Anda di halaman 1dari 63

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok Malaysia

1. Pengertian dan Konsep Budaya Serta Kepelbagaian Kelompok

Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di
sesuatu kawasan.

 Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum,

bangsa dan agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pengertian :

-          Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

 
-       kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tahap pemikiran dalam
menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada
permasalahan tersebut

-          Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

-          Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi
membantu menjana pemikiran mereka

Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara


bertindak, berkelakuan dan berfikir.

Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan
kebendaan

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :

i)                   membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

ii)                 memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan


kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental

‘Culture’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu.


Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.

Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh
diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.

 
Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara
fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and activity.

Nik Safiah Karim, “budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
mengerakkan jiwa”.

Mohd Taib Osman (1988), “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , “budaya merupakan satu alat penghasilan
karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan
bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan
kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat
berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran,
perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang
akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang
disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk
berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga
akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan


nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini
membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan
masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam


kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum.

Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut
iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial,
keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi


budaya rakyat asal. Budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan. Budaya adalah
hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah,
moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang
disebati untuk diterima bersama.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat.


Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia
dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

Pola budaya dikategorikan kepada beberapa aspek berikut :

a)    Wajib – individu hanya mempunyai satu cara untuk melakukannya

b)    Preferred- yang lebih digemari

c)    Tipikal – beberapa cara melakukannya tetapi tidak satu pun digemari

d)    Alternatif – beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari

e)    Terhad – cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu
sahaja

 
Ciri budaya dalam sesuatu kelompok adalah seperti berikut :

a)    boleh dipelajari

b)    boleh dikongsi

c)    boleh diwarisi

d)    bersifat sejagat

e)    sentiasa berubah

f)       mempunyai unsur simbolik

g)    mempunyai pandangan semesta

Dalam mencapai status negara moden, Malaysia meletakkan perpaduan nasional


sebagai matlamat akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya
satu ‘bangsa Malaysia’ yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etknik yang
berstau padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri.

  

2.     Jenis dan Demografi Kelompok

Kelompok didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.

Kelompok adalah bersifat formal dan informal. Kelompok formal merujuk kepada
kelompok yang ditetapkan oleh struktur organisasi dengan penugasan kerja yang
ditunjuk untuk menjalankan tugas-tugas dan diarahkan untuk tujuan organisasi.

Klasifikasi kelompok dalam sesuatu masyarakat dikelasifikasikan kepada :

 
i)       Kelompok Tugas ~ bersama menyelesaikan suatu tugas/pekerjaan

ii)     Kelompok Kepentingan ~ individu yang bekerjasama untuk mencapai sasaran


khusus

iii)   Kelompok Persahabatan ~ kelompok yang ditetapkan bersama-sama kerana


memiliki satu atau lebih sifat yang sama

Kita saling bergantung dan bergabung kelompok kerana :

a)    keamanan

b)    status

c)    harga diri

d)    afiliasi

e)    kekuatan

f)       pencapaian tujuan

Pengkelasan Kelompok dalam Ras Masyarakat


Ciri-Ciri Setiap Masyarakat Ras

1.     Caucasoid (Orang-Orang Eropah Putih)

- bibir nipis, kulit putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung 

2.     Negroid (Orang-Orang Negro Hitam)

- kaki kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal, tinggi, kulit hitam

3.     Mongoloid (Orang-Orang Asia Kuning)

- hidung peset, kulit berwarna, badan kecil, mata agak kecil, rambut lurus
atau kerinting

4.     American Indian (Orang Asli Amerika ‘Red-Indian’)

- hidung sederhana, kulit merah, bentuk muka bersegi, rambut lurus, mata
besar

5.     Austroloid (Orang Asli Australia – Kelabu)

- kulit kelabu, rambut kerinting, hidung besar, mata besar

Beberapa permasalahan terdapat didalam membentuk ras dinegara kita yang


diantaranya adalah :

 
a)    perbezaan capaian

b)    jurang sosial

c)    pengekalan identiti

d)    monopoli

e)    budaya

f)       prasangka

g)    stereotaip

h)    ethnocentrisme

‘Demografi’ mula digunakan oleh Achille Guillard (1885) dalam karyanya “Elements of
Human Statistiks or Comparative Demography’. Berasal dari perkataan ‘demos’
bermaksud rakyat atau penduduk disuatu kawasan; ‘grafein’ bermaksud
menggambarkan atau menulis tentang sesuatu perkara. Oleh itu, demografi bermaksud
‘tulisan atau karangan tentang rakyat atau penduduk di sesuatu lokasi’.

Demografi kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi


penduduk disesuatu lokasi. Kajian saintifik dan statistikal ini meliputi soal kelahiran
(fertility), kematian (mortality), perkahwinan serta migrasi dan bagaimana komponen ini
berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan
manusia.

Kelompok untuk tujuan pembelajaran kelompok

i)       penumpang bas

ii)                 pelajar universiti

iii)               penonton wayang


iv)               orang tua melebihi 55 tahun

v)                 perempuan

vi)               keluarga

vii)             pelanggan restoren

viii)           orang miskin

ix)               kelas

Kumpulan i), iii) dan viii) dipanggil kumpulan individu sesuatu kawasan dan dipanggil
‘aggregate’ iaitu yang melakukan sesuatu tanpa ada mempunyai hubungan nyata
antara satu sama lain

Kumpulan iv), v) dan ix) dipanggil ‘kategori sosial’ kerana mempunyai ciri-ciri yang
sama tetapi tidak mempunyai hubungan yang nyata

Kumpulan vi) dan vii) dinamakan ‘kelompok sosial’ kerana pempunyai ciri yang sama
iaitu hubungan tertentu, mempunyai perasaan kekitaan, kepentingan atau minat dan
aktiviti yang sama.

Demografi kelompok di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kaum
Melayu merupakan etknik terbesar (orang yang berbudaya Melayu, bertutur bahasa
Melayu dan beragama islam); golongan bumiputera dianggap kaum asal Malaysia
merangkumi Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun yang terdapat di Sabah
dan Sarawak. Nisbah Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Asli, Sikh dan etnik Sabah
dan Sarawak (melebihi separuh populasi dinegeri tersebut).

Buletin Perangkaan Malaysia Jun 2006 mendapati statistik penduduk Malaysia ialah
26.64 juta orang (warganegara Malaysia 24.8 juta, bukan warganegara 1.84 juta orang).

 
Kumpulan Etnik 1991 2000
Melayu 8,521,900 11,680,400
Bumiputera lain 1,778,000 2,567,800
Cina 4,623,900 5,691,000
India 1,316,100 1,680,100
Lain-Lain 572,400 269,700
JUMLAH 16,812,300 21,889,900

Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2006) dan Saw Swee Hock (2006)

Kepelbagaian masyarakat ini memerlukan usaha berterusan untuk membentuk


masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain khususnya apabila berlaku
pertembungan budaya.

Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-


kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.

Mengikut  Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses


menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-
beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri.

Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa
dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat
majmuk atau pelbagai  kaum dan mewujudkan pula pembentukkan  kebudayaan
kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.

 
Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan kumpulan minoriti diasimilasikan
melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih
besar.

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan kumpulan etnik dengan etnik lain
dalam sesebuah negara sama ada disebabkan oleh kawasan kediaman, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Mudahnya, kita ada empat
komponen mendukung perpaduan dan satu cabaran perpaduan. Cabaran itu ialah
segregasi. Bila MCA minta tender lebih, timbul keadaan segregasi atau keterpisahan
yang dipisahkan oleh parti politik.

Akomodasi pula adalah sesuatu keadaan apabial satu kelompok yang berkonflik
bersetuju untuk menghentikan dan mengelakkan konflik apabila adanya interaksi
secara aman. Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
Pada peringkat pusat , setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-
masing. Contohnya di Switzerland, wakil etnik Jerman, Perancis dan Itali bersatu
dengan baik.

Akulturasi adalah suatu proses sosial yang timbul manakala suatu kelompok manusia
dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing.
Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah ke dalam kebudayaannya sendiri
tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri.

Perpaduan memerlukan satu usaha yang berterusan khususnya melalui pendidikan


demi sebuah bangsa Malaysia.

Ada baiknya kerajaan merangka kembali dasar dan strategi perpaduan kaum di negara
ini. Perubahan ini memerlukan pemikiran dan dasar baru. Hubungan etnik juga tidak
lagi sekadar berdasarkan kaum Melayu, Cina dan India sahaja.

Selain ras dan perbezaan fizikal, bahasa, adat, budaya dan agama, sekarang jurang
ekonomi, lokasi residensi dan pekerjaan juga menyebabkan masyarakat negara ini
menjadi semakin kompleks dan berbeza.

 
Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini
menyuarakan bahawa sangat penting untuk kita mengetahui apakah asas-asas
bersama (common ground) kehidupan antara etnik di Malaysia.

Tiga asas bersama tersebut ialah menghormati Perlembagaan negara, berkongsi kuasa
politik dan ekonomi secara adil serta membina sistem pendidikan yang dipersetujui
bersama.

Persoalannya bagaimana untuk menguruskan hubungan etnik di Malaysia?

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of
Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila
dua atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang
yang sama.

Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya
perbezaan. Jika mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan
perbezaan itu, maka hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan.

Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah
model asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk
meningkat kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara.

Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan


tersebut. Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti rasmi negara
adalah strategi untuk membina kebersamaan tersebut.

 
Malah cadangan pembentukan sekolah satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha
untuk membina keserasian antara kaum.

Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu asimilasi
budaya, struktur, psikologi dan biologikal.

Model pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan meraikan
kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.

Ia akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.

Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan
memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas
bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik.

Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai
Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada
semua etnik masih rendah.

Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat dengan begitu mudah berjaya
dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi. Pengetahuan yang rendah
akan mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum dan menjejaskan
kestabilan negara.

Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan negara. Semua


undang-undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang termaktub di
dalamnya.

 
Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila keluhuran perlembagaan
diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai etnik di
negara ini.

Penelitian dokumen Perlembagaan Persekutuan (cetakan terbaru - sehingga 5 Mac


2008) menunjukkan, daripada 183 Perkara, tujuh menyentuh isu hubungan etnik.

Antaranya ialah Perkara 3 yang menyatakan, Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Perkara ini jelas dan tidak sukar untuk difahami. Tinggal lagi atas niat seseorang untuk
mempertikaikan perkara tersebut.

Perkara 8 berkaitan dengan jaminan sama rata daripada segi undang-undang dan
semua warganegara berhak mendapat perlindungan tanpa membezakan agama, kaum,
keturunan, tempat lahir dan jantina.

Perkara 11 mengenai kebebasan beragama. Penganut mana-mana agama dibenarkan


menguruskan hal ehwal agamanya melalui persatuan dan yayasan serta menjana dan
memiliki harta mengikut undang-undang.

Perkara 14 pula berkaitan dengan jaminan sebagai setiap rakyat yang layak berhak
untuk memiliki kewarganegaraan.

Penting hak ini difahami oleh semua kaum sebagai menghargai pengorbanan orang
Melayu dan pribumi lain yang bersedia membuka jalan untuk kaum Cina dan India
menjadi warganegara semasa peringkat awal kemerdekaan dahulu.

 
Perkara 149 pula melibatkan usaha pengawalan sensitiviti berkaitan hubungan etnik
melalui pencegahan kepada perlakuan subversif seperti hasutan serta penghinaan
terhadap kumpulan etnik yang lain.

Perkara 152 pula berkaitan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Namun liberalisasi toleransi yang tinggi kepada seluruh warganegara menyebabkan
tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan bahasa lain
untuk tujuan komunikasi umum.

Sementara itu, Perkara 153 pula menyatakan mengenai kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Hak ini diberikan dengan jaminan bahawa orang bukan Melayu tidak akan dipinggirkan
daripada perancangan serta turut menikmati sepenuhnya kemajuan ekonomi negara.

Maka, keputusan untuk tidak meneruskan penggubalan Akta Hubungan Kaum


menunjuk sikap positif kerajaan berkaitan hubungan kaum di negara ini.

Sebagai alternatifnya, sangat penting untuk merangka satu dasar hubungan etnik dan
perkemaskan pelaksanaannya sebagai satu proses mendidik generasi muda.
Sekurang-kurangnya, mereka tidak mudah dieksploitasi oleh pemimpin politik
berkepentingan sehingga boleh mengucar-ngacirkan kestabilan negara.

Semoga hubungan etnik di negara ini akan berkembang subur dan menjadi contoh
kepada negara lain di dunia.

Matlamat Perpaduan Negara

 
a. Memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara serta
rasa megah sebagai rakyat malaysia.

Perpaduan negara tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak sanggup memberikan
sokongan yang padu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan. Kesanggupan ini akan
lahir secara semula jadi.

Sekiranya semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara dapat dipupuk dari awal,
kebanggaan menjadi rakyat Malaysia dapat disemai di kalangan semua rakyat,
perasaan megah ini dengan sendirinya akan menjadikan seseorang itu bangga untuk
bergelar rakyat Malaysia.

b. Mengurangkan polarisasi antara dan sesama kaum, agama dan wilayah.

Polarisasi antara kaum dan sesama kaum, agama dan wilayah merupakan faktor utama
yang boleh menggugat perpaduan negara.

Perasaan membezakan antara kaum dan sesama kaum dan wilayah akan
menimbulkan perasaan curiga dan benci kepada anggota masyarakat dari kaum dan
wilayah yang berlainan.

Perasaan seperti ini akan menimbulkan ketegangan sesama kaum, agama atau wilayah
dan berisiko tinggi dalam mencetuskan konflik dalam masyarakat. Oleh itu, ia perlu
dielakkan dan ditangani dengan sebaiknya.

c. Meningkatkan keharmonian antara dan sesama kaum, kebudayaan dan agama,


semua lapisan dan golongan masyarakat

Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara sememangnya merupakan hakikat


dan satu aset yang amat membanggakan.
 

Pengiktarafan dan penerimaan hakikat ini serta persefahaman di antara agama dan
keakraban antara tamadun, perlu dijadikan langkah strategik untuk meningkatkan
keharmonian antara kaum dan sesama kaum, kebudayaan dan agama.

d. Meningkatkan Integrasi Wilayah antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri


Semenanjung dan antara Semua Negeri Di Dalam Persekutuan

Walaupun Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1963, namun masih terdapat jurang
perbezaan yang ketara dari segi pembangunan di sesetengah tempat di Sabah dan
Sarawak, apabila dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Dari segi fizikal, perbezaan ini menampakkan masih terdapat jurang perbezaan yang
melibatkan infrastruktur asas seperti sistem perhubungan, kesihatan dan pendidikan.

Usaha mengatasi jurang perbezaan akan menyumbang ke arah pengukuhan


perpaduan negara.

Selain itu, terdapat perbezaan persepsi akibat daripada integrasi yang masih
berkurangan di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Usaha harus dipertingkatkan dalam menggalakkan proses integrasi ini agar perasaan
perbezaan wilayah ini tidak akan membantutkan usaha untuk membina sebuah bangsa
Malaysia.

Integrasi wilayah juga perlu dipertingkatkan sesama negeri di Semenanjung Malaysia.


Hanya dengan wujudnya integrasi nasional maka proses pengukuhan perpaduan
negara akan dapat dicapai.

 
e. Bergerak ke arah mewujudkan bangsa Malaysia

Wawasan 2020 telah menggariskan matlamat untuk membina sebuah bangsa Malaysia
yang mencerminkan perpaduan yang wujud di negara ini.

 Sejak sekian lama proses pemupukan perpaduan negara dilaksanakan melalui


beberapa dasar kebangsaan seperti Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan
Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, menyebabkan kita
dikenali mengikut takrifan kaum, agama dan wilayah.

Justeru, kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu akan memberi satu
nafas baru dalam proses pengukuhan perpaduan negara.

f. Menangani Semua Cabaran Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah menggariskan sembilan cabaran yang menjadi sasaran negara
demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam usaha mencapai sasaran-sasaran tersebut, banyak cabaran yang perlu


ditempuhi. Justeru itu, proses pengukuhan perpaduan negara adalah amat penting
kerana hanya dengan kewujudan perpaduan, membolehkan segala cabaran Wawasan
2020 dapat ditangani.

Kesimpulan

Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran


negara. Hakikat bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama,
budaya dan berasal dari wilayah yang berlainan menjadikan soal perpaduan amat
penting dalam menentukan pencapaian matlamat pembangunan negara.
 

Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu sensitif dan
prihatin dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian
antara kaum, agama dan wilayah melalui pemupukan nilai-nilai sejagat yang murni,
termasuk hormat-menghormati, toleransi dan saling memahami sesama kaum dan
sesama kaum.

Pada hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan
perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.

Namun, proses pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakan kerana


peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan
perpaduan negara.

Sumber :

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala


Lumpur.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html


Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

Teori Perhubungan Etnik


http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf
%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf

Pengukuhan Perpaduan Negara  http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?


name=News&file=print&sid=2523

Ketaksamaan Peluang Pendidikan


“ … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar dengan
Luar Bandar; jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang
antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir
dari arus pembangunan negara.”

YB Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussein

Perutusan Tahun Baru 2006

4.1 Kelas Sosial

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam
masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan
individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan,
pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Antara contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada
dua golongan iaitu :

-          Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran,


pengagihan dan pertukaran

-          Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya


hanya tenaga kerja sahaja
 

Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan
kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan
atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu.
Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi
agama, institusi pelajaran dan lain-lain.

Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari
satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem
yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya
sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang
sekali berlaku .

Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan


kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau
kelompok etnik yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

  Tiada
diskrimin
Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang asi dalam
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri kamus
saya deh!
etnik semata-mata. Ini merupakan manifestasi prasangka yang wujud
dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan
stereotaip dalam sesbuah masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu Dengarka
atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan n lah ..?
pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan
penghapusan sesebuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan
peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan.

Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak


munculnya kelas sosial masyarakat dari sistem feudal lagi. Rakyat bawahan atau
marhain dan golongan pembesar dan istana menerima sistem pendidikan yang
berbeza. Pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, yang mana anak-
anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan
untuk kumpulan mereka. Akhirnya golongan pmbesar ini mewariskan kecerdikkan
mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampong terus
ketinggalan dalam bidang pelajaran.

Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru,


bahan-bahan rujukan da peluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam
membincangkan konsep kelas sosial kita tidak terlepas daripada kejadian ‘sosial
inequaliti’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-
peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat
sistem stratifikasi. Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Max Weber

(1903) mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golongan atasan atau orang kaya dan
ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua
adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, profesional dan
memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan
terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan
ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan
sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biru yang
berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri
daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah
langsung melalui pendidikan formal.

Weber, Comte dan Marx adalah ahli-ahli falsafah sosialis.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan


antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu
bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi
pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian
akademik anak-anak mereka. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang
secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus
bertambah baik.

Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara
pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang
berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak
mereka.

Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah
seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada
tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan
berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar
dalam kalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan
keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur
keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian,
tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga
memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat.

Selain lokasi yang berkaitan terus dengan sosial, jurang pendidikan juga wujud antara
jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan
impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk
murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap
tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat
perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30, dalam perancangan ini, semua rakyat
diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan dalam sistem pendidikan
negara.

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam


pelunag pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam
dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi
maklumat (ICT).

Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil
SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada
dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan
dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan
SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar
dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang
terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau
multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun
persekolahan.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur,


perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah
dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar
bandar.

Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar
Bandar dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang
mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar
SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pendalaman, pusat akses
akan dibina.

RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan


seperti ;

- Rancangan Makanan Tambahan


- Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin

- Bantuan Makanan Asrama

- Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

- Jaket Keselamatan

- Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

- Skim Pinjaman Buku Teks

- Skim Baucer Tuisyen

- Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti

- Asrama Harian

Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai


keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan tanpa
mengira kelas sosial murid berkenaan,

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek
membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran
sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak ‘memburu’ maklumat daripada
menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan
berlainan. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. Murid
perlu dilatih banyak merenung dan faham ‘apa’, ‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ sesuatu
perkara itu berlaku. Jika kita mahukan pembangunan modal insan, kita harus memiliki
komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan
berfikir dan setiap kelas sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu
pengetahuan.

4.2 Jantina

 
Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata
pelajaran yang bersifat ‘keperempuanan’ dan ‘kelakian’. Pemilihan ini secara langsung
menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.

LGBT Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk


golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan
perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina
mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal
yang jelas antara lelaki dan perempuan.

Bakpo la Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga
gitu .. kerja dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang
ork! menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama
ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan
lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan
dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama
dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan
diberikan peluang pendidikan yang sama.

Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat


menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di
peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi
pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan
peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.

Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau


mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara
Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika
melaksanakan pengajaran dalam kelas.

4.3 Kumpulan Minoriti

 
Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu
mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lai. Faktor geografi mempengaruhi
budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan,
Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui
keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.
No To
  Minoriti

Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah


yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok,
budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini
kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggugat
keharmonian sekolah.
Maghoh
  ko ..?
Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku,
suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah
dan sebagainya.

Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam
arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus
mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang
membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

4.4 Murid Keperluan Khas

Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari
segi intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Terdapat anggapan negatif samada anak
mereka itu normal atau berkeperluan khas. Terdapat dua kategori murid berkeperluan
khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus.

Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding


dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam
masyarakat dan program sekolah biasa.
 

Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita


bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi
masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan
khas.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh
lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan
sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan
motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh
lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu,
guru harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka.

Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-kanak pintar
cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek
yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka.

Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak
dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat
unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia,
perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran
bersosial dan masalah mengembangkan potensi.

Faktor persekitaraan seperti masalah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan


ini, maslaah keluarga, maslaah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem
persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah
mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan
hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka
(Woitaszewski, 2003).

Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program


Pendidikan Khas iaitu;

 
-          kerencatan mental

-          bermasalah pembelajaran

-          kecelaruan tingkah laku

-          cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

-          cacat penglihatan

-          cacat fizikal

-          pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah
laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak
mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang
orang. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga
mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat
pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering
melakukan tindakan luar kawalan.

Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-matangan yang
agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar,
sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga
mempunyai tingkahlaku antisosial.

Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti
memeras ugut, mencuri dan ponteng.

Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari
segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), sosial (interaksi dan
komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga
murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan
pintar-cerdas dan berbakat.

 
Memerlu Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti
kan (Attention Deficit Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian,
keperlua kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan
n khas .. tidak menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini


menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam-diam, suka
berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain.

Jom SPA  
...!
Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya
mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya
mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.

Modifikasi environmental dan behavioural environmental merupakan kaedah untuk


menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang
menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku
negatif. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid
bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja.

Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas;
mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan
memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan
sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi
peneguhan positif dari negatif. Guru perlu menyediakan program latihan sosial bagi
murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.

Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan
untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai,
pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan
pendidikan khas.

Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK.
Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid
bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.
 

Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawall umur 4 atau 4
tahun lebih; agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

4.5 Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

-          Orang Asli

Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau
pinggir hutan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang Asli
merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar
dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang
terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan
alam semula jadi.

Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka
mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat
dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam
kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Mancing Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito
di Dini dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku
Hari kaum. Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti
ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri.
Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari
segi pendidikan, epncapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh
ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Tok Batin Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana
..? infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat
tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan,
masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini
terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan
elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat
dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.

Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada
sifat persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat
orang Asli. Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah
kerana membantu keluarga keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat
kediaman pula terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka
juga agak rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga
pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang
diberi perhatian.

Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah
(Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang
Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan
pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar
nasional 6.4 %). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama
berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual
hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih
rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan
berterusan hidup dalam serba kekurangan.

-          Pribumi (Indigenious)

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak .


Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat
dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah
terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk
dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban,
Bidayuh. Penan dan Kelabit.

Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang


tinggaal jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia
luar. Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakt yang telah mereka
bina sejak dari dulu lagi.

Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana


sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh
sistem belajar asli (indigenious learning sistem) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-
nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat
indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

Dalam sistem belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar
seseorang akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami
sesuatu cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil
merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang
cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses
yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami
pengalaman nyata. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan
terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

-          Pendalaman

Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman


ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang.
Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada sistem
pendidikan di kawasan berkenaan.

Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga
kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi
akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam
kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan
pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan
bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan
tahap pencapaian akademik mereka.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan
prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal
serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan
tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar
dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):

“..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya


dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian
sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”

Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai
satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan
murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri
mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran
anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.

 Sumber :

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/


Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di


%20IPTA/Bab%202.pdf

Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm

KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA


Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya
berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah

Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman


perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud
kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan
kuasa, tenaga dan pengaruh.

Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil
kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan
Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamdun ,
peradaban, kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya.
Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai

Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan
dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu . Budaya merupakan warisan sosial  
manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.

Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya  di sekolah


yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan
di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam
masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya

Lima cara membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra


budaya.

1.    Menyusun kumpulan murid- murid yang berbilang kaum.

Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid-
murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum.
Contohnya dengan menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu
kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan mencampuradukkan
murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan
berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka.
Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid-
murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid
yang tidak berbangsa Melayu. Bagaimana pula?
Bayangkan apabila murid- murid Cina asyik bercakap bahasa Cina antara
mereka. Mungkin murid Melayu yang tidak faham bahasa Cina akan menyangka
bahawa murid- murid Cina itu bercakap tentang mereka. Oleh itu, jika murid pelbagai
bangsa dicampurkan, maka hubungan mereka akan bertambah erat. Murid Cina tidak
hanya bercakap dan bergaul dengan murid Cina sahaja tetapi juga dengan murid
berbangsa lain. Jadi, salah faham akan dapat dielakkan.
Selain itu, murid- murid bukan Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa Melayu jika mereka kerap bertutur dalam bahasa Melayu. Biasanya, kanak-
kanak bukan Melayu seperti Cina dan India tidak boleh berbahasa Melayu sehinggalah
mereka bersekolah. Hal ini bukan sekadar anggapan tetapi ianya adalah satu realiti. Ibu
bapa mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, maka anak- akan mereka
pun tidak akan dapat bertutur dalam bahasa Melayu sehinggalah mereka belajar
bahasa ini di alam persekolahan. Jika di sekolah pun mereka diasingkan mengikut
bangsa, maka penguasaan bahasa Melayu mereka pasti akan lemah. Lain halnya jika
mereka digabungkan bersama murid- murid yang berbeza bangsa, ini akan
menyebabkan mereka menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dengan
mereka. Dengan cara ini secara tidak langsung jati diri sebagai anak Malaysia akan
dapat diterapkan dalam kalangan murid kerana bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan Malaysia. Dengan itu, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan
menjadi budaya Satu Malaysia.
Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu
sama. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat
membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan
berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun murid- murid ini
berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan menghormati
budaya rakan- rakan lain.

2.    Mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi
keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran
murid.
Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta
hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu
daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi,
ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan- ruangan seperti
ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya
membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh
meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan
memperkembangkan bakat yang dimiliki.
            Dalam pada itu, guru juga hendaklah memastikan ruang murid- murid belajar
adalah dalam keadaan bersih, selesa, dan ceria. Dalam hal ini, guru sememangnya
memainkan peranan utama tetapi haruslah juga dibantu oleh murid- murid. Guru
berperanan menyediakan jadual bertugas untuk membersihkan bilik darjah setiap hari.
Selain itu, guru juga perlu untuk memastikan pencahayaan di dalam sesebuah kelas itu
mencukupi manakala pengudaraannya adalah baik. Susun atur bilik darjah seperti
susun atur kerusi, meja dan peralatan juga hendaklah kemas dan memudahkan
pergerakan murid dan guru. Semua inilah yang dapat memberikan keselesaan kepada
murid ketika sesi P&P. Dari segi keceriaan pula, guru perlu mereka bentuk hiasan yang
bukan sahaja menarik tetapi juga boleh bersesuaian dengan keadaan bilik darjah.
Kadangkala bilik darjah yang dihias keterlaluan boleh menggangu tumpuan murid
terhadap P&P serta memburukkan lagi suasana. Oleh itu hiasan bilik darjah hendaklah
berpada- pada.
Selain itu, guru juga boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat
murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Peralatan yang dimaksudkan di sini
merujuk kepada alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik
tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk
memberi tumpuan semasa guru mengajar. Contohnya, dengan menggunakan diorama
semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains, murid akan lebih tertarik
dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan. Daya
tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang.
Oleh yang demikian, murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik.
Sebagai salah satu bonus buat guru, kemudahan yang sedia ada di sekolah
boleh digunakan dalam membentuk persekitaran P&P yang mesra budaya. Misalnya
kemudahan komputer dan internet di sekolah boleh memupuk budaya celik IT dalam
kalangan murid.

3.    Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya.


 Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu
diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid
secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru
mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru
masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan.
Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka
sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa
disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia
kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan
lebih berkat lagi.
            Selain itu, murid- murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali
ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun
jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai
keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa
keberanian murid itu disokong oleh rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat
menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi P&P dan tidak takut mencuba.
 Contoh lain pula ialah dengan budaya satu dapat, semua dapat. Jika seorang
murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu kelas itu juga akan
dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising, maka
murid- murid lain juga akan sama- sama didenda. Dengan cara ini, disiplin murid akan
dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain.
Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan
pelajar. Contohnya, jika seorang murid dapat menjawab satu soalan dan diberi hadiah 5
biji gula- gula, murid lain juga mendapat hadiah iaitu sebiji gula- gula. Apabila saja ada
yang diberi hadiah, murid lain juga akan diberi hadiah cuma kuantitinya berbeza. Cara
ini akan dapat mengurangkan rasa rendah diri murid sekiranya tidak berjaya menjawab
dan ia akan membuatkan mereka menyokong sesiapa pun yang berjaya dalam
kalangan mereka kerana kejayaan seorang daripada mereka akan dikongsi bersama.
Akan ada rasa perkongsian di situ dari segi hukuman mahupun imbuhan. Cara ini akan
dapat melahirkan murid- murid berbilang kaum yang bersatu ibarat kata pepatah ‘cubit
paha kiri, paha kanan terasa jua’. 
Budaya bukan sekadar rutin hidup atau amalan harian, tetapi ia juga menjadi
identiti kepada susuatu kelompok yang mengamalkannya. Contohnya, jika murid- murid
di kelas A mempunyai ruang bacaan sendiri dan sering dilihat membaca, maka budaya
membaca itu adalah identiti mereka. Jika murid- murid kelas B pula mengamalkan
budaya bersalam dengan guru setiap kali hendak pulang ke rumah, maka budaya
menghormati guru itu akan menjadi identiti bagi murid- murid kelas B.

4.    Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.


Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar
bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan
persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru
boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk
mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan
mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini,
budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini,
murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia
juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai
budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu
dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet
makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan
menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan ‘basou’ dengan cara menjeruk nasi
dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.
Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab
terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan
orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula,
guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina.
Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan  budaya
pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai
kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan
budaya Baba dan Nyonya di Melaka.
Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek
mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia
sering dilakukan.

5.    Menggunakan kaedah belajar sambil bermain.


Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah.
Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid-
murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita
gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya
pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti
kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi.
Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.
Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan
sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh
menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid-
muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani.
Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang
pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan
manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu
permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting(
melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan.
Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan
permainan kecil.
Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan
permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu.
Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu
seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru
boleh menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan
perbendaharaan kata dalam kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan
permainan tersebut.  

Rujukan:
Boon, P. Y, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid.
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia. (2007). Curriculum
Specifications Science Year 6. Putrajaya: Copyright © 2007 Curriculum Development
Centre Ministry Of Education Malaysia.
_________. (2009). Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dilayari Daripada
Http://Nyongatthesky.Blogspot.Com/2009/05/Konsep-Bilik-Darjah-Yang-Mesra-
Budaya_29.Html pada 29 Januari 2011.
Nur Diyana Bt Makhzani, Nur Hidayah Bt Afandi, Nurul Hafifah Bt. Abdul Razak.
(__________). Bilik Darjah Mesra Budaya. Dilayari daripada
://Www.Scribd.Com/Doc/46531299/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya pada 29 Januari 2011.
Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (________). Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1-3. Putrajaya: Pusat Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Membina komunikasi untuk menghadapi dan mendepani kepelbagaian kelompok


DEFINISI KEMAHIRAN KOMUNIKASI Verderber & Verderber (2002) Komunikasi merupakan
proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan yang informal,interaksi dalam
kumpulan ataupun syarahan. Komunikasi ialah cara bertutur,penggunaan bahasa
badan,penulisan juga melalui penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer,telefon dan
sebagainya. Kemahiran komunikasi terdiri daripada lisan dan bukan lisan serta laras bahasa.

Kepelbagaian Kelompok Kepelbagaian kelompok atau masyarakat ini memerlukan


usaha berterusan untuk membentuk masyarakat yang saling memahami antara satu
sama lain, khususnya apabila berlaku pertembungan budaya antara setiap kumpulan .
Proses ini adalah bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat dengan
menghilangkan perbezaan identiti . Proses ini juga merujuk kepada penyatuan
kelompok yang berbeza latar belakang dan menjadi satu intiti yang terikat oleh norma
dan nilai serta kepentingan bersama .

Bagaimana Menggunakan Kemahiran Komunikasi Untuk Mendepani Kepelbagaian


Kelompok? Menggunakan Bahasa Melayu yang standard dalam komunikasi. Contoh:
Individu(murid) yang berbilang kelompok. Memahami sensitiviti sesuatu kelompok
Contoh: Agama,Budaya dan Adat resam. Menggelakkan menggunakan bahasa
pertuturan dan bahasa badan yang kesat serta tidak menyenangkan. Contoh:
Mencarut,sindiran atau simbol lucah Memberi perhatian kepada idea dan perasaan
rakan Elakkan mengkritik antara satu sama lain. Saling berhubungan antara satu
sama lain dalam kehidupan mereka. Komunikasi berkesan akan menghasilkan motivasi
yang berkesan Contoh: penerapan nilai-nilai murni secara berhikmah dalam diri
seseorang. Tidak mewujudkan jurang perbezaan dari segi sosial,budaya dan ekonomi.
Contoh: mengeluarkan pendapat yang berkaitan sama ada secara lisan atau bukan
lisan.

Kesimpulan Kemahiran komunikasi yang berkesan akan dapat mendepani


kepelbagaian kelompok. Oleh itu penggunaan bahasa yang berbeza-beza didalam
komunikasi akan menyukarkan perpaduan antara kelompok masyarakat yang terdapat
di Malaysia. Institusi pendidikan memainkan peranan utama dalam membentuk
masyarakat SATU MALAYSIA.
Menyelesaikan isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa dalam bilik darjah
Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya 

 
 

Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi
kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan
nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman
diperingkat nasional dan global.

Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya
ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan
kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik.

 Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan


interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.
 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

 Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan,


kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan
dalam sesuatu gerakerja. Proses yang dimaksudkan adalah merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama
kerjaya seorang guru.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang
menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan
pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

5.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus,


kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi
maklumat dan komunikasi.

Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam
kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan
sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan
Sumber: http://visual.merriam-webster.com/society/education/school/classroom.php

Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang
menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan
pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

5.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

 Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus,


kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi
maklumat dan komunikasi.

 Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam
kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan
sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan

suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan


murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin
timbul.

 
Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua
kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum,
penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang
yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan
bantuan mengajar serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti


pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi
serta peredaran udara secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan
keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan
laman web, komputer dan CD serta LCD.

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif
bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang
melambangkan sebahagian daripada keimanan.

Fasilitator Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan
pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral,
kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal


dan mencorakkan tingkahlaku dan disiplin murid. Pelanggaran peraturan
akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang
diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.
Tak
senyum  
langsung
..? Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan
keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri
seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan
kelas sendiri.

5.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi

 
Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat
termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

Woolfolk

(1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan
mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus dengan berkesan
supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.

Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam
aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran
dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid.

Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada


murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak
menyeronokkan.

Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima
hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri,
orang lain dan semulajadi sekara seadanya.

Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan,
menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu
menanggung konflik yang berlaku.

Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam
kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu
dan mengelak dari mereka berputus asa.

Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan
kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu mengambil berat
keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran mengunakan pendekatan
asertif dan berpusatkan murid.
 

Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang
bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan.

Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan


menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri
dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan
menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan.

5.3 Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Linton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di ulangi
dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra
bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu
masyarakat.

Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam
suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu amalan yang murni.

Generasi muda wajar membaca dan memahami serta menghayati ‘roh’ perlembagaan
negara dan kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini.

Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin


hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus meneruskan kejayaan pembinaan negara dan
menjaga perhubungan etnik.

Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan pelajar tahun satu mengikuti kursus


Hubungan Etnik sejak Oktober 2004. Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi
Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan
istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak

Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan apaka
perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di dalam bilik darjah; ini termasuklah orientasi
sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi
penyesuaian dan pergaulan.

Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih dan setiap
murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masing-
masing. Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di serapkan
di dalam objektif pembelajaran.

Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap
budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh merendahkan
dan memburukkan walau apa pun etnik mereka.
Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang
mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendkalah menerapkan nilai
murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma dalam mengekal
keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.

5.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi
perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pelan tindakan strategik
bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek kekuatan, kelemahan,
peluang dan halangan hendaklah disertai dengan perancangan lima tahun dan
perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan strategik sekolah. 

Peningkatan profesionalisme guru di lihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti


pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim
dalam kelas dan mencorak perkembangan murid.

Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, Pendoron


penilai, perancang, perunding dan pendorong kearah g

kecemerlangan murid.

Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan,


penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, Wat a
sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat pesen nih
tambahan termasuk laman web. ..?
Inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran agar tidak beku dan
kaku perlu diberi perhatian. Penyediaan perancangan kemajuan murid, merangka kerja
tahunan, menyediakan ujian, penilaian dan pentaksiran.

Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses
perkembangan pembelajaran serta hasilannya.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang,


membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid
dan diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial
dan perkembangan tingkahlaku.

Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan,


meluaskan tahap intelektuan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani,
merangsang minat dan menghasilkan keseronokkan, memberi ruang dan peluang untuk
mengatasi kelemahan, tidak menakut dan mengugut murid, tidak membiarkan
kegagalan berterusan, pembelajaran yang realistik dan boleh dilakukan mengambil kira
kemampuan murid.

Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan
mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif
yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh murid pelbagai budaya
dan latar belakang.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses


penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang membawa kepada
perubahan kepada tingkahlaku murid.

Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti perlulah
melibatkan interaksi murid pelbagai budaya.

Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan


dijalankan dalam pengaajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian
pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang
bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka perlu
dititikberatkan. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan
kaedah dan teknik yang di pilih.

Semasa kelas dijalankan,adalah digalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta
mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yang aktif dikalangan murid hendaklah
dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar.

Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan


budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif,
interaktif dan konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan
teknologi, eletronik, bukan elektronik atau sumber lain.

Murid terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian sebenar.
Tugasan boleh dijalankan secara koloborasi dan koperatif.
 

Pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal masa dan menyusun


aktiviti sekara berkesan. Proses ‘brain breaks’ atau ruang merihatkan minda juga perlu
diberikan.

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung


antara satu sama lain sekara positif, saling berinteraksi sekara bersemuka dan
memupuk semangat tanggungjawab individu kearah pemprosesan berpasukan. Ini
membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid
yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu
sama lain.

Pengunaan instrumen yang ditetapkan oleh bahagian yang bertanggungjawab


hendaklah digunakan yang termasuklah fokus dan hasil pembelajaran, isi kandungan
mata pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian,
rumusan, tugasan dan refleksi. 

Set induksi merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama
pengajaran dengan tujuan menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi
hasil pembelajaran.  

Set induksi yang menarik dapat menarik minat mengenai tajuk yang ingin disampaikan
dan memberi gambaran awal sebelum memulakan tajuk yang sebenar, mendorong
murid untuk mengetahui isi pengajaran dan pemusatan mental murid kepada suatu
konsep atau pendekatan.

Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik seperti
tayangan seduutan filem, nasyid, pantun, puisi, persembahan atau lakonan, permainan,
soal jawab, mempamer suatu bentuk atau objek, pernyataan kontrovesial, klip video
suatu panorama, satu persoalan yang mencabar minda murid. 

Set induksi hendaklah disediakan tentang apa yang dapat dikaitkan dengan hasil
pembelajaran, isi pelajaran, mendorong minat murid terhadap tajuk dan dimulakan
dalam keadaan murid sudah bersedia serta dalam jangkamasa satu hingga lima minit.

Perkembangan isi pelajaran berlaku sekara berurutan dengan set induksi dan berlaku
dalam tiga aras ;

 
i)                   aras pertama adalah aras asas dan semua murid yang hendak di ajar
hendaklah menguasai aras ini atau dikehendaki mengikuti program
pemulihan seperti menyediakan soalan yang mudah, memahami nota ringkas
guru

ii)                 aras kedua adalah meneruskan perkembangan selanjutnya, guru


membuat penilaian dan yang gagal dikehendaki mengikuti program
pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai

iii)               aras ketiga adalah aras sehingga selesai dan di ikuti penilaian yang
terakhir di hujung pengajaran dan pembelajaran 

Perkembangan isi pelajaran bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks;
disusun mengunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan
serta menarik minat murid untuk menghayati ilmu yang diterokai.

Aktiviti hendaklah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dimana


semuapelaksanaan dapat dinyatakan, difahami sementara sebahagian murid dapat
menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.

Penyerapan dengan mata pelajaran lain termasuk prinsip Islam Hadhari, penggabung
jalinan dengan tajuk-tajuk lain serta penerapan nilai harus diuruskan dengan bijaksana.

Pengajar perlu mengunakan pelbagai kaedah, teknik bagi meningkat penguasaan ilmu
disamping menjana kemahiran berfikir, berkomunikasi, berinteraksi, menulis, berhujah,
berimiginasi dan sebagainya bagi membentuk kemenjadian murid.

Kemahiran mengunakan sumber yang sedia ada seperti alat bantuan mengajar, bahan
bantuan mengajar, kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi, bahan rujukan
dan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah relevan dengan hasil pembelajaran


serta isi pembelajaran dimana sumber dapat mempercepatkan dan menjimat masa
pembelajaran, menarik minat murid dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat
dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang
digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa.

Apabila seluruh potensi insan dibangunkan sekara integrasi atau bersepadu, bakal
melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbang segala kebolehan
untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak
dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu
amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih, baik
dan bermanafaat.
5.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran


supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.

"Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan
kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi
merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu
bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan  Pedagogi  datangnya daripada bahasa Yunani  paidagogos, hamba
yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida”
merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung
membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi  (mengajar orang dewasa).
Perkataan Yunani untuk pedagogi,  pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali
kedua-duanya boleh ditukar guna."

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai


murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari,


diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli
fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi

mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru


bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.

Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperolehi
keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.

Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan


seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan
ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapaian persekolahan
anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah ;

Kaedah Direktif i)                   belajar melalui penerangan dan di ikuti oleh ujian kefahaman dan latihan
ii)                 fokus kepada kemahiran asas, latih tubi dan latihan kecekapan

iii)               guru sebagai model

 
Kaedah Mediatif i)                   mengunakan bahan media

ii)        diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

mengenalpasti andaian dan menilai andaian

 
Kaedah i)                   mengalakan menjana idea kritis dan kreatif
Generatif
ii)                 murid dijangka dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan

 
Kaedah i) boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi supaya budaya yang relevan dengan murid
Kontekstual dapat diterima

ii)          dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar

iii)         boleh dikaitkan dengan pembelajaran ‘eksperential’ iaitu pengalaman hidup sebenar

 
Kaedah i) memberi peluang untuk memikir tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran,
Metakognitif pemantauan dan penilaian kendiri

ii)         murid akan berbincang tugasan dan dapat mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal

 
Kaedah i)           memerlukan aktiviti dijalankan dan dilakukan diluar bilik darjah
Konteks Luar
ii)           guru bertindak sebagai fasilitator

ii) murid akan menjalankan aktiviti penyelesaian dan akan melaporkan sekara bertulis
selepas aktiviti

 
Kajian Masa i)          membolehkan murid mengambil bahagian mencipta penciptaan masa depan
Depan
ii)                 membantu murid berfikiran jauh

 
Kaedah i)                   murid dapat berbincang sekara kumpulan dan harmonis
Koperatif
ii)                 dapat belajar bekerjasama dan berinteraksi di antara murid

iii)               akan menjadi menarik kerana penglibatan aktif

iv)               melatih meningkatkan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli

v)                 kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

 
Pembelajaran i)                   dapat bekerjasama erat diantara dua pihak atau lebih
Koloboratif
ii)                 berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaran

iii)               melibatkan kumpulan murid berusaha mencapai prestasi cemerlang

iv)               keberkesanan pembelajaran dapat di tingkatkan

5.6 Pedagogi Kelas Bercantum

Di wujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang dari
15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dicantum jika bilangan murid
tidak mencukupi.  

Kelas bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya kurang
dari 145 orang. Bilangan guru besar dan guru pula tidak melebihi 5 orang.  

Guru akan mengajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara serentak dalam kelas
bercantum. Bangunan sekolah terdiri dari pondok-pondok kecil dan biasanya kurang
lengkap. 

Guru mengajar sekara berkumpulan dan berpusatkan murid; tujuannya adalah


membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai
kebolehan.

Murid akan mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat mengikut tahap
pencapaian mereka; sekara langsun dapat diberi peluang untuk memberikan pendapat
kepada rakan sekelas walaupun dari pelbagai kecerdasan yang berbeza. 

Guru juga mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan antara guru-
murid dan murid-murid didalam sebuah kelas. Perbincangan boleh sekara keseluruhan
kelas yang biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru atau perbincangan sekara
kumpulan kekil yang diketuai murid.

Guru perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras perbezaan yang
agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang sesuai akan
menjejaskan dan merencatkan minat murid. 

5.7 Sosiologistik

 Sosiologistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang menunjukkan


bidang ilmu adalah perpaduan sosiologi dan linguistik. Perbahasan pokok dalam ilmu
adalah masyarakat dan bahasa.

Sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori


tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi
seharian.

Maksud masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak
yang terlibat dalam interaksi kelompok besar dan kekil, fungsi kelompok, pertembungan
antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasanya. 

Maksud istilah bahasa mencakupi gagasan seperti perbezaan kod-kod antara bangsa
seperti bahasa Melayu, Indonesia, Arab, Inggeris dan lain-lain.

Ragam regional dari satu kod adalah seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura,
Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lain-lain.  

Ragam kelompok sosial adalah seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan
rendah dan ragam stailistik melibatkan situasi rasmi, santai, intim dan sebagainya.
Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri pola bunyi dan sebutan,
kosa kata, ciri tatabahasa atau tahap makna iaitu semantik.

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses


kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi
adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak yang memberi pengertian umum,
rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50).

Linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan; linguistik
memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan kesimpulan sebagai
pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus bahasa
termasuklah pernyataan kekekualian.

Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang
diberi pemerian sekara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku oleh linguistik.
Linguistik khususnya di Amerika menurut Fishman (1968:7) sehingga pertengahan
pertama abad kedua puluh adalah ‘disiplin normal’ yang hamper sejajar dengan
matematik yang abstrak. Bidang ini memberi tumpuan ke atas analisis struktur bahasa
dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan.

Pada pertengahan 1960an pula, penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan
kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak
boleh di pisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday, 1982:2).

Istilah sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan
supaya di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli
masyarakat (Dittmar, 1976:127).

 Dell Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan. 

Lima perkara yang dapat disimpulkan mengenai istilah sosiolinguistik adalah : 

Mereka yang meminati bidang mempelajari metod dan alat yang digunakan dalam
kelompok sosial di panggil ethnomethodologis.

Dell Hymes mengutarakan konsep sosiolingusitik sebagai kecekapan berkomunikasi

Variasi dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya

Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah sasaran kajian sosiolinguistik


terutamanya bagi menentukan bahasa asing untuk diajar disatu negara.

Aspek sosial dalam bilingualisme dan multilinguisme adalah penting seperti code-
switching.

Tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Dittmar


(1976:128) dalam konferens di UCLA , 1964 ialah :

i)                   identiti sosial penuntut

ii)                 identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi

iii)               lngkungan sosial tempat peristiwa perbincangan berlaku

iv)               analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek sosial

v)                 penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk perilaku penutur

vi)               tingkatan aneka atau ragam linguistik


vii)             penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik

Sosiolingusitik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap


suatu bahasa yang digunakan. Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa
sesuatu budaya 

5.8 Penilaian Berasaskan Budaya

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai
dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian
adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang
berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza,
boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam
subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola
tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan
perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai
mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada
hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-
lain.

Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik
darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid.

Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang
bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Disiplin juga
meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang
baik dan terpuji tanpa mengira latar belakang budaya murid.

Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan,
penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan
mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai
kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang
pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat
yang berbeza.

Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya
keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi
yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah
dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid
terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk
belajar dan mendapatkan maklumat.

Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah
yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap
dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi
penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah
yang akan mempengaruhi pembelajaran murid.

Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan


kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti
sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu,
pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang 

Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas
terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.

 
Sumber :

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di


%20IPTA/Bab%202.pdf

Pengukuhan Perpaduan Negara  http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2523

Anda mungkin juga menyukai