Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan
pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa
yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?
Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara
kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya
pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni.
Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.
2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.
#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.
iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.
#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei.
Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.
Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair
atau krim.
Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap.
Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat
mata yang ada di klinik-klinik.
Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.
Caranya begini;
b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.
c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.
d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.
Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit
lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali
kepada warna asal.
Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni
segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah
kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.
Cengkam Kuku
Cuba anda ikuti langkah berikut jika ingin merawat cengkam kuku;
1. Ambil beberapa helai daun inai dan masukkan dalam lesung batu.
4. Kemudian, tempel atau letakkan bahan tadi pada kuku anda yang sakit atau cengkam.
5. Jika mahu, anda boleh balut bahan yang telah diletakkan pada kuku tadi dengan kain bersih.
Bila dah kering, anda boleh gantikan dengan campuran inai, kunyit dan kapur sirih yang baru.
Ulangilah proses di atas sehinggalah kuku anda pulih.
Sebelum ini pun, saya pernah kongsikan petua yang hampir sama. Anda boleh rujuk pada artikel
bertajuk "3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?" di sini.