalam 4 sekumpulan berdasarkan Lampiran 1.

b) Setiap kumpulan harus mencatat penemuan mereka dalam kertas A4.

KESIMPULAN MASA: 5 minit

Aktiviti untuk murid:

a) Murid diberikan kuiz untuk menjawab soalan-soalan berdasarkan pemahaman mereka


mengenai perlaksanaan atur cara dengan berpandukan aktiviti dalam kumpulan yang
telah dilakukan. Contoh soalan adalah:

 Bagaimanakah sebuah atur cara itu di proses oleh komputer?

 Dengan menggunakan modul 1.2.3, terangkan bagaimankan kitaran Capai –


Nyahkod – Laksana (FDE – Fetch, Decode, Execute Cycle) dapat di lakukan oleh
ALU (Unit Arithmetic), kawalan sistem input dan output, bas alamat dan bas data.
TOPIK AKAN DATANG MASA: 5 minit

Setiap kumpulan merumuskan konsep pelaksanaan atur cara dalam sebuah pemproses dengan
kitaran Capai – Nyahkod – Laksana (FDE – Fetch, Decode, Execute Cycle) dan Senibina
Von Neumann
Lampiran 1:
Aktiviti dalam kumpulan – ‘RISC simulator’
a) Murid diminta untuk ke url : http://www.peterhigginson.co.uk/RISC/ .

b) Dengan menggunakan simulator ini, guru harus menunjukkan bagaimana komputer


memproses satu atur cara dan mengaitkan dengan komponen-komponen komputer
(Senibina Von Nuemann) dengan ‘bahasa mesin’ dan ‘bahasa himpunan’.

c) Setiap kumpulan seterusnya membuat kesimpulan tentang penemuan mereka.

d) Murid membentangkan hasil penemuan mereka dengan kumpulan-kumpulan lain.

Anda mungkin juga menyukai